The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-00375326, 2022-05-18 01:01:08

SOALAN 1 SEM 2

SOALAN 1 SEM 2

1(c) Bincangkan usaha yang telah dilakukan bagi
menangani isu perselisihan bacaan al-Quran
yang berlaku pada zaman Sayyidina Uthman bin
Affan. [8] – 2019

# Usaha yang telah dilakukan bagi menangani
isu perselisihan bacaan al-Quran yang berlaku
pada zaman Sayyidina Uthman bin Affan :

• Sayyidina Uthman segera memanggil para
sahabat untuk bermesyuarat bagi mencari dan
menentukan cara penyelesaian yang terbaik
supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan
segera.

1(c) – 2019

• Mereka mengambil keputusan hanya suatu
mashaf akan dikeluarkan dan mesti digunakan
oleh semua umat Islam.

• Satu jawatankuasa penyelarasan penulisan al-
Quran dibentuk dan diketuai oleh Zaid bin
Thabit. Sahabat lain yang turut dilantik ialah
Abdullah bin Zubair, Saad bin al-Ass dan Abdul
Rahman bin al-Harith.

• Mereka telah menyalin semula mashaf yang
telah dikumpulkan pada zaman Sayyidina Abu
Bakar.

1(c) – 2019
• Mereka hanya mengambil ayat yang dibaca

ketika pembentangan terakhir sahaja.
• Kesemua enam naskhah yang telah disalin

dihantar ke Syam, Kufah, Basrah, Mekah dan
Yaman

• Sayyidina Uthaman mengarahkan semua pemilik
mashaf selain mashaf yang telah disalin itu
dimusnahkan.

• Kesimpulan jawapan

1(a) Nyatakan empat kelebihan mashaf al-Quran
Rasm Uthmani. [4] – 2019 (U)
• # Empat kelebihan mashaf al-Quran Rasam

Uthmani :
• Tawqifi daripada Rasulullah SAW
• Merangkumi tujuh huruf penurunan al-Quran
• Bertepatan dengan pembentangan terakhir
• Menggunakan lahjah Quraisy
• Disusun mengikut ayat dan surah yang betul
• Mempunyai sanad yang mutawatir

1(a) Namakan dua orang sahabat Rasulullah
SAW yang terlibat dalam penulisan Mashaf
Uthmaniah. [2] – 2020

• Zaid bin Thabit
• Abdullah bin al-Zubair
• Sa’id bin al-’As
• Abd al-Rahman bin al-Harith

1(b) Jelaskan empat faktor perselisihan bacaan
yang berlaku pada zaman Sayyidina Uthman bin
Affan. [8]

• Pemelukan orang bukan Arab ke dalam agama
Islam /perluasan wilayah

• Bacaan mengikut guru yang mengajar mereka
• Sikap taasub terhadap guru mereka hingga

mrk tidak dpt menerima bacaan orang lain
• Al-Quran belum ada lagi tanda bacaan dan

tanda baris

1(b) – 2020

• Umat Islam di wilayah2 Islam mengambil
kaedah bacaan melalui Riwayat bacaan
sahabat2 yg berhijrah ke wilayahw tersebut /
mengikut lahjah yang banyak

• Pengetahuan tentang al-Quran dalam diri
umat Islam pada masa itu terlalu sedikit

• Al-Quran diturunkan dalam tujuh huruf

• Penambahbaikan terhadap
Rasm Uthmani

1(b)Jelaskan pendapat ulama tentang hukum
penulisan al-Quran dengan menggunakan Rasm
Uthmani. [6] – 2013

• Sebahagian ulama berpendapat Rasm Uthmani
bersifat tauqifi. Olehn itu wajib mengikut
penulisan Rasm Uthmani

• Terdapat ulama yang tidak mengakui Rasm
Uthmani bersifat tauqifi. Oleh itu tidak
semestinya mengikut Rasm Uthmani ketika
menulis al-Quran. Bagi mereka Rasm Uthmani
hanyalah bentuk dan format penulisan yang
berupa tanda atau simbol sahaja.

1(b) - 2013

• Pendapat ulama lain pula mengatakan harus
menulis dengan Rasm Imla’I dalam penulisan
al-Quran yang diperuntukan bagi orang awam.
Ini kerana tidak semua orang awam mahir
dalam penulisan Rasm Uthmani. Walau
bagaimana pun , penulisan Rasm Uthmani
juga perlu dipelihara sebagai warisan yang
sangat berharga

1(a) Mengapakah para sahabat dan tabiin
melakukan penambahbaikan terhadap Rasm
Uthmani? [10] - 2015(U)

# Sebab para sahabat dan tabiin melakukan
penambahbaikan terhadap Rasm Uthmani :

• Utk mengelak kesalahan dalam bacaan kerana
ramai bukan Arab memeluk Islam.

• Utk menunjukkan ketepatan maksud dari ayat
dan kalimah yg disebut dan dibaca. Oleh itu
diwujudkan tanda baca spt baris atas, bawah &
dhammah.

1(a) – 2015(U)
• Utk memudahkan umat Islam yang menghafaz

al-Quran. Oleh itu dibahagikan al-Quran
mengikut juz & hizb
• Untuk disesuaikan dengan wajah-wajah qiraah
yang tujuh.
• Dapat mengetahui bilangan ayat dalam satu-satu
surah. Oleh itu diwujudkan tanda fasilah

• ( 5 sebab dan huraian 10m )

1(b) Jelaskan empat bentuk penambahbaikan
Rasm Uthmani yang dilakukan pada zaman
tabiin. [8] 2016

• Peletakan titik2 pada beberapa huruf tertentu.
Ini dilakukan untuk membezakan antara suatu
huruf dengan huruf yang lain,terutamanya pada
huruf-huruf yang mempunyai persamaan
seperti: “Sad” dengan “Dhad”,”Jim” dengan “Ha”
dsbnya.

• Peletakan baris-baris pada setiap huruf.Ini di
lakukan bagi membezakan antara huruf yang
fathah ,kasrah dan dhammah.

1(b) – 2016
• Peletakan tanda sukun dan syaddah.Ini dilakukan

bagi membezakan antara huruf yang berbaris
dengan yang tidak berbaris (sukun),juga antara
huruf-huruf yang ringan dengan yang
berat.(syaddah)

• Peletakan tanda wakaf. Ini dilakukan bagi
memberikan kemudahan kepada pembaca al-
Quran untuk berhenti bacaan pada kalimah-
kalimah yang sesuai ketika membaaca al-Quran.

1(b) – 2016

• Peletakan tanda fasilah(pemisah antara
ayat).Ini dilakukan untuk member
kemudahan kepada umat Islam
mengetahui jumlah dan kedudukan ayat
bagi setiap surah dalam al-Quran
disamping mengetahui tempat-tempat
yang sepatutnya berhenti ketika
membaca al-Quran.

1(c) Bincangkan kesan yang mungkin berlaku
kepada umat Islam kini sekiranya tiada usaha
penambahbaikan terhadap mashaf al-Quran
daripada para ulama terdahulu. [10] – 2017 ,
2019(U)

# Kesan-kesan yang mungkin berlaku kepada umat
Islam kini sekiranya tiada penambahbaikan
terhadap mashaf al-Quran daripada ulama
terdahulu :

• Mereka tidak dapat membezakan antara huruf-
huruf yang mempunyai persamaan bentuk
seperti huruf Jim dengan Ha, Zal dengan Zai, Sad
debgan Dhad. To dengan Zo dan sebagainya.

1(c) – 2017
• Mereka tidak dapat membezakan antara huruf-

huruf yang berbaris atau sukun, juga antara huruf
yang berbaris atas, bawah atau hadapan, juga
sama ada huruf itu bertanwin atau tidak.

• Mereka tidak dapat membaca al-Quran dengan
baik disebabkan bentuk-bentuk tulisan yang
digunakan pada peringkat awal penulisan dahulu
(zaman Rasulullah SAW) terlalu sukar untuk
difahami.

1(c) – 2017
• Mereka tidak dapat mengetahui cara pembacaan

al-Quran yang terbaik disebabkan tiada
pengetahuan tempat waqaf dan penghujung
ayat.

• Mereka tidak dapat mengetahui pembahagian
juzuk al-Quran, bilangan surah al-Quran,
bilangan ayat2 al-Quran dan sebagainya.
(Mana-mana 4 kesan + huraian 8 m)

• Kesimpulan (2m)

1(b) Jelaskan empat sebab para sahabat dan
tabiin melakukan penambahbaikan terhadap Rasm
Uthmani. [8] - 2018

# sebab para sahabat dan tabiin melakukan
penambahbaikan terhadap Rasm Uthmani:

• Mengelakkan kesalahan dalam bacaan kerana
ramai bukan Arab yang memeluk Islam

• Untuk menunjukkan ketepatan maksud dari ayat
dan kalimah yang disebut dan dibaca. Oleh itu
diwujudkan tanda bacaan seperti fathah, kasrah
dan dhammah.

1(b) – 2018
• Memudahkan umat Islam mengetahui bilangan ayat

dalam satu surah kerana tidak ada tanda fawasil di
penghujung ayat. Oleh itu diletakkan tanda fawasil
dalam setiap surah.

• Supaya bacaan mencapai maksud kerana tidak ada
tanda-tanda waqaf dalam al-Quran

• Memudahkan umat Islam membezakan antara satu
huruf dengan huruf lain yang sama bentuk. Oleh itu
diletakkan tanda titik bagi membezakan kedua-dua
huruf tadi.

Kepentingan
Menjaga Al-Quran

1(c)Pada pandangan anda, bagaimanakah cara
untuk memartabatkan al-Quran dalam kalangan
generasi Islam kini. [10] - 2013

• Peranan kementerian pendidikan menjadikan al-
Quran sebagai mata pelajaran wajib dalam sistem
pendidikan.

• Peranan Institusi tertentu mengadakan program
al-Quran pada masa cuti persekolahan seperti
Kem Bestari al-Quran.

• Peranan media massa menyiarkan artikel2
mengenai kelebihan disebalik ayat dan kebaikan
membaca al-Quran

1(c) – 2013

• Peranan ibu bapa menerapkan bacaan al-Quran
kepada anak2 setiap hari contohnya 5 atau 10
ayat setiap hari.

• Peranan individu itu sendiri, sentiasa
mengambil peluang belajar, mendalami dan
mentadabbur al-Quran dengan berguru.

• Peranan ahli jawatan kuasa masjid atau surau
dalam melaksanakan aktiviti program al-Quran
seperti kelas tajwid, kelas membaca al-Quran
sama ada untuk kanak2 atau orang dewasa.

1(b) Jelaskan cara kita perlu menjaga dan memelihara
al-Quran. [10] – 2015(U)

# Cara kita menjaga dan memelihara Al-Quran:
• sentiasa membaca & memahami makna yang

terkandung dalam al-Quran
• menghafaz & membacanya semasa solat dan diluar

solat
• mengamalkan segala suruhan & meninggalkan

larangan dari al-Quran
• mempertahankan al-Quran dr pihak yg menghina al-

Quran
• sentiasa mendalami ilmu al-Quran dengan cara

berguru dengan ulama
• ( 5 cara dan huraian 10m )

1(c) Bincangkan kesan yang akan berlaku kepada
masyarakat Islam sekiranya tiada usaha
penjagaan al-Quran dilakukan. [8] – 2016(U)

# Kesan yg akan berlaku kepada masyarakat Islam
sekiranya tiada usaha penjagaan al-Quran
dilakukan :

• Al-Quran akan hilang kerana ayat-ayatnya berada
dalam keadaan terpisah

• Umat islam akan mengabaikan al-Quran kerana
tiada satu naskhah yang khusus untuk dbaca

1(c) – 2016(U)

• Umat Islam sukar utk membuat rujukan sekiranya
timbul masalah baru kerana ayat2 al-Quran berada
dlm keadaan terpisah iaitu tidak dlm satu mushaf

• Akan berlaku perselisihan bacaan dlm kalangn umat
Islam kerana tidak semua umat Islam mahir Bahasa
Arab.

** Kesimpulannya umat Islam akan mengabaikan al-
Quran sekiranya tiada usaha penjagaan dilakukan.
Ini kerana mereka beranggapan sukar utk membaca
al-Quran secara sempurna dan mereka tidak dpt
merasai kepentingan al-Quran sebagai rujukan
dalam kehidupan.

1(c)Bincangkan cara membudayakan al-Quran
dalam kehidupan seseorang muslim. [10] – 2018(U)

• # Cara membudayakan al-Quran dalam
kehidupan seorang muslim:

• Membaca al-Quran hendaklah dengan tenang
dan khusyuk

• Membaca dengan mengamati dan memahami
maksud ayat-ayat al-Quran agar meresapi ke dlm
hati pembacanya kemudian ia menghidupkannya.

• Mengamalkan segala suruhan dan larangan dari
al-Quran.

1(c) – 2018(U)
• Mengambil pengajaran dari cerita dan peristiwa

yang terkandung dalam al-Quran
• Sentiasa bersikap bersedia menerima kebenaran

al-Quran sebelum membaca @ mendengarnya.
• Berusaha merealisasikan sifat kehambaan

(‘ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran
• Membaca dan memahami al-Quran semata-mata

utk mendapatkan keredhaan Allah

1(c) – 2018 (U)

• Mengajarkan al-Quran serta tafsirannya kepada
keluarga dan umat Islam untuk diamalkan.

• Kesimpulannya utk membudayakan al-Quran
seseorang muslim itu perlu istiqamah membaca
dan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam
kehidupan seharian.

1(b) Terangkan empat usaha penjagaan al-Quran
yang telah mereka lakukan. [8] – 2019(U)

• # Usaha penjagaan al-Quran yang telah mereka
lakukan : (para ulama)

• Mencipta nama-nama hukum tajwid. Pada zaman
sahabat, ilmu berkaitan hukum tajwid seperti
izhar, idgham dan sebagainya tidak diperlukan
kerana sahabat mampu membaca al-Quran
dengan baik. Namun, keadaan ini berbeza
dengan zaman tabiin selepasnya di mana teori
berkaitan dengan ilmu tajwid sgt diperlukan utk
membantu mereka dalam bacaan.

1(b) – 2019(U)

• Membukukan teori berkaitan dengan ilmu tajwid.
Pada zaman sahabat, ilmu tajwid ini masih belum
dibukukan kerana pada ketika itu ilmu ini masih
belum direka. Dan pada zaman tabiin ilmu tajwid
yang telah direka itu dibukukan dan menjadi
rujukan kepada semua umat Islam selepas itu.

• Memperkenalkan mashaf al-Quran yang
mempunyai warna . Para ulama zaman kini juga
telah mencipta mashaf2 yang berwarna iaitu
dengan meletakkan warna2 tertentu pada
hukum2 tajwid tertentu.

1(b) – 2019(U)

• Meletakkan tanda baris bagi memudahkan
umat Islam membaca al-Quran

• Meletakkan tanda titik bagi membezakan
huruf yang sama bentuk

• Meletakkan tanda waqaf bagi memudahkan
umat Islam berhenti pada kalimah dan ayat
tertentu.

1(c) Bagaimanakah cara memartabatkan al-
Quran dalam kalangan generasi kini. [10] – 2020

• Menjadikan pelajaran al-Quran sebagai m/p
wajib dalam Sistem Pendidikan

• Memperbanyakan kelas2 pengajian al-Quran
di masjid, surau dan madrasah

• Memperbanyakkan pusat2 tahfiz serta
memberi keistimewaan kpd bakal hafiz dari
aspek peluang dan kemudahan pembelajaran

• Menerapkan budaya menghafaz satu hari satu
ayat kepada anak2 atau pelajar di sekolah

1(c) – 2020

• Mengadakan program al-Quran pada masa
cuti sekolah supaya para pelajar dpt mendlmi
al-Quran secara intensif.

• Memberikan insentif kepada para penghafaz
al-Quran

• Memperbanyakkan program2 al-Quran seperti
Akademi al-Quran, mari mengaji, Taranum dan
hafiz Muda di televisyen.


Click to View FlipBook Version