The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-00375326, 2022-05-18 01:21:12

SOALAN 2 SEM 2

SOALAN 2 SEM 2

I’JAZ AL-QURAN

TAKRIF I’JAZ • Bahasa Dan Istilah
AL-QURAN • Mukjizat Al-Quran

2(a) Takrifkan I’jaz al-Quran dari sudut Bahasa dan istilah. [4]
– 2013 (U)

2(a) Jelaskan pengertian I’jaz al-Quran. [2] – 2020

• I’jaz dari segi bahasa bermaksud melemahkan atau
membuktikan kelemahan.

• I’jaz al-Quran dari segi istilah ialah suatu ilmu yang
membahaskan tentang kekuatan susunan lafaz juga kandungan
al-Quran yang mana semua itu mampu mengalahkan /
melemahkan pakar bahasa Arab dan sebagainya.

2(b) Jelaskan empat tujuan penganugerahan mukjizat oleh
Allah SWT kepada para rasul-Nya. [8] - 2013(U)

# Empat tujuan penganugerahan mukjizat oleh Allah kepada
para rasul-Nya ialah :
• Untuk membuktikan kebenaran para rasul utusan Allah SWT.
• Untuk menguatkan ajaran yang dibawa
• Untuk melemahkan dan menghalang musuh yang

menentang
• Untuk melemahkan dan menghalang musuh yang

menentang

2(b) - 2013 (U)

• Untuk membuktikan kekuasaan Allah SWT yang boleh
melakukan sesuatu perkara mengikut kehendakNya

• Untuk membantu para rasul menjalankan tugas dengan
sempurna dan ketika berhadapan dengan penentang dan
musuh.

1(c) Al-Quran merupakan mukjizat yang dapat melemahkan
musuh Islam. Buktikan fakta tersebut. [8] – 2013 (U)

• Tidak ada makhluk yang mampu mendatangkan sebuah kitab
sebagaimana al-Quran sekalipun terdapat gabungan antara
seluruh manusia dan jin.

• Al-Quran membawa cabaran kepada manusia untuk
membuktikan kebenaran mereka dan cabaran ini bersifat
kekal dari zaman Nabi Muhammad SAW hingga akhir nanti.
Ia berlaku untuk semua manusia di setiap tempat.

• Keindahan dan ketinggian bahasa al-Quran tidak dapat
ditandingi oleh sesiapa pun termasuklah pakar bahasa Arab.

• 2(c) – 2013(U)

• Kelemahan manusia menyahut cabaran yang dibawa oleh al-
Quran membuktikan kebenaran al-Quran, dimana mereka
berusaha berbagai cara untuk menentang cabaran al-Quran.
Contohnya Musailamtul Kazzab membuat surah baru yang
dipanggil surah difda’ yang ingin meniru surah al-Fil. Tetapi
usaha Musailamah ini bukan sahaja gagal, malah surah
ciptaannya dikatakan mempunyai mutu bahasa yang teruk.

SKOP I’JAZ • Pendapat Umum
AL-QURAN
MENURUT • Pendapat Tokoh Pemikiran
ALIRAN # Tokoh Muktazilah
PEMIKIRAN # Jumhur Ulama
MAZHAB

2(b) Jelaskan tiga pandangan ulama berkaitan dengan aspek
kemukjizatan al-Quran. [6] – 2014 (U)

2(b) Jelaskan tiga pandangan ulama berkaitan dengan I’jaz al-
Quran. [6] – 2018 (U)

• 1. Al-Quran itu bermukjizat dengan balaghahnya yg mencapai
tingkat sgt tinggi yg tiada bandingannya. Susunan ayat2nya
mengikut turutan yg sesuai seperti dimulai dengan larangan dan
diakhiri dengan nasihat dan peringatan, dimulai dengan
suruhan dan diakhiri dengan larangan, suatu perkara yang
disebut akan dinyatakan kebaikannya serta keburukannya dan
lain2 lagi

Soalan 2(b) – 2014(U), 2018(U)

• 2. Al-Quran itu bermukjizat dengan badi’ iaitu keindahan yg
sgt unik dan ia berbeza dgn apa yg telah dikenal dlm
perkataan org arab. Contohnya kaedah pembacaan al-Quran
yg mempunyai hukum2 tertentu seprti Panjang , pendek,
ghunnah, tebal, nipis dan sebagainya, juga keindahan
pemisah antara ayatnya yg mempunyai kesamaan dan
keserasian.

2(b) – 2014(U), 2018 (U)

• 3. Kemukjizatan al-Quran juga terletak pd penceritaan
tentang hal2 ghaib yg tidak dapat diketahui kecuali dgn
wahyu seperti peristiwa pada hari kiamat.

• 4. Pendapat lain pula mengatakan al-Quran itu bermukjizat
kerana ia mengandungi pelbagai ilmu dan hikmah yg sgt
mendalam. Contohnya ilmu kejadian alam dan isi
kandungannya, juga aspek kebaikan kejadian ciptaan
tersebut terhadap makhluk yang lain

2(b) Jelaskan skop I’jaz al-Quran menurut pandangan ulama. [6]
– 2017(U)

• Golongan Muktazilah berpendapat keseluruhan al-Quran
adalah mukjizat, bukan sebahagian atau beberapa bahagian

• Sebahagian ulama pula berpendapat kemukjizatan al-Quran
terletak pada sebahagian kecil atau sebahagian besar al-Quran
tanpa dikaitkan dengan surah.

• Jumhur ulama berpendapat al-Quran itu sendiri merupakan
mukjizat iaitu segala apa yg ada di dlmnya spt struktur kalimah,
balaghah, bayan dan seluruh persoalan lain merupakan
mukjizat.

2(a) Nyatakan pandangan Muktazilah tentang kemukjizatan
al-Quran. [4] – 2015 (U)

2(a) Jelaskan pandangan Muktazilah berkaitan dengan I’jaz al-
Quran. [4] – 2020 (U)

• I’jaz al-Quran berkaitan dgn keseluruhan al-Quran, bukan
dengan sebahagiannya atau bukan dgn setiap surahnya
secara lengkap.

• Kemukjizatan Al-Quran disebabkan adanya sarfah
(pemalingan), iaitu Allah SWT memalingkan orang2 Arab
untuk menentang al-Quran, sedangkan mereka mampu
menghadapinya.

2(a) Berikan skop I’jaz al-Quran menurut Ahli Sunnah Wal
Jamaah. [4] – 2016

• Manusia tidak mampu mencabar al-Quran kerana zatnya
sendiri/al-Quran itu sendiri mempunyai kekuatan.

• Al-Quran mempunyai susunan kata yang luar biasa.

• Al-Quran mempunyai kefasihan dan balaghah yang tinggi .

• Tidak berlaku pertentangan antara ayat-ayat al-Quran.

• Al-Quran bermukjizat dari segi ilmu,bahasa dan
perundangan. (4 isi 4 markah)

2(a) Huraikan pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi menolak
pandangan Muktazilah berkaitan dengan sarfah. [4] – 2017 (U)

• Abu Bakar al-Baqillani berpendapat mukjizat al-Quran dari
sudut bahasanya yang indah, fasih dan menakjubkan. Ia
bukanlah sarfah, kerana tidak ada seorang pun yang mampu
menandingi keindahan Bahasa al-Quran.

• Al-Zarkasyi dalam menolak pandangan muktazilah ini
mengatakan di dalam al-Quran telah diperlihatkan kelemahan
bangsa Arab untuk menghasilkan satu naskhah sebagaimana al-
Quran dari segi isi kandungan dan gaya bahasanya.

LATAR • Masyarakat Arab Zaman Penurunan
BELAKANG Al-quran
DAN
SEJARAH • Sejarah Perkembangan I’jaz Al-Quran
ILMU I’JAZ # Kelemahan Pujangga Arab
Menandingi Al-Quran
# Perkembangan Ilmu I’jaz Al-Quran
# Kepentingan Ilmu I’jaz Al-Quran
# Keistimewaan Al-Quran

Kelemahan Pujangga Arab Menandingi Al-Quran

• 2(c) Dengan memberikan dalil al-Quran, bincangkan tiga
peringkat cabaran yang diberikan oleh Allah SWT kepada
golongan musyrikin yang berkaitan dengan kemukjizatan al-
Quran. [11] – 2014 (U)

• 2(c) Dengan mengemukakan dalil daripada al-Quran, jelaskan
tiga peringkat cabaran daripada Allah SWT terhadap orang
musyrikin yang berkaitan dengan I’jaz lughawi. [9] – 2017

2(c) – 2014 (U), 2017

Peringkat cabaran Allah SWT terhadap orang Musyrikin yang
berkaitan dengan I’jaz Lughawi terbahagi kepada tiga
peringkat iaitu:

1)Allah mencabar bangsa Arab supaya mendatangkan sama
seperti al-Qur’an dari aspek al-Lughawi dan al-Bayani sahaja
tanpa sebarang kadar bilangan ayat atau surah.
Sebagaimana firmanNya dalam surah al-Tur ayat 34:

2(c) – 2014 (U), 2017
• 2) Selepas mereka tidak mampu untuk membuatnya, Allah telah

mencabar mereka supaya mendatangkan sepuluh surah yang
direka. Ini dirakamkan dalam surah Hud ayat 13:

Cabaran ini tidak dapat dilakukan oleh orang Musyrikin.

2(c) – 2014 (U), 2017
• 3) Kemudian Allah telah memberi peluang yang lebih mudah

dengan mereka supaya mencipta satu surah sahaja supaya
dapat menandingi kemukjizatan al-Qur’an dari aspek bahasa
dan bayan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Yunus
ayat 38:

Cabaran ini juga tidak mampu dilaksanakan oleh orang
Musyrikin pada masa itu

2(c) – 2014 (U)

• Kesimpulannya tidak ada seorang pun yang dapat
menghasilkan naskhah sebagaimana Al-Quran walaupun
dikumpulkan seluruh ilmuan, namun tetap tidak mampu
menandinginya. (2m)

2(c) Bincangkan bentuk penentangan terhadap al-Quran yang
mencetuskan ilmu I’jaz al-Quran. [8] – 2015 (U)

• # Terdapat dua bentuk penentangan terhadap al-Quran iaitu
tentangan yang berbentuk umum dan tentangan yang
berbentuk khusus.

• 1.Tentangan yang berbentuk umum ini ditujukan kepada semua
makhluk termasuklah ahli falsafah, ulama, hukama dan semua
manusia tanpa ada kecuali. Baik bangsa Arab ataupun bangsa
lain, yang berkulit putih ataupun hitam, bahkan orang mukmin
atau kafir sekalipun.

2(c) – 2015(U)

• 2. Tentangan yang kedua adalah tentangan yang berbentuk

khusus. Tentangan ini ditujukan khusus kepada orang Arab ,
khususnya lagi kepada orang kafir Quraisy. Bentuk
penentangan ini pula terdapat dua jenis iaitu :

• i. Tentangan secara kulli ( keseluruhan). Iaitu tentangan dgn
seluruh al-Quran meliputi hukum, keindahan, balaghahnya
ataupun keterangannya. Sebagaimana firman Allah dalam
Surah al-Thur ayat 34

2(c) – 2015(U)

• ii. Tentangan secara juz’ (sebahagian) . Iaitu tentangan
seperti mendatangkan satu surah sahaja yang menyerupai
surah-surah al-Quran, walaupun surah yang terpendek
sebagaiman surah al-Kauthsar. Firman Allah SWT dalam
surah Hud ayat 13

• Kesimpulannya, walau apa pun cabaran yg Allah kemukakan
terhadap kaum penentang, mereka pasti tidak mampu utk
melawan kerana hakikatnya semua itu merupakan kekuasaan
Allah SWT semata-mata.

2(c) Huraikan bentuk cabaran yang diberikan oleh Allah SWT kepada
kaum penentang al-Quran sehingga mencetuskan kemunculan I’jaz al-
Quran. [8] – 2020 (U)

• 1.Allah mencabar seluruh manusia dan jin supaya mencipta satu
naskhah spt al-Quran sebagaimana firman Allah yg bermaksud
“Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul utk membuat yg
serupa al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dpt membuat yg
serupa dgnnya….”

• 2) Seterusnya Allah telah mencabar mereka supaya mendatangkan
pula sepuluh surah yang direka. Ini dirakamkan dalam surah Hud ayat
13 yg bermaksud “Bahkan mereka mengatakan : Muhammad telah
membuat al-Quran. Katakanlah (kalau demikian) maka datangkanlah
sepuluh surah yg menyamai al-Quran…”

2(c) – 2020 (U)

• 3) Kemudian Allah telah mencabar kaum penentang dgn cabaran yg
lebih mudah, iaitu mencipta satu surah sahaja sebagaimana surah yg
paling pendek dlm al-Quran supaya dapat menandingi kemukjizatan
al-Qur’an dari aspek bahasa dan bayan. Sebagaimana firman Allah yg
bermaksud “maka cubalah buat dan dtgkanlah satu surah yg
sebanding dgn al-Quran”.

• 4)Seterusnya Allah mencabar kaum penentang supaya mendatangkan
sama seperti al-Qur’an dari aspek al-Lughawi dan al-Bayani sahaja
tanpa sebarang kadar bilangan ayat atau surah. Sebagaimana
firmanNya dalam surah al-Tur ayat 34 yg bermaksud “Maka
hendaklah mereka mendatangkan kalimat semisal al-Quran itu jika
mereka orang2 yg benar”.

Perkembangan Ilmu I’jaz Al-Quran
2(b) Terangkan sejarah pertumbuhan ilmu I’jaz al-Quran. [8] –
2015(U)

2(b) Ilmu I’jaz al-Quran mempunyai sejarah pertumbuhan awal
yang tersendiri. Jelaskan. [8] – 2016

2(b) Huraikan sejarah pertumbuhan ilmu I’jaz al-Quran. [8] –
2019

2(b) Terangkan sejarah perkembangan ilmu I’jaz al-Quran. [8] –
2020(U)

Sejarah Pertumbuhan / perkembangan Ilmu I’jaz

Soalan 2(b) – 2015(U), 2016, 2019
• Ilmu I’jaz mula dibahaskan bila lahir ulama’2 yang

membahaskan mengenai ilmu I’jaz Al-Quran dan penulisan
karya mereka lebih khusus dalam ilmu-llmu berkaitan I’jaz
al-Quran. Ilmu I’jaz al-Quran dibahaskan pada kurun kedua
hijrah dengan kemunculan kitab Ta’wil Musykilah al-Quran
oleh Abi Muhammad Abdullah bin Muslim Ibnu Qutaibah al-
Dinawary (276 H)

Sejarah Pertumbuhan / perkembangan Ilmu I’jaz
Soalan 2(b) – 2015(U), 2016, 2019
• Kemudian, muncul peranan2 I’jaz al-Quran melalui tulisan2

seperti Risalah An-Nukat fi I’jaz al-Quran oleh Ali bin Isa Ar-
Romani. Antara contoh kemukjizatan yg disebut dlm buku
tersebut seperti ‘balaghah’ dan ‘al-sorfah’ manusia sebenarnya
mampu membuat sesuatu seperti al-Quran, namun Allah
menyekat manusia daripada melakukannya. Kemudian, Al-
Khatabi(338H) menulis buku yang bertajuk ‘Bayan I’jaz al-
Quran’. Beliau menolak pemikiran as-Sarfah dari segi I’jaz Al-
Quran.

Sejarah Pertumbuhan / perkembangan Ilmu I’jaz

Soalan 2(b) – 2015 (U) , 2016

• Kurun ke 4 Hijrah , Al-Baqilani (403H) menulis buku, “Ijaz Al-
Quran”. Tulisan Al-Baqilani memaparkan bhw balaghah dan
keistimewaan bahasanya termasuk di dalam I’jaz al-Quran.

• Kurun ke 5 Hijrah Abd Al-Qadir al-Jurjani (538H) menulis
buku bertajuk Dalail Al-I’jaz dan Asrar al-Balaghah. Kitab ini
membahaskan mengenai i’jaz al-Quran seperti balaghah dan
fasahah.

Sejarah Pertumbuhan / perkembangan Ilmu I’jaz

Soalan 2(b) – 2015 (U), 2016, 2019

• Pengajian I’jaz al-Quran telah mencapai kegemilangannya pd
abad ke lima hijrah. Pd ketika itu ilmu I’jaz telah memiliki
sistem peristilahan dan karya-karya yang lengkap. Antara
tokoh seperti Abd al-Qahir al-Jurjani (m.471H) yang
menghasilkan karya Dalail al-I’jaz yang menjelaskan tentang
ilmu al-Ma’ani.

Sejarah Pertumbuhan / perkembangan Ilmu I’jaz

Soalan 2(b) – 2015(U), 2016, 2019

• Kurun ke 6 Hijrah (749H) Al-Zamakhsyari membahaskan mengenai
balaghah dan falsafah al-Quran dalam kitab tafsirnya ‘Al-Kasyaf .

• Kurun ke 7 Hijrah Imam al-Qurtubi (671H) dalam tafsir al-Jami’ Li Ahkam
Al-Qurtubi menyebut 10 jenis I’jaz Al-Quran.

• Kurun ke 8 Hijrah al-Zarkasyi (794H) membahaskan I’jaz dalam kitabnya
al-Burhan Fi Ulum Al-Quran

• Kurun ke 9 Hijrah Burhan al-Din Ibrahim Ibrahim al-Baqi’(885H)
menghasilkan karya berjudul ‘Nazam al-Durar Fi Tanasub al Ayat
Wassuwar.

• Kurun ke 10 Hijrah Imam al-Sayuti ,perbahasan I’jaz ditulis dalam kitabnya
“Al-Iltan Fi Ulum Al-Quran.

2(a) Namakan dua buah kitab yang membahaskan ilmu I’jaz al-
Quran. [2] – 2019

• Kitab I’jaz al-Quran oleh al-Baqillani
• Kitab Jamiul Ahkamul Qur’an oleh Imam Al-Qurtubi
• Kitab al-Kasysyaf oleh Imam Zamahsyari
• Kitab Mafatih al-Ghaib oleh Imam Fakh al-Razi

ASPEK I’JAZ • Aspek Bahasa
AL-QURAN # Penggunaan Perkataan
# Struktur Ayat Dan Makna
# Balaghah
# Keistimewaan Bahasa Al-quran
Berbanding Bahasa Arab

2.a) Berikan tiga aspek I’jaz al-Quran. [3] – 2014 (U)
2(a) Berikan empat aspek I’jaz al-Quran yang terdapat dalam al-
Quran. [4] – 2018 (U)

• Aspek Bahasa/ Lughawi/ balaghah
• Aspek Ilmiyy ( sains )
• Aspek kandungan / Muhtawiyat
• Aspek Syariat / Tasyrie’
• Aspek pemberitahuan peristiwa yang akan berlaku / akhbar

ghaib

2.(a) Berikan tiga kriteria I’jaz lughawi. [3] – 2017

* Kriteria I’jaz lughawi :
• 1) Bahasa yang indah
• 2) Susunan bahasa, sastera dan balaghah yg tinggi
• 3) Ilmu bayan yang menarik
• 4) Susunan kalimah yang menakjubkan
• 5) Lafaz yg paling fasih dalam susunan yg paling indah
• 6) Makna yang paling sahih dan mengandungi kesucian
• 7) Rima / Irama / Fasahah yang menarik

2(c) Terangkan I’jaz al-Quran dari aspek bahasa. [8] – 2016

• Memiliki tata bahasa yang tinggi nilai keindahannya iaitu
sudut balaghahnya.

• Sangat baik dalam menyampaikan penjelasan iaitu al-bayan
• Keserasian dalam menyusun kata-kata,serta kelancaran lojik ,

mempunyai nada dan langgamnya yang berbeza dari yang
lainnya,bukan syair ataupun puisi,namun terasa terdengar
mempunyai keunikan dalam irama dan ritmanya.

2(c) – 2016

• Singkat dan padat,al-Quran memiliki keistimewaan bahawa
kata dan kalimahnya yg singkat dapat menampung sekian
banyak makna,ia bagaikan berlian yg memancarkan cahayanya
dari setiap sisinya.

• Bahasa al-Quran amat indah,padat dan tidak dapat ditandingi
oleh pakar bahasa daripada semua peringkat zaman.

2(b) Jelaskan empat Keistimewaan bahasa al-Quran
berbanding dengan bahasa Arab. [8] – 2017

*Keistimewaan bahasa al-Quran berbanding dgn bahasa Arab:

• 1. Setiap kalimah dalam al-Quran tidak boleh diganti dengan
kalimah lain sekalipun mempunyai maksud yang sama,
contohnya perkataan “takut”. Bahasa Arab boleh
menggunakan mana2 antara tiga kalimah iaitu “ , "‫"الخشية‬
‫ "الرعب‬, "‫ "الخوف‬tetapi di dlm al-Quran kalimah2 tersebut
Allah gunakan pada tempat2 dan keadaan2 tertentu sahaja,
contohnya bagi menggambarkan ketakutan para ulama, Allah
menggambarkannya melalui kalimah "‫ "الخشية‬, sebagaimana
firman Allah "‫"إنما يخشى الله من عباده العلموا‬

2(b) – 2017

• 2. Setiap huruf yang digunakan dalam al-Quran tidak boleh
sama sekali digantikan dengan huruf yang lain sekalipun ia
dilihat tidak membawa kepada perubahan maksud ayat,
contohnya "‫ "يوما واتقوا‬kepada "‫ "يوما فاتقوا‬dan sebagainya.
Ini berbeza sama sekali dengan bahasa Arab yang harus
menerima sebarang perubahan dalam keadaan-keadaan
tertentu.

2(b) – 2017

• 3. Bahasa al-Quran mengandungi bentuk tulisan yang begitu
unik yang dikenali dengan Rasm Uthmani. Terdapat huruf-
huruf yang ditambah tetapi tidak boleh dibaca seperti
"‫ "ساوريكم‬, huruf-huruf yang dibuang tetapi perlu dibaca
seperti "‫ "العلمين‬. Ini berbeza sama sekali dengan bahasa Arab
yang ditulis berpandukan kepada ejaan yang sebenar.

2(b) – 2017

• 4. Bahasa al-Quran mengandungi bunyi, nada dan sebutan
yang begitu luarbiasa sekiranya dialunkan dan dihayati
dengan sebaik-baiknya. Ia mempunyai bunyi ghunnah yang
tersendiri seperti ikhfa’ , idgham dan sebagainya, nada
panjang pendek yang berbeza-beza seperti enam, empat
harakat, cara waqaf dan ibtida’ yang betul, berbanding
bahasa Arab tidak perlu kepada idgham, nada panjang
pendek dan sebagainya.

2(b) – 2017

• 5. Uslub dan gaya Bahasa al-Quran sangat halus. Dimana ia
dpt dibuktikan sudut balaghah dan fasahahnya. Manakala
uslub bahsa Arab sebaliknya iaitu seperti sukar sudut
pengucapannya.

• 6. Bahasa al-Quran memiliki kekuatan ajaib terhadap jiwa
pembaca dan pendengarnya, seperti jiwa tenang dan
tenteram. Manakala Bahasa Arab biasa sahaja, lafaznya tidak
mempunyai keajaiban seperti Bahasa al-Quran.

ASPEK I’JAZ AL- • Aspek Ilmiyy
QURAN

2(a) Jelaskan empat ciri aspek I’jaz ‘ilmiyy yang terdapat
dalam al-Quran. [8] – 2016 (U)

# Empat ciri aspek I’jaz ‘ilmiyy yang terdapat dalam al-Quran
• Mukjizat al-Quran mempunyai teori-teori ilmu yang

mengajak manusia menggunakan akal fikiran melalui kajian
dan penyelidikan
• Al-Quran mengajak manusia berfikir tentang kejadian dan
memerhatikan. Apa yang difikirkan oleh manusia dengan
panduan al-Quran menambah ilmu dan iman.

2(a) – 2016(U)

• Al-Quran memperlihatkan kemukjizatannya dengan memberi
isyarat kearah pengembangan ilmu pengetahuan dan
teknologi

• Sebahagian besar ilmu yang dipaparkan dalam al-Quran
adalah untuk membenarkan kebesaran Allah SWT dan
keunikan al-Quran itu sendiri.

2(c) Bincangkan aspek I’jaz ‘ilmiyy yang terdapat dalam al-Quran. [10] –
2020
• Tidak adanya pertentangan antara konsep2 yg dibawakannya dgn

kenyataan kebenaran hasil penemuan dan penyelidikan ilmu
pengetahuan dan penemuan sains.
• Ilmu pengetahuan yg dibawa dalam al-Quran mencakupi ilmu
pengetahuan syariat dan ilmu pengetahuan alam.
• Banyak makna yang tidak dpt dikumpulkan dlm pembicaraan manusia
• Al-Quran juga menampilkan ilmu yg tidak mungkin dpt dijangkau oleh
akal manusia kecuali melalui pemberitaan wahyu al-Quran itu sendiri
• Al-Quran juga mengumpulkan ilmu2 yg tidak dpt diliputi oleh manusia
dan tidak dpt berkumpul pada seseorang
• Kesimpulan

2(c)Dengan memberikan dalil drp al-Quran, bincangkan dua
contoh I’jaz ilmiy yg terdapat dalam al-Quran. [10] – 2018 (U)

• 1. Isi kandungan al-Quran tidak bertentangan dengan realiti
yang berlaku. Contohnya ahli Sains dan falak sblm Islam ada
yg mengatakan matahari sentiasa berkeadaan tetap dan
tidak beredar, manakala planet2 lain yg bergerak dan
mengelilinginya. Tetapi kenyataan tersebuat tidak benar
kerana matahari berputar di atas paksinya.

2(c) – 2018(U)

• Dlm kajian matahari mengambil masa 25 hari utk melakukan
satu putaran lengkap di atas paksinya. Selaras dgn Firman
Allah dlm surah Yaasin: 38

Maksud: Dan matahari ia kelihatan beredar ke tempat yang
ditetapkan baginya, itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa
lagi Maha Mengetahui.

2(c) – 2018 (U)
• 2. Kejadian gempa bumi. Firman Allah dalam surah An-Naba’

ayat 6-7 :

maksudnya “ Bukan Kami telah menjadikan bumi itu sebagai
hamparan dan gunung ganang sebagai pasak?”
Kalimah pasak dalam ayat ini mengumpamakan gunung sebagai
paku / pasak yg memancang bumi dari terumbang ambing serta
mengawal gempa bumi. Oleh itu jika berlaku aktiviti meratakan
bukit dan gunung, maka berlakulah gerak gempa bumi


Click to View FlipBook Version