“Demi masa.
Sesungguhnya, manusia berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman dan
mengerjakan kebajikan serta saling
menasihati dengan kebenaran dan saling
menasihati dengan kesabaran.”
QS Al ‘Asr 103:1-3
Kandungan
Catatan Pendahuluan
Mengapa Perlu Mempelajari Asmaul Husna?
81 Allah Al-Muntaqim 7
82 Allah Al-Afuww 11
83 Allah Ar-Rauf 15
84 Allah Al-Maalikul Mulk 18
85 Allah ZuljalaliwalIkram 21
86 Allah Al-Muqsit 22
87 Allah Al-Jaami’ 24
88 Allah Al-Ghaniy 28
89 Allah Al-Mughniy 31
90 Allah Al-Maani’ 36
91 Allah Ad-Darru 38
92 Allah An-Naafi’ 42
93 Allah An-Nur 46
94 Allah Al-Haady 51
95 Allah Al-Badii’ 55
97 Allah Al-Warith 60
98 Allah Ar-Rashid 62
99 Allah As-Sobur 64
Penghargaan
Catatan Pendahuluan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Segala puji hanya bagi Allah SWT.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Terima kasih di atas kesudian anda membaca e-book ini. Sekadar perkongsian nota
ringkas catatan peribadi saya yang telah mendapat manfaat dari mendengarkan
kuliah Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin (Ustaz Amin) di youtube.
E-book ini mengandungi catatan 19 nama terakhir di dalam rantaian Asmaul Husna.
Maaf tiada nota untuk nama yang ke-96 kerana videonya tidak dijumpai. Nota yang
terkandung di dalam e-book ini dicatat berdasarkan apa yang saya dengar dan
faham. Bagi pemahaman yang lebih baik dan jelas, dengarkan kuliah sepenuhnya di
Channel youtube: ustaz amin. Cuma perlu taipkan tajuk yang berkaitan. Contoh:
"Ustaz Amin - Asmaul Husna(81) Al-Muntaqim".
Mohon maaf andai terdapat sebarang kesilapan dan/atau kekurangan dalam e-book
yang sangat sederhana ini. Tentunya dari kelemahan dan keterbatasan saya sendiri.
Semoga kita lebih bersemangat menelusuri liku-liku kehidupan sebagai hamba Allah
SWT yang yakin dengan-Nya serta lebih mensyukuri segala nikmatNya. Seandainya
nota ini bermanfaat buat anda, silakan di share dengan keluarga dan sahabat.
Mudah-mudahan menjadi wasilah amal jariyah kita bersama. Aameen.
Komen dan cadangan buat penambahbaikan dialu-alukan.
Emelkan maklumbalas anda ke: [email protected]. Terima kasih.
Yang lemah tiada daya,
Kuala Lumpur
28 Julai 2020
07 Dzulhijjah 1441H
Nota: E-book ini bukan untuk jualan.
Mengapa Perlu Mempelajari Asmaul Husna?
Asmaul Husna maksudnya nama-nama yang baik. Dengan mempelajarinya, akan
jadi kebaikan bagi kita.
Kenapa kita mempelajarinya?
1. Kita akan mengetahui cara berdoa.
Di dalam al-Qur'an, Allah mengajarkan kepada kita, kalau nak berdoa, sebutlah
nama Allah SWT yang baik-baik, mengikut kesesuaian hajat kita.
Dan Allah memiliki Asma'ul-Husna (nama-nama yang terbaik), maka bermohonlah
kepada-Nya dengan menyebutnya. QS Al-A'raf 7:180
Kalau ingin minta rezeki, berdoalah dengan Ya Allah Ya Razzaq.
Buat yang ingin melembutkan hati, berdoalah dengan Ya Allah Ya Halim.
Kalau kehilangan barang, sebutlah Ya Allah Ya Muiid (Yang Maha Mengembalikan).
Kalau barang itu tak dijumpai, Allah SWT gantikan dengan yang lebih baik.
2. Mengetahui cara bermunajat untuk sesuatu hajat.
Apabila kita bermunajat, kita disuruh untuk selalu menyeru nama Allah SWT. Dengan
menyeru nama Allah, kita akan merasa hanya Allah tempat meminta, lebih-lebih lagi
apabila kita meminta rezeki, kita menyeru nama Allah Ar-Razzaq, bila kita minta
keselamatan, kita menyeru nama Allah As-Salam.
Katakanlah (Muhammad), “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama
yang mana saja kamu dapat menyeru, karena Dia mempunyai nama-nama yang
terbaik. QS Al-Isra' 17:110
3. Jalan untuk ke syurga.
Riwayat Bukhori. Hadis Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya bagi Allah ada 99 nama. Seratus kurang satu. Sesiapa yang
menjaga hak nama tersebut maka dia akan masuk ke dalam syurga."
Yang dikatakan "menjaga hak-haknya" bermaksud kita mengimani nama-nama
tersebut, benar-benar berharap kepada hanya Allah Pemilik nama-nama tersebut.
Sifat yang demikian akan melahirkan rasa kehambaan dan bergantung harap hanya
kepada Allah.
4. Menenangkan hati.
Bila kita mengenal Allah SWT dan nama-nama ini, ia akan menyebabkan kita
merasakan Allah SWT sentiasa bersama kita. Kita akan merasakan Allah SWT
membela kita. Lalu lahirlah ketenangan.
Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.
QS Ar-Ra'd 13:28
Sekarang kita lebih banyak mengingat dunia daripada mengingat Allah. Sedangkan
dunia perlu diingat hanya untuk diurus.
Contoh: Ada jiran bergaduh dengan jiran. Urus!! Datang ziarah. Bawakan buah
tangan. Tenangkan keadaan. Nasihat etc.
Suami diingat untuk diurus. Tapi banyak orang ingat suami untuk menambah
kerunsingan.
Memang sifat dunia itu merunsingkan. Dunia ini menyenangkan tetapi tidak
menenangkan. Makin diingat, makin runsing. Makin diingat, makin membimbangkan.
Jangan bazirkan setiap saat dengan perkara-perkara yang merunsingkan diri. Sebab
Allah jadikan hidup ini kan untuk bahagia? Tapi macam mana? Suami banyak buat
hal. Tenang saja. Suami yang banyak hal itu adalah untuk diurus. Maafkan. Baikkan.
Bila seseorang telah merasakan Allah dihatinya, maka dia akan sentiasa bersikap
seperti sikap kehambaan. Sentiasa merasakan kebesaran Allah SWT dalam
kehidupannya.
ُا ْل ُم ْنتَ ِق ُم 7
(81) Allah SWT Al-Muntaqim
Allah SWT Yang Maha Penyiksa
Allah SWT Al-Muntaqim bermaksud Allah Yang Maha Penyiksa atau Allah Yang
Menyiksa. Orang-orang yang ingkar dan mungkar kepada Allah SWT.
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan
ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling darinya? Sungguh, Kami akan
memberikan balasan kepada orang-orang yang berdosa. QS As-Sajdah 32:22
Sungguh, orang-orang yang ingkar terhadap ayat-ayat Allah akan memperoleh azab
yang berat. Allah Maha Perkasa lagi berhak membalas azab. QS Ali Imran 3:4
Empat perkara yang Allah SWT sembunyikan di dalam empat perkara:
i. Keredhaan Allah SWT pada amalan hamba.
Jangan remehkan amalan yang kecil pada pandangan manusia. Kita tak tahu
amalan mana yang Allah redha dan beri kebaikan kepada kita.
ii. Kemurkaan Allah SWT pada benda maksiat. Benda maksiat semuanya Allah
murka tetapi yang paling Allah murka, kita tak tahu yang mana satu.
Jangan perkecilkan maksiat. Kata Nabi SAW, di antara sebab seseorang itu
disusahkan dalam hidupnya adalah kerana dosa-dosanya.
iii. Waktu doa mustajab. Kita tak tahu manakah di antara doa kita yang Allah on- the-
spot nak bagi.
iv. Orang yang dikasihi Allah dari mata umum.
Tujuh(7) Bentuk Azab Yang Allah SWT Letakkan kepada Orang-orang yang
Ingkar akan PerintahNya
1. Allah letakkan penyakit hati dalam hati manusia.
Orang yang ada penyakit hati, kalau tak diubat, akan ditambahkan lagi penyakitnya
itu. Jadi, hidupnya tak tenteram.
Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakitnya itu.
QS Al-Baqarah 2:10
8
Contoh penyakit hati:
• Syirik,
• Munafik,
• Takabbur,
• Dengki,
• Ujub,
• Cinta Dunia.
Apa ubat penyakit hati?
Selalu beristighfar.
2. Dihilangkan semangatnya.
Ada orang hilang semangat untuk hidup, akhirnya bunuh diri atau buat benda-benda
yang memudaratkan diri. Ada yang susah hati, takut memanjang tapi tak tahu apa
benda yang ditakutkan.
• Pernah berlaku kepada Namrud. Dia takut Nabi Ibrahim a.s. menggugat
kerajaannya sampai dia berusaha nak bunuh Nabi Ibrahim a.s. Ketika itu Nabi
Ibrahim a.s.berusia belasan tahun. Dibuatnya api yang besar lalu Nabi Ibrahim a.s.
dicampakkan ke dalamnya. Selepas 40 hari, Nabi Ibrahim a.s. keluar dari api
tersebut dalam keadaan selamat. Lagi lah runsing dan tak tenang jadinya Namrud.
3. Azab Allah datang dalam bentuk pemikiran.
Pemikirannya penuh sangka-sangka.
Contoh: Syaitan membisikkan kefakiran kepada manusia.
• Mencari rezeki tak tenang takut tak dapat. Dah dapat pun tak tenang, takut tak
cukup. Membelanjakan pun tak tenang, takut habis.
Pemikiran yang sempit adalah suatu azab kerana masalah yang kecil pun boleh jadi
besar. Tapi kalau pemikirannya besar, sebesar manapun masalah, dia jadi tenang.
4. Azab Allah didatangkan dalam bentuk zahir.
Contohnya seperti azab yang telah dikenakan ke atas kaum Ad, Tsamud dan umat-
umat terdahulu.
Lalu mereka benar-benar dimusnahkan oleh suara yang menggemparkan, dan Kami
jadikan mereka (seperti) sampah yang dibawa banjir. Maka binasalah bagi orang-
orang yang zalim. QS Al-Mu'minun 23:41
9
5. Azab Allah di datangkan dalam bentuk azab kubur.
Kalau di dunia, orang yang pandai cari duit akan jadi VVIP. Alangkah baiknya kalau
kita pandai mencari pahala supaya kita jadi VVIP di akhirat?
• Yang mengiring mayat ke kubur adalah hartanya, keluarganya dan amalnya. Tetapi
harta dan keluarga akan balik. Yang tinggal cuma amalnya.
6. Azab Allah didatangkan ketika di Padang Mahsyar.
• 50,000 tahun akhirat dibiarkan.
Keadaan di Padang Mahsyar adalah tak tentu arah. Ke depan tak tahu mana nak
dituju, ke belakang tak tahu mana pangkal, ke kanan tak tahu mana nak di arah, ke
kiri tak tahu mana nak pergi. Begitulah.
• Pemimpin yang adil,
• Orang yang hatinya suka sangat dengan masjid,
• Orang yang menghidupkan malam.
• Orang yang bertaubat akan dosa-dosanya sehingga menitis air matanya.
• Orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah.
• Orang yang meninggalkan dosa yang mampu dibuat.
• Orang yang ikhlas bersedekah. Tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu.
*Intai-intailah amalan kerana kita semua pasti akan pergi ke Padang Mahsyar.
7. Azab Allah didatangkan ketika di neraka.
Naudzubillah.
Seringan-ringan azab ialah dipakaikan kasut api neraka hingga menggelegak
otaknya.
~ Orang yang buka aurat di gantung rambut dibakar dalam api neraka.
~ Orang yang makan harta secara zalim akan makan batu-batu neraka sampai
pecah perutnya dan kemudian dibalikkan semula.
• Setiap dari kita tak lari dari buat salah.
• Sebaik-baik di antara kita adalah yang selalu bertaubat.
10
5 Golongan Yang Akan diAzab Allah.
i. Orang kafir.
ii. Orang munafik.
iii. Orang mujrimin (orang yang berdosa).
iv. Orang yang zalim.
v. Ahli maksiat/Ahli fasad (selalu buat kerosakan).
Mudah-mudahan Allah lindungi kita dari perkara-perkara yang mendatangkan
kemurkaan Allah.
Mudah-mudahan Allah beri kita kebaikan di dunia dan di akhirat.
11
العَفُ ُّو
(82) Allah SWT Al-Afuuw
Allah SWT Yang Maha Pemaaf
Sungguh, Allah Maha Pemaaf, Maha Pengampun.
QS Al-Hajj 22:60
Apa beza Ghofur dengan Afuuw?
Ghofur = Allah Yang Maha Pengampun kepada dosa-dosa seseorang yang tahu dia
berbuat dosa.
Dia buat dosa dan dia sedar itu satu dosa. Contoh: Seorang anak menderhakai ibu
bapanya. Dia tahu menderhaka mendatangkan dosa.
Al-Afuww Allah SWT Yang Maha Pemaaf kepada seseorang yang tidak perasan dia
buat salah. Atau dia membuat salah kerana tiada pilihan.
Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan
kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan. QS Ash-Shura 42:25
Sepuluh (10) Jenis Kesalahan Yang Akan diMaafkan Allah.
1. Orang yang membuat kesalahan dalam keadaan jahil. Dia memang tak tahu
yang dia buat itu adalah suatu kesalahan. Dia berusaha meningkatkan dirinya tapi
dia memang tak tahu yang kesalahan yang dia buat tu, adalah satu kesalahan.
Hari ini ada orang menderhaka kepada suami. Dia tak tahu yang meninggi-ninggikan
suara dengan suami itu satu kesalahan. Dia tak perasan.
Allah telah memaafkan apa yang telah lalu. Dan barangsiapa kembali
mengerjakannya, nescaya Allah akan menyiksanya. Dan Allah Maha Perkasa,
memiliki (kekuasaan untuk) menyiksa. QS Al-Ma'idah 5:95
2. Kesalahan-kesalahan yang dia memang tiada niat untuk melakukan kesalahan
tersebut.
Contoh:
~ membunuh tanpa niat. Orang yang memburu tertembak kawan sendiri.
~ terlalu penat sampai tertidur langsung tak solat.
~ terlalu sibuk menguruskan majlis perkahwinan anak sampai terlupa belum solat.
12
~ Orang yang pengsan/gila lalu tidak solat.
~ 'Sakit hati' tengok perangai suami yang dot dot dot. Tanpa niat, perasaan datang
sendiri. Terus istighfar. Salah tetap salah tetapi Allah ampunkan. Islam tidak
menafikan faktor kemanusiaan.
3. Kesalahan-kesalahan berkaitan perasaan.
Manusia memang disulamkan dengan perasaan. Contoh: benci. Jangan dilayan. Kita
benci orang yang datang bodek kita tapi orang ini datang terus.
Begitu juga dengan sayang. Kita ada 10 orang anak. Ada di antaranya yang kita
sangat sangat sangat sayang. Memang tak adil dan tak patut. Juga tak patut
dizahirkan.
Yang berkait perasaan kita kena kawal. Yang terlebih itu Allah SWT ampunkan.
4. Dalam bahasa Arabnya dipanggil 'tasarroful imam.' (Kesalahan satu pemimpin
untuk mengelakkan dua kemudaratan). Mudah-mudahan Allah ampunkan.
Contoh:
Dalam satu peperangan, ada orang Islam yang kena tawan dan dijadikan benteng
barisan hadapan untuk musuh menghampiri kota Islam. Ketika itu pemimpin terpaksa
buat keputusan. Kalau nak panah, terkena orang Islam. Kalau tak panah, musuh
makin menghampiri. Habis macam mana?
5. Kesalahan yang dilakukan untuk mengelakkan kemudaratan.
Contoh: dalam bidang perubatan, vaksin-vaksin yang tidak halal daripada babi, ular
etc. Ini saja pilihan yang ada buat masa ini. Pengamal-pengamal perubatan Islam
belum buat kajian yang terperinci untuk melahirkan vaksin-vaksin yang 100% halal.
• Boleh digunakan seandainya tiada pilihan lain.
Contoh lain:
Kita masuk ke dalam hutan. Tersesat. Bekalan makanan habis. Yang ada cuma
bangkai arnab. Bangkai haram dimakan. Jadi, nak makan ke tak? Bangkai ini tetap
najis tetapi dimaafkan kerana tiada makanan lain pada masa itu dan kalau tak
makan, boleh mati.
13
6. Kesalahan yang dilakukan kerana terpaksa kecuali terpaksa berkaitan manusia.
Contoh:
"Engkau bunuh dia. Kalau kau tak bunuh dia, aku bunuh kau." Yang berkait orang
lain, ada kiraannya tersendiri.
Contoh lain:
Seorang lelaki dipaksa untuk menceraikan isterinya. Perceraian ini tidak sah.
7. Pilih kemudaratan yang lebih ringan.
Contoh:
Berbohong. Harus berbohong bila ada kemudaratan yang akan berlaku. Seseorang
itu dikenali sebagai penagih dadah dan selalu mencuri barang orang. Dia tanya kat
kita tentang jiran sebelah rumah yang dah lama balik kampung. Kalau kita beritahu
hal sebenar, memang berkemungkinan rumah ini dipecah masuk malam ini. Ketika
ini, diharuskan berbohong. Allah memaafkan.
8. Kesalahan yang dilakukan di luar kemampuan.
Contoh:
× Orang yang bekerja sebagai buruh binaan tak mampu berpuasa di bulan Ramadan
kerana panas sangat. Kalau dia tak kerja, dia tak dapat gaji untuk menyara keluarga.
Maka, ini dimaafkan. Nanti, ganti puasa.
× Juga orang yang tak lagi mampu berpuasa atas faktor umur atau sakit. Ganti
dengan bayar fidyah. Atau wanita yang menyusukan anak.
× Orang yang tak mampu pergi haji. Meninggal sebelum dapat kumpul duit
secukupnya.
× Orang yang ditimpa musibah. Tak mampu ditanggungnya. Marah-marah. Dengan
ilmu, kita cuba kawal. Yang terkeluar itu Allah maafkan.
Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan
tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahanmu).
QS Ash-Shura 42:30
× Rukun solat adalah berdiri tetapi orang yang sudah lanjut usia atau sakit dan tak
mampu solat berdiri atau sujud. Dimaafkan. Boleh solat duduk/baring.
14
9. Kita mengambil hak kita yang ditahan.
Dimaafkan bila kita ambil tanpa memberitahu.
Contoh:
Isteri yang mendapat suami yang prihatin akan duit. Bukan kedekut cuma terlalu
prihatin. Diharuskan isteri mengambil duit dari wallet suami sekadar nafkah isteri dan
anak-anak.
Barangsiapa memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang berbuat jahat) maka
pahalanya dari Allah. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang zalim. QS Ash-Shura 42:40
10. Kesalahan-kesalahan di dalam dakwah atau yang memberi manfaat.
Awas!! Jangan tersilap guna. Takut tertipu dengan bisikan syaitan.
Kata Nabi SAW,
"Kamu semua ada peluang masuk syurga. Kecuali orang yang enggan. Siapakah
orang yang enggan ya Rasulullah?
Orang yang mentaati aku, orang itu akan masuk syurga. Orang yang mengingkari
apa yang disampaikan Nabi, orang itulah yang enggan."
Betapa kasih dan sayangnya Allah kepada kita, bangsa manusia. Mohonlah
keampunan Allah SWT atas segala kesalahan yang telah pernah dilakukan.
**Kelebihan menuntut ilmu memang banyak. Seandainya meninggal dunia dalam
keadaan belajar, di kira sebagai berjihad di jalan Allah.
15
ُال َّر ُؤو ُّف
(83) Allah SWT Ar-Rauf
Allah SWT Yang Maha Belas Kasihan
Allah SWT Ar-Rauf iaitu Allah yang melimpahkan belas kasihan & rahmatNya serta
kasih sayang kepada hamba-hambaNya.
Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari
keredhaan Allah. Dan Allah Maha Belas Kasihan kepada hamba-hamba-Nya.
QS Al-Baqarah 2:207
• Allah sangat belas kasihan kepada hamba-hambaNya yang ikhlas mencari
keredhaanNya.
Ia (Iblis) berkata, “Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahwa aku
sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku
akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hamba-Mu yang terpilih di
antara mereka.” QS Al-Hijr 15:39-40
Lima(5) Perkara yang Allah Yang Maha Belas Kasihan beri kepada Anak Adam.
1. Allah SWT Yang Maha Belas Kasihan menitiskan keIMANan kepada hambaNya.
*Orang yang sentiasa mencari keredhaan Allah SWT akan sentiasa dibimbing
olehNya.
Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a.
"Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang
kepadanya dengan berlari." (Sahih Muslim)
• Benda-benda iman ini, Allah bukakan mata kita untuk melihat kebesaran Allah.
• Iman adalah anugerah yang manusia TAK boleh beri dan TAK mampu beri. Hanya
Allah SWT.
Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sungguh, Allah Maha Pengasih,
Maha Penyayang kepada manusia. QS Al-Baqarah 2:143
16
Tanda-tanda Iman
Seseorang yang punya iman, terpancar pada tangannya bila tangannya suka
bersedekah dan menolong orang, terpancar pada lidahnya bila lisannya menuturkan
hanya yang baik-baik walau dalam keadaan marah, terpancar pada air
mukanya....senyuman makin manis, wajah makin berseri.
2. Allah SWT sentiasa memberi lebih kepada orang-orang yang berIMAN.
Cuma kadangkala, kita tak perasan. Orang yang sentiasa mencari keredhaan Allah
SWT akan sentiasa dibimbing olehNya.
Dalam sebuah kelas agama yang dihadiri ramai pelajar, ada yang akan memahami
seadanya tetapi ada yang dapat pemahaman yang lebih kerana yang memberi ilmu
adalah Allah SWT.
Sebab itu, berbuat baik lah, berusahalah. Jangan tanya hasil. Hasilnya Allah pasti
bagi. Terus berusaha, cari redha Allah...kalau ada kesulitan, di hujung-hujungnya
pasti ada jalan keluar.
3. Allah SWT banyak memberi keampunan kepada hamba-hambaNya.
Sungguh, Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang Muhajirin dan orang-orang
Ansar, yang mengikuti Nabi pada masa-masa sulit, setelah hati segolongan dari
mereka hampir berpaling, kemudian Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya
Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang kepada mereka. QS At-Taubah 9:117
Hari yang paling besar Allah beri pengampunan:
i. Ketika diusung ke kubur.
ii. Ketika ditimbang segala amalan (Padang Mahsyar).
bagi bangsa manusia adalah,
ketika diusung ke kubur,
dosa-dosanya turut sekali dimasukkan ke liang lahad.
17
4. Allah akan beri jalan keluar dari segala permasalahan bagi orang yang diberi
keIMANan.
5. Allah turunkan para Rasul & Nabi untuk membimbing kita.
Para Rasul punya biasan sifat Ar-Rauf Allah.
Sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa
olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan
keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang
beriman. QS At-Taubah 7:128
18
ُا ْل ُم ْل ِّكُ َما ِل ُّك
(84) Allah SWT Maalikul Mulk
Allah SWT Yang Maha Raja Segala Kerajaan
Allah SWT itu Allah Maalikul Mulki. Raja segala kerajaan. Raja segala raja. Allah
SWT menguasai segala kerajaan.
Dan milik Allah-lah kerajaan langit dan bumi; dan Allah Maha Kuasa atas segala
sesuatu. QS Ali Imran 3:189
Diberi kekuasaan itu kerana lima perkara:
Dengan 5 perkara ini, manusia merasa dia memiliki,
dia mempunyai satu kuasa tapi tetap ada kelemahannya.
Yang pertama, kerana ilmu. Dengan ilmu seseorang boleh mendapat
kuasa/pemilikan. Orang Islam disuruh untuk menuntut ilmu. Dengan ilmu, orang
Islam terkehadapan. Lihatlah bagaimana tamadun Islam di kota Baghdad dulu(kota
yang paling kaya di dunia pada ketika itu), kota Damsyik atau kota Andalus. Takrifan
Andalus adalah negara-negara di selatan Sepanyol. Jumlah universiti di negara-
negara OIC adalah lebih kurang 5000 buah. Jumlah universiti di benua Eropah
sahaja adalah melebihi 5000 buah. Budaya ilmu banyak yang telah ditinggalkan
umat Islam.
Yang kedua, Allah SWT boleh memberi kekuasaan kepada seseorang itu
dengan harta. Ada harta, boleh dipinjamkan kekuasaan kepada seseorang itu.
Budaya dalam Islam pun menggalakkan kita mencari harta. Tetapi batasannya
macam mana? Harta itu hanya di tangan, tidak di hati. Pada bila-bila masa kita boleh
sedekahkan, wakafkan atau infaqkan ke jalan Allah SWT. Kalau kita tak berharta,
kita mati dengan hanya 3 rukun Islam: syahadah, puasa & solat. Dua lagi
memerlukan harta: zakat & pergi haji. Motivasi untuk harta itu sampai dalam Rukun
Islam pun ada.
Harta biar di tangan sahaja kerana apa yang kita bagi, itulah yang tak habis. Apa
yang kita simpan, benda itu lah yang habis.
Janji Rasulullah SAW: "Tidak akan berkurang harta bagi orang yang banyak
bersedekah."
Yang ketiga, Allah Maalikul Mulk meminjamkan kepada manusia kekuasaan
dengan diberikan hati orang untuk memberi sokongan padanya.
19
Yang keempat, kekuatan. untuk memimpin, buat sesuatu etc.
Yang kelima, apabila dia mempunyai kelebihan.
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada
Allah; bagi-Nyalah kuasa pemerintahan dan bagi-Nyalah segala pujian; dan Dia
Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. QS At-Taghabun 64:1
Nota: Allah Maalikul Mulk meminjamkan kekuasaan kepada manusia melalui (1)
ilmu, (2)harta, (3)hati orang memberi sokongan padanya, (4)kekuatan dan
(5)kelebihan tertakluk kepada Allah al-Malik.
Sebagai contoh, bagi orang yang dianugerahkan kuasa melalui ilmu, ilmu boleh
hilang."Hilangnya ilmu itu kerana lupa." Harta pulak boleh habis.
Orang yang dilimpahkan rezeki baginya, siapa tahu di hari tuanya harta itu habis?
Sokongan boleh hilang. Kekuatan boleh luntur. Kita ada kelebihan? Tapi ada orang
lain yang punya kelebihan yang lebih hebat lagi.
Kekuasaan Yang di Miliki Allah SWT
1. Yang pertama, Allah SWT tidak bergantung dengan apa dan sesiapapun.
Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan yang memiliki
kerajaan. Tidak ada tuhan selain Dia; maka mengapa kamu dapat dipalingkan dari
mematuhi perintah-Nya? QS Az-Zumar 39:6
Manusia bergantung kepada yang lain. Seorang yang berilmu ada guru yang hebat.
Orang yang jahat ada guru yang jahat.
Ilmu itu sumber kekuatan. Orang yang hendakkan ilmu bergantung kepada mata,
telinga, kesihatannya. Orang yang perlukan sokongan orang lain tetap bergantung
kepada hati-hati yang Allah SWT condongkan.
Orang yang punya kelebihan juga bergantung kepada orang lain. Contoh, orang
yang pandai masak bergantung kepada orang lain untuk menikmati makanannya.
Kita diiktiraf sebagai orang yang punya kehebatan bila ada yang mengiktiraf. Ertinya,
kita tetap bergantung kepada orang lain.
Tetapi Allah SWT tak bergantung kepada apapun dan siapapun.
Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata
kepadanya, “Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu. QS Yasin 36:82
20
2. Kekuasaan Allah SWT kekal sampai hari kiamat.
3. Kekuasaan Allah SWT itu terpuji.
Ada orang yang berilmu, terpuji. Tetapi ada orang yang berilmu, orang lain benci.
Ada orang yang diberi kekuasaan melalui harta, disukai orang lain. Ada orang yang
diberi kekuasaan melalui harta, tak disukai orang lain.
Kenapa kekuasaan Allah SWT terpuji?
Kerana:
Yang pertama, kuasa Allah SWT tidak menzalimi sesiapapun.
Yang kedua, kuasa Allah SWT ada kasih sayang. Hari ini, walau orang itu sakit, tetap
ada rezeki untuknya. Ada orang suapkan makanan untuknya. Ada saja yang Allah
aturkan. Kita tak ditinggal keseorangan.
Yang ketiga, kuasa Allah SWT ada keadilan. Sekalipun kita tak merasa keadilan di
dunia, di akhirat pasti diadili. Di akhirat, orang yang masuk neraka akan masuk
dengan puas hati kerana diadili dengan keadilan yang sebenar-benarnya dari Allah
SWT. Orang yang masuk syurga akan masuk dengan puas hati. Berbeza dengan di
dunia, ada orang yang dipenjara kerana teraniaya, terperangkap, tak bersalah etc.
21
َوالإ ْك َرا ِمُذُوا ْل َجلاَ ُِل
(85) Allah SWT ZuljalaliwalIkram
Allah SWT Yang Maha Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
Allah Zuljalal. Yang Mempunyai Kebesaran. Kebesaran bermaksud keagungan Allah
SWT di dalam menciptakan apapun dan siapapun. Keagungan Allah SWT tidak
dapat ditandingi oleh siapapun.
Allah SWT menciptakan takdir kita. Kita hidup atas ketentuan Allah SWT.
Sehinggakan ketentuan Allah ini, malaikat pun tak tahu. Malaikat bekerja di atas
takdir yang ditulis di Luh Mahfuz. Tapi mutlaknya hanya Allah SWT Yang Maha
Mengetahui. Sebab itu, tidak boleh menolak ketetapan itu melainkan dengan doa.
Takdir adalah rahsia Allah SWT.
Yang dikatakan Jalal Allah ini tiga perkara:
Yang pertama Allah Yang Awal, tiada permulaan. Bagaimana Allah tiada permulaan?
Otak manusia tidak akan sampai. Kata Rasulullah SAW, "lihatlah kepada sifat Allah,
jangan fikir tentang Dzat Allah, kamu tak akan sampai."
Mahasuci nama Tuhanmu Pemilik Keagungan dan Kemuliaan.
QS Ar-Rahman 55:78
Perkara kedua, Allah tidak akan sama dengan makhluk-makhluk lain. Selagi mana
kita boleh fikir, selagi itulah bukan dzat Allah SWT. Di akhirat nanti perkara yang
paling menggembirakan kita bangsa manusia adalah bertemu Allah SWT, mengikut
amalan. Ada yang boleh menghadap Allah SWT setiap hari, ada yang seminggu
sekali, sebulan sekali, setahun sekali etc. Itulah nikmat yang paling besar bagi
penghuni di syurga. Inilah Tuhan yang aku menjadi orang yang baik keranaNya.
Perkara ketiga, Allah SWT kekal. (baqa')
tetapi wajah Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan tetap kekal.
QS Ar-Rahman 55:27
ZulIkram - Allah SWT Yang Mempunyai Kemuliaan. Di bahaskan dalam tiga perkara:
Perkara pertama, mulianya Allah SWT kerana pengampunan Allah.
Perkara kedua mulianya Allah SWT adalah Allah memberi rezeki kepada setiap
makhluk. Rezeki itu milik Allah SWT. Kita dikehendaki bergantung kepada Allah
SWT. Kalau kita bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT, kita akan tenang. Dan
sebaliknya kalau kita bergantung kepada maybank2u dsb.
Perkara ketiga mulianya Allah SWT adalah jika sakit, Allah lah yang memberi
kesembuhan. Sunnah kita berubat. Yang memberi kesembuhan hanya Allah SWT.
22
ا ْل ُم ْق ِس ّ ُُط
(86) Allah SWT Al-Muqsit
Allah SWT Yang Maha Mengadili Pada Hari Kiamat
Allah SWT Yang Maha Mengadili Pada Hari Kiamat kelak terhadap perbuatan
hamba-hambaNya.
Apakah yang dikatakan Allah SWT itu Maha Adil?
1. Allah SWT Yang Maha Adil dan Mengadili, Allah SWT akan beri kepada orang
yang berusaha.
Di dalam al-Qur'an, ada banyak ayat yang menyuruh kita terus berusaha.
Usaha...usaha...usaha. Hasilnya Allah akan bagi. Jangan tanya berapa banyak Allah
akan bagi kerana Allah akan bagi.
Usaha, usaha, usaha.
Gagal, bangun lagi.
Gagal, bangun lagi.
Siapa yang berusaha, dialah yang dapat.
Bukan sahaja di dunia, juga di akhirat.
2. Allah akan beri pada orang yang berdoa.
Berdoa adalah sangat baik sekalipun dari sudut psikologi, seperti "self-suggestion"
hingga membentuk minda separa-sedar.
Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan
bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku
akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.” QS Ghafir 40:60
Kadang-kadang kita minta A, Allah bagi A.
Kadang-kadang kita minta A, Allah bagi B. B itu baik untuk kita.
Kadang-kadang, kita minta A tapi Allah bagi C.
C adalah jalan untuk dapatkan A.
• Terus berdoa dan bersabarlah.
23
3. Allah akan beri ubat pada orang yang sakit.
dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.
QS Ash-Shu'ara 26:80
Pada suatu hari, Nabi Adam a.s. sakit perut. Dia bermunajat kepada Allah SWT. "Ya
Allah, aku sakit perut." Lalu Allah SWT tunjukkan apa yang perlu dimakan. Lepas
dimakan, alhamdulillah sembuh.
Tidak lama selepas itu, Nabi Adam a.s. sakit perut lagi. Sebab dia pernah
ditunjukkan apa yang perlu dimakan, dia terus makan. Tapi kali ini, lepas makan,
sakit perutnya bertambah teruk.
Lalu dia bermunajat kepada Allah SWT.
"Ya Allah, dulu aku sakit perut, Engkau suruh aku makan itu dan ini. Sekarang aku
sakit perut makan itu dan ini, lagi sakit perut aku."
Kata Allah SWT, "Dulu engkau sakit, engkau minta kesembuhan dari Aku. Sekarang
ini kau sakit, kau tak minta kesembuhan dari Aku. Walaupun kau dah makan itu dan
ini."
• Kesembuhan hanya dari Allah SWT.
*Orang meninggal kerana umurnya telah habis. Sakit cuma penyebab.
4. Allah memberi ingatan kepada manusia.
Manusia diberikan ingatan. Adilnya Allah SWT, ada benda yang kita ingat, ada
benda yang kita lupa. Lupa dan ingat adalah keadilan Allah SWT.
~ Kalau kita jenis yang tak lupa, bila sedih, panjanglah kesedihannya.
~ Bila sakit hati, berpanjanganlah sakit hatinya. Bila bergaduh, panjanglah
pergaduhannya.
5. Orang yang zalim akan dibalas oleh Allah SWT.
24
ُا ْل َجا ِم ّع
(87) Allah SWT Al-Jaami'
Allah SWT Yang Maha Mengumpulkan
Allah SWT Yang Maha Mengumpulkan manusia dan semua makhluk, suka ataupun
tidak sebelum kejadian dunia ini, ketika kejadian dunia ini dan selepas daripada
dunia ini.
Hari ini, sehebat manapun kita sebagai manusia, untuk mengumpulkan anak-anak
kita sendiri, belum tentu. Tetapi Allah SWT Maha Berkuasa, mampu mengumpulkan
semua manusia.
Dalam konteks manusia, Allah SWT mengumpulkan manusia di alam roh. Siapa
yang baik di alam roh, baiklah dia di dunia ini. Siapa yang pernah bertengkar di alam
roh, maka bertengkarlah dia di dunia ini. Tapi roh tidak seperti jasad. Roh tak ada
akal. Sebab itu, kita tak ingat. Masa kita dalam perut mak pun kita tak ingat kan? Di
dunia ini kita berfikir dengan akal.
Pernah tak kita jumpa seseorang untuk pertama kali tapi rasa macam dah pernah
jumpa dia sebelum ini dan kenal tu baik pulak? Macam dah berpuluh tahun kenal.
Kemudian, manusia dilahirkan ke dunia. Dikumpulkan secara semulajadinya. Orang
yang baik dikumpulkan bersama orang yang baik. Sebab itu, di dunia ini kita disuruh
memperbaiki diri.
Hari ini, kita suka menghadiri majlis ilmu. Ke mana-mana kita pergi, Allah SWT akan
datangkan orang yang macam kita.
Sungguh beruntung orang yang menyucikan diri (dengan beriman).
QS Al-A'la 87:14
Orang yang jahat akan dikumpulkan dengan orang yang jahat.
Sabda Rasulullah SAW : "Syafaatku akan kuberi kepada umatku yang berbuat dosa
tapi dalam hati ada bercita-cita nak menjadi baik."
Allah SWT tidak melihat di mana kita bermula. Allah SWT melihat penghujung kita.
Orang yang baik akan dijodohkan dengan orang baik dan begitulah sebaliknya.
Maksudnya, kita disuruh berusaha untuk mencari jodoh yang baik sesuai dengan
keadaan kita. Kalau dah dijodohkan, itulah yang terbaik buat kita.
Kalau ada isteri solehah tapi suaminya dot dot dot, itu bermakna ada hikmah di
sebaliknya. Allah SWT Yang Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita.
25
Bagaimana dengan isteri-isteri para Nabi yang tidak beriman? Allah SWT
menghendaki zuriat-zuriat mereka menjadi soleh/solehah. Ini percaturan Allah SWT.
Yang ketiga, Allah Al-Jaami' akan mengumpulkan menjelang kematian
seseorang, orang yang soleh akan dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh.
Sungguh, Kami yang menghidupkan dan mematikan dan kepada Kami tempat
kembali (semua makhluk). QS Qaf 50:43
Sepuluh (10) Jenis Kematian Dalam Keadaan Baik.
1. Mati dalam keadaan jihad (menegakkan agama Allah SWT.) Mati fi sabilillah
dijamin syurga.
2. Mati dalam keadaan beribadah sama ada ibadah khusus atau umum. Contoh
ibadah khusus: solat, ketika sedang menunaikan haji (dalam ihram), ketika sedang
berpuasa. Contoh ibadah umum, mati ketika nak menganjurkan majlis ilmu/perkara
yang baik.
3. Mati dalam keadaan belajar. Bila kita selesai menghadiri satu kelas ilmu, berniat
untuk hadir di kelas selanjutnya. Kerana kita dalam keadaan sedang belajar. Orang
yang sedang belajar ni, kata Allah SWT, "bagi mereka masa pengampunan dan
ganjaran yang baik". Bila masa Allah bagi keampunan? Ketika kita diiring ke kubur
dan ketika dikira hisab amalan.
Jadi, setiap habis belajar, berniatlah "Ya Allah, aku nak terus belajar untuk majlis
ilmu seterusnya."
4. Mati dalam berbuat kebajikan.
• Orang yang membantu wanita kematian suami seperti mujahid di jalan Allah SWT.
• Bantu orang yang sakit.
• Bantu orang yang terhamba (riqab) akan dibebaskan setiap sendinya dari api
neraka. Siapakah yang ditakrifkan orang-orang yang riqab? Di antaranya pesakit
HIV.
Mudah-mudahan orang yang bantu pesakit HIV meninggalnya sebagai orang yang
soleh/solehah. Membantu orang-orang yang riqab, setiap sendi dibebaskan dari api
neraka.
5. Orang yang mati dalam usaha mencari rezeki yang halal.
Anak-anak lelaki yang bekerja, ingatlah. Berikan sebahagian dari gaji kepada emak
& ayah. Sumber berkat.
26
Pesan juga kepada anak-anak lelaki tentang nafkah kepada isteri dan anak-anak
mereka, hendaklah dijaga.
6. Orang yang mati dalam keadaan bertaubat dan berusaha mencari taubat.
Ada orang punya masa silam yang kelam. Setelah dapat ilmu, dia bertaubat dan
berusaha ke arah kebaikan. Bila kita hendak jadi baik, persekitaran kita itu sangat
penting dan mempengaruhi. Kalau berada di lingkungan yang kurang baik, mungkin
lebih baik pindah. Dalam hati, perlu ada niat, "Ya Allah, aku nak baiki diri."
7. Orang yang mati dalam keadaan mencegah kemungkaran/benda-benda yang tak
baik.
• Orang yang mati dalam keadaan mempertahankan keluarganya dan hartanya, mati
dalam keadaan syahid. Ada orang nak rampas harta dia, dia lawan. Kemudian,
terbunuh. Mati dia dalam keadaan yang baik. (Hadis Nabi SAW)
8. Orang yang mati dalam keadaan sabar dan dia bersabar dengan penyakitnya itu.
"Ya Allah, beri aku kesembuhan. Beri aku kesabaran."
9. Orang yang mati dalam keadaan dianiaya. Contoh dianiaya: mati dibunuh, disihir.
10. Orang yang mati dalam keadaan musibah. Contoh: orang yang mati lemas,
terbakar, terhempap bangunan akibat gempa bumi, accident dalam perjalanan ke
tempat yang baik.
Inilah hari keputusan; (pada hari ini) Kami kumpulkan kamu dan orang-orang yang
terdahulu. QS Al-Mursalat 77:38
27
Yang keempat, Allah SWT menghimpunkan orang-orang munafik dan kafir.
Sungguh, Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang
kafir di neraka Jahanam.
QS An-Nisa' 4:140
Bagi orang yang beriman dan banyak buat dosa tapi mati dalam keadaan dapat
mempertahankan iman, akhir sekali akan dihimpunkan di syurga. Jagalah iman
walau banyak berdosa. Jangan sampai iman rosak.
”Ya Tuhan kami, Engkaulah yang mengumpulkan manusia pada hari yang tidak ada
keraguan padanya.” Sungguh, Allah tidak menyalahi janji. QS Ali Imran 3:9
Mudah-mudahan Allah SWT menghimpunkan kita bersama Rasulullah SAW di
syurga nanti. Aameen.
28
ُا ْلغَنِ ّي
(88) Allah SWT Al-Ghaniy
Allah SWT Yang Maha Kaya
Allah SWT Al-Ghaniy. Allah Yang Maha Kaya.
maka ketahuilah bahwa Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh
alam. QS Ali Imran 3:97
Manusia, ada yang fakir, ada yang miskin dan ada yang kaya. Siapakah mereka?
Orang yang fakir, katakan keperluan hajatnya dalam sehari RM10. Dia dapat kurang
daripada RM5. Inilah orang yang fakir mengikut kitab fekah.
Orang yang miskin, katakan keperluan hajatnya dalam sehari RM10. Dia dapat lebih
RM5 tapi tak sampai RM10.
Dalam Islam, orang fakir dan orang miskin layak mendapat zakat. Kalau kita bagi
zakat tu langsung ("direct") kepada dia, tak perlu cakap, niat dalam hati saja cukup.
Kalau kita bagi kepada wakil, kena sebut "Ustaz, ini duit zakat saya." Sebab, zakat
ada asnafnya.
Orang yang keperluan hariannya RM10 dan dia dapat RM10, dikira cukup ataupun
orang yang kaya.
Semakin tinggi kita punya cukup, semakin kita kena kira zakat dengan betul.
Tunaikan kerana Allah SWT akan gantikan dengan yang lebih baik.
Sekaya-kaya manusia tetap terikat dengan tiga(3) perkara.
1. Sekaya mana pun manusia, dia tetap bergantung antara satu sama lain. Dia
tetap bergantung kepada penanam kapas, pembuat kain, tukang jahit, nelayan,
penternak, petani yang tanam padi etc.
2. Sekaya mana pun manusia, dia tidak memiliki semua benda.
Ada orang, rumahnya bagus, keretanya bagus tapi kasih sayang dalam keluarga itu
kurang.
29
Orang lain, hartanya bagus, kasih sayang keluarga bagus, kesihatannya pulak yang
tak bagus.
3. Sekaya mana pun manusia, harta itu tidak kekal.
Oleh kerana manusia ini tetap bergantung satu sama lain, tidak memiliki semua
benda serta hartanya tak kekal, inilah yang Allah SWT sebut dalam Surah Fatir...
Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah Yang Maha
Kaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji. QS Fatir 35:15
Kita rasa "fakir" kepada Allah SWT. Kadang-kadang ada orang rasa rendah diri pada
unsur keduniaan, pada manusia. Perkara ini dilarang. Kita akan lebih tidak
mempunyai harga diri nanti.
Sekaya mana pun manusia, tetap fakir kerana saling bergantung satu sama lain,
tidak memiliki semua benda dan harta tak kekal. Orang yang betul-betul fakir,
kefakirannya hanya kepada Allah.
• Tawadhu' pada kekayaan,
rasa cukup dengan kekurangan.
Kalau orang kekurangan harta, mungkin dia ada kelebihan kesihatan. Orang lain,
mungkin harta banyak tapi banyak penyakit.
Dan Allah-lah Yang Maha Kaya dan kamu semua adalah fakir. QS Muhammad 47:38
Kayanya Allah SWT adalah kaya yang mutlak.
dan Allah Maha Kaya, Maha Terpuji. QS An-Nisa' 4:131
Kayanya Allah SWT adalah mutlak kerana:
• Allah tidak bergantung kepada makhluk sesiapapun atau sesuatu apapun.
~ Kita ini paling kurang pun sangat bergantung kepada Allah SWT untuk bekalan
oksigen. Bayangkan kalau kita terpaksa membayar untuk mendapatkan oksigen.
Dan nak dekat hujung bulan, kena bernafas sikit - sikit takut tak terbayar bila bil
sampai nanti.
30
• Allah memiliki semua perkara.
Kita ini kan, Allah tarik sedikit sahaja lapisan ozon, dah kepanasan. Global warming
membimbangkan saintis di seluruh dunia. Kalau tak terkawal, kutub utara dan kutub
selatan akan mencair dan boleh menenggelamkan muka bumi. Malaysia pada tahun
2050, jika tak terkawal.
• Kaya Allah kekal selama-lamanya.
Macam mana kita nak jadi orang yang kaya di dunia dan akhirat?
1. Bergantunglah kepada Allah SWT. Berurusan dengan manusia, jangan
bergantung dengan manusia.
2. Milikilah benda yang terpenting dalam hidup iaitu IMAN dan KASIH SAYANG.
• Kena cari dan jangan hilang.
Orang yang kurang iman akan mudah mengeluh atau mudah runsing.
Orang yang kurang kasih sayang akan mudah tumbuh kebencian dalam hati. Orang
yang di hatinya ada kebencian, dia akan mudah membenci orang lain.
~ Kalau kita tak dapat kasih sayang manusia, carilah kasih sayang Allah SWT.
Taatilah perintah Allah SWT. Nanti kita akan rasa kasih sayang Allah.
Taatilah perintah Allah.
Bila kita akan rasa Allah sayang kita?
Bila kita ada masalah, diberi jalan keluar. Ada kesempitan, dilapangkan. Ada hajat,
ditunaikan.
3. Usahakan biar harta kita kekal.
Macam mana harta nak kekal?
Banyaklah memberi. Benda yang kita beri, benda itulah yang tak habis.
31
ا ْل ُم ْغنِي
(89) Allah SWT Al-Mughniy
Allah SWT Yang Maha Memberi Kekayaan
Allah SWT memberikan apa-apa yang diperlukan hambaNya. Keperluan asas Allah
SWT sediakan untuk semua makhluk-makhlukNya.
dan sesungguhnya Dialah yang memberikan sesiapa yang dikehendakinya akan apa
yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan.
QS An-Najm 53:48
Allah SWT Al-Mughniy memberikan kekayaan itu ada sebabnya.
Lima(5) Cara Bagaimana Allah Al-Mughniy memberikan Kekayaan kepada
Seseorang.
1. Dengan jalan berusaha.
Semua orang tahu jalan ini....tapi berapa ramai yang masih tidur??? Dia tahu tapi
tidak dapat mengamalkan. Tidur memanjang adalah lambang kemalasan. Malas
adalah musuh kepada Islam.
Kaedah pertama macam mana Allah Al-Mughniy bagi kekayaan adalah dengan jalan
berusaha. Usaha yang macam mana?
(Untuk direnungkan. Macam mana orang boleh jadi kaya DAN diberkati. Sebab ada
orang yang kaya tetapi dibenci)
Kata Nabi SAW, "Ada dua yang kita dibenarkan untuk merasa iri hati. Pertama,
tengok orang kaya bersedekah lalu kita pun nak jadi macam dia. Kedua, tengok
orang yang ada ilmu, dia mengajar lalu kita pun nak jadi macam tu."
Lima Cara Berusaha
i. Bekerja dengan keringat.
Allah SWT kurniakan kita tenaga dan manusia adalah sebaik-baik kejadian.
Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
QS At-Tin 95:4
32
Nabi Zakariya a.s. seorang tukang kayu.
Nabi Daud a.s. seorang tukang besi.
• Ada keberkatan dengan keringat.
ii. Bekerja dengan upah. Asalkan upah itu bukan dari kerja yang haram seperti pukul
orang, melacur, membawa barang-barang yang haram seperti bekerja di kilang arak.
Ada pekerjaan yang, di dalam pekerjaan tersebut ada melibatkan perkara yang
haram. Contoh:
• Pramugari MAS yang menghidangkan arak di dalam penerbangan. Pekerjaan
utamanya adalah melayan penumpang. Jadi, sebahagian dari gajinya hendaklah
diketepikan dan diuruskan sebagai 'wang syubhat'.
Contoh pekerjaan lain :
• Pemandu teksi yang pelanggannya ingin ke pusat hiburan, kelab malam, pub etc.
• Tukang jahit yang pelanggannya minta dijahitkan pakaian yang tak bersesuaian
syariat atau minta dibaiki pakaian yang tak berseuaian syariat.
• Pekerja di kedai-kedai seperti 7-Eleven. Kedai ini tidak dibina untuk menjual arak.
Adalah sedikit arak di jual di sana.
iii. Berniaga. Jual-beli.
Berniaga adalah sunnah sebagaimana dicontohkan Rasulullah SAW.
Barangnya kena ada. Barangnya mesti jelas. Perpindahan barang dari satu tempat
ke satu tempat dan barang ini diperlukan.
* Tak boleh jual-beli barang yang tidak nampak. Contoh: menjual buah durian dari
kebun yang belum lagi menghasilkan buah. Ini adalah "pajakan barang yang tak
nampak".
Kata Nabi SAW, "hendaklah kamu berniaga.
Sembilan persepuluh rezeki adalah dari perniagaan."
iv. Perkongsian. Dalam bahasa Arabnya disebut musyarakah.
v. Mudharabah. Seorang bagi modal, seorang lagi jalankan perniagaan.
33
Bagaimana lagi Allah Al-Mughniy memberikan Kekayaan kepada Seseorang?
2. Dengan jalan memberi.
Pelik tak? Sepatutnya barang yang kita beri itu habis tetapi dalam teori yang
diajarkan Islam, yang kita bagi itu tak habis. Dia akan melimpah, melimpah dan
melimpah lagi.
Barangsiapa berbuat kebaikan mendapat balasan sepuluh kali lipat amalnya. Dan
barangsiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka
sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi). QS Al-An'am 6:160
*Benda(material) akan Allah SWT balas 10 kali ganda.
Ada pemberian yang wajib, ada yang sunat. Pemberian yang wajib juga dikira
sebagai pemberian. Kalau kita beri, akan digandakan (10 kali lipat).
Tujuh (7) Pemberian yang Wajib
• Tunaikan!! Jangan rasa berat kerana mesti dan pasti Allah akan balas balik.
i. Nafkah. Dengan isteri, jangan berkira. Allah SWT memberi rezeki kepada
seseorang pada tanggungjawab yang ditunaikan. Kalau seorang suami tak memberi
nafkah isteri & anak, rezeki itu tidak melalui dia. Isteri terpaksa jual goreng pisang, air
tebu etc tapi rezeki untuk anak ada sahaja sehingga anak dapat dibesarkan.
ii. Zakat. Kirakan zakat harta dengan baik.
iii. Fidyah. Kira betul-betul.
iv. Kaffarah (denda). Suami yang menyetubuhi isterinya ketika haid*. Sekali =1 cupak
makanan kena bagi kepada fakir miskin.
*Juga bila isteri telah habis haid tapi belum sempat mandi wajib.
v. Nazar.
vi. Wasiat.
vii. Faraidh. Terutama jika arwah ayah punya dua atau lebih isteri. Tunaikan dengan
betul walau kita sendiri tak puas hati.
34
Pemberian yang sunat:
i. Sedekah.
ii. Hadiah. Kata Nabi SAW: "Berhadiah-hadiahlah kamu. Kamu akan berkasih
sayang."
• Jangan perkecilkan hadiah pemberian suami. Nanti dia tak nak bagi hadiah lagi.
iii. Waqaf.
iv. Hibah. Untuk orang yang kita sayang.
Bagaimana lagi Allah Al-Mughniy memberikan Kekayaan kepada Seseorang?
3. Dengan jalan bersyukur.
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat)
kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat
berat.” QS Ibrahim 14:7
Bersyukur ada dua jenis:
a. Bersyukur pada yang telah ada.
b. Bersyukur pada nikmat yang kita cita-citakan.
"Ya Allah aku nak satu lagi kenderaan. Kalau kau bagi Ya Allah, aku akan lebih lebih
lebih lagi bersyukur".
• Awas bila dah dapat. Jangan pula kufur!!
*Jangan mengidamkan sesuatu dengan rasa tamak.
4. Dengan jalan taqwa. (Mendekatkan diri kepada Allah). Hati semakin beriman.
Semakin ingat Allah.
Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar
baginya dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
QS At-Talaq 65:2-3
35
5. Dengan jalan berdoa.
(HR Abu Daud.) Satu hari Nabi SAW melihat seseorang berdoa dengan bersungguh-
sungguh. Kata Nabi SAW, "mudah-mudahan diberikan jika disempurnakan doa ini."
• Fahami doa tersebut.
• Terima hakikat diri.
Kalau ingin berjaya sedangkan hakikat diri pemalas,
terima hakikat dan tingkatkan diri.
• Tunaikan doa tersebut. Berusaha. Lakukanlah apa yang perlu.
36
ُاَ ْل َما ِن ّع
(90) Allah SWT Al-Maani'
Allah SWT Yang Maha Menegah
Allah SWT Yang Maha Menegah. Menegah apa? Menegah tiga(3)
perkara (pengetahuan, nikmat dan bahaya) demi kebaikan manusia sama ada
manusia itu faham ataupun tidak.
Nabi SAW mengajar kita sebuah doa yang maksudnya:
"Wahai Tuhan kami, tiada sesiapa yang menegah sesuatu perkara yang Engkau
berikan. Dan tiada sesiapa pun yang dapat memberi sesuatu yang Engkau tegahkan.
Wahai Tuhanku, berikan kami keupayaan di atas pemberian dan tegahkan kami dari
kejahatan dan bala bencana Ya Allah wahai Tuhan Sekalian Alam."
1. Allah SWT tegah ada beberapa pengetahuan daripada manusia itu dapat
tahu/faham. Apakah yang Allah tegah dari sudut pengetahuan?
i. Dzat Allah SWT. Allah memang tak bagi tahu bagaimana dzat Allah SWT dan kita
sebagai manusia memang tak akan mampu untuk memikirkan bagaimana dzat dan
bentuk Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW:
"Berfikirlah kamu tentang sifat-sifat Allah. Jangan berfikir tentang dzat Allah."
ii. Disembunyikan dari mata manusia banyak benda-benda ghaib. Contoh: para
malaikat, jin.
Di sekeliling kita ada banyak alam lain yang kita tak nampak. Sebab itu di dalam al-
Qur'an, "Tuhan Sekalian Alam". Contoh: alam kubur. Kalau dinampakkan kepada
kita, kita tak akan buat kerja lain.
iii. Tarikh dan tempat kematian. Yang boleh kita cuba usahakan, bagaimana kita
mati. Mati dalam keadaan mentaati Allah, boleh diusahakan. Ada orang mati dalam
perjalanan ke masjid. Ada yang mati dalam perjalanan ke kelab malam. Allah SWT
sembunyikan kematian kita supaya kita boleh lebih menghargai dan menghayati
kehidupan kita.
iv. Rezeki kita. Rezeki adalah rahsia Allah. Yang Allah suruh kita buat
ialah usaha. Setiap kali kita gagal bisnes, Allah tulis pahala mencari rezeki yang
halal. Tak sia-sia. Orang meninggal hari ini kerana rezekinya dah habis. Jadi, tak
perlu dirunsingkan. Kita duduk dekat pulau, ada rezeki makan. Kita duduk atas langit
pun ada makanan kan? Kan dalam flight ada yang hidangkan makanan untuk kita?
Allah rahsiakan rezeki kita dan kita disuruh mencari. Kalau ianya satu keperluan,
nanti Allah akan sediakan.
37
v. Jodoh kita. Ada pasangan yang bergaduh bagai nak rak...tapi tiap-tiap tahun
beranak. Jodoh yang panjang itu telah ditentukan Allah. Daripada bergaduh, lebih
baik bina kebahagiaan.
vi. Takdir. Ketentuan. Sama ada baik atau buruk disembunyikan. Nabi SAW
mengajar kita untuk berdoa mohon takdir yang baik. "Ya Allah, takdirkan aku dengan
takdir-takdir yang baik."
vii. Tarikh dan waktu Hari Kiamat disembunyikan dari kita.
2. Allah Al-Maani' menegah mana-mana nikmat untuk sampai kepada manusia.
Apakah maksud nikmat? Apa-apa yang memberi kesedapan kepada manusia. Boleh
berdiri, duduk dan baring adalah suatu nikmat yang sangat besar.
Hidung kita boleh bernafas baik, suatu nikmat.
Lidah kita bebas ulcer, nikmat besar.
Boleh buang air kecil/besar, suatu nikmat.
Tapi nikmat yang memberi kelazatan kepada manusia, tak semua orang boleh dapat.
Ada orang boleh memandang tapi tak merasai kenikmatannya. Dia memandang
benda-benda yang tak baik/salah saja. Pandang isteri asyik nampak benda yang
salah saja. Allah SWT menghalang nikmat itu dari sampai kepadanya.
Ada orang memilih untuk menggunakan nikmat telinga mendengar orang
mengumpat. Sedangkan dia boleh memilih untuk mendengar bunyi alam/burung etc.
Akhirnya hati jadi penuh prasangka sebab selalu dengar yang tak baik. Allah tarik
balik nikmat telinga.
Macam mana caranya Allah Al-Maani' tidak halang nikmat itu dari kita? Hendaklah
kita sentiasa mentaati Allah SWT. Kalau kita buat benda mungkar, kita tak akan
dapat nikmat ini sebab Allah SWT tidak pernah menjadikan benda
maksiat/mungkar/berdosa ubat bagi hati. Orang yang berdosa tak akan rasa nikmat
kehidupan. Selalu tak tenang.
Yang ketiga. Dalam hidup kita, banyak benda yang memudaratkan. Allah boleh
tegah mana-mana bahaya yang datang pada manusia. Sebab itu, mintalah
keselamatan hanya dari Allah SWT. Kita kena berusaha untuk jaga keselamatan.
Rumah, kereta kita kunci dengan bagus tapi sebelum tinggalkan rumah dan kereta,
mintalah pada Allah SWT. "Ya Allah yang memberikan keselamatan. Hidupkan kami
dalam keselamatan."
Kalau Allah tak tegah bahaya yang datang kepada kita, bahaya boleh datang bila-
bila. Syaitan memang nak memudaratkan kita.
38
ال َّضا َُّّر
(91) Allah SWT Ad-Darru
Allah SWT Yang Maha Memudaratkan
Allah Ad-Darru Yang Maha Memberi Bahaya. Yang Maha Memudaratkan.
Kenapa Allah Yang Maha Pengasih juga adalah Yang Maha Memberi Bahaya
kepada manusia?
Sesungguhnya apa yang Allah SWT lakukan, semuanya ada kebaikan.
Allah memberi bahaya kepada kita untuk kita mendapat tiga(3) perkara:
1. Untuk kita mendapat ilmu. Belajar. Sebab bila kita mengenal bahaya, kita tahu
cara untuk berhadapan dengan bahaya itu. Kita belajar dan meningkatkan diri.
• Kalau kita tak berhadapan dengan bahaya, kita akan duduk di comfort zone a.k.a.
zon selesa.
Orang yang berada di zon selesa, dia tak akan meningkatkan dirinya.
Dalam Islam, kita di ajar untuk hidup selesa tapi jangan jatuh ke zon selesa.
2. Kenapa Allah SWT Ad-Darru nak bagi bahaya kat kita?
Untuk tujuan keimanan. Akhirnya kita mendapat tahu bahawa yang melindungi kita
dari bahaya, adalah Allah SWT.
Dan jangan engkau menyembah sesuatu yang tidak memberi manfaat dan tidak
(pula) memberi bencana kepadamu. QS Yunus 10:106
*Allah lah yang memberi kebaikan. Allah yang memberi mudarat. Akhirnya
pergantungan kita hanya kepada Allah SWT.
• Ketentuan kebaikan, mudarat dan manfaat datang dari Allah SWT.
Kita berhati-hati di jalanraya. Kalau Allah nak datangkan bahaya, orang lain pulak
yang langgar kita.
*Bacalah doa sebelum memulakan perjalanan.
Di rumah, kita pasang grill, cctv etc. Kita mengharapkan keselamatan tetapi yang
memberi keselamatan hanya Allah. Ada orang, rumahnya dikunci dengan bagus,
tetap dimasuki pencuri.
39
Kalau nak tinggalkan kereta, rumah, bacalah doa ini:
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan pasti Kami (pula) yang
memeliharanya. QS Al-Hijr 15:9
Walaupun kita disuruh jaga dan kunci rumah etc, tetap terdedah kepada bahaya-
bahaya yang ada di sekeliling kita. Akhirnya Allah datangkan bahaya itu untuk
keimanan supaya akhirnya kita bergantung kepada Allah SWT.
Usaha kena buat. Nak keluar rumah, kunci baik-baik. Matikan barang-barang elektrik
yang boleh shot, gas etc dan baca doa kerana Allah memberi mudarat untuk kita
memahami bahawa yang menyelamatkan kita adalah Allah SWT.
Apapun keadaan, walau kita rasa selamat, kita tetap mohon perlindungan Allah
SWT.
Satu lagi doa:
Allahumma antassalam.
(Engkaulah yang memberi keselamatan)
Waminkas salam.
(Dan daripada Engkau sahaja keselamatan)
Fahayyina robbana bissalam.
(Hidupkan kami dengan keselamatan Ya Allah)
Wa adhilnal jannata darussalam.
(dan masukkan kami ke syurga Darussalam)
Kenapa Allah SWT Ad-Darru nak bagi bahaya kat kita?
3. Untuk kita lebih menghargai. Bila kita menghargai benda-benda yang selamat,
akan lahir kesyukuran dan kemudian, ketenangan.
Dengan wujudnya bahaya, kita lebih menghargai keadaan kita.
HR Abdullah ibn Abbas r.a., satu ketika Rasulullah SAW mengajaknya berjalan.
~ Jagalah Allah. Allah akan menjaga hak-hak kamu.
~ Jagalah Allah. Kamu akan dapati Allah berada di hadapan kamu
(sentiasa membela kamu).
~ Kalau minta tolong, mintalah tolong dengan Allah SWT.
~ Kalau ada hajat, mintalah dengan Allah SWT.
40
~ Ketahuilah, kalaulah seluruh umat manusia berkumpul untuk memberi manfaat
kepada kamu, mereka tidak boleh memberi apa-apa manfaat kepada kamu kecuali
sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu.
~ Jika berkumpul seluruh manusia untuk memberi mudarat kepada kamu, maka
mereka tidak boleh memberi apa-apa mudarat kepada kamu kecuali sesuatu yang
sungguh-sungguh telah ditulis oleh Allah untuk kamu.
Jangan takut!! Hidup kita ada bahagian masing-masing.
Anak yang tak mahu solat, kenapa ibunya nak pening kepala? Terus je doa.
Lima(5) Prinsip Berhadapan Dengan Bahaya
1. Bila berlaku kemudaratan, benda-benda bahaya mesti dihapuskan.
Jika kita berusaha menghapuskan benda-benda bahaya, dapat pahala.
Katakan ada api. Kita yang melihat bertanggungjawab untuk padamkan. Bukan
biarkan sahaja.
Kita lihat ada orang kena pukul. Kita kena tolong. Kalau tak mampu, cari orang lain
untuk tolong.
Seseorang melakukan jenayah. Walau telah dinasihati, dia tetap juga ingin
melakukan jenayah. Sebagai pentadbir negara, dia perlu di ambil tindakan sebagai
membentuk diri dia menjadi lebih baik dan memberi pengajaran kepada orang lain.
Tujuan undang-undang Islam adalah untuk mendidik penjenayah dan memberi
iktibar kepada orang lain.
2. Carilah jalan yang mudah untuk menyelesaikan benda-benda mudarat.
Contoh: Solat wajib mesti kena buat selagi kita waras walau badan sudah tak
berupaya. Tapi tiba-tiba ada kesusahan(mudarat), maka solat boleh dijamak.
Solat boleh dijamak dalam 5 keadaan:
i. Ketika bermusafir.
ii. Ketika sakit. Orang accident tak boleh wudhu. Dia tayammum pun payah. Maka,
boleh jamak.
41
iii. Sebab hujan.
Contoh: Di Hadramaut, hujan jarang turun. Rumah-rumah mereka diperbuat dari
tanah liat. Kalau hujan lebat, rumah mereka boleh "cair". Inilah mudaratnya. Tapi
awas!! Ini tak terpakai di Malaysia.
• Yang ke-iv dan ke-v, Imam Shafie kata dia tak suka nak ajar lebih-lebih, takut orang
salah guna.•
iv. Jamak sebab hajat.
(* Ini juga tak terpakai di Malaysia)
Terpakai di negara-negara yang waktu siangnya pendek. Ada sesetengah tempat di
muka bumi yang beza antara waktu Maghrib dan Isyak nya cuma 10 minit. Seperti di
Rusia.
v. Sebab darurat. Seorang doktor buat pembedahan jantung. Bermula 10 pagi.
Tamat 6 petang. Macam mana zuhur dia? Ini terpakai untuk doktor ini sahaja kerana
memang mudarat, untuk menyelamatkan nyawa seseorang.
3. Mencegah kemudaratan diutamakan daripada mendapat manfaat.
Contoh:
Hari ini kita nak buat satu collection untuk bantu anak-anak yatim. Bagus kan? Tapi
kita jemput Gangnam Style dari Korea untuk buat konsert besar-besaran. Kan benda
ini bermanfaat? Orang ramai datang.
Prinsipnya di sini adalah, mencegah kemudaratan diutamakan daripada mendapat
manfaat. Betul dapat kumpul untuk anak-anak yatim tapi mungkin mudaratnya lebih
besar bila orang dapat lihat contoh yang tak baik, habisnya mungkin tengah malam,
lelaki perempuan bebas bercampur etc.
4. Kemudaratan perlu dihindarkan sekadar-kadarnya.
Seorang doktor perlu buat suntikan pada pesakit. Bahagian pakaian pesakit yang
perlu disingkap/diangkat, tak perlu besar-besar. Cukup sekadar-kadarnya.
5. Kalau berhadapan dengan dua keadaan bahaya, pilihlah bahaya yang lebih
ringan.
Contoh klasik sepertimana di dalam kitab-kitab.
Kita berjalan masuk hutan. Bekalan makanan habis. Yang ada di hadapan kita cuma
bangkai arnab. Makan bangkai kan haram? Tapi kalau tak makan, kita pulak boleh
mati kelaparan. Mudarat. Jadi, boleh la makan bangkai itu sekadar-kadarnya.
42
النَّا ِف ُّع
(92) Allah SWT An-Naafi'
Allah SWT Yang Maha Memberi Manfaat
Allah SWT An-Naafi'. Yang Maha Memberi Manfaat. Naafi' berasal dari perkataan
nafa'a yang telah diserap ke dalam bahasa Melayu menjadi 'manfaat'. Allah SWT lah
yang memberi manfaat/kebaikan yang menyeluruh dan mengurniakan kepada
seluruh hambaNya kesihatan, harta benda, kebahagiaan, hidayah dan ketakwaan.
HR Abdullah ibn Abbas r.a., satu ketika Rasulullah SAW mengajaknya berjalan.
Di antara pesan Rasulullah SAW adalah:
~ "Ketahuilah, kalaulah seluruh umat manusia berkumpul untuk memberi manfaat
kepada kamu, mereka tidak boleh memberi apa-apa manfaat kepada kamu kecuali
sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu."
Jadi, yang menggerakkan hati-hati manusia untuk menolong kita adalah Allah SWT.
Kadang-kala, ahli-ahli motivasi memberi ceramah kepada kita dengan mengatakan,
"kalau kita nak berjaya, kita perlu bekerja keras" ~ ini bagus tetapi sepatutnya
dikaitkan dengan tauhid tentang Allah SWT yang memberi manfaat.
Contoh:
Katakan A seorang yang bersungguh-sungguh di dalam kerjanya. Dia pergi
berjumpa B. Melihatkan kesungguhan A, B setuju untuk tolong A. Maka banyak
urusan dia jadi mudah. Tapi kalau C datang, belum tentu B nak tolong C
sebagaimana B tolong A.
Yang menjayakannya tetap di atas takdir Allah SWT. Allah yang menggerakkan hati-
hati manusia ini untuk membantu atau tidak.
Macam mana kita disuruh mempersiapkan diri kita supaya Allah SWT boleh beri kita
banyak manfaat?
• Allah SWT nak menjadikan sesuatu dengan sebab-sebab. Kita perlu wujudkan
sebab untuk Allah SWT bagi manfaat itu kat kita. Inilah yang sangat difahami oleh
Iskandar Zulkarnain sebagaimana terakam di dalam Surah al-Kahfi.
Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain).
QS Al-Kahf 18:89
*Dia mencetuskan sebab-sebab untuk berjaya hingga pertolongan Allah datang
bersamanya.
43
Apakah yang perlu kita sediakan supaya Allah SWT bagi kebaikan kepada kita?
1. Persediaan iman.
Keimanan adalah keyakinan kepada Allah SWT.
Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu.
QS Al-Mujadila 58:11
Kenapa iman sebagai syarat pertama untuk Allah An-Nafii' bagi pertolongan?
• Sebab iman adalah satu perkara keyakinan yang dapat menggantungkan diri kita
kepada Allah SWT.
Bergantung kepada dunia akan buat kita rasa penat/letih dan mudah risau.
Kalau seseorang itu bergantung kepada hartanya, apakah yang dia paling risaukan?
Yang paling dia risaukan adalah kalau hartanya hilang. Sebab itu dia akan sentiasa
menjadi orang yang berkira-kira pada hartanya. Setiap hari buka maybank2u.
Kalau orang itu bergantung kepada pangkatnya, yang paling dia risaukan adalah bila
dia jatuh dari pangkatnya.
Bagi isteri yang bergantung kepada suaminya, yang paling dirisaukan adalah kalau
suaminya hilang sama ada meninggal atau di ambil orang lain.
Orang beriman adalah orang yang menggantungkan harapannya kepada Allah SWT.
Kalau kita bergantung kepada Allah SWT, Allah tak akan tinggalkan kita
keseorangan.
Orang beriman hatinya tenang. Hadiah dari Allah SWT.
Kita ada takdir hidup kita yang telah ditetapkan. Kalau ditakdirkan suami itu
meninggal hari ini, ditahan macam manapun, akan tetap meninggal. Kalau suami
telah meninggal, rezeki isteri dan anak-anak tetap ada selagi mereka masih hidup.
Kata Nabi SAW, iman itu adalah apa yang ada dalam hati. Kena dilatih,
dibangunkan. Istighfar, dzikir, tafakkur (fikir).
Kenapa dalam sehari kita lebih banyak memikirkan tentang dunia daripada Tuhan?
Sampai dalam solat pun fikir urusan dunia, macam mana nak tenang?
2. Dengan jalan ilmu.
“Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak
mengetahui?” QS Az-Zumar 39:9
44
Orang-orang yang diberi ilmu pasti Allah beri darjat.
QS Al-Mujadila 58:11
Nota: Darjat bermaksud kedudukan.
Kalau inginkan kebaikan, tingkatkan ilmu.
Tuliskan. Kerana kata ulama "Sekabur-kabur tulisan, sekuat-kuat ingatan". (Kalau
kita tuliskan, walau tulisannya tak jelas kerana sewaktu hadiri kelas, kita mengantuk
sehingga tulisan rumi pun berbaris dengan qalqalah etc, di masa hadapan kalau
dibaca semula nota itu, boleh ingat balik apa yang dipelajari.
Carilah ilmu. Apa-apa sahaja ilmu. Tetapi ada satu ilmu yang lebih spesifik kata Nabi
SAW.
"Siapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, difahamkan padanya ilmu agama".
Jadi, sambil kita belajar Kek Lapis Sarawak atau Gulai Lemak yang paling sedap,
belajarlah ilmu agama kerana kata Nabi SAW, "agama itu nasihat". Maksudnya,
dalam nak buat sesuatu itu, (agama) ada panduannya.
3. Dengan kita memperbaiki keaiban/kelemahan diri kita.
Dan beruntunglah orang yang sentiasa memperbaiki dirinya.
QS Al-A'la 87:14
Allah SWT menjadikan kita lengkap dengan kelebihan semulajadi. Di samping itu,
kita juga ada kelemahan semulajadi.
Orang yang bagus adalah orang yang memperbaiki kelemahan dirinya. Jangan
selesa dengan kelebihan semulajadi diri sendiri.
Contoh:
Ada isteri yang memang sempurna dalam hal tanggungjawab seorang isteri
memenuhi keperluan batin suami. Tapi, kurang suka berkemas.
Lihat kelemahan diri sendiri dan perbaiki. Kadang-kadang, bila bergaduh, dia hanya
nampak kelebihan semulajadinya. Dia tak faham bab kurang mengemas itu yang
perlu diperbaiki. Sebaik-baik orang adalah yang menguruskan kelemahan
semulajadinya itu.
Jadi, kita kena tahu kelemahan diri sendiri. Janganlah sibuk dengan kelemahan
orang.
45
Lima Golongan Yang Perkataannya boleh diperhatikan, untuk kita perbaiki diri.
i. Guru kita.
ii. Orang yang bijaksana. Orang yang bijaksana tak semestinya guru kita, mungkin
saja orang yang jual ikan di pasar tetapi dia kaya dengan pengalaman kehidupan.
iii. Orang yang sayang pada kita.
iv. Sahabat baik kita. Kalau dia memberitahu kita sesuatu, bermakna dah teruk
sangat dah tu.
v. Musuh kita. Orang yang tak sukakan kita.
Setelah kita menyediakan diri kita untuk Allah anugerahkan kebaikan (rezeki,
hidayah, harta), bagaimana cara Allah berikan kebaikan itu?
1. Allah beri secara langsung (terus).
Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar
baginya dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
QS At-Talaq 65:2-3
2. Disuruh kita usaha.
Usaha tu kadangkala sedikit sahaja. Tapi hasilnya luar biasa.
Beriman + beramal soleh (usaha).
3. Dengan kejadian-kejadian
Ada orang accident. Selepas kejadian itu, baru dia mula solat.
Kalau berlaku apa-apa musibah, jangan kita tangisi nasib kita. Allah SWT tak pernah
menganugerahkan keburukan tanpa ada kebaikan di sebaliknya.
Dia (Ibrahim) berkata, “Mengapa kamu menyembah selain Allah, sesuatu yang tidak
dapat memberi manfaat sedikit pun, dan tidak (pula) mendatangkan mudarat kepada
kamu? QS Al-Anbiya' 21:66
46
النو ُُّر
(93) Allah SWT An-Nur
Allah SWT Yang Maha Menerangi
Apakah yang dikatakan cahaya itu?
Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi.
QS An-Nur 24:35
Yang pertama.
Nur bermaksud yang memberi hidayah atau yang membimbing.
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, Kami akan
tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang
yang berbuat baik. QS Al-Ankabut 29:69
Yang kedua.
Allah An Nur bermaksud Allah Yang Maha Baik. Cahaya adalah lambang kebaikan.
Hari ini, kalau kita terasa lapar, ada saja rezeki yang Allah SWT berikan.
Orang di penjara, ada rezeki dalam penjara.
Dalam kapal terbang di udara, tetap ada rezeki.
Ketika kita bersedih, Allah SWT datangkan perkara yang menggembirakan kita.
Ketika sakit, Allah SWT beri kita penyembuhan sama ada penyembuhan itu
kesihatan atau ditunjukkan jalan untuk berubat.
Ketika kita tersilap, Allah SWT maafkan kita.
Bila ada masalah, Allah SWT bagi jalan keluar.
Allah SWT tidak menzalimi hambaNya. Kita lah yang selalu menzalimi diri sendiri.
Yang ketiga.
Allah An Nur yang sangat mengasihi kita. Kasih sayang Allah SWT kepada
makhlukNya...sehingga Nabi SAW menyatakan, kalau kasih sayang itu ada seratus
dan satu diturunkan ke dunia, yang satu itu kita kongsi dengan semua makhluk
hingga dalam hati kita ada kasih sayang. Dengan kasih sayang itu jugalah seekor
harimau boleh menyimpan kukunya kerana takut mencederai anaknya. Ini baru satu.
99 lagi ada bersama Allah SWT.
47
Hadis Nabi SAW: "Tidak beriman seorang kamu sehingga menjadikan Allah SWT itu
yang paling dicintai." Letakkanlah kecintaan kepada Allah SWT itu yang utama sekali
sebab cinta Allah pasti berbalas.
Katakanlah (Muhammad), “Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah
mencintaimu. QS Ali Imran 3:31
Bila kita rasa Allah sayangkan kita?
Bila kita ada hajat, Allah SWT tunaikan. Bila ada masalah, Allah SWT bagi jalan
keluar.
Allah SWT turunkan nur kepada para nabi terutamanya Nabi Muhammad SAW.
Wahai Ahli Kitab! Sungguh, Rasul Kami telah datang kepadamu, menjelaskan
kepadamu banyak hal dari (isi) kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (pula)
yang dibiarkannya. Sungguh, telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab
yang menjelaskan. QS Al-Ma'idah 5:15
Dalam ayat di atas, apa maksud cahaya? Hidayah, kebaikan & kasih sayang.
Apa yang ada pada Nabi SAW? Ketiga-tiganya.
Nabi SAW adalah penunjuk kepada kebenaran. Nabi SAW mengorbankan diri,
kepentingan dan perasaannya untuk lihat kita semua dapat Nur (hidayah).
Nabi SAW contohkan kebaikan itu kepada kita. Macam mana berhadapan dengan
manusia? Berbuat baik lah dengan manusia. Maafkan. Maafkan. Maafkan. Bantu.
Permudahkan. Jangan dipersulit.
Nabi SAW mengajar kita untuk berkasih sayang sesama manusia.
Hadis Nabi SAW:
"Tidak sempurna iman kamu sehingga kamu menjadi orang yang mencintai
saudaramu sepertimana kamu menyayangi dirimu sendiri."
Kita tak suka orang mengumpat kita. Jangan mengumpat orang lain. Kita tak suka
keaiban kita dibuka. Jangan buka keaiban orang lain. Kita tak suka disakiti. Jangan
menyakiti orang lain. Penuhkan hati ini dengan kasih sayang.
Orang yang tiada iman, dia mudah runsing.
Orang yang kurang kasih sayang akan tumbuh kebencian di hatinya.
Orang yang hatinya ada kebencian, dia mudah membenci orang lain.
48
Kalau tak dapat kasih sayang dari manusia, carilah kasih sayang bermula dari Allah
SWT.
Sabda Nabi SAW, "Di antara orang yang dilindungi di bawah arasy Allah nanti, orang
yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah SWT."
Yang keempat.
Allah SWT menurunkan nur kepada Al-Qur'an.
Dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al-Qur'an).
QS An-Nisa' 4:174
Apakah maksud nur?
• Hidayah, kebaikan dan kasih sayang.
Hidayah al-Qur'an membawa kita mengenal Allah SWT, membawa kepada iman.
Nak penuhkan hati dengan iman, lihatlah Al-Qur'an.
Orang yang kenal Allah SWT akan tenang.
Kenapa hati tak tenang?
Sebab banyak ingat dunia.
Dunia jangan diingat. Dunia untuk diurus.
Harta jangan diingat. Harta untuk diurus. Ingat harta hanya untuk mengurus.
Kenapa kita bila semakin banyak masalah, semakin runsing?
Rasulullah SAW bila semakin banyak masalah, semakin tenang.
Maknanya, ada perbezaan dalam cara kita berdepan dengan masalah.
Jangan lari dari masalah.
Masalah perlu diurus.
Masalah besar yang diberi jalan keluar, jadi ringan. Masalah kecil yang tak diberi
jalan keluar, jadi berat.
Carilah Allah kerana nanti bila mati, kita balik kepada Allah. Jangan dirunsingkan
suami/isteri/anak-anak etc kerana bila mati, kita balik hanya kepada Allah.
Berjalanlah di atas takdir masing-masing.
Apa yang ada di dalam al-Qur'an tentang kebaikan? Qur'an membawa nur iaitu amar
makruf nahi mungkar.
49
Amar makruf: suka benda baik, amal benda baik, anjur benda baik.
Nahi mungkar: tak suka benda buruk, kita hindarkan benda buruk dan cegah benda
buruk dari berlaku.
Tidak rugi orang yang membuat kebaikan dalam hidupnya kerana kebaikan Allah
SWT balas di dunia.
Apa yang ada di dalam al-Qur'an tentang kasih sayang? • Akhlak •
Orang yang berpegang kepada al-Qur'an adalah orang yang akan mencetuskan
akhlak dalam dirinya. Pegangan kepada al-Qur'an, ukurannya yang tertinggi adalah
akhlak.
• Iman,
• Amar makruf (juga disebut syariat), &
• akhlak.
Kalau berpegang kepada al-Qur'an tanpa akhlak, maknanya belum sampai lagi tahap
kesempurnaan berpegang kepada al-Qur'an tu. Akan terbeza kita dengan orang lain.
Sibghatallah (Celupan Allah - seperti setitis pewarna yang dimasukkan ke dalam
sebotol air mineral. Pewarna yang setitis akan mewarnai air dalam botol. Yang
dititiskan itu adalah akhlak, iman & syariat. Maka terbezalah cara kita memandang,
mendengar, bertutur, berhubungan, bermuamalat, bergaul dengan orang lain).
Hari ini ada orang maki kita. Kita yang telah belajar al-Qur'an mesti terbeza dengan
orang lain. Kalau kita nak tahu apakah kita dah sampai ke kemuncaknya, Nur itu
akan menyerap sebagai akhlak.
Kenapa kita nak maki dia balik? Dia mungkin kekurangan ilmu, kita mesti terbeza.
Hari ini ada orang yang curi duit kita.
Pertama, bersyukur Ya Allah, kerana bukan aku yang ambil.
Kedua, bersyukur Ya Allah. Ya dia ambil tapi bukan semuanya.
Ketiga. Bersyukur Ya Allah. Kerana janji Engkau pasti balas dengan yang terbaik.
Senyum. Rahsia senyum adalah selalu memaafkan orang lain. Orang yang senyum
bukannya tak ada masalah. Ada masalah tapi Allah tarik bebanan itu dari hati dia.
50
Sekarang kita berusaha untuk masukkan nur-nur ini ke dalam diri kita.
"
jadikan pada mataku ada cahaya, pada telingaku cahaya,
pada lisanku ada cahaya, pada kananku ada cahaya,
pada kiriku ada cahaya, atas aku ada cahaya,
bawah hidupku ada cahaya.
Seluruh hidupku ada cahaya."
(Limpahkanlah kepadaku Ya Allah sehingga kita berjalan, bergerak, duduk, baring,
tidur, makan & minum dengan cahaya: hidayah, kebaikan & kasih sayang). Bukan
sahaja dia yang tenang. Ketenangannya bakal melimpah kepada orang lain.