The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Luqman Hakim, 2024-03-12 22:26:16

PROPOSAL BAB 1-3

PROPOSAL BAB 1-3

KM 36 JALAN BALUNG, BEG BERKUNCI NO.27, 91009, TAWAU, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2021 / 2025 SEMESTER 2 TAHUN 3 NAMA PELAJAR : MUHAMMAD LUQMANULHAKIM BIN MOHD KAMAL NO ANGKA GILIRAN: 2021052340106 NO KAD PENGENALAN : 020706-02-0619 KUMPULAN / UNIT : PISMP AMB. JUN 2021/2025 PAI 3 KOD KURSUS : PIMK 3143 NAMA KURSUS : ASAS PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN TUGASAN : 1 (KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN) NAMA PENSYARAH : DR. ISMAIL BIN HUSIN TARIKH HANTAR : 6 MAC 2024 Pengesahan Maklum Balas Pentaksiran Berterusan Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami ....................................................... Tandatangan Pelajar Tarikh: ..............................


PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID SEKOLAH RENDAH MUHAMMAD LUQMANULHAKIM BIN MOHD KAMAL PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (Ambilan JUN 2021) Siti Fatimah Binti Ishak INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TAWAU 2024


i KANDUNGAN Muka Surat KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i iv v vi vii BAB 1: PENDAHULULAN 1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Tujuan Kajian 1.3.1 Objektif Kajian 1.3.2 Soalan Kajian 1.3.3 Hipotesis Kajian 1.4 Skop dan Batasan Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Definisi Operasional 1.7 Rumusan 1 2 4 4 5 5 6 7 8 14 BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Kepada Konteks Kajian 2.2 Teori/Model Kajian 2.3 Dapatan Kajian-Kajian Lalu 2.4 Kerangka Konseptual 15 15 19 24


ii 2.5 Rumusan 25 15 BAB 3: METADOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Persampelan 3.4 Instrumen Kajian 3.4.1 Kesahan 3.4.2 Kebolehpercayaan 3.5 Kajian Rintis 3.6 Prosedur Pengumpulan Data 3.7 Prosedur Penganalisisan Data 3.8 Rumusan 26 26 27 28 30 31 32 34 34 36 RUJUKAN LAMPIRAN 37 44


iii SENARAI JADUAL Jadual Nama Jadual Muka Surat 3.1 Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan 28 3.2 Pecahan Bahagian Soal Selidik Mengikut Bilangan Item 30 3.3 Nilai Tahap Persetujuan Cohen’s Kappa 31 3.4 Nilai Pekali Alpha Cronbach 33 3.5 Ringkasan Analisis Kebolehpercayaan Instrumen 34


iv SENARAI RAJAH Rajah Nama Rajah Muka Surat 2.4 Kerangka Konseptual 24


v SENARAI SINGKATAN Singkatan Penerangan BBM Bahan Bantu Mengajar KPM Kementerian Pelajaran Malaysia TMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi PdP Pengajaran dan Pembelajaran JPN Jabatan Pelajaran Negeri PPD Pejabat Pendidikan Daerah GPI Guru Pendidikan Islam PAK21 Pembelajaran Abad Ke-21 SPSS Statistical Package For Social Science Version 27.0 for Windows TAM Model Penerimaan Teknologi


vi SENARAI LAMPIRAN Lampiran Nama Lampiran Muka Surat A Surat Permohonan Menjalankan Penyelidikan 44 B Carta Gantt 52 C Nilai Cronbach’s Alpha 53 D Instrument Soal Selidik 54 E Jadual Krejcie dan Morgan (1970) 58


1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1PENGENALAN Bab satu membincangkan tentang latar belakang kajian, pernyataan masalah, tujuan kajian yang meliputi objektif kajian dan persoalan kajian. Selain itu, bab ini juga turut mengemukakan kerangka konseptual kajian yang mendasari kajian yang dijalankan. Subtopik lain seperti limitasi kajian, definisi operasional kajian serta rumusan bab turut dikemukakan. Sektor Pendidikan merupakan wadah utama yang meneraju Pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Sekiranya sesuatu bangsa dan negara tersebut tidak dilengkapi dengan sistem Pendidikan komprehensif dan mantap sejajar dengan perkembangan zaman, ianya boleh dianggap gagal dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyatnya (Ching, 2015). Manakala guru dan barisan pentadbir sekolah betindak sebagai ejen peggerak utama yang memainkan peranan penting dalam menentukan pencapaian murid. Hal ini turut disokong oleh Tennessee, Amerika Syarikat di mana kajian yang dilakukan pada pertengahan tahun 1990-an dalam tempoh tiga tahun membuktikan bahawa pencapaian positif yang ditunjukkan oleh murid dalam bidang akademik mempunyai hubung kait serta dipengaruhi 50% oleh rekod prestasi guru yang tinggi berbanding guru yang berpreatasi rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Hal ini kerana, guru merupakan individu yang menggalas peranan penting dalam memandu sesuatu pelaksanaan kurikulum, dasar dan program Pendidikan yang telah dirancang oleh pihak Kerajaan pada peringkat sekolah. Melihat kepada saranan Kerajaan berkenaan pembelajaran abad ke21, tidak dapat dinafikan guru turut memainkan peranan yang penting iaitu sebagai pemimpin yang membimbing murid dalam menjalankan aktiviti pembelajaran. Dalam konteks Pendidikan Islam, guru turut diakui menggalas taggungjawab yang besar dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dengan pengubahsuaian yang berkesan mengikut keperluan murid serta memberi impak terhadap peningkatan pencapaian murid.


2 Proses PdP adalah merupakan satu entiti yang mendorong dalam mencorakkan modal insan yang dilahirkan oleh semua institusi pendidikan tidak kiralah di peringkat pendidikan rendah mahupun ke peringkat yang lebih tinggi. Pelaksanaan PdP yang bersistematik dan mempunyai objektif yang jitu akan memberi kesan yang positif seperti menghasilkan pembudayaan saintifik, penghasilan idea kreatif dan inovatif, pembangunan potensi manusia yang mampu untuk terus berkembang dan mencapai tahap prestasi terbaik. Oleh hal demikian, guru merupakan individu yang penting dalam memastikan proses PdP yang dijalankan dapat mendatangkan impak yang positif kepada murid terutamanya dalam bidang akademik. Dalam hal ini pemilihan serta penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang baik dan sesuai dengan keperluan murid adalah penting dalam menjadikan proses PdP lebih bermakna dan berjaya menarik minat murid. Penggunaan BBM dalam PdP memberikan banyak faedah kepada guru dan juga murid. Oleh itu, guru perlu mempunyai kemahiran dalam memilih serta menghasilkan pelbagai bentuk BBM yang menarik dan bersesuaian mengikut tahap keupayaan murid di samping dapat menjana idea yang bernas dalam merancang dan melaksanakan aktiviti PdP yang lebih kreatif (Noordin & Zainal Abiden, 2010). Perkara ini turut disokong oleh Mohd Yasin et al. (2013) iaitu penggunaan BBM digital menjadikan proses PdP yang dijalankan lebih efektif serta ianya merupakan salah satu inisiatif guru dalam usaha meningkatkan minat, pencapaian dan kejayaan murid. Oleh hal yang demikian, guru wajar menitikberatkan pengaplikasian BBM digital di dalam proses PdP dalam usaha melahirkan murid yang cemerlang melalui setiap aspek dan pelaksanaan ini kepada guru. 1.2PERNYATAAN MASALAH Kejayaan serta keberhasilan sesuatu proses PdP dapat ditentukan melalui kemahiran guru mengajar dengan mengimplimentasikan strategi pengajaran yang berkesan. Minat serta keterlibatan aktif murid dalam proses PdP didorong oleh sikap serta pendekatan yang digunakan oleh guru sebagai ejen utama penyampai maklumat di dalam bilik darjah. Dengan ini jelas menunjukkan bahawa, guru merupakan penyumbang utama dalam memastikan keterlibatan aktif murid sepanjang berlangsungnya aktiviti akademik di dalam proses PdP. Kajian Bardin & Lewis 2008; Bardin & Lewis 2011; Wang & Holcombe 2010


3 berpendapat bahawa penglibatan aktif yang ditunjukkan oleh murid dalam proses PdP adalah hasil daripada sokongan dan dorongan daripada guru. Namun demikian, hasil lawatan dan pemeriksaan pihak Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan ke sekolah mendapati bahawa pelaksanaan pengajaran guru masih berada pada tahap sederhana, berpusatkan guru dan tanpa penglibatan aktif daripada murid. Laporan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (2010) terhadap pemeriksaan mendapati bahawa guru pendidikan Islam kurang mempelbagaikan pendekatan dan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan pembelajaran murid dan tahap pengajaran guru berada pada tahap sederhana. Menurut Zalizan dan Noraini (2000) berpendapat bahawa pengetahuan isi kandungan dan kepakaran pedagogi merupakan elemen penting bagi pengajaran terutamanya dalam kelas pendidikan Islam seperti penerapan pendekatan, kaedah, strategi dan teknik perlu dititikberatkan serta penekanan perlu diberikan kepada penyediaan aktiviti-aktiviti dan bahan digital mengikut tajuk pembelajaran. Disamping itu, kajian Noraini Mohamad Noh et. al. (2013) turut mendapati bahawa terdapat guru yang masih kurang pengetahuan dari aspek mencari serta membina BBM yang lebih inovasi dan kreatif. Guru hanya menggunakan bahan sedia ada daripada persekitarannya tanpa mengolah dan membentuk bahan tersebut dengan lebih kreatif dan inovatif. Sewajarnya guru perlu lebih kreatif dan inovatif terhadap pembinaan bahan bantu mengajar (BBM) yang sedia ada supaya murid tidak bosan dan jemu dengan bahan yang disediakan oleh guru. Tambahan pula hari ini zaman berteknologi maka guru perlu lebih kreatif dan inovatif dengan menerapkan elemen TMK sebagai BBM dalam PdP di sekolah. Akan tetapi, ini tidak akan tercapai jika guru masih kurang pengetahuan berkaitan TMK. Kajian Mohd Firdaus et. al. (2013) mendapati masih terdapat guru yang mempunyai tahap pengetahuan yang rendah berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dakan Pendidikan. Oleh itu, guru masih tidak dapat mempraktikkan elemen TMK dalam Pdp di sekolah.


4 1.3TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini dilaksanakan ialah untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap penggunaan bahan digital dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP). Kajian ini juga menekankan kepada tiga konstruk utama yang penyelidik ketengahkan iaitu tahap pengetahuan guru, persepsi guru dan kemahiran guru dalam menggunakan bahan digital dalam sesi PdP. Di samping itu, kajian ini juga turut melihat hubungan antara persepsi guru dengan kemahiran guru terhadap penggunaan bahan digital. Selain itu, pengkaji turut mengenalpasti perbezaan antara kemahiran guru terhadap penggunaan bahan digital dengan faktor demografi guru yang mengajar seperti umur, jantina dan pengalaman mengajar. Penyelidik juga menyenaraikan lima objektif kajian dan lima persoalan kajian. 1.3.1 OBJEKTIF KAJIAN Terdapat lima objektif dalam kajian ini, iaitu: 1.3.1.1 Mengenal pasti tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan bahan digital dalam PdP murid sekolah rendah. 1.3.1.2 Mengenal pasti persepsi guru terhadap penggunaan bahan digital dalam PdP murid sekolah rendah. 1.3.1.3 Mengenal pasti kemahiran guru terhadap penggunaan bahan digital dalam PdP murid sekolah rendah. 1.3.1.4 Meninjau hubungan antara persepsi guru dengan kemahiran guru terhadap penggunaan bahan digital dalam PdP murid sekolah rendah.


5 1.3.1.5 Mengenal pasti perbezaan antara kemahiran guru terhadap penggunaan bahan digital dengan faktor demografi guru yang mengajar murid sekolah rendah. 1.3.2 SOALAN KAJIAN Terdapat lima persoalan dalam kajian ini, iaitu: 1.3.2.1 Adakah guru mempunyai pengetahuan terhadap penggunaan bahan digital dalam PdP murid sekolah rendah? 1.3.2.2 Adakah persepsi guru terhadap penggunaan bahan digital dalam PdP murid sekolah rendah? 1.3.2.3 Adakah guru mahir menggunakan bahan digital dalam PdP murid sekolah rendah? 1.3.2.4 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi guru dengan Kemahiran guru terhadap penggunaan bahan digital dalam PdP murid sekolah rendah? 1.3.2.5 Adakah terdapat perbezaan antara kemahiran guru terhadap penggunaan bahan digital dengan faktor demografi guru yang mengajar murid sekolah rendah? 1.3.3 HIPOTESIS KAJIAN 1.3.3.1 Menurut kajian yang dilakukan oleh Sugiyono (2009), hipotesis adalah satu ramalan awal kepada satu kajian yang dinyatakan didalam objektif kajian. Berdasarkan objektif serta persoalan kajian yang telah ditetapkan, dua hipotesis null telah dibentuk. Pengkaji telah menggunakan 0.05 sebagai tahap nilai keyakinan untuk mendapatkan kebarangkalian signifikan hipotesis seperti berikut.


6 Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi guru dengan Kemahiran guru terhadap penggunaan bahan digital dalam PdP murid sekolah rendah. Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara Kemahiran guru terhadap penggunaan bahan digital dengan faktor demografi umur guru yang mengajar murid sekolah rendah. Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran guru terhadap penggunaan bahan digital dengan faktor demografi jantina guru yang mengajar murid sekolah rendah. Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran guru terhadap penggunaan bahan digital dengan faktor demografi pengalaman mengajar guru yang mengajar murid sekolah rendah. 1.4SKOP DAN BATASAN KAJIAN Skop kajian memberi gambaran secara umum berkaitan skop kawasan, skop peserta kajian, skop masa dan skop isu yang dikaji oleh pengkaji (Syed Ismail Syed Mustapa, Ismail Raduan & Bushro Ali, 2018). Batasan kajian pula merupakan satu limitasi kajian yang bertujuan untuk mengehadkan perluasan kajian. Kajian ini hanya dilaksanakan dalam kalangan guru Pendidikan Islam di Sekolah Rendah kawasan daerah Tawau, Sabah yang mempunyai sebanyak 59 buah sekolah di Tawau. Pengkaji memilih manjalankan kajian secara rawak mudah dengan memilih beberapa sekolah sahaja. Pemilihan ini dibuat kerana sekolah-sekolah ini mempunyai guru Pendidikan Islam paling ramai dan pelbagai latar belakang demografi. Kajian ini merupakan satu kajian yang berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan persampelan rawak mudah. Dalam kajian ini, pengkaji memilih sampel dalam kalangan guru yang mengajar murid pendidikan khas


7 ketidakupayaan penglihatan sahaja sebagai peserta kajian. Pemilihan sampel kajian ini diharapkan akan dapat membantu pengkaji mendapat kesahan yang tinggi dalam memperoleh maklumat yang dikehendaki. Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini turut terbatas kepada soal selidik sahaja. 1.5KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini akan dilakukan adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) berunsurkan digital atau teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kalangan guru Pendidikan Islam semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek Pendidikan Islam yang pelbagai bidang. Pada masa yang sama ia juga untuk mengenal pasti berapa banyak dan berapa jenis alat yang sering digunakan oleh guru Pendidikan Islam untuk menyampaikan ilmu yang pelbagai bidang terhadap murid di sekolah. Selain itu, kajian adalah untuk mengkaji pengetahuan dan sikap-sikap guru Pendidikan Islam dalam menerapkan TMK dalam PdP sebagai BBM. Kesemua ini adalah berpandukan kepada objektif dan persoalan kajian. Data kajian ini yang akan memberi kepentingan sebagai bahan bukti kepada guru-guru Pendidikan Islam yang mana mereka akan merubah pandangan dan pengetahuan guru untuk mengaplikasikan BBM berunsurkan TMK dalam PdP. Pada masa yang sama, ia adalah untuk penambahbaikan sekiranya dalam sistem PdP guru terdapat lompongan dan kecacatan dalam penggunaan TMK semasa menjalankan PdP di dalam kelas. Di samping itu, ia adalah untuk rujukan dan panduan guru yang masih menganggap ketidakperluan penggunaan TMK dalam PdP guru untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid. Seterusnya ia adalah untuk dijadikan bahan rujukan kepada pentadbirpentadbir dan guru-guru di sekolah-sekolah rendah di Malaysia untuk penambahan pengetahuan dan untuk pengaplikasian di sekolah terutamanya dalam PdP guru-guru Pendidikan Islam khususnya dan amnya untuk semua sekolah di Malaysia. Mereka boleh menjadikan kajian ini sebagai kayu ukur


8 dalam meningkatkan penggunaan BBM berunsurkan digital atau TMK dalam PdP untuk diambil tindakan dalam menambahbaik amalan pendidikan mereka di sekolah dalam menyampaikan ilmu kepada anak murid. Kepentingan kajian ini juga sebagai panduan dan rujukan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sektor Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan seterunsya peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi mengetahui sejauhmana penggunaan BBM berunsurkan TMK dalam kalangan guru dan pada masa yang sama sebagai bahan bukti kepada pihak KPM, JPN dan PPD untuk mereka mengambil inisiatif dalam memperbaiki amalan PdP guru dalam mengaplikasi TMK terhadap BBM. Pada masa yang sama, pihak-pihak berkaitan boleh menjadikan data kajian ini sebagai data mereka dan mengambil tindakan dalam meningkatkan pengetahuan serta kemahiran guru dalam penggunaan bahan digital dalam PdP guru di sekolah-sekolah. Di samping itu, ia juga memberi manfaat kepada bidang ilmu Pendidikan Islam untuk berkongsi informasi dan data berkaitan dengan BBM dan TMK. Sepertimana dunia pendidikan hari ini merubah konsep dan merubah corak PdP berteraskan TMK, maka bermanfaat untuk bidang ilmu Pendidikan Islam untuk menelusuri dan meneroka dunia TMK dan BBM untuk diaplikasikan dalam bidang ilmu Pendidikan Islam kerana ia memberi manfaat kepada dunia pendidikan dan generasi kanak-kanak hari ini. 1.6DEFINISI OPERASIONAL Definisi operasional ialah definisi yang menentukan prosedur atau operasi kajian yang menghasilkan atau mengukur konsep (Ary et al., 2018). Definisi operasional memberi makna untuk membina dan menyatakan operasi setiap perkara berkenaan memahami konsep tertentu istilah itu diguna pakai. Definisi operasi menentukan pemboleh ubah dengan menentukan operasi yang sesai digunakan untuk mengukur atau memanipulasi kajian. Definisi operasional membantu pengkaji menyelaraskan fahaman kajian ini agar selaras dengan dapatan yang direkodkan. Berikut disenaraikan definisi bagi setiap terminologi


9 dalam kajian ini iaitu persepsi bahan bantu mengajar, bahan digital atau teknologi maklumat dan komunikasi, proses pengajaran dan pembelajaran dan guru Pendidikan Islam. 1.6.1 Persepsi Persepsi bermaksud tanggapan atau pandangan yang bebas dan tidak tertakluk kepada sesiapa sahaja. Persepsi ini adalah berpandukan kepada pandangan individu itu sendiri tanpa pengaruh daripada orang lain. Walau bagaimanapun, persepsi ini mempunyai pengertian yang banyak serta luas. Ramai penyelidik berpendapat bahawa persepsi ini adalah tanggapan manusia kepada sesuatu yang dilihat secara langsung. Persepsi adalah satu tanggapan langsung dari sesuatu perkara yang dilihat dan persepsi juga adalah inti komunikasi, manakala penafsiran adalah proses komunikasi. Menurut Sugihartono (2007), beliau menyatakan bahawa persepsi merupakan satu terjemahan daripada sesuatu yang dilihat dan difahami. Sesetengah manusia berpendapat bahawa sesetengah manusia itu bertindak disebabkan oleh persepsi mereka yang bersifat sangat positif dan negatif. Selain itu, Bimo Walgito (2004) turut memberi pandangan bahawa persepsi adalah satu pandangan yang diberikan oleh individu merujuk kepada pengalaman atau perkara-perkara yang pernah dilaluinya dan tindak balas yang terhasil adalah berpunca daripada pandangan individu tersebut. Walau bagaimanapun, persepsi ini adalah berbeza-beza antara individu dengan individu yang lain. Persepsi dalam konteks kajian ini merujuk kepada sudut pandangan serta pendapat peribadi responden terhadap penggunaan bahan digital dalam PdP murid sekolah rendah merangkumi aspek kesesuaian, keperluan serta keberkesanan. Oleh itu, pengkaji akan menilai tahap persepsi guru terhadap penggunaan bahan digital dengan cara menganalisis nilai min dan sisihan piawai.


10 1.6.2 Bahan bantu mengajar Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Dalam kajian ini, BBM bermaksud peralatan atau bahan yang digunakan oleh guru dan murid dalam proses PdP yang melibatkan peralatan atau bahan berinovasi seperti guru menggunakan model, bahan semula jadi, kad imbasan, buku teks dan sebagainya dalam PdP bagi meningkatkan perasaan ingin tahu, menarik minat dan fokus murid terhadap sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Bahan bantu mengajar (BBM) merupakan satu kaedah alternatif yang digunakan oleh guru ketika sesi PdP berlangsung dengan tujuan untuk membantu pengajarannya (Norfarizah dan Mohd Zazril Ikhmal, 2016). Menurut Norzainarian (2011) pula, BBM terbahagi kepada dua kategori iaitu elektronik dan bukan elektronik. Bagi kategori elektronik, contoh penggunaan BBM adalah seperti televisyen, projektor dan komputer, manakala penggunaan BBM bukan elektronik pula adalah seperti kad imbasan, carta, majalan, jurnal dan gambar yang digunakan oleh guru (Norzainariah, 2011). Di dalam konteks kajian ini pula, bahan bantu mengajar adalah fokus utama kajian. BBM yang terlibat berbentuk bahan digital atau TMK. 1.6.3 Bahan digital atau teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah proses pemprosesan data menggunakan teknologi. Alam teknologi ini amat luas ruang lingkup perbincangannya. la berkisar segala konsep dalam pengurusan dan pemprosesan data maklumat dengan menggunakan komputer atau perisisan untuk mendapatkan, menyimpan, melindungi, memproses, memindah maklumat tanpa mengira waktu, tempat dan masa (Wan Khairuddin, 2006). Dalam dunia pendidikan, TMK digunakan untuk menyimpan, memproses dan menyebarkan maklumat berteraskan teknologi (Muhammad Yaumi, 2018). la juga diketahui umum sebagai satu bentuk pengaliran maklumat yang sangat pantas. Ia tidak terhad kepada penggunaan komputer dan internet semata-mata tetapi ia juga melibatkan penggunaan televisyen, telegraf, telefon mudah alih,


11 faks dan sebagainya (Yusof & Tahir, 2017) yang berfungsi sebagai medium PdP dalam dunia pendidikan (Rofishah,2005). Menurut Zamri Mahamod (2018) mengatakan bahawa guru perlu mengintegrasikan dan menggunakan alat-alat elektronik secara meluas dalam proses PdP di dalam kelas. Manakala menurut Zaki (2014), Bakar et al. (2016) dan Abdul Manaf et.al. (2006) mengatakan bahawa TMK dalam pendidikan berfungsi sebagai medium proses menyampaikan maklumat secara signifikan serta ia membantu menyeronokkan suasana PdP (Ab. Rahman et. al., 2015) serta penyebaran maklumat dan ilmu melalui integrasi media teks, grafik, audio, video, animasi serta penggunaan komputer sebagai agen persembahan. dengan pengintegrasian media-media tersebut, ia akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih kreatif, inovatif dan mengalakkan komunikasi dua hala bersama murid (Siti Fatimah, 2010). Menurut Heinech et. al. (2001) menyatakan bahawa media dan TMK membawa maksud alat dan medium untuk menyampaikan maklumat daripada sumber penyampai kepada penerima maklumat seperti filem, audio, video, gambar, risalah dan sebagainya (Maimun Aqsha Lubis et al, 2016). la juga dirumuskan oleh Saemah Rahman & Zamri Mahamod (2018) bahawa TMK dan media merupakan bahan media atau peralatan yang digunakan dan dibina bertujuan untuk menyampaikan sesuatu pengetahuan atau maklumat kepada pihak kedua dan ketiga. Walaubagaimanapun, dalam membina dan mengintegrasikan TMK di dalam sebuah PdP yang berkualiti dan sistematik, ilmu pengetahuan perlu ada dalam diri seorang pendidik. Guru perlu memahami dan mendalami selok belok berkaitan dengan perisian TMK sebagai BBM yang sesuai dengan tahap dan aras pemikiran murid dan demografi PdP (Rozinah, 2005). Kenyataan ini juga disokong oleh pandangan Zamri Mahamod (2018) yang mana beliau mengatakan bahawa pengetahuan merupakan asas penting terhadap guru untuk mengaplikasikan TMK dalam sistem pendidikan.


12 Oleh itu, kajian ini akan dijalankan adalah kerana TMK amat bersesuaian diaplikasikan dalam PdP Pendidikan Islam kerana dalam setiap bidang dalam marapelajaran Pendidikan Islam boleh menggunakan BBM berkonsepkan TMK yang bersesuaian. Menurut Azhar & Nurul Huda (2009) menyatakan bahawa dalam matapelajaran Pendidikan Islam terdapat tema-tema atau tajuk-tajuk yang sesuai untuk menggunakan BBM berkonsepkan TMK dalam sesebuah PdP di dalam kelas. Oleh yang demikian, dalam kajian ini pengkaji akan meneroka dan merungkai hal berkaitan dengan penggunaaan TMK sebagai BBM dalam matapelajaran Pendidikan Islam oleh guru-guru Pendidikan Islam di sekolah rendah. Pengkaji akan cuba untuk mengkaji pengetahuan serta sikap guru Pendidikan Islam berkaitan dengan TMK sebagai BBM dalam sesebuah PdP mereka di sekolah. Pengetahuan guru terhadap TMK akan diteroka dan dikaji sejauhmana tahap pengetahuan dan maklumat para guru berkaitan dengan TMK. Ini kerana pengetahuan dan ilmu berkaitan TMK amat penting dalam diri seseorang guru bagi mengaplikasikan TMK dalam pengajaran mereka (Kamarul Azmi, 2007). Di samping itu, kajian ini menganalisis berkaitan dengan apakah jenis alat TMK yang digunakan oleh guru Pendidikan Islam dalam PdP di dalam kelas bersama murid. Ini kerana melalui pengalikasian alat dan bahan TMK yang digunakan dalam pengajaran para guru yang akan menentukan penggunaan TMK dalam kalangan guru semasa melaksanakan PdP. Ini kerana terdapat pelbagai alat TMK yang boleh digunapakai dalam sesi PdP yang mampu menarik minat murid semasa mereka menjalani proses pembelajaran (Kamarul Azmi, 2007). 1.6.4 Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2017) mengatakan proses adalah satu cara atau kaedah yang diikuti secara berturut-turut dan


13 berperingkat-peringkat yang dilakukan oleh seseorang dalam melaksanakan atau mendapatkan sesuatu perkara. Maka dalam proses pendidikan di sekolah, terdapat pelbagai kaedah dan langkah yang perlu diikuti olch guru dalam melaksanakan proses pengajaran di dalam kelas yang merangkumi sebelum, semasa dan selepas pengajaran guru. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) pula ialah sesi pembelajaran murid di dalam kelas dalam mendapatkan dan memahami sesuatu silibus atau ilmu disamping dibimbing oleh guru dalam menyampaikan ilmu kepada anak murid (KPM, 2017). Istilah pengajaran dan pembelajaran (PdP) merupakan proses pembelajaran antara dua pihak atau dua hala. Konsep pendekatannya ialah berpusatkan guru dan murid dimana murid lebih berperanan dalam menuntut, mencari dan menjelajah ilmu manakala guru sebagai berperanan sebagai pembimbing dalam menyampaikan ilmu terhadap murid di dalam kelas atau sekolah. Oleh yang demikian, dalam pelaksanaan PdP perlu diselarikan dengan penggunaan BBM yang berkonsepkan TMK supaya pendekatan berpusatkan murid dapat diterapkan, Ini kerana, pendekatan berpusatkan murid penting dalam sesebuah PdP di dalam kelas kerana ia membantu murid untuk menterjemahkan dan memahami sesuatu isi pelajaran. Dengan penggunaan BBM TMK, secara tidak langsung ia juga membantu murid untuk melibatkan diri secara langsung dalam PdP secara proaktif (Che Suriani, 2014). Maka dalam kajian ini, pengkaji akan mengkaji berkenaan sejauhmana PdP yang dijalankan oleh Guru Pendidikan Islam dengan penerapan BBM berkonsepkan TMK di sekolah dapat membuktikan penggunaan BBM membentuk suasana pembelajaran di dalam kelas berpusatkan murid. 1.6.5 Guru Pendidikan Islam (GPI) Guru adalah seseorang yang meyampaikan ilmu atau pengetahuan kepada seseorang atau dikenali sebagai anak murid disamping membimbing


14 seseorang itu berada di jalan yang benar. Guru juga dikenali sebagai cikgu, ustaz, pendidik, murabbi, pensyarah dan penceramah. Tugas guru adalah sebagai pembimbing, fasilitator, penyampai ilmu dan maklumat (Maimun Aqsha et al, 2011). Guru juga merupakan pewaris Rasul kerana guru memikul tanggungjawab mendidik dan mengajar orang lain sepertimana tugas dan peranan seorang Rasul. Pendidikan Islam ialah pendidikan yang berpandukan kepada kurikulum syariat Islam yang mempunyai ciri-ciri penetapannya. Manakala menurut Ahmad (1980) mengatakan bahawa Pendidikan Islam ialah bimbingan dari aspek jasmani dan rohani berpandukan hukum hakam Islam dalam melahirkan insan yang berpribadian tinggi mengikut ukuran Islam. Maka secara khususnya, guru Pendidikan Islam ialah guru yang mengajar dan mendidik murid di sekolah atau institut dalam subjek Pendidikan Islam. Guru Pendidikan Islam ialah seseorang yang mempunyai ikhtisas perguruan diperingkat diploma atau sarjana muda atau setaraf dengannya dari sesebuah institusi untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Islam yang pelbagai bidang iaitu Ibadah, Akidah, Sirah, Feqah, Tajwid, Tilawah al-Quran, Adab dan Jawi (Siti Rashidah et al.,2016) 1.7RUMUSAN Di dalam bab ini, pengkaji telah membincangkan pernyataan masalah, tujuan, objektif, persoalan dan hipotesis yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Kajian ini juga mengambil kira tentang limitasi dalam menyiapkannya. Pernyataan masalah pula dinyatakan bagi menjelaskan tentang masalah yang menyebabkan pengkaji membuat keputusan untuk menjalankan kajian ini. Justeru itu, pengkaji berharap hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua individu.


15 BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN Bab dua membincangkan tentang teori yang digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini. Pengkaji telah menggunakan Teori Kognitivisme Piaget 1970 dan Teori Behaviorisme Pelaziman Klasik Pavlov 1872. Di samping itu, bab ini juga turut membincangkan beberapa kajian lampau yang telah dirujuk oleh pengkaji sebagai interpretasi fenomena kajian. Kesemua fenomena kajian diterangkan melalui tiga kata kunci utama iaitu penggunaan bahan bantu mengajar (BBM), teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dan pengetahuan guru terhadap penggunaan bahan digital. 2.2 TEORI/MODEL KAJIAN Dalam kajian ini, dua teori akan digunakan iaitu Teori Behaviorisme Pelaziman Klasik Pavlov 1872, Teori Connectivisme dan model penerimaan teknologi (TAM). 2.2.1 Teori Behaviorisme Pelaziman Klasik Pavlov 1872 Teori pertama yang dapat dikaitkan dengan kajian ini ialah Teori Behaviorisme. Teori Behaviorisme ini berfokuskan kepada perubahan tingkah laku yang boleh diterapkan serta faktor persekitaran yang membawa kepada perubahan tersebut. Teori Behaviorisme turut menekankan kepada perkaitan antara rangsangan yang terdiri daripada latihan dan peneguhan, serta gerak balas yang merangkumi tindak balas organisma. Menurut Abdurakhman dan Khotamir (2017), rangsangan merupakan perubahan tenaga yang membangkitkan deria penerima. Sebagai contoh, sekiranya guru bertanya soalan, hal ini secara tidak langsung akan merangsang murid untuk memberi gerak balas bagi menjawab persoalan tersebut. Manakala, gerak balas pula merupakan aktiviti yang dirujuk kepada sesuatu yang terhasil daripada rangsangan yang diterima. Perkaitan ini turut dikenali sebagai R-G dan diperkukuh melalui pelaziman. Pelaziman yang


16 terdapat di dalam teori behaviorisme terbahagi kepada 2 prinsip iaitu Pelaziman Klasik dan Pelaziman Operan. Teori Pelaziman Klasik Pavlov merupakan salah satu prinsip pelaziman yang ditekankan dalam Teori Behaviorisme. Teori ini diperkenalkan oleh lan P. Pavlov. Nama penuh beliau ialah Ivan Petrovich Pavlov dan dilahirkan di Kyazan, Rusia pada tahun 1849. Teori Pelaziman Klasik ini telah ditemui oleh beliau semasa melaksanakan kajian terhadap gerak balas yang terdapat pada seekor anjing apabila loceng dibunyikan. Pavlov menjalankan kajian dengan memberi rangsangan kepada anjing iaitu melalui bunyi loceng setiap kali waktu makan. Gerak balas yang ditunjukkan oleh anjing tersebut ialah dengan melelehkan air liur kerana dia sudah terbiasa dengan rangsangan semula jadi iaitu makanan. Oleh hal yang demikian, anjing tersebut beranggapan makanan telah disediakan setiap kali loceng dibunyikan walaupun tiada makanan yang disajikan pada masa tersebut. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sesuatu gerak balas akan terbentuk apabila adanya rangsangan. Teori Pelaziman Operan pula telah dipelopori oleh B.F. Skinner iaitu seorang psikologi daripada Amerika dan dilahirkan pada tahun 1904. Nama penuh beliau ialah Burrhus Frederic Skinner dan merupakan seorang pakar behavioris, pengarang, pencipta, ahli falsafah sosial serta profesor psikologi di Universiti Harvard dari tahun 1958 sehingga tahun 1974. B.F. Skinner melihat tingkah laku manusia terbentuk daripada kesan yang diperolehi hasil daripada tingkah laku yang ditunjukkan pada sebelumnya. Hal ini bermaksud, sekiranya kesan daripada tindakan yang dilakukan buruk kebarangkalian tindakan itu tidak akan diulangi pada masa hadapan adalah tinggi. Manakala, sekiranya tindakan tersebut memberikan hasil yang baik dan memberangsangkan manusia akan cenderung untuk mengulanginya di masa hadapan. Oleh itu, proses ini dikenali sebagai operan di mana sesuatu tingkah laku tersebut akan diperkukuhkan atau ditinggalkan serta merta pada masa hadapan bergantung kepada akibat yang akan diterima. Hal ini berkait rapat dengan konsep peneguhan atau denda yang dikenakan ke atas sesuatu tindakan. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pengkaji, perkaitan penggunaan bahan digital dalam PdP murid sekolah rendah dapat dikaitkan dengan Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Hal ini kerana, teori ini menekankan kepada penggunaan bahan rangsangan yang akan menghasilkan gerak balas


17 daripada murid sebagai contoh dalam aspek kajian yang dikaji, rangsangan yang diaplikasikan melalui penggunaan bahan digital dapat merangsang murid terutamanya murid sekolah rendah dalam proses PdP. Perkara ini turut disokong (Dina Amsari & Mudjiran, 2018) iaitu Teori Pelaziman Klasik mementingkan adanya input sebagai rangsangan dan output sebagai gerak balas. Mereka turut berpendapat, proses pembelajaran memerlukan input yang terdiri daripada Bahan Bantu Mengajar, gambar, carta atau teknik tertentu untuk membantu guru menyampaikan kandungan pembelajaran dengan lebih efektif dan berkualiti dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang berlangsung. Secara umumnya, murid sekolah rendah merupakan individu yang mengalami kekangan dalam memahami pembelajaran, oleh itu penggunaan bahan digital yang dapat dirangsang melalui visual mereka secara tidak langsung memainkan peranan penting dalam menarik minat murid untuk memberikan perhatian, respon atau gerak balas terhadap sesuatu pengajaran. Bagi mempercepatkan pembelajaran, rangsangan mestilah wujud dalam sesuatu sesi pembelajaran dan pengajaran kerana rangsangan akan mencetuskan gerak balas dan membantu ke arah pemerolehan kandungan pengajaran yang baik (Tung Cakiroglu & Bulut 2020). 2.2.2 Teori Connectivisme Perkembangan era digital kini menuntut pengaplikasian teori connectivisme digunapakai.Teori yang dipelopori George Siemens (2004) sangat sesuai untuk pembelajaran abad 21 yang bercirikan pemanfaatan digital, penyelesaian masalah, serta keupayaan berfikiran kritis (Karim, 2020). Selain itu, teori ini menjelaskan bahawa pembelajaran adalah satu bentuk rangkaian yang tersebar dan membawa kepada hubungan dalam pelbagal bentuk pengetahuan (Siemens, 2005). Malah, teori Connectivisme ini bersesuaian dengan persekitaran pembelajaran secara digital kerana murid pada hari ini lebih berminat untuk belajar berlandaskan pada prinsip literasi teknologi. Dalam teori ini, terdapat beberapa prinsip yang digariskan iaitu pertama, situasil pembelajaran adalah terletak dalam kepelbagaian pendapat. Berdasarkan kajian ini, tahap penggunaan laman digital oleh guru Pendidikan Islam (GPI) juga bergantung terhadap sebab dan tujuan penggunaan itu di mana antara kebarangkalian sebab GPI menggunakan laman digital adalah untuk


18 mendapatkan rujukan semasa pembelajaran di dalam kelas mahupun untuk tujuan menyempurnakan tugasan kursus. Prinsip kedua yang digariskan Siemens ialah pembelajaran boleh tinggal dalam peralatan bukan manusia. Berdasarkan kajian tentang penggunaan laman digital ini, ia dapat dikaitkan dengan faktor penggunaan di mana laman digital dilihat mudah untuk diakses untuk tujuan pembelajaran oleh kerana fungsi-fungsi yang wujud adalah mesra termasuk juga input pembelajaran boleh kekal tersimpan hanya melalui alat peranti. Selain itu juga, teori ini menggariskan prinsip bahawa proses pembelajaran boleh terjadi di luar persekitaran murid. Dalam kajian yang berfokuskan laman digital ini, ia menjadi salah satu medium pembelajaran di mana pengguna khususnya guru dapat memperoleh sumber maklumat melalui faedah penggunaan laman digital tanpa perlu melibatkan persekitaran pembelajaran sebenar. Seterusnya, Siemens menggariskan bahawa memiliki ilmu pengetahuan baharu adalah salah satu prinsip pembelajaran berdasarkan teori connectivisme. Hal ini adalah kerana, proses pembelajaran adalah bersifat kitaran iaitu murid membuat akses kepada info baharu kemudian info tersebut digunakan untuk memahami sesuatu info sedia ada dengan lebih mendalam dan menyeronokkan. Disamping itu juga, prinsip connectivisme yang digariskan ialah setiap pembelajaran yang wujud adalah melalui sumber-sumber maklumat yang saling berkait dalam sesuatu mod. Dalam kajian ini, sumber-sumber tentang pengetahuan Pendidikan Islam menjadi fokus, malah ilmu berkaitan teknologi pula menjadi wasilah dalam penyebaran ilmu tesebut ke atas para pengguna khususnya pelajar. 2.2.3 Model Penerimaan Teknologi (TAM) Model yang diberi perhatian oleh pengkaji pada penyelidikan ini ialah model penerimaan teknologi yang dikembangkan oleh davis 1989 iaitu adaptasi daripada Theory of Reasoned Action untuk mengetahui sikap pengguna terhadap penerimaan mereka berkaitan dengan sistem informasi yang baru diterapkan. Teori tindakan bersebab menyatakan bahawa sesebuah kepercayaan itu dapat mempengaruhi sikap seseorang serta berubah kepada


19 periakuan (Jamaludin dan Suzlina, 2016). Berdasarkan model penerimaan teknologi (TAM), terdapat dua konstruk berbentuk kepercayaan dalaman sebagai asas kepada TAM iaitu tahap kebergunaan (Perceived Usefulness - PU) iaitu "tahap untuk seseorang individu percaya bahawa penggunaan sistem tertentu boleh meningkatkan prestasi diri" dan tanggapan mudah diguna (Perceived Ease of Use- PEOU) iaitu "tahap di mana seseorang tidak perlu meletakkan usaha yang jitu dalam menggunakan sesuatu sistem yang telah dicipta". Untuk mengetahui sama ada pengguna menggunakan laman digital ini, pencipta bagi sesebuah laman digital tersebut haruslah memastikan teknologi itu berfungsi dengan baik dan berkesan. Hal ini disebabkan untuk dapat memberi kepercayaan yang kukuh dalam memastikan pengguna yang lain untuk terus menggunakan sesebuah teknologi tersebut. Jadi penggunaan bahan digital dalam PdP khususnya GPI dapat memberi pengaruh yang besar untuk meningkatkan minat murid dala kelas. Pendekatan model penerimaan teknologi yang digunakan didalam kajian ini sangat sesuai bagi melihat sejauh manakah penggunaan bahan digital Pendidikan Islam dalam kalangan GPI di daerah Tawau. 2.3 DAPATAN KAJIAN LALU Bahan Bantu Mengajar (BBM) Transformasi telah berlaku dalam sistem pendidikan dan hari ini Kementerian Pendidikan Malaysia telah menekankan tentang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih kreatif dan inovatif untuk menarik minat murid disamping membina pengetahuan dan kemahiran murid (KPM, 2017). Oleh itu, guru perlu kreatif dalam menyampaikan ilmu pengetahuan melalui penggunaan BBM dalam PdP di dalam kelas. Ini kerana elemen kreativiti dan inovatif ini amat penting dalam pembinaan BBM yang akan digunakan dalam proses PdP. Menurut Mohd. Firdaus et. al (2013) mengatakan bahawa guru mestilah mempunyai kreativiti dan idea dalam memanfaatkan penggunaan BBM dalam


20 PdP semasa menyampaikan ilmu kepada murid. Ini kerana BBM yang kreatif dan inovatif akan melibatkan pendekatan berpusatkan murid dalam sesebuah PdP yang dijalankan di dalam kelas. Mohammad Amir et. al (2015) turut menyatakan bahawa pengaplikasian BBM yang baik dan kreatif dapat mempengaruhi tumpuan murid di dalam kelas dengan lebih fokus serta dapat membentuk suasana PdP yang berpusatkan murid dan guru secara dua hala lantas meningkatkan keberkesanan PdP dan interaksi antara guru dan murid. Penggunaan BBM ini sebenarnya sudah lama diamalkan dan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kehidupan seharian kita. Menurut Mohd Facez Ilias dan Kamarul Azmi Jasmi (2012) mengatakan bahawa pada zaman Nabi Muhammad S.AW. turut menggunakan BBM ketikamana Nabi Muhammad mengajar dan mendidik para sahabat. Pelbagai bahan bantu mengajar yang bersifat maujud dan teknologi yang telah digunakan dan diaplikasikan oleh Rasullullah S.A.W dan para sahabat dalam proses pengajaran dan pendidikan pada zaman itu (Abu Ghuddah, 2001). Ini menunjukkan bahawa pentingnya penggunaan BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Bahan bantu mengajar (BBM) mempunyai pelbagai jenis kategori atau alat. Kebiasaannya dalam dunia pendidikan ini sejak dahulu sehingga kini, apabila mengatakan BBM mesti di dalam fikiran kita akan terfikir buku teks, papan putih dan kapur atau 'marker pen'. Buku teks merupakan bahan utama dalam PdP sebagai bahan rujukan dan aplikasi. Di samping buku teks, terdapat pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh guru. Sebagai contoh, bahan maujud yang ada di sekeliling persekitaran kita juga turut boleh dijadikan BBM seperti pokok bunga, batu, haiwan, kayu, botol minuman dan lain-lain. Maka BBM ini tidak terhad kepada satu bahan atau sumber sematamata tetapi ia mempunyai pelbagai jenis dan sumber. Terdapat juga BBM yang berteraskan TMK seperti LCD projector, komputer, video, audio lagu, slide powerpoint dan lain-lain (Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri, 2007).


21 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam dunia TMK, pembawaan konsep dan maksud TMK adalah amat luas. Maka dalam penggunaan TMK sebagai BBM, ia hanya menjurus kepada penggunaan alat atau media TMK sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru terhadap murid. Menurut Heinech et. al. (2001) menyatakan bahawa media dan TMK membawa maksud alat dan medium untuk menyampaikan maklumat daripada sumber penyampai kepada penerima maklumat seperti filem, audio, video, gambar, risalah dan sebagainya. Ia juga dirumuskan oleh Saemah Rahman & Zamri Mahamod (2018) bahawa TMK dan media merupakan bahan media atau peralatan yang digunakan dan dibina bertujuan untuk menyampaikan sesuatu pengetahuan atau maklumat kepada pihak kedua dan ketiga. Penerapan TMK dalam PdP membawa maksud gabungjalin antara TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi memperkenalkan, mengukuhkan dan membentuk pengetahuan serta kemahiran yang pelbagai terhadap murid berkaitan dengan sesuatu isi pelajaran (Pisapa, 1994). Maka dengan penerapan TMK di dalam PdP, ia merupakan nilai tambah terhadap aktiviti PdP yang dijalankan oleh guru kepada murid di sekolah. la juga membentuk kemahiran yang pelbagai untuk murid teroka dalam dunia pembelajaran mereka bukannya tumpuan kepada satu kemahiran semata-mata. Pada masa yang sama, penggunaan TMK sebagai BBM dalam PdP mampu menyediakan suasana pembelajaran berpusatkan murid dan membantu murid untuk meneroka ilmu pengetahuan samada secara teori mahupun praktikal. Ini kerana penerokaan kepada isi pelajaran yang dilakukan oleh murid dapat dilakukan secara aktif dalam PdP bukan tadahan ilmu secara satu hala semata-mata bahkan ia dapat membentuk pembelajaran secara kolaboratif antara guru, murid dan rakan-rakan (Rusmini,2012). Kajian yang dilakukan oleh Maimun Aqsha Lubis (2009) turut menyatakan bahawa manfaat TMK dalam pendidikan atau PdP amat banyak jika guru bijak mengurus dan menggunakan TMK sebagai BBM dalam kelas antaranya menjadikan


22 pengajaran guru lebih berkesan dan efektif melalui elemen multimedia, memotivasikan dan menarik minat murid dalam mempelajari sesuatu subjek dan akhir sekali dapat membantu guru bertindak sebagai fasilitator kerana BBM berasaskan TMK telah meminimumkan tenaga guru sebagai pengajar. Menurut Che Suriani dan Fariza Khalid (2014) dalam menyahut cabaran Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21), guru perlu memainkan peranan penting dalam mengenengahkan TMK dalam PdP berbantukan kepada bahan media digital atau teknologi sebagai anjakan untuk membentuk komunikasi, kolaborasi dan interaksi antara murid dalam mempelajari sesuatu subjek di dalam kelas. Dengan cara ini, secara tidak langsung TMK dapat mewujudkan pendekatan berpusatkan murid dan bahan dalam sesebuah proses PdP. Dalam kajian Mohamed Amin (2011) turut mengusulkan bahawa penggunaan media digital sesuai diterapkan dalam PdP seperti penggunaan video sebagai BBM untuk rujukan murid di sekolah. Guru boleh memuat naik atau memuat turun pelbagai video sebagai alat perkongsian maklumat berkaitan silibus pelajaran kepada murid melalui laman web atau internet. Ini juga merupakan salah satu inisitif dan usaha dalam membentuk Pembelajaran Abad Ke21 (PAK21) yang diwarwarkan oleh KPM seiring dengan pendidikan globalisasi hari ini. Pengetahuan Guru Terhadap Penggunaan Bahan Digital Pengetahuan bermaksud ilmu yang dipelajari atau diketahui samada secara formal atau tidak formal oleh guru-guru. Menurut al-Attas (2007), mengatakan bahawa pengetahuan ialah kehadiran maklumat yang bermakna dalam diri seseorang sehingga membentuk diri orang tersebut kepada peradaban dari aspek rohani dan jasmani. Maka ini menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan amat penting dalam mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang. Menurut Ahmad Rasidi (1999) menyatakan bahawa pengetahuan merangkumi kemahiran yang mana ia adalah kebijaksanaan atau kecekapan yang terlatih Ketika melaksanakan atau menggunakan sesuatu. Manakala menurut Rubaihah (2005) mengatakan pengetahuan ialah ketangkasan seseorang menggunakan media atau perisian dalam sesi PdP. Maka secara tidak langsung pengetahuan adalah salah satu aspek dan input dalam membentuk


23 kemahiran seseorang dalam sesuatu perkara. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Suwarnee (2016) mendapati masih terdapat sebahagian guru yang tidak mengaplikasikan TMK sebagai bahan bantu mengajar kerana puncanya adalah tidak mempunyai pengetahuan berkaitan dengan TMK. Maka ini menjadi kelemahan dan isu dalam mengintegrasikan TMK dan multimedia dalam PdP di setiap sekolah dinegara ini. Walaubagaimanapun, pada permulaannya para guru perlu mempunyai maklumat dan ilmu pengetahuan berkenaan dengan BBM dan TMK. Maka dengan itu, setiap guru yang berada dalam bidang pendidikan perlu menambah dan mempertingkatkan pengetahuan dan maklumat berkenaan dengan bahan bantu mengajar dan teknologi maklumat dan komunikasi dalam diri masingmasing. Menurut Johari dan Siti Norazlina (2010) pengetahuan dan ilmu berkisar tentang BBM dan TMK amat penting dalam dunia pendidikan kerana ia merupakan aspek penting dalam pembinaan PdP yang berkualiti dan menarik bagi membantu perkembangan pembelajaran murid. Pada masa yang sama, guru juga perlu mempunyai pengetahuan dalam menggunakan dan membina BBM samada secara elektronik mahupun tradisonal. Ini dikukuhkan dengan dapatan kajian oleh Saemah Rahman dan Siti Fatimah (2008) yang mengatakan guru perlu mahir dalam menggunakan BBM yang pelbagai jenis dan fungsi. Kajian yang dilakukan oleh Mohd Faiz Ellias et al. (2013) menyokong kenyataan tersebut dimana beliau berpandangan bahawa guru perlu pertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan daya kreativiti dalam membina dan menjana BBM dalam PdP. Guru tidak boleh menggunakan BBM yang sama dalam setiap sesi pengajaran mereka. Pengetahuan dan kemahiran perlu seiring terbit dalam diri seorang guru dalam membina dan mengintegrasikan TMK di dalam sebuah PdP yang berkualiti dan sistematik. Guru perlu memahami dan mendalami segala perkara yang berkaitan dengan perisian TMK dan BBM yang sesuai diterapkan dalam PdP sesuai dengan tahap dan aras pemikiran murid (Rozinah, 2015). Menurut pandangan Zamri Mahamod (2018) yang mana beliau mengatakan bahawa


24 pengetahuan teknologi pendidikan merupakan asas penting bagi seorang guru untuk mengintegrasikan TMK dalam sistem pendidikan. 2.4 KERANGKA KONSEPTUAL Rajah 2.4, Kerangka Konseptual Merujuk kepada rajah 2.4 kerangka konseptual tersebut, pengkaji ingin mengenal pasti penggunaan bahan digital dalam kalangan guru Pendidikan Islam yang mengajar murid sekolah rendah berdasarkan kepada tiga konstruk utama berpandukan kepada objektif kajian. Konstruk tersebut terdiri daripada tahap pengetahuan, persepsi dan kemahiran guru dalam penggunaan bahan digital bagi PdP murid sekolah rendah. Selain itu, pengkaji turut mengkaji hubungan antara persepsi guru dengan kemahiran guru terhadap penggunaan bahan digital dalam PdP murid sekolah rendah. Di samping itu, perbezaan antara kemahiran guru dalam penggunaan bahan digital dengan faktor PERSEPSI TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL TAHAP PENGETAHUAN TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL KEMAHIRAN TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DEMOGRAFI PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DALAM PDP MURID SEKOLAH RENDAH Huraian dapatan penggunaan bahan digital dalam kalangan guru Pendidikan Islam yang mengajar murid sekolah rendah


25 demografi seperti umur, jantina dan pengalaman mengajar turut dikaji. Kajian berkaitan penggunaan bahan digital dalam kalangan guru yang mengajar murid sekolah rendah ini dapat membantu meningkatkan penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan terhadap PdP murid sekolah rendah. 2.5 RUMUSAN Secara kesimpulannya, berdasarkan kepada kajian-kajian lepas dalam bab ini, ia menunjukkan bahawa objektif yang pengkaji rangka dalam kajian ini adalah bertepatan dengan isu yang berlaku pada hari ini. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa pengetahuan sebahagian guru masih berada di tahap yang sederhana dan lemah dan ia juga sedikit sebanyak mempengaruhi sikap guru kepada sikap yang negatif dimana kepercayaan dan keyakinan sebahagian guru Pendidikan Islam mash lemah dalam kefahaman mereka berkaitan kepentingan dan fungsi BBM dalam menarik minat murid dan membantu guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Maka secara tidak langsung apabila guru kurang yakin dan kurang bermotivasi maka ia membantutkan penggunaan BBM dalam PdP Pendidikan Islam.


26 BAB 3: METADOLOGI KAJIAN 3.1 PENGENALAN Bab ini menerangkan tatacara bagaimana kajian ini dijalankan dengan menghuraikan tentang reka bentuk kajian, penentuan dan pemilihan sampel kajian yang terlibat, kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian, kajian rintis, tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisisan data. Metodologi kajian merupakan suatu proses perkakasan bagi melaksanakan sesuatu penyelidikan dan pemerolehan maklumat bagi melaksanakan suatu kajian. Selain itu juga, rumusan bagi keseluruhan bab turut dinyatakan di dalam bab ini. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Onwuegbuzie, Leech dan Collin (2012) mendefinisikan penyelidikan sebagai satu proses untuk menyelesaikan masalah melalui perancangan, pengumpulan, kaedah penganalisaan dan pentafsiran data yang sistematik. Reka bentuk kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan berbentuk eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang sains sosial. Kajian tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang pendidikan. Kajian tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan ataupun ribuan responden (Sabitha Marican, 2006). Menurut Cresswell (2010), kajian kuantitatif merujuk kepada istilah 'kuantiti membawa erti berapa banyak atau bilangannya. Kuantiti merujuk kepada bilangan yang diskrit, yang dinyatakan dengan tepat. Berdasarkan kepada istilah kuantiti, penyelidikan kuantitatif dikaitkan dengan data numerikal dan ketepatan. la adalah berdasarkan kaedah penyelidikan inkuiri positif di mana penyelidikan dilakukan melalui tinjauan dan data numerikal yang dipungut dianalisis dengan ujian statistik. Melalui penyelidikan kuantitatif, masalah kajian


27 dinyatakan dalam bentuk hipotesis. Kajian kuantitatif juga adalah jenis penyelidikan pendidikan di mana pengkaji memutuskan apa yang hendak dikaji, bertanya soalan yang khusus, mengecilkan skop soalan, mengumpul data yang boleh dikuantitatifkan daripada peserta, menganalisis nombor-nombor tersebut menggunakan statistik dan menjalankan inkuiri dalam bentuk yang objektif dan tidak bias. Item-item dalam soal selidik ini menggunakan bahasa yang mudah, selaras dengan responden, elakkan soalan yang sukar, soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan responden, elakkan soalan dwi-maksud, soal selidik yang terlalu panjang, elakkan soalan yang kabur, elakkan mendorong jawapan yang digemari masyarakat, elakkan soalan yang berarah dan item yang negatif (Sabitha Marican, 2006). 3.3 PERSAMPELAN Pemilihan persampelan dalam sesuatu kajian adalah sangat penting bagi mendapatkan dapatan yang tepat. Menurut Neuman (2011), pemilihan sampel kajian dalam sesuatu kajian adalah penting bagi mengelakkan kesilapan memilih sampel sama ada sampel yang tidak tepat atau sampel yang tidak menjawab tujuan kajian. Oleh itu, dalam menjalankan kajian ini pengkaji telah memilih teknik persampelan rawak mudah di mana sampel kajian dipilih secara rawak daripada satu populasi. Menurut Mohd Koting (2009), mengenal pasti populasi penting dalam membuat sesuatu kajian. Populasi bagi kajian ini terdiri daripada guru Pendidikan Islam yang mengajar murid sekolah rendah dalam daerah Tawau. Sampel kajian adalah melibatkan guru Pendidikan Islam yang mengajar murid sekolah rendah dan mereka telah dipilih secara rawak dengan merujuk kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970).


28 Jadual 3.1 Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970) Kajian ini melibatkan 31 orang guru Pendidikan Islam dan sedang berkhidmat di sekolah-sekolah rendah sekitar daerah Tawau. Sampel terdiri daripada guru yang mengajar Pendidikan Islam jantina lelaki dan Perempuan di antara umur 24 tahun hingga 60 tahun. 3.4 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian adalah penting bagi membolehkan sesuatu kajian bertujuan dan sistematik. Di samping itu, instrumen kajian membolehkan sesuatu kajian mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi (Creswell, 2012). Selain itu, pengkaji merupakan instrumen kajian yang utama kerana pengkaji akan merancang dan melaksanakan kajian dengan sendiri. Hal ini bermaksud, seseorang pengkaji juga perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam mentadbir instrumen yang akan digunakan dalam sesuatu kajian.


29 Soal Selidik Soal selidik adalah satu alat yang penting bagi seseorang pengkaji kerana kualiti atau mutu soal selidik akan menentukan nilai penyelidikan pada keseluruhannya. la juga merupakan satu dokumen, sama ada dalam bentuk pernyataan atau soalan untuk mendapatkan persepsi, sikap, kepercayaan, nilai, pandangan dan pelbagai yang lain. Instrumen ini memerlukan kesabaran dan masa yang agak panjang untuk memberi laluan kepada responden untuk menjawabnya. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik yang diadaptasi daripada kajian Mohd Suhaimi Omar, Noor Shah Saad dan Mohd. Uzi Dollah dalam Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia (2017). Soal selidik ini mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Kesemua bahagian ini mengandungi 33 item sahaja. Bahagian A hanya melibatkan item-item berkaitan profil demografi responden seperti umur, jantina dan pengalaman mengajar sahaja. Manakala dalam Bahagian B mengandungi 10 item yang berkaitan dengan tahap pengetahuan guru Pendidikan Islam tentang penggunaan bahan digital terhadap murid sekolah rendah. Bahagian C pula mengandungi 10 item yang melibatkan persepsi guru Pendidikan Islam dalam penggunaan bahan digital terhadap PdP murid sekolah rendah. Seterusnya, Bahagian D juga turut mengandungi 10 item berkaitan kemahiran guru Pendidikan Islam dalam menggunakan bahan digital terhadap PdP murid sekolah rendah. Soalan kajian ini melibatkan guru Pendidikan Islam yang mengajar murid sekolah rendah di sekitar daerah Tawau. Walau bagaimanapun, kesahihan jawapan soal selidik ini adalah bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan responden dalam menjawab borang soal selidik tersebut. Jadual 3.2 menunjukkan pecahan bahagian soal selidik mengikut bilangan item.


30 Jadual 3.2 Pecahan Bahagian Soal Selidik Mengikut Bilangan Item BAHAGIAN A Faktor Demografi (Jantina, Umur, Pengalaman Mengajar) 5 item BAHAGIAN B Tahap Pengetahuan 10 item BAHAGIAN C Persepsi 10 item BAHAGIA D Kemahiran 10 item 3.4.1 KESAHAN Kesahan merupakan satu perkara yang sangat penting untuk mengukur sejauh mana alat kajian tersebut dapat mengukur perkara yang hendak diukur (Gay & Airasian, 2003). Setiap item didalam instrumen kajian ini telah menjalani proses kesahan muka dan kesahan kandungan. Kesahan muka adalah sejauhmana soal selidik kajian ini dilihat secara umum untuk mengukur tahap pengetahuan, persepsi dan Kemahiran yang hendak diukur. Bagi mendapatkan kesahan muka, pengkaji telah memberikan soal selidik kepada 5 orang rakan bagi memberi maklum balas terhadap kejelasan setiap item. Kesahan kandungan pula ialah sejauhmana setiap item dalam soal selidik meliputi aspek-aspek kajian yang hendak diukur. Kajian ini menepati kesahan kandungannya apabila setiap item mempunyai soalan berkaitan penggunaan bahan digital dalam PdP yang disempurnakan bersesuaian dengan apa yang ingin dikaji bagi mengetahui tahap pengetahuan, persepsi dan kemahuran dalam kalangan guru Pendidikan Islam Daerah Tawau. Setiap item soalan di dalam instrumen kajian telah ditunjukkan dan dibentangkan kepada seorang pensyarah pakar dalam pengkhususan Pendidikan Islam dan seorang pensyarah pakar dalam penyelidikan di IPGM Kampus Tawau, Sabah sebagai tujuan mendapatkan kesahan sebelum dibawa untuk proses kajian rintis. Kesimpulannya, kesahan merujuk kepada sejauh mana instrumen kajian yang diperolehi boleh dipercayai


31 akan kesahihannya. Kesahan juga digunakan untuk mengukur ketepatan sesuatu ukuran yang digunakan dalam kajian (Kamarul Azmi Jasmi, 2012). 3.4.2 KEBOLEHPERCAYAAN Kebolehpercayaan pula biasanya merujuk kepada darjah ketekalan sesuatu instrumen atau prosedur, apa sahaja yang diukur, ia mengukur secara konsisten dan tekal (Best & Kahn, 2006 di dalam kajian Wan Hanum Suraya, 2014). Kebolehpercayaan dijelaskan melalui korelasi antara jumlah skor dengan skor setiap item. Jika data yang dipungut itu menggunakan skala likert, maka kaedah yang digunakan untuk mengukur kebolehpercayaan adalah kaedah alfa Cronbach (Wan Hanum Suraya, 2014). Nilai pekali Alfa yang hampir kepada 1.00 menunjukkan item-item itu mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan kesan ralat terhadap pengukuran adalah kecil (Gay, et al., 2009). Dalam kajian ini, kebolehpercayaan instrumen kajian disemak dengan cara menganalisis item-item dalam soal selidik menggunakan program Statistical Package For Social Science Version 27.0 for Windows (SPSS) bagi mendapat nilai Cronbach Alpha selepas kajian rintis dijalankan. Keseluruhan cronbach alpha yang ingin dicapai adalah min purata skor melebihi 0.60 (rujuk jadual 3.3). Jadual 3.3 Nilai tahap persetujuan Cohen’s Kappa Ƙ Indikator <0.20 Lemah 0.20-0.40 Kurang Memuaskan 0.40-0.60 Sederhana 0.60-0.80 Baik 0.80-1.00 Sangat Baik Sumber: Altman DG (1991). Practical Statistics for Medical Research. London England: Champman and Hill.


32 Nilai alfa melebihi 0.60 sering digunakan oleh pengkaji-pengkaji sebagai indeks kebolehpercayaan dalam kajian (Mohd. Majid, 1990 di dalam kajian Wan Hanum Suraya, 2014). Untuk mendapatkan Kebolehpercayaan item-item soal selidik, pengkaji mengedarkan set soal selidik kepada 30 orang guru Pendidikan Islam. Berdasarkan penerangan di atas, pengkaji telah menggunakan nilai Cronbach Alpha bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik. 3.5 KAJIAN RINTIS Setelah mendapat kesahan kandungan bagi item soalan, pengkaji akan melaksanakan kajian rintis bagi mendapatkan kebolehpercayaan instrumen kajian. Menurut Adibah Abdul Latif & Fatimah Harlina Mohd Taib (2010), tujuan kajian rintis ini dibuat adalah untuk mengesan ciri-ciri soalan yang perlu diubahsuai atau perlu dikekalkan oleh pengkaji. Selain itu, menurutnya lagi, kajian rintis juga dilaksanakan untuk melihat kefahaman responden terhadap struktur ayat dan item-item yang terdapat dalam borang soal selidik. Borang soal selidik yang digunakan dalam kajian rintis perlu disemak dan dipersetujui oleh pensyarah penyelia. Menurut Frankel dan Wallen (1996), kajian rintis ialah cubaan kajian yang dibuat secara skala kecil dengan tujuan mengenal pasti kelemahan instrumen kajian. Instrumen kajian yang diubah suai daripada mana-mana soal selidik yang asal haruslah dikaji semula untuk mengkaji kefahaman terhadap item-item yang dikemukakan dan memastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen berkenaan. Bantuan pakar bahasa dan pakar dalam bidang kesahan item bagi memastikan setiap item adalah tepat dan mudah difahami oleh responden. Subjek kajian rintis terdiri daripada 31 orang guru Pendidikan Islam yang mengajar murid sekolah rendah daerah Tawau yang dipilih mengikut penentuan saiz sampel Krejcie & Morgan (1970) dan subjek ini adalah mencukupi. Hal ini turut disokong oleh Abdul Ghafar (2003), saiz rintis tidaklah perlu terlalu besar dan memadai seramai 15 hingga 30 orang sahaja. Guru yang terlibat sebagai subjek rintis bukan dari populasi yang sama serta tidak terdiri daripada responden kajian sebenar. Data yang diperolehi dianalisis dengan


33 menggunakan SPSS versi 27 bagi menguji ketekalan dalaman instrumen dengan menggunakan pekali alpha cronbach. Nilai pekali ditunjukkan seperti Jadual 3.4. Jadual 3.4 Nilai Pekali Alpha Cronbach Pekali alpha Cronbach Tahap kebolehpercayaan 0.90 atau lebih Amat baik 0.80 – 0.89 Baik 0.60 – 0.79 Sederhana 0.40 – 0.59 Diragui 0.00 – 0.39 Ditolak Sumber: Bond & Fox, 2015 Pengkaji akan dapat menentukan sama ada data ini adalah data yang normal dan sesuai digunakan dan dapat menguji konstruk yang terdapat dalam soal selidik setelah mendapatkan hasil daripada analisis yang dibuat. Tuntasnya, instrumen kajian yang diubah suai atau digubal daripada manamana soal selidik yang asal haruslah dikaji semula untuk mengkaji kefahaman terhadap item-item yang dikemukakan dan memastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen berkenaan. Dapatan analisis kajian rintis mendapati nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi kesuluruhan konstruk tahap pengetahuan guru, persepsi guru dan aspek kemahiran guru pula ialah 0.931. Jadual 3.5 menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach mengikut pecahan konstruk. Ini menunjukkan instrumen berada dalam keadaan sangat baik dan efektif dengan tahap konsisten yang tinggi sekaligus boleh digunakan dalam penyelidikan sebenar (Bond & Fox, 2015).


34 Jadual 3.5 Ringkasan Analisis Kebolehpercayaan Instrumen Bilangan Item,N Nilai Pekali Alpha Cronbach Tahap Kebolehpercayaan 30 0.931 Amat Baik 3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Kaedah pengumpulan data adalah sangat penting bagi penyelidik untuk mendapatkan data dan data-data tersebut akan dianalisis bagi menjawab kepada objektif dan soalan kajian. Dalam kajian ini, penyelidik telah mengedarkan instrumen kajian secara salinan lembut. Borang soal selidik telah diedarkan secara cetakan lembut menggunakan aplikasi Google Form. Dapatan data melalui Google Form ini sangat membantu penyelidik untuk mendapatkannya dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, tenaga dan kos. Responden hanya perlu menjawab soal selidik secara maya dan data terus akan masuk ke pangkalan data Google Form yang telah penyelidik wujudkan. Data yang diperolehi akan memudahkan penyelidik memuat masuk ke perisian SPSS untuk dianalisis secara terperinci. 3.7 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA Proses menganalisis data dilakukan setelah semua data telah dikumpul oleh pengkaji. Tujuan analisis data dibuat adalah untuk memperoleh dapatan kajian yang tepat dan sahih. Kemahiran menggunakan kaedah yang sesuai dalam memaparkan data yang diperoleh adalah merupakan kemahiran yang bernilai kepada penyelidik dan cara mempersembahkan data dengan baik adalah sangat penting untuk memudahkan pembaca mendapatkan maklumat berdasarkan persembahan data tersebut. Pengkaji akan menggunakan Skala Likert lima mata dalam bentuk ordinal untuk menganalisis data manual secara deskriptif dan inferensi. Penggunaan kaedah analisis data secara deskriptif dan


35 inferensi perlu melibatkan usaha untuk meringkaskan data yang diperolehi daripada pemprosesan data. Oleh itu, pengkaji telah memilih untuk menganalisis data secara deskriptif dan inferensi bagi kajian ini. Analisis statistik deskriptif dan inferensi akan digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul dalam menjawab lima persoalan kajian. Penganalisian data ini telah dibuat dengan menggunakan aplikasi SPSS versi 27. Pengkaji telah memfokuskan penganalisian data berdasarkan skor min tertinggi dan skor min terendah bagi setiap item. Daripada keputusan tersebut, pengkaji akan membuat rumusan berdasarkan fakta-fakta yang terdapat di dalam borang soal selidik yang dijalankan. Dalam kajian ini, pengkaji menganalisis data menggunakan dua jenis analisis iaitu analisis deskriptif dan analisis inferensi. Analisis data deskriptif ini adalah analisis yang hanya menganalisis tentang satu atau lebih pemboleh ubah. Seperti dalam kajian ini, analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis pemboleh ubah tahap pengetahuan, persepsi dan kemahiran. Selain itu, analisis inferensi juga digunakan untuk menganalisis pemboleh ubah jenis hubungan atau kolerasi dan perbezaan iaitu ujian-T dan ANOVA Satu Hala. Dalam kajian ini pengkaji juga telah menggunakan analisis jenis inferensi bagi melihat hipotesis itu dapat diterima atau sebaliknya.


36 3.8 RUMUSAN Dalam keseluruhan bab ini, beberapa aspek dalam kajian ini telah dijelaskan iaitu reka bentuk kajian, persampelan, instrumen kajian, kesahan, kebolehpercayaan dan kaedah penganalisian data. Pendekatan yang digunakan bagi kajian ini iaitu pendekatan kuantitatif juga diterangkan dalam bab ini. Sesuatu kajian yang baik dilihat daripada hasil metod dan kaedahkaedah yang baik. Selain itu, bab ini juga dijelaskan oleh pengkaji kaedah yang digunakan bagi mendapatkan data serta maklumat-maklumat daripada responden kajian. Seterusnya, metodologi kajian ini diharap dapat mencapai objektif kajian yang disasarkan iaitu ingin mengenal pasti penggunaan bahan digital dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) murid sekolah rendah.


37 RUJUKAN Ab Rahman, H., Zainal, N., & Ab Karim, N. A. (2015). Kebekesanan Penggunaan ICT di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam bagi Sekolah Kebangsaan Desa Pandan Kuala Lumpur: Prosiding Teknologi Maklumat & Sosial, 238-252. Abdul Ghafar, M. N. (2003). Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Abdul Manaf Bohari, Juliana Aida Abu Bakar dan Zakirah Othman. (2006). Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Selangor: Prentice Hall. Abu Ghuddah, As Syeikh Abdul Fattah. (2001). Nabi Muhammad Guru dan Pendidik Terulung. Terjemahan Hj. Shuhadak Mahmud. Bahau: M Khari Enterprise. Tajuk asal buku ini ialah Al-Rasul al-Mu'allim wa Asalibihi fi al-Ta'lim. Oleh As Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah. Adibah Binti Abdul Latif & Fatimah Harlina Mohd Taib, (2010), Hubungan Tingkah Laku Kesediaan Pensyarah Dengan Tahap Motivasi Pelajar. Ahmad D. M. (1980). Pengantar Fisafat Pendidikan Islam. Bandung: Al-Ma’arif. Ahmad Rasidi. (1999). Penggunaan Komputer di Kalangan Guru Sekolah Menengah dalam Daerah Temerloh, Pahang. Tesis Sarjana Pendidikan. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Ary D., Jacobs, I. C., Ivrvine, C.K.S. & Walker, D. (2018). Introduction to Research in Education. Cengage Learning. Azhar Muhammad & Nurul Huda Abdul Wahab. (2009). Tesis Aplikasi TMK dalam Pengajaran Pendidikan Islam Semasa Latihan Mengajar. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Bakar, A. Y. A. (2016). “Digital Classroom”: An Innovative Teaching and Learning Technique for Gifted Learners Using ICT. Creative Education, 7(1), 55-61. Bardin J.A & Lewis, S. (2008). A survey of the academic engagement of students with visual impairments in general education classes. Journal of Visual Impairment & Blindness 102(8): 472-483


38 Bardin J.A & Lewis, S. (2011). General education teachers’ rating of the academic engagement level of student who read Braille: A comparison with sigthed peers. Journal of Visual Impairment & Blindness: 479-492 Bimo Walgito (2004). Pengantar Psikologi Umum. Jakarta: Penerbit Andi. Che Suriani & Fariza Khalid. (2014). Jurnal Keberkesanan Kaedah Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran Terhadap Pelajar Pintar. International Seminar on Global Education II. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Che Suriani & Fariza Khalid. (2014). Jurnal Keberkesanan Kaedah Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran Terhadap Pelajar Pintar. International Seminar on Global Education II. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Ching, M. Y. (2015, Ogos 13). Guru berperanan lahir pelajar capai standard global. Retrieved from bhonline: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/08/74472/guru-berperanan-lahirpelajar-capai-standard-global. Creswell, J. W. (2010). Mapping the developing landscape of mixed methods research. SAGE handbook of mixed methods in social & behavioral research, 2, 45-68. Creswell, J. W. (2012). Qualitative inquiry & research design: Choosing among five approaches (4th ed.). Thousand Oaks, CA: Sage. Dina Amsari. (2018). Implikasi teori belajar E. Thorndike (Behavioristik) dalam pembelajaran matematika. Jurnal Basicedu, 2(2), 52-60. Gay, L. R., & Airasian, P. (2003). Educational research: Competencies for analysis and application (71 ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education. Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. W., (2009). Educational Research: Competencies for Analysis and Applications. New Jersey: Prentice Hall. George Siemens. (2004). A Learning Theory for the Digital Age. Psu. Edu, 1-7. George Siemens. (2005). Connectivism: A learning theory for the digital age. International.mJournal of Instructional Technology and Distance Learning. Heinich, Molenda, M. & Russel, J. D. (2001). Instructional Media and The New Technologies of Instructional. New York: Memillan.


39 Jamaludin Badusah & Suzlina Hilwani Baharuddin. (2016). Таhар Pengetahuan, Kemahiran Dan Sikap Guru Sekolah Menengah Terhadap Penggunaan Web 2.0 Dalam Pengajaran Bahasa Melayu.Jumal Pendidikan Bahasa Melayu, 33- 43. Johari Hasan & Siti Norazlina. (2010). Jurnal Halangan Terhadap Penggunaan Komputer dan TMK di dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif in Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka on 28-29 Mac 2012. Organized by Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim. Karim, M. (2020). Keterampilan Abad 21 dan Desain Pembelajarannya. Proceeding International Conference on Islamic Education 5, 161-169. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement,30,607-610. Maimun Aqsha Lubis, Abdullah Awang Lampoh, Melor Md. Yunus, Shah Nazim Shahar, Noriah Mohd Ishak & Tajul Ariffin Muhammad. (2011). The Use TMK in Teaching Islamic Subjects in Brunei Darussalam. International Journal Education and Information Technology. 5(1): 79-87. Maimun Aqsha Lubis, Nor Faizah Abu Hashim & Nur Syamira Abdul Wahab. (2016). Falsafah dan Pedagogi Pendidikan Islam: Isu dan Cabaran. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.


40 Maimun Aqsha Lubis. (2009). Kaedah Eklektik Sistematik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal dalam "ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education (Volume 1, No. 2, 2009, Pages 29 to 38) ". Mohamed Amin Embi. (2011). Aplikasi Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Bangi: Pusat Perkembangan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohammad Amir Wan Harun, Aminuddin Ruskam, Ahmad Syukran Baharuddin, Rashidah Othman dan Mohd Ariff Abdul Sarid. (2015). Epistemologo Praktik Bahan Bantu Mengajar Nabawi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Artikel dalam Jurnal Antarabangsa Tamadun Islam (UMRAN) vol.2, no.2 (2015) 45-55. Mohd Majid Konting. (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd Yasin M.H, Toran, H., Tahar, M.M., Bari, S., Ibrahim, S.N.D & Zaharudin, R. (2013). Bilik Darjah Pendidikan Khas Pada Masa Kini dan Kekangannya Terhadap Proses Pengajaran. Asia Pasific Journal of Educators and Education, Vol 28, 1-9. Mohd. Facez Illias dan Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Aplikasi Bahan Bantu Mengajar Rasulullah S.A. W dalam Pengajaran dan Pembelajaran Ibadah Khususiah dari Perspektif Muhammad Fu'ad Abdul Bagi dalam Kitab Al-Lu'lu' wal Marjan. Johor: Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam (SEAPPI2012) Mac2012 Johor. Mohd. Facez Illias, Muhamad Faiz Ismail dan Kamarul Azmi Jasmi. (2013). Faktor Dorongan dan Halangan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh Guru Pendidikan Islam di Sekolah Bestari (Motivation Factors and Obstacles use of Teaching Aids by the Islamic Education Teacher in Smart School). In: 3rd International Conference on Islamic Education 2013 [ICIED2013]). Kajang: EPF Institute. Mohd. Firdaus Yahaya, Muhamad Sabri Sahrir & Mohd. Shahrizal Nasir. (2013). Pembangunan Laman Web EZ-Arabic sebagai Alternatif Pembelajaran Maya Bahasa Arab bagi Pelajar Sekolah Rendah Malaysia. DIm Jurnal Teknologi 2013 Muhammad Yaumi. (2018). Media dan Teknologi Pembelajaran. Jakarta: Prenadamedia Group.


41 Neuman W.L. (2011). Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches, 7h Edition. Whitewater: Pearson. Noordin & Zainal Abiden (2010). Tahap Penguasaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Bakal Guru Fizik Semasa Latihan Mengajar. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Norfarizah and Ikhmal Zamri, Mohd Zazril (2016) Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Papan Pelbagai Sentuh Untuk Pembelajaran Sains Tahun Tiga. In: 2nd International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA) 2016, 26-27 September, 2016, Pulau Pinang, Malaysia. Norzainariah. (2011). Kebolehgunaan Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Meningkatkan Prestasi Pelajar:Satu Tinjauan Di Kuittho. Omar, M. S., Saad, N. S., & Dollah, M. U. (2017). Penggunaan bahan bantu mengajar guru matematik sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 7(1), 32 - 46. Onwuegbuzie, A. J., Leech, N. L., & Collins, K. M. T. (2012). Qualitative Analysis Techniques for The Review of The Literature. The Qualitative Report, 17(Art. 56), 1 28. Retrieved from http://www.nova.edu/ssss/QR/QR17/onwuegbuzie.pdf Pisapa, J. (1994). In Williams, D.M. (2000). Integrating Technology into Teaching and Learning. Singapore: Prentice Hall. Rofishah Rashid. (2005). Penggunaan TMK di Kalangan Guru Bahasa Arab Komunikasi: Kajian di Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah di Zon Selatan Selangor. Tesis Sarjana Pendidikan. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Rozinah Jamaludin. (2015). Multimedia dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. RUJUKAN TESIS Rusmini Ku Ahmad. (2012). Jurnal Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kedah: Institut Aminuddin Baki.


42 Sabitha Marican (2006). The experience of whistleblowers in the workplace: A sexual harassment perspective. Saemah Rahmah dan Siti Fatimah Mohd Yassin. (2008). Kemahiran Mengakses dan Mempelajari Bahan Hiperteks dalam Kalangan Guru Pelatih. Jurnal Pendidikan 33 (2008) 81-94. Saemah Rahmah dan Zamri Mahamod. (2018). Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Mengoptimumkan Pembelajaran Pelajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Fatimah Ahmad. (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran Guru j-QAF. Tesis Sarjana Pendidikan. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Siti Rashidah, Haslina Hamzah & Zetty Nurzuliana. (2016). Jurnal Cabaran Guru Pendidikan Islam dalam Pembentukan Akhlak Pelajar. Khas Isu 3 (November2016) 100-110, Issn: 1832-884x. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Sugihartono (2007). Psikologi Pendidikan. Yogyakarta: UNY Pers. Sugiyono (2009), Metode Penelitian Kuantitatif, Kualiti dan R&D, Bandung: Alfabeta. Suwarnee Mohd Solah. (2016). Persepsi Terhadap Kesediaan dan Tahap Penggunaan TMK dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar dan Luar Bandar. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Syed Ismail Syed Mustapa, Ismail Raduan & Bushro Ali. (2018). Asas Penyelidikan dalam Pendidikan. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. Tung, MP, Cakiroglu, E., & Bulut S. (2020). Exploring self-efficacy beliefs within the context of teaching mathematics with concrete models. Elementary Education Online, 19 (1), 100-117. Wan Hanum Suraya. (2014) Kesahan Dan Kebolehpercayaan Inventori Budaya Sekolah. Seminar Penyelidikan Kebangsaan (SPK),. Bangunan E-Learning, Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Click to View FlipBook Version