timbang rasa ketika berhubung sesama manusia merupakan adab yang dituntut dalam agama.
Begitu juga dalam berbicara merupakan suatu budaya manusia yang melambangkan hati,
sikap dan fikiran. Oleh itu, peliharalah tingkah laku, lidah dan ikutilah adab yang baik semasa
bercakap atau berhubung dengan mukmin yang lain sungguhpun barangkali mereka itu bukan
orang yang dikenali.
Baginda Nabi SAW ada bersabda: “Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, jika dia bicara
berdusta, jika dia berjanji mengingkari dan jika diberi amanah dia berkhianat.” (HR. Bukhari,
No 6095). Dari penjelasan hadits tersebut sebenarnya kita boleh ambil sebuah pelajaran
bahwa umat Islam diperintahan untuk belajar tentang adab.
Al-Attas menjelaskan, bahwa jatuh-bangunnya umat Islam, tergantung sejauh mana mereka
dapat memahami dan menerapkan konsep adab ini dalam kehidupan mereka. Menurut Al-
Attas, adab yang lahir dari pengertian Islam, dengan sendirinya menjelaskan bukan saja
ditujukan untuk manusia semata, tetapi juga untuk seluruh alam tabi’i dan alam rohani serta
alam ilmi. Sebab, adab itu sesungguhnya suatu perbuatan yang harus diamalkan atau
dilakukan terhadap diri berdasarkan pada ilmu.
Seperti ditegaskan oleh Prof. Naquib al-Attas, di dalam Islam, konsep ”adab” memang sangat
terkait dengan pemahaman tentang wahyu. Orang beradab adalah yang dapat memahami dan
meletakkan sesuatu pada tempatnya. Di dalam Islam, orang yang tidak mengakui Allah
sebagai satu-satunya Tuhan, boleh dikatakan tidak adil dan tidak beradab. Sebab, di dalam
al-Quran, syirik dikatakan sebagai kezaliman besar, seperti dikatakan Lukman kepada
anaknya: ”Wahai anakku, janganlah kamu mensyirikkan Allah, sesungguhnya syirik adalah
kezaliman yang besar” (Luqman: 13) .Adalah tidak beradab mengangkat darjat makhluk ke
darjat al-Khalik. Begitu juga menurunkan darjat al-Khalik ke darjat makhluk juga tindakan yang
tidak beradab. Orang yang berilmu juga tidak sama darjatnya dengan orang bodoh. Begitu
juga orang mukmin, tidak sama darjatnya dengan orang kafir. Jadi, darjat manusia di hadapan
Allah SWT tidaklah sama. Darjat seseorang di hadapan Allah tergantung pada keimanan dan
ketaqwaannya.
Adab merupakan salah satu prasyarat penting bagi para penuntut ilmu dan kepada siapa ilmu
diberikan. Konsep adab seperti ini sesuai dengan istilah dan tujuan pendidikan Islam itu
sendiri, iaitu ta’dib dan tujuannya adalah membentuk manusia yang beradab.
8.2 ADAB DAN AKHLAK
Adab berasal dari perkataan Arab iaitu أدبyang memberi maksud perilaku dan perbuatan
kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan, serta kemanusiaan. Sementara
tafsiran skop dan perincian Adab mungkin berbeza dalam kebudayaan yang berlainan,
kesamaan yang terdapat dalam tafsiran-tafsiran ini ialah penilaian keperibadian seseorang
melalui kepatuhannya terhadap beberapa konteks. Justeru seseorang itu menunjukkan Adab
dengan mempamerkan kelakuan dan kepandaian membuat pilihan yang betul.
Manakala, perkataan akhlak berasal daripada perkataan أَ ْخلاَقiaitu kata jama' daripada
perkataan ُخلُقbererti tabiat, kelakuan, perangai, dan tingkahlaku, adat kebiasaan, malah ia
juga bererti agama itu sendiri. Kamus dewan mendefinasikan akhlak sebagai budi pekerti,
kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan kelakuan, tingkah laku manusia dan sebagainya,
samada baik atau jahat. Mustafa Daud mentakrif akhlak sebagai gambaran hati yang
melahirkan gerak geri, tingkah laku dan tatatertib dalam pergaulan seseorang atau membawa
erti tabiat atau perangai. Ibn miskawaih (1996) mendefinisikan akhlak sebagai keadaan jiwa
yang menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa pertimbangan
51
fikiran terlebih dahulu. Al-ghazali (1976) dalam Ihya Ulum ad-Din mentakrif akhlak sebagai
sifat yagng tertanam dalam jiwa seseorang, daripadanya terbentuk perbuatan dengan mudah
tanpa berkehendakkan pertimbangan fikiran dan penelitian terlebih dahulu.
8.3 KAEDAH PENDIDIKAN AKHLAK
Pendidikan akhlak amat penting kerana sebelum seseorang itu menerima pelajaran, haruslah
untuknya menyucikan dahulu hati dan jiwa agar mudah untuk menerima ilmu. Sesetengah
manusia responsif terhadap pendidikan dan berubah menjadi baik dalam jangka masa yang
singkat dan sesetengah yang lain pula agak sukar berubah dan kekal dalam keadaan asal
walaupun menerima pendidikan yang sama.
Manakala, kebanyakannya berada pada tahap sederhana atau pertengahan iaitu memiliki
akhlak yang baik dan buruk sekaligus. Namun, jika tiada siapa yang ambil peduli dan terus
membiarkan manusia dalam keadaan semula jadi, sudah tentu kelakuan yang buruk akan
menguasai diri seseorang itu (Al-Qasimi 2009; Mohd Nasir 2010). Proses pembentukan akhlak
manusia yang terdiri dari pelbagai kategori ini memerlukan beberapa kaedah. Antara
pendekatan pendidikan akhlak yang dicadangkan oleh Al-Ghazali adalah:
1. Mujahadah (perjuangan)
Menurut Asmawati Suhid (2009) mujahadah bermaksud menanam keazaman yang kuat.
Mengusahakan akhlak yang mulia amat perlu kepada sifat bersungguh-sungguh dalam
melatih jiwa. Mujahadah bermaksud "berusaha untuk melawan dan menundukkan
kehendak hawa nafsu." Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: “Mujahid adalah orang yang
berjihad melawan hawa nafsunya kerana mentaati Allah s.w.t.” (HR Ahmad, No. 23965).
Mengikut Said Hawa dalam Al-Asas fit Tafsir, "Secara dasarnya melawan hawa nafsu
bermaksud menundukkan nafsu agar ia mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara".
Apabila nafsu dapat dikalahkan seseorang akan mengutamakan perkara yang dicintai
Allah dan mengetepikan kehendak peribadi. Dalam Ihya Ulumuddin Imam Al-Ghazali
berkata, "Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara
yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir
atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang
sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah.... Dia tidak akan sanggup
melakukan sesuatu yang maksiat. Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata,
'Jika cintamu! benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu
sanggup mentaati sesuatu”.
2. ‘Riyadah’ (latihan)
Riyadah al-nafs merupakan satu latihan jiwa menuju ke arah kebaikan secara beransur-
ansur sehingga sampai ke satu tahap di mana sesuatu yang berat serta payah untuk
dilakukan pada peringkat awal, akhirnya menjadi mudah dan ringan untuk dilaksanakan.
Pendidikan dengan cara bersusah payah melaksanakan akhlak terpuji sehingga ia
menjadi satu tabiat atau kebiasaan yang menyeronokkan bagi seseorang.
Al-Ghazali turut menjelaskan bahawa riyadah al-nafs merupakan satu usaha yang
dipenuhi kesukaran, namun ianya menghasilkan impak yang positif di mana jiwa menjadi
benci kepada sifat tercela (mazmumah) serta gigih melaksanakan sifat terpuji pada jangka
waktu yang panjang sehingga disebabkan kebiasaan ia menjadi sifat yang mudah
baginya. Al-Ghazali juga menyatakan riyadah al-nafs merupakan satu latihan jiwa
menghapuskan akhlak yang buruk bagi melahirkan akhlak yang baik.
52
3. Pemerhatian
Secara tabiinya, manusia bersifat meniru tingkah laku orang lain baik secara sedar
ataupun tidak. Di samping itu, pendidikan dalam bentuk ini adalah antara teras yang utuh
dalam usaha mewujudkan seorang insan yang seimbang yang dapat menyempurnakan
segala tanggungjawab terhadap yang lain dalam hidup, yang mendorongnya agar bangkit
melaksanakan segala beban seterusnya menunaikan segala kewajipan dengan penuh
kesempurnaan dan penuh erti.
4. Pergaulan
Seseorang perlu bijak dalam pergaulan kerana bergaul dengan orang baik akan
membolehkan seseorang mempelajari pelbagai tabiat baik yang dipamerkan sekaligus
mencontohi tabiat tersebut.
5. Muhasabah (membaiki kelemahan diri)
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk koreksi diri antaranya dengan mendampingi guru
yang mampu membuat observasi terhadap diri seseorang dan tidak lokek dalam memberi
nasihat untuk memperbaiki kelemahan diri. Kelemahan diri juga boleh diketahui dengan
meminta kritikan dan nasihat dari rakan yang amat dipercayai. Begitu juga dengan benar-
benar menginsafi segala kritikan musuh atau orang yang tidak suka kepada kita. Akhir
sekali, kita perlu bergaul dengan semua lapisan anggota masyarakat kerana dalam
pergaulan kita dapat mengesan penyakit atau keaiban yang terdapat dalam masyarakat
dan adakah kita turut sama menghidapinya. Apabila kita sudah mengenal siapa diri,
mudahlah untuk kita membaiki kelemahan tersebut
8.4 MODAL AKHLAK INSAN KAMIL
Kamus Dewan mendefinasikan ‘modal’ sebagai sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan
atau mencapai sesuatu objektif, ‘Insan’ adalah manusia, dan ‘Kamil’ bererti sempurna. Ini
bermakna modal insan kamil merujuk kepada tenaga manusia yang menggerakkan
pembangunan dan kejayaan sesebuah keluarga, komuiti dan negara. Mereka amat penting
sebagai aset yang berharga pada masa ini dan masa hadapan. Produktiviti dan integriti insan
terserlah dengan prinsip bersepadu dari aspek intelektual, jasmani, emosi, dan pengamalan
agama tauhid. Personaliti dan keterampilan kamil berlandaskan Al-Quran dan Sunnah
Rasulullah SAW sedemikian berkemampuan menempa pembangunan gemilang sarwajagat
dan beroleh keampunan serta kasih sayang Allah SWT
Modal insan merujuk kepada aset tenaga manusia berdasarkan tujuan asal dijadikan di muka
bumi ini seperti firman Allah SWT dalam Surah Adz-Dzaariaat: ayat 56:
﴾﴿ َوَما َخلَ ْق ُت اْْلِ ان َواِْلنْ َس إِّاَل لِيَ ْعبُ ُدو ِن
Ayat di atas menyatakan dengan jelas bahawa tujuan utama manusia dijadikan adalah untuk
beribadat kepada Allah SWT. Selanjutnya berperanan sebagai khalifah, menjadi pemimpin,
memakmurkan alam, dan melaksanakan syariat secara syumul. Pengamalan Islam secara
menyeluruh dan integrative berteraskan Al-Qur’an dan Sunnah merupakan teras kepada
pembangunan modal insan kamil yang berprinsip beraqidah tauhid, beribadah khusuk,
berakhlak mahmudah, bernafsu mutmainah, dan berpersonaliti.
Konsep lebih jelas terhadap pengertian insan kamil ialah individu insan yang dapat
menyeimbangi tuntutan duniawi dan ukhrawi, seperti Allah SWT berfirman dalam surah Al-
53
Qashash: 77) : “…rebutlah peluang kekal di akhirat, tetapi jangan lupa nasib kamu di dunia”.
Allah SWT lebih tegas berfirman dalam Surah Al-Imran yang bermaksud: “Akan ditimpa
kecelakaan terhadap manusia di mana-mana mereka berada, kecuali yang membaiki
hubungan dengan Allah dan berbuat baik sesama manusia” (Ali ‘Imran; 112).
Keseimbangan tanggungjawab terhadap Allah SWT dan silatul-rahmi sesama manusia
merupakan prinsip teras kehidupan insan kamil yang berjaya di dunia dan cemerlang di akhirat.
Kejayaan insan di dunia telah dibuktikan oleh Rasulullan SAW dan Khulafa Ar-Rashidin. Para
sahabat yang diklasifikasikan sebagai insan kamil turut menempa pelbagai kecemerlangan
duniawi seperti:
1. Khalifah Abu Bakar dikenali sebagai ‘Penyelamat Negara Islam’ yang berjaya
menghapuskan gerakan ar-Riddah terdiri daripada murtad, nabi palsu dan ingkar
kepada kewajipan berzakat.
2. Khalifah Umar Al-Khattab dinobatkan sebagai ‘Pembina Empayar Islam’ berjaya
menewaskan Empayar Rom Kristian dan Parsi Majusi dengan melaksanakan pelbagai
pembaharuan sistem pemerintahan, pendidikan, pertahanan, dan kemudahan awam.
3. Khalifah Uthman Ibnu Affan terkenal dengan ‘Perintis Pembinaan Angkatan Armada’
yang berjaya menguasai Laut Mediterranen.
4. Khalifah Ali Karamallah merupakan anak kunci ilmu Rasulullah yang tegas serta tidak
pernah tewas dalam medan peperangan melawan musuh-musuh Allah.
Pengamalan Islam syumul berjaya menjana insan kamil cemerlang di era pemerintahan
Umayyah dan Abbasiyah. Lahir pemerintah adil saksama seperti Umar Abdul Aziz, Al-Makmun
amat cintakan ilmu pengetahuan, dan Harun ar-Rashid menempa kegemilangan tamadun
keilmuan Islam. Ulama Mujtahid seperti Imam Hambali, Imam Hanapi, Imam Malik dan Imam
Syafie. Muncul cendekiawan Islam yang mahir al-Quran dan pintar Sains, Matematik,
Astronomi, Fizik, Perubatan, Psikologi seperti Al-Khawarizmi, Ibnu Sina, AlFarabi, Al-Ghazali,
dan Ibn Rushd. Panglima Salahuddin Al-Ayubi an-Nasr berjaya menumpaskan tentera Salib
pimpinan Richard The Lion Heart dan Raja Reynolds dalam menawan Baitul Maqdis kota suci
Islam ketiga. Terbukti dalam lembaran sejarah bahawa penggembelingan tenaga umarak dan
ulama berjaya menjana pembinaan Tamadun Islam yang tegak berkibar bendera Kalimah
Taibah di muka bumi dari masyrik ke maghrib selama tujuh abad dengan empayar ‘aman
damai dan memperoleh keampunan Allah SWT’.
Kegigihan jihad dan mujahadah para sahabat, ulama, mujahid, mujtahid, dan cendekiawan
terdahulu menyebabkan Islam dan iman sampai kepada umat manusia di Nusantara.
Manakala hasil kepintaran mereka terserlah hingga ke hari ini yang terus menerus digunakan
dalam pembangunan dan modenisasi barat. Malangnya semenjak keruntuhan Khalifah
Uthmainah di Turki pada tahun 1929, umat Islam yang hilang kepemimpinan syumul
mengamalkan spiritualiti sempit dan barat melagang modenisasi secular nyah agama yang
kedua-duanya sering kali pincang kerana pengamalan dualistic dalam kehidupan dan
pembinaan tamadun manusia.
Di Barat contohnya, nilai-nilai diri sebagai manusia seringkali tidak dipedulikan dan semakin
pupus. Daily Mail melaporkan bahawa setiap tahun terdapat sebanyak 46,000 bayi dilahirkan
oleh kanak-kanak belasan tahun di England (Daily Mail 13.7.1978) dalam ‘Pendidikan: Suatu
Pemikiran Semula’ oleh Tajul Ariffin Nordin. Kadar bunuh diri dalam kalangan remaja di
Kotaraya Metropolitan-Kosmopolitan seperti California, Seoul, dan Tokyo meningkat setiap
tahun. Bahkan di Malaysia turut semakin parah nilai-nilai kemanusiaan dan keagamaan di
kalangan umat Islam. Akhbar arus perdana dan tabloid menyiarkan berita tentang peningkatan
bilangan penagih dadah, buli di sekolah hingga maut, sang rempit bermaharajalela di jalan
54
raya, peragut kejam hingga menyebabkan mangsa maut, sang rempit, bohsia-bohjan
berpelesiran dan pelbagai macam bala-musyibah.
Rumusannya, gejala penyakit sosial umat Islam di Malaysia sebahagiannya lebih parah
daripada pengamalan masyarakat ‘Jahiliyyah pra-Islam’ yang malu lantaran menanam hanya
bayi perempuan ditanam hidup-hidup dan bayi lelaki dibelai rapi, tetapi ‘Umat Jahiliyyah Siber’
tegalan membuang bayi perempuan mahu pun lelaki hidup-hidup masih beruri di tepi jalan
atau tong sampah. Bala-musibah dalam kalangan umat Islam di Nusantara ini semakin marak
dan sebahagiannya telah memercik ke atas komuniti kita.
Amat pasti sekiranya dibiar akan menjulang membakar persekitaran dan diri kita musnah
binasa dalam erti kata ‘azab neraka yang dipercepatkan. Sedangkan Rasulullah SAW telah
menunjuk-teladan kehidupan aman bahagia seperti ‘syurga yang dipercepatkan’ dengan
penuh kenikmatan, kedamaian, dan kesejahteraan. Ini akan berlaku ke atas insan prihatin
yang kehidupannya seimbang antara tuntutan ukhrawi dan duniawi dalam pengamalan Islam
syumul. Pewujudan modal insan kamil ditegaskan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Forum Ekonomi Jeddah 2005 mengenai pentingnya
membangunkan modal insan, amat perlu, ataupun satu perkara yang berkaitan antara berjaya-
gagal, maju-mundur, hidup-mati. Jelaslah bahawa usaha menjana modal insan kamil
merupakan tanggungjawab fardu ain ke atas setiap individu muslim dan fardu kifayah ke atas
kepemimpinan masyarakat dan negara demi mengembalikan umat Islam di persada
‘Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang’ di dunia dan akhirat.
Soalan
1. Bincangkan 3 (TIGA) matlamat Pendidikan dalam Islam.
2. Huraikan 3 (TIGA) adab seseorang Muslim dengan bukan Muslim
3. Bagaimanakah konsep Mujahadah boleh membentuk akhlak seseorang individu?
4. Huraikan Konsep Riyadhah dalam membentuk akhlak individu.
5. Bincang 3 (TIGA) modal insan kamil yang ditunjukkan oleh Baginda Nabi SAW.
55
BAB 9:
SEKULARISME: CABARANNYA TERHADAP BUDAYA KEHIDUPAN BERAGAMA
Oleh: Dr. Affendi Ismail
9.0 IDEOLOGI MODEN: PENGERTIAN DAN LATARBELAKANG KEMUNCULAN
Apabila membincangkan fahaman “Sekularisme”, kita tidak dapat lari daripada turut
membincangan ideologi moden, terutamanya dari sudut pengertian dan juga sejarah
kemunculannya. Ini kerana fahaman atau ideologi sekularisme merupakan asas utama kepada
kemunculan berbagai ideologi moden yang lain di dunia masa kini. Istilah ideologi merupakan
kata nama yang berasal daripada gabungan dua perkataan “ideo” dan “logi”. Kata “ideo”
berasal dari bahasa Yunani klasik “eidos”, dalam bahasa Latin disebut “idea” yang bererti
“fahaman”, “idea” atau “gagasan”. Manakala kata “logi” pula juga berasal dari bahasa Yunani
“logos”, yang membawa maksud “ilmu”. Secara etimologinya dapat difahamkan bahawa istilah
‘ideologi” membawa maksud “pengetahuan tentang ilmu atau idea-idea”, science of ideas
(Thompson, 1984).
Ideologi adalah sebuah istilah yang mula dikesan penggunaannya pada akhir abad ke-18 atau
tepatnya pada tahun 1796 yang diperkenalkan oleh seorang ahli falsafah Perancis, Antoine
Louis Claude Destutt, Comte De Tracy sebagai singkatan kepada apa yang dipanggilnya
sebagai "idea-idea sains”. Menurut Claude, Ideologi bertujuan untuk memenuhi kehendak
manusia yang berbagai dan tanpa batasan. Bahkan, ideologi bermotifkan menyelamatkan
manusia, dengan menghilangkan minda prasangka dan keraguan. Ideologi yang berasaskan
sumber-sumber pencerakinan sains bukan sekadar untuk memperluaskan pengetahuan
manusia tetapi juga untuk "memperbaiki kehidupan manusia di bumi".
Ideologi bertujuan untuk memenuhi kehendak manusia yang berbagai dan tanpa batasan,
bahkan ideologi bermotifkan menyelamatkan manusia, dengan menghilangkan minda
prasangka dan keraguan (Gunawan, 1993). Istilah ideologi yang pada awalnya membawa
maksud suatu gagasan tentang masa depan, seterusnya berkembang menjadi suatu ikutan,
malah anutan atau pegangan sekelompok besar manusia dunia dan akhirnya menggugat
kepercayaan beragama di sesetengah blok dunia tertentu, khususnya dunia Barat (Downing
& Bazargan, 1991).
Sungguhpun sesuatu ideologi telah memiliki solusi atau jalan penyelesaian kepada segala isu
dan permasalahan kehidupan manusia, namun itu bukanlah jaminan bahawa sesuatu ideologi
tersebut merupakan ideologi yang benar, yang memiliki kemampuan untuk membawa manusia
mencapai kebahagian hakiki dan menghindari dari malapetaka kehidupan di dunia. Ini kerana
secara jelasnya sistem atau doktrin yang terkandung dalam sesebuah ideologi itu adalah hasil
dari kajian pemikiran dan perkembangan idea-idea falsafah melalui aktiviti-aktiviti intelektual
manusia (Azka Zihni Mohamad, 2007) yang sudah semestinya mempunyai berbagai
kelemahan dan kekurangan. Malah lebih merbahaya ia mungkin membawa kepada fahaman
kesesatan yang bercanggah dengan ajaran Islam. Sedangkan Islam adalah sebuah agama
yang amat sempurna yang mengandungi cara hidup (way of life) yang berasaskan aqidah dan
tauhid dan mempunyai peraturan hidup yang serba sempurna, iaitu Syariat Islam (Al-
Qaradawi, 2012).
56
9.1 SEKULARISME SEBAGAI ASAS IDEOLOGI MODEN
Rata-rata pemikir Barat menjustifikasikan faktor utama kelahiran fahaman sekularisme ini
adalah dorongan daripada kebangkitan gerakan pembebasan di Barat daripada cengkaman
kezaliman kuasa institusi agama terutamanya dari aspek politik dan sosial manusia (Bhargava,
2013). Namun ini hanya relevan dalam konteks institusi agama Kristian di Barat pada masa
itu. Sedangkan Sekularisme adalah satu konsep yang amat asing dan bertentangan dengan
Islam. Dakwaan penyelewengan institusi agama ini tiada kena mengena dengan Islam kerana
sikap dan ajaran Islam sendiri yang sarat dengan unsur-unsur maslahah dan kebajikan untuk
umat manusia.
Dalam pemikiran Sekularisme Barat, agama didakwa sebagai suatu budaya hasil ciptaan
manusia purba. Pencipta alam tidak wujud dan tidak mewahyukan sebarang hukum hakam
kepada manusia (Berkes, 2013). Pemikiran sekularisme kini menjadi masalah global kerana
hampir semua negara di seluruh dunia melaksanakan sistem sekularisme, iaitu memisahkan
hal ehwal negara daripada nilai-nilai agama. Sekularisme kini menjadi penghalang besar
kepada manusia untuk mendapat manfaat yang banyak daripada keadilan sosial dan
kesempurnaan perundangan. Pengkaji-pengkaji di Barat mendapati bahawa ada kuasa
pemodal elit antarabangsa ‘Illmuniti’ yang mendapat manfaat daripada keruntuhan moral,
keluarga, dan perpecahan di antara satu bangsa dengan bangsa lain, antara satu kelas
dengan kelas yang lain. Sekularisme sebagai suatu fahaman induk melahirkan fahaman
Materialisme, Rasionalisme dan Humanisme (Sulaiman Nordin, 2001). Konsep asas
sekularisme yang menyeru kepada pemisahan agama daripada urusan negara dan berusaha
meminggirkan peranan agama Kristian dalam kehidupan masyarakat pada waktu itu telah
melahirkan sejumlah ahli falsafah, pemikir dan tokoh reformasi Barat yang kemudian berjaya
mempelopori berbagai bentuk ideologi moden yang mengandungi doktrin-doktrin yang
berbeza tetapi asas utama yang sama, iaitu menolak peranan agama sebagai rujukan dan
panduan. Antara mereka seperti Martin Luther, Voltier, Jean Jack Rosseau dan lain-lain yang
menyeru dunia Barat ke arah pembaharuan, antaranya pemisahan agama dari urusan
pemerintahan.
9.1.1 PENGERTIAN SEKULARISME
Menurut Ghazali Darussalam (1998), istilah sekularisme berasal dari Bahasa Latin Secular
yang bererti satu zaman atau satu generasi yang merujuk kepada masa dan tempat. Manakala
secularist bermaksud hubungan dengan sesuatu masa yang tertentu. Manakala seculum
bererti hal-hal yang berkaitan dengan hari kemudian. Dalam Bahasa Arab, istilah yang merujuk
kepada sekular ialah “al-’Ilmaniyyah” ) )العلمانيةatau juga disebut “al-Almaniyyah” yang diambil
dari perkataan ilmu dalam bahasa Arab iaitu ‘ain, lam dan mim bermaksud mengangkat
martabat ilmu, jadi ia seolah tidak bercanggah dengan konsep Islam yang menjadikan ilmu
sebagai satu perkara penting bagi manusia yang menganjurkan kefahaman kepada ilmu sejak
dari kedatangan Islam melalui wahyu pertama lagi, tetapi penterjemahan perkataan sekular
kepada “al-’Ilmaniyyah” hanyalah satu tipu daya dan berselindung di sebalik slogan ilmu.
Sekiranya diperhatikan makna tersirat bagi sekular ialah “al-Ladiniyyah” iaitu tanpa agama
atau “al-La’aqidah” iaitu tanpa aqidah seperti yang dinyatakan oleh Yusuf al-Qardhawi di dalam
penulisannya mengenai pengertian sekularisme (Abdul Halim Mat Diah, 1989). Istilah “al-
’Ilmaniyyah” atau “al-Almaniyyah” tersebut dipilih untuk mengalih pandangan umat Islam agar
menerimanya kerana jika digunakan istilah “al-Ladiniyyah” atau “al-La’aqidah“, pasti umat
Islam akan menolaknya. Sebab itulah penterjemahan sekular kepada istilah “al-’Ilmaniyyah”
57
bermotifkan mengalih pandangan agar diterima oleh umat Islam. Bagi pendokong sistem
sekular, mereka menerima dan mendokongnya kerana mereka memang telah diprogramkan
untuk menyebarkan fahaman sekularisme. Namun bagi ulama-ulama Islam yang memahami
hakikat sebenar konsep Islam, mereka menentang penyebaran fahaman ini yang jelas
bertentangan dengan hakikat Islam. Jadi berlaku satu pertembungan antara pendokong
sekularisme dan ulama-ulama Islam dalam mempertahankan “hakikat mengenai istilah ini
(Mohd. Yusri Ibrahim, 2019). Syed Naquib al-Attas (1993) menjelaskan bahwa kata saeculum
mengandungi dua konotasi makna yang terkait dengan waktu (time) dan tempat (location).
Terkait dengan waktu merujuk pada makna “sekarang (now)” atau “saat ini (present)”.
Sedangkan location merujuk kepada erti “dunia (world)” atau “bersifat duniawi (worldly)”.
Dengan demikian sekular bermakna “peristiwa-peristiwa yang terjadi di dunia ini”, atau
“peristiwa-peristiwa kekinian”.
A. Hornby (2004) dalam Oxford Advanced Dictionary mendefinisikan sekular sebagai sesuatu
yang tidak bersangkutan dengan rohani atau keagamaan. Sekularisme pula adalah daripada
perkataan bahasa Inggeris, yang ertinya kepercayaan bahawa akhlak, pendidikan dan
sebagainya yang tidak didasarkan kepada agama, manakala “secularist” dalam bahasa
Inggeris bermaksud penyokong atau pengikut sekularisme. Di dalam Kamus Dewan (1991),
sekularisme bermaksud fahaman, doktrin, dan pendirian yangmenolak atau memisahkan
agama atau ciri-ciri keagamaan daripada urusan-urusan yang tidak bersangkutan dengan
agama seperti pentadbiran awam dan lain-lain. Larry Shiner (1967) dalam jurnalnya, The
Concept of Secularization in Empirical Research menghuraikan pengertian sekularisme ini
kepada enam. Iaitu kemerosotan agama, pemindahan orientasi perhatian manusia dari dunia
lain kepada dunia ini, kerenggangan masyarakat daripada agama, peralihan kepercayaan dan
aktiviti suci kepada sekular semata-mata, dunia secara beransur-ansur akan hilang ciri-ciri
sakralnya di mana akhirnya manusia tidak percaya kepada kekuasaan Tuhan (Humanisme)
dan pembaharuan masyarakat kudus kepada masyarakat sekular. George Jacob Holyoake
menggunakan istilah sekularisme untuk menjelaskan pandangannya bahawa kehidupan sosial
adalah terpisah daripada agama, tetapi tidak bermakna ia merendahkan atau mengkritik
sebuah kepercayaan beragama. Sebagai seorang agnostic (bersikap berkecuali tentang
Tuhan wujud atau tidak), Holyoake berpendapat bahawa, sekularisme bukanlah menentang
Kristian (agama) namun ia adalah sesuatu yang terpisah. (Majlis Agama Islam Selangor
(MAIS), 2015).
Bagi sarjana Islam pula seperti al-Hawali (2006) dalam bukunya al-Ilmaniyyah: Nasy’atuha wa
tatawwuruha wa atharuha fi al Hayat al-Islamiyyah al-Mu’asirah, melihat sekularisme sebagai
suatu doktrin ataupun ideologi pemikiran baru yang diasaskan oleh gerakan korup yang
bertujuan untuk memisahkan agama dari negara, menumpukan perhatian kepada dunia, sibuk
dengan keinginan dan kesenangannya, menjadikannya satu-satunya tujuan dalam kehidupan
ini, dan melupakan akhirat dan mengabaikannya, dan tidak memperhatikan akhirat atau minat
di dalamnya. Golongan bertepatan dengan apa yang digelarkan oleh Rasulullah saw melalui
hadis Baginda:
ِ) َوإذَاِشي َكِفََلِانْتَ َق َش،ِتَِع َسَِوانْتَ َك َس،َِِوإ ْنَِلِْيُْع َطِ َسخ َط،ِإ ْنِأُ ْعط َيَِرض َي،َِِوَعبْ ُدِاْْلَمي َصة،َِِوَعْب ُدِالدْرَهم،ِ(تَِع َسِ َعْب ُدِالدينَار
“Binasalah hamba wang, dinar dan dirham, hamba pakaian, dengan segala macamnya yang
menarik, jika diberi dia merasa gembira, dan jika tidak diberi maka dia tidak merasa gembira.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari: 2887) Berdasarkan hadis ini, menurut al-Hawali (2006), sesiapa
dalam kalangan orang Islam yang menolak atau menentang Syariah dan perundangan Allah
seperti menolak hukum atau perundangan Islam, bahkan mengatakan yang ianya tidak sesuai
dipraktikkan dalam konteks zaman moden ini, maka mereka ini, walaupun mendakwa masih
58
Islam tetapi hakikatnya mereka juga termasuk dalam kalangan pendokong fahaman
sekularisme secara tidak langsung.
Bagi al-Jundi (1998) pula, mendefinisikan sekularisme sebagai sekumpulan kepercayaan yang
berkisar bahawa agama tidak boleh mengambil bahagian dalam aspek politik dan sosial di
mana-mana negara. Sekularisme tepatnya merupakan sistem falsafah, politik atau sosial yang
menolak sebarang bentuk peranan agama, di bawah prinsip memisahkan perkara politik dan
agama antara satu sama lain. Tidak termasuk agama dari semua urusan sivil yang berkaitan
dengan negeri. Sekularisme juga merujuk kepada orientasi ke arah kehidupan material di
bumi, bukan aspek keagamaan yang tersembunyi. Pandangan Sayyid Qutb pula seperti yang
dipetik dalam Salama dan Friedman (2012) menyatakan bahawa Sekularisme merupakan
pembangunan struktur kehidupan tanpa dasar agama. Kerana itu, sekularisme bertentangan
dengan Islam, bahkan merupakan musuh Islam yang paling berbahaya. Daripada berbagai
pengertian sekularisme yang diutarakan oleh berbagai sarjana Timur, Barat, Islam dan
tempatan ini, maka dapatlah disimpulkan bahawa sekularisme ini merupakan suatu fahaman
yang memisahkan antara urusan keagamaan dengan urusan keduniaan. Walau
bagaimanapun, satu persoalan yang timbul, adakah semua kelompok pendokong sekularisme
di seluruh dunia mengamalkan ideologi fahaman yang sama serta adakah semua sekularis
menentang peranan dan pengaruh agama? Persoalan-persoalan ini dapat dirungkaikan dalam
perbincangan artikel ini selanjutnya.
9.1.2 SEJARAH KEMUNCULAN SEKULARISME DI BARAT
Barat mengalami pasang surut semenjak Zaman Pembaharuan atau lebih dikenali sebagai
Zaman Renainssance yang berlangsung dari abad ke 14 hingga ke 17 Masehi. Dekad-dekad
ini seolah suatu kelahiran baru bagi Barat atau Eropah dari tempoh panjang dunia berpusat
kepada pengaruh dan cengkaman kuasa gereja. Pembebasan dari cengkaman gereja ini lahir
seiring dengan kecenderungan manusia kembali kepada kondisi pemikiran berteraskan
akademik dan sains dengan memberi penekanan kepada otonomi akal untuk mengkaji dan
memutuskan cara hidup masa kini dan juga masa depan peradaban manusia. Manifestasi
daripada Renaissance ini melahirkan berbagai aliran pemikiran atau ideologi yang berpusat
kepada logik dan rasional pemikiran manusia (Klaus, 1997).
Menurut Black (2006) dalam artikelnya The Origin of Humanism, antara yang terawal ialah
Gerakan Humanisme yang bermula sekitar abad 14 dengan momentumnya di Itali.
Humanisme mempromosikan idea bahawa manusia adalah pusat alam semesta dan sumber
kepada kelahiran ilmu dengan kebebasan akal manusia diberi pengiktirafan tertinggi.
Fahaman ini lahir berasas kepada penolakan tradisi pemikiran klasik Aristotle, keterbukaan
kepada kemunculan ilmu-ilmu baru berbagai bidang seperti kejuruteraan, perdagangan, seni
klasik, sastera dan sains. Kemudiannya muncul pula aliran yang mezahirkan ketidakpuasan
dengan kedudukan agama, yang akhirnya berkembang dan menzahirkan penentangan
kepada agama dan institusinya (gereja) secara terbuka. Asas Gerakan ini kemudiannya
berkembang dengan sikap yang sama kepada semua agama dunia yang lain.
Meskipun diakui munculnya worldview Barat bersama dengan kemajuan yang tidak terbayang
sebelum ini, terutamanya dengan penemuan baru berasaskan saintifik dan teknologi, namun
dalam masa yang sama unsur-unsur metafizik dan nilai spiritual semakin melemah dan
terhakis. Gerakan Modenisme Barat ini kemudiannya melahirkan faham sekularisme dan
atheisme yang memberi tantangan hebat kepada akar umbi kepercayaan agama. Seperti yang
digambarkan oleh Feurbach (1982), prinsip falsafah Barat yang paling tinggi adalah
59
bersumberkan pemikiran manusia, manakala agama hanya tinggal sebagai mimpi atau
khayalan akal manusia (religion is the dream of human mind).
Kemuncaknya lahirlah ungkapan Friedrich Nietzche (1844-1900) yang popular dan cukup
memberi kesan kepada akar pegangan agama masyarakat Barat pada masa itu, iaitu “God
is dead, now we want to the overman to live” (Armas, 2005). Nietzsche yang merupakan ahli
falsafah Jerman ini banyak menulis tentang bagaimana manusia harus menjalani kehidupan
dan menyerang idea-idea moral dan keagamaan yang popular pada waktu itu kerana dia
tidak percaya kepada apa yang dikatakan betul atau salah. Pada pendapatnya, setiap orang
harus menentukan nilai moral sendiri. Asal usul agama seperti yang didakwa oleh
kebanyakan orang bagi Nietzche adalah suatu pembohongan yang sangat ketara. Titik tolak
daripada slogan God is Dead inilah yang kemudiannya memperkuatkan lagi asas sokongan
sekularisme di Barat. Doktrin penolakan terhadap kepercayaan kepada tuhan dan agama ini
telah mengakibatkan berlakunya pertembungan antara pendokong sekularisme (sekularis)
dengan pihak gereja di Barat.
Sebelum kelahiran fahaman sekularisme ini, khususnya sebelum abad 16 Masehi, institusi
gereja sangat dihormati dalam kalangan masyarakat Kristian di Barat. Dalam hierarki
masyarakat, golongan gereja dianggap sebagai golongan paling mulia dan mendapat
pengiktirafan tertinggi. Segala peraturan dan perundangan yang dikeluarkan oleh institusi
agama ini dipatuhi sepenuhnya oleh masyarakat Kristian pada masa itu. Menjelang abad ke
16 Masehi, sikap penguasa gereja semakin berubah dengan berbagai penyelewengan demi
penyelewengan telah dilakukan. Cengkaman kuasa gereja kepada penganut Kristian semakin
kuat seiring dengan penyalahgunaan kuasa yang semakin berleluasa. Hal ini telah memberi
imej buruk kepada institusi gereja di mata masyarakat Kristian setempat. Seiring dengan itu
juga perkembangan kemajuan binaan telah menarik minat ahli-ahli gereja kepada kehidupan
sekular. Mereka lebih cenderung menggalakkan perkembangan pengetahuan ilmu baharu
serta membina tugu-tugu yang tersergam indah dari teologi Kristian. Jesteru itu, kemerosotan
institusi gereja pada permulaan abad keenam belas ini adalah suatu faktor yang penting
menyebabkan kelahiran sekularisme di dunia Barat.
Masalah sekularisme adalah masalah pengaruh pemikiran dan kebudayaan Barat yang
menular dalam pemikiran dan budaya umat Islam masa kini. Ia merujuk kepada sifat keduniaan
dan tidak berhubung dengan alam rohani atau akhirat. Istilah ini timbul di Eropah pada zaman
Renaissance abad 14M-17M yang bererti sekular merujuk kepada yang tidak di bawah
pengaruh dan naungan institusi Gereja Katolik Rom. Secara teori ringkas, sekularisme pada
zaman itu ialah fahaman falsafah yang memisahkan urusan-urusan agama. Ia meninggalkan
peranan agama (Kristian) dan tuhan dari segala urusan kehidupan manusia. Sekularisme juga
memisahkan secara mutlak antara ilmu pengetahuan dari pengaruh dan tuntutan institusi
Gereja Katolik Rom.
9.1.3 PENYEBARAN SEKULARISME DI DUNIA ISLAM
Yusuf al-Qaradawi melalui bukunya “Islamic Awakening Between Rejection and Extremism”
(1984) menegaskan bahawa: “Terdapat 3 saluran utama yang sangat ampuh dan berkesan
untuk melancarkan suntikan sekularisasi ke dalam pemikiran umat Islam iaitu melalui
Pendidikan, Informasi atau Komunikasi dan Kebudayaan. Ketiga-tiga saluran media ini diarah
dan dirancang secara bertubi-tubi untuk mengeringkan semua sumber keagamaan yang
bersifat positif dan pro-aktif dalam diri generasi muslim”
60
Pandangan al-Qaradawi ini ada kebenarannya kerana secara realitinya gabungan ketiga-tiga
saluran ini sangat berkesan mempengaruhi masyarakat minda dan pemikiran umat Islam di
seluruh dunia. Penyebaran pengaruh sekularisme melalui saluran pendidikan menurut Altaf
Gauhar (1978) berlaku melalui beberapa cara. Antaranya dengan menghantar pelajar-pelajar
Islam mendalami ilmu-ilmu keduniaan di negara-negara bukan Islam (Eropah). Selain itu,
Langkah melonggarkan sukatan pengajian agama (Islam) di kebanyakan negara Islam atas
nama kemajuan akademik di samping bertambahnya institusi pengajian asing di Negara-
negara Islam turut mempercepatkan lagi proses pengaliran masuk pengaruh sekularisme ke
dalam pemikiran umat Islam.
Menurut Berkes (2013), dalam kalangan Negara-negara Islam, Turki merupakan Negara Islam
pertama menerima kemasukan pengaruh sekularisme, iaitu sebelum era Perang Dunia Kedua
lagi. Pengaruh sekularisme ini menyerap masuk ke dalam segenap dimensi kehidupan
masyarakat Turki meliputi politik, undang-undang, pendidikan, sosial dan ekonomi. Walau
bagaimanapun, fahaman sekularisme ini gagal mempengaruhi kebanyakan Negara Islam
yang lain, kecuali Negara-negara Islam yang telah dijajah oleh dasar kolonialisme dan
imperialisme Barat Eropah. Sejarah kemasukan sekularisme di Turki bermula dengan Gerakan
Kemalisme. Gerakan inilah yang menjadi factor utama kepada kemasukan sekularisme di
Turki dan seterusnya ke dunia Islam yang lain. Gerakan Kemalisme ini berdasarkan faham
Sekularisme, Materialisme, Nasionalisme, Peoplelisme, Republikanisme, Revolusi dan
menjuruskan kepada De-Islamisme. Gerakan ini melakukan pembaharuan undang-undang
iaitu undang-undang Barat menggantikan al-Quran dan al-Sunnah. Undang-undang sivil dari
Itali, undang-undang perniagaan dari Jerman manakala undang-undang jenayah dari Swiss.
(Che Yusof Mamat, 1988). Oleh yang demikian, kelangsungan sekularisme terus menerus
berlaku dalam masyarakat Islam. Perasaan ingin maju dan rasa hormat terhadap budaya
sekular ini telah menyebabkan masyarakat Islam cuba membebaskan diri daripada pegangan
agama sebaliknya menyesuaikan diri dengan nilai-nilai sekular. Ini bukan sahaja berlaku di
Turki tetapi telah menular sehingga negara-negara lain seperti Iran, Iraq, Mesir, Algeria, Syria,
Tunisia dan lain-lain termasuk Malaysia. (Mohd Aizam, 2012).
Di Malaysia, menurut kajian Haslinda Hasan (2000), sekularisme telah bergerak masuk
menerusi tahap-tahap sejarah tertentu. Peringkat awalnya melalui penjajahan, kemerdekaan
dan pemodenan. Tiga tahap sejarah ini adalah alat atau mekanisme utama sekularisme di
Malaysia. Sungguhpun pengaruh sekularisme wujud di Malaysia, sebagai sebuah negara
majoriti umat Islam, terdapat berbagai usaha yang bersungguh-sungguh untuk
mengembangkan syiar Islam oleh para pemimpin dan masyarakat pada masa kini. Apa yang
penting para pemimpin, pemikir, ulama dan masyarakat secara tidak langsung telah
berganding bahu membendung dan membasmi idea-idea sekularisme daripada terus
menguasai pemikiran umat Islam di Malaysia, khususnya generasi muda.
9.1.4 KENAPA SEKULARISME MEMUSUHI AGAMA?
Mengapakah sekularisme begitu ketara memusuhi agama dalam fahaman ideologinya?
Seperti yang dibincangkan sebelum ini, dari sudut sejarah, sekularisme adalah hasil gerakan
pembebasan di Barat menentang kezaliman yang dilakukan oleh institusi Gereja Katolik Rom
di Eropah. Namun persoalannya sejauh manakah kebenaran dakwaan kezaliman gereja yang
menjadi pencetus kepada kemunculan sekularisme ini dan seterusnya membawa kepada
Gerakan memusuhi agama atau anti agama?
61
Walaupun Gerakan pembaharuan Barat telah bermula seawal abad 14 dan 15 lagi, namun
berkembangnya era fahaman sekularisme khususnya aliran moderat adalah sekitar abad ke-
17 dan 18 M. Pada tempoh abad ini, agama (Kristian) dipandang sebagai masalah individu
yang tidak berkaitan dengan urusan negara atau pemerintahan. Selanjutnya, memasuki abad
ke-19, berkembang pula sekularisme ekstrim, ditandai dengan munculnya pemikiran
Materialisme Historis Marxisme. Pada zaman ini, agama benar-benar menjadi urusan peribadi
tanpa campur tangan langsung negara, demikianlah sebaliknya urusan sosial dan politik
negara secara totalnya tidak lagi dibenarkan dipengaruhi atau campurtangan oleh agama dan
institusi-institusinya. Bahkan, negara atau politik dilihat mula memusuhi agama, institusi
agama dan orang-orang beragama.
Namun demikian, catatan sejarah perkembangan sekularisme ini tidaklah menunjukkan
bahawa faham sekularisme mula memusuhi agama secara terbuka bermula abad 18 atau 19
M. Sebaliknya banyak catatan oleh sejarawan dan ahli fikir Barat yang menulis bahawa era
permusuhan sekularisme dengan gereja bermula lebih awal daripada itu, iaitu seawal abad 15
dan 16 Masehi lagi. Malah kemunculan sekularisme itu sendiri kesan daripada tekanan dan
kezaliman kuasa gereja terhadap masyarakat sivil. Ini bermakna bahawa sekularisme bukan
lahir dalam vakum tersendiri, sebaliknya ia lahir sebagai tindakbalas terhadap penguasaan
kuku besi, feudalisme dan kezaliman kuasa teokrasi yang menjadi pengalaman pahit
masyarakat barat selama lebih kurang seribu tahun (Khalif Muammar, 2018). Terdapat
beberapa faktor utama yang membawa kelahiran sekularisme dan gerakan permusuhannya
dengan agama atau institusi gereja di Barat. Antaranya:
(a) Faktor Perubahan Politik
Perubahan besar senario politik Barat kesan daripada perang keagamaan (religious wars)
pada abad 16 dan 17 di Eropah, telah berlaku perubahan landskap politik daripada sistem
beraja (monarchy) kepada kuasa rakyat (democracy) yang membawa kepada runtuhnya
kuasa mutlak beraja dan muncul gerakan perjuangan kebebasan hati Nurani rakyat (liberty of
conscience), selanjutnya mencetuskan gagasan idea pemerintahan berlandaskan undang-
undang (constitutional government) dan seiringnya melahirkan pula Gerakan hak sama rata
(universal suffrage) menjadi titik tolak kepada kemunculan idea sekularisme.
(b) Faktor Penyelewengan Institusi Gereja
Perkembangan pembebasan daripada autokratik system monarki seterusnya telah membawa
kepada penolakan cengkaman kuasa gereja (agama) yang dilihat antara punca kepada
penderitaan kemunduran dalam tempoh yang lama dialami oleh rakyat Eropah dan slogan
dunia menuju abad pencerahan (Englightenment) juga ditandai dengan permusuhan terhadap
agama. Berlaku kesilapan yang meluas di mana agama dihukum di atas penyelewengan
golongan agama (clergy). Kesalahan gereja dibebankan ke atas agama. Agama Kristian yang
dikritik hebat tetapi kemudiannya digeneralisasikan kepada semua agama dan dianggap
melakukan hal yang sama. Agama pada umumnya dianggap sebagai penghalang kemajuan,
anti sains, mendokong system teokrasi, menindas kaum wanita (misogynist), dan tidak
berpihak kepada kaum yang lemah.
(c) Faktor Keangkuhan Institusi Gereja
Pihak institusi Gereja Katolik mendakwa bahawa paderi-paderi gereja mempunya hubungan
batin dengan tuhan. Oleh itu mereka mempunyai kuasa rohani atas manusia kerana mereka
62
menjadi perantara manusia umum dan tuhan. Umatnya meminta keselamatan (salvation), dan
pengampuan dari dosa kecil atau besar hanya boleh dibuat melalui cara pengakuan
(confession) kepada seorang paderi (priest). Paderi setelah mendengar serta menyoal untuk
mendapat detail kesalahan itu, kemudian barulah boleh memberi pengampunan. Juga
mengikut Gereja Rom digalakkan untuk meminta sesuatu kepada ibu Nabi Isa A.S bernama
‘St. Mary’ kerana institusi gereja percaya bahawa permintaan Ibu (Maryam) kepada anak (Nabi
Isa A.S) sebagai tuhan tidak akan ditolak. Pihak gereja telah menjual sijil pengampunan serta
menjamin syurga yang istimewa bagi mereka yang membuat bayaran yang tinggi.
(d) Faktor Keangkuhan Ilmiyah Gereja
Pihak gereja menganggap kejahilan itu petua iman dan ilmu membawa kekafiran. Pada masa
sebelum zaman Renaissance, pihak gereja menganggap ilmu pengetahuan yang datang dari
sumber selain dari mereka adalah berbahaya. Oleh itu mereka memisahkan agama dari ilmu.
Pada kebetulannya ada dua sebab yang lain yang mendorong pihak gereja berbuat kemudian.
Pertama, ilmu yang membawa kemajuan datang dari orang-orang Islam di universiti-universiti
di Andalus (Sepanyol Muslim dan Portugal). Oleh kerana itu ilmu itu akan membawa
bersamanya perkembangan Islam dan pemusnahan pengaruh gereja. Kedua, kebanyakan
murid-murid dari Eropah yang hendak belajar ilmu hanya didapati di Universiti Islam di
Sepanyol. Mereka belajar perubatan, kejuruteraan, matematik, astronomi kimia dan fizik dari
ulama’-ulama’ Islam. Maka kesannya pihak gereja sangat marah kepada cendekiawan Eropah
yang balik membawa ilmu dari orang Islam dan suka pula bertutur dengan bahasa arab antara
mereka. Gereja telah menganggap bahawa bahasa arab adalah bahasa orang kafir.
Oleh itu pihak gereja telah berusaha untuk menentang Islam dan ilmu sekaligus. Maka
wujudlah tiga Mahkamah Penyiasatan (Inquisition Court) dari tahun 1481M hingga 1801M
untuk menyiasat dan menghukum mereka yang disyaki menjadi pembangkang Gereja Katolik,
orang sihir, orang jampi menjampi dan orang-orang ilmuan yang tidak sependapat dengan
ajaran gereja dan orang Islam. Seramai 340,000 orang telah dihukum mati dan hampir 32,000
telah dibakar hidup-hidup termasuk ahli sains termasyhur seperti Jurdano Branos yang
kesalahannya ialah kerana mengajar bahawa selain dari bumi ini ada planet-planet yang lain.
Galileo yang merupakan ahli fizik dihukum mati dalam penjara kerana kepercayaanya bahawa
planet bumi ini beredar mengelilingi matahari, satu pendapat yang bertentangan dengan apa
yang diutarakan oleh gereja. Galileo telah menyelamatkan dirinya dengan menarik balik
pendapatnya. Ahli sains, Corpenicus telah mati sebelum dapat ditangkap oleh mahkamah
pengadilan. Galileo dan Brunos telah mendapat pelajaran sains mereka dari tulisan-tulisan
ulama’ di Andalus. (Sulaiman Nordin, 2001)
(e) Faktor Kesilapan Gereja Besar Eropah
Kesilapan besar Gereja Katolik Rom adalah memusuhi ilmu dan membuat kezaliman dalam
ibadah dan tidak mengikut ajaran sebenar Bible. Ilmu dan ibadah kedua-duanya mempunyai
kedua-duanya mempunyai kaitan yang rapat dengan fitrah manusia. Fitrah semulajadi
manusia suka pada ilmu dan suka membuat ibadah. (Sulaiman Nordin, 2001). Firman Allah
S.W.T di dalam surah al-A’raaf ayat 172 yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika tuhanmun
mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Alah mengambil kesaksian
terhadap jiwa mereka (kemudian berfirman): ‘Bukankah Aku ini tuhanmun?’. Mereka
menjawab. ‘Betul, (engkau tuhan kami), kami menjadi saksi”.
63
Allah S.W.T juga kemudiannya telah berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 13 yang
bermaksud: “Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya”.
Allah S.W.T turut berfirman di dalam surah al-Alaq ayat 3 – 5 yang bermaksud: “Bacalah dan
Tuhanmulah yang paling pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia
mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya”.
Sekularisme yang berasal dari Eropah ini turut diperkukuhkan dengan pemikiran golongan ahli
falsafah seperti Machiaveli dan Michael Mountaigne yang mengingkari keberadaan Tuhan
atau menolak hegemoni agama dan gereja Katolik. Mereka mengambil jalan tengah iaitu tetap
mengakui agama tetapi berpendapat ia tidak seharusnya campur tangan dalam pengaturan
urusan masyarakat. Justeru, bagi golongan ini agama tetap diakui kewujudannya tetapi hanya
terbatas pada perkara-perkara yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan Tuhan
(seperti aqidah, ibadah ritual dan akhlak). Menurut mereka, agama tidak mengatur urusan
masyarakat seperti politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. (Majlis Agama Islam Selangor
(MAIS), 2015)
9.1.5 PENGARUH SEKULARISME
Walaupun pada asasnya fahaman Sekularisme adalah ideologi yang menolak peranan
agama dalam sosial dan politik negara, namun sekularisme bukan sahaja
membataskan pengaruh dalam dua elemen ini sahaja. Bahkan pengaruh sekularisme
turut meresap masuk ke dalam semua aspek kehidupan manusia termasuk sosial,
budaya, sejarah, politik, pendidikan, perundangan dan falsafah. Fahaman Sekularisme
dibina dan digunakan oleh pelbagai orang dengan pelbagai cara, menghubungkan
atau menandakan idea, proses, orientasi, dan kejadian yang berbeza. Menurut
Profesor Phil Zuckerman dari Pitzer College, California gerakan sekularisme dunia
pada masa kini bergerak mengikut fokus manifestasi sekularisme yang berbeza, dan
mereka dapat dikelompokkan menjadi tiga komponen sekularisasi yang utama, iaitu:
(Zuckerman, 2019)
Sekularisme politik: Sekularisme ini menumpukan usaha terhadap dasar dan
idea untuk menyingkirkan unsur-unsur spiritual (rohani) dan agama dari politik
pemerintah agar perubahan politik dan juga pemerintahan dalam dimensi baru
yang langsung tiada campur tangan dari pengaruh spiritual dan keagamaan.
Aspek sekularisme ini tidak sinonim dengan atheisme, melainkan berkaitan
dengan aspek keagamaan yang ingin mengambil tempat dalam pemerintahan
atau masyarakat awam.
Sekularisme falsafah: Sekularisme ini bertujuan untuk memperketat kawalan
terhadap struktur intelektual, penulisan, dan apa-apa aktiviti yang memerlukan
kritikan agama, dan ia juga berkaitan dengan pembebasan penganut agama dari
amalan agama mereka, kerana sekularisme ini dianggap sebagai aliran pemikiran
yang percaya bahawa agama adalah fenomena yang salah.
Sekularisme sosial dan budaya: Aspek sekularisme ini adalah manifestasi yang
paling meluas, dan idenya termasuk mengurangkan peranan agama dalam
masyarakat dalam kehidupan seharian. Sekularisme sosio-budaya mungkin
merupakan bentuk atau sekularisme yang paling banyak terdapat: kelemahan
64
agama yang semakin lemah dalam masyarakat, dalam kehidupan sehari-hari.
Orang menghabiskan lebih banyak masa di internet daripada belajar Al-Quran,
lebih sedikit orang yang ingin menjadi imam, rancangan televisyen atau muzikal
Broadway yang mengolok-olok agama dengan sedikit reaksi, dan sebagainya.
Ketiga-tiganya bertindih dan saling berkaitan antara satu sama lain, namun mereka
pasti menunjukkan sifat yang berbeza dan mewujudkan makna yang berbeza. Oleh
itu, adalah lebih baik memikirkan ketiga bentuk sekularisme ini secara metafora-
seperti tiga cabang yang berasal dari pohon yang sama, bersatu pada akar walaupun
kelihatan jelas berbeza. Armas (2005) menyifatkan bahawa tiga komponen
sekularisasi inilah yang telah menanam benih sekularisme dalam pemikiran dan akal
tindak manusia moden termasuk umat Islam sendiri sehingga meragui hakikat
kebenaran agama kerana semua kebenaran dianggap relatif, tiada yang mutlak dan
bergantung kepada masa dan tempat tertentu. Walaupun jelas sekularisme adalah
suatu fahaman yang menolak agama, namun menurut Philpott (2002), hakikatnya tidak
semua golongan sekularis menolak agama. Malah pendokong idea sekularisme dunia
masa kini sebenarnya terbahagi kepada dua, iaitu kelompok yang memusuhi agama
secara terbuka, dan kedua kelompok yang mengambil pendekatan lunak dan neutral
terhadap agama. Kelompok pertama berusaha keras menyingkirkan peranan agama
dalam kehidupan dunia semasa, manakala kelompok kedua dilihat tidak menekan atau
menolak agama secara total dan terbuka, sebaliknya menyerap masuk dalam sistem
kehidupan setempat dan menonjolkan fahaman sekularisme mereka tanpa
menzahirkan penolakan agama secara jelas.
Menurut al-Bar (2008), kelompok kedua iaitu kelompok yang berpendekatan tidak
memusuhi agama secara terbuka lebih berbahaya kerana ia berkembang secara lebih
meluas di negara-negara majoriti umat Islam atas nama permbaharuan atau
kemodenan, manakala kelompok yang pertama lebih tersebar di negara-negara
masyarakat Kristian Barat. Ringkasnya, sekularisme politik adalah mengenai
pemisahan peranan agama dan pentadbiran politik negara, sekularisme falsafah
adalah mazhab pemikiran yang melihat agama sebagai fenomena yang salah atau
jahat yang harus dibongkar dan dibuang, dan sekularisme sosio-budaya merujuk
kepada sekularisasi: yang lemah atau kehilangan agama dalam kehidupan seharian
dari masa ke masa.
9.1.6 PENYELEWENGAN SEKULARISME
Sekularisme tidak seperti atheism yang menolak kepercayaan kepada agama secara total.
Sekularisme boleh menerima agama, tetapi fungsi agama bagi sekularisme hanya sebagai
anutan semata-mata dan tidak lebih daripada itu. Oleh itu, sekularisme tetap menolak
campurtangan agama dalam apa juga bidang kehidupan manusia. Sepertimana sikap
sekularisme terhadap agama Kristian, begitu jugalah kepada agama-agama yang lain. Konsep
ajaran Islam sebagai Way of Life yang berlandaskan Syariah dan Aqidah Islamiyyah dalam
kehidupan manusia secara menyeluruh menyebabkan Islam ditentang hebat oleh fahaman ini.
Bagi sekularisme, ini adalah satu kongkongan dan batasan bagi mereka. Islam sepatutnya
hanya diterima sebagai ibadat dan upacara sahaja manakala pengamalannya bergantung
kepada individu. Akhlak dan adab Islam diterima tetapi bukan bermaksud mereka terikat
65
dengannya. Semua perkara halal dan haram bergantung kepada individu atau masyarakat,
bukannya agama. Namun begitu, perkara-perkara tertentu daripada Islam sekiranya ia
menepati dan bersesuaian dengan kehendak sekularisme akan diterima atau dibenarkan.
Oleh itu, dalam kebanyakan perkara, penganut fahaman sekularisme (sekularis) telah
mengisytiharkan perang terhadap Islam. Bagi golongan sekularis, Islam itu berpada sekadar
mendirikan syiarnya sahaja seperti solat, puasa, haji dan umrah. Tetapi Islam tidak berhak
untuk mencampuri urusan-urusan kehidupoan yang lain. Dalam hal ini, mereka juga tidak
menjadikan ulama dan pemikir Islam yang dipercayai (thiqah) sebagai rujukan.
Syariah ialah musuh utama sekularis. Ini adalah lanjutan daripada penentangan mereka
terhadap agama dan aqidah Islam. Syariah Islam banyak bertentangan dengan undang-
undang dan falsafah perundangan mereka. Misalnya, pengharaman riba, judi, arak, zina dan
sebagainya. Bagi mereka, Allah diakui sebagai pencipta alam sahaja bukan pemerintah
seluruh alam. Mereka beranggapan bahawa perundangan dan pemerintahan adalah hak
mutlak mereka. Oleh itu, mereka boleh melakukan sesuatu mengikut kehendak dan kemahuan
mereka tanpa batasan atau ikatan agama. Mereka ingin membebaskan diri mereka daripada
ikatan agama. Sekularisme adalah satu sistem falsafah politik yang menolak segala bentuk
kepercayaan agama dan dalam konteks bernegara, ia mengambil pendekatan memisahkan
politik dengan agama. Sekularisme turut meresap masuk ke dalam masyarakat dan Negara
Islam. Pada era ledakan globalisasi, pengaruhnya semakin kuat sehingga ciri-ciri golongan
Muslim yang berpegang pada fahaman sekularisme dapat dikesan menerusi ciri-ciri berikut
(Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), 2015):-
1. Mempunyai perasaan sangsi terhadap kebenaran Islam, al-Qur’an, al-Hadis dan para
anbiya’.
2. Menganggap Islam sekadar sebuah agama dan terbatas pada urusan ibadah serta untuk
memenuhi tuntutan kerohanian peribadi dan tiada mempunyai kaitan dengan urusan politik
atau pemerintahan.
3. Mempersoalkan hukum fiqh.
4. Merendah-rendahkan martabat Islam dengan menganggapnya sebagai satu agama yang
mundur, terkebelakang dan jahil.
5. Membebaskan golongan wanita daripada lingkungan peraturan agama dan adat atas
alasan kebebasan individu.
6. Memandang rendah sejarah modenisasi dan pembangunan serta ilmu pengetahuan Islam.
7. Menubuh dan menggerakkan pertubuhan-pertubuhan kononya sebagai simbol
pembaharuan sejarah, kebudayaan dan peradaban Islam dengan membelakangkan
sejarah, adat dan ajaran Islam.
8. Menerapkan cara hidup barat dalam institusi keluarga, masyarakat dan negara.
9. Menjauhkan masyarakat dan generasi baharu daripada pendidikan dan nilai-nilai agama.
Fahaman sekularisme merupakan satu ancaman kepada umat Islam. Antaranya termasuklah
(Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), 2015):-
1. Menolak peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT dan menjauhkan umat daripada syariat
Islam dalam segenap aspek kehidupan kaum Muslimin.
2. Mengguna pakai undang-undang ciptaan manusia yang bersumberkan daripada golongan
kuffar berbanding dengan undang-undang yang berasaskan wahyu daripada Allah SWT dan
sunnah Rasulullah SAW.
3. Memberi gambaran yang salah mengenai imej Islam sebagai agama dan umat yang
cenderung pada kekacauan dan keganasan dengan memutarbelitkan sejarah keemasan
66
Islam yang berjaya meluaskan penaklukan serta menyebarluaskan ajaran Islam ke seluruh
pelusuk dunia.
4. Menjadikan pendidikan sebagai alat menyebarkan pemikiran sekular.
5. Menyamaratakan semua agama dengan alasan semua ajaran agama adalah benar dan baik.
6. Meruntuhkan institusi keluarga yang merupakan asas utama dalam pembinaan masyarakat
melalui multimedia (cetak dan elektronik) berhubung kebebasan hidup (agama, cara hidup,
gender dan seksualiti) yang akhirnya mengundang kerosakan dari sudut aqidah dan akhlak
7. Mengekang usaha dan aktiviti dakwah Islamiyyah.
Fahaman sekuralisme ini telah memberi kesan yang sangat mendalam terhadap kedudukan
amal perbuatan di sisi iman. Ini kerana sekularisme cuba memisahkan agama daripada
segenap bidang kehidupan termasuk politik atau pentadbiran negara, sosial dan ekonomi.
Sebaliknya sekularisme menjadikan agama hanya bagi amalan-amalan ritual semata-mata.
Fahaman seumpama ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam kerana Islam adalah ad-din
yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Ia terangkum dalam firman Allah S.W.T
di dalam surah al-An’am ayat 162 yang bermaksud: “Katakanlah: Sesungguhnya solatku,
ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan
mentadbirkan sekalian alam”.
Menurut Ibn al-Jawzi (w. 597h), “dan hidupku” dalam ayat ini bermaksud seluruh kehidupanku
dalam ketaatan kerana Allah S.W.T Oleh yang demikian menjadi suatu kewajipan bagi seorang
muslim mentaati syariah dan titah perintah Allah S.W.T dalam seluruh aspek kehidupannya
termasuk politik, sosial dan ekonomi. Sedia maklum bahawa perihal politik, sosial dan ekonomi
adalah termasuk dalam hukum hakam syariah yang melibatkan amal perbuatan zahir manusia.
Jika hukum hakam syariah ditolak, ini bermakna Islam hanya akan tinggal di hati dan di bibir
semata-mata. Hal ini adalah bersamaan dengan slogan golongan Murji’ah yang mengatakan,
“kemaksiatan tidak memudaratkan dengan keimanan sebagaimana ketaatan tidak bermanfaat
bersama-sama dengan kekufuran”. (Che Yusof Mamat, 1988). Sesungguhnya pemisahan
agama daripada politik dan pemerintahan hanya mengundang seribu satu masalah dan
bencana. Ini kerana kehadiran agama adalah untuk mengatur dan menegakkan keadilan
dalam kalangan rakyat dan persamaan, bukan sebaliknya. Terdapat banyak nas al-Qur’an,
hadis dan pandangan-pandangan ulama’ yang menerangkan bahawa syariah Islam adalah
satu-satunya ketuanan yang sebenar di dalam kehidupan manusia. Ia tidak boleh ditinggalkan
atau dipisahkan daripada mana-mana aspek kehidupan terutama politik. Apabila kita meneliti
pandangan ini, jelas menunjukkan bahawa segala peraturan yang lain daripada syariah Islam
hanyalah peraturan akal yang tidak dapat membantu manusia untuk memperolehi kebaikan
khususnya kebaikan di akhirat. Apatah lagi sekiranya peraturan itu meminggirkan sama sekali
peranan Allah S.W.T dalam kehidupan seperti politik sekularisme, sudah tentu ia termasuk
dalam politik akal yang amat bercanggah dengan syariah Islam. (Muhammad Syukri Salleh,
1999).
9.1.7 LANGKAH MENDEPANI ANCAMAN SEKULARISME
Pada masa kini, fenomena yang berkaitan tentang kerosakan aqidah sering kali
diperdebatkan. Kewujudannya merentasi masa, tempat dan keadaan sama ada pada zaman
awal peradaban Islam mahupun pada zaman kini malah terus berkembang. Memandangkan
isu ini berkait rapat dengan agama, maka perhatian berat terhadapnya harus diberikan. Dapat
dilihat kini umat Islam dimunculkan dengan longokan fahaman-fahaman yang dibawa oleh
Barat seperti fahaman liberalisme, pluralisme, dan sekularisme yang rata-ratanya adalah
sangat menyeleweng dari ajaran Islam sebenar. Jika ajaran atau fahaman sebegini tidak
dibendung dengan segera maka akan memberi impak jelas kepada masyarakat Islam masa
67
kini dalam pelbagai isu aqidah, akhlak, falsafah dan sebagainya. Dalam usaha merealisasikan
tanggung jawab menangani ancaman pengaruh sekularisme ini, dimensi kehidupan umat
Islam hendaklah berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang didasari dengan prinsip Tauhid
dan mengesakan Allah SWT. Kegagalan meletakkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai
panduan dan rujukan hidup akan menyebabkan kegagalan dalam membentuk sahsiah Muslim
yang komited terhadap tuntutan agama. Umat Islam masa kini disarankan untuk kembali
kepada ajaran Islam yang sebenar dengan menekankan dan menghidupkan semula elemen
Pendidikan Islam pada hari ini.
Selaras dengan kepentingannya, maka ianya perlu dijadikan satu agenda penting yang patut
dilaksanakan mengikut landasan yang sewajarnya kerana tanpa pendidikan agama,
masyarakat umumnya akan hidup dalam kemunduran, di samping akan menyebabkan
keruntuhan moral yang berleluasa. Ini memberikan kefahaman bahawa pendidikan yang
dikehendaki dalam Islam merujuk kepada pendidikan rohani manusia selaku hamba Allah di
muka bumi ini bagi memancarkan kejernihan akhlak dan budi pekerti yang tinggi selain untuk
perkembangan ilmu pengetahuan itu sendiri yang merupakan medium yang amat penting
dalam membangunkan ketamadunan manusia di dunia ini. Proses pendidikan yang
menanamkan unsur Tauhid rabbaniyyah dan uluhiyyah seperti yang dianjurkan dalam
Falsafah Pendidikan Islam akan membawa kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Pembentukan insan Rabbani mampu dicapai melalui Falsafah Pendidikan Islam yang
menyuburkan unsur ketauhidan kepada Allah sehingga mereka berakhlak mulia sejajar
dengan roh dan acuan Islam. Malah kepercayaan kepada kewujudan Tuhan dalam Falsafah
Pendidikan Islam akan dapat melahirkan pelajar yang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh
dalam setiap tindakan yang dilakukan. Hal ini kerana pelajar tersebut akan meletak
kebergantungan hanya kepada Allah SWT dengan kepercayaan bahawa setiap sesuatu itu
hanya akan terjadi apabila Allah SWT yang mengizinkan. Sehubungan dengan itu, dalam
usaha membentuk insan Rabbani yang cemerlang dari aspek akademik dan sahsiah, kedua-
dua dimensi dalam diri manusia perlu dipenuhi secara seimbang dan bersepadu. Hal ini,
bertepatan dengan konsep manusia yang terdiri daripada unsur jasad dan roh. Kefahaman
terhadap Falsafah Pendidikan Islam seharusnya dapat memberi kesedaran kepada pelajar
agar mengambil langkah yang proaktif dalam menyuburkan fungsi roh dalam diri manusia
(Zakaria Stapa 2005).
Roh yang subur dengan ilmu dan kepercayaan kepada Tuhan akan dapat mengawal jasad
daripada melakukan perkara yang melanggari syariat Allah SWT. Dengan itu, pembelajaran
dan pengajaran di sekolah perlulah berlaku seimbang dalam proses pembentukan elemen roh
dan jasad sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Islam. Kefahaman terhadap konsep
alam menurut pandangan Falsafah Pendidikan Islam menuntut kepada terbentuknya sistem
pendidikan yang memberi peluang seluas-luasnya untuk mengkaji alam semesta dan
khazanah yang terkandung di dalamnya. Hal ini, membuktikan bahawa ilmu fardhu kifayah
seperti ilmu sains, geografi dan lain-lain perlulah sentiasa diintegrasikan dengan kefahaman
berkenaan Islam secara kolektif. Hal ini kerana, seluruh kejadian alam ini adalah merupakan
tanda-tanda yang jelas terhadap kewujudan Tuhan yang Maha Berkuasa. Oleh itu, proses
pengintegrasian ilmu mampu menjadi momentum terhadap penambahan keimanan dan
kepercayaan terhadap konsep ketuhanan. Anugerah akal yang dikurniakan kepada manusia
menuntut satu tanggungjawab untuk mengendalikan alam dengan penuh hikmah
berlandaskan ilmu yang benar. Justeru itu, pendidikan yang berteraskan Falsafah Pendidikan
Islam seharusnya sentiasa mengingatkan pelajar supaya berperanan sebagai khalifah yang
berkesan untuk memakmurkan bumi menurut aturan-aturan yang telah ditetapkan supaya
segala unsur-unsur sekularisme dapat diatasi oleh umat manusia keseluruhannya (Salina Mat
Sehor et al., 2016).
68
9.2 ELEMEN UTAMA SEKULARISME
Di dalam sekularisme terdapat beberapa emelen utama, di antaranya:
9.2.1 PEMISAHAN AGAMA DARI URUSAN KEDUNIAAN
Pemisahan agama dan urusan keduniaan atau negara merupakan elemen utama dalam
fahaman sekularisme. Ini memastikan kumpulan agama tidak campur tangan dalam urusan
negara, dan negara tidak campur tangan dalam urusan agama (Scot & Hirschkind, 2006).
Fahaman ini sebagai aliran yang kononnya ingin memperbaiki kehidupan dunia dengan cara
material dan menolak pendekatan agama. Hal keduniaannya bebas daripada ajaran wahyu,
bersifat bebas hasil daripada pemikiran dan pengalaman tanpa hubungkait dengan Tuhan dan
kebahagiaan hidup ditentukan oleh dunia (Danial Zainal Abidin, 2003). Secara umumnya,
fahaman ini mendokong beberapa elemen yang mencerminkan dasar fahamannya yang
bersifat terasing daripada aspek keagamaan. Penyisihan agama daripada aspek kehidupan
boleh dilihat pada amalan masyarakat dunia hari ini yang menganggap agama hanyalah
sebahagian disiplin atau pun aspek yang setaraf dengan sejarah, ekonomi, politik dan
sebagainya (Tamim Ansary, 2014).
Sekularisme melatih para pendokongnya agar mengenepikan hal-hal akhirat dan secara tidak
langsung menumpukan kepada kehidupan di dunia semata-mata. Urusan akhirat bagi mereka
adalah perkara kedua yang akan difikirkan di akhirat (Mohd Zaidi Abdullah, 2000). Lantaran
itu, sekularisme membawa penganutnya kepada beberapa ideologi lain yang mementingkan
kehidupan dunia dengan mengenepikan unsur kehidupan agama sebagai masalah individu,
umpamanya fahaman ini melahirkan ideologi-ideologi bersifat anti agama atau non religion
seperti ideologi materialisme, individualisme, kapitalisme komunisme dan Feminisme. Dalam
konteks sikap mereka terhadap Islam umpamanya, Syariah adalah musuh utama kaum
sekularis. Ini adalah lanjutan daripada penentangan mereka terhadap agama dan akidah.
Syariah Islam banyak bertentangan dengan undang-undang dan falsafah perundangan
mereka. Misalnya, pengharaman riba, judi, arak, zina dan sebagainya. Bagi mereka, Allah
diakui sebagai pencipta alam sahaja bukan pemerintah seluruh alam. Mereka beranggapan
bahawa perundangan dan pemerintahan adalah hak mutlak manusia (Tamim Ansary, 2014).
9.2.2 MENGENEPIKAN HAL-HAL AKHIRAT
Sekularisme melatih para pendokongnya agar mengenepikan hal-hal akhirat dan secara tidak
langsung supaya mencari kehidupan di dunia semata-mata. Urusan akhirat bagi mereka
adalah perkara kedua yang akan difikirkan di dunia Akhirat nanti. Lantaran itu, sekularisme
biasanya akan mebawa penganutnya kepada beberapa ideologi lain yang mementingkan
kehidupan dunia dengan mengenepikan unsur kehidupan agama sebagai masalah individu,
umpamanya ideologi materialisme, individualisme, kapitalisme dan lain-lain lagi.
9.2.3 MENGUTAMAKAN RASIONAL AKAL
Rasional akal menjadi salah satu elemen penting dalam ideologi sekularisme. Sesuatu perkara
dinilai berdasarkan rasional akal. Justeru, masyarakat sekular akan menolak sesuatu perkara
yang pada pandangan mereka tidak logik. Oleh itu, mereka menolak agama dan tuhan kerana
berpendapat tuhan tidak boleh dilihat dan diuji (Ab. Ghaffar Don, 2014). Maka, secara asasnya
manusia harus dibenarkan bebas melakukan sesuatu mengikut kehendak dan kemahuan
mereka tanpa batasan atau ikatan agama. Ini kerana matlamat utama sekularisme ialah
membebaskan manusia daripada ikatan, gangguan dan campurtangan agama. Bagi mereka
apa yang diputuskan oleh agama termasuk segala peraturan meliputi suruhan dan larangan
69
terhadap sesuatu perkara yang bersangkutan dengan kehidupan manusia, sebahagian
besarnya bercanggah dengan rasional akal pemikiran manusia.
9.2.4 MEMPERJUANGKAN KEBEBASAN HAK INDIVIDUTANPA SEMPADAN
Sekularisme juga memperjuangkan ciri-ciri yang bersifat kebebasan seseorang individu yang
tiada bersempadan. Teori Machievelli merupakan dasar yang dipegang oleh ideologi ini, iaitu
“Ends Justify The Means”, yang bermaksud matlamat menghalalkan cara. Sekularisme juga
menampilkan cirinya yang tidak tetap dan tidak mutlak. Perundangan dan pemerintahan
secara sekular tidak mempunyai teras yang tetap dan mutlak, malah sentiasa berubah-ubah
mengikut kepentingan dan masa tanpa ada sebarang garis panduan yang mutlak. Sebagai
contoh, pandangan sekular terhadap perlakuan zina sentiasa berubah-ubah sejak abad ke 15
masihi sehinggalah kini, hal tersebut sudah menjadi hak individu yang tidak lagi menjadi
kesalahan di Barat (Ridzuan Mohd Noor & Ahmad Ahmad Fadzil, 2009). Sekularisme juga
memperjuangkan kebebasan mutlak beragama dan kepercayaan lain, dan melindungi hak
untuk menzahirkan kepercayaan agama selagi tidak menjejaskan hak dan kebebasan orang
lain. Sekularisme memastikan bahawa hak individu untuk kebebasan beragama sentiasa
seimbang dengan hak untuk bebas dari agama (Dressler & Arvind, 2011).
9.2.5 DASAR KESAMARATAAN MASYARAKAT
Antara elemen sekularisme juga ialah semua rakyat berkongsi kemudahan awam secara
samarata, tanpa mengira kedudukan, bangsa dan latar agama. Kemudahan awam seperti
hospital, sekolah, agensi keselamatan seperti polis dan juga perkhidmatan pihak berkuasa
tempatan. Walaupun dasar ini kelihatan senada dengan fahaman sosialisme atau komunisme,
namun natijah akhir kepada elemen ini bagi sekularisme ialah pengosongan atau pembebasan
dari campurtangan kelompok agama dalam urusan keduniaan manusia. Adalah mustahak bagi
dasar pemerintahan sekularisme bahawa perkhidmatan awam ini bersifat sekular, sehingga
tidak ada yang diterima atau ditolak akses penggunaannya atas alasan kepercayaan agama
(atau tiada kepercayaan agama-atheis). Semua sekolah yang dibiayai oleh kerajaana harus
tiada gangguan atau berasaskan aliran keagamaan, dengan dasar pendidikan memberi
peluang yang samarata kepada semua anak tanpa mengira agama ibu bapa mereka. Apabila
badan awam memberikan kontrak untuk penyediaan perkhidmatan kepada organisasi yang
bersangkutan dengan institusi agama atau kepercayaan tertentu, perkhidmatan tersebut mesti
disampaikan secara berkecuali, tanpa usaha untuk mempromosikan idea-idea dari kumpulan
agama tersebut (Dressler & Arvind, 2011).
9.3 IMPLIKASI SEKULARISME TERHADAP UMAT ISLAM
Ideologi sekular ini secara umumnya menimbulkan banyak kesan negatif berbanding positif ke
atas dunia Islam, terutamanya dalam aspek keluhuran akidah, peradaban dan pemikiran.
Ideologi ini telah melanda umat Islam seluruhnya, malah juga dunia secara amnya. Alan
Richardson dalam bukunya The Religion in Contemporary Debate menjelaskan bahawa dunia
yang kita lihat sekarang ini adalah hasil daripada sekularisasi umat Kristian, malah turut
membebani permasalahan peminggiran nilai agama ke dunia lain, terutamanya Dunia Islam.
9.3.1 IMPLIKASI TERHADAP KELUHURAN BERAGAMA
Serangan sekularisme terhadap agama dan keluhurannya telah memberi berbagai implikasi
terhadap agama dan keluruhannya. Secara umumnya sekularisme telah menyebabkan
implikasi kelemahan keimanan dan menggoyangkan akidah serta keyakinan terhadap
kekuasaan Allah s.w.t. Keraguan terhadap rasul, para malaikat, hari kiamat dan Al-Quran serta
70
pembalasan Qadha dan Qadar yang mengimplikasikan keimanan umat Islam semakin rapuh
dan terkeliru dengan pendapat aliran-aliran pemikiran Barat. Masyarakat Islam mula
mempertikaikan hal-hal agama terutamanya yang berupa metafizik dan tidak logik pada
pemikiran mereka, seperti kewajipan menutup aurat (Abdul Hadi awang, 2007), hal berkaitan
solat, alam akhirat dan pembalasan kubur. Misalnya, pandangan yang menghina Rasulullah
dalam kalangan umat Islam sendiri seperti pandangan seorang penulis Syria bernama
Muhammad Syahrur meletakkan kedudukan Rasululah tidak lebih daripada seorang individu
yang dikagumi bukannya sebagai manusia yang maksum (Bassim Khafaji, 2010).
Selain itu, implikasi sekularisme juga menyebabkan berlaku perubahan perwatakan individu
dari segi berfikir, bertindak, gaya hidup. Pengasingan diri dari kepentingan beragama
menyebabkan kekosongan di dalam diri dan jiwa dan kelahiran pembangunan yang tidak
seimbang. Akibatnya keruntuhan moral dan akhlak berleluasa serta gejala-gejala seperti
dadah, arak, aids, lesbian, homoseks, bunuh diri, bohsia berleluasa. Dalam bidang politik,
aliran politik Barat tertanam di dalam jiwa umat di Negara-negara Islam seperti fahaman
kapitalisme, sosialisme, nasionalisme dan lain-lain. Pada dasarnya, matlamat untuk
mendapatkan pengaruh, pangkat dan kuasa bertentangan dengan politik Islam yang
memandang jawatan itu sebagai amanah dan tugas khallifah Allah. Begitu juga, apabila
berkuasa, hendaklah menggunakan kuasa untuk menunaikan amanah, tanggungjawab
kepada masyarakat (Abdul Hadi awang, 2007). Menurut Azmi Aziz (2016), tunduk kepada
falsafah moden sekular bermakna tunduk kepada falsafah yang menafikan Tuhan sebagai
kuasa mutlak yang tertinggi dalam menentukan apa jua dasar kehidupan. Situasi yang
sepatutnya diperjuangkan ialah seluruh aktiviti sosio-politik-ekonomi mestilah bersesuaian
dengan kehendak Tuhan. Jika terdapat sebarang dasar atau aktiviti yang bertentangan maka
hendaklah dihentikan dan diusahakan mencari ganti aktiviti yang diredhai Tuhan. Inilah
kerangka yang sepatutnya diperjuangkan oleh orang-orang beragama seperti orang-orang
Asia.
9.3.2 IMPLIKASI TERHADAP AKHLAK DAN PERADABAN MANUSIA
Tugas utama golongan sekular ialah memesongkan umat Islam dari beramal dengan
agamanya mengikut jalan yang betul (Nik Azran Muhammad dan Mahadi Isa, 2009). Muslim
yang hatinya kosong dari roh agama pasti menganggap sekular itu adalah kemajuan dan
kemodenan tetapi tidak menyedari dia telah merenggangkan ikatan tali dirinya dengan Islam
yang dianutinya. Umat Islam perlulah sedar perancangan-perancangan golongan sekular ini
agar mereka tidak terjatuh ke dalam perangkap yang akan merugikan mereka di dunia dan
akhirat. Islam dan sekularisme tidak akan dapat disatu dan disebatikan kerana kedua-duanya
adalah berbeza. Al-Marhum Syeikh Mutawalli Sya’rawi sebelum menghembuskan nafasnya
yang terakhir berkata: “sedarlah bahawa tidak akan berlaku pertembungan antara hak dengan
hak tetapi pertembungan hanya berlaku antara hak dan yang batil”. Maka umat Islam perlulah
mengikut yang hak (kebenaran) dengan menurut segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan
segala laranganNya (Abdul Halim Mat Diah, 1989). Untuk mengetahui yang hak dan yang batil
menurut pandangan syarak, tugas itu perlulah dilakukan oleh ulama-ulama yang pakar lagi
ikhlas. Tidak ada jalan selamat di akhirat melainkan menerima seratus peratus ajaran Islam
yang sebenarnya mengikut al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Dari aspek implikasi sekularisme terhadap akhlak dan peradaban manusia, ideologi
sekularisme sedikit sebanyak telah meracuni pemikiran, sosial, akhlak dan peradaban
manusia. Faham sekularisme telah banyak mengakibatkan berlakunya kepincangan dalam
kehidupan masyarakat islam hari ini. Kesan yang paling nyata dari pemikiran sekularisme ialah
perubahan dalam perwatakan individu. Perubahan perwatakan ini bermaksud, seseorang itu
tidak lagi mementingkan kehidupan beragama tetapi lebih kepada menurut hawa nafsu; yang
71
mana ia seterusnya mengakibatkan berlakunya kekosongan jiwa. Impak daripda kekosongan
jiwa itu pula telah mengakibatkan moral dan akhlak para remaja khusus dalam masyarakat
Islam hari ini kian runtuh. Ini mengakibatkan banyak perkara negatif dan berbagai ragam krisis
akhlak dan moral terus menular, dan merebak: daripada kes bohsia, hamil luar nikah, diikuti
dengan pembuangan zuriat (pembuangan bayi), penderaan, gengsterisme dan vandalisme,
rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit dan selainnya.
Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana dengan perangkaan-perangkaan
yang semakin menggerunkan. Situasi ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis
akhlak yang melanda remaja di negara masyarakat ketika ini. Di Barat, amalan berfesyen
seperti punk dan skinhead telah menjadi kebiasaan bagi pemuda-pemudi mereka. Selain itu
amalan hubungan bebas juga telah menjadi kebiasaan bagi mereka kerana mereka telah tidak
berpegang kepada agama mereka yang tidak menggalakkan perlakuan-perlakuan seperti itu.
Ini membawa makna bahawasanya pemikiran sekularisme telah meracuni dan telah
membunuh bukan sahaja pemikiran, malah akhlak dan peradaban manusia secara
keseluruhan.
Selain itu, menurut Adibah Abdul Rahim (2010), pengaruh media dan ICT, seperti TV dan
internet, menjadi saluran utama kepada penyerapan pengaruh sekularisme dalam kehidupan
masyarakat kontemporari. Kedua-duanya sangat memberi kesan buruk kepada umat Islam
dan masyarakat agama lain terutamanya kerana mereka dikendalikan oleh orang yang tidak
peka terhadap agama, memperkenalkan pelbagai nilai yang sama sekali asing dengan ajaran
agama. Generasi baru telah terdedah kepada semua jenis gaya hidup dan gaya Barat. Bagi
mereka, nilai-nilai keagamaan dan ajaran yang terdapat dalam kitab suci mereka menjadi tidak
relevan. Program yang ditayangkan di TV sangat merugikan perkembangan watak baik
seseorang kerana lebih memfokuskan kepada segmen hiburan, keganasan, dan adegan seks
yang tidak beretika. Ini juga akan mempengaruhi pemikiran anak-anak muda. Program seperti
ini secara sistematik mengabaikan agama dan kerohanian aspek kehidupan.
9.3.3 IMPLIKASI TERHADAP PEMIKIRAN
Antara kesan sekularisme yang seringkali dibincangkan oleh ahli falsafah serta agamawan
ialah impaknya terhadap pemikiran seseorang individu itu. Sekularisme dapat melemah dan
menggoyahkan akidah, keimanan serta kepercayaan terhadap agama dan kewujudan serta
kekuasaan tuhan. Dari sini timbulnya keraguan terhadap pegangan dan ajaran agama,
contohnya dalam agama islam ialah kesangsian terhadap rasul, para malaikat, hari kiamat,
dan Al-Quran. Ini menyebabkan keimanan umat islam semakin rapuh dan seterusnya
membawa kepada pegangan terhadap perkara duniawi dan kebendaan semata-mata.
Berikutan dengan inilah, penekanan terhadap hukum agama tidak lagi diambil serius oleh
sebahagian kelompok masyarakat. Ini boleh dilihat makin berleluasa dalam komuniti di
Malaysia sendiri, misalnya umat Islam dengan bersahaja mengunjungi kelab kelab malam,
mengambil rasuah dan sebagainya yang nyata berlawanan dengan tuntutan agama.
9.3.4 IMPLIKASI TERHADAP EKONOMI
Dari segi ekonomi, fahaman sekularisme menyebabkan lahirnya dua bentuk sistem ekonomi
iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sosialis yang bermatlamatkan kekayaan dan material
semata-mata tanpa memikirkan halal, haram dan keadilan. Kehidupan umat Islam dipenuhi
dengan kehidupan duniawi tanpa ingatan kehidupan di akhirat. Amalan Riba digunakan dalam
urusan kewangan secara berleluasa walaupun dilarang keras dalam Islam (Abdul Hadi Awang,
2007). Selain itu, pendidikan, corak sistem pendidikan yang lebih mementingkan hal-hal dunia
tanpa mengambil kira kesucian jiwa dan iman yang diperlukan bagi membentuk akhlak dan
moral. Sistem pendidikan dualisma telah diperkenalkan ke seluruh dunia termasuk di Negara
72
Islam iaitu bercorak agama yang terpisah lokasi di pesantren dan pondok dan pengajian
sekular yang di instutusi milik kerajaan.
9.3.5 IMPLIKASI TERHADAP PERUNDANGAN
Dalam bidang perundangan, penggantian undang-undang dari undang-undang Islam kepada
sistem perundangan barat menyebabkan dewasa ini umat Islam tanpa segan silu
mempertikaikan keadilan perundangan Islam dan mempersendakan golongan yang
mengamalkannya. Kerajaan Mesir umpamanya telah menghapuskan mahkamah syariah
dengan memasukkan peranannya di dalam struktur mahkamah sivil. Di Malaysia umpamanya
hukuman tertinggi yang diperuntukkan untuk Mahkamah Syariah hanyalah denda RM 5 ribu,
atau 3 tahun penjara atau 6 kali sebatan (JAHEIK, 2017). Bahkan usaha untuk memartabatkan
kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia menghadapi banyak tentangan dan halangan dari
pelbagai pihak sama ada parti politik dan persatuan yang mewakili pelbagai anggota
masyarakat.
RUMUSAN
Serangan pengaruh ideologi dan pemikiran Barat terhadap umat Islam seperti fahaman
sekularisme ini berlaku apabila umat Islam jauh daripada panduan al-Quran dan al-Sunnah
dalam menjalani kehidupan. Kekacauan pemikiran berlaku apabila kita menerima atau
terpengaruh dengan ideologi atau fahaman asing yang sangat jelas bertentangan dengan
prinsip-psrinsip ajaran Islam. Kemasukan pengaruh sekularisme ke dalam Negara-negara
Islam, lazimnya di atas nama pembaharuan dan kemajuan. Ini kerana rata-rata Negara Islam
berada pada zon negara miskin atau negara membangun, maka mudah untuk fahaman Barat
diterima masuk atas alasan menjadikan Barat sebagai acuan penting ke arah negara maju.
Kesannya, masyarakat Islam akan terbelengu dengan ideologi Barat yang mengakibatkan
mereka semakin jauh dengan nilai-nilai agama. Akhirnya, Barat akan diagungkan dan diangkat
menjadi teladan kehidupan. Seterusnya membawa kepada gaya hidup umat Islam menjadi
sama seperti gaya hidup Barat yang bebas dan tiada Haluan yang jelas.Islam adalah agama
yang serba sempurna dengan kandungan ajaran Islam mencakupi semua aspek kegiatan
manusia. Segala gerak laku Muslim sentiasa terikat dalam lingkungan bidang kuasa syariah.
Semua bidang aktiviti seorang muslim boleh dianggap ibadah jika ia dilaksanakan menurut
perintah-perintah Allah S.W.T. Dunia ini adalah kebun untuk akhirat. Beriman dan berbuat baik
di muka bumi adalah bertujuan mencari keredaan Allah S.W.T di dunia dan akhirat. Oleh itu,
tidak ada sebab mengapa umat Islam perlu meniru gerakan pembebasan (liberalisme) dan
gerakan pemisahan agama dengan dunia (sekularisme) seperti yang terjadi di Eropah dan
dunia Barat keseluruhannya. Maka, sebagai umat Islam, kita wajib kembali kepada dua perisai
penyelamat utama manusia sepertimana yang disebut oleh Rasulullah SAW, iaitu kembali
berpegang kepada ajaran-ajaran al-Quran dan al-Sunnah yang menjamin keselamatan umat
manusia dunia dan akhirat.
SOALAN LATIHAN:
1. Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada lahirnya fahaman sekularisme?
2. Pada pandangan anda, adakah semua pendokong sekularisme (sekularis) menolak agama?
3. Kenapakah sekularisme sangat merbahaya kepada umat Islam?
4. Apa beza tanggapan sekularisme dan atheisme terhadap agama?
5. Bagaimanakah sikap Islam terhadap kehidupan dunia dan akhirat?
73
Bab 10:
CABARAN GLOBALISASI TERHADAP AGAMA DAN PERADABAN
Oleh: Zanirah Mustafa@Busu & Norazmila Yusuf
10.1 CABARAN GLOBALISASI
Semakin hari, agama Islam, ajaran dan syariatnya ditentang dan dicabar dengan hebat.
Namun begitu, Islam juga berkembang di serata dunia dengan begitu pesat. Namun, sifat Islam
yang sempurna dan jaminan Allah tentang kelangsungan Islam di alam ini sehinggalah
datangnya Hari Kiamat tidak bermakna kita umat Islam tidak perlu berusaha menjelaskan
tentang Islam dan merialisasikan kesempurnaannya. Keadaan ini juga tidak membenarkan kita
umat Islam bertindak pasif dalam menegakkan hukum Syariah serta syiar Islam. Di sinilah
munculnya kewajipan untuk kita lakukan dakwah, mengajak ke arah kebaikan dan cara hidup
Islam serta menegakkan hukum Allah yang jelas dan nyata. Umat Islam di Malaysia khususnya
terdedah dengan pelbagai isu dan cabaran. Antaranya ialah isu berkaitan aqidah, syariah,
akhlak, politik, ekonomi dan sosial. Allah berfiman, yang bermaksud: “Allah menjadikan hidup
dan mati manusia itu bertujuan untuk menguji siapa yang di antara kamu lebih baik
amalannya.” (al-Mulk: 2)
Isu yang dihadapi oleh umat Islam adalah disebabkan oleh dua jenis konflik, iaitu konflik
dalaman dan konflik luaran. Faktor konflik dalaman merangkumi aspek aqidah yang longgar,
terlalu mengikut nafsu, kurang pengetahuan Islam dan berfikiran bebas. Manakala faktor
konflik luaran pula merangkumi aspek tiada kesatuan di kalangan umat Islam, ancaman
musuh-musuh Islam, pergaulan bebas dan pengaruh barat dan modernisme. Hakikat
globalisasi merupakan proses globalisasi yang memungkinkan berlakunya perpindahan
secara maya nilai-nilai hidup, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah
dunia yang lain. Fenomena ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hal ini
kerana globalisasi menjadikan dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Dunia
yang dahulunya seluas mata memandang dan dipagari sempadan geografi telah berubah
dengan kehadiran globalisasi. Pada hari ini, di mana sahaja kita berada kita boleh merasakan
erti globalisasi. Perkembangan dan peristiwa semasa dunia kini berada di hujung jari kita.
Globalisasi tidak semuanya indah dan mampu dimanfaatkan seluruh masyarakat dunia.
Proses globalisasi pada hari ini berlaku secara tidak adil dan tidak seimbangkerana dasar
globalisasi kerap didominasi oleh Negara-negara maju dan merekalah yang menikmati
manfaat yang terbanyak daripadanya. Globalisasi memungkinkan terjadinya jurang yang amat
ketara antara Negara kaya dengan Negara miskin. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk
apabila Negara-negara miskin gagal untuk bersatu memperjuangkan kepentingan masing-
masing dan mengelakkan diri daripada dieksploitasi oleh Negara-negara kaya.
Manakala bagi Negara blok barat, globalisasi merupakan suatu peluang keemasan untuk
syarikat-syarikat korporat internasional milik mereka bergerak bebas, aktif dan pantas, baik
dalam bidang kewangan, perdagangan, mahupun maklumat di mana-mana sahaja yang
mereka sukai di dunia ini. Dengan kata lain, globalisasi sebenarnya merupakan satu alat yang
paling berkesan pada zaman moden ini untuk Negara-negara kaya dan berkuasa menguasai
Negara-negara lain yang lemah dan miskin. Penguasaan tersebut boleh berlaku dalam
pelbagai bentuk dan dalam hamper semua bidang.
74
Dengan berselindung disebalik tabir globalisasi dan masyarakat global, Negara-negara kuasa
besar tersebut dengan mudah boleh menguasai ekonomi dan politik serta mengeksport nilai-
nilai budaya mereka kesesebuah negara lain yang kurang maju. Contohnya, Amerika Syarikat
hari ini sebagai sebuah negara kuasa besar telah dengan sewenang-wenangnya mengeksport
nilai budaya mereka ke negara-negara islam yang miskin. Dengan menggunakan landasan
globalisasi, Amerika Syarikat berjaya menyebar dan mengglobalkan nilai-nilai dan amalan
hidup mereka keseluruh dunia. Melalui globalisasi juga, Amerika Syarikat berjaya memantau
dan menguasai ekonomi, politik, budaya dan pemikiran masyarakat dunia supaya selari
dengan kehendak mereka. Proses Amerikanisasi atau mengamerikakan masyarakat dunia ini
telah dilakukan secara amat berkesan melalui syarikat-syarikat gergasi multinasional, institusi
kewangan, tabung matawang antarabangsa, agensi PBB yang dimiliki Amerika atau yang
berada dibawah pengaruh mereka.
Globalisasi membolehkan penyebaran maklumat berlaku dengan pantas. Fenomena
globalisasi yang mendedahkan masyarakat dunia kepada penguasaan dan ancaman bentuk
baru dunia barat. Wujudnya persaingan yang lebih sengit dan memerlu pengubahsuaian
kepada kehendak globalisasi. Cabaran dan kesan globalisasi aspek ekonomi. Kemantapan
jatidiri sebagai pengisian spiritual bagi menanggani globalisasi secara positif. Konsep
globalisasi adalah dunia tanpa sempadan dunia langit terbuka, langit eletronik, berkembang
dengan cepat ke kawasan lain dunia sehingga dunia disebut perkampungan global. Ia
merupakan suatu proses ke arah persejagatan dan integrasi modal serta pasaran dunia.
Konsep “satu masyarakat” dengan gagasan ummatan wahidah dan ummatan wasatan.
Kewarganegaraan yang berteraskan aqidah melangkaui batasan geografi sesebuah negara.
Antara cabaran globalisasi terhadap agama dan peradaban adalah seperti berikut:
(a) Cabaran Dalam Pengukuhan Aqidah Umat Islam
Isu ajaran atau amalan sesat dalam kalangan umat Islam di Malaysia bukanlah suatu
kejutan dan perkara yang baru. Ajaran sesat itu sendiri kadang kala berlaku tanpa kita
sedari kerana ada sesetengah ajaran sesat itu sendiri bercampur aduk antara hak dan
batil. Lebih merumitkan, dalam ajaran tersebut dikatakan betul dan disokong oleh
golongan pentaksub yang mempercayai ajaran yang dibawa oleh ketua mereka. Ajaran-
ajaran sesat ini bukan sahaja ajaran dan kepercyaan yang mengelirukan, malahan turut
bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Oleh kerana sebahagian
besar ajaran-ajaran sesat yang ada di Malaysia tidak disebarkan secara terbuka, ianya
telah menyebabkan kegiatan mereka ini terlindung dari pandangan pihak berkuasa
agama sekaligus menyebabkan mereka lolos dari tindakan yang sewajarnya.
Disebabkan itu, tidak dapat dipastikan secara terperinci bagaimana atau apakah nilai
ajaran yang dibawa oleh mereka.
Sehingga kini, hampir setiap negeri di Malaysia mempunyai ajaran-ajaran yang
disebarkan secara senyap dan rahsia. Secara umumnya, kemunculan ajaran sesat ini
merupakan adunan pengaruh sebelum Islam dan kepercayaan animisme serta daya
reka cipta yang melampau yang terang melanggar prinsip aqidah dan syariat Islam yang
sebenar. Ada juga kes-kes yang dijumpai, ketua-ketua ajaran sesat ini mula
menyebarkan ajaran sesat ini berbekalkan ilmu tafsiran yang salah serta obses yang
melampau pada tafsiran agama yang meyebabkan mereka melakukan tafsiran mereka
sendiri, seterusnya menyebarkan ajaran sesat.
Ajaran sesat di Malaysia jelas, merupakan suatu fahaman yang mengancam aqidah
umat Islam dan perlu dibanteras sekeras-kerasnya. Sebilangan besar ajaran-ajaran
sesat terang-terangan boleh mengheret pengikut-pengikutnya keluar dari aqidah dan
syariat Islam tanpa disedari oleh pengikutnya. Yang lebih ekstrem, pengikutnya sanggup
75
keluar dari Islam, menceraikan isteri serta meninggalkan keluarga mereka. Ada juga kes,
berlaku kes-kes pembunuhan yang berlaku melibatkan pengikut-pengikut ajaran sesat
setelah menerima arahan daripada ketua mereka. Mereka beranggapan, sesiapa sahaja
yang menghalang ajaran mereka, layak disingkirkan atau dibunuh.
Pertumbuhan serta perkembangan ajaran atau amalan sesat di Malaysia bukan sahaja
menyeleweng daripada aqidah sebenar, bahkan juga menjadi unsur yang memecah-
belahkan perpaduan dan keamanan umat Islam di negara. Implikasi daripada situasi
perpecahan itu akan melenyapkan perasaan persaudaraan dalam Islam yang sangat
dititik beratkan dalam ajaran Islam sebagai kekuatan dan senjata utama yang
melambangkan keutuhan Islam. Yang lebih membimbangkan, seperti mana yang
dibayangkan Rasulullah akan ada suatu zaman, kelak umatnya berpecah-pecah. Sabda
Nabi Muhammad “Akan berpecah umatku kepada tiga puluh tiga puak, kesemuanya di
dalam neraka kecuali satu sahaja, iaitu puak yang mengikut sunnahku dan sunnah
sahabat-sahabatku” [Riwayat al-Tirmizi, No: 2641]. Oleh itu, untuk membasmi dan
mengatasi ancaman ajaran sesat yang terdapat di negara kita ini, maka setiap umat
Islam haruslah bertanggungjawab serta mengkaji sesuatu ajaran itu secara terperinci
dengan berlandaskan kepada ajaran Islam yang sebenar supaya keimanan serta
ketakwaan terhadap ajaran Islam tetap terpelihara tanpa terperdaya dan terperangkap
dengan ajaran yang menyeleweng.
Selain itu berkaitan dengan isu murtad. Murtad ataupun riddah merupakan satu istilah
yang diberikan oleh Islam kepada perbuatan seorang muslim yang melakukan suatu
perkara yang boleh mengeluarkan dia daripada syariat Islam, baik berupa perbuatan
ataupun kepercayaan serta keyakinan yang mencukupi syarat untuk mengeluarkan dia
daripada agama Islam. Perbuatan ini adalah sekeji-keji kufur kerana orang yang murtad
berlainan hukumnya daripada orang kafir lainnya pada beberapa perkara tertentu. Orang
yang murtad juga diertikan sebagai orang yang telah melakukan jenayah yang menghina
Islam, itu adalah contoh yang buruk bagi orang lain yang mungkin terpengaruh dengan
dakyahnya. Hal ini tentunya menimbulkan fitnah kepada Islam. Allah menjelaskan
bahawa antara sebab yang menjadikan seseorang itu menjadi murtad adalah akibat dari
kelemahannya untuk bertindak balas ke atas serangan musuh-musuh Islam yang
melancarkan serangan dari pelbagai sudut dan bentuk yang tidak mampu ditangkis oleh
umat Islam kerana lemah daya pemikiran lantara jahil terhadap agamanya sendiri
(Shiddeq, M. S. ,2015).
Antara peristiwa murtad di Malaysia, seorang gadis melayu pada tahun 1950 yang
bernama Natrah adalah berpunca daripada kelemahan undang-undang Islam kepada
undang-undang sivil ciptaan manusia seterusnya berlanjutan di negara kita sehinggalah
pelbagai kes murtad berlaku selepas itu seperti kes murtad Hartina Jamaluddin pada
tahun 1988, kes Aisyah Bukhari pada tahun 1997 dan pelbagai kes lain lagi sehinggalah
isu yang cukup hangat dengan kemunculan kes Azlina Jelani yang telah murtad dan
mahu menukarkan nama dan perkataan agama Islam di kad pengenalannya kepada
nama dan agama Kristian. Perbuatan seperti ini boleh mengakibatkan seseorang itu
terputus hubungan sebagai suami isteri disebabkan perbezaan agama antara suami dan
isteri. Permasalahan murtad ini sebenarnya telah lama berlaku dalam sejarah Islam,
bahkan ianya bermula sejak zaman Nabi Muhammad lagi apabila wujud umat Islam yang
munafik dan beriman kepada baginda disebabkan takut dan masuk Islam hanya untuk
kepentingan dunia seterusnya kufur dan lari daripada Islam apabila mereka merasakan
wujud peluang untuk berbuat demikian seperti Abdullah ibn Jahsy dan Abdullah ibn
Kathai juga seperti kisah yang terdapat dalam hadith Muadz ibn Jabal RA yang
76
mengarahkan dibunuh Yahudi yang murtad setelah memeluk Islam yang diriwayatkan
oleh Imam Bukhari dan Muslim.
Melalui kewujudan institusi-institusi keagamaan yang diwujudkan khusus untuk
menjaga kesucian dan keharmonian agama Islam. Bukan sahaja institusi ini yang perlu
memainkan perananan, malahan kita juga sebagai muslim perlulah bersama
mengembeleng tenaga untuk memastikan kelestarian dan keamanan agama Islam
kekal terjaga dan terpelihara. Kita perlu bertanggungjawab dalam menjelaskan
keburukan murtad. Tetapi perlu diingatkan, gerakan misionaris sekarang telah mula
memasuki institut agama. Oleh itu, kita perlulah mengawasi sesama kita supaya
berhati-hati dengan dakyah mereka. Menceritakan tentang murtad dari kaca mata
Islam adalah salah satu cara menyekat gejala murtad dari meresapi umat Islam seawal
dari bangku sekolah lagi.
Isu ideologi baru juga salah satu cabaran umat Islam pada masa kini. Gerakan atau
aliran pemikiran baru bermaksud aliran pemikiran yang merangkumi pemikiran-
pemikiran sama ada pemikiran yang berasal dari barat moden atau yang baru sahaja
muncul ke dunia melayu. Kedua-duanya dikirakan aliran yang baru dan boleh meresap
atau merosakkan pemikiran yang sebenar, khususnya di negara Malaysia. Antara
cabaran kepada umat Islam, amnya kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah melalui aliran ini
ialah cabaran terhadap aqidah yang mampu dirosakkan. Selain itu, aliran ini juga
menjadi cabaran kepada masyarakat yang terlalu bersifat kebendaan yang berlebihan
kerana budaya konsumerisme yang melihat hampir semua perkara dianggap sebagai
barangan. Hal ini juga mengancam keselamatan umat dan negara selain mengganggu
perpaduan umat Islam yang seharusnya menjadi contoh perpaduan namun berpecah-
belah akibat fahaman yang pelbagai jenis yang bercanggah dengan pemikiran arus
perdana Islam. Ini juga termasuk dalam cabaran menjayakan al-din al-nasihah
sebagaimana yang dihuraikan dalam pemikiran arus perdana Islam, yang banyak
terbengkalai dan tidak terlaksana (Uthman El-Muhammady, 2009).
Antara bentuk pemikiran baru adalah Islam Liberal. Aliran ini sedang mengancam
keberadaan agama Islam yang selaras dengan syariat yang sebenar. Menurut Uthman
El-Muhammady (2009), aliran ini boleh dilihat dengan jelas elemen-elemennya dalam
buku tulisan Ulil Abshar ‘Menyegar Kembali Pemahaman Islam’ melalui suntingan beliau
dalam buku ‘Islam Liberal & Fundamental’. Menurut tulisannya, beliau menyatakan
dengan terang bahawa pemikiran ini menuntut penafsiran Islam non-literal, substansial,
kontekstual dan sesuai dengan peradaban manusia yang sedang dan terus berubah.
Selain itu, aliran ini juga menuntut penafsiran yang dapat memisahkan mana-mana
unsur di dalamnya yang merupakan ciptaan budaya setempat dan yang mana
merupakan nilai fundamental. Antara cabaran lain melalui pemikiran Islam Liberal ini
ialah mereka menuntut struktur sosial yang jelas memisahkan antara kuasa politik dan
kuasa agama. Ini bermaksud, agama adalah urusan peribadi, sementara politik adalah
hasil kesepakatan masyarakat melalui proses demokrasi sepenuhnya. Hal ini jelas
menggariskan tidak ada hukum Tuhan dalam konteks undang-undang dunia.
Seterusnya aliran gerakan Syiah. Walaupun gerakan ini difatwakan haram dan dilarang
untuk diajar atau disebarkan di Malaysia, aliran ini tetap berkembang secara senyap.
Aliran ini mempunyai aqidah yang pada pokoknya berlawanan dengan arus perdana
aqidah Islam. Antaranya aqidah imam ma’sum yang menyatakan para imam Syiah
mempunyai makam yang terpuji serta kedaulatan memerintah alam semesta. Selain itu,
mereka juga memusuhi para Sahabat Nabi Muhammad SAW. Dalam teks lama Syiah
yang masih menjadi rujukan mereka sampai sekarang iaitu ‘Rijal al-Kashshi’ oleh Abu
77
Jaq’far Muhammad bin al-Hassan al-Tusi, menyatakan bahawa para Sahabat murtad
selepas wafat Rasulullah melainkan tiga Sahabat, iaitu Salman al-Farisi, Abu Dharr al-
Ghifari dan Miqdad bin al-Ashwad. Mereka menganggap Sahabat seperti Abu Bakar RA,
Umar al-Khattab RA dan Uthman ibn Affan RA sebagai musuh yang sebesar-besarnya.
Kesan daripada pimikiran ini menyebabkan Islam itu sendiri runtuh kerana para Sahabat
adalah pemimpin umat Islam yang menyampaikan kepada kita masa kini iaitu al-Quran
dan sunnah serta maklumat sejarah awal Islam. Ini juga gambaran yang memburukkan
Rasulullah SAW kerana menggambarkan baginda gagal melahirkan manusia yang
beramanah dalam sejarah Islam. Begitulah cabaran umat Islam melalui gerakan atau
aliran pemikiran baru yang sedang menentang dan mencabar syariat Islam yang
sebenar. Apa yang perlu kita lakukan adalah mendedahkan pemikiran Islam yang
sebenar menepati syariat. perlaksanaan Islam arus perdana melalui pemikiran Ahli
Sunnah Wal Jamaah perlu diteruskan demi menjaga kebenaran hakiki agama Islam
demi mencapai keseragaman dalam pegangan dan cara berfikir, demi kestabilan
intelektual, rohani dan etika serta demi menjaga kerangka peradaban dalam kalangan
umat Islam yang seharusnya mendapat faedah yang besar melalui perlaksanaan Islam
Rahmatan lil alamin.
(b) Cabaran Dalam Melaksanakan Syariat Islam
Isu mengenai kefahaman yang salah mengenai konsep fardhu ain dan fardhu kifayah.
Fardhu ain dan fardu kifayah merupakan istilah fiqh yang merupakan hasil daripada
hukum taklifi dan memiliki keterkaitan dengan hukum wajib. Kata fardu yang berasal dari
kata ‘farḍ’ dalam bahasa Arab, secara bahasa bermaksud ukuran (al-taqdīr) dan juga
putus (al-qaṭʿ). Fardhu ain ialah seseorang itu wajib melakukan sesuatu pada waktu yang
wajib ia melakukannya. Tidak gugur fardhu itu dari seseorang sekiranya ada orang lain
yang melakukannya. Fardhu ain juga boleh definisikan sebagai melakukan apa yang
disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Manakala Fardhu Kifayah pula
ialah suatu kewajipan apabila sebahagian orang melaksanakannya, maka kewajipan itu
gugur bagi yang lainnya seperti berjihad, solat berjamaah, pakar dalam suatu bidang dan
sebagainya. Ia terbahagi kepada beberapa bahagian seperti kifayah dini, kifayah
duniawi, kifayah syarat hakim dan kifayah tanpa syarat hakim. Namun, masyarakat pada
masa kini menyalahgunakan konsep Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Memandang Islam
hanya pada aspek maddiah (material). Golongan ini hanya melihat Islam dari sudut
pembangunan duniawi (pembangunan ekonomi, teknologi dan ilmu) sahaja tetapi
meminggirkan atau menyisihkan aspek-aspek prinsip yang berkaitan dengan soal
keimanan. Kelompok ini melihat Islam hanya sebagai faktor motivasi untuk
membangunkan kecemerlangan duniawi tanpa mengaitkannya dengan soal dosa
pahala, syurga dan neraka. Mereka sibuk dalam soal-soal fardhu kifayah tetapi cuai
dalam persoalan asas (Fardhu Ain). Pada mereka seolah-olah ajaran Islam itu hanya
sebagai ´ideologi´ yang diperjuangkan tanpa dikaitkan dengan soal akhirat dan Hari
Pembalasan.
Isu materialisme merupakan satu sifat yang tergolong dalam kehidupan masyarakat masa
kini yang mengutamakan keinginan untuk mengejar hal kebendaan. Sedar atau tidak,
sebenarnya materialisme ini semakin terserap ke dalam sanubari masyarakat dunia yang
sedang terkejar-kejar untuk mencari kesenangan dunia dengan kebendaan yang ada
disekeliling mereka. Hal ini kerana masyarakat Malaysia kini menjadi terlalu obses dengan
kebendaan atau materialistik. Kita boleh lihat sendiri dari segi penilaian kita terhadap
seseorang yang biasanya dibuat melalui kemewahan seseorang itu seperti jenis kereta
apa yang dipakainya, rumah bagaimana yang didiaminya serta di mana, selain jenama
pakaian apa yang dipakainya. Bak kata orang, 'yang kaya disanjung dan yang miskin
78
dihina'. Akibatnya semua akan berlumba-lumba untuk kaya. Kita sendiri boleh lihat
bagaimana setiap kali musim perayaan disambut setiap tahun, di mana sanak saudara
berkumpul di kampung merupakan masa yang sangat sesuai untuk mereka saling
menunjuk-nunjuk dan mempamerkan kebendaan seperti kereta baharu. Materialisme
mempromosikan banyak perasaan negative lainnya juga sepert nafsu, keegoisan,
kecemburuan, dan rasa putus asa. Orang-orang ini melupakan nilai-nilai moral mereka
dan sering gagal untuk memahami perbedaan antara pilihan yang tepat dan yang salah.
Satu-satunya hal yang penting adalah kualitas hidup yang baik. Cara mengatasi
Materialisme ialah dengan bersyukur atas segala hal yang kita dapat dan kita miliki dalam
hidup kita, meskipun apa yang kita dapatkan tersebut belum memenuhi keinginan kita.
Isu Hedonisme menurut pergertian Kamus Dewan ialah pegangan atau pandangan
hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Ianya akan
menyebabkan generasi muda pada masa kini mudah lupa akan matlamat hidup yang
sebenar. Oleh itu, ini akan menjejaskan usaha remaja untuk menjadi golongan manusia
yang sempurna dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Kesan negatif hedonisme
juga akan meningkatkan gejala jenayah sosial dalam kalangan remaja dan belia. Jika
golongan para remaja terlibat dalam budaya ini ianya akan memburukkan lagi keadaan
tambahan pula sekarang kadar jenayah semakin meningkat dari masa ke semasa.
Budaya hedonisme juga akan memudarkan lagi nilai-nilai keagamaan dalam diri
golongan remaja dan belia (Malek, M. Dahlan A, et al.,2010). Nilai keagamaan sangat
penting kerana ianya menjadi panduan untuk kita dalam menjalani liku-liku kehidupan
yang semakin mencabar. Hedonisme mementingkan kebebasan fikiran dalam semua
aspek perlakuan yang berkiblatkan keseronokan semata-mata. Keseronokan ini hanya
diputuskan sendiri oleh akal manusia yang secara langsung selaras dengan fahaman
sekularisme yang mahu membebaskan manusia daripada unsur agama dan ketuhanan.
Akhir sekali, cara mencegah hedonisme ialah selalu bersyukur dalam setiap keadaan,
khususnya atas apa yang sudah kamu miliki. Dengan bersyukur dan selalu mendekatkan
diri kepada Tuhan, maka kamu akan lebih tenang dan tidak mudah iri hati pada
kehidupan orang lain. Selain itu, ibubapa haruslah menjadi contoh yang terbaik untuk
anak-anak kerana dengan cara ini mereka akan merasakan diri mereka disayangi dan
dalam masa yang sama dapat mengelakkan berlakunya perkara yang tidak baik.
Ibubapa haruslah meluangkan masa dan bersantai bersama anak-anak mereka agar
dapat mengeratkan lagi hubungan dalam institusi kekeluargaan.
(c) Cabaran dalam pembentukan akhlak
Isu gelaja sosial merupakan persoalan berkaitan akhlak yang tiada kesudahan. Situasi
kehidupan hari ini adalah sangat membimbangkan apabila kita merujuk kepada kes-kes
yang melibatkan keruntuhan akhlak remaja yang cenderung kepada terpengaruh dengan
budaya barat yang negatif. Masalah ini bukan sahaja dihadapi negara ini, malah ia
merupakan satu fenomena tingkahlaku sehingga menyebabkan perkara-perkara ini
disebut sebagai masalah sosial. Gejala sosial terbahagi kepada banyak sudut.
Penggunaan siber dengan cara yang tidak betul juga termasuk dalam gejala sosial.
Lebih-lebih lagi dengan perkembangan arus semasa, kebanyakan golongan remaja
menggunakan siber untuk menjalinkan hubungan sosial seperti menerusi laman web
Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain lagi yang menawarkan pelbagai tawaran serta
perkhidmatan yang menarik dan menyeronokkan yang sememangnya menarik minat
para remaja untuk menyertainya. Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa laman
web sosial sebegini mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan seperti dapat
berhubung serta membincangkan isu-isu terkini melalui ruangan siber, namun begitu
juga keburukannya kerana penggunaannya adalah tanpa kawalan. Terdapat juga para
79
remaja mungkin tidak menyedari keperluan untuk menjaga maklumat peribadi mereka,
ataupun gambar-gambar peribadi mereka daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak
dikenali dan sekaligus menjadi mangsa penjenayah dunia siber.
Selain itu, remaja juga sering terlibat dengan kegiatan dadah. Apabila seorang remaja
sudah memasuki ke fasa ini, kemungkinan untuk remaja itu pulih semula adalah sangat
tipis. Remaja akan sangat mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Selain daripada
kegiatan dadah, benda yang sudah menjadi perkara biasa dikalangan remaja pada hari
ini adalah menghisap rokok dan minum arak. Ada juga diantara mereka menganggap
jika tak berbuat demikian dianggap seorang yang tidak hebat dan tidak sanggup
mengambil risiko. Perkara-perkara ini boleh disabitkan kesalahan dan boleh dikenakan
tindakan. Jika hal tersebut berlaku, perkara itu sudah menyusahkan ibu bapa untuk
menyelesaikan perkara tersebut. Seterusnya, pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan juga sangat bahaya. Fenomena ini sudah dianggap biasa, bersentuhan
dengan yang bukan mahram, bertepuk tampar antara lelaki dan perempuan. Perkara itu
boleh menjerumus kepada zina dan boleh menyebabkan terlahirnya anak luar nikah.
Bayi tersebut sudah semestinya dibuang kerana remaja ini khuatir jika perkara ini
terbongkar kepada ibu bapa mereka. Hal ini akan menyebabkan manusia yang tidak
berdosa tergadai nyawa dengan begitu saja. Justeru itu,, tiada jalan singkat bagi
menangani masalah jenayah dan masalah sosial di kalangan remaja, melainkan
memerlukan pembabitan semua pihak seperti keluarga, ahli masyarakat, pihak sekolah,
pihak berkuasa, dan badan-badan kerajaan serta badan bukan kerajaan. Pendekatan
psikologi dan pelaksanaan undang-undang juga boleh membantu dalam menangani
permasalah ini di samping program dan aktiviti yang telah dilaksanakan.
Isu westernisasi adalah suatu budaya yang mementingkan atau mencontohi budaya dan
cara hidup orang-orang barat. Westernisasi ini kebiasaannya berlaku dikalangan remaja-
remaja ataupun orang-orang yang berusia muda. Westernisasi salah satunya dapat
melunturkan rasa nasionalisme seseorang dan menghilangkan jati diri bangsa (Mikail,
K,2009). Masyarakat yang mengikuti budaya ini selalunya berkehidupan mewah,
khususnya mereka-mereka yang hidupnya senang. Mereka akan selalu berbelanja
secara boros dan tidak memikirkan akan pembaziran yang bakal terjadi. Tidak dinafikan
mereka ini ada juga yang bersifat murah hati dengan selalu memberi sedekah kepada
yang memerlukan. Tetapi, sifat mereka yang sering berbelanja kepada benda yang tidak
berfaedah sepatutnya dibuang. Selain itu, seperti yang kita tahu, pada zaman ini sudah
terjadinya hubungan sesama jenis dan negara kita tidak terkecuali daripada perbuatan
terkutuk itu. Hubungan sejenis ini sudah dianggap perkara biasa oleh sesetengah
masyarakat kita yang sedikit kurang ilmunya dari segi agama. Lelaki berpakaian seperti
perempuan dan sebaliknya atau dalam bahasa mudah iaitu transgender juga adalah
termasuk dalam pengaruh budaya barat. Seterusnya, pernikahan yang tidak sah juga
sering berlaku di antara masyarakat kita. Hal ini kerana, mereka yang melakukan perkara
ini kerana mahu melarikan diri setelah tahu pasangannya telah mengandung anak luar
nikah. Untuk mengelakkan dimarahi oleh ahli keluarga, mereka mengambil keputusan
untuk bernikah di negara jiran. Pernikahan di negara jiran tidak diiktiraf oleh majlis agama
negara kita kerana bimbang jika pernikahan itu dibuat tidak mengikut rukun dan hukum
yang betul dari segi agama Islam. Kesimpulannya, kita sepatutnya membendung perkara
ini tetapi sebaliknya, ramai masyarakat kita khususnya remaja mengamalkan budaya
barat dan menganggap itu perkara biasa. Kita memerlukan masyarakat bersatu-padu
membantu pihak yang berwajib untuk membanteras isu ini khususnya hubungan sesama
jenis kerana itu secara terang-terang dilaknat oleh Allah SWT.
80
Isu kegoyahan institusi keluarga dan perkahwinan juga menjadi punca keruntuhan
akhlak pada masa kini dalam mengejar arus glabalisasi. Apabila ditanya mengenai
definisi atau istilah perkahwinan sudah pasti setiap pasangan yang telah menjalaninya
menginginkan hubungan yang dicipta kekal hingga ke syurga. Namun pada hakikatnya,
kini penceraian dilihat sebagai satu jalan penyelesaian terbaik yang sering diguna
pakai oleh golongan yang sudah mendirikan rumah tangga terutamanya ketika mereka
berhadapan dengan konflik dalam alam perkahwinan mereka. Penceraian boleh
didefinisikan sebagai perpisahan yang berlaku dalam kalangan suami isteri yang
disebabkan oleh tiadanya persefahaman di antara mereka. Dalam erti lain, penceraian
itu membawa maksud perpisahan yang berlaku diantara seorang suami dan seorang
isteri yang diiktiraf oleh undang-undang dan ia membolehkan kedua-dua mereka untuk
berkahwin lain. Kegoyahan institusi kekeluargaan ini kadangkala boleh melibatkan
penceraian. Seperti yang kita sedia maklum, negara kita juga antara negara yang
mempunyai kes penceraian paling tinggi. Penceraian juga sudah menjadi biasa di
kalangan masyarakat kita. Selain itu, kekurangan sumber pendapatan juga menjadi
faktor utama dalam kes ini.
Ketua keluarga tidak dapat mendapat pekerjaan yang bagus ataupun juga ketua
keluarga yang tidak bertanggungjawab dengan tidak bekerja dan sentiasa
mengharapkan pendapatan bulanan isteri. Seterusnya, hal ini berlaku kerana salah
faham antara satu sama lain. Adakala mereka-mereka ini tidak dapat mengawal emosi
sendiri dan melibatkan pertengkaran dan penderaan. Sebenarnya, jika berlaku salah
faham antara pasangan, pasangan itu seharusnya duduk dan berbincang dengan baik
dan menerima pendapat masing-masing. Selain itu, kewujudan orang ketiga menjadi
salah satu sebab penceraian. Tidak semestinya sang suami, malah si isteri juga ada
yang terlibat kes kecurangan. Curang berlaku disebabkan tiada lagi kesefahaman antara
suami dan isteri. Ada juga si suami yang sudah bosan dengan isteri dan mengambil
keputusan untuk berlaku curang terhadap pasangan. Suami pula tidak memberi nafkah
zahir dan batin kepada isteri dan perkara ini mungkin akan melibatkan penceraian. Maka,
setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan yang penting untuk menjamin
kebahagiaan di dunia dan akhirat. Secara keseluruhannya tugas ketua keluarga
khususnya ibu dan bapa sangat berat jika mereka tahu ianya merupakan amanah untuk
melahirkan insan dan seterusnya melangsungkan tugas sebagai khalifah di muka bumi
ini. Secara tidak langsung segala ancaman yang boleh merosakkan aqidah, keruntuhan
akhlak, pergaulan bebas di kalangan remaja, pernyalahgunaan dadah, perlakuan zina
dan sebagainya dielakkan.
(d) Cabaran Menghadapi Agenda Kuasa Barat
Membaratkan atau lebih tepat lagi mengamerikakan masyarakat dunia, khususnya umat
Islam adalah selaras dengan aspirasi dan perancangan Zionis. Motif utamanya adalah
untuk mengukuhkan kedudukan masyarakat Yahudi di serata dunia. Dengan cara ini,
mereka dapat mengawal dunia baik dalam aspek budaya mahupun ekonomi. Pemimpin
Yahudi telah merancang untuk menguasai matawang dan ekonomi dunia supaya
mereka dapat campur tangan secara langsung terhadap pasaran saham anatarabangsa
dan memiliki syarikat terbesar dunia seperti Rockerfeler dan lain-lain. Beberapa fasal
dalam Protocol of the Oldest Zionist menegaskan secara jelas tentang keperluan
menzioniskan mata wang dunia. Di dalam Fasal 15 menegaskan; ‘Dollar wajib menjadi
mata wang dunia dalam masa 100 tahun akan datang.’ Fasal 20 dalam protocol itu
mengatakan; ‘Sesungguhnya melalui penguasaan saham saham utama dan bon bon
akan memaksa kerajaan (asing) memohon pinjaman daripada kita.” Fasal 10 Protokol
Zionis menyebut sebagai berikut: “Melalui muslihat dan permainan kita, dunia akan kita
81
dorong ke puncak perpecahan dan kehancuran. Sehinggalah mereka merelai kita
menjadi suatu kuasa pemerintah yang dapat mewujudkan kesatuan antara kita (Yahudi),
menghapuskan batasan antara negara, identiti kaum dan agama. Gerakan Zionis Yahudi
juga menggunakan globalisasi untuk menjayakan perancangan jahat mereka
menyebarkan ideologi-ideologi yang merosakkan masyarakat dunia. Merekalah yang
bertanggungjawab menyebarkan fahaman mulhid atau ateis dan falsafah sekular. Antara
agenda barat adalah seperti berikut (Ahmad Zaki Abd.Latiff, et.al,2009):
1. Dominasi media
Hampir keseluruhan media cetak dan media elektronik penting dunia hari ini seperti
Cable News Network (CNN), Associated Press (AP), UPI dan Reuters dikuasai oleh
masyarakat Yahudi dan Barat. Semua berita yang disebarkan kepada masyarakat dunia
berdasarkan persepsi Barat yang menganggap orang yang tidak sehaluan dengan
mereka sebagai tidak bertamadun dan perlu diperangi. Kuasa-kuasa barat dan Yahudi
memperalatkan sepenuhnya semua media yang mereka kuasai untuk memperluas
pengaruh hegemoni mereka.
2. Dominasi ekonomi
Globalisasi bukan sahaja memberi kesan terhadap sosiobudaya sesebuah masyarakat,
ia juga memberi impak yang mendalam terhadap sektor-sektor lain, khususnya ekonomi
dan politik. Malah, impak globalisasi terhadap ekonomi dan politik inilah yang memberi
kesan kepada perubahan budaya. Globalisasi ekonomi telah menyebabkan banyak
ekonomi negara-negara kecil terpaksa bergantung kepada negara kuasa besar.
Oleh sebab negara kuasa besar mempunyai modal yang besar dan rangkaian di seluruh
dunia, maka firma-firma mereka dengan mudah menguasai ekonomi tempatan negara-
negara miskin. Pengaruh globalisasi ini juga dapat dirasakan apabila meledaknya krisis
ekonomi yang menjalar dan menyalakan krisis politik, kewangan dan campur tangan
kuasa besar terhadap krisis dalaman negara membangun.
Globalisasi memaksa Negara-negara miskin dan membangun mengamalkan dasar
ekonomi yang liberal dengan membuka ruang seluas luasnya kepada syarikat- syarikat
gergasi Barat menguasai ekonomi mereka. Kebanyakan pemimpin negara membangun
berharap agar terbukanya hubungan dunia kerana perkembangan liberalisasi, jurang
kemiskinan dan kemunduran yang berlaku akan dapat dikurangkan. Namun,
perkembangan buruk yang mula melanda Negara membangun melakukan penyesuaian
dan liberasi ekonomi untuk terus hidup dalam perubahan arus globalisasi.
3. Dominasi politik
Kuasa politik dunia hari ini masih lagi dimonopoli oleh blok Barat yang diketuai Amerika
Syarikat. Berbekalkan kekuatan ketenteraan dan kuasa ekonomi serta penguasaan
media massa dan media eletronik dunia, kuasa-kuasa Barat tersebut terus melebarkan
pengaruh mereka ke atas hal ehwal politik dunia. Sebagai contoh, dengan menggunakan
kekuatan ketenteraan yang ada, Amerika Syarikat dan sekutu-sekutu Baratnya telah
berjaya menjajah dan menjajah semula negara-negara yang lemah dan mundur yang
tidak sehaluan dengan mereka. Dengan kekuatan politik dan ekonomi juga, mereka
berjaya menguasai agensi-agensi penting antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan lain-lain lagi.
Dengan berselindung di sebalik perang dan usaha memerangi keganasan global,
82
Amerika Syarikat dan sekutunya mengancam negara-negara lain yang tidak sehaluan
dengannya, khususnya Negara-negara Islam yang dilihat mempunyai potensi umtuk
berkembang menjadi sebuah negara yang berpengaruh. Mereka memaksa seluruh
masyarakat dunia mengamalkan sistem politik liberal ala-Barat dan menganggap sistem-
sistem lain sebagai tidak bertamadun.
Barat khususnya Amerika Syarikat menganggap sistem politik Islam sebagai
bercanggah dengan norma-norma tamadun antarabangsa, menindas wanita dan
sebagainya. Sistem hubungan antarabangsan yang ada pada hari ini dicipta dan dikawal
sepenuhnya oleh negera-Negara Barat. Biasanya undang-undang yang digubal dan
diguna pakai bertujuan memenuhi keperluan dan kepentingan kelompok mereka.
Undang-undang antarabangsa yang dicipta pihak Barat berperanan sebagai satu asas
perundangan bagi segala bentuk penjajahan politik dan ekonomi kuasa-kuasa Barat ke
atas negara-negara miskin dan lemah.
Sistem antarabangsa hari ini sebenarnya dicipta pada tahun-tahun 40-an dan ia
direncana serta digubal bagi faedah Negara-negara Atlantik Utara. Selepas tamat
Perang Dunia Kedua, keadaan geopolotik dunia telah banyak berubah. Walaupun ia
wujud dalam bentuk yang baru, tetapi “reality order” dunia masih seperti pada tahun
40-an. Sehingga kini hanya wujud dua kuasa politik utama dunia, iaitu Amerika Syarikat
dan Kesatuan Eropah. Secara umumnya kedua-dua blok Barat tersebut mempunyai
sifat dan pandangan yang sama terhadap falsafah, sejarah, nilai dan kebudayaan.
Dengan memperalatkan institusi-institusi antarabangsa seperti PBB dan agensi-
agensinya, perjanjian-perjanjian antarabangsa seperti Pakatan Brettin Woods yang
menghasilkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), dan penubuhan Pertubuhan
Perdagangan Dunia (WTO), mereka telah berjaya mendominasi politik, ekonomi dan
sistem kewangan dunia.
4. Dominasi budaya
Globalisasi Barat telah membawa kesan mendalam kepada nilai sosiobudaya
masyarakat dunia Islam dan Asia. Dengan memanfaatkan teknologi canggih dan media
massa yang mereka kuasai, Barat telah berjaya menerapkan nilai-nilai budaya mereka
kepada sebahagian besar masyarakat dunia. Dengan secara halus dan berkesan,
mereka telah berjaya mempromosi serta menerapkan corak dan gaya hidup mereka
yang dianggap sebagai terbaik serta perlu diadaptasi oleh seluruh masyarakat dunia.
Apa sahaja yang datang dari Barat digambarkan sebagai baik, bercirikan kemajuan dan
ketamadunan. Dengan secara licik, mereka mewajahkan cara hidup bukan Barat sama
ada dalam aspek budaya atau apa sahaja sebagai bukan sahaja ketinggalan zaman,
malah bercanggah dengan nilai-nilai kemanusiaan dan ketamadunan. Lantaran itu, ia
perlu ditolak dan ditentang oleh manusia sejagat. Justeru, keberkesanan agen-agen
media Barat yang menggambarkan masyarakat Barat sebagai jauh lebih maju dan telah
berjaya mencapai kemakmuran hidup, segala perlakuan mereka menjadi ikutan
masyarakat dunia. Prinsip hidup masyarakat Barat yang liberal dan kononnya tidak
mengamalkan diskriminasi antara agama, jantina dan bangsa, telah dianggap sebagai
satu kemajuan baru. Hakikatnya, pemikiran dan cara hidup Barat berasaskan hedonism
lebih banyak membawa unsur-unsur negatif kepada kemanusiaan sejagat seperti
pergaulan dan seks bebas, budaya kuning, penyalahgunaan dadah dan pelbagai gejala
sosial lain. Sehingga kini corak dan gaya hidup masyarakat Barat masih menjadi ikutan
ramai kerana pengaruh mereka yang masih kuat dan amalan nilai sosial mereka dapat
diikuti melalui media massa seperti majalah, filem, buku-buku dan televisyen serta media
83
elektronik lain. Barat tersebut telah mempengaruhi masayarakat Islam dan Asia,
khususnya golongan muda-mudi.
5. Dominasi intelektual
Penjajahan Barat yang lama bukan sahaja memberi kesan kepada geopolitik Negara-
negara umat Islam, tetapi juga ke atas aspek pemikiran umat Islam, khususnya kepada
mereka yang terdedah secara langsung kepada sistem pendidikan Barat. Golongan
anak didik Barat ini bukan sahaja menerima secara total nilai-nilai Barat, malah
memandang rendah terhadap nilai-nilai budaya mereka sendiri. Mereka turut memakai
piawaian Barat dalam menilai semua bentuk ketamadunan. Golongan inilah yang banyak
menghakis nilai-nilai budaya bangsa dan menggantikannya dengan nilai-nilai Barat yang
dianggap lebih tinggi. Mereka itu selalunya terdiri daripada golongan yang berpengaruh
dalam masyarakat serta menguasai politik dan ekonomi sesebuah Negara. Dominasi
intelektual juga ini berlaku kepada golongan intelektual yang berada di menara-menara
gading. Walaupun mereka terdiri daripada golongan cerdik pandai, tetapi pemikiran
mereka telah diracuni atau sekurang-kurangnya telah dipengaruhi oleh nilai-nilai Barat.
10.2 IMPLIKASI GLOBALISASI KE ATAS PERADABAN MANUSIA: REVOLUSI INDUSTRI
4.0 HINGGA 5.0
Islam sebagai agama yang lengkap dan menyeluruh telah meletakkan segala penyelesaian
terhadap cabaran-cabaran yang dihadapi oleh manusia. Kemajuan teknologi kini menunjangi
kehidupan menjadikan manusia terpaksa menghadapi cabaran globalisasi yang sentiassa
berkembang. Segala urusan dibantu dengan kecanggihan teknologi maklumat mampu
menghubungkan manusia dengan hanya menekan paparan skrin gajet dihujung jari sahaja.
Teknologi zaman IR 4.0 merujuk segala unsur teknologi yang ada kaitan dengan proses
mengagendakan informasi yang mengandungi maklumat tentang sesuatu dalam bentuk teks,
imej, video dan audio.
Bidang teknologi dalam Islam merupakan bidang yang sekian lama berkembang pesat
mengikut peredaran zaman. Islam tidak pernah menafikan kepesatan perkembangan duniawi.
Namun ia tidak juga meninggalkan asas-asas utama yang memastikan ketundukan manusia
kepada aturan ilahi. Selain daripada itu, masyarakat berdepan dengan cabaran perkembangan
teknologi maklumat yang amat pesat. Menurut Zafir (2018) sumber manusia era IR 4.0
terpaksa berdepan dengan masalah teknostres yang merujuk kepada keadaan tertekan
kerana tidak mampu menampung keperluan teknologi komputer dan automasi yang sangat
mendesak.
Ledakan kemajuan teknologi wujud jurang antara kebolehupayaan tenaga manusia dan
kemampuan mengendalikan industri. Fenomena ini akan mengakibatkan gejala kegelisahan,
kelesuan dan tekanan perasaan di mana ia banyak memberi kesan kepada generasi ‘baby
boomers’ yang banyak menjadi ketua keluarga pada massa kini. Seterusnya keadaan ini
mengakibatkan ketidak stabilan ekonomi keluarga (Mohd Noor Azman, 2018).
Dunia abad ke-21 sedang menghadapi satu cabaran dan perubahan yang sangat hebat yang
tidak pernah berlaku di abad yang lalu. Cabaran terbesar yang dihadapi masyarakat dunia
pada hari ini ialah globalisasi dan hegemoni kuasa-kuasa Barat. Cara globalisasi umpamanya
mempunyai implikasi yang amat luas terhadap ekonomi, budaya dan politik sesebuah Negara.
Secara umumnya globalisasi boleh ditakrifkan sebagai satu fenomena yang menjadikan dunia
seakan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan
teknologi maklumat.
84
Namun begitu, fenomona globalisasi boleh dilihat daripada pelbagai aspek. Oleh itu,
takrifannya berbeza-beza mengikut hakikat sebenar yang berlaku. Dalam kalangan
cendiakawan Barat, mereka lebih cenderung melihat globalisasi sebagai satu proses
kehidupan yang serba luas dan infiniti, merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik,
sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Secara
idealnya, globalisasi merupakan satu usaha murni untuk meletakkan dunia dibawah satu unit
yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah Negara.
Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan. Ruang udara dan langit
sesebuah Negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat daripada pelbagai
sumber di seluruh dunia yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi
canggih seperti Internet, media elektronik, dan teknologi siber. Dunia bukan sahaja tidak
bersempadan geografi tetapi pengaruh globalisasi menjangkau sempadan ekonomi, teknologi,
bahasa, budaya, ideologi dan politik, daripada segenap aspek kehidupan sesebuah
masyarakat. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan antara sesebuah Negara
dengan negara yang yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan secara
berkesan dalam tempoh yang singkat.
Implikasi gloabalisasi ke atas peradaban manusia kini telah berjaya merubah tatacara dan
resam masyarakat dunia untuk condong kearah Barat. Pihak Barat telah mempergunakan
peluang ini dengan sebaik mungkin untuk menebarkan pengaruh budaya mereka. Barat
menganggap budaya sebagai satu komuditi yang boleh digunakan untuk menguasai pasaran
dunia. Nilai eksport melalui komuditi hiburan seperti filem dan muzik merupakan satu sumber
penting pemerolehan modal dan keuntungan mutlak Amerika Syarikat. Berikut adalah antara
contoh nilai budaya Barat yang telah berjaya diglobalkan dan diterima masyarakat dunia:
1. Budaya makan
Dalam sektor makanan dan minuman, blok barat khususnya Amerika Syarikat telah berjaya
menampilkan dan mengglobalkan pelbagai jenama mereka. Antara jenama makanan yang
telah berjaya diglobalkan dan mudah diperoleh dimana-mana Bandar di dunia pada masa ini
ialah Pizza Hut, Kentucky Fried Chicken, Mc Donalds, Hamburger, dan Frankfurter. Minuman-
minuman berkarbornat keluaran industri milik kapitalis Barat dan Yahudi seperti Pepsi Cola,
Coca Cola, Seven Up dan lain-lain juga menjadi pilihan sebilangan besar masyarakat dunia,
termasuk di dunia Islam. Pelbagai jenama makanan ringan tidak berkhasiat (junk food)
berjenama Double Deckar, Chikedes, Pringles, Mr. Potatoes dan lain-lain menjadi kegemaran
golongan kanak-kanak dan remaja. Bagi menambah minat golongan ini, mereka disogokkan
pula dengan pelbagai alat dan patung permainan (Ahmad Zaki Abd.Latiff, et.al,2009).
2. Budaya Fesyen
Pihak Barat menguar-uarkan bahawa cara berpakaian dan produk pakaian keluaran mereka
sebagai berkualiti serta merupakan yang paling baik di dunia. Serentak dengan itu, mereka
melambakkan ke pasaran dunia pelbagai jenama pakaian mereka seperti Pierre Cardin, Y.
Saint Lawrence, Cocoproco, Lewis dan lain-lain juga. Jenama pakaian berkenaan menjadi
kegilaan anak-anak muda yang telah terpengaruh dengan budaya Barat. Pakaian-pakaian ini
pula dipertontonkan kepada khalayak di pertunjukkan fesyen yang diadakan di tempat-tempat
yang ekslusif dan berprestij serta diperagakan oleh para peragawati ternama yang sebahagian
besarnya terdiri daripada wanita jalang dan mereka yang tidak berakhlak.
Matlamat sebenar mereka di sebalik pertunjukkan fesyen itu adalah untuk menguasai daripada
budaya asal mereka yang lebih baik dan sopan. Strategi, taktik dan teknik yang digunakan
85
Barat cukup berkesan. Budaya asal berpakaian di sesebuah negara termasuk negara kita
semakin dilupakan dan masyarakat sekarang lebih suka mengikut fesyen Barat. Contohnya,
amat jarang dalam kalangan generasi muda Melayu hari ini yang bersongkok dan mengenakan
pakaian baju Melayu ketika ke masjid atau surau. Mereka hanya mengenakan pakaian
tradisional tersebut untuk majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan dan hari raya. Inilah
hasrat sebenar Barat supaya seluruh masyarakat dunia mengikut cara mereka dan
mengagung-agungkan budaya Barat. Dengan cara itu, mereka berjaya menguasai masyarakat
dunia serta mengaut keuntungan yang banyak melalui penjualan produk pakaian mereka
(Ahmad Zaki Abd. Latiff, et.al,2009).
3. Budaya muzik dan hiburan
Barat memperkenalkan pelbagai jenis muzik dan hiburan baru mengikut acuan mereka seperti
rock, punk, jaz, dan disko. Muzik-muzik yang berkonsepkan hedonisme ini telah berjaya
menguasai dunia. Kebanyakkan remaja pada masa ini lebih tertarik kepada muzik sensasi
Barat dan mengagung-agungkannya. Inilah yang dimahukan oleh pihak Barat supaya remaja
dan belia, terutamanya remaja dan belia islam lalai dengan hiburan. Dengan itu, mudahlah
mereka memperluas dasar imperialisme budaya mereka dan mengaut keuntungan besar.
Globalisasi ala-Amerika juga boleh dirasakan dalam bidang pembuatan dan penyebaran filem
porno, jenayah, fiksyen dan khayalan yang biasanya dibintangi artis-artis Hollywood dan
diterbitkan oleh syarikat-syarikat perfileman Barat (Ahmad Zaki Abd. Latiff, et.al,2009).
4. Hegemoni Bahasa Inggeris
Pada masa ini, bahasa inggeris adalah alat yang penting untuk perhubungan secara global.
Dianggarkan lebih 1.5 bilion manusia yang mampu bertutur dalam bahasa inggeris dan jumlah
tersebut meningkat dari semasa ke semasa. Secara reality, golongan elit yang mewarisi
kemerdekaan di sesebuah Negara Islam terdiri daripada mereka yang mendapat didikan Barat
ataupun sekurang-kurangnya terbudaya dengan corak hidup masyarakat Barat. Oleh itu,
walaupun mereka mengisytiharkan bahasa sendiri sebagai bahasa kebangsaan, tetapi pada
masa yang sama mereka masih mengagung-agungkan bahasa Inggeris. Negara-negara Barat
sejak dari dahulu lagi cukup gah dengan media massa mereka, baik media cetak mahupun
media elektronik. Media-media ini menjadi ruujukan kepada Negara-negara dari benua lain
bagi memulakan media mereka sendiri.
Dari sudut media cetak, kita boleh lihat lambakan hasil-hasil karya penulis-penulis Barat dalam
bentuk buku, novel, majalah, jurnal dan sebagainya di benua Asia. Walaupun bukan semua
hasil penulisan penulis barat berbentuk negative, tetapi mereka juga sudah pasti tidak akan
melepaskan peluang untuk menyelit dan menyebarkan fahaman mereka, lebih-lebih lagi jika
fahaman tersebut boleh mendatangkan keuntungan.
Begitu juga dengan media elektronik seperti televisyen, radio, internet dan sebagainya. Kedua-
dua jenis media massa ini menjadi senjata orang Barat untuk menjatuhkan tamadun Islam.
Kesemua ini merupakan agenda imperialisme Barat dalam bentuk baru yang bertujuan
melemahkan keimanan umat Islam serta melunturkan semangat jihad. Mereka merancang
semua ini dengan alasan memerangi apa yang mereka dakwa sebagai ciri keganasan dalam
Islam (Ahmad Zaki Abd. Latiff, et.al,2009).
Barat telah melancarkan perang psikologi keseluruh dunia dengan mengaung-agungkan
bahasa Inggeris. Sekurang-kurangnya hingga ke tahap ini, mereka telah berjaya dalam
melaksanakan misi ini. Banyak pihak percaya bahawa hanya dengan menguasai bahasa
Inggeris sesebuah negara itu dapat maju dan menguasai pelbagai bidang ilmu serta teknologi
86
terkini. Hakikatnya tidak semestinya begitu. Banyak bangsa lain di dunia ini seperti Jepun,
Korea, Perancis, Jerman dan terbaru di China, berjaya membina serta membangunkan Negara
mereka sehingga menjadi Negara maju, malah lebih maju daripada Negara Barat, meskipun
mereka tidak mendaulatkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya, sebaliknya
menggunakan bahasa dan sistem tulisan mereka sendiri.
Cendiakawan Islam Abad Pertengahan juga berjaya menguasai ilmu pengetahuan seta telah
memberi sumbangan besar kepada peradaban dunia dengan menggunakan perantaraan
bahasa Arab. Sebaliknya masyarakat Kristian Barat pula terpaksa bersusah payah
mempelajari bahasa Arab untuk membolehkan mereka mempelajari ilmu-ilmu tersebut.
Hakikat sebenar kemajuan sesebuah bangsa bukan hanya terletak pada bahasa yang
digunakan, tetapi lebih kepada keazaman dan kesungguhan bangsa tersebut mencapai cita-
citanya.
5. Hak asasi manusia
Secara fitrah, setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini inginkan kebebasan, cintakan
keadilan dan bencikan kezaliman. Kebebasan adalah hak asasi manusia yang perlu dipelihara
dan dihormati oleh semua orang. Secara realitinya, tidak semua manusia yang hidup di dunia
ini mampu menikmati kebebasan dan keadilan. Kes-kes pencabulan hak asasi manusia
berlaku di mana-mana sahaja dan di hampir sepanjang zaman. Pada hari ini, Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengisytiharkan deklarasi hak asasi manusia sedunia yang
bertujuan menjaga kebebasan dan melindungi hak asasi seluruh warga dunia.
Secara prinsip, setiap individu mempunyai hak asasi dan kebebasan, tetapi hak asasi dan
kebebasan itu juga mestilah mempunyai hadnya supaya tidak melampaui batas sempadan
orang lain atau mencabuli hak-hak masyarakat. Konsep hak asasi yang diterima pakai di dunia
pada hari ini lebih menjurus kepada hak asasi yang difahami oleh masyarakat Barat. Mereka
mengiktiraf kebebasan individu yang melampaui batasan sehingga mencabuli norma-norma
kemanusiaan dan hak-hak masyarakat umum. Contohnya mereka membenarkan perkahwinan
sejenis, menghalalkan pergaulan bebas dan seks di luar ikatan perkahwinan serta lain-lain
perlakauan luar tabii. Mereka juiga meletakkan taraf haiwan setaraf manusia sehingga layak
mewarisi pusaka (Ahmad Zaki Abd. Latiff, et.al,2009).
6. Hak asasi menurut Islam
Menurut Islam, hak adalah sesuatu yang benar dan bersesuaian dengan fitrah kejadian
serta matlamat penciptaan manusia. Sesuatu yang hak tidak boleh bercanggah dengan
nilai-nilai keadilan dan keinginan akal fikiran yang waras. Islam mengiktiraf hak asasi
semua manusia tanpa sebarang diskriminasi berasaskan warna kulit, budaya, bangsa dan
agama anutan. Hak-hak tersebut terangkung dalam maqasid al-Syari’ah yang bertujuan
melindungi lima perkara utama dalam kehidupan manusia, iaitu aqidah (agama), nyawa,
akal, maruah dan harta.
Setiap orang bebas memilih agamanya keselamatan nyawanya tidak boleh diancam, akal
fikirannya tidak boleh dirosakkan, maruahnya tidak boleh dicabuli dan hartanya tidak boleh
dirampas. Semua hak tersebut dijamin oleh Allah SWT serta bersifat tetap. Manusia tidak
berhak untuk mengubahnya mengikut kehendak mereka. Menurut Islam, manusia tidak
memiliki hak mutlak termasuk keatas diri mereka sendiri. Hanya Allah SWT yang memiliki hak
mutlak. Oleh sebab itu, manusia tidak boleh bertindak mengikut sesuka hati mereka mesikpun
ke atas diri mereka sendiri seperti membunuh diri atau membelanjakan haranya ke jalan yang
haram (Ahmad Zaki Abd. Latiff, et. al, 2009).
87
10.3 DUALISME DALAM SISTEM PENDIDIKAN
Dualisme dalam pendidikan merupakan suatu fenomena atau keadaan dimana wujudnya dua
corak sistem pendidikan kebangsaan (moden) dan keagamaan (tradisional) yang terpisah dan
berlainan baik dari segi sejarah, falsafah, matlamat, kurikulum, struktur dan pentadbirannya di
Negara Islam (Ashraf, 1985; Khadijah Zon, 1988; Muslih Usa, 1991; Rosnani, 1996; Najum
Mustaq, 2004). Kedua-dua sistem dalam pendidikan ini memisahkan kesedaran keagamaan
dan ilmu pengetahuan. Dualisme ini, bukan hanya pada aspek pemisahan tetapi masuk pada
wilayah pemisahan dan pengasingan (sekular) antara ilmu agama dan selain ilmu agama atau
biasa didefinisikan sebagai ilmu sains, ilmu moden, ilmu dunia, ilmu rasional Akliyyah.
Ahmad Mohd. Said (1996: 1) menyatakan bahawa dalam sistem pendidikan keagamaan
(tradisonal), tumpuannya adalah kepada ilmu-ilmu keagamaan atau ilmu naqliyyah (wahyu).
Manakala sistem pendidikan kebangsaan (moden) atau sekular tumpuannya semata-mata
kepada ilmu-ilmu bukan agama atau ilmu aqliyyah (rasio dan empirik). Rosnani Hashim (1996),
sistem pendidikan dualistik ini (agama dan sekular) telah menghasilkan cendekiawan Islam
yang tidak memiliki personaliti mahupun ilmu yang bersepadu.
Isu berkaitan dengan dualisme dalam pendidikan ini boleh dianggap sebagai perkara yang
masih berlaku secara berterusan dan telah mencorakkan kehidupan. Setiap individu muslim
seharusnya menyedari bahawa dualisme dalam pendidikan merupakan satu cabaran
tersendiri bagi umat Islam.
Pendidikan sebagai pra-syarat utama untuk meraih kembali kegemilangan dan identiti umat
Islam masa kini melalui pemikiran, perwatakan dan tindakan mereka semestinya dapat
menjadikan Islam sebagai gaya hidup mereka. Bagaimanapun, realitinya hari ini selain adanya
dualisme dalam sistem pendidikannya, umat Islam juga didedahkan oleh cabaran modenisasi
dan globalisasi yang banyak memperkenalkan nilai-nilai dan corak hidup sekular yang
menyebabkan mereka kurang yakin untuk menjadikan Islam sebagai asas pembinaan identiti
diri. Corak fahaman dan amalan dualisme juga berlarutan baik dalam institusi pendidikan
formal dan non formal seperti di sekolah mahupun madrasah, keluarga dan persekitaran sosial
dilihat telah memberikan impak terhadap pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelektual
pelajar. Justeru itu kajian ini akan melihat dualisme dalam pendidikan dan pengaruhnya
terhadap pembentukan nilai dan identiti pelajar.
Punca berlakunya pendidikan yang bersifat dualistik ini ialah berlaku dalam pembentukan
fahaman dan pemikiran barat terhadap ilmu yang dipengaruhi oleh falsafah mahupun konsep
dualisme dan sekularisme (al-Attas, 1978). Implikasi yang amat ketara daripada proses
sekularisasi ialah wujudnya dikotomi di dalam fikiran. Ilmu dan nilai yang mencerminkan
dualisme juga harus dalam diri individu, masyarakat, institusi dan negara. Dualisme dalam
fikiran terserlah dari pertembungan diantara akal dan wahyu, dalam ilmu diantara ilmu aqli
(sains) dan ilmu naqli (agama), manakala dalam nilai pula ialah diantara nilai-nilai tidak kudus
(profane) dan nilai-nilai kudus (sacred). Realiti berhubung pemikiran dan nilai-nilai seperti ini
nyata dalam sistem pendidikan yang memperlihatkan ilmu-ilmu sekular mendapat tempat
dalam sistem pendidikan kebangsaan. Manakala ilmu agama terbatas dalam sistem
pendidikan tradisional yang terhad dan agak terpinggir (Ahmad Mohd. Said, 1996).
Corak pendekatan dualisme dan dikotomi tersebut berimplikasi terhadap ilmu dan agama,
sains rasional dan sains keislaman kerana kedua-duanya dilihat sebagai berlawanan. Sains
rasional adalah sains yang dibina berasaskan pada pertimbangan-pertimbangan rasio yang
tidak boleh melibatkan nilai-nilai agama. Sains keislaman adalah berdasarkan wahyu, dogma
dan doktrin ajaran Islam semata yang dikategorikan tidak rasional dan cenderung irasional.
88
Mereka melihat agama tidak relevan kerana nilai-nilai yang dikandungnya bersifat dogmatik.
Persoalan ilmu di Barat hanya difokuskan kepada persoalan duniawi dengan menafikan
persoalan ukhrawi sehingga ilmu hanya bersifat utilitarian.
Pandangan bahawa alam ini terjadi secara kebetulan dibuktikan menerusi kajian saintifik yang
berasaskan pendekatan rasional, logik dan juga empiris. Ia tidak berdasarkan sebarang
maklumat ataupun fakta yang bersumber dari kitab-kitab agama atau wahyu Tuhan.
Epitemologi Barat tentang penciptaan dari Allah tidak berlaku. Sebaliknya dari sudut Islam,
epistemologi tentang kejadian alam ini didasarkan kepada sumber wahyu (Allah), dan juga
akal. Asas epistemologi ini telah menyebabkan pandangan alam (worldview) antara Barat dan
Islam tidak sama. (Wan Mohd. Nor Wan Daud, 2007; Sidek Baba, 2006).
Kedua corak epistemologi ini, memperlihatkan perbezaannya dalam corak keilmuan dan
amalan pendidikan di Negara-negara muslim. Penyebaran unsur-unsur dasar pandangan
alam Barat masuk secara senyap pada pikiran muslim melalui sistem pendidikan yang
didasarkan atas konsep pengetahuan dan asas-asasnya yang menyebabkan deislamisasi
pikiran orang Islam (Al-Attas, 1978). Ghazali Basri (2000: 41) dalam kajiannya mendapati
terdapat dua sistem pendidikan yang berjalan secara bersamaan di negara muslim iaitu:
sistem Pendidikan Kebangsaan dan Pendidikan Islam. Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah
warisan penjajah Barat yang bersifat sekular yang mengabaikan aspek rohani, moral dan
agama sebaliknya menekankan aspek akal dan fisikal. Sedangkan sistem Pendidikan Islam,
mewarisi sistem pengajian pondok yang lebih banyak hanya menumpu kepada pelajaran
agama, kerohanian dan akhlak serta mengabaikan aspek intelek, fisikal dan kemahiran akibat
pengaruh sistem pendidikan Timur Tengah. Ilmu sains sekular dan teknologi berkembang
begitu pesatnya di dunia Barat, sementara dalam dunia timur (Islam), pengajaran ilmu-ilmu
agama Islam adalah bersifat normatif-tekstual tidak ada kaitan dengan perkembangan sains
dan teknologi, ilmu-ilmu sosial, ekonomi, hukum dan ilmu kemanusiaan yang lainnya akibat
dari kejatuhan tamadun dan kemunduran ilmu pengetahuan umat Islam (Mahayuddin Hj.
Yahya, 2002; Amin Abdullah, 2003).
Sistem pendidikan dualistik ini (agama dan sekular) telah menghasilkan cendekiawan dan
Mujamil Qomar, 2005). Walaupun pada ketika ini terjadi peningkatan kesemarakan kehidupan
beragama di kalangan umat Islam, tapi masih bersifat lahiriah, formal atau simbolik. Belum
terjadi peningkatan kedalaman dan substansi yang pada gilirannya dapat meningkatkan kualiti
kehidupan sosial kemasyarakatan. Terdapat pertentangan antara kesalehan keagamaan yang
bersifat formal dan personal dengan kesalehan sosial dan komunal. Menjadi sebuah dilema
jika warga masyarakat seakan rajin menjalankan ibadah ritual dan keagamaan, tetapi pada
masa yang sama juga terjadi peningkatan perbuatan korupsi yang melanggar ajaran agama
(Azyumardi azra, 2005).
Perkara ini berlaku kerana akibat pengaruh dari dualisme dalam pendidikan yang memisahkan
aqidah, nilai-nilai kerohanian (agama) dari proses mental secara saintifik. Tuhan tetap
disembah dan diyakini wujud-Nya, tapi tidak ditemukan hubungannya dengan pikiran, ilmu
atau sains. Kepercayaan kepada Allah dipisahkan daripada proses kognitif didalam pendidikan
formal yang asasnya adalah sekularisme dimana tiada penghayatan konsep ketuhanan
didalam kurikulum. Ilmu dan pendidikan tersisih dari nilai fitrah manusia dan pendidikan
tumbuh dalam binaan asas yang menolak faktor pendidikan rabbani. Akhirnya ilmu dan
pendidikan menjadi sekular dan melahirkan para pelajar yang melihat faktor duniawi mengatasi
segala-galanya. Agama tidak dijadikan pertimbangan utama dalam penyuburan ilmu dan
pembangunan pendidikan sehingga menyebabkan fahaman sekular berkembang.
89
PENUTUP
Globalisasi ini merupakan proses interaksi dan integrasi pelbagai pemikiran institusi. Ini
penting bagi kita membuat penilaian tentang baik buruknya sesuatu nilai dari luar. Umat Islam
wajar memperkukuhkan dan memantapkan jatidiri melalui pegangan agama. Berdasarkan
tajuk isu dan cabaran semasa umat islam di Malaysia yang telah kami kupaskan, dapatlah
kami simpulkan bahawa umat Islam wajib berpegang pada sumber al-Quran dan al-Sunnah
dalam mendepani arus isu dan cabaran yang beraneka ragam dan bentuk.
Ajaran Islam tidak cukup dengan slogan retorik yang dijaja ke sana ke sini. Ianya menuntut
penghayatan dan perlaksanaan secara menyeluruh dalam setiap aspek kehidupan dalam
usaha untuk memartabatkan kembali umat islam sebagai umat terbaik dan umat pertengahan
di muka bumi Allah ini dan cadangan yang dapat kami berikan memandangkan umat islam di
Malaysia kini ditentang hebat dengan pelbagai isu dan cabaran semasa, maka penyelesaian
yang ampuh yang dapat kami cadangkan sebagai benteng pertahanan yang kukuh bagi
menangkis segala isu dan cabaran tersebut antaranya ialah peranan institusi dakwah Islam
wajar dinilai dan dikaji semula dari segi objektif dan matlamatnya, pendekatan atau teknik
dakwahnya, media atau peralatan dakwahnya dan sasarannya untuk memastikan
keberkesanannya dan kejayaan peranannya memandangkan kewajipan dakwah adalah besar
dan berat untuk menangani kes kemelut aqidah, syariah mahupun akhlak tambahan pula krisis
ini yang melanda umat islam di Malaysia zaman kini bersifat sejagat.
Selain itu, bilangan pendakwah juga perlu ditambah dan mereka perlu diberikan latihan yang
sewajarnya supaya mereka dapat menghadapi masyarakat dengan penuh hikmah dan
bijaksana dalam memberikan bimbingan dan pendidikan agama. Disamping itu juga,
cadangan lain yang dapat kami lontarkan ialah memberikan pendidikan tidak formal khusus
kepada orang awam iaitu dengan cara menggubal satu kurikulum pendidikan islam agar
mereka terus berpegang teguh dengan ajaran islam terutamanya pendidikan ilmu aqidah,
syariah dan akhlak sebagai perisai kukuh menghadapi ancaman ajaran yang menyeleweng.
Seterusnya cadangan lain, memanfaatkan fungsi masjid dan surau sebagai pusat penyebaran
ilmu dan juga pusat pendidikan lanjutan islam di kalangan umat islam agar mereka tetap terus
menghayati islam sebagai cara hidup yang lengkap dengan memperbanyakkan kelas
pengajian agama di masjid dan surau supaya umat islam dapat memantapkan pengetahuan
ilmu islam dan cadangan akhir yang dapat kami berikan di dalam kertas kerja ini ialah
menjadikan Pendidikan Islam sebagai satu proses pendidikan berterusan yang wajib dihadiri
oleh masyarakat islam terutamanya golongan lepasan sekolah dan graduan universiti. Ini
kerana pendidikan dalam Islam tidak dihadkan kepada umur tertentu atau disyaratkan atas
kedudukan sosio-ekonomi tertentu. Sebaliknya, tradisi pendidikan Islam diamalkan sepanjang
hayat dalam segala keadaan dan diceburi oleh semua anggota masyarakat.
90
RUJUKAN
A. Malik Fadjar. (1995). Menyiasati Kebutuhan Masyarakat Modern Terhadap Pendidikan
Agama Luar Sekolah, Seminar dan Lokakarya Pengembangan Pendidikan Islam
Menyongsong Abad 21, IAIN, Cirebon.
Abd. Rahman, Kamal Azmi & Ismail, Indriaty & Omar, Mohd. (2015). Kecelaruan Nilai Dalam
Falsafah Etika. Jurnal Pengajian Islam.
Abdul Azim al-Dib. (1987). Al-‘Aqlu Inda Usuliyyin. Dalam Hauliyyah Kulliyat al-Syariat Wa
al-Dirasat al-Islamiyyah. Bil.5
Abdul Aziz Dahlan (1999). Pemikiran Falsafi dalam Islam. Padang: IAIN IB Press.
Abdul Hadi Awang. (2008). Fahaman dan Ideologi Umat Islam. Selangor: PTS Publication
Abdul Halim Mat Diah. (1989). Beberapa Masalah Ummah. Percetakan ABIM, Kuala Lumpur.
Abdul karim Zaidan (Dr), (2011). Sistem-Sistem Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam
Abdul Majid Aziz Al-Zandani (1992), Tauhid Pendekatan Saintifik. C. 2, J. 2 & 3. Kuala
Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.
Abdul Rahman Haji Abdullah. (2005). Wacana Falsafah Ilmu, Analisis Konsep-konsep
Asas dan Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
Abu al-Qasim 'Abd Karim bin Hawazin bin 'Abd Malikal-Naisaburi al-Syafie al-Qushayri. (1989).
al-Risalah al-Qushayriyyah. Kaherah: Dar al-Sha'b.
Abu Hamid al-Ghazali. (1988). Ihya' 'Ulum al-Din. Kaherah: Markaz al-Ihtiram Li al-Tarjamah
Wa al-Nasyr.
Ahmad Bashir Aziz, (2004). Nilai Dan Etika Pengurusan: Analisa Dari Perspektif Agama
Di Malaysia. Seminar Nilai dalam Komuniti (SIVIC) anjuran Jabatan Pengajian Umum,
Universiti Utara Malaysia pada 4 dan 5 September 2004.
Ahmad Tibry (2006). Konsep Bahagia HAMKA: Solusi Alternatif Manusia Modern. Padang:
IAIN-IB Press.
Ahmad Yumni Abu Bakar dan Mohd. Fairuz Jamaluddin. (2014). Menjawab Islam liberal:
Pendedahan agenda Jaringan Islam Liberal (JIL) dan Sisters in Islam (SIS).
Selangor: Pts Islamika Sdn. Bhd.
Ahmad Zaki Abd.Latiff, Azam Hamzah & Azhar Mad Aros. (2009). Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS). Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Ahmadie Thoha (2006). Mukaddimah Ibn Khaldun. cet6. Jakarta:Pustaka Firdaus.
Al-‘Asfahani (1961). Abu Qasim al-Husayn bin Muhammad SAW al-Raghib. Al-Mufradat fi
Gharib Al-Quran. Mesir: Mustafa al-Bab al-Halabi.
Al-‘Asqalani (2009). Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari. Jil. 32. Jakarta: Pustaka Azzam.
Al-Alusi (1994). Ruh al-Ma’ani fi Tafsir al-Quran. Jil. 8. Beirut: Dar al-Fikr.
91
Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (1977). Faham Agama dan Asas Akhlak. KualaLumpur:
Angkatan Belia Islam Malaysia.
Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (1978). Islam and Secularism. Kuala Lumpur: ABIM
Al-Bar, Muhammad b. Ali. (2008). al-`Almaniyyah: Juzu’uha wa Usuluha. Dar al-Qalam,
Damaskus.
Al-Bukhari, Abu ‘Abdullah Muhammad bin Ismail. (2002). Sahih al-Bukhari. Jil. 2. Beirut: Dar
Ibn Kathir.
Aldous Huxley.1994. The Perennial Philosophy. New York. Dictionary of the History of ideas:
http://etext.lib.virginia.edu/cgi-local/DHI/dhi.cgi?id=dv3-56
Al-Fayruzabadi, Muhammad ibn Ya‘qub.(1998). Al-Qamus al-Muhit. Beirut: al-Mu’assasah al-
Risalah.
Al-Ghazali. (1985). Al-Munqidh.
Al-Ghazali. Ringkasan Ihya’Ulumuddin. Kuala Lumpur: Pustaka Darul Nu’man
Al-haqa bab_54. Retrieved from: http://www.geocities.com/al_haqa/bab_54.html.1 Oktober 2020.
Al-Hawali, Safar b. Abd al-Rahman. (2006) al-Ilmaniyyah: Nasy’atuha wa tatawwuruha wa
atharuha fi al Hayat al-Islamiyyah al-Mu’asirah. Maktabah al-Nur, Misr.
Ali Murtadho (2012). Jalinan dan Negara dalam Islam, Ijtimaiyya, Vol. 5, No. 1,. Lampung:
IAIN Raden Intan.
Al-Jundi, Anuar. (1998). Suqut al-Ilmaniyyah. Dar al-Kitab al-Banani, Lubnan.
Al-Mawdudi, Abu al-A‘la. (1967). Islamic Way of Life. Terj. & Ed. Khurshid Ahmad.Karachi:
Islamic Research Academy
Al-Mawdudi, Abu al-A‘la. (1986). Asas dan Prinsip Peradaban Islam. Terj. HalimuddinSH.
Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd
Al-Nadawi, Abu Hasan. (1966). Rabbaniyyah La Rahbaniyyah. Beirut:Dar al-Fath.
Al-Qaradawi, Yusuf. (1984). Islamic Awakening Between Rejection and Extremism.
International Institute of Islamic Thought Publication.
Al-Qaradawi, Yusuf. (2012). The Impact of Iman in The Life of The Individual. Oxford
University Press.
Al-Razi, Fakhr al-Din Muhammad. (1999). Tafsir al-Kabir Aw Mafatih al-Ghayb. Cet. 3. Juz.
1. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.
Altaf Gauhar. (1978). The Challenge of Islam. Islamic Council of Europe Press. London.
Al-Tirmidhi, Abu ‘Isa MuÍammad bin ‘Isa bin Saurah. (1978). Sunan al-Tirmidhi. Cet. 2. Misr:
Sharikah Maktabah.
Amin, Abdullah. (2003). Menyatukan kembali Ilmu-ilmu Agama dan Umum. Yogyakarta:
Suka Press IAIN Sunan Kalijaga
92
Anis Malik Thoha. (2014). Wacana pluralisme agama di Indonesia. Dlm Mohd Farid Mohd
Shahran (pnyt). Pluralisme agama: Satu penelitian Islami. Kuala Lumpur: Penerbit IKIM
Anwar Jasin (1985). Kerangka Dasar Pembaharuan Pendidikan Islam:Tinjauan Filosofis.
Armas, Adnin. (2005). Westernisasi dan Islamisasi. Jurnal Islamia. Vol.6/2.
Asmawati Suhid. (2005). Pemantapan Komponen Akhlak dalam Pendidikan islam bagi
Menangani Era Globalisasi. Journal Kemanusiaan, Fakulti Pengurusan dan
pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Bil. 6, Disember 2005.
Asmawati Suhid. (2009). Pendidikan Akhlak dan Adab Islam: Konsep dan Amalan. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distribution Sdn Bhd.
Azhar (1997). Muhammad SAW Filsafat Politik: Perbandingan Antara Islam dan Barat,
Cet. 2. Jakarta: PT. Raja Grafindo Persada.
Azhar Abdul Rahman et.al, (2012). Memahami Kerangka Islam. Shah Alam: UiTM Press
Azka Zihni Mohamad@Mohamed Azhar. (2007). Epistemologi dalam Pendidikan Islam
(Sarjana Pendidikan). Kuala Lumpur, Universiti Malaya.
Azmi Aziz (2016). Isu-isu Agama dan Sekularisme Dalam Ruang Sosio-politik di Malaysia.
GEOGRAFIA Online TM Malaysia Journal of Society and Space 12 issue 14.
Azmil Hashim, Mas ‘Ani Ahmad & Misnan Jemali. (2016). Pendidikan Akhlak Menurut
Kaedah Al-Ghazali. Journal of Islamic and Arabic Education 8 (1).
Azyumardi Azra (1995) Jaringan Ulama. Bandung: Mizan
Barghava, Rajeev. (2013). Multiple Secularisms and Multiple Secular States. In Sorensen,
Anders Berg (Edtr). Contesting Secularism Comparative Perspectives. Routledge
Taylor & Francis Group, London.
Berkes, Niyazi. (2013). The Development of Secularism in Turkey. Routledge Taylor &
Francis Group, New York.
Bertens, K. (2003). Etika dan Moral. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Black, Robert. (2006). The Origins of Humanism. In Angelo Mazzocco (Edt). Interpretations
of Renainssance Humanism. Brill Leiden, Bos
Chandra Muzaffar. (2006). What pluralism means to Islam. Http://www.thestar.
Che Mohd. Yusof Che Mamat. (1988). Sekularisme dan Perkembangannya dalam
Masyarakat Muslim. Penerbitan Al-Rahmaniyyah, Kuala Lumpur.
Colin E. Gunton. (1993). The One, The Three, and the Many. Cambridge: Cambridge
University Press. First edition.
Depag. (1987). al-Qur’an dan Terjemahannya. Jakarta.
Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, (1990). Kamus Besar Bahasa Indonesia, Jakarta:
Balai Pustaka.
93
Downing, David. B & Bazargan, Susan. (1991). Image and Ideology in Modern/Postmodern
Discourse. State University of New York Press.
Dr Haron Din (2015), Manusia dan Islam. J. 1, 2 & 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Endang Saifuddin Anshari. (1982). Sains Falsafah dan Agama, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ezad Azraai Jamsari, et al, (2011). Penetapan Mazhab Ahli Sunnah Wa al-Jamaah Sebagai
Definisi Islam di Malaysia: Hak Penyebaran Agama bagi Kumpulan Agama
Minoriti. Jurnal Undang-undang Dan Masyarakat. Bil. 15
Feuerbach, Ludwiq. (1982). Principles of Philosophy of The Future. Forgotten Books Press,
London.
Garner R.T. (1986). The Encyclopedia Americana. (Connecticut: Groler Incorporated).
Ghazali Basri. (2000). Sistem Pendidikan Islam: Satu Tinjauan Awal dalam Konteks
Pendidikan Nasional. ABIM
Ghazali Darussalam (1998). Dakwah Islam dan Ideologi Moden. Utusan Publications and
Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Gunawan Setiardja. (1993). Hak-Hak Asasi Manusia Berdasarkan Ideologi Pancasila.
Penerbitan Kanisius, Yogyakarta, Indonesia.
H.Hamzah Ya’kub. Dr. (1991). Etika Islam: Pembinaan Akhlakul Karimah. C.5. Bandung :
c.v Diponegoro.
Hairudin Harun, (2004). Daripada Sains Yunani Kepada Sains Islam. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Halipah Hamzah, Muhammad Azizan Sabjan & Noor Shakirah Mat Akhir (2016). Konsep
Budaya Hedonisme Dan Latar Belakangnya Dari Perspektif Ahli Falsafah Yunani
Dan Barat Moden. Jurnal al-Tamaddun, Bil 11 (1).
Hamka, Abdul Malik Karim Amrullah. (2003). Tafsir al-Azhar. Cet. 5. Jil. 12. Singapura:
Pustaka Nasional Pte. Ltd
Hamzah Ya’qub (1991). Filsafat Agama. Jakarta: Pedoman Ilmu Jaya.
Haron Din et al. (1990). Manusia dan Islam. jil. 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Haslinda Hassan. (2000). Sekularisme dan Perkembangannya dalam Pemikiran Umat
Islam. Tesis Sarjana. Universiti Malaya (tidak diterbitkan).
Hornby. (2004). Oxford Advanced Dictionary. Oxford University Press, Oxford.
Hujair A.H. Sanaky (1999). Studi Pemikiran Pendidikan Islam Modem, Volume V. Jurusan
Tarbiyah JPIFIAI.
Ibn Kathir, M. A. (2008). Tafsir Ibn Katsir (Abdul Ghoffar & Abu Ihsan, terj.). Jakarta: Pustaka
Imam Syafie.
Ibn Manzur, Jamal al-Din Muhammad. (2003). Lisan al-‘Arab. Beirut: Dar Beirut li al-Tiba‘ah.
94
Idris Zakaria & Ahmad Sunawari Long (2013). Titik Temu Antara Falsafah dan Kehidupan
Praktis. International Journal of Islamic Thought ISSN 2232-1314 Vol. 3: (June)
https://doi.org/10.24035/ijit.3.2013.003 37.
Indra Sholeh Husni (2020). Konsep Keadilan Ekonomi Islam Dalam Sistem Ekonomi:
Sebuah Kajian Konsepsional, Vol. 6, No. 1. Jurnal Tsaqafah, Unida.
Ismail Kamus, (2009). Indahnya Hidup Bersyariat. Kuala Lumpur: Telaga Biru
Ismail Mohamad, Ahmad Sunawari Long dan Mohd Nasir Omar. (2001). Falsafah Islam.
Selangor: Angkatan Edaran Ent, Sdn. Bhd.
Jalaluddin (2003). Teologi Pendidikan. Jakarta, Raja Grafindo Persada.
John Hick. (1987). Religious Pluralisme‖, Mircea Eliade (edit), The Encyclopedia of Religion,
New York: Macmillan Publication Company. Vol. 12.
Kamus Dewan, Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Dewan. (1991). Edisi Baru. Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Kamus Dewan. (2000). Edisi ke-3, Cetakan ke-5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khalif Muammar A. Harris. (2015). Islam dan Pluralisme agama: Memperkukuh tawhid di
zaman kekeliruan. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.
Khalif Muammar A. Harris. (2018). Islam dan Liberalisme: Antara Maslahah dan Mafsadah.
Afkar. Vol 20.
Klaus, Vaclav. (1997). Renaissance: The Rebirth of Liberty in Heart of Europe. Cato
Institute Press, Washington D.C.
M. U. El-Muhammady (2009). Gerakan Aliran Pemikiran Baru Dan Cabarannya Kepada
Umat Islam.
Madkur, Ibrahim. (1994). Al-Mu‘jam al-Wajiz. Misr: Majma’ al-Lughah al-‘Arabiyyah.
Mahayuddin Hj. Yahaya. (2002). Tamadun Islam. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). (2015). Pasca Modenisme dan Kelangsungan Islam.
Penerbitan MAIS, Selangor.
Malek, M. Dahlan A, et al. (2010). Jenayah Dan Masalah Sosial di Kalangan Remaja:
Cabaran Dan Realiti Dunia Siber.
Mikail, K. (2009). Sistem Politik Iran Komtemporeri dari Westernisasi hingga Islamisasi.
Jurnal Intelektualita: Keislaman, Sosial dan Sains: 8 (2).
Mohamad Johdi Salleh Dianah Omar, Fazlina Mohamad & Rohaya Ramli. (2009). Menjana
Modal Insan Kamil Model ‘jerisah’: kajian kes di kolej islam sultan alam shah,
klang, malaysia. Wacana pendidikan Islam kali ke 7. Anjuran UKM-Gontor, Indonesia.
Mohammad Ariffin Ismail. (2006). Cabaran akidah: Pemikiran Islam Liberal. Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
95
Mohammad Said, Ahmad. (1998). Dualisme Pendidikan. KPM
Mohd Aizam Mas’od. (2012). Serangan Ideologi barat Terhadap Umat Islam Dan
Implikasinya Terhadap Iman. Jurnal Penyelidikan islam. Bil. 25
Mohd Faizal Abdul Khir. (2017). Mendepani Ektremisme: Pengajaran Daripada
Kemunculan Khawarij. Jurnal al-Tamaddun. Bil. 12
Mohd Janib Johari. (2001). Etika Profesional. Johor:UTM, Skudai.
Mohd Kamal Hassan. (1987). Peranan Akhlak dalam Pendidikan. Journal Pendidikan Islam. Bil. 8:3
Mohd Nasir Masroom (2013). Hakikat Kejadian Manusia Dan Kaitannya Dengan Kesihatan
Jiwa. Conference: 3rd International Conference on Islamic Education 2013.
Mohd Nasir Omar. (1986). Falsafah etika: perbandingan pendekatan Islam dan Barat.:
Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Mohd Nasir Omar. (1992). Falsafah Etika Barat dan Islam. C.2. Kuala Lumpur: Bahagian
Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Mohd Tap b. Salleh et.al. (1991). Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Kuala
Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.
Mohd. Yusri Ibrahim. (2019). Sekularisme: Faktor, Penyebaran dan Langkah
Mengatasinya Dari Sudut Pandangan Islam. International Journal of Humanities,
Philosophy and Language. Vo. 2/1.
Muh. In‟amuzzahidin (T.t). Konsep Kebebasan Dalam Islam. Fakultas Ushuluddin dan
Humaniora Universitas Negeri Islam Walisongo.
Muh. Zainal Abidin, (2011). Ilmu Ushuluddin Konsep Ilmu Dalam Islam: Tinjauan Terhadap
Makna, Hakikat, Dan Sumber-Sumber Ilmu Dalam Islam. Program Pascasarjana
Iain Antasari Jl. A. Yani Vol. 10. Km. 4,5 Banjarmasin.
Mujammil Qomar. (2002). Epistemologi Pendidikan Islam. Jakarta: Erlangga
Mulyadhi Kartanegara (2005). Integrasi Ilmu, Sebuah Rekonstruksi Holistik. Bandung: Mizan.
Munawir Sjadzali (1991). Islam and Govermental System. Jakarta: INIS.
Musaddad Harahap, Lina Mayasari Siregar Konsep (2017). Pendidikan Islam Dalam
Membentuk Manusia Paripurna. Jurnal Al-Thariqah Vol. 2, No. 2.
Muslih Usa, Tiara Wacana, Yogya (1991). Pendidikan Islam di Indonesia antara Cita dan Fakta.
Nazneen ismail, et al. (2019). Pengamalan Hidup Beragama Dalam Kalangan Mahasiswa
Institut Pengajian Tinggi Islam Di Malaysia. Al-Irsyad: Journal Of Islamic And
Contemporary Issues. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Vol. 4. No. 2
Noor S. Z, et al. (2018). Modul Kendiri Pengantar Pendidikan Islam. Akademi Pengajian
Islam Komtemporari Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan.
96
Noresah Baharom, Rusli Abdul Ghani, Mohd. Nor Abd Ghani, Ibrahim Ahmad, Aziah Tajudin,
Salmah Jabbar, Mariam Mahmud, Diarani Mat Adam dan Rahamah Othman. (2002).
Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Nugraha, M. (2017). Konsep Ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah dan Kepentingan
Amalannya dalam Kurikulum Pendidikan Islam. TAFHIM: IKIM Journal of Islam and
the Contemporary World, 10.
Nur Erina Norazlan & Wan Rafaei Abdul Rahman (2016). Budaya Hedonisme Dalam
Kalangan Pelajar Pascasiswazah Melayu. Jurnal Pengajian Melayu (Journal of
Malay Studies) (Volume 27, No. 1, 2016, Pages 1 to 24).
Nur Zahidah Jaapar & Raihanah Azahari,. (No. 8, 2011). Model Keluarga Bahagia Menurut
Islam. Jurnal Fiqh.
Nurcholish Madjid. (1994). Pintu-pintu Menuju Tuhan. Jakarta: Paramadina.
Nurizam Yusoff at.al. (2019). Pengantar Pendidikan Islam (Modul Kendiri).
Nurush Shobahah (2019). Piagam Madinah Dan Konsep Demokrasi Modern Islam Masa
Klasik, Volume 7, Nombor 1. Jurnal AHKAM.
Paisol Burlian. (Vol. 24, No. 2; 2013). Konsep al-Nafs Dalam Kajian Tasawuf al-Ghazali.
Teologia.
Paul Barry Clarke and Andrew Linzey. (1996). Dictionary of Ethics, Theologi and Society,
New York: Routledge
Philpott, Daniel. (2002). The Challenge of September 11 to Secularism in International
Relations. World Politic Journal. Vol.55.
Qurrotul Ainiyah, Karsiyah (2017). Konsep Kesatuan Iman, Iptek dan Amal Menuju
Terbentuknya Insan Kamil dalam Perspektif Pendidikan Islam. Volume 2, Nomor
2. STIT Al-Urwatul Wutsqo Jombang
Rahmani Astuti dan Ilyas Hasan (2001). Annemarie Schimmel, “And Muhammad SAW is
His Messenger; TheVenerationof the Prophet in Islamic Piety” Dan Muhammad
SAW adalah Utusan Allah,Penghormatan terhadap Nabi SAW. Dalam Islam.
cet.Vlll. Bandung: Mizan.
Robert C. Solomon (1987). Etika Suatu Pengantar, terj. Andre Karo karo. Jakarta: Erlangga.
Rosnani Hashim. (1996). Educational Dualism in Malaysia: Implication for Theory and
Practice. Oxford University Press
Rusdin (2016). Insan Kamil dalam Perspektif Muhammad SAW. Iqbal. Vol. 12 No. 2.
Rausyan Fikr.
Ruzieha Abd Halim. (2017). Pengahayatan Agama Islam Sebagai Mediator Dalam
hubungan Antara Persekitaran Sosial dengan Salah laku Seksual Pelajar Islam.
Tesis PhD. Universiti Teknologi Malaysia. Kuala Lumpur
97
S.A, Saifuddin. (2018). Prosedur Penetapan Putusan Perkara Nusyuz (Analisis Undang-
undang keluarga Islam Negeri Johor). SAMARAH: Jurnal Hukum Keluarga dan
Hukum Islam 2, no 1.
Salama, Mohammad & Friedman, Rachel. (2012). Locating The Secular in Sayyid Qutb. The
Arab Studies Journal. Vol. 20, No. 1.
Salina Mat Sehor, Khadijah Abdul Razak & Maimun Aqsha Lubis Abdin Lubis. (2016).
Metafizik Islam Menangani Sekularisme dalam Pendidikan Moden Masa Kini. Dlm.
Maimun Aqsha Lubis, Nur Faizah Abu Hashim & Nur Shamira Abdul Wahab
(pytg).Falsafah dan Pedagogi Pendidikan Islam: Isu dan Cabaran. Penerbitan
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Saravanan Anna malai. (2018). Etika: Sebagai Panduan Hidup. Diakses:
https://www.researchgate.net/publication/323454258_Etika_Sebagai_Panduan_Hidup
Saryono. (2016). Konsep Fitrah dalam Perspektif Islam. Medina-Te, Jurnal Studi Islam.
Volum 14, Nomboe 2, Desember 2016.
Sayyid Abul A’la al-Mawdudi. (1996). Ethical Viewpoints of Islam. Labore: Islamic Publication
(pvt.) Ltd.
Shahih Bukhary. (1981). Surabaya: Penerbit Toko Kitab Al-Asriyah.
Sharifah Haayati Syed Ismail. Dr. (2000). Budaya dan Etika Kerja Tempatan dan
Pengaruhnya Terhadap Perubahan Hukum, Kertas Kerja Seminar Hukum Islam
Semasa III Peringkat Kebangasaan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 7-8
November 2000.
Shiddeq, M. S. (2015). Jenayah Murtad Di Malaysia: Permasalahan dari Perspektif
Undang-undang Syariah. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat 19 (2015): 9-16.
Shiner, Larry. (1967). The Concept of Secularization in Empirical Research. Published by
Wiley Press.
Soroyo (1991). Antisipasi Pendidikan Islam dari Perubahan Sosial Menjangkau Tahun 2000.
Subhi As-Shalih (1993). Membahas Ilmu-Ilmu al-Quran. Jakarta: Pustaka Firdaus.
Sulaiman Nordin, (1995). ed. Sains Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Sulaiman Nordin. (2001). Islam, Al-Quran dan Ideologi Maskini. Penerbitan Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Suyuti Pulungan (1999). Fiqih Siyasah: Ajaran, Sejarah, dan Pemikiran. Cet. 4. Jakarta:
Raja Grafindo Persada.
Syahrin Harahap, Hasan Bakti Nasution (t.t.). Ensiklopedia Akidah Islam. Bandung: Kencana.
Syed M. Naquib Al-Attas (2003). Filsafat dan Praktik Pendidikan Islam. Bandung: Mizan.
Syed Mohd. Naquib al-Attas (1984). Konsep Pendidikan dalam Islam, Terj. Haidar Bagir.
Bandung: Mizan.
98
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1995). Haqiqat al-Sa'adah wa Ma'naha fi al-Islam. Kuala
Lumpur: International Institute of islamic Thought and Civilization.
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (2007). Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan
Alam. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Syed Muhammad SAW Naquib al-Attas (2001). Prolegomena to the Metaphysics of Islam:
an Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam. Kuala
Lumpur: ISTAC.
Syukur, M. A. (2003). Teologi Islam Terapan: Upaya Antisipatif Terhadap Hedonisme
Kehidupan Modern. Tiga Serangkai.
The Encyclopedia of Religion. (1987). Morality and Religion. Mircea Eliade (ed), et. al. jil. 10.
New York: Macmillan Publishing Company.
Thompson, John. B (1984). Studies in The Theory of Ideology. University of California Press,
Berkeley, Los Angeles.
Tinjauan Umum Tentang Dakwah Dan Insan Kamil (t.t.). Retrived from:
http://eprints.walisongo.ac.id/2917/3/1103062_Bab%202.pdf
Usa, Muslih, (Ed.) (1991). Pendidikan Islam di Indonesia Antara Cita dan Fakta,
Yogyakarta: Tiara Wacana
Wan Adli Wan Ramli. (2012). Bahaya liberalisme dan pluralisme agama terhadap akidah
belia Muslim. Johor Bharu: Sekretariat menangani isu-siu akidah dan Syariah Majlis
Agama Islam Negeri Johor.
Wan Mohd Nor Wan Daud. (1991). The beacon on the crest of a hill: A brief history and
philosophy of the International Institute of Islamic Thought and Civilization. Kuala
Lumpur: ISTAC.
Yusof, F. M. (2007). Aliran Kepercayaan: Sejarah dan Perkembangannya di Malaysia.
Penerbit UTM Press.
Zakaria Stapa. (2005). Islam dalam Negara Malaysia Masa Kini: Analisis dari Aspek Fakta
dan Cabaran. Jurnal Penyelidikan Islam. Vol. 18.
Zakiah Daradjat (2000). Ilmu Pendidikan Islam. Jakarta: Bumi Aksara.
Zuckerman, Phil. (2019). What is Secularism. Diakses di www.psychologytoday.com pada 30
september 2020.
Zulfahmi Syamsuddin dan Wan Hasmah Wan Mamat. (2014). Perbandingan Konsep Akhlak
Al-Ghazali dan Ibn Miskawayh dalam Aspek Intelek. The Online Journal of Islamic
Education. July 2014, Vol. 2 Issue 2
Zuraidah bt Othman. (2003). Formation of Civilized Scientists through an Application
Concept of Ta’dib in Education: An Analysis. Kertas kerja ini telah dibentangkan
dalam International Conference on Islamic Education (ICIEd) 2013 pada 6-7 April di
EPF Institute (ESSET), Kajang, Selangor, anjuran Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia.
99