The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kompilasi nota kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Mohamad bin Abdullah Al-Amin (Ustaz Amin)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by My Flower English, 2020-07-29 02:15:23

Syarah Asmaul Husna Vol 5

Kompilasi nota kuliah Syarah Asmaul Husna oleh Ustaz Mohamad bin Abdullah Al-Amin (Ustaz Amin)

Keywords: Syarah Asmaul Husna

51

ُ‫يا ْل َهاِّد‬

(94) Allah SWT Al Haady
Allah SWT Yang Maha Memberi Petunjuk

Dan sungguh, Allah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan

yang lurus. QS Al-Hajj 22:54

Dan sungguh, Kami telah mengutus seorang rasul untuk setiap umat (untuk
menyerukan), “Sembahlah Allah, dan jauhilah Thagut”, kemudian di antara mereka

ada yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang tetap dalam kesesatan. Maka

berjalanlah kamu di bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang

mendustakan (rasul-rasul). QS An-Nahl 16:36

Hidayah adalah satu ketukan hati dari
Allah untuk membuat keputusan.

Hidayah adalah kekuatan hati untuk membuat keputusan.

Keputusan untuk kita beriman.

Orang yang tak boleh buat keputusan
dalam hidup dia adalah orang yang lemah.
Orang yang tersilap buat keputusan adalah orang yang rugi.

Nota: Terutama untuk lelaki. Jangan biasakan malas buat keputusan. Selalunya
bermula dengan hal-hal yang remeh, lama-lama malas buat keputusan untuk perkara
yang penting.

Hidayah adalah keputusan hati yang selaras dengan iman. Di utuskan para Rasul
antaranya untuk memberi peringatan. Peringatan ini adalah hidayah supaya:
i. boleh buat keputusan dan
ii. kalau buat keputusan, jangan salah.

Mesti selaras dengan perintah Allah SWT walaupun kadang-kadang kita rasa tak
logik. Kita disuruh cari hikmahnya. Tapi kalau tak sampai, kena sabar. Dalam bab
nafkah, hormat suami, hormat mak ayah, jaga anak-anak, sering memaafkan. Ini
semua perintah dari Allah SWT yang Rasulullah SAW cerita kat kita supaya kita
dapat hidayah.

52

Walaupun datang pemberi peringatan, para Rasul dan selepas mereka orang-orang
yang berilmu, ada orang yang sampai ke hatinya dan ada yang tetap dalam
kesesatan.

Tujuh(7) Cara Bagaimana Allah Bagi Hidayah Kepada Manusia. (supaya kita
boleh turuti cara ini. Supaya kita dianugerahi dan dilimpahi hidayah Allah SWT.)

i.Secara wahbiyyah. Maksudnya, secara langsung. Tanpa apa-apa atau dari
sesiapapun. Allah nak bagi, Allah boleh bagi.

Ada orang, ayahnya teruk. Ibunya bersikap kasar. Ayah dan ibunya jauh dari agama
tapi si anak nak sekolah tahfiz. Dan akhirnya menjadi ahli agama yang menyumbang
kepada masyarakat. Ini hidayah secara langsung.

Ada pulak yang, ayah teruk. Mak teruk. Anak pun teruk. Tapi boleh pulak anak
berkenan dengan menantu yang sangat baik. Menantu tu pun berkenan dengan
anak kita walau anak kita tak berapa bagus. Akhirnya menantu itulah yang bimbing
keluarga itu balik.

Ada suami yang kasar dengan isterinya tapi tiba-tiba berubah akhlaknya menjadi
lembut. Tiba-tiba dapat kesedaran yang isteri perlu disayangi. Inipun hidayah secara
langsung.

ii. Secara kejadian.
Ada kejadian-kejadian yang berlaku yang menjadi penyebab kepada hidayah.

Hari ini ada orang tak solat. Terlibat dengan accident. "Ehh...kalau aku mati, macam
mana ya?" Terus jadi orang yang cukup menjaga solat dan ibadahnya.

Ada orang tak solat. Tiba-tiba kematian orang yang disayangi. Kematian orang yang
dia sayang membuatkan dia sedar. Akhirnya dia cukup menjaga solatnya.

Sebab itu, jangan melihat orang yang 'salah' dengan emosi. Jahat! Tak guna!! Tak
ada harapan ni!!!. Kadang-kadang kalau Allah beri dia hidayah melalui kejadian-
kejadian, mungkin dia jadi lebih baik dari kita.

iii. Ada hidayah yang datang dalam mimpi. Mimpi ini ada yang benar. Ada yang dari
syaitan. Ada yang dari Allah SWT. Yang dari syaitan nak takut-takutkan kita. Ada
yang datang dari diri sendiri (bila mengidam satu beg tangan warna pink contohnya).

Bagi orang yang menjaga solat, mimpi itu sebahagian dari petunjuk Allah SWT.

53

iv. Dengan ilmu.
Belajar...belajar...belajar...belajar, ada kesedaran, kefahaman,
pengetahuan membuat sesuatu perkara dengan betul.

Kadang-kadang seseorang itu buat kesilapan di atas kejahilannya. Dia tak faham
macam mana nak hormat pada suami. Sebab itu dia kasar dengan suami. Setelah
belajar, dia tahu dan faham bahawa bercakap dengan suami perlukan 'smiling
voice'(suara yang tersenyum, maksudnya perkataan-perkataan yang bagus).

Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, seolah-olah dia tidak berterima
kasih kepada Allah.

v. Dengan dakwah. Melalui seseorang yang menyampaikan kepada kita. Sebab itu,
kita disuruh menyampaikan. Kalau suami buat salah, sebutkan dengan baik.
Dzikirkan La haula quwwata illa billah sebelum menyebutkan supaya diberi kekuatan
untuk bercakap.

Isteri ibarat tulang rusuk yang bengkok. Kalau kamu biarkan, dia akan bengkok.
Kalau kamu kasari, dia akan patah. Jangan malas menegur. Lama-lama jadi tak
kuasa menegur. Lama-lama jadi takut untuk menegur. Perbaiki diri sendiri dulu dan
tegurlah isteri.

Jadilah seorang da'ie(pendakwah).
Mudah-mudahan dari lidah kita, orang lain dapat hidayah.

Orang terima atau tidak, itu urusan lain.
Sabda Rasulullah SAW, 'Sampaikan daripada aku walaupun sepotong ayat'.

Hari ini dapat satu ayat, amalkan dan sampaikan kepada orang lain.

vi. Dengan doa. Sebab itu, dalam solat, ada doa yang mesti dibaca. Kalau tak baca,
tak sah solat.

Kalau anak kita ada kesalahan, tegur kesalahan dia + tegur juga supaya dia jaga
solat kerana dalam solat, dia doa untuk diri sendiri. Kita hari ini pun jadi orang yang
baik, berkemungkinan hasil doa dari orang lain. Ketika mendoakan orang lain,
sebutkan nama dia.

54

vii. Dengan cara tafakkur (berfikir tentang kebesaran Allah SWT).

"Maka berjalanlah kamu di bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang

yang mendustakan (rasul-rasul)." QS 16:36

Piramid itu bangunan yang kukuh. Jepun cuba buat dengan formasi yang sama tapi
roboh. Tapi ke mana perginya Firaun?

Kita tak tahu bila dan di mana akan mati. Yang boleh cuba diusahakan ialah
bagaimana kita mati. Adakah mati dalam keadaan menuntut ilmu, mati dalam
keadaan cukup bertanggungjawab kepada isteri dan anak-anak, dalam keadaan
betul-betul mencari keredhaan suami, dalam keadaan diredhai ibu dan ayah, dalam
keadaan disenangi kawan-kawan dan masyarakat.

Dan cukuplah Tuhanmu menjadi pemberi petunjuk dan penolong.

QS Al-Furqan 25:31

Hidayah adalah ketukan hati dari Allah
untuk membuat keputusan yang betul dalam hidup.
Kalau keputusan tak betul, maknanya belum dapat hidayah lagi.

Manusia penuh dengan kekurangan. Jangan cari bahagia dengan
suami/isteri/harta/pangkat semata-mata. Kalau cari bahagia dengan suami, dia tetap
ada kekurangan. Nanti kita akan nampak kekurangan itu.

Carilah bahagia dengan Allah SWT. Bila nampak kekurangan, Allah perintahkan kita
untuk 'terima seadanya' dan perbaiki kelemahan yang ada.

Dan setiap hari, terus perbaiki diri.

55

ُ‫ا ْلبَ ِدي ّع‬

(95) Allah SWT Al-Badii'

Allah SWT Yang Maha Pencipta

Allah SWT Al-Badii' maksudnya Allah Yang Maha Pencipta. Di antara nama-nama
Allah SWT, ada beberapa nama yang bermaksud yang sama (Yang Maha Pencipta).
Antaranya Allah Al-Khaliq dan Allah Al-Baarii'. Apakah perbezaannya?

Allah Al-Khaliq
Pencipta daripada tiada kepada ada.
Allah SWT menciptakan manusia, dari tiada kepada ada.
Juga alam ini, dari tiada kepada ada.

Allah Al-Baarii'
Pencipta yang melengkapkan.
Allah SWT menciptakan lelaki.
Kemudian Allah SWT ciptakan perempuan.
Allah SWT ciptakan warna dan kemudiannya pelengkapnya, hitam.

Allah Al-Badii'
Pencipta keseimbangan (sambung mana yang telah ada ~ kesinambungan).
Manusia telah ada. Apa pula selepas itu?

Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari saripati (berasal) dari tanah.

Kemudian Kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh

(rahim). Kemudian, air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu

yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami

jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging.

Kemudian, Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain. Maha Suci Allah,

Pencipta yang paling baik. QS Al-Mu'minun 23:12-14

Lima(5) perkara berkaitan manusia yang Allah SWT Al-Badii' ciptakan untuk
manusia.

1. Allah SWT menciptakan benda-benda yang disebut dharuriyyat, iatu benda-
benda yang penting, tanpanya manusia tak boleh hidup dengan sempurna atau tak
boleh hidup langsung.

Contoh:

• Makanan. Apa yang kita makan, Allah SWT ciptakan tidak habis. Penduduk dunia 6
bilion. Pernahkah ayam, ikan, sayur-sayuran habis? Atau pupus?

56

• Air. Tanpa makanan tapi ada air, kita boleh bertahan 2 minggu. Tapi kalau tanpa
air, kita hanya boleh bertahan seminggu.

• Udara. Tanpa udara, berapa minit kita boleh bertahan?

(Allah) pencipta langit dan bumi. Apabila Dia hendak menetapkan sesuatu, Dia
hanya berkata kepadanya, “Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu. QS Al-Baqarah 2:117

2. Allah SWT menciptakan benda-benda yang disebut sebagai haajiyyat (hajat)
(Tanpanya, manusia boleh hidup tapi manusia memerlukan benda itu).

Contoh:

• Rumah. Kita berdepan dengan banjir, keadaan lembab, selalu hujan. Jadi, teknik
buat rumah di nusantara ini tak sama dengan membuat rumah di padang pasir.
Rumah orang Melayu tinggi kerana tanahnya lembab dan ada banyak haiwan melata
seperti lipan, kala jengking etc. Atapnya begini supaya bila hujan lebat, airnya boleh
lepas. Orang-orang tua dahulu diberikan ilmu untuk menganyam atap yang tak
bocor.

• Di negara-negara Arab, Allah SWT Al-Badii' bagi mereka teknik buat rumah yang
sesuai tempat mereka. Tanah liat dikumpul dan di susun. Atapnya dari pelepah
tamar yang di susun di bahagian atas.

• Orang yang tinggal di Kutub Utara dan Selatan, Allah SWT Al-Badii' berikan ilmu
macam mana nak buat rumah dari bongkah ais.

Allah yang menciptakan tujuh langit dan dari (penciptaan) bumi juga serupa. Perintah

Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahwa Allah Mahakuasa atas segala

sesuatu, dan ilmu Allah benar-benar meliputi segala sesuatu. QS At-Talaq 65:12

3. Benda-benda berkaitan tahsiniyyat (kemewahan). Manusia kalau ada benda ini,
dia ada peningkatan ("improvement") hingga tingkatan darjatnya lebih tinggi.

Contoh:

• Allah SWT Al-Badii' memberikan ilmu kepada manusia sehingga manusia boleh
mengadun benda-benda yang ada di muka bumi ini jadi sesuatu yang baru seperti
krim pelembab ("moisturizing cream") dan sebagainya. Dengan adanya produk ini,
manusia jadi lebih baik.

• Alat kosmetik.

57

• Kenderaan. Dulu cuma ada keldai, kuda, unta. Sekarang Hyundai, Land Cruiser,
Vellfire macam-macam ada.

Kita disuruh wajib jaga dan bangunkan benda-benda dharuriyyat. Kalau dirosakkan
dengan sengaja, boleh haram hukumnya.

Kita disuruh buat yang haajiyyat untuk menyempurnakan manusia. Kalau tak dibuat,
sebahagian besar manusia akan berdosa kerana ini fardu kifayah.

Benda-benda tahsiniyyat, jangan membazir. Kalau mampu, tak ada masalah.

Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang

tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi,

adakah kamu lihat sesuatu yang cacat? QS Al-Mulk 67:3

Pernah tengok titisan hujan di bawah lampu pada waktu malam?? Konsisten. Hujan
berterusan sampai 5 - 6 jam. Berapa gelen air kat atas langit? Langit tak bertiang,
kenapa tidak roboh sekaligus? Kenapa turunnya setitis-setitis dalam amaun yang
konsisten?

4. Keperluan perubatan manusia.
Allah SWT Al-Badii' Pencipta keseimbangan itu menciptakan ubat untuk manusia.

Kata Nabi SAW, "pada setiap penyakit, pasti ada ubatnya".

Dengan perkembangan manusia, akan ada penyakit-penyakit baru. Allah SWT Al-
Badii' datangkan ubatnya. Yang Maha Menyembuh tetap Allah SWT. (Allah SWT
Asy-Syafii)

* Pergi berubat itu sunnah.

Ada juga penyakit-penyakit yang tidak nampak. Di sebut di dalam al-Qur'an. Contoh:

Boleh menyebabkan orang kembung perut etc. Boleh juga memisahkan suami isteri.
Kalau suami isteri selalu bergaduh tanpa sebab, cuba tengok. Di bimbangi ada unsur
sihir.

58

.
Pandangan hasad mata. Kita tak tahu siapa yang ada ain ni.

Orang itu cakap kat seseorang, "Eh...cantik la kau ni".
Lepas itu, yang dipuji itu sakit.

Dia tengok kereta orang. Dia cakap, "eh...cantik la kereta ni.
Baru beli ke?" Lepas itu, kereta ini accident.

Orang yang memuji ada penyakit ain. Untuk membatalkan penyakit ini,
perbanyakkan zikrullah, selawat dan minta orang lain doakan kita.

Dia menciptakan langit tanpa tiang sebagaimana kamu melihatnya, dan Dia

meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi agar ia (bumi) tidak

menggoyangkan kamu. QS Luqman 31:10

5. Allah SWT Al-Badii' ciptakan bukti-bukti keimanan dan Allah tunjukkan kepada
manusia.

Antara mukjizat Rasulullah SAW:
• Bulan pernah terbelah.
• Makanan cukup untuk yang menggali parit ketika Perang Khandak.

Zaman Rasulullah SAW telah berakhir. Sekarang, cabaran keimanan lebih banyak.
Allah SWT Al-Badii' datangkan lebih banyak bukti-bukti keimanan.

Sekarang:
• belah buah ada nama Allah.
• pokok-pokok di Germany yang membentuk tulisan La ilaha illAllah.
• di badan ikan ada nama Allah.

dan dibukakan ilmu sains yang melaluinya lebih terzahir bukti-bukti keimanan.

Kesimpulan.
Allah Al-Badii' menciptakan sambungan-sambungan kepada apa yang telah Allah
ciptakan untuk kesejahteraan dan keseimbangan manusia. Mudah-mudahan ketika
kita melihat alam ini, kita akan melihat kebesaran-kebesaran Allah SWT.

"Ambillah iktibar wahai orang-orang yang mempunyai mata hati. Sesungguhnya
setiap kejadian tidak sia-sia, ada kebaikan untuk kita sama ada kita nampak
sekarang atau akan datang."

59

Kita diuji dengan pelbagai masalah. Rupa-rupanya Allah SWT nak bagi kuat hati kita
berhadapan dengan anugerah yang besar yang Allah SWT nak bagi kita suatu hari
nanti.

"aku minta Allah SWT berikan aku kekuatan. Tetapi
setiap kali aku berdoa untuk Allah bagi aku kekuatan, setiap kali itulah Allah bagi aku
masalah. Rupa-rupanya dengan masalah itu Allah bagi aku kuat".

60

‫ا ْل َوا ِر ُُّث‬

(97) Allah SWT Al-Warith
Allah SWT Yang Maha Mewarisi

Allah lah yang mewarisi segala perkara itu.

Sesungguhnya Kamilah yang mewarisi bumi dan semua yang ada di atasnya, dan

hanya kepada Kami mereka dikembalikan. QS Maryam 19:40

Walaupun Allah Al-Warith, Allah memberi kepada manusia beberapa perkara untuk
manusia boleh warisi, dipinjamkan sementara untuk manusia warisi tetapi hak mutlak
adalah Allah SWT.

Yang pertama. Harta-harta.
Harta adalah pinjaman yang diberi Allah kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Ada
yang diluaskan hartanya, ada yang ditetapkan peruntukannya, ada yang bercambah
hartanya, ada yang kurang, ada yang dulu tak berharta tapi dihujung-hujungnya,
banyak. Ada yang dulunya banyak tapi akhirnya tiada.

Islam ada satu-satunya agama yang lengkap yang menceritakan tentang harta. Cara
cari harta (musyarakah(perkongsian), mudharabah, murabahah (sama-sama
untung), instrumen sokongan dalam mencari harta seperti al-Qardu(pinjaman), ar-
Rahnu(gadaian) dan takaful.

Setelah ada harta, apa yang wajib ditunaikan? Zakat. Nafkah. Nazar.

(Di antaranya adalah) Curi, Rasuah, Jual
benda-benda haram, makan gaji yang haram (ambil upah pukul orang, pelacuran
etc), benda-benda yang tak pasti.

: sedekah, hibah.

: membazir (maksudnya, membelanjakan yang bukan keperluan)

Lastly dalam mengurus harta, sebelum meninggal,

Dan mengapa kamu tidak menginfakkan hartamu di jalan Allah, padahal milik Allah

semua pusaka langit dan bumi? QS Al-Hadid 57:10

Yang kedua. Ilmu. Disuruh kita belajar dan duduk dalam majlis ilmu. Banyak malaikat
mendoakan orang yang duduk dalam majlis ilmu. Hadis Nabi SAW: Orang yang
duduk dalam majlis ilmu, didoakan oleh para malaikat dan makhluk-makhluk lain
seperti ikan-ikan di lautan yang turut mendoakan).

Ilmu boleh dipelajari dan kemudian di ajar.
Antara benda yang kekal pahalanya adalah ilmu kita.

61

Yang ketiga. Beberapa kelebihan-kelebihan

Sesungguhnya bumi (ini) milik Allah, diwariskan-Nya kepada sesiapa sahaja yang

Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan (yang baik) adalah bagi

orang-orang yang bertakwa. QS Al-A’raf 7:128

Kelebihan-kelebihan : benda-benda yang ghaib, di luar akal kita.
a. Mukjizat kepada para Nabi.
Contoh: Nabi Musa AS boleh membelah laut, Nabi Sulaiman AS boleh memerintah

jin.

b. Karomah yang diberi kepada wali-wali Allah (orang alim).

Contoh: Boleh baca hati.

c. Ma’unah (benda pelik yang berlaku kepada orang yang biasa-biasa je, mungkin
kerana ikhlas dalam beramal, maka Allah bagi).

Contoh: Seluruh kampung di landa banjir tapi rumah dia langsung tak kena.

:
Allah beri istidraj. (‘Kelebihan’ kerana Allah murka)

Nabi Sulaiman AS boleh bercakap dengan haiwan tapi tak ada seorang pun yang

tahu ayat apa yang Nabi Sulaiman AS baca. Umat-umat terdahulu tidak mewarisi

mukjizat Nabi mereka. Tetapi umat Nabi Muhammad SAW mewarisi mukjizat
Rasulullah SAW dengan Al-Qur’an. Contoh: Siapa yang menghafal ayat 1-10 Surah

Al-Kahfi, aman/terlepas dari sihir.

Yang keempat. Perkara berkaitan janji. Antara manusia, kita berjanji itu dan ini.
Lebih-lebih lagi, bila janji ini ditulis dan ada saksi. Kalau meninggal, dapat rujuk
saksi, perjanjian dapat diteruskan.

62

ُ‫ال َّر ِشيّ ُد‬

(98) Allah SWT Ar-Rashid

Allah SWT Yang Maha Bijaksana

Allah Yang Maha Bijaksana. Ilmu Allah SWT tidak berpenghujung dan tidak bertepi
sedangkan ilmu manusia terbatas. Manusia ada ilmu tapi kadang-kadang lupa akan
ilmu itu. Manusia ada ilmu tapi kadang-kadang tak dapat garap ilmu tersebut ke
dalam tindakan hariannya.

Allah SWT menurunkan kebijaksanaan kepada manusia.

Bagaimana Manusia Boleh Jadi Bijaksana?
Manusia disuruh belajar. Orang yang belajar akan jadi pandai. Manusia disuruh
bergerak atau membuat sesuatu perkara.

Orang cerdik: orang yang punya pengalaman.
Orang pandai : orang yang belajar.
Tak semua orang yang pandai itu cerdik.
Cerdik + pandai = bijaksana
Setinggi-tinggi kebijaksanaan ialah apabila kebijaksanaan itu dibantu Allah SWT.

Dan sungguh, sebelum dia (Musa dan Harun) telah Kami berikan kepada Ibrahim

petunjuk, dan Kami telah mengetahui dia. QS Al-Anbiya' 21:51

Yang pertama. Ilham. Suatu lintasan yang diturunkan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah. Ketika serabut dengan masalah, tiba-tiba terdetik jalan keluarnya.
"Ya Allah! Jadikan aku dan zuriat aku daripada ahli ilmu dan ahli kebaikan, pembuka
kepada kecerdikan, ilham daripada malaikat-malaikat."

Ketika ada masalah, dzikirkan Ya Allah Ya Rashid banyak-banyak.

Ya Allah! Kurniakan aku ilham dari para malaikat.

Yang kedua. Mimpi-mimpi yang benar.
Mimpi ada 3 bentuknya:
i. Ada mimpi yang datang dari Allah SWT.
ii. Ada mimpi yang datang dari syaitan untuk menakut-nakutkan kita.
iii. Ada mimpi datang dari diri kita sendiri.

Yang ketiga. Kashaf. Allah SWT buka hijab mata.

Yang keempat. Ilmu laduni. Satu ilmu yang Allah SWT bagi tanpa belajar dengan
guru-guru. Menurut kesesuaian seseorang itu dan keperluan setempatnya.

63

Yang kelima. Firasat a.k.a rasa hati. "Takutlah firasat orang-orang beriman. Dia itu
melihat dengan bantuan Allah." Khususnya untuk orang yang menjaga solatnya.

“Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah

petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.” QS Al-Kahf 18:10

*Amalkan doa di atas untuk Allah pimpin kebijaksanaan kita dari sudut ilham, mimpi,
kashaf, laduni & firasat.

64

ُ‫ال َّصبُو ُّر‬

(99) Allah SWT As-Sobur

Allah SWT Yang Maha Penyabar

Sabar Allah SWT ini kepada apa-apa yang hamba itu lakukan.

Hari ini kita ada orang gaji. Kita bayar gaji dia. Suruh buat sarapan, dia tak nak. Dia
tidur. Kita pulak yang buat. Suruh mengemas, dia tak kemas. Suruh buat itu, dia buat
lain dan mungkin salah. Kita sebagai manusia, dua hari boleh tahan, lepas itu kita
marah atau terus berhentikan dia.

Tapi Allah Yang Maha Penyabar, Allah bagi kita makan, minum dan banyak nikmat
kepada kita walapun kita ini kadang-kadang terlupa atau buat kemungkaran atau tak
melakukan ketaatan. Allah SWT tetap bagi.

Kalau tidak solat subuh, tengahari masih boleh makan. Orang yang ingkar pun tetap
Allah bagi rezeki.

Allah SWT menyembunyikan 4 perkara di dalam 4 perkara:
i. Doa pada waktu mustajab.

ii. Redha Allah pada ketaatan hambaNya.
* Jangan remehkan amalan kecil. Walaupun kecil, siapa tahu mungkin itulah yang
Allah redha.

iii. Kemurkaan Allah pada perkara maksiat.
* Sebab itu, kita disuruh untuk tidak memperkecilkan perkara maksiat. Walau maksiat
itu kecil tapi di situ terdapat kemurkaan Allah SWT, Allah murka kita maka susah
hidup kita.

iv. Wali di hadapan mata umum. Orang yang Allah SWT sayang, di hadapan umum
kita tak tahu siapa.

Oleh kerana Allah Yang Maha Penyabar, Allah suruh kita juga bersifat sabar.

Sabar ada tiga(3) bahagian penting:
i. Kematangan akal kita menerima sesuatu benda itu ada hikmah,

ii. Kekuatan hati memandang akhirat itu lebih besar,

iii. Pendidikan nafsu untuk terus menjadi tenang.

65

Allah SWT menjadikan kejadian di alam ini penuh dengan hikmah atau kebaikan-
kebaikan.

Hari ini kita ditimpa musibah. Kita tak perasan, rupa-rupanya ianya suatu kebaikan
bagi kita. Ada hikmah-hikmah yang tersembunyi yang kadang-kadang kita tak
nampak, sebab itu kita rasa sakit hati. Orang yang bersabar dan meyakini hikmah itu,
sebelum akhir hayatnya pasti Allah SWT akan tunjukkan hikmahnya. Mesti!! Kasih
sayang Allah, Allah akan tunjukkan hikmah itu kepada kita. Ada orang yang susah
hidupnya, sakit memanjang. Tapi di hari kematiannya, senyum jenazahnya. Sebab
apa? Sebab sebelum meninggal, telah ditunjukkan kepada dia hikmahnya.

Bila kita memandang sesuatu itu lebih besar, benda-benda lain di sekeliling jadi kecil.
"Akhirat itu lebih kekal dan lebih baik." Dunia ini bagus tapi tidak kekal.

Hari ini, senaraikanlah musibah yang telah kita lalui dan nikmat yang telah kita dapat.
Kita tak akan terhitung apa itu nikmat. Dan nikmat itu pulak akan berterusan sampai
ke akhirat. Kalau kita hanya memandang dunia, terasa berat. Kalau pandang akhirat,
akhirat lebih besar.

Nafsu itu bahagian dari diri kita yang tak boleh dibuang. Musuh yang paling
memusuhi kamu adalah nafsu yang berada di antara dua lambung.

Secara zahirnya, apa yang ada di antara dua lambung? Perut dan apa yang berada
di bawah perut.

Nafsu perlu dididik. Sebab nafsulah yang pertama sekali memberontak. Tak suka.
Tak redha. Tak mahu. Sebab itu nafsu perlu terus dididik sehingga jiwa menjadi
tenang. Orang yang sabar dan tahu hikmahnya membesarkan akhirat, jiwanya akan
tenang. Apa saja musibah melanda, dia senyum saja. Muka semakin jernih.
Senyuman semakin manis. Tutur kata makin halus. Bukan saja dia tenang, orang
yang tengok dia pun jadi tenang. Sebab itu Allah SWT suruh kita bersifat sabar.
Dengan sabar, kita jadi tenang.

Orang yang serabut, kadang-kadang orang lain yang tengok dia pun jadi serabut.

66

Tiga(3) jenis sabar

Sabar bukan pasrah yang pasif.
Pasrah lebih menghampiri putus asa.
Sabar ialah ilmu dan ketahanan hati bahawa sesuatu itu ada hikmah,
memandang akhirat lebih besar dan kekuatan hati melawan nafsu.

i. Sabar kepada musibah. Kita tak nak musibah tapi musibah tetap datang. Jadi, kita
kena sabar kerana Allah janji, Allah akan ganti dengan yang lebih baik. Di dunia lagi
Allah akan ganti benda itu. Kita hilang kasut kesayangan. Yakinlah Allah akan bagi
kemampuan untuk kita dapat kasut yang lebih bagus.

Jika kita ditimpa musibah seperti kehilangan sesuatu, mintalah dari Allah tiga(3)
perkara:

a. Ya Allah Ya Tuhanku. Terima kasih Ya Allah.
Hilang benda ini tapi tak hilang semua.

b. Syukur Ya Allah.
Orang lain yang curi, bukan aku yang mencuri.

c. Ya Allah Ya Tuhanku. Gantikanlah dengan yang lebih baik.

Jika ditimpa musibah kematian, "Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah gantian yang lebih
baik dari sudut pahala, keselamatan, kebaikan dll". Allah lebih mengetahui.

ii. Sabar dalam ketaatan. Nak solat perlu kesabaran. Nak keluarkan zakat harta,
perlu kesabaran. Kena kira betul-betul. Perlukan kekuatan hati dan faham segalanya
berhikmah bila perlu keluarkan zakat dalam jumlah yang besar.

Perlu bersabar dalam meninggalkan maksiat yang kita mampu buat. Biasanya
mengumpat tapi hari ini kita memilih untuk tidak lagi mengumpat.

Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas.

QS Az-Zumar 39:10

Dan bersabarlah. Sungguh, Allah beserta orang-orang sabar. QS Al-Anfal 8:46

Maka bersabarlah, sungguh, kesudahan (yang baik) adalah bagi orang yang
bertakwa. QS Hud 11:49

Sabar adalah sebahagian sifat orang bertakwa. Pasti dan mesti...
Kita nak kesudahan yang baik

(husnulkhotimah). Kesudahan yang baik adalah di luar kawalan kita. Husnulkhotimah
maksudnya rohani dan zahirnya bagus. Jadi, bersabarlah. Mudah-mudahan kita
berkesudahan yang baik.

Penghargaan

* Ustaz Muhamad b. Abdullah Al-Amin (Ustaz Amin)/ALCC,

* www.quran.com,

* Al-Quran Tafsir Bil Hadis Multazam. Karya Bestari 2018.

* https://99namesofallah.name/ untuk Asmaul Husna dalam tulisan bahasa Arab,

* Kredit foto cover depan: Unsplash,

* keluarga dan teman-teman yang selalu memberi dorongan untuk saya menulis dan tak
jemu-jemu membaca tulisan saya,

Serta
* Anda yang sudi membaca catatan ini. Terima kasih. “Kehebatan seseorang itu apabila
dalamannya kuat.” – Instagram Ustaz Amin

Pernahkah anda terfikir kenapa anda ada masalah? Setiap masalah datang dengan
tujuan. Kenyataannya adalah, setiap masalah diutus supaya anda kembali kepada
Allah SWT yang mengetahui segala sesuatu, termasuklah jalan keluar kepada
masalah anda. Kita hanyalah insan yang serba lemah. Yang Maha Perkasa hanya
Allah SWT. Yang Maha Bijaksana hanya Allah SWT yang terus-menerus mengurus
seluruh alam ini. Bagaimana mungkin masalah diselesaikan bila kita hanya
mengandalkan akal fikiran sendiri?

Jadi, semakin banyak masalah seharusnya kita lebih tenang bila masalah itu
dijadikan jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tak perlu stress!
Sebagaimana firman-Nya :

“Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.”

QS Ghafir 40:44

Rasulullah SAW juga tidak terlepas dari ujian. Apatah lagi kita. Bezanya, Rasulullah
SAW semakin tenang dengan bertambahnya masalah. Kita pula selalunya runsing
dan bertambah pusing bila masalah makin meruncing. Hidup ini seharusnya lebih
ringan kalau pergantungan kita mutlak hanya kepada Allah SWT. Jadi, apa sahaja
keluhannya, carilah Al-Haady Yang Maha Memberi Petunjuk. Usahakan ikhtiarnya.
Ikhtiarkan usahanya. Tetap berdoa dan bersabarlah kerana Allah SWT Maha Adil.
Semoga nota ringkas ini bermanfaat buat anda. Selamat menempuh kehidupan
dengan semangat yang baru sebagai insan yang benar-benar merdeka dari
perhambaan dunia.


Click to View FlipBook Version