Jubah Buat Ibu
"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa
kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak
menyusahkan aku?", marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab
sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang
ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah
dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?!",
leter ibu lagi.
Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus
membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika
dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya.
Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak
memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh
tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!!" Jerkah ibu.
Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya
bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak
menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. " Jadi betul la kau yang
mulakan pergaduhan ye?! Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang
nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan.
"Sakit bu...sakit....maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi....Bu,
jangan pukul bu...sakit bu..." Along meraung meminta belas si ibu agar tidak
merotannya lagi. "Tau sakit ye! Kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?!"
Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang
kurus itu. "Bu...ampunkan Along bu...bukan Along yang mulakan...bukan
Along....bu, sakit bu..!!", rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan
pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada
ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu
berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana
sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya
setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan
Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu.
Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang
dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi
kerananya.
Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya
tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi.
Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu
sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di
sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke
sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua,
Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan
untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya
seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah
dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di
kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu
disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi.
Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya.
Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini Along merebahkan
badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap.
Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika
dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal
dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan
kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu.
Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat
keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan
sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along
sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu
tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi
anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin
resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap
juga.
Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap
dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu.. Itupun acuh tidak acuh
sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak
mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum
memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan
kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu
menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu.
Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru
pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba
berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka...
"Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?"
Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan
yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah
menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu.
Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang
telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" "Eh jangan, nanti dulu.
Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti
kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!", si ibu
bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan.
'anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya..' bisik hati kecil Along. "Kak
Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?", soalnya lagi masih belum berganjak dari
dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan
kebahagiaan. "Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi
Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?". Along
terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari
ibunya. "Along kan hari-hari balik rumah. Kak Ngah dengan Alang lain,
diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!", terang si ibu. "Tapi,
ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..", soal Atih lagi. Dahinya
sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui
kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam
atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. "Dah tu, pergi
mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen
bas.", arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur
dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus
bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu
menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula
membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin
hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.
Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke
Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu
kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang
jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik.
'Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni....' Dia bermonolog sendiri. Along
melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu,
bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu
Fariz, sahabatnya. "La...kau ke, apa kau buat kat sini?", tanya Along ingin tahu
sambil bersalaman dengan Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak
buat apa kat sini?", soalnya pula. "Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-
tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!", jelas Along jujur. "waa...bagus la
kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macam mana?" Terlopong
mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni Riz? Nanti marah
kakak kau!", Along meminta kepastian. "Untuk kawan baik aku, kakak aku
mesti bagi punya!", balas Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu
depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz
hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau
bayar sikit-sikit." Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak
setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi
silap-silap dipukul lagi. "Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?", soal Fariz
yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku
seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu.
"Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan.
Kau jangan jual dulu baju ni tau!", pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz
hanya mengangguk senyum.
Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh.
Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka
sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka
seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak
pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan
diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama
sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani
Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. "Baru nak balik waktu ni? Buat
hal apa lagi kat luar tu?", soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba
membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan.
"Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!", leter
ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat
muka selamba seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan
Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih
memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. "Along ni teruk tau. Suka
buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu." Marah
Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan
diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi
melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu
sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang
berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya
yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar
tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti
ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu.
Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci
tangan dan meluru ke biliknya.
Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak
keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti
ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan
tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah
selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat
subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian,
Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan
nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah
di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama
beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan
tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar
untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima
bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal
dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira.
Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini
hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan
apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along.
Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik
Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda
anak-anaknya yang lain.
Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya.
Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya
yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya
menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. "Azam, kalau aku tanya
kau jangan marah, k!", soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati
nasi bungkus tengah hari itu. "Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along
kehairanan. "Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?" Along tersedak
mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar.
Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu,
Abang Joe segera menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah? Bergaduh
dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu
benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus
menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba
menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. "Azam, kau ada cita-
cita tak...ataupun impian ker...?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat
reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. " Ada " jawab Along
pendek "Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain
bola? Mekanik macam aku....atau...." Along menggeleng-gelengkan kepala.
"semua tak...Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab
Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along
yang tidak serius menjawab soalannya itu. " Ala , gurau ja la Abang Joe.
Sebenarnya....saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan...saya....saya nak jadi anak
yang soleh". Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga
Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di
dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah
bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu
menghantar ibu ke Mekah.
Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing.
Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin
terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari ni,
saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari
ni", ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang
mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak
muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk
lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak "Abang
Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe
tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe." Kata Along lagi "Tapi, kau kan boleh
datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?", soal Abang Joe. Dia risau
kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya
senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima
kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya
doakan perniagaan abang ni semakin maju." Balasnya dengan tenang. Sekali
lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan
pergi jauh.
Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk
membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia
terus ke tempat di mana baju itu disangkut. " Hey Azam, mana kau pergi? Hari
tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?", soal Fariz
setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu Along hanya tersengeh
menampakkan giginya. "Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak
bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?" "Tak pe lah, perkara
dah berlalu....lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang
perkara ni", terang Along dengan tenang. "Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau
tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz,
aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah." "Zam..kau ni....." "Aku ok,
lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama
tu." Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati
itu. "Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad
ni sekali, k!", pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah
jambu. "No problem...tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" , soal Fariz
ingin tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe.. Jadi pembantu dia", terang
Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih
sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!", jelas Along dengan panjang lebar.
Fariz mengangguk . "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?" "Hari
ni la..." balas Along. "Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?" "Bukan, minggu
depan..." "Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?", soal Fariz lagi.
"Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku
harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi." Jawabnya sambil mengukir
senyum.
Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun
Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu.
Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum
menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba
di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba
mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus
merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran
yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang
kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan
dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan
terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba
mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat
cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-
buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya
berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu,
Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke
arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu,
wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat
itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar
suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara
yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia
kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih
digenggamannya itu. "Ha..hadiah....untuk.....ibu........." ucapnya sambil
berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat
dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium
berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi.
Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada
air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam
pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.
Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along
bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan
bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna
merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. 'Buat ibu
yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along
melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along
bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu
selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu... dan terimalah hadiah
ini.....UNTUKMU IBU!' Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik
mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang
dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang
abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing,
Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan
segala apa yang dipendamnya selama ini. "Makcik, ampunkan segala kesalahan
Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik.
Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang
dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna
air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak
pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan .. dia jugak cakap, ibunya
seorang perempuan gila.." cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut
mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along
kerana kesalahan menumbuk Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada
makcik, Fariz?" Soalnya dengan sedu sedan. "Sebab.....dia tak mahu makcik
sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh
sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada
sekarang...walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok
makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula...." Terang Fariz lagi. Dia
berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.
Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota
badannya menjadi lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh
hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama
ini dianggap derhaka.
p/s : sayangilah ibu anda sementara beliau masih ada..
CERITA SEDIH
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya
terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!"
Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut
terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang.
Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian
terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat!
Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan
tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju
berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali
bila isterinya terpacul di belakang pintu.
"Anak-anak, pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum
ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu mana?"
"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."
"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu
patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati
kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali.
Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari
riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.
"Laila" Keluhnya. Akhirnya dia terlena di sofa.
"Saya nak ke out station minggu depan."
"Lama?" Soal Laila.
"Dalam seminggu."
"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"
"Budak-budak? "
"Ikut jugalah."
"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana .
Tengok masa kat Legacy dulu tu."
"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha
memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan
yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu
berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah
harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. " Bolehlah
pa... Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya
hantar awak balik kampung, Muktamad!” Demikianlah seperti kata-katanya.
Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa
meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik
kereta berhenti di perkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam
dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah
kitab lama.
"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka
bakar, abah ambik bagi kamu!"
"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan
balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!"
Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa
mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak
suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat
Laila adalah isterinya. Cuma..
"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu.
"Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."
"Papa! Makan!" Jerit Aiman, anak keduanya sambil tersengih-sengih
mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak
ke?"
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba
saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
"Awak masak apa?"
"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong
sebelum sempat mamanya membuka mulut.
"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang
selera!"
"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.
"Keluar!"
"Mama dah masak Pa!"
"Awak saja makan!"
"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil
hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya
keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah,
ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa
banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-
marah. ." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"
Kata-kata Amirul disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila
menjeling. Di hati kecilnya turut terguris. Besar sangatkah dosanya hingga
menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
"Laila.." serunya.
"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita
tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau
nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
"Sunyi pulak rumah ni mak,"
"Lama-lama kau biasalah."
Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum.
Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa
terluka. Kehilangan yang amat sangat.
"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari
outstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."
"Tak ada lah?"
"Ingat papa ni cop duit?"
Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian
rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu
mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum
petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi
ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara
perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan
berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak
tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju
mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis.
Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba
menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman dipukul lagi.
Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya.
Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya
terhadap anak-anak.
"Cukuplah Pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-
bukan. " Ujar Laila perlahan
"Macam mana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya?
Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam
ni. Panjat sana, pecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak
itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya.
Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup
dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang
bukan-bukan terhadap mereka.
"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas
betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di
halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton
dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca
pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
"Abang!"
"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan!
Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya
petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi
semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul
di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya.
Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit
pengajaran pada anak-anak.
"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long
balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti. "Alangkah
mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak
ada yang kurang. Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah
merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka
Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B
walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
"Laila..."
"Papa nak ke mana hensem-hensem begini?" Dia tersenyum sambil menjeling
ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi.
Dating ye?"
"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk
staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
"Ikut boleh?"
"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir
lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut
menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."
"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam. Lari sana sini,
panjat itu ini.”
"Papa pesanlah.."
"Nantilah besar sikit." Dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak
ikut pergi mana pun."
"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"
Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."
"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?"
Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan
anak-anak?"
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa
keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan
hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan
untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,"
ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal
tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena
bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang
anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang
dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila
tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma
perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain.
Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-
anaknya pada rakan-rakan.
"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata
bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan
menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai
diri. Kepala kedua-duanya dilagakan sedangkan perebutan itu tidak pula
disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada
elok tak ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan
anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak
berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke
sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus
menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak
yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi
kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.
Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang
selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak.
Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman
belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari
mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga
tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-
mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.
Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya.
Benarlah, kita hanya tahu menghargainya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi
membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta
lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya.
Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan
dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan
isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah.
Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan
harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.
DIARI SEORANG ISTERI
Aduh...sakitnya. Isk.... Aduuh....Bang sakitnya, tak tahan saya" keluh Nisa pada
suaminya Zakri.
"Apalah awak ni.... lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-
keluar juga. Penat dah saya tunggu. Ni mesti ada benda yang tak elok awak
buat, itu lah sebab lambat keluar budak tu. Banyak dosa la tu." rungut Zakri
pada Nisa.
Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam
bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata
begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri
terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya.
Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Dr Johari. Dr
Johari, doktor peribadi, datang dan bergegas menyediakan keperluan
menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air
mata meleleh panas di pipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan
Zakri tadi. Dr Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on, Nisa. U can do it...
Once more...." Kata ransang Dr Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan
sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Dr Johari
selepas menyambut baby yang keluar itu.
Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar
seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa, U got twin, boy and girl, putih
macam mummy dia" kata Dr Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri, it's a twin"
Dr Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri
setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pula. Memang Dr
Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby
boy dan girl itu Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa berasa
lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi.
Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa
tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi
semula. Jadi, Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania
diletakkan di nursery di hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian
dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa.
Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa
Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja
yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang
tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi
semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung
anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa
mengandung. Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima
baru tiga bulan kahwin dah mengandung... Nisa dah mengandung 2 bulan... Nisa
cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.
Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila
mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa
dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah
tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang
berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik
nak cari salah Nisa sahaja. Kenapa, bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah
penyebabnya. Tak payah nak tunjuk baik pula!" Zakri menempelak Nisa
"Jantan mana yang kau layan kat ofis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa
dengan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yang bukan-bukan, Nisa kan isteri
abang yang sah. Tak kan Nisa nak buat jahat dengan orang lain pula, bang?"
terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal, tak baik cakap
macam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil
memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar
sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu
sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis.
Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang
sah. "Woi, benda-benda tu boleh terjadilah, Nisa. Kawan baik dengan bini
sendiri, suami sendiri, bapa dengan anak. Hah! Emak dengan menantu pun
boleh jadi tau, apatah lagi macam kau ni, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu
yang satu ofis dengan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah
Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... Heee
teruk. Nasib aku la dapat bini macam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa.
"Bawa mengucap, bang. Jangan tuduh saya yang bukan-bukan. Saya bukan
perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni, saya bukan
jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. Walaupun
saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima
kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya
sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung
saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya.
Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis. Semenjak kejadian
itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja.
Nisa berehat di surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah pusat
membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah
Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis
pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong
pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat.
Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh
lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi
kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa
menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa.
Kalau diminta jemput... Macam-macam kata kesat dilemparkan pada Nisa,
perempuan tidak tau berdikarilah, berlagak senang lah, berlagak kaya lah.
Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai
sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin
dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak
layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada
Nisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, mengadu pada emak takut
dimarahi pula... Bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakon yang
mereka tidak bergaduh... Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang
masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu
Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam
keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke
dinding... Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara
Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di
Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari
dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari
malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni, bang. Biarlah kita pergi awal sikit
bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan
mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan" kata Nisa pada
Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Abang dengar tak ni, lagi
pun hari dah mula gelap, takut pula hujan nanti" desak Nisa lagi. Tiba-tiba
Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan,
tak boleh tunggu ke? suka hati aku la nak pergi malam ke, siang ke, tak pergi
langsung ke!"marah Zakri. "Itu Nisa tau... Abang dah berehat dari pagi tadi,
takkan abang masih penat lagi. Nisa cuma nak ingatkan abang saja." Nisa
memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan
di hantukkannya kepala Nisa ke dinding. Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH
sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula
membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman
aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA
ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa di sudut dinding
dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak
pecah. Kebas masih lagi ada dan kepalanya membengkak... terasa berdenyut-
denyut. ."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat abang marah" Nisa
memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak. Treet,Treet, Treet, Treet...
Bunyi handphone Zakri. "Siapa pula ni! Sibuk je...."Rungut Zakri yang tengah
sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah kafe. "Hoi, Encik Zakri!
Bini kau dekat wad tak pergi jenguk ke, apa punya laki la kau ni?” sindir Azlan,
kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak
cangkung! Ha,ha,ha!" gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam
diri. "Senangnya hidup Zakri ni, tak ada risau langsung pasal bini dia"cetus
hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa duduk
sebelah dia tau... Mereka perlukan kita masa tu... Nyawa mereka dihujung
tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau,
cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan. Lagipun Nisa dah
bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi"
jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ada apa-apa nanti kau
jangan menyesal Zakri. Sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet,
Treet... Bunyi handphone Zakri. "Hello, Zakri speaking" jawab Zakri.
"Hello, Zakri. Dr Johari sini, ada masalah la, Zakri. Pasal Nisa, datang
segera ke hospital ye Zakri. Nisa tidak sedarkan diri......" panggilan
kecemasan dari Dr Johari "Iye ke? teruk ke dia, Johari? Okey, aku datang.”
Zakri menamatkan perbualannya dengan Dr Johari. "Lan. Kau ikut aku, Nisa
tak sedar diri .."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat?"tanya
Lan pada Zakri. "Alah jom la cepat" desak Zakri. "Zakri, kami tak dapat
selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ni
pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat kerana sebelah kanan kepalanya
kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama” tanya Dr
Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri.
Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan
menghantukkan kepala Nisa ke dinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu
Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke klinik untuk membuat pemeriksaan
kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk... tapi
Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa.... baginya Nisa mengada-
ngada. Saja buat-buat sakit untuk minta simpati... Tetapi sebaliknya... Zakri
hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya
rasa menggigil... "Dr Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit
kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di nursery, sakit yang amat
sangat katanya. So, Dr Zainal membawa Nisa ke makmal untuk membuat
scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia
sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa
tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau, Zakri. Nisa telah pergi
dulu dengan tenang. Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca
diarinya. I'm really sorry, Zakri. ALLAH maha berkuasa, Zakri. Kita tak dapat
menghalangnya" kata Dr Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang
berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru. Zakri mengambil
diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi
tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari. Zakri
membacanya sepintas dan nyata keluhan, kesakitan segala luahan rasa Nisa
semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya
perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH, kenapa aku buat Nisa
begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan
terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan
bunga ros merah yang telah kering... membuat Zakri tertarik untuk
membacanya.. .Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U, bang...
"SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum. Abang, ingat tak bunga Ros merah ni? Abang berikan pada
Nisa sewaktu mula mengenali abang. Lama Nisa simpan bunga tu, bang... Bunga
inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan abang. Nisa benar-benar
menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa.
Abang tak pernah tahu, kan? Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya
Nisa pada abang... Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar abang panggil Nisa
AYANG seperti kita baru kahwin... Abang panggil Nisa AYANG... Terasa diri
dimanja bila abang panggil Nisa macam tu... Walaupun Nisa dapat merasa
panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan
AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah
abang pada Nisa? Abang...muka surat ni khas utk abang. Bacalah, semoga
Abang tahu betapa sayangnya Nisa pada abang. Abang ingatkan hari ni hari
ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan abang... Danial
dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa
inginkan melainkan kasih sayang abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari
ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui-NYA.
Nisa harap abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan
sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah
paling berharga dari diri Nisa, dan mereka adalah darah daging abang.
Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah
mereka... Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa
melainkan abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk abang
seorang. Terima kasih kerana abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa ini
cuma menumpang kasih di sebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil
hinggalah Nisa bertemu dengan abang dan berkahwin. Nisa harap abang tidak
akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak
kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang
bukan dari darah daging Nisa... Tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi
kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat abang akan
sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa
bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya
seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa.
Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging
abang... Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama
setahun kita bersama. Sekiranya abang tidak sudi menerima Danial dan Dania,
berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala
perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak
menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga
pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang... Dania
mengikut raut muka abang... Sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial
akan mengikut iras raut wajah Nisa... Ibunya... Sejuk perut Nisa
mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk abang. Semoga abang
masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada di sisi abang
dan kembar kita. Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa untuk abang dan semua. Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa
"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih
ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. “YA
ALLAH, Nisa maafkan abang, Nisa.” Zakri longlai dan diari di tangannya
terlepas, sekeping gambar di hari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh
dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis,
"HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN
SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS
DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN
AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KE
AKHIR HAYAT NISA.”
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh
tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap
perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak ingatannya...
Setiap perbuatannya seperti wayang jelas terpampang.. Kenapalah sampai
begini jadinya... kejamnya aku... Nisa, Nisa, Nisa, maafkan abang, Nisa.
Sewaktu jenazah Nisa tiba di rumah suasana amat memilukan. Zakri tidak
terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa.
Namun, emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam
pangkuan neneknya. Saat akhir untuk melihat jenazah Nisa, Zakri lihat muka
Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan
lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa, abang minta ampun dan maaf"
bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta
penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi
ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar
seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri
ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila
kembar itu diangkat oleh Zakri.
Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada
neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya
termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi
biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, ibu mereka yang melahirkan
mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan
menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan
akhirnya, jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai
meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di
pusara Nisa yang merah tanahnya... meratapi pilu, berderai airmata dengan
jutaan penyesalan “YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya
KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA
ALLAH....” akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,
Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan
lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar di
muka Nisa yang putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak ke mana Nisa, Nisa, Nisaaa...
Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA
ALLAH ! Zakri, Zakri, bangun Zakri... dah hampir senja ni, mari kita balik,
kenapa kau tidur kat sini, Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari
jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendong kembar. Mereka menangis.
Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak
kembar dan seraya itu, kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania, anak
ayah. Ayah akan menjagamu nak... kamulah penyambung zuriat, darah daging
ayah...” emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu
lemah meninggalkan pusara Nisa...
10 PERKARA BUKTI BAHAWA LELAKI ITU RUMIT
1. Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta
kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.
2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk
menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.
3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.
4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.
5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu
bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.
6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya.
7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang
pengasuh.
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.
8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.
9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu
sukar untuk dijaga hati.
10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah
semua ini tidak benar*
IBU MITHALI
PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya,
telah terkalung pingat "Ibu Mithali". Tangan kanannya menggenggam erat satu
sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah
iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.
"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada
penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir. Penerima ini agak lain
daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah
Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil
memperkenalkan ibunya. Dipersilakan."
Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu.
Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit
hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang
wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.
Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke
pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang
kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka
dijemput?
Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai
sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung
ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.
Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima
sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia
beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.
'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan
menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti
hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap
berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang
dipakainya.'
Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku.
Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan
penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku.
Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan. Sempat juga aku
mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang
duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-
masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang
sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.
Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk
semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat
mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling
selesa.
"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana
dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang
ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak
penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang
penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini." Suasana menjadi sunyi. Hadirin
memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.
"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian
itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat
saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang,
disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk
membantu menjaga anak-anak kandungnya"
"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang
pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti
akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video
yang memaparkan kehidupan anak-anak kandung mak. Sebelum itu, saya harus
menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri
daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin
masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Mithali" yang baru
menerima anugerah sebentar tadi."
Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.
"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin
kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.
"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang
merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke
ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada
dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam
bilik itu, ialah Abang Andak."
"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan
mental abang-abang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak
boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah
kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak
berumur satu atau, dua tahun."
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka
menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.
"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah
menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan
sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan
berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan
makan dan, pakai mereka."
"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui
abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa
daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati
melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."
"Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?"
Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu
telah menyemarakkan api radang saya
"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segala-galanya untuk
kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"
"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka
cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa
membantu mereka."
"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua
anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka
tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"
"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali
dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu
tidak pernah mengundang rasa simpati saya.
"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh.
Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-
sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar
kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong. Saya akan
merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan
yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas
tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya
ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai
mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung
tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya,
kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."
"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya
pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah
orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."
"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan
petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya
mencadangkan hal itu.
"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar
yang telah sedia terentang di hadapannya."
"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua
belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah
terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan
untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah. Sebelum
meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak
sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan
kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.
"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-
kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan.
Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar
kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya
mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya
menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya
memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik
sepahkan nasi dan tumpahkan air. Penat saya membersihkannya. "
"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya
lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus
melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak.
Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu
untuk mencari ketenangan."
"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada
mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang
lebih menyayangi Mirah, bukan mak."
"Mirah!" Ibu merangkul saya. "Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu
bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."
"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi
itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya.
Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya.
Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat
menjaga seorang anak normal.
Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."
"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan
cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga
Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat
melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal
bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi
Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."
"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu
tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"
"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja
mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-
abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi
mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."
"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya
tahu saya bersalah.
"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang
kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan
mak."
"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."
"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu
dapat meringankan penderitaan mak.
Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."
"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."
"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa
yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-
kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak
pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga.
Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan
meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak
lihat Mirah terima hadiah."
"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya
tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."
"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu
kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang
diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru."
"Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini, saya dapati mak
yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-
kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik
kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-
gelisah."
"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik
saya. "Mirah."
"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."
"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur
rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak-
kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah
masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar-
benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah
lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-
kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"
Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya.
Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap
wajah mak ketika itu.
"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."
Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di
atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata
muka dan leher saya.
"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-
galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah
menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. .."
"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang
lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.
Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya
terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan
menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan
abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.
Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu
berbicara.
Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima,
saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di
sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.
"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"
"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan
sempurna?"
"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan
daripada abang-abang dan kakak-kakak! "
"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"
Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip
memandang saya.
"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan
mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "
"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah
menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.
"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah
semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.
Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka
terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah
mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus
menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.
Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya
daripada kerja-kerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga
makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya
terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu,
lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.
Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh
semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya
dengan penuh minat.
"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran
di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sana saya membuat pengkhususan dalam
bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin
menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping
itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama
untuk abang-abang dan kakak-kakak. "
"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru
pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui, segulung ijazah
yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-
mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."
"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang
dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali
saya terdengar perbualan mak dan ayah."
"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada,
bang?" suara mak diamuk pilu.
Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan
Mirah pula?"
"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan
dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."
"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-
abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka
bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah
dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan
Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah
dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."
Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk
sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin,
khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.
Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai
pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak,
di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan
merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima
anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang
disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.
"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai
banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak
tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa
kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan
ayah."
"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih
tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima
anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah
mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-
kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan
anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."
"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini,
bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan
ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda
yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel,
segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."
"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya
kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai
salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan
mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan
mak."
"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "
Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.
Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri.
Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam
pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera
rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar
secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah
menarik perhatian wartawan-wartawan lain.
'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat
skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'
Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.
Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian
yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.
"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak
sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri
Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu
Mithali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Mithali" serta beberapa hadiah
iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan."
Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin
maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut
maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan
perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.
Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang
mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau
menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.
Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian,
seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Mithali" sebelumnya, naik ke
pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah.
Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Mithali" yang
terakhir itu.
APAKAH HATI MU TIDAK TERSENTUH DENGAN KISAH INI........... DI
MANA KASIH SAYANG MU BUAT IBU????????
SEKARANG DI MANA AYAH IBU MU????
TELAH BERTANYA KHABAR MEREKA HARI INI....?
AYAH IBU MU MERINDUI MU SEKARANG INI.........JANGAN MERINDUI
NYA SETELAH KETIADAAN NYA NANTI.........................
UPAHKU
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si
anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-
legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di
belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -
PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -
PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu -
PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana
bimbangkanmu -
PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum,
pakaian,
dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -
PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si
anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat
yang sama ditulisnya.
IBUKU SEORANG PEMBOHONG
Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya
memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8
kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk
dijadikan renungan anda sekalian.
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak
lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami
sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan
berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil,
saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak.
Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian
nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata :
"Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya
untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan
hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan
kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar
dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk
disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang
daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti
itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan
itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah
nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan
membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan
saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga
dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di
hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana
mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun
pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk
lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani
saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah
siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di
luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa
kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika
loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut
saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang
jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera
memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu
cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" –
PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan
dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual
kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu.
Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga
yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan
kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-
jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki
yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu
yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya
tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU
YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak
payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi
ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk
memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota
besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun
begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu
mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit."
– PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke
peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya
oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian
saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di
luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk
menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu
sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan
penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan
dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak
mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa
tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita
ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang
ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk
menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital
setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah
saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman
biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci
tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah
memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya
menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu
kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih,
sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum
dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU
YANG KELAPAN.
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup
matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk
dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya
sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini
saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu
lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-
kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang
terakhir.
Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…
Menunggu Saat Kematian
Dia memang nampak sempurna dari semua segi. Dikurniakan wajah yang jelita,
otak yang cerdas dan dilahirkan dalam keluarga yang berada. Sesiapa saja akan
mencemburui nasib Azalea. Tutur kata yang lemah lembut dan tingkah laku
yang sopan amat disenangi setiap orang. Azalea memang disenangi, ramah dan
tidak sombong dengan kelebihan yang diamiliki.
Gadis itu nampak gembira sekali, bahkan dia bagaikan dicipta untuk hidup
gembira saja. Tapi, siapa tahu? Gadis itu gadis yang sedang menunggu saat
kematian yang muncul bila-bila masa. Dia di sahkan menghidap penyakit barah
hati. Sampai sekarang dia menanti penderma yang sesuai. Tapi, hasilnya masih
mengecewakan, sedangkan barah itu semakin menular. Kadang-kadang dia
ingin seperti orang lain, biar tidak kaya, biar tidak bijak, biar tidak cantik,
asalkan dirinya sihat. Dia menangis keseorangan. Hanya keluarga yang prihatin
mendorongnya untuk terus hidup.
Dia takut sekali untuk memejamkan mata, takut lenanya tanpa jaga. Derita
yang ditanggung amat menyakitkan. Ada kala dalam gelak air matanya
mengalir. Dia takut sekali apabila tiba-tiba lintasan ajal dan dia dijemput
menghadap Ilahitanpa sempat menyampaikan pesan kepada insan-insan
tersayang.
Saat-saat yang dilalui seakan tiada makna. Dia betul-betul rasa buntu
denganarah hidupnya. Di kampus dia menjalani hidup seperti kebiasaan. Dia
seorang pelajar yang baik. Dia memang hebat di mata pensyarah-pensyarah dan
kawan-kawan. Tapi, tidak bagi Amri, baginya, gadis itu terlalu sempurna. Dia
harus mencari kelemahan gadis itu. Dia tidak senang apabila nama gadis itu
sentiasa menjadi yang mendahuluinya dalam setiap perkara. Ada dendam yang
harus dilangsaikan.
Azalea sendiri tidak mengerti dengan lelaki itu. apa yang dia buat serba tak
kena di mata Amri. Dia tidak kenal sangat dengan lelaki itu, tapi dia senang
sekali melihat wajah tenang jejaka itu. Tapi dia tidak tahu kenapa lelaki itu
sering mahu berdebat dengannya. Ada-ada saja yang hendak dibantah. Wajah
lelaki itu tetap tenang, walaupun kata-kata berbisa yang keluar dari mulut itu.
Namun dia tahu lelaki itu baik kerana kawan-kawan tidak pernah berkata
buruk tentang lelaki itu.
Amri mendapat idea untuk mendekatkan diri pada Azalea. Melalui risikannya
daripada beberapa teman gadis itu, gadis itu mudah bersimpati. Dia harus
mengambil peluang itu. Gadis itu harus menebus kesalahan ayahnya. Ayah
gadis itu telah membunuh ibu bapaku, ayah gadis itu telah menyebabkan ibu
bapanya terlibat dalam kemalangan maut.
" Assammualaikum.... Lama dah kita sekelas. Tapi..tak pernah berbualkan?"
Amri memberanikan diri menyapa gadis itu. Dia berharap gadis itu sudi
memanjangkan bicara. Dia perasan kekagetan wajah itu.
" Tak sudi ke?" Tanya Amri. Azalena terpana.
" Eh! Waalaikummussalam... hmmm..apa awak cakap tadi?" Tanya Azalea
separuh sedar. Tidak menyangka lelaki itu akan menyapanya.
"Hmmm...saya cakap. Kita dah lama sekelas. Tapi tak pernah berbual. Boleh
kita berbual sekejab? Sebagai kawan." Amri cuba membuatkan gadis itu selesa.
Azalea tersenyum, dia membetulkan duduknya. Amri agak terpesona dengan
senyuman itu. Betul kata kawan-kawan. Gadis itu memang sangat cantik. Dia
cuba menghalau perasaan asing yang cuba menular. Dia mengingatkan diri
tentang dendamnya.
" Oh....apa salahnya. Saya ingatkan awak tak suka kat saya." Ucap Azalea
berterus terang. Amri sedikit terkejut, tapi dia kembali mengawal perasaannya.
Gadis manis bertudung putih di depannya itu sukar sekali dibenci. Dia sudah
berusaha untuk membenci, tapi ternyata tidak sedikit pun perasaan benci itu
hinggap di hatinya. Yang ada hanyalah perasaan kurang senang dan dendam
terhadap bapa Azalea.
" Awak ingat saya tak suka awak ke?" soal Amri. Azalea terdiam sebentar.
" Hmm...memang saya fikir macam tu. Yelah...kita selalu sangat berdebat. Saya
minta maaf andai awak terasa." Balas Azalea. Dia meliarkan pandangan
disekitar kantin itu. Rohani kawan rapatnya belum jugak muncul.
" Tak adalah.... Bukan saya tak suka. Tapi saya suka dengar awak membalas
setiap patah perkara yang kita debatkan. Walaupun berdebat, suara awak tetap
lembut. Saya suka dengar awak bercakap." Tanpa sedar Amri meluahkan
sedikit rahsia hatinya. Dia tidak dapat menafikan yang dia suka mendengar
suara gadis itu, lembut dan bersopan. Wajah Azalea merah.
" Boleh kita jadi kawan?" Tanya Amri melindung gugup. Dia takut sekali niat
membalas dendamnya tersasar.
" Boleh..... Panggil saya Alea." Balas Azalea ramah.
" Saya... Amri, awak boleh panggil saya Am. Kalau nak panggil abang Am pun
boleh." Amri cuba bergurau. Azalea tergelak. Amri sekali lagi tergamam, manis
dan cantik sekali.
" Tak sangka awak ni suka bergurau." Azalea mula menyenangi kehadiran
lelaki itu.
" Banyak yang awak tak tau tentang saya tau. Tak kenal maka tak cinta. Mana
tau lepas kenal saya awak jatuh cinta. Ops..." Amri menutup mulutnya. Azalea
tergelak lagi.
" Tak semudah itu saya jatuh cinta tau." Azalea menegaskan katanya sekadar
membalas usikan Amri. Bukan dia tak nak jatuh cinta, tapi dia takut tidak
mampu membalas cinta itu kerana hatinya makin lemah.
" Apa? Awak ada kanser? Cakap betul-betul Am, jangan main-main." Azalea
terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh Amri itu. Sukar dia hendak
menerima semua itu menimpa sahabat baiknya. Sejak tiga bulan dulu, Amri
menjadi sahabat baiknya. Walaupun masih ligat berdebat, tapi tutur kata tetap
dijaga.
" Betul Alea. Dah lama dah saya sakit." Bohong Amri. Azalea sayu melihat
wajah Amri, rupa-rupanya bukan aku seorang aje yang menunggu kematian.
Dia pun, dia memang seorang yang tabah. Hanya aku yang seakan mengalah
dengan penyakit ini.
" Saya tak sangka...awak pun ada penyakit berbahaya." Azalea sebak. Amri
menyembunyikan senyuman, dia berjaya memancing simpati Azalea. Dia dapat
melihat air mata berlinang di tebing kelopak mata gadis itu.
" Saya pun tak sangka pada mulanya. Tapi, bila doctor bagi tau, saya rasa dunia
saya dah musnah. Saya sedih sangat. Awak nak ke berkawan dengan saya?
Seorang yang sedang menunggu kematian yang entah tiba-tiba akan
datang."Bohong Amri lagi. Azalea mengesat air matanya. Wajah itu ditatap
penuh ikhlas.
" Saya akan tetap di sisi awak, walau macam mana pun keadaan awak. Kita
sama-sama habiskan sisa hidup yang ada dengan bahagia." Tanpa sedar Azalea
melafazkan kata-kata. Amri agak keliru dengan ayat terakhir Azalea. Sisa
hidup?Tapi dia malas hendak berfikir panjang. Apa yang dia tahu dia gembira
apabila Azalea betul-betul percaya kepadanya.
Azalea menghantar langkah Amri dengan air mata. Dia dapat melihat kepiluan
dimata itu. Kita sama-sama menunggu kematian Am. Kita sama-sama akan
habiskan sisa hidup bersama. Bisik hati Azalea.
" Kenapa ni nak? Alea sakit ke sayang? " Tanya Datin Naini, ibu kesayangan
Azalea. Bawah mata sembab anaknya dipandang dengan hati yang tertanya-
tanya. Dia memegang bahu anaknya lembut. Azalea memeluk tubuh kurus
ibunya.
" Mak....dia pun macam Alea. Dia pun seorang yang menunggu kematian. Dia
pun sakit..." sedu Azalea di bahu itu. Datin Naini tidak mengerti, dia hanya
membiarkan anaknya meluahkan dulu apa yang disimpan. Sambil itu
tangannya mengusap belakang anaknya dengan penuh sifat keibuan.
" Alea ingat... Alea je yang paling malang. Tapi, rupa-rupanya ada orang lain
jugak yang menderita. Tapi dia sungguh tabah. Dia tak pernah nampak patah
semangat macam Alea. Alea nak jadi macam dia." Tangis Azalea. Datin Naini
menarik tangan anaknya lembut ke sofa. Mereka melabuhkan punggung di situ.
Dia mengusap lembut kepala anaknya di pangkuan. Dia ingin tahu siapa
gerangan yang diceritakan anaknya. Dia ingin mengucapkan terima kasih pada
insan itu.
" Siapa tu nak?" Tanya Datin Naini sebak.
" Am mak... kawan Alea yang Alea cakap dulu. Dia sakit mak, tapi dia tak putus
asa. Dia tabah." Beritahu Azalea diiringi esak tangisnya.
" Janganlah menangis sayang... mak nak anak mak tabah macam dia." Ucap
Datin Naini. Azalea angguk perlahan, dia masih berbaring manja di pangkuan
ibunya. Dia memang manja, biarpun nampak serius, namun keletah manjanya
hanya tika dia bersama dengan keluarga kesayangan.
" Awak...awak dah makan ubat?" Amri tersentak dari menungan. Dia menoleh
ke arah suara lembut itu. Dia teruja melihat senyuman manis Azalea. Bibirnya
kaku untuk bersuara, entah mengapa dadanya berdebar semacam.
" Kenapa awak ni?" Tanya Azalea hairan. Dia mengambil tempat di sisi Amri.
Amri diam, dia dapat menghidu wangian yang sering digunakan gadis itu
walaupun jarak mereka agak jauh di kerusi panjang itu.
" Am..." panggil Azalea. Amri tersentak lagi.
" Awak... apa awak Tanya tadi?" Amri tersipu mengenangkan kelekaannya
tadi. Wajahnya hangat apabila mendengar gelak halus di sisinya. Dia teruja lagi
melihat tawa itu, gigi gadis itu tersusun kemas nampak indah bila ketawa.
" Awak berangan ya..." usik Azalea.
" Mana ada..." nafi Amri.
" Eleh...bohong...tadi tu apa? Tak dengar pun soalan saya." Azalea ingin
mengusik lagi.
" Tadi tu saya berfikir..." balas Amri sambil tersengih. Azalea tergelak, Amri
ikut sama gelak.
" Awak ni ada-ada je.. saya tanya tadi... awak dah makan ubat?" Tanya Azalea
prihatin. Amri mengelabah.
" Dah...dah..sebelum ke sini tadi saya dah makan." Bohongnya, walaupun
menyedari menipu itu berdosa, tapi dia bertekad untuk meneruskan jugak.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
" Hmmm...baguslah macam tu. Saya tak nak kawan saya sakit." Ucap Azalea.
Dia menyatu jari jemarinya. Memang mereka selalu menghabiskan masa disitu,
di taman bersebelahan dengan perumahan keluarga Azalea. Adik bongsu Azalea
sentiasa menemani mereka, Azirul yang berusia 10 tahun sedang leka bermain
buaian.
" Kawan je?" Tanya Amri berani. Giliran Azalea tersentak.
" Apa maksud awak?" Tanya Azalea sedikit cuak. Dia takut, takut rahsia
hatinya turut diketahui.
" Awak tak pernah ke..sayang kat saya?" Tanya Amri.
" Sayang....saya sayangkan awak sebagai kawan saya." Balas Azalea berpura-
pura tenang. Amri tidak putus asa, misinya mesti berjaya.
" Saya nak kahwin dengan awak Alea. Saya tau saya tak layak, tapi saya
cintakan awak. Saya nak awak jadi isteri saya." Luah Amri berani. Azalea
tergamam. Dia terdiam.
" Alea....bagilah jawapan. Jangan membisu je.." Amri sedikit mendesak.
" Tak boleh Am.. kita tak boleh kahwin." Balas Azalea. Dia takut, saat dia
berbahagia nanti dia tidak sampai hati untuk meninggalkan lelaki itu.
" Kenapa tak boleh? Kenapa? Kerana saya dah nak mati? Sebab itu awak tak
nak pertaruhkan hidup dengan orang yang berpenyakit macam saya?" tegas
Amri. Dia berdiri tegak. Azalea masih membisu. Bukan begitu Am, hatiku
memang kuat mencintai kau, tapi... hatiku juga makin lemah untuk
menjalankan fungsinya. Jerit hatinya. Tiada siapa tahu perasaannya melainkan
yang Maha Esa.
" Tak payah cakap apa-apapun saya tau Alea. Awak memang tak sanggup nak
hidup dengan orang yang dah nak mati macam saya." Amri melangkah ingin
pergi dari situ. Azalea terpana, pantas tangannya mencapai lengan Amri. Nasib
baik Amri menggunakan baju lengan panjang. Perlahan-lahan, Amri berpaling
memandang Azalea. Dia terkejut melihat wajah itu sudah basah dengan air
mata.Terasa ingin sekali dia mengesat air mata itu, tapi dia sedar batasan
mereka. Dia rasa bersalah dengan penipuannya. Azalea turut melepaskan
pergelangan tangan Amri.
" Am... awak tak faham. Saya pun gadis yang menunggu kematian. Am... saya
tak kuat Am.. saya sayang awak. Tapi... keadaan tidak membenarkan saya
menyempurnakan kehendak awak dan saya sendiri. Lagipun kita masih belajar.
Am...maafkan saya." Ucap Azalea pantas berlalu meninggalkan Amri. Amri
tergamam di situ, dia hanya memandang Azalea melangkah pergi sambil
berpegangan tangan dengan Azirul. 'Gadis yang menunggu kematian?' apa
maksud dia?
Amri terkejut apabila menerima panggilan daripada ibu Azalea memberitahu
ingin berjumpa. Dia menerima pelawaan wanita itu. Seperti yang dipersetujui
mereka bertemu di restoran Rasa Sedap. Dari jauh dia melihat wanita yang
berusia separuh abad sambil ditemani Azirul, adik Azalea.
" Assalammualaikum mak cik..." sapa Amri.
" Waalaikummussalam.... Duduk Am.." balas Datin Naini sambil tersenyum
ramah. Amri melabuhkan punggung sambil menundukkan sedikit kepala
sebagai tanda hormat. Amri hanya memesan air tembikai, dia tidak berselera
untuk makan. Dia hanya hendak mengetahui tujuan ibu Azalea itu menemuinya.
" Begini Am... Mak cik dapat tau Am dah melamar Alea untuk jadi isteri.
Betulke? Am serius?" Tanya Datin Naini. Amri telan air liur." Betul mak cik.
Saya memang nak dia jadi isteri saya. Saya tau saya tak layak, tapi saya sayang
dia mak cik. Berilah saya peluang makcik." Ucap Amri berani. Datin Naini
mengangguk-anggukkan kepala beberapa kali. Pesanan air tembikai Amri
sudah sampai, Amri meneguk air beberapa kali. Terasa kering tekaknya.
" Tahu kenapa Alea menolak?" Tanya Datin Naini lagi. Amri menggelengkan
kepala.
" Am... makcik memang tak halang kalau korang nak kahwin. Family kami
okey.. cuma Alea. Dia rasa dia tak mampu bahagiakan Am nanti. Dia pun
macam Am, dia sakit jugak Am. Selama ni dia pinjam semangat Am untuk
teruskan hidup. Makcik pun nak ucapkan terima kasih kerana Am telah
pulihkan semangat dia untuk hidup." Amri terpana mendengar kata-kata Datin
Naini. Alea sakit? Sakit apa?
" Apa maksud mak cik?" Tanya Amri dengan debaran.
" Dia dah lama menghidap barah hati Am. Mak cik tau, memang dia tak pernah
cakap kat kawan-kawan dia sebab dia tak nak orang susah hati. Tapi mak cik
harap Am pun sudi terima dia." Amri tersandar di kerusi mendengar kenyataan
itu. 'kita sama-sama habiskan sisa hidup kita'. 'saya gadis yang menunggu
kematian'. Bagaikan terngiang-ngiang kata-kata Azalea dulu. Dia rasa bersalah
sangat.
" Am tak tau mak cik... tapi... izinkan saya ambik dia sebagai isteri saya." Kali
ini Amri benar-benar bertekad. Dia ikhlas untuk memperisterikan gadis itu,
bukan untuk melunaskan dendamnya.
" Mak cik sentiasa merestui Am. Mak cik izinkan." Balas Datin Naini sebak. Dia
ingin anaknya bahagia.
" Tapi....ada perkara saya nak terus terang kat mak cik. Saya harap makcik
maafkan saya. Tentang perasaan saya terhadap Alea, saya tak tipu, saya
memang cintakan dia." Amri ingin berterus terang. Datin Naini angguk. Amri
menceritakan segalanya. Bermula dari rancangannya pada mulanya hendak
membalas dendam, menjadi kawan kepada Azalea dan akhirnya jatuh cinta.
Berkali-kali dia berjanji akan membahagiakan Azalea sebelum Datin Naini
benar-benar yakin.
......................................................................................
" Saya cintakan awak.... banyak..." lafaz Amri ketika dia bersantai bersama
isteri kesayangan di koridor chalet. Sudah 2 minggu mereka bergelar suami
isteri, dan 3 hari yang lalu mereka sampai di situ untuk berbulan madu.
" Saya cintakan diri saya sendiri..." terbeliak mata Amri mendengar kata-kata
isterinya. Dia memasamkan wajah melihat wajah nakal isterinya mengusik.
Pantas dia menyambar tubuh isterinya. Azalea terjerit.
" Lepaslah...." Azalea menjerit kecil, dia memukul-mukul kecil lengan suaminya
yang kemas dipinggangnya. Pelukan itu semakin erat, akhirnya dia hanya
membiarkan tangan itu menyulami pinggangnya. Dia mencari wajah suaminya
dibelakangnya.
" Alea cintakan abang tak?" Tanya Amri manja. Dia membelai rambut Azalea,
sudah lama dia mengangankan untuk membelai rambut itu, akhirnya setelah
menjadi suami isteri dia dapat jugak merasa nikmat itu. Hanya dia yang berhak
berbuat begitu, hanya dia, kerana isterinya itu tidak akan membenarkan
rambut itu dilihat lelaki bukan halal.
" Alea....cintakan diri sendiri aje...." Balas Alea lagi. Amri memuncungkan
mulut.
" Malam ni abang tinggalkan Alea tidur sorang-sorang je. Biar Alea kena gigit
hantu." Usik Amri. Azalea tertawa. Dia melentokkan kepala manja dibahu
suami tercinta. Dia mengusap pipi Amri, Amri suka sekali dengan tingkahmanja
Azalea. Bukan dibuat-buat, tapi spontan. Dia sendiri pun tidak menyangka gadis
yang nampak serius seorang yang manja.