The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by My Flower English, 2019-09-13 05:08:53

Syarah Asmaul Husna Vol 2

Syarah Asmaul Husna Vol 2

"Sesungguhnya bagi Allah SWT ada 99 nama.
Seratus kurang satu.

Sesiapa yang menjaga hak nama tersebut maka
dia akan masuk ke dalam syurga."
HR Bukhori

Kandungan 7
9
Perhatian! Perhatian! 13
Mengapa Perlu Mempelajari Asmaul Husna? 16
21 Allah Al-Basit 19
22 Allah Al-Khafid 22
23 Allah Ar-Rafii 25
24 Allah Al-Muiz 28
25 Allah Al-Muzil 32
26 Allah As-Samii' 36
27 Allah Al-Baseer 39
28 Allah Al-Hakam 42
29 Allah Al-Adlu 45
30 Allah Al-Latif 47
31 Allah Al-Khabir 50
32 Allah Al-Halim 53
33 Allah Al-Azim 56
34 Allah Al-Ghafur 59
35 Allah Asy-Syakur 61
36 Allah Al-Aliy 66
37 Allah Al-Kabir
38 Allah Al-Hafiidz
39 Allah Al-Muqit
40 Allah Al-Hasib

Penghargaan

Perhatian! Perhatian!

Buat anda yang sedang membaca nota ini.

Assalamualaikum.
Segala puji hanya bagi Allah SWT.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

E-book ini adalah lanjutan daripada Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Muhammad b.
Abdullah Al-Amin (Ustaz Amin) Vol.1. Ia mengandungi nota ringkas catatan daripada
video kuliah yang di dengar di youtube.

Vol.2 yang mengandungi 20 nama yang kedua di daiam rantaian Asmaul Husna.
Anda boleh mendengarkan kuliah sepenuhnya di youtube. Cuma taipkan tajuk yang
berkaitan. Contoh: "Ustaz Amin - Asmaul Husna(01) Ar-Rahman". Channel youtube :
ustaz amin

Mohon maaf andai terdapat sebarang kesilapan dan/atau kekurangan dalam nota ini.
Tentunya dari kelemahan dan keterbatasan saya sendiri dan ianya tiada kaitan
dengan Ustaz Amin.

Saya berharap nota ini sedikit sebanyak bermanfaat buat anda sebagaimana
mendengar audio kuliahnya sangat bermanfaat buat saya. Semoga kita lebih yakin
dengan Allah SWT, patuh dan pasrah kepadaNya serta lebih mensyukuri segala
nikmatNya.

Terima kasih.

Sarah Hajar Fahmy

[email protected]

Kuala Lumpur
September 2019

Mengapa Perlu Mempelajari Asmaul Husna?

Oleh Ustadz Amin

Asmaul Husna maksudnya nama-nama yang baik. Dengan mempelajarinya, akan
jadi kebaikan bagi kita.

Kenapa kita mempelajarinya?

1. Kita akan mengetahui cara berdoa.

Di dalam al-Qur'an, Allah mengajarkan kepada kita, kalau nak berdoa, sebutlah
nama Allah SWT yang baik-baik, mengikut kesesuaian hajat kita.

Dan Allah memiliki Asma'ul-Husna (nama-nama yang terbaik), maka bermohonlah
kepada-Nya dengan menyebutnya.
QS Al-A'raf 7:180

Kalau ingin minta rezeki, berdoalah dengan Ya Allah Ya Razzaq.
Buat yang ingin melembutkan hati, berdoalah dengan Ya Allah Ya Halim.

Kalau kehilangan barang, sebutlah Ya Allah Ya Muiid (Yang Maha Mengembalikan).
Kalau barang itu tak dijumpai, Allah SWT gantikan dengan yang lebih baik.

2. Mengetahui cara bermunajat untuk sesuatu hajat.

Apabila kita bermunajat, kita disuruh untuk selalu menyeru nama Allah SWT. Dengan
menyeru nama Allah, kita akan merasa hanya Allah tempat meminta, lebih-lebih lagi
apabila kita meminta rezeki, kita menyeru nama Allah Ar-Razzaq, bila kita minta
keselamatan, kita menyeru nama Allah As-Salam.

Katakanlah (Muhammad), “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama
yang mana saja kamu dapat menyeru, karena Dia mempunyai nama-nama yang
terbaik.
QS Al-Isra' 17:110

3. Jalan untuk ke syurga.

Riwayat Bukhori. Hadis Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya bagi Allah ada 99 nama. Seratus kurang satu. Sesiapa yang
menjaga hak nama tersebut maka dia akan masuk ke dalam syurga."

Yang dikatakan "menjaga hak-haknya" bermaksud kita mengimani nama-nama
tersebut, benar-benar berharap kepada hanya Allah Pemilik nama-nama tersebut.

Sifat yang demikian akan melahirkan rasa kehambaan dan bergantung harap hanya
kepada Allah.

4. Menenangkan hati.

Bila kita mengenal Allah SWT dan nama-nama ini, ia akan menyebabkan kita
merasakan Allah SWT sentiasa bersama kita. Kita akan merasakan Allah SWT
membela kita. Lalu lahirlah ketenangan.

Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.
QS Ar-Ra'd 13:28

Sekarang kita lebih banyak mengingat dunia daripada mengingat Allah. Sedangkan
dunia perlu diingat hanya untuk diurus.

Contoh: Ada jiran bergaduh dengan jiran. Urus!! Datang ziarah. Bawakan buah
tangan. Tenangkan keadaan. Nasihat etc.

Suami diingat untuk diurus. Tapi banyak orang ingat suami untuk menambah
kerunsingan.

Memang sifat dunia itu merunsingkan. Dunia ini menyenangkan tetapi tidak
menenangkan. Makin diingat, makin runsing. Makin diingat, makin membimbangkan.

Jangan bazirkan setiap saat dengan perkara-perkara yang merunsingkan diri. Sebab
Allah jadikan hidup ini kan untuk bahagia? Tapi macam mana? Suami banyak buat
hal. Tenang saja. Suami yang banyak hal itu adalah untuk diurus. Maafkan. Baikkan.

Bila seseorang telah merasakan Allah dihatinya, maka dia akan sentiasa bersikap
seperti sikap kehambaan. Sentiasa merasakan kebesaran Allah SWT dalam
kehidupannya.

‫ا ْﻟﺑَﺎ ِﺳ ُط‬

(21) Allah SWT Al-Basit
Allah SWT Yang Maha Meluaskan

Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.
QS Al-Baqarah 2:245

Apa beza di antara Al-Baasit & Ar-Razzaq?
Ar-Razzaq : Yang Maha Memberi Rezeki dari tiada kepada ada.
Al-Baasit : Yang Maha Meluaskan (ada rezeki dan dikembangkan).

Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasi (bagi siapa
yang Dia kehendaki).
QS Ar-Ra'd 13:26

Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga(3):
i. Sedekah jariyah (sedekah yang berterusan),
ii. Ilmu yang bermanfaat,
iii. Anak soleh yang mendoakan.

Ketiga-tiga ini adalah rezeki yang diluaskan Allah SWT sampai ke akhirat.

1. Rezeki dari sudut keperluan kita.

Rezeki bermaksud apa-apa keperluan kita.

Macam mana Allah SWT nak meluaskan rezeki seseorang itu? Dengan Allah
mengurniakan kepadanya sebab-sebab. Orang yang Allah SWT nak murahkan
rezekinya, Allah bukakan bagi dia pancing-pancing, bukan Allah bagi dia
ikan. "Ya Allah, takdirkanlah aku dengan takdir yang baik". (Maksudnya, kurniakanlah
sebab-sebab untuk berjaya)

Allah-lah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah
membentangkannya di langit menurut yang Dia kehendaki, dan menjadikannya
bergumpal-gumpal, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila
Dia menurunkannya kepada hamba-hamba-Nya yang Dia kehendaki tiba-tiba
mereka bergembira.
QS Ar-Rum 30:48

Sebab itu, Allah SWT suruh kita cari sebab-sebab untuk berjaya. Caranya? Berusaha
bersungguh-sungguh. Belum tentu berjaya tapi itu sebab-sebab berjaya. Kita kalau
nak minta tolong, minta dengan Allah tapi lepas tu, jumpalah manusia.

Jangan minta dengan Allah SWT lepas tu jumpa kubur, pokok-pokok, batu-batu,
tangkal dan yang sewaktu dengannya.

Takrifan luas rezeki di sisi Allah SWT, bukan hanya rezeki itu terhenti di dunia. Tetapi
rezeki itu terus beri manfaat walaupun kita dalam kubur.

Dia ada rasa (yang Allah SWT datangkan kepadanya) sebab-sebab untuk
buat *waqaf (tanah, rumah, bangunan etc), sedekah etc*

2. Ilmu.
Ini juga adalah rezeki.
"Tidak sama orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu."

Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak
mengetahui?
QS Az-Zumar 39:9

Manusia dianugerahkan ilmu yang pelbagai. Jadi, jangan perkecilkan orang lain
kerana berkemungkinan orang lain punya ilmu yang kita tak ada.

Sama seperti harta, orang yang Allah SWT nak beri ilmu, diberi sebab-sebabnya.

Apabila ilmu itu terus disampaikan, maka berpanjanganlah sampai ke akhirat.

Gunakan media sosial yang ada untuk menyebarkan ilmu.

3. Zuriat.
Anak sahaja adalah rezeki apalagi *anak yang soleh*. Ingatkan anak kita untuk terus
mendoakan kita.

Orang yang mempelajari nasab sehingga boleh menyambung silaturrahim akan
dikurniakan:
a. Akan tumbuh rasa kasih sayang.
b. Akan mencambahkan harta.
c. Akan dipanjangkan umur (sama ada umur badan atau umur amalan).

‫ا ْﻟ َﺧﺎ ِﻓ ُض‬

(22) Allah SWT Al-Khafid
Allah SWT Yang Maha Merendahkan

Sebab-sebab seseorang itu boleh direndahkan Allah SWT:

1. Bila seseorang itu jahil atau meninggalkan ilmu.

Jahil boleh berlaku dalam dua(2) keadaan:
a. Sama ada orang itu malas menuntut ilmu, atau
b. Seseorang itu rasa cukup dengan ilmu dia.

Budaya menuntut ilmu dalam Islam adalah dari buaian sampai ke liang lahad. Nabi
SAW suruh kita jadi orang yang berilmu dan berkecimpung dalam dunia ilmu ini.
"01.Jadilah orang alim yang mengajar ATAU
02. Orang yang tidak tahu, belajar ATAU
03. Orang yang mendengar ilmu ATAU
04. Orang yang mencintai ilmu.

Jangan jadi golongan kelima iaitu bukan dari keempat-empat golongan di atas.
Kamu akan binasa (rendah)".

Apakah beza di antara orang yang belajar dengan orang yang mendengar?
Orang yang belajar itu menulis.
Orang yang mendengar tidak menulis.

Orang yang mendengar juga bagus walau dia tidak menulis. Kerana ilmu ini memberi
cahaya kepada hati.

Orang yang mencintai ilmu suka menganjurkan majlis ilmu walau kadang-kadang dia
sendiri tak dapat datang.

Ketika Rasulullah SAW di datangkan kepada manusia di tanah Arab, majoriti tak
pandai membaca dan menulis. Nabi SAW menganjurkan ilmu.

Semoga Allah SWT rezekikan kita untuk selalu duduk dalam majlis ilmu sampai ke
akhir hayat kita. Aameen.

2. Seseorang yang suka menangguh kerja boleh direndahkan Allah SWT. Dalam
hadis Nabi SAW menyatakan, "binasalah orang yang suka menangguh-nangguh
kerjanya."

Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, “Aku pasti melakukan
itu besok pagi,”
QS Al-Kahf 18:23

Nota: Jangan tangguh kerja. Do not procrastinate. Selesaikan. Esok, boleh buat
benda lain. Barulah maju!! Kerana orang mukmin itu...

Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras
(untuk urusan yang lain),
QS Al-Inshirah 94:7

Apakah bahaya menangguh?
Dari perbuatan jadi tabiat.
Dan akhirnya direndahkan.

3. Seseorang boleh direndahkan Allah SWT kerana sifat malasnya.

Apakah beza di antara sifat malas dan sifat menangguh?
Malas bermaksud tidak buat langsung, penuh dengan alasan. Ataupun dia buat juga
tapi tidak sampai kepada performance requirement.
Menangguh maksudnya buat juga sekalipun lambat.

Dalam ibadah, ada syarat sah.
Syarat sah solat. Syarat sah wudhu. Amalannya hanya dikira jika melepasi syarat
sah. Orang yang malas buat juga tapi tidak sampai syarat sah amalan itu.

*Malas juga adalah tabiat. Sifat yang banyak hinggap kepada orang Islam.

4. Seseorang itu boleh direndahkan Allah SWT kerana dosa dan keaiban yang
tidak diperbaiki.

Kalau berdosa, mintalah ampun kepada Allah SWT. Dosa datang dari kelemahan
diri. Hendaklah kita tingkatkan kelemahan diri. Jangan biarkan diri kita berada dalam
kelemahan.

Manusia ada kelebihan semulajadi dan kelemahan semulajadi. Jangan terhibur atau
selesa dengan kelebihan semulajadi kita. Yang kita kena tahu adalah kelemahan diri
kita dan tingkatkan.

Ada orang boros.
Ada orang berkira dengan duit.
Ada orang suka dipuji.
Macam-macam kelemahan.

Carilah kelemahan diri sendiri dan tingkatkan.

5. Seseorang itu boleh direndahkan Allah SWT apabila tidak meningkatkan
akhlaknya(perangainya).

Akhlak ada empat:

• Akhlak dengan Allah SWT
(syukur, redha, tawakkal etc).

• Akhlak dengan diri.

Contoh:
~ Jaga kebersihan: mandi, potong kuku etc,
~ Jangan biarkan diri dalam keadaan jahil.
~ Jangan biarkan diri sedih memanjang. Kesedihan seharusnya diubati.

• Akhlak dengan manusia.
- dengan suami.
- dengan isteri.
- dengan emak.
- dengan ayah.
- dengan anak-anak.
- dengan jiran.

• Akhlak dengan makhluk-makhluk lain.
- dengan pokok-pokok.
- sumber air.
- binatang.

Jadi, akhlak ada yang berbentuk sifat (dalaman, dalam hati kita). Ada akhlak yang
berbentuk sikap (yang zahir, luaran).
Akhlak mesti dua-dua sifat dalaman dan sikap luaran.

* Tak dikatakan seseorang itu berakhlak kalau luaran nampak baik tapi hati penuh
hasad dengki.

Katakan benar, walaupun pahit. Tapi ada lima keadaan yang kita tak boleh bercakap
benar.

• dalam peperangan.
Kerana peperangan itu tipu-daya.

• benda yang mudarat. Kalau kita tahu seseorang itu penagih dadah dan orang ini
bertanyakan tentang jiran sebelah rumah kita yang dah lama balik kampung, kita tak
boleh bagi tahu dia hal sebenar. Mungkin dia akan pecah masuk rumah jiran malam
ini.

• benda permusuhan. A bercakap pasal C. Kita tak boleh bagi tahu C yang A cakap
macam tu.

• keaiban diri. "Makcik ni nak oiii, nampak je baik pakai tudung ni ha. Tapi dengan
laki makcik bukan main garang lagi tau." Jangan buka pekung di dada.

• perkataan yang kotor walaupun benar dari hati kita. "Saya tengok muka awak ni
macam penipu la."

‫اﻟ ﱠراﻓِ ُﻊ‬

(23) Allah SWT Ar-Rafii'
Allah SWT Yang Maha Mengangkat/Meninggikan

Kami tinggikan darjat siapa yang Kami kehendaki. Sesungguhnya Tuhanmu
Mahabijaksana, Maha Mengetahui.
QS Al-An'am 6:83

Dalam kejadian manusia, setiap benda bersebab. Siapa yang nak berjaya, ikutilah
sebabnya.

maka dia pun menempuh suatu jalan.
QS Al-Kahf 18:85

Lima(5) Cara Allah SWT Mengangkat Darjat Seseorang.

1. Dengan iman.
Nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu.
QS Al-Mujadilah 58:11

Iman bukan semata-mata duduk di dalam hati. Walaupun iman berasal dari
kepercayaan, iman melahirkan buah.

Apakah buah kepada iman?
Seseorang itu tidak akan mudah berputus asa.

Setiap perkara dalam dunia ini ada cabarannya. Kita tak boleh nak duduk yang tidak
susah. Dalam rumahtangga ada cabarannya. Dalam perniagaan ada cabarannya.
Dalam apa sahaja yang kita usahakan, ada cabarannya.

Jadi, orang yang beriman tak akan mudah putus asa. Hidup ini perlukan keberanian
dan ketabahan (tak mudah putus asa) serta daya tahan. Inilah hasil daripada iman.

Kenapa Allah SWT mengangkat darjat orang yang beriman di kalangan kamu?
Orang yang beriman adalah orang yang akan buat kerja bersungguh-sungguh. Dia
percaya kepada Hari Kiamat. So? Kita akan dimatikan dan dibangkitkan. Jadi kita
perlukan bekalan. Sebab itu orang beriman tak akan buat kerja cincai. Sebab dia
tahu, setiap yang dia buat mendatangkan pahala.

Setiap benda yang kita buat, ada syarat sahnya. Ada performance requirement. Bila
kita lepas syarat sahnya, barulah dikatakan kita menjaga amalan itu. Dalam solat ada
syarat sahnya. Kalau kita tak jaga syarat sah ini, maka tak sahlah solat kita. Sebab
itu, orang beriman bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Dan sebab itu
juga, Allah SWT angkat darjat orang beriman di kalangan kamu.

Iman bukan hanya di hati. Ia juga terzahir dengan perbuatan. Sebagai manusia dan
tanpa iman, mana kita larat nak tanggung masalah-masalah kehidupan?

Maka sesungguhnya beserta kesulitan ada kemudahan,
sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan.
QS Al-Inshirah 94: 5-6

2. Allah SWT mengangkat dan meninggikan darjat seseorang itu dengan
jalan ilmu. Dia diberi ilmu atau diberikan rasa ingin menuntut ilmu.

Hadis Nabi SAW menyatakan: "Sesiapa yang Allah SWT kehendaki kebaikan
padanya, akan diberi jalan dia memahami agama."

Semoga Allah SWT rezekikan kita untuk terus duduk dalam majlis ilmu sampai akhir
hayat. Aameen.

*Jahil mendatangkan kehinaan.
*Budaya menuntut ilmu dalam Islam adalah dari buaian sampai ke liang lahad.

Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-
orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Mahateliti apa yang kamu
kerjakan.
QS Al-Mujadilah 58:11

3. Allah SWT mengangkat darjat seseorang itu dengan amalannya.

Barangsiapa menghendaki kemuliaan, maka (ketahuilah) kemuliaan itu semuanya
milik Allah. Kepada-Nyalah akan naik perkataan-perkataan yang baik, dan amal
kebajikan Dia akan mengangkatnya. Adapun orang-orang yang merencanakan
kejahatan mereka akan mendapat azab yang sangat keras, dan rencana jahat
mereka akan hancur.
QS Fatir 35:10

Nota:
Kata Al-Qur'an amal soleh akan mengangkat darjat kita.
Sebab itu syaitan selalu membisikkan "rugi kalau kita terus buat baik".

Amal bentuk diri: solat, puasa, jaga kebersihan, potong kuku, sikat rambut.

Jangan biarkan diri tenggelam dalam kejahilan, kesedihan yang memanjang.

*Kesedihan akan sentiasa hidup kalau kita mengingati benda itu. Sedih itu seperti
kuman. Dia akan sentiasa hidup kalau kita bagi makan.

Apakah makanan dia?
Makanan dia adalah ingatan kita kepada dia. Belajarlah memaafkan. Kalau kita
maafkan dia, dosa dia tidak terhapus. Kerana syarat hapus dosa adalah, dia kena
datang minta maaf dengan kita. Tapi bila kita memaafkan, kita melepaskan beban di
hati kita. Kita tak lagi benarkan virus itu makan.

Amal bentuk keluarga: masak untuk keluarga, kemas rumah. Ayah cari nafkah.
Lengkapkan kelengkapan rumah.

Amal bentuk masyarakat: Majlis ilmu, amar makruf nahi mungkar, menghidupkan
masjid.

Amal bentuk negara: bangunkan, jaga dan makmurkan negara.

Amal bentuk ummah.

4. Allah SWT boleh mengangkat darjat seseorang itu dengan akhlak seseorang.
(peribadi, perangai, tabiat)

Akhlak perlu dalaman dan luaran.

"Saya ini mulut saja jahat tapi hati baik." - ini tidak berakhlak.

5. Allah SWT mengangkat darjat seseorang itu dengan taubat. Kerana taubat
memperbaiki keaiban dan kelemahan diri.

Kenapa seseorang itu boleh bertaubat?
Kenapa orang yang menganjurkan taubat biasanya orang yang dah baik? Sebab
hanya orang yang baik punya kemampuan melihat kelemahan diri.

Kalau tak mampu cari kelemahan diri, ada lima(5) golongan yang boleh bagi tahu:

i. Guru kita.
ii. Orang yang bijaksana.
iii. Orang yang kita sayang/orang yang sayang kita.
iv. Kawan baik kita.
v. Musuh kita. Apa yang dia cakap, perhatikan dan manfaatkan untuk perbaiki diri.

‫ا ْﻟ ُﻣ ِﻌ ﱡز‬

(24) Allah SWT Al-Muiz
Allah SWT Yang Maha Memberi Kemuliaan

Allah SWT Yang Maha Memberi Kemuliaan.

Katakanlah (Muhammad), “Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan
kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan
dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun yang Engkau
kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan
Engkaulah segala kebajikan. Sungguh, Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu.
QS Ali Imran 3:26

Tujuh (7) Golongan Yang Allah SWT Akan Berikan Kemuliaan Kepadanya.

1. Orang yang beriman.(Orang yang kuat kebergantungannya kepada Allah SWT).

*Syaitan akan membisikkan pada kita "rugi jadi orang beriman". "Kau ni baik sangat
sebab tu kena pijak".

Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar
baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan
barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan
(keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah
telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.
QS At-Talaq 65:2-3

2. Macam mana Allah SWT boleh memberikan kemuliaan kepada seseorang itu?
Dengan jalan diberikan Ilmu.

Di dalam Al-Qur'an dinyatakan bahawa orang yang diberi ilmu ada beberapa
kelebihan darjat.

3. Macam mana Allah SWT boleh memberikan kemuliaan kepada seseorang itu?
Dengan akhlak yang mulia.

Sebab itu kita disuruh untuk sentiasa perbaiki diri. Manusia ada kelebihan semulajadi
dan kekurangan semulajadi. Jangan terpukau dengan kelebihan semulajadi kita
kerana ia memamg telah sedia ada. Yang seharusnya diperbaiki adalah kelemahan
semulajadi kita.

Akhlak adalah kita meningkatkan kelemahan semulajadi.

4. Macam mana Allah SWT boleh memberikan kemuliaan kepada seseorang itu?
Kadang-kadang dengan didatangkan harta.

*Harta adalah salah satu jalan kemuliaan yang Allah SWT beri. Tidak semestinya
harta mendatangkan kemuliaan. Ia salah satu di antara tujuh yang dibicarakan di
sini. Sebab itu, di dalam Islam, kita disuruh mencari harta. Jangan biarkan harta jatuh
ke tangan orang kafir ataupun orang yang ahli maksiat. Ambil harta itu. Cari.
Berniaga. Bekerja bersungguh-sungguh.

Cuma, pastikan harta diletak di tangan, tidak di hati. Bila-bila masa, kita boleh
infakkan harta tersebut. Dalam mencari harta, jangan cari yang haram. Dah dapat
harta, jangan membazir. Urus harta dengan sebaik-baiknya. Pastikan zakat, nazar
tertunai. Yang sunat seperti sedekah, aqiqah & korban juga ditunaikan. Agak-agak
nak habis umur, buat wasiat/hibah.

5. Macam mana Allah SWT boleh memberikan kemuliaan kepada seseorang itu?
Dengan jalan diberikan kelebihan kepada dia tu.

• Ada orang kelebihannya suara sedap. Boleh mengaji.

• Ada orang diberi kelebihan kekuatan.

• Orang lain diberi kelebihan kemahiran tertentu.

* Gunakanlah kelebihan-kelebihan ini untuk lebih mendekati Allah SWT.

6. Macam mana Allah SWT boleh memberikan kemuliaan kepada seseorang itu?
Dengan jalan diberikan pangkat/kedudukan/kuasa kepada dia tu.

7. Macam mana Allah SWT boleh memberikan kemuliaan kepada seseorang itu?
Dengan jalan wahbiyyah.

Nota:
Wahbiyyah adalah kurniaan tanpa apa-apa sebab dari yang 6 di atas. Ada orang
yang tiada ilmu, tiada kelebihan, tiada kemahiran, tiada harta, tiada
pangkat/kedudukan, tapi orang tengok dia, orang hormat pada dia, orang nak
muliakan dia.

Macam mana cara Allah SWT nak bagi secara wahbiyyah ini? Allah SWT tutup
keaiban-keaiban seseorang itu.

Kita dimuliakan manusia bukan kerana kehebatan kita. Kita dimuliakan kerana Allah
SWT tutup keaiban kita. Kalau Allah SWT buka, tiada lagi kemuliaan di sisi manusia.
Sebab itu, kita disuruh perbaiki diri.

* Keaiban yang telah Allah tutup, jangan dibuka.

Contoh-contoh Orang yang dimuliakan Allah SWT.
• Nabi Sulaiman AS dikurniakan harta dan pangkat. Boleh memerintah manusia,
angin, haiwan & jin.

• Nabi Ibrahim AS dimuliakan Allah SWT kerana keimanannya.

• Nabi Daud AS diberi kemuliaan ilmu. Boleh melunturkan besi dengan tangan.

• Ketika zaman Nabi Isa AS, ilmu perubatan dah maju. Maka dikurniakan kepada
Nabi Isa AS sebagai sebahagian mukjizatnya, boleh hidupkan orang mati.

• Nabi Muhammad SAW dimuliakan dengan akhlaknya. "Aku diutus untuk
membetulkan akhlak sesama manusia."

‫اﻟ ُﻣ ِذ ﱡل‬

(25) Allah SWT Al-Muzil
Allah SWT Yang Maha Memberi Kehinaan

Katakanlah (Muhammad), “Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan
kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan
dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun yang Engkau
kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan
Engkaulah segala kebajikan. Sungguh, Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu.
QS Ali Imran 3:26

Bagaimana seseorang itu boleh dihina Allah SWT? (Supaya kita dapat jaga diri,
jangan sampai kita ada perkara-perkara sedemikian.)

Tujuh(7) Sebab Seseorang diHina Allah SWT.

1. Kekufuran.
Kufur maknanya tertutup hatinya dari melihat kebenaran.

Kitab (Al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang
bertakwa,
QS Al-Baqarah 2:2

*Petunjuk bagi orang yang nak dapatkan petunjuk. Orang yang tak mahukan
petunjuk, tak dapat petunjuk walaupun petunjuk itu ada di sekelilingnya.

Kita datang dari Allah SWT. Kita akan pulang kepada Allah SWT. Kita nak apa dalam
hidup ini? Kita nak redha Allah SWT walau sehebat manapun kita, secantik mana
kita, sebanyak mana pun harta kita.

2. Kerana perbuatan fasad.

Fasad dalam bahasa Arab. Maksudnya kerosakan.

Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan
manusia;
QS Ar-Rum 30:41

Kalau skala yang kecilnya, vandalisme. Pecahkan sana, pecahkan sini. Cat dinding
dengan perkataan yang bukan-bukan.

3. Kerana akhlak.

Tabiat. Perangai.

Akhlak termasuk sifat(dalam hati) dan sikap(luaran). Tidak dikatakan akhlak kalau
salah satunya tiada.

Tidak dikatakan berakhlak seseorang yang bermulut manis tapi hatinya penuh
sombong dan dengki.

Tak dikatakan berakhlak kalau seseorang itu mengatakan walau mulutnya jahat,
hatinya baik.

Nota:
Kadang-kadang kita sendiri tak perasan yang kita sedang dihinakan.

4. Dengan kejahilan.

Tiada ilmu. Jangan biarkan diri kita dalam kejahilan. Tuntutlah ilmu. Ilmu Allah SWT
itu sangat luas.

Budaya menuntut ilmu dalam Islam...dari buaian hingga ke liang lahad.

Orang yang duduk dalam majlis ilmu, langkah kaki kanan Allah SWT tuliskan
kebaikan. Langkah kaki kiri, Allah SWT hapuskan kejahatan. Jadi tuntutlah ilmu.
Semakin banyak kita tahu, banyak lagi yang kita tak tahu.

5. Bagaimana Allah SWT boleh memberi kehinaan kepada seseorang itu? Dengan
jalan kefakiran.

Hadis Nabi SAW: "Hampir-hampir kefakiran boleh mengundang kekufuran."

Pada mulanya yang menganuti Islam adalah orang-orang susah, orang-orang
miskin. Rasulullah SAW develop sampai akhirnya mereka jadi kuat bekerja,
tinggalkan sifat malas dan suka bertangguh, pergi berniaga dan menjadi masyarakat
yang kaya. Menyumbang kepasa zakat dan waqaf.

6. Bagaimana seseorang itu boleh jadi hina? Bila dia tak menjaga maruah
dirinya. Jangan buka pekung di dada. Rasulullah SAW melarang kita membuka
keaiban diri yang telah Allah SWT tutup.

7. Bagaimana seseorang itu boleh jadi hina?
Dengan jalan maksiat.

Maksiat adalah benda-benda yang dilarang agama (walaupun tak nampak).
Contoh:
Maksiat akhlak: sombong.
Mengambil benda haram/mengusahakan yang haram.

Maksiat dari sudut akidah: percaya kepada benda-benda syirik.

‫اﻟ ﱠﺳ ِﻣﯾ ُﻊ‬

(26) Allah SWT As-Samii'
Allah SWT Yang Maha Mendengar

Allah SWT Maha Mendengar semua perkara yang ada di alam ini. Tidak ada satu
perkara yang tidak didengar Allah SWT di alam ini sama ada suara yang boleh
didengar manusia atau tidak.

1. Allah SWT As-Samii' Maha Mendengar ucapan lisan kita. Ada yang kita ucap
dengan niat dan ada yang tanpa niat. Ada perkara yang manusia ucap, yang ingin
diucapkan sebenarnya perkara lain. Cakap lain, maksud lain.

Seorang isteri yang tidak puas hati dengan suaminya, kadang-kadang cakap lain tapi
yang sebenarnya dimaksudkan adalah perkara lain.

Ada suami yang marah dengan isteri dan mendoakan keburukan untuk isterinya tapi
sepertinya keburukan itu tak terjadi. Tahu kenapa? Kerana Allah SWT Yang Maha
Mendengar itu juga Maha Adil.

Ataukah mereka mengira, bahwa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan-bisikan
mereka? Sebenarnya (Kami mendengar), dan utusan-utusan Kami (malaikat) selalu
mencatat di sisi mereka.
QS Az-Zukhruf 43:80

Apa sahaja masalah, ucapkanlah di lidah. Lalukanlah di lidah apa permintaan kita.
Sebagaimana kita mengadu kepada emak, lebih detail lagi bila kita mengadu kepada
Allah SWT.

Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan
bagimu.....”
QS Ghafir 40:60

Allah SWT Maha Mendengar. Jangan kita kecewa dalam berdoa. Dalam susah dan
senang, jangan malas berdoa.

Dia (Allah) berfirman, “Janganlah kamu berdua khuatir, sesungguhnya Aku bersama
kamu berdua, Aku mendengar dan melihat.
QS ToHa 20:46

2. Bisikan hati.
Allah SWT Maha Mendengar bisikan hati.
Hati ini boleh berbisik. Ada benda yang manusia boleh baca.

Contoh: benda-benda yang berkait perasaan. Ahli-ahli pakar psikologi boleh nampak
apa detikan hati itu. Kalau orang tengah gembira, senyuman sudah cukup untuk
menunjukkan 'dalam hati ada taman'. Orang yang tengah sedih, langkahnya berat.

Ada benda hati yang manusia tak boleh baca tetapi malaikat boleh baca seperti niat.
"Niat orang beriman lebih baik dari amalannya." Niat yang baik akan diperbaiki Allah
SWT".

* Ikhlas...hanya Allah SWT yang tahu. Keikhlasan kita hanya di antara kita dengan
Allah SWT. Malaikat pun tak tahu.

Ketika syaitan di halau dari syurga, dia bersumpah di hadapan Allah SWT dua
perkara.

Ia (Iblis) berkata, “Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahwa aku
sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku
akan menyesatkan mereka semuanya,
QS Al-Hijr 15:39

Dan jawapan Allah SWT...

Sesungguhnya kamu (Iblis) tidak kuasa atas hamba-hamba-Ku, kecuali mereka yang
mengikutimu, yaitu orang yang sesat.
QS Al-Hijr 15:42

*Kecuali orang yang Allah SWT anggap seperti sampah. (Ikut tafsir).

Dan iblis juga mengakui...

kecuali hamba-hamba-Mu yang terpilih di antara mereka.”
QS Al-Hijr 15:40

*kerana orang yang ikhlas, hatinya dipimpin Allah SWT. Inilah kelebihan keikhlasan.
Mintalah pada Allah SWT. Allah itu Maha Mendengar.

Ulama dahulu mengajarkan sebuah doa.
"Kami memohon kepada Allah agar Allah menjadikan kami dari golongan mereka
yang mendengar perkataan Allah lalu mengikut perkataan-perkataan itu dengan
sebaik-baiknya."

3. Allah SWT As-Samii' Maha Mendengar rasa hati. Rasa hati itu letaknya di lubuk
hati yang paling dalam. Allah mengetahui remuknya hati itu. Jadi apa sahaja
masalah yang melanda, mengadulah pada Allah.

• Allah SWT As-Samii' boleh bukakan pendengaran-pendengaran yang kita tak boleh
dengar, kepada manusia. Ini ilmu Allah SWT.

*Allah SWT boleh bukakan yang terhijab selama ini. Kita tak dengar jeritan penghuni
kubur yang disiksa kerana terhijab dari pendengaran kita tetapi binatang-binatang
ada yang dengar.

* Kita tak dengar apa yang dibisik malaikat atau pekikan malaikat yang marah bila
ada manusia yang berbuat kemungkaran.

*Allah SWT boleh bukakan kepada kita pendengaran-pendengaran ini yang manusia
lain tak dapat dengar.

‫ا ْﻟﺑَ ِﺻﯾ ُر‬

(27) Allah SWT Al-Baseer
Allah SWT Yang Maha Melihat

Allah SWT Yang Maha Melihat.

dan kerjakanlah amal soleh. Sungguh, Aku Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
QS Saba' 34:11

1. Baseer Allah SWT tidak terbatas. Tidak seperti manusia yang baseernya terbatas
hinggakan apa yang sedang berlaku disebalik dinding pun manusia tak tahu.
Hikmahnya adalah, kalau kita nampak semua benda, takut manusia tak tahan.

Tengah duduk-duduk rilek-rilek tiba-tiba ternampak ada orang mengumpat kita. Sakit
hati kan? Kita ini kadang-kadang rasa diri kita kuat. Manusia ada 'hati'. Sebab itu
jangan dedahkan diri kepada perkara tak baik sebab lambat laun, terpengaruh benda
tak baik tu kepada kita. Kita jangan dengar benda buruk walaupun benda buruk itu
adalah tentang kita.

Samalah dengan apa yang dilihat mata.
Ataupun penglihatan manusia terbatas, tak nampak alam-alam lain. Seperti alam
kubur. Kalau dibukakan mata kita untuk nampak alam jin yang macam-macam
bentuk tu, takut kita. Takut kita tak larat.

Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya,
QS At-Tin 95:4

Kita manusia, kalau tinggi, sama. Cantik pun sama walau jika diteliti, tentu ada yang
cantik sedikit dari yang seorang lagi. Jin kalau yang tinggi, tinggi sangat, yang
pendek, pendek sangat. Yang cantik, cantik sangat. Yang hodoh, hodoh sangat.

Orang Melayu pandai bagi nama.
Yang tinggi, hantu galah.
Yang pendek, toyol.
Yang cantik, bunian.
Yang hodoh, hantu kopek.

Tapi semuanya sama. Mereka adalah jin.

Sama dengan alam malaikat yang tak terlihat dek mata kita. Di ketika kita duduk
dalam majlis ilmu, ada 70,000 malaikat mendoakan dan memohon keampunan untuk
kita.

Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat
(balasan)nya, dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia
akan melihat (balasan)nya.
QS Az-Zalzalah 99:7-8

Dalam ayat yang lain, Allah SWT menyebut,

Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang tersembunyi dalam
dada.
QS Ghafir 40:19

Manusia tidak boleh melihat sampai ke hati. Dia cuma boleh mengagak dari raut
muka.

Jin tak boleh melihat sampai ke hati.

Malaikat dibolehkan melihat hati tapi sampai tahap2 tertentu sahaja untuk
mengetahui niat kita sama ada niat kita itu betul atau tidak.

Yang betul-betul mengetahui rahsia di lubuk hati yang paling dalam seperti
keikhlasan, hanya Allah SWT yang boleh melihatnya. Hanya Allah SWT yang
menilai.

Hadis Nabi SAW:
"Orang berpuasa boleh digandakan pahalanya sampai 700 kali ganda kalau dia
betul-betul menjaga iman dan keikhlasan." (Mengikut tahap amalan atau keadaan
masing-masing).

Sungguh, Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan di bumi. Dan Allah Maha
Melihat apa yang kamu kerjakan.
QS Al-Hujurat 49:18

Apa tujuannya Allah Maha Melihat?
Supaya Allah SWT menjadi saksi amalan kita di akhirat.

Yang akan menjadi saksi amalan kita di akhirat:
i. Allah SWT.
ii. Malaikat Roqib & Atid.
iii. Manusia
iv. Anggota tubuh badan kita.

Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; tangan mereka akan berkata kepada Kami
dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka
kerjakan.
QS Yasin 36:65

v. Makhluk-makhluk yang lain.

Yang kedua. Kenapa Allah SWT Maha Melihat?
Kerana penilaian Allah SWT itu Maha Adil.

Hari ini, kalau dua orang bergaduh, kedua-duanya akan kata diri dia betul. Sebab
manusia kebanyakkannya akan merasa diri sendiri betul.

Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu
kerjakan.
QS Al-Baqarah 2:233

Sebab itu, Allah SWT itu Maha Adil.

Pernah tak kita jumpa orang yang mendoakan keburukan bagi orang lain? Kita
merasa kesalahan seseorang itu sangat besar tetapi Allah SWT Maha Adil. Ya, dia
salah tapi salahnya tak sebesar yang kamu sangka.

Yang ketiga.
Allah SWT Yang Maha Melihat kerana Allah Maha Memberi Balasan.

(Tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan)
agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang
telah terikat perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa
yang kamu kerjakan.
QS Al-Anfal 8:72

* Balasan Allah SWT di akhirat dan di dunia. Contoh:

• sedekah PASTI di balas 10 kebaikan di dunia.
• membantu orang lain.
• menutup keaiban manusia.

‫ا ْﻟ َﺣ َﻛ ُم‬

(28) Allah Al-Hakam
Allah Yang Maha Menetapkan Hukum

Dan apa pun yang kamu perselisihkan padanya tentang sesuatu, keputusannya
(terserah) kepada Allah.
QS Ash-Shura 42:10

Tiga(3) jenis Hukum yang Allah SWT tetapkan kepada bangsa Manusia.

1. Hukum Alam. A.k.a sunnatullah. Sifir alam yang kebiasaannya terjadi menurut
kebiasaan alam.

Contoh:
• Pisau itu biasanya memotong. Walaupun ada sesetengah keadaan pisau itu tak
mampu memotong.

• Api itu membakar. Ooo api itu bahaya. Kalau dia membakar, dia memudaratkan.
Walaupun ada keadaan-keadaan yang mana api tidak membakar. Tapi ini sangat
terpencil. Benda terpencil tak dijadikan hukum. Yang jarang-jarang berlaku tak boleh
dijadikan hukum. Contoh: ketika Nabi Ibrahim AS dicampakkan ke dalam api.
Sedikitpun tak terbakar.

• Manusia tak boleh bernafas di dalam air. Sebab itu, disunatkan kita belajar
berenang. "Ajarkan anak-anak kamu memanah, berenang dan menunggang kuda."

• Matahari itu membakar....di negara-negara Khatulistiwa. Jadi, jangan duduk di
tengah matahari. Ada air yang dijemur di tengah matahari, di dalam bekas besi,
makruh digunakan. Dipanggil air musyammas.

Di negara-negara yang tidak terletak di garis Khatulistiwa dan ada musim sejuk,
matahari itu tidak membakar.

Sunnah alam dijadikan supaya manusia boleh berfikir, merenung dan mempelajari
tentang alam. Orang yang banyak belajar tentang alam akan menjadi orang yang
cerdik. Orang yang banyak belajar akan jadi pandai.

Orang yang bijaksana adalah orang yang cerdik dan pandai. Orang yang bijaksana
juga disebut sebagai "ahli hikmah".

Allah menetapkan hukum. Kamu tak akan mendapati sunnah Allah itu bertukar-tukar.

2. Apakah yang Allah Al-Hakam tetapkan? Hukum Kasbi (kaf-sin-ba) (hukum
usaha)

Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa)
dari (kejahatan) yang diperbuatnya.
QS Al-Baqarah 2:286

Hukum mengusahakam sesuatu ini berbeza dengan hukum alam. Hukum alam
memang nampak. Hukum usaha tidak nampak. Maknanya, orang yang berusaha, dia
akan dapat. Orang yang betul usahanya, dia akan dapat benda itu.

Bagaimana Iskandar Zulkarnain boleh berjaya sebagai penakluk timur dan barat
mengalahkan musuh-musuhnya?

Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain).
QS Al-Kahf 18:89

*Kerana Islandar Zulkarnain mengikuti sebab-sebab untuk berjaya.

Apakah sebab-sebab untuk berjaya?
• Nak buat sesuatu, biar bersungguh-sungguh.
• Nak buat sesuatu, biar betul-betul fokus.
• Tak boleh berputus asa.
• Tak boleh cincai.
• Jangan banyak bagi alasan.

Sebab itu, di dalam solat sekalipun, ada performance requirement. Kau buat macam
ni baru kau akan diterima. Tak boleh gerak lebih tiga kali. Batal. Buat balik. Ikut betul-
betul. Lutut pegang di mana?

Man jadda wajada. Siapa yang buat, dia akan berjaya.

Kalau kita ada pembantu rumah. Pinggan kotor bersepah. "Biarlah! Orang gaji ada".
Ini bukan tabiat yang betul ikut hukum kasbi. "Ini bersepah, aku kena tolong basuh."

Bila kita peka dengan tanggungjawab dalam hidup, Insya Allah kita akan banyak
bertangggungjawab dalam hal-hal lain.

* Turuti hukum ini.
* Betulkan tabiat diri.

Adab bermaksud pendirian hidup tentang sikap. Sekarang kita ada masalah, apa nak
buat? Jangan sibuk salahkan orang. Barulah hidup kita sentiasa bergerak.

Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras
(untuk urusan yang lain),
QS Al-Inshirah 94:7

* Jangan menangguh kerja atau kerja sambil lewa.

3. Hukum ikhtiar (pilihan).

Dalam bahasa Arab, ikhtiar bermaksud pilihan. Dalam bahasa Melayu, ikhtiar
bermaksud usaha.

Ini adalah hukum untuk memilih. Hukum inilah yang disebut sebagai agama.

Tentang hukum kasbi, usaha yang bagaimana?
• Usaha yang selaras dengan kehendak Allah SWT.

Pantaskah aku mencari hakim selain Allah, padahal Dialah yang menurunkan Kitab
(Al-Qur'an) kepadamu secara terperinci? Orang-orang yang telah Kami beri kitab
mengetahui benar bahwa (Al-Qur'an) itu diturunkan dari Tuhanmu dengan benar.
Maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu.
QS Al-An'am 6:114

Dalam bab hukum ikhtiar ini, ada tiga(3) fasal:
• Ikhtiar dari sudut akidah,

Dialah Allah tidak ada Tuhan selain Dia. Maharaja, Yang Mahasuci, Yang
Mahasejahtera, Yang Menjaga Keamanan, Pemelihara Keselamatan, Yang
Mahaperkasa, Yang Mahakuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Mahasuci Allah
dari apa yang mereka persekutukan.
QS Al-Hashr 59:23

Kenapa memilih untuk percaya kepada yang selain Allah SWT?

• Ikhtiar dari sudut syariat,
Ini adalah bab hukum-hakam.
Ada yang tentang:
- ibadah,
- munakahat (perkahwinan),
- muamalat (jual-beli),
- jenayah (hudud, takhzir(kebijaksanaan pemerintah)

Ikuti hukum semampu dan semaksima yang boleh.

• Ikhtiar dari sudut akhlak.
*hukum berbuat baik kepada emak ayah.
*akhlak kepada suami/isteri.
~ Jangan mengungkit sedekah.

Barangsiapa tidak memutuskan dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka
itulah orang-orang kafir.
QS Al-Ma'idah 5:44

Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka
mereka itulah orang-orang zalim.
QS Al-Ma'idah 5:45

Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka
mereka itulah orang-orang fasik.
QS Al-Ma'idah 5:47

Ketiga-tiga ayat di atas merujuk kepada hukum-hukum yang telah Allah SWT
turunkan sama ada hukum alam, kasbi atau ikhtiar. Tak berhukum dengan hukum
Allah, jadi zalim.

Contoh: Apabila ada api, kita sengaja pegang api. Mudarat. Kan menzalimi diri kita?

• Patutnya berusaha cari nafkah untuk anak dan isteri tapi tidur memanjang. Jadi
menzalimi diri sendiri dan keluarga.

• Tentang hukum ikhtiar, bila tak ikut hukum Allah, boleh jadi zalim, fasik(jahat) atau
kafir (mempertikaikan hukum-hukum Allah SWT.)

dan hendaklah engkau memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang
diturunkan Allah, dan janganlah engkau mengikuti keinginan mereka. Dan
waspadalah terhadap mereka, jangan sampai mereka memperdayakan engkau
terhadap sebagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu.
QS Al-Ma'idah 5:49

* Jangan diikutkan hawa nafsu dalam ketiga-tiga hukum di atas. Kalau sakit hati
dengan suami, jangan sampai tak makan. Ini memudaratkan diri. Kalau nak kurus,
jangan sampai boikot makanan.

* Kita tertakluk kepada hukum Allah SWT.
• Jaga diri kita. Jangan memudarat. Jangan sampai tabiat terbentuk dengan cara tak
betul.

• Jaga keyakinan kita untuk mengikuti apa yang diperintahkan Allah SWT. Nanti kita
akan lihat hidup kita dalam kebaikan dan kebahagiaan, bukan hanya hati baik, zahir
juga baik.

‫ا ْﻟﻌَ ْد ُل‬

(29) Allah Al-Adlu
Allah Yang Maha Adil

Keadilan Allah SWT ini diratakan kepada seluruh makhluknya supaya hidup manusia
itu teratur dan disuruh kita untuk bersifat adil dengan diturunkan hukum-hukum
syarak untuk kebahagiaan manusia.

Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebaikan
QS An-Nahl 16:90

Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana
Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap
suatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Kerana (adil)
itu lebih dekat kepada takwa.
QS Al-Ma'idah 5:8

1. Allah SWT berikan sesuatu ujian itu kepada manusia sesuai kemampuannya.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
QS Al-Baqarah 2:286

Hadis Nabi SAW:
"Seberat-berat ujian adalah para Nabi. Kemudian diikuti orang-orang mengikuti iman
masing-masing."

*Iman kita tinggi, diuji dengan benda yang lebih hebat lagi seperti nak kena bunuh,
diancam, disusahkan etc.

*Ujian bagi kita yang biasa-biasa ini seperti digigit nyamuk. Setinggi mana iman,
setinggi itulah ujian.

*Orang beriman adalah orang yang diuji dan dibantu atas ujian itu. Kalau kita nak
kata orang yang banyak masalah itu hatinya kotor, kenapa para Nabi hidup mereka
penuh ujian? Dan semakin banyak ujian mereka, kenapa semakin menambah
ketenangan?

Nabi Muhammad SAW setiap saat diuji. Orang fitnah, orang kata. Orang nak bunuh.
Orang nak susahkan. Orang nak hina.

Hidup para Nabi penuh ujian. Kenapa bagi kita, semakin banyak ujian, semakin
menambah kerunsingan? Maksudnya, bukan ujian itu yang besar. Yang besar
adalah, cara berhadapan dengan ujian.

Silap cara, runsing.
Betul cara, tenang.

Semua ujian bersifat "menyempitkan hati". Semua ujian bentuknya berbeza. Sebab
itu, jangan bandingkan ujian kita dengan ujian orang lain. Syukuri ujian ini.

Ada orang diuji dengan
• suami,
• isteri,
• kawan-kawan,
• orang hutang tak bayar,
• orang fitnah,
• orang kata,
• pembahagian harta pusaka tak dibahagi secara adil,
• kena guna nama dekat bank. Orang tu lari, dia yang kena kejar.
• tak pernah apply kad kredit. Tiba-tiba kena blacklist.

* Ujian itu sesuai dengan kemampuan kita.

Bila berhadapan dengan ujian:
Baliklah kepada Allah SWT. Angkat tangan. "Ya Allah Yang Maha Adil, yang sedang
mendengarkan doa ini, Engkau menurunkan ujian kepadaku. Berikanlah jalan
keluarnya Ya Allah".

Kemudian, lihatlah keajaiban permohonan kita kepada Allah SWT.

2. Allah SWT Al-Adlu berikan sesuatu hajat sesuai keperluan kita.

Kadang-kadang apa yang baik bagi kita belum tentu sebenar-benarnya baik bagi
kita. Apa yang kita sangka buruk, belum tentu buruk bagi kita. Kadang-kadang kita
menangis-nangis minta sesuatu tapi Allah SWT tak bagi, kerana belum sesuai
masanya atau Allah bagi benda lain yang lebih baik.

Kadang-kadang kita minta harta tapi Allah bagi kesihatan kerana kesihatan lebih
penting untuk kita. Adilnya Allah SWT, memberi hajat sesuai keperluan kita.

Jadi sekarang, apa yang patut kita lakukan?
• Teruskan berdoa,
• bersangka baik dengan Allah sentiasa, dan setelah kita berusaha,
• bertawakkal kepada Allah(serahkan takdir kita kepada Allah SWT).

3. Allah SWT Al-Adlu merencanakan takdirnya yang terbaik untuk kita.

* Tiada kebetulan dalan hidup ini.

Hari ini, kita pernah berbuat baik kepada seseorang yang kita pun tak ada niat dan
tak menyusahkan kita pun masa kita buat kebaikan tu. Satu hari, kita susah. Dia
datang tolong.

Kalau kita renungkan, Allah SWT telah takdirkan banyak benda-benda baik untuk
kita. Banyak anugerah Allah. Jadi, kita minta Allah takdirkan benda baik juga untuk
akan datang. Allah Yang Maha Adil merencanakan takdir kita untuk kebaikan kita.
Tiada kebetulan dalam hidup ini. Semuanya atas takdir Allah SWT.

*Orang beriman adalah orang yang diuji dan diberi ketenangan di atas ujian. Inilah
perbezaannya.

4. Allah SWT menghukum manusia sesuai dosanya.

Barangsiapa mengerjakan kebajikan maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan
barangsiapa berbuat jahat maka (dosanya) menjadi tanggungan dirinya sendiri. Dan
Tuhanmu sama sekali tidak menzalimi hamba-hamba(-Nya).
QS Fussilat 41:46

Kalau hari ini kita buat baik, kebaikan itu akan datang balik kepada kita. Kalau buat
jahat, kejahatan itu akan berbalik kepada pelakunya. Dan hukum ini berlaku di
akhirat DAN di dunia.

Manusia tidak adil dalam menilai. Kalau hari ini suami ada buat salah, kita pun marah
dan marah dan marah dia....macam dia langsung tak ada kebaikan. Hari ini isteri
buat silap, kita marah dan marah dan marah dia....macam dia langsung tak ada
kebaikan. Sebab pertimbangan manusia memang tak adil.

Kadang-kadang kita sangat beremosi dalam berdoa....tapi kenapa tak jadi apa-apa
seperti yang kita minta? Kerana Allah Maha Adil. Kesalahan itu tak sebesar mana.

Kita saja yang emo.

Kadang-kadang kita diuji. Ujian ini adalah untuk diberi pahala atau meningkatkan
darjat. Kalau ujian itu adalah bala untuk dia, tandanya ialah, hilang ketenangan
dalam hidup dia. Ujian itu akan makin menjauhkan dia dari Allah SWT.

Kalau ujian sebagai meningkatkan darjat atau penghapusan dosa, dia diuji dan ujian
itu tambah mendekatkan dia kepada Allah SWT. Jarang solat malam, hari ini solat
malam. Jarang berdoa, hari ini berdoa.

Tenang itu menjadi ukuran. Dalam al-Qur'an Allah SWT menyebut bahawa Allah
menurunkan ketenangan kepada orang-orang beriman. Apa tujuan ketenangan itu?
Untuk menambah keimanan.

Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk
menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada).
QS Al-Fath 48:4

Wajah makin jernih.
Senyuman makin manis.
Tutur kata makin haluuus.
Itulah orang yang tenang.

5. Allah SWT mengadili setiap kesalahan di dunia ini di atas tangan-tangan orang
yang boleh memberi hukum. Melalui tangan-tangan qadhi dan hakim, Allah SWT
turunkan hukum-hukum supaya manusia diadili.

Hadis Nabi SAW:
"2/3 hakim di neraka kerana tidak adil."

• Hukum qisas (bunuh balas).
• Hukum kekeluargaan Islam.

Sebab itu, kadang-kadang kes di Mahkamah Syariah itu agak lambat supaya lebih
berhati-hati jangan sampai tersalah hukum. Kena jawab di akhirat nanti. Sebab orang
semuanya mendakwa diri dia betul.

Semoga bidangkuasa Mahkamah Syariah diperluas. Aameen. Perlu terus didoakan
dan diusahakan.

Barangsiapa berbuat sesuai dengan petunjuk (Allah), maka sesungguhnya itu untuk
(keselamatan) dirinya sendiri; dan barang siapa tersesat maka sesungguhnya
(kerugian) itu bagi dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul
dosa orang lain, tetapi Kami tidak akan menyiksa sebelum Kami mengutus seorang
rasul.
QS Al-Isra' 17:15

‫اﻟﻠﱠ ِطﯾ ُف‬

(30) Allah SWT Al-Latif
Allah SWT Yang Maha Halus/Lembut/Kasih Sayang

Allah SWT Al-Latif Yang Maha Halus pengetahuannya. Segala sesuatu jelas, tak
terdinding dan tersembunyi dari penglihatan Allah SWT.

Allah SWT dapat melihat hakikat segala yang dilihat mata manusia hinggakan tiada
yang terlindung. Semuanya dapat diketahui.

Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala
penglihatan itu, dan Dialah Yang Mahahalus, Mahateliti.
QS Al-An'am 6:103

Bicara tentang Allah SWT Al-Latif ini dilihat dari tiga(3) sudut.

1. Allah SWT menyaksikan untuk Allah beri.

Allah saksikan apa saja keadaan kita untuk Allah beri kurniaanNya. Pemberian Allah
SWT adalah rahsia Allah.

Sebagai contoh.
Seorang tu berniaga nasi lemak. Dia bangun jam 4 pagi, masak nasi & sambal. Jam
6.30 pagi, buka meja di bawah pokok. Jam 10 pagi, nasi lemaknya habis. Allah Al-
Latif menyaksikan. Allah beri rezeki DAN pahala kepada dia. Pahala itu adalah untuk
usaha dia. Kasih sayang Allah. Pemberian itu bukan sahaja di dunia.

Kadang-kadang Allah bagi pemberian di dunia itu kurang. Jam 8 pagi hujan. Nasi
lemak dia tak habis dijual. Maka pemberian di dunia itu kurang. Tapi LatifNya Allah
tidak mengurangkan pahala akhirat untuk orang ini.

Kalau kita duduk dalam majlis ilmu, kita juga dapat dua(2) perkara. Kita dapat ilmu
DAN pahala menuntut ilmu. Walaupun kadang-kadang ada orang yang duduk dalam
majlis ilmu, pemberian ilmu dia tak dapat (sebab fikirannya melayang entah ke
mana), pemberian akhirat ie pahala menuntut ilmu tetap dia dapat.

Ada orang duduk dalam majlis ilmu, dapat ilmu yang dibincangkan. Ada yang dapat
lebih dari apa yang dibincangkan. Perbincangan tentang Allah Al-Latif tetapi dia
dapat kaitkan dengan lebih banyak lagi. Siapa yang memberi pemberian itu? Allah
Al-Latif. Allah SWT Yang Maha Pengasih.

Hari ini kita sakit. Pergi ke hospital. Masa kita habis. Mungkin kena bayar bil. Tetapi
Allah Al-Latif beri dua. Pahala mencari kesembuhan (sebab yang suruh berubat
adalah Allah SWT, jangan putus asa). Latifnya Allah SWT, ada yang berubat diberi
kesihatan. Ada pula yang sakit tak diberi kesihatan tapi dipulangkan kasih sayang
dia. Anak dia lama merantau tak hiraukan dia. Hari dia sakit, anak dia balik nak jaga

dia. Ada pula yang sakit dan tak diberi kesihatan tetapi diberi keimanan. Dengan
sakit itulah, dia kembali solat.

Allah SWT Al-Latif mengetahui hidup kita dan apa yang kita perlukan.

2. Allah Al-Latif menyaksikan sesuatu dengan kasih sayangNya untuk Allah adili.

(Lukman berkata), ”Wahai anakku! Sungguh, jika ada (sesuatu perbuatan) seberat
biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di bumi, nescaya Allah akan
memberinya (balasan). Sesungguhnya Allah Mahahalus, Mahateliti.
QS Luqman 31:16

Nota:
* Jangan kita rasa rugi untuk berbuat baik dengan orang lain. Besar pahalanya
memikirkan tentang orang lain. Hari ini kita berbuka puasa. Dapat satu pahala
berbuka puasa. Kita buka puasa dan bagi orang makanan untuk berbuka puasa.
Allah copy pahala puasa orang itu dan bagi kepada kita.

Solat sendiri satu pahala. Solat berjemaah 27 pahala. Kenapa? Sebab bila solat
berjemaah, kita berjumpa jemaah lain, bertanya khabar, ajak orang lain solat etc ie.
memikirkan tentang orang lain.

Mungkin kita ajak hari ini, dia tak nak baik hari ini.Tak apa. Terus saja cakap.
Mungkin dia akan baik nanti. Hanya Allah SWT yang memberikan hidayah.

Begitu juga dengan perbuatan buruk yang tidak ditaubati. Dengan kasih sayang Allah
SWT Al-Latif orang yang teraniaya pasti akan dapat pembelaan. Orang yang
menganiaya pasti akan dibalas Allah SWT.

Kalau kita dah tak dapat jumpa orang itu untuk minta ampun, banyakkanlah
bersedekah. Niatkan untuk orang yang mempunyai hak ke atas kita. Kalau pernah
mengambil barang orang dan tak tahu orang itu sekarang ada di mana, banyakkan
bersedekah dengan diniatkan ke atas "orang yang mempunyai hak ke atas kita".

Nota: Nanti kalau jumpa orang itu balik, kena bagi balik ya.

Kalau kita ada buat salah dengan orang dan kita tak mampu nak minta maaf sebab
malu. Macam mana? Doalah. Minta Allah tunjukkan jalan. Kalau hari ini kita mati,
Allah tahu niat kita nak buat baik.

Tiga(3) dosa yang Allah akan balas di dunia lagi untuk mengadili orang yang
dianiaya.

i. Menderhaka kepada ibu dan ayah. Kalau masih ada mereka, berbuat baiklah.
Kalau telah tiada dan pernah menderhaka, minta ampun kepada Allah SWT.
Banyakkan bersedekah untuk mereka. Kalau kita ada anak, ajar anak kita tentang
hadis ini. Biar dia ingat. Jangan ajar anak kita untuk boycott bapa dia atau emak dia.
Jangan burukkan bapa dia atau emak dia di depan anak walau kita tersangat marah
sebab itu tetap bapa/emak dia. Jangan kita pula yang jadi guru untuk anak ini
menderhaka.

ii. Orang yang menzalimi manusia.
Menzalimi maksudnya mengambil hak orang lain. Kalau telah mengambil hak orang
lain, mintalah keampunan Allah. Bercita-cita untuk pulangkan. Berdoa untuk
pulangkan.

iii. Orang yang membuat kejahatan dengan rasa bangga.
Dia buat salah dan dia rasa bangga dengan kesalahan itu.
Setiap anak Adam berbuat kesalahan dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan
adalah orang yang bertaubat.

3. Allah SWT saksikan dengan kasih sayangNya untuk Allah cukupkan.
Macam mana? Kita tak tahu.

Allah Mahalembut terhadap hamba-hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada siapa
yang Dia kehendaki dan Dia Mahakuat, Mahaperkasa.
QS Ash-Shura 42:19

Tidakkah engkau memperhatikan, bahawa Allah menurunkan air (hujan) dari langit,
sehingga bumi menjadi hijau? Sungguh, Allah Mahahalus, Maha Mengetahui.
QS Al-Hajj 22:63

*Allah lah yang mentadbir segalanya.
• Jagalah hak Allah dan Allah akan jaga kamu.
• Jagalah hak Allah dan kamu akan mendapati, Allah sentiasa di hadapanmu,
membelamu.
• Kalau nak minta, mintalah pada Allah.
• Kalau nak minta pertolongan, mintalah dari Allah.

Allah SWT Al-Latif akan beri, adili dan cukupi.

‫ا ْﻟ َﺧﺑِﯾ ُر‬

(31) Allah SWT Al-Khabir
Allah SWTYang Maha Mengetahui

Allah SWT Maha Mengetahui segala perkara sama ada yang rahsia atau yang nyata.

Dan Allah Maha Mengetahui secara mendalam apa yang kamu lakukan.
QS Al-Baqarah 2:271

Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.
QS An-Nur 24:30

Apakah perbezaan di antara:
• Allah Al-Alim (Yang Maha Mengetahui)
dengan
• Allah Al-Khabir (Yang Maha Mengetahui) ?

Allah Al-Khabir, Allah Maha Mengetahui dan boleh memberitahu kepada kita
rahsia/ilmu Allah.

10 cara bagaimana Allah Al-Khabir boleh beri seseorang itu
pengetahuan/perkhabaran.

1. Dengan jalan wahyu untuk para Nabi dan Rasul sahaja.

Bilangan Nabi dalam sejarah manusia ada 124,000 orang dan daripadanya 313
dilantik menjadi Rasul dan 25 disebut di dalam al-Qur'an.

Ada yang melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Ada yang diberitahu secara direct.
Seperti Nabi Musa a.s.

Katakanlah (Muhammad), “Janganlah kamu mengemukakan alasan; kami tidak
percaya lagi kepadamu, sungguh, Allah telah memberitahukan kepada kami tentang
beritamu. Dan Allah akan melihat pekerjaanmu, (demikian pula) Rasul-Nya,
kemudian kamu dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui segala yang
gaib dan yang nyata, lalu Dia memberitakan kepadamu apa yang telah kamu
kerjakan.”
QS At-Taubah 9:94

*Fitnah adalah seperti perompak di malam gelap. Kita tak nampak. Kita tak tahu.
Bila-bila boleh datang. Jangan dedahkan diri kita kepada fitnah.

Pesan Nabi SAW, jaga anak-anak betul-betul kerana di akhir zaman, ramai ibu
melahirkan tuan. Anak yang dilahirkan itu yang memerintah ibunya.

*Fitnah yang paling ditakuti adalah fitnah dajjal. Dajjal boleh sihir, turunkan hidangan
dari langit. Kalau nak lepas dan bebas dari fitnah dajjal, hafal Surah Al-Kahfi ayat 1 -
10.

2. Allah SWT boleh beritahu melalui kashaf (Allah SWT bukakan hijab mata).
Tiba-tiba lintasan itu berlaku di depan mata.

Pernah berlaku di zaman Saidina Umar al-khattab ketika beliau sedang berkhutbah.
Tiba-tiba beliau memekik, "Wahai sahabat-sahabat Islam, jaga di belakang sana ada
musuh. Hendaklah kamu berpaling ikut jalan lain." Ketika itu beliau dapat melihat
keadaan tentera Islam yang sedang berada di medan pertempuran dan di sebalik
bukit ada musuh. Panglima tentera Islam yang sedang bertempur, Allah bukakan
hijab telinganya hingga dapat mendengar pekikan Saidina Umar lalu selamatlah
tentera Islam dari diserang secara tiba-tiba oleh musuh.

* Kashaf tidak berlaku sentiasa. Berlaku sekali-sekala di atas amalan seseorang itu.

3. Melalui istikharah.

Solat sunat 2 rakaat. Lintasan pertama kita selepas beri salam.

*Lintasan pertama = tanpa sempat kita berfikir.

Amalan tuan-tuan guru kita. Selepas solat istikharah, ambil mushaf al-Qur'an kerana
Allah SWT sebut:

Kitab (Al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang
bertakwa,
QS Al-Baqarah 2:2

• Bukalah mushaf al-Qur'an secara random. Fokus kepada ayat pertama yang kita
terlihat. Tengok terjemahan ayat dalam bahasa Melayu pun ok.

Pengalaman peribadi Ustaz Amin ketika di Mekah, di depan Kaabah. Ketika itu ustaz
punya satu persoalan. Selesai solat istikharah, beliau buka mushaf al-Qur'an. 20 kali
selak. Setiap ayat ada perkataan 'al-Kazbu' (penipuan). Balik dari Mekah, ustaz
dapat tahu yang perkara yang sedang hendak diusahakan itu, memang ada
penipuan.

4. Dengan jalan berdoa.

Dan bertakwalah kepada Allah, Allah memberikan pengajaran kepadamu.
QS Al-Baqarah 2:282

5. Dengan jalan ilham.
Ilham ini adalah ilmu yang dia tak belajar. Tiba-tiba dapat idea. Dalam bahasa yang
lebih halus lagi dan dalam cabang ilmu tasawuf, dipanggil 'ilmu laduni'.

6. Dengan jalan mimpi.
Mimpi...ada yang datang dari Allah SWT, dari syaitan dan dari diri kita sendiri.

Di dalam al-Qur'an Allah SWT ceritakan pembuktian mimpi seorang raja.

”Yusuf, wahai orang yang sangat dipercaya! Terangkanlah kepada kami (takwil
mimpi) tentang tujuh ekor sapi betina yang gemuk yang dimakan oleh tujuh (ekor
sapi betina) yang kurus, tujuh tangkai (gandum) yang hijau dan (tujuh tangkai)
lainnya yang kering agar aku kembali kepada orang-orang itu, agar mereka
mengetahui.”
QS Yusuf 12:46

Yang datang dari Allah SWT adalah petanda.
Hadis Nabi SAW:
Di akhir zaman orang yang menjaga solatnya, 1 di antara 40 mimpi dia adalah tanda
dari Allah SWT.

7. Dengan rasa hati. Firasat. Boleh dilatih kalau jaga solat.

8. Dari lidah orang lain.
Allah gerakkan hati seseorang itu untuk memberitahu kita sesuatu. Pertemuan itu
bukan sengaja. Tiada kebetulan dalam hidup ini. Semua diatur Allah SWT.

9. Dari tanda-tanda ("signs") yang kita dapat baca. Allah jadikan semua benda
ada tanda-tandanya. Contoh:
• mendung tanda nak hujan.
• Bila rambut telah beruban, kulit dah kendur dan gigi berterabur, ini juga suatu
tanda.
• Orang yang tiba-tiba mengingati orang yang telah meninggal, itu tanda-tanda dia
nak meninggal.

10. Dengan jalan wahbiyyah.

Ini adalah anugerah dari Allah SWT tanpa apa-apa sebab.

‫ا ْﻟ َﺣ ِﻠﯾ ُم‬

(32) Allah SWT Al-Halim
Allah SWT Yang Maha Lemah Lembut/Santun

Allah SWT Al-Halim. Lemah lembut Allah, tidak tergesa-gesa dalam kemarahan,
tidak gopoh menyiksa mereka yang melakukan maksiat.

Dan sekiranya Allah menghukum manusia disebabkan apa yang telah mereka
perbuat, nescaya Dia tidak akan menyisakan satu pun makhluk bergerak yang
bernyawa di bumi ini, tetapi Dia menangguhkan (hukuman)nya, sampai waktu yang
sudah ditentukan. Nanti apabila ajal mereka tiba, maka Allah Maha Melihat
(keadaan) hamba-hamba-Nya.
QS Fatir 35:45

Ketahuilah bahwa Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu, maka takutlah
kepada-Nya. Dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun, Maha Penyantun.
QS Al-Baqarah 2:235

*Orang yang ada sifat halim, dia ada sifat ihsan, maksudnya ada rasa kasih dalam
hati.

Ihsan kepada suami/isteri. Walau banyak kesalahannya, kebaikannya juga banyak.
Kenangkan kebaikan orang melahirkan rasa kasih sayang.

Iman, Islam & Ihsan. Ihsan adalah bahagian yang penting dalam agama.

Kenapa manusia boleh hilang rasa ihsan?

1. Orang yang terlalu tamak dalam mengumpul harta.

Nak kumpul harta, kumpullah. Asal jangan sampai melalaikan.

Bermegah-megahan telah melalaikan kamu,
sampai kamu masuk ke dalam kubur.
QS At-Takathur 102:1-2

*Malang tak pernah berbau.

2. Kesukaan dia adalah kepada benda-benda syahwat dan kelazatan dunia.

Apakah yang dimaksudkan dengan kelazatan dunia?
• Mata,
• Perut (makan) dan
• apa yang berada di bawah perut.(syahwat)

* Ada orang tidur memanjang dari pagi sampai petang. Tidur jadi tabiat. Tidur sahaja,
tak mahu kerja.

• Siapa yang boleh mengatasi mata, perut dan apa yang berada di bawah perut,
Insya Allah dia manusia yang hebat.

3. Orang yang buruk pada perkataan.
Membiasakan diri mengucapkan benda-benda buruk boleh menyebabkan hilangnya
ehsan.
Orang Islam boleh marah tapi ketika marah, pilihlah perkataan. Jangan maki saja.
Atau main cakap saja. Lepas tu, baru fikir.

4. Orang yang meringan-ringankan solat atau lalai dalam solatnya.

Ahli sukan berlatih setiap hari untuk mahir di dalam bidangnya. Selama berpuluh
tahun kita solat, apakah tujuan kita solat? Apakah untuk mahir di dalam solat?

• Kita solat untuk ingat Allah.

Orang yang lalai dalam solat, tidak ingat Allah. Bila dia tak ingat Allah, dia lupa akan
perintah-perintah Allah.

*Jagalah solat. Sempurnakanlah solat.

5. Dia suka berkawan dengan orang yang jahat/ahli maksiat.

Kawan boleh mempengaruhi kita dalam keadaan kita tak sedar. Jadi, pilihlah kawan
dari sudut iman.

Hadis Nabi SAW:
"Berkawan dengan orang yang baik macam berkawan dengan penjual minyak wangi.
Sekalipun dia tak bagi minyak wangi kat kita, haruman itu boleh melekat kat kita dan
menenangkan kita."

Berkawan dengan orang yang tidak bagus seperti berkawan dengan tukang besi.
Tanpa menyatakan tukang besi itu jahat. Sekalipun percikan api itu tidak
melubangkan baju kita, tapi kita keluar dari kedai dia, badan kita bau asap.

6. Orang yang buruk akhlaknya.

Nabi SAW suka dengan orang yang baik akhlaknya.
• Akhlak dengan diri sendiri.

- jangan biarkan diri dalam keadaan tak terurus, jahil, sedih berpanjangan, tak
terjaga.

7. Melupakan dosa-dosa yang lepas. Dosa perlu dikoreksi. Kesalahan perlu
diperbaiki. Kalau nak baiki kesalahan, kita kena tahu kesalahan kita.

Pra-syarat nak jadi baik: dia kena ada kemampuan lihat kelemahan diri.

Kalau kita tak tahu kereta kita rosaknya apa, macam mana nak baiki?

8. Suka menyebut kebaikan-kebaikan dia yang lalu untuk diungkit-ungkit.

*Dibolehkan menyebut kebaikan sebagai contoh/iktibar. Bukan untuk berbangga-
bangga atau menunjuk-nunjuk.

9. Dalam hal dunia, dia melihat kepada yang di atas (jadi, dia selalu rasa tak
cukup). Dalam hal agama, dia melihat kepada yang di bawah. (Jadi, bila dia solat
lambat, dia kata kepada diri sendiri, "alaa, banyak lagi orang tak solat).

Nota: Dalam hal agama, bila kita selalu melihat kepada yang di bawah, nanti kita jadi
orang yang meremehkan agama.

• Dalam hal dunia, kita boleh melihat kepada yang di atas tetapi *jangan sampai
tamak.*

10. Lupakan mati.
Orang Islam disuruh mengingat mati bukan untuk menjadi murung. Mati itu adalah
permulaan hidup baru di akhirat nanti. Bila kita ingat mati, seharusnya kita jadi lebih
produktif.

‫ا ْﻟﻌَ ِظﯾ ُم‬

(33) Allah SWT Al-Azim
Allah SWT Yang Maha Agung

Dari sudut kehidupan
Allah SWT Yang Maha Agung sifat kebesaran, kemuliaan dan kekal selama-
lamanya. Tidak seperti keagungan manusia yang runtuh dan hilang.

Walaupun Allah yang menciptakan manusia dan tidak semua manusia menyembah
Allah, tidak mengurangkan sedikitpun keagungan Allah.

Kenapa Allah SWT Yang Maha Agung minta kita mengagungkan Allah SWT?
Sebab, dengan rasa kekaguman itulah seseorang boleh menyembah Allah SWT.
Seseorang hanya menyembah sesuatu yg dia kagumi.

Orang akan menyembah dengan sebenar-benarnya bila dia ada
rasa kagum dan berterima kasih kepada Tuhan. Allah suruh kenang nikmat yang
Allah bagi. Kita sibuk highlight kan kesusahan sedangkan kita sebenarnya setiap
masa berenang dalam lautan nikmat.

Sehebat mana pun kita, bila mati kita tetap akan dimandikan, dikapan, diusung ke
kubur. Kubur ada 2 jenis: yang suram dan yang ceria bercahaya. Yang suram kerana
takde amalan dan dilupakan. Kubur yang bercahaya kerana ada amalan yang kekal
dan ada keluarga yang tetap mendoakan.

Semua yang ada di bumi itu akan binasa,
tetapi wajah Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan tetap kekal.
QS Ar-Rahman 55:27

Dari sudut perbuatan
Kita selalu penat tapi Allah tak pernah penat. Sebab itu kita wajib mengagungkan
Allah SWT.

Kita selalu mengharapkan yang terbaik....sampai kadang-kadang kita kecewa. Kita
selalu mengharapkan yang indah-indah. Rumput itu sepertinya terlebih hijau di
sebelah sana. (Always thinking the grass is greener on the other side.) Akhirnya kita
rasa susah, berat dan penat. Kita sentiasa melihat orang lain lebih bahagia dari kita
sampai akhirnya kita penat. Binalah kebahagiaan dengan apa yang kita telah ada
sekarang. Jangan bandingkan dengan orang lain.

Allah SWT tetap bagi rezeki kat kita walaupun kita solat subuh lambat.

Apakah kita perlu mengagungkan manusia lain?. Manusia lain pun sama macam
kita. Bermasalah. Kita boleh kongsikan dan bincangkan sesuatu tapi mintalah
kepada Allah SWT untuk bagi pencerahan.

Ada orang minta tolong dengan jin. Jin pun lemah. Jin pun dalam taklukan dan
kekuasaan Allah sepenuhnya.

Macam mana nak mengagungkan Allah SWT?
Wujudkan dalam diri dua perkara: mengagungkan Allah dan mensyukuri nikmat
Allah.

Nak mengagungkan Allah, kita kena utamakan hak-hak Allah SWT. Kamu jaga hak
Allah, pasti Allah akan membela kamu. Mintalah pertolongan dengan Allah dan
utamakan hak-hak Allah, pasti Allah tolong.

Siapa suruh kita jadi anak/isteri/ibu yang solehah? Allah yang suruh. Bukan suami.
So jadilah isteri solehah. Selebihnya serah pada Allah.

Ibadah ni ada yang untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara & ummah.

Contoh ibadah untuk:

Diri sendiri: solat.
Keluarga: jadi anak soleh.
Masyarakat: hadiri majlis ilmu.
Negara: pertahan negara bila diserang.
Ummah: yang melangkaui batas geografi seperti Palestin, minimum doakan untuk
mereka.

La ilaha illAllah bermaksud
Tiada yang memberi rezeki selain Allah.
Tiada yang memberi jalan keluar selain Allah.
Tiada yang mengamankan selain Allah.
Tiada segala2nya selain Allah.

‫ا ْﻟﻐَﻔُو ُر‬

(34) Allah SWT Al-Ghafur
Allah SWT Yang Maha Pengampun

Dalam rantaian Asmaul Husna, ada beberapa nama yang menggambarkan Allah
Maha Pengampun. Al-Ghafar, at-Tawwab (Yang Memberi Taubat), al-Afuw (Yang
Maha Pemaaf),

Khabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahwa Akulah Yang Maha Pengampun,
Maha Penyayang,
QS Al-Hijr 15:49

Ada seorang tu pernah bunuh 99 nyawa. Satu hari, dia terasa bersalah lalu pergi
berjumpa seorang rahib untuk bertanya, 'ada tak peluang untuk dia bertaubat?'.
Rahib itu kata tiada. Lelaki ini menjadi marah lalu membunuh rahib tersebut.
Kemudian, lelaki ini meneruskan perjalanannya lalu bertemu seorang alim.
Mendengarkan soalan yang sama, si alim menjawab dengan memberitahu QS 15:49
sebagaimana di atas. 'Kalau begitu, ajarkanlah aku bagaimana untuk menjadi orang
yang baik?' balas lelaki ini.

*Allah tidak melihat di mana kita bermula. Allah melihat di mana kita berakhir. Kalau
penghujung kita baik, maka baik lah yang akan di nilai di sisi Allah SWT.

maka mereka itu, mudah-mudahan Allah memaafkannya. Allah Maha Pemaaf, Maha
Pengampun.
QS An-Nisa' 4:99

Apa beza di antara al-Afuww dan al-Ghafur? (Kedua-duanya ada dalam duduk
antara dua sujud)

Al-Afuww: kita minta maaf pada kesalahan yang kita tak perasan kita buat.

Al-Ghafur: kita minta maaf pada kesalahan yang kita tahu kita buat.

Kalau kita nak minta ampun dengan Allah SWT, syaratnya ialah kita mesti iktiraf
dosa-dosa kita. (akui dosa) Sebab itu, salah satu sumpah iblis adalah...

Ia (Iblis) berkata, “Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahwa aku
sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku
akan menyesatkan mereka semuanya,
QS Al-Hijr 15:39

* Bila orang tak nampak salah dia kat mana, dia susah nak bertaubat.

Lima(5) kelebihan orang yang bertaubat.

i. Orang yang bertaubat diampuni dosa-dosanya. Dibersihkan dan terus
dibersihkan. Kalau ada dosa yang terlepas pandang, diampunkan dengan rahmat

Allah SWT. Sebab itu, perkara yang paling menggembirakan kita bangsa manusia,
'bagi mereka masa pengampunan dan ganjaran yang mulia'.

Bilakah masa pengampunan itu?
a. Ketika kita diiring ke kubur, amalan baik dan buruk kita akan masuk sekali. Tetapi
bagi orang yang melazimi taubat, dosa-dosanya ditahan. Tak masuk sekali ke dalam
liang lahad. Inilah masa pengampunan.

b.Ketika kita dihisab. Ditimbang amalan. Tengok-tengok dosa melebihi pahala. Allah
SWT mengampunkan orang yang melazimi taubat.

ii. Orang yang bertaubat ditinggikan darjat.
Di sisi Allah SWT, kita semua lahir sebagai Abdullah. Nanti ada yang meninggal
sebagai:
• al-Muqarrobin (orang yang rapat dengan Allah SWT),
• Ashabul Yamin (golongan kanan ie yang diberi rahmat Allah SWT),
• Waliyullah,
• as-Solihin (orang yang soleh), DAN
ada juga yang meninggal sebagai
• Laknatullah.

Naudzubillah.

Bila kita bertaubat, Allah SWT tinggikan darjat kita. Bila kita meninggal, biarlah kita
dapat nama yang bagus di sisi Allah SWT dan diraikan oleh para malaikat.

Jadi, apa persiapan kita?
~ Dah buat waqaf?
~ Dah tinggalkan ilmu yang bermanfaat?
~ Dah tinggalkan anak yang soleh?

iii. Orang yang bertaubat dikurniakan taufik & hidayah. Orang yang makin hampir
dengan Allah SWT, makin dibimbing Allah SWT.

Apa maksud hidayah?
Hidayah adalah ketukan hati.
Taufik adalah jalan.
Ada orang dapat hidayah nak jadi baik tapi tak jumpa jalan (tak dapat taufik).

Orang yang selalu memohon keampunan Allah SWT akan ditambah lagi hidayahnya.

Katakanlah, “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka
sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah
mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha
Penyayang.
QS Az-Zumar 39:53

4. Orang yang melazimi taubat dapat kasih sayang Allah SWT.

Dalam bahasa Arab, kasih sayang Allah dipanggil rahmat Allah.

Dan Tuhanmu Maha Pengampun, memiliki kasih sayang. Jika Dia hendak menyiksa
mereka kerana perbuatan mereka, tentu Dia akan menyegerakan siksa bagi mereka.
Tetapi bagi mereka ada waktu tertentu (untuk mendapat siksa) yang mereka tidak
akan menemukan tempat berlindung dari-Nya.
QS Al-Kahf 18:58

* Kalau Allah beri kasih sayang kepada kita, Allah akan takdirkan benda-benda yang
baik untuk kita.

Untuk kita menghindar dari takdir yang buruk, ada sebuah doa yang diajarkan Nabi
SAW:
Allahumma inni audzubika min su'il qadha'
"Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau dari takdir yang buruk."

Bila kita selalu minta ampun dengan Allah dan dengan kasih sayang Allah, akan
ditakdirkan untuk kita dengan takdir yang baik. Kalau berlaku pun takdir yang buruk
itu, Allah ringankan dan ubah dengan yang lebih baik.

Antara doa yang selalu dibaca Rasulullah SAW adalah:
“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan
lindungilah kami dari azab neraka.”
QS Al-Baqarah 2:201

Apakah 'kebaikan di dunia?'
• Takdir yang baik.

5. Orang yang melazimi istighfar akan diberi keberkatan dalam hidupnya.
Apa maksud berkat?
• Pertambahan kebaikan.
Kalau ada harta, harta itu semakin banyak dan membawa dia ke arah kebaikan.

Ada juga orang yang semakin banyak harta, semakin lupa Tuhan.

Ada orang dapat ilmu. Ilmu itu bawa dia ke arah kebaikan. Itu maksudnya berkat.
Ada juga orang berilmu tapi sombong.

Keluarga yang bawa dia ke arah kebaikan, keluarga itu ada keberkatan.

Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah.
Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu
tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh, Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun.
QS Al-Isra' 17:44

‫اﻟ ﱠﺷ ُﻛو ُر‬

(35) Allah SWT Asy-Syakur
Allah SWT Yang Maha Pembalas

Allah SWT Asy-Syakur.
Allah Yang Maha Pembalas.

Apa beza di antara nama Allah Asy-Syakur dengan Dzuntiqam?
Dzuntiqam bermaksud pembalasan kepada keburukan yang orang buat sedangkan

Allah Asy Suakur adalah pembalasan kepada kebaikan dan amalan yang dikerjakan
sekalipun amalan itu kecil sahaja.

Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat
(balasan)nya, dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia
akan melihat (balasan)nya.
QS Az-Zalzalah 99:7-8

*Dapat buat amalan adalah suatu rezeki. Syukurilah. Imam Malik kata amalan adalah
rezeki sama seperti rezeki makan.

Di atas amalan baik yang dikerjakan, Allah SWT akan balas dengan lima(5)
perkara.

1. Allah SWT beri balasan pahala lebih banyak dari amalan kita.

Agar Allah menyempurnakan pahalanya kepada mereka dan menambah kurnia-Nya.
Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Mensyukuri.
QS Fatir 35:30

• Orang yang menjaga kualiti puasanya. Allah boleh balas sampai 700 kali ganda.

• Orang yang istiqomah diberi pahala yang sama ketika dia buat amalan itu, pada
masa dia tak dapat buat.

• Kalau kita waqaf tanah/bangunan, selagi mana bangunan itu ada, selagi itulah
pahala kita mengalir.

• Kalau kita waqafkan al-Qur'an kepada anak-anak sekolah tahfiz yang sedang
menghafal al-Qur'an, bayangkan bila suatu hari nanti mereka menjadi imam di dalam
solat dengan ribuan jemaah. Pahalanya untuk kita.

• Carilah peluang untuk buat kebaikan kerana hidup ini sangatlah tidak lama.


Click to View FlipBook Version