The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by My Flower English, 2019-09-13 05:08:53

Syarah Asmaul Husna Vol 2

Syarah Asmaul Husna Vol 2

2. Allah SWT rezekikan kepada dia untuk buat lagi amalan baik. Jadinya, kalau
dia betul-betul ikhlas, semakin hari akan semakin banyak peluang untuk dia berbuat
baik.

Itulah (kurnia) yang diberitahukan Allah untuk menggembirakan hamba-hamba-Nya
yang beriman dan mengerjakan kebajikan. Katakanlah (Muhammad), “Aku tidak
meminta kepadamu sesuatu imbalan pun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam
kekeluargaan.” Dan barangsiapa mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan
kebaikan baginya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Mensyukuri.
QS Ash-Shura 42:23

Ada sekumpulan orang menganjurkan kelas agama di Shah Alam. Berlaku banjir di
Kelantan. Orang lain datang hantar bantuan kepada kumpulan ini lalu mereka
menguruskan penghantaran bantuan ke Kelantan. Begitulah. Tak semua orang
direzekikan begini. Terima kasih Ya Allah.

Semakin hari umur kita meningkat, semakin banyak peluang buat kebaikan.

Orang yang beriman selalu dikaitkan dengan berbuat baik....

kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling
menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
QS Al-Asr 103:3

3. Allah SWT akan nampakkan kelemahan dirinya di mata dia dan direzekikan
untuk dia baiki kelemahan itu.

Kita solat. Alhamdulillah. Semakin kita solat, Allah SWT akan menampakkan
(kelemahan kita dalam solat) kepada kita "ehh..macam tak sempurna lah aku solat".
Lalu kita masuk kursus solat untuk perbaiki solat kita.

Hari ini seseorang itu baca Al-Qur'an. Semakin baca semakin rasa ada yang tak
betul. Cari dan jumpa pulak orang yang boleh mengajar makhraj yang betul.

*Yang paling beruntung adalah orang yang sentiasa memperbaiki dirinya.
• Allah tidak melihat di mana kita bermula. • Allah melihat penghujungnya.

Macam mana nak baiki diri?
Kita kena tahu kelemahan diri.
Allah akan bukakan.

Ikhlaskan niat dan teruslah buat amalan.
Hadis Nabi SAW
"Siapa yang berbuat benda yang dia tahu, Allah SWT akan rezekikan benda yang dia
tak tahu."

4. Allah SWT akan kumpulkan kita dengan orang-orang yang baik.

Allah datangkan kawan-kawan yang baik. Ada saja dorongannya. Allah akan
kenalkan kita dengan orang yang bagus-bagus.

Kalau kita nak tahu sama ada kita dirahmati Allah atau tidak, kawan kita tu semakin
golongan yang baik atau tidak? Semakin berumur, perbualannya semakin ke arah
kebaikan atau tidak?

5. Sekiranya dia terus berbuat baik dan bersyukur di atas peluang itu, Allah SWT
hindarkan dia dari takdir-takdir yang buruk.

Allah tidak akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman. Dan Allah Maha
Mensyukuri, Maha Mengetahui.
QS An-Nisa' 4:147

Ada satu doa diajarkan Nabi SAW:
Allahumma inni 'audzubika min su'il qadha'.
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari takdir yang buruk."

Kenapa wujud doa sebegini?
Kerana takdir ini memang ada. Sama ada Allah ubahkan langsung atau diringankan
yang buruk.

‫ا ْﻟﻌَ ِﻠ ﱡﻲ‬

(36) Allah SWT Al-Aliy
Allah SWT Yang Maha Tinggi

Allah SWT yang mencapai tingkat setinggi-tingginya. Tak mungkin dapat
digambarkan oleh fikiran sesiapapun. Tak pula dapat difahami oleh akal manusia,
bagaimana pintar atau pandainya seseorang itu.

1. Maha Tinggi Allah SWT dari sudut Dzatnya. Kita manusia tak akan mampu
memikirkan bagaimana bentuk Dzat Allah SWT.
Kata ulama, hendaklah kamu berfikir tentang ciptaan Allah. Jangan kamu berfikir
tentang dzat Allah.

Dari sudut dzat, Allah tak akan sama dengan manusia.

(Allah) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan
dari jenis kamu sendiri, dan dari jenis haiwan ternak pasangan-pasangan (juga).
Dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatu pun yang
serupa dengan Dia. Dan Dia Yang Maha Mendengar, Maha Melihat.
QS Ash-Shura 42:11

2. Maha Tinggi Allah SWT dari sifatNya. Ketinggian sifat Allah SWT. Kalau kita
bicara tentang Allah Al-Qodir, Allah Yang Maha Berkuasa, kekuasaan Allah itu tidak
bertepi dan tidak berkurangan.

Hari ini sehebat mana pun seorang raja, bila dimamah usia, dia akan semakin lemah
dan semakin lemah.

Lebih kurang 400 tahun sebelum masehi, Dzulkarnain a.k.a. Cyrus the Great,
seorang raja dari Parsi yang hebat, menguasai timur dan barat dan seorang yang
beriman. Bersyariatkan syariat Nabi Sulaiman AS, Nabi Daud AS dan Nabi Musa AS.

Dzulkarnain, dihujung usianya jatuh sakit. Dia berpesan kepada pengurusan istana,
sebagai tarbiyah iman terakhir seorang raja untuk rakyatnya, nanti bila jenazahnya
diusung, tangannya mestilah dikeluarkan dari keranda. Biar tangan ini dilihat oleh
rakyat bahawa tangan ini tidak membawa apa-apa. Keduanya, sebesar mana pun
kekuasaan seorang raja, pulangnya kepada Allah SWT seorang diri, tak bawa
sesiapa pun. Dan mesej ini sampai kepada rakyatnya.

Itulah manusia. Kekuasaannya berakhir bila hayatnya berakhir. Tapi kekuasaan Allah
kekal dan tak akan merosot sedikitpun.

Pemilik hari pembalasan.
QS Al-Fatihah 1:4
*Allah itu Raja. Sampai hari kiamat.*

Rahsia rezeki
Siapa nak rezeki dia murah:
i. Allah SWT beri kepada tanggungjawab yang kita tunaikan. Jadi, kalau orang itu
tunaikan tanggungjawab, ada rezekinya nanti. Dan semakin besar tanggungjawab
yang dipegang, semakin murah rezekinya.

Kalau seorang suami mengabaikan tanggungjawab sehingga tanggungjawab
mencari nafkah terpaksa di galas isteri, saksikan rezeki isterinya (dan anak-anak)
ada dan akan semakin bertambah sesuai keperluan. Tapi rezeki suaminya setakat itu
sahaja.

Sebab itu, Islam suruh kita tunaikan tanggungjawab kerana rahsia rezeki ada di situ.

ii. Pada keperluan kita. Kalau keperluan banyak tapi macam tak cukup je,
maksudnya itu bukan keperluan, itu pembaziran

3. Allah al-Aliy. Allah Yang Maha Tinggi dalam perkara-perkara yang berkaitan
Allah SWT.

Apakah perkara-perkara yang berkaitan Allah SWT?

3.1 Antaranya, kitab-kitab yang diturunkan kepada manusia. Tinggi sungguh
ilmunya. Tinggi sungguh keadaan pengajarannya. Tinggi sungguh panduan-
panduannya.

Ada empat kitab yang diturunkan kepada manusia:
Taurat diturunkan kepada Nabi Musa AS.
Zabur diturunkan kepada Nabi Daud AS.
Injil diturunkan kepada Nabi Isa AS.
Al-Qur'an diturunkan kepada Nabi SAW.

Kata Allah SWT, yang kekal hanya Al-Qur'an. Kitab-kitab lain dah diubah.

Sebab itu, ilmu-ilmu berkaitan al-Qur'an ini Masya Allah.

3. 2 Para Nabi dan Rasul yang diutus Allah SWT. Status para Nabi & Rasul tinggi.
Mereka dikurniakan mukjizat-mukjizat.

Nabi Daud AS bersuara merdu.
Nabi Sulaiman AS punya kekuasaan tentera jin, burung2, manusia, binatang &
angin.
Nabi Musa AS boleh membelah laut.
Nabi Muhammad SAW membelah bulan dan Al-Qur'an itu sendiri mukjizat buat
Rasulullah SAW.

● Kitalah umat yang paling beruntung kerana mewarisi al-Qur'an mukjizat Nabi.
Umat-umat terdahulu tidak mewarisi mukjizat Nabi mereka.

Dulu, siapa yang ikut Nabi Nuh AS naik ke kapal, mereka selamat. Siapa yang ikut
Nabi Musa AS menyeberang ke laut yang terbelah, pun selamat. Sekarang, kita umat
Nabi Muhammad SAW. Siapa yang ikut Nabi SAW (iaitu yang mengamalkan sunnah-
sunnah Nabi SAW) akan selamat.

Contoh sunnah: Senyum itu sedekah, memanggil pasangan dengan panggilan yang
baik.

● Bimbingan dari hadis-hadis Nabi SAW adalah yang tertinggi kerana Rasulullah
SAW dibimbing Allah.

Mahasuci dan Mahatinggi Dia dari apa yang mereka katakan, luhur dan agung (tidak
ada bandingannya).
QS Al-Isra' 17:43

‫ا ْﻟ َﻛ ِﺑﯾ ُر‬

(37) Allah SWT Al-Kabir
Allah SWT Yang Maha Besar

Kebesaran Allah SWT mencakupi seluruh kekuasaanNya dan keadaan.

Dan hanya bagi-Nya segala keagungan di langit dan di bumi, dan Dialah Yang
Mahaperkasa, Mahabijaksana.
QS Al-Jathiya 45:37

Wahai orang yang berkemul (berselimut)!
bangunlah, lalu berilah peringatan!
dan agungkanlah Tuhanmu,
QS Al-Muddaththir 74:1-3

Dan katakanlah, “Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak dan tidak (pula)
mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya dan Dia tidak memerlukan penolong dari
kehinaan dan agungkanlah Dia seagung-agungnya.
QS Al-Isra' 17:111

Sepuluh(10) Keadaan Bila Kita Perlu Mengingati Allah SWT

i. Dalam ibadah kita. "Dirikanlah solat untuk membesarkan Allah SWT."

ii. Dalam dzikir(ingatan) kita. Sebab itu, selepas solat disunatkan membaca
SubhanAllah (33x), Alhamdulillah (33x) fan Allahu Akbar (34x).

iii. Dalam peperangan.

“Betapa banyak kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah.”
QS Al-Baqarah 2:249

iv. Ketika bermusafir.
v. Ketika keluar untuk mencari nafkah. Yang memberi rezeki hanya Allah SWT.
Kita hanya usaha. Rezeki bukan sahaja yang zahir, termasuk juga benda-benda
yang tak nampak seperti keberkatan.

Dapat duit, itu rezeki.
Dapat duit yang berkat, itu rezeki yang satu lagi.
Orang kalau ada harta dan harta itu direzeki dengan keberkatan, ada tiga(3)
tanda/ciri-ciri harta itu berkat:

Harta itu membawa ketenangan bagi dia. Pernah tak jumpa orang yang semakin
banyak harta, semakin tak tenang?

Harta itu mencambahkan kebaikan. Dengan harta, bawa orang pergi Mekah.
Dengan harta, banyak bersedekah.

Anak adalah rezeki.
Anak yang soleh dan solehah adalah rezeki yang satu lagi.

vi. Meraikan perayaan. Aidil Fitri dan Aidil Adha. Islam tidak melarang kita meraikan
perayaan yang lain dengan tiga(3) syarat:

a. bukan perayaan keagamaan.
b. tidak ada lambang kepada benda maksiat. Hari Kekasih? Setakat ini di Malaysia
kalau dikempenkan, kekasih tu bukan isteri tau.
c. tidak ada unsur syirik. Dulu pada Hari Merdeka, pernah letak bunga di Tugu
Negara. Kemudian, ini difatwakan tak boleh dah.

vii. Pada doa. Ada orang yang berdoa tidak minta kepada Allah SWT. Dia minta
kepada kubur, pokok-pokok dan batu-batu.

Kita ini kalau ada hajat, sunnatullahnya atau tertibnya adalah, mintalah pada Allah
dahulu. Lepas itu, baru pergi jumpa manusia.

viii. Dalam sapaan-sapaan. Beri salam.
"Assalamualaikum".

Jawapannya, "Waalaikumussalam warahmatullah".
Ingat Allah di dalam salam.

ix. Dalam kejadian-kejadian yang berlaku.
Bersin. Yarhamkallah.
Ditimpa musibah. Ucapkan Innalillah.

x. Talbiah. Ketika kita menunaikan haji. Orang yang datang mengerjakan haji dan
umrah adalah tetamu Allah. Sepanjang perjalanan itu, besarkanlah Allah SWT.

Ada orang berharta tapi belum berhaji kerana belum dijemput Allah SWT. Ada orang
biasa-biasa saja tapi tiap-tiap tahun pergi haji.

Demikianlah (kebesaran Allah) kerana Allah, Dialah (Tuhan) Yang Hak. Dan apa saja
yang mereka seru selain Dia, itulah yang batil, dan sungguh Allah, Dialah Yang
Mahatinggi, Mahabesar.
QS Al-Hajj 22:62

Mahasuci nama Tuhanmu Pemilik Keagungan dan Kemuliaan.
QS Ar-Rahman 55:78

‫ا ْﻟ َﺣ ِﻔﯾ ُظ‬

(38) Allah SWT Al-Hafiidz
Allah SWT Yang Maha Menjaga

Yang dimaksudkan Allah SWT Al-Hafidz adalah Allah yang mengawal, menguasai
sesuatu perkara supaya tidak menjadi rosak dan cedera dan menjaga amal ibadah
hambaNya tidak akan sia-sia, untuk memberikan balasan kepada mereka.

Dia (Yakub) berkata, “Bagaimana aku akan mempercayakannya (Bunyamin)
kepadamu, seperti aku telah mempercayakan saudaranya (Yusuf) kepada kamu
dahulu?” Maka Allah adalah penjaga yang terbaik dan Dia Maha Penyayang di
antara para penyayang.
QS Yusuf 12:64

Lima(5) Perkara Yang Allah SWT Jaga

1. Allah SWT menjaga dan memelihara orang yang menjaga hak Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW:
a.Kamu jaga hak Allah maka Allah akan memelihara hak kamu.
b. Kamu pelihara hak Allah nanti kamu akan merasakan Allah berada di hadapan
kamu.
c.Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah.
d. Jika kamu minta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah.

Apakah hak-hak Allah SWT?
Apa saja perintah dan larangan dari Allah SWT. Allah suruh jadi isteri solehah bukan
orang lain suruh. Allah suruh jadi suami bertanggugjawab bukan mak suruh. Allah
suruh jadi anak soleh/solehah, bukan guru KAFA suruh.

Ikutlah perintah Allah walaupun perit. Dengan keperitan itu, kita akan mersi disayangi
Allah. Allah lah yang beri jalan keluar untuk semua masalah. Allah juga yg akan
melindungi kita.

2. Allah SWT memelihara janji-janji Allah.
• Orang yg ahli sedekah, pasti Allah akan lebih menggandakan hartanya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Bersedekah itu akan digandakan dengan 10 kali ganda."

Cubalah!!! Benda iman boleh dicuba.

• Janji Allah untuk ahli ibadah. Dikurniakan muka yang manis (kesan-kesan sujud).

Dan tidak ada kekuasaan (Iblis) terhadap mereka, melainkan hanya agar Kami dapat
membedakan siapa yang beriman kepada adanya akhirat dan siapa yang masih
ragu-ragu tentang (akhirat) itu. Dan Tuhanmu Maha Memelihara segala sesuatu.

QS Saba' 34:21

• Allah SWT Maha Memelihara kebenaran. Bacalah Surah Yusuf.

• Allah SWT memelihara agama Islam. Akan didatangkan orang2 yang akan
memelihara agama ini.

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan pasti Kami (pula) yang
memeliharanya.
QS Al-Hijr 15:9

• Allah SWT Al- Hafidz menjaga keperluan makhluk-makhlukNya

Maka jika kamu berpaling, maka sungguh, aku telah menyampaikan kepadamu apa
yang menjadi tugasku sebagai rasul kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti kamu
dengan kaum yang lain, sedang kamu tidak dapat mendatangkan mudarat kepada-
Nya sedikit pun. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pemelihara segala sesuatu.”
QS Hud 11:57

‫اﻟ ُﻣﻘﯾِت‬

(39) Allah SWT Al-Muqit
Allah SWTYang Maha Memberi Dengan Secukupnya.

Dan ingatlah Allah Mahakuasa mencukupkan atas tiap-tiap sesuatu itu.
QS An-Nisa' 4:85

Manusia terbina dari lima(5) komponen:

i. Roh.
Kalau tak ada roh, tak dikatakan manusia.

ii. Akal.
Kalau tak ada akal, tak dikatakan manusia.

iii. Nafsu.
Kalau tak ada nafsu, tak dikatakan manusia.

iv. Hati &

v. Jasad

Kalau tak ada roh, akal, nafsu, hati & jasad, maka tak adalah manusia.

Allah Al-Muqit mencukupkan kelima-lima bahagian. Semua sekali.
Kalau ada seseorang yang tak stabil, ada yang tak cukup makan dalam dirinya tu.

Makanan bagi:
Roh ialah kenal Tuhan,
Akal ialah ilmu dan pengalaman,
Nafsu ialah amalan baik,
Hati ialah dzikir (ingat), dan
Jasad ialah apa saja makanan harian kita.

1. Roh.
Makanan bagi roh adalah kenal Allah SWT. Sewaktu di alam roh,

“Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab, “Betul (Engkau Tuhan kami),
kami bersaksi.”
QS Al-A'raf 7:172

Maknanya, roh memang kenal Allah SWT. Sebab itu, ketika kita diturunkan ke muka
bumi ini, kita disuruh kenal Allah SWT. Ramai orang tercari-cari siapa itu Tuhan
sebab memang fitrah roh hendak berTuhan. Orang yang menolak agama sekalipun,
di hati kecil mereka tetap mengakui kewujudan Tuhan dan kewujudan ajaran Allah
SWT yang membawa kita jadi baik.

Islamlah satu-satunya agama yang secara detail mengenalkan siapa Allah SWT
melalui Al-Qur'an.

Fikiran runsing, rasa 'kosong' atau tak tenang jiwa, kenapa? Kerana roh tak diberi
makan hingga roh kurus-kering tak kenal Tuhannya.

Hari ini, Allah SWT cukupkan makanan bagi roh. Allah SWT jadikan kejadian-
kejadian di alam ini untuk kita kenal balik siapa Allah SWT. Sehebat mana pun
manusia dengan kemajuan sains dan teknologi, tetap tertakluk kepada kekuasaan
Allah SWT. Sebab itu, ada kapal terbang hilang tapi tak dijumpai. Kapal terbang QZ
tenggelam cuma 30 meter tapi mengambil masa berhari-hari untuk dijumpai. Walhal,
kedalaman 30 meter itu biasa untuk recreational diving. Anak-anak seumur 12 tahun
pun boleh dengan mudahnya menyelam sedalam itu.

Hari ini, kita kena renung diri kita. Kenal Tuhan. Anak-anak kita, jangan sampai
zahirnya makan cukup tetapi rohnya kurus-kering sebab tak dibagi makan. Tak kenal
Tuhan. Sebab itu, tak tenang, rasa kosong, runsing tapi tak tahu kenapa. Sebabnya,
roh itu tak diberi makan. Makanannya adalah...kenalilah Allah SWT.

La Ilaha illAllah. Orang Melayu menterjemahkannya sebagai "Tiada Tuhan(Ilah)
melainkan Allah." Sebenarnya, 99 nama Allah dalam rantaian asmaul husna, itulah
Ilah.

Tiada yang memberi rezeki melainkan Allah.
Tiada yang menyayangi melainkan Allah.
Tiada yang memberi jalan keluar bagi masalah melainkan Allah.
Tiada yang melindungi melainkan Allah.
Tiada segala-galanya melainkan Allah.
Hidup dengan La Ilaha illAllah.
Mati dengan La Ilaha illAllah.

Nota:

*Hari ini kalau kesempitan rezeki, dzikirkan La Ilaha illAllah dan masukkan ke dalam
hati 'Tiada yang Memberi Rezeki melainkan Allah'.

*Kalau hati tak tenang,
dzikirkan La Ilaha illAllah dan masukkan ke dalam hati 'Tiada yang Memberi
Ketenangan melainkan Allah'.

2. Akal.

Apakah makanan bagi akal? Makanan bagi akal adalah ilmu dan pengalaman. Hari
ini, kita dapat belajar Asmaul Husna. Dan dapat faham pula. "Tidak sama orang yang
tahu dengan yang tidak mengetahui"
“Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak
mengetahui?” Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima
pelajaran.
QS Az-Zumar 39:9

Al-Qur'an suruh kita belajar ilmu. Hadis Nabi SAW suruh kita belajar ilmu. Jangan
biarkan diri kita bodoh. Sebab ilmu itu makanan bagi akal.

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan,
QS Al-Alaq 96:1

Bukan baca semata-mata!!

Maknanya, bacalah apa-apa bacaan yang akan mengingatkan kita akan Allah
SWT. Jangan hanya baca majalah hiburan semata-mata. Bacalah apa-apa yang
akan mendatangkan tauhid. Mendekatkan kita kepada Allah SWT.

3. Nafsu.

Nafsu adalah kehendak. Bukan berkait seksual sebagaimana yang selalu dibayangi
oleh ramai orang. Apakah makanan bagi nafsu? Makanannya ialah amalan baik.

Kalau nafsu makan, apakah amalan yang baik pada pemakanan?

Tentang berhias, macam mana amalan baik ketika berhias? Perempuan sukakan
kecantikan. Kalau satu jerawat tumbuh, runsingnya seminggu. Itu fitrah. Tak salah.
Cuma kata Allah SWT, jangan kamu berhias macam orang jahiliyah yang awal.
Mengikut tafsir, zaman ini adalah di antara Nabi Isa AS sampai Nabi Muhammad
SAW. Apa yang ada pada zaman itu? Ada dua kerajaan besar, Rom dan Parsi.
Jangan berhias cara mereka.

Nak kahwin? Di aturkan.

Nafsu adalah amalan yang baik. Jangan kita spoil kan diri kita dengan amalan yang
tidak baik. Didik. Latih. Mendidik diri ini perlu ada rasa sakit sikit. Kita kena lawan diri
kita. Namanya mujahadah.

4. Hati.

Apakah makanan bagi hati? Makanan hati adalah dzikrullah. Ingat. Bila dah kenal
Allah SWT, selalu ingat.

Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.
QS Ar-Ra'd 13:28

Kenapa manusia tidak tenang?
Sebab dia kurang ingat Allah SWT.

5. Jasad.

Apakah makanan bagi jasad? Apa-apa makanan yang halalan toyyiba. Makanlah
apa yang kita nak makan. Janji makanannya halal lagi baik.

Apa yang jadi kepada manusia bila kelima-lima komponen ini(roh,akal,nafsu hati &
jasad) tak diberi makan dengan baik?

Roh, sepatutnya kenal Allah tapi dibawa kepada benda-benda yang syirik kepada
Allah SWT maka rosaklah roh. Percaya kepada keris lama la, jubah Nabi Khidir,
benda-benda pemujaan, mantera, sihir. Kita meracuni roh kita dengan benda-benda
sihir, syirik dll.

Kenapa manusia boleh rosak? Dia rosakkan roh dia. Macam jasad. Kita makan
benda tak baik, kan jadi sakit kita? Makan benda memabukkan, jadi mabuk.

Sama dengan roh. Allah SWT telah sediakan makanan yang baik. Jangan bagi
makan benda yang tak baik kepada roh. Kita akan rosak.

Akal. Makanannya adalah ilmu dan pengalaman. Timba ilmu yang baik-baik. Jangan
menimba ilmu yang tidak bagus, kita akan merosakkan akal kita. Ataupun, jangan tak
bagi makan langsung. Tak nak baca buku sampai kosong otak. Kalau otak itu
kosong, dia tak boleh nak memikirkan yang selayaknya sebagai seorang khalifah.

Nafsu, makanannya adalah amalan yang baik. Ada orang buat benda-benda yang
buruk. Jadi nafsu itu terbiasa dengan benda-benda buruk.

Hati, makanannya dzikrullah. Orang yang ingat dunia semata-mata. Yang difikirkan
benda-benda yang tak ada. Benda-benda yang dah ada, tak disyukuri. Akhirnya
merosakkan diri sendiri. Jadi tamak, nak mengambil dengan cara yang haram.
Sebab apa? Sebab dzikrullah tu tak ada. Hanya ingat dunia. Lepas itu tak tenang.
Dunia adalah untuk diurus, bukan untuk dirunsingkan. Mencarinya pun runsing.
Runsing takut tak dapat. Dah dapat, runsing takut tak cukup. Membelanjakan
runsing, takut habis. Akhirnya runsing memanjang.

Jasad. Ada orang yang tidak memberi makanan yang halal pada jasadnya. Tidak
berzat. Makanlah yang bagus-bagus. Di antara nikmat syurga yang diturunkan ke
dunia ialah orang yang diberi nikmat makan.

Dari sudut syarak, makanan yang di masak oleh orang kafir, kalau kita nampak dia
masukkan apa-apa yang tak halal, kita tak boleh makan. Hukumnya haram. Tapi
kalau kita tak nampak, status dia syubhat. Syubhat, Nabi SAW suruh hindarkan.
Apakah hukum makan di kedai orang bukan Islam? Hukumnya syubhat.

Allah Al-Muqit. Allah Yang Maha Mencukupkan. Terima kasih Ya Allah.
Alhamdulillah. Allah SWT telah mencukupkan. Tinggal kita nak cari. Jangan tak
bagi makan. Jangan silap bagi makan.

‫ا ْﻟﺣ ِﺳﯾ ُب‬

(40) Allah SWT Al-Hasib
Allah SWT Yang Maha Penghitung

Allah Yang Maha Penghitung dibicarakan dari dua perkara:

1. Allah SWT menghitung apa-apa perkara berkaitan hak-hak harta.

Ada tujuh (7) jenis harta yang kita wajib tunaikan.

i. Harta-harta berkaitan zakat. Kalau ada zakat, kirakan sebaik-baiknya.

ii. Harta-harta berkaitan nazar. Nazar bermaksud janji kepada Allah SWT untuk
menunaikan sesuatu jika hajat kita terkabul. Nazar mesti dilafaz dengan lisan, kalau
dengan hati sahaja tidak menjadi nazar. Contoh:
"Ya Allah, kalaulah anak aku dapat masuk universiti, aku nak buat kenduri untuk
anak yatim 40 orang." Bagusnya nazar ada saksi. Takut terlupa dan/atau meninggal.
Jadi, harta berkaitan nazar mesti dikirakan dan ditunaikan sebaik-baiknya.

Kalau kita berhajat sesuatu, ada dua cara yang paling mudah:
a. Dengan bernazar,
b. Buat amalan dulu. Bila kita nak guna, "Ya Allah Ya Tuhanku, kalaulah ada
keikhlasan Ya Allah, tolonglah Ya Allah...hajat aku ini."

iii. Apa-apa berkaitan faraidh/pusaka. Apa-apa harta berkaitan pusaka, walaupun
kecil(seperti sehelai kain pelikat misalnya), kena minta halal. Apatah lagi benda yang
besar-besar seperti tanah ke, barang kemas ke.

Kalau kita makan harta haram dan kemudian kita meninggal, hak itu (yang tidak
sepatutnya) berada di waris-waris kita. Macam mana nak tanggung benda ini?

Bila ada yang meninggal, kita kena bahagi sama rata. Macam mana? Panggil semua
waris dan maklumkan bahagian masing-masing. Kemudian, tanyalah mereka,
bolehkah bahagi sama rata? Kalau ada yang tidak setuju, keluarkan bahagian dia.
Bahagian orang lain yang setuju, boleh dikirakan.

* Anak angkat tidak mewarisi harta. Jika nak dibahagikan sama rata, maka anak
angkat juga boleh dapat.

iv. Apa-apa harta berkaitan wasiat.

Setiap wasiat ada tiga syaratnya.
a. Tidak boleh diwasiatkan kepada waris yang layak dapat faraidh. "Okay, Bapak
wasiatkan separuh harta bapak kepada abang sulung." - tidak sah wasiat ini.

b. Wasiat tak boleh diberi kepada orang kafir.

c. Wasiat tidak boleh lebih dari satu pertiga harta.(1/3) Baki harta sebanyak 2/3 lagi
hendaklah dibahagikan secara faraidh. Sebaiknya wasiat ditulis dan ada saksi.

* Hibah boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum seseorang itu sakit yang
membawa kepada meninggal. (Kerana dibimbangi ada pengaruh yang tidak wajar.)
Kalau hibah semasa sakit terlantar di ICU, hibah kita tidak sah.

* Kalau wasiat itu didengar oleh seorang anak (Contoh: bapak wasiatkan harta
bapak kepada masjid) dan anak-anak yang lain tak dengar, tak bertulis dan tak ada
saksi lain, maka hanya hak anak yang mendengar sahaja yang di ambil untuk diberi
kepada masjid.

v. Apa-apa harta yang diamanahkan kepada kita. Contoh: harta anak yatim yang
di amanahkan kepada kita.

vi. Hutang, walaupun hutang itu tidak diminta. Hutang yang tidak diminta, tidak
secara automatik menjadi halal. Antara benda yang bakal membebankan kita di
akhirat nanti adalah hutang.

vii. Nafkah-nafkah.
Nafkah kepada isteri: makan, pakaian, tempat tinggal.
Nafkah kepada anak : makan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan & kesihatan.

Kalau suami tak mampu bagi nafkah:
a. Minta isteri halalkan ATAU
b. Minta hutang. Nanti bila dah mampu, bayar balik. Perlu dibuat kerana benda ini
ada keberkatannya.

Allah Yang Maha Penghitung. Jangan pernah rasa rugi buat baik. Sebab Allah janji
yang baik pasti akan di balas baik.

Kadang-kadang kita buat A, Allah balas A. Kadang-kadang kita buat A, Allah balas B.
Tapi kita tak perasan. Kita bercakap baik-baik dengan orang tapi orang sekeliling kita
marah-marah kita. Tapi kita sihat. (Allah balas B).

Kita banyak bersedekah. Mungkin Allah balas dengan anak kita dijadikan soleh.

Orang buat baik kepada kita tapi kita balas dengan kejahatan. Ini kezaliman
namanya.

Seorang anak menderhaka kepada ibu bapa. Ini kezaliman.

Kita berbuat baik kepada orang yang berbuat buruk kepada kita. Ini sunnah.

Orang buat buruk kepada kita dan kita balas keburukan kepada orang. Ini dendam.

Penghargaan

* Ustaz Muhammad b. Abdullah Al-Amin (Ustaz Amin)/ALCC
* www.quran.com

* https://99namesofallah.name/ untuk Asmaul Husna dalam tulisan bahasa Arab.
dan buat
* keluarga serta teman-teman yang selalu memberi dorongan untuk saya menulis dan tak
jemu-jemu membaca tulisan saya. Jazakillah khair.

Semua orang pasti tak akan terlepas dari ujian yang datangnya silih berganti dalam
kehidupan. Ada orang dıuji dengan penyakit. Di usia yang muda, hospital menjadi
rumah kedua. Ada orang diuji dengan masalah kewangan. Semua yang diikhtiarkan
seperti tidak menjadi tetapi semangatnya tetap tak luntur dalam pasang surut
kehidupan yang tak menentu. Orang lain diuji dengan pasangan yang tidak setia
walau istananya terbina atas dasar suka sama suka. Ada orang lain diuji dengan
datangnya pelbagai musibah. Entah kenapa hidupnya seperti tak pernah lekang dari
masalah.

Macam-macam ujian dengan bentuk yang berbeza. Yang pasti, persamaannya
adalah semua ujian menyempitkan hati. Ada orang mengakhiri ujian hidupnya
dengan membunuh diri tetapi ada yang tenang sahaja meneruskan kehidupan sambil
terus berikhtiar mendapatkan solusi.

Beruntunglah insan-insan yang saat ini sedang diuji seandainya ujian itu digunakan
sepenuhnya untuk mendekatkan diri kepada Pemilik segala solusi. Tanpa ujian atau
hajat sukar bagi kita menyedari hakikat ini. Jadi, apa sahaja masalahnya, carilah
Yang Maha Mengetahui segala isi hati. Sampaikanlah permintaan anda kepada
Yang Maha Memberi. Segalanya pasti kerana hanya Dia Yang Maha Memberi
Rezeki. Di kala hati resah gelisah, carilah Yang Maha Memberi Keselamatan dan bila
dirasakan tiada ketenangan, carilah Dia Yang Maha Memberi Keamanan. Anda pasti
tak akan dikecewakan. Semoga nota ringkas ini sedikit sebanyak bermanfaat buat
anda .

Dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
buat pembaca nota ini,
maaf dipinta andai ada yang kurang.


Click to View FlipBook Version