The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSSSKEPSIH, 2021-09-14 22:02:46

Koleksi-Cerita Pendek

Koleksi-Cerita Pendek

" Perlu ke Alea nak ucap yang Alea cintakan abang? Abang dah jadi sebahagian
dari diri Alea, jadi... Alea cintakan abang seperti cinta pada diri sendiri. Alea
cintakan abang kerana cinta abang terhadap yang Maha Esa. Alea cintakan
abang kerana ketaqwaan abang terhadap Allah. Alea sentiasa berdoa agar cinta
kita terhadap Allah melebihi cinta kita terhadap diri sendiri." LuahAzalea.

" Terima kasih kerana jadi isteri abang." Ucap Amri. Azalea hanya tersenyum
sambil mengucup tangan suaminya. Amri insaf mendengar kata-kata isterinya.
Dia begitu bersyukur bertemu jodoh dengan Azalea. Dia masih ingat betapa
payah dia hendak meyakinkan Azalea menerimanya dulu. Dia masih ingat esak
tangis gadis memberitahu yang dia gadis yang menunggu kematian.

" Abang... Alea rasa tak sihat..." adu Azalea selepas mereka solat subuh
berjemaah pagi itu. Amri pantas meraba dahi isterinya. Dia risau apabila
merasa kehangatan di situ.

" Alea dah makan ubat?" Tanya Amri.

" Dah..." balas Azalea. Amri menarik tangan isterinya lembut dan
membaringkan tubuh itu ke tilam.

" Meh sini abang picit ye.... Pukul 9 nanti abang bawa pergi klinik."Amri
memicit lembut dahi isteri tercinta.

" Kita kan ada kuliah nanti." Balas Azalea.

" Alah....kita ponteng sekali ni aje. Lagipun Alea tak sihat, nanti minta MC dari
doctor." Ucap Amri, jemarinya masih memicit lembut dahi itu. Lagipun hanya
tinggal sebulan lagi mereka menjadi pelajar.

" Alea je yang dapat MC tau.." Azalea tergelak. Amri turut tergelak. Azalea
memejamkan mata mengusir rasa pening. Dia akhirnya terlelap.

Selepas menjalankan pemeriksaan Azalea duduk di sisi suaminya di depan meja
doctor. Doctor Nur tersenyum pada pasangan suami isteri muda itu. Dia
membelek kertas di tangannya

" Tahniah... you berdua bakal jadi ibu dan ayah." Doctor Nur menghulurkan
tangan pada Azalea. Teragak-agak Azalea menyambut, dia tergamam. Amri di
sebelah bagaikan hendak menjerit kegembiraan. Wajahnya berseri.

" Berapa bulan doctor?" Tanya Amri gembira, tangan isterinya digengam erat.

" Baru masuk lapan minggu. Hmm...jaga wife you baik-baik
tau.Lagipun..kesihatan dia pun tak berapa baik jugak." Pesan doctor Nur.
Azalea hanya terdiam.

Azalea hanya membisu sejak dari tadi. Tidak sepatah pun bersuara, Amri
perasan perubahan isterinya.

" Kenapa ni sayang? Alea tak bahagia, tak lama lagi kita akan jadi ayah dan
ibu?" Tanya Amri sebaik mereka keluar dari bilik doctor Nur.

" Abang...abang tak ingat ke keadaan kita? Kita mungkin tak dapat hidup lama
bang....macam mana dengan anak kita nanti? Mereka akan kehilangan kita.
Ataupun...Alea akan pergi sebelum sempat melahirkan baby ni.." luah Azalea.
Dia mengusap perutnya yang masih kempis. Ibu sayangkan baby... maafkan
ibu...

Amri memeluk isterinya. Dia mengerti kenapa isterinya begitu.

" Alea kena ingat... Allah yang menentukan segalanya. Allah memang nak bagi
baby ni untuk kita sebagai bukti cinta kita." Pujuk Amri. Azalea hanya angguk.

" Kita berserah pada Allah...kita jangan terlalu cepat berputus asa. Alea kena
jaga diri dan baby tau. Terima kasih kerana kandungkan zuriat abang.... Abang
cintakan Alea." Ucap Amri.

" I love you too."

" I love you three.." balas Amri nakal. Azalea tergelak bahagia.

" Syukurlah.... Alea nampak sihat je.." Datin Naini tersenyum bahagia melihat
anaknya yang sedang sarat mengandung dengan jubah konvokesyen. Mereka
bergambar kenang-kenangan bersama keluarga dan kawan-kawan. Teruk jugak
Amri dan Azalea di usik teman-teman yang nakal.

Datin Naini memimpin tangan Azalea duduk di bangku panjang. Amri
mengambil gambar isterinya berkali-kali.

" Mak...jaga anak Alea nanti ye... kalau Alea tak sempat tengok dia besar. Mak
kena tolong abang Am jagakan anak kami. Mak bawakan dia lawat Alea nanti.
Mak kena janji ya... mak kena cakap kat anak kami, yang Alea sangat
sayangkan mereka." Datin Naini terpana mendengar permintaan anaknya. Dia
menangis memeluk anaknya.

" Jangan cakap macam tu nak... kita jaga sama-sama." Balas Datin Naini.Datuk
Azrul dan Amri yang memandang kelakuan dua beranak itu menahan
sebak.Tiada lagi dendam Amri terhadap Datuk Azrul kerana rupa-rupanya
Datuk Azrul telah menebus kesalahan dengan menanggung segala

perbelanjaannya dulu. Dia pun baru tahu setelah mak usunya menceritakan hal
sebenar. Lagipun menurut makusunya, kemalangan itu memang tidak
disengajakan.

" Cakap kat abang Am... kalau anak-anak ni kembar perempuan namakan dia
Alia Balqis dan Anisa Balqis. Dan kalau dua-dua lelaki Arief Amsyar dan Arief
Ammar." Pesan Azalea lagi. Datin Naini gagal bersuara kerana menahan tangis.
Datuk Azrul dan Amri menghampiri mereka.

" Kenapa ni?" Tanya Datuk Azrul lembut, penuh dengan naluri kebapaan.

" Tak ada apa-apa abah...." Balas Azalea.

Amri menghampiri katil yang menempatkan tubuh isterinya. Wajah pucat itudi
pandang dengan rasa cinta yang tak berbelah bagi. Tangan itu dikucup penuh
kasih sayang. Ibu kepada sepasang anak kembarnya itu masih nampak cantik
walaupun terlantar di situ.

" Abang..... Arief dengan Balqis mana?" Tanya Azalea. Amri duduk disisi katil,
dahi itu dikucup lama.

" Mereka kat dalam bilik baby. Terima kasih sayang...anak-anak kita
comel.Muka sebijik macam ibu mereka." Amri tersenyum manis.

" Abang.... Alea nak tengok Arief dengan Balqis... boleh abang bawa kesini?"
pohon Azalea penuh berharap. Amri angguk, pantas berlalu ke bilik bayi. Dia
kembali ke situ bersama ibu bapa Azalea yang mendukung anak-anaknya. Amri
membantu Azalea duduk dan menyandarkan tubuh isterinya ke dadanya.
Mereka menyambut anak-anak mereka dari ibu bapa Azalea.

" Anak ibu...." Bisik Azalea pada dua bayi di depannya. Balqis dipangkuannya
dan Arief di pangkuan suaminya. Datuk Azrul dan Datin Naini meninggalkan
pasangan itu. Azalea tertawa melihat wajah comel anak-anaknya. Selepas itu
Arief pulak beralih ke pangkuannya, Balqis diserahkan kepada Amri. Wajah
Arief dan Balqis dicium bertalu-talu tanpa jemu.

" Abang jaga anak kita tau. Alea tak mampu nak tengok anak-anak kita
membesar. Alea tau mereka selamat di sisi ayah mereka. Kalau abang nak cari
suri lain untuk ganti Alea pun, Alea tak kisah bang. Alea rasa, Alea tak mampu
nak jaga abang dengan anak-anak." pesan Azalea. Amri sebak.

" Alea..abang ada rahsia nak cakap. Abang sebenarnya..tak"

" Tak sakit kan?" teka Azalea. Amri tergamam, macam mana Alea tahu?

" Macam mana... Alea.. tau?"

" Alea tak pernah tengok abang makan ubat sejak kita jadi suami isteri." Balas
Azalea.

" Maafkan abang sayang. Abang terlalu cintakan Alea. Dulu memang abang nak
berterus terang, tapi abang takut Alea tak terima abang. Mak pun tak bagi
abang cakap kat Alea." Pohon Amri. Ubun-ubun isterinya dikucup.

" Alea tak kisah bang. Alea tak salahkan abang. Abang telah bahagiakan Alea
sepanjang kita jadi suami isteri. Abang kena janji akan jaga anak kita baik-baik
tau. Alea cintakan abang..." ucap Azalea. Air mata Amri mengalir.

..........................................................................................

" Ayah...." Amri tersentak mendengar suara anak gadisnya memanggilnya.
Selepas itu dia terasa tubuhnya dipeluk erat oleh jejaka di sebelah. Kemudian
gadis yang seiras arwah isterinya memeluknya.

" Ayah....jom kita balik. Esok kita pergi ziarah pusara ibu lagi." ajak suara
garau anak terunanya. Mereka bertiga berjalan berpelukan menuju ke kereta.
Amri menoleh ke pusara arwah isterinya. Selamat tinggal sayang.... semoga Alea
ditempatkan di kalangan muslimin muslimah yang soleh. Kau lah isteriku yang
solehah. Tak jemu melayan kerenah suamimu ini dan sudi melahirkan zuariat
suamimu ini.

Amri duduk di tempat bersebelahan pemandu. Arief Amsyar yang telah berusia
23tahun memandu, Alia Balqis duduk di tempat duduk belakang. Amri sentiasa
memperkenalkan anak-anaknya kepada kemurnian perketi arwah ibu mereka.
Dia boleh berbangga kini, kerana anak-anaknya membesar menjadi anak-anak
yang taat dan berjaya dalam pelajaran.

Amri menatap gambar wajah isteri yang amat dirindui yang amat dia kasihi...

Sayang.... anak-anak kita dah besar... mereka anak yang baik. Seperti ibu
mereka. Abang tak pernah menduakan kasih Alea kerana tidak ada wanita lain
yang layak menjadi isteri abang dan ibu kepada anak-anak kita selain Alea.
Abang rindukan Alea. Abang tak pernah lupa mencintai Allah melebihi cinta
terhadap makhluk ciptaan-Nya. Abang selalu bersyukur kerana Allah telah
mengurniakan Alea untuk abang cintai.

" Ayah....Balqis rindukan arwah ibu.." sebak Balqis bersuara. Amri menoleh ke
belakang, wajah kerinduan itu direnung. Selepas itu dia berpaling ke sebelah,
seperti Balqis, wajah Arief jugak sarat dengan kerinduan terhadap arwah ibu
yang tidak sempat membesarkan mereka. Azalea pergi selepas seminggu
melahirkan mereka. Amri masih ingat hari terakhir isterinya bersama mereka.
Dia dapat merasakan sesuatu melihat cara renungan Azalea. Azalea sempat
memohon maaf dan memintanya menghalalkan segalanya. Hari itu memang
aneh, Arief dan Balqis yang baru berusia seminggu masa itu tidak banyak
kerenah.

Tersenyum dan tergelak suka apabila dibelai Azalea. Azalea menyandar di dada
Amri sambil memeluk anak-anaknya erat. Amri sempat mendengar bisikan
syahadah sebelum dada isterinya tidak lagi berombak. Arief dan Balqis tiba-tiba
menangis. Dia sendiri masa itu hanya mampu memeluk isterinya erat bersama
anak-anak mereka. Dia hanya melepaskan isterinya apabila abah Azalea
menariknya perlahan. Air matanya berlinang, dibiar lepas. Anak-anaknya
beralih ke dalam pelukan seorang jururawat dan emak Azalea. Dia merebahkan
tubuh isterinya kekatil dengan hati-hati. Dia mengucup dahi isterinya. Dia dapat
mengesan bekas air mata dipipi isterinya. Dia tahu, terlalu berat hati isterinya
meninggalkannya bersama anak-anak yang masih terlalu kecil.

" Mesti arwah ibu pun rindukan kitakan ayah." Celah Arief.

" Percayalah sayang.... Arwah ibu jugak rindukan kamu berdua. Arwah ibu
seorang yang penyayang. Nanti kita akan berkumpul bersama. Jadilah anak
yang soleh." Pesan Amri. Arief dan Balqis angguk.

" Kami janji, kami akan jadi anak yang baik ayah.. kami sentiasa berdoa untuk
kesejahteraan ayah dan arwah ibu." Ucap Arief. Amri amat bangga dengan
sikap tanggungjawab anak terunanya itu.

" Arief nanti jaga adik tau. Nek usu, Tok abah dengan tok mak pun kena jaga
tau. Dengar cakap mereka. " Pesan Amri. Dia rasa mengantuk yang amat
sangat.

" Ya Allah... hanya Kau berhak disembah. Nabi Muhammad pesuruh Allah."
Bisiknya sebelum memejam mata.

Arief Amsyar memeluk bahu Alia Balqis memandang pusara arwah ibu dan
arwah ayahnya. Doa dikirim untuk insan-insan kesayangan itu. Mereka redha
pemergian arwah ayahnya sudah ditakdirkan. Arwah ayahnya pergi kerana

seruan Ilahi dan rindu kepada arwah ibu. 'Ya Allah ya Tuhanku, tempatkanlah
ayah dan ibu kami di kalangan muslimin muslimah yang soleh. Ayah.. kami
membesar dalam dakapan kasih sayangmu, ibu... kami hidup di bawah naungan
kasihmu. Terima kasih kerana melahirkan kami. Kami bersyukur menjadi
anak-anak kalian.' Bisik pasangan kembar itu.

Sekian.


Click to View FlipBook Version