The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aciskelantan2016, 2021-03-31 23:19:39

FULL _CTU152 - Copy

FULL _CTU152 - Copy

ISI KANDUNGAN Ms

No Kandungan 4
1 Bab 1: Pengenalan Etika Dan Peradaban 4
5
1.0 Definisi Etika 6
1.1 Hubungan Etika Dan Agama 6
1.2 Aliran Etika 6
1.3 Definisi Peradaban 6
7
1.3.1 Ciri-Ciri Peradaban 7
1.3.2 Matlamat Peradaban Islam 9
1.3.3 Asas Peradaban Islam 9
1.3.4 Sumber Peradaban Islam 9
2 Bab 2: Pandangan Alam: Peradaban Islam 9
2.1 Pengenalan 10
2.2 Prinsip-Prinsip Asas Al-Din Islam 11
2.2.1 Aqidah 11
2.2.2 Syari’ah 12
2.2.3 Akhlak 12
12
2.2.3.1 Akhlak Baik Dan Akhlak Buruk 13
3 Bab 3: Elemen-Elemen Teras Dalam Peradaban Islam 14
15
3.0 Pengenalan 15
3.1. Kedudukan Wahyu 16
3.2. Konsep Insan (Al-Insan) 17
3.3. Konsep Kebahagiaan (Al-Sa’adah) 17
3.4. Konsep Ilmu (Al-‘Ilmu) 18
3.5. Konsep Pendidikan (Al-Ta’dib) 19
3.6. Konsep Keadilan (Al-Adl) 19
3.7. Konsep Kebebasan (Al-Hurriyah) 19
3.8. Konsep Persamaan (Al-Musawah) 20
3.9. Kebebasan Dan Hak Asasi Manusia 20
4 Bab 4: Akhlak Dalam Peradaban Islam 21
4.0 Akhlak Dalam Peradaban Islam 22
4.1 Asas Akhlak Dan Peradaban Manusia 22
4.2 Makna Agama Dan Akhlak 23
4.3 Perjanjian Asali (Al-Mithaq) 24
4.4 Impak Agama Ke Atas Pemikiran Dan Akhlak 27
4.5 Analisa Isu-Isu Semasa Berkaitan Faham Agama: 27
27
4.5.1 Ektremisme Agama 28
4.5.2 Pluralisme Agama 28
4.5.3 Transcendent Unity Of Religion 28
5 Bab 5: Penghayatan Konsep Insan 29
5.1 Pengertian Insan 29
5.2 Al-Insan Al-Kamil 30
5.3 Konsep Fitrah 30
5.3.1 Hubungkait Antara Roh Dan Jasad 30
5.4 Tujuan Penciptaan Insan
5.4.1 Manusia Sebagai Hamba
5.4.2 Manusia Sebagai Khalifah
5.5 Perbahasan Tentang Insan:
5.5.1‘Nature Vs Nurture’
5.5.2 ‘Creation Vs Evolution’

1

6 Bab 6: Penghayatan Konsep Al-Sa'adah 32

6.1 Makna Dan Tujuan Kehidupan 32

6.2 Makna Al-Sa'adah Dalam Islam 33

6.2.1 Tingkatan-Tingkatan Jiwa 36

6.2.2 Kebahagiaan Lahir Dari Jiwa Yang Tenang (Al-Nafs Al- 36

Mutmainnah)
6.3 Budaya Hedonisme: ‘Keseronokan’ Vs ‘Kebahagiaan’ (Pleasure Vs 38

Happiness)

7 Bab 7: Penghayatan Budaya Ilmu (Al-'Ilm) Dan Pendidikan 40

7.1 Pengertian Dan Objektif Ilmu 40

7.1.1 Pengertian 40

7.1.2 Objektif Ilmu 40

7.2 Sumber Ilmu Dalam Islam 41

7.2.1 Wahyu 41

7.2.1.1 Al-Quran 41

7.2.1.2 Al-Sunnah 42

7.2.2 Akal 42

7.2.3 Pancaindera 42

7.3. Pembahagian Ilmu Dalam Islam 42

7.3.1 Ilmu Fardu Ain 42

7.3.2 Ilmu Fardu Kifayah 42

7.4 Konsep Sains Sebagai Ilmu 43

7.4.0 Sains Sebagai Ilmu 43

7.4.1 Ayat-Ayat Al-Maqruah (Tanda-Tanda Kekuasaan Tuhan 44

Menerusi Ayat Yang Dibacakan)

7.4.1.1 Bidang Matematik Dan Pengiraan 44

7.4.1.2 Bidang Perubatan 45

7.4.1.3 Penciptaan Bumi 45

7.4.2 Ayat Al-Manzurah 45

7.4.3 Definisi Sains Masakini 46

7.4.3.1 Pengertian Sains Dalam Tradisi Islam 46

7.4.3.2 Cabaran Saintisme Dalam Ilmu Dan Pendidikan 47

7.5 Pendidikan Dalam Islam 48

8 Bab 8: Insan Beradab Sebagai Matlamat Pendidikan (Ta’dib) 50
8.0 Insan Beradab Sebagai Matlamat Pendidikan (Ta’dib) 50

8.1 Insan Beradab 50

8.2 Adab Dan Akhlak 51

8.3 Kaedah Pendidikan Akhlak 52

8.4 Modal Akhlak Insan Kamil 53

9 Bab 9: Sekularisme: Cabarannya Terhadap Budaya Kehidupan Beragama 56

9.0 Ideologi Moden: Pengertian Dan Latarbelakang Kemunculan 56

9.1 Sekularisme Sebagai Asas Ideologi Moden 57

9.1.1 Pengertian Sekularisme 57

9.1.2 Sejarah Kemunculan Sekularisme Di Barat 59

9.1.3 Penyebaran Sekularisme Di Dunia Islam 60

9.1.4 Kenapa Sekularisme Memusuhi Agama? 61

9.1.5 Pengaruh Sekularisme 64

9.1.6 Penyelewengan Sekularisme 65

9.1.7 Langkah Mendepani Ancaman Sekularisme 67

9.2 Elemen Utama Sekularisme 68

9.2.1 Pemisahan Agama Dari Urusan Keduniaan 69

2

9.2.2 Mengenepikan Hal-Hal Akhirat 69
9.2.3 Mengutamakan Rasional Akal 69
9.2.4 Memperjuangkan Kebebasan Hak Individu tanpa 70

Sempadan 70
9.2.5 Dasar Kesamarataan Masyarakat 70
9.3 Implikasi Sekularisme Terhadap Umat Islam 70
9.3.1 Implikasi Terhadap Keluhuran Beragama 71
9.3.2 Implikasi Terhadap Akhlak Dan Peradaban Manusia 72
9.3.3 Implikasi Terhadap Pemikiran 72
9.3.4 Implikasi Terhadap Ekonomi 73
9.3.5 Implikasi Terhadap Perundangan 74
10 Bab 10: Cabaran Globalisasi Terhadap Agama Dan Peradaban 74
10.1 Cabaran Globalisasi 83
10.2 Implikasi Globalisasi Ke Atas Peradaban Manusia:
Revolusi Industri 4.0 Hingga 5 87
10.3 Dualisme Dalam Sistem Pendidikan 90
11 Rujukan

3

Bab 1:

PENGENALAN ETIKA DAN PERADABAN
Oleh: Nik Muniyati Nik Din & Rogayah Mohd Zain

1.0 DEFINISI ETIKA

Perkataan etika berasal daripada perkataan Greek iaitu ethos yang merujuk kepada “perlakuan
seseorang”. Menurut Garner (1986) etika atau ethic merupakan perkataan bahasa Inggeris
yang berasal daripada bahasa Greek iaitu ‘ethikos’ iaitu moral dan ‘ethos’ yang membawa
makna sikap atau adat. Etika ertinya satu disiplin atau peraturan yang menentukan sama ada
sesuatu perbuatan itu baik atau buruk. Etika adalah satu disiplin yang akan dapat memberi
maklumat kepada kita apakah sistem moral yang diamalkan oleh satu-satu kelompok manusia
tertentu. Saravanan (2018) mendefinisikan etika sebagai satu set peraturan yang berkait rapat
dengan nilai-nilai moral serta norma (kebiasaan) sesuatu masyarakat.

Mohd Nasir (1992) mengatakan etika terbahagi dua iaitu Etika Deskriptif dan Etika Normatif.
Etika Deskriptif akan menyedarkan kita bahawa di dunia ini terdapat berbagai-bagai sistem
moral yang relative (tidak sama). Contohnya Etika Hindu, Etika Kristian, Etika Buddha, Etika
Yahudi, Etika Islam dan Etika Barat. Etika Deskriptif menyatukan apakah bentuk atau karekter
sebenar satu-satu sistem moral yang ada dewasa ini. Etika Normatif akan menilai, mengkritik
dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang ada. Ia menyedarkan kita bahawa nilai-
nilai moral tidak semuanya berubah mengikut perubahan budaya manusia tetapi ada juga nilai-
nilai moral yang tetap dan tidak berubah.

Mohamad Mohsin & Hamdzun (2002) mengatakan terdapat dua perkara asas yang menjadi
tumpuan dalam etika ialah akhlak individu seperti takrifan individu yang baik dan peraturan-
peraturan sosial seperti peraturan mengenai benar atau salah (moraliti) yang menghadkan
tingkah laku individu. Perspektif islam memandang etika sebagai akhlak yang berdasarkan al-
Quran dan Sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad ‫ﷺ‬

Menurut Abdul Fatah Hassan (2001) pula, etika membawa maksud menyelidik, memikirkan
dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk. Etika melihat secara universal
perbuatan manusia. Definisi etika ini agak umum dan meluas yang memandang banyak aspek
sebelum dinilai sebagai etika yang baik atau sebaliknya.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, etika merujuk kepada dua makna, iaitu: “Etika ialah ilmu
yang berkaitan dengan prinsip-prinsip akhlak atau moral” atau “Prinsip moral atau nilai-nilai
akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Malah, ia juga
melibatkan tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap
masyarakat. Contohnya Etika Perkhidmatan Awam yang melibatkan kakitangan awam (Mohd
Tap et, al. 1991).

Menurut Dr. H. Hamzah (1991) etika ialah ilmu yang menyelidiki mana yang baik dan mana
yang buruk dengan memperhatikan amal perbuatan manusia yang diukur berdasarkan al-
Quran dan Sunnah dan bukannya diukur oleh akal semata sahaja. Definisi ini berbeza dengan
definisi yang diperkenalkan oleh perspektif barat.

Dari pelbagai definisi yang telah disebutkan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa etika pada
dasarnya adalah suatu cabang dari ilmu falsafah yang membuat penyelidikan tentang moral

4

dan tingkah laku manusia dari segi tindakan baik dan buruk yang seharusnya diketahui, dan
yang sepatutnya diamalkan dalam kehidupan, sama ada dari sudut individu, masyarakat dan
Negara. Dari kaca mata agama Islam, etika adalah akhlak yang ditentukan dari hati, sekiranya
seseorang insan itu memiliki hati yang baik, maka etika dan akhlak yang ditonjolkan adalah
yang terpuji dan begitulah sebaliknya.

1.1 HUBUNGAN ETIKA DAN AGAMA

Etika sebagai suatu ilmu yang membincangkan apa yang harus dilakukan dan apa yang tidak
harus dilakukan oleh seseorang manusia merupakan garis panduan ke arah mengenal pasti
tingkah laku baik buruk. Merujuk kepada asas yang demikian, maka etika adalah suatu ilmu
yang tidak bertentangan dengan agama, malahan semua agama yang wujud di dunia ini
mengajak kepada perilaku mahupun moral yang baik dan etika adalah satu falsafah yang selari
dengan tuntutan agama (al-Ghazali, 1985).

Dari segi sejarah, nilai dan sistem etika dikaitkan dengan kepercayaan agama, misalnya Judeo
Kristian sangat berpengaruh dalam kalangan masyarakat Barat (Eropah, Amerika dll.), Islam
di Timur Tengah dan Asia, Confucianisme di Cina, Buddha dan Hindu di beberapa negara Asia
tertentu. Amalan untuk beretika dikaitkan dengan soal keimanan dan ketuhanan, bertambah
kuat lagi dengan adanya konsep dosa dan pahala, syurga dan neraka serta kepercayaan
tentang kehidupan selepas mati (Mohd Janib Johari, 2001).

K. Bertens (2003) dalam kajiannya mengenai etika menjelaskan bahawa agama mempunyai
hubungan yang erat dengan moral. Setiap agama mengandungi suatu ajaran moral yang dapat
dipelajari secara kritis, metodis dan sistematis yang disebut sebagai teologi moral. Menurutnya
lagi, teologi adalah refleksi kritis, metodik dan sistematik yang dilakukan oleh penganut agama
tentang agamanya sendiri. Contohnya disebut “etika Islam’, “etika Kristian', 'etika Buddha' dan
sebagainya yang disebut sebagai teologi moral. Malah, K. Bertens juga menyarankan agar
etika perlu terus dijalankan agar masalah pluralism ini boleh diminimumkan seterusnya
mewujudkan etika yang universal.

Namun, para pemikir dan tokoh-tokoh falsafah Barat, mereka menolak peranan agama
ataupun perkara-perkara yang berkaitan dengan kepercayaan agama dalam membentuk nilai-
nilai etika ada yang menganggap agama sebagai penghalang kebebasan manusia (Karl Marx,
1818-1883) (The Encyclopedia of Religion, 1987).

Adapun kita yang beragama Islam yang menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai panduan
hidup seharian sangat menitikberatkan etika serta akhlak dalam kehidupan seharian samada
yang melibatkan hubungan dengan pencipta, hubungan sesama manusia, mahupun
hubungan dengan makhluk lain. Hal ini disokong Abu A’la al-Mawdudi (1996) dalam bukunya
Ethical Viewpoints of Islam yang mengatakan bahawa kewujudan nilai-nilai agama yang
dipegang dan dihayati oleh seseorang individu atau masyarakat dalam tindakan seharian
mereka berbeza antara etika dan moral yang diamalkan orang islam dengan etika dan moral
golongan secular.

Moral dan etika sekular adalah berdasarkan kepada kepelbagaian pemikiran dan perspektif
manusia, adapun moral dan etika dalam Islam ialah akhlak yang dibimbing dan yang mendapat
petunjuk daripada al-Quran dan Sunnah. Menurut Imam al-Ghazali dalam bukunya Ihya’
Ulumuddin, etika dan akhlak yang ditonjolkan adalah lambang keperibadian dan kesucian hati
seseorang. Oleh yang demikian pembentukan hati adalah perkara utama yang perlu
dititikberatkan dalam melahirkan insan yang beretika, berakhlak dan berbudi tinggi.

5

1.2 ALIRAN ETIKA

Endang Saifuddin Anshari (1982) menyatakan etika terbahagi kepada enam aliran iaitu:
pertama aliran etika naturalisme iaitu aliran yang beranggapan bahawa kebahagiaan
manusia itu diperolehi dengan menurut panggilan fitrah kejadian manusia sendiri. Kedua,
aliran etika hedonism iaitu aliran yang berpendapat bahawa perbuatan yang baik ialah yang
menimbulkan hedone (kenikmatan dan kelazatan). Ketiga, aliran etika utilitarianisme iaitu
aliran yang menilai baik dan buruknya perbuatan manusia berdasarkan kecil atau besarnya
manfaat yang diperolehi.

Keempat, aliran etika idealisme ialah aliran yang berpendirian bahawa perbuatan manusia
janganlah terikat pada sebab musabab lahir tetapi haruslah berdasarkan prinsip kerohanian
(idea) yang lebih tinggi. Contohnya orang yang berbuat baik bukan kerana untuk dipuji tetapi
atas kemahuan sendiri. Kelima, aliran etika vetalisme ialah aliran yang menilai baik buruknya
perbuatan manusia itu sebagai ukuran ada atau tidak adanya daya hidup (vital) yang
maksimum mengendalikan perbuatan itu. Yang dianggap baik oleh aliran ini ialah orang yang
berkuasa dan sanggup menjadikan dirinya ditaati oleh orang-orang yang lemah. Yang terakhir,
aliran etika theologis ialah aliran yang berkeyakinan bahawa ukuran baik dan buruknya
perbuatan manusia itu dinilai berdasarkan sesuai atau tidak dengan perintah.

1.3 DEFINISI PERADABAN

Peradaban dari segi bahasa ialah berasal daripada perkataan ‘adab’ bererti seseorang individu
yang mempunyai tingkah laku yang baik dan sesuai dengan persekitarannya. Peradaban
dalam bahasa Inggeris ialah Civilization, ianya berasal dari perkataan latin bermaksud Bandar,
Latin: Civitas bermaksud ‘kota’.

Manakala dari segi Istilah pula bermaksud ketamadunan dan kehidupan yang maju dari
pelbagai aspek. Para ilmuan mendefinisikan dengan pelbagai definisi antaranya menurut Ibn
Khaldun peradaban didefinisikan dengan perkataan ‘Umran’ yang membawa maksud kawasan
tanah atau rumah yang didiami atau diduduki orang dalam keadaan berkembang maju.

Manakala, perkataan ‘Hadharah’ digunakan dalam abad ke 20, yang membawa sama makna
dengan umran. Manakala menurut Mohamad Farid Wajdi peradaban didefinisikan dengan
istilah Madaniyyah’ iaitu berkenaan dengan bandar atau kehidupan bandar.

Bagi Jurji Zaidan pula: ‘Tamadun’ iaitu tahap perkembangan yang tinggi bercirikan bentuk
negara dengan pentadbiran yang tersusun rapi, kehidupan bandar, sains, teknologi dan
pendidikan yang mencapai perkembangan, arkitektur yang membina monumen dan bangunan
besar dan aktiviti kesenian yang berkesan.

1.3.1 CIRI-CIRI PERADABAN

1. Rabbani (ketuhanan/keagamaan) yang berlandaskan nilai-nilai keagamaan dan
ketuhanan. Sumber, matlamat dan tujuan kehidupan manusia adalah telah ditetapkan
oleh Allah SWT.

2. Sejagat atau Universal
3. Sempurna (Syumul) – meliputi semua bidang kehidupan
4. Tetap dan anjal
5. Sepanjang zaman
6. Ideal dan realistik
7. Seimbang
8. Wasatiyah

6

1.3.2 MATLAMAT PERADABAN ISLAM

1. Menjaga hubungan manusia dengan Allah yakni mengabdikan diri kepada Allah
semata-mata dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya

2. Menjaga hubungan baik sesama manusia iaitu dengan membina hubungan tersebut
dengan menghayati segala sifat terpuji dan menjauhi sifat tercela.

3. Menjaga hubungan antara makhluk dan alam iaitu meliputi hubungan haiwan, tumbuh-
tumbuhan, cakerawala dan alam seluruhnya.

1.3.3 ASAS PERADABAN ISLAM

1. Aqidah
2. Syariah
3. Akhlak
4. Ilmu

1.3.4 SUMBER PERADABAN ISLAM

1. Al-Quran
2. As-Sunnah
3. Ijtihad
4. Tamadun asing

1.4 KESIMPULAN

Daripada bab ini, dapat dismpulkan bahawa etika dan peradaban punya kaitan yang erat dan
utuh dalam sesbuah kemajuan negara dan bangsa. Nilai etika yang berkait rapat dengan
agama menjadi pemangkin kepada kemenjadian insan yang berbudi tinggi dan berdaya saing.
Ketamadunan sesebuah bangsa juga bermula daripada tahap penghayatan dan pengamalan
sesebuah bangsa mengamalkan etika dan akhlak yang terpuji dalam kehidupan seharian
mereka serta meliputi semua bidang samada berkaitan urus niaga, pendidikan, sosial, politik
dan keseluruhannya.

Pengahayatan dan pengamalan etika yang tinggi akan meletakan sesebuah negara sebagai
negara yang bertemadun dan penuh peradaban. Nilai-nilai yang terkandung dalam teori etika
dimurnikan dengan perbincangan berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Sumber utama sebagai
panduan hidup setiap insan yang beragama Islam mahupun yang bukan beragama Islama
akan menerima bahawa teori etika haruslah dikaitkan dengan agama yang dipegang masing-
masing. Hal ini kerana, tanpa pegangan agama, tanpa ukuran dosa dan pahala, tanpa
ganjaran syurga ataupun balasan neraka, manusia akan leka dan mengabaikan etika dan nilai
murni dalam kehidupan seharian.

Maka, dengan adanya hari pembalasan, ianya akan mendorong manusia yang beragama
berlumba untuk melakukan kebaikan, berlumba untuk menjadi manusia yang beretika dan
berakhlak mulia dalam kehidupan seharian mereka. Malahan, ciri-ciri peradaban Islam yang
dibincangkan adalah ciri-ciri yang bersifat menyeluruh kepada semua bangsa tanpa mengira
agama, bangsa dan warna kulit. Begitu juga dengan matlamat peradaban, yang meliputi
hubungan manusia dengan penciptanya, hubungan sesame manusia dan hubungan manusia
dengan alam sejagat termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan dan seluruh alam cakerawala yang
meliputi langit dan bumi serta seisinya.

Asas dan sumber peradaban Islam adalah perkara yang menjamin kesejahteraan dan
peradaban sesebuah negara maju yang berdaya saing. Akhir kata, manusia dan agama ibarat

7

nyawa dikandung badan bahkan lebih dari itu, manusia tanpa agama ibarat jasad tanpa roh.
Adapun ilmu tanpa amal seperti pokok tanpa buah ibarat kata Imam al-Ghazali gersang bumi
tanpa hujan, gersang minda tanpa ilmu, gersang jiwa tanpa amal dan gersang hati tanpa iman.
Oleh yang yang demikian ilmu, amal dan iman adalah perkara penting dalam diri setiap bangsa
yang beretika dan bertamadun.

Aktiviti Pengukuhan
1. Apakah perbezaan etika dan akhlak?
2. Apakah peranan etika dalam pembentukan diri pelajar yang berdaya saing di peringkat
global?
3. Jelaskan TIGA (3) aliran etika dengan terperinci?
4. Mengapakah pemikir barat menolak peranan agama sebagai pembentukan etika seseorang
individu?
5. Mengapakah Islam menitikberatkan etika dalam kehidupan seharian sebagai pelajar?
6. Ciri-ciri peradaban Islam ialah sesuai sepanjang zaman, apakah yang dimaksudkan
dengannya?
7. Apakah asas peradaban Islam yang tiada pada tamadun Barat?
8. Nyatakan perbezaan konsep peradaban Islam dan peradaban Barat.
9. Peradaban Islam turut menjadikan tamadun asing sebagai rujukan, apakah bentuk tamadun
asing yang boleh diserapkan ke dalam tamadun Islam?
10. Apa yang kamu fahami mengenai masyarakat atau negara yang bertamadun?

8

Bab 2:

PANDANGAN ALAM: PERADABAN ISLAM

Oleh: Che Bakar Che Mat

Peradaban berasal dari kata adab. Ia membawa maksud budi pekerti yang luhur, akhlak,
sopan santun dan tatsusila. Peradaban juga membawa maksud tingkat kemajuan pada
kehidupan rohani dan jasmani sesuatu bangsa atau masyarakat (Kamus Dewan Edisi
Keempat). Peradaban juga digunakan di dalam Bahasa Melayu dengan maksud tamadun atau
kemajuan. Apabila membincangkan peradaban Islam maka ianya bermaksud membincangkan
tentang Tamadun Islam.

Sesungguhnya Islam diturunkan untuk membimbing manusia kejalan yang selamat dan
sejahtera. Ini dapat dilihat dari perkataan Islam yang berasal dari kata “Salima” dalam Bahasa
Arab yang bererti selamat dan sejahtera. Islam berupa ajaran wahyu yang diturunkan oleh
Allah menerusi rasulnya nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW telah diutuskan
sebagai rasul di tengah masyarakat jahiliyah yang tandus dari nilai-nilai murni. Setelah 23
tahun perutusan kenabian maka Rasulullah SAW berjaya merubah masyarakat Jahiliyah
kepada satu kehidupan yang bertamadun dan berperadaban. Perubahan dari keadaan yang
mundur kepada kehidupan yang maju dan sistematik. Kemajuan hidup inilah yang diistilahkan
sebagai Tamadun Islam atau pun Peradaban Islam.

2.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS AL-DIN ISLAM

Peradaban Islam atau Tamadun Islam mestilah berpaksikan ajaran Islam. Islam bersifat ad-
Din iaitu jalan kehidupan. Terdapat tiga komponen utama dalam ajaran Islam iaitu Aqidah,
Syariah dan Akhlak.

2.2.1 AQIDAH

Aqidah bermaksud ikatan atau simpulan. Ia juga bererti kepercayaan yang kukuh terhadap
sesuatu yang wajib diyakini sebagai seorang muslim. Aqidah mempunyai kaitan dengan iman
dan juga tauhid.

Iman: Iman adalah kepercayaan dan keyakinan di dalam hati sanubari seseorang. Iman
biasanya dikaitkan dengan rukun iman iaitu keyakinan kepada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab,
Hari Kiamat serta Qada dan Qadar. Iman adalah apa yang terbuku di hati sanubari seseorang,
serta dibuktikan dengan amalan. Ia bukan hanya sekadar kata-kata yang diucapkan.

Tauhid: Tauhid adalah keimanan kepada Allah SWT, serta meyakini bahawa Allah bersifat esa
atau satu. Tauhid bermaksud mengesakan Allah SWT, tidak menduakan Allah atau tidak
mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu.

Kaitan antara aqidah dan iman dimana aqidah berupa tahap keimanan yang unggul mencapai
tahap seratus peratus terhadap rukun Iman. Keyakinan yang mutlak tanpa ragu-ragu itulah
yang dinamakan aqidah. Keyakinan boleh berada pada tahap yang tidak mutlak. Sekiranya
keyakinan ditahap 75%, dinamakan Zhon. Jika pada tahap 50%, dinamakan Syak. Jika di
tahap 25% dinamakan Waham. Jika langsung tidak beriman, maka jadi kafirlah ia. Perkara
pokok dalam aqidah dan iman ialah wujudnya keimanan dan keyakinan yang mutlak terhadap
tauhid atau keesaan Allah SWT. Ini dapat difahami dengan jelas ketika mengucap dua kalimah
syahadah yang menjadi paksi utama keislaman seseorang. Aqidah dan iman seseorang tidak
akan diterima sekiranya ia tidak mengesakan atau mentauhidkan Allah SWT.

9

2.2.2 SYARI’AH

Syariah bermaksud peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah SWT agar
diikuti oleh makhluknya. Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agong telah menetapkan
peraturan dan hukum-hukum yang mesti dipatuhi oleh segala makhluknya. Sebagai Pencipta,
Allah lebih mengetahui tentang keperluan makhluk ciptaanNya. Allah SWT tahu kekuatan dan
kelemahan segala makhluknnya. Apabila segala ketetapan dan peraturan Allah dipatuhi maka
akan sejahteralah kehidupan segala makhluk di muka bumi ini.

Hukum Hakam dan peraturan Allah mencakupi segala aspek kehidupan manusia termasuklah
bidang aqidah, ibadah, muamalat, munakahat, jinayah dan jihad. Hukum hakam Allah
berkaitan aqidah adalah seperti keyakinan terhadap rukun-rukun Iman, larangan mensyirikkan
Allah, kepercayaan tahyul, tangkal azimat, tenung nasib dan lain-lain. Begitu juga Islam
melarang umatnya berpegang dengan fahaman-fahaman atau isme-isme yang lahir dari
falsafah-falsafah bikinan manusia seperti Sekularisma, Liberalisma, Modenisma, Kapitalisma,
Komunisme dan sebagainya.

Hukum hakam berkaitan dengan ibadah mungkin mudah untuk difahami seperti hukum yang
berkaitan dengan ibadah solat, puasa, zakat, haji, sedekah, zikir, baca al-Quran dan lain lain.
Hukum hakam berkaitan dengan muamalat adalah seperti hukum jual beli, pinjaman, sewaan,
insuran, gadaian dan lain-lain transaksi.

Munakahat adalah perkara yang berkaitan dengan perkahwinan dan kekeluargaan Islam.
Islam telah mengatur perkara yang bekaitan dengan kekeluargaan. Bermula dengan mencari
jodoh, berkahwin, nafkah, tangunggjawab sebagai suami dan isteri, tanggungjawab apabila
mendapat cahaya mata. Begitu juga batasan pergaulan dengan keluarga mertua, dan ipar
duai. Islam juga menetapkan peraturan tentang harta pusaka apabila berlaku kematian. Tidak
ketinggalan juga hukum hakam apabila berlaku persengketaan dan perceraian.

Jinayat atau jenayah adalah melakukan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.
Melakukan sebarang perlanggaran terhadap peraturan-peraturan Allah bukan hanya akan
menyebabkan seseorang berdosa, tetapi ia juga akan berhadapan dengan hukuman-hukuman
yang telah Allah tetapkan.

Secara umumnya terdapat tiga bentuk hukuman berdasarkan kesalahan dan jenayah yang
dilakukan iaitu hukuman Hudud, Qisas dan Takzir. Perlanggaran terhadap perintah tuhan tidak
terkecuali dari tiga kategori hukuman tersebut.

Jihad pula merupakan perintah Allah agar manusia memelihara agama. Dari segi Bahasa,
jihad bermaksud bersungguh sungguh. Ini bermakna Allah menghendaki manusia memelihara
agama dengan bersungguh-sungguh. Memelihara agama boleh difahami dalam berbagai
konteks iaitu memastikan ajaran Allah dipatuhi oleh setiap manusia terutama yang beragama
Islam. Kedua adalah memastikan bahawa ajaran Islam mestilah disebarkan untuk sekalian
manusia. Ini kerana ajaran Islam bersifat “Rahmatan Lil Alamin” atau rahmat untuk sekalian
alam. Ketiga adalah memastikan tidak ada sesiapa yang mempersendakan ajaran Islam sama
ada dari kalangan umat Islam sendiri ataupun dari musuh-musuh Islam. Keempatnya adalah
mempertahankan Islam dari musuh-musuh Islam yang cuba menghancurkan agama Islam.
Apabila musuh Islam bertindak secara agresif memerangi Islam dan umatnya, maka Islam
mewajibkan umat Islam untuk berjihad di medan perang. Jihad mengangkat senjata inilah
setinggi-tinggi jihad. Kematian di medan perang adalah kematian yang sangat mulia
kedudukannya di sisi Allah yang dikenali sebagai mati Syahid. Umat Islam jangan lupa peri
pentingnya semangat jihad di medan perang.

10

2.2.3 AKHLAK

Akhlak adalah budi pekerti yang baik, beradab, sopan santun dan tatasusila. Akhlak
merupakan suatu yang tertanam di dalam hati sanubari yang melahirkan tindakan yang baik.
Perkataan akhlak berasal dari Bahasa arab “Khalaq”. Ia memberi maksud keindahan ciptaan
fizikal sebagai yang dinyatakan di dalam al-Quran yang bermaksud: “Bacalah dengan nama
TuhanMu yang menciptakan. Ia mencipta manusia dari darah” (‘Alaq: 1-2). Akhlak juga berasal
dari kata “Khuluq” sebagaimana yang disebutkan di dalam al-Quran al-karim yang bermaksud
“Demi sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang agung” (Nun:4)

Apabila membicarakan komponen utama dalam Islam iaitu aqidah, syariah dan akhlak. Akhlak
merupakan natijah atau menifestasi dari aqidah yang teguh, disusuli dengan syariah yang
dilaksanakan dengan sempurna. Akhlak yang sempurna tidak akan dicapai sekiranya
seseorang tidak melaksanakan syariah dengan sepenuhnya. Seseorang tidak akan dapat
melaksanakan perintah Allah dengan sepenuhnya sekiranya ia tidak memiliki aqidah yang
mantap. Setiap manusia perlu berusaha kearah mencapai kesempurnaan akhlak. Perutusan
Rasulullah dengan ajaran wahyu selama 23 tahun adalah supaya umat baginda memiliki
akhlak yang mulia.

Rasulullah SAW menyebutkan bahawa intipati perutusan baginda adalah untuk mencapai
kesempurnaan akhlak:

‫إَِّمنَا بُعِثْ ُتُ ِِلَُتِمَمُ َصالِ َُح اِْلَ ُْخَل ُِق‬
“Sesungguhnya aku hanyalah diutus untuk menyempurnakan akhlak yang luhur.” (HR.
Ahmad, No: 8952 dan Al-Bukhari dalam Adaabul Mufrad, No: 273).

‫أَ ْك َم ُُل المُْؤِمنِ َُي إِيمَا ًنُ أَ ْح َسنُ ُه ُْم ُخلًُقُا‬
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” (HR.
Tirmidzi, No:1162)

Keunggulan akhlak Nabi SAW diiktiraf oleh Allah SWT:
ُ‫َوإِنم َُك لََعلَىُ ُخلُقُ َع ِظيم‬

“Demi sesungguhnya engkau adalah di atas akhlak yang agung” (Al-Qalam: 4).

2.2.3.1 AKHLAK BAIK DAN AKHLAK BURUK

Akhlak terbahagi dua iaitu akhlak yang baik dan juga akhlak yang buruk. Akhlak baik adalah
segala tingkah laku baik seperti mana yang dianjurkan oleh agama. Ia juga dinamakan Sifat
Mahmudah atau sifat terpuji contohnya seperti sabar, jujur, amanah, rajin, pemurah suka
membantu dan lain-lain. Manakala akhlak yang buruk disebut sebagai Sifat Mazmumah atau
sifat tercela secara umumnya adalah seperti pemarah, pemalas, penipu, rasuah, pecah
amanah dan lain-lain lagi yang ditegah oleh agama.

11

BAB 3:

Elemen-Elemen Teras Dalam Peradaban Islam
Oleh: Dr. Shafiza binti Safie

3.0 PENGENALAN

Islam adalah agama yang menyeluruh mencakupi semua aspek kehidupan manusia. Ia
memiliki sejarah panjang dan peradabannya juga tidak mungkin bisa disamakan dengan
agama-agama lainnya di muka bumi ini sehingga memberi pengaruh yang hebat samada
dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, ataupun di bidang politik dunia.

3.1. KEDUDUKAN WAHYU

Kata wahyu berasal dari bahasa Arab “Al-Wahy”, yang bererti suara, api, kecepatan, bisikan,
isyarat, tulisan dan kitab. Menurut ilmu bahasa, wahyu bererti isyarat yang cepat dengan
tangan dan sesuatu isyarat yang dilakukan bukan dengan tangan. Menurut istilah kata wahyu
mempunyai erti pemberitahuan secara tersembunyi dan dengan cepat. Wahyu juga bererti
nama bagi sesuatu yang disampaikan dengan cepat dari Allah SWT ke dalam 12 dada Nabi-
nabi-Nya, sebagaimana digunakan juga untuk lafaz Al-Quran. Kemudian kata wahyu lebih
dikenal dalam erti “Apa yang disampaikan Allah SWT kepada para Nabi. Wahyu adalah kata
masdar (infinitive); dan menunjukkan dua pengertian dasar, iaitu tersembunyi dan cepat. Oleh
sebab itu, maka dikatakan bahawa wahyu ialah pemberitahuan secara tersembunyi dan cepat
yang khusus ditujukan kepada orang yang diberitahu tanpa diketahui oleh orang lain. Inilah
pengertian masdarnya. Di samping itu, wahyu adalah sabda Tuhan yang mengandungi ajaran,
petunjuk dan pedoman yang diperlukan umat manusia dalam perjalanan hidupnya baik di
dunia mahupun di akhirat. Dalam Islam, wahyu atau sabda yang disampaikan kepada Nabi
Muhammad SAW, terkumpul semuanya dalam Al-Quran (Syahrin Harahap, Hasan Bakti
Nasution, T.t: 15).

Semua agama samawi adalah berdasarkan wahyu. Keistimewaan para nabi ialah mereka
diberikan kemampuan untuk berhubungan dengan Allah SAW. Wahyu yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad SAW dinamakan Al-Qur’an. Adapun definisi Al-Quran adalah kalam
Allah SWT yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan merupakan
petunjuk bagi kehidupan (Al-Qur’an dan Terjemahannya, 1987:16). Penamaan wahyu yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dengan Al-Quran memiliki pengertian bahawa
wahyu tersimpan dalam dada manusia kerana nama Al-Quran sendiri berasal dari kata qira’ah
(bacaan) dan di dalam kata qira’ah terkandung makna agar selalu diingat (Hamzah Ya’qub,
1991:132).

Al-Quran juga memiliki nama-nama lain iaitu di antaranya, Al-Kitab bererti tulisan (al-Baqarah:
2); Al-Risalah bererti surat atau warta (al-Ahzab: 39); Suhuf bererti lembaran-lembaran
(‘Abasa: 39); Al-Furqan bererti pembeza kerana membezakan yang hak dan yang batil, antara
yang baik dan buruk (al-Baqarah: 185); Al-Zikr bererti peringatan (Shad: 1); Al-Huda bererti
petunjuk kerana memberikan kepada jalan hidup yang lurus dan benar (al-Baqarah: 185); Al-
Nur bererti cahaya kerana mengeluarkan manusia dari kegelapan fikiran kepada kebenaran
(al-An’am: 91); Al-Syifa’ bererti penawar dan ubat kerana berisi penawar penyakit rohani
seperti keresahan, kegelisahan, kecemasan dan sebagainya (al-Fushilat: 44) (Subhi As-
Shalih, 1993: 9).

12

Wahyu mengandungi aqidah, prinsip-prinsip keimanan yang perlu diyakini oleh setiap mu’min,
hukum-hukum syari’at yang mengatur hubungan manusia dengan manusia, dan hubungan
manusia dengan alamnya, akhlak, tuntunan budi pekerti luhur, ilmu pengetahuan, sejarah
tentang umat-umat terdahulu sebagai pelajaran dan mengkhabarkan juga tentang hal-hal yang
akan terjadi pada masa yang akan datang (Hamzah Ya’qub, 1991: 131).

Menurut Ibn Khaldun, pertemuan antara akal dan wahyu membawa banyak disiplin-disiplin
ilmu agama, diantaranya Ilmu Qira’at, Tafsir, Ilmu Hadis, Ilmu Fiqh, Ilmu Faraid, Ilmu
Khilafiyyah, Usul Fiqh dan sebagainya. Pertemuan yang membangkitkan pemikiran Islam dan
menjadikan akal Islam (Al-'aql al-Islami) sehingga sekarang yang memberikan pengaruh besar
terhadap kebangkitan peradaban modern. Wahyu sangat memberi pengaruh kepada akal dan
wahyu terhadap pengetahuan-pengetahuan manusia atau kemajuan pemikiran umat Islam
(Khaldun, Ibn, Penterjemah, Ahmadie Thoha, 2006: 547).

Penyatuan antara akal dan wahyu menjadikan pemikiran Islam unik kerana mengikat dunia
dengan akhirat, bumi dengan langit, seperti ikatan tubuh dan jiwa, atau seperti kesepaduan
nilai-nilai yang membangkitkan manusia menuju kesempurnaan. Dengan wahyu juga akan
muncul darinya nilai-nilai kebaikan, moral, keadilan dan cinta. Ketika dihidupi oleh akal, muncul
darinya peradaban Islam yang agung itu yang memberikan pengaruh besar terhadap
peradaban dunia.

3.2. KONSEP INSAN (AL-INSAN)

Insan kamil ialah manusia yang sempurna yang seharusnya dicapai oleh setiap individu. Ia
dilatarbelakangi oleh kerinduan terhadap Tuhan serta tanggung jawab sebagai wakil (khalifah)
Tuhan di bumi dan menemukan bentuknya pada diri Rasulullah Muhammad SAW (Annemarie
Schimmel, 2001: 320). Insan kamil adalah seorang mukmin yang punya kekuatan, wawasan,
perbuatan, dan kebijaksanaan. Sifat-sifat luhur ini dalam wujudnya yang tertinggi tergambar
dalam akhlak Nabi SAW (Rusdin, Insan 2016: 251-271).

Insan kamil berperibadian tinggi dengan taqwa samada dari segi rohani dan jasmani.
Bersamanya seiring pendidikan Islam yang mampu menghasilkan manusia yang berguna bagi
dirinya dan masyarakatnya serta gemar mengamalkan dan mengembangkan ajaran Islam
dengan berhubungan dengan Allah SWT dan dengan sesama manusia. Selain itu, manusia
dapat mengambil manfaat dengan penciptaan alam semesta untuk kepentingan hidup di dunia
kini dan di akhirat sana (Zakiah Daradjat, 2000: 29-30). Manakala insan kamil dalam perspektif
Pendidikan Islam memandu akal manusia supaya berfungsi secara optimal, mampu
menciptakan budaya, menghiasi diri dengan sifat ketuhanan, berakhlak mulia, dan berjiwa
seimbang (Qurrotul Ainiyah dan Karsiyah, januari-Jun 2017).

Secara harfiah, insan bererti manusia, dan kamil bererti yang sempurna. Dengan demikian,
insan kamil bererti manusia yang sempurna (Yunus, 1990: 51). Menurut Shaliba sebagaimana
dikutip Nata (2003: 257) bahawa kata insan menunjukkan pada sesuatu yang secara khusus
diertikan dengan manusia dari segi sifatnya, bukan fizikalnya. Dalam bahasa Arab kata insan
membawa kepada sifat manusia yang terpuji seperti kasih sayang, mulia dan lainnya.
Selanjutnya kata insan digunakan oleh para ahli falsafah klasik sebagai kata yang
menunjukkan kepada manusia dan hakikatnya. Kata insan juga digunakan untuk menunjukkan
pada erti terkumpulnya seluruh potensi intelektual, rohani dan fizikal yang ada pada manusia,
seperti hidup, sifat kehaiwanan, berkata-kata dan lainnya.

13

Untuk mengetahui ciri-ciri insan kamil dapat ditelusuri pada berbagai pendapat yang
dikemukakan para ulama yang keilmuannya sudah diakui, termasuk didalamnya aliran-aliran.
Ciri-ciri tersebut adalah sebagaimana berikut:

1. Berfungsi akalnya secara optimal. Fungsi akal secara optimal dapat dijumpai pada
pendapat kaum Mu’tazilah. Menurutnya manusia yang akalnya berfungsi secara
optimal dapat mengetahui bahawa segala perbuatan baik seperti adil, jujur, berakhlak
sesuai dengan perasaannya dan merasa wajib melakukan semua itu walaupun tidak
diperintahkan oleh wahyu.

2. Berfungsi gerak hatinya. Insan kamil dapat juga dicirikan dengan berfungsinya gerak
hati yang ada dalam dirinya. Gerak hati ini dalam pandangan Ibn Sina disebut jiwa
manusia (rasional soul). Menurutnya jika yang berpengaruh dalam diri manusia adalah
jiwa manusianya, maka orang itu hampir menyerupai malaikat dan mendekati
kesempurnaan (Nasution, 1983: 56-74).

3. Mampu menciptakan budaya. Manusia yang sempurna adalah manusia yang mampu
mendayagunakan seluruh potensi rohaniahnya secara optimal. Menurut Ibn Khaldun
manusia adalah makhluk berfikir. Sifat sebegini tidak dimiliki oleh makhluk lainnya.
Menerusinya manusia tidak hanya membuat kehidupannya, tetapi juga menaruh
perhatian terhadap berbagai cara guna memperoleh makna hidup.

4. Menghiasi diri dengan sifat-sifat ketuhanan.
5. Manusia termasuk makhluk yang mempunyai naluri ketuhanan (fitrah).
6. Berakhlak mulia. Sejalan dengan ciri keempat di atas, insan kamil juga adalah manusia

yang berakhlak mulia.
7. Berjiwa Seimbang.
8. Ia mengisyaratkan tentang perlunya sikap seimbang dalam kehidupan, iaitu seimbang

antara pemenuhan kebutuhan material dengan spiritual atau ruhiyah.

3.3. KONSEP KEBAHAGIAAN (AL-SA’ADAH)

Kebahagiaan seseorang terletak pada keyakinannya terhadap hal-hal mutlak yang bersangkut
paut dengan kewujudan alam, identiti diri dan tujuan dihidupkan di atas muka bumi
sehinggalah ke hari kiamat. Kebahagiaan juga menyangkut keselarasan antara penyerahan
diri dan ketaatan pada ajaran Allah SWT yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Keyakinan
dan keselarasan itu sendiri merupakan landasan dari amal-amal yang utama (fardhu ain)
dalam Islam, baik yang eksternal mahupun internal, yang termasuk di dalamnya pelaksanaan
semua kewajiban agama, latihan spiritual, menjauhi semua larangan agama, bersikap
bijaksana, sabar, berani, dan adil (Syed M. Naquib Al-Attas, 2003: 120-121).

Bahagia juga bermaksud beruntung atau perasaan senang tenteram iaitu bebas dari segala
yang menyusahkan. Adapun kebahagiaan iaitu kesenangan dan ketenteraman hidup (lahir
dan batin), keberuntungan, kemujuran yang bersifat lahir dan batin (Kamus Besar Indonesia,
1990: 65). Plato berpendapat bahawa kebahagiaan tertinggi itu tidak mungkin diperoleh di
dunia, kebahagiaan tertinggi hanya akan diperolehi ketika jiwa sudah berpisah dengan jasad.
Plato berpandangan bahwa kebahagiaan tertinggi itu hanya terletak pada jiwa bukan jasad,
sehingga kalau jasad dan jiwa masih melekat pada tubuh yang kotor dan berbagai
kepentingannya, serta menyatu dengan berbagai kepentingan jasad, bererti jiwa belum benar-
benar mencapai bahagia. Ini menunjukkan bagi Plato kebahagiaan yang sebenar bisa
dirasakan manusia di akhirat kelak (Ahmad Tibry, 2006: 51). Manakala Aristoteles memiliki
pandangan yang berlawanan kerana baginya hidup yang baik dapat dikatakan dengan satu
kata iaitu “kebahagiaan”. Kebahagiaan adalah kebaikan instrinsik, dan merupakan tujuan
dalam diri kita masing-masing. Tegasnya kebahagiaan adalah hidup yang terintegrasi dan
memuaskan (Robert C. Solomon, 1987: 73).

14

Menurut al-Farabi pula, jalan untuk memperoleh kebahagiaan bukan dengan jalan
meninggalkan kehidupan dunia dan hanya mengutamakan akhirat sahaja. Namun, dengan
konsep teori dan praktikal merupakan aspek yang sangat penting. Niat dan kehendak bererti
apa yang ada di fikiran dan di hati manusia idealnya harus direalisasikan dalam kehidupan
sehari-hari atau segala hal yang dianggap baik dalam hati dan fikiran manusia harus
diwujudkan. Selanjutnya, kebahagiaan dapat dicapai melalui upaya terus-menerus
mengamalkan perbuatan yang terpuji berdasarkan kesedaran dan kemahuan. Dengan
demikian, dapat difahami bahawa jika seseorang ingin mencapai puncak kebahagiaan, maka
wajiblah baginya untuk menumbuhkan dan mengembangkan sifat-sifat baik yang ada pada
dirinya, sehingga sifat-sifat tersebut menjadi sebuah kebiasaan (habit) (Abdul Aziz Dahlan,
1999: 65).

3.4. KONSEP ILMU (AL-‘ILMU)

Ilmu secara terminologi, al-Attas menggunakan dua definisi, pertama, ilmu sebagai sesuatu
yang berasal dari Allah SWT, boleh dikatakan bahawa ilmu adalah datangnya makna sesuatu
atau objek ilmu ke dalam jiwa pencari ilmu; dan kedua, sebagai sesuatu yang diterima oleh
jiwa yang aktif dan kreatif. Ilmu boleh diertikan sebagai datangnya jiwa pada makna sesuatu
atau objek ilmu (Naquib al-Attas, Terj. Haidar Bagir, (Bandung: Mizan, 1984: 43).

Menurut Ibnu Khaldun, ilmu dipilih di atas dua perkara, iaitu Ilmu Naqliyah (ilmu yang
berdasarkan pada autoriti atau ada yang menyebutnya ilmu-ilmu tradisional) dan Ilmu ‘Aqliyah
(ilmu yang berdasarkan akal atau dalil rasional). Termasuk yang pertama adalah ilmu-ilmu Al-
Quran, Hadis, Tafsir, Ilmu Kalam, Tasawuf, dan Ta’bir Al-Ru’yah. Sedangkan yang kedua
adalah Filsafat (Metafizik), Matematika, dan Fizik, dengan pelbagai pembagiannya (Mulyadhi,
2005: 46).

Islam menetapkan hakikat ilmu mempunyai 3 sumber yang diyakini dan dipegang oleh umat
Islam iaitu sumber ilmu yang berasal dengan Ayat-Ayat Qauliyyah (wahyu Tuhan); sumber
ilmu yang terkait dengan Ayat-Ayat Kauniyyah (alam semesta); dan sumber ilmu yang
berhubungan dengan Ayat-Ayat Insaniyyah (diri manusia). Ayat-ayat di sini dimaksudkan
sebagai tanda-tanda kekuasaan Allah SWT yang menjadi tuntutan bagi manusia untuk dikaji
secara intensif (Lihat Q.S. Fushshilat [41]: 53).

Al-Quran merupakan kitab Allah SWT yang paling agung dan diletakkan di tempat yang lebih
tinggi dibandingkan sumber epistemologi lain (Muh. Zainal Abidin, Januari 2011). Al-Quran
banyak menyebutkan dalam pelbagai ayat, yang memerintahkan kepada manusia untuk
mempelajari sistem dan skema penciptaan, keajaiban-keajaiban alam, sebab-sebab dan
akibat-akibat seluruh benda yang ada, kondisi-kondisi organisma hidup dan lain-lain lagi serta
mengambil pelajaran darinya (Muh. Zainal Abidin, Januari 2011).

Sebagai sumber ilmu, manusia dapat dikelompokkan kepada beberapa bahagian. Pertama,
berkaitan dengan tabiat dalaman dirinya, yang menjadi bahan kajian psikologi dan falsafah.
Kedua, ia berkenaan dengan perbuatan manusia yang menjadi nilai sejarah. Ketiga,
berhubungan dengan interaksi manusia dengan yang lainnya, baik dengan sesama manusia
mahupun dengan alam sekitar (Muh. Zainal Abidin, Januari 2011).

3.5. KONSEP PENDIDIKAN (AL-TA’DIB)

Konsep pendidikan menurut pandangan Islam harus dirujuk dari pelbagai aspek, antara lain
aspek keagamaan, aspek kesejahteraan, aspek kebahasaan, aspek ruang lingkup dan aspek
tanggung jawab. Adapun yang dimaksud dengan aspek keagamaan adalah bagaimana

15

hubungan Islam sebagai agama dengan pendidikan. Maksudnya adalah, apakah ajaran Islam
memuat informasi pendidikan hingga dapat dijadikan sumber rujukan dalam penyusunan
konsep pendidikan Islam. Sedangkan aspek kesejahteraan merujuk kepada latar belakang
sejarah pemikiran para ahli tentang pendidikan dalam Islam dari zaman ke zaman, khusus
mengenai peranan Islam dalam bidang pendidikan dalam kaitannya dengan peningkatan
kesejahteraan hidup manusia (Jalaluddin, 2003: 69).

Islam sudah meletakkan konsep-konsep yang cukup argumentatif tentang dasar-dasar
pendidikan dalam mengembangkan dan menjaga kehidupan umat manusia dan alam
sekitarnya. Peletakan dasar-dasar pendidikan dalam Islam bermula dari konfirmasi Allah SWT
kepada Nabi Muhammad SAW yang ditulis oleh para sahabat Nabi SAW dalam bentuk kitab
iaitu Al-Quran dan Sunnah. Kedua kitab ini menjadi sumber utama dalam setiap merumuskan
gagasan dan pengambilan keputusan pendidikan Islam (Musaddad Harahap & Lina Mayasari
Siregar, Disember 2017: 148-163).

Selain kitab Allah dan sunnah Nabi SAW, untuk membantu pengembangan pendidikan Islam
juga dijiwai oleh Ijma’ dan Ijtihad yang merupakan hasil perbincangan para sahabat dan ulama.
Ijma’ dan Ijtihad ini dalam konsep Islam ditempatkan sebagai sumber sekunder. Jadi secara
epistimelogi pendidikan Islam memiliki konsep yang jelas, walaupun Al-Quran dan hadis itu
bukanlah sebuah konsep, tapi dengan membaca dan mentadabburnya dapat melahirkan jiwa
yang baik dan mendidik manusia. Dan akan jauh semakin sempurna dengan adanya formulasi
kaedah Istinbat hukum yang digagas oleh para ulama-ulama mujtahid dan juga ulil amri
(pemerintah) (Musaddad Harahap & Lina Mayasari Siregar, Disember 2017: 148-163).

3.6. KONSEP KEADILAN (AL-ADL)

Keadilan merupakan perkara yang perlu dipandang tinggi dalam membangun serta
membentuk sebuah kepercayaan dalam kegiatan berekonomi yang sesuai dengan nilai-nilai
keislaman. Konsep adil disini mempunyai dua konteks, iaitu konteks individu dan juga konteks
sosial. Menurut konteks individu, dalam aktiviti perekonomiannya seorang muslim tidak boleh
menyakiti diri sendiri. Adapun dalam konteks sosial, setiap muslim dituntut untuk tidak
merugikan orang lain. Terdapat keseimbangan antara keduanya iaitu diri sendiri dan juga
orang lain. Hal ini menunjukkan bahawa setiap aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh orang
beriman harus adil agar tidak ada pihak yang tertindas dan merugikan. Dalam sistem ekonomi
Islam, adil mempunyai makna setiap aktiviti perekonomian yang dijalankan para pelaku
ekonomi tidak terjadi tindakan menzalimi orang lain. Penerapan konsep keadilan dalam sistem
ekonomi Islam adalah tidak diinginkannya ketimpangan ekonomi atau ketidakmerataan
ekonomi antara satu orang dengan orang lainnya. Kerana itu, bentuk kegiatan ekonomi yang
dapat merugikan masyarakat adalah dilarang oleh Islam. Sistem ekonomi Islam juga melarang
atau tidak membenarkan segala macam bentuk ketidak adilan ekonomi seperti monopoli dan
pemusatan kekuatan ekonomi pada satu kelompok tertentu sahaja (Indra Sholeh Husni, No. 1
Juni 2020: 57-73).

Dalam pandangan al-Mawardi, sebuah negara memerlukan enam paksi utama untuk berdiri;
pertama, menjadikan agama sebagai pedoman. Agama diperlukan sebagai pengendali hawa
nafsu dan pembimbing hati nurani manusia. Ini kerana agama menciptakan kesejahteraan dan
ketenangan negara. Kedua, pemimpin yang bijak dan memiliki autoriti yang melekat dalam
dirinya dengan kekuasaannya. Dengan kriteria ini seorang pemimpin dapat membuat
beberapa aspirasi yang berbeza, sehingga dapat membangun negara mencapai tujuan.
Ketiga, keadilan yang menyeluruh yang dengannya akan tercipta kedamaian, kerukunan, rasa
hormat, ketaatan pada pemimpin, dan meningkatkan ghairah rakyat untuk berprestasi.
Keadilan itu bermula dari sikap adil pada diri sendiri, kemudian kepada orang lain.

16

Keadilan kepada orang lain dapat diklasifikasikan dalam tiga kategori, iaitu; 1) adil kepada
bawahan (subordinat), seperti keadilan kepala negara kepada wakil atau pejabat eksekutif
bawahannya, 2) adil kepada atasan (superior), iaitu keadilan yang dilakukan oleh rakyat
kepada kepala negara, untuk patuh, taat dan siap sedia membantu negara, dan 3) adil kepada
sejawat (peer), iaitu keadilan kepada orang yang setara, dengan cara menghormati sikap
mereka, tidak mempermalukan dan menyerangnya (Suyuti Pulungan, 1999: 227).

Keempat, keamanan semesta, yang akan memberi inner peace (kedamaian batin) kepada
rakyat, dan pada akhirnya mendorong rakyat berinisiatif dan kreatif dalam membangun negara.
Kelima, kesuburan tanah air yang berkesinambungan, yang akan menguatkan inisiatif rakyat
untuk menyediakan keperluan seterusnya menjana ekonomi yang menyebabkan kurangnya
masalah antara satu sama lain. Keenam, harapan bertahan dan mengembangkan kehidupan.
Kehidupan manusia melahirkan generasi-generasi masa depan. Generasi sekarang harus
mempersiapkan sarana dan prasarana, struktur dan infrastruktur bagi generasi akan datang.
Orang yang tidak mempunyai harapan bertahan (hope of survival) maka ia tidak mempunyai
semangat dan usaha untuk hidup yang baik (Munawir Sjadzali, 1991: 62).

Melalui enam paksi di atas diharapkan negara benar-benar mengupayakan segala cara untuk
menjaga perpaduan umat dan saling tolong menolong sesama mereka, memperbanyak
sarana kehidupan yang baik bagi setiap warga, sehingga seluruh rakyat dapat menjadi laksana
bangunan yang kukuh dan kuat. Pada waktu yang sama memikul kewajiban dan memperoleh
hak tanpa adanya perbezaan antara penguasa dan rakyat, antara yang kuat dan yang lemah,
dan antara kawan dan lawan (Azhar, 1997: 83).

Islam dan negara merupakan satu kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Ini menunjukkan
bhaawa agama dan negara saling memerlukan dan melengkapi. Agama membutuhkan negara,
kerana dengan negara maka agama dapat berkembang. Sebaliknya, negara memerlukan
agama, kerana dengan agama negara dapat berkembang dalam bimbingan etika dan moral.
Pemimpin adalah cerminan dan kunci kesejahteraan masyarakat (Ali Murtadho, 2012: 98).

3.7. KONSEP KEBEBASAN (AL-HURRIYAH)

Konsep kebebasan (al-hurriyyah atau liberty) dalam Islam, asal mulanya adalah konsep
ikhtiyar dan taqdir, yang berkaitan dengan kebebasan atau tidaknya manusia dalam
melakukan perbuatannya, dalam term teologi atau agama. Kemudian setelah terjadinya kontak
dengan dunia barat, konsep tersebut berkembang menjadi lebih luas skopnya. Seperti
kebebasan berekspresi atau mengemukakan pendapat, berfikir, kebebasan berpolitik atau
kebebasan ekonomi, meliputi juga hak memilih pemimpin, hak mengawasi pemerintah; dan
kebebasan ekonomi. Kebebasan dalam Islam lebih terbatas dan terarah, atau dengan kata
lain bebas tapi terikat. Berbeza dengan demokrasi liberal menekankan kemampuan merbuat
sesuatu tanpa batas (Muh. In‟amuzzahidin, T.t: 259).

3.8. KONSEP PERSAMAAN (AL-MUSAWAH)

Pada dasarnya, menurut perspektif Islam, keadilan membawa maksud meletakkan sesuatu
pada tempatnya (al-Miskawayh 1990). Ia merujuk kepada keadaan atau suasana yang
harmoni dengan setiap sesuatu diletakkan pada tempatnya sekaligus wajar dan sesuai (al-
Attas 2013). Sebagai contoh, Islam mengakui kesamarataan hak umum di antara lelaki dan
wanita. Dalam masa yang sama dalam beberapa keadaan yang tertentu, Islam “melebihkan”
kaum lelaki, tetapi hal ini tidak bermakna Islam merendahkan martabat wanita. Hakikatnya
Islam memberikan hak persamaan dengan caranya yang tersendiri dan wajar. Al-Musawah

17

pada asalnya merujuk kepada kesamarataan dan keseimbangan dalam undang-undang dan
nilai kepada semua individu (Al-‘Asfahani, T.t).

3.9 KEBEBASAN DAN HAK ASASI MANUSIA

Demokrasi dan Islam adalah dua hal yang saling berkaitan. Piagam Madinah menjelaskan
bahawa prinsip-prinsip demokrasi dalam suatu negara dimulai dari Islam. Piagam Madinah,
sebuah konstitusi yang menghargai perbezaan warga negara, perlindungan terhadap minoriti,
perlindungan beragama dan jaminan keamanan terhadap warga negara. Sebuah konstitusi
yang dibangun berdasarkan hasil kesepakatan seluruh perwakilan secara demokrasi (Nurush
Shobahah, Julai 2019: 195-214).

Dari Piagam Madinah memberi pengetahuan bahawa Rasulullah SAW merupakan sosok yang
demokratik. Meskipun memiliki autoriti yang kuat untuk membentuk negara sendirian, Beliau
tetap mengajak seluruh warga Madinah untuk bermusyawarah bersama. Padahal seperti kita
ketahui bahawa Rasulullah SAW merupakan seorang Nabi dan pemimpin umat Islam yang
memiliki legitimasi yang sangat kuat baik dari sisi teologi mahupun kepemimpinan untuk
mengambil keputusan secara mandiri. Namun Rasulullah SAW memilih menggunakan metode
musyawarah untuk pengambilan keputusan yang bersifat kenegaraan. Ini menunjukkan juga
bahawa Rasulullah SAW bersifat meraikan sesama makhluk (Nurush Shobahah, Julai 2019:
195-214).

3.10 KESIMPULAN

Agama Islam adalah agama yang syumul merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Ini
kerana terkandung di dalamnya elemen-elemen teras dalam peradaban Islam yang
bersumberkan sumber Islam yang berotoriti. Elemen-elemen teras dalam peradaban Islam
yang menjadikannya gemilang seperti terkandung di dalamnya kedudukan wahyu, konsep
insan, konsep kebahagiaan, konsep ilmu, konsep pendidikan, konsep keadilan, konsep
kebebasan, konsep persamaan dan kebebasan dan hak asasi manusia. Justeru ini
membuatkan Islam memberi pengaruh yang sangat besar samada dalam bidang ekonomi,
sosial, budaya, ataupun di bidang politik dunia.

Soalan Latihan

1. Apakah elemen-elemen teras dalam Peradaban Islam?

2. Apakah yang dimaksudkan dengan kedudukan wahyu?

3. Huraikan berkenaan dengan konsep kebahagiaan?

4. Jelaskan perbezaan antara konsep keadilan dan kebebasan?

5. Nyatakan kesan daripada elemen-elemen teras dalam peradaban Islam terhadap diri
manusia?

18

BAB 4:

AKHLAK DALAM PERADABAN ISLAM
Oleh: Dr. Ahmad Murshidi Mustapha & Mohd Khairul Anuar Ismail

4.0 AKHLAK DALAM PERADABAN ISLAM

Manusia tidak boleh dipisahkan daripada akhlak, walaupun sedetik daripada umurnya. Setiap
perbuatan, amalan atau tindakan yang diambilnya tidak terlepas dan terkeluar daripada
lingkungan hukuman baik atau jahat sama ada disedari ataupun tidak (Dr. Haron Din, 2010,
h.1). Akhlak baik yang diamalkan oleh tiap individu dan rakyat akan membantu kelangsungan
pembangunan negara membina peradaban.

4.1 ASAS AKHLAK DAN PERADABAN MANUSIA

Perkembangan peradaban Islam pada umumnya dibahagikan kepada beberapa fasa. Fasa
pertama bermula pada zaman Nabi Muhammad SAW dibangkit menjadi Nabi hingga kepada
penubuhan Universiti Hikmah di Baghdad oleh Khalifah al-Ma’mum. Manakala fasa kedua pula
dikenali dengan fasa klasik dan dikatakan bermula bermula pada awal abad ke-10 hingga abad
ke-19 masihi. Fasa ketiga atau fasa moden pula bermula pada akhir abad ke-19 apabila
Negara-negara Islam silih berganti jatuh dan terpaksa akur kepada serangan dan kekuatan
senjata bangsa-bangsa imperialis Barat. Sementara era pasca-moden pula, menyaksikan
negara-negara bangsa (nations states) umat Islam yang dicipta oleh bangsa-bangsa penjajah
Barat tersebut mencapai kemerdekaan yang agak terbatas kepada aspek-aspek politik dan
pentadbiran sahaja tetapi masih dijajah dalam bidang-bidang teknologi, kewangan,
kebudayaan dan sebagainya.

Perkembangan disiplin akhlak juga adalah berlaku seiring dengan fasa-fasa perkembangan
Tamadun Islam tersebut. Perkembangan disiplin akhlak pada fasa pertama (fasa klasik)
adalah bersifat normatif iaitu berdasarkan prinsip-prisip adab yang digariskan oleh al-Qur’an
dan al-Hadis dalam berbagai bidang termasuk aqidah, ibadah, personaliti, keluarga,
masyarakat, perundangan, pendidikan, perdagangan dan sebagainya. Manakala seterusnya
adalah berubah kepada fasa analisis hasil pertembungan dengan Tamadun Barat Klasik ketika
itu. Walau bagaimanapun, Etika normatif terus juga berkembang dan mendapat tempat dalam
Islam sehingga ke dewasa ini. (Ismail Mohamad, Ahmad Sunawari Long dan Mohd Nasir
Omar, 2001, h. 254).

Akhlak merupakan salah satu asas penting dalam melengkapkan umat manusia ke arah
peradaban yang ideal dan unggul. Akhlak melambangkan keperibadian dan tatasusila sesuatu
bangsa umat manusia dalam sesebuah peradaban. Nabi Muhammad SAW merupakan ikutan
terbaik dari aspek akhlak yang perlu dicontohi oleh umat manusia. Sebagai pemimpin agung,
Baginda meletakkan akhlak sebagai batu asas dalam membentuk negara Islam yang
bersepadu. Kombinasi elemen akhlak dan prinsip-prinsip asas kenegaraan diterapkan ke
dalam setiap individu masyarakat, sama ada Islam atau bukan Islam dalam menjana
masyarakat yang bertamadun.

Penekanan akhlak jika diamal dan disepadukan dalam kesemua amalan kegiatan manusia
termasuk kegiatan membangun masyarakat dan negara akan membolehkan kemajuan dan
kejayaan iaitu kemampuan melaksanakan keadilan dalam menjalankan tugas. Kecapaian
pelaksanaan semangat keadilan dalam penyelenggaraan setiap amalan pembangunan

19

masyarakat merupakan kemuncak keutuhan sistem bermasyarakat dan bernegara, dan
merupa syarat awal kepada pembangunan sesebuah tamadun manusia.

4.2 MAKNA AGAMA DAN AKHLAK

Agama atau kepercayaan kepada Allah SWT diturunkan kepada umat manusia untuk
membimbing mereka kepada jalan yang benar bagi mancapai kesejahteraan di dunia dan di
akhirat. Justeru itu, Allah SWT mengutus dan mengangkat ratusan ribu jumlah nabi dan dan
ribuan rasul bermula dengan Nabi Adam a.s dan disudahi dengan Nabi Muhammad SAW.
Perutusan para nabi dan rasul adalah bertujuan memberi penjelasan tentang tuntutan kepada
manusia supaya tunduk dan patuh kepada ajaran Allah SWT dan menjauhi semua
laranganNya. (Nurizam at.al, 2019, h.16)

Islam adalah agama yang menekankan pembinaan dan pembentukan akhlak dan
keperibadian mulia dalam kalangan semua individu. Akhlak membina diri insan agar menjadi
seorang yang tunduk dan patuh kepada perintah dan larangan Allah SWT di samping memiliki
sifat dalaman yang suci dari segi peribadi dan dan personaliti luaran (Zulfahmi dan Wan
Hasmah, 2014, h. 110). Agama Allah iaitu Islam mengandungi dua asasnya yang umum dan
menyeluruh iaitu aqidah dan syariat. Diri manusia memerlukan pegangan aqidah yang benar
dan dijelmakan dalam bentuk syariat yang merangkumi semua disiplin-disiplin, peraturan-
peraturan, dan perundangan yang mesti dipatuhi dalam semua kegiatan hidup sama ada gerak
laku amalan atau perbuatan yang berhubung antara manusia dengan Tuhannya, manusia
sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar.

Agama Islam yang merangkumi aqidah dan syariat mengandungi roh akhlak. Roh akhlak ini
menyerapi semua aspek bidang dan sudutnya. Akhlak adalah roh kepada risalah Islam
sementara syariatnya atau sistem perundangan adalah jelmaan daripada roh tersebut. Maka
matlamat atau sasaran yang hendak dicapai oleh risalah Islam dalam kehidupan manusia ialah
sasaran akhlak. Ini bererti agama tanpa Akhlak hanya merupakan rangka yang tidak
mempunyai isi atau jasad yang tidak mempunyai nyawa atau bahan yang tidak mempunyai
nilai. Demikian juga aqidah Islam dan syariatNya yang merangkumi semua aspek kehidupan
yang hanya akan dapat melahirkan bentuk gerak laku perbuatan atau gerak amalan yang baik
dan indah jika mengandungi nilai akhlak hasil dari sifat akhlak (Dr.Haron Din, 2010, h.6)

4.3 PERJANJIAN ASALI (AL-MITHAQ)

Manusia secara fitrahnya mempunyai kecenderungan kepada menyembah Allah SWT.
Konsep fitrah dalam Islam menuntut bahawa manusia dari segi fitrah dasarnya adalah
beragama tauhid. Menurut al-Quran, sejak awal penciptaan Adam lagi sudah terdapat
perjanjian (mithaq) dan kesaksian (syahadah) daripada jiwa manusia bahawa Allah SWT
jualah yang merupakan Tuhan yang sebenarnya (Abdul Rahman, 2005, h. 89).

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan (ingatlah) Ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan
anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka
(seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?”. Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan
kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar dihari kiamat kamu tidak
menyatakan: “Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang yang lalai terhadap ini (keesaan
Tuhan)” (al-A’raf 7: 172).

Merujuk kepada ayat diatas menjelaskan bahawa sesungguhnya manusia telah bertauhid
semenjak ia di alam roh. Hal ini juga bermakna, Allah SWT menciptakan manusia dengan
memihak kepada kebenaran sebagaimana juga Islam diciptakan sesuai dengan fitrah

20

manusia, sehingga tidak ada alasan bagi manusia untuk tidak beriman dan mengamalkan
ajaran Islam. Pada hakikatnya, dalam diri manusia ada fitrah untuk sentiasa berbuat baik dan
menjauhkan diri dari perbuatan jahat. Nurani manusia selalu merindukan kedamaian dan
ketenangan. Jauh di dalam lubuk hati manusia, pada dasarnya selalu ada kerinduan untuk
terus menerus mengikuti jalan agama yang benar. Inilah fitrah manusia yang sesungguhnya,
fitrah yang diajarkan Islam. (Saryono, 2016, h.165).

Kelalaian daripada perjanjian asali (mithaq) yang mengakui Allah SWT sebagai Tuhan yang
berhak disembah menjadi punca utama segala penyakit jiwa dan mental manusia serta punca
kejatuhan manusia (Abdul Rahman, 2005, h.90). Perjanjian asali (mithaq) ini penting sebagai
dasar kepada matlamat agama untuk mengembalikan manusia tunduk menghambakan diri
dan mengangkat persaksian tentang ketuhanan Allah SWT sebagaimana telah diisbatkan
manusia kepada kita melakukan perjanjian asali, ia juga cerminan kepada hakikat asal dan
fitrah kejadian manusia.

4.4 IMPAK AGAMA KE ATAS PEMIKIRAN DAN AKHLAK

Keistimewaan manusia adalah dikurniakan akal untuk berfikir dan merancang setiap
perjalanan aktiviti kehidupannya. Akal menjadi neraca kepada pertimbangan baik dan buruk.
Menurut Al-Ghazali, akal merupakan pemegang amanah yang diamanahkan oleh Allah SWT
dalam kehidupan sebagai seorang mukallaf. Oleh itu, kedudukan akal adalah penting dalam
berperanan sebagai wasilah untuk berfikir dan bertadabbur (Abdul Azim al-Dib, 1987). Bahkan
akal menjadi satu elemen yang penting dalam maqasid syariah untuk dipelihara supaya tidak
dirosakkan dengan perkara yang dilarang dalam agama.

Ilmu yang dimiliki orang seseorang merupakan mekanisme untuk berfikir dan bertindak.
Namun, kekuatan akal manusia tetap mempunyai batasan dalam berfikir. Perkara yang
bersifat empirikal, fizikal dan zahir mampu dikecapi dalam berfikir. Sebaliknya perkara yang
bersifat estetika dan abstrak masih tidak dapat dikesan sepenuhnya dengan akal fikiran
manusia. Oleh kerana itu, dalam Islam perkara ghaibiyyat termasuk daripada keimanan
seseorang muslim yang perlu diimani sekalipun luar daripada kemampuan akal untuk berfikir.

Hanya agama yang mampu membentuk pemikiran manusia selari dengan kehendak pencipta.
Ruang lingkup berfikir dan bertindak yang dipandu dengan agama akan melestarikan
kehidupan seseorang mukallaf dalam aspek duniawi dan ukhrawi. Agama memberikan sebuah
kerangka moral sehingga seseorang mampu menilai kebaikan dan keburukan serta
mengetahui tujuan kehidupannya di dunia (Ruzieha Abd Halim: 2017). Penghayatan agama
akan membentuk pemikiran yang selari dan terpandu, seterusnya tindakan yang dilakukan
akan bertunjangkan akhlak yang mulia. Penerapan nilai akhlak adalah bermula daripada asas
agama iaitu intipati tauhid kepada Allah SWT demi melahirkan manusia yang soleh dan
berakhlak. Pembentukan akhlak yang berkesan akan berlaku apabila dikaitkan dengan
kepercayaan kepada Tuhan (Asmawati Suhid, 2005, h. 95-103). Kekuatan dan kelemahan
iman seseorang dapat diukur dan diketahui dari perilaku akhlak nya. Iman yang kuat akan
mewujudkan akhlak yang baik dan mulia, manakala iman yang lemah akan melahairkan akhlak
yang buruk dan keji (Mohd Kamal Hassan, 1987, h.3).

Agama merupakan asas dalam pembentukan akhlak manusia. Tanpa ikatan agama, suatu
pembentukan akhlak tidak akan mantap dan kekal malah hanya bersifat sementara yang
akhirnya membawa kegagalan pedidikan akhlak. Pendidikan agama berupaya mempengaruhi
cara pemikiran seterusnya akan mempengaruhi akhlak atau tingkah laku individu. Oleh itu,
orang yang berpendidikan agama lebih terarah untuk mengamalkan nilai akhlak Islam dan
mengelakkan diri daripada perbuatan buruk (Asmawati Suhid, 2005, h. 95-103). Realitinya,

21

pembentukan akhlak adalah daripada ajaran agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW
sama ada secara teori dan praktikal.

Impak agama dalam pendidikan akhlak amat menekankan kepada penanaman aqidah atau
rohani. Ini kerana aqidah merupakan teras utama agama Islam. Kepentingan aqidah dalam
Islam dapat dilihat menerusi nas-nas al-Quran dan hadis yang banyak mengaitkan
pembentukan akhlak dengan aqidah atau iman. Misalnya, sabda Nabi SAW: “ Tidak sempurna
iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi
saudaranya sendiri” (Sahih Bukhari, Jilid 1, bil. 10).

4.5 ANALISA ISU-ISU SEMASA BERKAITAN FAHAM AGAMA:

Agama Islam melalui syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah melengkapkan syariat
nabi-nabi yang sebelum ini. Perutusan beliau sebagai nabi dan rasul membawa risalah kebenaran
melalui al-Quran dan Hadis. Dua sumber utama ini menjadi rujukan asas dalam beragama dan
dilengkapkan dengan sumber-sumber lain sama ada yang disepakati atau tidak dalam kalangan
para ulama. Kefahaman tentang agama perlu bertunjangkan dalil yang kukuh dalam aspek aqidah,
syariah dan juga akhlak. Daripada kefahaman yang betul, penghayatan dalam beragama seseorang
muslim itu akan menjadikan Islam sebagai al-Din dalam kehidupannya. Konsep al-Din ini ialah
sistem Ilahi yang sempurna yang merangkumi aspek kehambaan kepada Allah SWT serta
berpegang teguh kepada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW (Nazneen Ismail etc: 2019).
Menjadikan Islam sebagai al-Din dengan penghayatan yang betul akan membentuk nilai keislaman
yang sebenar dalam diri seseorang muslim.

Kesan daripada serangan pemikiran terhadap umat Islam secara khususnya, timbul beberapa
fahaman yang bercanggah dengan fahaman sebenar Ahli Sunnah Wa al-Jamaah.
Perlembagaan persekutuan yang memperuntukan Islam sebagai agama persekutuan dalam
Perkara 3, ditafsirkan melalui peruntukan dalam statut bertulis dan analisa keputusan
mahkamah bahawa hanya pegangan Ahli Sunnah Wa al-Jamaah yang diiktiraf dan juga
digunapakai (Ezad Azraai Jamsari, et al, 2011). Fahaman-fahaman yang bertentangan ini
menyerap dalam masyarakat Islam dengan pelbagai ideologi yang mempunyai karakteristik
yang tertentu. Semua mendakwa mempunyai autoriti kebenaran dan berusaha meyakinkan
pihak luar dengan pelbagai cara (Mohd Aizam Mas’od, 2012). Pengikut kepada ideologi yang
bertentangan dengan fahaman sebenar Islam ini merupakan musuh dalaman yang akan
meruntuhkan institusi masyarakat Islam.

4.5.1 EKTREMISME AGAMA

Ektremisme merupakan fahaman, sikap, perangai dan sebagainya yang melampau atau
keterlaluan. Kedudukan ektremisme kini meliputi aktiviti-aktiviti melalui kepercayaan, sikap,
perasaan, tindakan dan strategi daripada individu atau kelompok yang melepasi daripada had
kebiasaan. Hakikatnya, ekstremisme juga telah melangkaui sempadan agama, ideologi,
kepercayaan, geo sosial dan geo politik (Mohd Faizal Abdul Khir, 2017).

Kemunculan kumpulan atau fahaman ekstremis, radikal atau pelampau ini tidak hanya berlaku
dari sudut fizikal semata-mata, iaitu golongan yang hanya mengenal senjata, pemberontakan
atau revolusi sebagai solusi kepada masalah tertentu. Sikap ekstremisime atau radikalisme ini
turut berlaku dalam bentuk kefahaman, kepercayaan dan pegangan. Dalam konteks
ektremisme agama, kedua-dua bentuk kefahaman dan tindakan ini boleh berlaku melalui
tindakan seseorang akibat daripada kesalahfahaman terhadap sesuatu nas atau dalil. Perkara
ini dapat kita lihat apabila lahirnya kelompok tertentu yang bertindak tanpa memahami
kehendak nas syarak.

22

Hal ini juga telah berlaku di zaman Nabi SAW, yang mana tiga orang lelaki telah bertemu
dengan baginda. Seorang daripada mereka ingin bersolat malam dan tidak akan tidur. Yang
lain pula akan berpuasa dan tidak berbuka dan yang ketiga tidak akan menikahi wanita. Tujuan
mereka adalah untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam beribadat kepada Allah. Nabi
SAW telah menegur tindakan ketiga-tiga mereka dengan maksudnya: “Aku solat malam tapi
juga tidur, aku puasa tapi juga berbuka, dan aku menikahi wanita. Barangsiapa yang
membenci sunnahku maka dia bukan daripada kalanganku” (Riwayat Muslim, No: 1401).
Daripada hadis ini, maka kita memahami bahawa kesungguhan tanpa kefahaman yang betul
juga, tidak mampu untuk membawa kita kepada jalan yang betul.

Tambahan dari itu juga, akibat daripada ketaksuban dan kefahaman yang terlampau sempit
terhadap pegangan atau anutan bagi sesetengah mazhab atau kepercayaan menyebabkan
wujud golongan yang menghukum sesiapa sahaja yang bertentangan atau tidak sependapat
dengan mereka. Gejala suka mengkafirkan, membid’ahkan dan menuduh orang lain sesat,
juga akibat daripada terlalu taksub berpegang kepada anutan mereka, tanpa menilai atau
cuba memahami kehendak dan hujah yang difahami oleh mereka yang berlainan dengan
pegangan mereka.

Disebabkan ideologi dan pembawakan ektremisme agama ini dalam bentuk yang pelbagai,
maka wujudkan unsur-unsur melabelkan antara satu sama lain dengan nama atau gelaran
yang berbeza-beza. Setiap daripada mereka akan mendakwa kebenaran di pihak masing-
masing dan menuding kesalahan serta kesesatan terhadap kelompok lain. Antara faktor
penyumbang kepada sifat ekstrem adalah:

1. Kedangkalan dalam ilmu agama
2. Suka melabelkan seseorang atau kumpulan dengan kufur, sesat, fasik bidaah dan

khurafat.
3. Sifat taksub, fanatik yang melampau sama ada pegangan mazhab, buah fikiran dan

fahaman yang dianuti.
4. Tersalah memilih rakan taulan dan kumpulan yang menjadi ikutannya.
5. Membangkitkan isu khilafiyyah sehingga membawa kepada retaknya hubungan

ukhuwwah Islamiyyah.
6. Hati bersifat dengan Sifat Mazmumah seperti hasad dengki, ujub, takabbur, dan lain-

lain.

Jalan penyelesaian terbaik perlu diambil dalam menangani isu ekstremisme agama dalam
masyakarat Islam agar perpaduan dan keutuhan umat Islam terpelihara. Kekuatan Islam dapat
dizahirkan melalui kesederhanaan ataupun Wasatiyyah dalam setiap gerak kerja sama ada
kepercayaan, amalan, sikap dan seumpamanya.

4.5.2 PLURALISME AGAMA

Pluralisme berasal dari istilah bahasa Inggeris (plural) yang merujuk kepada kewujudan lebih
dari satu entiti. Dalam konteks falsafah klasik Greek lawan bagi pluralisme ialah monisme dan
kedua-dua istilah ini merujuk kepada falsafah metafizik perdebatan antara dua aliran pemikiran
tentang unsur kewujudan alam (Colin E. Gunton, 1993). Di Malaysia, pluralisme agama muncul
dari gerakan liberalisme Indonesia. Menurut Mohammad Ariffin (2006) dan Ahmad Yumni dan
Mohd Fairuz (2014), gerakan liberalisme di Malaysia tidak memakai perkataan ‘liberal’
sebagaimana nama pertubuhan-pertubuhan seperti gerakan liberalisme Indonesia. Gerakan
liberalisme di Indonesia secara terang-terangan menggunakan perkataan liberal pada
pertubuhan-pertubuhan masing-masing seperti Jaringan Islam Liberal (JIL).

23

Pelbagai definisi telah diberikan oleh para sarjana berkaitan dengan pluralisme agama.
Antaranya menurut Chandra Muzaffar (2006), pluralisme agama merupakan kepelbagaian
agama. Wan Adli Wan Ramli (2012), Anis Malik Thoha (2014), dan Khalif Muammar (2015)
menolak definisi pluralisme agama dalam maksud toleransi agama, dialog antara agama dan
kepelbagaian agama. Bagi mereka pluralisme agama itu bermaksud satu kefahaman yang
memandang semua agama adalah sama dan menuju kepada Tuhan yang sama. Hasilnya
dapat dilihat bahawa terdapat kelompok sarjana yang memahami pluralisme agama dalam erti
kebebasan agama, menerima keabsahan agama lain, kepelbagaian agama dan juga dialog
antara agama. Definisi ini yang mencorakkan pemikiran sarjana-sarjana mengenai pandangan
mereka terhadap konsep pluralisme agama.

Falsafah pluralisme agama ini menganjurkan fahaman bahawa setiap agama mempunyai
pandangan, persepsi dan respon yang berbeza-beza terhadap ketuhanan. Disebabkan
wujudnya pelbagai dakwaan, maka timbul persoalan tentang dakwaan manakah yang paling
tepat dan benar dan mengapakah setiap agama memberikan pendapat yang bertentangan.
Maka peranan pluralisme agama cuba menjustifikasikan bahawa setiap dakwaan kebenaran
itu adalah relatif dan bukan mutlak (John Hick, t.t). Oleh yang demikian, falsafah ini
menganjurkan agar pengkitirafan bukan sahaja diberikan kepada kewujudan pelbagai agama
malahan dakwaan terhadap ketuhanan yang dipegang oleh setiap agama. Islam menolak
fahaman pluralisme ini kerana bertentangan dengan aqidah tauhid yang sebenar. Antara
daripada faktor-faktor berlakunya penyebaran pluralisme agama ialah melalui:

1. Penyebaran melalui buku-buku, majalah atau penulisan.
2. Penyebaran melalui laman sesawang internet.
3. Penyebaran melalui medium filem.
4. Penyebaran melalui Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO).
5. Kejahilan dalam memahami agama Islam.

Pengukuhan institusi pendidikan perlu diambilkira sebagai salah satu usaha mengekang dan
membenteras fahaman ini. Kekuatan pendidikan menurut fahaman Islam yang sebenar
menjadi benteng utama dalam meleraikan kekusutan pluralisme ini. Di samping itu, peranan
undang-undang juga penting sebagai elemen penguatkuasaan. Fahaman melalui ideologi
pluralisme ini bukan sahaja memberi ancaman kepada keimanan seseorang muslim, akan
tetapi mampu menggugat entiti agama Islam pada pandangan penganut agama lain.

4.5.3 TRANSCENDENT UNITY OF RELIGION

Transcendent unity of religions, adalah teori yang dibina untuk menjustifikasikan pluralisme
agama. Falsafah ini telah wujuk sejak zaman Renaissance. Pada abad ke-16 telah dibina satu
pemikiran yang menyatukan antara agama dengan akal dan menyatukan para nabi,
agamawan dengan ahli falsafah (Aldous Huxley, 1944). Terdapat dua ciri utama bagi falsafah
ini. Pertama, menerima wujudnya Tuhan dan ini membezakan falsafah ini dengan banyak
falsafah moden lainnya. Kedua, ia bersikap tidak berpihak, yang mana seorang penganut
fahaman in tidak mempunyai agenda untuk mendukung agama yang dianutinya. Namun, al-
Attas (2007) mengkritik konsep kesatuan transenden agama-agama dari pelbagai sudut.
Beliau membezakan antara kesatuan yang tidak memberi erti kesamaan dan kesatuan yang
bermaksud kesamaan. Jika yang dimaksudkan dengan kesatuan itu bukan kesamaan maka
ini bermakna setiap agama dilihat sebagai tidak lengkap dan tidak mencapai tujuannya. Hal ini
adalah mustahil bagi agama yang diturunkan oleh Allah SWT (Al-Attas, 2007).

Allah SWT telah menciptakan manusia berbilang kaum dan bangsa. Namun pluraliti dalam
konteks agama tidak boleh difahami bahwa Allah telah menciptakan semua agama yang wujud

24

di dunia ini. Pada hakikatnya agama-agama selain Islam dicipta oleh manusia dan merupakan
agama budaya. Jadi agama yang sebenar adalah satu iaitu Islam. Selain daripada Islam,
adalah ciptaan atau penyelewengan dari yang asal. Konsep pluralisme agama beranggapan
bahwa semua agama diciptakan olehTuhan yang sama, oleh itu semua agama tersebut benar.
Akan tetapi oleh kerana kita melihat dengan bukti yang nyata bahwa agama selain Islam pada
hakikatnya bukan berasal daripada Allah atau telah diselewengkan dari yang asal maka
agama-agama tersebut tidak benar di sisi Allah. Maka konsep pluralisme agama tidak boleh
diterima oleh umat Islam.

Agama yang Allah SWT ciptakan atau turunkan untuk umat manusia sejak daripada nabi Adam
sehingga akhir zaman adalah satu iaitu Islam yang bertauhidkan Allah SWT. Semua nabi yang
Allah utuskan menyeru kepada agama yang satu. Fakta inilah yang cuba diubah oleh golongan
yang membawa fahaman pluralisme agama dan juga fahaman kesatuan agama. Fahaman ini
menolak hakikat bahawa semua nabi menyeru kepada satu agama, sebaliknya menganggap
bahawa masing-masing membawa agama yang berbeza daripada Tuhan yang sama. Bahkan
menurut fahaman ini, semua agama termasuk Hindu, Buddha dan Konfucius adalah agama-
agama yang datang dari Tuhan yang sama (Nurcholish Madjid, 1994).

SOALAN LATIHAN

Soalan 1:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak”
(Riwayat Ahmad)

Berdasarkan teks hadis diatas, bincangkan hubungan antara agama dan akhlak?

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

Soalan 2:

Naluri asal semua manusia memerlukan agama. Bincangkan kenyataan ini secara ilmiah dan
kritis berkenaan persoalan kenapa dari segi fitrahnya manusia memerlukan agama?

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

25

Soalan 3:

Pada hari ini, nilai akhlak manusia semakin rosak dan berlakunya masalah akhlak yang buruk
dari hari demi hari. Berdasarkan pengamatan dan pembelajaran anda, huraikan kepentingan
akhlak dalam membentuk masyarakat Rabbani?

__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

Soalan 4:

Nyatakan punca berlaku ektremisme dalam beragama?

__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

Soalan 5:

Huraikan kesan pluralisme agama dalam masyarakat Islam khususnya di Malaysia?

__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

Soalan 6:

Apakah solusi dalam menangani ektremisme agama dalam kalangan generasi kini?

__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

26

BAB 5:

PENGHAYATAN KONSEP INSAN

Oleh: Nurul Hidayah Awang

5.1 PENGERTIAN INSAN

Insan diambil daripada kata nama “nisyan”, iaitu kelupaan, kerana padanya ada sifat lupa
selepas ia ingat. Selepas turunnya wahyu dan agama Islam telah memberi peringatan kepada
manusia supaya ingat kembali kedudukanya sebagai hamba Tuhan dan khalifahNya. Maka
wahyu yang datang adalah untuk mengingatkan kembali hakikat kedudukannya itu dinamakan
al-dhikrul hakim (peringatan yang hikmah dan bijaksanaan). Terdapat juga pendapat yang
menyatakan bahawa kata nama bagi dirinya itu datang dari uns (patuh) iaitu patuh dengan
Tuhan.

Maka insan yang benar akan kekal dengan sifat kemanusiaannya iaitu patuh dengan Tuhan
manakala yang ingkar dengan Tuhan pula adalah insan yang jauh daripada Allah. Oleh itu,
datangnya agama Islam adalah untuk menarik kembali insan kepada Tuhan melalui
akalnya. Maka fungsi akal ialah untuk mengikat mengenmbalikan sifat insan kepada Tuhan
yang menciptakannya. Insan diambil dari perkataan bahasa arab yang membawa maksud
manusia yang merupakan makhluk sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Allah SWT
dengan dikurniakan akal, roh dan jasad. Bagi membezakan taraf dan darjat manusia dengan
makhluk lain, manusia dianugerahkan akal.

Insan merupakan makhluk ciptaan Allah Taala yang terbaik sebagai hamba dan khalifah di
muka bumi berbekalkan akal fikiran yang dianugerahkan. Bagi menepati tujuan penciptaan
tersebut, insan haruslah mengenal konsep dirinya dan mengetahui sejauh mana potensi yang
dimiliki bagi memastikan setiap tindakan dan perlakuannya adalah yang terbaik dan sempurna,
selaras dengan tujuan penciptaannya.

Konsep tersebut perlu dirujuk kepada Pencipta iaitu Allah melalui penelitian dan pengamatan
terhadap ayat-ayat al-Quran dan juga hadith Nabi Muhammad SAW dengan merujuk kepada
kupasan para mufassir terhadap ayat-ayat al-Quran yang menyentuh berkenaan konsep
tersebut serta pandangan ahli falsafah Muslim juga harus diteliti.

5.2 AL-INSAN AL-KAMIL

Insan diangkat darjat oleh Allah sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi seperti firmanNya
dalam Surah al-Baqarah ayat 30. Maksud khalifah adalah pengurus yang dapat mengurus
serta memakmurkan muka bumi termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan dan lautan. Insan wajib
memanfaatkan segala yang ada di atas bumi dalam menjalankan tugasnya sebagai pengurus
untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Allah SWT menganugerahkan kepada insan
akal serta pancaindera sebagai alat dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Insan wajib menggunakan akal serta pancaindera untuk meneliti dan berfikir semasa
menjalankan tanggungjawabnya sebagai insan al-kamil. Insan al-kamil menggunakan dua
istilah yang membawa maksud manusia yang sempurna. Perkataan sempurna bukan
bermaksud lengkap akan tetapi ia bermaksud menyempurnakan insan melalui akhlaknya.
Islam datang adalah untuk diikuti oleh manusia supaya ia mencapai kedudukan sebagai insan
yang sempurna melalui pembersihan jiwa daripada sifat-sifat yang kotor atau jahat dan keji
dari segi akhlaknya.

27

5.3 KONSEP FITRAH

Hakikat manusia yang suka mencari asal usul kejadian diri mereka telah melalui pelbagai
kajian untuk mengetahui kejadiannya hakikatnya yang mengetahui tentang kejadian manusia
adalah Allah seperti firmannya: “Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih
mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan
semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu
kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia
lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa” (al-Najm (53): 32).
Menurut al-Quran bahawa manusia diciptakan oleh Allah daripada dua unsur iaitu ruh dan
jasad.

5.3.1 HUBUNGKAIT ANTARA ROH DAN JASAD

Kejadian insan terdiri daripada jasmani yang disebut sebagai badan atau jasad yang terdiri
daripada unsur-unsur alam (the elements of the earth). Oleh itu terjadilah makhluk yang
bertubuh badan. Al-Quran telah menjelaskan secara terperinci tentang proses kejadian
manusia yang pertama iaitu Nabi Adam a.s sehinggalah keturunannya. Kejadian Nabi Adam
a.s disebut dalam al-Quran terbentuk daripada air (ma’), tanah (turab), pati tanah (tin), tanah
liat (lazib), tanah yang panas dan berbatu (hamaa’in masnun), tanah yang keras (salsal
kalfakhar), tanah bumi (al-ardh) kemudian dibentuk. Manakala proses kejadian keturunan Nabi
Adam adalah daripada janin pati air yang hina diciptakan secara berperingkat dalam rahim
seorang ibu. bermula dengan benih (nutfah), air mani (yumna), darah (alaqah), daging
(mudghah), tulang (idzam) kemudian tulang yang diselaputi daging (lahma) kemudian
terbentuklah manusia.

Ada padanya pula roh yang datang dari Allah yang membentuk insaniah. Firman Allah yang
bermaksud “dan Aku tiupkan ke dalamnya sesuatu dari Roh ciptaanKu, maka sujudlah kamu
wahai para malaikat kepadanya sebagai sujud penghormatan” (AlHijr: 29) maka sujudlah para
malaikat melainkan Iblis. Ini menunjukkan kemuliaan insan sebagai khalifah Tuhan dan
hambaNya yang datang daripada hembusan roh dari ciptaan Tuhan. Kewujudan roh inilah
yang menjadikan insan boleh memahami keimanan, kebenaran, dan lain-lain hakikat dalam
ajaran agama. Kewujudan roh dalam tubuh insan inilah yang menuntut manusia untuk
melakukan amalan-amalan kerohanian bagi menguatkan roh melalui dengan keimanan,
ketaqwaan, solat, puasa, zikir, tafakur, muraqabah atau penelitian rohani dan amalan-amalan
soleh.

Dalam diri insan adanya roh yang ditiupkan akal padanya. Akal ini menyebabkan insan boleh
mengenal kebenaran, kepalsuan, kebaikan dan kejahatan. Jalan mengenal kebenaran
bermula dengan syahadah “Bahawa tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenarnya
melainkan Allah” yang merupakan seluruh kebenaran tentang Tuhan dan “bahawa Nabi
Muhammad saw. adalah pesuruh Allah” yang merupakan seluruh kebenaran tentang
kehidupan dan alam seluruhnya. Dengan memahami kebenaran inilah yang menjadi dasar
bagi seluruh kebenaran tentang kehidupan serta menghayatinya maka insan akan mencapai
kesempurnaan pada diri dan kehidupan. Insan juga mempunyai nafs iaitu jiwa
yang merupakan hakikat individu yang mana ia menjadi baik dari segi rohani dan akhlak maka
baiklah peribadinya, jika rosak maka rosaklah seluruh dirinya.

5.4 TUJUAN PENCIPTAAN INSAN

Allah SWT menjadikan manusia di atas muka bumi dengan tujuan tertentu dan tidak sia-sia.
Hal ini dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Maka adakah patut kamu menyangka

28

bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang
hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
(al-Mu’minun (23):115). Ibn Kathir mentafsirkan ayat ini dengan menyebutkan bahawa Allah
SWT menemplak orang-orang yang tidak mempercayai tentang hari pembalasan dengan
membangkitkan persoalan adakah mereka menyangka bahawa mereka diciptakan dengan
sia-sia, tanpa sebarang tujuan, Oleh yang demikian, mereka fikir bahawa mereka diciptakan
sekadar untuk bermain atau mencari hiburan seperti haiwan yang Allah SWT ciptakan? Tiada
sebarang ganjaran untuk kebaikan yang dilakukan atau tiada hukuman kepada kejahatan yang
dilakukan? Sedangkan mereka akan dikembalikan kepada Allah SWT untuk dihitung segala
amalan yang dilakukan.

5.4.1 MANUSIA SEBAGAI HAMBA

Tujuan atau matlamat manusia diciptakan seperti yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran
adalah untuk beribadah kepadaNya semata-mata. Inilah matlamat utama dan paling penting
untuk difahami oleh semua manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatlah) Aku
tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat
kepadaKu”. (al-dzariyat (51): 56). Berdasarkan ayat ini, Allah SWT memberitahu bahawa Dia
tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaNya semata-mata. Manusia
seharusnya sedar tentang tujuan utama kewujudan mereka di dunia ini dan sentiasa berusaha
untuk mencapai tujuan tersebut. Perkataan beribadah kepada Allah SWT semata-mata bukan
hanya sekadar mengucap dua kalimah syahadah atau solat lima waktu atau puasa di bulan
Ramadhan atau membayar zakat atau menunaikan haji di Mekah malah ia merangkumi setiap
pemikiran, perbuatan, percakapan dan tingkahlaku manusia untuk mencapai keredhaan dan
kasih sayang Allah SWT, Ini kerana semua perbuatan akan dikira dan dipertanggungjawabkan
dan mempunyai kaitan dengan keredhaan atau kemurkaan Allah. Jika ibadah hanya merujuk
kepada rukun islam sahaja maka konsep ibadah hanya terbatas kepada waktu-waktu tertentu
sahaja dan tidak memenuhi tuntutan keseluruhan hidup sebagai manusia.

5.4.2 MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH

Allah SWT telah memilih manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi berbanding makhluk-
makhluk yang lain seperti malaikat, jin, haiwan dan tumbuhan dengan memberikan manusia
kebebasan untuk memilih antara yang baik dan buruk, antara kebenaran dan kesesatan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak
Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di
laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta
Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang
telah Kami ciptakan. (Al-Isra’ (17): 70). Manusia juga diciptakan untuk menjadi khalifah di muka
bumi dan Manusia diberi tanggungjawab untuk menguruskan dunia dengan diberikan
keistimewaan keupayaan akal rasional dan keupayaan untuk memilih (iradah). Firman Allah
SWT yang bermaksud:“Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan
untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)” (al-Balad (90): 10). Dan Allah juga
menyatakan pada ayat yang bermaksud: “Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka)
sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan
(yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan
beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau
menderhaka).” (al-Insan (76):3).

Allah SWT telah mengutuskan nabi dan rasul beserta dengan kitab dan risalah yang menyeru
manusia untuk mencari cahaya kebenaran dan takut akan ancaman dan peringatan Allah.
Kemudian Allah meninggalkan urusan manusia agar mereka memilih jalan mereka sendiri.

29

Firman Allah SWT Maksudnya: “Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya
(dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk
mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada
bertaqwa” (al-Syams (91): 7-8).

5.5 PERBAHASAN TENTANG INSAN:

Insan merupakan makhluk ciptaan Allah yang terbaik dan terindah sebagai hamba dan khalifah
di bumi yang dianugerahkan akal fikiran. Terbaik dan terindah yang dikehendaki dalam Islam
bukan hanya jasad sahaja malah rohani juga perlu dijaga. Kekuasaan Allah dalam
mencantumkan kedua-dua unsur iaitu roh dan jasad dalam satu bentuk kejadian yang dikenali
sebagai insan ini dapat membuktikan bahawa Allah maha Mencipta sesuatu.

5.5.1 ‘NATURE VS NURTURE’

Nature adalah semulajadi yang terhasil daripada genetik atau keturunan. Kejadian manusia
adalah hasil daripada keturunan nabi Adam a.s seperti yang telah disebut dalam al-Quran
yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah
menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam)
itu pasangannya (isterinya-Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya-zuriat
keturunan-lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu
meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum
kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu” (Al-Nisa’ (4): 1).

Nurture ialah pembentukan dipengaruhi oleh persekitaran yang dapat mempengaruhi
kehidupan individu. Persekitaran memainkan peranan penting dalam pembentukan akhlak
dan sahsiah seseorang insan. Oleh itu setiap insan perlu kepada cara untuk membentuk
akhlak mahmudah dengan membina aqidah melalui konsep Muahadah, Muraqabah,
Mujahadah, Muhasabah dan Muraqabah. Setiap insan perlu menjadikan Nabi Muhammad
SAW sebagai model atau idola untuk membentuk keperibadian yang baik seperti Firman allah
maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya engkau (Nabi Muhammad) mempunyai akhlak yang
amat mulia” (al-Qalam (68): 4).

5.5.2 ‘CREATION VS EVOLUTION’

Creation ialah ciptaan. Manusia adalah ciptaan Allah SWT yang sempurna kerana diberikan
akal fikiran untuk membezakan yang haq dan batil. Manusia diciptakan oleh Allah melalui
peringkat-peringkat seperti yang disebut dalam al-Quran al-karim yang bermaksud: “Dan
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian
Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan
air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul
daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut
tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi
makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-
baik Pencipta.” (Al- Mukminun (23): 12-14).

Evolution ialah evolusi yang membawa maksud kitaran manusia. Kenyataan ini sama
pandangan Charles Darwin berkaitan dengan teori kejadian manusia daripada monyet.
Kenyataan ini tidak diterima dalam Islam kerana teori ini bercanggah dengan ayat al-Quran.

30

LATIHAN
1. Terangkan DUA (2) sebab manusia di pilih oleh Allah sebagai khalifah di muka

bumi
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
2. Berikan perbezaan antara:

i. Roh dan jasad
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

ii. Creation dan evolution
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

iii. Nature dan nurture
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

3. Jelaskan DUA (2) fungsi akal yang diciptakan oleh Allah kepada manusia
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

31

BAB 6:

PENGHAYATAN KONSEP AL-SA'ADAH
Oleh: Noraini Junoh & Nur Syazana Adam

6.1 MAKNA DAN TUJUAN KEHIDUPAN

Makna dan tujuan kehidupan seringkali menjadi topik utama perbahasan dalam kalangan
manusia. Timbul beberapa persolan, apakah keinginan seseorang dalam hidup ini, apakah
yang ingin dicapai? Kekayaan? Kebahagiaan? Kemasyhuran? Apakah perkara yang utama
dan penting dalam hidup manusia? Manusia seringkali tersalah dalam memahami makna dan
tujuan hidup mereka. Kebanyakan tujuan hidup bersumberkan kepada materialistik yang ada
di dunia semata tanpa menilai balasan dan akibatnya di akhirat nanti. Setiap manusia perlu
jelas dan tepat dalam memahami dan menetapkan makna hidup bagi mengelakkan daripada
kehidupan yang tidak keruan atau sia-sia (Idris Zakaria & Ahmad Sunawari Long, 2013).

Manusia seharusnya mempunyai hala tuju atau matlamat hidup yang jelas bagi
menyempurnakan kehidupannya sebagai seorang insan. Manusia adalah makhluk (ciptaan)
Tuhan. Allah SWT menjadikan manusia di atas muka bumi ini dengan tujuan tertentu dan tidak
sia-sia. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Maka Adakah patut kamu menyangka bahawa
Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan sia-sia? (tiada
sebarang hikmat pada ciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan
kepada kami?" (al-Quran, 23:115).

Allah SWT menemplak golongan yang tidak mempercayai hari pembalasan dengan
membangkitkan persoalan adakah mereka menyangka bahawa mereka diciptakan dengan
sia-sia atau main-main (hiburan), tanpa sebarang tujuan sebagaimana layaknya binatang?
Tiada sebarang ganjaran untuk kebaikan yang dilakukan atau tiada hukuman kepada
kejahatan yang dilakukan? Sedangkan mereka akan dikembalikan kepada Allah SWT untuk
dihitung segala amalan yang dilakukan. Jawapan kepada persoalan tentang tujuan atau
matlamat manusia diciptakan seperti yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran adalah untuk
beribadah kepadaNya semata-mata. Inilah matlamat utama dan paling penting untuk difahami
oleh semua manusia (Ibn Kathir, 2008; Mohd Nasir Masroom, 2013). Firman Allah SWT yang
bermaksud: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat (kepadaKu)” (al-Quran, 51:56).

Berdasarkan ayat ini, Allah SWT menyatakan bahawa Dia tidak menciptakan jin dan manusia
kecuali untuk beribadah kepadaNya semata-mata. Manusia seharusnya sedar tentang tujuan
utama kewujudan mereka di dunia ini dan sentiasa berusaha untuk mencapai tujuan tersebut.
Allah SWT juga telah memilih manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini berbanding
makhluk-makhluk yang lain seperti malaikat, jin, haiwan dan tumbuhan dengan memberikan
manusia kebebasan untuk memilih antara yang baik dan buruk, antara petunjuk dan
kesesatan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan
anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di
darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang
baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-
makhluk yang telah Kami ciptakan”. (al-Quran, 18:70)” Memahami makna dan tujuan hidup
yang sebenar sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah SWT membolehkan manusia mencapai
kehidupan yang sempurna dan bahagia sama ada dunia dan akhirat.

32

6.2 MAKNA AL-SA'ADAH DALAM ISLAM

Al-Sa'adah dalam Islam mempunyai pengertian yang luas terutamanya merujuk kepada al-
Quran dan al-Sunnah. Dari sudut bahasa, kalimah Al-Sa‘Adah adalah kalimah Arab yang
berasal daripada kata Sa‘ada - Al-Sa‘d - Al-Su‘udah yang sinonim dengan kemakmuran (Al-
Yumn) (Ibn Manzur, 2003, 3), keberkatan (Al-Barakah) dan kegembiraan (Al-Farh/Al-
Istabshara) (al-Miftah, 2007). Al-sa‘adah juga sinonim dengan rida (Al-Rida) dan tenang (Al-
Atma’annan) (Ibrahim Madkur, 1994). Menurut Ibn Manzur (2003, 3), al-Fayruzabadi (1998)
dan Ibrahim Madkur (1994), Al-Sa‘d bermaksud menghindari kesialan (Naqid Al-Nahs) dan Al-
Su‘Udah bermaksud ketiadaan nasib buruk (Khilaf Al-Nuhusah). Dengan ini, Al-Sa‘adah
diertikan sebagai ketiadaan derita atau bukan kesengsaraan (khilaf al-shaqawah).

Manakala dari sudut istilah, Al-Sa‘adah diungkapkan dengan pelbagai definisi, antaranya
bermaksud penerimaan sepenuhnya terhadap apa yang dicapai oleh jiwa terhadap sesuatu
kebaikan. Al-sa‘adah di sini berbeza dengan kelazatan atau nikmat. Al-sa‘adah adalah
keadaan khusus bagi manusia, sementara kelazatan adalah satu sifat yang dapat dirasai oleh
haiwan dan manusia (Jamil Saliba, 1982). Makna ini membezakan antara al-sa‘adah dan
kelazatan yang mana al-sa‘adah hanya dapat dirasai oleh manusia dan tertumpu pada
kebahagiaan jiwa. Namun, manusia juga merasai kelazatan tetapi hanya dinikmati oleh badan
sebagaimana yang dialami oleh haiwan. Dengan kata lain, al-sa‘adah adalah jiwa reda
terhadap segala kebaikan yang diperoleh seseorang.

Makna al-sa‘adah juga merujuk kepada keimanan yang tersemat dalam hati atau jiwa dan
tiada yang mampu menguasai hati melainkan Tuhan atau keyakinan diri terhadap Hakikat
Ketuhanan yang kekal mesra menetap dalam kalbu insan (al-Attas, 1977) atau kebahagiaan
rohani, iaitu mendapat keredaan Allah SWT dunia dan akhirat (al-Mawdudi, 1967). Justeru,
kebahagiaan, keselamatan, keamanan, ketenangan dan kesentosaan jiwa adalah matlamat
utama bagi manusia (al-Mawdudi, 1986) yang selari dengan tujuan utama hidup manusia
sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran (antaranya dalam Surah al-Tawbah, 40:111,
al-An‘am, 6:162-163, al-Baqarah, 2:207). Kebahagiaan rohani ini boleh dicapai melalui
keimanan, ketaatan, ketakwaan dan ihsan. Kesepaduan antara keempat-empat perkara ini
menyebabkan setiap individu bukan sekadar menghayati dan melaksanakan suruhan Allah
SWT dan menjauhkan laranganNya, malah menggunakan segala kekuasaan dan
kemungkinan yang ada untuk perkembangan perkara makruf dan menghancurkan perkara
mungkar (al-Mawdudi, 1967).

Dalam istilah yang lain pula, al-sa‘adah merujuk kepada kebahagiaan sejati yang
memfokuskan keselamatan diri dan keluarga daripada seksaan api neraka seterusnya merasai
kelazatan dan kenikmatan syurga. Hal ini dilaksanakan dengan melakukan ibadat yang
sempurna kepada Allah SWT, iaitu mengerahkan segala kekuatan untuk beribadat kepada
Allah SWT melalui semua pemberianNya (al-Nadawi, 1966). Definisi ini menekankan kepada
kebahagiaan akhirat yang hanya diperoleh dengan amal ibadat yang dilakukan di dunia. Maka,
kebahagiaan dunia, iaitu beribadat kepada Allah SWT dengan sepenuh jiwa membawa
manusia kepada kebahagiaan akhirat. Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah dalam kitab Madarij al-
Salikin, sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Nadawi (1966) menyatakan, “Sesungguhnya di
dunia ada syurga, sesiapa yang tidak masuk syurga dunia maka tidak akan masuk syurga
akhirat” (al-Nadwi,1966, ms. 81).

Islam secara mendasar dan global telah menyatakan konsep al-sa‘adah dalam al-Quran dan
al-Sunnah. Islam juga menekankan kebahagiaan yang perlu dimiliki manusia sebagai
memenuhi tuntutan sebagai hamba Allah SWT. Maka, al-Quran dan Hadis banyak
menyebutkan istilah atau nas yang berkaitan dengan al-sa‘adah. Kalimah al-sa‘adah secara

33

khusus tidak terdapat dalam al-Quran tetapi terdapat dua kata terbitan daripada kalimah
tersebut, iaitu disebut sebanyak dua kali dalam surah yang sama tetapi ayat yang berlainan
sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “(Pada) masa datangnya (hari kiamat itu),
tiadalah seorangpun dapat berkata-kata (untuk membela dirinya atau memohon pertolongan)
melainkan dengan izin Allah. Maka di antara mereka ada yang celaka, dan ada pula yang
berbahagia. Adapun orang-orang yang celaka (disebabkan keingkaran dan maksiatnya), maka
di dalam nerakalah tempatnya. Bagi mereka di situ, hanyalah suara memekik-mekik dan
mendayu-dayu (seperti suara keldai). Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi
kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa
melakukan apa yang dikehendakiNya. Adapun orang-orang yang berbahagia (disebabkan
imannya dan taatnya), maka di dalam Syurgalah tempatnya. Mereka kekal di dalamnya selagi
ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu sebagai pemberian nikmat
yang tidak putus-putus” (Hud, 11:105-108).

Dalam ayat di atas, terdapat dua ayat yang menggunakan kata al-sa‘adah, iaitu sa‘id (gembira)
dan su‘idu (membuat orang gembira). Kalimah sa‘id merujuk kepada golongan yang
berbahagia yang akan dimasukkan ke dalam syurga (al-Alusi, 1994, 7). Hal ini ditegaskan oleh
Hamka (2003, 12) yang menyebutkan pada hari pengadilan kelak, setiap manusia yang celaka
akan dimasukkan ke neraka dan golongan yang berbahagia akan menuju syurga. Inilah tempat
abadi bagi golongan yang mendapat kebahagiaan daripada Allah SWT. Manakala kalimah
su‘idu dalam ayat di atas pula bermaksud bantuan dari Tuhan kepada manusia dalam
landasan kebaikan dan lawannya merupakan kecelakaan (al-Alusi, 1994). Kalimah ini juga
bermaksud orang yang berbahagia kekal sebagai penghuni syurga dan dapat merasai
pelbagai nikmat daripada Allah SWT (Hamka, 2003, 12).

Kedua-dua tempat yang menyatakan kalimah al-sa‘adah dalam al-Quran ini merujuk kepada
keadaan sebahagian manusia pada hari akhirat kelak. Sebahagian dalam kalangan mereka
ada yang celaka dan ada yang bahagia. Golongan celaka akan ditempatkan di neraka
manakala golongan bahagia akan dimasukkan ke dalam syurga. Masing-masing memperoleh
balasan setimpal dengan perbuatan dan perlakuan masing-masing ketika di dunia (Ibn Kathir,
1999, 2). Di sini, al-Quran membawakan pemahaman tentang konsep bahagia itu disekalikan
dengan derita. Hal ini menunjukkan terdapat hubungan erat antara derita dan bahagia bagi
mencerminkan kehidupan golongan manusia.

Merujuk kepada maksud daripada al-Quran, bahagia yang hakiki hanyalah dapat diperoleh
semasa hidup di alam akhirat. Kebahagiaan hakiki terhasil daripada kesungguhan dan
ketabahan yang dilakukan oleh seorang mukmin semasa hidup di dunia dalam menunaikan
ketaatan atau semasa menempuh ujian dan rintangan atau dalam menghadapi godaan
daripada perkara-perkara dosa dan maksiat. Begitu juga keredaan mereka dengan ketetapan
adanya janji kebahagiaan bagi mereka yang beriman dengan hari akhirat.

Selain daripada al-Quran, Hadis juga banyak menyebutkan mengenai kebahagian menerusi
ungkapan sa‘adah, su‘idu dan sa‘idah. Di antaranya menjelaskan tentang makna bahagia,
sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tanda kebahagiaan anak Adam adalah
apabila mereka reda dengan ketentuan yang diberikan oleh Allah kepadanya, dan kecelakaan
bagi anak Adam apabila dia menolak untuk memohon petunjuk dari Allah SWT, dan
kecelakaan bagi anak Adam apabila dia marah terhadap apa yang Allah tentukan padanya”
(al-Tirmidhi, 1978, 4:2151).

Hadis ini menunjukkan wujud suatu petunjuk yang bersifat rohani, iaitu perasaan redha
menerima segala ketentuan hidup yang harus ada dalam menuju kebahagiaan. Apabila
ditanya tentang kebahagiaan, Rasulullah SAW juga menyatakan maksudnya: “Adapun

34

golongan yang bahagia adalah mereka yang melakukan amalan kebahagiaan, manakala
golongan yang celaka adalah mereka yang melakukan amalan kecelakaan” (al-Tirmidhi, 1978,
6:4948).

Ungkapan bahagia juga terakam dalam Hadis yang menerangkan mengenai takdir manusia
sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tidak seorang pun daripada kalangan
kamu, tidak ada jiwa yang ditiupkan kecuali Allah telah tentukan tempatnya di syurga dan
neraka dan telah ditulis sebagai celaka atau bahagia. Beliau berkata lagi: “Lalu seorang lelaki
bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kita tidak menunggu sahaja apa yang telah tertulis dan
meninggalkan amal?” Jawab Rasulullah: “Sesiapa yang berada dalam golongan orang yang
(ditentukan) bahagia, maka dia akan melakukan amalan orang yang (ditentukan) bahagia dan
sesiapa yang berada dalam golongan yang (ditentukan) celaka, maka dia akan melakukan
amalan orang yang (ditentukan) celaka.” Sambung Rasulullah SAW lagi: “Beramallah kerana
setiap orang dipermudahkan (untuk melakukan suatu amalan). Orang yang bahagia
dipermudahkan melakukan amalan yang bahagia dan orang yang celaka dipermudahkan
melakukan amalan mereka yang celaka” (al-Bukhari, 2002, 2:1296).

Berdasarkan Hadis di atas, orang yang bakal berbahagia kadangkala menderita semasa
hidupnya dan orang yang sengsara kelak kadangkala kehidupan mereka dipenuhi dengan
kebahagiaan di dunia. Maka, kebahagiaan yang disebutkan dalam Hadis ini adalah
kebahagiaan golongan yang bakal memasuki syurga (al-Asqalani, 2009). Perjalanan hidup
manusia telah ditentukan oleh Allah SWT, namun manusia harus berusaha untuk mencapai
kebahagiaan tersebut. Segala perbuatan baik dan buruk yang dilakukan oleh manusia akan
mendapat balasan di akhirat kelak, sama ada balasan bahagia (syurga) atau balasan azab
(neraka) daripada Allah SWT.

Menerusi beberapa Hadis di atas menunjukkan kebahagiaan tertinggi adalah kebahagiaan
akhirat apabila seseorang reda terhadap setiap takdir yang ditentukan oleh Allah SWT dan
mempersiapkan diri untuk mencapainya. Maka, kemuncak kebahagiaan tertinggi apabila
seseorang dapat masuk syurga yang penuh nikmat dan kelazatan. Walaupun al-Quran dan
Hadis menekankan kebahagiaan tertinggi, iaitu kebahagiaan akhirat, namun keduanya juga
menyeru supaya manusia mencari kebahagiaan dunia. Hal ini kerana manusia sentiasa ingin
mencapai kebahagiaan, kebaikan, kejayaan dan kemewahan serta jauh daripada derita dan
bahaya. Islam juga tidak menolak kebahagiaan duniawi sebagaimana firman Allah SWT yang
bermaksud: “Dan ada pula di antara mereka ada yang berdoa, “Ya Tuhan kami, berilah kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lidungilah kami dari azab api neraka” (al-
Baqarah, 2:201).

Kebaikan dalam ayat di atas meliputi kebahagiaan dari sudut rohani dan jasmani. Kebahagian
rohani dicapai melalui ilmu dan akhlak. Manakala kebahagian jasmani memfokuskan
kesihatan dan keindahan fizikal serta kebahagiaan dalam memperoleh harta dan pangkat (al-
Razi, 1999). Begitu juga tujuan syariat yang diturunkan oleh Allah SWT adalah untuk mencapai
kebahagiaan dunia dan akhirat. Berkait dengan kebahagiaan dunia juga Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: “Ada empat kebahagiaan dunia; isteri yang solehah, tempat tinggal
yang luas, tetangga yang baik dan kenderaan yang elok. Ada empat kesengsaraan; tetangga
yang buruk, isteri yang buruk, rumah yang sempit dan kenderaan yang buruk” (Ibn Hibban,
1993, 9:4032).

Inilah kebahagiaan dunia yang didambakan manusia. Hal ini kerana empat perkara tersebut
merupakan hal-hal yang menyenangkan jiwa dan menjadikan kehidupan lebih indah dan
bahagia. Namun, sekiranya tidak diuruskan dengan baik, akan mendatangkan kecelakaan dan
keburukan dalam hidup manusia. Hanya dengan iman dan amal yang sempurna, manusia

35

dapat membawa empat perkara tersebut ke arah kebahagiaan akhirat. Dengan demikian,
Islam mengingatkan manusia agar unsur kelengkapan untuk menuju bahagia itu diidealkan
berjalan seiringan, iaitu kebahagiaan dunia menjadi pemangkin kebahagiaan akhirat.

6.2.1 TINGKATAN-TINGKATAN JIWA

Jiwa bermaksud roh yang terdapat dalam tubuh setiap manusia yang juga dikenali dengan
nyawa (Kamus Dewan, 2002). Manakala berdasarkan tokoh sufi seperti al-Qushayri (w. 465H),
jiwa merupakan sesuatu jisim halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar namun pemiliknya
mampu merasai sesuatu yang terdapat di dalamnya (al-Qushayri, 1989). Daripada perspektif
al-Quran, jiwa dapat dibahagikan kepada tiga tahap. Tahap yang pertama, Al-Nafs
Mutmainnah (jiwa cenderung untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT dan merasa
tenang denganNya), kedua Al-Nafs Lawwamah (tercela) dan ketiga Al-Nafs Amarah Bissu’
(jiwa yang mengajak untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah SWT) (Paisol Burlian, 2013).

Di samping itu, menurut al-Ghazali (w. 505H), telah membahagikan jiwa kepada tujuh
tingkatan. Pertama, Nafs Al-Ammarah iaitu jiwa yang mengajak dan mendorong untuk
melakukan kejahatan dan kemungkaran. Kedua, Nafs Al-Lawwamah iaitu jiwa yang suka untuk
melakukan perbuatan tercela dan menyesali diri sendiri. Ini merupakan tingkatan jiwa bagi
orang awam. Ketiga, Nafs Al-Musawwalah iaitu jiwa yang mampu membezakan baik dan buruk
namun masih belum mampu untuk memilih melakukan kebaikan.

Keempat, Nafs Al-Mulhimah iaitu jiwa telah mendapat bimbingan Rabbaniyyah daripada Allah
SWT. Ini merupakan tingkatan orang awam yang telah mencapai maqam (kedudukan)
khawwas (orang khusus). Kelima, Nafs Al-Riyadah iaitu jiwa yang reda dan tenang berada
hampir dengan Allah SWT. Ini jiwa yang dimiliki oleh orang Khawas Al-Khawas (orang yang
khusus khusus) dan mencapai kedudukan darjat waliyullah. Keenam, Nafs Al-Mardhiyyah iaitu
jiwa yang diredai oleh Allah SWT dan Allah SWT meredainya. Jiwa ini turut dimiliki oleh orang
khawas al-khawas. Ketujuh, Nafs Al-Kamilah iaitu jiwa yang sempurna yang hanya dimiliki oleh
para rasul (Paisol Burlian, 2013).

6.2.2 KEBAHAGIAAN LAHIR DARI JIWA YANG TENANG (AL-NAFS AL-MUTMAINNAH)

Bahagia menurut al-Farabi (w. 950M) bermaksud sesuatu yang amat diinginkan oleh setiap
orang kerana merupakan asas yang akan melahirkan tindakan sama ada baik atau buruk. Di
samping itu, al-Farabi juga turut menjelaskan bahawa untuk mencapai kebahagiaan, jiwa
manusia mesti mempunyai lima elemen, iaitu tenaga makan (Al-Quwwah Al-Ghaziyah), tenaga
perasaan (Al-Quwwah Al-Ḥassah), tenaga ingatan (Al-Quwwah Al-Mutakhayyilah), tenaga
berfikir (Al-Quwwah Al-Natiqah) dan tenaga kehendak (Al-Quwwah Al-Nuzu’iyyah).

Kesemua elemen ini merupakan unsur-unsur utama yang mesti diberi perhatian agar mampu
mencapai jiwa yang bersih. sekiranya jiwa mampu mengawal kelima-lima elemen ini maka
akan terhasil sifat terpuji melalui tindakan seperti kesederhanaan, keadilan, kebenaran, budi
bahasa, menjaga kehormatan diri dan kecenderungan untuk melakukan kebaikan. Ini kerana,
bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat amat berkait dengan jiwa yang suci daripada
terikat dengan harta bendadan tuntutan nafsu syahwat. Menurut al-Farabi, ini merupakan
hakikat kebahagian yang hakiki yang mesti menghiasi jiwa manusia (Nur Zahidah dan
Raihanah, 2011).

Di samping itu, al-Ghazali (w. 505H) telah menyatakan bahawa bahagia ialah apabila
berkumpul antara ilmu, amalan, jiwa dan jasad. Kebahagiaan jiwa yang berkait dengan ilmu
ialah apabila ilmu tersebut mampu memberi manfaat kepada pemiliknya dan masyarakat

36

sekeliling yang merangkumi ilmu teori (untuk Allah SWT, malaikat, rasul dan perkara-perkara
ghaib yang terdapat dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w seperti syurga dan neraka) dan
praktikal (undang-undang Islam, ekonomi, politik dan sosial) (Nur Zahidah & Raihanah, 2011).

Melalui ilmu-ilmu tersebut, maka akan terhasil amalan-amalan yang baik berdasarkan lunas-
lunas syarak sebagaimana yang terdapat dalam disiplin ilmu terbabit. Justeru, untuk mencapai
hakikat kebahagian yang hakiki juga, seseorang individu terbabit perlu menyucikan jiwanya
dengan menjalani proses Riyadah (melatih jiwa) daripada memiliki sifat-sifat tercela seperti
hasad dengki, cintakan dunia, cintakan kemegahan dan sebagainya. Ini kerana, jiwa yang
bersih mudah untuk menerima hidayah daripada Allah SWT, mengenal hakikat Allah SWT dan
seterusnya jasad akan menghasilkan akhlak yang terpuji melalui perbuatan anggota zahir (al-
Ghazali, 1988).

Di samping itu, menurut al-Attas, kemuncak kebahagian yang hakiki ialah menyerahkan
sepenuh jiwa dan raga terhadap agama Islam dengan mengabdikan diri kepadaNya serta
mentaati segala perintah dan larangannya (al-Attas, 1995). Walaupun begitu, keimanan
kepada Allah SWT bukan hanya melalui pengakuan lisan (Badaniyyah) semata-mata tanpa
menghadirkannya di dalam hati (Nafsiyyah) namun mesti seiring dengan anggota badan
(Kharijiyyah).

Merujuk kepada pandangan yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh yang terkemuka, dapat
disimpulkan bahawa untuk mencapai kebahagiaan dalam kehidupan, setiap Muslim tidak akan
terlepas daripada dua perkara iaitu iman (pengakuan lisan yang dihadirkan ke dalam hati) dan
amal (perbuatan taat kepada Allah SWT melalui anggota badan). Bahagia bukan kemewahan
material seperti rumah yang besar, harta yang banyak dan mampu memiliki apa yang dihajati
dan diinginkan oleh nafsu.

Namun sebaliknya kerana semua ini akan menjadikan jiwa semakin resah, tertekan dan punca
terhadap banyak masalah. Ini kerana kebahagiaan yang hakiki ialah apabila jiwa dalam
keadaan Nafs Al-Muṭainnah (jiwa yang tenang dan bebas daripada pengaruh nafsu syahwat)
(al-Ghazālī, 1988) dengan kebenaran tauhid terhadap Allah SWT dan bebas daripada
kemaksiatan kepadanya (Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 2019).

Hal ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu tujukan kedua
matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka,
sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami cobai mereka dengannya. Dan kurnia Tuhan
kamu adalah lebih baik dan lebih kekal” (Taha, 20: 131). Keadaan ini dapat dilihat pada sejarah
kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. yang menjalani kehidupan dalam keadaan sederhana
hingga baginda membolak-balikkan badannya di tempat tidur kerana menahan rasa lapar.
Walaupun begitu, baginda menjalani kehidupan dengan rasa bahagia dan tidak mempunyai
tekanan. Bagi mewujudkan rasa bahagia, setiap individu mesti memastikan jiwa sentiasa
berada dalam keadaan tenang. Namun untuk memiliki jiwa yang tenang, pemiliknya mesti
melazimi perbuatan baik (Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 2019).

Dengan kata lain, jiwa yang kotor dengan unsur-unsur maksiat dan dosa tidak mampu untuk
menggapai kebahagiaan yang hakiki kerana dibelenggu dengan perasaan keluh-kesah, curiga
terhadap keadaan, perbuatan dan sikap orang di sekeliling serta dipayungi dengan perasaan
takut disebabkan oleh kesalahan yang dilakukan. Hal ini sebagaimana firman Allah S.W.T
yang bermaksud: “Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka
dengan kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah
orang-orang yang mendapat petunjuk” (al-An’am, 7:82).

37

Berdasarkan perbincangan ini, dapat dirumuskan bahawa untuk mencapai kebahagiaan dunia
dan akhirat memerlukan jiwa yang bersih dan suci daripada sifat-sifat tercela. Seandainya jiwa
masih dibayangi dengan sifat-sifat tercela, maka kebahagiaan yang hakiki yang hendak
dicapai tidak akan berjaya.

6.3 BUDAYA HEDONISME: ‘KESERONOKAN’ VS ‘KEBAHAGIAAN’ (PLEASURE VS
HAPPINESS)

Menurut Kamus Dewan (2002), budaya diertikan sebagai tamadun, kemajuan fikiran, akal budi
atau cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya. Manakala hedonisme merupakan suatu pola
pemikiran yang menyatakan bahawa memaksimumkan keseronokan adalah perkara terbaik
dan amat disukai dalam kehidupan manusia di alam ini. Istilah hedonisme ialah cantuman
daripada dua perkataan iaitu ’hedone’ dan ’isme’. Perkataan pertama iaitu hedone merupakan
istilah Greek (Yunani) yang bererti kesenangan atau keseronokan. Maksud perkataan kedua
iaitu isme dijelaskan dalam Kamus Dewan (2002) sebagai akhiran asing kepercayaan, gerakan
politik atau keagamaan, sikap, serta perlakuan. Perkataan hedonisme diertikan sebagai suatu
pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.

Hedonisme juga diertikan sebagai kepuasan rasa dan kenikmatan yang menjadi ukuran
tingkah laku sesuatu perbuatan yang baik (Haron Din, 1990). Hedonisme menilai kebaikan
hanya berdasarkan kepada keseronokan semata-mata. Nilai moral dianggap mempunyai
persamaan dengan nilai kebaikan yang diperoleh dalam budaya hedonisme ini. Penganut
fahaman ini dikenali sebagai hedonis dan sifat golongan ini yang mementingkan keseronokan
disebut sebagai hedonistik (Halipah Hamzah, Muhammad Azizan Sabjan & Noor Shakirah Mat
Akhir, 2016; Nur Erina Norazlan & Wan Rafaei Abdul Rahman, 2016).

Hedonisme merupakan sebahagian daripada sekularisme. Ia merupakan suatu fahaman yang
memisahkan hubungan di antara agama dan dunia, (Haron Din, 1990) suatu fahaman
berbentuk doktrin, pendirian, dan sebagainya yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam
kehidupan sosial manusia (Kamus Dewan, 2002). Sekularisme bertujuan untuk memisahkan
agama secara total daripada masyarakat dan membuka peluang untuk membangunkan
pendidikan tanpa ciri-ciri keagamaan, sistem politik yang bercanggah dengan syariat, dan
sistem ekonomi berasaskan riba.

Di samping itu, ia juga bermatlamat untuk menjauhkan unsur-unsur kerohanian, wahyu,
perkara-perkara ghaib, serta perkara-perkara yang mempunyai hubungan dengan agama
seperti akhlak, aqidah, dan keimanan daripada pemikiran manusia. Justeru, masyarakat
sekular ialah masyarakat yang memiliki aspek kehidupan sosial yang bebas daripada
penguasaan simbol dan institusi agama. Ini bermakna kuasa dan pengaruh agama semakin
berkurangan dalam kehidupan masyarakat tersebut (Halipah Hamzah, Muhammad Azizan
Sabjan & Noor Shakirah Mat Akhir, 2016; Azmi Aziz, 2016).

Fenomena budaya hedonisme seperti pergaulan bebas, seks bebas, minum minuman keras,
dan seumpamanya adalah sejajar dengan matlamat sekularisme untuk menghapuskan
peranan agama dan Tuhan daripada segala urusan kehidupan manusia. Pergaulan dapat
menghilangkan kebosanan dan kesunyian. Namun begitu, pergaulan yang tiada batasan
mengakibatkan keburukan. Dalam kalangan masyarakat alaf baharu ini, golongan yang
menikmati kehidupan di dunia kosmopolitan beranggapan bahawa pergaulan bebas adalah
budaya yang biasa. Pada era kini, fenomena pergaulan bebas melibatkan pelbagai aktiviti
yang merosakkan masyarakat terutama golongan remaja seperti pengedaran dadah,
penyalahgunaan pil ekstasi, dan pelacuran (Halipah Hamzah, Muhammad Azizan Sabjan &
Noor Shakirah Mat Akhir, 2016; Nur Erina Norazlan & Wan Rafaei Abdul Rahman, 2016).

38

Manusia sanggup melakukan pelbagai cara untuk mengecap kebahagiaan seperti melancong
ke seluruh pelusuk dunia, melakukan aktiviti mencabar, hidup bersama binatang, dan
sebagainya. Namun, semua ini tidak memberikan kepuasan dan kebahagiaan berterusan.
Kebiasaannya ia hanya bersifat sementara dan kebahagiaan yang dicari semakin jauh.
Kebahagiaan dan keseronokan fizikal atau perasaan bersifat sementara kerana apabila luput
perkara yang memberikan kebahagiaan atau keseronokan tersebut, maka kebahagiaan dan
keseronokan akan hilang. Kebahagiaan hakiki adalah keyakinan yang kekal dalam hati dan
jiwa manusia. Sesuatu amalan yang berasaskan kepada ilmu dan keyakinan akan
menghasilkan kebahagiaan hakiki. Seseorang yang mencapai kebahagiaan hakiki tidak akan
terlepas daripada menerima ujian penderitaan fizikal dan perasaan (Halipah Hamzah,
Muhammad Azizan Sabjan & Noor Shakirah Mat Akhir, 2016).
Hedonisme menggariskan keseronokan sebagai asas utama kehidupan. Konsep kebaikan dan
kebahagiaan yang dibawa oleh hedonisme hanya berasaskan kepada keseronokan duniawi
serta penumpuannya kepada kebendaan semata-mata. Konsep keseronokan, kenikmatan,
dan kelazatan berjaya mempengaruhi masyarakat dalam pelbagai perbuatan yang
merosakkan masyarakat khususnya golongan remaja. Kehidupan mereka yang bersifat
individualistik dan materialistik ini dipenuhi dengan berpoya-poya, menghabiskan masa di
tempat-tempat hiburan, minum arak, berzina, dan sebagainya dengan hasrat untuk mencapai
satu matlamat, iaitu mengecap keseronokan, kebahagiaan, dan kenikmatan duniawi.

Soalan
1. Jelaskan makna dan tujuan hidup manusia di muka bumi?
2. Huraikan maksud al-Sa'adah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah?
3. Huraikan TIGA (3) tingkatan jiwa manusia?
4. Bincangkan TIGA (3) langkah bagi memperoleh jiwa yang tenang (al-nafs al-
mutmainnah)?
5. Bincangkan TIGA (3) perbezaan antara ‘keseronokan’ dan ‘kebahagiaan’ (pleasure vs
happiness)?

39

BAB 7:

PENGHAYATAN BUDAYA ILMU (AL-'ILM) DAN PENDIDIKAN
Oleh: Nurul Izzah Noor Zainan & Che Bakar Che Mat

7.1 PENGERTIAN DAN OBJEKTIF ILMU

7.1.1 PENGERTIAN

Perkataan ilmu berasal dari perkataan Arab iaitu “Alima” yang bermaksud telah mengetahui.
Kata asalnya dari perkataan “Ilm” yang membawa erti pengetahuan. Dari sudut istilah pula
ilmu membawa maksud segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang
dari ALLAH swt yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk
manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batin. Secara umumnya, ilmu didefinasikan sebagai
pengetahuan dan kepandaian mengenai sesuatu bidang yang disusun secara bersistem
menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan yang berkait
dengan bidang ilmu tersebut.

7.1.2 OBJEKTIF ILMU

Ilmu sebagai jambatan hidup dan ilmu sangat penting dalam kehidupan manusia. Pada zaman
ini, jika seseorang itu tidak mempunyai ilmu, mereka akan ketinggalan dan mereka akan
mengalami kesusahan dalam kehidupan. Untuk memperoleh serta mendalami ilmu, perlulah
berusaha dengan gigih. Antara objektif ilmu:

1. Memperolehi peluang kerjaya yang lebih baik.
Dengan kepelbagai ilmu yang dimiliki, peluang kerjaya seseorang akan lebih terbuka
dan mudah untuk mendapat kerja.

2. Meningkatkan taraf hidup.
Orang yang berilmu akan dapat mempertingkatkan taraf hidup mereka dan keluarga.
Dengan ilmu akan memperolehi kerjaya yang baik dan dapat mengubah kehidupan
dengan lebih selesa.

3. Berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.
Ilmu yang dimiliki oleh seseorang bukan sahaja boleh memajukan diri malah boleh
menyumbangkan tenaga untuk membangunkan agama, bangsa dan negara.

4. Disanjung tinggi oleh masyarakat.
Orang yang berilmu akan dihormati dan disanjung oleh masyarakat kerana
perkhidmatan yang diberikan adalah untuk kepentingan umum.

5. Tidak mudah dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ilmu membantu manusia untuk berfikir panjang sebelum bertindak dan tidak mudah
tertipu dengan janji oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

6. Ilmu Menjamin kehidupan.
Orang yang berilmu akan terjamin kehidupan kerana dengan ilmu dapat merancang
kehidupan dengan yang lebih sempuran.

7.2 SUMBER ILMU DALAM ISLAM

Terdapat tiga sumber ilmu di dalam islam, pertama wahyu, kedua aqal dan terakhir
pancaindera.

40

7.2.1 WAHYU

Wahyu adalah pemberitahuan daripada Allah swt kepada seorang hambanya yang dipilih di
kalangan hambanya dengan secara sulit dan rahsia. Tidak dapat dinafikan bahawa wahyu
adalah sumber pengetahuan yang penting yang telah disampaikan Allah kepada manusia
sama ianya disampaikan melalui Nabi Muhammad saw atau para nabi terdahulu. Wahyu juga
merupakan teras kepada segala ilmu kerana didalam al Quran terkandung pelbagai jenis ilmu
pengetahuan yang amat diperlukan oleh manusia. Berikut adalah penjelasan menurut al-
Quran dan Al-Sunnah:

7.2.1.1 AL-QURAN

Al-quran merupakan sumber rujukan yang terpenting bagi umat islam. Ia menerangkan
semua perkara yang perlu dalam kehidupan manusia. Oleh itu ia juga merupakan sumber
ilmu terpenting kepada manusia. Kandunganya meliputi ilmu-ilmu ketuhanan sejarah
masa lampau gambaran masa akan datang seperti hari akhirat, qiamat aspek-aspek
perundangan politik sains, perkara-perkara ghaib dan sebagainya. Dalam mendidik
manusia al-quran menggunakan berbagai bentuk pendekatan bersesuaian dengan
keperluan dan kemampuan akal manusia.

Al-quran juga adalah pembimbing yang akan memberi panduan kepada manuasia untuk
memperkembangkan ilmu mereka. Kedudukan al-quran sebagai sumber ilmu
sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi. Allah S.W.T. sendiri telah menyatakan “Dia”
adalah sebagai Yang Maha Alim dan Maha mengetahui, sebagaimana firman Allah:
Maksudnya: “Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui
apa saja yang ada di langit dan di bumi bahawasanya yang demikian itu terdapat dalam
sebuah kitab (luh mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu teramat mudah bagi Allah”
(Al Hajj: 70). Dalam ayat yang lain Allah berfirman: Maksudnya: “lalu dijadikan-Nya tujuh
langit dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu” (Al-Baqarah: 29).

Perhatikanlah ayat –ayat di atas ia dapat menambahkan lagi keyakinan kita kepada al-
quran dan Allah S.W.T. sebagai sumber ilmu, ia juga menunjukkan sifat keluasan ilmu itu.
Ilmu-ilmu Allah adalah amat luas tetapi malangnya manusia hari ini mudah angkuh dan
sombong dengan sedikit ilmu yang dapat difikirkan oleh akal fikiran yang sangat terbatas.
Sedangkan ilmu tuhan itu adalah tidak terbatas. Inilah sifat ilmu yang harus difahami
supaya dapat melahirkan ilmuan dan intelektual yang bersifat tawaduk.

7.2.1.2 AL-SUNNAH

Sunnah nabi juga merupakan sumber rujukan kita. Rasullullah S.A.W. merupakan
seorang rasul yang diutuskan oleh Allah untuk mengajar kita tentang apa yang
diketahuinya. Segala yang dinisbahkan kepada manusia samada perkataan perbuatan
ataupun pengakuan semuanya merupakan pedoman dan teladan kepada manusia. Inilah
sumbangan besar rasul kepada umat manusia. Firman Allah yang bermaksud:
“sebagaimana kami telah mengutuskan kepadamu Rasul diantara kamu yang
membacakan ayat-ayat kami kepada kamu al-kitab dan hikmah serta mengajarkan kamu
apa yang belum kamu tahu” (Al-Baqarah: 151).

Oleh kerana tugas setiap rasul adalah untuk mengajar kepada manusia tentang kitab dan
ajaran-ajaran Tuhan, apa yang diajarkan oleh mereka serta perbuatan mereka juga

41

merupakan panduan dan teladan bagi umat manusia. Rsul-rasul tidak meninggalkan apa-
apa harta peninggalan selepas kewafatan. Satu-satumya harta yang ditinggalkan ialah
ilmu mereka sahaja. Itu sajalah yang diwariskan kepada umatnya yang termaktub didalam
al-quran dan sunnah.

7.2.2 AKAL

Beza antara manusia dengan haiwan adalah akal yang mana Allah berikan hanya kepada
manusia untuk berfikir secara kreatif. Akal merupakan sumber utama pengetahuan manusia,
dengan akal juga manusia dapat membezakan antara baik dan buruk. Firman Allah dalam Al-
Quran dan menurut dalil- dalil al-sunnah banyak mencerita kepentingan mencari ilmu supaya
manusia sentiasa berfikir kearah kebaikan dan tidak terpesong dari aqidah islam. Sabda
Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Selagi mana kamu berpegang pada Al-Quran dan hadith, maka kamu tidak
akan sesat” (Riwayat Al-Imam Malik di dalam kitab al-Muwatto’, No: 3).

7.2.3 PANCAINDERA

Semua pancaindera seperti sentuhan, ciuman, penglihatan, pendengaran dan deria rasa juga
merupakan ilmu pengetahuan yang utama dan amat berguna bagi manusia untuk berinteraksi
sesama manusia dan alam sekelilingnya dengan mudah dan betul. Kesemua pancaindera ini
merupakan satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui beberapa percubaan dan
pengalaman yang berulang-ulang.

7.3. PEMBAHAGIAN ILMU DALAM ISLAM

7.3.1 ILMU FARDU AIN

Ilmu fardu ain adalah ilmu yang datang dari Allah SWT dan menjadi penentu kepada ilmu-ilmu
yang lain dari sudut kesahihannya. Ia merupakan kewajipan bagi setiap muslim untuk
mempelajarinya dan seterusnya mengamalkannya sama ada lelaki dan perempuan. Imam al-
Ghazali menyatakan ilmu fardu ain boleh disimpulkan kepada 4 bahagian iaitu Ilmu Tauhid,
Ilmu Fekah, Ilmu Tasawwuf dan Ilmu al-Quran dan Sunnah. Ilmu yang menyentuh tentang
asas-asas Islam yang berkaitan dengan aqidah, syariah dan akhlak. Sumber utama ilmu ialah
al-Quran dan Al-Sunnah disamping Ijma’ dan Qias. Ilmu fardu ain penting bagi memenuhi
keperluan jiwa, roh dan akal serta panduan hidup setiap orang Islam supaya tidak melepasi
garis dan batas-batas sempadan yang telah ditetapkan oleh syariat Islam.

7.3.2 ILMU FARDU KIFAYAH

Fardu Kifayah ialah perkara yang wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk
menjaga kepentingan umat Islam. Jika diabaikan maka seluruh masyarakat berdosa.
Contohnya menguasai ilmu atau kepakaran dalam sesuatu bidang seperti pendidikan,
teknologi, perubatan, kejuruteraan dan perkara lain yang boleh mendatangkan kepentingan
kepada ummah. Fardu Kifayah perlu dibandingkan dengan Fardu Ain yang merupakan
perintah Allah adalah wajib untuk di lakukan oleh setiap orang Islam samaada lelaki dan
perempuan. Jika tidak ditunaikan maka berdosa, contohnya seperti menunaikan solat lima
waktu sehari semalam, puasa pada bulan ramadhan dan memberi zakat

42

7.4 KONSEP SAINS SEBAGAI ILMU

Islam adalah agama yang amat mementingkan budaya ilmu dan menyeru umatnya agar
menjauhi lembah kejahilan. Antara jalan utama yang menggalakkan budaya ilmu dan
menghindarkan umat daripada lembah kejahilan ialah melalui pendidikan. Justeru, pendidikan
amat dituntut dalam Islam dengan syarat ilmu-ilmu itu mestilah bermanfaat dan tidak
bercanggah dengan syariat.

7.4.0 SAINS SEBAGAI ILMU

Dalam tradisi keilmuan Islam, sains merujuk kepada segala jenis ilmu atau Ulum. Jika di lihat
dari perkataan Bahasa Arab, sains adalah Ulum (plural dari singular ‘Ilmu”). Ilmu dengan kata
lain segala maklumat dan pengetahuan berkaitan dengan A’lam. Orang yang memiliki ilmu
digelar sebagai A’lim. Orang yang mengajar dipaggil “Muallim”. Perbuatan mengajar disebut
A’llama. Proses pengajaran atau P&P dikenali sebagai Ta’alim. Pengajian sains dalam
perspektif Islam adalah suatu proses bagi memahami dan mengetahui alam semesta. Alam
yang luas terbentang ini dicipta bagi kemudahan manusia. Ini disebutkan di dalam banyak
ayat-ayat al-Quran. Oleh sebab itu manusia perlu mengkaji, meneroka dan memahami rahsia
ciptaan alam. Sebagai contoh pada tumbuhan, apabila dikaji maka berbagai ilmu yang
diperolehi terutamanya khasiat-khasiat untuk kesihatan manusia. Dari situ timbullah idea untuk
menghasilkan berbagai produk makanan dan minuman atau pun produk kesihatan.

Apabila memahami sesuatu dengan mendalam maka lahirlah idea dan inovasi yang diciptakan
bagi meningkatkan kualiti kehidupan manusia. Inilah yang diistilahkan sebagai “teknologi”.
Oleh sebab itulah sains dan teknologi dalam tradisi keilmuan Islam dipelopori oleh para Ilmuan
atau para Ulama. Kenapakah para ulama yang mempelopori sains dan teknologi. Kerana
merekalah yang memahami ilmu berkaitan fenomena alam. Dari manakah mereka dapat
menguasai ilmu-ilmu tersebut. Jawapannya tidak lain kerana mereka telah menguasai ilmu al-
Quran. Mereka membaca dan mengkaji ilmu-ilmu yang disebut di dalam al-Quran. Mereka
mengkaji ayat-ayat al-Maqruah dan ayat al-Manzurah.

Sains di dalam perspektif Islam bukannya mencipta sesuatu tetapi mengadunkan ciptaan Allah
bagi menghasilkan sesuatu yang baharu. Manusia tidak mampu untuk mengadunkan sesuatu
tanpa memahami sifatnya. Sebagai contoh air yang terhasil dengan formula H2O. Iaitu dua
juzuk Hidrogen dan satu juzuk oksigen. Hidrogen dan oksigen adalah makhluk yang diciptakan
oleh Allah. Manusia hanya mengadunkan kedua-dua unsur tadi bagi menghasilkan air. Begitu
jugalah dalam perkara-perkara lain seperti logam, besi, emas, perak dan sebagainya.
Termasuklah juga dalam bidang-bidang kimia, perubatan, kejuruteraan, pertanian, zoology
dan sebagainya.

Para ulama dahulu tidak pernah mendabik dada mendakwa bahawa merekalah yang hebat
walaupun mereka menguasai berbagai bidang ilmu. Ulama dahulu mengusai bidang fizik,
algebra, perubatan, sosiologi dan banyak lagi bidang seperti al-Khawarizmi, Ibn Sinna, al-Razi,
Ibn Nafis dan lain-lain, namun mereka tidak pernah mendabik dada. Sebaliknya mereka begitu
Tawadhuk (humble) kepada Allah kerana mereka faham bahawa pemilik sebenar ilmu adalah
Allah Taala. Mereka hanya mampu mempelajari sedikit saja dari ilmu Allah yang Maha Luas.
Konsep pengajian dalam Islam adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan juga menjadi
hamba yang bertakwa kepada Allah. Ini bermakna semakin tinggi pengajian seseorang dalam
apa bidang sekalipun maka semakin beriman dan bertakwalah ia kepada Allah.

Namun sekiranya seseorang memiliki ilmu dan kepakaran dalam sesuatu bidang, tiba-tiba ia
semakin jauh dari agama, bertindak menyanggahi dasar agama, tidak patuh dengan hukum-

43

hukum agama, maka sesungguhnya ia telah menyimpang dari objektif Ilmu dalam Islam. Ia
sesungguhnya berada dalam keadaan terdedah dengan azab Allah… Nauzu billah.

7.4.1 AYAT-AYAT AL-MAQRUAH (TANDA-TANDA KEKUASAAN TUHAN MENERUSI
AYAT YANG DIBACAKAN)

Al-Quran sebagai sumber ilmu menceritakan berbagai ilmu agar manusia dapat memikir,
mengkaji dan meneroka demi kelestarian hidup di muka bumi. Antara contoh sains Islam
dalam bidang biologi adalah tentang asal usul kejadian manusia yang diceritakan oleh Allah
SWT dalam firmanNya yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh
syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka
(perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan
kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian
dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami
jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan
Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa
yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami
mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke
peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa
kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk
sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah
satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan
menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan
gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah
permai” (al-Haj 22:5).

Contoh lain yang dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran, yang bermaksud: “Demi
sesungguhnya! Kami mengutus para Rasul Kami dengan membawa bukti dan mukjizat yang
nyata, dan Kami menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi
neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan, dan Kami menciptakan besi
dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah bagi manusia.
(Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah itu
dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang
yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama
Allah serta menolong Rasul-Nya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya);
sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (al-hadid,57:25)

7.4.1.1 BIDANG MATEMATIK DAN PENGIRAAN

Sistem angka dan nombor ini memudahkan manusia untuk menentukan kuantiti yang
dikehendaki dalam penjumlahan. Ayat al-Quran dibawah adalah contoh yang menunjukkan
ilmu matematik diwahyukan oleh Allah SWT sebagai bahan rujukan kepada umat manusia
“Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu
beberapa dirham sahaja bilangannya; dan mereka adalah orang yang tidak menghargainya”
(Yusuf, 12: 20).

Islam juga menggunakan matawang “Dirham dan Dinar” yang nilainya berdasarkan nilaian
emas dan perak. Nilaian emas dan perak amatlah konsisten dalam transaksi di dunia hingga
kini. Islam juga memperkenalkan pecahan dan gandaan. Ini dapat dilihat dalam pembahagian
harta pusaka seperti bahagian lelaki dinisbahkan 2:1 dari bahagian wanita. Bahagian pusaka
bagi kaum wanita sama ada sebagai isteri, atau anak perempuan, saudara perempuan dan
sebagainya ada pecahan masing-masing seperti 1/2, 1/4, 1/8 atau pun 2/3 dari bahagian yang

44

ditinggalkan oleh si mati. Perinciannya boleh dirujuk dalam bab harta pusaka atau pewarisan
(inheritance).

Bagi sistem gandaan pula Allah menyebut betapa besarnya ganjaran dan keuntungan bagi
sesiapa membelanjakan hartanya pada jalan agama atau jalan Allah dengan firmanNya;
“Perumpamaan (infak yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di
jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan pada setiap
tangkai menghasilkan seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia
kehendaki. Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui” (Al-Baqaroh 2: 261) . Dalam
bab gandaan juga Rasulullah SAW menyebutkan tentang amalan anak Adam akan
digandakan dari sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda.

7.4.1.2 BIDANG PERUBATAN

Di antara ayat Al-Quran yang berkaitan dengan bidang perubatan seperti firman Allah SWT
yang bermaksud: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat suci yang
menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya)
al-Quran tidak menambahkan orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan
kerugian jua” (al-Israa 17: 82).

7.4.1.3 PENCIPTAAN BUMI

Di antara ayat Al-Quran yang berkaitan tentang penciptaan bumi seperti firman Allah SWT
yang bermaksud: “Dan tidakkah orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa
sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu),
lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup?
Maka mengapa mereka tidak mahu beriman (al-Anbiya 21: 30).

Jika dikaji dari ayat-ayat al-Quran sudah pasti kita akan ketemu berbagai-bagai bidang
kehidupan yang disentuh oleh Allah. Begitu juga dengan kajian terhadap hadis nabi SAW
sudah pasti kita akan ketemu dengan banyak lagi perkara-perkara baharu yang sangat
signifikan bagi kehidupan manusia masa kini.

7.4.2 AYAT AL-MANZURAH

Ayat al-manzurah bermaksud bukti-bukti atau tanda kebesaran Allah SWT yang dapat dilihat
pada kejadian alam. Allah perintahkan supaya manusia memerhatikan alam sekeliling yang
terbentang luas. Hasil dari cerapan dan observasi akan timbullah rasa keagungan Allah sang
Pencipta. Apabila manusia melihat binatang seperti unta, akan timbullah persoalan bagaimana
unta boleh bertahan di padang pasir tanpa air berhari-hari. Bagaimana unta boleh berjalan
dipadang pasir yang berlaku ribut pasir dengan mata yang tidak dilitup. Apabila kita melihat
langit, bagaimana langit berada di atas tanpa ada tiang. Bagaimana ia boleh bertahan kekal di
atas manusia tanpa pernah jatuh, walaupun serpihannya. Tidak sebagaimana benda-benda
lain, yang sampai waktunya akan jatuh seperti bumbung bangunan, dedaun kayu, tumbuh-
tumbuhan, dan berlaku juga pada bukit dan tebing.

Begitu juga apabila kita melihat haiwan yang berterbangan. Siapakah yang menjadikannya
boleh berada di udara tanpa jatuh. Bagaimana haiwan-haiwan tersebut boleh tinggalkan
sarangnya, terbang jauh, kemudiannya boleh pulang kembali kesaranngya tanpa sesat
walaupun tanpa menggunakan aplikasi waze atau GPS atau google map. Apabila kita melihat
tumbuh-tumbuhan yang berbagai bentuk. Ada yang pohonnya tinggi, ada yang pohonnya
rendah, ada yang menjalar, ada pula yang berduri. Ada pula tumbuhan yang berbunga dan
berbuah, ada yang berbunga sahaja tanpa berbuah. Dari sudut rasanya pula, terdapat

45

berbagai rasa seperti manis, masam, pahit, pedas dan sebagainya. Bagaimana boleh
wujudnya rasa yang berbeza, warna yang berbeza, bentuk yang berbeza, sedangkan ianya
ditanam di tanah yang sama, diairi dengan sumber air yang sama, dibajai dengan baja yang
sama, serta disimbahi dengan pancaran cahaya matahari dan air hujan yang sama.
Subhanallah, hebatnya ciptaan Allah. Ia tidak berlaku secara semula jadi, melainkan adanya
Sang Pencipta yang mengatur dan menguruskannya.

Apabila ditelitikan keunikan alam ciptaan Allah, maka sepatutnya manusia kembali merasai
betapa agongnya ciptaan Allah. Allah mengungkapkan di dalam beberapa ayat antaranya di
dalam Surah Ghasyiyah ayat 17 sehingga 21 yang bermaksud: “[17] tidakkah mereka
memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? [18] Dan keadaan langit bagaimana
ia ditinggikan binaannya.? [19] Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? [20]
Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan? [21] Oleh itu berikanlah sahaja peringatan
(wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang
menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan.” Dan
juga Firman Allah lagi dalam Surah Fussilat ayat 53: “Kami akan memperlihatkan kepada
mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri,
hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa
sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?” (Fussilat 41: 53)

7.4.3 DEFINISI SAINS MASAKINI

Sains menurut definisi masa kini; adalah ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang
boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya; cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan
kepada kebendaan atau kenyataan semata-mata (fizik, kimia, kajihayat dan lain-lain) (Kamus
Dewan edisi keempat 2005:1367). Sains adalah satu kumpulan ilmu yang tersusun dan teratur
berkaitan dengan kajian-kajian fenomena-fenomena di dalam alam tabie yang bernyawa dan
yang tidak bernyawa dengan kaedah yang objektif melalui kajian eksperimen dan cerapan bagi
menghasilkan prinsip-prinsip yang boleh dipercayai serta boleh diuji kebenarannya. (Sulaiman
Nordin,1993:148)

Definisi-definisi di atas menunjukkan bahawa sains yang difahami masa kini mempunyai
bidang yang terhad. Sesuatu itu akan dikira sebagai ilmu apabila ianya boleh diuji dan
dibuktikan kebenarannya. Sesuatu yang tidak dapat diuji dan dibuktikan kebenarannya maka
tidak dianggap sebagai sains. Begitu juga sains masa kini hanya terhad kepada benda-benda
yang bersifat fizik. Ada pun perkara-perkara yang bersifat metafizik ianya tidak dianggap
sebagai sains.

Perkara-perkara yang bersifat ghaibiyat seperti dosa, pahala, syurga, neraka, alam kubur,
mizan, titian sirat tidak termasuk dalam kategori sains masa kini kerana ia tidak dapat diuji
dan dibuktikan kebenarannya. Para saintisme kini menolak segala perkara yang yang bersifat
kerohanian kerana ia tidak bersifat saintifik. Pegangan ini merupakan suatu bahana besar bagi
umat Islam jika mereka tidak memiliki asas agama yang kukuh. Aspek aqidah dan iman
mestilah dipasak dengan kukuh di hati sanubari umat agar aqidah mereka tidak goyah apabila
mempelajari sains.

7.4.3.1 PENGERTIAN SAINS DALAM TRADISI ISLAM

Menurut Hairudin Harun (1992:7), tradisi sains dalam tamadun Islam, kaedah empirikal dan
matematikal ataupun logikal merupakan sebahagian dari kaedah yang digunakan. Metodologi
sains Islam juga mengakui kaedah yang bukan empiris seperti ilham dan kashf sebagai

46

tergolong dalam metodologi saintifik. Kaedah-kaedah ini pernah diamalkan oleh tokoh-tokoh
sains Islam yang terkenal. Contohnya Ibn Sina dilaporkan pernah beriktikaf atau bertafakkur
di dalam masjid untuk mencari ilham bagi menyelesaikan sesuatu masalah sains apabila
beliau gagal menyelesaikannya dengan cara biasa. Ibn Sina tidak menganggap bahawa
“kaedah rasional” lebih tinggi daripada “kaedah berdoa”. Malahan, bagi Ibn Sina berdoa adalah
sebahagian daripada metodologi saintifik. Tegasnya, definisi “metodologi saintifik” dalam sains
Islam adalah lebih luas daripada yang biasa difahami masa kini. Oleh itu, bidang ilmu dalam
tradisi sains Islam yang diistilahkan sebagai sains meliputi pelbagai bidang. Ia mencakupi
berbagai bidang ilmu sama ada yang boleh dibuktikan kebenarannya melalui experiment atau
tidak. Ilmu-ilmu yang diperolehi melalui wahyu yang bersumberkan al-Quran dan As-Sunnah
mestilah diterima dan diyakini walaupun tidak dapat dibuktikan kebenarannya. Al-Quran dan
As Sunnah merupakan sumber ilmu yang utama dalam tradisi keilmuan Islam kerana ia
bersifat kebenaran mutlak (absolute truth).

7.4.3.2 CABARAN SAINTISME DALAM ILMU DAN PENDIDIKAN

Saintisme bermaksud kepercayaan atau fahaman sesuatu mestilah melalui kaedah saintifik.
Ia bermaksud bahawa sesuatu maklumat atau pernyataan atau teori hanya akan diterima
sekiranya ia dapat dibuktikan melalui kaedah saintifik. Ia perlu diuji dan dibuktikan
kebenarannya. Istilah-istilah yang sentiasa digunakan oleh Rasulullah SAW seperti rahmat,
nikmat, berkat, taqwa, ibtila, kaffarat, istighfar dan seumpamanya tidak akan diterima oleh
mereka yang berfahaman saintisme. Sebab itulah tidak pelik kadangkala terdengar ada dari
kalangan umat Islam yang mempertikaikan istilah-istilah tersebut apabila dikaitkan dengan
sesuatu kejadian.

Saintisme ini memberi kesan besar terhadap aqidah Islam. Para saintis yang mendapat
pendidikan cara barat terpengaruh dengan fahaman ini. Fahaman ini bermula di Eropah
setelah masyarakat Eropah keluar dari Zaman Kegelapan atau Zaman Pertengahan yang
dikenali juga sebagai zaman “Dark Ages”. Masyarakat Eropah merasakan betapa peritnya
hidup di zaman Kegelapan yang serba mundur. Berlakunya zaman kegelapan apabila
masyarakat Eropah dikuasai oleh pihak gereja yang bersekongkol dengan pemerintah. Semua
bidang kehidupan dikuasai oleh gereja termasuklah dalam urusan ekonomi, politik dan sosial.
Keadaan ini berterusan selama kira-kira seribu tahun. Apabila mereka dapat membebaskan
diri dari kuasa gereja maka timbullah rasa benci kepada agama. Zaman ini dikenali sebagai
zaman Renaissance atau zaman kelahiran semula “rebirth”. Peranan Gereja disempitkan pada
acara ritual keagamaan. Bidang-bidang kehidupan dipegang oleh para saintis dan cerdik
pandai. Inilah yang dinamakan sekular iaitu pemisahan antara agama dengan kehidupan.
Berbagai bagai fahaman atau isme yang muncul selepas zaman kegelapan seperti
Sekularisma, Saintisme, Modernism, Pasca Modernism, Liberalism, Komunisma, Kapitalisma
dan lain-lain.

Fahaman-fahaman ini kemudiannya meresap ke tanah air umat Islam bilamana berlakunya
zaman penjajahan kuasa-kuasa Barat. Walaupun kini penjajahan Barat telah berakhir, namun
pemikiran dan fahaman-fahaman sesat ini masih dipegang oleh sebahagian umat Islam sama
ada disedari atau tidak. Zaman mutaakhir ini menyaksikan berbagai-bagai lagi ideologi dan
isme-isme yang memberi gugatan terhadap umat Islam. Saintisme yang berjalan seiring
dengan isme-isme yang lain seperti sekularisma, materialism dan juga modernism memberi
cabaran besar terhadap ilmu dan pendidikan.

Pertama: Dalam sistem pendidikan, bagaimana dibahagikan aliran-aliran seperti aliran sains,
sains social, perdagangan dan lain-lain sehingga wujudnya satu lagi aliran yang dinamakan
aliran agama. Aliran sains dianggap suatu yang “superb” dan mempunyai nilai komersial yang

47

tinggi. Adapun aliran sains social dan lebih-lebih lagi bidang agama diletakkan pada ranking
yang tercorot. Ini kerana ia tidak mempunyai nilai komersial dan material.

Kedua: Bidang sains, commerce, law, perubatan dan yang setara dengannya dianggap
sebagai bidang professional. Adapun bidang agama bukan bersifat professional. Walaupun
Rasul datang dengan ajaran wahyu yang suci namun ia bukanlah professional. Keadaan ini
berterusan berlaku pada masa kini dan masih diterima termasuklah oleh para intelektual dan
cendekiawan muslim. Tidak tahu siapa yang memandai-mandai memberikan jolokan
professional.

Ketiga: Subjek agama bukan menjadi subjek teras “core subjek” tetapi lebih bersifat “co” iaitu
compliment atau pelengkap kepada subjek teras. Ini memberi kesan terhadap jam kredit (credit
hours) iaitu dua jam atau empat jam kredit. Wujudnya “kurikulum” dan adanya aktiviti “ko-
kurikulum” dalam sistem pendidikan hari ini.

Keempat: Keboleh pasaran kerja.

Bidang-bidang yang dikira sebagai bidang professional sentiasa menjadi keutamaan bagi
penawaran kerja. Jabatan-jabatan dan juga syarikat-syarikat sentiasa mengutamakan
kompetensi dan juga kepakaran tanpa memberi tumpuan terhadap integrity dan akauntability.
Begitu juga lantikan-lantikan dalam banyak bidang hanya meberi tumpuan terhadap sijil dan
kelulusan tanpa memberi tumpuan terhadap amalan agama. Ini akhirnya menyumbang
kepada salah laku dan juga salahguna kuasa, rasuah dan pecah amanah yag semakin parah.

7.5 PENDIDIKAN DALAM ISLAM

Kesan sekularisma terhadap pendidikan Konsep Ta’dib Menurut Pandangan Ulama Islam. Ahli
pemikir Islam yang pertama al Ghazali, Ulwan, Ibn Sahnun, dan al Qabisi memandang ta’dib
atau pendidikan dari kacamata falsafah, menganggap pendidikan merupakan satu hal yang
istimewa berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang dipetiknya. Beliau mengatakan bahawa tujuan
asas ta’dib ialah membina sahsiah, akhlak dan jiwa. Orang yang paling istimewa adalah orang
yang berilmu dan mengamalkan ilmunya dengan betul iaitu orang yang berpegang kepada
prinsipbahawa mencari ilmu adalah untuk mencari keredhaan Allah semata-mata (Ahmad
Mohd Salleh, t.t). Terdapat beberapa konsep pendidikan dalam islam yang telah diguna pakai
iaitu konsep Ta’dib, Tarbiah, Ta’lim, Tadris, Tahzib, Irsyad dan Inzar. Kesemua konsep ini telah
berjaya diterapkan oleh Rasulullah S.A.W. kepada para sahabatdan masyarakat dalam
membina insan yang beradab dan bertamadun tinggi. Konsep ta’dib merupakan salah satu
konsep pendidikan dalam Islam yang penting. Manakala menurut Khurshid Ahmad (1967)
mendefinisikan perkataan ta’dib atau pendidikan sebagai salah satu proses latihan mental,
fizikal dan rohani, untuk melahirkan manusia yang bertamadun, bertanggungjawab sebagai
insan yang sempurna dan warganegara yang patuh pada negara.

Sementara Abdul Raof (1986) pula menyatakan bahawa ta’dib bermaksud perbuatan lahiriah
hasil dorongan batiniah dalam diri manusia, ia disebut sebagai akhlak. Akhlak berpunca
daripada sifat kerohanian yang suci yang bersumber daripada Allah seterusnya membawa
manusia menuju penciptaNya. Bagi beliau pengertian adab dan akhlak bukanlah sesuatu yang
berbeza kerana keduanya membawa maksud perlakuan dan tingkahlaku yang baik yang
bersumberkan wahyu. Hassan Langgulung (1987) pula mendefinisikan pendidikan sebagai
satu bentuk interaksi manusia. Ia adalah suatu tindakan sosial yang dimungkinkan berlakunya
melalui suatu jaringan hubungan-hubungan kemanusiaan. Jaringan-jaringan ini bersama
dengan hubungan-hubungan dalam peranan individu yang mana dari dalam itulah maka
terbentuknya watak pendidikan sesuatu masyarakat. Beliau juga menegaskan pendidikan

48

mempunyai definisi yang luas dan membawa maksud merubah dan memindahkan nilai-nilai
kebudayaan kepada setiap individu dalam masyarakat melalui berbagai-bagai proses. Proses
pemindahan tersebut adalah pengajaran, latihan dan indoktrinasi. Pemindahan nilai-nilai
tersebut melalui pengajaran ialah memindahkan pengetahuan dari seorang ke seorang dan
latihan ialah membiasakan diri melakukan sesuatu pekerjaan bagi memperoleh kemahiran.
Manakala proses indoktrinasi pula ialah menjadikan seseorang itu dapat meniru apa yang
dilakukan oleh orang lain. Ketiga-tiga proses tersebut berjalan serentak sama ada dalam
masyarakat primitif atau moden.

Soalan Latihan

1. Bincangkan TIGA (3) sumber ilmu yang ada dalam penghayatan ilmu Islam.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

2. Jelaskan Sains dalam Ilmu yang dinyatakan dalam Al-Quran.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

3. Huraikan DUA (2) pembahagian ilmu dalam Islam.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

4. Bincangkan TIGA (3) cabaran saintisme dalam ilmu dan pendidikan pada era teknologi
kini.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

49

BAB 8 :

INSAN BERADAB SEBAGAI MATLAMAT PENDIDIKAN (TA’DIB)
Oleh : Nor Asmira Mat Jusoh & Dr Nazri Mohd Zain

8.0 INSAN BERADAB SEBAGAI MATLAMAT PENDIDIKAN (TA’DIB)

Pendidikan dari sudut Islam memperlihatkan suatu paradigma yang bersifat holistik, sepadu
dan seimbang. Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah: 208 yang bermaksud: “Wahai
orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya”. Pendidikan
Islam bersifat holistik atau menyeluruh kerana ia meliputi perkembangan manusia dari aspek
jasmani, rohani, intelek dan emosi secara bersepadu yang mana potensi ini dapat digunakan
untuk meningkatkan pelbagai aspek kehidupan manusia. Manakala seimbangnya
pendidikan Islam kerana ia menekankan kemajuan dan kebahagiaan hidup manusia di dunia
dan akhirat

Apabila diteliti maksud pendidikan itu sendiri, sebenarnya ia tidak dapat dipisahkan daripada
nilai-nilai akhlak dan adab. Justeru itu juga, berkaitan dengan faktor ini, dalam Islam, kalimah
ta’dib merupakan antara istilah pendidikan yang digunakan, yang kata dasarnya “Addaba”
bermaksud mendidik dan mengajar adab atau akhlak. Sebagaimana dijelaskan oleh Asmawati
Suhid (2005) bahawa Al-Ghazali juga menekankan maksud pendidikan sebagai menanam
perangai baik dalam diri kanak-kanak supaya mereka “dapat menilai antara yang benar dan
yang salah”. Hal ini disokong pula oleh pandangan Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1980)
yang menegaskan bahawa pendidikan merupakan proses penerapan adab ke dalam diri
seseorang. Tegasnya, menurut perspektif Islam, pendidikan memainkan peranan penting
dalam melahirkan insan yang berakhlak dan beradab.

8.1 INSAN BERADAB

Adab memiliki arti; kesopanan, keramahan, dan kehalusan budi pekerti, menempatkan
sesuatu pada tempatnya. Prof. Naquib al-Attas memberi arti adab dengan mendisiplinkan jiwa
dan fikiran. Islam amat menekankan pendidikan adab di kalangan umat manusia kerana
dengan adab, seseorang mukmin akan menjadi manusia yang tinggi akhlak dan keperibadian
diri. Islam menetapkan pelbagai adab seperti adab berguru, adab menjaga orang sakit, adab
menziarah jenazah, adab-adab dalam pergaulan seharian dan sebagainya. Dengan setiap
perbuatan yang berlandaskan adab dan akhlak yang baik maka seseorang itu dapat meraih
kecintaan Allah SWT.

Adab dalam pandangan Islam bukanlah perkara remeh. Bahkan ia menjadi salah satu inti
ajaran Islam. Demikian penting perkara ini, hingga para ulama salaf sampai menyusun kitab
khusus yang membahas tentang adab ini. Menurut catatan tokoh ulama terbilang iaitu Sufyan
ath-Thawri r.a, katanya para alim ulama terdahulu amat menitikberatkan soal adab kerana
adab ini ialah pelita yang menerangi hidup pencari ilmu. Adab juga penyuluh jalan kehidupan
manusia kerana tanpa adab, maka hilanglah keberkatan dalam mencari ilmu. Justeru katanya
bagi seseorang yang mahu menulis sesuatu hadis Rasulullah SAW, hendaklah dia menjaga
adab dan perbanyakkan beribadah kepada Allah SWT sebelum menulis sesuatu hadis.

Kebaikan adab menunjukkan ketinggian budi dan akhlak seseorang mukmin. Apabila
seseorang itu beradab baik, sudah pasti akhlaknya juga turut baik. Justeru, adab bercakap,
berbudi dan bermuamalah sesama manusia sangat penting dalam kehidupan. Bersifat

50


Click to View FlipBook Version