The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurdinifairudzahri, 2022-06-11 10:08:39

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 I

kajian ini adalah untuk pelajaran

Keywords: kajian,4 zon novel

sekolah.

Bab 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor
Sadiz dan kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa
henti. Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan
kepastian keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas
tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan
ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis.
Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan
masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan
normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya
teradap anak gadisnya yang rentung datang kembali. Apatah lagi ingatan terhadap
sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain.

Bab 9
Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun
sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantunggantung.
Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah
keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka
kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang mengekori lori minyak petrol
merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik.
Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat
seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas
dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan
bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih
menyelamatkan nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan
teruk di bahagian pergelengan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan
penggantian sendi pada anggota tersebut.
Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan
dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya

Kekuatan :

Novel yang dikaji di tingkatan empat iaitu novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat beberapa kekuatan yang ada di dalam novel ini.

Kekuatan yang pertama ialah, mempunyai klimaks yang mampu menarik perhatian
pembaca. Antaranya ialah kejadian kemalangan yang tiba-tiba berlaku kepada watak yang
penting di dalam buku ini.

Kekuatan yang kedua ialah, mempunyai pemulaan yang menarik. Permeulaan novel ini
amatlah bagus dan mampu memberi anggapan yang baik kepada pembaca yang baru mula
membaca novel ini.

Kekuatan yang ketiga ialah, mempunyai kejutan yang menarik di pertengahan novel.
Pembaca mungkin tidak akan menyangka bahawa watak utama menuduh suaminya dengan
berani bahawa suaminya adalah seorang pembunuh anak kesayangan mereka sendiri. Namun
mahkamah menetapkan bahawa suaminya tidak bersalah.

Kekuatan yang keempat ialah, jalan cerita yang saspens. Penulis tahu sesetengah pembaca
amat gemar dengan buku yang penuh saspens. Pembaca akan membuat andaian mereka sendiri
dan tertanya-tanya dengan apa yang akan terjadi.

Kekuatan yang terakhir ialah, mempunyai teknik plot pemerian. Pembaca tidak akan
mempunyai masalah seperti tidak memahami jalan cerita novel kerana jalan cerita novel ini
telah disusun dengan teratur.
Kekurangan :

Novel yang dikaji di tingkatan empat iaitu novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat beberapa kekurangan yang ada di dalam novel ini.

Kekurangan yang pertama ialah, sudut pandangan karakter berubah-ubah tanpa
pemberitahuan penulis berdasarkan watak tertentu. Pandangan sesuatu karakter terhadap
karakter lain sentiasa berubah tanpa pemberitahuan bahawa ia suda berubah. Pembaca akan
keliru samaada fokus cerita ini sepatutnya pada watak yang mana satu.

Kekurangan yang kedua ialah, misteri yang dijelaskan hanya dengan sekilas pandang.di
dalam novel ini, misteri yang dikatakan demikian adalah peristiwa hitam. Di permulaan novel,
pembaca sudah teruja dan telah membuat andaian sendiri tentang peristiwa hitam apakah yang
dimaksudkan itu. Namun, di pengakhiran novel peristiws hitam tersebut tidak diberi
penerangan. Pembaca ditinggalkan dengan rasa kecewa.

Kekurangan yang ketiga ialah, karakter yang tidak mempunyai motif teguh untuk
diberikan watak sebagai antagonis. Sebagai contoh, watak seorang Doktor iaitu doctor Sadiz
yang secara tiba-tiba menjadi antagonis tanpa sebarang bukti yang kukuh mengatakan watak
itu adalah watak antagonis.

Kekurangan yang keempat ialah, membawa moral yang tidak diperlukan kerana pembaca
yang membaca adalah dalam kalangan bawah umur. Penulis meletakkan beberapa unsur yang
lucah yang kurang bersesuaian kerana yang membaca novel ini kebanyakannya berumur 18
dan kebawah. Buku ini juga dimasukkan ke dalam system pendidikan menengah Malaysia.

Kekurangan yang terakhir ialah, imbas semula yang boleh dikatakan tidak ada
penyambungan dan ada yang agak tergantung imbasannya. Disebabkan itu, novel ini menjadi
agak sukar untuk mengklasikikasikan mana yang terdahulu dan sekarang.

Cadangan penambahbaikan :
Novel yang dikaji di tingkatan empat iaitu novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.

Terdapat beberapa cadangan untuk penambahbaikan bagi novel ini.
Cadangan yang pertama ialah, memperbanyakkan nilai positif yang boleh dijadikan

penajaran kerana di dalam novel ini mempunyai banyak nilai yang negative untuk pelajar
membacanya.

Cadangan yang kedua ialah, matlamat subjek kompenan sastera di sekolah bukan
berdasarkan popularity semata-mata. Antara matlamat kompenan sastera ini ialah untuk
membentuk pembangunan diri dan memupuk nilai murni di kalangan pelajar.

Cadangan yang ketiga ialah, mengurangkan persoalan yang banyak dalam sesebuah cerita.
Jalan cerita yang ada sudah padat dengan pelbagai konflik serta pelbagai lagi. Apabila
ditambah dengan persoalan yang terlampau banyak, pembaca kemungkinan tidak berminat lagi
untuk membaca novel ini.

Cadangan yang keempat ialah, memperbanyakkan nilai yang mendorong kepada
kepentingan masyarakat berbanding kepentingan diri watak tersendiri. Peratusan menunjukkan
bahawa yang membaca novel ini hanyalah di kalangan guru dan pelajar dan memupuk sikap
kemasyarakatan dalam diri mereka sendiri.

Cadangan yang terakhir ialah, mengurangkan jalan cerita yang membawa kepada sikap
atau perbuatan yang negative keranamurid mungkin tidak didedahkan dengan perkara yang
positif melalui novel ini.

SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP
Pengenalan :
Dahlia seorang remaja berusia 19 tahun sangat tabah menghadapi dugaan hidupnya. Apabila
emaknya, Saleha menghadapi tekanan perasaan dan dimasukkan ke hospital, Dahlia terpaksa

keluar dari asrama dan berulang-alik ke sekolah. Dahlia seorang yang tabah kerana terpaksa
menjaga adik-adiknya di samping pelajarannya.

Sinopsis :
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda
keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan
mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik
lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi
ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya.
Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang
serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak
dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia
tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup
ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan
Azhari.

Sinopsis setiap bab :
Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah,
Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh
oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak
lengkap.

Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki mahu
bertemunya di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu
memberitahu Dahlia, dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan
Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan
merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu
keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.

Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh

Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke jambatan
sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari.
Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka
tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya
masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”.

Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melati
memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus
mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair.
Sebenarnya, susu telah habis. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh
pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.

Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap
sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila
melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis.
Tiba-tiba, ayahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk
waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke
rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu
diganggu. Dahlia mencadangkan ayahnya supaya mendapatkan bantuan orang kampung
sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.

Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya sama
ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki
dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu
adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan
dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih
seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah,ibu kepada emaknya.

Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Ayah Dahlia memberitahu, beliau
terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan
keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga
Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman
selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat.

Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun
anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah
menghadapi situasi itu.

Bab 4: Dibuai Kenangan Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali
pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang
lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti
keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki
diri sendiri dan keluarganya.

Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta
Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham orang
kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh ayahnya yang menyuruhnya pergi ke
sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-
adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan
masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang
menjadi punca beliau tidak mahu menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah
memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.

Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah
yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka disebabkan
mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong
tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat semula peristiwa
isterinya pernah memberitahu bahawa sejak belakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang
mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa
lemah.

Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong memberitahu
Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya runsing, Embong tidak menceritakan perkara
sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia
tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa
beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan

oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi
gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM.

Bab 5: Kata Setajam Pedang
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada
hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia
tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari
Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong
Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu
Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani
punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu.

Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak,
Anggerik dan ayahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul
2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis.
Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di
hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan
ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus
pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika
di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor
Bahru.

Bab 6: Ditelan Arus Deras
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu
abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah
menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya
bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat terpukul
dengan perkataan “ orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan
emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap mengenai emak
Dahlia di balai raya. Dia memberitahu punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar
hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain pula akan terkena.
Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda
pangkah supaya hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa

kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan
Tuhan.

Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah hilang
dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia
telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada penduduk
kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh
pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali
tetapi malangnya Said telah tiada.

Bab 7: Berbudi Berbalas Nista
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana
selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas
itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton.
Aton mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang
menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar
kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di
halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya
dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang
mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin menyakitkan hatinya.
Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh.

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim
memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia
menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi,
Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali
peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam keadaan yang
lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya masa remaja
Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad
untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu,
Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa
sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu
menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong panik.

Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar apabila
terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk membawa
Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah
Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said.

Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-
kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati
bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila.
Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan
menyenangkan kehidupan mereka.

Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong kehairanan
apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular itu. Embong
membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk
menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia
ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi
memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan
kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup
mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda
Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.

Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya
untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke
klinik.

Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman
memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah
dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha
sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal usulnya. Seman mencadangkan agar
tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk

mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah
itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000 .

Bab 10: Selamat Tinggal, Asrama Puteri !
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu
bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu
Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat
bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan.

Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya
ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah
Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan
bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.

Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal.
Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong
berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di
Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia
balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong
mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di
Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi
untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua sangat
baik dan suka membantunya.

Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya.
Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan

ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga
menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan.

Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16.
Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja
sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ.
Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan
dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia.
Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.

Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang
lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia
memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat.
Apabila Dahlia melihat ayahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara
sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula,
Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya
bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang
kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.

Bab 14: Hilang dari Kandang
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing
itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong
meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing
kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik
orang lain.

Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui keadaan
emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu bapanya
mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu.
Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang ingin merisiknya.

Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman

Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran
tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong sangat
berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga. Walau
bagaimanapun, ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur.
Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan
Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong
menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja. Selepas
itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah
dipatuk oleh seekor ular di pahanya.

Bab 16: Bisa Ular Tedung
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan ayahnya,
Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar menyuarakan
hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat
Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam SRP.

Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu
Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani
latihan bola jaring. Kemudian, Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu
Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke
sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Pada petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu Dahlia
sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang keluarga
Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh
keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan
neneknya.

Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya yang
banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih dirawat di
hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak
boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya. Semasa

Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik adiknya,
dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya tidak
bekerja.

Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut apabila
dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular.
Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya untuk menjual
tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka
perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang
keputusan.

Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu
bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut
Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya.
Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah
tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu
dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan
peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran
Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu
Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.

Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun
begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya
yang memerlukan penjagaannya.

Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur tanah di
kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk membayar harga
tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke rumah
Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia.

Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah memandang
serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada
pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.

Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek
Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia
sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan
itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya
dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu, Nek Kiah
pulang ke rumah. Dahlia memberitahu ayahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan
beban ayahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga
ke universiti.

Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga
tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di
situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.

Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai raya
untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan malam
nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut menyumbangkan
barang-barang untuk sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan
hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan
Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-
kerja tersebut.

Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji
Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah
menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang
sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.

Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia
memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk ayahnya
dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.

Bab 22: Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang datang
daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah.
Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.

Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang
hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran
pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang
berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu
kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke
sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.

Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-
mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah
dan didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.

Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat
menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak
lebih daripada itu.

Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah pulang dari
hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya. Azhari juga ada bersama-sama ketika itu.
Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata
yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.

Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan

Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah
berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-
anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau sakit.

Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-barang
untuk berpindah ke balai raya. Embong dah ahli keluarganya turut berkemas untuk berpindah
ke balai raya.

Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan
penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada
hikmah yang tersendiri.

Bab 25: Inilah Kampungku!
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga
tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.

Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar
penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran
tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama
menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat.

Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah
bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji
Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke
Lim. Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia,
rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.

Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan

mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya.
Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.

Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-
kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia
juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.

Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih
untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun. Pemilihan
Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan
pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa
Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.

Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan mereka. Dia
mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di
Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.

Bab 28 : Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan
tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya.
Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.

Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan –
kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala
Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai.
Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur.
Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500
termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.

Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer
dari kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca
kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum
menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna merah

kepada Dahlia. Azhari juga .menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari
meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.

Kekuatan :
Novel yang dikaji ditingkatan lima iaitu novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin

Ayip. Terdapat beberapa kekuatan yang ada di dalam novel ini.
Kekuatan yang pertama ialah, mempunyai banyak nilai yang boleh diambil pengajaran.

pembaca yang menghayati novel ini akan mendapat pelbagai nilai. sebagai contoh,
tanggungjawab seseorang iaitu sebagai contoh, tanggungjawab menjadi seorang pelajar dan
anak sulung.

Kekuatan yang kedua ialah, sifat watak yang dapat dijadikan teladan. Terdapat banyak
sikap dan teladan yang positif dan boleh diaplikasikan kedalam hidupan seharian kita.

Kekuatan yang ketiga ialah, semangat kekeluargaan antara ahli keluarga amat kuat.
Pembaca juga mampu bersemangat untuk berbakti kepada keluarga dengan lebih baik.

Kekuatan yang keempat ialah, jalan cerita yang menarik. Pembaca tidak akan bosan
dengan penulisan yang amat menarik. Novel ini juga mempunyai binaan plot yang tersusun.

Kekuatan yang terakhir ialah, sifat kegigihan seseorang watak. Kebanyakan watak yang
ada di dalam novel ini amatlah gigih dalam melakukan apa sahaja termasuklah watak utama,
Dahlia.

Kekurangan :
Novel yang dikaji ditingkatan lima iaitu novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin

Ayip. Terdapat beberapa kekurangan yang ada di dalam novel ini.
Kekurangan yang pertama ialah, mempunyai dialog yang kurang menarik perhatian.

Sesetengah dialog yang ada hanya perbualan kosong dan tiada hala tuju yang boleh ditukarkan
kepada plot cerita yang penting.

Kekurangan yang kedua ialah, pembinaan plot yang melebih. Jalan cerita dipanjangkan
namun plotnya pendek. Ia akan membuatkan pembaca kurang berminat untuk terus membaca
ataupun terus melangkau halaman tersebut

Kekurangan yang ketiga ialah, sikap penduduk yang tidak patut dicontohi ataupun
diteladani. penduduk yang memandang serong kepada keluarga watak utama yang sepatutnya
tidak patut berlaku dan terjadi di kalangan masyarakat tidak kira kalangan umur yang muda
ataupun tua.

Kekurangan yang keempat ialah, penduduk yang hanya memikirkan diri sendiri dan tidak
mahu membantu orang susah. Penduduk seharusnya mengambil berat antara satu sama lain
kerana itulah kehidupan.

Kekurangan yang terakhir ialah, penceritaan yang agak perlahan. Pembaca akan berasa
mudah bosan kerana tidak mempunyai klimaks. Kemungkinan besar novel ini tidak ingin
disentuh lagi oleh pembaca.

Cadangan penambahbaikan :
Novel yang dikaji ditingkatan lima iaitu novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin

Ayip. Terdapat beberapa cadangan untuk penambahbaikan bagi novel ini.
Cadangan yang pertama ialah, penulis sebaiknya mempercepatkan jalan cerita yang agak

perlahan ini. Penulis juga patut mengelakkan menggunakan ayat tambahan yang tidak
membawa maksud terhadap watak ataupun benda lain.

Cadangan yang kedua ialah, menggunakan watak sampingan sebagai watak yang berguna.
Bukan sekadar hiasan dan bukan sekadar menjadikan watak sampingan itu sebagai watak yang
tidak berguna.

Cadangan yang ketiga ialah, menggunakan dialog antara watak dengan sebaiknya. Banyak
dialog yang tidak penting dan tidak memberi motif untuk memahami novel ini secara
mendalam.

Cadangan yang keempat ialah, penceritaan plot yang sepatutnya pendek haruslah
dipendekkan. Penulis seharusnya tidak menambah plot yang tidak ada kena mengena dengan
novel ini. Ia akan membuatkan novel ini tebal dan kemungkinan tiada manfaat untuk
membacanya.

Cadangan yang terakhir ialah, memperbanyakkan nilai dan pengajaran yang positif untuk
pelajar mengambil iktibar dan pengajaran untuk kehidupan seharian mereka.

TIRANI KARYA BEN SABARIAH
Pengenalan :
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan
berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas
nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa
Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik
Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau
pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya

mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam
bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan
suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser.

Sinopsis :
Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin
kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang
diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya
bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak
larat memikulnya. Dalam novel Tirani cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam
sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada
wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu
oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang
pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang
diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong
termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda
dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.

Sinopsis setiap bab :
BAB 1: MELONTAR PUING DUKA
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan
diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obsess dengan
kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada
kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak
dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah
Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan.

Di perkarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan Waheeda.
Keriuhan itu menggambarkan kesibukkan dan persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja
homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan
pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan
asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan
udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal,
pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di

Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi
penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk
memajukan lagi homestay itu.

BAB 2: DAYANG MUDA
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun
Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi
menggambarkan indentiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir.

Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun disebalik
kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak
cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah
dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkankan kerana
bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak
melakukan apa yang dihajatinya.

Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor
monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa
Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke
hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui
perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan
pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.

BAB 3: KATARSIS
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi
ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke
pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan
mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob,
keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada
malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-
kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak
bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang

semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum
tentang bandaraya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat
menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia.

Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat
wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai
perasaan katarsis.

Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju kerumah Bazilah iaitu
kawan satu university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima
rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

BAB 4: SEMARAK API SEMARAK HATI
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandaraya
Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya bukannya
untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang
berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah
yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah
dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Wheeda akan tinggal di salah sebuah bilik dirumah
kepunyaan pakcik Bazilah.Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-
peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
Malaysia. Keesokkan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya,
Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doctor pakar pembedahan plastik di Hospital
Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran
tentang pembedahan plastic yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda
juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya.

Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Disini, Waheeda
berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan dari
hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk
proses pembedahan tersebut.

BAB 5: DOA SELAMAT

Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mail yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya.
Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada
ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang
bernama ketupat lepas. Penyediaaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat
di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke
Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk
menolak bala.

Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai di
Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba
ibunya sudah berada didepan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh
Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga
memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya.

Pada keesokkan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa
dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah.
Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu
juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang
tabah demi kecantikan wajahnya.

BAB 6: METAMORFOSIS
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini
diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes
(Dr.Rushdi). Di dalam bidik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani
pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12
jam.

Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang menunggu
diluar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama ibunya selepas
membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana
hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda
berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh
Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura.

Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda
menerima tawaran tersebut.

BAB 7: KE PULAU SENTOSA
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama
rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakkan masa dihabiskan dengan
membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam disitu.
Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang
mengingatkan Waheeda kepada kampong halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber
inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya.

Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr
Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr
Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.

BAB 8: HADIAH ALAM
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani
yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek.
Persoalan ini menjadi topik berbualan yang panjang antara mereka berdua.

Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang
disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyo. Cerita Dr
Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampong halamannya.
Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen
Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga
menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut.

Selepas itu, melalui e-mail Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh
syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar.Waheeda teringat semula akan chalet ayahnya
yang mugkin jauh ketinggaln berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang
tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas.

Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu temuduga
pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri

dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Ketrampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur
pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah
kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.

BAB 9: WAJAH PESONO
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah
mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat
menyenangkan hati beberapa orang staff di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu,
Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau
Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan
Waheeda di café, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah
dibisikkan oleh Alex kepadanya.

Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar sejak
kebelakangan ini, Dr Zahari selalu dating ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra
dan seakan-akan tidak memperdulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa.
Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mugkin
menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu
memang benar. Dengan alas an ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke
Flamingo Resort.

Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang
diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura
dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh,
kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan.

Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan
mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan
Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan
diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan
itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda.

Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan tersebut,
Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.

BAB 10: SENYUM SEPULUH ELA
Datuk Yasser berkinjung ke Sngapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah,
cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang
kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka
tinggal di sana kerana beberap isu negative terhadap Malaysia dan islam. Datuk Yasser berasa
bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada
pengembangan perniagaan di Kuching, SSeri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam
kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan
Zahid.

Selepas menikmati makanan tengahari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. S
eterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan
Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada
kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat
gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.

Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan Zahid
yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.

Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibut memberi idea tentang
pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism
Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai feksyen yang
berbelah sampai ke paha. Sebliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang
merupakan pakaian tradisi Sarawak.

BAB 11: ORANG RUMAH SEBELAH
Fatimah menerima E=Mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya
Sri Gading holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut

Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan
kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga
Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima
bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan
Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad
jemputan nanti.

Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser
akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik
ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walaubagaimanapun, Raidah mengharapkan
Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.

BAB 12: BIDADARI DARI LANGIT
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibut. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelar digelar
Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang
perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamango. Waheeda tetap menjalankan tugas
yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibut
mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.

Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur
menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon
Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid
memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan
tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.

Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi
perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada
Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selsema.

Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari dokto di klinik panel Flamingo
tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selsemanya masih berlarutan. Selepas bersin
berpanjangna, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi.
Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.

BAB 13: MATI HIDUP SEMULA
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaaah statistic pelancongan yang
semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana
rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannuya bernilai RM60juta.
Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat
bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin
Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang
nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin
Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja
lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan
baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong
dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.

Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri
doa selamat di rumah Dtuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan
majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke
rumahnya kerana dia sedang berada di SMCuntuk menerima rawatan.

Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke
Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan
telah menembahkan kerungsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku
kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahu hal sebenarnya bahawa Waheeda
di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang
telah mengalami satu komplikasi. Walaubagaimanapun, proses tersebut Berjaya dilakukan oleh
Dr Rushidi.

Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di
SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa
meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid
cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi
tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi
selepas mengalami selsema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.

BAB 14: BAGAIKAN PUTERI

Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada
Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah.
Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan
Tajau emas juga menjadi tetamu undangna majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, inggeris,
Jepun dan lain-lain lagi. Adat-istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh
meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama
muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50
orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah
berjalan dengan jayanya. Lafas nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafas sahaja. Selepas
acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan
kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama
dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser a.kan
mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-
dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira

BAB 15: HIDUP RANGGI
Permandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang
menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung
awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan
gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan
pelancong asing juga memuji permandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan
nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk
membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa
yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa berada di luar Negara bersama
beberapa wanita. Malahan gaya afsunnya boleh mencairkan hati wanita.

Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan kehidupan
kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana
sedangkan usia semakin meningkat.

Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan
Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta keterampilan
sentiasa meniti dibibirnya.

BAB 16: MIMPI LAIN-LAIN
Zahid membaca akhbar dibilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak member
gambaran negative kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan
menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun
depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang
datang ke Sarawak nanti.

Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke
nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sector pelancongan. Kemudian
dia pula mengambilsekeping wadahberkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan
daripada nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan
dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah
dahulu.

Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid menanti
isterinya, waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama. Namun,
Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak
membuat aluan masing-masing.

Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh
pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan
Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari
situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.

Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya.
Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi
Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya
mengendalikan perniagaan dengan baik. Datul Yasser akur dengan kehendak menantunya,
Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda
ingin berdikari.

Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Dimana ayahnya
suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum
dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.

BAB 17: KONFLIK
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya
seolah-olah manusia individulistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri
Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun
begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gadinguntuk membantu.

Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Dimana masa santainya biasanya
diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus
ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual
dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.

Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya.
Cantik dicemburui, hodoh pula dihina.Awal tengahari, Waheeda ke farmali di Mall Matang
Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi
tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya.
Mungkin Stress, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.

Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan
seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda
begitu tergores apabila Zahid mengungkitlan insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa
semasa di SMC dahulupun masih dalam ingatan Waheeda.

Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya.
Waheeda sudahpun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda
baring di atas katil mengingatkan kenengan dalam kenangan yang melingkari hidupnya.

Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan
dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitivity hanyalah
pembawaan anak dalam kandungan.

BAB 18: DILANDA NOSTALGIA
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan
Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang pendatang tanpa

izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh
Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan
Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin
mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung jogging. Pada waktu inilah,
Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-
wanita dahulu seperti halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.

Zahid melenting dihujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui
kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu zahid tidak
pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.

Nostalgia pada peringkat awal begitu romantic bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya
apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah
tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat
suaminya yang terlalu cemburu.

Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri.
Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan
tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan
laluan yang dihadapinya.

Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, waheeda ke dapur.
Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya
Balqis dari BERNAMA. Mereka dating bersama team BRP bagi menyisat kes seorang menteri
kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan
mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh
Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha
menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.

BAB 19: BAGAIKAN BONGKAH BATU
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad ekslusif Hospital
Normah, raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa
Zahid tidak dating. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya

dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuannya menyatakan Zahid
sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.

Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar
Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka
mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila
Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak
bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.

Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal
Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini,
Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah
membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui
maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.

Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang
diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk
member kefahaman tentang ujian DNA. Dibilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil
yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan . Hidungnya
peset tidak sama dengan hidung Waheeda danZahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan
tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya.
Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik
tidurnya.

Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap
Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkkan
Waheeda. Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka dihati Waheeda.

Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh
Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak
tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar
Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.

BAB 20: KE PUSAT RAWATAN ISLAM

Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada Waheeda
bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak CikAziz ke pusat rawatan tersebut.
Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke
situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di
Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di
Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan
perusahannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada
Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di
Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil
untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan
segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang
yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan
keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr.Qamariah, serta sokongan moral ibu dan
abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif,
Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi.Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi
yang sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz.
Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya
‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.

BAB 21: SINAR DI HUJUNG TEROWONG
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya
Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani
sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana
penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat
untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron
Highlands setejah pergi melihat sendiri esok.Urusan mengambil alih berlaku dan urusan
dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk
tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia
dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan
oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan
anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

BAB 22: BAGAIKAN AIR GUNUNG

Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya.
Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia
menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan
melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya mancung.
Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa paras
tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus
mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan
kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru
kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembangmaju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari
dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan
curahan air dari gunung. Ketrampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada
suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula
mendaftar di chalet itu.

BAB 23: SEJUK-SEJUK TROPIKA
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil menghirup
kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah hidupnya kepada
Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran
anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya
menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula
sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui
bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh
menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa
berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman.

Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong
yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan
bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar
perbualan antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak
kuat dan mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati
bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan
Aiman masuk ke cafe. Zahid sempat bertembungan mata dengan Lais dan Izzati di kaunter.
Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada

Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang
kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang
melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka berdua.Zahid juga menceritakan kepada
Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka.
Zahid juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan
kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat.
Izzati yang mendenagar terkedu.anakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat
mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort
ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat
menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa
apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid
mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah
yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku
anak gadisnya itu.

BAB 24: KAMA HATI
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya terpaku
kepada gadis di cafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya.Senyuman, wajah, bulu
matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya.dan
gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid
amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan
pasti anak itu anaknya atau bukan.Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya.
Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana.Harapannya akan dapat melihat
wajah Izzati dengan lebih dekat lagi.Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapan
rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang
selama ini dirinduinya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu,
kesal dan bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati
selama 20 tahun. Pertemua Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal,
sedih dan sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat
bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan
meminta ibunya memaafkan ayahnya.

Kekuatan :

Novel yang dikaji di tingkatan lima ialah novel Tirani karya Ben Sabariah. Terdapat
beberapa kekuatan yang ada di dalam novel ini.

Kekuatan yang pertama ialah, binaan plot novel yang menarik. Binaan plot yang teratur
mampu menarik perhatian pembaca.

Kekuatan yang kedua ialah, mempunyai penutup cerita yang mampu membuatkan
pembaca mempunyai perasaan insaf dalam diri. Pembaca boleh mengambil iktibar dengan
keinsafan yang dirasai watak utama.

Kekuatan yang ketiga ialah, novel ini juga mengajar pembaca erti kesyukuran dan
mengapa kita harus bersyukur. Selepas membaca novel ini, pembaca mungkin akan berasa
lebih bersyukur dengan apa yang ada pada diri atau sekeliling pembaca sendiri.

Kekuatan yang keempat ialah, kejutan yang ada di dalam novel ini amatlah menarik.
Sebagai contoh, Waheeda yang akan menjalankan pembedahan di Singapura. Pembaca
mungkin akan terkejut apabila ibu Waheeda sanggup datang ke Singapura dan berada di
hadapan rumah Waheeda, sedangkan pada awal penceritaan ibu Waheeda tidak bersetuju
dengan hasrat Waheeda.

Kekuatan yang terakhir ialah, novel ini mempunyai beberapa saspens yang menarik.
pembaca akan lebih tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. sebagai contoh, Peristiwa
monyet berhidung besar atau lebih dikenali sebagai monyet Belanda yang menyerang Chalet
Tajau Emas dan menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut apabila penghuni dan pekerja-
pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri daripada digigit monyet itu. Monyet itu
telah menyerang dan mengigit muka watak utama.
Kekurangan :

Novel yang dikaji di tingkatan lima ialah novel Tirani karya Ben Sabariah. Terdapat
beberapa kekurangan yang ada di dalam novel ini.

Kekurangan yang pertama ialah, personaliti watak yang tidak berubah untuk menjadi yang
lebih baik. Watak utama yang naif dan sanggup memaafkan bekas suaminya yang berperangai
keji terhadapnya sebelum bercerai dan personaliti watak yang tidak konsisten. Penulis
menukarnya mengikut sesuka hati penulis.

Kekurangan yang kedua ialah, penggunaan Bahasa penulis. Rata-rata yang membaca
novel ini berasal dari Malaysia. Namun, terdapat banyak penggunaan Bahasa Indonesia pada
muka surat yang awal menyebabkan sesetengah pembaca yang tidak memahami bahasa
tersebut harus menggunakan aplikasi terjemahan untuk memahami apa yang ingin disampaikan
oleh penulis berdasarkan dialog tersebut.

Kekurangan yang ketiga ialah, penulis lebih memberi fokus kepada acara yang tidak
penting. Plot yang diceritakan hanyalah sedikit. Ini menyebabkan sesetengah pembaca akan
memberi anggapan buruk bahawa penulis ini tidak mencuba sedaya upaya untuk menghasilkan
novel tersebut.

Kekurangan yang keempat ialah, penghujung cerita yang mengecewakan. seorang suami
yang telah meminta cerai atas sebab suaminya berasa isterinya curang. Padahal itu hanyalah
kerana perasaan cemburu dan suaminya juga berkata buruk tentang rupa anaknya. Walau
bagaimanapun, isterinya masih memaafkan suaminya. Hal ini telah membuatkan ramai
pembaca tidak berpuas hati dengan keputusan penulis untuk mengakhiri cerita ini begitu sahaja.

Kekurangan yang terakhir ialah, jalan cerita sering menyimpang jauh dari plot utama.
Penulis memanjangkan jalan cerita dengan isi-isi yang tiada kena mengena dengan jalan cerita
utama menyebabkan sesetengah pembaca berasa bosan dan tidak selesa membaca novel ini.

Cadangan penambahbaikan :
Novel yang dikaji di tingkatan lima ialah novel Tirani karya Ben Sabariah. Terdapat

beberapa cadangan untuk penambahbaikan bagi novel ini.
Cadangan yang pertama ialah, penulis sebaiknya menutup bahagian akhir novel dengan

lebih elok. Sesetengah pembaca berasa pengakhiran yang dibuat oleh penulis kurang
memuaskan. Sebaiknya pengakhiran novel ini patut mempunyai pengakhiran yang bahagia
bagi watak yang melanda kesedihan dari pertengahan novel.

Cadangan yang kedua ialah, penggunaan Bahasa penulis tersendiri. Sesetengah pembaca
adalah pelajar yang kemungkinan kecil kurang memahami Bahasa lain selain Bahasa Melayu
dan Inggeris.

Cadangan yang ketiga ialah, watak yang ada di dalam novel mempunyai perwatakan
sendiri. Perwatakan di dalam novel ini kurang teratur. Ia juga boleh mengelirukan pembaca.
Penulis juga sepatutnya tidak membuat watak seorang isteri sebagai watak yang terlalu pemaaf.

Cadangan yang keempat ialah, penulis sepatutnya memberi sepenuh fokus kepada plot
tertentu dahulu. Namun plot yang sepatutnya pendek dipanjangkan pula dengan peristiwa yang
tidak memberi makna. Pembaca akan kurang bersetuju dengan plot yang dipanjangkan.

Cadangan yang terakhir ialah, penulis sepatutnya lebih fokus kepada watak sampingan
juga. Tetapi, watak sampingan tidak diberikan fokus yang sepatutnya. Disebabkan itu, novel
ini akan menjadi kurang menarik terhadap pembaca tertentu.

BIMASAKTI MENARI KARYA SRI RAHAYU MOHD YUSOP
Pengenalan :
Bima Sakti Menari adalah sebuah karya novel yang unik serta menarik kerana temanya yang
berbeza dari topik kebiasaan di mana ia mengisahkan tentang pemeliharaan alam sekitar
khususnya untuk menangani pencemaran cahaya.
Dalam Bimasakti Menari, Sri Rahayu membawa pembaca sejenak merenung tentang aktiviti
-aktiviti antropogenik yang telah mengakibatkan pencemaran cahaya sehingga langit tidak
lagi gelap dan kelip-kelip Kuala Selangor tidak lagi mahu menunjuk cahaya.

Sinopsis :
Nama watak utama, Nurul Hafsa, pertama kali disebut pada muka surat 3, baris 3. Nurul Hafsa
sedang melayan kunjungan 15 orang murid dan 3 orang guru pengiring dari Hiroshima Jepun
di tempat bertugasnya, iaitu Balai Cerap Sultan Salahuddin, Bukit Melawati, Kuala Selangor.
Nurul Hafsa baru seminggu tamat pengajian dalam bidang fizik dan kajian falak, Universiti
Jordan dan hari itu merupakan hari pertama Nurul Hafsa bertugas.
Watak sampingan, Puan Wickam muncul pada muka surat 11 dan seterusnya menjadi judul
bab 2. Watak utama kedua (hero), Muhammad Taufik, anak kepada Maryam @ Marion
Wickham Abdullah dan Tan Sri Muhaimin (yang telah berpisah) melengkapkan cita-cita
perjuangan Nurul Hafsa, iaitu projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor.
Kemudian muncul satu per satu watak Budiman (abang Nurul Hafsa), Haji Yassir (bapa Nurul
Hafsa), Tan Sri Yahya (wakil DBKL dan rakan MRSM Tan Sri Muhaimin), Dato' Haji Mustofa
al-Hamidi (pegawai daerah Kuala Selangor) dan menteri besar Selangor (tidak disebut nama).
Novel Bima Sakti Menari - Komsas Tingkatan 5Konflik / pergolakan bermula dengan
kemunculan watak penentang (antagonis), iaitu Dato' Johann-Arlington-Majid (campuran
Melayu-Irish) yang kebetulan pernah berebut kasih Marion Wickam dengan Tan Sri
Muhaimin. Dia pembekal lampu utama Kuala Selangor, serta sahabat baik Dato' Mustofa.
Projek Nurul Hafsa bersama Muhammad Taufik dan Budiman suatu ancaman besar
perniagaannya, lalu dia merancang komplot dengan mengupah tiga orang samseng.
Mangsa pertama Johann ialah Muhammad Taufik yang dipukul curi setelah tayar keretanya
pancit akibat melanggar stringer (besi hitam yang dipasang bersama besi tajam) yang sengaja
diletak di situ. Setelah itu Nurul Hafsa sendiri diculik, tetapi dia tidak diapa-apakan kerana dia
hanya sebagai umpan untuk mendapatkan semula Muhammad Taufik. Akhirnya pihak polis
berjaya menggempur tempat Muhammad Taufik disembunyikan.

Peristiwa buruk yang menimpa Muhammad Taufik memiliki hikmah yang tersembunyi. Tan
Sri Muhaimin kembali bernikah dengan Puan Wickham. Malah, Muhammad Taufik sendiri
melafazkan hasrat untuk memiliki Nurul Hafsa yang diterima dengan senang hati.

Sinopsis setiap bab :
BAB 1: JANJI SRIKANDI
Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya
bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan
pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa
telah
menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya
telah
benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut
akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan
hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah
mengakui
kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat
pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah
menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan
memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham
mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan
pencerapan.
Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang
sememangnya
sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan
membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia
memaklumkan
bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan
sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

BAB 2: WICHAM

Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan
pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap Sultan
Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan janji
yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal
dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut
untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan
anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi
melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua
muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad
Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang
diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau
tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya,
Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu
apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.

BAB 3: SUNGAI RAHSIA
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata
kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di
Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa
telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh
ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul
Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir
tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah.
Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan
jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan
hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga
tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul
Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung
dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip
yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak
pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian
yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu
hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat

dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil
memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi.
Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran
cahaya dengan senyap.

BAB 4: BUDIMAN
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan
oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir.
Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama
dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya,
Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung
Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle
yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu
peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat
pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah
diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan
warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala
Selangor yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk
Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika
tidak dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa
terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk
menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak
terancang.

BAB 5: JIWA AYAHANDA
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek
rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan
ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat
membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak
mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila
dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar

Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin
menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun
Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan membawa
haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi penyambung
silaturahim mereka berdua.

BAB 6: CITA-CITA
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan Pejabat
Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala
Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak
mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-
undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah
tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin
melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk
menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat
tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul
Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang
tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan
beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah
pencemaran di Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh
dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa
dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di
kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah
dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun
Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain.
Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan
tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAB 7: LELAKI KELIP-KELIP
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh
seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan
rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-
kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan.

Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-
wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki
tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan
bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya
Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat.
Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama,
Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada
sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya
membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung
Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi
kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai
dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan
kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya rodaferris yang
semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut
dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar
itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan
tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda
tersebut.

BAB 8: BEBAS GRID
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman
dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi
yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah
tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu
model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan
rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan
kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk
menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia kembali
bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa pentingnya
alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa
sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman
tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa
adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang tidak

boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul Hafsa
tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa kembali
kegelapan ke Kuala Selangor.

BAB 9: ZURIAT
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin
untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit
gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang
kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya
telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir
perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya
selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan
Maryam.

BAB 10: SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP
MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun
begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya.
Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-
keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam
bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang
tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi
memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka
berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan
kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib perhubungan antara
lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan
projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum
pupus sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian
falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik
mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul
Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.

BAB 11: LEWAT SATU MELINIUM

Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,
bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan
Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil
menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua beradik
itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian
bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip yang
berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut
apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa
bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan pencerapan
data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.

BAB 12: STRATEGI
Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan
pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan
dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai membuat
pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala
Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan Kuala
Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.

BAB 13: DENDAM KEMBALI MEKAR
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington-
Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan
Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak
dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya.
Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan
musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan
Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan
membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi
mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan
pendiriannya, dan rasa tamaknya.

BAB 14: GELAP DALAM TERANG
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan
malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani
Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala
sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong
pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis
penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk
Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa
pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa
bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga
orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan
mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.

BAB 15: KHIANAT
Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam.
Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat
tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun
tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan
kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan.
Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan
bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik
dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu
walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka
meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa.
Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.

BAB 16: DUA KELIP-KELIP TERAKHIR DI DUNIA
Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat
Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad
Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka.
Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman

Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian,
mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun
belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani
abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang
terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu,
temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam
pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia
tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.

BAB 17: JALAN YANG DITINGGALKAN
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada
di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian
jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad
Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan
tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk
membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek kawasan
Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri
Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa
Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAB 18: KERASUKAN
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan
pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika
meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan,
tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah.
Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki
sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain
gelap.

BAB 19: SELENDANG HITAM MANIK KRISTAL

Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke
Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik
kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di
stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat
kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin
menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan
alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih
seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam
van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but
kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa
ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba
menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di
rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.

BAB 20: NYAWA UNTUK NYAWA
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik
yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak
dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang
boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh
melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan
bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah
membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji
Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan
menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita
setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.

BAB 21: LEGASI BAJU BIRU
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut.
Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri
Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang
dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika
tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan
sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan

telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang
terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut
untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik
berjaya diselamatkan.

BAB 22: CINTA PEJUANG
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur
beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh
perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik
kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik.
Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke
kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu
mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad
Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.

Kekuatan :
Novel yang dikaji di tingkatan 5 iaitu novel Bima Sakti Menari karya Sri Rahayu binti

Mohd Yusop. Terdapat beberapa kekuatan yang ada di dalam novel ini.
Kekuatan yang pertama ialah, karya novel yang unik serta menarik. Tema novel ini yang

berbeza dari topik kebiasaan. Mengisahkan tentang pemeliharaan alam sekitar khususnya
untuk menangani pencemaran cahaya.

Kekuatan yang kedua ialah, keberanian watak ini dalam memulihkan Kuala Selangor yang
tidak mampu berdiri sendiri tanpa kehadiran watak-watak yang mampu memulihkan dan
mencantikkan semula Kuala Selangor dengan bintang yang bersinar pada waktu malam.

Kekuatan yang ketiga ialah, melalui novel ini kita dapat mengetahui dan mempelajari
banyak fakta tentang kelip-kelip dan pencemaran cahaya yang jarang didengari. Fakta tentang
kelip-kelip sukar untuk didapati, jadi apabila penulis meletakkan banyak fakta yang menarik,
novel ini menjadi amat menarik untuk dibaca.

Kekuatan yang keempat ialah, watak Nurul Hafsa yang ingin menepati janji kepada kanak-
kanak yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor tercapai apabila munculnya seorang watak


Click to View FlipBook Version