The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Introduction to Digital
Entrepreneurship
1.1 Digital entrepreneurship
1.2 Digital Business
Culture
1.3 Business Ethics In Digital
Business

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Ridhwan, 2020-11-08 21:02:05

MODUL E-TECHNOPRENEUR 2

Introduction to Digital
Entrepreneurship
1.1 Digital entrepreneurship
1.2 Digital Business
Culture
1.3 Business Ethics In Digital
Business

 Tekan butang +Photo di atas
 Pilih “Take Photo” atau “Choose from Library” untuk dapatkan

gambar yang sesuai.
 JANGAN import dari Facebook; ia akan bercampur aduk dengan

akaun FB peribadi anda.

v) PROFIL ASAS
 Gunakan nama bisnes anda. Jika anda sendiri ialah
88

‘wajah’ bisnes anda, gunakan nama sendiri.
 Letakkan no telefon yang digunakan untuk berinteraksi
dengan pelanggan anda selama ini, untuk beri pendedahan
akaun anda kepada seramai mungkin orang, menggunakan
bantuan yang disediakan Instagram
 Seterusnya anda akan diminta untuk mula follow orang lain.
JANGAN mula follow.
 Lebih baik anda post beberapa keping gambar sebelum
mula follow orang lain. Jika anda follow sekarang, mereka
akan lihat profil anda yang kosong dan tidak akan follow anda
kembali.
 Klik ‘Skip’

vi) BERMULA
 Ini adalah ‘Home’ anda. Apabila anda ‘follow’ orang lain,
gambar mereka akan muncul di sini.
 Home: Lihat semua foto terkini orang yang anda follow.
 Search: Cari orang, tempat, barang dan hashtags, termasuk
apa yang orang lain minat
 Camera: Ambil gambar untuk mula berkongsi post.
 Notifications: Lihat orang terkini yang follow akaun anda dan
sukakan gambar anda.
 Profile: Akaun anda, semua yang anda telah post dan akses
kepada settings menu.

89

vii) KEMASKINI PROFIL
 Tekan butang profil di bawah hujung kanan, dan pilih
butang

‘Edit Your Profile’ di bahagian atas.  Kemaskini profile
anda.

 Letakkan URL laman web anda sekiranya ada, dan
maklumat ringkas tentang apa yang bisnes anda buat,
lokasi, dan sedikit maklumat yang menarik atau kelakar

90

mengenai bisnes anda

viii) SET UP YOUR SOCIAL SHARING
 Lihat pautan untuk ke akaun Twitter and Facebook anda.
 Klik “Share to” dan pilih akaun yang betul.

91

ix) MULA POSTING

 Pos 9 atau 10 gambar dahulu sebelum mula follow
orang lain.

 Apabila mereka dapat notifikasi anda ‘follow’,
mereka biasanya akan lihat profil dan gambar terlebih
dahulu.

92

 Tekan ikon kamera di bahagian tengah bawah
untuk mengambil gambar dan mula posting!

93

Contoh Instagram yang boleh dilayari

WHATSAPP

94

1. Apakah itu Whatsapp?
Ianya adalah sebuah sistem applikasi pesanan ringkas yang boleh
digunakan menghantar: a) Pesanan text b) Gambar

c) Video
d) Lokasi
e) Rakaman Audio
2. Platform yang digunakan?
WhatsApp boleh digunakan pada platform IOS, Blackberry dan juga
Android. Disamping itu ianya juga boleh digunakan pada ‘web browser’. Pengguna
WhatsApp boleh menghantar pesanan melalui internet secara percuma kepada
nombor telefon pintar yang unik yang mana app tersebut telah dimuat turun
kedalam telefon pintar tersebut.
3. Pesanan dihantar kepada siapa Penghantaran pesanan boleh dilakukan:
a) Secara terus kepada seseorang individu
b) Atau kepada beberapa indivudu secara serentak didalam
sebuah kumpulan (group). Grup tersebut terdiri dari seorang admin
yang mencipta grup tersebut disamping ahli-ahli yang telah ditambah
kedalam grup tersebut oleh admin

Pesanan individu Pesanan dalam grup
 TEKNIK MENJUAL MENGUNAKAN WHATSAPP

95

1. Teknik manipulasi yang bakal didedahkan adalah untuk mengajar
anda menjadi jurujual yang sukar ditolak oleh pelanggan.

2. Mengikut statistik rasmi yang digunakan oleh kebanyakan peniaga
online terutamanya di facebook meletakkan closing rate 20% dari
jumlah pelanggan yang masuk.

3. Persoalannya, anda dah belajar buat marketing untuk mendapatkan
pelanggan tambahan.

4. Anda juga sudah pernah belajar cara closing melalui whatsapp.

5. Masalahnya disini adalah ramai jurujual terlupa, bahawa
berinteraksi dengan pelanggan melalui whatsapp sebenarnya
memerlukan kebolehan berkomunikasi yang lebih tinggi.

6. Ini kerana anda mampu mendapat kepercayaan (trust) dan ‘pegang’
pelanggan anda betul-betul. Bukan dengan cara mengunakan template
kaku (dibaca sebagai template standard) seolah-olah pelanggan
bercakap dengan robot.

7. Jurujual yang hebat adalah jurujual yang boleh mengawal
pelanggan dalam proses menukar seseorang yang tidak membeli
(suspek) kepada seorang pembeli.

8. Sekarang anda akan belajar dengan contoh template yang bakal
didedahkan kepada anda, bagaimana cara terbaik untuk
memanipulasi pelanggan anda hingga memaksimumkan kadar
jualan closing rate anda daripada 20% kepada up to 80%

96

-----------------------------------------------------------------------------------------

 TEMPLATE UNTUK MENJUAL BULK
[UNTUK MENBESARKAN AMAUN TRANSAKSI]
-----------------------------------------------------------------------------------------
Merangkumi semua aspek , harga yang jelas , sangat menyakinkan, penjimatan
pada harga. Sesuai digunakan kepada semua pelanggan.
Contoh : Besarkan amount transaksi dengan bagi pakej jual lebih 1unit.

97

-------------------------------------------------------------------------------------------

 TEMPLATE UPSELL

[ UNTUK BESARKAN AMAUN TRANSAKSI ]
DIcadang mengabungkan dengan produk lain sebagai pelengkap
-------------------------------------------------------------------------------------------

95  TEMPLATE PEMBAYARAN
[ UNTUK BAGI NO. AKAUN ] Hantar
info akaun anda
-------------------------------------------------------------------------------------------
Boleh saya tahu sis lebih mudah membuat pembayaran melalui Maybank atau
CIMB
(Yang ada online banking lebih baik)

 TEMPLATE SELEPAS TERIMA PAYMENT
[ REMINDER REPEAT ORDER – 1 ]
Tanamkan awal-awal di minda pelanggan apakah keburukkan kalau tak guna
produk/servis secara berterusan
-------------------------------------------------------------------------------------------

 TEMPLATE SELEPAS TERIMA PAYMENT [ REMINDER REPEAT
ORDER NANTI – 2 ]

Simpan diskaun/offer untuk pembelian seterusnya
99

-------------------------------------------------------------------------------------------

 TEMPLATE SELEPAS TERIMA PAYMENT
[ MINTA TESTIMONIAL – 1 ]
Nak minta sesuatu dari orang, anda kena bongkarkan sedikit mengenai
diri anda ---------------------------------------------------------------------------------------
---

100

 TEMPLATE SELEPAS TERIMA PAYMENT
[ MINTA TESTIMONIAL – 2 ]
-------------------------------------------------------------------------------------------
Terima Kasih atas pembelian sis (Nama pendek pelanggan)
Saya dah terima pembayaran RM127

Di sini saya sertakan butir order sis,

Order:
Nama:
Alamat:
No.tel:
Butir pembayaran :

Kalau semua details ni tepat, sis reply <OK>

OK
101

Ok! Terima Kasih sis (Nama pendek pelanggan) Nanti
saya hantarkan tracking number poslaju.

Bila sis dah terima baju & shawl jangan lupa ambil gambar & tag facebook
kami yer! Mana tahu nanti sis jadi follower bertuah sebab tak lama lagi
company akan buat contest secara mengejut sebagai tanda penghargaan
kepada existing followers.

Dengarnya memang nak bagi hadiah lumayan nanti :)
Saya personally pun join sekali walaupun contest tak umum lagi.

 TEMPLATE SELEPAS TERIMA PAYMENT
[ MINTA REFERRAL – 1 ]
Offer Extra! Lebih banyak kegunaan pada pelanggan,lebih tinggi nilai value
yang pelanggan , lebih mudah untuk kuasai minda pelanggan Jika anda boleh
mengenalpasti MIC pelanggan, gunakan ayat penyata yang tepat pada
interest mereka.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Terima Kasih atas pembelian sis (Nama pendek pelanggan)
Saya dah terima pembayaran RM190

Di sini saya sertakan butir order sis,

Order:
Nama:
Alamat:
No.tel:
Butir pembayaran :

Kalau semua details ni tepat, sis reply <OK>
OK

Ok! Terima Kasih sis (Nama pendek pelanggan)
Nanti saya hantarkan tracking number poslaju.

Saya ingat nak bg sis extra free gift bernilai RM30 sekiranya sis boleh
share dengan saya 3 orang kenalan sis yang ada masalah sama dengan
sis. Mana tahu mereka pun dalam diam tercari-cari penyelesaian terbaik
sama macam sis.

Sis jangan risau, produk dah proven bantu ramai wanita. Mesti
kawankawan sis akan rasa lebih berterima kasih dengan sis kenalkan
pada saya

102

Saya beri sis extra free gift bernilai RM30.
Berminat x?
 TEMPLATE SELEPAS TERIMA PAYMENT
[ MINTA REFERRAL – 2 ]
Ini adalah konsep derma / charity. Bukan untuk anda menipu pelanggan anda.
(anda harus explain sikit pasal konsep charity)
Contoh kepada Implementor : Nak lihat proses dengan jelas
-------------------------------------------------------------------------------------------
Terima Kasih atas pembelian sis (Nama pendek pelanggan)
Saya dah terima pembayaran RM190

Di sini saya sertakan butir order sis,

Order:
Nama:
Alamat:
No.tel:
Butir pembayaran :

Kalau semua details ni tepat, sis reply <OK>
OK

Ok! Terima Kasih sis (Nama pendek pelanggan)
Nanti saya hantarkan tracking number poslaju.
Fyi sis, Pembelian sis ni RM15 akan didermakan kepada “Charity X”
kerana kami under program sempena Hari Raya Haji ni.
Saya nak minta tolong kalau sis boleh bantu saya berikan 3 nama kenalan
sis yang ada masalah sama dengan sis. Dengan bantuan dari sis, saya
boleh bantu untuk tambah nilai sumbangan.
Sis, jangan risau, 3 rakan sis ini saya tak datang untuk minta sumbangan.
Saya akan share product sahaja dulu. Program ini hanya diberi tahu
selepas pembayaran diterima sama seperti proses pembelian sis :)

103

104

E-TECHNOPRENEUR 2

3.10 Measure business outcome / Mengukur Pencapaian Perniagaan

Dalam sesebuah perniagaan, amatlah penting untuk seseorang usahawan
mengurus status syarikat yang dibangunkan. Untuk membuat pengukuran
seseorang usahawan perlulah menilai dari segi kewangan iaitu:

1. BUKU TUNAI
Rekod utama yang disimpan dalam perniagaan biasa ialah rekod penerimaan
dan pembayaran. Rekod ini dikenali sebagai Buku Tunai. Buku Tunai
merupakan gabungan Akaun Tunai dan Akaun Bank. Buku tunai terdiri daripada
dua bahagian iaitu bahagian debit di sebelah kiri dan bahagian kredit di sebelah
kanan. Bahagian debit merekodkan semua penerimaan secara tunai dan cek
manakala bahagian kredit merekodkan semua pembayaran secara tunai dan
cek.

• Penerimaan Tunai

Terdapat empat sumber utama wang tunai dan cek yang diterima oleh
para peniaga dalam urusniaga perniagaannya sehari-hari. Sumber ini
ialah:

(hutang) a) Hasil jualan tunai

b) Hasil kutipan daripada penghutang untuk
jualan secara kredit

c) Hasil daripada pendapatan – pendapatan lain
yang mungkin didapati daripa komisen,
elaun, diskaun dan lainlain.

d) Hasil-hasil lain (jaulan asset tetap, kuitipan
balik deposit dan lain-lain)

• Pembayaran Tunai

Empat sumber pembayaran yang dibuat mengguankan wang tunai atau cek
adalah seperti:

105

E-TECHNOPRENEUR 2

a) Pembayaran untuk belian secara tunai(belian
barang niaga )

b) Pembayaran hutang-hutang perniagaan
(bayaran kepada pemiutang)

c) Belanja-belanja operasi seperti gaji, sewa
premis, bil utiliti

dan lain- lain

d) Pembayaran-pembayaran lain seperti

deposit tender,

belanja-belanja tak berkala, belian aset tetap

Contoh Buku Tunai

Penerimaan (Debit) Pembayaran (Kredit)

Tarikh Butir Fol Tunai Bank Tarikh Butir Fol Tunai Bank
1/1 5,000 56,000 2/1 6400
2/1 Baki awal 3,800 5/1 Belian
11,500
5/1 Jualan No 5,700 7/1 Belian 660
resit
7/1 15/1
Jualan No Deposit tender 1,000
Cek

Ahmad Bhd No Kasturi Ent 4,400
Cek

8/1 Bendul Bhd- 700 29/1 Gaji 2,200
Komisen

31/1 Tunai (kontra) 3,000 30/1 Bil utili 530 4,700
31/1 Sewa premis 700
Belian perabot 58,500
Bank (kontra) 3,000 76,200
Baki akhir 3,610
9,500
9,500 76,200

1/2 Baki awal 3,610 58,500

Catatan Kontra

Catatan Kontra adalah catatan yang dibuat dalam akaun tunai dan akaun bank
untuk pindahan tunai. Pindahan tunai adalah memindahkan tunai di tangan ke
bank dan tunai di bank ke tunai di tangan.

2. Penyata Untung Rugi.
106

E-TECHNOPRENEUR 2

Penyata Untung Rugi adalah merupakan penyata yang menunjukkan segala
ringkasan hasil dan perbelanjaan bagi sesuatu tempoh perakaunan

Format Penyata Untung Rugi.

SYARIKAT ......
PENYATA UNTUNG RUGI

Bagi Tempoh Berakhir ........... hb. ......... 20 .......

RM RM
(A) HASIL (Jualan/Pendapatan) xxx

(B) Tolak : KOS BARANG DIJUAL xx
x
Stok Awal x x
xxx
(+) Belian x
Kos barang untuk dijual x (-) Stok Akhir x xx
XXX
(C) UNTUNG KASAR =====

LAIN-LAIN PENERIMAAN
(D) PERBELANJAAN PENYELENGGARAAN

Lesen Perniagaan x

Pengangkutan x

Sewa x

Gaji x

KWSP/SOCSO x

Pembungkusan x

Pembaikan x

Derma x

Alat tulis x

Api / Air / Telefon x

Faedah Pinjaman x

Susut nilai x

(E)

UNTUNG BERSIH SEBELUM CUKAI

107

E-TECHNOPRENEUR 2

Cara Menyediakan Penyata Untung Rugi.
Penyata ini disediakan dengan menyenaraikan perkara-perkara berikut:

A.Hasil

Hasil dimaksudkan sebagai hasil bersih untuk tempoh perakaunan perniagaan
tersebut.

B. Kos Barang Dijual.

Kos barang dijual adalah harga belian barang-barang yang telah dijual di dalam
tempoh perakaunan. Kos barang dijual boleh didapati dengan menggunakan
pengiraan berikut:

RM

Stok Awal 5,000.00
+ Belian 28,000.00
33,000.00
Kos Barang Untuk Dijual
- Stok Akhir 3,800.00
29,200.00
Kos Barang Dijual ========

Kos Barang Dijual mempunyai kaitan rapat dengan untung kasar yang diperolehi
kerana kos barang dijual yang rendah akan meninggikan untung kasar dan
sebaliknya. Nilai kos barang dijual adalah bergantung kepada penilaian stok
akhir yang dibuat. Lebih tinggi nilaian stok akhir dibuat bererti lebih rendah kos
barang dijual dan seterusnya meninggikan keuntungan kasar yang diperolehi.

C. Untung Kasar

108

E-TECHNOPRENEUR 2

Untung Kasar adalah perbezaan di antara hasil bersih dengan kos barang dijual.
D. Perbelanjaan Penyelenggaraan/Operasi.

Perbelanjaan ini adalah perbelanjaan-perbelanjaan yang terlibat di dalam
penjualan. Segala perbelanjaan yang dicatatkan di dalam penyata untung rugi
tidak semuanya melibatkan pembayaran wang tunai seperti susut nilai yang
merupakan perbelanjaan bukan tunai yang dikenakan kepada harta tetap yang
dimiliki.

E. Untung Bersih Sebelum Cukai.
Perbezaan di antara untung kasar dengan perbelanjaan penyelenggaraan
dikenali sebagai untung bersih sebelum cukai.
Contoh
Daripada Imbangan Duga Syarikat TAN berikut, sediakan Penyata Untung
Rugi bagi tempoh 2 bulan berakhir 28 Februari 2016.

DT KT

109

E-TECHNOPRENEUR 2

Modal 3,780.00 5,500.00
Jualan 10.00 2,415.00
Belian 50.00
Ambilan 5.00 200.00
Pembungkusan 80.00 1,110.00
Tambang 2,100.00
Letrik 1,000.00
Deposit 800.00
Perabot 150.00
Peralatan Dapur 280.00
Penghutang - Fadzil
- Ridwan 470.00
500.00
Pemiutang - Azlin
- Zuhairi

Tunai di tangan
Tunai di bank

9,225.00 9,255.00

Cabaran perniagaan

Banyak kelebihan sekiranya kita beralik kepada bisnes online. Kita juga perlu
melihat beberapa cabaran dalam menjalankan perniagaan atau bisnes online.

1. Kurang interaksi sosial. Kebanyakkan bisnes online dilakukan dari rumah saja.
Walaupun keadaan ini memudahkan cara berniaga tapi ia tidak memberi kesan
sosial seperti yang berlaku di tempat kerja tradisional seperti pejabat. Hampir
kesemua komunikasi bisnes online ini dilakukan dengan menggunakan email, IM,
skpe, dan facebook dan keadaan ini menyukarkan interaksi sosial seperti yang
berlaku dalam pertemuan faceto-face.

110

E-TECHNOPRENEUR 2

2.Memerlukan kemahiran komputer dan teknologi maklumat. Sudah tentu anda
memerlukan kemahiran menggunakan komputer dan teknologi maklumat jika
mahu menceburi bidang bisnes online ini. Jika anda kurang mahir dalam ilmu
perkomputeran, mintalah khidmat bantuan dari mereka yang mahir.

3. Sukar mendapat kepercayaan dari pembeli. Untuk
maju dalam bisnes online, anda perlu mendapat
kepercayaan dari bakal pelanggan anda dahulu. Anda
perlu yakinkan mereka mengenai produk yang anda
tawarkan serta meyakinkan mereka mengenai
keselamatan wang mereka. Memang sudah menjadi
norma bahawa apa-apa yang melibatkan wang akan
membuatkan mereka berfikir tiga empat kali sama ada
mahu membeli anda atau tidak. Ramai pengguna yang
masih takut untuk membelanjakan duit mereka secara
online. Ia sangat berbeza dengan membelanjakan duit di
kedai-kedai biasa.

4. Kurang dikenali pengguna offline. Walaupun bilangan
pengguna internet kian meningkat saban hari, namun
jumlah mereka yang tidak menggunakan atau kurang
menggunakan internet juga masih sangat ramai. Jadi
apabila anda mempunyai bisnes online yang hanya
beroperasi secara online, ianya sukar mendapat
recognition dari pengguna offline.

5. Keselamatan data. Untuk melakukan transaksi online
ketika membuat pembelian barangan, sesuatu laman web
itu akan meminta alamat email dan maklumat-maklumat
peribadi yang lain untuk disimpan dalam data pelanggan
bisnes yang beroperasi dalam melalui laman web
tersebut. Walaupun terdapat polici keselamatan data
yang menjamin bahawa maklumat peribadi anda itu tidak
akan dilihat oleh pihak ketiga, namun mudah sebenarnya
maklumat itu terbongkar melalui aktiviti ‘hacking’ yang

111

E-TECHNOPRENEUR 2

dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Aktiviti hacking ini merupakan satu aktiviti pencerobohan
data sesebuah laman web dan para hacker itu akan
mencuri data-data pengguna laman web tersebut. Data
yang biasa mereka curi ialan senarai email dan maklumat
akaun bank atau kad kredit.

Penambahbaikan

1. Membina lebih banyak network khasnya
dengan pihak pembekal. Adalah menjadi salah satu
faktor penting kepada para usahawan untuk terus
membina hubungan yang baik dengan pembekal. Ini
boleh memberikan faedah kepada perniagaan
khasnya apabila adanya produk baru yang hendak
dipasarkan, pembekal mungkin boleh terus
memberikan produk itu kepada usahawan.

2. Membina imej atau jenama sendiri untuk terus
bersaing.
Imej ialah petunjuk kepada perniagaan khasnya pandangan pelanggan kepada
sesuatu produk. Imej yang baik mungkin terbentuk hasil daripada perkhidmatan
pelanggan yang baik. Hasilnya pelanggan akan terus menjadi pelanggan tetap
perniagaan tersebut.

3. Mempelbagaikan produk untuk terus
berkembang.
Dalam usaha untuk memastikan jangka hayat sesebuah perniagaan itu bertahan.
Usahawan hendaklah cuba mempelbagaikan produk yang ada demi memenuhi
kehendak pelanggan yang sentiasa berubah. Mungkin usahawan boleh
menambahbaik ciri-ciri produk yang ada atau mengemaskini cara penghantaran
produk kepada pelanggan.

112

E-TECHNOPRENEUR 2

4. Melihat kehendak dan kemahuan pelanggan
dari masa ke semasa. Kehendak dan keperluaan
pelanggan sentiasa berubah kesan daripada
penggunaan media sosial terkini. Produk teknologi
contohnya mempunyai jangka hayat kurang daripada
6 bulan. Oleh itu, usahawan haruslah melihat
perubahan ini dan selalu mengemaskini produk
mengikut kehendak pelanggan.

113


Click to View FlipBook Version