The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurdinifairudzahri, 2022-06-11 10:08:39

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 I

kajian ini adalah untuk pelajaran

Keywords: kajian,4 zon novel

yang mampu menolongnya. Penulis mempunyai citarasa yang menarik dalam menghasilkan
sesuatu watak.

Kekuatan yang terakhir ialah, sikap Nurul Hafsa yang tekad dalam menjadikan Kuala
Selangor tempat yang sering dilawati. Sekarang, sukar untuk menjumpai seseorang yang tekad
apabila melakukan sesuatu projek yang sukar dan mungkin tidak berjaya. Sikapnya boleh
dijadikan contoh untuk kita berjaya dan maju ke hadapan.

Kekurangan :
Novel yang dikaji di tingkatan 5 iaitu novel Bima Sakti Menari karya Sri Rahayu binti

Mohd Yusop. Terdapat beberapa kekurangan yang ada di dalam novel ini.
Kekurangan yang pertama ialah, tidak semua pembaca mempunyai citarasa yang sama

dengan penulis. Jadi kemungkinan kecil sesetengah pembaca tidak akan menyukai fakta-fakta
yang ada walaupun fakta yang dinyatakan menarik bagi sesetengah pembaca.

Kekurangan yang kedua ialah, penulis tidak menerapkan nilai kemaafan di dalam novel.
Sebagai contoh, watak yang ada ini terlalu menaruh dendam dan tidak mahu memaafi orang
yang khianatinya. Ia akan memberi kesan yang sedikit buruk kepada pembaca.

Kekurangan yang ketiga ialah, penulis tidak berfikiran luas. Penulis tidak mengembangkan
ideanya dalam penggunaan teknologi. Jika dilihat semula, pada zaman kini, pihak polis
mempunyai pelbagai kemudahan untuk menangkap penjenayah. Salah satunya ialah
menggodam pesanan ringkas yang dihantar oleh penjenayah untuk mencari lokasi mereka.
Perkara ini menyebabkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pembaca.

Kekurangan yang keempat ialah, penceritaan yang tidak spesifik. Penulis tidak
menceritakan dengan lebih mendalam tentang sesuatu situasi dan menimbulkan rasa tidak puas
hati dalam kalangan pembaca. Sebagai contoh, penulis menceritakan bahawa Nurul Hafsah
sudah dibebaskan oleh penculik. Akan tetapi penulis tidak memberitahu lokasi dimanakah
Nurul Hafsah dibebaskan.

Kekurangan yang terakhir ialah, sikap ceroboh dan sembrono seseorang watak. Penulis
tidak menerapkan nilai kebijaksanaan semasa menceritakan sesuatu situasi. Sebagai contoh,
Muhammad Taufik tahu dirinya akan diculik tetapi dia masih pergi ke arah van tersebut
seorang diri tanpa apa-apa perancangan.

Cadangan penambahbaikan :
Novel yang dikaji di tingkatan 5 iaitu novel Bima Sakti Menari karya Sri Rahayu binti

Mohd Yusop. Terdapat beberapa cadangan untuk penambahbaikan bagi novel ini.

Cadangan yang pertama ialah, menceritakan sesuatu plot dengan lebih terperinci. Penulis
juga boleh menambah penerangan tentang sesuatu plot supaya pembaca tidak akan keliru
dengan plot yang ada.

Cadangan yang kedua ialah, menambahkan lagi nilai bagi setiap bab supaya dapat
memudahkan pelajar. Kebanyakan pelajar di sekolah sentiasa mencari nilai yang ada di dalam
novel untuk perbincangan novel.

Cadangan yang ketiga ialah, penulis hendaklah menuntup konflik watak di dalam novel
dengan lebih elok dan lengkap supaya pelajar dan pembaca tidak ditinggalkan dengan rasa
sia-sia kerana konflik yang tidak ditutup dengan baik dan tidak dihabiskan.

Cadangan yang keempat ialah, meletakkan nilai yang boleh dicontohi pembaca. Lebih
banyak nilai yang ada, lebih banyak pengajaran yang mampu diterapkan oleh pelajar tertentu.

Cadangan yang terakhir ialah, penulis meletakkan lebih banyak peristiwa di dalam novel
dan menerapkan lebih banyak info tentang teknologi masa kini supaya pembaca akan lebih
teruja untuk membaca novel ini.

SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN
Pengenalan :
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama
ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalmnya
terdapat hasil penulisan ayah kandungnya.

Sinopsis :
Teruja dengan kandungan manuskrip itu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan
arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke
kampung arwah ayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor
atas sebab-sebab tertentu.

Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi
membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan
tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap
anaknya.

Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang keras
keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah
kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana.

Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini
dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit
demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-
penduduk kampung di situ.

Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang amat
mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya. Semenjak
ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk
memperkenalkan tarian zapin ini.

Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin.
Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik
tirinya turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah
melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.

Sinopsis setiap bab :
BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA
haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat.
Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang
pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan
l Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika. Uminya
membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya tentang
ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiqal
menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan.

BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN
Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan
sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya
membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan
pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haikal

memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. Sambil mereka bersiar-
siar di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba ingin
tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya
umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya
juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee
Hwa beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.

BAB 3: SENASKAH MANUSKRIP LAMA
Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari
penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan
menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan
perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya
teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang
seusia dengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-
pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual
dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah
menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim
datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah
dari kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh
abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia
menoreh getah sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk
dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan
membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai
menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku. Anak
sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya dalam bidang undang-
undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim
hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya
sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat
kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta
tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat
dihidupkan kerana kehabisan bateri. Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil
bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri
Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting.
Yang penting anak-nanaknya belajar dengan rajin. Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah

dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku.
Aku kembali terbayang- bayang Aiman di dalam pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik
guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang
gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang
Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari
subjek Pendidikan Islam. Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling.
Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan
arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak
selesa.

ii) Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu
menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelanjaan
persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam
perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke
Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku
menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di rumah Tauke lim Ai Ling menjenguk
dari muka pintu dan aku berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu Aiman. Tauke
Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima tawaran aku kerana
terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang sering membantunya ketika dia susah dahulu.
Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke
Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah. Tauke Lim
meminta aku menganggap Ai Ling seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta aku bersabar
dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi menenangkan perassan Haikal,
Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang akan aku. Banyak kegiatan telah
aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular.

iii) Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai
Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji
Salam memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai
Yayasan Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri
akan membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu
rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk memberi
persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur begitu lama .
Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur

cara majlis. Tauke Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuan tetamu. Aku terus
berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir
mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku (yang dipanggil Zam)
uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi meneruskan
minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada dirinya sendiri sama ada dia sedang
merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan masalah hidupnya sendiri.

iv) Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15 orang
pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu.. Semasa di
dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi. Ai Ling
memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca buku puisi.Ai Ling
berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang
itu. Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai Ching.Aku meneliti
sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus mengajar cara
mendeklamasi dan cara membuat persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling
dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman di bibirnya,

v ) Ai Ling memenangi pertandingan mendeklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah
mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua
pelanggan di warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku. Tauke
Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali membaca
puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu akan suara aku
mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda kembali berkumpul
di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan berseloka. Pak Dollah
bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali Tauke Lim
mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan
A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang guru yang hebat.
Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa orang pemuda
berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat mereka akan sama-
sama mendeklamasi sajak secara spontan yang mengelikan hati. Fikiran aku masih bercelaru.
Sehingga lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata Abang Bakir. Sama ada
aku masih merajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang keresahan hatinya sejak berpisah
dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan semangatnya untuk berkarya. Aku terus
dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping potret ketika Aiman

berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai hidup aku. Aku menjadi
seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling

vi) Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak
sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam
itu. Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula
mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman
mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan
gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati terhadap
Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama memulakan
persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil yang
panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk
kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan
makanan tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari
maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan D’Purnama akan
dapat membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja keras
menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program budaya di kampung itu. Aku
memberi keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan
dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang
sastera dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup.

vii) Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun kesihatan
aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku merahsiakan
penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku membawa Ai Ling dan
Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di situ Ai Ling bertanya kepada
aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku memberitahu bahawa sudah 3 tahun
tidak berkunjung ke situ.Aku terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya Aiman yang
seusia dengan Ai Ling, Ai Ling berasa simpati akan aku. Ai Ling memberitahu aku bahawa
arwah ayahnya amat sayang akan aku. Aku terus dihurung keresahan dan kegelisahan
mengenangkan kisah pahit dalam rumahtangganya.

viii) Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat
mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung Bersama Puisi yang
akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju

mendeklamasikan sajak. Persiapan semakin rancak. Semua penduduk kampung yang terlibat
bersungguh-sungguh menjalani latihan. Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga kali
seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku program
yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan yang kurang
baik hanya berdoa Allah memberikan kekuatan kepadanya. Ai Ling datang ke rumah aku
membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim. Mereka berbua-bual sambil menikmati apam
balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi
orang pertama yang membaca manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan
menghargai saat bersama- sama bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya kepada
aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa termenung jauh
mengingati Aiman. Aku hanya diam.

ix) Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi.
Aku berharap Aksara yang menjadi impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya
berharap mampu menyudah puisi untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan
sebahagian lagi manuskrip dan disimpan di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin
kerap menyerang. Dalam keadaan ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku
menangis.

BAB 4: DESAKAN HATI
Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal
bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-
lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan
sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu
uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali
dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar
buntu. Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal
memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang
dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila
Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu makna
Aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya.
Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna,
berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada
persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan

peringkat daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan
kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan pencapaiannya. Haikal mula
menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-
benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan
perasaannya tentang ayahnya.

BAB 5: RINDU
Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada bersama-
sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama
ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri
Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin.
Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia
perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi
perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi.
Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu
melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang
kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak
membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki
peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun
Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca
perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu
kepada umi.

BAB 6: SATU KETETAPAN
Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong
keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan
ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun
pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak
membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman
ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan
menyokong keputusannya secara diam-diam.

BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH

Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan
ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa
tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan
ibunya.

BAB 8: TIBA DI KAMPUNG
Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri
Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung
kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta
menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya.
Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke
Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.

BAB 9: PERTEMUAN
Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman
rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang
gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan
kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.

BAB 10: PUSARA
Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur
ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak
mengenangkan arwah ayahnya.

BAB 11: SUASANA BAHARU
Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu.
Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya
kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan
tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai
pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong
tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak
mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil upah
memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh

seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya
Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut.
Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu
diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu bersama-
sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana kampung yang
menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya
untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.

BAB 12: RAHSIA BALAI RAYA
Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai
raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan
terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan
mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak
percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan
arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik
dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-
gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari
zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan
zapin Seri Purnama.

BAB 13: SINAR HARAPAN
Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung Seri
Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal
juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.

BAB 14: MENCARI KESERASIAN
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama
dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.

BAB 15: TETAMU ISTIMEWA
Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama
masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.

BAB 16: BERMULALAH EPISOD

Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi
Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama
dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan
Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama
ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda
yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.

Kekuatan :
Novel yang dikaji di tingkatan lima iaitu novel Silir Daksina karya Nizar Paman. Terdapat
beberapa kekuatan yang ada di dalam novel ini.

Kekuatan yang pertama ialah, plot yang ingin diceritakan oleh penulis disampaikan
melalui cerita ini mempunyai plot yang menarik. Pengakhiran cerita ini mempunyai ceritanya
dan cerita ini tidak tergantung mahupun membuat pembaca tertanya-tanya walaupun novel itu
sudah sampai ke penghujungnya.

Kekuatan yang kedua ialah, watak yang tidak mudah berputus asa untuk mengenali
bapanya. Haiqal terus berusaha untuk pergi ke tempat yang ditinggalkan oleh ayahnya
walaupun dia tahu bahawa uminya tidak merestuinya.

Kekuatan yang ketiga ialah, penulis memberitahu latar belakang setiap watak yang mampu
membiarkan pembaca sendiri memahami apa yang ingin disampaikan. Dengan itu, novel ini
mampu memberi impak yang kuat dan pengajaran yang harus difahami setiap pembaca.

Kekuatan yang keempat ialah, pengajaran yang menarik, iaitu tidak semua benda yang
dirahsiakan adalah benda yang buruk. Adakalanya benda yang ingin dirahsiakan itu atas sebab
kesedihan sewaktu benda itu berlaku. Namun adakalanya benda yang ingin dirahsiakan itu atas
sebab sendiri yang salah.

Kekuatan yang kelima ialah, watak sampingan yang menarik perhatian. Tidak semua novel
mempunyai watak sampingan yang menarik. Akan tetapi, novel yang dikaji ini mempunyai
watak sampingan yang sangat menarik.

Kekurangan :
Novel yang dikaji di tingkatan 5 iaitu novel Silir Daksina karya Nizar Paman. Terdapat

beberapa kekurangan yang ada di dalam novel ini.
Kekurangan yang pertama ialah, penulis kurang memberi gambaran situasi untuk novel

ini. Sesetengah pembaca tidak dapat membayangkan situasi atau penceritaan secara dialog

kerana terdapat beberapa individu yang lebih memahami sesuatu yang ingin disampaikan
melalui gambaran ilustrasi ataupun lukisan.

Kekurangan yang kedua ialah, novel ini tidak mempunyai nilai kasih sayang yang banyak.
Sebagai contoh , Abdullah Kayan berpisah dengan isterinya, Rafiqah. Rafiqah melarang Haiqal
berhubung dengan ayahnya menyebabkan Haiqal tidak mendapat kasih sayang ayahnya.
Penceraian yang berlaku dalam sesebuah keluarga telah menyebabkan seseorang anak tidak
mendapat kasih sayang daripada ayah atau ibu.

Kekurangan yang ketiga ialah, penceritaan watak yang suka mementingkan diri. Penulis
sepatutnya cuba untuk menambah watak yang memberi penyesalan kepada watak tersebut
kerana sikapnya yang penting diri.

Kekurangan yang keempat ialah, penceritaan plot yang ada kurang menarik. Pembaca
akan berasa bosan kerana lebih mengharapkan banyak kejutan daripada kisah Haiqal.

Kekurangan yang terakhir ialah, penulis membuat watak yang tidak tahu untuk berfikir
apakah akibat aksinya yang tidak elok itu kepada keluarga watak. Pembaca mungkin akan
menganggap penulis tidak mencari solusi supaya watak yang suka berjudi itu insaf .

Cadangan penambahbaikan :
Novel yang dikaji di tingkatan 5 iaitu novel Silir Daksina karya Nizar Paman. Terdapat

beberapa cadangan untuk penambahbaikan bagi novel ini.
Cadangan yang pertama ialah, membuat watak yang tidak ambil kisah dengan apa yang

berlaku kepada orang sekelilingya supaya mendapat pengajaran dan dapat dicontohi oleh orang
lain.

Cadangan yang kedua ialah, penulis tidak menggunakan ayat-ayat yang merapu hanya
untuk memanjangkan plot yang sepaptutunya pendek. Pembaca akan berasa kemungkinan
melangkau muka surat yang mempunyai info penting.

Cadangan yang ketiga ialah, penulis sekurang-kurangnya meletakkan ilustrasi yang
berkenaan supaya novel akan menjadi lebih menarik dan difahami untuk dibaca.

Cadangan yang keempat ialah, penulis hendaklah menerapkan lebih banyak lagi nilai
positif ke dalam novel kerana terlampau banyak watak yang mempunyai nilai yang negatif
terhadap watak itu sendiri.

Cadangan yang terakhir ialah, menerapkan lebih banyak nilai supaya pelajar mudah
mengkaji novel apabila diperlukan untuk peperiksaan dan sebagainya.

BIODATA-BIODATA PENULIS BAGI NOVEL :
Leftenan Adnan Wira Bangsa
Abdul Latip bin Talib yang juga sinonim dengan panggilan Pak Latip dilahirkan di Kampung
Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954. Kini menetap di Jelebu Negeri
Sembilan. Beliau seorang penulis sepenuh masa yang menulis sajak, cerpen, rencana, drama
televisyen dan novel. Sebanyak 20 buah novel kanak-kanak, remaja dan dewasa telah
diterbitkan. Sejak tahun 2007, beliau lebih banyak menumpukan pada penulisan novel sejarah
dengan Syarikat Penerbitan PTS, kini lebih 30 buah novel telah dihasilkan.

Di Sebalik Dinara
Penulis novel Di Sebalik Dinara, Dayang Noor, nama sebenarnya ialah Nor Aziza binti
Sulaiman, mempunyai Ijazah Kejuruteraan (Elektronik dan Komputer) UPM, mempunyai
pengalaman bekerja selama 5 tahun dalam bidang IT, pernah mendidik pelajar di Sekolah
Kebangsaan Kerayong, Triang, Pahang dan Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor
Bahru(Aliran Sains).

Jendela Menghadap Jalan
Penulis novel Jendela Menghadap Jalan, Ruhaini Mat Darin, dilahirkan pada 16 Mac 1981 di
Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik
ini mendapat pendidikan sehingga peringkat Sarjana Muda Kewangan di Universiti Sains
Malaysia. Beliau kini berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta tempatan. Beliau suka
melancong dan membaca.

Pantai Kasih
Penulis Novel Pantai Kasih, Azmah Nordin, dilahirkan pada 10 Januari 1958 di Kulim, Kedah.
Azmah Nordin kemudiannya mendapat pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu
dan Inggeris. Pada 1973 beliau berpindak ke Sabah dan menetap di sana.
Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan
rencana. Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada awal tahun 1986.
Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan novel.

Songket Berbenang Emas
Penulis novel Songket Berbenang Emas, Khairuddin Ayip, lahir pada 25 Februari, 1962 di
Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada

sembilan adik beradik. Ayahnya pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada
tahun 1969, beliau mendapat pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau
meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980,
Khairuddin melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus
STP, pada tahun 1982 hingga 1984 beliau mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan
Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu di Maktab Perguruan
Temenggung Ibrahim, Johor Bahru.

Tirani
Penulis novel Tirani, Ben Sabariah atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir
di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari SMK
Green Road Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas @ diploma dari Maktab
Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor
Baharu.

Bimasakti Menari
Penulis novel Bima Sakti Menari, Sri Rahayu binti Mohd Yusop, merupakan guru bahasa
Inggeris di SMK Pandan Jaya, Ampang. Beliau adalah bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah
itu memiliki ijazah sarjana muda TESL dari Universiti Otago, New Zealand dan kelayakan
ikhtisas pendidikan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Silir Daksina
Penulis novel Silir Daksina, Nizar Parman, dalah anak kelahiran Batu Pahat, Johor. Beliau
merupakan seorang guru di SK Seri Lalang, Kluang dan baru menamatkan pengajian ijazah
asas di Universiti Terbuka Malaysia pengkhususan Bahasa Melayu sekolah rendah.

KULIT BUKU MUKA HADAPAN DAN
MUKA BELAKANG





RUJUKAN NOVEL :
Leftenan Adnan Wira Bangsa
Di Sebalik Dinara
Jendela Menghadap Jalan
Pantai Kasih
Songket Berbenang Emas
Tirani
Bimasakti Menari
Silir Daksina
RUJUKAN LINK :
https://lamankomsas.blogspot.com/2015/05/sinopsis-novel-leftenan-adnan-wira.html
https://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2015/01/sinopsis-di-sebalik-dinara-bab-1-bab-5.html
https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-di-sebalik-dinara-komsas.html
https://www.irujukan.my/novel-jendela-menghadap-jalan/#sinopsis
https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/07/Komsas-Bahasa-Melayu-
Tingkatan-4-Kajian-Novel-Pantai-Kasih-Azmah-Nordin.pdf
https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-songket-berbenang-emas.html
https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-tirani-komsas-tingkatan-5.html
https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-bima-sakti-menari-komsas.html
https://www.ipendidikan.my/novel-bima-sakti-menari.html#Sinopsis
https://guruselamanya.wordpress.com/2020/02/23/novel-silir-daksina-sinopsis-mengikut-bab/


Click to View FlipBook Version