The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rosmawatibintirazak, 2021-08-22 01:36:43

EBOOK LENGKAP

EBOOK LENGKAP

Terbitan Pertama : 2021

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-
mana bahagian daripada terbitan ini dalam apa jua bentuk sama

ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman dan
sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada penulis
terlebih dahulu. Penulis juga tidak menjamin apa yang terkandung
adalah sesuai untuk pembaca namun semua isi kandungan adalah

berdasarkan kajian dan kepakaran penulis sendiri.

Perpustakaan Negara Malaysia
Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Rosmawati Razak, 1983-
7 PANDUAN Menjadi REMAJA HEBAT ACUAN NABI SAW/
ROSMAWATI RAZAK.
Mode of access: Internet
eISBN 978-967-25753-0-6
1. Muhammad, Prophet, -632--Ethics.
2. Muhammad, Prophet, -632--Friends and associates.
3. Muslim teenagers--Conduct of life.
4. Religious life--Islam.
5. Islamic ethics.
6. Electronic books.
I. Judul.

297.63

Reka Bentuk Kulit & Konsep : Rosmawati binti Razak
Editor Syariah : Ustaz Abdul Rahman bin Mamat (PSP)

Rosmawati binti Razak
Jabatan Pengajian Am,
Politeknik Nilai,
Kompleks Pendidikan Nilai,
Bandar Enstek, 71760 Labu,
Negeri Sembilan

I

ISI KANDUNGAN

Sinopsis IV
Biodata Penulis V
Penghargaan VI

Pengenalan 1

Panduan 1 : 7
Tetapkan Matlamat Hidup 11
Kenali Sahabat Nabi SAW : Abdullah bin Abbas RA 13
Penilaian Kendiri

Panduan 2 : 16
Pelihara Ibadah 19
Kenali Sahabat Nabi SAW : Abbad bin Bisyr RA 20
Penilaian Kendiri

Panduan 3 : 23
Jaga Hati 27
Kenali Sahabat Nabi SAW : Anas bin Malik RA 28
Penilaian Kendiri

Panduan 4 : 31
Jaga Pergaulan 37
Kenali Sahabat Nabi SAW : Ali bin Abi Talib RA 38
Penilaian Kendiri

Panduan 5 : 41
Tuntut Ilmu dan Amalkan 43
Kenali Sahabat Nabi SAW : Muaz bin Jabal RA 44
Penilaian Kendiri

II

Panduan 6 : 47
Urus Keutamaan 50
Kenali Sahabat Nabi SAW : Abdullah bin Mas’ud RA 51
Penilaian Kendiri

Panduan 7 : 54
Dakwah dan Jihad Ke Jalan Allah 57
Kenali Sahabat Nabi SAW : Usamah bin Zaid RA 58
Penilaian Kendiri

Penutup 60
Bibliografi 61

III

PENSGIENNOAPLSAINS

7 Panduan Menjadi Remaja Hebat Acuan

Nabi SAW merupakan sebuah karya yang membincangkan
tentang panduan yang diberikan oleh Nabi SAW dalam
mendidik umat khususnya para remaja. Di dalam buku ini
dibincangkan hadis-hadis berkaitan panduan tersebut.
Selain itu, di setiap topik tersebut diselitkan dengan
maklumat ringkas sahabat-sahabat Rasulullah SAW serta
penilaian kendiri agar setiap kandungan yang disampaikan
dapat difahami dan diaplikasi oleh para remaja.

Selain menjadi bacaan dan panduan para remaja,
buku ini juga sesuai untuk menjadi rujukan pensyarah-
pensyarah, guru-guru dan ibubapa yang terlibat dalam
mendidik anak remaja. Diharapkan dengan mengenali
sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang disertakan di dalam
buku ini akan menambahkan kecintaan para remaja
terhadap sahabat-sahabat baginda. Pastinya al-Quran dan
hadis merupakan panduan yang terbaik untuk diikuti agar
para remaja muslim dapat tumbuh menjadi umat yang
terbaik seterusnya memberi manfaat kepada agama, bangsa
dan negara.

IV

BIODATA PENULIS

Nama diberi Rosmawati binti Razak. Berasal
dari Changlun, Kedah. Lahir pada 15 Julai.
Mendapat pendidikan di Pra Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya Nilam Puri, Kelantan

selepas SPM. Seterusnya melanjutkan
pengajian di peringkat ijazah pertama dalam
bidang Pendidikan Islam di Universiti Malaya,
Kuala Lumpur dan menyambung pengajian di

peringkat Ijazah Sarjana Pengajian Islam
(Dakwah dan Kepimpinan) di Universiti

Kebangsaan Malaysia. Pernah berkhidmat
sebagai tenaga pengajar di Politeknik Johor
Bahru, Politeknik Seberang Perai, Politeknik
Tuanku Syed Sirajuddin dan kini meneruskan

perkhidmatan di Jabatan Pengajian Am,
Politeknik Nilai, Negeri Sembilan.

No. telefon : 0135881839
Email : [email protected]
Bookstore online : www.edurose.net

V

PENGHARGAAN

Alhamdulillah saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT
kerana telah memberi ruang dan kekuatan untuk saya
menulis dan menyiapkan sebuah karya kecil untuk ebook
pertama saya “7 Panduan Menjadi Remaja Hebat
Acuan Nabi”. Sebuah perkongsian daripada saya yang
masih perlu belajar dan terus belajar.

Setinggi-tinggi penghargaanPENbuGatHAseRmGuaAAgNuru

penulisan saya kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman
dalam dunia penulisan khususnya berkarya melalui ebook.
Terima kasih kepada MSGA Sdn. Bhd., guru-guru ebook
saya iaitu Master Shiro, Senior Master Advisor Shida (SS),
dan semua yang mendorong saya untuk menerokai ilmu
baru berkaitan ebook ini.

Sekalung penghargaan buat ibu Ishah binti Lebai
Isa, ibu mertua serta seluruh ahli keluarga yang sentiasa
memberi sokongan dan semangat buat diri penulis. Juga
tidak akan dilupakan buat almarhum ayah yang dikasihi
Razak bin Man. Moga karya ini membuahkan pahala jariah
untuk ayah di alam sana dan menjadi amal buat diri penulis.

Buat cinta hati Mohd Yahya bin Ahmad, terima
kasih atas pengorbanan, sokongan dan motivasi. Hanya
Allah yang mampu membalasnya. Karya ini juga khusus
buat tiga permata hati yang dikasihi Aqeelah, Ahla dan
Ayyash. Moga kelak, kalian juga menjadi insan yang
bermanfaat untuk agama dan ummah.

Kepada semua pembaca yang bakal memiliki dan
membaca buku ini, diharapkan ianya dapat memberi
manfaat sepanjang hayat. Sesungguhnya ini bukanlah karya
terbaik namun inilah pesan Nabi SAW yang telah
disampaikan oleh penulis buat permata ummah.

VI

PEPNEGNEGNEANLAALNAN

Remaja merupakan aset penting dalam agama.
Sejarah mencatatkan bahawa kegemilangan Islam di
zaman Rasulullah SAW disokong oleh perjuangan
generasi muda. Lantaran tarbiyah baginda yang begitu
hebat terhadap remaja pada ketika itu, maka telah lahir
pembawa panji-panji Islam yang sentiasa menjadi
tonggak dalam perjuangan baginda. Antaranya seperti
Abdullah bin Abbas, Anas bin Malik, Usamah bin Zaid,
Abbad bin Bisyr dan ramai lagi. Kehebatan mereka ini
telah menjadi contoh sehingga ke hari ini.

Zaman remaja adalah satu zaman yang penuh
dengan kekuatan dan semangat. Zaman remaja juga
merupakan zaman peralihan yang menghubungkan
antara alam kanak-kanak ke alam dewasa yang lebih
matang. Sekiranya pembentukan remaja tidak berlaku
dengan sempurna pada masa ini, maka pembangunan
ummah akan terjejas kerana golongan remaja yang bakal
menjadi pemimpin pada masa akan datang.

1

PENGENALAN

Sejarah telah membuktikan bahawa pendidikan
remaja berteraskan penghayatan al-Quran dan al-
Sunnah telah berjaya membangunkan tamadun
manusia umumnya dan tamadun Islam khususnya.

Kemunculan zaman kecemerlangan Islam
semasa zaman Rasulullah SAW, para sahabat serta
zaman seterusnya telah memperlihatkan betapa
pendidikan remaja yang berteraskan kepada ilmu
wahyu dan disokong oleh ilmu aqal sangat berkesan.

Al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi rujukan
utama seorang muslim telah memberikan panduan
terbaik untuk menjadi seorang remaja yang hebat.
Apakah panduan tersebut? Mari kita sama-sama
fahami, hayati dan amalkan panduan yang
disampaikan di dalam buku ini khusus buat para
remaja permata ummah!

2

Persepsi Tentang Usia Remaja

Masa untuk enjoy… Jiwa memberontak
Usia remaja sering Dikatakan mudah
dikaitkan dengan memberontak dan tidak
masa untuk dapat mengawal diri
berseronok, apabila keinginan tidak
bergembira dan selari dengan peraturan
gemar meneroka dan tekanan terhadap
sesuatu yang baru. sesuatu perkara.

Umur masih Panjang Masalah sosial
Seringkali ayat seperti Bergaduh, pergaulan
“rileks la, jom berhibur bebas, melahirkan anak
dulu”…. “kenapa serius luar nikah, merokok juga
sangat?kita kan masih sering dikaitkan dengan
muda…panjang lagi umur” remaja malah usia remaja
menjadi kebiasaan juga selalu dikaitkan
kebanyakan remaja. dengan keadaan yang
sukar untuk ditegur dan
dibentuk.

3

Apa yang diceritakan di dalam
al-Quran tentang remaja…

Firman Allah SWT : Maksudnya : Kami ceritakan
kepadamu (Wahai
‫َحْن ُن نحُق ُّص حعلحْي حك نحبحأحُه ْم ِبْْلحِق‬
‫إَِّهنُْم فِْتيحةٌ آححمنُوا بِحرِّبِْم حوِزْدَحن ُه ْم‬ Muhammad) perihal mereka
dengan benar; Sesungguhnya
‫ُه ًدى‬
mereka itu orang-orang
muda yang beriman kepada

Tuhan mereka, dan Kami
tambahi mereka dengan

hidayah petunjuk.
(Surah al-Kahfi 18 : 13)

Allah SWT telah Ramai yang menerima
menceritakan perihal seruan Allah SWT dan
pemuda yang beriman Rasulnya adalah kaum
melalui cerita ashabul kahfi muda. Mereka diberi
di dalam surah ini. Mereka bimbingan oleh Allah SWT
adalah golongan anak-anak dan kurnia ketakwaan
muda yang mahu menerima sehingga mereka beriman
kebenaran berbanding kepada Allah SWT dengan
generasi tua yang tenggelam
dalam agama yang batil. penuh keyakinan.

4

Apa yang disebut oleh Rasulullah
SAW tentang usia remaja…

Sabda Rasulullah SAW : Maksudnya:

:‫ا ْغتَنِ ْم َخ ْم ًسا قَ ْب َل َخ ْمس‬ “Gunakanlah dengan baik
،‫َش َبابَ َك َق ْب َل ِه َر ِم َك‬ lima perkara sebelum datang
،‫َو ِص َّحتَ َك قَ ْب َل َسقَ ِم َك‬
،‫َو ِغنَا َء َك قَ ْب َل َف ْق ِر َك‬ lima (yang lain): Masa
،‫َوفَ َرا َغ َك َق ْب َل ُش ْغ ِل َك‬ mudamu sebelum datang
‫َو َحيَاتَ َك قَ ْب َل َم ْوتِ َك‬
masa tuamu, sihatmu
sebelum datang sakitmu,
kayamu sebelum datang
fakirmu, waktu lapangmu

sebelum datang waktu
sibukmu dan hidupmu
sebelum datang matimu.”

(Hadis riwayat al-Hakim dan
al-Baihaqi)

Berdasarkan hadis tersebut, Masa muda merupakan
Rasulullah SAW amat masa yang sangat berharga
menekankan agar masa
seumur hidup, kerana
muda digunakan dengan sesiapa yang memanfaatkan
sebaiknya. Masa muda
adalah masa untuk berjuang masa muda dengan baik
mendapatkan ilmu dan untuk dirinya, dia akan
beruntung dan selamat.
beribadah secara Justeru, wahai remaja
bersungguh-sungguh marilah kita ikuti panduan
kepada Allah yang Maha Rasulullah SAW untuk
menjadi seorang pemuda
Agung. atau remaja yang beruntung
di dunia juga di akhirat.

5

























Ketujuh : Insan yang mengingati Allah secara bersunyian
lalu menitiskan air matanya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Pada umumnya usia muda atau remaja sering
dikaitkan dengan kemaksiatan dan perbuatan-perbuatan
yang melanggar syariat. Namun ada yang menggunakan
usia muda dan remaja untuk mengekang hawa nafsu dan
beribadah kepada Allah SWT. Insan seperti inilah yang akan
dilindungi oleh Allah SWT.

Memelihara ibadah yang ditetapkan di dalam agama
merupakan cara pengabdian diri seorang muslim kepada
Allah SWT. Setiap ibadah yang ditetapkan oleh Allah SWT
kepada hamba-hambanya terkandung hikmah yang
tersendiri dan hikmah itu pasti akan memberikan kebaikan
kepada sesiapa yang melaksanakannya.

Kesimpulannya, remaja yang memiliki komitmen
kehidupannya kepada Allah SWT pasti akan tumbuh
menjadi manusia yang sentiasa bertaqwa dan menjaga
setiap apa yang disyariatkan oleh agama dan memperoleh
ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan hidup di
akhirat.

Sahih al-Bukhari, no. hadis 620 18

Kenali Sahabat Nabi SAW

ABBAD BIN BISYR RA

➢ Abbad bin Bisyr RA adalah seorang pemuda dari
Madinah dari golongan Ansar.

➢ Dipersaudarakan oleh Rasulullah SAW dengan
Ammar bin Yasir RA ketika awal ketibaan baginda
dalam peristiwa hijrah.

➢ Lahir pada 606 Masihi.
➢ Beliau memeluk Islam ketika berusia 15 tahun dengan

bimbingan dan usaha Mus’ab bin Umair RA.
➢ Merupakan seorang yang kuat menghidupkan malam

dengan menunaikan solat tahajjud dengan berjuzuk-
juzuk bacaan al-Quran.
➢ Seorang pahlawan yang banyak turun ke medan
perang untuk menegakkan kalimah Allah.
➢ Saat yang disukai oleh Abbad adalah membaca al-
Quran sehingga terkumpul kenikmatan solat dan
kenikmatan membaca al-Quran.
➢ Saidatina Aisyah, ummul mukminin pernah menyebut
“Tiga orang daripada golongan Ansar yang tiada
tandingannya adalah Sa’ad ibnu Muaz, Usaid ibnu
Hudhair dan ‘Abbad ibnu Bisyr ”

19

Jom tonton dan dengar !!!
Tajuk :

LUAR BIASA SOLAT

https://www.youtube.com/
watch?v=ctZGgWd-
DFE&t=155s
20

TARIKHSUBUH Nama : _________________
/ ZOHOR Bulan : _________________
ASAR
WAKTU MAGHRIB Tandakan / bagi
SOLAT ISYAK solat fardhu yang
telah dilaksanakan
1/
PUASA QADHA
2 RAMADHAN

C3 12345
H4 6 7 8 9 10
E5 11 12 13 14 15

6 Nama : ______________
Bulan : ______________
C7
K8 Tandakan / bagi
puasa qadha yang
9
telah diganti.
L 10
I 11 21
S 12

13

T 14
15

16

S 17
O 18

19

L 20
A 21
T 22

23

24

25

26

27

28

29

30

3PANDUAN

Hati itu diibaratkan seperti cangkir,
semakin banyak diisi dengan kecintaan

kepada Allah, maka akan semakin
sedikit ruang yang tersisa untuk

kecintaan terhadap dunia
(Hukamak)

22

JAGA HATI

Hati berperanan dalam menentukan segala tindakan manusia.
Pendidikan melalui hati merupakan asas kepada pembangunan
peribadi remaja yang menyeluruh termasuk pembentukan
tindakan material dan jasmani. Hati yang terdidik dengan iman
akan memancarkan tingkah laku yang baik.

‫حُماحرْىوحْوحٌُسسحإرِاتحْْاوذحوْْلاِحلححبهأللح‬،‫ْيحيِسنحَحتحوِإسُُِديهحْعفْهحنحرمآُحُقاحلعُِِّهتُِدأُىح‬.‫باحح‬:‫ٌُلايببُاهرحاأ)ححْلهحْلو)لاِعح‬،‫ضحٌيوُكأقحححفحيلِحصححعلحوامحلاحإِالِحِنهلمحنحوحهلِفِاهاتهاْْحعٍحتحيْقكلْنحلححرااُهحىِلِرْاحمحصِححمحقحمالحاْللبحىآحِحُحقاّحش‬،،ِِِ‫اِنْلِماُْملأححُْبححلّنشلحاحبحُْسِضلاشحلُغحاهْدْححنهواةيًإحِالآُُهإلِنِّحِربتحهُحذسلا‬.‫عورتحاقحهنحفمحْح(عحْعالح(آححسِثفِنِِحْيسحْإِْدفِبيهٌِْدهنا‬:ْْ‫ُِعْوٌسأحرعتحِْبللشِاضحملِدِهافُححياكحواإيِلححُقوحلسأحْهعحهمنحلحْدْناوْنلُِمُُنّليْحفُهتح‬.‫لاُِمحعَِْدحلمِيحْْْشناناِاحتحملِهبِِرلأحهُمحِىهحهُاوبيو‬

Maksudnya : Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer
RA beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW
bersabda : Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas
dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas dan di
antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat
yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak
mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat

23

maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya
dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh
dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam
perkara haram, umpama seorang pengembala yang
mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi
dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah
bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya
sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang
diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad
itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah
seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh
jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan bahawa keimanan kepada Allah
SWT di dalam hati seseorang merupakan asas untuk
membentuk peribadi seseorang muslim. Kesan kepada hati
yang dididik dengan baik akan menyebabkan seseorang
manusia mudah untuk melakukan kebaikan kepada sesama
manusia mahu pun makhluk lain. Namun kita perlu sentiasa
berdoa agar sentiasa ditetapkan hati oleh Allah SWT.

Sahih al-Bukhari, no hadis 52, Kitab Iman, bab Fadl man Istabra‟
Lidinihi, hal. 34.
Sahih Muslim, no hadis 1599, Kitab al-Musaqah, bab Akhaza al-Halal wa
Taraka al-Shubhat, hal.1219. Jil:3.

24

Justeru, Rasulullah SAW pernah berdoa agar sentiasa ditetapkan
hati. Daripada Anas bin Malik RA berkata :“ Nabi SAW banyak
membaca ” :

‫ْصبُآحعحمِْنهاِي بِِم ْحنك‬،ِ‫لاُقَءُحلُيوحرحُبسوبححِْلحياّألهُل‬:‫ُقحْلفإِ يهحنُتحاش‬،‫ححعكْيْمفح‬،‫هاحكنح‬:‫َححيوِبحاُمحقِلِجْئحبحتالبُِقِهلُوفح ِحهب ْلثحبَِحتحْاأتح قُححصفْلابِِِحعبعلحْيانححعّالهلحلِ؟ىيُقححقاِدلِيحبُلنِح‬

Maksudnya: “Wahai Zat yang membolak balikkan hati,
teguhkanlah hatiku agar ia berada di atas agamamu.”
Kemudian aku pun bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, kami
beriman kepadamu dan kepada apa yang kamu telah bawa.
Lalu apakah kamu masih bimbang kepada kami?” Baginda
SAW menjawab: “Ya, kerana sesungguhnya hati manusia itu
berada di antara dua jari daripada jari-jari Allah SWT yang
mana Dia akan membolak-balikkannya mengikut kehendak-
Nya.”

Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW
memperbanyakkan berdoa dengan doa tersebut kerana hati ini
kadang-kadang ia cenderung kepada ketaatan dan kadang-
kadang pula ia cenderung kepada kemaksiatan. Untuk itu, doa ini
bertujuan untuk ditetapkan hati agar tidak terpesong daripada
agama.

Riwayat al-Tirmizi (No 2140). Hadis ini adalah hasan mengikut penilaian

Imam al-Tirmizi. 25

Peranan hati dalam menjadikan seorang remaja itu
terpelihara agamanya adalah :

✓ Menjadikan seseorang remaja itu benci dan takut
kepada maksiat

✓ Meninggalkan perkara yang tidak berfaedah
✓ Berhati-hati dalam tindakan
✓ Terpelihara daripada nafsu dan syaitan

Rasulullah SAW amat menekankan kepada
seseorang muslim termasuklah golongan remaja agar
sentiasa memelihara hati kerana hati yang dijaga dengan
baik akan sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hakikatnya
menjaga hati sangat penting kerana apa yang terkandung
di dalam hati akan melahirkan tindakan yang disebut
akhlak atau adab.

Sebagaiman yang disebut oleh Imam al-Ghazali
Rahimahullah bahawa akhlak adalah sesuatu yang
tertanam di dalam jiwa dan hati seseorang yang
daripadanya lahir tindakan tanpa memerlukan
pertimbangan terlebih dahulu. Justeru para remaja perlu
mendidik diri serta mengamalkan akhlak terpuji agar
menjadi kebiasaan dan sebati di dalam diri walau di
mana kita berada.

26

Kenali sahabat Nabi SAW

ANAS BIN MALIK RA

✓ Anas bin Malik al Ansori (Anas bin Malik ibnu Nadhor
al-Khawarij al-Ansori)

✓ Dilahirkan pada 612M
✓ Berbeza umur lebih kurang 42 tahun dengan Nabi SAW
✓ Meriwayatkan sekitar 1286 hadis
✓ Diberikan oleh ibunya untuk menjadi pembantu kepada

Nabi SAW ketika berumur 10 tahun
✓ Rasulullah SAW memberi gelaran Unais
✓ Ibunya bernama Ummu Sulaim dan hidup bersama

bapa tiri yang bernama Abu Talhah
✓ Ketika Rasulullah SAW wafat umur beliau 20 tahun
✓ Selepas kewafatan Rasulullah SAW beliau mengambil

bahagian dalam peperangan dan pergi ke Syam
✓ Kemudian beliau menetap di Basrah sehingga akhir

hayat
✓ Beliau merupakan sahabat Nabi SAW yang paling lama

hidup (kira-kira 100 tahun lebih) dan meninggal dunia
di Basrah, Iraq

27

28

29

4PANDUAN

Menjaga batas pergaulan dan sosial amat
penting agar ditengah-tengah masyarakat

nanti seorang remaja muslim mampu
bergaul dan berperilaku yang baik,
mempunyai keseimbangan akal yang

matang dan melakukan tindakan yang
bijaksana.

(Abdullah Nasih Ulwan)

30

‫‪JAGA PERGAULAN‬‬

‫‪Untuk menjadi seorang remaja yang benar-benar mengikut‬‬
‫‪acuan Rasulullah SAW, pergaulan dan kehidupan sosial amat‬‬
‫‪perlu dititikberatkan. Rasulullah SAW amat memberi‬‬
‫‪penekanan terhadap pendidikan sosial kepada para remaja.‬‬
‫‪Pendidikan sosial bertujuan mendidik manusia sejak kecil‬‬
‫‪agar terbiasa melakukan perilaku sosial yang baik dan‬‬
‫‪memiliki nilai dasar-dasar kejiwaan yang mulia bersumberkan‬‬
‫‪akidah dan keimanan yang mendalam. Terdapat banyak hadis‬‬
‫‪baginda yang menyentuh tentang pendidikan sosial namun‬‬
‫‪antara hadis yang membincangkan pendidikan sosial baginda‬‬
‫‪terhadap para remaja secara khusus adalah :‬‬

‫عن أِب أمامة قال ‪ :‬إن فّت شاب أتى النب صلى الله عليه وسلم فقال‪:‬‬
‫‪1‬ففو‪3‬لق‪:‬دااواَلاأيلخءحالفلللاِهتُخنلركاا‪:‬اولسحاتُِِقالبجّتُالووسهدهِعمنللُحلكَْهُلنقياااقجيِب‪:‬لصبفالعنهوالْتلِنندحللولَلانههُنئ‪:‬افي‪:‬كلْرذفابفاملنلحقلنجندنالوااااهههُُِتءحضللفقفوُمحيسالعكرديل‪:‬القمبًَُيهِقاابءحيلاليحبدالقزكَهلواجكننحو‪:‬عقهال‪:‬نعلافلأللأنليبهِف‪:‬لقويأحتُلهبعَافا‪:‬حيخدللحُلوابّوقهلاجُاوهرانذهلللِلاتفاقسللمدأواوُُساسلكمح‪:‬قنلءحخاقااَتاُِلحاالعيكلُلفللبُّلسليهِّكقهوه‪:‬ناحتَهم‪ُ:‬هقيأفحيلجابافألحلزعتُتَوُلغعل‪:‬نحتجفُفنبّههحمُرْ‪:‬بيّهاروولُلهِتهالاتِلأُلذالألإُمنماهوُِبعلحملقهنهقهوايهامفااالتِحلِكلتدووالاِهُسشمءيطحك؟‪َِ::‬قهجئكقيقاْأرحباماعفقللْهتوُقلانلنحلهيحبمححلُ‪::‬بّهْهاهل‪:‬لللهااُ‬

Maksudnya: Abu Umamah meriwayatkan:
Sesungguhnya seorang pemuda datang kepada
Rasulullah SAW dan berkata :

Wahai Rasulullah SAW: Izinkan aku berzina. Maka
tampil kaum untuk menghalangnya dan mereka berkata :
biarkan (aku memukulnya).

Nabi SAW bersabda: Dekatkan dia kepadaku, maka dia
pun menghampiri dan duduk dekat Nabi SAW.
Nabi SAW bersabda: Adakah kamu suka orang lain
berzina dengan ibumu?. Pemuda itu menjawab: Tidak.
Demi Allah, semoga Allah menjadikan aku sebagai
tebusanmu. Nabi SAW bersabda: Tiada manusia yang
menyukai itu berlaku kepada ibu-ibu mereka.

Nabi SAW bersabda : Adakah kamu mahu itu berlaku
kepada anak perempuanmu?. Pemuda itu menjawab:
Tidak. Demi Allah wahai Rasulullah ,semoga Allah
menjadikan aku sebagai tebusanmu. Nabi SAW bersabda:
Tiada manusia yang menyukai itu berlaku kepada anak-
anak perempuan mereka.

32

Nabi SAW bersabda: Adakah kamu mahu itu berlaku
kepada saudara perempuanmu?. Pemuda itu menjawab:
Tidak. Demi Allah wahai Rasulullah ,semoga Allah
menjadikan aku sebagai tebusanmu. Nabi SAW bersabda:
Tiada manusia yang menyukai itu berlaku kepada
saudara-saudara perempuan mereka.

Nabi SAW bersabda: Adakah kamu mahu itu berlaku
kepada ibu saudaramu?. Pemuda itu menjawab: Tidak.
Demi Allah wahai Rasulullah ,semoga Allah menjadikan
aku sebagai tebusanmu. Nabi SAW bersabda: Tiada
manusia yang menyukai itu berlaku kepada ibu-ibu
saudara mereka.

Kemudian Rasulullah SAW meletakkan tangannya ke atas
pemuda itu dan berkata: Ya Allah, ampunkanlah
dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah
kemaluannya. Maka selepas itu pemuda itu langsung
tidak berpaling kepada sesuatu.

( Hadis Riwayat Imam Ahmad dan al-Tabrani)

Hadis ini disahihkan oleh al-AlBani, Silsilah al-Sahihah, no hadis 370,
bab min Adabi Khutbah al-Jumuac h, hal.712, jil: 1.

33

Berdasarkan hadis tersebut Rasulullah SAW
menggunakan cara terbaik untuk menerangkan kepada
remaja tersebut tentang larangan berzina. Rasulullah SAW
memahami jiwa remaja tersebut dan tidak bertindak kasar
terhadapnya walaupun permintaannya untuk berzina
merupakan satu perbuatan yang biadap dan melampau
sehingga para sahabat ingin bertindak terhadapnya.

Rasulullah SAW mengambil pendekatan berhikmah
iaitu cara perbandingan sekiranya amalan keji itu berlaku
kepada ibu, anak perempuan atau saudara perempuannya
yang dizina oleh lelaki lain. Ternyata tiada sesiapa pun
menghendaki perkara itu berlaku kepada ahli keluarganya.

Di akhir hadis Rasulullah SAW berdoa sehingga
pemuda itu bertaubat dan tidak melakukan perkara yang
diharamkan berkat doa Nabi SAW dan petunjuk dari Allah
SWT. Di antara cara penyembuhan yang digunakan
Rasulullah SAW adalah meletakkan tangannya yang mulia
di dada orang yang mendapat masalah. Ketika baginda
meletakkan tangannya di dada pemuda tadi, dia merasakan
ketenteraman serta ketenangan jiwa. Tambahan pula,
baginda telah mendoakan pemuda dengan inti doa yang
merangkumi pengampunan dosa, penyucian hati, dan
pemeliharaan kemaluan.

34

Oleh itu, di dalam Islam sebelum berlakunya zina
maka yang paling utama adalah mengelakkan perkara-
perkara yang mendekati zina. Antaranya menjaga pergaulan
dan menjaga pandangan.

‫َححعحلْماحْرنٌمتُابْفححسحِاقنافِْحرحعلبهاالْحرحمٍُجسْرأحٌلةُحرحواَإحِِيْضمهلحارأحححيرِحمُاستّحعولهتُلحُلِريِذ احعُدّْنيلهاِلُهَْحْحإِملْمحِاّحرٍهنجمقحاأُفححوحِحرلحيلقااُدقححيلحاأحْحدالْنُْخاخألحُنرهُلِْْخجُُّبرحعحمحلحجْيحعحصحِحههلهافاىحرحاجُجّْيلهلٌُلِشإِحعهللححكاْي ِحهذحاوححموحوحعححكسحهلهحاذحام‬

Daripada Ibnu Abbas RA berkata : Nabi SAW
bersabda: "Janganlah seorang wanita bermusafir kecuali
bersama mahramnya dan janganlah seorang lelaki
menemui seorang wanita kecuali wanita itu bersama
mahramnya". Kemudian ada seorang laki-laki yang
berkata: "Wahai Rasulullah, sebenarnya aku berkehendak
untuk berangkat bersama pasukan perang ini namun
isteriku hendak menunaikan haji". Maka Nabi SAW
bersabda: "Berangkatlah haji bersama isterimu".

(Hadis Riwayat al-Bukhari : 1729)

Di dalam hadis lain juga Nabi SAW ada menyebut
tentang memelihara pandangan.

‫َع ْن ا ْب ِن بُ َر ْي َدةَ َع ْن أَ ِبي ِه قَا َل قَا َل َر ُسو ُل َّلَّلاِ َصلَّى َّلَّلاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم‬
ُ‫ ِل َع ِلي َيا َع ِل ُّي ََل تُتْبِ ْع النَّ ْظ َرةَ النَّ ْظ َرةَ فَإِ َّن َل َك ا ْْلُولَى َولَ ْي َس ْت َل َك ا ْل ِخ َرة‬35

Daripada Ibnu Buraidah daripada ayahnya, ia
berkata : Rasulullah SAW bersabda kepada Ali: "Wahai
Ali, janganlah engkau ikutkan pandangan pertama
dengan pandangan yang lain (berikutnya), sesungguhnya
bagimu pandangan yang pertama tidak pandangan yang
lainnya (berikutnya)

(Hadis Riwayat Abu Daud: 1837)

Kesimpulannya menjaga pergaulan dan hubungan
sosial sangat penting terutamanya bagi seorang remaja.
Tidak kira remaja lelaki atau perempuan mencegah diri
daripada perbuatan-perbuatan yang boleh menjerumus
kepada maksiat terutamanya zina adalah menjadi
kewajipan. Secara asasnya pergaulan di antara lelaki
perempuan adalah dilarang.

Namun dalam keadaan dan batas-batas tertentu
seperti darurah, kemaslahatan, keperluan dan kebiasaan
adat setempat ia dibolehkan dengan syarat mestilah
menjaga batas-batas syarak, iaitu berpakaian menutup
aurat, menjaga pandangan dan bercakap dalam keadaan
biasa yang tidak ada unsur fitnah. Semoga dengan kita
menjaga diri dan hukum-hukum Allah SWT, Allah akan
memberi ganjaran yang terbaik dan sentiasa memelihara
kehidupan kita. InsyaAllah.

36

Kenali sahabat Nabi SAW

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB RA

✓ Saidina Ali bin Abi Talib merupakan sepupu dan
menantu Rasulullah SAW

✓ Dilahirkan pada 607M
✓ Berbeza umur lebih kurang 37 tahun dengan Nabi SAW
✓ Anak kepada Abi Talib. Walaupun Abi Talib adalah

orang yang terkemuka dalam kalangan bangsa Quraisy
dan memilik jawatan penting, namun beliau adalah
orang yang susah dan ramai ahli keluarga.
✓ Oleh itu Nabi SAW telah memberikan cadangan kepada
bapa saudaranya al-Abbas untuk membantu Abi Talib
dengan memelihara anak-anaknya. Maka Nabi SAW
memelihara Ali dan al-Abbas memelihara Jaafar RA.
✓ Saidina Ali tinggal bersama Rasulullah SAW sehingga
Allah mengutuskan Nabi SAW menjadi Rasul.
✓ Merupakan orang pertama memeluk Islam daripada
kalangan anak-anak muda.
✓ Meninggal dunia lebih kurang tahun 661 Masihi dan
dimakamkan di Iraq

37

38

39

Jawapan : 1- (x) 2- (x) 3- (x) 4- (/) 5- (x)

5PANDUAN

“Aku mengadu keburukan hafazanku kepada Waki’,
Maka dia menasihatiku agar
meninggalkan maksiat,

Waki’ berkata, “KETAHUILAH ILMU ITU
ADALAH CAHAYA,

DAN CAHAYA ITU ALLAH SWT TIDAK
BERIKAN KEPADA ORANG YANG BERBUAT

MAKSIAT.”
(Iman As-Syafie)

40

TUNTUT ILMU DAN AMALKAN

Kepentingan ilmu dalam kehidupan adalah suatu hakikat yang
tidak dapat dinafikan lagi. Banyak nas syarak yang
menekankan akan kepentingan dan kelebihan menuntut ilmu.
Al-Quran menegaskan bahawa orang yang beriman dan
berilmu akan memperoleh kedudukan dan penghormatan
yang tinggi di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW juga pernah
menerangkan kepada kita betapa pentingnya menuntut ilmu
di kalangan umat Islam. Sebagaimana sabda baginda di dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud RA :

‫يحُقحعوْنُل ابحْلاِناْحْحمحلحِْحسقسعُحدحووحرإٍِدهلُجاحرٍلِِضفآحيحاتثْهُانحّتحلاهلُِّْلهِليُحعْنحرِهُحُجْقحكٍالحمحلآةًحتَفححهُِسُهْعاحوّلهلُُيحتْقحاملانهًِلضِاهبيفحِّحبسححصالهله حطحىويهُُاحعّلِلهحعلُلُحمحهىحعالحْيحهِهلح ححوكتِحسِهلهحمِف‬

Maksudnya : Daripada Ibnu Mas’ud RA berkata; Aku
mendengar Nabi SAW bersabda: "Tidak boleh iri (dengki)
kecuali kepada dua hal. (Iaitu kepada) seorang yang Allah
berikan kepadanya harta lalu dia menguasainya dan
membelanjakannya di jalan yang haq (benar) dan seorang
yang Allah berikan hikmah (ilmu) lalu dia melaksanakannya
dan mengajarkannya (kepada orang lain) ".

(Hadis Riwayat al-Bukhari )

Sahih al-Bukhari, no. hadis 1320

41

Berdasarkan hadis tersebut menuntut ilmu bukan sekadar
mempelajari dan mengamalkannya di dalam kehidupan
namun lebih daripada itu, ilmu perlu disampaikan serta
dimanfaatkan untuk umat manusia. Bagi umat Islam
terutamanya para remaja, menuntut ilmu perlu kepada
keseimbangan ilmu agama dan dunia. Ilmu yang wajar
dipelajari adalah yang mampu membentuk sudut pandangan
hidup yang sempurna dan sederhana. Setiap cabang ilmu
yang dituntut perlu diisi dengan semangat dan roh agama
agar kesannya sampai ke jiwa. Ini bermaksud setiap ilmu
fardhu kifayah yang dituntut perlu dikaitkan dengan tugas
sebagai hamba dan khalifah dan memakmurkan alam ini.

Ilmu yang berguna tetapi tidak diamalkan adalah punca
terbesar kepincangan dalam hidup remaja. Justeru,
pengetahuan yang dimiliki perlu diamalkan seterusnya
dimanfaatkan untuk membina kehidupan yang lebih baik.
Malah ilmu yang dimanfaatkan untuk menjadikan
kehidupannya dan kehidupan insan sekeliling menjadi lebih
baik daripada sebelumnya juga merupakan sesuatu yang
amat dituntut di dalam agama. Bahkan akan menjadi pahala
jariah untuk kehidupan selepas kematian kelak. Sebagaimana
sabda Nabi SAW “Sebaik-baik manusia adalah mereka
yang memberi manfaat kepada orang lain”.

42

Kenali sahabat Nabi SAW

MUAZ BIN JABAL RA

❖ Nama beliau adalah Muaz bin Jabal bin Amru bin Aus.
❖ Lahir di Madinah 18 tahun sebelum Nabi SAW berhijrah

ke Madinah.
❖ Beliau merupakan pembesar bagi kabilah Aus dan Khazraj

yang mana kedua kabilah ini merupakan 2 kabilah yang
berpengaruh di Madinah ketika itu.
❖ Muaaz bin Jabal RA telah memeluk Islam pada usia 18
tahun. Beliau telah memeluk Islam setelah tertarik dengan
dakwah yang dibawa oleh Mus’ab bin Umair RA.
❖ Nabi SAW telah memberikan penyaksian atas ilmu yang
ada pada Muaz dan kepakaran beliau dalam hukum
hakam syariat Islam dan yang paling mengetahui hukum
halal dan haram.
❖ Pernah dihantar oleh Rasulullah SAW untuk menjadi
gabenor di Yaman.
❖ Meninggal dunia pada tahun ke 18 selepas hijrah semasa
pemerintahan Khalifah Umar bin Al Khattab RA.
❖ Beliau meninggal dunia di Sham akibat serangan penyakit
taun/amwas yang merebak di Syam ketika itu.
❖ Beliau meninggal dunia pada usia yang muda ketika
umurnya 38 tahun.

43


Click to View FlipBook Version