The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by My Flower English, 2019-09-13 05:06:16

Syarah Asmaul Husna V1

Syarah Asmaul Husna V1

Keywords: Asmaul Husna

Hidung adalah suatu nikmat. Boleh bau adalah suatu nikmat lain.

Kalau kita memahami orang, itu juga suatu nikmat.

2. Allah SWT Al-Wahhab kurniakan kepada kita nikmat yang mendatang.

Contoh: anak, harta, kesihatan dan sebagainya. "Nikmat" maksudnya yang
menyenangkan hati/apa yang memberi kesedapan kepada manusia.

Milik Allah-lah kerajaan langit dan bumi; Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki,
memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan
anak laki-laki kepada siapa yang Dia kehendaki,

atau Dia menganugerahkan jenis laki-laki dan perempuan, dan menjadikan mandul
siapa yang Dia kehendaki. Dia Maha Mengetahui, Mahakuasa.
QS Ash-Shura 42:49-50

Kita disuruh berdoa minta anak yang soleh kerana kita tak akan tahu anak itu
besarnya jadi seperti apa?

3. Allah SWT Al-Wahhab boleh memanjangkan nikmat itu.

Nikmat ini milik Allah SWT. Allah SWT boleh bagi dan boleh tarik balik.

• Jika dia sihat dan terus sihat, tak sakit-sakit.
• Jika dia berkuasa, dia terus berkuasa dan tidak jatuh.

• Jika dia mulia, dia terus dimuliakan Allah SWT.
• Jika dalam iman, dia terus dalam peliharaan Allah SWT dan ketenangan iman itu.

* Umur kita telah ditetapkan tetapi kesihatan, diri sendiri kena usahakan. Ada orang
umur 70 tahun masih sihat tapi ada yang umur 30 tahun sangat berpenyakit. Dan
ada orang umur 70 tapi telah mula sakit sejak berumur 50 tahun lagi.

* Allah SWT bagi kita keluarga tetapi kebahagiaan rumahtangga tetap kita kena
usahakan.

Mohonlah pada Allah SWT untuk dikekalkan nikmat sihat, harta dan sebagainya.

‫اﻟ ﱠر ﱠزا ُق‬

(17) Allah SWT Ar-Razzaq
Allah SWT Yang Maha Memberi Rezeki

Allah SWT Yang Maha Memberi Rezeki. Kita adalah makhluk yang meminta rezeki
Allah SWT. Rezeki ada yang nampak dan ada yang tidak nampak. Tidakkah kita
melihat kurniaan anak itu sebagai rezeki dan anak yang soleh itu sebagai rezeki
yang lebih berharga? Rezeki adalah anugerah untuk manusia mengambil
manfaatnya.

Allah SWT menurunkan rezeki buat manusia berdasarkan:
i. keperluan, dan
ii.tanggungjawab yang ditunaikan.

Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya nescaya
mereka akan berbuat melampaui batas di bumi, tetapi Dia menurunkan dengan
ukuran yang Dia kehendaki. Sungguh, Dia Mahateliti terhadap (keadaan) hamba-
hamba-Nya, Maha Melihat.
QS Ash-Shura 42:27

1. Keperluan

Apa keperluan manusia? Makan, minum. Selagi mana ada keperluan rezeki ini,
selagi itulah Allah bagi. Dalam dunia ada 6 bilion manusia. Kalau satu hari, 100 juta
orang makan ikan, berapa banyak ikan dah manusia telan? Tapi ikan tak habis-habis
kan? Barang yang kita makan, tak habis. Barang yang kita tak makan, habis. Kita tak
makan harimau tapi harimau pupus.

2. Pada tanggungjawab yang ditunaikan.

Islam ajar kita menunaikan tanggungjawab. Selagi mana tanggungjawab kita
tunaikan, selagi itu ada rezeki.

Hari ini, kalau ada suami yang tidak bertanggungjawab dalam memberikan nafkah
untuk isteri dan anak-anak, dia juga tak dapat kelebihan rezeki. Kalau dia cuba
tunaikan tanggungjawab, ada saja jalan yang Allah bagi.

Bicara Allah SWT Ar-Razzaq dalam tiga perkara:

1. Allah SWT akan mencukupkan rezeki untuk makhluknya.

Selagi mana ada kehidupan, selagi itu disediakan Allah SWT.

Dan tidak satupun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya
dijamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat
penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam Kitab yang nyata (Luh Mahfuzh).
QS Hud 11:6

Pernah tengok cicak? Makanannya bersayap tapi cicak tak bersayap. Macam mana
cicak nak makan? Lidah cicak panjang tetapi makanannya terbang. Pernah tak kita
tengok cicak stress tak dapat makan? Bila sampai masa makan, Allah datangkan di
depan matanya. Semua cicak kenyang belaka.

2. Rezeki perlu diusahakan untuk Allah SWT beri pahala berusaha.

Allah SWT boleh mendatangkan rezeki tetapi kita kena berusaha kerana Allah ingin
memberi pahala pada usaha kita.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia
mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa)
dari (kejahatan) yang diperbuatnya.
QS Al-Baqarah 2:286

Islam menggalakkan umatnya gigih berusaha sehingga kaya.
Rasulullah SAW seorang yang sangat suka berusaha. Bila ada harta,
disedekahkannya hingga habis. Kemudian, terus usaha lagi. Rasulullah SAW suka
"miskin" sebab baginda suka berusaha. Terus berusaha sehingga dapat harta. Bila
ada sahaja harta, disedekahkan.

3. Allah SWT Ar-Razzaq memberi rezeki.

Rezeki yang haram hendaklah dihindarkan. Yang haram itu adalah ujian bagi kita.

Apakah rezeki yang haram yang perlu dihindarkan?
Antaranya riba, judi(bukan setakat nombor ekor, pertaruhan juga judi)

Nota:
Pertaruhan maksudnya kemenangan seseorang semata-mata kekalahan seseorang.
Contoh, kita main golf dengan kawan-kawan. Siapa kalah, kena bayar. Ini tidak
boleh.

Yang bolehnya, bila ada pihak ketiga yang tiada kena-mengena dengan game ini,
tolong tambahkan hadiahnya.

Pertandingan Memancing. Hadiahnya dibeli daripada duit yuran kemasukan peserta
semata-mata. Ini haram hukumnya. Termasuk judi. Harus ada penaja (tiada kena-
mengena dengan orang yang bertanding) yang sponsor walaupun sedikit supaya
tidak terjadi 'kemenangan seseorang semata-mata kekalahan seseorang'.

Apa lagi contoh harta haram?
Harta yang tidak pasti. Contoh: pajakan yang tidak pasti. Saya ada kebun durian.
Kalau jadi semua, hasilnya 1000kg. Jadi, awak bayar RM1000 sekilo kepada saya.
Ini tidak boleh. Haram hukumnya. Kerana tidak pasti(hasilnya belum jadi. Belum
tentu semua bunganya jadi kan?).

Nota: Jangan berjanji dengan benda yang tidak pasti.

Lagi contoh harta haram?
•Mendapatkan harta dengan jalan penipuan.
• Menahan hak. Suami tidak beri nafkah kepada isteri dan duit itu digunakan untuk
tujuan lain. Haram.
• Hasil upah yang haram. Seperti upah pukul orang, pelacuran.

Contoh-contoh Syubhat

* Kita pemandu teksi. Etika pemandu teksi di Malaysia, tak boleh tolak pelanggan.
Kalau terpaksa menghantar pelanggan ke kelab malam dsb, upah yang diterima
hendaklah diurus sebagai "syubhat". Setelah ditolak untuk minyak dll, jangan di ambil
untungnya.

* Tukang jahit yang terpaksa menjahit yang tak sesuai syariat Islam, pun sama.
Uruskan upahnya sebagai syubhat.

* Pelakon yang terpaksa mengikut skrip. Kalau boleh, hindarkan.
Kalau tak boleh (kerana tiada kerja lain etc), sama. Uruskan sebagai syubhat. Hati
jangan redha.

*Krew penerbangan yang terpaksa hidang arak. Hati jangan redha. Dengan ijtihad
sendiri, ketepikan sebahagian dari gaji sebagai "syubhat".

• Menjual barang yang haram.
Contoh: arak.

*Kedai runcit francais yang terpaksa menjual rokok.
*Kedai buku francais yang terpaksa menjual buku agama lain.

Sungguh Allah, Dialah Pemberi Rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat
Kokoh.
QS Adh-Dhariyat 51:58

‫ا ْﻟﻔَﺗﱠﺎ ُح‬

(18) Allah SWT Al-Fattah
Allah SWT Yang Maha Membukakan

Allah SWT Yang Maha Membukakan segala pintu kebaikan, rahmat dan sebagainya
kepada orang-orang yang beriman dan soleh.

Apakah yang dibukakan Allah SWT kepada orang-orang yang beriman?

1. Ilmu
Sebab itu diajarkan kepada kita, bila nak mulakan apa-apa majlis ilmu, berdoa. Doa
dalam bahasa Melayu pun tak apa.

"Ya Allah. Bukakanlah bagi kami pintu-pintu hikmahMu Ya Allah."

Ada ilmu yang 1400 tahun dulu tidak dibuka. Cuma sekarang dibuka.

Kenapa ilmu banyak dibukakan kepada orang kafir?
Jawapan: Ilmu itu dibukakan kepada orang yang tekun belajar. Sekarang ini kalau
bicara tentang orang yang rajin dan tekun belajar, semangat orang Islam agak
kurang.

Bilangan universiti di Eropah sahaja, lebih 5000 buah. Bilangan universiti di negara-
negara umat Islam OIC, tak sampai 5000 buah.

Ilmu diberi kepada orang yang mencari tetapi ilmu yang bermanfaat dunia akhirat
diberikan hanya kepada orang-orang yang beriman.

Ilmu sains kepada orang Islam membawa dia ke akhirat. Ilmu sains bagi orang kafir,
manfaatnya hanya untuk dunia sahaja.

Kepada Al-Khwarizmi, ilmu matematik dan perubatan membawanya kepada
kebesaran Allah SWT.

Ketika ulama tafsir mentafsirkan sepotong ayat di dalam Surah Yasin:
yaitu (Allah) yang menjadikan api untukmu dari kayu yang hijau, maka seketika itu
kamu nyalakan (api) dari kayu itu.
QS Yasin 36:80

Mereka pening untuk mentafsirkan ayat ini. Macam mana kayu yang hijau boleh jadi
bahan bakar? Nak jadi bahan bakar mesti kering dulu. Akhirnya mereka kata, 'aku
beriman kepada Allah'.

Rupa-rupanya ilmu ini hanya Allah SWT bukakan kepada manusia di milenium ini.
Teknologi biodiesel. Pada pokok, ada minyak yang boleh diekstrak yang boleh jadi
alternatif kepada petrol sebagai bahan bakar.

Nota: Carilah ilmu dengan sebanyak mungkin guru kerana kita tak tahu melalui guru
yang mana satukah kefahaman ilmu itu akan dibukakan bagi kita.

2. Keyakinan (iman).
Kita yakin dengan kuasa Allah SWT. Ada orang yang tidak yakin/tidak nampak kuasa
Allah SWT.

Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil).
Engkaulah pemberi keputusan terbaik.
QS Al-A'raf 7:89

Nota: Keyakinan adalah rezeki.

3. Keselamatan.

maka berilah keputusan antara aku dengan mereka, dan selamatkanlah aku dan
mereka yang beriman bersamaku.
QS Ash-Shu'ara 26:118

Nota:
Berbuat baiklah. Jadilah orang beriman/soleh. Allah SWT akan bukakan pintu-pintu
keselamatan. Kadang-kadang kita tak faham/tak tahu melalui ujian-ujian yang kita
lalui, Allah SWT bukakan pintu-pintu keselamatan.

4. Nikmat.

Apa saja di antara rahmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia, maka tidak
ada yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan-Nya maka tidak ada yang
sanggup untuk melepaskannya setelah itu. Dan Dialah Yang Mahaperkasa,
Mahabijaksana.
QS Fatir 35:2

Secara ringkasnya, nikmat terbahagi 5:

i. Nikmat asasiyah. Contoh: udara. Air.
ii. Nikmat badaniyyah. Contoh: kesihatan.
iii. Nikmat aqliyah. Akal. Boleh belajar.
iv. Nikmat qalbiyah. Nikmat yang menyenangkan hati. Anak, keluarga, harta.
v. Nikmat imaniyah. Iman. Juga menyenangkan hati.

Sesiapa yang dikurniakan nikmat, tak ada sesiapapun yang boleh ambil darinya.
Siapa yang ditahan oleh Allah SWT, tiada siapa yang boleh membukanya.

5. Hidayah.
Apa maksud hidayah?
Hidayah adalah gerak hati selaras dengan keredhaan Allah SWT.

Kenapa anak kita asyik melawan je?
Sebab gerak hatinya tak selaras redha Allah SWT. Dia tak faham bahawa perlu
hormat ibu ayah.

Kenapa ada orang yang mengambil hak orang lain? Kerana gerak hatinya tak
selaras redha Allah SWT.

6. Keberkatan.

Berkat bermaksud pertambahan kebaikan. Kalau kita sihat, dengan kesihatan itu kita
dapat kemas rumah, pergi kelas, buat benda-benda baik, itu bermakna ada
keberkatan pada kesihatan. Kalau ada harta, boleh buat benda baik. Harta yang
berkat boleh buat sedekah, wakaf, zakat.

Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan
melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka
mendustakan (ayat-ayat Kami), maka Kami siksa mereka sesuai dengan apa yang
telah mereka kerjakan.
QS Al-A'raf 7:96

Adakah keberkatan pada rumah kita?
Adakah umur kita berkat? Check.
Adakah bertambah benda-benda baik?

Cara mendapatkan keberkatan:
• Taat Allah.
• Jaga adab.
Dari adablah lahir keberkatan.

7. Rahmat
(Kasih sayang Allah SWT).
Ada masalah, diberi jalan keluar.
Ada keperluan, dicukupkan.
Ada hajat, ditunaikan.
Ada keinginan, dipenuhkan.

Antara cara kita nak minta pintu-pintu rahmat Allah SWT ialah kita minta dengan
berdoa.

Jika kamu melangkahkan kaki masuk ke dalam masjid, maka hendaklah kamu
berkata, "Ya Allah bukakanlah pintu-pintu rahmatMu Ya Allah."(Hadis Nabi SAW)
(Doa Masuk Masjid)

‫اَ ْﻟﻌَ ِﻠ ْﯾ ُم‬

(19) Allah SWT Al-Alim
Allah SWT Yang Maha Mengetahui

Allah SWT Yang Maha Mengetahui segala perkara/benda yang maujud(ada) di alam
ini. Tiada satu pun yang tersembunyi dari pengetahuan Allah SWT.

Bicara Allah SWT Al-Alim dari lima(5) sudut:

1. Pengetahuan Allah SWT Al-Alim itu tidak terbatas.

Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada pada-Nya; tidak ada yang mengetahui selain
Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun
yang gugur yang tidak diketahui-Nya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan
bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam
Kitab yang nyata (Luh Mahfuzh).
QS Al-An'am 6:59

Kita manusia memang perlu bergantung kepada Allah SWT.

2. Allah SWT Al-Alim tahu semua sekali, tidak lemah dan tidak lupa.

Sungguh, Tuhanmu, Dialah Yang Maha Pencipta, Maha Mengetahui.
QS Al-Hijr 15:86

3. Allah SWT Al-Alim mengetahui perkara yang cuba disembunyikan.

Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang tersembunyi dalam
dada.
QS Ghafir 40:19

Kita ada keaiban diri. Allah SWT suruh perbaiki. Kita dimuliakan, dipuji orang lain
kerana Allah menutup keaiban kita. Kalau Allah bukakan, tiada lagi kemuliaan di sisi
manusia. Kalau Allah menghendaki, Allah boleh bukakan. Naudzubillah.

Nota:
Tidak hina orang yang memperbaiki diri.
Yang hina adalah orang yang membiarkan dirinya terus dalam keaiban itu.
Allah tidak melihat di mana kita bermula.
Allah melihat penghujung kita.

4. Allah SWT mengetahui yang ghaib.

Dia mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dialah Yang Mahabijaksana, Mahateliti.
QS Al-An'am 6:73

Apa lagi yang ghaib dan diketahui Allah SWT?
• Hujan.

• di mana dan bila kita akan mati.

5. Allah SWT Maha Mengetahui. Maha Mengetahui Allah itu dengan kuasa.

Tuhanmu lebih mengetahui tentang kamu. Jika Dia menghendaki, nescaya Dia akan
memberi rahmat kepadamu, dan jika Dia menghendaki, pasti Dia akan mengazabmu.
QS Al-Isra' 17:54

Nota: Jangan perkecilkan amalan kecil, sekalipun menyelamatkan seekor semut
ketika kita nak mandi (sebab kalau semut jatuh dalam air, boleh mati). Kerana kita
tak tahu di mana 'bonus' anugerah Allah SWT pada amalan itu. Amal baik mesti di
balas dengan kebaikan cuma bonus anugerah (kerana Allah Maha Mengetahui
dengan kuasa, Allah boleh bagi) itu kita tak tahu pada amalan yang mana.

Contoh:
Pernah tak, kita nak pergi ke suatu tempat dan lampu trafik semuanya hijau?

Allah SWT juga mengetahui perbuatan ingkar dan mungkar yang kita lakukan. Selain
dapat dosa, kita boleh dapat lebih dot dot dot sebagai iktibar kita.

Pernah tak sesekali, bergaduh dengan suami, tiba-tiba terpeleot kaki? Ada suami
yang kasar dengan isteri, tiba-tiba terhantuk di pintu la. Kadang-kadang Allah balas
terus. Kadang-kadang Allah 'jentik' kita bagi ingat. Itu tanda Allah sayang.

Moral: Allah SWT boleh kalau nak balas, di dunia lagi. Jangan perkecilkan maksiat
yang kecil.

Allah SWT Yang Maha Mengetahui boleh bagi pengetahuan itu kepada manusia
tetapi pengetahuan manusia itu sifatnya:

a. terbatas.

Dan di atas setiap orang yang berpengetahuan ada yang lebih mengetahui.
QS Yusuf 12:76

Nota:
Jangan sombong dengan ilmu. Sehebat mana ilmu kita, ilmu kita terbatas.
Jadi teruslah belajar...dari buaian sampai ke liang lahad. Mudah-mudahan Allah SWT
rezekikan kita untuk terus duduk dalam majlis ilmu sampai akhir hayat. Aameen.

b. Tahunya sedikit. Lupanya banyak.

c. Tidak tahu benda yang ghaib.

Dia Mengetahui yang ghaib, tetapi Dia tidak memperlihatkan kepada siapa pun
tentang yang ghaib itu.
Kecuali kepada rasul yang diredhai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan
penjaga-penjaga (malaikat) di depan dan di belakangnya.
QS Al-Jinn 72:26-27

d. Ada ilmu tapi tidak faham. Kefahaman itu perkara lain. Kefahaman diberi oleh
Allah SWT. Jadi ilmu (sahaja tanpa kefahaman), itu tidak memberi manfaat kepada
manusia.

e. Tidak cukup menjadikan dia baik. Nak jadi baik perlukan hidayah dari Allah SWT.

Berapa ramai isteri yang tahu *menderhaka kepada suami* itu tak baik tapi
menderhaka juga?

Berapa ramai suami yang mengetahui *keluarga perlu dilindungi* tapi dia tetap tidak
beri nafkah kepada keluarga?

Nota: Tahu saja tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu baik.

Tujuh (7) Cara Bagaimana Allah SWT Al-Alim menumpahkan ilmu kepada
manusia

i. Dengan jalan wahyu. Kepada para Anbiya.

ii. Dengan jalan ilham.

iii. Dengan jalan mimpi.

iv. Dengan jalan kita memahami tanda-tanda/alamat. Contoh: kalau ada orang nak
meninggal, kan ada tanda-tanda dia?

v. Dengan jalan "rasa hati".
Takutlah kamu dengan firasat orang beriman. Dia melihat dengan bantuan Allah
SWT.

vi. Dengan jalan pengalaman. Orang yang mengamalkan ilmu yang dia tahu akan
diberi ilmu yang dia tak tahu.

vii. Dengan jalan Allah SWT mengajar secara langsung. Diturunkan pengajaran itu
dari guru ke guru.

.

‫ا ْﻟﻘَﺎ ِﺑ ُض‬

(20) Allah SWT Al-Qabidh
Allah SWT Yang Maha Menyempitkan

Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.

QS Al-Baqarah 2:245

Kita mungkin satu sekolah yang sama dengan kawan-kawan kita. Guru yang sama.
Buku yang sama. Setelah 20 tahun, keadaan kita tak sama. Ada yang umur
meningkat tapi wajahnya tak dimamah usia. Kita semua dari Allah SWT dan akan
pulang kepada Allah SWT.

Dan mereka tidak mengagungkan Allah sebagaimana mestinya padahal bumi
seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari Kiamat dan langit digulung dengan
tangan kanan-Nya.
QS Az-Zumar 39:67

Lapan (8) Sebab Kenapa Allah SWT menyempitkan rezeki seseorang.

1. Allah SWT nak tunjukkan kekuasaan Allah SWT.

Bahawa kita semua tertakluk kepada kekuasaan Allah SWT.
• Pencarian MH370 yang hilang. Teknologi canggih dari timur dan barat tak dapat
memecah kebuntuan hingga sekarang.

• Tsunami di Aceh pada 26 Disember 2004, lebih 200,000 orang terkorban dan
hilang.

Allah SWT ceritakan tentang kekuasaan Allah di dalam Al-Qur'an. Tapi kadang-
kadang manusia tidak baca Al-Qur'an atau tidak faham. Jadi Allah SWT terjemahkan
dalam bentuk kejadian-kejadian untuk Alla SWT ceritakan.

2. Kesempitan bermakna "belum waktunya".

Allah belum beri lagi sesuai waktunya. Allah bersama-sama orang yang bersabar.

3. Allah sempitkan sebagai bala bagi dia disebabkan dosa-dosanya.

Jangan perkecilkan dosa kecil. Kalau Allah murka, kita boleh disempitkan
(disusahkan).

4. Allah sempitkan sebagai kaffarah (penghapusan dosa).

Kadang-kadang manusia tidak sedar (kerana kurang ilmu atau tak perasan) yang dia
berdosa jadi dia tidak bertaubat.

Nota:
Ujian-ujian yang Allah bagi adalah selayak dengan yang mampu kita pikul. Allah
meletakkan ujian kepada iman kita.

5. Allah SWT nak meningkatkan darjat seseorang di sisi Allah SWT.
Ketika kita lahir, kita punya nama. Ahmad, Fatimah, Ali, Aminah etc. Kita lahir
dengan nama itu dan kita akan meninggal dengan nama itu.

Tapi di sisi Allah SWT, kita lahir dengan satu nama iaitu Abdullah(hamba Allah).
Ketika kita meninggal, nama kita tak sama di sisi Allah SWT.

• Ada orang dilahirkan Abdullah, meninggal sebagai al-Muttaqin (orang yang
bertaqwa).

• Ada yang dilahirkan Abdullah, meninggal sebagai Ashabul Yamin(golongan kanan
yang diberi nikmat).

• Ada yang dilahirkan Abdullah, meninggal sebagai Waliyullah.

• Ada yang dilahirkan Abdullah, meninggal sebagai Laknatullah.(Allah laknat ke atas
dia)

Jadi kadang-kadang Allah sempitkan seseorang itu untuk meningkatkan darjatnya.
Dengan 'kesempitan' hidup yang dilalui, tetap beribadah, tetap solat, malah
ibadahnya lebih bagus, lebih mantap. Seperti kisah Nabi Ayyub AS yang diuji dengan
penyakit sekian lama. Allah SWT beri Nabi Ayyub a.s. kesembuhan, kembalikan
hartanya dan kurniakan anak-anak yang soleh.

Semakin diuji,
Semakin tinggi darjat di sisi Allah SWT.

6. Adakalanya Allah SWT menyempitkan seseorang itu untuk diuji.

Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,
“Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?
QS Al-Ankabut 29:2

Tujuan apa Allah SWT menguji?

untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.
QS Al-Mulk 67:2

Siapa saksi kita di akhirat nanti?
• Allah SWT.
• Malaikat Roqib & Atid.
• Manusia di sekeliling kita.
• Anggota badan kita.
• Makhluk-makhluk yang lain.

7. Ada ujian yang Allah SWT nak beri pahala kepada kita iaitu pahala bersabar
dan pahala berusaha.

Nota: Mengeluh membuka ruang syaitan masuk ke dalam diri kita.

"Macam mana aku nak usaha yang sesuai dengan redhaMu Ya Allah?"

8. Kadang-kadang disempitkan untuk Allah SWT gantikan dengan yang lebih
baik. Pemberian Allah Maha Luas, tidak berpenghujung dan tidak bertepi.

Penghargaan

* Ustaz Muhammad b. Abdullah Al-Amin (Ustaz Amin)/ALCC
* www.quran.com

* https://99namesofallah.name/ untuk Asmaul Husna dalam tulisan bahasa Arab.
dan buat
* keluarga serta teman-teman yang selalu memberi dorongan untuk saya menulis dan tak
jemu-jemu membaca tulisan saya. Jazakillah khair.

Semua orang pasti tak akan terlepas dari ujian yang datangnya silih berganti dalam
kehidupan. Ada orang dıuji dengan penyakit. Di usia yang muda, hospital menjadi
rumah kedua. Ada orang diuji dengan masalah kewangan. Semua yang diikhtiarkan
seperti tidak menjadi tetapi semangatnya tetap tak luntur dalam pasang surut
kehidupan yang tak menentu. Orang lain diuji dengan pasangan yang tidak setia
walau istananya terbina atas dasar suka sama suka. Ada orang lain diuji dengan
datangnya pelbagai musibah. Entah kenapa hidupnya seperti tak pernah lekang dari
masalah.

Macam-macam ujian dengan bentuk yang berbeza. Yang pasti, persamaannya
adalah semua ujian menyempitkan hati. Ada orang mengakhiri ujian hidupnya
dengan membunuh diri tetapi ada yang tenang sahaja meneruskan kehidupan sambil
terus berikhtiar mendapatkan solusi.

Beruntunglah insan-insan yang saat ini sedang diuji seandainya ujian itu digunakan
sepenuhnya untuk mendekatkan diri kepada Pemilik segala solusi. Tanpa ujian atau
hajat sukar bagi kita menyedari hakikat ini. Jadi, apa sahaja masalahnya, carilah
Yang Maha Mengetahui segala isi hati. Sampaikanlah permintaan anda kepada
Yang Maha Memberi. Segalanya pasti kerana hanya Dia Yang Maha Memberi
Rezeki. Di kala hati resah gelisah, carilah Yang Maha Memberi Keselamatan dan bila
dirasakan tiada ketenangan, carilah Dia Yang Maha Memberi Keamanan. Anda pasti
tak akan dikecewakan. Semoga nota ringkas ini sedikit sebanyak bermanfaat buat
anda .

Dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
buat pembaca nota ini,
maaf dipinta andai ada yang kurang.


Click to View FlipBook Version