The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by My Flower English, 2019-09-13 05:06:16

Syarah Asmaul Husna V1

Syarah Asmaul Husna V1

Keywords: Asmaul Husna

"Sesungguhnya bagi Allah SWT ada 99 nama.
Seratus kurang satu.

Sesiapa yang menjaga hak nama tersebut maka
dia akan masuk ke dalam syurga."
HR Bukhori

Kandungan iv
v
Perhatian! Perhatian! 7
Mengapa Perlu Mempelajari Asmaul Husna? 11
1 Allah Ar-Rahman 15
2 Allah Ar-Rahim 18
3 Allah Al-Malik 21
4 Allah Al-Quddus 23
5 Allah As-Salam 27
6 Allah Al-Mukmin 30
7 Allah Al-Muhaimin 32
8 Allah Al-Aziz 33
9 Allah Al-Jabbar 36
10 Allah Al-Mutakabbir 37
11 Allah Al-Khaliq 40
12 Allah Al-Baari 43
13 Allah Al-Musawwir 47
14 Allah Al-Ghaffar 50
15 Allah Al-Qahhar 52
16 Allah Al-Wahhab 56
17 Allah Ar-Razzaq 59
18 Allah Al-Fattah 62
19 Allah Al-Alim
20 Allah Al-Qabidh
Penghargaan

Perhatian! Perhatian!

Buat anda yang sedang membaca nota ini.

Assalamualaikum.
Segala puji hanya bagi Allah SWT.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

E-book ini mengandungi nota ringkas catatan peribadi seorang pendengar kuliah
Ustaz Muhammad bin Abdullah Al-Amin (Ustaz Amin). Nota ini disediakan daripada
video kuliah yang di dengar di youtube.

E-book ini adalah Vol.1 yang mengandungi 20 nama yang pertama di daiam rantaian
Asmaul Husna. Anda boleh mendengarkan kuliah sepenuhnya di youtube. Cuma
taipkan tajuk yang berkaitan. Contoh: "Ustaz Amin - Asmaul Husna(01) Ar-Rahman".
Channel youtube : ustaz amin

Mohon maaf andai terdapat sebarang kesilapan dan/atau kekurangan dalam nota ini.
Tentunya dari kelemahan dan keterbatasan saya sendiri dan ianya tiada kaitan
dengan Ustaz Amin.

Saya berharap nota ini sedikit sebanyak bermanfaat buat anda sebagaimana
mendengar audio kuliahnya sangat bermanfaat buat saya. Semoga kita tambah
yakin dengan Allah SWT dan lebih mensyukuri segala nikmatNya.

Terima kasih.

Sarah Hajar Fahmy

[email protected]

Kuala Lumpur
September 2019

Mengapa Perlu Mempelajari Asmaul Husna?

Oleh Ustadz Amin

Asmaul Husna maksudnya nama-nama yang baik. Dengan mempelajarinya, akan
jadi kebaikan bagi kita.

Kenapa kita mempelajarinya?

1. Kita akan mengetahui cara berdoa.

Di dalam al-Qur'an, Allah mengajarkan kepada kita, kalau nak berdoa, sebutlah
nama Allah SWT yang baik-baik, mengikut kesesuaian hajat kita.

Dan Allah memiliki Asma'ul-Husna (nama-nama yang terbaik), maka bermohonlah
kepada-Nya dengan menyebutnya.
QS Al-A'raf 7:180

Kalau ingin minta rezeki, berdoalah dengan Ya Allah Ya Razzaq.
Buat yang ingin melembutkan hati, berdoalah dengan Ya Allah Ya Halim.

Kalau kehilangan barang, sebutlah Ya Allah Ya Muiid (Yang Maha Mengembalikan).
Kalau barang itu tak dijumpai, Allah SWT gantikan dengan yang lebih baik.

2. Mengetahui cara bermunajat untuk sesuatu hajat.

Apabila kita bermunajat, kita disuruh untuk selalu menyeru nama Allah SWT. Dengan
menyeru nama Allah, kita akan merasa hanya Allah tempat meminta, lebih-lebih lagi
apabila kita meminta rezeki, kita menyeru nama Allah Ar-Razzaq, bila kita minta
keselamatan, kita menyeru nama Allah As-Salam.

Katakanlah (Muhammad), “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama
yang mana saja kamu dapat menyeru, karena Dia mempunyai nama-nama yang
terbaik.
QS Al-Isra' 17:110

3. Jalan untuk ke syurga.

Riwayat Bukhori. Hadis Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya bagi Allah ada 99 nama. Seratus kurang satu. Sesiapa yang
menjaga hak nama tersebut maka dia akan masuk ke dalam syurga."

Yang dikatakan "menjaga hak-haknya" bermaksud kita mengimani nama-nama
tersebut, benar-benar berharap kepada hanya Allah Pemilik nama-nama tersebut.

Sifat yang demikian akan melahirkan rasa kehambaan dan bergantung harap hanya
kepada Allah.

4. Menenangkan hati.

Bila kita mengenal Allah SWT dan nama-nama ini, ia akan menyebabkan kita
merasakan Allah SWT sentiasa bersama kita. Kita akan merasakan Allah SWT
membela kita. Lalu lahirlah ketenangan.

Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.
QS Ar-Ra'd 13:28

Sekarang kita lebih banyak mengingat dunia daripada mengingat Allah. Sedangkan
dunia perlu diingat hanya untuk diurus.

Contoh: Ada jiran bergaduh dengan jiran. Urus!! Datang ziarah. Bawakan buah
tangan. Tenangkan keadaan. Nasihat etc.

Suami diingat untuk diurus. Tapi banyak orang ingat suami untuk menambah
kerunsingan.

Memang sifat dunia itu merunsingkan. Dunia ini menyenangkan tetapi tidak
menenangkan. Makin diingat, makin runsing. Makin diingat, makin membimbangkan.

Jangan bazirkan setiap saat dengan perkara-perkara yang merunsingkan diri. Sebab
Allah jadikan hidup ini kan untuk bahagia? Tapi macam mana? Suami banyak buat
hal. Tenang saja. Suami yang banyak hal itu adalah untuk diurus. Maafkan. Baikkan.

Bila seseorang telah merasakan Allah dihatinya, maka dia akan sentiasa bersikap
seperti sikap kehambaan. Sentiasa merasakan kebesaran Allah SWT dalam
kehidupannya.

‫اﻟ ﱠﺮ ْﺣ َﻤ ُﻦ‬

(01) Allah SWT Ar-Rahman
Allah SWT Yang Maha Pemurah

Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Pemurah yang menganugerahkan pelbagai
nikmat kepada kita.

Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.
QS Al-Fatihah 1:2

"Alamin" adalah plural bagi alam. Maknanya, banyak alam. Alam tumbuhan, alam
ghaib, alam malaikat, alam jin, alam binatang dan lain-lain. Setiap jengkal bumi ini
punya kehidupan-kehidupan yang kita tak tahu. Semua itu di bawah pentadbiran
Allah SWT Yang Maha Pemurah.

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu
menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang.
QS An-Nahl 16:18

Apakah anggota badan kita yang tak mampu kita kira?

Jawapannya rambut kita.

Kita tak akan mampu menghitung nikmat Allah diibaratkan seperti rambut kita yang
tak mampu kita hitung. Letaknya di atas kepala, kita ini menjunjung nikmat Allah.
Tapi kadang-kadang manusia sibuk menghitung kesusahan dalam hidupnya. Bila
dapat nikmat, tak disyukuri. Bila datang ujian, itulah yang sibuk dikirakan.

Dua(2) Perkara yang akan merapatkan kita dengan Allah SWT:

i. Hajat.
ii. Ujian.

Bila tak ada hajat atau masalah, dia akan jadi orang yang lupa pada Allah.

*Amat malang bagi orang yang punya hajat atau masalah tetapi semakin jauh dari
Allah SWT.

Allah SWT Ar-Rahman mengurniakan kita banyak nikmat.

Nikmat maksudnya apa saja yang memberi kesedapan kepada manusia.

Nikmat ada lima(5) bahagian:
1. Nikmat Asasiyah iaitu nikmat (asas) yang menyempurnakan kita sebagai
manusia.

Terbahagi kepada dua:

a. Yang semulajadi.
Contoh: mata, telinga, udara.

• Kadang-kadang, bila ia telah wujud semulajadi dalam diri kita, kita terlupa untuk
menilainya sebagai nikmat. Kita hanya merasakan ia suatu nikmat bila Allah telah
tarik balik nikmat tersebut.

b. Yang diusahakan. Seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal etc.
Dengan usaha yang diizinkan kepada kita, dengan kemurahan Allah, kita boleh
dapat yg lebih baik.

Agar kamu duduk di atas punggungnya kemudian kamu ingat nikmat
Tuhanmu apabila kamu telah duduk di atasnya; dan agar kamu mengucapkan,
“Maha-suci (Allah) yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami
sebelumnya tidak mampu menguasainya,
QS Az-Zukhruf 43:13

2. Nikmat Qalbiyyah iaitu nikmat yang menyenangkan hati atau yang menyuburkan
emosi kita. Contoh: harta, anak.

Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-
pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada
yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum
yang berfikir.
QS Ar-Rum 30:21

3. Nikmat badaniyyah iaitu nikmat kesihatan yang Allah kurniakan kepada kita.

Allah-lah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan
(kamu) setelah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu)
setelah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang Dia
kehendaki. Dan Dia Maha Mengetahui, Mahakuasa.
QS Ar-Rum 30:54

4. Nikmat Aqliyah iaitu nikmat akal. Kadang-kadang kita lupa akal itu satu nikmat
sampai kita lupa untuk bersyukur kepada Allah SWT. Hari ini kita boleh belajar dan
faham apa yang kita belajar, itu suatu nikmat. Ada orang yang belajar tapi tak faham.

Dia memberikan hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa diberi
hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang
dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal sihat.
QS Al-Baqarah 2:269

Nota:

Akal adalah suatu nikmat. Merosakkan akal (dengan minuman beralkohol dan lain-
lain) dan membiarkan diri dalam keadaan jahil, hukumnya haram.

5. Nikmat Imaniyyah iaitu nikmat iman.

Kenapa iman itu suatu nikmat?
Sebab iman juga memberi kesedapan kepada manusia.

Orang yang punya iman, Masya Allah....hidupnya sentiasa dalam keadaan tenang.
Sebab yang memberi ketenangan di hati orang yang beriman hanya Allah SWT.
Orang yang beriman hatinya tenang, wajahnya makin manis, ceria, tutur katanya
makin sopan. Dia tak runsing atau takut dengan urusan dunia. Yang penting bagi dia
ialah untuk taat kepada Allah dan cari redha Allah sebab innalillahi wa inna
ilaihirojiuun.

Cuba kalau hati tak tenang, sikit-sikit nak mengumpat orang lain, sikit-sikit nak
menghina orang lain, sikit-sikit nak marah/maki orang. Mulutnya penuh dengan
cerita-cerita tak bagus.

Tiga(3) Cara untuk mendapatkan nikmat ini dari Allah SWT.

1. Berusaha bersungguh- sungguh.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia
mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa)
dari (kejahatan) yang diperbuatnya.
QS Al-Baqarah 2:286

2. Bersabar dalam berusaha.

Dalam berusaha, pasti ada rintangan-rintangannya.

3. Bersyukur.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur,
nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari
(nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.”
QS Ibrahim 14:7

Nota:
Syukur boleh berlaku dalam dua keadaan.
i. Untuk sesuatu yang telah kita dapat.
ii. Bersyukur yang dijanjikan.
"Ya Allah, dah banyak dah Engkau bagi nikmat. Kalau bagi lagi Ya Allah, aku akan
tambah bersyukur."

Kesimpulan:

Setinggi-tinggi nikmat adalah nikmat iman & Islam. Jagalah iman & Islam sebaik-
baiknya.

Orang yang beriman dengan Allah Ar-Rahman tidak akan malas berusaha. Tidak
akan menangguh-nangguhkan usahanya. Terus semangat dan tingkatkan usaha
kerana dia yakin dengan janji Allah SWT yang pasti akan membalas usahanya
dengan kebaikan.

‫اﻟ ﱠﺮ ِﺣﯿ ُﻢ‬

(02) Allah SWT Ar-Rahim
Allah SWT Yang Maha Pengasih

Ar-Rahman : untuk semua makhluk.
Ar-Rahim : untuk orang beriman sahaja. Kasih sayang Allah SWT untuk orang
beriman bukan hanya di dunia, juga berpanjangan ke akhirat nanti.

Tiga (3) perkara yang dianugerahkan kepada orang-orang yang beriman ketika
di dunia:

1. Orang-orang beriman akan dapat rahmat dari Allah SWT.

Apakah yang dikatakan rahmat?

Rahmat ialah kasih sayang Allah kepada orang yang beriman sama ada di dunia
mahupun di akhirat.

Dengan kasih sayang inilah, seorang hamba:
• tidak akan dibiarkan dalam keadaan tidak dibela oleh Allah.

• akan dianugerahkan ketenangan. Hadiah yg besar buat orang beriman.

kecuali kerana rahmat dari Tuhanmu. Sungguh, kurnia-Nya atasmu (Muhammad)
sangat besar.
QS Al-Isra' 17:87

Apa gunanya rahmat dalam hidup kita ni?
Kasih sayang Allah ini, kalau kita dapat, Allah tak akan biarkan kita keseorangan.
Ada masalah, diberi jalan keluar.

Ada orang diuji dengan masalah:
• orang lain menzalimi dia,
• kesihatan,
• kewangan,
• kehilangan dsb.

Semua masalah berbeza dari segi bentuk tapi persamaannya adalah, ia
menyempitkan hati. Sebab itu, jangan bandingkan kebahagiaan diri dengan
kebahagiaan orang lain. Nanti kita tak akan memperolehi apa-apa kebahagiaan.

Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar
baginya,
QS At-Talaq 65:2

• Orang beriman bukan bermaksud orang yang tidak diuji. Orang beriman adalah
orang yang diuji dan diberi jalan keluar dari ujian.

• Dengan rahmat Allah, kita tak akan keseorangan. Allah sentiasa bersama kita.

Bagaimana mendapatkan rahmat?
i. Taat pada suruhan Allah.
ii. Tinggalkan apa yang dilarangNya.

Suruhan Allah ada dua(2) bentuk:
i. Yang wajib, dan
ii. Yang sunat.

• Yang wajib, buat betul-betul. Yang sunat, banyakkan.

Yang dilarang Allah SWT ada dua bentuk:
i. Yang haram,
ii. Yang makruh.

Yang haram, tinggalkan betul-betul. Yang makruh, perlahan-lahan hindarkan.

♡ Taatlah kepada perintah Allah. Tinggalkan apa yang dilarang.

2. Allah SWT Ar-Rahim beri kepada orang-orang beriman keberkatan.

Keberkatan itu apa?
Keberkatan ialah pertambahan kebaikan/kelebihan.

Keberkatan ada dalam amalan kita sehari-hari. Ia ada ketika kita makan, bergaul,
dalam majlis ilmu dan sebagainya.

Orang yang dianugerahkan keberkatan punya kelebihan dalam hidupnya. Yang
penting, keberkatan itu akan buat dia semakin taat kepada Allah SWT.

Orang yang punya keberkatan kepada rezeki, rezekinya itu akan membawanya
melakukan perkara baik.

Orang yang punya keberkatan pada ilmunya, ilmunya akan mendorong kepada
kebaikan.

Berbeza dengan orang yang tak punya keberkatan, ia adalah anugerah buat orang-
orang beriman.

Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan
melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka
mendustakan (ayat-ayat Kami), maka Kami siksa mereka sesuai dengan apa yang
telah mereka kerjakan.
QS Al-A'raf 7:96

Macam mana nak dapatkan keberkatan dalam hidup kita?
Ada dua(2) cara:

Yang pertama, jaga adab pada sesuatu benda.
Islam mengajarkan adab. Menjaga adab melahirkan keberkatan.

Majlis ilmu ada adabnya.
Kenapa ada adab pada majlis ilmu? Supaya nak dapat berkat ketika belajar.

Ada 3 adab majlis ilmu:
~ Adab dengan guru.( kena hormat)
~ Adab dengan ilmu (mesti ditulis) &
~ Adab dengan majlis ilmu(duduk dengan baik, tidak berbual-bual dan sebagainya).

Adab Makan.
Jangan ambil banyak-banyak sampai membazir.

Bergaul dengan suami/isteri, ada adabnya.
Dengan ayah & emak, ada adabnya.

Kenapa kita menjaga adab?
Untuk melahirkan keberkatan.

Macam mana nak dapat berkat dalam hidup?

Mohon pada Allah SWT. Sebab itu, nak makan kan ada doa makan?

3. Allah Ar-Rahim mengurniakan kepada orang-orang yg beriman ketenangan.

Ketenangan adalah di antara perkara yang paling berharga dalam kehidupan kita.
Ketenangan tak boleh dibeli. Ia adalah anugerah daripada Allah SWT.
Dianugerahkan kepada orang-orang yang beriman.

Allah SWT tak pernah menjadikan benda maksiat itu ubat bagi hati.
Jadi, kalau kita rasa tak puas hati, jangan derhaka pada suami.

Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk
menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada). Dan milik Allah-lah
bala tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana;
QS Al-Fath 48:4

Kalau Allah nak bagi syurga di akhirat, Allah akan bagi syurga itu ketika di dunia lagi.
Syurga di dunia adalah ketenangan. Ketenangan ini dipanggil Jannatul Aajilah
(Syurga yang didahulukan).

Kalau Allah nak bagi seseorang itu neraka di akhirat, Allah bagi neraka itu ketika
masih di dunia. 'Neraka di dunia' tu apa? Allah cabut ketenangan hatinya.

Di akhir hayat nanti, Allah seru orang-orang yg bakal masuk syurga sebagai "orang
yang tenang jiwanya".

Wahai jiwa yang tenang!
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya.
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku,
dan masuklah ke dalam syurga-Ku.
QS Al-Fajr 89:27-30

Kesimpulan:

Allah SWT Ar-Rahim menganugerahkan kepada orang-orang beriman 3 perkara
ketika di dunia:

1. Orang-orang beriman akan dapat rahmat dari Allah SWT.

2. Allah Ar-Rahim beri kepada orang-orang beriman keberkatan.

3. Allah Ar-Rahim mengurniakan kepada orang-orang yg beriman ketenangan.

Mudah-mudahan Allah Yang Maha Pengasih mengurniakan kita ketiga-tiga perkara:
rahmat, berkat dan ketenangan. Aameen.

‫ا ْﻟ َﻤﻠِ ُﻚ‬

(03) Allah Al-Malik
Allah Yang Maha Menguasai

Dibicarakan dalam tiga(3) perkara:

1. Allah Yang Menguasai Alam Ini Dengan Sepenuhnya. Penguasaan Allah
SWT tidak bergantung kepada mana-mana pihak. PenguasaanNya mutlak dan
berdiri dengan sendiri.

Hari ini, sehebat manapun seorang raja, dia tetap bergantung kepada orang lain.
Raja tidak akan menjadi raja kalau tidak ada rakyatnya.

Seorang raja tidak dapat memakai pakaian yang bagus-bagus kalau tidak ada
tukang jahit yang menjahitkannya. Kehebatan manusia bergantung kepada yang lain.
Sehebat mana pun kita hari ini, kalau nak makan sedap-sedap, kita bergantung
kepada nelayan, petani & penternak. Kalau tak bergantung kepada orang lain, kita
tak akan jadi macam sekarang.

Katakanlah, “Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan segala sesuatu. Dia
melindungi, dan tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab-Nya), jika kamu
mengetahui?”
QS Al-Mu'minun 23:88

Sabda Rasulullah SAW: "Kalau Allah SWT nak beri kebaikan/manfaat kepada
seseorang, berkumpul dari timur dan barat untuk menghalangnya, tak akan mampu
orang menghalang kebaikan yang Allah SWT berikan. Kalau Allah nak mengenakan
mudarat kepada sesuatu perkara, berhimpun orang dari timur dan barat untuk
memudaratkan seseorang tapi kalau Allah SWT kata tidak, maka tak akan kena
orang itu."

• Kalau Allah SWT nak berbuat sesuatu,

Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata
kepadanya, “Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu.
QS Yasin 36:82

2. Apa yang ada adalah milik Allah SWT.

Pentadbir, Pemilik, Pencipta kepada manusia. Apa yang ada pada manusia adalah
milik Allah SWT. Allah jadikan kita. Allah jadikan akal kita. Allah jadikan harta kita,
kekayaan kita, nasib dan takdir kita. Selepas Allah jadikan semua ini, Allah berikan
kita hadiah iaitu diberikan hak penjagaan terhadap sesuatu perkara itu. Dengan hak
penjagaan inilah, kita dapat memiliki sesuatu perkara. Kalau kita menghargai nikmat,
maka jagalah baik-baik.

Hari ini, ada kawan kita dari sekolah rendah, belajar dengan guru yang sama, di
kelas yang sama, buku yang sama. Tetapi selepas 30 tahun, nasib kita dan dia tak
sama. Ada orang yang ditakdirkan Allah SWT terus punya harta dan kebaikan. Ada
orang lain yang susah hidupnya.

Kadang-kala manusia dengan kejahilan dan kedangkalannya merasakan merekalah
pemilik mutlak kepada sesuatu perkara itu. Mereka lupa bahawa semuanya dari
Allah SWT dan Allah boleh mengambil semula bila-bila masa.

Setelah kita mengetahui bahawa kita hanya dianugerahkan hak penjagaan semata-
mata, maka sudah tentu kita akan berusaha mentaati cara mentadbirnya selaras
dengan apa yang Allah tetapkan. Kita tak akan menyalahgunakan amanah ini kerana
ia pasti akan dipersoalkan di akhirat. Uruskan harta dengan baik. Ketika mencarinya,
jangan terlibat dengan yang haram. Jangan membazir.

3. Hebat dan Agungnya Allah SWT serta kerdilnya kita.

Seluruh yang ada di alam ini bertasbih dan mengagungkan Allah SWT. Kita sahaja
yang sering lupa Allah Al-Malik ini.

Apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi sentiasa bertasbih kepada Allah;
milik-Nya semua kerajaan dan bagi-Nya (pula) segala puji; dan Dia Mahakuasa atas
segala sesuatu.
QS At-Taghabun 64:1

Kita sahaja yang selalu lupa untuk bertasbih sedangkan Allah SWT lah yang
mentadbir takdir kita.

Ada doa yang diajar oleh ulama terdahulu: "Ya Allah, aku bukan nak minta tolak
qadha Mu Ya Allah.Tapi minta kasih sayang Mu dari ketetapan ini." (Minta kebaikan
dari apa yang telah ditetapkan.)

Kita macam roda. Kejap-kejap di atas. Kejap-kejap di bawah. Tak selamanya
menongkah langit. Ketika senang, ingatlah Allah. Mintalah kebaikan. Allah Al-Malik
menjadi tumpuan semua makhluk memohon hajat. Semua bergantung kepada
kekuasaan dan anugerah daripadaNya.

Bila kita membicarakan Allah Al-Malik, sudah tentu menyuntik rasa "aku adalah
hamba kepada Allah SWT." Sebagai hamba kepada Raja Yang Agung, sudah tentu
kita mesti menumpahkan taat setia kepadaNya.

Kesimpulan:

Allah Al Malik membicarakan tentang 3 perkara:

1. Penguasaan Allah tidak bergantung kepada mana-mana pihak.
2. Kuasa yang ada adalah milik Allah SWT.
3. Betapa hebatnya kekuasaan Allah SWT & merasa kerdilnya manusia.
Dengan kemurahan Allah SWT orang yang berbuat baik akan dibalas dengan
kebaikan. Allah tidak akan mensia-siakan amalan orang yang baik.

‫ا ْﻟ ُﻘ ﱡﺪو ُس‬

(04) Allah SWT Al-Quddus
Allah SWT Yang Maha Suci

Kita wajib menyucikan akidah kita dari kekotoran akidah. Membicarakan Allah SWT
Yang Maha Suci dari lima (5)perkara.

1. Kita hendaklah menyucikan Allah dari kepercayaan bahawa ada tuhan selain
Allah SWT.

Maha Suci Allah daripada kepercayaan yang meyakini bahawa adanya tuhan selain
Allah SWT.

2. Kita hendaklah menyucikan Allah SWT dari kepercayaan bahawa Allah ada
bentuk-bentuk tertentu.

Juga mempunyai bentuk-bentuk yang digambarkan oleh akal kita. Ini kerana akal kita
tak akan mampu menggambarkan dzat Allah SWT. Selagi mana ia boleh
digambarkan, selagi itulah bukan Allah SWT.

Mengapa mereka mempersekutukan (Allah dengan) sesuatu (berhala) yang tidak
dapat menciptakan sesuatu apa pun? Padahal (berhala) itu sendiri diciptakan.
QS Al-A'raf 7:191

Orang kafir menggambarkan tuhan dengan akal mereka. Berfikirlah tentang ciptaan
Allah, bukan dzat Allah.

3. Kita hendaklah menyucikan Allah dari sifat-sifat syirik.

Orang yang syirik percaya kepada Allah SWT tetapi pada masa yang sama, dia
mempercayai bahawa ada kuasa yang lain selain dari kuasa Allah SWT.

Sebab itu kalau sakit, ubatlah dengan ayat al-Qur'an. Lambat sedikit tak apa asalkan
akidah kita selamat.

Sekarang kita belum sakit, mulakanlah amalkan ayat al-Qur'an seperti Ayat Kursi etc.
Kalau syaitan nak ganggu, tak mudah. Kalau dah sakit baru nak berubat, lambat.

4. Kita hendaklah menyucikan Allah SWT dari sifat-sifat buruk.

Ada di kalangan manusia yang menyangka Allah itu tidak adil. Zalim dan
sebagainya. Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sangkakan.

Dan Kami tidak menzalimi mereka, tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka
sendiri, kerana itu tidak bermanfaat sedikit pun bagi mereka sesembahan yang
mereka sembah selain Allah, ketika siksaan Tuhanmu datang. Sesembahan itu
hanya menambah kebinasaan bagi mereka.
QS Hud 11:101

Allah SWT tidak menzalimi kita. Kita yang menzalimi diri kita. Allah SWT kalau
menetapkan sesuatu, ada kebaikannya. Tiada yang buruk di dalam percaturan
Allah SWT. Yang buruk hanyalah...yang bersangka buruk dengan Allah SWT.

"Tuhan ni tak adil lah. Kita yang baik-baik ni hidup susah. Orang yang rasuah sana
rasuah sini, kaya. Hidup senang." (Hati kita berkata).

"Kita yang baik ni kena pijak dengan orang lain. Sebab tu, tak boleh jadi baik sangat.
Kena jahat sikit." Konsep ini tak betul. Bukan jadi jahat tetapi *kena jadi bijak*. Bijak
maksudnya, "berbuat baik berpada-pada. Buat jahat, jangan sekali." Maksudnya,
kalau nak tolong pun, kena 'cerdik dalam membantu'. Jangan seperti pepatah
Melayu, 'melepaskan anjing yang tersepit.' Kita lepaskan, dia pulak gigit kita balik.
Tidak ada kerugian untuk orang-orang yang berbuat baik. Berbuat baik pasti di balas
dengan kebaikan. Di dunia lagi Allah akan balas, di akhirat apatah lagi. Allah tidak
menzalimi manusia. Manusia yang selalu menzalimi diri sendiri.

Kalau dengki dengan seseorang, yang sakitnya kita sendiri. Kalau kita tak maafkan
orang, kita yang sakit. Kalau betul orang itu ada salah dengan kita, dosa orang itu
tak akan terhapus melainkan dia datang minta maaf dengan kita.

"Ya Allah, aku halalkan je la hutang orang itu dengan aku." Kalau betul orang itu
berhutang dengan kita, orang itu yang kena datang dan minta dihalalkan. So, jadilah
orang yang pemaaf kerana bila kita maafkan orang, kita melepaskan bebanan diri
kita. Umur kita tak panjang. Berapa jam sehari dalam hidup kita yang kita nak
bazirkan kerana sakit hati dengan orang?

Kalau orang nak bising, biarkan. Kalau orang nak bersangka buruk, biarkan. Kalau
cara berfikir dan cara bertindak kita berbeza dengan dia, kita lah yang akan lebih
tenang. Bila lebih tenang, wajah makin manis. Tutur kata tambah sopan.

5. Kita hendaklah menyucikan Allah SWT dari sebarang sifat-sifat kekurangan.

Mustahil Allah SWT itu lemah. Tidak berkuasa/terbatas kuasanya adalah mustahil.

Dan mereka (orang-orang musyrik) menjadikan jin sekutu-sekutu Allah, padahal Dia
yang menciptakannya (jin-jin itu), dan mereka berbohong (dengan mengatakan),
“Allah mempunyai anak laki-laki dan anak perempuan,” tanpa (dasar) pengetahuan.
Mahasuci Allah dan Mahatinggi dari sifat-sifat yang mereka gambarkan.
QS Al-An'am 6:100

Berdoa biar bersungguh-sungguh dan dengan keyakinan. Allah tidak memustajabkan
doa dari hati yang lalai dan sambil lewa. Seperti mana kita mengadu dengan emak,
lebih detail lagi bila kita mengadu dengan Allah SWT.

Jangan jemu berdoa.

Jangan malas berdoa.

Dengan membersihkan akidah kita dari kelima-lima perkara di atas, bermakna kita
telah berusaha untuk mensucikan akidah kita dari kekotoran. Akidah yang bersih dari
kekotoran akan mengundang keredhaan dan rahmat Allah SWT. Masuk syurga
bukan dengan amalan kita kerana amalan kita tak cukup. Tetapi dengan
mengerjakan amalan, mudah-mudahan Allah redha kepada kita. Kerana masuk
syurga itu hanya dengan redha Allah SWT. Sebab itu, kita mesti terus beramal.

Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara
orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan
baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah. Allah
menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.
Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.
QS At-Tawbah 9:100

Kesimpulan:

Kita hendaklah:

1. menyucikan Allah dari kepercayaan bahawa ada tuhan selain Allah SWT.

2. menyucikan Allah SWT dari kepercayaan bahawa Allah ada bentuk-bentuk
tertentu.

3. menyucikan Allah dari sifat-sifat syirik.

4. menyucikan Allah SWT dari sifat-sifat buruk.

5. menyucikan Allah SWT dari sebarang sifat-sifat kekurangan.

‫اﻟ ﱠﺴﻼَ ُم‬

(5) Allah SWT As-Salam
Allah SWT Yang Maha Memberi Keselamatan/Kesejahteraan

8 Perkara Yang Kita Mohon Dari Allah SWT
1. Keselamatan hidup di dunia ini.
Kita mohon kepada Allah As-Salam untuk hindarkan dari bencana yang tak mampu
ditanggung.

2. Keselamatan dari gangguan syaitan.
Permusuhan manusia dengan syaitan adalah permusuhan yang tidak bertepi.
Kerana pada hari manusia tercipta, syaitan terhina.
Apa beza bisikan syaitan dengan bisikan nafsu? Bisikan syaitan bersifat merancang.
Contoh: "kau cakap je laki kau tu tak guna. Peduli apa? Kau cakap je."
Nanti bila suami balik, kita pun...sambil cekak pinggang, cakap kat dia "Jantan tak
gunaaa!!!!".
Bisikan nafsu bersifat merengek. Balik dari Midvalley, tengok beg tangan Coach.
Teringat-ingat. Sampai tidur malam, ternampak-nampak. Kata ulama, nafsu ni
macam budak-budak.
Kalau syaitan tak berjaya bisik-bisik, dia akan buat gangguan yang zahir. Contoh:
sihir. Sampai kita ternampak-nampak. Tujuannya apa? Untuk mensyirikkan kita.

3. Keselamatan dari tipu daya nafsu.

4. Keselamatan dari tipu daya dunia.
Dunia ini menyenangkan....tapi tak memberi ketenangan. Kesenangannya membuat
manusia lupa bahawa dunia cuma sementara.

5. Keselamatan ketika nak mati.

Mohonlah untuk mati dalam iman dan Islam a.k.a husnulkhotimah sebab syaitan
masa tu memang nak rebut iman kita.

Apa tanda seseorang itu telah nazak? Bila dia dah diam dan matanya memandang
ke satu arah/tempat. Masa tu kita tolong dia mengucap. Kalau matanya masih
melilau, itu belum nazak lagi.

Kalau dia ahli solat, pegang jari telunjuk tangan kanannya.

Kalau orang itu meninggal dalam tidur, kita nampak macam dalam tidur tapi
hakikatnya pertarungan itu tetap ada.

6. Keselamatan dikubur.

Kerana kubur adalah salah satu dari 2 lubang. Sama ada lubang keselamatan atau
lubang siksa.

7. Keselamatan di Padang Mahsyar.

Orang beriman dilindungi di bawah arasy Allah SWT. Siapakah orang yang dapat
perlindungan ini?

Ringkasnya:
a.Orang yg suka memakmurkan masjid.
b. Orang yg suka bersedekah.
c. Orang yg menghidupkan malam.
d. Orang yg berkasih sayang/berukhuwwah. Bertemu dan berpisah kerana Allah.
e. Orang yang meninggalkan maksiat yg mampu dibuat, kerana Allah.
f. Pemimpin yg adil.
g. Orang yang mengalirkan air matanya kerana bertaubat kepada Allah.

8. Keselamatan di titian Sirotul Mustaqim dan keselamatan dari neraka.

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api
neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-
malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang
Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
QS At-Tahrim 66:6

Semoga kita tergolong di antara tujuh yang dapat perlindungan arasy Allah. Aameen.

‫ا ْﻟ ُﻤ ْﺆ ِﻣ ُﻦ‬

(6) Allah SWT Al-Mukmin
Allah SWT Yang Maha Memberi Keamanan

Allah SWT Yang Memberikan Keamanan dalam dada-dada manusia. Rasa aman
dianugerahkan Allah SWT kepada orang-orang beriman hinggakan tiada rasa takut
pada urusan dunia mereka. Yang mereka takut hanya kepada Allah SWT. Perasaan
takut adalah sifat semulajadi manusia tetapi orang-orang beriman dapat mengatasi
perasaan takut itu.

Apabila datang ketakutan (bahaya), kamu lihat mereka itu memandang kepadamu
dengan mata yang terbalik-balik seperti orang yang pengsan karena akan mati,
QS Al-Ahzab 33:19

Jika seseorang itu imannya tinggi, Allah SWT akan mencabut perasaan takut itu dari
hati mereka.

Biasanya, ada Lima(5) ketakutan Yang diTakuti Manusia.

1. Takutkan sakit dan kematian.
Mati itu Pasti. Kita semua adalah bakal Jenazah. Bila dan di mana kematian adalah
rahsia Allah SWT. Yang boleh diusahakan ialah bagaimana nak mati.

Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan
keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya
kepada Kami.
QS Al-Anbiya' 21:35

Orang mukmin tak disuruh takutkan kematian. Yang disuruh, takutkan hidup selepas
mati kerana selepas kematian, tidak ada orang yang boleh tolong kita. Kalau kita
risaukan hidup selepas mati, Allah Al-Mukmin akan cabut rasa takut kepada
kematian.

Orang beriman akan bersedia. Tukarkan hidup ini dengan amalan.

Ada masa.
Macam mana masa boleh jadi amalan?

Ada harta. Macam mana harta boleh jadi amalan?

Ada nikmat. Macam mana nikmat boleh jadi amalan?

Sebab amalan itu bekalan kita ke akhirat.

Katakanlah (Muhammad), “Aku benar-benar takut akan azab hari yang besar (hari
Kiamat), jika aku menderhakai Tuhanku.”
QS Al-An'am 6:15

2. Takutkan kegagalan

Dan Allah menciptakan langit dan bumi dengan tujuan yang benar dan agar setiap
jiwa diberi balasan sesuai dengan apa yang dikerjakannya, dan mereka tidak akan
dirugikan.
QS Al-Jathiya 45:22

Kalau kita buat sesuatu tapi tak berjaya, jangan risau. Yang perlu dirisaukan
adalah...adakah kita dah berusaha tahap maksima? Allah SWT akan bagi apa yang
seseorang itu usahakan. Jad, jangan takut kegagalan.

Orang yang memaksimakan usahanya kemudian dia bertawakkal kepada Allah, Allah
akan cabut dari hatinya perasaan takutkan kegagalan. Ini kerana hatinya telah
bergantung kepada Allah SWT.

3. Takut di kata orang.

Manusia sering merisaukan akan kata orang lain terhadap mereka. Memikirkan kata-
kata orang lain akan menyebabkan kita takut untuk meningkatkan diri kita. Sebab itu,
di antara ciri orang beriman ialah dia tidak menghiraukan apa orang lain kata selagi
mana apa yang dia buat tu bertepatan dengan syarak.

dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela.
QS Al-Ma'idah 5:54

Nota:

Kalau kita nak menghiraukan apa yang orang lain cakap, kita tak akan dapat
meningkatkan diri.

Yang disuruh kita risaukan adalah celaan dan laknat Allah SWT. Orang yang
takutkan celaan dari Allah SWT, Allah akan cabut rasa takut kepada celaan manusia.

Mereka itulah orang-orang yang dilaknat Allah. Dan barangsiapa dilaknat Allah,
niscaya engkau tidak akan mendapatkan penolong baginya.
QS An-Nisa' 4:52

Dalam hidup kita, yang disuruh kita bangunkan adalah peribadi kita. Jangan
bangunkan topeng. Orang yang bangunkan topeng sedang membangunkan kepura-
puraan dan yang paling dirisaukan adalah....kalau topeng itu tertanggal dari
mukanya.

Orang yang dikenal di dalam sejarah adalah orang yang membangunkan
peribadinya. Cuba kita baca (biografi) tokoh-tokoh dalam sejarah. Dato' Maharaja
Lela, Dato' Bahaman, Mat Kilau dan lain-lain.

Jadi setiap hari, baikilah diri kerana

Sungguh beruntung orang yang menyucikan diri (dengan beriman),
QS Al-A'la 87:14

Maka dia akan jadi orang yang mulia, Allah SWT tutup keaibannya. Kita
dipuji/dimuliakan orang lain bukan kerana kehebatan kita. Kita dipuji orang kerana
Allah SWT tutup keaiban-keaiban kita. Jika Allah bukakan, tidak ada lagi pujian di sisi
manusia.

4. Takutkan kemiskinan.

Perasaan takut kemiskinan menyebabkan mereka berani melakukan perkara yang
diharamkan Allah SWT.

Maka barangsiapa beriman kepada Tuhan, maka ia tak akan takut sama ada berada
dalam kesenangan atau berada dalam kesusahan.
QS Al-Jinn 72:13

Orang beriman tak takut sebab dia tahu Allah SWT pembelanya. Orang beriman
tidak takut akan kemiskinan kerana Allah berjanji bahawa Allah sentiasa menjamin
rezekinya.

Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar
baginya,dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan
barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan
(keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah
telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.
QS At-Talaq 65:2-3

5. Takut hilang kasih sayang.

Ketakutan ini sehingga boleh menyebabkan seseorang itu melakukan perkara-
perkara yang diharamkan. Sebaliknya, orang yang beriman tidak mempunyai
perasaan sedemikian. Di dalam Al-Qur'an Allah SWT menyatakan bahawa di antara
ciri orang beriman ialah tidak takut hilang kasih sayang.

Dan barang siapa mengerjakan kebajikan sedang dia (dalam keadaan) beriman,
maka dia tidak khawatir akan perlakuan yang tidak adil (terhadapnya) dan tidak (pula
khawatir) akan pengurangan haknya.
QS ToHa 20:112

Nota:

Berbuat baik mendatangkan kasih sayang.
Kalau sayang suami, jangan gunakan sihir. Sihir hanya menjadikan suami anda
bodoh, bukan sayang.

Tip menjana kasih sayang:
Semasa masak, bila habis masak dan ketika menghidang, baca saja Surah Al-
Kauthar. Al-Qur'an ada mukjizatnya.

Benarlah sebagaimana firman Allah SWT:
yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar
dan mengamankan mereka dari rasa ketakutan.
QS Quraysh 106:4

‫ا ْﻟ ُﻤ َﮫ ْﯿ ِﻤ ُﻦ‬

(07) Allah SWT Al-Muhaimin
Allah SWT Yang Maha Menjaga(Melindungi)/Memerintah/Menguasai

Allah SWT Yang Maha Menjaga, Memerintah, Menguasai serta Melindungi dan kita
adalah hamba yang bergantung kepadaNya. Tidak ada manusia yang suka dirinya
terhina tetapi banyak manusia yang lupa bahawa Allah SWT lah pemilik kemuliaan.
Allah memuliakan dan menghinakan siapa yang dikehendaki. Jika Allah SWT
menghendaki kemuliaan pada diri seseorang, akan dikuatkan hatinya untuk berbuat
kebaikan dan meninggalkan keburukan serta akan ditutup keaibannya.

Dibicarakan dari tiga sudut:

1. Allah menjaga manusia dari kerosakan yang akan dilakukan oleh tangan
mereka sendiri.

Oleh yang demikian, akan ada pada setiap masa dan zaman itu orang yang akan
menyampaikan kebenaran. Di sempurnakan oleh pendakwah dan orang-orang yang
cintakan Islam. Allah SWT tidak akan mengazab suatu kaum sebelum diberi
peringatan.

Dan Kami tidak membinasakan sesuatu negeri, kecuali setelah ada orang-orang
yang memberi peringatan kepadanya;
QS Ash-Shu'ara 26:208

Allah SWT tak akan membinasakan sesuatu kaum yang derhaka kepada Allah
melainkan setelah diberi peringatan.

Orang yang mengikut petunjuk Allah SWT, mereka tidak akan takut dibinasakan
Allah SWT dan tak akan bersedih dengan azab Allah kerana mereka telah mengikut
apa yang Allah kehendaki dan janji Allah bahawa Allah tak akan membinasakan
orang yang taat kepadaNya.

Kami berfirman, “Turunlah kamu semua dari syurga! Kemudian jika benar-benar
datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa mengikuti petunjuk-Ku, tidak ada
rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.”
QS Al-Baqarah 2:38

Bagaimana Allah SWT menghancurkan sesuatu kaum itu?

(Belajar untuk mengesan simptom awal azab Allah SWT)

Kalau Allah SWT nak menghapuskan sesuatu kaum, yang pertama yang akan
dihapuskan adalah hatinya dulu. Hatinya akan diremukkan sehingga tidak tenang,
gundah gulana, tak tentu arah, macam ada benda tak kena.

Apa kurangnya Firaun? Seorang raja yang sangat berkuasa. Tapi hatinya tak tenang.
Tak boleh tidur memikirkan anak angkatnya yang boleh rampas kuasa. Padahal
siapa Nabi Musa AS? Bukan ada tentera/kekuatan pun.

Kalau kita ada buat perkara yang salah, periksalah hati kita. Cuba istighfar dan
mintalah keampunan Allah SWT

2. Allah Al-Muhaimin melindungi kita daripada syaitan.

Ia (Iblis) berkata, “Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahwa aku
sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan
aku akan menyesatkan mereka semuanya,
QS Al-Hijr 15:39

Sebab itulah hari ini, ada orang buat maksiat tapi tak terasa. Dia menderhaka
kepada suami, rilek sahaja. Suami mengabaikan nafkah isteri pun rilek sahaja.

Tetapi apa kata Allah SWT kepada iblis?

Sesungguhnya kamu (Iblis) tidak kuasa atas hamba-hamba-Ku, kecuali mereka yang
mengikutimu, yaitu orang yang sesat.
QS Al-Hijr 15:42

Allah Al-Muhaimin menjaga kita dari syaitan selagi mana kita mengikut apa yang
telah Allah turunkan. Bila seseorang itu meninggalkan apa yang telah diperintahkan
Allah, maka ketika itu Allah tidak lagi melindungi.

Syaitan menyesatkan manusia dengan bisikan. Kita boleh kenal(bezakan) bisikan
syaitan dengan bisikan nafsu yang bersifat merengek.

Pergi Midvalley ternampak beg tangan Coach. Terbawa-bawa ke dalam mimpi. Ini
bisikan nafsu. Kata ulama, (bisikan) nafsu seperti budak kecil.

Bisikan syaitan bersifat merancang. 'Kau cakap je kat laki kau tuuu. No mercy. Kau
cakap je kat dia jantan tak guna. Cakap je. Cakap je.'

Tinggal kita nak ikut ataupun tidak kan?

Kadang-kadang dah terbayang 'kau cekik je dia. Kau cekik je dia.'

Kalau syaitan tak boleh menggoda dalam bentuk bisikan, kadang-kadang dia
menjelma untuk merosakkan iman kita. Itulah ada orang yang kena rasuk, kena sihir.
Supaya apa? Kita pun pergi cari bomoh. Lepas itu pasang tangkal. Lepas itu percaya
pada tangkal. Rosaklah iman. Lepas itu syaitan pun keluar.

Sebab itu, kalau nak berubat, biar berubat dengan ayat al-Qur'an.

Contoh yang boleh diamalkan untuk orang yang ada gangguan jin/sihir.

Qs At-Takwir 81:17-18.

Caranya:
• Bismillahirrahmanirrahim.
• Selawat 3 kali,
• Bismillahirrahmanirrahim.

‫َوٱﻟﱠ ۡﯾ ِل ِإ َذا َﻋ ۡﺳ َﻌ َس‬

‫َوٱﻟ ﱡﺻ ۡﺑﺢِ ِإ َذا ﺗَ َﻧﻔﱠ َس‬
‫َوٱﻟﱠ ۡﯾ ِل إِ َذا َﻋ ۡﺳﻌَ َس‬

‫َوٱﻟ ﱡﺻ ۡﺑﺢِ ِإ َذا ﺗَ َﻧﻔﱠ َس‬
‫َوٱﻟﱠ ۡﯾ ِل ِإ َذا َﻋ ۡﺳ َﻌ َس‬

‫ا ﺗَﻧَﻔﱠ َس َوٱﻟ ﱡﺻ ۡﺑﺢِ ِإ َذ‬

[Di baca tiga(3) kali]

• Tarik nafas, tahan sekejap dan kemudian hembus keluar. 3 kali.

Baca pada waktu pagi dan petang, selepas solat.

Nota:
Ketika tarik nafas tu, kita bukan sahaja sedut oksigen. Kita juga sedut segala
kebaikan yang ada di sekeliling kita. Ketika kita hembus keluar, kita hembuskan
karbon dioksida sekali dengan penyakit-penyakit/syaitan/benda-benda tak baik yang
ada.

Amaran:
Amalan ayat ini di peringkat awal boleh mengakibatkan pening. Kalau pening,
teruskan. Pening itu tanda ada gangguan.

3. Allah Al-Muhaimin melindungi manusia dari azabnya sesiapa yang
dikehendakinya.

Banyak cara Allah terjemahkan azab kepada manusia. Ada azab datang dalam
bentuk bencana, penyakit, kesusahan. Azab boleh datang tiba-tiba pada suatu kaum
yang ingkar dan mungkar kepada Allah SWT.

Orang yang taat Allah, Allah tak akan turunkan azab yang sedemikian kepadanya.
Mohonlah kepada Allah supaya kita dimatikan dalam keadaan baik. Husnul khotimah
(Mati yang imannya baik DAN jasadnya baik. - biar orang boleh saksikan jenazahnya
tidak mengaibkan.)

‫ا ْﻟ َﻌ ِﺰﻳ ُﺰ‬

(08) Allah SWT Al-Aziz
Allah SWT Yang Maha Mulia/Perkasa

Nota:

Aziz yang dieja dengan huruf ain bererti mulia.

Yang dieja dengan huruf alif bererti lemah.

Tidak ada sesuatu pun yang menandingi kemuliaan Allah SWT.

Sungguh, Tuhanmu, Dia Mahakuat, Mahaperkasa.
QS Hud 11:66

1. Mulianya Allah SWT tiada tandingan.

Tidak hanya itu, Allah SWT juga memuliakan sesiapa yang memuliakan Allah.

Muliakan Allah dengan cara mentaati Allah. Ada masa, peruntukkan untuk ibadah.
Ada harta, kira zakat dengan baik. Ada kesihatan, carilah jalan macam mana dengan
kesihatan itu kita dapat beribadah.

Dia akan menambahkan kekuatan di atas kekuatanmu, dan janganlah kamu
berpaling menjadi orang yang berdosa.
QS Hud 11:52

Selepas solat, selawat 3x dan bacalah ayat di atas 3x. Sapu pada bahagian yang
sakit. Insya Allah.

Apa maksud taat? Yang wajib, buat betul-betul. Yang sunat, banyakkan, yang haram
tinggal betul-betul, yang makruh perlahan-lahan hindarkan.

Padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, Rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin,
tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui.
QS Al-Munafiqun 63:8

Hari ini, kita dimuliakan orang lain bukan kerana kehebatan kita. Kita dimuliakan
hanya kerana Allah SWT menutup segala aib kita. Kalau Allah buka, tidak ada lagi
kemuliaan di sisi manusia. Jadi, janganlah sombong kalau dipuji orang.

2. Mulianya Allah SWT dari segala yang orang kafir syirikkan.

Syirik ini bukannya tak percaya kepada Allah. Percaya kepada Allah tapi pada masa
yang sama, percaya benda lain juga berkuasa.

Walaupun orang mensyirikkan Allah, Allah tetap mulia kerana Allah Maha Berkuasa.

Mahasuci Tuhanmu, Tuhan Yang Mahaperkasa dari sifat yang mereka katakan.
QS As-Saaffat 37:180

3. Mulia Allah SWT itu kekal.

Kalau hari ini manusia itu mulia, esok lusa belum tentu. Kalau tahun ini manusia
hebat, tahun depan belum tentu. Tapi Allah dipuji setiap masa dan dipuja dalam
semua bahasa.

Barangsiapa menghendaki kemuliaan, maka (ketahuilah) kemuliaan itu semuanya
milik Allah.
QS Fatir 35:10

Tidak akan mendapatkan kemuliaan 5 golongan ini:

a. Orang yang ada ilmu tapi tidak mengamalkannya.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang mengamalkan ilmu yang dia tahu, Allah akan
menganugerahkan dia ilmu yang dia tak tahu."

b. Orang yang beramal tanpa keikhlasan.

c. Orang yang berharta tapi tak bermanfaat hartanya. Kita disuruh mencari harta tapi
harta itu biar letak di tangan, bukan di hati. Kalau letak di hati, kita akan
meninggalkan harta itu tanpa manfaat. Rancanglah harta itu untuk hari tua dan hari
Akhirat.

d. Orang yang tidak beramal dan tidak berakhlak ie orang yg tangannya kosong dari
mentaati Allah SWT.

Akhlak ada 4 jenis:
Akhlak dengan Allah (syukur, redha),
Akhlak dengan diri sendiri (jangan biarkan diri sendiri dalam keadaan jahil, jaga
kebersihan diri),
Akhlak dengan manusia lain (selalu memaafkan)

e. Orang yang tak pandai menjaga waktunya.

Sabda Rasulullah SAW: "Binasalah orang yang suka menangguh-nangguh
pekerjaannya."

‫ا ْﻟ َﺠﺒﱠﺎ ُر‬

(09) Allah SWT Al-Jabbar
Allah SWT Yang Maha Berkuasa

Apa beza di antara Al-Qodir, Al-Azeez dan Al-Jabbar?

Al-Jabbar Yang Maha Mencukupkan segala keperluan dan memperbaiki seluruh
keadaan hamba-hambaNya.

Doa di dalam duduk antara dua sujud "......Robbighfirli
warhamni *wajburni* (cukupkan aku)...."

"Wajburni" adalah daripada Al-Jabbar.

Bagaimana cara kita nak dapat supaya Allah cukupkan kita?
Tiga Keadaan Allah SWT Al-Jabbar mencukupkan hamba-hambaNya.

1. Allah SWT mencukupkan sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh.

2. Allah SWT mencukupkan orang yang bertawakkal kepadaNya.

Maksud tawakkal adalah : *baki usaha yang kita tak mampu, yang itu kita serah
kepada Allah SWT.*

3. Allah SWT mencukupkan kita dengan berdoa.

"Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan
bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan
masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.”
QS Ghafir 40:60

Suatu hari Rasulullah SAW melihat seseorang berdoa bersungguh-sungguh.
Rasulullah SAW bersabda, "Mudah2an dimustajabkan, kalau disempurnakan." Lalu
sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, apakah penyempurna doa?" Jawab Rasulullah
SAW, "aameen".

Apakah maksud "aameen"?
Ada 3.
Pertama, 'istami' (dengarlah). Orang yang berdoa kena faham doa itu dan *jangan
malas berdoa.*

Kedua: "taqabbal". Maksudnya, terima keadaan kita. Tahu kelemahan diri kita.
Apakah yang perlu aku perbaiki?

Ketiga, istajib = tunaikan.
Kalau seseorang ingin cemerlang dalam peperiksaan, kena tunaikan keperluan
peperiksaannya. Kena baca buku. Belajar betul-betul.

‫ا ْﻟ ُﻤ َﺘ َﻜﺒِّ ُﺮ‬

(10) Allah SWT Al-Mutakabbir
Allah SWT Yang Maha Agung

Kita adalah hamba Allah SWT yang amat kerdil. Apabila Allah SWT tidak dibesarkan,
dunia menjadi matlamat hidup. Apabila dunia menjadi matlamat hidup, seseorang
lebih menghargai kehinaan dari kemuliaan.

Allah SWT Al-Mutakabbir. Inilah di antara nama Allah yang kita tidak boleh bersifat
dengannya.

Allah Ar-Rahman, disuruh kita bersifat pengasih.

Allah Ar-Rahim, disuruh kita bersifat penyayang.

Allah Yang Maha Pemurah, disuruh kita bersifat pemurah.

Tapi Allah Al-Mutakabbir, Allah Yang Maha Agung, tak dibagi kita rasa bersifat
dengan sifat Agung kerana milik Allah sajalah keagungan itu.

Dan hanya bagi-Nya segala keagungan di langit dan di bumi, dan Dialah Yang
Mahaperkasa, Mahabijaksana.
QS Al-Jathiya 45:37

Kita melihat di bumi ini keagungan Allah SWT. Pokok-pokok. Berapa banyak ikan di
lautan yang spesisnya masih belum tercatat? Ikan Nun yang telan Nabi Yunus AS
bukan ikan paus. Ia sejenis ikan namanya ikan Nun. Jenis apa? Wallahu alam.
Sebab Laut Mediterranean tak sejuk bukan macam Lautan Pasifik jadi ikan-ikan yang
besar-besar tak ada di sana.

Bila kita membicarakan Allah Al-Mutakabbir, Allah Yang Maha Agung, kita akan
bicara tiga(3) perkara:

1. Kehebatan ciptaan Allah SWT.
Lihat kejadian langit terapung-apung tanpa tiang. Lihat pertukaran malam ke siang
atau siang ke dalam malam ketika anda berada di udara.

Kejadian matahari yang terus berada dalam paksinya. Kalau penciptaannya sahaja
sudah hebat, apatah lagi Penciptanya?

Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang
tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali
lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?
QS Al-Mulk 67:3

2. Kekuasaan Allah SWT mentadbir sekalian alam.

Tidak pernah letih atau hilang daya dalam mentadbir alam ini.

Sesungguhnya Tuhan kamu Dialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam
enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy (singgahsana) untuk mengatur
segala urusan. Tidak ada yang dapat memberi syafaat kecuali setelah ada izin-Nya.
Itulah Allah, Tuhanmu, maka sembahlah Dia. Apakah kamu tidak mengambil
pelajaran?
QS Yunus 10:3

Untuk renungan:
Pernah tak kita rasa letih jadi seorang isteri/suami? Kita mentadbir keluarga pun
kadang-kadang rasa penat. Tapi Allah SWT mentadbir kita semua yang macam-
macam ni.

Solat adalah untuk ingat Allah tapi kadang-kadang dalam solat itu lah yang kita tak
ingat Allah. Yang diingatnya, kucing, suami, anak dan lain-lain.

Kalau dalam solat tak ingat Allah, apa lagi di luar solat?

Allah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian
Dia bersemayam di atas ‘Arsy. Dia menundukkan matahari dan bulan; masing-
masing beredar menurut waktu yang telah ditentukan. Dia mengatur urusan
(makhluk-Nya), dan menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), agar kamu yakin
akan pertemuan dengan Tuhanmu.
QS Ar-Ra'd 13:2

3. Keagungan Allah SWT dapat dilihat pada kekalnya Allah SWT.

Di ketika semua makhluk binasa dan hancur, Allah Al-Mutakabbir tetap kekal Agung
dan berkuasa.

tetapi wajah Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan tetap kekal.
QS Ar-Rahman 55:27

Manusia yang ada kuasa dan kekuatan tak akan kekal kerana kita pasti melalui
proses penuaan.

Nota: Kalau kita ada keyakinan diri, jangan sampai kita jadi orang yang sombong.

Lima (5) perkara yang akan di warisi manusia kalau manusia cuba memakai sifat Al-
Mutakabbir ini:
i. Hatinya akan mati.
Hatinya tak akan dapat melihat kebenaran, merasai kebenaran dan menilainya.

ii. Terhalanglah hidayah.
Ini pernah berlaku kepada Firaun.

iii. Hilangnya rahmat (kasih sayang) Allah SWT.
Rahmat dan kasih sayang Allah SWT sangat penting bagi kita. Tanpa rahmat dan
kasih sayang Allah SWT, hidup kita ini dibiarkan oleh Allah SWT. Kalau buat maksiat,
dibiarkan terus tanpa ada yang menegur. Kalau keingkaran dibiarkan, terus ingkar.

iv. Hilang keberkatan (maksudnya pertambahan kebaikan) dalam hidup.
Ada harta tapi harta tak bawa kepada kebaikan. Akhirnya melalaikan. Naudzubillah.
Ada orang yang semakin berkuasa, semakin jauh dari Allah SWT.

v. Hilang ketenangan.
Sebab orang yang takabbur sibuk mencari penghargaan manusia. Bila tak dapat
penghargaan manusia, dia rasa tak tenang.
Jangan kita rasa susah hati kalau tak dihargai. Yang perlu kita rasa susah hati bila
kita jadi orang yang tidak berharga.
Jagalah hati. Al-Mutakabbir hanya milik Allah SWT.

‫ا ْﻟ َﺧﺎ ِﻟ ُﻖ‬

(11) Allah SWT Al-Khaliq
Allah SWT Yang Maha Pencipta

By Ustaz Amin

Allah SWT Al-Khaliq

Dialah (Allah) yang menciptakan segala apa yang ada di bumi untukmu.
QS Al-Baqarah 2:29

Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-
masing beredar pada garis edarnya.
QS Al-Anbiya' 21:33

Kenapa Makhluk diCiptakan?

1. Malaikat. Antaranya diciptakan kerana tugas masing-masing.
Malaikat Jibril: menyampaikan wahyu,
Malaikat Mikail : menyampaikan rezeki,
Malaikat Izrail: mengambil nyawa,
Munkar & Nakir: menyoal dalam kubur,
Roqib & Atid: menulis amal baik & buruk.

2. Makhluk-makhluk yang ada di bumi.
Segala yang ada di bumi tidak sia-sia penciptaannya.

3. Manusia & jin diciptakan untuk beribadah kepada Allah SWT.

Manusia diciptakan untuk menjadi khalifah (pengurus). Insan adalah sebaik-baik
kejadian untuk menjadi pengurus. Sebagai pengurus, tidak boleh putus asa.

Masalah kewangan: urus.
Masalah dengan pasangan: urus.
Lepas itu, serahkan pada Allah SWT.
Masalah memang banyak tapi jangan sampai masalah merampas kebahagiaan kita
sebagai pengurus kehidupan kita.

Bukan masalahnya yang besar, cara mengurusnya yang kena betul.

Jangan mengeluh! Mengeluh tidak akan mengubah apa-apa.

Khusus untuk umat Muhammad SAW. Kenapa diciptakan umat Muhammad SAW?
"Sebaik-baik umat." Kenapa?
° Amar makruf
° Nahi mungkar.

Berwataklah sebagaimana dikehendaki Allah SWT.

‫ا ْﻟﺑَﺎ ِر ُئ‬

(12) Allah SWT Al-Baari
Allah SWT Yang Maha Mengadakan.

Allah SWT Al-Baari, Allah SWT Yang Maha Mengadakan dan Allah juga berkuasa
Mentiadakan sesuatu perkara. Allah SWT boleh memberikan seseorang harta
dandalam sekelip mata, harta tersebut boleh hilang. Dan kemudian, Allah SWT boleh
mengadakannnya semula. Sebab itu, bergantunglah hanya kepada Allah SWT.

Ingatlah! Segala penciptaan dan urusan menjadi hak-Nya. Mahasuci Allah, Tuhan
seluruh alam.
QS Al-A'raf 7:54

1. Allah SWT Al-Baari mengadakan manusia dan kemudian memperkenalkan
siapa Allah SWT. Kenapa?

Al-Qur'an satu-satunya kitab di dunia ini yang memperkenalkan dengan jelas siapa
Allah SWT. Memang fitrah manusia mencari Tuhan. Naluri manusia mencari Tuhan.
Orang Islam juga walau dilahirkan muslim, kadang-kadang mencari-cari Tuhan.
Sebab itu, elok belajar Asmaul Husna.

Dan demikianlah Kami memperlihatkan kepada Ibrahim kekuasaan (Kami yang
terdapat) di langit dan di bumi, dan agar dia termasuk orang-orang yang yakin.

Ketika malam telah menjadi gelap, dia (Ibrahim) melihat sebuah bintang (lalu) dia
berkata, “Inilah Tuhanku.” Maka ketika bintang itu terbenam dia berkata, “Aku tidak
suka kepada yang terbenam.”

Lalu ketika dia melihat bulan terbit dia berkata, “Inilah Tuhanku.” Tetapi ketika bulan
itu terbenam dia berkata, “Sungguh, jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku,
pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat.”

Kemudian ketika dia melihat matahari terbit, dia berkata, “Inilah Tuhanku, ini lebih
besar.” Tetapi ketika matahari terbenam, dia berkata, “Wahai kaumku! Sungguh, aku
berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan.”

Aku hadapkan wajahku kepada (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dengan
penuh kepasrahan (mengikuti) agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk
orang-orang musyrik.
QS Al-An'am 6:75-79

Memang naluri manusia mencari-cari Tuhan. Syukur kita telah diperlihatkan Allah
SWT Tuhan Sebenar. Al-Qur'an kitab yang sebenar. Perjalanan hidup manusia yang
akan pulang hanya kepada Allah SWT. Berdoalah. "Ya Allah! Perlihatkanlah
keagungan dan kekuasaanMu".

2. Allah SWT bimbing kita tentang cara bagaimana menyembah Allah SWT.

Ada ibadah solat, zakat, haji dan lain-lain. Sebab itu, nak menyembah Allah SWT
ikutlah cara yang telah diajar. Kerana Allah SWT telah mengadakan syariatnya.

Nota:

Di Malaysia, ada orang mengajarkan solat itu hanya pakai niat sahaja.

Awas!! Di dalam al-Qur'an, Allah SWT menyebut, 'Dirikanlah solat.'

Sembahlah Allah SWT dengan cara yang Allah SWT ajarkan. Jangan reka-
reka/cipta!!

Ada orang di Malaysia, pergi haji bukan ke Mekah.

Ada orang 'puasa' dengan mengurangkan jumlah makanan yang dia makan pada
hari itu.

Hadis Nabi SAW: "Barang siapa mengada-adakan benda baru dalam agama,
tempatnya di neraka."

Itulah Allah, Tuhan kamu; tidak ada tuhan selain Dia; pencipta segala sesuatu, maka
sembahlah Dia; Dialah pemelihara segala sesuatu.
QS Al-An'am 6:102

Umur umat Muhammad SAW terlalu pendek. Jangan bazirkan dengan trial & error.
Dalam berniaga, hindarkan riba. Jadi, tak payah tercari-cari. "Eh ya ke? Riba ni
untung lah." Dalam bekerja, cari yang halal. Jangan tercari-cari yang haram.

3. Allah SWT boleh membinasakan semua makhluk ketika hari Kiamat.

Semua orang akan bertemu dengan kiamat kecil a.k.a kematian. Bilakah kiamat
besar? Bila malaikat Israfil meniupkan sangkakala.

Semua yang ada di bumi itu akan binasa,
tetapi wajah Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan tetap kekal.
QS Ar-Rahman 55:26-27

4. Allah SWT Mengadakan Kembali Kehidupan Kita, setelah dibinasakan.

Dan Dialah yang menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, kemudian
menghidupkan kamu kembali (pada hari kebangkitan). Sungguh, manusia itu sangat
kufur nikmat.
QS Al-Hajj 22:66

• Hidup kita adalah satu ujian. Hari ini, kita diberi satu nikmat. Apa kita nak buat?
a. Bersyukur.
b. Buat tak tahu.
c. Rasa tak cukup.(kufur nikmat)

Soalannya objektif tapi bukan di atas kertas. Jawapannya pada amalan kita.

Kalau kita tengah susah:
a. Mengeluh,
b. Mengalahkan laki,
c. Balik kepada Allah SWT.

Jawab lah melalui amalan kita. Nanti malaikat akan tanda betul atau salah.

5. Allah Al-Baari Yang Maha Mengadakan adakan penilaian amalan manusia.

Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat
(balasan)nya, dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, niscaya dia
akan melihat (balasan)nya.
QS Al-Zalzalah 99:7-8

Nota:

Jangan lupa banyakkan bertaubat. Orang yang nak bertaubat kena ada kemahiran
melihat kelemahan diri. Tanpa kemahiran ini, sukar untuk bertaubat. Sebab itu, ramai
orang hari ini buat salah tapi tak rasa bersalah.

‫ا ْﻟ ُﻣ َﺻ ِّو ُر‬

(13) Allah SWT Al-Musawwir
Allah SWT Yang Maha Membentuk Rupa

Kita dibentuk Allah SWT menurut hikmahNya. Kadang-kala manusia begitu teruja
ingin berkuasa seperti Tuhan. Sedangkan manusia tetap manusia. Akhirnya banyak
manusia menjadi kufur.

Tentang Allah SWT Al-Musawwir dari tiga(3) sudut:

1. Maha Kaya Allah SWT dalam membentuk sesuatu.

Semua yang Allah SWT jadikan punya hikmah tersendiri. Pelbagai bentuk rupa
makhluk diciptakan. Manusia lah ciptaan yang paling baik dan sempurna kerana
manusia diberi tugas sebagai khalifah untuk mentadbir muka bumi ini. Tetapi ramai
manusia yang terlupa.

Wahai manusia! Apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat derhaka)
terhadap Tuhanmu Yang Mahamulia.

yang telah menciptakanmu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan
(susunan tubuh)mu seimbang,

dalam bentuk apa saja yang dikehendaki, Dia menyusun tubuhmu.
QS Al-Infitar 82: 6 - 8

Allah SWT Al-Musawwir membentuk alam ini. Pelbagai rupa. Dalam QS Yusuf,
dinyatakan ada 11 planet. Setakat ini, yang telah dijumpai hanya sembilan. Apakah
ada makhluk lain yang Allah SWT ciptakan di luar alam ini? DNA manusia tak sama
dengan makhluk lain di muka bumi sampaikan saintis kata manusia bukan berasal
dari bumi. Kalau dalam bahasa orang yang mengkaji, manusia adalah makhluk
asing. Kalau dalam bahasa Al-Qur'an, memang kita bukan berasal dari muka bumi
ini.

2. Maha Mampu AllAh SWT dalam membentuk sesuatu benda tanpa bergantung
kepada sesiapapun dan apapun.

Seorang tukang jahit yang sangat mahir lagi terkenal jahitannya tetap sangat
bergantung kepada pembuat kain. Kalau takde kain yang bagus, macam mana dia
boleh buat baju yang bagus? Dia juga tetap bergantung kepada penanam kapas,
pembuat benang dan pembuat mesin jahit.

Nota:

Manusia pertama yang Allah SWT kurniakan skil pandai menjahit ialah Nabi Idris a.s.

Sehebat manapun manusia, tetap bergantung kepada orang lain.

Seorang tukang masak yang hebat tetap bergantung kepada pembuat garam. Kalau
hari ini semua pembuat garam mogok selama setahun, maka masakannya akan jadi
tiada rasa.

Sebab itu, kalau kita membuat sesuatu amalan, bukan kerana kehebatan kita kerana
Allah SWT menyediakan untuk kita keperluannya. Sebab itu, bila selesai melakukan
sesuatu amalan, Allah SWT ajarkan kita untuk mengucapkan "alhamdulillah" supaya
tidak jadi sombong lalu kita katakan, "kitalah yang buat."

Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata
kepadanya, “Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu.
QS Ya-Seen 36:82

Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata, “Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku
bagaimana Engkau menghidupkan orang mati.” Allah berfirman, “Belum percayakah
engkau?” Dia (Ibrahim) menjawab, “Aku percaya, tetapi agar hatiku tenang
(mantap).” Dia (Allah) berfirman, “Kalau begitu ambillah empat ekor burung, lalu
cincanglah olehmu kemudian letakkan di atas masing-masing bukit satu bagian,
kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera.”
Ketahuilah bahwa Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana.
QS Al-Baqarah 2:260

*Allah SWT jadikan tanpa pertolongan dari sesiapapun dan apapun untuk
menghidupkan. Tetapi kita manusia, walau untuk menguruskan orang yang telah
meninggal juga perlu bantuan. Kita terpaksa berharap kepada penjual kain kafan,
penggali kubur dan yang memandikan jenazah.

3. Sempurnanya ciptaan Allah SWT Al-Musawwir.

Sangat sempurna. Tiada kecacatan pun.

Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang
tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi,
adakah kamu lihat sesuatu yang cacat?
QS Al-Mulk 67:3

Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar, Dia membentuk
rupamu lalu memperbagus rupamu, dan kepada-Nya tempat kembali.
QS At-Taghabun 64:3

Allah SWT jadikan mata, mulut dan hidung kita di tempat yang sama sehingga
mudah untuk kita makan kan? Macam mana kalau mulut terletak dibelakang kepala?

Lihat dulu makanannya, kemudian panjangkan tangan ke belakang untuk makan?
Penat kan?

Kalau ikut Tafsir At-Tobari, dulu ketika kita di syurga, kulit kita lagi cantik. Di sana, tak
ada orang hitam, tak ada orang putih. Semua sama. Kuku kita adalah kulit kita di
syurga. Sebab itu, kalau tak boleh berhenti ketawa, kata tok-tok guru, lihatlah pada
kuku. Kerana roh kita kenal, kuku itu kulit kita di syurga.

Allah SWT jadikan manusia sekali dengan takdirnya. Zahirnya manusia Allah SWT
sempurnakan. Takdirnya manusia Allah SWT jadikan. Jagalah zahir sebaik mungkin.
Makanlah halalan toyyibah. Banyakkan senyum. Orang yang banyak senyum
kelihatan muda kerana sekali senyum, 27 otot bergerak. Untuk takdir yang terbaik,
mintalah pada Allah SWT. Mohon direzekikan dengan iman. Hidup dengan iman.
Mati dengan iman. Dibangkitkan dengan iman. Nabi SAW ajarkan kita minta yang
grand-grand. Kalau nak minta syurga, mintalah syurga kelas pertama kerana Allah
SWT Maha Pengasih, Maha Penyayang. Kalau hari ini kita berada dalam limpahan
nikmat, minta Allah SWT kekalkan nikmat itu. Kalau sedang diuji dengan pelbagai
ujian, mintalah jalan keluarnya dari Allah SWT.

Nota:

Sebesar manapun masalah, bila ada jalan keluar, masalahnya jadi kecil.

Sekecil apa pun masalah, tanpa jalan keluar, masalah akan jadi besar.

‫ا ْﻟﻐَﻔﱠﺎ ُر‬

(14) Allah SWT Al-Ghaffar
Allah SWT Yang Maha Pengampun

Allah SWT Al-Ghaffar sentiasa mengampunkan segala dosa hamba-hambaNya.
Disuruh kita sentiasa perbaiki diri dengan bertaubat. Allah SWT suruh kita sentiasa
minta ampun dari Allah SWT.

Kenapa biasanya orang yang menganjurkan taubat adalah orang-orang yang dah
baik? Kenapa? Patutnya taubat itu kan untuk orang yang berbuat salah, orang yang
berdosa? Sepatutnya, yang menganjurkan taubat adalah orang yang berdosa. Tapi
kita tak jumpa pencuri kasut, sambil mencuri sambil istighfar. Dan kita juga tak jumpa
orang yang tengah bergaduh sehingga hilang akhlaknya bertaubat pada ketika itu?

Jawapannya: kerana hanya orang-orang yang baik sahaja yang mampu lihat
kelemahan diri sendiri.

Sebelum bertaubat, bermuhasabahlah. Hitung kesalahan diri. Orang yang boleh
melihat kelemahan diri sendiri akan dapat meningkatkan dirinya.

Tujuh(7) Kelebihan Orang Yang sentiasa Minta Ampun Kepada Allah SWT.

i. Orang yang bertaubat akan dibimbing Allah SWT untuk memperbaiki dirinya.

dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri
sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan
siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak
meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.
QS Ali Imran 3:135

Melalui ayat di atas, Allah SWT mengingatkan ciri-ciri orang beriman ialah bila dia
lakukan kesalahan atau menganiayai diri sendiri, segera dia ingat Allah dan
bertaubat.

Setiap manusia ada kelemahan. Tidak ada manusia yang dilahirkan sempurna
akhlaknya, peribadinya.

Hadis Nabi SAW:
"Allah SWT merezekikan akhlak kepada kamu sebagaimana Allah SWT merezekikan
dunia kepada kamu."

• Kita perlu banyak beristighfar supaya dibimbing Allah SWT.
• Allah SWT tidak melihat di mana kita bermula. Allah SWT melihat di mana
penghujung kita. Kalau penghujung itu baik, penghujung itulah yang akan dinilai

Allah SWT. Kalau permulaan dikira, maka Saidina Umar al-Khattab RA tidak layak
menjadi khalifah umat Islam.

ii. Orang yang bertaubat akan diberi nikmat yang banyak oleh Allah SWT.

Dan hendaklah kamu memohon ampunan kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-
Nya, nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai waktu
yang telah ditentukan. Dan Dia akan memberikan kurnia-Nya kepada setiap orang
yang berbuat baik. Dan jika kamu berpaling, maka sungguh, aku takut kamu akan
ditimpa azab pada hari yang besar (Kiamat).

QS Hud 11:3

Orang yang berbuat baik di dunia mesti di balas dengan kebaikan di dunia dan di
akhirat, akan diberi balasan yang lebih besar. Akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.
Cuma ayat-ayat Al-Qur'an memerlukan keimanan untuk kita yakin. Kadang-kadang
kita dibisik syaitan

Di antara bisikan syaitan ialah, 'rugi kalau berbuat baik'. (Rugi kalau sedekah) 'kau
jangan buat baik sangat. Nanti kena pijak kepala.'

Macam mana cara Allah SWT balas kebaikan? Kadang-kadang tak seperti yang kita
inginkan.

Bila suami kita buat hal, kita nak lihat Allah SWT balas perbuatan suami itu di depan
mata kita kan? Tapi Allah SWT jadikan anak kita anak yang soleh.

Kadang-kadang, balasannya di dalam bentuk rezeki yang tak disangka-sangka. Bila
mengusahakan sesuatu, senang jadi. Dapatnya banyak, kena tipu pun banyak....tapi
teruusss menjadi. Islam adalah agama dunia akhirat, bukannya akhirat semata-mata.
Jadi Allah SWT balas kebaikan yang kita lakukan ketika di dunia lagi.

Allah SWT kukuhkan kedudukan orang yang selalu bertaubat.

Dan (Hud berkata), “Wahai kaumku! Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu lalu
bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras, Dia
akan menambahkan kekuatan di atas kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling
menjadi orang yang berdosa.”

QS Hud 11:52

Taubat maknanya perbaiki diri. Orang nak kata apapun, biarlah. Yang penting, aku
terus baiki diri. Selepas 5 tahun, orang yang mengata aku itu tetap macam itu. Sama
tak berubah.

Nota:
Tiada ruginya terus bertaubat dan perbaiki diri.

iv. Allah SWT akan beri hidayah kepadanya.

Agar Allah memberikan ampunan kepadamu (Muhammad) atas dosamu yang lalu
dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan menunjukimu
ke jalan yang lurus,
QS Al-Fath 48:2

Apa maksud hidayah? Hidayah adalah segala gerak hati sesuai dengan redha Allah
SWT. Orang kalau nak buat apapun, bermula dengan gerak hati dulu. Kalau kita nak
marah, dia mula dari hati dulu kan? Ada tak yang bermula dari kuku?

So hidayah maksudnya Allah SWT pimpin gerak hati kita sesuai redha Allah SWT.

v. Allah SWT beri rasa takwa. Orang yang bertakwa merasai kedekatan dengan
Allah SWT. Orang yang selalu bertaubat dikurniakan rasa takwa, maknanya rasa
dekat dengan Allah SWT.

Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan surga
yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang
bertakwa.

QS Ali Imran 3:133

Ada banyak kelebihan bagi orang yang hatinya terasa hampir dengan Allah SWT, di
antaranya ialah:

• bila ada masalah, diberi jalan keluar.

Nota:

Dalam hidup ini, tak ada siapa boleh lari dari ujian. Semua ujian menyempitkan hati.
Itu persamaannya. Perbezaannya adalah pada bentuk ujian. Lain orang, lain
ujiannya. Dan untuk orang yang bertakwa, Allah SWT beri jalan keluar.

• Allah SWT juga bukakan ilmu yang banyak untuk orang yang bertakwa.

• Jiwanya tenang. Tenang bukan pada muka/wajah. Tenang di hati. Orang kalau tak
tenang, tak boleh tidur. Sihat.

Apakah tanda-tanda orang yang sihat?
• Boleh makan & minum,
• Boleh tidur,
• Boleh buang air

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.
QS Ar-Ra'd 13:28

Nota:

Masalah dunia adalah untuk diurus.

Bermula saja rasa tak tenang, ingatlah Allah SWT.

vi. Orang yang bertaubat kepada Allah SWT diperkenankan doa-doanya.

dan kepada kaum Tsamud (Kami utus) saudara mereka, Soleh. Dia berkata, “Wahai
kaumku! Sembahlah Allah, tidak ada tuhan bagimu selain Dia. Dia telah
menciptakanmu dari bumi (tanah) dan menjadikanmu pemakmurnya, karena itu
mohonlah ampunan kepada-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya.
Sesungguhnya Tuhanku sangat dekat (rahmat-Nya) dan memperkenankan (doa
hamba-Nya).”
QS Hud 11:61

*Istighfar tanpa rasa menyesal = dzikir.

vii. Orang yang banyak beristighfar di dunia ketika dia masih hidup, Allah SWT
akan ampunkan kesalahannya ketika dia meninggal.

Bilakah masa pengampunan ini?
• Ketika dia diiring ke kubur. Yang paling menyedihkan kita bangsa manusia ini ialah
bila dikubur, kita lihat dosa-dosa kita dimasukkan ke liang lahad. Dan untuk orang
yang banyak bertaubat, dosa-dosanya ditahan oleh malaikat, tak dimasukkan ke
kubur.

• Ketika hisab. Timbang amalan.

Dua(2) yang tidak diampuni Allah SWT.
i. Dosa kufur.
ii. Dosa syirik. Syirik bermakna percaya kepada Allah dan pada masa yang sama,
percaya bahawa ada benda lain yang berkuasa.

‫ا ْﻟﻘَ ﱠﮭﺎ ُر‬

(15) Allah SWT Al-Qahhar
Allah SWT Yang Maha Berkuasa/Memaksa

Allah SWT Yang Maha Berkuasa/Memaksa makhluk-makhluk itu mengikut kehendak
Allah SWT.

Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak
mengerti.
QS Yusuf 12:21

Kita hidup di dunia ini ada ketetapannya. Dalam bahasa tauhidnya, dipanggil qada
dan qadar.

Qada bagi yang telah berlaku.
Qadar bagi yang telah ditetapkan.

Kita hidup ni ada takdir masing-masing. Sebab itu dalam Islam, Allah SWT ajar kita
konsep untuk berusaha, redha(kematangan pemikiran kita untuk menerima apa yang
telah ditetapkan Allah SWT). Allah SWT ajarkan kita konsep sabar. Sabar ialah
kematangan fikiran kita meyakini sesuatu perkara itu berhikmah.

1. Ada perkara-perkara yang Allah SWT Al-Qahhar tetapkan kita tak ada pilihan.

Contoh:
• bencana seperti tsunami. Tiada pilihan mengelakkannya kalau telah ditakdirkan.

• kematian. Tiada siapa yang boleh mengelak. Suka atau tidak, kita pasti akan
bertemu Allah SWT.

• sakit. Juga tiada pilihan seandainya didatangkan.

• kehidupan. Adakah kita yang minta untuk dilahirkan ke dunia?

Allah SWT Al-Qahhar telah menetapkan perkara-perkara yang kita tiada pilihan, suka
ataupun tidak.

Kenapa Allah SWT jadikan perkara yang kita tiada pilihan ini? Untuk Allah SWT
menguji kita, yang mana di antara kita yang paling baik amalannya.

Mahasuci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala
sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara
kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.
QS Al-Mulk 67:1-2

Kalau sedang sakit, adakah sakitmu itu mendekatkanmu kepada Allah SWT?

Kalau ditimpa bencana, adakah bencana itu tambah mendekatkanmu kepada Allah?

Seseorang itu meninggal. Adakah dia meninggal dalam keadaan mendekatkan diri
kepada Allah SWT?

Apa saja yang berlaku dalam kehidupan kita, adakah itu tambah mendekatkan kita
kepada Allah SWT?

2. Allah SWT Al-Qahhar membenarkan pilihan kita.

Kita ada ikhtiar dan ikhtiar itu Allah izinkan. Kita usahakan rezeki, Allah izinkan rezeki
itu kita dapat. Kita usahakan sesuatu dan gantungkan harapan hanya kepada Allah
dan Allah SWT izinkan untuk berjaya. Dalam usaha kita untuk mencari kehidupan
yang baik, kita usahakan dan Allah SWT boleh benarkan untuk berjaya.

3. Allah SWT Al-Qahhar mentakdirkan bukan dari kehendak kita.

Kadang-kadang seseorang itu tak terlintas di fikiran dia yang dia nak jadi itu atau ini.
Dia tak usaha pun tapi dia ditakdirkan untuk jadi macam itu.

Dan Dialah yang berkuasa atas hamba-hamba-Nya. Dan Dia Mahabijaksana, Maha
Mengetahui.
QS Al-An'am 6:18

4. Allah SWT mentakdirkan sebaliknya daripada kehendak kita. Kita usaha yang
lain, Allah SWT bagi yang lain.

Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi
kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang
kamu tidak mengetahui.
QS Al-Baqarah 2:216

5. Allah SWT al-Qahhar menetapkan sebaliknya kehendak ramai.

Hadis Nabi SAW: "Berkumpullah orang di timur dan di barat untuk membuat sesuatu
benda itu. Tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah SWT."

Kalau Allah SWT nak tetapkan yang sebaliknya, yang Allah kehendaki itulah yang
akan berlaku.

Kuatkan keyakinan, iman dan kebergantungan kita kepada Allah SWT.

Doalah banyak-banyak. Doa yang paling banyak dibaca Rasulullah SAW dalam
hidupnya adalah:

‫ٱ ۡﻷٓ ِﺧ َر ِة َﺣ َﺳﻧَ ٗﺔ َوﻗِ َﻧﺎ َﻋ َذا َب ٱﻟﻧﱠﺎ ِر َرﺑﱠ َﻧﺎٓ َءاﺗِﻧَﺎ ﻓِﻲ ٱﻟ ﱡد ۡﻧﯾَﺎ َﺣ َﺳ َﻧ ٗﺔ َوﻓِﻲ‬

“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan
lindungilah kami dari azab neraka.”

QS Al-Baqarah 2:201

‫ا ْﻟ َو ﱠھﺎ ُب‬

(16) Allah SWT Al-Wahhab
Allah SWT Yang Maha Memberi

Allah SWT Yang Maha Memberi. Kita perlu sentiasa meminta kepada Allah SWT.
Selalu permintaan kita telah dikabulkan tapi kita tidak perasan kerana selalu
mengeluh.

Allah Yang Maha Mengurniakan kepada manusia segala nikmatnya tidak kira yang
beriman ataupun tidak beriman.

Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-
Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu
menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat
Allah).
QS Ibrahim 14:34

Apakah nikmat Allah pada badan kita yang tak boleh dihitung?

Jawapan: Rambut.
Allah letakkan rambut di atas kepala kita. Kenapa Allah tak jadikan di lengan ke?
Maksudnya, kita menjunjung nikmat Allah yang tak terhitung dek kita.

Manusia ini zalim, maksudnya menganiayai diri sendiri, ie dia tidak
mengiktiraf nikmat itu suatu nikmat dan tidak menggunakan nikmat itu sebaik-
baiknya.

Hari ini Allah SWT beri nikmat kesihatan. Kadang-kadang manusia itu zalim bilamana
dia tak jaga kesihatan dirinya.

Bicara Allah SWT Al-Wahhab dilihat dari tiga(3) sudut.

1. Allah SWT menganugerahkan kepada kita nikmat yang semulajadi untuk
membolehkan kita hidup dengan baik tetapi kebanyakkan manusia tidak bersyukur.

Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh (ciptaan)-Nya ke dalam
(tubuh)nya dan Dia menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagimu, (tetapi)
sedikit sekali kamu bersyukur.
QS As-Sajdah 32:9

Nikmat semulajadi maksudnya nikmat yang tak perlu diusahakan.

Contoh: udara, air & makanan pelbagai rasa masin, masam, manis.

Telinga adalah suatu nikmat. Pendengaran adalah suatu nikmat lain.

Mata adalah suatu nikmat. Penglihatan adalah suatu nikmat lain.


Click to View FlipBook Version