The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kompilasi nota kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin (Ustaz Amin).

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by My Flower English, 2020-07-29 00:23:10

Syarah Asmaul Husna Vol 4

Kompilasi nota kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin (Ustaz Amin).

"Tidak akan menimpa kami melainkan
apa yang telah ditetapkan oleh Allah buat kami.
Dialah Pelindung kami dan hanya kepada Allah

orang-orang beriman bertawakal."

QS AT-Taubah 9:51

Kandungan

Catatan Pendahuluan
Mengapa Perlu Mempelajari Asmaul Husna?

61 Allah Al-Mumit 7
62 Allah Al-Hayyu 9
63 Allah Al-Qayyum 12
64 Allah Al-Waajid 16
65 Allah Al-Maajid 20
66 Allah Al-Wahid 24
67 Allah Al-Ahad 27
68 Allah As-Somad 32
69 Allah Al-Qadir 35
70 Allah Al-Muqtadir 39
71 Allah Al-Muqaddim 43
72 Allah Al-Muakhhir 45
73 Allah Al-Awwal 48
74 Allah Al-Akhir 50
75 Allah Az-Zahir 53
76 Allah Al-Batin 55
77 Allah Al-Waaliy 59
78 Allah Al-Mutaal 63
79 Allah Al-Barru 66
80 Allah At-Tawwab 70

Penghargaan

Catatan Pendahuluan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Segala puji hanya bagi Allah SWT.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Terima kasih di atas kesudian anda meluangkan masa membaca e-book ini. Sekadar
perkongsian nota ringkas catatan peribadi saya yang telah mendapat manfaat dari
mendengarkan kuliah Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin (Ustaz Amin) di
youtube.

Nota yang terkandung di dalam e-book ini dicatat berdasarkan apa yang saya dengar
dan faham. Untuk pemahaman yang lebih baik dan jelas, anda boleh mendengarkan
video kuliah sepenuhnya yang terdapat di Channel Youtube: ustaz amin. Cuma perlu
taipkan tajuk yang berkaitan. Contoh: "Ustaz Amin - Asmaul Husna(61) Al-Mumit".

Mohon maaf andai terdapat sebarang kesilapan dan/atau kekurangan dalam catatan
ini. Tentunya dari kelemahan dan keterbatasan saya sendiri.

Semoga kita lebih bersemangat menjalani kehidupan sebagai hamba Allah SWT
yang yakin dengan-Nya serta lebih mensyukuri segala nikmatNya. Seandainya nota
ini bermanfaat buat anda, silakan di share dengan keluarga dan sahabat. Mudah-
mudahan menjadi wasilah amal jariyah kita bersama. Aameen.

Komen dan cadangan buat penambahbaikan dialu-alukan.
Emel saya: [email protected]. Terima kasih.

Yang lemah tiada daya,

Kuala Lumpur
28 Julai 2020
07 Dzulhijjah 1441H

Nota: E-book ini bukan untuk jualan.

Mengapa Perlu Mempelajari Asmaul Husna?

Asmaul Husna maksudnya nama-nama yang baik. Dengan mempelajarinya, akan
jadi kebaikan bagi kita.

Kenapa kita mempelajarinya?

1. Kita akan mengetahui cara berdoa.

Di dalam al-Qur'an, Allah mengajarkan kepada kita, kalau nak berdoa, sebutlah
nama Allah SWT yang baik-baik, mengikut kesesuaian hajat kita.

Dan Allah memiliki Asma'ul-Husna (nama-nama yang terbaik), maka bermohonlah

kepada-Nya dengan menyebutnya. QS Al-A'raf 7:180

Kalau ingin minta rezeki, berdoalah dengan Ya Allah Ya Razzaq.
Buat yang ingin melembutkan hati, berdoalah dengan Ya Allah Ya Halim.

Kalau kehilangan barang, sebutlah Ya Allah Ya Muiid (Yang Maha Mengembalikan).
Kalau barang itu tak dijumpai, Allah SWT gantikan dengan yang lebih baik.

2. Mengetahui cara bermunajat untuk sesuatu hajat.

Apabila kita bermunajat, kita disuruh untuk selalu menyeru nama Allah SWT. Dengan
menyeru nama Allah, kita akan merasa hanya Allah tempat meminta, lebih-lebih lagi
apabila kita meminta rezeki, kita menyeru nama Allah Ar-Razzaq, bila kita minta
keselamatan, kita menyeru nama Allah As-Salam.

Katakanlah (Muhammad), “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama

yang mana saja kamu dapat menyeru, karena Dia mempunyai nama-nama yang

terbaik. QS Al-Isra' 17:110

3. Jalan untuk ke syurga.

Riwayat Bukhori. Hadis Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya bagi Allah ada 99 nama. Seratus kurang satu. Sesiapa yang
menjaga hak nama tersebut maka dia akan masuk ke dalam syurga."

Yang dikatakan "menjaga hak-haknya" bermaksud kita mengimani nama-nama
tersebut, benar-benar berharap kepada hanya Allah Pemilik nama-nama tersebut.
Sifat yang demikian akan melahirkan rasa kehambaan dan bergantung harap hanya
kepada Allah.

4. Menenangkan hati.

Bila kita mengenal Allah SWT dan nama-nama ini, ia akan menyebabkan kita
merasakan Allah SWT sentiasa bersama kita. Kita akan merasakan Allah SWT
membela kita. Lalu lahirlah ketenangan.

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.”

QS Ar-Ra'd 13:28

Sekarang kita lebih banyak mengingat dunia daripada mengingat Allah. Sedangkan
dunia perlu diingat hanya untuk diurus.

Contoh: Ada jiran bergaduh dengan jiran. Urus!! Datang ziarah. Bawakan buah
tangan. Tenangkan keadaan. Nasihat etc.

Suami diingat untuk diurus. Tapi banyak orang ingat suami untuk menambah
kerunsingan.

Memang sifat dunia itu merunsingkan. Dunia ini menyenangkan tetapi tidak
menenangkan. Makin diingat, makin runsing. Makin diingat, makin membimbangkan.

Jangan bazirkan setiap saat dengan perkara-perkara yang merunsingkan diri. Sebab
Allah jadikan hidup ini kan untuk bahagia? Tapi macam mana? Suami banyak buat
hal. Tenang saja. Suami yang banyak hal itu adalah untuk diurus. Maafkan. Baikkan.

Bila seseorang telah merasakan Allah di hatinya, maka dia akan sentiasa bersikap
seperti sikap kehambaan. Sentiasa merasakan kebesaran Allah SWT dalam
kehidupannya.

‫اَ ْل ُم ِمي ُت‬ 7

(61) Allah SWT Al-Mumit

Allah SWT Yang Maha Mematikan

Allah SWT Yang Maha Mematikan. Allah yang mengambil nyawa daripada
jasad/tubuh badan kita. Allah berkuasa mematikan manusia ini.

Kita daripada Allah dan akan pulang kepada Allah. QS Al-Baqarah 2:156

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji‘un”

(Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).

Bicara Allah Al-Mumit dari lima(5) sudut.

Yang Pertama.

Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak

dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun. QS Al-A'raf 7:34

Tapi kenapa ada doa panjang umur?
"Ya Allah Ya Tuhanku. Panjangkanlah umur aku dalam kebaikan.”

Kenapa kita minta Allah panjangkan umur?
Ada 3 perbahasannya.

a. Panjang umur itu memang umur badan itu sendiri.

b. Dipanjangkan umur amalan. Ada orang umur badannya pendek tapi umur
amalannya panjang.

Macam mana umur amalannya panjang?
Katakan umur badannya sampai 70 tahun. Tapi sebelum meninggal, dia banyak
berwaqaf. Selagi mana sedekah jariyah itu berterusan, selagi itulah pahalanya
sampai kepada dia. Jadi kalau dia meninggal pada usia 70 tahun, masjid yang dia
waqafkan tu terus beroperasi sampai 500 tahun, pahala untuk dia terus berjalan
sampai 500 tahun.

c. Minta panjang umur biar Allah beri kualiti yang bagus kepada umur kita itu.

8

Yang ke-2.

Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di mana dia akan mati.
Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. QS Luqman 31:34

Kita tak tahu bila dan di mana akan mati. Yang boleh kita usahakan ialah, bagaimana
kita mati. Kalau kita tahu bila kita nak mati, kita tak dapat menikmati hidup ini.

Orang yang buat benda baik banyak-banyak, Insya Allah mati dalam keadaan baik.
Amalkan membaca dua ayat terakhir Surat At-Taubah. Kalau sudah menghafalnya
selancar kita membaca surah Al-Fatihah tetapi tiba-tiba terlupa, mungkin itu petanda
akan meninggal dalam 40 hari. Bagusnya adalah, kita boleh bersedia. Bila betul-
betul terlupa, buatlah amalan untuk panjangkan umur seperti bersedekah dan
berdoa.

Keluarganya,
Hartanya dan
Amalannya.
Setelah beberapa ketika, keluarga dan hartanya akan pulang.
Yang tinggal cuma amalannya.

Yang ke-3.

Semua yang hidup pasti akan merasakan mati.

Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.

QS Ali Imran 3:185

Allah SWT suruh kita berusaha untuk mendapat husnul khotimah (kesudahan yang
baik). Kerana kesudahan yang baik merupakan permulaan(dikubur) yang baik.

Rasulullah SAW bersabda: "Setiap anak Adam itu berbuat kesalahan. Sebaik-baik
orang yang buat kesalahan adalah orang yang bertaubat kepada Allah SWT."

Yang ke-4

Allah SWT ajarkan kita supaya minta dimatikan dalam keadaan baik.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa
kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam. QS Ali Imran 3:102

ُ‫ا ْل َح ّي‬ 9

(62) Allah SWT Al-Hayyu
Allah SWT Yang Sentiasa Hidup

Dialah yang hidup kekal, tidak ada Tuhan selain Dia; maka sembahlah Dia dengan
tulus ikhlas beragama kepada-Nya. Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam.

QS Ghafir 40:65

Bicara Allah Al-Hayyu dari lima(5) sudut:

1. Hidup Allah SWT itu disebut azaly abady iaitu tiada permulaan dan tiada
kesudahan.

Lihatlah ciptaan dan kebesaran Allah bukan lihat pada Zat Allah kerana akal manusia
tak mampu dan terbatas.

Dan bertawakallah kepada Allah Yang Hidup, Yang tidak mati, dan bertasbihlah
dengan memuji-Nya. Dan cukuplah Dia Maha Mengetahui dosa hamba-hamba-Nya.

QS Al-Furqan 25:58

Orang yang bertawakkal kepada Allah bermakna hidupnya kuat kerana bergantung
kepada Allah.

Seorang ulama bernama Sheikh Muhammad Subakir :
~ ratusan tahun sebelum Wali Songo,
~mengislamkan Tanah Jawa,
~ di antara pendakwah yang awal diutus gurunya untuk mengislamkan nusantara.

Dia mencatatkan dalam diarinya:
"Kami di nusantara ini tidak berhadapan dengan pedang dam tombak sepertimana
pejuang-pejuang Islam mengIslamkan Parsi dan Rom. Tetapi kami pendakwah yang
sampai ke nusantara ini berhadapan dengan sihir-sihir. Banyak pendakwah telah
syahid kerana sihir di nusantara ini."

Walau dah tahu akan kena bunuh, kenapa mereka datang juga? Sebab tawakkal
mereka kepada Allah SWT. Tak ada rasa takut. Allah cabut rasa takut dari hati
mereka. Inilah kelebihan tawakkal.

Manusia yang bergantung kepada dunia mudah runsing hatinya.

Orang bergantung kepada hartanya akan runsing harta itu habis.

10

Kalau dia bergantung kepada suaminya, dia akan runsing bila suami mula melihat ke
arah lain.

Hidup kita akan lebih tenang bila tidak ada takut dan runsing.

2. Allah Al-Hayyu tidak bertempat dan tidak berzaman.

Allah sangat mengetahui seluruh kehidupan makhluk.

Untuk mudah faham, katakan kehidupan kita ini adalah sebuah filem di TV. Katakan
seperti cerita Madu Tiga. Kan P Ramlee auta sana, auta sini? Kita menyaksikan
seluruh perjalanan kehidupan itu walaupun apa yang dibualkan di sebalik dinding.
Kita menyaksikan semua watak.

Tapi kita berada di mana? Kita berada di luar filem itu. Di dunia lain.

Jadi, nak senang faham, Allah SWT tidak ada bersama kehidupan makhluk. Allah
SWT tidak bertempat dan tidak berzaman.

Semua yang ada di bumi itu akan binasa tetapi wajah Tuhanmu yang memiliki

kebesaran dan kemuliaan tetap kekal. QS Ar-Rahman 55:26-27

Hidup kita ini tenang kerana kita tahu hidup kita ini lemah. Hari ini kita hebat. Satu
hari nanti, berlaku masa, kita tidak lagi hebat.

Kalau kita lemah, kita hendaklah bergantung kepada Allah SWT yang Maha
Berkuasa. Allah SWT itu tidak bertempat dan tidak berzaman.

3. Allah SWT Al-Hayyu tidak lemah. Allah tidak bergantung kepada manusia dan
alam.

Allah tak perlukan kita. Kalau kita tak sembah Allah, Allah tetap kuat.

Manusia perlukan pujian. Walau disuruh ikhlas, sebagai manusia, kalau kita buat
sesuatu dan orang tak puji, kita lemah semangat. Atau kita buat sesuatu, tiba-tiba
orang perleceh kita. Sebab itu, Allah mengajarkan kita untuk berdoa supaya Allah
bagi semangat kat kita. Allah tak lemah. Allah tetap mulia. Allah tetap hebat.

*Bagi Allah ada nama-nama yang baik. Berdoalah dengannya. Doa adalah
pergantungan kita kepada Allah. Jangan rasa jemu untuk berdoa. Sebab hari ini, ada
yang kita minta A, Allah akan bagi A. Ada yang kita minta A, Allah bagi B sebab B itu
baik bagi kita.

11

4. Allah SWT Al-Hayyu tidak bergantung sedikitpun kepada makhluk.

Sehebat manapun seorang raja, dia tetap bergantung kepada tukang jahit untuk
menjahit baju. Kalau raja tiada tukang jahit, dia tak boleh pakai pakaian kehebatan
dia.

5. Allah SWT Al-Hayyu hidup dengan penuh kemuliaan.

Dialah Yang Awal, Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin; dan Dia Maha

Mengetahui segala sesuatu. QS Al-Hadid 59:3

Allah sahaja yang memiliki kemuliaan semuanya dan Allah jualah yang memberi
kemuliaan kepada manusia. Macam mana kita nak dapatkan kemuliaan? Turuti
perintah Allah SWT.

Ada orang yang sakit, hina.
Ada orang yang sakit, mulia.
Ada orang sakit, orang tengok jijik.
Ada orang sakit, orang yang tengok kasihan kat dia.
Siapa yang bagi kasihan? Allah SWT.

Ada orang kaya, mulia.
Ada orang kaya, hina.
Orang kaya yang orang lain tahu, dia ambil hak orang, tipu sana, tipu sini.
Orang pandang dia hina.

Ada orang miskin, mulia.
Ada otang miskin, hina.

‫ا ْلقَيوُّم‬ 12

(63) Allah SWT Al-Qayyum
Allah SWT Yang Maha Berdiri Sendiri

Allah SWT tidak berkehendak kepada sesuatu apa pun samada kepada dzat, sifat
atau af'al (perbuatan).

Ciri-ciri Dzat ialah :

Yang pertama, Dia tidak dijadikan, bermaksud Allah sedia ada. Ketika orang kafir
bertanya kepada Rasulullah SAW "Siapa itu Tuhan?", Allah telah menurunkan Surah
al-Ikhlas. Manusia tidak akan mampu memikirkan bagaimana dzat@bentuk Allah
SWT.

Yang kedua, Dzat Allah SWT ini kekal dan tidak binasa. Manusia tidak kekal dan
akhirnya binasa.

Semua yang ada di bumi itu akan binasa tetapi wajah Tuhanmu yang memiliki

kebesaran dan kemuliaan tetap kekal. QS Ar-Rahman 55:26-27

Kerana hanya orang-orang yang
beriman akan Allah SWT beri nikmat. Nikmat terbesar adalah nikmat iman. Dengan
iman datanglah ketenangan hati. Allah SWT yang menurunkan ketenangan di hati
orang beriman.

Orang yang beriman itu tenang sahaja walaupun ada masalah, tetap senyum. Sebab
dia tahu dia nak balik kepada siapa. Orang yang kurang iman mudah runsing. Ada
sahaja perkara yang dirunsingkannya sehingga menjadi penderitaan jiwa. Demam
selsema sedikit sahaja tapi rasanya macam nak mati.

Yang ketiga, Allah SWT tidak memerlukan kepada perkara-perkara lain. Dia berdiri
sendiri tanpa memerlukan apa-apa bantuan dari apa dan sesiapapun.

Hari ini, sehebat mana pun kita, kita tetap memerlukan petani yang menanam kapas.
Sehebat manapun kita tetap bergantung kepada tukang jahit yang menjahit pakaian
kita dan penternak ayam, ikan, lembu untuk kita makan. Kita beribadah hari ini tidak
menjadikan Allah lebih mulia. Kita beribadah untuk kebaikan diri sendiri.

13

Al-Qayyum Allah SWT dari sudut af'al(perbuatan):
1. Allah SWT boleh membuat apa yang Dia suka.

Maha Kuasa melakukan apa yang Dia kehendaki.

QS Al-Buruj 85:16

Katakanlah (Muhammad), “Wahai Tuhan Pemilik kekuasaan, Engkau berikan

kekuasaan kepada sesiapapun yang Engkau kehendaki, dan Engkau menarik

kekuasaan daripada sesiapapun yang Engkau kehendaki.

Engkau memuliakan sesiapapun yang Engkau kehendaki dan

Engkau menghinakan sesiapapun yang Engkau kehendaki. Dengan kekuasaan

Engkau jualah adanya segala kebaikan. Sesungguhnya, Engkau Maha Berkuasa

atas segala sesuatu. QS Ali Imran 3:26

*Dunia ini berputar. Jadi, janganlah sombong. Hari ini kita di atas. Esok lusa, belum
tentu. Bila kita berada di bawah, jangan iri hati. Sebab nanti bila kita berada di atas,
kita terbawa-bawa dengan sikap iri hati tu. Bila kita di atas, jangan perkecilkan orang
lain.

2. Allah SWT tidak memerlukan apa-apa pertolongan dalam membuat sesuatu
perkara. Allah SWT tak perlu minta bantuan sesiapa untuk mewujudkan tsunami.

i. Allah, tiada tuhan selain Dia. Yang Maha Hidup, Yang mengatur (makhluk-Nya)
secara berterusan,
ii. Tidak mengantuk dan tidak tidur.
iii. Milik-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.
iv. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya tanpa izin-Nya.
v. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka,
dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmu-Nya melainkan apa
yang Dia kehendaki.
vi. Luasnya kursi Allah(ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi.
vii. Dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara
keduanya,
viii. Dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar.

QS Al-Baqarah 2:255

**Menurut sesetengah ulama perubatan, ayat ini bagus untuk diamalkan kerana ayat
ini boleh menggerunkan para jin.

Allah SWT tidak memerlukan apa-apa pertolongan. Melalui Ayat Kursi, Allah
menceritakan bagaimana kekuasaan Allah itu sehinggakan ayat ini bila dibaca boleh
menjadikan kita ada kekuatan untuk melawa benda-benda ghaib sebab kita
bergantung hanya kepada Allah SWT. Allah Yang Maha Berdiri Gagah. Maha Berdiri
Sendiri.

14

3. Perbuatan Allah SWT tak mampu dihalang oleh apa dan sesiapapun.

Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata

kepadanya, “Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu. QS Yasin 36:82

Adakah sesiapa yang boleh menghalang kematian?

Kalau Allah nak buat, tak ada sesiapa yang boleh halang. Jadi, bergantunglah hanya
kepada Allah.

Kalau Allah SWT menghendaki seseorang menjadi baik, walaupun keluarga dan
kawan-kawannya semuanya tak baik, dia boleh menjadi baik. Kerana Allah
menghendaki kebaikan untuk keluarga itu lalu Dia tumbuhkan satu dari ahli keluarga
tersebut untuk jadi baik.

Al-Qayyum Allah dari segi sifat:

Yang pertama, Allah berdiri sendiri. Sebagai contoh, indah atau cantiknya Allah tidak
bergantung (kepada apa-apa) tapi manusia bergantung kepada make-up untuk
cantik. Sihat manusia bergantung kepada ubat.

Yang kedua, sifat Allah SWT itu tidak susut dan kekal. 30 tahun lepas, kita sangat
kuat. Sekarang dah tak berapa nak kuat. Sekarang duduk lama sakit pinggang.
Berdiri lama sakit lutut.

Allah itu Maha Berdiri Sendiri.
Lalu apakah sifat-sifat kita sebagai hamba?
Tingkatkan amalan bukan untuk Allah tetapi
setiap amalan kita adalah untuk diri kita sendiri.

Barangsiapa mengerjakan kebajikan maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan

barangsiapa berbuat jahat maka (dosanya) menjadi tanggungan dirinya sendiri. Dan

Tuhanmu sama sekali tidak menzhalimi hamba-hamba(-Nya). QS Fussilat 41:46

15

Di antara faktor yang menggembirakan manusia adalah ahli keluarga. Jadi, kalau
ada sengketa, perbaiki. Insya Allah hati lebih baik dan bahagia.

Jadi, tingkatkanlah amalan.
Jika kamu berbuat baik (bermakna) kamu membuat kebaikan untuk dirimu sendiri.
Dan jika kamu membuat kejahatan, maka (akibatnya) itu adalah untuk dirimu sendiri.

QS Al-Isra' 17:7

Dan semua wajah tertunduk di hadapan (Allah) Yang Hidup dan Yang Berdiri Sendiri.

Sesungguhnya rugi orang yang melakukan kezaliman. QS Taha 20:111

Dia (Musa) menjawab, “Tuhan kami ialah (Tuhan) yang telah memberikan bentuk

kejadian kepada segala sesuatu, kemudian memberinya petunjuk.” QS Taha 20:50

*Allah SWT memberi kita petunjuk bagaimana untuk menggunakan potensi diri. Allah
SWT bagi kita dan kebaikan itu pulang kepada kita.

‫ا ْل َوا ِج ُد‬ 16

(64) Allah SWT Al-Waajid
Allah SWT Yang Maha Kaya

Di dalam Kitab Tuhfatul Ahwadzi, maksud Allah Al-Waajid ialah al-Ghaniy, Allah
Yang Maha Kaya, yang tidak miskin dan (kekayaan Allah) sentiasa ada. Tidak
berkurangan kekayaan Allah SWT. Allah SWT mempunyai apa sahaja yang
dikehendaki. Kekayaan Allah adalah mutlak.

Bicara Allah Al-Waajid dari tiga(3) perkara.

Yang pertama.
Allah SWT boleh memberi kekayaan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.

Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan

meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar

(daripada segala perkara yang menyusahkannya) serta memberinya rezeki dari

jalan yang tidak terlintas dihatinya. Dan (ingatlah) sesiapa yang berserah diri bulat-

bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan

menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang

dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-

tiap sesuatu. QS At-Talaq 65:2-3

Dalam Kitab Tafsir At-Tabari, maksud ayat "akan diberi rezeki dari sumber tidak
disangka" adalah:

i. Allah cukupkan keperluan kita.

Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan

kecukupan. QS Ad-Duha 93:8

ii. Daripada perkara-perkara haram kepada perkara-perkara halal.
* Hari ini kalau kita terlibat dengan yang haram, niat dan bercita-citalah untuk
mahukan yang halal. Allah rezekikan kita dengan yang halal dari niat kita yang
ikhlas. Mula-mula mesti niat dulu.

iii. Dari kesempitan kepada keluasan bagi yang sentiasa bersyukur.

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat)

kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat

pedih.” QS Ibrahim 14:7

17

Dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Dzar, "Aku nak ajarkan satu
ayat. Kalaulah manusia ambil (maksudnya, hafal, amal dan hayati) ayat ini, cukup
bagi dia."(dalam konteks pemberian rezeki dari Allah SWT). Kemudian Nabi SAW
membaca
Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar
baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.

* Boleh dijadikan dzikir. Hayati maksudnya.

Allah Al-Wajid boleh bagi rezeki kepada siapa yang dikehendaki.

Yang kedua.
Allah boleh tarik balik apa yang Allah bagi sebab milik Allah semuanya. Kaya Allah
tak terbatas dan tak terikat kepada sesiapapun. Allah boleh bagi kepada siapa yang
dikehendaki dan boleh tarik balik dari sesiapa sahaja.

Kisah Qarun

Qarun dari Bani Israel. Hidup di Mesir. Kaya sangat dan dilimpahi dengan harta
tetapi dia tidak beriman dengan Nabi Musa a.s. malahan dia bersama bersekongkol
dengan Firaun laknatullah.

Asal dia sangat bermusuh dengan Nabi Musa a.s., ketika syariat Musa a.s.
mengenakan zakat kepada orang-orang kaya. Setiap 1000 dinar, zakatnya sebanyak
1 dinar. Setiap 1000 kambing, zakatnya seekor kambing. Qarun sakit hati.

Satu hari, Qarun mengajak Bani Israil berkumpul beramai-ramai di rumahnya atas
alasan, nak bagi zakat. Nabi Musa a.s. turut dijemput. Secara diam-diam, dia
mengupah seorang pelacur supaya wanita itu mengaku di hadapan orang ramai
bahawa dia telah berzina dengan Nabi Musa a s.

Di perhimpunan itu, Qarun berkata:
"Hai saudara-saudaraku sekalian, kalau kita mencuri, syariat Musa (a.s.) kata apa?"

Orang ramai menjawab, "potong tangan".

Qarun meneruskan tohmahannya, "kalau seseorang itu berzina dan dia tak punya
isteri, apa kata syariat Musa (a.s)?"

Orang ramai menjawab, "disebat dengan 100 rotan".

"Kalau dia berzina dan dia punya isteri?"

Orang ramai menjawab, "direjam sehingga mati".

18

"Kalau begitu saudara-saudaraku sekalian, Musa (a.s.) yang membawa syariat ini,
dia telah berzina."

Semua orang terkejut.

Kata Qarun, "aku akan panggil perempuan yang berzina dengan Musa (a.s)".

Perempuan ini keluar lalu membuat pengakuannya. Gemparlah Bani Israil. Nabi
Musa a.s. diam menahan kesedihannya. Setelah selesai perempuan ini berkata-kata,
Nabi Musa a.s. mengangkat kepala lalu memandang tepat ke mata perempuan ini.

"Wahai perempuan, aku ingin bertanya, di atas nama Tuhan Yang Maha Berkuasa,
betulkah aku ini tidur dengan engkau?"

Ketika melihat mata Musa a.s., perempuan ini menggeletar. Kemudian perempuan ini
berkata, "Tidak. Sebenarnya aku dibayar oleh Qarun". Maka gemparlah sekali lagi.
Nabi Musa a.s. terus sujud kepada Allah SWT. Di dalam sujudnya dia berkata,
"Tuhan, aku ingin keadilan dariMu".

Allah menjawab, "Wahai Musa, Aku perintahkan bumi ini untuk taat kepada engkau."

Dengan tenang, Nabi Musa a.s berkata, "Wahai Qarun, berkatalah yang benar."

Qarun tetap dengan pendiriannya mengatakan Nabi Musa a.s. berzina.

Lalu bumi pun bergegar. Orang ramai lari bertempiaran. Bumi mulai telan sedikit-
sedikit sampai ke buku lali Qarun.

Ditanya sekali lagi. Qarun tetap dengan pendiriannya. Bumi terus menelan hingga
sampai ke dada.

Qarun tetap mempertahankan pendiriannya. Dan bumi menelan lagi sampai ke leher.
Barulah Qarun nak mengakui kesalahannya. Tetapi telah terlambat apabila nyawa
telah sampai ke halkum, taubat tak lagi diterima. Kerana taubatnya kerana takut,
bukan penyesalan. Dan akhirnya tenggelamlah Qarun dan rumah serta harta-
hartanya.

Maka Kami benamkan dia (Qarun) bersama rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak

ada baginya satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah, dan dia tidak

termasuk orang-orang yang dapat membela diri. QS Al-Qasas 28:81

Allah Al-Waajid. Allah boleh bagi dan boleh tarik balik. Bila ada harta, jangan lupakan
Allah kerana kalau bersyukur, pasti ditambah.

19

Yang ketiga.
Allah boleh simpankan harta itu (reserve) untuk sesiapa yang Allah kehendaki.

Rujuk QS 18:77-82

Dan adapun dinding rumah itu adalah milik dua anak yatim di kota itu, yang di

bawahnya tersimpan harta bagi mereka berdua, dan ayahnya seorang yang soleh.

Maka Tuhanmu menghendaki agar keduanya sampai dewasa dan keduanya

mengeluarkan simpanannya itu sebagai rahmat dari Tuhanmu. Apa yang kuperbuat

bukan menurut kemahuanku sendiri. Itulah keterangan perbuatan-perbuatan yang

engkau tidak sabar terhadapnya. QS Al-Kahf 18:82

Allah Al-Waajid boleh simpankan harta itu untuk kita. Mungkin juga harta itu dari
orang lain dan kemudian dianugerahkan kepada kita.

‫ْل َما ِج ُدا‬ 20

(65) Allah SWT Al-Maajid
Allah SWT Yang Maha Mulia

Sesungguhnya Allah Maha Terpuji, Maha Pengasih.

QS Hud 11:73

Sepuluh(10) Perkara Yang di Anugerahkan Allah SWT Al-Maajid Kepada
Manusia.

1. Allah SWT menganugerahkan kita nikmat yang banyak.
a. Nikmat Asasiyah.
~ Udara.
~ Keperluan air.
~ Makanan.

b. Nikmat aqliyah iaitu nikmat ilmu.

c. Nikmat badaniyah iaitu nikmat kesihatan. Makanlah yang bagus-bagus.

d. Nikmat qalbiyah iaitu nikmat yang menyenangkan hati.

e. Nikmat iman.

*Kalau kita dengan sengaja mengkufurkan nikmat, iaitu tak menjaga nikmat, contoh:
tak jaga kesihatan, haram hukumnya. Berdosa merosakkan tubuh badan. Jaga akal.
Jangan dirosakkan. Kalau ada masalah, jangan biarkan diri dalam keadaan stress.
Kalau biarkan diri dalam keadaan stress, jantung kita tak stabil. Tekanan darah,
sistem badan tak stabil. Untuk apa? Rugi kita. Kalau stress, carilah Allah. Dengan
mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

2. Allah SWT kurniakan rahmat (kasih sayang) kepada kita dengan syarat kita juga
mencari kasih sayang dari Allah SWT.

Cinta kepada Allah SWT adalah cinta yang berbalas. Kita sayang kepada Allah, kita
akan tengok macam mana Allah sayang kepada kita.

Katakanlah (Muhammad), “Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah

mencintaimu..." QS Ali Imran 3:31

21

Kita boleh rasa. Ketika tengah kesempitan, Allah bagi jalan keluar.
Ketika tengah susah, Allah bagi kemudahan.
Ketika sakit, Allah bagi penyembuhan.

Ketika tengah ada masalah, Allah ringankan masalah kita.

Kalau kita usahakan untuk dapat rahmat Allah, kita akan terasa Allah selalu bersama
kita. Kita tak rasa keseorangan.

3. Allah SWT kurniakan pengampunanNya. Sekalipun manusia itu tak minta ampun
dengan beristighfar, ada sebahagian amalannya yang mengikis dosanya secara
automatik. Katakan dia tak suka beristighfar ataupun tak perasan dia ada buat salah,
sebab itu dia tak beristighfar. Dia tak perasan dia derhaka pada suami.

"Padan muka suami saya, Ustaz. Saya boikot dia dah dua minggu."

Kalau tak perasan dah bersalah, macam mana nak beristighfar?

Apakah amalan yang mengikis dosa? Antaranya wudhu, puasa di bulan Ramadan.

Apa bezanya puasa di bulan Ramadan dengan puasa di bulan-bulan lain? Puasa di
bulan Ramadan dapat pahala dan pengampunan.

Dua masa pengampunan.
i. Ketika kita diusung ke kubur, dan
ii. Ketika amalan ditimbang.

4. Allah SWT kurniakan hidayah kepada kita.

Hidayah/petunjuk/keputusan hidup kita bertepatan redha Allah.

Hidup adalah keputusan. Kita tak boleh hidup tanpa keputusan.

Orang yang tak boleh buat keputusan dalam hidup dia adalah orang yang lemah.
Orang yang salah buat keputusan adalah orang yang rugi dalam hidup dia.

*Mintalah hidayah dari Allah SWT.

22

5. Allah SWT kurniakan rezeki kepada kita...dari sumber yang tak disangka-sangka.
Mintalah dari Allah SWT dan lepas itu, usahakan.

*Bagi orang yang beriman, dikurniakan

dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.

QS At-Talaq 65:3

*Allah SWT menganugerahkan rezeki ke atas orang yang menunaikan
tanggungjawab.

*Pasangan yang bercerai dan suami (kerana sakit hati tak dapat hak penjagaan
anak) tak mahu beri nafkah. Rezeki bekas suami, banyak itu sahaja. Tapi isteri yang
menanggung nafkah anak, tetap diberi rezeki oleh Allah SWT walau dia terpaksa jual
nasi lemak di tepi jalan. Hasil jualan, anak boleh besar dan masuk universiti. Sebab
itu, dalam Islam, kita disuruh untuk ambil tanggungjawab. Betul-betul niat, memang
nak bertanggungjawab pada nafkah. Allah aturkan rezeki itu melalui kita. Kalau ada
hutang, "Ya Allah, aku niat nak bayar hutang ni". Allah bagi kemampuan ini kepada
kita. HR Abu Dawud: Orang yang ada hutang dan bercita-cita nak bayar hutang,
Allah bagi dia kemampuan nak bayar hutang tu.

6. Allah SWT kurniakan kepada kita keselamatan.

Mohonlah keselamatan dari Allah. Tidak ada tempat yang selamat kalau tak
diselamatkan Allah SWT.

Cuba tanyakan kepada diri kita, di manakah tempat yang paling selamat?

Tempat yang ramai orang? Berapa ramai orang yang kena ragut dan cedera di
tempat yang ramai orang?

Ok. Sekarang kita rasa selamat di rumah. Berapa orang yang kena rompak di rumah
sendiri?

Mohonlah keselamatan dari Allah SWT. Jangan terasa kereta kita (sudah cukup)
bagus.

7. Allah SWT al-Maajid mengurniakan kita syifaa(penyembuhan) pada sakit-sakit
kita. Jadi, mohonlah kesembuhan hanya dari Allah SWT.

Satu ketika, Nabi Adam a.s. sakit perut. Dulu, tak ada hospital. Dia bermohon kepada
Allah SWT, "tolong Ya Allah, aku sakit perut". Lalu Allah tunjukkan. Makan pucuk ini
dan pucuk ini dan pucuk ini. Alhamdulillah sembuh.

23

Berlalu masa, Nabi Adam a.s. sakit perut sekali lagi. Dia terus makan pucuk-pucuk
itu tapi tak baik-baik, lagi bertambah sakit. Maka dia pun bermunajat kepada Allah
SWT.

"Ya Allah, dulu aku sakit, Engkau tunjukkan pucuk itu dan pucuk ini. Alhamdulillah
sembuh. Tapi hari ini, kenapa tak sembuh Ya Allah?"

Kata Allah SWT, "Dulu kau sakit, kau mohon kesembuhan dari Aku. Tapi sekarang
kau sakit, kau tak mohon kesembuhan dari Aku. Kau terus makan."

Makan itu hanya usaha. Yang bagi kesembuhan hanya Allah SWT.

8. Allah SWT al-Maajid menganugerahkan manusia ilmu. Makin banyak kita belajar,
makin banyak yang kita tak tahu. Mohonlah ilmu dari Allah SWT. Moga ilmu
mendekatkan kita kepada Allah SWT.

Dan bertakwalah kepada Allah, Allah memberikan pengajaran kepadamu.

QS Al-Baqarah 2:282

9. Allah SWT mengurniakan kita mustajabnya doa. Tuhan yang mendengar doa kita
pada hari ini adalah Tuhan yang sama yang mendengarkan doa Nabi Ibrahim a.s.
ketika dicampak ke dalam api dan yang menyelamatkan Nabi Musa a.s. dari
kejahatan Firaun.

10. Allah SWT mengurniakan kita anugerah pahala yang berganda. Contoh: Umat
Nabi Muhammad SAW dapat gandaan pahala 27x untuk solat berjemaah. Gandaan
pahala sebegini tak diberikan kepada umat-umat terdahulu.

• Jagalah jangan sampai pahala terbatal. Pahala terbatal dengan riyak, ungkit-
mengungkit etc. Di sebalik pahala, ada lagi yang lebih besar iaitu keredhaan Allah
SWT.

Bercita-citalah untuk menjadi orang soleh/solehah. Perbaiki diri. Kalau gagal, lain
cerita tapi cita-cita itu mesti ada.

24

‫ا ْلوا ِح ُد‬

(66) Allah SWT Al-Wahid

Allah SWT Yang Maha Esa

Allah Yang Maha Esa.
• Esa bermaksud tunggal.

Allah SWT satu-satunya Tuhan yang disembah, Yang Menciptakan dan Yang Maha
Berkuasa. Mustahil ada tuhan lain selain Allah.

“Seandainya pada keduanya (di langit dan di bumi) ada tuhan-tuhan selain Allah,

tentu keduanya telah binasa. Mahasuci Allah yang memiliki ‘Arsy, dari apa yang

mereka sifatkan.” QS Al-Anbiya' 21:22

Bicara Allah Yang Maha Esa dari tujuh (7) sudut.

1. Allah Yang Maha Esa. Tidak ada selain Allah Yang Maha Berkuasa, yang
setanding dengannya.

“Allah tidak mempunyai anak, dan tidak ada tuhan (yang lain) bersama-Nya.”

QS Al-Mu'minun 23:91

Allah lah Yang Maha Mengatur seluruh alam ini.

2. Allah SWT Yang Berkuasa dan tidak ada yang setanding dengan kuasa-Nya.

“Mahasuci Dia. Dialah Allah Yang Maha Esa, Mahaperkasa.”

QS Az-Zumar 39:4

Di sekitar kita, ada banyak lagi makhluk lain yang ghaib. Oleh kerana makhluk ghaib
ini kita tak nampak, ada orang minta pertolongan dengan mereka. Contoh: dengan
jin, penunggu etc. Bukan orang Melayu sahaja yang melalui kawasan hutan dan
berkata "datuk/nenek, anak cucu tumpang lalu/kencing". Orang Arab juga begitu. Bila
melalui lembah-lembah, mereka kata "aku berlindung dengan tuan tempat ini".
Allah kurniakan ilmu kepada bangsa manusia untuk menundukkan jin. Seperti di
zaman Sulaiman a.s. sampai boleh menundukkan dan memenjarakan jin.

Sebab itu, untuk apa sahaja perkara, kita kena rujuk balik kepada Allah SWT. Kita
kena yakin bahawa Allah lah Yang Maha Berkuasa. Allah Yang Maha Mentadbir
Segala-galanya.

25

3. “Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia. Dan Dia Yang Maha

Mendengar, Maha Melihat.” QS Ash-Shura 42:11

Lihatlah ciptaan Tuhan. Jangan difikirkan dzat Tuhan kerana akal manusia tak akan
sampai.

4. “Katakanlah, “Allah adalah Pencipta segala sesuatu dan Dia Tuhan Yang Maha

Esa, Mahaperkasa.” QS Ar-Ra'd 13:16

Bila kita meyakini Allah SWT lah yang menciptakan segala sesuatu. Allah
mengetahui apa keadaan makhluk itu. Setiap generasi manusia diberikan panduan
berkitab. Allah turunkan manual kehidupan manusia. Ikutilah. Baca dan amalkan.

5. Tunduk kepada Allah SWT semua perkara.

(Yaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula)

langit, dan mereka (manusia) berkumpul (di Padang Mahsyar) menghadap Allah

Yang Maha Esa, Mahaperkasa. QS Ibrahim 14:48

"Kalaulah manusia itu digandakan umurnya sampai seribu tahun dan ditambah
seribu tahun lagi umurnya (jadi, 2000 tahun).....pasti akan mati."

Mati itu pasti akan datang. Dibangkitkan dari kubur masing-masing. Diadili segala
amalan. Sementara kita hidup ini, tunduklah kepada Allah SWT. Kita diuji dengan
pelbagai ujian yang seharusnya merapatkan kita dengan Allah SWT.

6. Allah perlu diutamakan.

Dan (Al-Qur'an) ini adalah penjelasan (yang sempurna) bagi manusia, agar mereka
diberi peringatan dengannya, supaya mereka mengetahui bahawa Dialah Tuhan
Yang Maha Esa dan agar orang yang berakal mengambil pelajaran. QS Ibrahim 14:52

*agar mereka tahu Allah SWT lah yang perlu diutamakan.

Kenapa kita rasa tak sempat nak baca al-Qur'an setiap hari? Jawapannya, kita tak
sempat sebab kita tak mengutamakan al-Qur'an. Dalam seharian, banyak benda-
benda yang tak penting tetapi kita buat. Kenapa kita boleh tengok TV atau baca
akhbar sampai 2 jam sehari? Sebab kita mengutamakan tengok TV/baca akhbar.

26

7. Tiada yang setanding dengan Allah SWT.

“Katakanlah (Muhammad), “Dialah Allah, Yang Maha Esa.
Allah tempat meminta segala sesuatu.
(Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.
Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia.”

QS Al-Ikhlas 114:1-4

Sesihat manapun kita, bila sampai masanya kita akan pergi.

Sekaya manapun kita, harta yang kita kumpul akan ditinggalkan.

Harta yang kita sedekah/infaqkan, tak habis. Yang habis adalah harta yang kita
kumpul.

• Mengesakan Allah dengan sebenar-benarnya. Jangan masukkan dalam hati kita
ini, menyengutukan/mensyirikkan Allah. Jangan samakan Allah dengan sesuatu
yang lain. Kita tahu Allah Maha Berkuasa tapi pada masa yang sama, kita percaya
kepada keris lah, kubur lah, batu lah.

• Taabbut (rasa kehambaan). Tunduk dan beradab dengan Allah SWT.

• Minta pertolongan dengan Allah SWT.

27

‫اَلاَ َح ُد‬

(67) Allah SWT Al-Ahad
Allah SWT Yang Maha Esa

Allah SWT Al-Ahad. Yang Maha Esa. Yang Maha Tunggal. Tiada yang setanding
denganNya.

Dibicarakan dari tujuh(7) perkara.

Apakah yang dikatakan Allah SWT Al-Ahad?

1. Hanya kepada Allah SWT lah tempat kita meminta pertolongan.

Katakanlah (Muhammad), “Dialah Allah, Yang Maha Esa.
Allah tempat meminta segala sesuatu.
(Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.
Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia.”

QS Al-Ikhlas 112:1 - 4

Hari ini, Tuhan yang kita berdoa kepadaNya adalah Tuhan yang sama yang telah
menyelamatkan Nabi Ibrahim a.s. sewaktu dicampak ke dalam api. Tuhan yang
sama yang telah menyelamatkan Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya dari
Firaun. Jadi, mintalah pertolongan hanya dari Allah dengan berdoa.

Teruskan berdoa. Minta pada Allah SWT. Doa kena bersungguh-sungguh, kata Nabi
SAW. Allah SWT tidak akan memakbulkan doa dari hati yang malas dan lalai. dan
jangan jemu berdoa.

2. Allah SWT menyatakan tentang kekuasaan Allah Al-Ahad.

Apakah dia (manusia) itu menyangka bahwa tidak ada sesuatu pun yang berkuasa
atasnya? Dia mengatakan, “Aku telah menghabiskan harta yang banyak.” Apakah
dia menyangka bahwa tidak ada sesuatu pun yang melihatnya? QS Al-Balad 90:5 - 7

Ini kebiasaan manusia.
Bila dia boleh melakukan sesuatu, dia rasa macam

tak ada sesuatu yang boleh menguasai dia.
Dia rasa sombong.

28

Kadang-kadang, dalam kursus motivasi...
Motivator: "Kitalah yang menentukan nasib kita!!"
Motivator: "Siapa? Kita. Ulang sekali lagi?"
Semua peserta: "Kitaaaa".
(Lalu bermulalah masalah dari sudut akidah.)

Apakah dia (manusia) itu menyangka bahwa
Really? Pernah kena gigit nyamuk?

Cakap jangan takabbur. Sehebat mama kita, kehebatan itu tidak kekal. Secantik
mana kita, kecantikan itu juga tidak kekal. Sepintar mana pun dia, sampai suatu
masa dia akan lupa juga. Padahal, cermin mata ada di atas kepala. Kekuasaan
hanya ada pada Allah SWT. Kita ada apa? Kita ada pinjaman yang diberi oleh Allah.
Barang yang dipinjam akan ditarik balik. Badan kita, nyawa kita, tenaga kita, akal
kita, ilmu kita semuanya akan balik kepada Allah SWT.

Jadi, kalau dah tahu semuanya pinjaman, apa nak buat? Kata Nabi SAW,
REBUTLAH lima perkara SEBELUM datangnya lima perkara.

Pertama.
Sihat sebelum sakit.

Kedua.
Muda sebelum tua.

Ketiga.
Ketika ada kemampuan sebelum nanti tak ada kemampuan.

Keempat.
Ketika masa lapang sebelum sibuk.

Kelima.
Ketika hidup sebelum mati.

So, apa kita nak buat dengan barang-barang pinjaman ni? Jadikan ianya
sebagai jalan untuk beramal.

Ada tenaga? Tenaga mendatangkan pahala.
Ada ilmu/kepakaran? Ini juga mendatangkan pahala. Bagi idea bagaimana nak
memakmurkan masjid. Macam mana nak meningkatkan tabungan masjid? Bukan
sahaja banyak tapi dapat digunakan untuk program-program yang bagus.

Ada kepandaian tertentu? Bagaimana kepandaian itu mendatangkan pahala?

29
Ada harta? Bagaimana harta itu mendatangkan pahala?
•Jadikan barang pinjaman kita itu jalan yang mendatangkan keredhaan Allah SWT.

3. Yang mengazab hanya Allah SWT.

Maka pada hari itu tidak ada seorang pun yang mengazab seperti azab-Nya (yang
adil), dan tidak ada seorang pun yang mengikat seperti ikatan-Nya.

QS Al-Fajr 89:25-26

Walau kita berkuasa pada hari ini, yang mengazab di akhirat nanti hanya Allah SWT.
Rancanglah hari akhirat anda. Hindari diri dari kemurkaan Allah SWT. Carilah
keredhaan Allah. Minta keampunan Allah. Bertaubat. "Berusahalah kamu untuk
mengelak azab Allah walau bersedekah hanya sekoyak tamar."

Jangan rasa rugi jadi orang baik.
"Tengoklah orang tu, jahat tapi kaya. Kita yang baik ni, miskin".

Yang mengazab hanya Allah SWT. Apakah contoh azab Allah ketika di dunia?
Dicabut ketenangan hati.

Bentuk-bentuk azab di Akhirat sebagaimana tercatat di dalam Al-Qur'an.
• Azab yang pedih (azabun alim)
• Azab yang besar (azabun azim)
• Azab yang keras (azabun syadid)
• Azab yang menghina (azabun muhin)

So ketika masih di dunia, jangan rasa rugi berbuat baik.

"Eleh...dia buat jahat, tak kena apa-apa pun??"
Jangan!!. Sebab Allah itu Maha Adil. Bila Allah nak kenakan, itu urusan Tuhan.
Jangan kita tanya. Yang penting, aku ni macam mana? Sudahkah anda
menyempurnakan taubat? Jangan tengok orang lain.

4. Tempat berlindung hanya Allah SWT.

Katakanlah (Muhammad), “Aku tidak kuasa menolak mudarat mahupun

mendatangkan kebaikan kepadamu.”

Katakanlah (Muhammad), “Sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang dapat

melindungiku dari (azab) Allah dan aku tidak akan memperoleh tempat berlindung

selain dari-Nya. QS Al-Jinn 72:21-22

*Jin tak tahu benda-benda ghaib tapi dia banyak pengalaman sebab umur dia
panjang. Kalau jin tahu benda ghaib, kenapa pada ketika Nabi Sulaiman a.s. wafat
dia tak tahu dan dia terus kerja?

30

5. Yang menetapkan sesuatu itu sama ada suka atau tidak, hanya Allah SWT.

Katakanlah, “Allah lebih mengetahui berapa lamanya mereka tinggal (di gua); milik-

Nya semua yang tersembunyi di langit dan di bumi. Alangkah terang penglihatan-

Nya dan alangkah tajam pendengaran-Nya; tidak ada seorang pelindung pun bagi

mereka selain Dia; dan Dia tidak mengambil seorang pun menjadi sekutu-Nya dalam

menetapkan keputusan.” QS Al-Kahf 18:26

Yang menetapkan sesuatu perkara itu, suka atau tidak, hanya Allah SWT. Jadi,
mintalah hanya dengan Allah SWT. Hidup kita, mati kita, sakit kita semua Allah SWT
tetapkan. Mintalah kebaikan seperti mati husnulkhotimah.

6. Tidak ada yang perlu kita takut selain Allah SWT.

Dan tidak merasa takut kepada siapa pun selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah

sebagai pembuat perhitungan. QS Al-Ahzab 33:39

Manusia biasanya takut apa?
Takut mati, takut miskin, takut kehilangan.
Allah SWT kata tak perlu takut itu semua. Takutlah kepada Allah SWT. Sebab bila
Allah SWT merahmati kita, yang tak berharta boleh jadi berharta. Yang sakit boleh
diberi kesihatan.

7. Jangan sekutukan Allah SWT dengan sesuatu apapun.

Katakanlah (Muhammad), “Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti
kamu, yang telah menerima wahyu, bahwa sesungguhnya Tuhan kamu adalah
Tuhan Yang Maha Esa.” Maka barangsiapa mengharap pertemuan dengan
Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia
mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya.”

QS Al-Kahf 18:110

Esakan Allah dengan sebenar- benarnya.
*Menyengutukan Allah SWT bukan bermaksud tak percayakan Allah.
Menyengutukan Allah bermaksud percaya kepada Allah tetapi pada masa yang
sama, percaya yang benda lain juga berkuasa.

*Sesiapa yang nak bertemu dengan Allah SWT dengan selamat, amal soleh sahaja
tidak cukup.

31
Sebagai kesimpulan:
Tujuh(7) Perkara Mengenai Allah Yang Maha Esa.
1. Hanya kepada Allah SWT tempat meminta pertolongan.
2. Kekuasaan yang Allah SWT berikan kepada manusia hanya pinjaman sementara.
3. Yang mengazab hanya Allah SWT.
4. Tempat berlindung hanya Allah SWT.
5. Yang menetapkan sesuatu sama ada suka atau tidak hanyalah Allah SWT.
6. Tidak ada apa yang perlu kita takut melainkan Allah SWT.
7. Jangan sekutukan Allah dengan sesuatu apa pun.

32

‫ال َّص َم ُد‬

(68) Allah SWT As-Somad
Allah SWT Tempat Rujukan Segala Hajat

Katakanlah (Muhammad), “Dialah Allah, Yang Maha Esa.
Allah tempat meminta segala sesuatu.

QS Al-Ikhlas 112:1 - 2

Para mufassirin(ahli tafsir) mengatakan ramai yang beriman dengan Allahu Ahad
(Allah Yang Maha Esa) tapi tidak ramai yang beriman dengan AllahusSomad.

Dunia ini ada sifatnya. Penuh dengan pelbagai ujian dan keadaan. Kenalilah sifat-
sifat dunia dan fahami bagaimana kita memerlukan Allah SWT dalam segala
perkara/perlunya kita bergantung kepada Allah SWT.

Lima(5) Sifat Dunia Yang disebutkan di dalam Hadis atau Ayat Qur'an.
1. Dunia ini darul bala' wal imtihan. (Negeri bala dan ujian).

Bala'
Ada kejadian-kejadian dan bencana-bencana yang datang tak dijangka. Ada gempa
bumi, kekurangan air, kemarau, negara-negara yang tak pernah turun salji, tiba-tiba
turun salji setebal-tebalnya. Banyak orang meninggal kerana itu. Kadang-kadang
didatangkan angin ribut, wabak penyakit.

Imtihan. Ujian.. ada manusia diuji dengan kekurangan harta, masalah kesihatan,
didatangkan orang menzalimi dia, orang hutang tak nak bayar, orang pakai nama dia
buat pinjaman kat bank sampai dia pulak blacklisted, harta pusaka tak dibahagi
dengan betul, kena fitnah dan lain-lain lagi ujian (imtihan).

Kebergantungan kita kepada AllahusSomad sangat perlu. Kita minta dihindarkan
dari bencana. Kalau kena pun, kena dalam keadaan tak memberatkan kita. Kita
minta, kalau Allah bagi ujian kat kita, kita tak dibiarkan keseorangan.

Orang beriman diuji dan diberi ketenangan.
Orang beriman diuji dan diberi jalan keluar.

Mintalah dengan Allah SWT. Lepas itu, baru jumpa manusia. Jangan minta dengan
kubur, pokok besar etc.

2. Dunia ini adalah "kesenangan yang menipu".

Dunia ini boleh menyilaukan kita. Membuat kita tertipu.

33

Mintalah pertolongan Allah dengan jalan solat istikharah. Kata ulama, kalau nak
keputusan-keputusan hidup kita dibantu Allah SWT, kekalkan 40 rakaat solat dalam
sehari.

Mana kita nak dapat 40 rakaat tu?
Solat wajib ada 17 rakaat.
Subuh : 2
Zuhur : 4
Asar : 4
Maghrib: 3
Isyak : 4

Solat Qabliyah & Ba'diah : 14 rakaat
Sebelum subuh : 2
Sebelum zuhur : 2
Selepas zuhur : 2
Sebelum asar : 2
Selepas maghrib : 2
Sebelum Isyak : 2
Selepas Isyak : 2

17 + 14 = 31 rakaat

Solat taubat 2 rakaat sebelum tidur.
Solat tahajjud 2 rakaat.
Solat hajat 2 rakaat.
Solat witir 2 + 1

*Nanti kita akan rasa Allah SWT bantu pada keputusan hidup kita. Kata Nabi SAW,
"Takutlah kamu dengan firasat orang beriman. Dia melihat dengan bantuan Allah".

3. Dunia ini menyenangkan tapi tidak beri ketenangan.

Ada orang, makin banyak harta, makin tak tenang. Takut orang datang nak curi,
rompak etc.

Ada orang, cari harta pun tak tenang. Takut tak dapat. Dah dapat pun tak tenang,
takut tak cukup. Membelanjakan pun tak tenang, takut habis.

Sepatutnya rezeki itu memberi ketenangan kepada dia tapi rupa-rupanya rezeki itu
membebankan/merunsingkan dia.

Sedangkan kita disuruh tawakkal. Jangan runsing. Rancang sebaik mungkin.
Sempurnakan usaha sebaik mungkin.

Orang yang menyempurnakan/memaksimakan usaha, dia tak akan runsing. Insya
Allah.

34

Yang perlu dirunsingkan adalah, adakah usaha kita itu telah dimaksimakan?

Orang beriman disuruh percaya kepada kuasa Allah SWT yang Allah tak pernah
menzalimi hambaNya. So, bergantunglah kepada Allah SWT.

4. Dunia bersifat sementara. Nikmatnya pun sementara. Umur umat Muhammad
SAW on average, di antara 60 - 70 tahun.

Oleh kerana bersifat sementara, mintalah pada Allah SWT:
a. Yang sementara ini, jadi kebaikan. Sebab itu, doa yang paling banyak di baca oleh
Nabi SAW

“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan

lindungilah kami dari azab neraka.” QS Al-Baqarah 2:201

• Kebaikan boleh jadi kebaikan kesihatan, harta, ketenangan hidup dll.

5. Dunia ini melalaikan.

Bermegah-megahan telah melalaikan kamu,
sampai kamu masuk ke dalam kubur.

QS At-Takathur 102: 1 - 2

Memperbanyakkan harta melalaikan kamu sampai kamu diusung ke kubur.

Mintalah kepada AllahusSomad supaya setiap harta kita jadi jambatan ke akhirat.
"Ya Allah, kurniakan aku kemurahan rezeki. Lebih banyak amalan boleh dibuat."

Sebagai kesimpulannya:
Allah SWT As-Somad. Tempat rujukan segala hajat. Mohonlah hajat yang bagus-
bagus dan hebat-hebat kerana Allah Maha Pemurah. Teruskan berdoa, tingkatkan
usaha dan bersabar.

Lima sifat dunia.
1. Dunia ialah 'negeri bala' & ujian.
2. Dunia penuh dengan tipu daya.
3. Dunia menyenangkan tetapi tidak memberi ketenangan.
4. Sifat dunia adalah sementara.
5. Sifat dunia adalah melalaikan.

35

‫ا ْل َقا ِد ُر‬

(69) Allah SWT Al-Qadir

Allah SWT Yang Maha Berkuasa

Allah SWT Yang Maha Berkuasa. Allah yang mempunyai keupayaan yang cukup
sempurna. Tidak ada sesuatu pun yang boleh melemahkan-Nya atau menggagalkan
kehendakNya. Jika Allah berkehendak untuk melakukan sesuatu perbuatan, maka
Allah boleh melakukannya dan tak ada sesiapa yang boleh menghalang atau
menggagalkan kehendak Allah itu. Jika Allah berkehendak untuk tidak melakukan
sesuatu perbuatan, maka Allah boleh tidak melakukannya dan tiada siapapun boleh
mendorong atau mendesak untuk Allah melakukan sesuatu perbuatan.

Di dalam Hadis 40, Nabi SAW mengajarkan:

"Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya
engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari
Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan
Allah.

Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat
kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu
perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu.

Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat,
nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara
yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan
lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya)."

(Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi).

i. Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu.
ii. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu.
iii. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah
iv. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan

Allah.

1. Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu.

Allah SWT menjadikan kita.
Selaku hamba, ada hak-hak Allah yang mesti kita tunaikan. Kalau kita tak tunaikan,
tidak akan berkurang sedikitpun kekuasaan Allah SWT. Kalau kita tunaikan, Allah
SWT akan tunaikan hak-hak kita.

36

Sungguh, Allah benar-benar berkuasa untuk mengembalikannya (hidup setelah

mati). Pada hari diperlihatkan segala rahsia. QS At-Tariq 86:8-9

Supaya Allah jaga hak kita, apakah hak Allah yang perlu kita jaga?
• Perintah suruhan. (ada yang wajib, ada yang sunat).
• Perintah larangan. (ada yang haram, ada yang makruh).

Perkara yang wajib, buat betul-betul. Jangan bagi pilihan kepada diri kita.
Perkara yang sunat, banyakkan.

Perkara yang haram, langsung tinggalkan.
Yang makruh, perlahan-lahan hindarkan.

Maka, kalau kita jaga hak-hak Allah yang di atas, Allah SWT akan jaga hak kita.
Bagi orang beriman, Allah SWT akan beri 3 perkara iaitu:

i. Nikmat.
ii. Rahmat.
iii. Berkat.

Allah SWT akan jaga nikmat, rahmat dan berkat untuk kita.

Apa itu nikmat?
Nikmat adalah semua yang Allah dah bagi kat kita. Allah akan pelihara agar nikmat
itu berterusan dan tidak merosakkan kita.

Hari ini, ada orang yang punya nikmat kesihatan dan nikmat kesihatan ini
merosakkan dia.

Makin sihat, makin sombong.
Makin sihat, makin jauh dari Allah SWT.

Makin sihat, bukan nak pergi masjid.
Makin sihat, makin ligat berdangdut.
Makin sihat, makin blonde rambutnya.

Ada orang lain yang diberi nikmat harta.
Makin kaya, makin bersyukur.
Makin kaya, makin bertaqwa.

Makin kaya, makin selalu pergi ke Mekah dan ajak orang yang tak mampu pergi
bersama.

37

Ada orang lain pulak, semakin kaya semakin tamak.
Semakin kaya, semakin lupa akhirat.
Semakin kaya, semakin membuat maksiat.

Allah SWT beri kita nikmat keluarga.
Ada orang, dengan keluarga, makin baik.
Orang lain, dengan keluarga semakin jauh dari Allah SWT.

Rahmat itu apa? Rahmat adalah kasih sayang. Allah jaga kita dengan kasih sayang
Allah SWT. Bagi orang yang beriman, rahmat Allah SWT sangat luas.

Apa itu berkat? Berkat adalah pertambahan kebaikan.
Kalau ada ilmu, ilmu itu bertambah kebaikan bagi kita.

Harta yang berkat, memberi pertambahan kebaikan bagi kita.

Jadi, menurut Hadis 40, andai kita jaga hak Allah, akan Allah jaga nikmat, rahmat
dan berkat bagi kita.

2. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu.
(Allah membela kita). Kita tidak hidup sendirian. Kita sangat memerlukan Allah SWT
dalam hidup kita. Kita tak tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk kita.
Kadang-kadang yang kita rasa buruk itu sebenarnya baik bagi kita.

Benda-benda yang merosakkan kita, Allah bagi kita tanda-tanda supaya kita dapat
hindarkan. Bertaqwalah kepada Allah, Allah akan bagi ilmu.

Rasa hati. Kadang-kadang, rasa hati kita itu kuat.

Kata Nabi SAW: "Takutlah firasat orang beriman. Dia memandang dengan bantuan
Allah."

Jadi, rancanglah semaksima mungkin. Allah bantu dengan firasat.

Setiap dari kita tak terlepas dari ujian. Yang berbeza cuma bentuk ujian. Ada yang
diuji dengan harta, kesihatan, difitnah dan macam-macam lagi ujian. Persamaannya?
Semua ujian menyempitkan hati.

Bila ada masalah, apa kata Allah SWT?

Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar

baginya. QS At-Talaq 65:2

38

Sebesar manapun masalah,
bila ada jalan keluar, jadi ringan.
Masalah jadi berat bila tiada jalan keluar.

Kita tak suka masalah. Masalah buat kita stress. Tertekan.

~ Kadang-kadang masalah menjadikan kita tak berakhlak. Marah-marah.
~ Kadang-kadang masalah itu menjadikan kita jauh dari Allah. Menyalahkan takdir.
Adakah Rasulullah SAW itu orang yang banyak masalah ataupun tak ada masalah?

Kita diuji dengan masalah. Kita marah-marah. Tetapi Nabi SAW diuji dengan
masalah, jadi lebih penyabar.

Kita diuji dengan masalah, makin jauh dari Allah. Nabi SAW diuji dengan masalah,
semakin rapat dengan Allah SWT.
Jadi isunya bukanlah masalah tetapi cara kita berhadapan dengan masalah.

Carilah Allah bila ada masalah. Kerana jalan keluarnya ada pada Allah SWT.

3. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah.
Sunnahnya, mohon dengan Allah dulu. Lepas itu, baru jumpa manusia. Jangan minta
dengan kubur, batu, pokok dll.

*Jangan jumpa manusia dulu sebelum jumpa Allah. Sebab manusia pun ada
masalahnya.

4. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah.
“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.”

QS Ghafir 40:60

*Berdoa dan bersabarlah kerana setiap doa berproses. Kadang-kadang kita minta A,
Allah bagi A. Kadang-kadang kita minta A, Allah bagi B. Kadang-kadang kita minta A,
Allah bagi C dan C adalah jalan kepada A.

39

‫ْل ُم ْقتَ ِد ُر‬

(70)Allah SWT Al-Muqtadir

Allah SWT Yang Sangat Maha Berkuasa

Al-Qodir - Allah Yang Maha Berkuasa.
Al-Muqtadir - Allah Yang Sungguh-Sungguh Berkuasa.

Dalam kehidupan kita di dunia ini, kita melihat apa yang kita nampak, kita mendengar
apa yang kita dengar, kita menilai apa yang kita lihat dan dengar.

Di sebalik kehidupan kita ini, ada banyak rahsia kehidupan yang tak mampu dilihat
mata, di dengar telinga. Satu kehidupan di luar logik akal manusia.

Contoh:

Seorang ahli motivasi memberikan motivasi kepada peserta. Beliau mengatakan,
'kalau ingin berjaya, tolong amalkan lima perkara ini. Pertama, bersungguh-sungguh
dalam membuat sesuatu perkara. Kalau bersungguh2, pasti berjaya.'

Perkataan 'pasti berjaya' ini biasa dilihat mata kerana orang yang bersungguh-
sungguh biasanya berjaya. Memang disuruh kita demikian.

Tapi di sebalik apa yang dilihat mata, ada rahsia-rahsia yang tak dapat dirungkai.
Katakan Mr A. Dia kerja bersungguh-sungguh. Dia pergi ke Putrajaya jumpa seorang
pegawai. Pegawai itu tergerak hati nak bantu dia. Belum tentu Mr B atau Mr C, kalau
jumpa pegawai yang sama, pegawai tu nak bantu mereka. Belum tentu lagi.

Sebab itu, kita disuruh bersungguh-sungguh. Tapi di sebalik apa yang kita lihat, ada
rahsia-rahsia yang tak mampu kita rungkai.

1. Kehidupan di dunia ini ada sifirnya. Sifir kehidupan. Sifir alam. Hukum alam.
Bahasa Arabnya: sunnatullah. Iaitu kebiasaan yang di mata manusia berlaku.
(Sunnatullah (kebiasaan) memang diiktiraf dalam Islam tetapi keputusan akhirnya
tetap Allah SWT Al-Muqtadir yang menentukan.)

Contoh sunnatullah:
• Orang rajin akan berjaya dalam hidup.
• Orang malas akan gagal dalam hidup.
• Kalau kita nak orang sayang kita, kita sayangi orang dulu.

Ada sunnatullah yang manusia ikut, tapi hasilnya berbeza.

Contoh: "Bersatu mendatangkan rahmat. Berpecah-belah mendatangkan azab."

40

Namrud bersatu dengan masyarakat sekeliling untuk bunuh Nabi Ibrahim AS. Api itu
sangat besar sampai 40 hari tak padam. Tapi apa yang terjadi? Api itu menjadi sejuk
dan langsung tak memberi mudarat kepada Nabi Ibrahim AS.

Walaupun Nabi Ibrahim AS kuat imannya, Allah SWT uji sekali lagi bila Nabi Ibrahim
AS diperintah untuk menyembelih anaknya. Bila perintah ini dilaksanakan, Allah SWT
menunjukkan bagaimana Allah boleh merubah sesuatu benda itu. Bukan hanya hati
yang berbolak-balik boleh berubah. Benda yang zahir pun boleh berubah. Tengok-
tengok yang disembelih rupa-rupanya seekor kibasy dan Nabi Ismail(anaknya) ada di
sebelahnya. Kalau ikut hukum alam, mustahil boleh berubah kan?

Sunnatullah (kebiasaan) memang diiktiraf dalam Islam tetapi keputusan akhirnya
tetap Allah SWT Al-Muqtadir yang menentukan.

Sebagai sunnah Allah yang (berlaku juga) bagi orang-orang yang telah terdahulu
sebelum(mu), dan engkau tidak akan mendapati perubahan pada sunnah Allah.

QS Al-Ahzab 33:62

*Sunnatullah tidak akan berubah-ubah tetapi Allah Al-Muqtadir berkuasa
menentukan akhirnya.

Dan Allah Mahakuasa atas segala sesuatu.

QS Al-Kahf 18:45

Berusaha semaksima mungkin. Keputusan akhirnya tetap Allah Yang Maha
Berkuasa yang menentukannya.

Hari ini mungkin kita sakit, disuruh mencari ubat. Yang suruh cari ubat adalah Nabi
SAW dengan perintah dari Allah SWT. Jadi pergilah ke klinik sana dan klinik sini.
Hospital sana dan hospital sini. Kita tak boleh mengharapkan, sambil duduk-duduk
saja, tiba-tiba boleh sembuh.

Daripada nama Allah Al-Muqtadir, sifat yang akan lahir adalah pergantungan kepada
Allah SWT. Kalau hati kita ada rasa bergantung kepada Allah, hati kita akan tenang.

Apabila seseorang bergantung sesuatu perkara kepada manusia/makhluk, hatinya
tidak tenang dan runsing sebab dia melihat apa yang ada di depan matanya sahaja.

Sedangkan Allah Al-Muqtadir, satu kekuasaan yang tak mampu dilihat oleh mata.
Jadi, hasilnya lahirlah sifat tawakkal iaitu sifat bergantung sepenuhnya kepada Allah
SWT kerana Allah yang mencukupkan dirinya.

2. Janji Allah SWT bahawa yang baik, pasti akan dibalas dengan kebaikan. Yang
jahat pasti akan dibalas dengan kejahatan. Kebaikan yang kita buat, kita tak tahu
yang mana satu (kebaikan yang kita buat tu) Allah redha kepada kita dan akhirnya
Allah beri kebaikan kepada kita. Balasan kebaikan ketika di dunia.

41

Ada orang tu, tipu sana, tipu sini. Lalu jadi kaya dengan hasil penipuannya. Tapi di
akhir hayatnya, ending nya pun tak senang. Sakit sana, sakit sini. Senang-senang
anak dan isteri tinggalkan dia. Duduk di rumah Orang-orang Tua dengan tidak
diziarahi. Naudzubillah.

3. Allah SWT sembunyikan doa pada waktu mustajab. Sebab itu, kena banyak
berdoa. Doa biar spesifik. Kadang-kadang kita berdoa minta A. Allah bagi A.
Kadang-kadang kita minta A tapi Allah bagi B. Kadang-kadang kita minta A tapi Allah
bagi C. C itu adalah jalan menuju A.

Terus berdoa dan jangan putus asa kerana kita bukan tawar-menawar dengan
Tuhan. Kita mohon pada Allah SWT dan Allah SWT Maha Mengetahui bila saat yang
terbaik Dia nak bagi kat kita. Kalau kita minta dan Allah terus bagi, takut kita lupa
pulak pada Allah. Allah Maha Pengasih. Maha Penyayang. Kadang-kadang benda
yang kita suka, belum tentu baik bagi kita. Benda yang kita benci, belum tentu buruk
untuk kita.

4. Allah SWT menyembunyikan orang yang Allah sayang dari mata umum. Sebab itu,
jangan mudah memperkecilkan orang lain.

Tidak semestinya orang yang hina itu selama-lamanya hina. Tak semestinya orang
yang rendah itu selama-lamanya rendah.

Hari ini mungkin kita diuji Allah SWT sampai saat ini hati kita sangat rapat dengan
Allah SWT. Pagi tadi bergaduh dengan suami. Sarapan dia tak nak makan. Sungguh
tidak menghargai. Lepas itu kita solat hajat. Berdoa. Mengadu pada Allah. Mungkin
hari ini, hati kita paling rapat dengan Allah SWT.

Sebab itu, hormatilah orang lain. Jangan mudah menghina orang lain sebab kita tak
tahu siapa orang yang rapat dengan Allah SWT. Takut-takut kehinaan itu berbalik
kepada kita.

5. Allah SWT Al-Muktadir sentiasa memenangkan benda yang benar. Akhir sekali,
Allah SWT akan memenangkan benda yang benar.

(Demikianlah) hukum Allah, yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tidak

akan menemukan perubahan pada hukum Allah itu. QS Al-Fath 48:23

Dalam Tafsir Jalalain, disebut ayat ini merujuk kepada pertolongan Allah.
Pertolongan kepada orang-orang beriman di atas orang-orang yang tidak beriman.
Ini kemenangan yang Allah berikan. Spesifik.

42

Kita tak tahu apakah kita boleh kekal dalam kebaikan. Hari ini kita menghadiri majlis
ilmu. Esok lusa belum tentu kita ingin menghadiri majlis ilmu. Hidup kita berubah-
ubah dan kita tak tahu.

Cara mana kita nak jadikan diri kita ini kekal(dalam kebaikan)?
Rahsianya adalah:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia

akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. QSMuhammad 47:7

Kalau kita pergi kelas agama, ajak orang lain pergi dengan kita. Insya Allah kekal
kelas itu. Kalau kita orang yang pergi masjid, ajak orang lain pergi dengan kita. Insya
Allah akan kekal pergi masjid. Kalau hari ini kita bersedekah, ajak orang lain
bersedekah macam kita. Kita akan kekal bersedekah. Kalau kita buat korban, ajak
orang lain buat korban. Insya Allah tiap-tiap tahun dapat korban.

43

‫ا ْل ُمقَ ِّد ُم‬

(71) Allah SWT Al-Muqaddim
Allah SWT Yang Maha Mendahulukan

Yang dikatakan Allah SWT Yang Maha Mendahulukan ialah Allah yang
mendahulukan sesuatu perkara dari sesuatu perkara yang lain dalam perwujudannya
atau dalam memuliakan dan meletakkan perkara itu di tempatnya secara adil. Allah
SWT berhak dan berkuasa secara mutlak mewujudkan sesuatu benda dan
memuliakan sesuatu di mana mendahulukan perkara yang dihajati dan Allah SWT
juga memastikan maslahah atau kebaikan kepada hambaNya itu.

Allah SWT telah mendahulukan dua(2) perkara sebelum wujudnya dunia.

i. Allah SWT telah menciptakan roh.

ii. Allah SWT telah menyusun segala takdir kita semua. Menciptakan segala qada
dan qadar, ketentuan pada diri kita ini.

Yang pertama, Allah SWT telah menciptakan roh. Kemudian, Allah SWT minta
persaksian daripada roh. Allah SWT telah berfirman kepada semua arwah (plural
kepada roh. Roh = singular)

"Bukankah Aku ini Tuhan kamu?"

Ketika itu, semua arwah menjawab, “Ya. Kami mempersaksikannya Ya Allah.” (Ini
berlaku di alam roh)

Kata Ibn Qayyum di dalam kitabnya, roh orang yang baik akan dikumpulkan dekat
Telaga Zam Zam. Roh orang yang jahat akan dikumpulkan dekat Telaga Baharut.
Dekat Hadramaut, Yemen.

Tiga(3) perkara Allah SWT telah susun dalam takdir kita.
i. Rezeki.
ii. Jodoh.
iii. Ajal.

Kalau rezeki telah ditetapkan, kenapa kita kena berusaha? Allah SWT memberikan
rezeki dengan tanggungjawab yang ditunaikan. Pasangan yang baru berkahwin
tinggal di rumah mertua. Duduk free. Kalau dia tak usaha untuk dapatkan rumah, tak
adalah rezeki rumah. Tapi hari ini, "aku dah kahwin, aku nak usaha cari rumah."
Allah bagi dia rezeki itu. Makin banyak tanggungjawab yang kita cuba tunaikan,
makin banyak rezeki kita.

Kalau kita berusaha nak sedekah, Allah akan bagi kita rezeki untuk sedekah.

44

Kalau kita berusaha nak tolong orang lain, Allah SWT akan bagi kita rezekinya untuk
tolong orang itu.

Allah al-Muqaddim mendahulukan dari awal lagi...soal jodoh. Mula dan akhirnya
jodoh adalah daripada Allah SWT. Apa yang disuruh kita usaha? Yang disuruh kita
usaha adalah menjaga isi dalam jodoh itu. Takkan nak bergaduh setiap hari
sepanjang perkahwinan? Janganlah sampai jodoh kita panjang tapi dalam keadaan
menderita. Sebab itulah, walau jodoh ditetap Allah SWT, Nabi SAW ajar tentang seni
berumahtangga.

Antaranya, jangan kita jadi orang yang jahat mulutnya dalam rumahtangga. (Isteri
yang menyakiti hati suami dan orang sekeliling dengan lisannya.) Atau suami jangan
sampai terkena Sindrom Tak Kuasa kerana isteri yang ada-saja-jawapannya, lama-
lama jadi dayus, lama-lama jadi penakut.

Tentang kematian. Walau umur kita bertambah lagi 1000 tahun, bila sampai
masanya kita tetap akan mati. Mati bukan sebab sakit tetapi sebab 'minyak'
kehidupan telah habis. Sebab itu, kita disuruh jaga kesihatan. Walau mati umur 70
tahun, tetap sihat dan boleh beribadah. Kan bagus? Pengisian hidup (makan riadah
etc) perlu dijaga. Kalau tak dijaga, kemungkinan kita sakit bertahun-tahun sebelum
mati. Tak salah. Kalau sabar, berpahala. Cuma rugi dari segi manfaat hidup.

Sebab itu, bila sakit pergilah berubat. Jangan memudaratkan diri. Sebab itu, haram
hukumnya minum arak, dadah, bersedih yang berpanjangan kerana 'merosakkan
diri'. Fokuslah dengan apa yang telah ada. Syukuri nikmat yang telah terlalu banyak
Allah SWT kurniakan. Yang menyempitkan pemikiran seseorang adalah perkara
yang tidak ada dalam fikirannya. Maafkanlah dia supaya beban itu terlepas dari kita.

Kematian telah ditetapkan. Pengisian hidup perlu ada. Jodoh telah ditetapkan.
Pengisian jodoh perlu ada.

45

‫ا ْل ُم َؤ ِّخ ُر‬

(72) Allah SWT Al-Muakhhir

Allah SWT Yang Maha Mengakhirkan Sesuatu

Allah Mengakhirkan Sesuatu Perkara yang perlu diakhirkan. Mengkemudiankan
sesuatu perkara yang perlu dikemudiankan.

Semasa kita dilahirkan, makanan kita adalah susu ibu. Tak perlu gigi kerana tak
makan makanan yang perlu dihadam. Jadi kita dilahirkan tanpa gigi. Kalau telah ada
gigi, takut pulak emak nak menyusukan anak. Setelah hampir setahun dan anak ini
mula perlu gigi, Allah Al-Muakhhir menumbuhkan gigi. Sebab itu, di dalam hajat/doa,
kita diminta selalu bersangka baik dengan Allah SWT.

Hari ini kita minta kepada Allah sesuatu perkara. Benda itu tak sesuai untuk kita
dapat pada waktu sekarang. Maka Allah SWT mengakhirkan hajat kita itu.

Kita minta dimurahkan rezeki. Makin berdoa, makin tak nampak rezeki murah. Rupa-
rupanya tak sesuai sekarang ini kita murah rezeki. Takut kita jadi sombong. Maka
Allah SWT Yang Maha Pengasih bagi kita cukup-cukup sahaja. Diberi rezeki dari
sudut yang lain, kesihatan kita bagus, keluarga kita bagus. Alhamdulillah. Jadi Allah
SWT mengakhirkan benda yang perlu untuk kita. Allah SWT tidak memberi benda
yang kita minta. DIA memberikan benda yang kita perlu. Sekarang tak perlu, tak
diberi sekarang. Nanti bila perlu, akan diberi kemudian nanti.

Rezeki diberi di atas tanggungjawab yang ditunaikan. Kalau tak tunaikan
tanggungjawab, maka rezekinya setakat itu sahaja.

Lima (5) Perkara Yang Menyebabkan Manusia Mundur Dalam Hidupnya.

1. Di larang bersifat malas. Di dalam al-Qur'an Allah SWT menegur orang yang
beribadah dalam kemalasan.

Maka celakalah orang yang solat, QS Al-Ma'un 107:4 - 5
ketika mereka solat dalam keadaan yang malas.

Sifat malas akan menjadikan kita terkebelakang.

Kenapa banyak negara Islam mundur? Bukan nak merendahkan. Sekadar
mengambil ikhtibar. Malas bekerja. Bangun lambat. Malam tak tidur kerana sibuk
dengan aktiviti lain. Kalau berjanji nak jumpa pagi, petang baru dapat jumpa.

46

Sebab itu ada rangkaian doa yang Nabi SAW ajar untuk kita tentang malas. Kerana
Allah Al-Muakhir akan mengkemudiankan orang yang malas. Bangsa yang malas
pun akan dikemudiankan. Ini keadilan Allah dalam mentadbir mukabumi ini.

Allahumma inni audzubika min ajzi wal kasal.
"Ya Allah. Aku berlindung denganMu dari menjadi orang yang lemah dan malas."

Kata Saidina Ali, "kebenaran yang tidak berperaturan akan dikalahkan oleh kebatilan
yang berperaturan."

Antara ciri-ciri orang malas: membuat sesuatu perkara sambil lewa. Tidak
bersungguh-sungguh.

Jangan tidur selepas subuh kerana ini menyempitkan rezeki.

2. Sifat suka bertangguh.
Kata Nabi SAW: "Kecelakaanlah bagi orang yang suka menangguh kerjanya."

• Orang Islam itu, setiap saat hendaklah dijadikan amal. Apa yang kita buat, semua
boleh melahirkan amalan. Kalau nak tangguh, tangguhkan kerehatan. Nak berehat
yang betul-betul, tunggu di kubur. Jangan tangguh beramal. Perkara yang
boleh dibuat hari ini, selesaikan hari ini.

Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, “Aku pasti melakukan

itu besok pagi.” QS Al-Kahf 18:23

Ciri orang Islam, bila habis satu usaha, mulakan usaha yang baru.

Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras

(untuk urusan yang lain). QS Al-Inshirah 94:7

Dalam Islam, kenapa kita tak diberi tangguh pekerjaan/amalan yang baik?
Kerana kematian datang kepada kita tidak bertangguh.

Belajarlah hidup untuk menjadi orang kaya tapi jangan mati sebagai orang kaya.

3. Membuat sesuatu sambil lewa/tidak fokus/cincai.

*Buatlah sesuatu itu dengan bersungguh-sungguh/tekun.

Kata Nabi SAW, "Allah SWT tidak memakbulkan doa yang datang dari hati yang lalai
dan tidak bersungguh-sungguh."

47
Ibarat orang yang melepaskan batok di tangga.
*Batok berasal dari bahasa Jawa. Sejenis alat seperti tempurung yang digunakan
untuk membasuh kaki sebelum naik ke rumah melalui anak tangga.
Melepaskan batok di tannga adalah kerja sambil lewa kerana sepatutnya lepas
basuh kaki, letaklah balik batok itu di tempatnya, bukan di tangga.
• Jangan main-main ketika belajar. Haram hukumnya. Allah Al-Muakhir akan
kemudiankan orang yang lalai/sambil lewa dalam belajar.

4. Tidak mahu meningkatkan dirinya.
Diri kita ini perlu peningkatan, walau apa pun keadaan. Berbahagialah orang yang
sentiasa memberi peningkatan kepada dirinya.
Dan beruntunglah orang yang sentiasa memperbaiki dirinya.

QS Al-A'la 87:4

Allah tidak melihat di mana kita bermula tetapi Allah nak lihat di mana penghujung
kita.
Kita tak mampu mengubah manusia. Teruslah berdoa. Tapi kita boleh mengubah diri
kita sendiri ikut macam mana yang Allah SWT nak. Kalau mengharap orang berubah,
mungkin kita yang kecewa.

5. Hindarkan rasa cukup pada benda-benda kebaikan.
Kalau benda baik, kita jangan rasa cukup. Terus buat lagi. Dan lagi. Dan lagi.
Orang yang rasa cukup pada benda-benda kebaikan, tak akan meningkatkan diri.

48

‫الأ َّو ُل‬

(73) Allah SWT Al-Awwal

Allah SWT Yang Maha Awal

Allah SWT yang mula-mula sekali wujud di antara yang maujud (maksudnya, yang
ada). Wujud Allah adalah azali iaitu tiada bidayah (permulaan) dan tiada
penghujungnya.

Bila membicarakan tentang ada dan tiada, ada tiga(3) perkara sebagai
mukaddimahnya dalam membicarakan sifat Allah SWT Al-Awwal ini.

1. Ada awal dan ada akhir adalah seluruh makhluk di alam semesta.

2. Ada awal dan tiada akhir.
Ada 10 benda mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

i. Roh
ii. Ajbu Zanbi iaitu satu biji sebesar biji sawi yang berada di belakang punggung
manusia. Daripadanyalah manusia akan dibangkitkan di akhirat nanti.
iii. Jasad para Anbiya'.
iv. Jasad para syuhada'.
v. Syurga.
vi. Neraka.
vii. Arasy.
viii. Qalam (segala takdir manusia yang telah ditulis.
ix. Luh Mahfuz.
x. Malaikat.

3. Tiada awal dan tiada akhir = Allah SWT.

Allah SWT Al-Awwal
~ tidak diukur dengan masa kerana masa adalah untuk makhluk.

~ tidak diukur dengan tempat.

Kita ini berpindah-pindah dari satu tempat ke satu tempat. Semasa dilahirkan, kita
baring saja atas tilam. Lepas itu, sekolah tadika. Sekolah rendah. Sekolah
menengah. Universiti. Kerja. Kahwin. Bersara. Alam barzakh. Alam akhirat.

~ tidak bergantung dengan apa dan siapapun.

Dialah Yang Awal, Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin; dan Dia Maha

Mengetahui segala sesuatu. QS Al-Hadid 57:3

49

Kita saling bergantung di antara satu sama lain. Untuk makan ikan, kita bergantung
dengan nelayan. Untuk baju yang bagus, kita bergantung kepada tukang jahit.

Allah tidak bergantung dengan apa atau sesiapapun. Kitalah yang bergantung
dengan Allah SWT. Manusia yang bergantung dengan manusia lain, dia
akan runsing. Sebab manusia banyak masalah. Yang bergantung dengan ahli politik
akan runsing takut ahli politik itu jatuh. Yang terlalu bergantung dengan suami, takut
suami meninggal. Jadi, bergantunglah hanya dengan Allah SWT.

50

‫الآ ِخ ُر‬

(74) Allah SWT Al-Akhir

Allah SWT Yang Maha Akhir

Yang dikatakan Allah SWT Yang Maha Akhir adalah tidak ada akhir atau
penghabisan bagi wujudnya. dan Maha Kekal.

Allah SWT Maha Azali, tidak ada awal dan tidak ada akhir.

Dialah Yang Awal, Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin; dan Dia Maha

Mengetahui segala sesuatu. QS Al-Hadid 57:3

Semua yang ada di bumi itu akan binasa,
tetapi wajah Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan tetap kekal.

QS Ar-Rahman 55:26-27

Bicara Allah Al-Akhir dari lima (5) sudut:
1. Kekalnya Allah SWT tiada penghujung.

Berbeza dengan manusia. Hari ini, manusia walau sehebat mana, ada
penghujungnya. Kehebatan seorang raja atau pahlawan sekalipun, yang diagungkan
ketika zamannya tetap ada penghujung.

Kata pepatah Arab, walikulli zamanin daulatun wa rijal. Pada sesuatu masa itu, akan
ada suatu kekuasaan dan seorang yang sangat hebat. Meninggalnya orang ini, Allah
SWT akan menggantikannya dengan orang lain. Sekalipun ada daulatun wa rijal,
tetap berpenghujung. Tetapi tidak bagi Allah SWT.

Jadi, kita perlu bergantung harap, hajat dll kepada Allah SWT.

Kenapa manusia boleh hidup dalam keadaan yang genting?
Kenapa manusia boleh hidup dalam keadaan terlalu dihimpit kesempitan?

.
Manusia itu, selagi mana ada harapan, dia masih boleh meneruskan kehidupan.

Sebab itu di dalam Islam, kita disuruh bergantung harap kepada Allah SWT. Sebab,
Allah yang mengatur takdir kita.

Kenapa ada orang yang terjun bangunan, bunuh diri, memudaratkan diri dia sampai
telan pil banyak-banyak? Kerana harapannya diletakkan kepada manusia.


Click to View FlipBook Version