"Sesungguhnya bagi Allah SWT ada 99 nama.
Seratus kurang satu.
Sesiapa yang menjaga hak nama tersebut maka
dia akan masuk ke dalam syurga."
HR Bukhori
Kandungan iv
v
Perhatian! Perhatian! 7
Mengapa Perlu Mempelajari Asmaul Husna? 10
41 Allah Al-Jalil 12
42 Allah Al-Karim 15
43 Allah Ar-Raqib 19
44 Allah Al-Mujib 23
45 Allah As-Wasi' 25
46 Allah Al-Hakim 29
47 Allah Al-Wadud 31
48 Allah Al-Majiid 34
49 Allah Al-Baits 38
50 Allah Asy-Syahid 42
51 Allah AlHaq 45
52 Allah Al-Wakil 50
53 Allah Al-Qawiy 54
54 Allah Al-Matin 56
55 Allah Al-Waliyy 60
56 Allah Al-Hamid 63
57 Allah Al-Muhsi 66
58 Allah Al-Mubdi'u 72
59 Allah Al-Mu'id
60 Allah Al-Muhyi
Penghargaan
Perhatian! Perhatian!
Buat anda yang sedang membaca nota ini.
Assalamualaikum.
Segala puji hanya bagi Allah SWT.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
E-book ini mengandungi nota ringkas catatan peribadi seorang pendengar kuliah
Ustaz Muhammad bin Abdullah Al-Amin (Ustaz Amin). Nota ini disediakan daripada
video kuliah yang di dengar di youtube.
E-book ini adalah Vol.3. Setiap vol. mengandungi 20 nama di daiam rantaian Asmaul
Husna. Anda boleh mendengarkan kuliah sepenuhnya di youtube. Cuma taipkan
tajuk yang berkaitan. Contoh: "Ustaz Amin - Asmaul Husna(41) Al-Jalil". Channel
youtube : ustaz amin
Mohon maaf andai terdapat sebarang kesilapan dan/atau kekurangan dalam nota ini.
Tentunya dari kelemahan dan keterbatasan saya sendiri dan ianya tiada kaitan
dengan Ustaz Amin.
Saya berharap nota ini sedikit sebanyak bermanfaat buat anda sebagaimana
mendengar audio kuliahnya sangat bermanfaat buat saya. Semoga kita tambah
yakin dengan Allah SWT dan lebih mensyukuri segala nikmatNya.
Terima kasih.
Sarah Hajar Fahmy
[email protected]
Kuala Lumpur
Oktober 2019
Mengapa Perlu Mempelajari Asmaul Husna?
Oleh Ustadz Amin
Asmaul Husna maksudnya nama-nama yang baik. Dengan mempelajarinya, akan
jadi kebaikan bagi kita.
Kenapa kita mempelajarinya?
1. Kita akan mengetahui cara berdoa.
Di dalam al-Qur'an, Allah mengajarkan kepada kita, kalau nak berdoa, sebutlah
nama Allah SWT yang baik-baik, mengikut kesesuaian hajat kita.
Dan Allah memiliki Asma'ul-Husna (nama-nama yang terbaik), maka bermohonlah
kepada-Nya dengan menyebutnya.
QS Al-A'raf 7:180
Kalau ingin minta rezeki, berdoalah dengan Ya Allah Ya Razzaq.
Buat yang ingin melembutkan hati, berdoalah dengan Ya Allah Ya Halim.
Kalau kehilangan barang, sebutlah Ya Allah Ya Muiid (Yang Maha Mengembalikan).
Kalau barang itu tak dijumpai, Allah SWT gantikan dengan yang lebih baik.
2. Mengetahui cara bermunajat untuk sesuatu hajat.
Apabila kita bermunajat, kita disuruh untuk selalu menyeru nama Allah SWT. Dengan
menyeru nama Allah, kita akan merasa hanya Allah tempat meminta, lebih-lebih lagi
apabila kita meminta rezeki, kita menyeru nama Allah Ar-Razzaq, bila kita minta
keselamatan, kita menyeru nama Allah As-Salam.
Katakanlah (Muhammad), “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama
yang mana saja kamu dapat menyeru, karena Dia mempunyai nama-nama yang
terbaik.
QS Al-Isra' 17:110
3. Jalan untuk ke syurga.
Riwayat Bukhori. Hadis Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya bagi Allah ada 99 nama. Seratus kurang satu. Sesiapa yang
menjaga hak nama tersebut maka dia akan masuk ke dalam syurga."
Yang dikatakan "menjaga hak-haknya" bermaksud kita mengimani nama-nama
tersebut, benar-benar berharap kepada hanya Allah Pemilik nama-nama tersebut.
Sifat yang demikian akan melahirkan rasa kehambaan dan bergantung harap hanya
kepada Allah.
4. Menenangkan hati.
Bila kita mengenal Allah SWT dan nama-nama ini, ia akan menyebabkan kita
merasakan Allah SWT sentiasa bersama kita. Kita akan merasakan Allah SWT
membela kita. Lalu lahirlah ketenangan.
Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.
QS Ar-Ra'd 13:28
Sekarang kita lebih banyak mengingat dunia daripada mengingat Allah. Sedangkan
dunia perlu diingat hanya untuk diurus.
Contoh: Ada jiran bergaduh dengan jiran. Urus!! Datang ziarah. Bawakan buah
tangan. Tenangkan keadaan. Nasihat etc.
Suami diingat untuk diurus. Tapi banyak orang ingat suami untuk menambah
kerunsingan.
Memang sifat dunia itu merunsingkan. Dunia ini menyenangkan tetapi tidak
menenangkan. Makin diingat, makin runsing. Makin diingat, makin membimbangkan.
Jangan bazirkan setiap saat dengan perkara-perkara yang merunsingkan diri. Sebab
Allah jadikan hidup ini kan untuk bahagia? Tapi macam mana? Suami banyak buat
hal. Tenang saja. Suami yang banyak hal itu adalah untuk diurus. Maafkan. Baikkan.
Bila seseorang telah merasakan Allah dihatinya, maka dia akan sentiasa bersikap
seperti sikap kehambaan. Sentiasa merasakan kebesaran Allah SWT dalam
kehidupannya.
ا ْﻟ َﺟ ِﻠﯾ ُل
(41) Allah SWT Al-Jalil
Allah SWT Yang Maha Mempunyai Kebesaran/Keagungan
Semua yang ada di bumi itu akan binasa,
tetapi wajah Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan tetap kekal.
(QS Ar-Rahman 55:26-27)
Mahasuci nama Tuhanmu Pemilik Keagungan dan Kemuliaan.
(QS Ar-Rahman 55:78)
Tiga(3) perkara yang Allah suruh kita membesarkanNya.
Membesarkan maksudnya mengutamakan. Bila kita mengutamakan, kita akan
dapat benda itu.
1. Hendaklah kita merasakan dalam kehidupan kita ini:
Mentaati Allah SWT bermaksud menuju kepadaNya(taat), membesarkan segala
suruhanNya. Mengutamakan dalam hidup kita ini mentaati Allah SWT dan
segala suruhanNya.
Kadang-kadang ada perintah Allah SWT yang senang untuk kita buat. Ada yang
agak susah. Dan kadang-kadang ada yang sukar. Yang sukar itulah nilaiannya ada
di sisi Allah SWT.
Ada orang mudah nak baca al-Qur'an. Ada orang....perlu bermujahadah hanya untuk
baca al-Qur'an.
Ada orang khatam al-Qur'an sekali tu je masa dia darjah 6. Lepas tu tak dak dah.
Ada orang khatam 3 kali dalam bulan Ramadhan.
Ada orang, baca al-Qur'an nya bagus tapi solatnya liat. Kadang-kadang dihujung-
hujung waktu. Ada orang solatnya bagus tapi puasa pulak susah. Bila puasa dia tidur
dari pagi sampai petang.
Ada orang, tiap-tiap tahun pergi umrah sampai 3,4 kali tapi bab mentaati suami,
memang masalah.
Jadi manusia ni, ada yang mudah buat amalan, ada yang susah dan ada yang terlalu
susah lagi berat untuk dia buat.
"Siapa yang berusaha mentaati Allah, Allah akan hidayahkan hati dia.(maksudnya,
memudahkan segala urusannya)."
Yang logik itu mudah diikut. Yang tak logik tu tak berapa mudah. Kenapa perlu taat
suami sedangkan suami banyak hal? Kenapa perlu menyayangi isteri sedangkan
isteri tu macam-macam?
Jadi, yang pertama, membesarkan Allah bermaksud mengutamakan segala perintah
suruhan dan perintah larangan. Larang dari sudut akidah. Benda-benda syirik kena
jaga. Tangkal-tangkal kena buang.
Larangan dari sudut hukum-hakam, jangan tipu orang, jangan ambil hak orang lain.
Jangan mengata/memfitnah orang lain.
Larangan dari sudut akhlak, marah-marah, tidak redha, tidak sabar, tidak ada rasa
kasih sayang.
2. Merasa hina dan rendah diri terhadap Allah SWT.
Hari ini kita dimuliakan bukan kerana kehebatan kita. Kita dipuji bukan kerana
kemahiran kita. Kita dimuliakan/dipuji orang lain kerana Allah SWT menutup aib kita.
Kalau Allah buka keaiban kita, tidak ada lagi kemuliaan di sisi manusia.
Kemuliaan kita itu diberi Allah SWT. Disebabkan ia diberi Allah SWT, haram
hukumnya mendedahkan keaiban yang telah Allah tutup. Hargai kemuliaan itu.
Rasa rendah diri/hina hanya di hadapan Allah SWT. Malam-malam berdoa,
berdzikir, bermunajat kepada Allah SWT. Malu dengan kesalahan diri. Allah SWT
telah beri nikmat begitu banyak yang tidak kita syukuri. Sedikit Allah beri musibah,
musibah itulah yang kita perbesar-besarkan. Padahal kita bagus dalam banyak
perkara, musibah itu juga yang nak dibesar-besarkan.
Orang beriman bukanlah orang yang tidak diuji. Orang beriman adalah orang yang
diuji dan diberikan jalan keluar dari ujiannya. Jadilah orang yang diuji dan diberikan
jalan keluar dari ujiannya. Jangan diuji tapi marah-marah. Kadang-kadang kita
merungut/mengeluh dengan kesusahan yang di alami. Ini hanya menambah beban
kepada pemikiran kita. Allah SWT beri kita masalah bukan untuk kita mengeluh.
Allah SWT nak kita atasi ujian itu. Cari jalan keluar. Kita kan khalifah? Khalifah =
manager (pengurus). Jangan putus asa. Untuk apa kita merungut?
Orang beriman itu tidak ada rasa takut atau runsing dalam hidupnya. Runsingnya
segera diubati, tak dilayan terus. Semua orang ada takdir sendiri. Jadi kenapa perlu
runsing? Anak tak kahwin, kita runsing. Dah kahwin tapi bergaduh pun kita runsing.
Jangan bazirkan setiap saat yang Allah bagi dengan benda-benda yang
merunsingkan kita. Semua kesedihan ada ubatnya. Malulah pada Allah SWT yang
beri kita makan setiap hari tapi kita tak bersyukur dan sibuk mengeluh akan masalah.
Kenapa setiap kali makan, yang dibualkan hanya masalah memanjang? Daripada
lahir sampai sekarang, berapa tan beras telah kita makan? Berapa ekor ayam telah
menjadi korban di tangan?
3. Merasakan pergantungan hidup kita hanya kepada Allah SWT. Kita perlu
bergantung kepada Yang Kuat. Kita perlu bergantung kepada Yang Hebat. Kita perlu
bergantung kepada Yang Kukuh. Yang Paling Kuat hanya Allah SWT. Yang Paling
Hebat hanya Allah SWT. Yang Paling Kukuh hanya Allah SWT.
Manusia banyak kelemahannya. Bergantung harap kepada manusia, kadang-kadang
dia boleh membantu, kadang-kadang tidak.
Kita disuruh bergantung hanya kepada Allah SWT supaya kita tak tumbang. Yang
selain Allah akan hilang, pudar etc. Soal kasih sayang, bergantunglah kepada Allah
SWT. Kalau mengharap kepada manusia, kita akan kecewa. Soal rezeki,
bergantunglah kepada Allah SWT. Kadang-kadang kita terlupa hal ini sebab yang
kita nampak cuma simpanan kita. Padahal apa keperluan kita? Makan, minum,
pakaian, yang asas Insya Allah ada. Yang selalu kita runsingkan adalah yang selain
itu.
Masalah Manusia Bila Dunia Yang Ada di Hadapan Mata dibesar-besarkan.
1. Membesarkan dunia daripada Allah SWT. Urusan-urusan dunia itu dibesarkan
lebih dari Allah SWT. Urusan dunia tak akan habis. Disuruh kita urus tapi jangan
sampai kita melupakan Allah SWT dalam urusan itu.
Ada orang terlalu fokus kepada dunia sehingga solatnya selalu lambat. Kita ini ada
energy yang nampak dan ada energy yang tak nampak. Hari ini kita makan
supplement itu supplement ini, kita nampak kuat tapi ada energy dalaman yang kita
tak nampak. Bila ada masalah, kita tak boleh buat kerja dengan bagus.
Berhenti dan menghadap Allah SWT dalam solat, itu akan recharge tenaga dalaman
yang kita tak nampak. Sebab itu, apa pun keadaan, dirikanlah solat. Tambahkan
solat-solat sunat. Bila ada masalah dan kita solat, energy yang tak nampak itu akan
menyegarkan kita. Bahagiakanlah diri kita dengan doa, solat dan dengan mentaati
perintah Allah SWT.
2. Apabila manusia merasa hina dan rendah diri terhadap dunia. Ada orang rasa
rendah diri dan hina bila tengok kereta orang lain lebih bagus dari kereta dia. Ada
orang membandingkan tudung dia dengan tudung orang lain dan merasa rendah diri
dengan apa yang dia ada. Merasa rendah diri kepada dunia menjadikan seseorang
itu kurang bersyukur dengan nikmat yang ada. Selalu rasa tak cukup. Seharusnya,
yang ada itu disyukuri kerana...
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat)
kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat
berat.”
QS Ibrahim 14:7
ا ْﻟ َﻛ ِرﯾ ُم
(42) Allah SWT Al-Karim
Allah SWT Yang Mulia
Wahai manusia! Apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat derhaka)
terhadap Tuhanmu Yang Mahamulia, yang telah menciptakanmu lalu
menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang,
QS Al-Infitar 82:6&7
1. Allah SWT jadikan manusia berharta.
Banyak atau sedikit.
Kesihatan adalah harta.
Pakaian adalah harta.
• Kita diberi peluang untuk beramal dengan harta tersebut.
• Ketika kita melepaskan harta kita untuk orang lain, di dunia ini Allah janji untuk
mengganti.
• Kalau harta itu kekal dan kita meninggal, selagi mana harta itu digunakan, selagi itu
kita dapat pahala.
2. Allah SWT beri kita peluang untuk mendapat ilmu. Bukan semua orang diberi
rezeki masa untuk duduk dalam majlis ilmu.
• Allah SWT juga beri kita peluang untuk kongsi ilmu. Manusia adalah satu-satunya
makhluk Allah SWT yang boleh belajar dan mengajar.
• Sekalipun ilmu itu telah kita lupa, orang lain yang ingat dan amalkan ilmu tersebut,
kita tetap dapat pahala.
3. Anak yang soleh.
Kenapa anak yang soleh itu dikira pahala yang tetap untuk kita?
Sebab: anak yg soleh itu adalah usaha yang berterusan dalam mendoakan.
Nanti kita meninggal, pahala amalan anak yang soleh itu sampai kat kita. Jadi,
teruslah berdoa. Mungkin dia jadi soleh lepas kita dah meninggal.
4. Mulianya Allah SWT pada amalan kita yang istiqomah. Consistent. Bila ada
satu hari yang tertinggal, pahala untuknya tetap ditulis kalau kita telah istiqomah.
Jadi sebelum kita sakit, mulakanlah sesuatu amalan.
5. Mulianya Allah SWT beri kita pahala bila kita hadapi musibah.
Bila kita terus bersabar dalam menghadapi musibah tersebut....guess what??
Maka sesungguhnya beserta kesulitan ada kemudahan,
sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan.
QS Al-Insyirah 94:5&6
• Bila kita terus bersabar, Allah gantikan dengan yang lebih baik dan ketika Allah tarik
balik musibah itu, pahalanya Allah tak tarik balik.
6. Kadang-kadang kita diuji dengan sakit.
Ketika Allah SWT beri kita sakit, Allah tarik 3 perkara:
• Ceria wajah kita,
• Selera makan kita, &
● Dosa-dosa kita.
Sampailah ke satu masa lain Allah bagi kita kesihatan, Allah bagi balik ceria wajah &
selera makan. Tapi Allah tak bagi balik dosa-dosa kita.
7. Kadang-kadang dalam hidup kita, Allah datangkan orang untuk memfitnah dan
menganiayai kita. Benda ini, para Nabi pun kena. Ketika Allah SWT datangkan orang
yang macam tu, Allah juga datangkan kemuliaan kepada kita bila orang akhirnya
tahu cerita sebenar. Sebab itu, bila datang ujian, bersabarlah. Jangan kecewa.
Sebab, pasti ada kesenangan sesudah kesulitan. Kadang-kadang ada orang hanya
menghargai yang putih setelah dia mengenal yang hitam.
• Petua dalam menghadapi fitnah: tak payah beriya-iya menjawab. Orang tanya,
jawab saja. Nanti Allah akan tunjukkan kebenarannya.
اﻟ ﱠر ِﻗﯾ ُب
(43) Allah SWT Ar-Raqib
Allah SWT Yang Maha Mengawasi Sesuatu
Dan Allah Maha Mengawasi segala sesuatu.
QS Al-Ahzab 33:52
Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.
QS An-Nisa' 4:1
Apa Yang Allah SWT awasi?
Allah SWT mengawasi semua hal terutama dalam lima (5) perkara:
1. Pada nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita.
Adakah nikmat itu disyukuri atau tidak?
Hari ini Allah SWT kurniakan kita nikmat harta. Adakah harta ini akan membawa kita
kepada perkara tak baik? Jangan sampai nikmat harta yang melimpah itu spoil atau
merosakkan kita.
Allah SWT kurniakan kita nikmat kepandaian. Ada orang hari ini, dengan nikmat
kepandaian dia jadi sombong. Ada orang, nikmat kepandaian merosakkan dia. Ada
orang, dengan nikmat kepandaian, dia jadi tidak bersungguh-sungguh dalam
berusaha.
Awas: Jangan sampai nikmat ini tidak kita syukuri. Jangan sampai nikmat ini
merosakkan kita.
2. Allah SWT mengawasi kita bila kita ditimpa ujian.
Adakah kita sabar ataupun tidak? Semua manusia diuji. Persamaannya, semua ujian
menyempitkan hati. Perbezaannya pada bentuk ujian.
Kata ulama, jangan bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain. Nanti kita tak
akan temui apa-apa kebahagiaan.
3. Allah SWT nak tengok, kalau kita buat kesalahan, kita nak taubat ataupun
tidak.
Doa Nabi Adam AS
“Ya Tuhan kami, kami telah menzhalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak
mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk
orang-orang yang rugi.”
QS Al-A'raf 7:23
Bila kita buat salah, kita kena iktiraf yang kita buat salah. Minta ampun dengan Allah.
Jangan banding-bandingkan diri dengan orang lain. Apabila orang membanding, dia
tak akan rasa diri sendiri bersalah.
Syarat asas nak jadi orang yang baik ialah mampu lihat kelemahan/keaiban diri.
"Sungguh beruntung orang yang menyucikan diri (dengan beriman),"
QS Al-A'la 87:14
4. Allah SWT mengawasi kelemahan kita.
Mazmumah = kelemahan. Setiap orang punya kelemahan dan kelemahan setiap
orang pasti berbeza. Apa yang kita buat dengan kelemahan ini? Sampai bila kita nak
teruskan dengan kelemahan ini?
5. Allah SWT Ar-Raqib mengawasi keperluan kita.
Allah SWT nak tengok, kita nak minta pada Allah atau tidak. Atau adakah kita
bertawakkal pada benda lain?
Kenapa Allah SWT mengawasi kelima-lima benda ini?
• Supaya Allah ajar kita untuk hadkan diri kita. Kelima-lima benda ini, kalau kita tak
pandai hadkan diri, kita akan jauh dari Allah SWT.
"Dan barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar batas-
batas hukum-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka, dia kekal di
dalamnya dan dia akan mendapat azab yang menghinakan."
QS An-Nisa' 4:14
• Untuk kita membentuk tabiat bertanggungjawab. Nikmat, ada tanggungjawabnya.
Ujian, ada tanggungjawabnya.
Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh.
Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah,
dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir,
QS Al-Ma'arij 70:19-21
Dah berdosa? Minta ampun. Tunaikan tanggungjawab. Kalau sebelum ini pernah
tinggalkan tanggungjawab, tunaikan balik tanggungjawab itu.
Kelemahan pun sama. Jangan kita ikutkan kelemahan. Sampai bila nak marah-
marah?
Begitulah juga dengan hajat-hajat kita.
• Supaya kita tak jatuh ke zon selesa. Sebab orang yang jatuh ke zon selesa, dia tak
akan meningkatkan diri dia.
ا ْﻟ ُﻣ ِﺟﯾ ُب
(44) Allah SWT Al-Mujib
Allah SWT Yang Maha Memperkenan Doa
Allah SWT Yang Maha Memperkenankan Doa menyuruh kita berdoa...
“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.”
QS Ghafir 40:60
"Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat lagi sentiasa memperkenankan doa
hamba-Nya.”
QS Hud 11:61
12 Cara Agar Doa Kita Lebih Mudah diperkenankan:
1. Cari waktu-waktu mustajab doa.
Apakah waktu-waktu yang mustajab?
Di antaranya ialah:
• ketika hujan sangat lebat.
• ketika duduk imam di antara dua khutbah (solat Jumaat).
• di antara dua per tiga (2/3) malam. (2am - 4am)
2. Cari hari yang banyak waktu mustajab.
~ Awal Rejab.
~ Nisfu Syaaban.
~ Malam Hari Raya Aidilfitri.
~ Malam Hari Raya Aidiladha.
~ pada setiap hari Jumaat.
3. Cari tempat yang mustajab.
~ Di Mekah, Multazam, di dalam Kaabah, pancuran emas, Hijir Ismail. Kalau nak
dapat peluang berdoa di sini, mintalah dengan Allah SWT.
~ Pintu Babul Fatah (tempat Nabi SAW bermunajat)
4. Usahakan untuk memahami doa tersebut.
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku,
maka sesungguhnya Aku dekat. Aku Kabulkan permohonan orang yang berdoa
apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan
beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran."
QS Al-Baqarah 2:186
*Allah dipuji dalam setiap masa dan dipuja dalam setiap bahasa. Berdoalah dalam
bahasa yang difahami.
Kalau tak pandai berdoa dalam bahasa Melayu, ambillah doa ma'thurat iaitu doa-doa
dari al-Qur'an atau hadis. Doa yang paling banyak di baca NAbi SAW adalah:
“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan
lindungilah kami dari azab neraka.”
QS Al-Baqarah 2:201
*Kalau doa ma'thurat, kita tak faham pun tak apa kerana doa-doa ini diajar Allah
SWT.
5. Doa biar terarah. Biar spesifik. Sebut betul-betul apa yang kita minta.
Ya Allah Ya Tuhanku.
aku minta 5 perkara Ya Allah
Satu...
Dua...
Tiga...
Empat...
Lima...
Aameen Ya Rabb.
*Doa umum ok tapi yang spesifik, lebih ok
Contoh:
Ya Allah aku minta kebahagiaan (doa umum).
Ya Allah aku minta kebahagiaan yakni suami aku sentiasa mengasihi dan
menyayangi aku. (Spesifik)
6. Berdoa dimulakan dengan bersyukur.
Sebab...
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu
bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu
mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.”
QS Ibrahim 14:7
"Ya Allah, aku dah ada kereta tapi nak kereta lagi supaya lebih bersyukur dan dapat
pergi kelas agama."
*Bila dah dapat yang baru, jangan pula kufur.
7. Bertawassul dengan amalan.
Ya Allah Ya Tuhanku.
aku pagi tadi ada bersedekah.
Kalaulah ikhlas sedekah itu, tolong dipermudahkan urusan sekian sekian.
*Amalan ini, macam kita kumpul point keredhaan Allah.
Ya Allah, selama ini aku cukup bersabar dengan suami. Ini ada hajat Ya Allah. Kalau
lah betul aku ikhlas dalam bersabar, ingin nak pergi umrah Ya Allah.
Nota Penting!! Ikhlaskan niat.
8. Dengan bernazar.
Kalau ditunaikan hajat itu, niat untuk buat majlis selawat Nabi SAW.
9. Doa secara beramai-ramai.
Di antara yang ramai-ramai tu, kita tak tahu yang mana satu orang soleh atau orang
yang Allah redhai.
10. Berdoa menggunakan nama-nama Allah SWT iaitu Asmaul Husna.
"Dan Allah memiliki Asma'ul-Husna (nama-nama yang terbaik), maka bermohonlah
kepada-Nya dengan menyebutnya Asma'ul-Husna itu."
QS Al-A'raf 7:180
Kalau hari ini kita nak murah rezeki, bacalah Ya Razzaq banyak-banyak.
Ya Allah Ya Razzaq, bantu murahkan rezekiku Ya Allah.
Kalau kira terasa sedih, baca Ya Rahman.
Ya Allah Ya Rahman, kasihani aku Ya Allah. Berilah aku jalan keluarnya Ya Allah.
Ya Allah Ya Mujib.
Tolong Ya Allah...mustajabkan doa ku Ya Allah.
11. Membuat amalan yang Allah janji ada mustajab doa.
Contoh:
• Doa orang yang berpuasa,
• Doa orang yang bermusafir,
Kalau ada hajat yang besar-besar, pergilah bermusafir (lebih 2 marhalah atau 96km).
Pergi iktikaf di masjid lama.
Kenapa masjid lama?
Kerana masjid lama berkat. Orang dulu buat masjid dengan tangan sendiri. Masjid
baru pun ok tapi lokasinya mungkin tak sunyi.
Contoh :
Masjid Kg Laut, Nilam Puri, Kelantan.
• Doa orang yang dizalimi.
Kata Nabi SAW
"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi."
Orang yang dizalimi boleh doa buruk, boleh doa baik.
"Ya Allah, gantikanlah dengan yang lebih baik, yang berganda-ganda."
12. Ucapkan akhir doa dengan perkataan aameen.
Aameen Ya Rabbal alameen
"Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan
apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan
kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di bumi? Apakah di samping Allah ada
tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat."
QS An-Naml 27:62
ا ْﻟ َوا ِﺳ ُﻊ
(45) Allah SWT Al-Wasi'
Allah SWT Yang Maha Luas
Luasnya ilmu Allah SWT, kekuasaanNya melimpahi langit dan bumi.
"Kursi-Nya meliputi langit dan bumi"
QS Al-Baqarah 2:255
*Luasnya ilmu Allah itu meliputi langit dan bumi.
“Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu yang ada pada-Mu meliputi segala-galanya..."
QS Ghafir 40: 7
"Sungguh, Tuhanmu Mahaluas ampunan-Nya."
QS An-Najm 53:32
Membicarakan Allah SWT Yang Maha Luas dari lima(5) perkara:
1. Kesempurnaan Allah SWT Maha Luas.
Tidak ada cacat celanya. Kejadian-kejadian tiada cacat celanya.
"Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang
tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi,
adakah kamu lihat sesuatu yang cacat?
Kemudian ulangi pandangan(mu) sekali lagi (dan) sekali lagi, nescaya pandanganmu
akan kembali kepadamu tanpa menemukan cacat dan ia (pandanganmu) dalam
keadaan letih."
QS Al-Mulk 67:3-4
Nota:
• Lihatlah awan yang tidak bertiang. Kadang-kadang hujan lebat sampai 15 jam dan
banjir. Tapi awan yang mengandung hujan itu begitu saja. Terapung. Tak jatuh.
Agak-agak berapa berat air yang dikandung awan untuk hujan sampai 15 jam? Pada
pandangan mata kita, tak ada yang memegang awan itu. Jadi kenapa awan itu tak
jatuh? Kalau awan tu jatuh, macam mana? Tidakkah rumah kita boleh roboh? Roboh
ke hancur?
Kalau di rumah kita, cuba lihat tangki air yang duduknya dalam kerangka besi yang
kuat. Tapi awan begitu saja. Terapung dengan air yang berat dan tanpa tiang.
**Sempurnanya kejadian Allah SWT.
Lihat pula hujan itu di waktu malam. Di celah lampu jalan kita boleh nampak titisan
airnya sama kan? Sama bentuk, sama kuantiti, kanan kirinya sama, tidak berlaga.
Kalau tiba-tiba ada titisan hujan yang turun sebesar meja menghempap kita yang
sedang berjalan dengan payung, macam mana?
Tapi titisan hujan semua sama. Sempurnanya kejadian Allah SWT.
2. Rahmat Allah SWT Maha Luas.
Di setiap kejadian, ada kasih sayang Allah SWT.
Maka sesungguhnya beserta kesulitan ada kemudahan,
sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan.
QS Al-Inshirah 94:5-6
Hidup kita memang disulamkan dengan susah dan senang. Kena sabar dan redha
kerana di sebalik setiap kejadian ada rahmat Allah SWT, ada kasih sayang Allah
SWT.
Sabar, tenang dan mohonlah kepada Allah SWT.
3. Ilmu Allah SWT Maha Luas.
Jadi, mohonlah segala keperluan kita kepada Allah SWT.
“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan
lindungilah kami dari azab neraka.”
QS Al-Baqarah 2:201
'Kebaikan di dunia' tidak di nyatakan secara spesifik sebab Allah lebih mengetahui.
Kadang-kadang yang kita tak suka itu sebenarnya baik bagi kita. Allah SWT lebih
mengetahui.
Kadang-kadang Allah SWT bagi kita ujian yang pedih. Tapi di sebalik kepedihan itu,
kita jadi lebih tabah, lebih kuat semangat, lebih berpengalaman, lebih matang dalam
menelusuri kehidupan.
Anak kita pergi main bola di padang. Kakinya termasuk kaca. Kita bawa ke klinik.
Doktor kata kena bedah kerana lukanya dalam. Anak menangis sampai meraung-
raung kerana terlalu sakit. Kita pulak tolong doktor pegang anak kuat-kuat supaya
dia tidak meronta-ronta semasa doktor keluarkan kaca itu. Pedih kan? Tapi hasilnya
baik. Begitulah.
*Ada dua benda yang Allah SWT jadikan agar kita makin rapat dengan Allah SWT.
Hajat & Ujian.
Tanpa hajat & ujian, orang akan jauh dari Allah SWT. Mungkin juga lupakan Allah
SWT.
4 Pengampunan Allah SWT Maha Luas.
Kadang-kadang, pengampunan diberi bila kita minta. Ada juga bila kita tak minta tapi
Allah bagi direct.
Orang beriman, dengan kasih sayang Allah SWT akan diberi pengampunan ketika:
• diiring ke kubur, dan
• amalan di timbang.
Kadang-kadang, orang lain pula yang mintakan pengampunan untuk kita.
Kadang-kadang malaikat pun minta keampunan untuk kita kerana nak buat sesuatu
amalan itu, memang payah, perlu bermujahadah.
Kadang-kadang, makhluk lain seperti haiwan minta keampunan untuk kita.
Ada keampunan melalui amalan yang dikerjakan seperti :
• puasa bulan Ramadhan dengan iman dan mengharap-harap,
• sedekah,
• menghadiri majlis ilmu.
• berjabat salam.
• mengekalkan wudhu,
Kata ulama, siapa yang mati dalam keadaan berwudhu', dia mati syahid. Syahid
bermaksud di saksikan.
Disaksikan oleh para malaikat bahawa dia adalah di kalangan orang yang
mutatohhirin (orang yang suci.)
Wudhu menggugurkan dosa. Setiap titisan air yang mengalir dari tangan, muka,
kepala & kaki menghapuskan dosa-dosa kita.
5. Pemberian Allah SWT Yang Maha Luas untuk umat Muhammad SAW (orang-
orang yang lahir dan mengamalkan syariat Nabi Muhammad SAW).
Antaranya:
• pahala digandakan.
Solat sendiri = 1. Solat berjemaah = 27.
• dosa tidak digandakan dan ada pengampunan.
• Malam Lailatul Qadar. Lebih baik dari 1000 bulan.
• syaitan diikat pada bulan Ramadhan.
Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha
Mengetahui.
QS Al-Baqarah 2:261
ا ْﻟ َﺣ ِﻛﯾ ُم
(46) Allah SWT Al Hakim
Allah SWT Yang Maha Bijaksana
Allah SWT Al-Hakim.
"Sungguh, Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana."
QS Al-Baqarah 2:220
"Sungguh, Tuhanku Mahalembut terhadap apa yang Dia kehendaki. Sungguh, Dia
Yang Maha Mengetahui, Mahabijaksana."
QS Yusuf 12:100
Macam mana manusia dinilai sebagai orang yang bijaksana?
Yang belajar akan jadi pandai. Kalau berpengalaman dalam menyelesaikan sesuatu
masalah, itu cerdik namanya.
Ada orang yang pandai tapi tidak cerdik. Orang yang cerdik biasa berinteraksi
dengan alam.
Orang yang bijaksana adalah orang yang cerdik dan pandai. (berkemampuan
membuat keputusan yang betul)
Setinggi-tinggi kebijaksanaan adalah apabila kebijaksanaan itu dibantu Allah SWT.
"Dan bertakwalah kepada Allah, Allah memberikan pengajaran kepadamu, dan Allah
Maha Mengetahui segala sesuatu."
QS Al-Baqarah 2:282
"Dan Allah Mahaluas (kurnia-Nya), Mahabijaksana."
QS An-Nisa' 4:130
Tujuh(7) Cara Allah SWT Menitiskan Kebijaksanaan Kepada Manusia.
1. Melalui peluang untuk belajar. Peluang menuntut ilmu.
Hadis Nabi SAW:
"Siapa yang Allah hendakkan kebaikan bagi nya, dia akan diberi kefahaman agama."
2. Diberi peluang untuk memahami sesuatu perkara itu.
3. Dikurnialan ilmu laduni.
Ilmu ini tidak melibatkan proses pembelajaran. Datangnya memang Allah yang bagi.
Hadis Nabi SAW:
"Siapa yang mengamalkan ilmu yang dia tahu, Allah SWT akan kurniakan ilmu yang
dia tak tahu."
4. Melalui mimpi.
Mimpi datang dengan tiga(3) sebab. Ada yang datang dari Allah SWT. Ada yang dari
syaitan untuk menakut-nakutkan kita. Ada yang datang dari kita sendiri.
Al-Qur'an menyebut memang ada mimpi sebagai ilmu dari Allah SWT. Sebagai
contoh: mimpi raja dalam kisah Nabi Yusuf AS. Tujuh ekor lembu kurus memakan
tujuh ekor lembu gemuk yang membawa maksud tujuh tahun yang subur yang akan
dikuti oleh tujuh tahun yang gersang.
Sheikh Nuruddin Mahmud Az-Zanki (guru kepada Salahuddin Al-Ayubi) juga pernah
mengalami perkara ini. Beliau bermimpi jumpa Nabi SAW dan dalam mimpi itu, Nabi
SAW memberitahu, "tengok aku." Ini berlaku tiga kali.
Sheikh Nuruddin bertanya pendapat pembesarnya. Tidak fapat merungkaikan
maksud di sebalik mimpi tersebut tetapi merasakan seperti ada yang tak kena,
mereka berangkat ke Madinah.
Di Madinah, satu majlis di adakan yang mana semua penduduk Madinah diwajibkan
menghadirinya. Semasa majlis berlangsung, di dapati ada dua orang alim berasal
dari Maghribi yang tidak mahu datang ke majlis tersebut. Sheikh Nuruddin lalu
mengarahkan dua orang ini dipaksa datang. Kemudian mereka memeriksa rumah
orang ini dan mendapati di dalam rumah ada satu lubang menuju ke makam Nabi
SAW. Dua orang alim ini rupa-rupanya adalah orang yahudi yang menyamar kerana
ingin mencuri jasad Nabi SAW.
5. Dengan jalan firasat.
Firasat adalah 'rasa hati'. Pesan Nabi SAW: "Takutlah kamu dengan firasat orang
beriman. Dia melihat dengan bantuan Allah."
6. Dengan jalan kashaf.
Allah SWT bukakan hijab mata.
7. Dengan jalan wahyu untuk para Nabi dan Rasul.
ا ْﻟ َو ُدو ُد
(47) Allah SWT Al-Wadud
Allah SWT Yang Maha Mengasihani
Allah SWT Yang Maha Mengasihani terutama kepada hamba-hamba Allah yang
berbuat baik.
"Dan mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya.
Sungguh, Tuhanku Maha Penyayang, Maha Pengasih.”
QS Hud 11:90
* Al-Wadud lebih kurang sama maknanya dengan Ar-Raheem tetapi huraiannya
berbeza sedikit.
Ar-Raheem Allah SWT adalah kepada orang-orang beriman.
Bismillahir*Rahman*irrahim : Rahman kepada seluruh umat manusia.
Ada yang diberi kepada seluruh umat manusia dan orang-orang beriman juga dapat.
Ada yang diberi hanya kepada orang-orang beriman tetapi tidak kepada seluruh
umat manusia.
Kasih sayang Allah SWT Al-Wadud dilihat dari lima (5) sudut:
1. Allah SWT Al-Wadud sentiasa memberi peluang keampunan berulang-ulang
kepada hambaNya, walaupun hamba itu berbuat salah kepada Allah SWT.
Apa maksud taubat?
Taubat adalah *penyesalan.*
*Allah SWT beri keampunan bila kita minta dengan penyesalan.
Kalau kita istighfar tanpa rasa menyesal, bagus. Jadi dzikir. Dapat pahala kerana
Allah SWT yang suruh kita istighfar. Kalau nak istighfar itu jadi pengampunan, mesti
ada penyesalan.
Supaya dapat rasa menyesal, kena ada *kemampuan melihat kelemahan
diri.* Orang yang tiada kemampuan melihat kelemahan diri susah nak bertaubat
kepada Allah SWT.
Dalam bahasa Arab, kemahiran ini disebut sebagai 'muhasabah'.
Selagi manusia minta, Allah SWT tetap beri pengampunan sehinggalah berlakunya
dua(2) masa iaitu:
i. ketika roh ditarik ke halkum, dan
ii. ketika matahari terbit dari barat.
*ketika berlakunya dua(2) masa ini, pintu taubat telah tertutup. Taubat tak lagi
diterima. Tapi kan Allah Al-Wadud? Kenapa pulak tak diterima? Kerana taubat pada
ketika ini bukan lagi kerana menyesal tapi kerana takut.
**Ketika roh ditarik ke halkum, diperlihatkan "inilah balasan keingkaran dan
kemungkaran yang telah kamu lakukan." Sebab itu, minta ampun ketika itu adalah
kerana t.a.k.u.t.
***Ketika matahari terbit dari barat, manusia jadi takut lalu bertaubat. Sebab itu, tak
diterima.
• Nabi SAW mencontohkan kepada kita. Dalam sehari Nabi SAW beristighfar 70 kali.
2. Hukuman azab yang Allah SWT tangguhkan.
Ada sebahagian kaum yang Allah tunjukkan azab itu di dunia. Seperti kaum Aad dan
Tsamud - diazab dengan angin yang dimampatkan lalu masuk ke dalam mulut dan
godak perut lalu keluar ikut dubur. Kamu lihat mereka itu seperti batang-batang
pokok tamar yang kosong.
Siksanya umat terdahulu. Nabi SAW berdoa supaya azab umatnya ditangguhkan ke
akhirat. Biar sempat bertaubat. Allah SWT memakbulkan doa Nabi SAW. Sebab itu,
rajin-rajinlah berselawat.
Azab ditangguh ke akhirat kecuali tiga(3) dosa yang akan dibalas di dunia.
i. Dosa menderhaka kepada ibu & ayah.
Kalau kita ada anak dan diuji dengan kerenah anak kita, selalulah ampunkan anak.
Terus doakan anak. Jangan putus asa.
ii.Orang yang menzalimi orang lain, kalau tidak minta ampun atau tidak bertaubat.
Kalau tidak jumpa orangnya lagi dah, minta ampun dengan Allah SWT dan janji,
kalau jumpa orangnya, mintalah diampuni.
iii. Orang yang berbuat dosa dengan sombong. "Alah....laki aku tu, takde cakap
apanya. Aku tengking pun takde apanya".
*Sudahlah menderhaka dengan suami, bangga pulak dengan apa yang dia buat.
3. Pemberian rezeki dari Allah SWT yang berterusan.
Nikmat/rezeki Allah SWT ada lima(5):
i. Nikmat Asasiyah iaitu nikmat asas yang tak perlu kita fikirkan, memang Allah SWT
dah sediakan.
Contoh: oksigen. Bekalannya cukup untuk menampung keperluan 6 bilion manusia
dan haiwan di seluruh dunia.
ii. Nikmat aqliyah iaitu nikmat akal. Allah SWT bagi kita ilmu.
iii. Nikmat badaniyah iaitu nikmat kesihatan badan.
iv. Nikmat qalbiyah iaitu nikmat yang menyenangkan hati seperti keluarga, anak,
harta etc.
v. Nikmat imaniyah iaitu nikmat iman.
*Orang yang sembah Allah SWT diberi rezeki. Orang yang tak sembah Allah SWT
juga diberi rezeki.
*Orang yang taat diberi rezeki. Orang yang ingkar juga diberi rezeki.
4. Peluang hidayah yang banyak Allah SWT berikan kepada manusia.
Hidayah maksudnya *keputusan yang dibantu Allah SWT sesuai dengan kehendak
Allah.*
Lepas ni kita nak buat apa? Nak makanlah. Nak makan apa? McD. Esok pagi nak
buat apa? Nak pergi pasar.
(Ini semua adalah keputusan)
Hidup adalah keputusan. Kita tak boleh hidup tanpa keputusan. Orang yang lemah
dalam hidupnya adalah orang yang tak boleh buat keputusan dalam hidupnya.
Sama ada sedar atau tidak, ada banyak hidayah di sekeliling kita. Kadang-kadang
hidayah datang dari benda-benda yang kita tak sangka.
Suami teruk sangat, Allah datangkan hidayah melalui isteri. Isteri selalu cakap yang
baik. Lama-lama suami pun jadi baik.
Kadang-kadang suami teruk, isteri teruk. Lahir anak. Lepas 20 tahun, anak ini yang
bimbing keluarga.
Suami isteri teruk, anak teruk. Allah SWT datangkan menantu yang baik.
Semua teruk. Bila dah tua, Allah SWT jinakkan hatinya dengan masjid.
Kadang-kadang Allah SWT datangkan hidayah itu melalui kejadian-kejadian. Ada
orang lepas accident teruk, jadi baik.
Kejadian awan membentuk nama Allah SWT, juga ada orang dapat hidayah.
Kejadian seperti ini tidak besar. Yang besar adalah apa yang tercatat di dalam Al-
Qur'an. Tetapi manusia tak baca atau tak faham. Jadi, terpaksalah diterjemahkan
dengan awan lah, ini lah, itu lah.
Kadang-kadang, hidayah didatangkan dalam bentuk mimpi.
5. Kasih sayang Allah SWT memberikan nikmat ilmu yang luas.
Ilmu Allah SWT tidak bertepi.
Beza orang pandai dengan orang bijaksana. Orang kalau nak pandai, kena belajar.
Rasulullah SAW sendiri belajar dari Jibril a.s.
Kalau nak cerdik, kena banyak pengalaman. Ada orang ada PhD dalam bidang
bisnes tapi tetap kurang mahir berniaga. Ada orang belajar setakat darjah 6 tapi
berniaga sampai jadi jutawan.
Cerdik + pandai = bijaksana.
Dalam bahasa Arab, bijaksana disebut "hikmah".
Orang yang diberikan hikmah, diberikan kebaikan yang banyak bagi dia.
Setinggi-tinggi kebijaksanaan adalah...bila dia dibantu Allah SWT.
"Dan bertakwalah kepada Allah, Allah memberikan pengajaran kepadamu, dan Allah
Maha Mengetahui segala sesuatu."
QS Al-Baqarah 2:282
Sebab itu orang Islam di zaman dulu seperti Ibnu Sina dan Al-Khwarizmi 'mendahului
zamannya'.
Macam mana ilmu membentuk peribadi kita?
Setelah bertahun-tahun kita belajar (apa-apa ilmu khususnya ilmu agama), adakah
ilmu itu membekas di hati kita?
Ada dua cara:
i. Adakah ilmu ini membentuk gambaran-gambaran yang baik di depan mata?
Sebab, manusia berfikir melalui gambaran.
ii. Adakah ilmu ini membentuk bahasa dalaman kita. Kalau dengan ilmu ini, bahasa
dalaman kita semakin bagus (semakin positif lagi optimistik), maknanya ilmu ini
bermanfaat. Kalau pesimistik, tak bagus.
"Ya Allah, jadikanlah bermanfaat apa yang aku belajar."
Semakin rendah bahasa dalaman, semakin rendah kehidupan.
ا ْﻟ َﻣ ِﺟﯾ ُد
(48) Allah SWT Al-Majiid
Allah SWT Yang Maha Mulia
Dalam al-Qur'an, nama Allah Al-Majiid disebut di dalam tiga(3) keadaan:
• Yang pertama, Allah nisbahkan diri Allah SWT sebagai Allah Al-Majiid.
• Yang kedua, Arasy Allah Al-Majiid.
• Yang ketiga, Al-Qur'an Al-Majiid.
"Maka ketika dilihatnya tangan mereka tidak menjamahnya, dia (Ibrahim) mencurigai
mereka, dan merasa takut kepada mereka. Mereka (malaikat) berkata, “Jangan
takut, sesungguhnya kami diutus kepada kaum Lut.”
"Dan isterinya berdiri lalu dia tersenyum. Maka Kami sampaikan kepadanya khabar
gembira tentang (kelahiran) Ishak dan setelah Ishak (akan lahir) Yakub."
"Dia (isterinya) berkata, “Sungguh ajaib, mungkinkah aku akan melahirkan anak
padahal aku sudah tua, dan suamiku ini sudah sangat tua? Ini benar-benar sesuatu
yang ajaib.”
"Mereka (para malaikat) berkata, “Mengapa engkau merasa hairan tentang
ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat dan berkah Allah, dicurahkan kepada kamu,
wahai ahlulbait! Sesungguhnya Allah Maha Terpuji, Maha Pengasih.”
QS Hud 11: 70-73
*Allah SWT Yang Maha Mulia boleh mengurniakan kita perkara-perkara yang tidak
kita jangka.
Allah SWT kurniakan kita rezeki yang tak pernah putus. Selagi mana kita ada
kehidupan, rezeki untuk kita tak pernah putus.
Allah SWT beri kesihatan. Sakit sana sini sikit-sikit adalah supaya manusia tahu yang
dia itu hamba Allah yang lemah. Semakin kita berumur, Allah tarik balik sikit demi
sikit sebagai tanda supaya kita beringat. Sebab itu, kita sebagai makhluk, mintalah
kepada Allah SWT. Jangan takut untuk minta yang besar-besar. Allah itu Maha
Memberi Kurniaan yang besar-besar.
"Sungguh, azab Tuhanmu sangat keras.
Sungguh, Dialah yang memulai pen-ciptaan (makhluk) dan yang menghidupkannya
(kembali).
Dan Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Pengasih,
yang memiliki ‘Arasy, lagi Mahamulia,
Mahakuasa berbuat apa yang Dia kehendaki.
QS Al-Buruj 85:12-16
Arasy Allah SWT berada di atas langit yang ketujuh. Dipikul 8 malaikat.
"Dan para malaikat berada di berbagai penjuru langit. Pada hari itu lapan malaikat
menjunjung ‘Arasy (singgahsana) Tuhanmu di atas (kepala) mereka."
QS Al-Haqqah 69:17
Besarnya malaikat penanggung Arasy itu, di antara hujung telinga dengan bahunya =
700 tahun perjalanan. Besarnya Arasy Allah SWT itu. Kalau Allah SWT yang
empunya Arasy yang al-Majid, sudah tentu Allah lebih lagi al-Majid.
Allah SWT Pemilik kita, Pemilik takdir kita, Pemilik kehidupan kita. Pemilik segala
apa yang ada pada kita. Jadi, mintalah kepada Allah SWT.
Seorang ibu yang mengandung, tidak tahu tentang takdir anak yang dikandungnya.
Apakah anak itu nanti akan jadi seorang Perdana Menteri atau ulama? Sebab itu,
berdoalah untuk anak itu.
Doa untuk anak yang baik, datangnya dari seorang ayah. Yang bagusnya dari ayah.
Ibu bagus tetapi ayah lagi bagus mengambil sunnah para Nabi itu banyak
mendoakan zuriat mereka.
Syaitan tahu rahsia doa yang baik ini dari seorang ayah. Sebab itu dia kunci mulut
ayah-ayah.
Al-Qur'an Al-Majid.
Sudahkah sampai kepadamu berita tentang bala tentara (penentang),
(yaitu) Fir‘aun danTsamud
Memang orang-orang kafir selalu mendustakan?
padahal Allah mengepung dari belakang mereka (sehingga tidak dapat lolos).
Bahkan (yang didustakan itu) ialah Al-Qur'an yang mulia,
yang (tersimpan) dalam (tempat) yang terjaga (Luh Mahfuzh).
QS Al-Buruj 85:18-22
Umat Muhammad SAW mewarisi mukjizat Nabi mereka. Umat lain, tidak.
Nabi Musa AS membawanya umatnya seramai 600,000 orang berpindah
menyeberangi Laut Merah dalam satu malam. Tapi tak seorangpun tahu apa yang
dibaca Nabi Musa AS ketika membelah laut.
Maka bacalah Al-Qur'an yang mulia. Cuba fahamkan maknanya. Kemudian cuba
amalkan semampu yang boleh.
ا ْﻟﺑَﺎ ِﻋ ُث
(49) Allah SWT Al-Baits
Allah SWT Yang Maha Membangkitkan
Kita buat amal soleh untuk cari redha Allah dan sebagai bekalanke akhirat kerana
sesungguhnya Allah SWT itu sifatnya al-Baits, Yang Maha Membangkitkan.
“Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan setelah mati,”
QS Hud 11:7
Mati itu pasti. Satu hari nanti kita akan dimandikan, dikafankan dan diusung ke
kubur. Bila dan di mana? Kita tak tahu.
Yang boleh diusahakan adalah.....bagaimana? Sama ada mati dalam keadaan taat
atau mati dalam keadaan ingkar dan mungkar.
"Dan sungguh, (hari) Kiamat itu pasti datang, tidak ada keraguan padanya; dan
sungguh, Allah akan membangkitkan siapa pun yang di dalam kubur."
QS Al-Hajj 22:7
Yang mengiringi mayat ke kubur, ada 3:
i. Keluarganya,
ii. Hartanya,
iii. Amal solehnya.
Dua akan pulang, yang tinggal hanya satu. Amalannya. Sebab itu, baki umur kita tak
tahu berapa. Yang penting, persediaan kita.
Ketika hari ini kita dimatikan oleh Allah SWT, kita mula diusung ke kubur. Kubur itu
adalah satu di antara dua lubang. Sama ada lubang kerehatan atau lubang azab.
Secebis kisah dari Kitab At-Tawwabin (Kumpulan kisah-kisah Bagaimana Orang
Bertaubat)
Tentang seorang yang pekerjaannya adalah sebagai 'pencuri kain kafan' atau
'nabbash'. Ulama Fekah sampai membahaskan hukum. Kalau nabbash ini kena
tangkap, kena potong tangan atau tidak? Kenapa mereka nak curi kain kafan?
Pertama, sebab nak jual balik. Kalau orang itu orang alim, digunakan sebagai alat
pemujaan.
Ada seorang nabbash yang terkenal. Ada seorang tuan guru sedang berjalan lalu
terserempak dengan si nabbash.
Tuan Guru(TG) : "Aku dengar kau ini nabbash?"
Nabbash(N): "Betul tuan guru."
TG: "Kalau kau jual kain kafan tu, berapa kau dapat?"
N: "Paling kurang 40 dirham."
TG : "Ok la Nabbash. Aku bagi engkau 160 dirham. Kalau aku meninggal nanti,
janganlah kau ambil kain kafanku. Boleh tak?"
N: "Okay terima kasih Tuan Guru."
Waktu pun berlalu. Dengan takdir Allah SWT, tak berapa lama selepas itu, Tuan
Guru ini betul-betul meninggal. Masyarakat sekitar merasa sedih, termasuklah si
nabbash. Walaupun sedih, si nabbash tetap berfikiran jahat. "Dia dah bagi aku 160
dirham. Kalau aku ambil kain kafannya, aku akan dapat lebih 40 dirham. Bagus juga
kalau aku ambil. Lagi pula, ini kain kafan Tuan Guru. Mesti lagi mahal kalau aku jual
balik."
Maka malam itu si nabbash datang dengan cangkulnya dan tali. Dia terus gali. Gali
punya gali, sampai ke lahad. Dia pun buka lahadnya. Tengok-tengok lubangnya jauh
lagi ke dalam. Dia pun ikat tali di perdu pokok dan turun ke dalam lahad. Dia merasa
pelik kerana kubur Tuan Guru sangat luas. Di satu sudut, dia melihat
seolah-olah Tuan Guru sedang berjoget. Sekejap ke kanan. Sekejap ke kiri. Dia pun
menghampiri. Rupa-rupanya Tuan Guru sedang mengelak satu patukan ular.
Nabbash memanggil Tuan Guru. Dengan serta merta, ular itu hilang.
TG: "Nabbash, kau datang nak ambil kain kafan aku ya?"
N: ..... (Kelu lidah tak terkata)
TG: "Kalau kau nak ambil hari ini, ambil lah. Aku bagi saja. Tapi boleh tak kau tolong
aku?"
N: "Apa dia tuan?"
TG: Seumur hidup aku, aku telah jaga diri dari dosa-dosa dan mengambil hak orang
lain. Satu hari, ada seorang wanita yang kematian suaminya mengadakan kenduri
arwah lalu menjemputku. Aku pun datang. Ketika selesai jamuan, gigi aku ni ada
terselit daging. Aku tak selesa. Aku pandang kanan. Aku pandang kiri. Ada bahagian
rumah yang dibuat dari kayu. Aku patahkan sedikit dan aku buat jadi pencungkil gigi.
Nabbash, benda yang kecil ini aku tak minta izin. Dia jadi ular yang mematukku sejak
petang tadi aku dimasukkan. Tolonglah pergi jumpa wanita itu dan minta dihalalkan."
N: "Tuan ambil barang orang yang hidup, orang yang hidup boleh maafkan. Saya
ambil barang orang yang dah mati, dengan siapa saya nak minta maaf Tuan?"
Menangis si nabbash.
Lalu si Nabbash pun panjat balik talinya untuk naik ke atas. Sampai di atas, dia lihat
jenazah Tuan Guru sedang terbaring. Bermakna, tadi Allah SWT telah bukakan
untuknya alam barzakh.
(Kubur lain, alam barzakh lain)
Maka ditutupnya lahad. Kambus balik. Lalu pergi ke rumah wanita tersebut untuk
minta dihalalkan. Akhirnya si nabbash bertaubat dan terus bertaubat hingga jadi
orang alim.
*Banyakkan bertaubat. Minta dihalalkan. Kalau tak jumpa tuannya, sedekah. Niatkan
orang-orang yang pernah kita ambil haknya dulu. Kalau orang itu hidup lagi,
usahakan untuk bagi balik.
• Apakah amalan yang bagus untuk jadi teman kita dikubur? Banyak membaca
Surah al-Mulk - paling kurang seminggu sekali. Kalau yang kita perlukan adalah
sejuk, dia akan menyejukkan kita. Kalau yang kita perlukan itu keluasan, dia akan
meluaskan kita.
"Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang ada dalam hati mereka; mereka
merasa bersaudara, duduk berhadap-hadapan di atas permaidani peraduan."
QS Al-Hijr 15:47
*Ayat di atas boleh dijadikan amalan untuk keluarga yang ada perselisihan dengan
niat "Ya Allah Ya Tuhanku, tolong perbaiki keluarga ini."
Bila matinya anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga:
• Sedekah jariyah (sedekah yang berterusan) (kalau tak boleh bagi banyak, jangan
langsung tak bagi),
• Ilmu yang bermanfaat,
• Anak soleh yang mendoakan.
"Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Dia pasti akan mengumpulkan kamu pada hari
Kiamat yang tidak diragukan terjadinya. Siapakah yang lebih benar perkataan(nya)
daripada Allah?"
QS An-Nisa' 4:87
اﻟ ﱠﺷ ِﮭﯾ ُد
(50) Allah SWT As-Syahid
Allah SWT Yang Maha Menyaksikan
Dalam kehidupan kita, ada lima(5) saksi yang akan menyaksikan segala perbuatan
kita.
• Allah sendiri yang menyaksikan semua perbuatan, amalan, kelakuan kita.
• para Malaikat terutamanya malaikat Raqib & Atid (kanan dan kiri).
• Manusia di sekeliling kita.
• Tubuh badan kita.
• Seluruh makhluk-makhluk yang lain.
Walaupun yang di atas menjadi saksi kita,
"Dan cukuplah Allah yang menjadi saksi."
(QS An-Nisa' 4:79)
Kenapa?
Kerana:
1. Allah SWT tetap menyaksikan sekalipun makhluk yang lain tidak
nampak. Apabila Allah SWT melihat apa sahaja yang kita laksanakan, Allah SWT
boleh menampakkan kepada makhluk-makhluk yang lain. Sekalipun kita tidak
menunjukkannya, kalau Allah nak menunjukkan, Allah akan tunjukkan kemuliaan itu
yang diletakkan pada kita.
"Allah Maha Menyaksikan apa yang kamu kerjakan."
QS Ali Imran 3:98
Hari ini kita bersedekah. Tak dilihat manusia tapi Allah SWT Maha Menyaksikan.
Hari ini kita berselawat. Seorang diri dalam kereta. Allah SWT Maha Menyaksikan.
Allah kurniakan kemuliaan untuk orang-orang yang berbuat kebaikan. Mulia di dunia,
mulia di akhirat. Sebab yang memberi kemuliaan adalah Allah SWT.
Hari ini, kita dimuliakan manusia bukan kerana kehebatan, kemuliaan atau kebaikan-
kebaikan kita. Kita dimuliakan Allah SWT kerana Allah menutup keaiban-keaiban
kita. Kalau Allah buka keaiban kita, tidak ada lagi kemuliaan di sisi manusia. Sebab
itu, Allah SWT perintahkan kita untuk berbuat baik. Bangunkan peribadi, jangan
bangunkan topeng.
Hari ini, kenapa ramai orang tersiksa jiwanya? Kerana dia (sibuk) membangunkan
topeng dalam hidup dia. Dia hendak dilihat bagus, baik. Nanti dia akan penat untuk
berpura-pura. Penat mempertahankan topeng. Penat membaguskan topeng. Kalau
seseorang itu membangunkan topeng, yang paling dia risau adalah topeng itu
tertanggal dari mukanya. Sebab itu, bangunkanlah peribadi.
"Sungguh beruntung orang yang menyucikan diri (dengan beriman)"
QS Al-A'la 87:14
Melihat cermin itu sunnah. Kita akan nampak secara zahirnya dua perkara.
Pertama, cantiknya diri kita.
Kedua, keaiban kita (jerawat etc).
Dengan konsep yang sama, secara rohaninya, bila melihat cermin, minta Allah
kekalkan yang baik pada kita dan untuk yang buruk, "Ya Allah, tingkatkanlah diri aku
ni Ya Allah."
"Ya Allah, seperti mana Engkau elokkan jasadku ini, elokkan jugalah akhlakku Ya
Allah."
Tingkatkan akhlah, ibadah, akidah. Gilap perhubungan dengan Allah SWT,
perhubungan dengan manusia. Sambungkan silaturrahim. Sentiasa bantu kebaikan
dan semarakkan kebaikan. Sentiasa memaafkan. Nanti saban hari, diri kita semakin
meningkat akhlaknya etc.
2. Allah SWT tetap menyaksikan sekalipun makhluk lain nampak tapi salah
faham.
"Dan tidakkah engkau (Muhammad) berada dalam suatu urusan, dan tidak membaca
suatu ayat Al-Qur'an serta tidak pula kamu melakukan suatu pekerjaan, melainkan
Kami menjadi saksi atasmu ketika kamu melakukannya."
QS Yunus 10:61
Di suatu zaman lama sebelum kewujudan WhatsApp, seorang Khalifah pada zaman
kerajaan Bani Abbasiyah berjalan-jalan di kota Baghdad. Terlihat jenazah seorang
lelaki terbiar di tepi jalan. Khalifah merasa pelik kenapa penduduk sekitar
membiarkan jenazah tersebut. Lalu khalifah bertanya mereka. Kata seorang
penduduk, lelaki ini memang seorang yang teruk, kaki botol etc. Jadi, biarkan saja
jenazahnya di situ.
Khalifah lalu mengarahkan pembantu-pembantunya untuk mengangkat jenazah
lelaki tersebut dan menghantarkannya pulang ke rumah.
Sampai di rumah, isteri lelaki tersebut menangis dan berulang kali mengatakan, "kan
saya dah kata, abang. Kan saya dah kata, abang." Lalu khalifah bertanya, "puan,
kenapa jenazah suami puan dibenci oleh manusia?"
Kata isteri lelaki tersebut, "saya dah cakap lama dah dengan suami saya ini. Suami
saya orang yang berharta. Dia berniaga. Tiap-tiap malam dia akan pergi ke rumah-
rumah pelacuran. Dia akan bayar pelacur-pelacur itu dan minta mereka pulang ke
rumah, tak perlu berlanggan. Ramai pelacur, setelah berkecukupan, berhenti dari
melacur."
"Dia juga pergi ke kedai-kedai arak untuk membeli arak untuk dipecahkan. Supaya
malam itu, tidak banyak orang yang akan mabuk dengan arak ini. Saya dah bagi
tahu suami saya, 'jangan macam tu bang. Nanti orang akan salah sangka pada
abang.' Tapi suami saya kata, "tak apalah. Allah menyaksikan. Ketika aku mati nanti,
khalifah, ulama-ulama serta mufti-mufti Baghdad akan menyembahyangkan aku."
Nota: Buatlah perkara yang baik selaras dengan keredhaan Allah SWT. Jangan
rasa teraniaya bila buat baik. Allah janji, baik di balas baik. Allah tak biarkan kita
keseorangan sebab Allah Maha Menyaksikan. Teruskan berbuat baik walau orang
salah sangka.
3. Kerana Allah SWT menyaksikan segala detik hati kita yang mungkin tidak
didengari oleh makhluk-makhluk yang lain.
Dalam ilmu tasawwuf, hati terbahagi tiga.
Qalbun(hati): boleh di baca oleh manusia(yang pandai baca) dan jin.
Di bawah qalbun adalah fuaad.
Fuaad tak boleh dibaca oleh manusia dan jin tetapi boleh dibaca oleh malaikat. Di
dalam fuaad, ada niat. Sebab itu, niat yang baik, malaikat tulis. Niat orang beriman
lebih baik dari amalannya.
Yang bawah dari fuaad dan tidak boleh dibaca oleh malaikat, dipanggil Lubbun.
Orang Melayu panggil 'lubuk hati'. Tak berkata-kata, tak terdetik tetapi rasa. Kalau
terlalu gembira, sampai tak tercakap. "Allah mengetahui remuknya hati." Allah
mengetahui khianatnya mata (bila menjeling) dan apa yang tersembunyi dalam hati.
Sekalipun orang tidak menghargai, Allah Maha Mengetahui." Cukuplah Allah sebagai
saksi. Bergantunglah kepada Allah SWT. Binalah hubungan dengan Allah SWT.
Kalau kita masukkan keimanan walau hanya setitis, kesannya, kita memandang
dengan iman, bercakap dengan iman, mendengar dengan iman dan berbuat apa
saja dengan iman.
4. Kerana Allah SWT menyaksikan segala amalan baik dan buruk. Sekalipun
kecil, pasti akan dibalas oleh Allah SWT.
5. Allah sahajalah yang menjadi saksi kepada benda-benda ghaib yang tidak
dibukakan kepada manusia.
"Dialah Allah tidak ada tuhan selain Dia. Yang Mengetahui yang ghaib dan yang
nyata, Dialah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang."
QS Al-Hashr 59:22
Apakah benda ghaib yang manusia tak tahu? Antaranya:
○ tarikh, tempat dan waktu kematian. Yang boleh manusia usahakan adalah,
bagaimana nak mati yang baik.
○ dalam kandungan. Jantina anak dalam kandungan yang sudah boleh di scan, itu
benda zahir sahaja. "Siapa anak ini?" kita tak tahu. Siapa tahu kita sedang
mengandungkan seorang Perdana Menteri satu hari nanti? Atau seorang pejuang
yang hebat? Atau jutawan yang dermawan? Sebab itu, ketika mengandung,
banyakkan membaca al-Qur'an, dzikir dan selawat.
ا ْﻟ َﺣ ﱡﻖ
(51) Allah SWT Al Haq
Allah SWT Yang Maha Benar
Allah SWT Yang Maha Benar dalam semua perkara selama-lamanya. Sentiasa tetap
di atas perkara-perkara yang benar.
Allah SWT jadikan kita bangsa manusia ada buku manual. Sama macam kita beli
barang. Contoh: Radio. Ada manual. Kita tak boleh guna radio itu ikut suka hati kita.
Mesti ikut manual.
Ketika Allah turunkan manusia ke bumi, ada guide iaitu para Anbiya/Rasul. Seperti
kita masuk ke hutan, perlukan guide. Tak perlu acumen lain. Begitulah dengan para
Anbiya/Rasul yang menjadi guide bagi kita. Mereka diberikan kitab.
Tujuh(7) Golongan Yang Menolak Kebenaran.
Kenapa kita perlu tahu? Supaya kita boleh lihat kepada diri sendiri dan periksa diri
sendiri, adakah kita termasuk 7 golongan ini?
Kenapa ada orang yang menolak kebenaran sedangkan Allah Al- Haq?
1. Golongan yang ditipu-daya oleh syaitan.
"Dan katakanlah (Muhammad), “Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu;
barangsiapa menghendaki (beriman) hendaklah dia beriman, dan barangsiapa
menghendaki (kafir) biarlah dia kafir.” Sesungguhnya Kami telah menyediakan
neraka bagi orang zalim, yang gejolaknya mengepung mereka. Jika mereka meminta
pertolongan (minum), mereka akan diberi air seperti besi yang mendidih yang
menghanguskan wajah. (Itulah) minuman yang paling buruk dan tempat istirehat
yang paling jelek."
QS Al-Kahf 18:29
Kerana syaitan telah berikrar:
"Ia (Iblis) berkata, “Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahwa aku
sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku
akan menyesatkan mereka semuanya,"
QS Al-Hijr 15:39
Jadi, golongan pertama yang menolak kebenaran ini, maksiat telah diperelokkan di
depan mata mereka dan dia lupa al-Qur'an/hadis Nabi SAW. Maka, dia menjadi
orang yang mengikut pandangan yang diperelokkan iblis.
Hari ini, apa-apa saja yang berlaku, baliklah kepada al-Qur'an & hadis, tak perlu
panduan lain kerana hidup kita terlalu singkat untuk trial & error.
2. Orang yang ragu-ragu.
"Kebenaran itu dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali engkau (Muhammad)
termasuk orang-orang yang ragu."
QS Al-Baqarah 2:147
Contoh:
Betul ke kena hormatkan ibu? Tengok macam, mak ni tak sporting je? Cuba kita lari
je dari rumah. (Dia ragu-ragu. Sedangkan ibu & ayah perlu ditaat dan dihormat. Ada
keberkatannya. Itu yang diajar Nabi SAW).
Betul ke kena taat suami? Menyakitkan hati adalah.
Betul ke kena bagi nafkah? Kalau aku tak bagi nafkah, macam mana ya?
Kalau ada orang datang menegur kita dengan suatu kebenaran, lihatlah kepada
perkara yang ditegur itu, bukan peribadi orang yang menegur.
Kalau kita ikutkan was-was bisikan syaitan, maka jadilah kita ragu-ragu.
So jangan diikutkan bisikan. "Kenapa aku yang diuji? Aku pergi mengaji. Tapi kenapa
aku yang kena? Orang lain lagi teruk, tak pulak kena." Sebab kita macam berjual-beli
dengan Tuhan. 'Aku buat baik. Tuhan mesti bagi baik kat aku.' Baik itu mengikut
turutan kita. Sedangkan, yang buruk yang Allah bagi tu, tak semestinya tak baik
untuk kita.
Ada orang sibuk berniaga dan selalu gagal. Rupa-rupanya Allah sedang sediakan
untuk dia kematangan dalam berniaga sebab satu hari nanti, Allah akan bagi dia
perniagaan yang lebih besar. Allah takdirkan untuk dia, perniagaan ke-5 baru
berjaya. Mana nak datang perniagaan ke-5 tanpa yang pertama, ke2, ke3 dan ke4?
Dunia ini universiti kehidupan. Penuh dengan pengajaran.
3. Orang yang takabbur.
Takabbur = sombong = bongkak = keras hati = menafikan kebenaran.
"Dan para penghuni surga menyeru penghuni-penghuni neraka, “Sungguh, kami
telah memperoleh apa yang dijanjikan Tuhan kepada kami itu benar. Apakah kamu
telah memperoleh apa yang dijanjikan Tuhan kepadamu itu benar?” Mereka
menjawab, “Benar.” Kemudian penyeru (malaikat) mengumumkan di antara mereka,
“Laknat Allah bagi orang-orang zalim,"
QS Al-A'raf 7:44
Orang yang takabbur menzalimi diri sendiri, menyusahkan diri sendiri.
4. Orang yang jahil. Tak tahu. Tak ada ilmu. Orang yang ada ilmu mesti tolong
bagi tahu. Orang yang tak ada ilmu mesti pergi cari ilmu.
"Ketahuilah sesungguhnya milik Allah-lah apa yang ada di langit dan di
bumi. Bukankah janji Allah itu benar? Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui."
QS Yunus 10:55
5. Orang yang salah tafsir.
"Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutlah pada hari yang (ketika
itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya, dan seorang anak tidak dapat
(pula) menolong bapaknya sedikit pun. Sungguh, janji Allah pasti benar, maka
janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kehidupan dunia, dan jangan sampai
kamu terpedaya oleh penipu dalam (menaati) Allah."
QS Luqman 31:33
Berguru dan pilih lah guru kerana salah tafsir boleh membawa kepada salah
pegangan akidah.
Imam Abu Hanifah seorang ulama dan businessman. Beliau punya dua orang anak
lelaki. Ketika telah sakit dan uzur, beliau memanggil kedua-dua anak lelakinya dan
berpesan, sekiranya meninggal dunia, kedua-dua anak lelakinya hendaklah
meneruskan perniagaan dengan dua syarat: Pertama, dalam berniaga, jangan kutip
hutang. Dan kedua, jangan kena matahari.
Tak lama selepas itu, Imam Abu Hanifah meninggal dunia. Perniagaannya diteruskan
oleh kedua-dua anak lelaki.
Selepas beberapa tahun, perniagaan yang diurus adik didapati merosot tetapi yang
diurus abang didapati maju. Ibunya bertanya mengapa. Kata adik, dia mengikut
pesan ayah, iaitu, dia tak pernah kutip hutang dan bila ke mana-mana, dia akan
menggunakan payung.
Ibu lalu bertanya abang. Kata abang, dia juga mengikut pesan ayah iaitu dalam
berniaga, hanya cash-on-delivery dan supaya tak kena matahari, setiap hari lepas
subuh, abang tak pernah tidur, terus kerja sampai malam.
Pesannya sama tapi tafsirannya berbeza menentukan jalan hidup yang berbeza.
Kalau kita belajar dari guru yang salah, al-Qur'annya betul tapi tafsirannya salah dan
kita anggap tafsiran itulah agama, kita pun berpegang kepada benda yang salah.
Jadi, kenapa ada orang yang tolak kebenaran? Sebab salah tafsir dan dia ikut yang
salah itu.
Sabda Rasulullah SAW: "Lihat dengan siapa kamu belajar. Kerana agama itu di
ambil daripada orang itu."
6. Orang yang tidak kuat untuk mengikuti kebenaran itu. Dia tahu benar tapi
tidak kuat, kemudian memberi alasan. (Orang yang putar-belitkan hukum seperti ahli
kitab di zaman lalu)
"Dan Allah akan mengukuhkan yang benar dengan ketetapan-Nya, walaupun orang-
orang yang berbuat dosa tidak menyukainya."
QS Yunus 10:82
7. Orang yang tidak bermuhasabah diri. Kalau kita ini betul, tak semua benda
kita betul. Sebab itu, kita perlu bermuhasabah diri. Kalau seseorang itu salah, tak
semua benda dia salah. Kalau kita betul, tak selamanya betul. Kalau kita salah, tak
selamanya salah. Orang itu boleh berubah, bertaubat dan baiki diri. Orang yang tak
muhasabah diri, takut dia tertipu dengan diri sendiri.
"Maka Mahatinggi Allah, Raja yang sebenarnya; tidak ada tuhan (yang berhak
disembah) selain Dia, Tuhan (yang memiliki) ‘Arsy yang mulia."
QS Al-Mu'minun 23:116
Semoga kia tergolong yang dibimbing Allah ke jalan yang benar. Aameen.
ا ْﻟ َو ِﻛﯾ ُل
(52) Allah SWT Al-Wakil
Allah SWT Yang Maha Menerima Penyerahan/Memelihara
"Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar
baginya dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan
barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan
(keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah
telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."
QS At-Talaq 65:2-3
Ketika Allah SWT menjadikan manusia dan makhluk-makhluk, kalam itu menulis
tentang takdir kita di atas perintah Allah SWT. Simpanan takdir kita ini di simpan di
suatu tempat bernama 'Luh Mahfudz'.
Dari sudut bahasa, "luh" bermaksud 'papan'. "Mahfudz" bermaksud 'yang
terpelihara'. Maka pentadbiran Allah SWT yang maha hebat, para malaikat bekerja di
atas apa yang tertulis di Luh Mahfudz.
Contoh: Malaikat rezeki hari ini melihat (di Luh Mahfudz untuk kita) 'nasi lemak
dengan lauk paru'. Dia akan sampaikan kepada kita. Kita masak sendiri kat rumah,
tak menjadi. Kita pergi ke kelas, singgah sekejap di gerai. Beli nasi lemak dengan
lauk paru. Itulah rezeki.
Begitulah juga dengan malaikat yang bawa musibah. Dia check di Luh Mahfudz. Tapi
ilmu Allah sangat luas dan mengatasi apa yang telah tertulis. Sebab itu, Allah SWT
perintahkan supaya kita berdoa kepada Allah SWT. Malaikat tetap bekerja dengan
apa yang telah ditugaskan bagi dia tapi ilmu Allah lebih luas kerana "Allah telah
mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu." Setiap sesuatu itu ada takdirnya yang
hanya Allah sahaja yang tahu.
Takdir ada dua, yang tetap dan yang boleh berubah. Takdir yang boleh berubah
tergantung ilmu Allah yang tak siapapun tahu. Malaikat tak tahu. Sebab itu, dalam al-
Qur'an Allah suruh kita bertawakkal kepada Allah. Maksudnya, berserah kepada
Allah SWT pada seluruh perkara dalam kehidupan.
Nabi Daud AS baik dengan malaikat Izrail(yang mencabut nyawa). Setiap tahun,
malaikat Izrail (menyerupai manusia) akan datang menziarahi Nabi Daud AS.
Satu hari, malaikat Izrail datang berziarah. Khadam Nabi Daud AS masuk
membawakan makanan dan minuman lalu keluar dari ruang tamu. Nabi Daud AS
perasan yang malaikat Izrail memandang tepat ke wajah khadam tadi. Lalu Nabi
Daud AS pun bertanya kenapa. Malaikat Izrail menjawab, 'orang ini dalam senarai
untuk aku ambil nyawanya lagi 7 hari.' Nabi Daud AS merasa sedih kerana khadam
ini sangat disayangi. Lalu Nabi Daud AS berikan gaji & hadiah kepada khadamnya.
Berlalulah masa dan Nabi Daud AS pun terlupa akan hal ini. Setahun kemudian,
malaikat Izrail datang berkunjung. Khadam yang sama membawa masuk hidangan.
Malaikat Izrail biasa sahaja. Ketika itu, Nabi Daud AS teringat akan apa yang
disampaikan malaikat Izrail setahun yang lalu. Nabi Daud AS pun bertanya. Kata
Malaikat Izrail, 'orang ini suka bersedekah. Ketika tinggal beberapa hari saja
hayatnya, dia banyak bersedekah. Allah telah memanjangkan hayatnya dari 7 hari ke
7 tahun.'
Ilmu Allah lebih tinggi. Sebab itu, ada konsep bertawakkal kepada Allah. Tawakkal
ialah penyerahan kita kepada Allah SWT. Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah,
cukuplah baginya.
Tujuh(7) perkara penting yang kita perlu bertawakkal kepada Allah SWT.
1. Soal jodoh.
Sebab jodoh adalah satu perkara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT semasa kita
masih di kandung ibu. Ketika itu, kita ditanya adakah kita bersetuju fulan bin fulan
menjadi pasangan kita. Dan roh kita telah memberi persetujuan. Jadi, hari ini
seandainya kita redha dengan siapapun yang menjadi jodoh kita, ia memberi
ketenangan.
Walaupun telah ditetapkan, kita disuruh ikhtiar semaksima yang boleh dan berdoa
serta bertawakkal kepada Allah SWT.
2. Soal rezeki.
Di dalam QS65:2-3 di atas, siapa yang bertakwa, diberi jalan keluar dan rezeki dari
arah yang tak disangka.'
Satu lagi cara mencapai rezeki adalah dengan bersedekah. Dengan sedekah, Allah
SWT janji untuk balas 10 kali ganda.
3. Soal kesihatan.
Sabda Rasulullah SAW, "Ajarkan anakmu itu berenang, memanah dan menunggang
kuda." Nabi SAW makan yang bagus-bagus, habbatussauda, kurma, madu dsb.
Kalau kita jaga kesihatan dan sampai umur 70 tahun, meninggal tanpa sakit. Makan
supplement itu usaha.. bersenam itu usaha. Selebihnya, tawakkal kepada Allah
SWT.
4. Pekerjaan kita atau segala usaha kita.
Kita disuruh usaha semaksima yg boleh.
Kalau kita seorang ahli perniagaan, usaha semaksima yg boleh, rancang betul-betul,
buat kertas kerja sebaik mungkin. Bakinya serah pada Allah SWT.
Apa saja pekerjaan kita, buat yang terbaik. Itulah kita sebagai khalifah di muka bumi.
Kita jaga betul-betul. Bakinya serah pada Allah SWT. Dunia ini memang tempat
berpenat-penat. Nak rehat, tunggu masuk kubur.
5. Gangguan dari syaitan
Konsep syaitan adalah lose-lose situation. Alang-alang dia masuk neraka, biar
semua masuk sekali.
Kalau dia tak boleh bisik-bisik ke dalam hati kita, dia ganggu pulak secara fizikal.
Sebab itu, kadang-kadang terdengar bunyi pelik di waktu malam. Jangan lari.
Bacalah ayat al-Qur'an.
Sihir terjadi biiznillah di atas dasar usaha si penyihir. Kalau di waktu penyihir
membaca mantera dan orang yang nak dikenakan membaca Ayat Kursi sambil
bertawakkal kepada Allah, bila kebenaran bertemu kebatilan, kebatilan akan lenyap.
Jadi, teruskan usaha menjaga diri dari syaitan dan sihir, selebihnya serah kepada
Allah SWT.
Orang yang ada amalan tinggi pun kena sihir. Itu telah ditakdirkan. Berusahalah dan
tawakkal kepada Allah.
6. Soal keselamatan.
Keselamatan milik Allah SWT. Kita mohon kepada Allah SWT untuk Allah SWT
berikan keselamatan. Bila kita naik kenderaan, kita tak menguasai kenderaan itu.
Bacalah doa naik kenderaan. Ini di dunia. Mudah-mudahan di akhirat juga selamat
dengan amalan yang kita usahakan dari sekarang.
7. Ketika kematian
Berdoalah untuk mati husnul khotimah (penghujung yang baik). Bukan sahaja
rohaninya baik (dalam keadaan beriman), bahkan zahirnya dalam keadaan baik.
Biarlah jenazah kita itu elok orang lihat.
Orang yang mati syahid kena bom di Palestin, anggota badannya tercerai dari badan
tetapi mukanya senyum. Husnul khotimah memerlukan usaha yang berterusan.
Bakinya serah kepada Allah SWT. Berdoalah banyak-banyak.
ا ْﻟﻘَ ِو ﱡي
(53) Allah SWT Al-Qawiy
Allah SWT Yang Maha Kuat
Allah SWT Al-Qawiy. Allah SWT juga menganugerahkan secebis dari sifat Al-Qawiy
ini kepada manusia. Tentu berbeza kuatnya Allah SWT dan kuatnya manusia.
Kuatnya Allah SWT itu mutlak (sebenar-benarnya). Kuat manusia itu fana = tidak
kekal.
Bicara tentang Allah SWT Al-Qawiy dari lima(5) sudut.
1. Kuat Allah SWT tidak memudaratkan.
*Kadang-kadang manusia yang diberi kekuatan, dengan secara yang dia tak sangka,
kekuatan itu memudaratkan.
"Dan untuk Sulaiman dikumpulkan bala tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu
mereka berbaris dengan tertib. Hingga ketika mereka sampai di lembah semut,
berkatalah seekor semut, “Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-
sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan
mereka tidak menyedari.”
QS An-Naml 27:17-18
*Kekuatan yang dianugerahkan kepada manusia, kuatnya itu kadang-kadang tak
perasan, membimbangkan orang lain. Tetapi Allah SWT Yang Maha Kuat hingga
boleh beri kekuatan kepada orang lain.
Formula kuat: (Amalan tok-tok guru)
"Dia akan menambahkan kekuatan di atas kekuatanmu, dan janganlah kamu
berpaling menjadi orang yang berdosa.”
QS Hud 11:52
*Bila sudah kuat, jangan jadi orang yang melampaui batas.
"Dan dia (Musa) masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah,
maka dia mendapati di dalam kota itu dua orang laki-laki sedang berkelahi; yang
seorang dari golongannya (Bani Israil) dan yang seorang (lagi) dari pihak musuhnya
(kaum Fir‘aun). Orang yang dari golongannya meminta pertolongan kepadanya,
untuk (mengalahkan) orang yang dari pihak musuhnya, lalu Musa meninjunya, dan
matilah musuhnya itu. Dia (Musa) berkata, “Ini adalah perbuatan syaitan. Sungguh,
dia (syaitan itu) adalah musuh yang jelas menyesatkan.”
QS Al-Qasas 28:15
2. Al-Qawiynya Allah SWT itu kekal sedangkan al-Qawiynya manusia itu
menurun.
"la quwwata illa billah” (Tidak ada kekuatan melainkan dari Allah SWT.)
QS Al-Kahf 18:39
Sumber kekuatan manusia datangnya dari:
• akal dia,
• kesihatan tubuh badan dia,
• hati dia.
Ada orang, akal dia kuat. Walau duduk di atas kerusi roda, dia tetap boleh
merancang.
*Ketiga-tiga ini, (akal, kesihatan tubuh badan dan hati manusia) boleh menurun.
Contoh: bila sudah berusia, selalu lupa. Bila sudah tua, duduk lama sakit pinggang,
berdiri lama sakit lutut. Tapi kekal Allah SWT tidak menurun kerana kekalnya Allah
SWT adalah dengan kuasaNya Yang Maha Hebat.
"Engkau adalah Raja sehingga hari pembalasan."
QS Al-Fatihah 1:4
Iskandar Zulkarnain a.k.a Cyrus the Great adalah seorang yang sangat kuat dan
hebat, mengusai timur dan barat. Beliau seorang muslim.
Nota:
~ Cyrus the Great
• bukan Alexander the Great.
• beliau Raja dari Persia.
• pernah bantu bangunkan kota Jerusalem selepas kota itu diserang raja
Nebuchadnezzar.
• berpesan kepada pengurus istananya. Nanti jenazahnya ketika diusung ke
perkuburan, hendaklah tangannya dikeluarkan dari keranda sebagai tarbiyah iman
terakhir seorang raja kepada rakyatnya. Supaya rakyatnya faham, walau sehebat
mana seorang manusia, bila mati tetap pulang kepada Allah SWT tanpa
membawa apa-apa, hanya kain kafan.
"Semua yang ada di bumi itu akan binasa,
tetapi wajah Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan tetap kekal."
QS Ar-Rahman 55:26-27
3. Kuat Allah SWT tidak bergantung kepada apapun dan sesiapapun.
"Sungguh, Allah Mahakuat, Mahaperkasa."
QS Al-Hajj 22:40
Kekuatan yang Allah SWT beri kepada manusia, walau sehebat mana, dia tetap
bergantung kepada sesuatu.
Sehebat manapun seorang raja, dia tetap bergantung kepada petani-petani
penanam kapas untuk dibuat kain.
Kalau hari ini diarahkan bunuh semua penanam kapas, maka sang raja tak akan ada
baju yang bagus-bagus.
Berbeza dengan kekuatan manusia, kuat Allah SWT tidak bergantung kepada
apapun dan sesiapapun.
"Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki
agar mereka memberi makan kepada-Ku. Sungguh Allah, Dialah Pemberi rezeki
Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kokoh."
QS Az-Zariyat 51:57-58
*Allah SWT tidak memerlukan makanan dari kita. Bila kita berbakti untuk cari redha
Allah SWT, manfaatnya adalah untuk orang lain. Contoh: daging korban. Kita
sembelih korban bukan untuk letak di mimbar masjid. Dagingnya diagihkan kepada
fakir miskin.
Kita bersedekah untuk cari redha Allah. Sedekahnya kita beri pada orang lain.
• Allah SWT hanya suruh kita persembahkan ketaatan selaras dengan apa yang
diturunkan Allah SWT.
• Kalau kita mengingkari Allah SWT, tidak akan mengurangkan sedikitpun kekuasaan
Allah SWT.
• Yang bergantung, hanya manusia. Kalau Allah bagi sakit tekak sikit je, dah tak
boleh makan dah. Kalau demam sikit je, dah tak ada selera makan.
• Seharusnya kita malu bila makan rezeki Allah SWT tapi ingkar dengan suruhan
Allah.
• Allah SWT suruh taat suami tapi kita derhaka suami. Lepas tu makan bukan main
lagi.
• Kita tak bertanggungjawab dengan isteri, berkasar dengan isteri. Tapi bila bab
makan rezeki Allah, kita pun makan sampai tak ingat dunia.
*Allah SWT bagi kita rezeki. Kita makan sampai jadi kuat. Bila dah kuat, tak tunaikan
tanggungjawab.
4. Kekuatan Allah SWT tidak terbatas. Tidak dihalang oleh sesiapapun. Berbeza
dengan manusia yang kekuatannya terbatas. Walau kuat, ada benda-benda yang dia
tak boleh nak buat.
• Ingat kisah Samson al-Ghazi? A.k.a. Samson Delaila. Dia dari umat terdahulu.
Berasal dari Gaza. Dianugerahkan kekuatan. Mempertahankan Baitul Maqdis dan
Gaza.
Gaza dan Baitul Maqdis ini sejak dulu lagi telah menjadi rebutan. Sebelum adanya
kapal terbang, kalau dapat menawan Gaza & Baitul Maqdis, akan dapat menawan
tiga benua, Asia, Eropah dan Afrika.(lihat peta). Ini pintu kepada tiga benua.
Samson al-Ghazi sangat kuat tapi tetap punya kelemahan. Di rambutnya. Kalau
diikat rambutnya, dia tak boleh nak putuskan. Akhirnya, musuh-musuhnya mengupah
isterinya untuk potong rambutnya dan ikat tangannya dengan rambut tersebut.
Lalu dia ditangkap dan di bawa ke Talsaffin untuk dibunuh tetapi sebelum itu
diseksa, dibutakan matanya dan dikelar-kelar badannya. Dia bernazar, kalau Allah
SWT sembuhkan mata dan luka-lukanya, seluruh hidupnya akan dikorbankan untuk
Allah. Dan takdir Allah SWT menyaksikan embun malam itu menyembuhkan mata
dan luka-luka di badannya serta melonggarkan ikatan di tangannya.
Pagi esoknya, berlakulah peperangan yang besar di Talsaffin. Habis orang kafir
semua. Kembalilah Samson jadi penjaga Gaza dan Baitul Maqdis. Daripada tarikh ini
sampai ke hari kematiannya, 1000 bulan. (83 tahun 4 bulan). Ketika ahli kitab
bercakap-cakap, Allah SWT anugerahkan kepada umat Muhammad SAW malam
Lailatul Qadr(di malam itu, kalau kita beramal, lebih baik dari 1000 bulan).
Kekuatan Samson al-Ghazi menyamai 1000 manusia tetapi tetap ada kekangan.
5. Kuatnya Allah SWT tidak ada siapapun yang dapat menandingi.
Beberapa ketika sebelum kelahiran Nabi SAW, ada seorang raja bernama Abrahah
dari San'a, Yemen. Dia mencemburui kota Mekah kerana wujudnya Kaabah, ramai
orang datang, ekonomi berkembang. Abrahah bina satu kaabah di San'a. Kaabahnya
berbentuk bulat biar senang orang tawaf. Tapi tak ada orang nak datang. Maka
Abrahah pun sakit hati. Tapi Abrahah kata, "tak ada sesiapa di rantau ini yang boleh
menandingi aku." Kerana dia ada tentera dan tentera bergajah.
Lintasan sejarah:
Formasi tentera di zaman dulu. Gajah akan berada di hadapan. Gajah yang
digunakan gadingnya panjang. Gading ini diikat dengan rantai-rantai duri.
Ketika perang, gajah-gajah ini akan merempuh barisan pertahanan pihak lawan.
Kemudian, tentera berkuda akan masuk terus ke tengah dan kucar-kacirkan yang di
tengah. Barulah tentera pejalan kaki akan datang.
Jadi, siapa yang ada gajah pada waktu itu, memang hebat!!! Dan di rantau Jazirah
Arab, yang ada gajah hanya Abrahah. Sebab itu dia rasa dia hebat.
Maka bertekadlah si Abrahah untuk menghancurkan Kaabah. Mereka berjalan dari
San'a sampai sekitar padang Arafah dan berkhemah sebentar. Di situ ada kambing-
kambing Abdul Mutalib, datuk Nabi SAW. Di tangkapnya kambing-kambing itu dan
dihantar utusan ke Mekah untuk berunding, ada tak penentangan tentera dari Mekah
yang nak lawan? Yang dia nak cakap, 'menyerah saja lah. Abrahah punya tentera
hebat.'
Lalu Abdul Mutalib pun datang. Dengan sombongnya Abrahah berkata, "Aku ni nak
menghancurkan Kaabah. Ada tak kau nak menentang aku atau kau ada nak minta
apa-apa?"
Kata Abdul Mutalib, "Aku ada satu permintaan. Boleh tak tolong pulangkan kambing
aku?"
Abrahah merasa pelik. "Ehh...engkau kan ketua pemimpin Mekah. Patutnya kau
cakap, 'Abrahah jangan serang. Kami akan lawan kau betul-betul.' What's wrong with
you?"
Kata Abdul Mutalib, "Kambing-kambing ini aku punya. Kaabah itu Allah punya. Allah
sendiri yang akan jaga."
Lalu kata Abrahah, "kalau tiada penentangan dari penduduk kota Mekah, hari ini
semua orang duduk di rumah sebab aku akan menghancurkan Kaabah."
Dipulangkannya kambing-kambing. Dan Abdul Mutalib pun pulang ke Mekah.
Maka pagi itu sedang Abrahah dan tenteranya bersiap-siap menghancurkan Kaabah,
Allah datangkan tentera elit dari neraka.
"Tidakkah engkau (Muhammad) perhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak
terhadap pasukan bergajah?
***Kenapa tentera bergajah dianggap penting? Sebab pada ketika itu, tentera
bergajah ini hebat.
Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka itu sia-sia?
dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong,
yang melempari mereka dengan batu dari tanah liat yang dibakar,
sehingga mereka dijadikan-Nya seperti daun-daun yang dimakan (ulat)."
QS Al-Fil 105:1-5
Daun-daun yang dimakan ulat kan berlubang-lubang? Untuk senang faham, mereka
itu seperti diserang jet pejuang dan bom. Tembus badan mereka seperti kena
tembak dengan mesingan. Peluru itu tajam dan panas sampai tembus badan. Sebab
itu Allah kata, seperti daun yang dimakan ulat.
Jadinya, manusia bila diberi kekuatan, jangan sombong kerana di atas kita, ada lagi
yang kuat. Kuat kita itu untuk berbakti kepada Allah SWT. Akhirnya, walau kita ini
sangat hebat, kita memang sangat bergantung kepada Allah SWT Yang Maha Kuat.
Biar kita bergantung dengan Yang Maha Kuat, kita turut akan jadi hebat dan kuat.
Kalau bergantung kepada yang lemah, kita pun akan jadi lemah.
ا ْﻟ َﻣ ِﺗﯾ ُن
(54) Allah SWT Al-Matin
Allah SWT Yang Maha Kukuh
Allah SWT Yang Maha Kukuh ilmu dan kekuasaan-Nya.
"Sungguh Allah, Dialah Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat
Kukuh."
QS Az-Zariyat 51:58
Dalam kitab Tuhfatul Ahwadzi, apakah yang dikatakan Allah Al-Matin?
Yang dikatakan Allah Al-Matin adalah al-Qawiy Asy-Syadid iaitu Yang Sangat-sangat
Kuat. Yang tidak ada sedikitpun kesusahan pada apa yang hendak dilakukan, tiada
rasa bebanan dan tiada rasa penat.
Kita sering tertangguh atau terhalang dengan kesusahan-kesusahan tetapi Allah Al-
Matin tidak terhalang dengan kesusahan mahupun bebanan.
Bicara tentang Allah Al-Matin dari tiga(3) sudut:
1. Allah SWT jadikan sesuatu perkara yang kita tidak ada pilihan. Terpaksa
terima. Matin-Nya Allah, hebat dan kukuhnya kekuasaan Dia, dijadikannya sesuatu
pilihan itu yang kita terpaksa terima.
Apakah yang ditentukan Allah SWT?
"Dan semua sujud kepada Allah baik yang di langit mahupun yang di bumi, baik
dengan kemahuan sendiri mahupun terpaksa."
QS Ar-Ra'd 13:15
Apakah yang Allah jadikan yang kita tak ada pilihan ?
• Kematian •
Hari ini kita lihat orang dimandikan, dikafan, diusung ke kubur dan ditinggalkan di
liang lahad berseorangan. Satu hari nanti, pasti kita yang dimandikan, dikafan,
diusung ke kubur dan ditinggalkan sendirian. Pasti dan mesti. Suka atau terpaksa.
• Sakit •
Suka atau tidak, sakit itu akan datang tepat pada masanya. Allah yang beri sakit.
Allah juga yang beri kesembuhan. Doktor merawat orang, doktor yang sama, ubat
yang sama, dos yang sama tapi ada orang yang sembuh, ada yang meninggal.
Sebab kesembuhan adalah di atas kekuasaan Allah SWT.
• Bencana •
Andai bencana ditakdirkan datang, suka atau tak, tetap akan datang. Siapa pernah
jangka Aceh dilanda tsunami sehingga mengorbankan beberapa ratus ribu nyawa?