2(c) – 2018(U)
• Kesimpulannya, berbagai contoh I’jaz ilmiy yang terdapat
dalam al-Quran yang boleh dijadikan pengetahuan dan
pengajaran kepada manusia dalam urusan kehidupan di
dunia ini.
2(c)Dengan memberikan dua contoh, bincangkan I’jaz ilmiyy yg
terdapat dalam al-Quran yg selari dgn penemuan Sains. [10] –
2019
• 1) Proses kejadian hujan melalui surah al-Tariq ayat 11.
Maksudnya “Demi langit yg mengandungi hujan.”
Dlm ayat ini perkataan Ar-Raj’I bermaksud hujan. Tetapi dlm
Bahasa bermaksud yg Kembali. Ini bermakna hujan itu datang
dan kembali secara berulang-ulang. Ada juga yg mentafsirkan
hujan terbentuk dgn cara pemeluwapan air dr bumi ke langit
dan turun semula menjadi hujan. Proses ini berlaku secara
berulang dan berterusan
2(c) – 2019
• 2) Sistem barcode pada Surah al-Qiyamah ayat : 3 - 4.
Dalam ayat ini Allah menyebut tentang jari jemari sebagai
tanda kekuasaanNya. Sesungguhnya ibu jari mempunyai
barcode yg dpt menunjukkan identiti seseorg. Dgn kata lain
tanda pengenalan manusia terletak pd hujung jari dan sistem
barcode ini telah digunakan dlm dunia moden kini.
2(c) – 2019
• Kesimpulannya, berbagai contoh I’jaz ilmiy yang terdapat
dalam al-Quran yang boleh dijadikan panduan untuk
membuat penyelidikan bukan sahaja dalam bidang sains,
malah bidang2 lain juga yang dapat memberi manfaat
kepada manusia bagi mengimarahkan bumi ini.
ASPEK I’JAZ • Aspek Isi Kandungan
AL-QURAN
2(c) Firman Allah SWT : Surah al-Rum ayat 2-3
Berdasarkan ayat di atas, bincangkan aspek I’jaz yang anda tahu.
[10] – 2017 (U)
2(b) Terangkan aspek I’jaz al-Quran dari aspek isi kandungan. [8]
– 2020
2(c) – 2017(U) , 2(b) – 2020
• Aspek I’jaz berdasarkan ayat di atas adalah berkaitan isi
kandungan. Isi kandungan al-Quran benar dan tidak dapat
dipertikaikan, ia meliputi kisah berkaitan masa akan datang.
Ini dpt dibuktikan dalam surah al-Rum ayat 2 dan 3. Dlm ayat
ini dikhabarkan berita yg akan berlaku iaitu perkhabaran
tentang kemenangan kerajaan Rom keatas Parsi.
2(b) – 2017(u), 2(b) – 2020
• Al-Quran juga mengandungi kisah dan peristiwa yg telah
berlaku pada masa lampau dan pada masa sebelum
kelahiran Nabi SAW. Contohnya kisah Ashab al- Kahfi
• Al-Quran juga menceritakan perkara yang berkaitan alam
ghaib dan perkara sam’iyyat. Ia merupakan perkara yg
tidak dpt dicapai oleh akal manusia seperti malaikat,
dosa, pahala, syurga, neraka dan sebagainya
2(b) – 2017(u) , 2(b) – 2020
• Ayat serta surah yg terdapat dalam al-Quran mempunyai
hubung kait antara satu sama lain dan tiada percanggahan
drp aspek berita, pengajaran dan apa shj yg terkandung di
dlmnya.
• Kesimpulannya I’jaz al-Quran aspek isi kandungan adalah
benar dan bertepatan dengan realiti yang mana ia
mengungkap kisah sejarah, berita ghaib juga peristiwa akan
datang atau masa kini yang belum diketahui oleh manusia.
SOALAN STPM
•Nasikh Dan Mansukh
TAKRIF NASIKH MANSUKH
• Takrif Bahasa Dan Istilah
• Ruang Nasikh Mansukh
• Perbahasan Nasikh Mansukh
# Pendapat Ulama
# Contoh Ayat Nasikh Mansukh
# Hikmah Nasikh Mansukh
• Cara Mengetahui Nasikh Mansukh
Dan Syaratnya
2(a) Berikan pengertian nasikh dan mansukh. [4] – 2014
2(a) Terangkan pengertian nasikh dan mansukh. [4] – 2019 (U),
2021
• Nasikh bermaksud mengangkat atau menghapuskan hukum
syara’ dengan dalil hukum syara’ yang lain.
• Mansukh ialah dibatalkan atau dihapuskan ketentuan hukum
yang ada dan diganti dengan hukum yang baru.
2(a)Berikan dua maksud nasakh berserta contoh ayat al-Quran
yang menunjukkan maksud tersebut. [4] – 2018
• Nasakh bermaksud menghapuskan sebagaimana firman Allah
SWT :
• َما نَن َسخ ِمن َءايَ ٍة أَو نُن ِس َها نَأ ِت ِب َخي ٍر ِمن َها أَو ِمثـ ِل َهـا
• Nasakh bermaksud menggantikan atau menukar. Firman Allah
SWT :
• َو ِإذَا بَـ َّدلـنَآ َءايَـةً َّمـ َكـا َن َءايَـ ٍة
2(a) Terangkan satu dalil daripada al-Quran mengenai hukum
yang berkaitan dengan nasikh dan mansukh. [3] - 2013
• Surah al-Baqarah ayat 106
• Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan mana2 ayat yang
Allah mansukhkan akan diganti dengan yang lebih baik atau
yang sebanding dengannya.
2(b)Jelaskan 4 hikmah yang terdapat disebalik nasikh dan
mansukh. [8] – 2013
• Kesempurnaan Islam. Allah mewujudkan nasikh mansukh ini
adalah utk menunjukkan kesempurnaan syariat Islam yg
mampu menyempurnakan keperluan manusia kerana
manusia adalah makhluk yg berubah-ubah dari satu masa ke
satu masa yg lain.
• Memenuhi keperluan. Sebagai agama penyudah agama
seblmnya, Islam mampu memenuhi keperluan jasad dan
rohani manusia, salah satunya melalui nasikh mansukh.
2(b) – 2013
• Kemudahan beramal. Syariat Islam diturunkan secara
berperingkat-peringkat dan hukumnya diturunkan sedikit
demi sedikit utk memberi kemudahan kpd umat Islam
mengamalkannya sehingga sempurna. Dlm proses inilah ada
hukum yg dinasakhkan dan diganti dgn yg baru.
• Ujian dan iktibar. Nasikh Mansukh hukum yg bersamaan atau
berat atau ringan merupakan suatu ujian dan iktibar kepada
manusia kerana ia akan menzahirkan org yg beriman dan
munafik.
2(b) Terangkan empat cara untuk mengenal pasti nasikh dan
Mansukh pada ayat al-Quran. [8] – 2021
• 1. Terdapat dalam salah satu dalil nas, harus ada yg
menentukan datangnya lebih kemudian dari dalil yang lain
• 2. Penerangan tegas dari Nabi SAW atau Sahabat.
• 3. Berlaku Ijmak dalam kalangan muslimin pada mana2 masa
menentukan nas yg diturunkan dahulu dan nas yang
diturunkan kemudian.
• 4. Mengetahui mana yg lebih dahulu dan kemudian turunnya
dalam perspektif sejarah.
# PERKARA YANG TIDAK BERLAKU NASAKH
• Perkara berkaitan aqidah kerana aqidah merupakan hakikat yg
sahih dan tepat.
• Perkara berkaitan akhlak. Akhlak adalah perkara yg jelas dan
tidak berubah walau masa berubah.
• Usul ibadat dan muamalat kerana keperluan manusia
kepadanya secara berterusan. Oleh itu tidak tercapai
hikmahnya jika berlaku nasikh dlm ayat2 tersebut.
• Nas yg mengandungi makna yang kekal.
• Perkhabaran dan sejarah masa lalu.
# SYARAT NASIKH DAN MANSUKH
• Hukum yang dihapuskan adalah hukum yg berkaitan dengan
perbuatan mukallaf
• Dalil yang menasikh / menghapus perlu datang kemudian
daripada dalil yang dimansukh
• Nasikh dan Mansukh hanya berlaku ketika Nabi SAW masih
hidup sahaja
• Hukum yang dimansukhkan adalah hukum syarak, sama ada
ketentuan drp Allah atau Hadis
# SYARAT NASIKH DAN MANSUKH
• Nasikh dan Mansukh tidak berlaku pada tujuan syariat atau
kaedah syariat yg bersifat umum
• Khitab yang memansukh hukum tidak terikat atau tidak
dibatasi dengan waktu tertentu.
ISTILAH BERKAITAN NASIKH
MANSUKH
• Am
• Khas
• Mutlaq
• Muqayyad
2(b)Terangkan empat perbezaan antara nasakh dengan
takhsis. [8] – 2018
• Nasakh bermaksud menghapuskan sesuatu hukum dengan
dalil yang disyariatkan, sementara takhsis bermaksud
menghadkan/mengkhususkan sesuatu dari lafaznya yang
umum
• Nasakh tidak berlaku pd perkhabaran, manakala takhsis
berlaku pada perkhabaran dan selainnya
2(b) – 2018
• Hukum yang keluar melalui nasakh merupakan hukum yg
diinginkan dari lafaz mansukh, sedangkan hukum yg keluar
melalui tahksis pd asalnya bukan yg diinginkan dari lafaz umum
tersebut.
• Nasakh akan membatalkan kehujahan mansukh untuk
selamanya, sebaliknya takhsis tidak membatalkan kehujahan
umum untuk selamanya.
• Nasakh berlaku dengan dalil yang datang kemudian dari
mansukh, tetapi tahksis berlaku dengan dalil yang datang
terdahulu dan kemudian serta seiring/ saling berdampingan
2(c) Lafaz Am, Khas, Mutlaq dan Muqayyad telah
menyebabkan lahirnya berbagai-bagai fahaman untuk
memahami ayat dan hukum al-Quran. Bincangkan hikmah yg
lahir drp keadaan ini. [8] – 2014
• Sebagai satu rahmat dan keperluan.
• Memberi peluang kepada umat Islam untuk memilih yg
terbaik dalam berbagai-bagai pendapat
• Agar ulama berusaha menggali ilmu sedalam mungkin bagi
menyelesaikan masalah fikrah ummah untuk menuju kearah
kebenaran
2(c) – 2014
• Memberi ruang kpd para mujtahid utk berijtihad dalan suatu
permasalahan yang timbul supaya dapat dijadikan rujukan
kepada masyarakat.
• Kesimpulannya, istilah2 ini memberi banyak manfaat kepada
umat Islam bagi melaksanakan perintah dan hukum Allah
dengan sebaiknya sebagaimana yang dikehendaki oleh
agama.
2(a) Berikan pengertian mutlaq dan muqayyad. [4] - 2015
* Pengertian mutlaq ialah lafaz yang menunjukkan
sesuatu hakikat yang berbentuk umum tanpa dibataskan
dengan sesuatu hukum yang lain. ( 2m )
* Mutlaq pula ialah lafaz yang menunjukkan sesuatu
hakikat yang berbentuk khusus kerana telah dibataskan
dengan sesuatu hukum yang lain. (2m)
2(b)Berdasarkan dalil daripada al-Quran, kaitkan hubungan
antara mutlaq dan muqayyad dengan nasikh mansukh. [6]-
2015
• Firman Allah :
• Perintah berpuasa iaitu kaffarah kepada orang yang
melanggar sumpah dalam ayat di atas adalah berbentuk
mutlaq iaitu tiada batasan.
2(b) – 2015
• Oleh itu ia bermaksud orang tersebut perlu berpuasa
selama tiga hari sama ada dilakukan secara berturut-
turut atau selang seli. Akan tetapi qiraat Ibn Mas’ud
membaca dengan فـصـام ثـلـثة أيـام مـتـتـابـعـاتyang
menunjukkan bahawa perintah tersebut berbentuk
muqayyad iaitu dibataskan berpuasa selama tiga hari
berturut-turut.
2(b) – 2015
• Oleh yang demikian, bagi mazhab (sesiapa) yang berpegang
dengan qiraat Ibn Mas’ud ini, secara tidak langsung
menunjukkan bahawa ayat al-Quran yang menunjukkan hukum
berpuasa selama tiga hari tanpa dibataskan masanya telah
dinasakhkan oleh ayat al-Quran yang mengatakan bahawa
puasa selama tiga hari itu perlu dilakukan secara berturu-turut.
2(b) – 2015 ( contoh ke 2 )
• Firman Allah SWT :
• ۗ ِم ْۢن بَع ِد َو ِصيَّ ٍة يُّو ِصي ِب َهآ اَو َدي ٍن
• Wasiat dalam ayat di atas disebut secara mutlak tanpa
dikaitkan dengan kadar tertentu. Walau bagaimanapun
terdapat dalil hadis yang memuqayyadkan wasiat dalam ayat
ini dengan kadar 1/3 sahaja .
2(b) – 2015
• Oleh yang demikian, bagi sesiapa yang ingin berwasiat
hendaklah tidak melebihi 1/3, Ini berdasarkan ayat al-Quran
yang menyuruh berwasiat tanpa dibataskan kadarnya telah
dinasakhkan oleh hadis Nabi SAW yang mengatakan bahawa
kadar wasiat adalah 1/3 sahaja.
2(b)Dengan memberikan dua contoh ayat al-Quran, jelaskan
keadaan yang menunjukkan ayat-ayat tersebut bersifat mutlaq
dan muqayyad. [8] 2019(U)
• Firman Allah Taala: Ayat Mutlak Surah al-Mujadalah ayat 3
قَالُوا فَتَح ِري ُر َرقَبَ ٍة ِمن قَب ِل اَن يَّتَ َم ۤا َّس ۗا
• Lafaz “raqabah” merupakan lafaz mutlaq yang mencakupi
semua jenis raqabah tanpa diikat atau dibatasi sesuatu yang
lain. Ia bermaksud merangkumi semua lelaki atau perempuan,
beriman atau tidak beriman.
2(b) – 2019(U)
• Contoh ayat Muqayyad Surah An-Nisa’ ayat 92
َو َمن قَتَ َل ُمؤ ِمنًا َخ َطئًا فَتَح ِري ُر َرقَبَ ٍة ُّمؤ ِمنَ ٍة
* Dalam ayat di atas hamba sahaya (raqabah) telah
ditaqyidkan dengan perkataan mukminah. Maka ketentuan
ayat ini ialah siapa pun yang melakukan pembunuhan tanpa
sengaja, maka dikenakan denda dengan memerdekakan
hamba sahaya yang beriman sama ada lelaki atau perempuan.
# PERBEZAAN ANTARA TAQYID DENGAN NASIKH
• Taqyid menyempitkan atau memperincikan skop ayat Mutlaq,
manakala nasikh membatalkan hukum ayat yg telah ada dan
diganti dgn hukum baru.
• Taqyid boleh berlaku dalam bentuk hukum atau selainnya,
sedangkan nasikh berlaku dalam bentuk hukum sahaja.
• Dalil yg mentaqyidkan boleh datang sama ada pd masa dahulu,
semasa atau terkemudian, manakala nasikh hanya datang
kemudian sahaja.
• Taqyid lazimnya masuk pada dalil Mutlaq, manakala nasikh
harus masuk pada dalil Mutlaq dan dalil Muqayyad
BAHAGIAN NASIKH MANSUKH
• Dalil Yang Menasakhkan
Nasikh Dengan Dalil Berbentuk Nas
Nasikh Dengan Dalil Bukan Berbentuk Nas
• Bentuk Nasikh Sudut Tilawah Dan Hukum
• Bahagian Nasikh Sudut Cakupan
Nasikh Soreh
Nasikh Dhimni
• Cara Berlaku Nasakh
Nasikh Ada Ganti
Nasikh Tiada Ganti
BAHAGIAN NASIKH MANSUKH
2(b) Jelaskan pembahagian nasikh dan mansukh. [8] – 2014
2(b) Dengan memberikan contoh, jelaskan pembahagian
nasikh dan mansukh. [12] – 2016 (U)
Soalan 2(b) – 2014, 2016(U)
# Pembahagian nasikh dan mansukh
• 1.Nasikh al-Quran dengan al-Quran iaitu menasakhkan ayat
al-Quran dengan ayat al-Quran. Contoh ayat berkaitan iddah
wanita. Firman Allah : Surah al-Baqarah ayat 228
• Ayat di atas menyatakan iddah bagi setiap wanita ialah tiga
kali quru’ sama ada yg hamil atau tidak dan yg telah
dicampuri.
2(b) – 2014, 2016(U)
• Hukum dalam ayat di atas dinasakhkan dgn ayat lain iaitu
dlm Surah al-Talaq ayat 4
• Ayat di atas menasakhkan hukum iddah bagi wanita yg hamil
bukan tiga kali quru’ sebaliknya sampai mereka melahirkan
kandungannya.
2(b) – 2014, 2016 (U)
• 2. Nasikh al-Quran dengan al-Sunnah iaitu menasakhkan ayat
al-Quran dengan hadith, contoh hukum wasiat kepada ibubapa
dan kaum kerabat. Surah al-Anfal : 180
• Ayat ini bermaksud diwajibkan ke atas kamu apabila hampir
mati, jika ia ada meninggalkan harta, hendaklah ia berwasiat
untuk ibubapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik,
sebagai satu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.
2(b) – 2014, 2016 (U)
• Hukum wajib ini telah dinasakhkan menerusi hadis
ََل َو ِصـيَّةَ ِلـ َوا ِر ِث
• Hadith ini menyatakan tiada wasiat untuk waris.
2(b) – 2014, 2016 (U)
• 3. Nasikh al-Sunnah dengan al-Quran iaitu ayat al-Quran
menasakhkan hadith. Contohnya hadith berkaitan arah
kiblat. Dlm satu hadith ada dinyatakan Nabi dan para
sahabat pd mula menghadap ke arah Baitul Maqdis ketika
solat .
، ِسـتَّةَ َعـ َش َر َشـهـ ًرا،ِِ نَـحـ َو بَي ِت الـ َمـقـ ِد، َصلَّـيـنَا َم َع َر ُسـو ِل الله صلى الله عليه وسلم
ثُـ َّم ُصـ ِرفـنَا نَـحـ َو الـ َكـعـبَ ِة، أو َسـبـعَـةَ َعـ َش َر َشهـ ًرا
2(b) – 2014, 2016 (U)
• Nas al-Quran yang menasakhkan hadith di atas ialah Firman
Allah Taala dalam Surah al-Baqarah : 144
ۗ فَ َو ِل َوج َه َك َشط َر ال َمس ِج ِد ال َح َرا ِم
• Ayat di atas bermaksud , oleh itu palingkanlah mukamu ke
arah Masjid al-Haram (tempat letaknya Kaabah).
2(b) – 2014, 2016 (U)
• 4. Nasikh al-Sunnah dengan al-Sunnah iaitu memansukhkan
hadith dengan hadith yang lain. Contohnya hadith berkaitan
wanita menziarahi kubur. Pada mulanya Rasulullah SAW
menegah menziarahi kubur atas sebab-sebab tertentu.
Namun selepas itu , baginda tidak menegah perbuatan
tersebut. Sebagaimana hadith :
•نـَ َهـ ْيـتُـ ُكـ ْم َعـ ْن ِزيَـا َر ِة ا ْلـقُـبُـ ْو ِر فَـ ُز ْو ُر ْو ََـا
2(c) Huraikan bahagian nasikh dari sudut tilawah dan hukum.
[9] – 2013
• Nasikh tilawah dan hukum iaitu berlakunya pemansukhan
ayat al-Quran dari sudut tilawah dan hukum. Dalil yang
mengharuskan nasikh bacaan dan hukum ialah menasakhkan
Suhuf Nabi Ibrahim yang diutuskan kpd para Nabi yg
terdahulu. Firman Allah SWT :
• Ayat di atas menunjukkan bacaan dan hukum-hakam dalam
kitab2 terdahulu telah dinasakhkan dengan Al-Quran
2(c) – 2013
• Nasikh hukum tanpa dinasikh tilawah iaitu berlaku
pemansukhan hukum tetapi ayatnya masih ada. Contohnya
berkaitan hukum wasiat kepada ibubapa dan kaum kerabat
pada asalnya adalah wajib. Namun ia dinasakhkan melalui
hadis ََل َو ِصـيَّةَ ِلـ َوا ِر ِث. Walau bagaimanapun, bacaan atau
tilawah ayat mengenai hukum asal ini tidak dinasakhkan da
ia kekal.
2(c) – 2013
• Nasikh tilawah tanpa dinasikh hukum iaitu berlaku
pemansukhan ayat al-Quran tetapi hukumnya masih kekal.
Contohnya firman Allah SWT berkaitan penzina yang telah
berkahwin. Pada asalnya, ayat perihal rejam ke atas penzina
yang telah berkahwin terdapat dalam al-Quran, tetapi ayat
tersebut telah dimansukhkan manakala hukumnya tetap
kekal.
SOALAN
2(c) Bincangkan pendapat ulama tentang hukum nasakh al-
Quran dengan al-Sunnah. [10] – 2015
2(c) Dengan mengemukakan dalil daripada al-Quran, jelaskan
pendapat ulama tentang nasakh al-Quran dengan hadis
Rasulullah SAW. [8] – 2018
2(c) Bincangkan pandangan ulama tentang hukum nasakh al-
Quran dengan sunnah. [8] – 2019(U)
2(c) Bincangkan pandangan ulama tentang hukum sunnah
menasakh al-Quran. [8] – 2021
JAWAPAN
Soalan 2(C) – 2015, 2018, 2019(U), 2021
• Nasakh al-Quran dengan al-Sunnah terbahagi kepada dua
bahagian iaitu nasakh al-Quran dengan Hadis Ahad dan
nasakh al-Quran dengan Hadis Mutawatir.
• Jumhur ulama berpendapat bahawa al-Quran tidak boleh
dinasakhkan oleh hadis Ahad kerana al-Quran adalah bersifat
QATI’E sedangkan hadis Ahad bersifat ZANNI. (2m)
2(c) – 2015, 2018, 2019(U), 2021
• # Ulama berselisih pendapat pada hukum nasakh al-Quran
dengan hadis mutawatir.
• Sebahagiannya ( Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad )
mengharuskan nasakh al-Quran dengan hadis Mutawatir kerana
kedua-duanya adalah wahyu. Ini berdasarkan kepada firman
Allah yang bermaksud, segala yang diucapkan oleh Rasulullah
SAW bukan menurut hawa nafsu baginda, tetapi ia tidak lain
adalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. / dalil (rujuk slide
akhir)
2(c) – 2015, 2018, 2019(U), 2021
• Sebahagian yang lain pula ( Imam Syafie, Ahli Zahir dan satu
riwayat daripada Ahmad ) tidak mengharuskan nasakh al-Quran
dengan hadis Mutawatir. Ia berdasarkan kepada firman Allah
SWT yang bermaksud , apa sahaja yang kami nasakhkan atau
kami jadikan manusia lupa kepadanya, kami akan datangkan
dengan yang lebih baik atau sebanding dengannya. Dan
hakikatnya al-Quran adalah lebih baik dari hadis. / dalil
• Kesimpulannya, jumhur ulama sepakat hadis ahad tidak boleh
menasakhkan Al-Quran dan sebahagian ulama mengharuskan
hadis mutawatir menasakhkan Al-Quran atas dasar kedua-
duanya wahyu Allah.