Jom tonton dan dengar !!!
Tajuk :
HEBATNYA MAJLIS
ILMU
https://www.youtube.com/w
atch?v=uIuCL_SYiPo
44
45
6PANDUAN
“ Sebahagian umat Islam kini kerap mendahulukan
perkara yang kurang penting. Perkara penting
adalah urusan-urusan wajib yang termaktub dalam
syariat Islam. Antara perkara tersebut ada yang
besar, penting, dan utama. Ada pula yang kecil,
ringan, kurang penting dan kurang utama iaitu
cabang”
(Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi)
46
URUS KEUTAMAAN
Pada hari ini, pemahaman umat Islam khususnya
remaja terhadap perkara-perkara yang utama dalam
kehidupan amat membimbangkan. Kadangkala
perkara yang tidak penting, remeh-temeh dan tidak
perlu difikirkan menjadi topik utama perbincangan.
Memahami keutamaan dalam kehidupan sangat
penting. Kegagalan memahami perkara yang menjadi
keutamaan dalam hidup akan menyebabkan tindakan
menjadi tidak teratur dan kehidupan akan kucar kacir.
Umat Islam khususnya remaja muslim mesti bijak
menyusun perancangan kerja yang efektif dan dengan
pedoman dan panduan yang ditetapkan oleh agama.
Apakah yang dimaksudkan dengan keutamaan?
Keutamaan adalah :
Meletakkan sesuatu pada tangga dan
peringkatnya yang sebenar dengan
pertimbangan keadilan, sama ada mengenai
perbuatan, pemikiran, hukum-hakam dan
nilai-nilai akhlak mulia mengikut neraca
syariat Islam.
47
Oleh itu, sebagai remaja perlu kita fahami apakah perkara
yang paling penting dan perlu didahulukan dan diutamakan,
kemudian yang penting dan seterusnya yang kurang penting.
Para sahabat Rasulullah SAW adalah orang yang sangat
mengambil berat untuk mengetahui perkara-perkara yang
sangat diutamakan supaya mereka menjadikan perkara
tersebut sebagai perantaraan untuk mereka semakin dekat
dengan Allah SWT.
Oleh itu, mereka sering kali bertanya mengenai
perbuatan-perbuatan yang paling diutamakan dan disukai Allah
SWT. Sebagaimana hadis daripada Abdullah bin Mas’ud RA :
قحاقُححْلول فححسُلحهعتحْبسحمُدُحكثقهُاْلُّأحّلهتلٌُِّيتبْحعَقححُْنيان حلححمحرر ُسُُْسسثهووعُحِبِلُولّرٍدااّاّلهحلْلهرِللِحواِضألِح ححدُحيصّييْلهااِنّلْىلهلحعُقُاْلّحملهحعلُِْنلُتهُأحعحفْلحُْيثحهسِهأححضأحلْ حُلوٌّيُتحسقحلقهاححاحرمحلحُلسحاووللاححْْولْلِهصااحلهحّالهاْسِلُةدُتح حزِْدحعحصتفلحُلههُىىحلحسبحِِزااميّيحدلهِحِقللُّاناِّتحعحلهالحِلْي ِه
'Abdullah bin Mas’ud RA berkata: "Aku bertanya kepada
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, aku katakan: "Wahai
Rasulullah, amal apakah yang paling utama?" Beliau
menjawab: "Solat pada waktunya". Kemudian aku tanyakan
lagi: " Kemudian apa?"
48
Beliau menjawab: "Kemudian berbakti kepada kedua
orang tua". Lalu aku tanyakan lagi: "Kemudian apa lagi?"
Beliau menjawab: "Jihad di jalan Allah". Maka aku
berhenti menanyakannya lagi kepada Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam. Seandainya aku tambah
pertanyaan, beliau pasti akan menambah jawapannya
kepadaku".
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Kandungan hadis ini menjelaskan hak Allah yang
paling utama untuk dilaksanakan selepas tauhid adalah
solat dan mengerjakan solat di awal waktu adalah amalan
yang paling utama dan disukai Allah. Amalan yang
berikutnya adalah berbakti kepada kedua ibubapa dan
seterusnya berjihad di jalan Allah SWT.
Hadis ini juga menunjukkan tentang keutamaan
amalan yang diberitahu oleh Rasulullah SAW kepada orang
yang bertanya. Ini menunjukkan setiap perkara di dalam
kehidupan kita ada yang perlu didahulukan dan ada yang
perlu di kemudiankan. Contohnya di usia remaja
keutamaan adalah menuntut ilmu, berbakti kepada ibu
bapa dan mempersiapkan diri dengan kemahiran nilai
tambah yang lain sebagai persediaan di dalam bidang
pekerjaan yang akan diceburi selepas bergraduan.
Al-Bukhari, no.hadis 2575 49
Kenali sahabat Nabi SAW
ABDULLAH BIN MAS’UD RA
❖ Merupakan seorang pemuda yang berasal dari kota Mekah
❖ Lahir pada tahun 594M.
❖ Beliau adalah orang yang keenam memeluk Islam
❖ Wafat pada tahun 653M.
❖ Pada masa remajanya Abdullah merupakan seorang
penggembala kambing. Setelah kejujurannya dikenalpasti
oleh Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar RA, Abdullah
menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai pembantu
peribadi baginda.
❖ Ketika menuntut ilmu, Abdullah amat tekun sehingga baginda
Nabi SAW pernah bersabda dalam hadisnya yang bermaksud :
“Ambillah (pelajarilah) al-Quran daripada empat orang, iaitu
Abdullah bin Mas‘ud, Salim, Mu‘az dan Ubai bin Ka‘ab”
(Hadis Riwayat al-Tirmizi)
❖ Rasulullah SAW sangat menyukai bacaan al-Quran daripada
lisan Abdullah bin Mas’ud. Baginda pernah memanggil
Abdullah bin Mas’ud dan meminta membacakan al-Quran.
Abdullah bin Mas’ud menolak kerana Rasulullah SAW lebih
mengetahui tentang al-Quran. Namun Rasulullah SAW ingin
mendengar bacaan al-Quran daripada orang lain. Lalu beliau
membaca al-Quran dan Rasulullah SAW tidak dapat menahan
air mata baginda.
50
51
52
7PANDUAN
Seluruh kehidupan kamu adalah petunjuk
yang perlu kamu gunakannya ke jalan
dakwah…
Maulana Abu al-Hasan Ali An Nadwi
53
DAKWAH DAN JIHAD DI JALAN
ALLAH
Pendidikan remaja melalui jihad merupakan kemuncak
didikan Rasulullah SAW kepada pemuda di zaman baginda.
Roh dakwah dan jihad telah ditiupkan dalam didikan
baginda sehingga mampu melahirkan pemuda-pemuda
yang sanggup berkorban di jalan Allah SWT demi
mengeluarkan manusia daripada perhambaan diri sesama
manusia kepada perhambaan diri kepada Allah SWT.
Mereka telah ditarbiyah oleh madrasah Rasulullah
SAW sehingga meletakkan matlamat mulia iaitu berjihad
dan berdakwah di jalan Allah. Sebagai contoh, baginda
telah melantik seorang pemuda untuk menjadi panglima
perang iaitu Usamah bin Zaid walaupun peperangan itu
disertai oleh sahabat-sahabat seperti Sayidina Abu Bakar
RA dan Sayidina Umar RA.
Ini menunjukkan bahawa baginda mengangkat
golongan remaja sebagai pemimpin atas kelayakan dan
kemampuan mereka. Ini juga menggambarkan hasil
didikan baginda kepada para remaja hingga mampu
melahirkan seorang panglima. Sabda Rasulullah SAW :
54
ُحوإُِكحعإِْحعْنلنححمْيتُْانِهْحمحكرتِاتحِهححعوحْبنطْحفسحِدلحلعُهحقنُِاحمماّوحلهْنبلحِلحنْعأاحبْثلًِانهحِحنفِ ُحّبوإِأِحعُحبمهماحمحارححصحلررِةلهنهاحعأححىرلحبِْيِيِاسضِِهّهلهإِْحمليُِلمحأهايُّْحعنلهلححسحلْيُواقحإِِهْبحمهنحعةحْنُحلوبُحْههححسواحححلهمنذْااحميُحلزحيْقاأححاِّمٍدْلهنحلِْلنفحتحإِبحأحطحْطْنحعحعحعُحنُححكحنثِوااببحاحنلِاْعنهلفِنلهحاُخّحإبُِلِضحميِاسًاقحلحصارتإنِِهلهاِهللحِهيْىفِحِلسابححقحمّْاعلهِْدلُححفردِةه
Maksudnya : Dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW mengutus
pasukan dengan mengangkat Usamah bin Zaid sebagai
panglima. Kemudian orang-orang para sahabat mencela
kepemimpinannya tersebut. Lalu Rasulullah SAW berdiri
dan berkata “Jika kalian mencela kepemimpinannya
maka kalian mencela kepemimpinan ayahnya
sebelumnya. Demi Allah, dia (Zaid) memang layak
memimpin pasukan dan dia termasuk orang yang paling
aku cintai, dan anaknya ini termasuk orang yang paling
aku cintai setelahnya.
(Hadis Riwayat al-Bukhari )
Walau bagaimanapun terdapat para sahabat yang tidak
bersetuju dengan pengangkatan Usamah bin Zaid sebagai
panglima perang tersebut. Nabi SAW kemudian berkhutbah
kepada mereka :
Sahih al-Bukhari, no hadis 3451
55
“Telah sampai kepadaKu bahawa kalian mencela
pengangkatan Usamah dan begitu pula pengangkatan
ayahnya. Sesungguhnya ayahnya memang layak
memimpin dan dia yakni Usamah juga layak untuk
memimpin dan sesungguhnya dia termasuk orang yang
paling aku cintai maka ku wasiatkan kalian untuk taat
kepadanya”.
Penerapan semangat jihad oleh Rasulullah SAW bukan
sahaja berjaya melahirkan pemuda yang sanggup syahid di
jalan Allah namun baginda juga telah berjaya mendidik
pemuda agar berkorban segala isi dunia demi meraih
kecintaan kepada Allah SWT dan RasulNya.
Namun, dakwah dan jihad pada masa ini mungkin
berbeza dan lebih berfokus kepada jihad pendidikan atau
menuntut ilmu, jihad membangunkan ekonomi umat Islam,
jihad untuk memperkukuhkan akidah umat Islam dan
dakwah untuk menerangkan ajaran Islam sebenar yang telah
dicemari dengan ideologi-ideologi yang merosakkan akidah.
Maka kita sebagai remaja seharusnya mengambil cakna dan
melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam
perkara ini demi mempertahankan agama Islam yang suci ini.
56
Kenali Sahabat Nabi SAW
USAMAH BIN ZAID RA
❑ Dilahirkan pada 615M dan meninggal dunia pada 678M.
❑ Berbeza umur lebih kurang 45 tahun dengan Nabi SAW.
❑ Berkulit gelap dan amat mirip dengan ibunya yang berasal
dari Habsyah.
❑ Anak kepada sahabat Nabi SAW Zaid bin Haritsah dan
Barakah al-Habasyiyyah atau dikenali dengan Ummu Aiman.
❑ Ibunya Ummu Aiman adalah hamba perempuan milik
Aminah binti Wahab, ibunda Rasulullah SAW.
❑ Rasulullah SAW pernah menyebut tentang Ummu Aiman
“Dia adalah ibuku setelah ibuku, dan keluarga yang aku
ada”.
❑ Ayahnya Zaid bin Haritsah adalah anak angkat Nabi SAW dan
orang yang paling disayangi oleh baginda. Begitu juga
Usamah.
❑ Para sahabat menggelarkan Usamah dengan panggilan (al-
Hibb wa Ibnu al-Hibb (orang yang disayangi dan anak
seorang yang disayangi)
❑ Diangkat menjadi panglima perang oleh Rasulullah SAW
untuk menentang kerajaan Rom di usia 18 tahun.
❑ Sangat dihormati dan dicintai oleh kaum muslimin
disebabkan kesetiaan kepada Rasulullah SAW.
57
58
59
PENUTUP
Alhamdulillah. Terima kasih kerana membaca
hingga ke halaman ini. Semoga apa yang disampaikan
oleh penulis di dalam buku ini bermanfaat untuk
dijadikan pedoman dan panduan dalam kehidupan selain
mendapat ilmu pengetahuan terutamanya untuk anak-
anak remaja. Justeru, untuk anak-anak remaja muslim,
isilah kehidupan kita dengan perkara-perkara yang
bermanfaat agar dapat menjadi bekalan untuk kehidupan
di dunia juga di akhirat kita. Gunakanlah masa yang ada
dengan sebaiknya.
Semoga apa jua amalan yang diusahakan di dunia ini
menjadi hasil yang akan dituai di ladang akhirat sana.
Untuk semua pembaca sekiranya terdapat kekurangan di
dalam buku ini mohon teguran berhikmah agar penulis
dapat memperbaikinya dari masa ke semasa. Segala
sokongan dan dorongan daripada semua pembaca yang
budiman akan terus menjadi motivasi untuk penulis terus
belajar dan berkongsi ilmu. InsyaAllah…
60
BIBLIOGRAFI
Al-Quran al-Karim
Abdullah Nasih Ulwan. (1991). Pendidikan Anak Menurut Islam.
Bandung : PT. Remaja Rosdakarya.
Abu Daud, Sulaiman bin al-Asya’ ath al-Sajistini. (1999). Sunan Abu
Daud. Riyadh: Bait al-Afkar al-Daulah. Ahmad al-Sayyid al-Jadawi. al-
Khuluq al-Azim min Hadith Sayyid al-Mursalin. 2010. Mesir : Dar al-
Kutub al-Masriyya.
Asmawati Suhid. (2009). Pendidikan Akhlak dan adab Islam. Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Al-Albani, Muhammad Nasiruddin. (1992). Sislilah al-Sahihah. 9 jilid.
Riyadh : Maktabah al-Maa’rif.
Al-Bukhari, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari. (1998).
Sahih al-Bukhari. Tahqiq Abu Suhaib al-Karmiy. Riyadh: Bait al-Afkar
al-Daulah.
Al-Tirmidhi, Abu Isa Muhammad bin Isa bin Sawrah. (1999). Al-Jami’
al-Sahih. Tahqiq Muhammad bin Soleh al-Rajihi. Riyadh: Bait al-Afkar
al-Daulah.
Al-Qaradhawi, Yusuf. (2002). Fiqh Keutamaan (Keutamaan Tugas
Kaum Muslimin) Terjemahan oleh Ahmad Nuryadi Asmawi. Batu
Caves : Thinkers Library.
Fariza Md. Sham. (2004). Memahami Emosi Remaja: Satu Keperluan
Dakwah. International Seminar On Islamic Thougts. Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia. 7-9 Disember.
Hasnan Kasan. (2008). Pendidikan Remaja Muslim. Kuala Lumpur :
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 61
Ibnu Kathir. (2003). TaBfsIiBr LIIbOnuGKRaAtsFirI. Jil (5). Terj. Abdullah
Muhammad. Bogor : Pustaka Imam Syafii.
Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam :
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Johor Bahru : Universiti
Teknologi Malaysia.
Kamarul Azmi Jasmi & Siti Fauziyani Md. Saleh. (2007). Pendidikan
dan Pembangunan Keluarga Cemerlang. Skudai : Universiti
Teknologi Malaysia
Kamus Dewan Edisi Ketiga. (2002) . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Karim el-Shazly. (2012). Wanita Istimewa (5 Gaya Hidup Wanita
Cemerlang). Sri Damansara : Inteam Publishing Sdn. Bhd.
Mohd Hazri Hashim al-Bindany. (2018). Hayatus Sahabah 2. Terj.
Kitab Suwarun Min Hayati as-Sahabah. Petaling Jaya : Galeri Ilmu
Muslim, Abu Husayn Muslim bin al-Hajjaj. (1991). Sahih Muslim.
Tahqiq Muhammad Fuad Abdul Baqi. 5 jilid. Lubnan: Dar al-Kutub al-
ilmiah.
Norazani Ahmad, Jaffary Awang & Hapizoh Talib. (2004). Pendidikan
Islam dan Pembentukan Identiti Pelajar: Analisis dari Perspektif
Kaunseling. International Seminar On Islamic Thougts. Bangi :
Universiti Kebangsaan Malaysia. 7-9 Disember
Rashidi Abbas. (2008). Kemahiran Insaniah : Meneroka Metodologi
Rasulullah SAW Kuantan : Universiti Malaysia Pahang
https://www.muftiwp.gov.my/
62
7 Panduan Menjadi
Remaja Hebat Acuan
Nabi SAW
Merupakan sebuah karya yang membincangkan tentang
panduan yang diberikan oleh Nabi SAW dalam mendidik
para remaja di zaman baginda. Di dalam buku ini
dibincangkan hadis-hadis berkaitan panduan tersebut.
Selain itu, di setiap topik tersebut diselitkan dengan
maklumat ringkas sahabat-sahabat Rasulullah SAW serta
penilaian kendiri agar setiap kandungan yang
disampaikan dapat difahami dan diaplikasi oleh para
remaja.