The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Introduction to Digital
Entrepreneurship
1.1 Digital entrepreneurship
1.2 Digital Business
Culture
1.3 Business Ethics In Digital
Business

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Ridhwan, 2020-11-08 21:02:05

MODUL E-TECHNOPRENEUR 2

Introduction to Digital
Entrepreneurship
1.1 Digital entrepreneurship
1.2 Digital Business
Culture
1.3 Business Ethics In Digital
Business

E-TECHNOPRENEUR 2

STRENGTHS = kekuatan WEAKNESSES = kelemahan

 Jenama dan penjenamaan,
 Corak operasi dan pengurusan,
 Lokasi
 Corak pemasaran
 Tenaga kerja

OPPORTUNITIES = peluang THREATS = ancaman

 Suasana pasaran
 Ekonomi
 Permintaan
 Pengeluaran
 Persaingan

Rajah 5 : Analisis SWOT

Analisa SWOT digunakan untuk menilai dan mengenalpasti, apakah kekuatan,
kelemahan, peluang dan juga halangan (ancaman) yang ada dalam menganalisis
pasaran, peluang perniagaan dan juga pengurusan perniagaan. Ia juga boleh
digunakan untuk menentukan dan menilai kemampuan diri.

Objektif pembentukan SWOT ini adalah bertujuan untuk menilai faktor luaran dan
dalaman yang dapat membantu pembentukan atau mempengaruhi sesuatu
kejayaan. Strengths dan Weaknesses adalah merupakan faktor dari dalaman
syarikat. Antara faktor dalaman yang boleh kita analisa ialah dari segi jenama dan
penjenamaan, corak operasi dan pengurusan, lokasi dan corak pemasaran serta
tenaga kerja. Dengan menilai kekuatan dan kelemahan ini, kita akan dapat menilai
dan membina strategi seterusnya untuk perniagaan kita.

36

E-TECHNOPRENEUR 2

Opportunities dan juga Threats adalah merupakan faktor dari luaran syarikat.
Disamping analisa dalaman, kita juga perlu menilai situasi luaran seperti menilai
suasana pasaran, ekonomi, permintaan dan pengeluaran dan persaingan (Robbins
dan Coulter :2007).Dalam menceburi bidang keusahawanan, penilaian terhadap
diri perlu dititik beratkan, begitu juga dalam menganalisis pasaran. Apakah
kekuatan yang kita ada untuk menceburi bidang keusahawanan?

Ilmu dan juga jaringan rakan perniagaan anda, seperti pembekal dan pembeli.
Dalam menganalisis pasaran pula, apakah kekuatan produk anda? kenapa orang
harus beli produk anda. Semua faktor yang mempengaruhi “kekuatan” perlu di
analisis bagi memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.

Begitu juga dalam menganalisi kelemahan diri. Kelemahan apakah yang boleh
menyebabkan kita kadang-kadang mudah berputus asa, dan tidak mampu
menguruskan perniagaan. Apakah punca kepada faktor yang membawa kepada
kelemahan ini.

Dalam konsep pemasaran pula, kita perlu menilai apakah kekurangan dalam
produk. Jangan sesekali meletakkan kita 100% sempurna. Analisis memainkan
peranan penting dalam menentukan sejauh mana kita mampu pergi dalam dunia
perniagaan serba moden ini. Faktor luaran seperti, peluang dan ancaman
(halangan) perlu dianalisa dan dinilai. Peluang yang ada tidak semestinya satu idea
yang baik tanpa kita melihat kepada faktor dalaman itu sendiri.

Seorang usahawan adalah bijak merebut peluang. Tetapi dalam konsep SWOT
analisis, beberapa perkara perlu diambil kira sebelum merebut peluang tersebut.
Segala tindakan perlu dianalisis dan dikaji, bagi memastikan peluang yang datang
itu, adalah peluang yang terbaik. Analisa ancaman pula lebih ke arah, menilai
apakah halangan yang bakal ditempuhi kelak.

Dalam SWOT analisis, ancaman lebih ke arah pengurusan risiko. Secara tidak
langsung kita dapat menentukan jalan yang terbaik bagi mengatasi sesuatu

37

E-TECHNOPRENEUR 2

masalah atau halangan yang timbul. Dengan adanya analisis ini, sesuatu
perancangan dapat berjalan dengan lancar.

Contoh Pertama : Pengeluar Motor Harley Davidson

FAKTOR DALAMAN

KEKUATAN (STRENGTHS) KELEMAHAN (WEAKNESSES)

 Kesetiaan pelanggan  Keluaran produk yang kurang
 Jenama terkenal (tidak kerap)
 Hubungan yang baik dengan
 Berhadapan dengan masalah
pengedar kualiti.

 Kilang hanya berada di US,
tidak berjaya tembus ke negara
luar. Seakan-akan budaya US

FAKTOR LUARAN

PELUANG (OPPORTUNITIES) ANCAMAN (THREATS)

 Pasaran antarabangsa (China  Pembeli Harley Davidson
dan India terbaru) golongan tua, pasaran perlahan

 Pembeli generasi muda (mula  Perubahan teknologi memaksa
berminat) Syarikat Harley meningkatkan

38

E-TECHNOPRENEUR 2

kos.
 Design/ rekabentuk lama dan

sama, sesuai untuk golongan
tua.

CONTOH 2 : Syarikat penerbangan kos rendah AirAsia

FAKTOR DALAMAN KELEMAHAN (WEAKNESSES)

KEKUATAN (STRENGTHS)  Kelewatan penerbangan
 Kemudahan
 Jenama dan penjenamaan
 Tenaga kerja terhad
 Pengurusan
 “Strategic Partnership”
 “Online ticketing”

FAKTOR LUARAN

PELUANG (OPPORTUNITIES) ANCAMAN (THREATS)

 Pembukaan laluan  Persaingan
 Penangguhan
penerbangan antarabangsa pembukaan

 Pembukaan/pelebaran laluan penerbangan
 Kenaikan harga minyak
lapangan terbang

39

E-TECHNOPRENEUR 2

penerbangan kos rendah
Rajah 6 : Contoh-contoh Analisa SWOT

40

E-TECHNOPRENEUR 2

41

E-TECHNOPRENEUR 2

KESIMPULAN
Busines Modal Canvas mencakupi 9 ruang yang terdiri daripada Value Proposition,
Customer Segments, Channel, Key Aktivities, Key Partnership, Key Resourses, Revenue
Streams dan Cost Structure. Kesemua ruang ini hendaklah di rangka dengan baik oleh
usahawan agar mereka boleh membuat perancangan dan tindakan yang betul bagi
mengelakan sebarang impikasi risiko kepada perniagaan mereka.
Dengan penerapan konsep Business Model Canvas juga boleh dijadikan sebagai
alat bantuan untuk persembahan kepada usahawan dalam membantu menyakinkan pihak
yang tertentu seperti bank, pemberi modal dan bakal rakan kongsi.
Disini jelas menunjukan bahawa kepintingan Bisness Model Canvas amatlah
penting bagi usahawan dalam bukan sahaja perniagaan tetapi ia boleh menunjukan
kreadibiliti diri usahawan itu.

42

E-TECHNOPRENEUR 2

PRAKTIKAL 3

ARAHAN TUGASAN
1. Tugasan akan dibuat mengikut kumpulan masing-masing yang dianggotai oleh 2-4
orang
2. Setiap kumpulan wajib menghantar tugasan ini
3. Pelajar diminta untuk menghasilkan Business Canvas Model ( BCM ) berdasarkan
indeks yang disediakan
4. Pelajar hendaklah membuat tugasan ini pada minggu ke _____

INDEKS BUSINESS CANVAS MODEL

1. Value propositions
 Keunikkan produk/perkhidmatan

Contoh Produk; Pomade
1. Membuat rambut terlihat klimis
Berpenampilan rapi adalah dambaan setiap orang. Apalagi dengan gaya rambut
rapi dan terlihat basah alami. Siapa yang tidak ingin terlihat keren? Pomade dapat
membuat rambut kamu terlihat licin dan tampak basah alami.

2. Mempertahankan posisi rambut
Dengan menggunakan produk pomade tatanan rambut kamu dapat bertahan
semama seharian, walaupu dalam beraktivitas kamu menggunakan helm atau topi.
Cukup disisir kembali, tatanan rambut kamu dapat kembali lagi. Perlu kamu ketahui,
pomade bisa kuat sampai 3 hari bila tidak dibilas.

3. Mempermudah membuat gaya rambut (Styling Rambut)
Pomade mempermudah menata rambut kamu . Karena tujuan utama dari pomade
adalah dengan membuat gaya rambut yang sesuai dengan keinginan kamu.
Dengan pomade, berbagai gaya rambut bisa kamu coba dan rambut yang susah
diatur bisa kamu mudah menatanya sesuai dengan gaya model rambut yang kamu
inginkan.

43

E-TECHNOPRENEUR 2

2. Customer segmentation
 Siapa pelanggan
 Demografi
 Google Trend

Contoh Produk Pomade
1. Pelanggan terdiri dari remaja yang berusia 18 hingga 35 tahun
2. Jantina: Lelaki
3. Target lokasi Malaysia, Singapura, Indonesia

3. Channel
 Facebook page
 Google Form
 Instagram
 Whatapps

44

E-TECHNOPRENEUR 2

PRAKTIKAL 4
ARAHAN TUGASAN

1. Tugasan akan dibuat mengikut kumpulan masing-masing yang dianggotai oleh 2-4
orang

2. Setiap kumpulan wajib menghantar tugasan ini
3. Pelajar diminta untuk menghasilkan Business Canvas Model ( BCM ) berdasarkan

indeks yang disediakan
4. Pelajar hendaklah membuat tugasan ini pada minggu ke _____
INDEKS BUSINESS CANVAS MODEL
Customer relationship
 Warranty
 Membership card
 Perkhidmatan lepas jualan.
 Khidmat Nasihat
Langkah 1: Taip https://www.canva.com/

45

E-TECHNOPRENEUR 2

Langkah 2: sila klik pada “sign up with Emal”

Langkah 3: Masukan nama, email dan password, tekan butang “Sign up”

Langkah 4: Tekan butang poster atau jenis design yang dikehendaki
46

E-TECHNOPRENEUR 2

Key resources

 Senarai pembekal/ teknologi/dana/pekerja/lokasi

Bil Nama Alamat

1. Alimin Enterprise 5232,Jalan Kampung Amir
22200 Besut, Terengganu

2. Kedai Runcit Shakri Lot 8232, Alor Lintang
22200 Besut, Terengganu

47

PRAKTIKAL 5

ARAHAN TUGASAN
1. Tugasan akan dibuat mengikut kumpulan masing-masing yang dianggotai oleh
2-4 orang
2. Setiap kumpulan wajib menghantar tugasan ini
3. Pelajar diminta untuk menghasilkan Business Canvas Model ( BCM )
berdasarkan indeks yang disediakan
4. Pelajar hendaklah membuat tugasan ini pada minggu ke _____

INDEKS BUSINESS CANVAS MODEL Alamat
Key partners
Lot 51, Jalan Durian,
 Senarai rakan niaga/agen/vendor Felda Chalok, 22200 Setiu,
Bil Nama Terengganu
3. Mohd Zuwairi Azahari Lot 5132, Alor Lintang
22200 Besut, Terengganu
4. AZtime Enterprise

Cost structure
 Senarai kos dan belanja

Bil Perkara Bil Perkara
1. Bahan Mentah 5 Gaji
2. Bil Internet 6
3. Elektrik 7
4. Minyak 8
*contoh belanja dalam perniagaan

50

PRAKTIKAL 6
ARAHAN TUGASAN

1. Tugasan akan dibuat mengikut kumpulan masing-masing yang dianggotai oleh
2-4 orang

2. Setiap kumpulan wajib menghantar tugasan ini
3. Pelajar diminta untuk menghasilkan Business Canvas Model ( BCM )

berdasarkan indeks yang disediakan
4. Pelajar hendaklah membuat tugasan ini pada minggu ke _____
INDEKS BUSINESS CANVAS MODEL
1. Revenue stream

 Hasil sampingan dari perniagaan utama
2. Key Activities

51

E-TECHNOPRENEUR 2

UNIT 3: MEDIA PEMASARAN BARU UNTUK USAHAWAN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Objektif tajuk ini adalah untuk:

1. Mengumpul semua maklumat yang berkaitan dengan produk
2. Menggunakan media sosial yang sesuai dengan perniagaan.
3. Membincangkan sosial media yang paling effektif untuk meningkatkan
prestasi syarikat.
4. Membuat buku tunai dan penyata untung rugi bagi perniagaab onliine
yang dibina.

3.1 Kewujudan Pelbagai jenis Media Sosial Online/ Online presence using various
social media (like Facebook, Instagram, and Linkedin)
Penggunaan sosial media amatlah penting pada dunia perniagaan pada zaman
teknologi kini. Penggunaan teknologi internet telah mula digunakan oleh
perniagaan bukan sahaja untuk aktiviti pemasaran malah ianya menjadi platform
penting dalam urusan mendapatkan bahan mentah dari pembekal sehingga
menjadi tempat mencari pekerja baru.

52

Media baru seperti Facebook,
Instagaram dan Linkedin mula
mendapat sambutan daripada para
peniaga kerana impak yang tinggi
kepada perniagaan. LinkedIn yang
dilancarkan pada Mei 2003, adalah
laman media sosial pilihan perniagaan
dan mempunyai 120 juta ahli berdaftar.
Daripada tiga rangkaian sosial besar;
LinkedIn, Facebook dan Twitter
LinkedIn adalah yang paling lama dan
satu-satunya rangkaian sosial yang
berorientasikan perniagaan. Linkedln
juga merupakan salah satu platform
yang memberi kelebihan kepada
usahawan untuk mengawal identiti
profesional dalam talian. Jika
seseorang usahawan mempunyai
akaun Linkedln ianya menjadi satu alat
untuk memudahkan pencarian tentang
perniagaan yang dijalankan. Ianya
juga boleh
membentuk imej yang tersendiri kerana web perniagaan usahawan boleh muncul
dalam halaman utama page carian.

53

Facebook merupakan satu alat
komunikasi yang digunakan secara
meluas. Platform media sosial yang
mulanya diperkenalkan sebagai
rangkaian komunikasi untuk kolej telah
menjadi viral dan terkenal keseluruh
dunia. Ianya menjadi platform yang
mempunyai berjuta-juta pengguna dan
dikatakan ianya adalah alat pemasaran
yang terbaik yang mampu mencapai
target pengguna dengan tepat.
Facebook merupakan alat yang terbaik
untuk memasarkan produk atau
perkhidamatan kerana ianya berhubung
secara langsung antara peniaga dan
pelangggan. Melalui rangkaian sosial
yang ada, pelanggan boleh
mengesyorkan kepada rakan-rakan
mereka produk-produk perniagaan dan
membantu memperluaskan pasaran
yang ada.

Instagram ialah alat komunikasi media
sosial yang memberikan aplikasi mudah
alih perkongsian gambar secara
percuma. Ianya mula dicipa pada 2010
oleh pengasasnya Kevin Systrom dan
Mike Krieger. Pada tahun 2012,
Facebook telah membeli aplikasi ini dan
kini terdapat lebih dari 400 juta akun
instagram telah didaftarkan.

Instagram menawarkan 3 jenis iklan
yang boleh digunakan oleh peniaga iaitu gambar, video dan Carousel. Usahawan
boleh menggunakan ke semua jenis iklan yang ditawarkan dan ianya akan
dipamerkan didalam halaman aplikasi instagram. Pelanggan boleh melihat

54

gambar, klik ke laman web peniaga atau memasang aplikasi mudah alih yang
ditawarkan. Semua ini boleh meningkatkan kesedaran kepada pelanggan dan
seterusnya berlakunya transaksi perniagaan di atas talian.

3.2 Marketing tool for social media for B2B/B2C business
E-DAGANG
Boleh ditakrifkan sebagai aktiviti pengedaran pemasaran jualan dan belian produk
ataupun perkhidmatan secara melakukan urusniaga kewangan melalui internet.
Peniaga dan pengguna boleh melakukan sebarang urusniaga secara maya tanpa
perlu bersua muka untuk menjalankan perniagaan.

KATEGORI E-DAGANG
E-dagang boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu :

a. Peniaga dengan Peniaga (B2B)
Melibatkantransaksi perniagaan antara 2 atau lebih syarikat. Contohnya syarikat
pengeluar sesuatu produk dengan pembekal yang melakukan urusniaga
pembelian bahan mentah. Begitu juga dengan rangkaian pengedarannya yang
mungkin akan memesan produk untuk jualan pada bulan akan datang.

b. Peniaga dengan Pelanggan (B2C)
Melibatkan urusniaga antara sebuah sebuah syarikat (penjual) dengan pelanggan
atau pengguna akhir yang membeli produk dengan menggunakan internet.
Contohnya, kita sebagai pengguna akhir membeli buku keusahawanan daripada
Amazon.com dengan menggunakan kemudahan edagang. Pemesanan dan
pembayaran akan dilakukan melalui internet dan penghantaran mungkin akan
dilakukan dengan kaedah pos.
KELEBIHAN E-DAGANG

a. Meluaskan pasaran ke peringkat global
Laman web yang dibuat oleh usahawan dapatdiperkenalkanserata dunia yang
mempunyai jumlah penggunaan internet yang ramai.

55

b. Perniagaan dapat beroperasi 24 jam tanpa henti
Melalui laman web, pelanggan boleh mendapatkan maklumat, memesan atau
membeli produk yang dikehendaki tanpa mengira masa dan tempat. Ini adalah
kerana laman web beroperasi 24 jam tanpa henti setiap hari.

c. Mengurangkan kos operasi
Usahawan dapat mengurangkan kos terutama berkaitan denganpromosi seperti
pengedaran bahan untuk pemasaran dan untuk mendapatkanmaklumbalas dari
pelanggan.

d. Penyampaian maklumat dengan cepat dan tepat
Pelanggan hari ini, sukakan maklumat yang terkini, tepat dan lengkap. Jadi,
maklumat yang dimuat turun dari laman web boleh diedit, dimasukkan dan
dipadam dalam jangkamasa yang singkat dalam kos yang sangat rendah.

e. Maklumbalas dengan segera dan berkesan
Melalui laman web, pelanggan boleh membuat sebarang aduan tentang kepuasan
atau masalah produk yang dibeli pada syarikat dengan lebih cepat dan pantas.

KELEMAHAN E-DAGANG

1) Isu Privasi dan keselamatan
Pelanggan bimbang menggunakan kad kredit untuk traksaksi pembelian melalui
talian disebabkan penggodam sistem komputer akan menceroboh maklumat
mereka bagi mendapatkan keuntungan. Selain itu, serangan virus dan dan
pencerobohan computer sering menakutkanpengguna untuk melakukan transaksi
melalui internet.

2) Keupayaan dan Pengalaman Usahawan

56

Keupayaan usahawan untuk menyediakan modal secukupnya untuk
membangunkan system computer dan internet yang lengkap menyebabkan
kemudahan e-dagang ini tidak dapat digunakan dengan meluasnya.
Pengetahuan dan pengalaman yang cetek dalam perniagaan melalui e-dagang
menyebabkan usahawan kurang berminat untuk menggunakan kaedah ini.

3) Kemudahan Perkhidmatan capaian internet yang lambat
Sistem capaian internet yang lambat menyebabkan transaksi perniagaan yang
dijalankan tidak memenuhi kehendak pelanggan dan sering juga membantutkan
usaha untuk menggalakkan urusniaga melalui internet.

4) Isu Pembelian dan Pemulangan
Pengguna sering tertipu oleh kerana barang yang dipamerkan di dalam laman
sesawang (website) menyukarkan pengguna untuk menilai keadaan sebenar
barang yang dibeli dan seterusnya akan membuatkan pelanggan tidak berpuas
hati dengan barangan yang telah dibeli.
Masalah pemulangan timbul apabila pelanggan tidak berpuas hati dengan barangan
yang telah dibeli. Proses pemulangan produk atau menuntut semula wang mungkin
akan mengambil masa yang lama disebabkan lokasi penghantaran pulang barang
yang jauh dan ketika waktu yang sibuk.

3.3 Marketing copy to design cover page
Face book timeline cover dan profail picture merupakan pengenalan pertama
tentang sesuatu perniagaan. Timeline dan Profail Picture menggambarkan produk
dan servis yang ditawarkan dan juga merupakan satu item penting bagi membina
like dari bakal-bakal pelanggan anda.
Oleh itu, amatlah penting untuk membezakan profail dan timeline ini. Profail ialah
gambar kecil yang ada disebelah kiri dan Timeline ialah gambar yang besar
dibelakang profail fanpage.

57

Oleh yang demikian, pentingnya kedua-dua item ini disiapkan.
Saiz Timeline Cover & Profile Picture

Cara membuat Timeline Cover
Salah satu cara untuk membuat Timeline yang cantik ialah dengan menggunakan
aplikasi Canva. Aplikasi Canva adalah percuma dan ia adalah aplikasi yang dapat
membantu membuat time dengan mudah kerana hanya perlu pilih gambar yang
anda berkenan, dan ‘Drag &
Drop’
Langkah 1
Taip url https://www.canva.com/ dan isikan email dan password

58

Langkah 2:
Klik di kotak ‘Facebook Cover’ untuk mula memilih gambar anda

59

Pilih Facebook Cover yang diingini

Langkah 3:
Langkah 4:
Ubah tulisan ditemplate yang diingini

Langkah 5:
Download template yang dikehendaki

60

3.4 Social media as a networking tool / Media Sosial Sebagai Alat Membina
Hubungan

Kaedah bagaimana sesuatu perniagaan menjual atau mengedarkan produk atau
perkhidmatan telah berubah dengan kewujudan dunia digital. Sebelum ini,
peniaga perlu melalui berbagai lapisan sistem pengedaran sebelum produk atau

61

perkhidmatan mereka sampai kelapisan pengguna. Tetapi dengan adanya
medium digital:

1. Sistem pengedaran menjadi mudah kerana peniaga dapat
menjual secara langsung dengan pembeli

2. Margin (Untung bersih) menjadi lebih tinggi kerana kos
pengedaran mampu dikurangkan

3. Potensi untuk meluaskan pasaran lebih mudah kerana
lokasi penjualan tidak dihadkan ke sesuatu kawasan atau tempat

3.5 Sharing concept using social media

1.2 Konsep Perkongsian menggunakan media sosial

Perkembangan teknologi telah memperlihatkan peningkatan terhadap
penerimaan ICT dalam dunia perniagaan masa kini. Bermula dengan penerimaan
Internet ia mula terarah kepada medium yang lebih fokus dan bersifat persendirian
iaitu teknologi e-mel. Kemudian, melalui proses transformasi teknologi, media
sosial dilihat semakin diterima untuk tujuan kelangsungan perniagaan.
Kini, penerimaan media sosial dalam perniagaan dapat dilihat melalui medium
seperti
Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan blog
Kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh pihak kerajaan
Malaysia padahari ini telah menghasilkan capaian kepada talian
Internet yang lebih pantas, murah dan mudah. Suatu ketika dahulu, Internet
hanya boleh diakses melalui komputer persendirian. Setelah melalui
beberapa fasa inovasi teknologi, kini Internet boleh diakses oleh pengguna
pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui pelbagai medium seperti
komputer riba, komputer tablet dan telefon pintar.
Hasil daripada perkembangan itu, akses terhadap laman media sosial juga
semakin meningkat, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.Kajian
Jonscher (2011) turut mendapati kebanyakan SME yang menawarkan
perkhidmatan penginapan menggunakan laman sosial seperti Tripadvisor,

62

Facebook, Twitter dan YouTube dalam pemasaran mereka. Selaras dengan
itu, dapatan kajian Lee (2011) berkenaan kesan rangkaian sosial terhadap
penerimaan teknologi dalam pelancongan menunjukkan Facebook merupakan
laman sosial yang paling banyak diterima dalam promosi dan pemasaran
destinasi pelancongan diikuti oleh Twitter dan YouTube. Dapatan kajian Au
(2010) mendapati penerimaanmedia sosial dalam pemasaran banyak bergantung
kepada saiz sesebuah organisasi perniagaan.Perniagaan yang bersaiz besar
didapati lebih menerima perkembangan teknologi berbanding perniagaan

63

SME.Dapatan kajian Mastura, Abdul Rashid dan Siti Zaleha (2012)
berkenaan pemasaran penginapan bajet di Malaysia menunjukkan
hampir 50 peratus hotel bajet menggunakan laman web untuk
mempromosikan produk mereka. Penerimaan media sosial pada hari ini telah
menjelaskan peranannya sebagai medium pemasaran baharu kepada
organisasi perniagaan dan sumber maklumat utama kepada pengguna
(Akehurst, 2009; Jonscher, 2011).

Pelancong kini menjadikan media sosial sebagai platform untuk
mendapatkan maklumat, berkomunikasidan berkongsi pengalaman
pelancongan mereka dengan pengguna Internet yang lain .Media sosial
juga menawarkan promosi tidak langsung kepada organisasi perniagaan
melalui perkongsian maklumat dalam kalangan pengguna Internet atau yang
lebih dikenali sebagai word-ofmouth(WOM) . WOM merupakan proses
komunikasi secara tidak langsung yang terbentuk daripada perkongsian
maklumat dan pengalaman dalam kalangan pengguna mengenai sesuatu
produk, perkhidmatan dan jenama perniagaan (Neff, 2010; Salamiah, Nor’ain
& Nik Maheran, 2011). Dalam industri pelancongan, WOM berpengaruh
sebagai satu bentuk pemasaran berikutan produk pelancongan yang bersifat
tidak nyata (intangible)

Berdasarkan kepada ciri-ciri aplikasi pada media sosial, ia berpotensi
sebagai platform bagi aktiviti WOM dalam kalangan pelancong (Au,
2010). Kajian Mangold dan Faulds (2009) dan Davidson (2011)
mendapati WOM melalui media sosial telah membawa kepada penemuan
istilah Electronic Word-of-Mouth(eWOM) yang merupakan lanjutan kepada
konsep WOM tradisional. Satu kajian telah dilakukan oleh syarikat
penyelidikan Universal McCann Malaysia dan mendapati rakyat Malaysia
adalah di antara kumpulan masyarakat yang mempunyai rangkaian
kenalan dalam talian yang terbesar di dunia (“Kongsi data di Internet”,
2012). Menurut kajian ini lagi, penembusan talian Internet di Malaysia
mencapai sehingga 22 peratus dan merupakan antara negara terpantas
di dunia menerima guna teknologi komputer tablet.Trend ini telah
mendorong pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan Malaysia
untuk menggalakkan penerimaan media sosial dalam kalangan

64

pengusaha pelancongan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan yang
ditawarkannya.

Senario hari ini, pendekatan media sosial menjadi fenomena dan penting
kepada persekitaran perniagaan.Teknologi pemasaran melalui media sosial
boleh digunapakai oleh usahawan IKS bagi memastikan aktiviti pemasaran
khususnya dapat dipertingkatkan. Secara tidak langsung ia dijangka
memberikan kesan positif kepada kebolehlihatan syarikat usahawan IKS.
Kebolehlihatan boleh didefinisikan sebagai keupayaan sesebuah organisasi
untuk dilihat di dalam komuniti yang besar berkenaan peranan dan
keupayaannya. Ia mempunyai ciri yang unik dan khusus bagi menarik
perhatian pengguna. Hasil kajian ini merumuskan bahawa elemen
kebolehlihatan terbahagi kepada lima iaitu iaitu yang pertama, pembinaan
laman bisnes yang menyerlah, pembentukan komuniti, pengurusan
kandungan maklumat yang dikemas kini,penganalisaan sikap pelanggan dan
yang terakhir) pengoptimuman peluang pasaran. Asas pembangunan elemen
ini dibangunkan berdasarkan kepada tiga teori utama iaitu teori paradigma
komunikasi baharu, teori pengaruh sosial dan teori pengkayaan media.
Umumnya, faktor kebolehlihatan untuk usahawan IKS dijangka boleh
memperkasakan sektor pemasaran syarikat.Elemen kebolehlihatan ini
memberi panduan kepada usahawan IKS khususnya untuk mengoptimumkan
penggunaan media sosial sebagai platform pemasaran yang lebih berdaya
saing

Media sosial melibatkan beberapa elemen penting yang terdiri daripada
himpunan laman web, perkhidmatan dan aktiviti yang menjalankan beberapa
proses yang terlibat termasuk proses kolaborasi, perkongsian dan
pengdemokrasian pengguna internet. Media sosial merupakan platform
interaksi sosial yang melibatkan satu cabang komunikasi baharu yang terhasil
daripada persekitaran komunikasi yang biasa.Lokus komunikasi menerusi
media sosial adalah tidak terbatas. Chung et. al. (2010) menyatakan dalam
kajian mereka, media sosial merupakan jaringan maya yang disediakan
kepada pengguna untuk menyatakan pendapat, bertukar buah fikiran, dan
dapat menghantar serta mengawal mesej yang akan disampaikan di mana jua
pada bilabila masa. Perubahan tatacara komunikasi ini menunjukkan satu

65

revolusi yang berlaku terhadap bidang komunikasi di dunia pada masa
ini.Media sosial juga mempunyai peranan yang sangat penting terhadap
organisasi, kumpulan individu untuk berhubung khususnya. Di sesebuah
organisasi, terdapat tiga peringkat pentadbiran iaitu peringkat strategik,
pertengahan dan operasi (Laudon& Laudon, 2010). Peranan media sosial
menjadikan perhubungan di antara peringkat pentadbiran ini dapat ditadbir
dan diuruskan dengan lebih mudah. Maklumat dari peringkat strategik hingga
ke peringkat operasi dapat disampaikan dengan lebih mudah dan cepat tanpa
melibatkan penggunaan masa dan kos yang banyak. Komponen hibrid yang
diutarakan oleh Junco (2010), menerusi model komunikasi pemasaran
berintegrasi merupakan komponen dalaman organisasi yang penting pada
masa ini. Integrasi media sosial dan kaedah tradisional berupaya
meningkatkan aspek pemasaran dan perhubungan di dalam sesebuah
organisasi.

66

3.6 Placement of product on social media.
FACEBOOK
1) Cara membuat page
1. Pergi ke https://facebook.com/pages/create
2. Pilih kategori pages. Untuk kategori yang paling sesuai, pilih ‘Brand

& Product’

3. Pilih kategori page, letakkan nama page dan tandakan’ I agree’.
Kemudian klik

67

3 Masukkan penerangan ringkas kedai, alamat website dan klik Save Info.
Gunakan formula ini:

<Kelebihan kami> + <untuk tempahan, sila hubungi nombor>

4 Masukkan website (jika ada)

5 Masukkan alamat untuk kedai agar senang orang nak ingat alamat Facebook
untuk kedai kita.

Alamat Facebook ini sedikit sebanyak membantu carian di

Google

Sebagai contoh, jika ada orang search ‘Butik Online’ di Google,

kemungkinan page kita di Facebook akan keluar di Google juga kerana ada kata kunci
‘Butik Online’ pada nama page kita.

6 Pilih YES pada soalan ini dan pilih YES sekali lagi. Kemudian klik
‘Save Info’.

68

7 Upload gambar untuk gambar profil page di sini atau skip sahaja

8 Klik ‘Add to Favorite’ untuk memasukkan page kita pada bahagian
Favorite agar senang nak buka kembali page kita. Kemudian klik

‘Next’.

69

9 Klik Skip

10 Tahniah! Pages kita dah pun siap!
70

11 Lengkapkan maklumat Pages
Klik About

Lengkapkan semua details disini
71

3.7 Market social media / Jualan Menggunakan Media Sosial

Posting Jualan dalam Facebook
1) Soft Sell

Soft Sell ialah teknik di mana anda berkongsi maklumat dahulu barulah menjual.

Anda boleh menggunakan teknik ini berulang kali kerana orang ramai gemar

membaca maklumat. Soft Sell sesuai bagi meningkatkan kepercayaan pelanggan

terhadap anda kerana dengan berkongsi maklumat, anda dapat menunjukkan

kepakaran, meningkatkan kepercayaan, mengajar prospek tentang produk anda

dan memudahkan produk anda dikenali. Contoh mendapatkan kulit yang cantik yang
Posting Jualan Teknik Soft Sell tidak ramai orang tahu ialah:

1. Basuh muka setiap
hari

>>RAHSIA KULIT YANG CANTIK dalam masa 3 Jika anda rasa muka bangun pagi atau
HARI<< muka anda berminyak, basuhlah
Ramai orang yang mempunyai masalah kulit yang tidak muka dengan air bersih selalu. Kulit
cantik tetapi malu untuk mengaku. Selalunya mereka kita ni kalua kena air akan segar
salah beli produk, sebab itulah pakai asyik tak menjadi selalu.
saja. Sebab muka orang kan lain-lain. Jadi, rahsia untuk

72

2. Gunakan sabun pencerah muka Zaman PENGENALAN
sekarang ni banyak sabun pencerah -Cerita masalah berkaitan yang dihadapi oleh
muka yang best, so gunakan sebaik target.
mungkin!
-Beri sebab mengapa solusi sedia ada tidak cukup

Ingin mencerahkan dan mencantikkan lagi muka dengan PENCERITAAN
cepat? Kongsi tip penyelesaian. Buat dalam bentuk
Like page FB <Nama Page FB> untuk mengetahui bullet.
pelbagai tip lain yang lebih menarik 1.Point pertama

Terangkan point di atas
2.Point kedua
Terangkan point di atas

PENCERITAAN
-Tanya soalan berdasarkan tip sebelum ini untuk
solusi lebih baik

TAJUK CTA (Call to Action)
-Tulisan besar & symbol panah untuk penegasan -CTA untuk promosi laman web atau page FB
-Beri tempoh masa untuk tawaran lebih menarik tanpa perlu menjual (hard sell) -Boleh juga minta
audiens share post kepada
kawan-kawan lingkungan mereka

• Contoh posting
soft sell

73

2) Hard Sell

• Teknik hard sell

A – Attention I – Interest
D – Desire
A – Action

i)ATTENTION
Secara ringkasnya kita TARIK PERHATIAN. Tak kisahlah dalam apa jenis
pengiklanan sekalipun, mula-mula sekali mesti tarik perhatian.
Gunakan magic words untuk menjadikan ayat iklan lebih menarik seperti
Rahsia, Strategi, Teknik, Taktik, Panas, Percuma, Diskaun, Terhad, Bagaimana,
Penggunaan Nombor

ii) INTEREST
INTEREST ialah menarik minat, kita tarik minat untuk orang terus mendengar apa yang
kita nak sampaikan.

iii) DESIRE
DESIRE ialah menyenaraikan FAEDAH produk kita kepada pelanggan supaya mereka
lebih tertarik dan ingin memilikinya.
Ingat! Jangan ceritakan CIRI-CIRI, sebaliknya ceritakan FAEDAH-FAEDAH yang
boleh pelanggan dapat apabila menggunakan produk kita.

iv) ACTION
Letak CTA (Call to Action) untuk suruh mereka beli. Contoh teknik:

i. Teknik Terus Letak Harga dan Cara Beli Kebaikan:
a. Memudahkan orang mengetahui cara membeli dengan cepat.
b. Keburukan:

74

c. Terus letak harga akan membuatkan orang lari walaupun dia
berminat pada awalnya.

d. Tiada orang komen dan like jika berminat (tiada interaksi dengn
audiens).

ii. Teknik PM/SMS untuk mendapatkan harga Kebaikan:
a. Mudah untuk tahu ada orang berminat atau tidak dengan produk
kita.
b. Memudahkan kita dapat likes & komen (Interaksi dengan
audiens tinggi)
c. Keburukan:
d. Orang mungkin malas nak PM/SMS

Seeloknya kita minta dia PM kita untuk harga barulah kita bagitahu cara untuk
membuat pembayaran. Jika dia berminat dengan produk kita, dia akan terus
PM/SMS untuk tahu lebih lanjut.

iii. CTA untuk suruh orang beli
a. Suruh orang PM kita jika berminat.
b. Letakkan link yang membawa pembeli ke ruangan mesej.

iv. Bonus
Untuk menguatkan lagi post jualan, berikan BONUS untuk pembeli terawal.

v. Jaminan
Letakkan jaminan supaya pelanggan rasa selamat apabila membeli produk kita.

vi. Reminder

75

Letakkan peringatan yang offer yang berikan ini mungkin akan tamat bila-bila masa
sahaja.

Contoh Posting Jualan Teknik Hard Sell

INTEREST

- Berkongsi gambar /
testimonial dari pelanggan
terdahulu untuk tarik minat
& keyakinan audiens

ACTION

- Beri CTA untuk terus beli
- Teknik letak harga dan

terus bawa ke link jualan

ATTENTION & DESIRE

- Gambar merupakan salah

satu cara terbaik untuk

tarik perhatian audiens

- Gambar produk dipakai

buatkan audiens boleh

lebih teringin untuk

memilikinya

Contoh posting hard sell

76

3) Teaser

77

Teaser ialah sejenis teknik pengiklanan di mana kita usik / berikan sedikit preview
apa yang pengguna akan dapat. Iklan ini sesuai digunakan semasa produk kita
baru lagi nak launch.

i) Tajuk menarik

Letakkan tajuk yang menarik contohnya: RAHSIA
i. AKAN TERBIT TAK LAMA LAGI ii.
<PRODUK> AKAN DITERBITKAN!
iii. BAKAL DIBONGKARKAN!

ii) Preview

Usik sedikit pelanggan dengan letakkan ayat-ayat yang menarik minat dia untuk
mengetahui dengan lebih lanjut. Elok letakkan benefit/apa yang orang akan dapat
dengan produk ini.

iii) Tanya ada yang berminat tak?

Tanya soalan untuk menggalakkan pembaca mengambil bahagian dalam post
kita. Lagi best kalau letak offer yang diorang tak boleh tolak kalau tempah awal-
awal dengan kita

Contoh teaser

78

3.8 Build sales using social media

Fb Ads
Facebook ads terkenal kerana kemampuannya untuk mensasarankan pelanggan
anda secara khusus sehingga ianya menjadi lebih efektif. Facebook ads juga amat
terkenal kerana iklan di Facebook amat murah jika dibandingkan dengan
mengiklankan di platform lain. Fb Ads ialah satu alat promosi yang facebook sedia
bagi membantu usahawan mendapatkan pelanggan dalam cas yang murah.
Kelebihan FB ads berbanding iklan platform lain anda boleh target audiens yang
anda mahu dalam pelbagai kategori dengan tujuan pengiklanan yang berlainan,
hanya dengan sejumlah kecil wang.

CARA BUAT FACEBOOK ADS

79

Untuk membuat Facebook Ads, ada 3 bahagian yang perlu anda faham dan timbangkan
iaitu:

1. Jenis pengiklanan
2. Target audiens – Kumpulan sasaran
3. Kos iklan
CARA BUAT FACEBOOK ADS
1. Klik butang gear atau panah di bahagian kanan atas dan klik
‘Create
Advert’ atau anda boleh taip URL: https://facebook.com/ads/create

1. Tentukan tujuan utama anda buat iklan. Adakah anda mahukan trafik ke laman
web anda? Lebih banyak ‘likes’ di Facebook page? Lebih engagement dengan
fans? Setiap metric di bawah ada nilai kelebihan yang tersendiri, jadi anda harus
pilih betul-betul objektif utama anda mahu buat iklan sebelum memulakannya.

Antara objektif & jenis kempen iklan popular yang sering digunakan ialah:
i. Awareness ialah supaya pelanggan mengetahui produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan ianya seperti Boost your post, Promote your page, Reach people near your
business atau increase brand awareness ii. Consideration ialah ditujukan supaya
pelanggan memasuki website, install aplikasi yang ditawarkan, mahukan pelanggan

80

datang ke sesuatu program yang dibuat atau mahukan lebah bayak pelanggan menonton
video yang dibuat.
iii. Conversion ialah supaya lebih banyak pelanggan berbicara tentang website atau lebih
ramai orang mengambil offer yang dibuat.

Sekiranya anda masih baru kepada iklan FB dan tidak tahu di mana hendak bermula,
dicadangkan untuk mula dengan kempen Facebook
Likes.
KEMPEN PAGE LIKES
Sesuai digunakan untuk:

1. Mendapatkan lebih banyak likes. Lebih ramai orang like page
anda, buatkan page anda kelihatan lebih popular dan menyebabkan
orang lain like page anda jugak (domino’s effect)

2. Memberi kesedaran tentang produk kita (brand awareness).
Sebagus mana pun produk anda, tetapi audiens tidak tahu
kewujudannya/kelebihan, produk anda tidak akan ke mana-mana

Cara buat iklan Page Likes:
3. Klik Promote your Page (Page Likes) & pilih page yang ingin
kita promosikan

81

3. Pilih 6 keping gambar yang berasingan.

i. Headline

Apabila anda iklankan FB page, tajuk headline iklan anda akan secara automatik
sama seperti nam FB page anda. Tukarkan nama tersebut kepada headline iklan
anda sendiri untuk menjadikan iklan terssebut lebih mengujakan. Selain dari

82

pilihan gambar, Headline juga adalah salah satu kriteria utama yang akan
menentukan iklan anda akan berjaya beri impak pada audiens atau tidak.

Masukkan headline yang menarik perhatian pembaca untuk tajuk iklan kita. 3 patah
perkataan pun sudah cukup. Maksimum 25 huruf.

a. Ingin fesyen cantik?
b. Ingin duit lebih?
c.Mahukan kulit muda?

ii. Ayat iklan
Beri arahan CTA. Letakkan ayat yang boleh membuatkan orang klik contohnya:

a. Adakah anda inginkan <hasil produk>? KLIK SEKARANG!
b. Ketahui bagaimana anda boleh <dapat hasil>. KLIK SINI!
c.Dapatkan <produk> terkini! KLIK SEKARANG!

KEMPEN PAGE POST ENGAGEMENT

1. Sesuai digunakan untuk:

i. Membuat sales ii. Mengajak orang berinteraksi dengan

page anda

83

2. Kempen boost post akan menaikkan reach sesuatu post
dengan cepat, namun ianya memakan duit. Tapi reach yang diperolehi
adalah sangat banyak.
3. Teknik ini hanya digunakan oleh orang yang sudah biasa
bermain ads. Jika ada duit, boleh guna.

84

3.9 Social media mobile campaign
INSTAGRAM
i) Sebuah applikasi perkhidmatan online secara mobile untuk
berkongsi gambar dan video pada pelbagai platform
media sosial seperti Facebook, Twitter, Tumblr dan Flickr.
ii) Seperti Facebook, setiap penguna instagram mempunyai
akaun tersendiri yang mana sesiapa yang berminat untuk
mengikuti (follow) akaun instagram tertentu boleh
memohon untuk mengikuti akaun tersebut.
iii) Followers ini yang akan mewujudkan kommuniti untuk
sesuatu akaun instagram yang diikuti. Antara akaun yang
mempunyai pengikut yang besar adalah, selebriti, ahli
sukan, tokoh politik dan juga pelbagai jenis jenama yang
terkenal

Cara Daftar Instagram

i) MUAT TURUN APLIKASI
 Akaun Instagram boleh dibina di iOS (iPhone, iPad, iPod)
atau android (telefon pintar selain keluaran Apple).

 Cari aplikasi di App Store (iOS) atau Google Play
(Android).
 Download & Open

85

ii) BUAT AKAUN GUNA EMEL
 JANGAN daftar guna Facebook. Ia akan auto bina
akaun berdasarkan FB peribadi anda.
 Akaun Instagram ini adalah untuk bisnes anda.
Gunakan

alamat emel bisnes anda.

86

iii) PILIH USERNAME YANG DIKENALI
 Pilih username dan kata kunci, dan letakkan gambar profil
yang bersesuaian.
 Pilihan username & gambar ini akan bantu anda membina
jenama dan memudahkan orang ramai cari dan ikut
(follow) anda.

iv) PILIH GAMBAR PROFIL YANG BETUL
 Gunakan logo syarikat, jenama atau gambar yang berkaitan
sebagai gambar profil anda.
87


Click to View FlipBook Version