51
2. Kekalnya berterusan dan tidak kurang.
Dulu semasa lebih muda, kita lebih kuat. Sekarang, tenaga dah berkurang.
3. Maha Kekalnya Allah SWT tidak diukur dengan masa.
Manusia diukur dengan masa.
Lahir 1940.
Meninggal 2014.
Tetapi Allah SWT kekal sampai bila-bila.
*Masa adalah makhluk Allah SWT.
Nabi SAW diperlihatkan syurga dan neraka. Nabi SAW diperdengarkan tapak kaki
Bilal di syurga. Kiamat belum berlaku. Dari segi ilmu nya, syurga dan neraka
berpenghuni setelah kiamat. Tetapi Nabi SAW di bawa ke masa hadapan sampai
terdengar tapak kaki Bilal.
Kekalnya Allah SWT, tiada masa, tiada penghujungnya.
4. Allah SWT tidak diukur dengan tempat.
5. Kekalnya Allah SWT dengan memiliki.
Hari ini, ada manusia yang umurnya panjang tapi tidak memiliki apa-apa. Ingatannya
sudah mula lupa. Harta sudah mula tidak ada. Gigi sudah mula gugur. Rambut
sudah mula beruban. Kulit sudah mula berkedut.
Doa.
"Ya Allah. Aku tidak meminta menolak qada'Mu. Tapi aku minta kasih sayangMu
pada perkara yang ditetapkan."
Bencana tetap berlaku. Tapi Allah SWT bagi kasih sayang Allah sampai kita tak
terasa penat atau susah dengan bencana itu.
Allah SWT Yang Maha Kekal memiliki. Kita memiliki takdir kita. Apa yang Allah SWT
takdirkan untuk kita, tidak ada yang buruk.
Yang buruk adalah, orang yang bersangka buruk dengan Allah SWT.
"Kenapa aku yang diuji? Kenapa bukan orang lain? Kan aku selalu pergi majlis
ilmu?"
52
Yang buruk adalah orang yang tidak bersabar. Orang yang tidak menyempurnakan
usaha dengan bagus. Orang yang tidak redha.
Allah SWT Al-Akhir Yang Maha Memiliki segala makhluk.
Kesimpulannya, kita hanya hamba Allah SWT. Bergantunglah kepada Allah SWT.
Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.
QS Ar-Ra'd 13:28
Dunia untuk diurus, bukan untuk dirunsingkan. Yang nak dirunsingkan itu tak akan
pernah habis. Itulah sifat dunia. Menyenangkan tetapi tidak memberi ketenangan.
Yang tenang adalah orang yang ingat Allah.
Wahai jiwa yang tenang!
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya.
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku,
dan masuklah ke dalam syurga-Ku.
QS Al-Fajr 89:27-30
Now let's recap:
Lima Perkara Mengenai Allah Yang Maha Akhir.
i. Kekalnya Allah SWT tiada penghujung.
ii. Kekalnya Allah SWT berterusan dan tidak berkurang.
iii. Allah SWT tidak diukur dengan masa.
iv. Allah SWT tidak diukur dengan tempat.
v. KekalnyaAllah SWT itu dengan memiliki.
53
ال َّظا ِه ُر
(75) Allah SWT Az-Zahir
Allah SWT Yang Maha Nyata
Allah Az-Zahir adalah Allah SWT yang menyatakan dan memperlihat kewujudanNya
dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya yang terbentang jelas di muka alam
ini iaitu terciptanya langit, bumi, matahari, bulan, bintang dan seluruh alam ini.
Bicara Allah Az-Zahir dari tiga(3) sudut:
1. Allah yang menampakkan penciptaanNya untuk menandakan keagungan
Allah SWT.
Manusia mencipta kereta dan kapal terbang kerana akal yang dianugerah Allah.
Hebatnya akal ini sehingga manusia boleh mencipta macam-macam.
Cuba kita bayangkan, Allah Az-Zahir, Allah yang menyatakan penciptaanNya, sudah
tentu nampak keagungan ciptaanNya. Macam mana Allah boleh menciptakan
manusia? Macam mana Allah SWT menciptakan alam ini?
Banyak ayat-ayat di dalam al-Qur'an yang menceritakan tentang 2 perkara iaitu
kagum dengan ciptaan Allah dan berterima kasih kepada Allah SWT.
Barang yang kita makan seperti ikan, ayam dan lembu, kenapa tak habis? Kenapa
benda yang pupus seperti harimau/badak Sumatera adalah yang kita tak makan?
Bagaimana kalau yang pupus adalah makanan kita? Terima kasih Ya Allah.
Semua orang di seluruh dunia perlukan oksigen. Macam mana kalau oksigen habis
atau terhad? Terima kasih Ya Allah. Kalau oksigen jadi terhad, pasti kita akan
berebut-rebut. Atau kita perlu membeli oksigen setiap bulan. How???
Inilah Allah SWT Az-Zahir. Allah jadikan untuk kita rasa kagum dan berterima kasih
kepada Allah.
Kalau manusia itu mengagumi dan berterima kasih kepada yang lain, dia tak akan
mengagumi dan berterima kasih kepada Allah SWT.
2. Allah menampakkan makhluk-makhluk ciptaanNya itu sehingga akhirnya kita lihat
pergantungan makhluk itu kepada Allah SWT.
Orang yang melakukan terjun payung sangat bergantung kepada adanya angin.
Kerana tanpa angin, payung terjunnya tidak akan kembang sekalipun alatan yang
digunakan adalah '99.99% selamat'.
54
Walau bagaimana hebat ciptaan manusia tetapi akhirnya tetap bergantung kepada
takdir.
Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
QS At-Tin 95:4
Hidup ini bergantung kepada takdir. Beramallah ikut kehendak Allah SWT. Insya
Allah kita terpelihara. Antara pergantungan manusia kepada Allah ialah banyakkan
berdoa.
Kenapa di dalam al-Qur'an diterangkan para Nabi berdoa kepada Allah SWT?
Supaya manusia tidak berdoa kepada yang selain Allah.
3. Zahirnya Allah itu meliputi zaman dan tempat.
Allah Yang Awwal dan Yang Akhir. Hidup dan tidak mati. Tak seperti manusia yang
akan mati.
Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, perubahan malam dan siang, kapal
yang berlayar di lautan dengan (barangan) yang bermanfaat bagi manusia, apa yang
diturunkan Allah dari langit(air), lalu dengan itu dihidupkan bumi setelah mati (kering),
dan Dia tebarkan pelbagai binatang di dalamnya, dan peredaran angin dan awan
yang di antara langit dan bumi, sesungguhnya, menunjukkan tanda-tanda
(kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memahami. QS Al-Baqarah 2:164
55
ا ْل َبا ِط ُن
(76) Allah SWT Al-Batin
Allah SWT Yang Maha Tersembunyi
Di antara sifat-sifat Allah SWT adalah Allah Yang Maha Tersembunyi.
Dialah Yang Awal, Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin; dan Dia Maha
Mengetahui segala sesuatu. QS Al-Hadid 57:3
Zat Allah SWT tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia dan tidak pula diliputi
oleh akal dan fikiran manusia.
Zat Allah SWT tak akan dapat dibayang oleh akal manusia.
Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala
penglihatan itu, dan Dialah Yang Maha Halus, Maha Teliti. QS Al-An'am 6:103
Allah SWT tak dapat dilihat dengan mata kita. Di sekeliling kita ini, banyak lagi
makhluk-makhluk Allah SWT yang tak dapat kita lihat dengan mata kasar.
Dulu kita tak dapat melihat kuman. Sekarang dengan mikroskop, kita tahu yang
kuman ada di sekeliling kita, hidup dan bergerak-gerak. Setiap jengkal dari muka
bumi ini, ada makhluk Allah yang bertasbih.
Jin & syaitan tak dapat dilihat mata.
Roh tak dapat dilihat mata. Ketika ada orang meninggal dan roh di ambil dari badan,
kita tak nampak roh itu dengan mata kasar kita. Tak semua benda yang ada itu boleh
dilihat dengan mata kasar kita. Benda yang kita tak nampak, tak semestinya tak ada.
Allah SWT suruh kita mempercayai benda yang tidak nampak ini atau benda yang
tak dapat dilihat di sudut hikmah-hikmah kejadian dan sebagainya.
Enam(6) perkara yang kita tak nampak:
1. Allah SWT.
Kita disuruh meyakini kewujudan Allah SWT. Kewujudan Allah SWT dapat dilihat
bukan sahaja dari tanda-tanda kekuasaan Allah SWT di sekeliling kita. Banyak ayat-
ayat al-Qur'an yang menyuruh kita rasa kagum dan berterima kasih kepada Allah
SWT.
56
2. Kewujudan para malaikat.
Diceritakan kewujudan malaikat kepada kita supaya wujudnya sifat amanah dalam
diri kita ini. Segala perilaku kita dirakam oleh malaikat kanan & kiri.
Bila sifat amanah wujud dalam diri manusia, dia Insya Allah akan menjadi seorang
yang soleh.
Orang yang ada sifat amanah, kemana-mana dia pergi, kita tak rasa risau.
Suami kita, kalau ada sifat amanah, kita tak risau kemana-mana dia pergi.
Isteri kita, kalau ada sifat amanah, kita tak risau kemana-mana dia pergi.
Sifat amanah ini wujud bila kita ada rasa keimanan kepada malaikat.
3. Kewujudan para Anbia.
124,000 orang Nabi. 313 orang Rasul dengan 25 disebut di dalam al-Qur'an.
Dalam kehidupan ini, ada benda baik, ada benda buruk. Para Nabi berjuang, ada
benda baik, ada benda buruk. Nabi yang diutus kepada kaumnya, ada yang
mengikut, ada yang tidak. Nabi Muhammad SAW, ada yang ikut, ada yang tidak.
Tetapi kesudahan bagi yang mengikut, hidupnya bahagia, aman. Kepercayaan
kepada Nabi memberitahu kita, ada benda baik, ada benda buruk. Benda baik perlu
kita ikut. Benda buruk perlu kita tinggalkan. Golongan seperti ini memang wujud di
setiap masa dan zaman. Ada orang suka benda-benda baik. Ada orang suka benda-
benda buruk.
Kata Allah SWT, sifat umat Muhammad SAW, suka benda baik dan
sampaikan(perjuangkan) benda baik. Benci benda buruk dan cegah benda buruk itu
dari berlaku.
Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana
kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan
beriman kepada Allah. QS Ali Imran 3:110
4. Allah SWT menyuruh manusia mempercayai kewujudan kitab.
Dalam sejarah manusia, ada empat (4) buah kitab.
• Taurat,
• Injil,
• Zabur &
• Al-Qur'an.
57
Di samping kitab ini, ada yang dipanggil suhuf (lembaran-lembaran yang tak sampai
jadi kitab). Di antaranya Suhuf Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s.
Kitab ini adalah panduan hidup kita untuk
memandu kita ke arah jalan yang benar dan
bermuhasabah diri dari hari ke hari kerana
tidak ada manusia yang sempurna.
Maksud Hadis Nabi SAW:
"Sesungguhnya syafaat aku untuk orang yang berbuat dosa dari umatku. Tetapi
dalam diri mereka ada usaha untuk menjadi baik."
5. Mempercayai wujudnya qada' dan qadar.(ketentuan dari Allah SWT).
Orang yang betul-betul meyakini qada' dan qadar akan lahir sifat tawakal.
Tawakal bermaksud pergantungan kepada Allah SWT.
Tidak bergantung kepada tilik nasib, tangkal-tangkal.
Orang yang bergantung kepada Allah SWT ini tenang sahaja. Sebab apa?
Semuanya telah ditetapkan Allah SWT. Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia
untuk kita. Tidak ada benda kebetulan dalam hidup ini. Semuanya telah diatur Allah
SWT dan ada hikmah-hikmahnya yang tersendiri yang kadang-kadang tak mampu
dicungkil dek akal kita.
6. Mempercayai kewujudan hari kiamat.
Orang yang mempercayai kewujudan hari kiamat akan sentiasa memuliakan orang
lain. Dalam bahasa Arab disebut "iqram" (memuliakan orang lain).
Dalam hadis, banyak disebut.
Barang siapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan
jirannya.
Barang siapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan
tetamunya.
Sebaik-baik di antara kamu adalah yang memuliakan isterinya.
Memuliakan suaminya.
58
Memuliakan ibu dan ayah:
• kandung,
• tiri,
• susuan,
• mertua &
• angkat, yang jaga kita dari kecil.
Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan
hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya
atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali
janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah
engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang
baik. QS Al-Isra' 17:23
Di dalam ayat tersebut, "uffin" dalam bahasa Arab bermaksud apa-apa perkataan
yang melambangkan kebencian.
Jadi maafkanlah mertua anda. Maafkan suami anda. Maafkanlah isteri anda.
Maafkanlah menantu anda.
"Tapi tak boleh la ustaz. Saya tak boleh lupakan kesalahan dia."
Melupakan kesalahan dan memaafkan adalah
dua perkara yang berbeza. Kita bukan komputer
yang ada butang delete. Kita tak mampu
nak hilangkan dalam sekejap.
Maafkanlah supaya tiada bebanan di hati.
Apakah hasil daripada enam perkara yang disuruh kita imani/yakini?
Enam perkara ini adalah Rukun Iman.
59
ا ْل َوا ِلي
(77) Allah SWT Al-Waaliy
Allah SWT Yang Maha Menguasai
Apakah yang Allah SWT kuasai yang penting dalam hidup manusia?
Yang penting dalam hidup manusia adalah, Allah SWT menguasai hidup dan
matinya manusia.
~ Hidup kita ini dikuasai Allah SWT. Di sebalik kejayaan kita, ada yang
membenarkan/mengizinkan kita untuk berjaya. Sebab itu, banyak ayat al-Qur'an
yang menyuruh kita bergantung kepada Allah SWT. Sebab, rahsia kejayaan adalah
kebergantungan kita kepada Allah SWT.
Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan
bagimu. QS Ghafir 40:60
Sebab itu, sunnatullahnya, bila kita ada hajat, berdoalah/mintalah pada Allah dulu.
Lepas itu, baru jumpa manusia.
Jangan bertemu manusia dulu. Takut yang kita temui itu, tidak tepat.
Ataupun,
Kita minta pada Allah. Lepas tu, tak jumpa manusia. Ini pun tak kena.
Awas!! Jangan minta pada kubur, pokok, batu, tangkal dsb.
Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang
dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia. QS Ar-Ra'd 13:11
Kata Nabi SAW, hidup adalah darul bala' wal imtihan. (Negeri bala dan ujian).
Apa maksud ujian?
Ujian maksudnya (yang) menyempitkan hati. Persamaan di antara semua ujian
adalah, semua ujian menyempitkan hati. Perbezaannya adalah pada bentuk ujian
yang diterima.
Ada orang diuji dengan masalah kesihatan. Orang lain diuji dengan masalah
kewangan. Ada orang diuji dengan jiran sebelah atau pasangan hidup buat macam-
macam masalah. Ada yang diuji dengan anak-anak/mertua/menantu. Atau
didatangkan orang lain menzalimi/memfitnah kita.
60
Kalau kita ditimpa ujian, mintanya dengan Allah. Lepas itu, jumpanya dengan
manusia.
2. Allah pelindung (yang mengawal dan menolong) orang yang beriman. Dia
mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-
orang yang kafir, pelindung-pelindungnya adalah taghut, yang mengeluarkan mereka
dari cahaya kepada kegelapan. Mereka adalah penghuni neraka. Mereka kekal di
dalamnya. QS Al-Baqarah 2:257
*mengeluarkan dari kegelapan kepada cahaya : dalam bentuk hidayah (petunjuk
untuk menjalani kehidupan).
Kalau kita tak tahu jalan nak ke sesuatu tempat, kita perlukan peta. Tanpa peta,
susah. Begitulah juga dengan jalan nak balik ke...kampung akhirat. Petanya adalah
hidayah dari Allah SWT. Allah turunkan al-Qur'an sebagai petunjuk itu.
Kalau perjalanan di dunia, yang nampak di mata kita boleh sesat, inikan lagi
perjalanan pulang ke akhirat yang tidak nampak. Perlukan petunjuk/hidayah.
Kita perlukan petunjuk Allah SWT dalam seluruh kehidupan kita. Manusia tak boleh
hidup tanpa keputusan. Orang yang tak boleh buat keputusan adalah orang yang
lemah. Orang yang tersalah buat keputusan dalam hidup adalah orang yang boleh
tersesat/tersasar dari jalan yang sebenar.
Untuk mendapatkan hidayah & keputusan hidup, caranya adalah menjaga solat.
Sebab, dalam solat ada doa yang wajib kita baca. "Ya Allah, hidayahkan aku jalan
yang lurus."
Makin banyak seseorang itu solat,
makin Allah akan bimbing
keputusan-keputusan dalam hidup dia.
*Kalau kita baru nak memperbaiki diri, paling kurang dalam sehari ada 40 rakaat
solat kita dirikan supaya paling kurang, 40 kali kita ucap ihdinassirotolmustaqim.
Biar Allah bimbing. Jangan tersilap.
Hidayahkan aku Ya Allah.
Hidayahkan aku Ya Allah.
Hidayahkan aku Ya Allah.
Solat Istikharah adalah solat untuk buat keputusan.
61
Tentang Allah SWT menguasai kehidupan:
Kisah Nabi Ibrahim a.s. yang ingin melihat bagaimana Allah menghidupkan orang
yang telah mati.
Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata, “Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku bagaimana
Engkau menghidupkan orang mati.” Allah berfirman, “Belum percayakah engkau?”
Dia (Ibrahim) menjawab, “Aku percaya, tetapi agar hatiku tenang.” Dia (Allah)
berfirman, “Jika begitu, ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah kemudian
letakkan setiap satu bahagian di atas bukit, kemudian panggillah mereka, nescaya
mereka akan datang kepadamu dengan segera.” Ketahuilah bahwa Allah Maha
Perkasa, Maha Bijaksana. QS Al-Baqarah, Ayah 260
Keturunan Nabi Ibrahim a.s
dari anaknya Nabi Ismail a.s:
Nabi Syuaib a.s,
Nabi Soleh a.s.,
Nabi Hud a.s. dan
Nabi Muhammad SAW.
• Kisah Assahibul Kahfi, pemuda-pemuda soleh yang ditidurkan selama 309 tahun,
dibangunkan dan kemudian dimatikan.
• Kisah Nabi Uzair a.s di dalam QS 2:259 dan QS 9:30.
Atau seperti orang yang melewati suatu negeri yang (bangunan-bangunannya) telah
roboh hingga menutupi (reruntuhan) atap-atapnya, dia berkata, “Bagaimana Allah
menghidupkan kembali (negeri) ini setelah hancur?” Lalu Allah mematikannya (orang
itu) selama seratus tahun, kemudian membangkitkannya (menghidupkannya)
kembali. Dan (Allah) bertanya, “Berapa lama engkau tinggal (di sini)?” Dia (orang itu)
menjawab, “Aku tinggal (di sini) sehari atau setengah hari.” Allah berfirman, “Tidak!
Engkau telah tinggal seratus tahun. Lihatlah makanan dan minumanmu yang belum
berubah, tetapi lihatlah keledaimu (yang telah menjadi tulang belulang). Dan agar
Kami jadikan engkau tanda kekuasaan Kami bagi manusia. Lihatlah tulang belulang
(keledai itu), bagaimana Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya
dengan daging.” Maka ketika telah nyata baginya, dia pun berkata, “Saya
mengetahui bahwa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” QS Al-Baqarah 2:259
~ Nabi Uzair a.s. ditidurkan Allah SWT selama 100 tahun. Ketika bangun,
makanannya sedikit pun tidak rosak sampaikan orang Yahudi mengatakan Nabi
Uzair a.s. itu anak Allah.
Dan orang-orang Yahudi berkata, “Uzair putra Allah,” QS At-Tawbah 9:30
62
Tentang Allah SWT menguasai kematian:
Nabi Isa a.s. yang memang di beri ilmu menghidupkan orang yang telah mati.
Nota: Dajjal juga memiliki kelebihan yang sama sehingga merosakkan manusia.
Baca, hafal dan amalkan Surah al-Kahfi ayat 1 - 10 bagi mengelak fitnah dajjal. Doa
"Ya Allah, hindarkan aku dari fitnah dajjal."
Panduan untuk mati
Jangan kamu mati melainkan dalam Islam.
Apakah panduan untuk mati dalam keadaan beriman?
Kalau kita nak mati, kita kena usahakan,
macam mana ketika nak mati boleh ucap syahadah.
Kata Nabi SAW
"Siapa yang mati, di hujung matinya mengucap La ilaha illAllah, kamu dengar,
saksikan dia ahli syurga".
Macam mana nak mati boleh mengucap La ilaha illAllah? Ada dua rahsia.
Yang pertama. Jaga iman jangan rosak. Di hujung usia kita, pastikan jauh dari
kesyirikan, jangan ambil amalan yang pelik-pelik, jangan tersilau dengan bela
jin/khadam.
Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Ada kegunaannya. Tapi benda itu
tak boleh memberi manfaat atau mendatangkan mudarat.
Yang memberi manfaat atau mudarat, hanya Allah SWT.
Yang kedua. Jangan sampai kita mati ada dosa yang belum ditaubati.
Nabi SAW yang tiada dosa beristighfar 70 kali sehari. Kita?
Selalu minta maaf dengan suami walaupun suami banyak buat hal. Dengan ayah,
emak, keluarga, kawan-kawan.
Kalau pernah terambil barang orang dan orang itu tak diketahui berada di mana,
banyakkan bersedekah. Niatkan untuk diri, ayah, emak, keluarga dan "orang yang
mempunyai hak ke atas kita." Nanti kalau jumpa balik orang itu, kena bagi balik.
Selalu memaafkan orang lain.
63
ا ْل ُمتَ َعا ِلي
(78) Allah SWT Al-Mutaal
Allah SWT Yang Maha Tinggi
Allah SWT Al-Mutaal.
- Allah Yang Maha Tinggi. (mengatasi segala-galanya.)
- Mengatasi makhluk-makhluk dan apa jua yang kita fikirkan. Yang mungkin tidak
mampu kita fikirkan kekuasaan Allah SWT maha luar biasa.
- Allah SWT suci dan bersih dari sifat-sifat yang baru.
Apa maksud sifat-sifat baru?
Contohnya: "Allah itu berjisim." Di luar sana ada orang yang mengajar menjisimkan
Tuhan. Berhati-hati ya. Kalau kita ada belajar dengan seseorang dan dia kata, 'Allah
duduk macam kita.' Naudzubillah. Mustahil Allah mempunyai sifat-sifat yang baru.
Sebab Allah mengatasi segala makhluk dan tidak boleh digambarkan. Selagi mana
kita boleh gambarkan dzat Allah SWT, selagi itu bukan, tak sama.
- Allah itu terpelihara dari sifat-sifat kekurangan/sifat-sifat yang rendah.
Kalau kita menyangka Allah ada kekurangan dan sebagainya, cepat-cepat istighfar.
Kalau kita marahkan takdir, cepat-cepat istighfar. Ada orang yang suka menyalahkan
orang lain, sampai suatu tahap, dia mula menyalahkan takdir.
"Kenapa aku yang sakit? Kenapa bukan orang lain?"
"Kenapa aku yang diuji? Kenapa bukan orang lain?"
Apakah tuntutan yang kita perlu tunaikan kepada Allah Al-Mutaal ?
Tiga(3) Tuntutan Yang Perlu Kita Tunaikan.
1. Tuntutan untuk beriman kepada Allah SWT. ~ Percaya kepada Allah SWT.
(Allah) Yang mengetahui semua yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Besar,
Maha Tinggi (Yang Mengatasi Segala-galanya). QS Ar-Ra'd 13:9
* Tiada manusia atau jin yang tahu perkara ghaib. Hanya Allah SWT yang tahu.
Kenapa kita perlu percaya dan yakin kepada Allah SWT? Kerana kita datang dari
Allah dan akan pulang kepada Allah SWT. Kalau kita pulang kepada Allah SWT
sedangkan keimanan kita tak ada, rugilah kita.
64
* Kepercayaan kepada iman akan melahirkan sifat redha kepada ketentuan.
Redha bermaksud "terima sesuatu itu sebagai ketentuan Tuhan. Pasti ada
kebaikannya."
2. Tuntutan kedua adalah untuk menyembah Allah SWT.
dan Allah mempunyai sifat Yang Maha Tinggi. Dan Dia Maha Perkasa, Maha
Bijaksana. Qs An-Nahl 16:60
Bentuk penyembahan yang pertama ialah dengan lisan iaitu mengucap syahadah.
Bentuk penyembahan yang ke-2 ialah dengan tubuh badan iaitu solat. Rebahkan
dahi ke lantai menyembah Allah SWT. Lagi banyak lagi bagus. Solat itu adalah
untuk merebahkan diri kepada Allah, itu niatnya. Bukan rasa terbeban. Solat adalah
pengabdian kita kepada Allah SWT.
Bentuk penyembahan yang ke-3 ialah dengan tubuh badan iaitu dengan berpuasa.
Kelemahan asas manusia ada tiga. Kalau dia dapat kawal kesemuanya, Insya Allah
dia akan jadi manusia yang hebat di sisi manusia dan di sisi Allah SWT.
Kelemahan asas manusia itu adalah:
• mata,
• perut &
• kemaluan.
Solat (tahajjud) adalah bersengkang mata. Puasa melibatkan perut dan yang di
bawah perut.
Bentuk penyembahan yang ke-4 ialah dengan harta iaitu berzakat, sedekah, waqaf.
*Wang syubhat tidak boleh di campur dengan wang halal. Hanya boleh digunakan
untuk perkara umum seperti buat jalan, tandas masjid, lampu masjid, jambatan,
besarkan parit etc.
Bentuk penyembahan ke-5 ialah dengan tubuh badan iaitu menunaikan haji.
Kelima-lima ini adalah Rukun Islam.
3. Tuntutan yang ketiga adalah untuk mengamalkan syariat iaitu panduan hidup.
65
Syariat bermakna panduan hidup. Apa-apa panduan hidup yang diturunkan Allah
SWT kepada Nabi SAW.
Dia memiliki sifat yang Maha Tinggi di langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Maha
Perkasa, Maha Bijaksana. QS Ar-Rum 30:27
Syariat berbentuk hukum-hakam. Ada lima
iaitu pertama WAJIB - kena buat betul-betul.
Yang kedua, SUNAT. Perbanyakkan.
Ketiga, HARAM. Tinggalkan betul-betul.
Keempat, MAKRUH. Perlahan-lahan hindarkan. Makruh tidak mendatangkan dosa
tetapi Allah benci, Allah tak suka.
Kelima, HARUS.
Yang harus, jadikannya ibadah.
Boleh pahala.
Contoh: makan. Hukumnya harus.
Makan boleh jadi ibadah kalau kita jaga 3 perkara iaitu:
• niat kena betul ~ untuk kebaikan.
• kaedah kena betul,
• cara makan kena betul. Mulakan dengan bismillah. Makan dengan tangan kanan.
Jangan makan yang haram.
Yang HARUS boleh jadi pahala kalau
kita tak tinggalkan benda-benda asas
iaitu Rukun Iman dan Rukun Islam.
Contoh: makan tapi tidak solat, tak berpahala.
Berjalan bermusafir itu hukumnya harus tapi jangan sampai tak solat.
Buang air di tandas juga boleh berpahala. Niat Insya Allah betul kerana tak ada
orang buang air kerana nak menunjuk-nunjuk. Kaedah betul iaitu buang air di
tempatnya(tandas) bukan di tepi pokok etc dan tidak meninggalkan perkara asas.
Buang air sampai tak solat.
66
ا ْلبَر
(79) Allah SWTAl-Barru
Allah SWT Yang Maha Melimpahkan Ihsan
Allah SWT Yang Maha Melimpahkan Ihsan maksudnya Allah banyak memberikan
kebaikan kepada setiap makhluknya.
Allah juga suruh kita bersifat dengan suka melimpahkan ihsan.
Orang Melayu sebut 'ihsan' macam 'kasihan'. "Ini ihsan saya ni!"
Apa maksud ihsan bagi manusia?
Seorang memberikan hak atau melepaskan hak untuk mencari keredhaan Allah.
Hari ini kita nak mandi. Ternampak semut. Kita pun angkat semut itu dan pindahkan
ke tempat yang lebih selamat. Inilah ihsan.
Tengah makan di restoren, ada kucing datang. Meowww. Kita pun bagi tulang ikan.
Ini juga ihsan.
Dengan suami, kita berlebih-kurang.
Dengan isteri, kita berlebih-kurang. Inilah ihsan.
Semakin tinggi keharmonian yang kita nak lihat dalam rumahtangga, semakin
banyak tanggungjawab yang kita kena buat dan semakin banyak hak yang perlu
dilepaskan.
Allah Al-Barru dilihat dari lima(5) sudut:
1. Allah menganugerahkan manusia nikmat dan manusia juga dapat merasai
bahawa yang nikmat itu adalah suatu nikmat. Ini ihsan Allah SWT. Kasih sayang dan
kebaikan yang Allah beri kepada kita.
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu
menghitungnya. QS Ibrahim 14:34
Nikmat Allah ada lima bentuknya:
i. Nikmat assasiyyah. Allah jadikan untuk semua manusia. Tak perlu difikir-fikir. Tak
perlu dirancang. Memang Allah telah sediakan. Udara yang kita sedut, tak habis-
habis.
67
ii. Nikmat qalbiyyah iaitu nikmat yang menenangkan hati. Contoh: anak-anak, anak
angkat, anak menantu. Harta, rumah, kereta, pakaian yang bagus-bagus, ada masa
untuk belajar etc.
iii. Nikmat badaniyyah iaitu nikmat kesihatan dan kita dapat merasainya.
iv. Nikmat aqliyyah iaitu nikmat ilmu, dan
Nikmat yang tertinggi adalah
v. Nikmat imaniyyah iaitu nikmat iman. Tak semua orang akan dapat. Nikmat yang
menyenangkan hati manusia.
Nikmat bermaksud "apa yang memberi kesedapan kepada manusia."
Rambut kita yang terletak di atas kepala tak terhitung banyaknya. Ibarat manusia
menjunjung nikmat Allah yang tidak terhitung.
2. Ihsan Allah SWT menganugerahkan manusia rezeki dan kita dapat merasakan
yang rezeki itu suatu rezeki.
Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu;
dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya.
QS An-Nahl 16:114
Nota: Ada orang tidak dapat merasakan yang rezeki itu adalah suatu rezeki. Contoh:
orang yang sedang sakit tidak dapat merasakan kesedapan makanan.
Rezeki diberi kita makan dan kenyang. Juga Allah bagi tanda kenyang iaitu
sendawa. Cuba bayangkan kalau Allah tak bagi tanda ini? Ada orang yang akan
makan dan terus makan.
3. Allah kenakan musibah ke atas diri manusia.
Orang-orang yang sabar adalah orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu
kesusahan, mereka berkata “Inna lillahi wa inna ilaihi raji‘un” (sesungguhnya kami
milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).
Mereka itulah adalah orang-orang yang dilimpahi berbagai-bagai kebaikan dari
Tuhan mereka serta rahmatNya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat
petunjuk hidayahNya. QS Al-Baqarah 2:156-157
Allah SWT al-Barru memberikan kesabaran dalam hati orang yang terkena musibah.
Lihat di sekeliling kita. Tanpa kesabaran, ada orang terjun bangunan, bunuh diri,
makan racun etc.
68
Dengan kasih sayang ihsan Allah, kadang-kadang musibah itu beraaat tapi diberikan
kesabaran.
Musibah adalah perkara-perkara yang menyempitkan hati.
Bencana, tanah runtuh, orang hutang tak nak bayar, orang datang menzalimi, orang
guna nama dia sampai dia pulak kena blacklist etc etc
Ada juga musibah yang datang dari suami. Contoh: suami yang selalu cari salah
isteri. Ada saja yang tak kena.
Dan ada juga musibah yang datang dari isteri. Contoh: Isteri terlalu suka shopping
sampai banyak membazir.
Ihsan Allah SWT meletakkan kesabaran kepada orang-orang yang dipilih sehingga
melapangkan hati yang sempit.
"Suamiku buat hal, memeningkan kepala aku...tapi kalau aku meninggal hari ini, I'm
never gonna go back to him. I'm going back only to Allah".
Kalau kita dah pasti akan balik kepada Allah SWT, sudah tentulah keredhaan Allah
yang kita tuju. Kesabaran yang Allah perintahkan itulah yang kita cari.
Tenang je. Kalau kita bising pun, benda tu dah jadi kan?
4. Allah memberikan jahil kepada manusia & mendatangkan ilmu untuk manusia
pelajari.
Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
QS Al-Alaq 96:5
(Al-Qur'an) ini adalah panduan-panduan yang membuka mata hati yang nyata dari
Tuhanmu, petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
QS Al-A'raf 7:203
Nabi SAW sangat menggalakkan kita menghadiri majlis ilmu. Itu hanya penyebab
Allah SWT nak bagi kita ilmu.
Ada orang yang hadir majlis ilmu, dia tak dapat ilmu pun.
Ada orang hadir majlis ilmu dan dapat ilmu yang dibincangkan, dan
69
Ada orang yang hadir majlis ilmu, dapat ilmu lebih dari yang dibincangkan. Dia dapat
faham lebih banyak, dapat relate kepada lebih banyak perkara dan dapat tulis lebih
banyak. Siapa yang bagi ilmu? Allah SWT.
Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Qur'an) dari
Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta
rahmat bagi orang yang beriman. QS Yunus 10:57
Sesungguhnya kami menyembah-Nya sejak dahulu. Dialah Yang Maha
Melimpahkan kebaikan, Maha Penyayang.” QS At-Tur 52:28
ٱ ْلتَّ َّوا ُب 70
(80) Allah SWT At-Tawwab
Allah SWT Yang Maha Penerima Taubat
Allah SWT sentiasa menerima taubat hamba-hambaNya yang memohon keampunan
Allah SWT. Allah SWT sentiasa menerima taubat orang yang menyesal akan maksiat
yang dilakukan. Allah SWT sentiasa menerima taubat orang-orang yang memohon
ampun kepada Allah SWT kerana Allah sifatnya Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.
dan sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
QS At-Tawbah 9:104
Tujuh (7) Cara Bagaimana Seseorang Boleh di Ampuni Allah SWT
1. Bila yang empunya diri meminta ampun kepada Allah SWT.
Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga
yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang
bertakwa. QS Ali Imran 3:133
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada
di dalam taman-taman (syurga) dan mata air.
mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka.
Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah
orang-orang yang berbuat baik.
mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam;
dan pada akhir malam mereka memohon ampunan (kepada Allah).
Dan pada harta benda mereka ada
hak untuk orang miskin yang meminta dan
orang miskin yang tidak meminta.
QS Az-Zariyat 51:15-19
71
Apakah ciri-cirinya?
i. Ketika di dunia, mereka selalu berbuat kebaikan.
ii. Sedikit tidurnya pada waktu malam kerana beribadah.
iii. Beristighfar setiap pagi.
iv. Zakat, sedekah etc.
• Paling kurang, berusahalah menjadi orang-orang yang mempunyai ciri-ciri ini.
Allah SWT Yang Maha Menerima Taubat dari orang yang memohon keampunan.
contohnya mengumpat, ada beberapa perkara yang perlu dibuat:
a. Minta ampun dengan Allah dulu. Bila kita mengumpat manusia, kita juga buat
salah dengan Allah kerana Allah telah larang kita mengumpat manusia.
b. Minta maaf dengan tuan diri itu. Kalau ikut Imam Malik dan Imam Ahmad, tak perlu
cakap salah apa. Kalau sebut salah apa, takut hasrat tak sampai pulak.
c. Kalau ada ambil hak orang, kena pulang balik. Kena gantikan kalau benda itu dah
luput.
Kalau kita pernah ambil hak orang itu dan orangnya tak lagi dijumpai, nak buat
macam mana? Banyakkan bersedekah dan niatkan pada orang yang pernah kita
ambil haknya itu. Tapi nanti kalau jumpa balik orang tu, mesti bagi balik (walaupun
kita dah sedekah banyak dah.)
2. Bagaimana seseorang itu boleh diampuni Allah SWT?
Seseorang yang membuat amalan yang mendatangkan pahala dan mengikis dosa-
dosa.
Apakah di antaranya?
• Puasa Ramadan.
Kata Nabi SAW:
"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan iman dan mengharap
rahmat Allah, akan diampunkan dosanya yang telah lalu."
• Ibadah korban.
Ketika darah haiwan korban mengalir ke bumi, setiap titisan darah menjadi
pengampunan dosa untuk kita. Sebab itu, bercita-citalah untuk berkorban. Kalau
mampu, buat setiap tahun.
72
Antara lain, kata Nabi SAW, mana-mana orang yang melihat isterinya dengan
pandangan rahmat, Allah akan memandang mereka dengan pandangan kasih
sayang Allah.
~ Ketika dia memegang tangan isterinya dengan kasih sayang, gugurlah dosa-dosa
daripada celah-celah jari.
• Ibadah umrah & haji. Selesai ibadah umrah/haji, seolah-olah dia baru dilahirkan.
3. Bagaimana seseorang itu boleh diampuni Allah SWT?
Kita membuat amalan dan malaikat memohonkan keampunan untuk kita.
(Malaikat-malaikat) yang memikul ‘Arsy dan (malaikat) yang berada di sekelilingnya
bertasbih dengan memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta
memohonkan ampunan untuk orang-orang yang beriman (seraya berkata), “Ya
Tuhan kami, rahmat dan ilmu yang ada pada-Mu meliputi segala sesuatu, maka
berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan (agama)-
Mu dan peliharalah mereka dari azab neraka yang menyala-nyala. QS Ghafir 40:7
Menurut Tafsir At-Tabari, orang-orang yang malaikat mintakan keampunan untuknya
adalah orang-orang yang di hatinya ada kalimah La ilaha illAllah. Setiap kali dia
berusaha untuk membuat amal soleh/baik, malaikat kata, "ampunkan dia Ya Allah".
Dalam Tafsir Qurtubi, kata Imam Qurtubi sewaktu mentafsirkan ayat ini,
sesungguhnya jika satu malaikat sahaja mohonkan keampunan untuk sekalian orang
mukmin, Allah akan ampunkan. Macam mana kalau semua malaikat minta ampun
kepada Allah? Sudah tentu lebih banyak kita akan diampunkan.
4. Bagaimana seseorang itu boleh diampuni Allah SWT?
Orang membuat amalan dan makhluk-makhluk lain mendoakan dia.
Ada amalan-amalan yang makhluk-makhluk lain mohonkan keampunan untuk kita.
Apakah amalan itu?
Di antaranya adalah:
• Majlis ilmu. Kata Nabi SAW, orang yang hadiri majlis ilmu didoakan oleh makhluk-
makhluk sehingga ikan-ikan di lautan pun mendoakannya.
5. Daripada anak soleh yang mendoakan.
6. Hasil doa muslimin & muslimat sekalian.
7. Dengan kasih sayang Allah. Rahmat Allah. Di ampuni walau dia tak minta.
Penghargaan
* Ustaz Muhamad b. Abdullah Al-Amin (Ustaz Amin)/ALCC,
* www.quran.com,
* Al-Qur’an Tafsir Bil Hadis Multazam. Karya Bestari 2018,
* https://99namesofallah.name/ untuk Asmaul Husna dalam tulisan bahasa Arab,
* Kredit foto cover depan: Unsplash,
* keluarga dan teman-teman yang selalu memberi dorongan untuk saya menulis dan tak
jemu-jemu membaca tulisan saya,
serta
* Anda yang sudi membaca catatan ini. Terima kasih. “Bersungguh-sungguh dan
bersemangatnya kita dalam mencari rezeki, begitulah juga perlunya bersemangat dalam
mencari hidayah.” – Instagram Ustaz Amin
Semua orang pasti tak akan terlepas dari ujian yang datangnya silih berganti dalam
kehidupan. Ada orang dıuji dengan penyakit. Di usia yang muda, hospital menjadi
rumah kedua. Ada orang diuji dengan masalah kewangan. Semua yang diikhtiarkan
seperti tidak menjadi tetapi semangatnya tetap tak luntur dalam pasang surut
kehidupan yang tak menentu. Orang lain diuji dengan pasangan yang tidak setia
walau istananya terbina atas dasar suka sama suka. Ada orang lain diuji dengan
datangnya pelbagai musibah. Entah kenapa hidupnya seperti tak pernah lekang dari
masalah.
Macam-macam ujian dengan bentuk yang berbeza. Yang pasti, persamaannya
adalah semua ujian menyempitkan hati. Ada orang mengakhiri ujian hidupnya
dengan membunuh diri tetapi ada yang tenang sahaja meneruskan kehidupan sambil
terus berikhtiar mendapatkan solusi.
Beruntunglah insan-insan yang saat ini sedang diuji seandainya ujian itu digunakan
sepenuhnya untuk mendekatkan diri kepada Pemilik segala solusi. Tanpa ujian atau
hajat sukar bagi kita menyedari hakikat ini. Jadi, apa sahaja masalahnya, carilah
Yang Maha Mengetahui segala isi hati. Sampaikanlah permintaan anda kepada
Yang Maha Memberi. Segalanya pasti kerana hanya Dia Yang Maha Memberi
Rezeki. Di kala hati resah gelisah, carilah Yang Maha Memberi Keselamatan dan bila
dirasakan tiada ketenangan, carilah Dia Yang Maha Memberi Keamanan. Anda pasti
tak akan dikecewakan. Semoga nota ringkas ini sedikit sebanyak bermanfaat buat
anda .
Dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
buat pembaca nota ini,
maaf dipinta andai ada yang kurang.