KONSEP ULUM AL-QURAN
• Takrif Ulum al-Quran
• Perbezaan antara Ulum al-Quran
dengan Ilmu Tafsir
dan Usul Tafsir
1.(a) Berikan maksud Ulum Al-Quran. [4]
2013(U), 2018(U)
Perkataan ulum merupakan jamak daripada
lafaz Ilm yang bermaksud pemahaman dan
pengetahuan. Ilm dari segi istilah ialah mengetahui
sesuatu berdasarkan hakikat atau perkara
sebenarnya.
Manakala al-Quran ialah kalam Allah yang
bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW melalui malaikat Jibril, yang
disampaikan secara mutawatir dan membacanya
merupakan satu ibadat.
1(a) – 2013(U)
• Ulum al-Quran bermaksud suatu bidang yang
membahaskan tentang al-Quran dari pelbagai
aspek seperti penurunan, pengumpulan,
pembukuan, pentafsiaran, I’jaz, nasikh
mansukh dan semua yang berkaitan
dengannya.
1(b) Huraikan empat faedah mempelajari Ulum Al-
Quran. [8] – 2013(U) , 2021
** Faedah mempelajari Ulum al-Quran adalah:
• Dapat mengetahui segala ilmu yang terdapat di
dalam al-Quran dengan tujuan menggunakan
ilmu-ilmu tersebut dalam usaha untuk
mempertahankan al-Quran supaya tidak
terhapus.
1(b)– 2013(U), 2021
• Dapat menambah keyakinan kepada pengkaji al-
Quran bahawa ianya merupakan kitab suci
daripada Allah SWT dan bukannya ciptaan
manusia.
• Dapat membantu pengkaji untuk memahami
kandungan al-Quran serta mengatahui cara
ulama mengeluarkan hukum daripadanya.
• Dapat mengetahui al-Quran sebagaimana yang
diterangkan oleh Rasulullah SAW, para sahabat
dan tabiin
1(c) Bezakan Ulum Al-Quran dengan Ilmu Tafsir. [8]
2013(U), 2018(U), 2021
• Ulum al-Quran ialah suatu bidang yang
membahaskan tentang al-Quran dari pelbagai
aspek seperti penurunan, pengumpulan,
pembukuan, pentafsiaran, I’jaz, nasikh mansukh
dan semua yang berkaitan dengannya, manakala
Ilmu Tafsir pula ialah suatu ilmu untuk
memahami al-Quran dan menjelaskan maknanya
serta mengeluarkan hukum dan pengajaran
daripada al-Quran.
1(c) – 2013(U), 2018(U), 2021
• Ulum al-Quran bertujuan untuk memahami
kandungan al-Quran daripada pelbagai aspek,
manakala Ilmu Tafsir ialah bertujuan untuk
mengungkap maksud daripada ayat-ayat al-
Quran yang masih samar dan kurang jelas.
• Faedah Ulum al-Quran dapat memahami al-
Quran secara utuh daripada pelbagai aspek,
sedangkan faedah Ilmu Tafsir dapat
memahami lafaz-lafaz al-Quran daan makna
yang sukar.
1(c) – 2013(U), 2018(U), 2021
• Skop perbahasan Ulum al-Quran meliputi
pelbagai ilmu yang berhubungan dengan al-
Quran manakala skop perbahasan Ilmu Tafsir
berkaitan dengan pengungkapan makna al-
Quran untuk memperolehi tafsirannya
1(c) Bezakan ilmu tafsir dengan usul al-tafsir. [8]
2016
• Maksud Ilmu Tafsir menjelaskan makna serta
mengeluarkan hukum yg trkandung didalam al-
Quran brlandaskan kaedah usul tafsir dan ulum
al-Quran mengikut kadar kemampuan manusia.
• Manakala maksud Usul Tafsir ialah suatu kaedah
utama dalam mentafsirkan ayat2 al-Quran
supaya tidak tersasar dari landasan yang betul
dalam usaha memahami ayat2 al-Quran.
1(c) – 2016
• Ilmu tafsir bertujuan mengungkap tafsir atau
maksud ayat al-Quran yang samar, manakala
usul tafsir bertujuan untuk mengetahui kaedah
dan teknik mentafsir
• Faedah Ilmu tafsir dapat memahami lafaz-lafaz
al-Quran dan makna ayat-ayat yang sukar,
manakala faedah usul tafsir ialah dapat
menghindarkan dari kesalahan dalam
mentafsirkan al-Quran.
1(c) – 2016
• Skop perbahasan Ilmu tafsir ialah ilmu yang
berkaitan dengan pengungkapan makna lafaz-
lafaz al-Quran untuk memperoleh tafsir/lebih
khusus pada makna lafaz-lafaz ayat yang
sukar difahami.
• Manakala skop perbahasan Usul tafsir pula
ialah ilmu yang berkaitan dengan metodologi
kaedah-kaedah yang diperlukan oleh mufassir.
1(a) Nyatakan empat bidang kajian Ulum al-Quran.
[ 4] - 2017 , 2021
• Bidang kajian Ulum al-Quran:
* Ilmu Fada’il al-Quran * Ilmu ‘Ijaz al-Quran
* Ilmu Nuzul al-Quran * Ilmu Nasikh Mansukh
* Ilmu Tafsir dan Takwil * IlmumQasas al-Quran
* Ilmu I’rab al-Quran * Ilmu Qiraat
* Ilmu Makki dan Madani * Ilmu Amthal al-Quran
( mana-mana 4 bidang ilmu )
1(b) Terangkan tiga perbezaan antara Ulum al-
Quran dengan Usul Tafsir. [ 6] - 2017
• UQ bertujuan untuk memahami kandungan al-
Quran daripada pelbagai aspek manakala Usul
Tafsir bertujuan untuk mengetahui panduan atau
kaedah dan teknik mentafsir.
• Manfaat UQ dapat memahami al-Quran secara
utuh daripada pelbagai aspek, sedangkan Usul
Tafsir dapat menghindarkan dari kesalahan dalam
mentafsir al-Quran.
1(b) – 2017
• Perbahasan Ulum al-Quran ialah meliputi
pelbagai ilmu yang berhubungan dengan al-
Quran, manakala perbahasan Usul Tafsir pula
ialah Ilmu yang berkaitan dengan metodologi dan
kaedah-kaedah yang diperlukan oleh mufassir.
• Fokus perbahasan Ulum al-Quran ialah Al-Quran
secara menyeluruh, manakala fokus perbahasan
Usul Tafsir ialah metodologi dan kaedah-kaedah
yang diperlukan oleh mufassir.
PENDOKUMENTASIAN
AL-QURAN
Zaman Rasulullah SAW
Zaman Saiyyidina Abu Bakar
Zaman Saiyyidina Uthman
Zaman Rasulullah SAW
1(c) Bincangkan dua metode penjagaan al-Quran
pada zaman Rasulullah SAW. [8] – 2014, 2016,
2019
#Metode Hafazan
• Al-Quran pada masa itu belum dibukukan lagi
• Rasulullah saw mengajar ayat-ayat al-Quran yang
diturunkan kepada sahabat.
• Setiap ayat yang diturunkan akan dihafaz oleh
Rasulullah SAW dan juga para sahabat.
1(c) – 2014
• # Metode Penulisan
• Rasulullah SAW memerintahkan agar ayat-ayat al-
Quran yang diturunkan ditulis
• Semua ayat al-Quran yang diturunkan ditulis oleh
jurutulis wahyu yang dilantik oleh Nabi SAW.
Baginda telah melantik beberapa orang penulis
seperti Zaid bin Thabit dan Khulafak al-Rasyidin.
• Ayat-ayat al-Quran ditulis pada pelepah-pelepah
tamar, batu-batu, kulit-kulit kayu atau binatang
dan apa sahaja bahan yang boleh digunakan utk
menulis.
• Kesimpulan jawapan.
1(a) Terangkan maksud pengumpulan al-Quran.
[4] – 2014(U)
• Pengumpulan al-Quran bermaksud
mengumpulkan al-Quran dengan cara
menghafaznya.
• Pengumpulan al-Quran juga bermaksud
mengumpulkan melalui tulisan iaitu dengan
cara menulis ayat-ayat al-Quran atau
mengukirnya pada bahan-bahan tertentu.
1(b) Jelaskan empat sebab Rasulullah SAW tidak
pernah menyuruh para sahabat mengumpulkan al-
Quran dalam satu mashaf. [8]- 2014(U)
* Tidak ada sebab kukuh yang mendorong
supaya al-Quran dikumpulkan menjadi satu mashaf
kerana masih yerdapat ramai penghafaz dan
pembaca al-Quran.
* Ayat al-Quran tidak diturunkan sekaligus, ia
diturunkan sedikit-sedikit. Oleh itu sudah tentu ia
tidak boleh dikumpulkan sehinggalah sempurna
diturunkan semuanya.
1(b) – 2014(U)
• Berlaku nasikh mansukh terhadap beberapa
ayat yang diturunkan iaitu hukum atau ayat
yang bertukar disebabkan perkara-perkara
tertentu.
• Kekurangan alat penulisan
1(a) Berikan tiga sebab al-Quran tidak
dikumpulkan dalam satu mashaf pada zaman
Nabi Muhammad SAW. [3] - 2015
• Sebab al-Quran tidak dikumpulkan dalam satu
mashaf pada zaman Nabi Muhammad SAW :
* Kekurangan alat penulisan
* Proses nasikh mansukh masih berlaku
* Al-Quran diturunkan secara beransur-
ansur selama hampir 24 tahun
* Baginda tidak sempat berbuat demikian
kerana baki hayat baginda sebanyak 9 hari
sahaja selepas turunnya wahyu yang terakhir.
1(a) Namakan empat orang jurutulis wahyu
Rasulullah SAW yang terkenal. [4] – 2017(U)
• Empat orang jurutulis wahyu Rasulullah SAW
ialah
1. Zaid bin Thabit
2. Ali bin Abi Talib
3. Abu Bakar As-Siddiq
4. Muaz bin Jabal
1(a) Perihalkan pendokumentasian al-Quran
yang dilakukan pada zaman Rasulullah SAW.
[4] - 2019
• Al-Quran pada masa itu belum dibukukan lagi
• Rasulullah saw mengajar ayat-ayat al-Quran
yang diturunkan kepada sahabat.
• Setiap ayat yang diturunkan akan dihafaz oleh
Rasulullah SAW dan juga para sahabat.
• Baginda SAW juga memerintahkan agar ayat2
yg diturunkan ditulis
1(a) – 2019
• Semua ayat al-Quran yg diturunkan ditulis
oleh jurutulis wahyu yg dilantik oleh
Rasulullah SAW
• Ayat2 al-Quran ditulis pada pelepah2 tamar,
batu2, kulit2 kayu atau binatang dan apa shj
bahan yg boleh digunakan untuk menulis.
1.(a) Terangkan maksud pengumpulan al-Quran
menurut pandangan ulama. [4] – 2020(U)
• 1. Menghafaz dan mengingat, dikenali sebagai
pengumpulan di dalam kepala. Sebagaimana
firman Allah yang bermaksud : Sesungguhnya
Kami akan menghimpunkannya (dlm dadamu)
dan (menetapkan) bacaannya (di lidahmu)
Surah al-Qiyamah ayat 17
• 2. Penulisan al-Quran, spt menulis buku dlm
bentuk bercerai-cerai ayat dan surahnya
mengikut ketentuan2 yg ditetapkan oleh Allah.
1(b) Jelaskan pendokumentasian al-Quran yang
berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW. [8]
– 2020 (U)
• Setiap ayat yang diturunkan akan dihafaz oleh
Rasulullah SAW dan juga para sahabat.
• Baginda SAW melantik penulis wahyu dalam
kalangan sahabat spt zaid bin thabit
• Penulisan dilakukan pada pelepah tamar,
kepingan batu, kulit binatang, kulit kayu, daun
kayu dan atas tulang belulang.
1(b) – 2020 (U)
• Penulisan tidak terkumpul dalam satu mashaf
• Ayat Al-Quran belum disusun mengikut tertib
• Surah2 belum disusun mengikut tertib seperti
yang ada sekarang
• Ada saahabat yang menulis al-Quran atas
inisiatif sendiri
1(c) Huraikan empat sebab al-Quran tidak
dikumpulkan dalam satu mashaf pada zaman
Nabi Muhammad SAW. [8] – 2020 (U)
• Nabi SAW tidak sempat melakukannya. Ini
kerana jangka masa turunnya wahyu terakhir
dgn akhir hayat baginda adalah sebanyak 9
hari shj. Oleh itu Baginda tidak sempat utk
melaksanakannya, lebih2 lagi dlm keadaan yg
serba kekurangan.
• Ayat al-Quran tidak diturunkan sekaligus, ia
diturunkan sedikit-sedikit. Oleh itu sudah
tentu ia tidak boleh dikumpulkan sehinggalah
sempurna diturunkan semuanya.
1(c) – 2020 (U)
• Berlaku nasikh mansukh terhadap beberapa
ayat yang diturunkan iaitu hukum atau ayat
yang bertukar disebabkan perkara-perkara
tertentu. Oleh itu pengumpulan al-quran
dalam satu mashaf di zaman Baginda tentulah
sukar dilakukan.
• Kekurangan alat penulisan bagi
mengumpulkan ayat2 al-Quran juga menjadi
penyebab kepada tiada pengumpulan al-
Quran dalam satu mashaf pada zaman Nabi
SAW.
Zaman Saiyyidina Abu Bakar
1(c) Apakah perbezaan antara pengumpulan al-
Quran yang berlaku pada zaman Sayyidina Abu
Bakar dengan zaman Sayyidina Uthman? [8]
2014(U), 2019
• Al-Quran pada zaman Sayyidina Abu Bakar hanya
ditulis pada satu salinan sahaja manakala zaman
Sayyidina Uthman Al-Quran ditulis lebih dari 1
mushaf iaitu 6 salinan.
• Al-Quran pada zaman Abu Bakar hanya
dikumpulkan sahaja dan belum dibukukan
berbeza pada zaman Uthman , Al-Quran
dikumpulkan dan dibukukan dalam satu mushaf
1(c) – 2014(U)
• Al-Quran yang dikumpul pada zaman Sayyidina
Abu Bakar tidak ditersusum surah-surahnya
dengan betul berbeza pada zaman Uthman
surah-surahnya disusun sebagaimana yang ada
sekarang.
• Al-Quran pada zaman Sayyidina Abu Bakar
dikumpulkan oleh seorang sahabat sahaja iaitu
Zaid bin Thabit berbeza padan zaman Uthman,
Al-Quran dikumpul dan dibukukan oleh empat
orang sahabat iaitu Zaid bin Thabit,Said bin al-
A’as,Abdullah bin Zubair dan Abd Rahman bin
Harith .
1(b) Jelaskan empat keistimewaan Mashaf Abu
Bakar. [8]- 2015
• Mashaf ini dkumpulkan hasil daripada penelitian
yang sangat tinggi oleh orang yang sangat
dipercayai iaitu Zaid bin Thabit.
• Semua ayat yang ditulis di dalam mashaf ini
adalah memenuhi cara bacaan yang dikehendaki
oleh Rasulullah iaitu bacaan tujuh atau qiraat
sab’ah.
• 1(b) – 2015
• Mashaf ini disepakati oleh seluruh umat Islam
sebagai satu-satunya mashaf yang tauqifi dan
mutawatir.
• Semua ayat terdapat dalam mashaf ini adalah
merupakan ayat yang telah tetap tanpa ada
lagi yang dimansukhkan dengan ayat yang
sedia ada.
( 4 isi dan huraian 8m )
1(c ) Mengapakah Khalifah Abu Bakar keberatan
untuk mengumpulkan al-Quran dalam satu
mashaf. [9] – 2015
# Sebab Khalifah Abu Bakar beberatan
mengumpulkan al-Quran dalam satu mashaf:
• Perkara tersebut tidak pernah diwasiatkan oleh
Rasulullah SAW ataupun disebut oleh baginda
sepanjang hayatnya. Oleh itu amat berat
baginya utk melakukan sesuatu yang tiada bukti
kukuh yg dapat dipegangnya bagi mengeluarkan
perintah tersebut. Ini berbeza dengan perkara2
yg lain seperti memerangi org murtad yg dapat
dicari dalilnya di dalam al-Quran dan hadis.
1(c) – 2015
• Beliau adalah seorang pemimpin yg tenang, tidak
gopoh dan penuh waspada. Oleh itu apabila
permintaan itu dikemukakan kpdnya beliau segera
berkata “bagaimanakah aku hendak melakukan
sesuatu yg tidak pernah dibuat olh Rasulullah SAW”.
Ini juga bermaksud yang beliau perlu memikirkan
semasak2nya dari semua aspek mengenai isu ini.
• Beliau juga bimbang dgn adanya satu mashaf yg
telah terkumpul maka dibimbangi umat Islam akan
meringan-ringan utk menghafaz al-Quran. Perkara
itu juga mungkin akan menjadi masalah yg serius di
akhir zaman nanti.
1(a) Nyatakan empat faktor pendokumentasian al-
Quran yang berlaku pada zaman Khalifah Abu Bakar
al-Siddiq. [4] – 2016(U)
# Empat faktor pendokumentasian al-Quran yang
berlaku pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq :
• kematian ramai para huffaz al-Quran dalam perang
Yamamah
• lahir nabi palsu
• lahirnya golongan yang murtad selepas kewaafatan
Nabi SAW
• perluasan wilayah Islam
• bimbang al-Quran terhapus disebabkan kematian
ramai para huffaz
Zaman Saiyyidina Uthman
1(a)Nyatakan empat sebab berlakunya perselisihan
bacaan al-Quran pada zaman Sayidina Uthman. [4]
-2013
• Pemelukan bukan Arab ke dalam agama Islam
• Bacaan mengikut guru yang mengajar mereka
• Sikap taasub terhadap guru mereka
• Al-Quran belum ada lagi tanda bacaan
1(a) Berikan nama empat orang sahabat yang
terlibat dalam penulisan mashaf Uthmaniah. [4]
2014
• - Zaid bin Thabit
- Abdullah bin al-Zubair
- Sa’id bin al-’As
- Abd al-Rahman bin al-Harith
1(b) Jelaskan empat faedah pembukuan mashaf
yang dilakukan pada zaman Sayyidina Uthman al-
Affan r.a. [8] – 2014
• Menyelamatkan umat Islam daripada
perpecahan serta perselisihan tentang penulisan
Al-Qur’an.
• Menyatupadukan bentuk mushaf yang seragam
melalui ejaan dan tulisan.
• Menyatukan bentuk-bentuk qira’at melalui satu
mashaf.
• Menyatukan urutan susunan surah-surah Al-
Qur’an sesuai dengan yang diajar oleh Rasulullah
SAW yang diterima secara mutawatir.
1(b) Bezakan pendokumentasian al-Quran yang
berlaku pada zaman Rasulullah SAW dengan zaman
Khalifah Uthman al-Affan. [8] – 2016(U)
• Pendokumentasian zaman Rasulullah SAW belum
ada penulisan dan pengumpulan al-Quran secara
rasmi manakala zaman Khalifah Uthman al-Quran
ditulis ,dikumpul dan dibukukan dalam 1 mushaf
yang dipanggil Mushaf Uthmani.
• Zaman Rasulullah tidak ada sebab yang membawa
kepada pendokumentasian al-Quran , tetapi zaman
Khalifah Uthman penulisan dan pengumpulan al-
Quran disebabkan perselisihan bacaannya
1(b) – 2016(U)
• Ayat dan surah Al-Quran zaman Rasulullah SAW
belum tersusun kerana masih dalam proses
penurunan manakala zaman Khalifah Uthman,
ayat-ayat dan surah-surah telah sempurna
susunannya sebagaimana yang ada pada hari ini.
• Pada zaman Rasulullah SAW berlaku nasikh
mansukh pada ayat tertentu kerana ayat-ayat al-
Quran masih dalam proses penurunan kepada
baginda, manakala zaman Khalifah Uthman tidak
berlaku nasikh mansukh pada ayat-ayat al-Quran
kerana al-Quran sudah lengkap penurunannya.
1(b)Terangkan dua sebab pendokumentasian al-
Quran di lakukan pada zaman Sayyidina Uthman bin
Affan. [6] – 2017(U)
• Perselisihan bacaan dalam kalangan umat Islam
pada masa tersebut hingga menimbulkan
ketegangan antara satu sama lain.
• Sikap ta’asub terhadap guru yang mengajar
sehingga menganggap hanya bacaan guru mereka
sahaja yang betul
1(c) Bincangkan kesan negatif terhadap umat Islam
kini sekiranya pendokumentasian al-Quran tidak
dilakukan pada zaman Sayyidina Uthman bin Affan.
[10] – 2017(U)
• Al-Quran sukar untuk dibaca dan dihafaz kerana
tidak terkumpul dalam satu mashaf.
• Berlaku perselisihan dalam kalangan umat Islam
tentang isi kandungan al-Quran.
• Umat Islam tiada sumber rujukan yang utama
bila timbul sebarang permasalahan
1(c) – 2017(U)
• Kitab al-Quran terdedah kepada
pengubahsuaian. Ini kerana ayat-ayatnya tidak
dibukukan dalam satu mashaf
• Dapat mengelakkan perselisihan dalam bacaan.
Ini kerana umat Islam membaca mengikut bacaan
guru masing-masing.
• Kesimpulannya umat Islam akan menghadapi
kesukaran untuk membaca al-Quran serta
rujukan yang utama jika al-Quran tidak
didokumentasikan pada zaman Sayyidina
Uthman.
1(a)Berikan empat keistimewaan Rasm Uthmani.
[4] – 2018
# Keistimewaan Rasm Uthmani :
• Mengikut sunnah Rasulullah SAW
• Mengikut tulisan al-Quran yang asal
• Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat (jenis-
jenis bacaan)
• Bertepatan dengan bacaan mutawatir
• Ditulis mengikut bacaan rawi (riwayat)
• (Mana-mana 4 isi 4m)
1(c)Bincangkan faedah pengumpulan ayat al-Quran
dalam satu mashaf kepada umat Islam kini. [8]
2018
• # Faedah yang dapat diambil:
• Terpelihara kitab al-Quran dari sebarang
pengubahsuaian
• Menjadi sebagai sumber rujukan yang tidak
diragui sepanjang zaman
• Al-Quran dapat dibaca dan dihafaz dengan
mudah
• Dapat mengelak kesalahan dalam bacaan
1(c) – 2018
• Menghindar berlakunya perselisihan dalam
kalangan umat Islam tentang isi kandungan al-
Quran.
• Dapat menyatukan perpaduan umat Islam yang
berselisih dan bermusuhan
• Kesimpulannya pengumpulan al-Quran dalam
satu mashaf memberi kemudahan kepada umat
Islam kini untuk merujuk al-Quran dalam
kehidupan seharian.