The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

fiqh_muamalat jawapan Tutorial 1-7

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nikhadiyan, 2021-06-23 19:38:56

ASW 380

fiqh_muamalat jawapan Tutorial 1-7

FIQH MUAMALAT

BAHASA: DEFINISI UMUM:
Kalimah bahasa Arab Segala hukum yang
mengatur hubungan
yang membawa manusia di muka
maksud "kefahaman".
bumi.
ISTILAH:
Ilmu yang berkaitan DEFINISI KHUSUS:
hukum-hukum amali Merujuk kepada
urusan yang berkaitan
syariat yang
dikeluarkan dari dalil- dengan harta.

dalil tafsili.

FIQH FIQH MUAMALAT:
MUAMALAT Merujuk kepada
ilmu berkaitan
hukum-hukum

syariat yang
mengatur urusan
manusia berkaitan

harta.

PEMILIKAN PEMBAHAGIAN
SEMPURNA PEMILIKAN
PEMILIKAN

TIDAK
SEMPURNA

1

PEMILIKAN PEMILIKAN TIDAK
SEMPURNA SEMPURNA

Ciri-ciri Pemilikan Ciri-ciri Pemilikan
Sempurna Tidak Sempurna

~ Hak pemilikan tidak ~ Bersifat smentara,

terhad untuk tidak kekal dan
tempoh tertentu. terikat dengan
tempoh.
~ Tidak terikat
~ Tidak boleh
dengan masa dan
tempoh. diwarisi.

~ Kekal selagi masih ~ Hendaklah

wujud dan akan dikembalikan
terhapus sekiranya kepada pemilik
telah habis. asal apabila tamat
tempoh.
~ Bepindah milik

apabila meninggal.

Sebab-sebab
Pemilikan
Sempurna

~ Penguasaan ke atas

harta yang harus.

contoh : tanah yang
belum diterokai,
binatang buruan yang
berada di tempat
awam.

~ Pindah milik

pewarisan.

2

Untuk menjadikan di antara dua benda yang
dilakukan menjadi sah/tidaksah.

Mempelbagaikan cara untuk mendapatkan
rezeki yang halal dan menguntungkan semua

pihak.

Memastikan harta yang diperolehi suci
daripada riba/perkara-perkara yang dilarang

oleh syara’.

Menjamin setiap kegiatan dilakukan dengan
jujur, amanah dan saling meredhai.

3

Kerelaan Kebebasan

PRINSIP-PRINSIP
AKAD

Manfaat Keadilan

RUKUN
AKAD

Sighah (ijab Aqidan Mauqudalayh
dan qabul) (penjual dan (perkara yang

pembeli) diakadkan)

4

SYARAT KEPADA
PELAKU AKAD

Mempunyai
keahlian/kelayakan

melakukan akad

Akad memberi
faedah

Perkara yang diakadkan
itu boleh menerima kesan

hukum akad

5

Setiap urusan muamalat mestilah berdasarkan
akad/perjanjian sama ada secara formal/tidak
bertulis/lisan.
Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syara'.
Ianya bebas sepenuhnya dari larangan-larangan syara'.
Contohnya: riba

6

KONSEP
PEMILIKAN

BAHASA: (MILIK) ISTILAH: (MILIK)
Memiliki sesuatu dan mampu Sesuatu pengkhususan yang
ditetapkan oleh syara' yang
bertindak ke atasnya. menghalang orang lain dan
membenarkan pemilik khusus
itu bertindak terhadap hak

miliknya.

KESAN PEMILIKAN

Boleh Boleh Boleh
memanfaatkan menjual membelanjakan

tanpa ada
halangan
dari syara'

7

HARTA

BAHASA: MENURUT PENDAPAT IMAM MENURUT Dr. WAHBAH AL-
SYAFI'IE:
ZUHAILI:
Barang-barang berharga Sesuatu yang berharga dan
seperti rumah dan tanah hendaklah diganti atau Sesuatu yang perlu dan
yang dimiliki oleh orang dibayar gantirugi sekiranya mampu dimiliki oleh
perseorangan, syarikat atau didapati berlaku manusia sama ada dalam
pertubuhan. kerosakan/kemusnahan bentuk benda/kaedah.
terhadanya.

MANFAAT • Hak menggunakan manfaat secara
peribadi iaitu apabila harta yang

ditetapkan penggunaan manfaatnya
untuk seseorang (khusus untuk
orang yang membeli).

HAK • Hak penggunaan berhubung dengan
kemudahan-kemudahan asas.

• Contohnya: Jalan raya, tiang elektrik.

8

ISTILAH FIQH MAKNA UMUM:
Setiap apa yang diazamkan
AKAD
oleh seseorang untuk
melakukannya sama ada

akad itu lahir dari
kehendak persendirian
(sebelah pihak) seperti

berwakaf/lahir dari
kehendak dua pihak seperti

melakukan jual beli.

MAKNA KHUSUS:
Ikatan di antara ijab dan

qabul mengikut cara
syara' yang sabit
kesannya kepada

perkara yang diakadkan.

BAHASA Mengikat/menyimpul
di antara dua hujung

ikatan.

9

KEAHLIAN (ORANG FUQAHA MEMBAHAGIKAN
YANG BOLEH BUAT KEPADA TIGA KEAHLIAN

AKAD)

• Bebas dari HILANG • Kanak-kanak
sebarang ikatan. KEAHLIAN mumaiyiz
(perhambaan,
muflis, sekatan • Kanak-kanak belum • i) Mazhab
undang-undang. mumaiyiz. Syafi'ie

• Baligh (cukup • i) Mazhab Syafi'ie • - kanak-kanak
umur). • - kanak-kanak bawah berumur 9-18
tahun
• Berakal, siuman, umur 9 tahun
tidak gila, tidak • ii) Mazhab Hanafi • ii) Mazhab
mabuk. • - kanak-kanak bawah Hanafi

SEMPURNA umur 7 tahun • - kanak-kanak
• Gila berumur 7-15
KEAHLIAN tahun

KURANG

KEAHLIAN

10

Takrif Jual Beli

Al-bai` dari segi bahasa ialah pertukaran sesuatu dengan sesuatu, sama ada kedua-duanya dalam
bentuk benda atau bukan benda.

Dari segi istilah pula ialah akad yang merujuk kepada pertukaran sesuatu harta dengan harta yang
lain bagi tujuan pemilikan yang kekal.

Dalil Jual Beli

Al-Quran Hadith

 ‫ وأحل ﷲالبيع وحرم ٱلربوا‬ ‫ قال الله تعالى‬،‫ لأن يأخذ أحدكم حبله‬:  ‫قال رسول الله‬

Maksudnya: Padahal Allah telah menghalalkan ‫ فيبيعها‬،‫فيأتي بحزمة الحطب على ظهره‬

jual beli, dan mengharamkan riba. ،‫ خير له من أن يسأل الناس‬،‫فيكف ﷲ وجهه‬

.‫أعطوه أو منعوه‬

Maksudnya: Sesungguhnya perbuatan

seseorang kamu mengambil talinya, lalu dia

memikul seikat kayu api di atas belakangnya

kemudian menjualnya, dengan itu Allah

menjaga mukanya (maruahnya), adalah lebih

baik daripada dia meminta-minta belas ehsan

orang ramai, sama ada mereka memberi

kepadanya ataupun tidak.

Hikmah Pensyariatan

 Manusia sentiasa memerlukan pelbagai barangan, dan setiap orang tidak mampu
menghasilkan kesemua barangan secara seorang diri, dia memerlukan satu makanisma
pertukaran yang adil dan saksama seperti jual beli.

 Ada di antara mereka yang mempunyai wang tetapi tidak memiliki barangan, dan ada yang
sebaliknya.

 Sifat manusia yang sentiasa mengejar keuntungan, jadi aktiviti jual beli merupakan aktiviti
utama hari ini untuk mencari keuntungan dan kekayaan.

11

RUKUN JUAL BELI
 Pihak yang mengikat kontrak
 Sighah kontrak
 Barang jualan dan harganya

Syarat kepada Pihak Yang Mengikat Kontrak

 Waras: iaitu baligh, berakal, dan boleh menguruskan harta dengan baik.
 Bebas membuat pilihan mengikat kontrak.
 Penjual dan pembeli adalah individu yang berlainan.
 Boleh melihat.

Sighah Kontrak

 Sighah secara langsung (sarih) bermaksud setiap ungkapan yang secara jelas merujuk kepada
jual beli.contohnya penjual berkata : saya jual kepada kamu.pembeli menjawab: saya terima.
( Ucapan ini dianggap sah sebaik saja diucapkan tanpa perlu bergantung kepada niat).

 Sighah secara tidak langsung (kinayah) bermaksud ungkapan yang boleh membawa maksud
jual beli dan pada masa yang sama juga boleh membawa maksud yang lain. Contohnya
penjual berkata:ambillah dengan harga sekian,atau pun saya serahkan dengan harga sekian,
pembeli menjawab: saya terima. ( Ucapan kiasan ini tidak dianggap sebagai jual beli kecuali
jika ia dilakukan dengan niat).

Syarat Sighah Kontrak

 Tidak wujud tempoh yang lama antara penawaran (ijab) dan persetujuan (qabul) yang boleh
menggambarkan pada adatnya penawaran tersebut tidak diterima.

 Perlu wujud persamaan antara persetujuan oleh pembeli dan penawaran oleh penjual dalam
semua sudut.

 Kesahihan jual beli tersebut tidak boleh dikaitkan dengan sebarang syarat atau dihadkan
untuk tempoh tertentu.

1. Adakah jual beli boleh berlangsung dengan hanya hulur-mengulur?
- Pendapat pertama: pendapat yang masyhur dalam mazhab, kedua-dua pihak perlu
melafazkan akad dan jual beli tidak sah dengan hulur-mengulur.

12

- Pendapat kedua: membolehkan jual beli dengan cara hulur-mengulur Cuma bagi
barangan yang murah seperti roti. Manakala bagi barangan yang mewah dan
mempunyai nilai yang tinggi maka tidak sah dengan hanya hulur-mengulur.

- Pendapat ketiga: ulama` mutakhir membenarkan apa-apa jual beli yang dilakukan
melaluai cara ini jika ianya menjadi satu kebiasaan.

Barang Jualan dan Harganya

 Barangan jualan hendaklah wujud ketika kontrak jual beli dimeterai.
 Barangan yang dijual mestilah dalam bentuk harta yang bernilai menurut syarak.
 Barangan jualan mestilah barangan yang bermanfaat menurut syarak dan uruf (kebiasaan

orang ramai)
 Barangan tersebut hendaklah boleh diserahkan, daripada segi fizikal dan syarak.
 Mestilah orang yang mempunyai kuasa ke atas barangan yang ingin dijual.
 Barangan tersebut mestilah dalam pengetahuan kedua-dua belah pihak.

BEBERAPA BENTUK JUAL BELI KHUSUS

Terdapat beberapa bentuk jual beli yang dikenali dengan istilah tersendiri, jual beli ini jarang
dilakukan. Ada yang dibenarkan dan ada yang tidak dibenarkan.

Jual Beli Yang Di Benarkan

Tauliah  Jual beli tanpa mengurang dan menambahkan harga terhadap sesuatu
barangan. Atau pun

 seseorang menjual barang kepada orang lain dengan harga yang sama dengan
harga asal.

 Contoh: B membeli barang daripada A dengan harga RM 20, dan menjual
kepada C dengan harga yang sama.

Isyrak/  Menjual sebahagian barangan dengan separuh harga.
perkongsian  Contoh: saya serahkan separuh daripada akad ini kepada kamu sebagai rakan

kongsi dengan nilai separuh harga.

Murabahah  Penjual menjual barangan kepada pembeli dengan mengambil sedikit
keuntungan dari harga asal yang di dapati.

 Contoh: Y mendapatkan barangan itu dengan harga 50sen akan tetapi ia
menjual kepada X dengan harga 90sen.

13

Oleh itu, keempat-empat bentuk jual beli yang dibenarkan perlu memenuhi syarat-syarat untuk
menjadikannya sah seperti:

 memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat yang di tetapkan dalam jual beli .

 pembeli dan penjual mestilah sama-sama mengetahui harga sebenar barangan tersebut pada
masa kontrak di meterai.

Jual Beli Yang Tidak Dibenarkan

1. Jual Beli Yang Diharamkan Dan Tidak Sah

Menjual susu yang  Sumber atau punca jual beli ini tidak sah kerana barang yang
masih belum diperah ingin dijual itu tidak pasti keadaan dan nilai barangan tersebut.
atau bulu haiwan yang
masih belum diketam  Contoh : Buah rambutan yang belum masak tidak diketahui
atau buah-buahan yang nilainya apabila sudah masak / dikenali sebagai pajak buah.
masih belum masak.
 Jual beli ini tidak dibenarkan kerana terdedah kepada risiko
yang tinggi dan jual beli ini berdosa kerana menjual barang
yang tidak wujud dan mungkin tidak akan wujud.

Jual beli yang  Iaitu jual beli yang tidak dinyatakan secara jelas barang yang
mengandungi unsur ingin dijual atau wujud perbuatan yang menidakkan kehendak
perjudian salah satu pihak.

 Jual beli jenis ini yang dinyatakan dalam nas adalah :
 1 ) Jual beli munabazah (campak-mencampak) , ialah jual beli

dengan melempar barangan yang ingin dijual. Apa sahaja yang
dilemparkan oleh penjual akan disambut oleh pembeli. Tanpa
mengetahui apa yang akan disambut oleh pembeli, ini boleh
mengakibatkan penipuan dan sebagainya.
 2) Jual beli mulamasah , (sentuh-menyentuh) , ialah jual beli
yang melibatkan pembeli menyentuh barang tanpa melihat
barangan yang ingin dibeli. Contohnya jika seseorang itu
menyentuh barangan tersebut maka dia dikira sebagai membeli
barangan tersebut. Jual beli seperti ini akan menyebabkan
pembeli mengalami kerugian.

14

Kontrak dua dalam  Iaitu memasukkan dua jenis kontrak ke dalam satu sighah pada
satu masa yang sama.

Jual beli cengkeram  Contoh : Saya menjual kereta dengan harga RM 20,000 dengan
(Urban / Deposit) syarat Jamal menjual kepada saya rumahnya dengan harga RM
30,000 . Jual beli ini diharamkan kerana dikaitkan dengan
syarat tertentu.

 Iaitu barangan yang dijual dengan pembeli perlu membayar
sebahagian daripada harga barang yang dibeli kepada penjual .

 Bayaran permulaan (deposit) ini akan menjadi hadiah kepada
penjual jika kontrak dibatalkan dan jika kontrak diteruskan
deposit ini dikira sebagai sebahagian daripda pembayaran.

Jual hutang dengan  Ialah seseorang menjual hutangnya kepada orang yang
hutang berhutang dengannya dan bayaran adalah hutang yang lain.

Menjual barangan  Contoh: Ali membeli motosikal dan bayarannya ditangguhkan
sebelum diterima ke suatu masa. Apabila sampai tempoh matang, Ali tidak
mampu menjelaskan hutangnya, kemudian dia berkata kepada
penjual ‘juallah kepada saya motosikal ini secara tertangguh
sehingga suatu masa degan harga tambahan.

 Pembeli membeli suatu barang, kemudian menjual barang
tersebut sebelum menerima barangan tersebut.

 Tidak sah kerana barangan tersebut masih belum berada dalam
tanggungan pembeli selagi belum diterima.

2. Jual Beli Yang Diharamkan Tetapi Sah

Jual Beli Musorrah  Jual beli ini sah tetapi diharamkan kerana ada unsur penipuan
Najasy dan pemalsuan. Sebagai contoh, unta, lembu, dan kambing
yang secara sengaja tidak diperah susunya selama beberapa
hari untuk mengumpulkan susunya di dalam pundi susu.
(supaya dapat menarik minat pembeli untuk membeli ). Jika
pembeli tersebut mengetahuinya, dia berhak memulangkan
semula belian tersebut

 Orang yang sengaja menawarkan harga yang tinggi sedangkan

15

(Menjuak) dia tidak mahu membelinya, ini bertujuan untuk menarik
Penjualan Barangan perhatian orang lain supaya mereka membeli barangan tersebut
Orang Kampung Oleh dengan harga yang lebih mahal.
Orang Tempatan  Orang kampung tiba membawa barang untuk dijual (barang
Memintas Perdagangan yang amat diperlukan penduduk tempatan ) , lalu datang
seorang penduduk tempatan yang mahu membantu orang
Monopoli kampung tersebut menjual barangannya dengan tujuan untuk
( Ikhtiar ) menaikkan harga barangan tersebut.
 Peniaga berangkat ke luar kawasan, bertemu para pedagang
Jualan Atas Jualan Atau yang bakal datang ke kawasannya. Dia menipu mereka dengan
Tawaran Atas Tawaran mengatakan barangan yang bakal mereka jual sudah bertimbun
di kawasannya dan dijual dengan harga yang rendah .
Perbuatan tersebut bertujuan untuk membeli barangan dengan
harga yang lebih rendah dari harga asal.
 Membeli barangan yang disenaraikan sebagai makanan
asasi,apatah lagi dilakukan ketika barangan tersebut diperlukan
oleh pengguna. Barangan tersebut dihimpun dan disorok
bertujuan menaikkan harga berlipat ganda, kemudian dijual
sedikit demi sedikit dengan mengeksploitasi keperluan orang
ramai.
 Jualan atas jualan : seseorang menemui pembeli yang masih
dalam tempoh khiyar lalu dia mengatakan bahawa dia akan
menjual barangan yang lebih baik dari apa yang dia beli
dengan harga yang sama, ataupun dia akan menjual barang
tersebut kepada pembeli itu dengan harga yang sama atau
harga yang lebih rendah.

 Tawaran atas tawaran : seseorang sedang tawar-menawar
mendapatkan suatu barangan, mungkin mereka bersetuju
dengan harganya, lalu datang seseorang menawarkan pemilik
barangan tadi supaya menjual kepadanya dengan harga yang
lebih tinggi atau dia menawarkan pembeli tadi barangan yang
sama dengan harga yang lebih rendah atau barangan yang lebih
baik dengan harga yang sama.

16

Jual Beli Orang Yang  Haram menjual atau membeli barangan dari orang yang
Diketahui Semua diketahui bahawa hasil jualan barang haram, seperti arak,
Hartanya Adalah khinzir, bangkai atau anjing. Termasuklah pendapatannya dari
Haram sumber yang haram seperti loteri, rasuah atau hasil sewaan
barangan yang diharamkan.

TATASUSILA BERJUAL BELI

 Bertolak Ansur
o Penjual mestilah bertolak ansur dalam menentukan harga, dan pembeli pula perlu
bijak menawarkan harga serta tidak meletakkan syarat-syarat yang boleh
membebankan penjual.

 Jujur Ketika Berurusan
o Penjual haruslah bersikap jujur apabila di tanyakan pembeli tentang dari mana
diperolehi barangan tersebut dan haruslah berlaku jujur setiap kali di tanyakan oleh
pembeli.

 Tidak Bersumpah
o Penjual tidak di galakkan bersumpah walaupun menyatakan perkara yang benar
kepada pembeli kerana ia boleh mencemarkan nama Allah dan menghilang adab
ketika berurusan.

 Memberikan Sedekah
o Penjual haruslah sentiasa memberikan sedekah samada ketika urusan berjual beli
ataupun sedang meniaga kerana ia boleh menjadi kifarat kepada sifat-sifat yang tidak
sepatutnya semasa akad dijalankan.

 Catatan Dan Saksi
o Jika pembeli membeli dengan bayaran secara tertangguh (nasi’ah), adalah digalakkan
mencatat dan merekodkan hutang serta mencarikan saksi supaya kedua-dua belah
pihak iaitu penjual atau pembeli mendapat keadilan hak masing-masing dan tidak
berlaku penipuan dan penindasan.

17

TAKRIF KHIYAR

 Dari segi bahasa bermaksud pilihan .
 Dari segi syarak bermaksud hak pilihan yang diberikan kepada pihak yang berakad sama ada

untuk meneruskan akad tersebut atau sebaliknya.

JENIS-JENIS KHIYAR

1. Khiyar Majlis

 Hak yang diberikan oleh syara` kepada penjual dan pembeli untuk membatalkan akad jual
beli yang telah dilakukan selama mereka belum terpisah daripada majlis akad tesebut.

 Terpisah daripada majlis akad merupakan satu ukuran yang ditentukan oleh adat. Contohnya:
 Bagi akad yang dilakukan di dalam sebuah rumah yang besar,sekiranya salah satu pihak

keluar dari bilik ke halaman rumah atau sebalik,maka mereka dianggap berpisah.
 Manakala di dalam rumah yang kecil,perpisahan berlaku apabila salah satu pihak keluar dari

rumah tersebut.
 Jika mereka berada di pasar/kawasan lapang/di atas kapal dan lain-lain,perpisahan berlaku

salah satu pihak berpusing kebelakang dan melangkah beberapa tapak.

Sekiranya mereka berdua keluar/berjalan bersama-sama majlis tersebut masih berterusan dan mereka
masih berhak menuntut khiyar.Sabda Rasulullah SAW bersabda:

‫فأن صدقا أو يخير احدهما الاخر‬,‫البيعان بالحيار ما لم يتفرقا وكانا جميعا‬

Maksudnya:”dua pihak yang berjual beli boleh membuat pilihan selagi mereka tidak berpisah dan
sebelum itu bertemu ,atau salah seorang di antara mereka memberi pilihan kepada seorang lagi.”

2. Khiyar Syarat

18

 Berlaku apabila salah satu pihak atau kedua-dua pihak menetapkan syarat dia mempunyai hak
khiyar iaitu hak untuk mmbatalkan kontrak dalam tempoh tertentu.

 Syarat ini boleh dinyatakan ketika memeterai kontrak atau selepasnya,tetapi hendaklah
sebelum berpisah dari majlis tersebut.

 Dinamakan khiyar syarat kerana pihak yang terlibat meletakkan syarat tertentu.
 Khiyar ini perlu memenuhi beberapa syarat :
a) Terhad kepada tempoh tertentu.
b) Tempoh ditetapkan tidak boleh melebihi tiga hari jika barangan tersebut mudah rosak

dalam tempoh tersebut.
c) Tempoh hendaklah berturutan dan bersambung dengan kontrak.

Riwayat lain:

‫ولي الخيار ثلاثة‬

‫ايام‬

Maksudnya: “Saya berhak menuntut khiyar dalam tempoh tiga hari.”

Hak Khiyar Dibatalkan

 Apabila pihak yang mempunyai hak khiyar memilih membatalkan kontrak,maka
kontrak tersebut dianggap batal.

 Jika sesuatu kontrak jual beli dianggap terlaksana jika hak khiyar terbatal, hak khiyar
syarat pula dianggap terbatal dengan sebab-sebab berikut:

a) Tamat tempoh yang disyaratkan

b) Jual beli tersebut diteruskan dan dipersetujui dalam tempoh khiyar.
c) Apabila pemegang hak khiyar melakukan sesuatu yang ada pada kebiasaannya

hanya dilakukan oleh seorang pemilik.

Hukum Barangan dalam Tempoh Khiyar

a. Hak milik barangan (barang jualan) dalam tempoh khiyar.

19

 Jika kedua-dua pegang hak khiyar,hak milik barang dibekukan sehingga ada
keputusan kontrak tersebut diteruskan atau dibatalkan.

 Jika kontrak dibatalkan,hak milik barangan kekal sebagai hak milik penjual dan jika
jual beli diteruskan,barangan tersebut menjadi hak milik pembeli dan bayaran kepada
barangan tersebut menjadi milik penjual.

 Kedua-dua pihak yang mengikat kontrak akan memperoleh zawaid (hasil tambahan)
dan manafi’(manfaat)berdasarkan kesahihan hak milik bermula pada tarikh kontrak
tersebut.

 Jika pemegang hak khiyar hanya dimiliki oleh satu pihak sahaja,barangan tersebut
menjadi hak miliknya kerana hanya dia sahaja yang mempunyai hak menggunakan
barangan tersebut.

b. Kerosakan barangan dalam tempoh khiyar.
 Jika kerosakan berlaku selepas barangan tersebut diterima oleh pembeli (barangan
telah berada ditangan pembeli) , jual beli tidak terbatal.
 Jika kerosakan berlaku sebelum barangan tersebut diterima oleh pembeli (barangan
masih ditangan penjual), jual beli tersebut terbatal dan hak khiyar dilucutkan.

3. Khiyar Aib
 Hak pilihan yang diberikan oleh syara` kepada penjual dan pembeli dengan sebab
kecacatan pada objek akad seperti rosak atau kurang sifatnya atau nilainya.
 Perbuatan menyembunyikan kecacatan adalah satu penipuan.,menjadi tanggungjawab
penjual untuk memperlihatkan kecacatan yang ada pada barangan yang dijual dan
menyatakannya kepada pembeli.

Baginda bersabda:

‫من غش فليس منا‬

Maksudnya: ‘’Sesiapa yang menipu, dia bukan dari kalangan kami’’.

20

Syarat Dibenarkan Khiyar Aib:

a) Dapat dibuktikan kecacatan tersebut sememangnya sedia ada.
 Maksudnya kecacatan tersebut wujud pada barangan yang dijual sebelum diterima
pembeli,tidak kira sama ada kecacatan tersebut berlaku sebelum atau sesudah
memeterai kontrak.

b) Berdasarkan amalan perniagaan,kecacatan tersebut dianggap sebagai kecacatan yang boleh
menjejaskan nilai barangan.
 Tidak kira sama ada kecacatan menjejaskan fizikal barangan atau tidak kerana jual
beli adalah suatu system pertukaran dan perkara yang diambil kira dalam jual beli
ialah nilai barangan.

c) Pada kebiasaannya,kecacatan tersebut tidak wujud.

Bilakah barangan Khiyar Aib Boleh Dipulangkan:

 Sebaik sahaja kecacatan tersebut dikenalpasti, namun ia perlu menurut amalan setempat
(uruf) yang diguna pakai.

 Jika kecacatan disedari ketika pembeli sedang makan atau solat,pemulangan boleh
dilewatkan sehingga dia selesai

 Jika disedari pada waktu malam,boleh dipulangkan pada waktu pagi
 Jika lewat memulangkan barangan tersebut sedangkan dia mampu melakukan lebih

awal,hak khiyarnya digugurkan.
 Hak juga gugur jika pembeli menggunakan barangan tersebut setelah menyedari

kecacatannya dan sebelum menggunakannya,dia mampu untuk pulangkannya.

Pertambahan Pada Barangan Yang Cacat

 Setelah pembeli menerima barangan yang dijual,kemudian mendapati wujudnya
kecacatan sedia ada yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan,sedangkan barangan

21

tersebut telah bertambah,maka pertambahan ini tidak menggugurkan haknya untuk
memulangkan semula barangan tersebut.

Kecacatan Tambahan Kepada Kecacatan Sedia Ada.

Jika wujud kecacatan baru selain dari kecacatan sedia ada yang didapati oleh pembeli selepas
menerima barangan tersebut,hak pembeli untuk memulangkan semula kepada penjual secara
paksa digugurkan kerana pembeli tidak berhak memaksa penjual untuk menerima semula
barangan tersebut. Bagaimanapun, beberapa perkara perlu dilihat:

 Jika penjual bersetuju menerimanya , pembeli boleh memulangkannya. Ataupun jika
pembeli bersetuju menerima kecacatan tersebut,boleh menggunakannya terus.

 Jika kedua-dua pihak tidak bersetuju , pilihan yang ada sama ada pembeli membayar
gantirugi bagi kecacatan baru dan memulangkan semula barangan tersebut kepada
penjual,atau pun penjual perlu membayar gantirugi bagi kecacatan sedia ada kepada
pembeli

Syarat Tiada Cacat Cela

 Jika penjual meletakkan syarat kepada pembeli ketika kontrak,bahawa dia tidak
bertanggungjawab terhadap sebarang kecacatan yang ada pada barangan yang dijual, kontrak
tersebut sah. Syarat tersebut mengukuhkan lagi kontrak dan menafikan hak pembeli untuk
memulangkan semula atau membatalkan pembelian.
Adakah ini bermakna hak khiyar aib digugurkan dan pembeli tiada hak untuk
memulangkan semula barangan tersebut?
Jawapanya perlu melihat kepada beberapa perkara:
- Jika barangan tersebut tidak bernyawa, syarat tersebut tidak terpakai. Jadi pembeli
masih berhak memulangkan semula dan penjual perlu bertanggungjawab terhadap
sebarang kecacatan yang wujud pada barangan tersebut.
22

- Jika barangan yang dijual tersebut bernyawa, penjual boleh melepaskan sebarang
tanggungjawab terhadap sebarang kecacatan yang tidak nyata sahaja.

HIKMAH KHIYAR

 Supaya menjadikan sesuatu urusan pertukaran dan jual beli lebih kukuh dalam redha-
meredhai.

Untuk menghormati hak-hak pemilikan dan berusaha menjaganya pada kedua-dua belah pihak

23

Takrif Jual Beli Salam:
Takrif dari segi bahasa: ‘as-salam’ ialah as-salaf iaitu mendahulukan.
Dari segi istilah: Jual beli sesuatu yang dinyatakan sifat-sifatnya sahaja dengan lafaz salam atau salaf
Jual beli salam adalah salah satu bahagian akad jual beli yang dibenarkan.Ia dibenarkan disebabkan
ia dikecualikan daripada kategori menjual barangan yang tidak wujud.
Kesahihan Menurut Syarak :

Kontrak jual beli salam ialah kontrak yang diberikan pengecualian kerana menjual barangan yang
tidak wujud.seperti sedia maklum,menjual barangan yang tidak wujud adalah tidak sah.Namun
begitu,ia diberi pengecualian kerana manusia memerlukan jual beli seperti ini.

Dalil Pensyariatan Jual Beli Salam:

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW tiba di madinah, penduduk madinah mengamalkan jual beli salam
dalam jual beli buah-buahan selama setahun atau dua tahun.Baginda bersabda:

‫الى اجل معلوم‬,‫من اسلف في شيء ففي كيل معلوم ووزن معلوم‬

Maksudnya: Barangsiapa yang berjual beli salaf (salam) hendaklah dia berjual beli salaf (salam)
dengan sukatan yang di maklumi, timbangan yang dimaklumi, tempoh yang dimaklumi.’

Hikmah Dibenarkan Jual Beli Menurut Syarak:

Diantara hikmah-hikmah diharuskan jual beli salam ialah:

1. Untuk memberi kemudahan kepada anggota masyarakat menjalankan urusan perniagaan.
2. Untuk menanamkan perasaan tolong menolong di antara satu sama lain.

24

RUKUN JUAL BELI SALAM

Jual beli salam mempunyai empat rukun:

- Pihak yang mengikat akad
- Sighah akad
- Modal
- Barangan yang ditempah

Pihak Yang Mengikat Akad (Pembeli Dan Penjual)

 Pembeli adalah orang yang mengdahulukan wang untuk mendapatkan barang yang
dikehendaki. Di dalam istilah arab dikenali sebagai ‘muslim’.

 Penjual pula adalah pihak yang menerima wang sebagai bayaran kepada barangan yang akan
diberikan. Dalam istilah arab dikenali sebagai muslim ilaih.

 Kedua-dua pihak ini terikat dengan syarat-syarat yang ditetapkan kepada penjual dan pembeli
dalam akad jual beli. Cuma disini tidak dikenakan syarat boleh melihat.

Sighah (akad)

 Sighah ialah penawaran (ijab) dan persetujuan (qabul),contohnya:
 Pemilik modal berkata:’saya dahulukan RM1000,00 ini untuk mendapat 50 helai tudung yang

sifat-sifatnya seperti berikut,penerima pula berkata:’saya setuju atau saya terima pembayaran
yang didahulukan ini atau sighah yang seumpamanya.
Adapun syarat-syarat sighah dalam jual beli salam ialah :
 Ijab dan qabul hendaklah dilakukan dalam satu majlis .
 Wujud persamaan antara penawaran dan persetujuan.
 Mesti menyatakan lafaz salam atau salaf dan tidak sah jika ia menggunakan lafaz lain
 Tidak sah jika mengandungi khiyyar syarat.
 Khiyyar majlis boleh diadakan dalam kontrak jual beli salam.

Modal

 Modal ialah bayaran yang dibuat oleh pembeli sebagai mendahulukan bayaran kepada

penjual,melalui beberapa syarat yang ditetapkan:-
 Jumlah dan bentuk pembayaran hendaklah dimaklumkan kedua-dua pihak.

25

 Penyerahan oleh pembeli dan penerimaan modal oleh penjual perlu dalam masa akad iaitu
sebelum mereka berpisah secara fizikal kerana penyerahan ini adalah objektif asal dalam jual
beli Salam.

Barangan Yang Ditempah
 Barang tersebut mestilah boleh dinyatakan sifat-sifat dan ciri-cirinya.barang yang di tempah
hendaklah mengikut kehendak pembeli dan tidak timbul sebarang kekeliruan.
 Barang tersebut mestilah dikenalpastikan bahagian,kualiti,jumlah,dan sifat oleh kedua-dua
pihak.jika mengikut sukatan atau mengikut timbangan jika boleh di timbang,mengikut
bilangan jika boleh dikira,atau dengan ukuran jika boleh di ukur.
 Barangan tersebut tidak bercampur aduk dengan pelbagai barangan berlainan bahagian.jika
kadar kandungan campuran dapat diketahui,jual beli salam adalah sah.
 Barangan tersebut mestilah diperhutangkan,iaitu barangan dalam tanggungan (zimmah) yang
hanya dinyatakan sifat tanpa merujuk kepada barangan tertentu.
 Barangan tersebut mampu diserahkan.
 Tempoh penyerahan perlu ditetapkan.
 Tempat penyerahan perlu di tetapkan.

26

JUAL BELI ISTISNA`/ JUAL BELI TEMPAHAN

Definisi Jual Beli Istisna`:
Dari sudut bahasa: Al-Istisna` bermaksud meminta supaya di buat sesuatu.
Dari sudut istilah pula, istisna` adalah suatu akad untuk membeli sesuatu yang akan dibuat oleh
tukang berkenaan dan bahan serta kerja adalah daripadanya.

Dalil Pensyariatan Jual Beli Istisna`:
1. Sunnah
Keharusan istisna` berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. iaitu antaranya:
Dari Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “kami telah menempah sebentuk cincin yang
mana diatasnya terdapat tulisan “Muhammad Rasulullah”, maka jangan ada seorang pun yang
meniru tulisan itu pada cincinnya”.
2. Qiyas:
Istisna` itu diharuskan kerana ia adalah suatu jual beli benda yang tiada sepertimana jual beli
salam. Bagi ulama Hanafi ia adalah harus berdasarkan istihsan kerana ia sudah menjadi amalan
biasa yang dilakukan oleh orang ramai pada setiap masa tampa sebarang bangtahan, dengan itu
keharusannya telah menjadi ijmak dikalangan umat islam.

Rukun Jual Beli Istisna`:
- Sighah ( ijab dan qabul)
- Tukang ( sani`)
- Benda yang ditempah ( masnu`)
- Orang yang menempah ( mustasni`)

27

Syarat-Syarat Sah Jual Beli Istisna`:
Akad istisna` ini menurut pendapat para fuqaha mazhab Maliki, Syafie dan Hambali adalah sah
berdasarkan akad salam, dan memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan dalam jual beli salam.
Bagi akad yang tidak memenuhi syarat jual beli salam, seperti yang berlaku hari ini terutamnya
dalam masalah penyerahan modal semasa memeterai akad. Kebanyakkan penempah akan hanya
membayar sebahagian daripada harga yang ditetapkan atau membayar sekaligus selepas barangan
yang ditempah siap. Amalan seperti ini tidak dikira sebagai jual beli salam. Dengan itu jual beli
seperti ini tidak sah menurut ulama` Syafie.
Walaubagaimanapun para ulama mazhab Hanafi membenarkan akad ini sepertimana yang diamalkan
oleh orang ramai kerana mengambil kira keperluan orang ramai.
Perbezaan antara Salam dan Istisna`:

3. Jual beli salam mensyaratkan adanya tempoh yang tertentu, manakala dalam istisna` tidak
perlu adanya tempoh yang tertentu mengikut pendapat Abu Hanifah.

4. Jual beli salam adalah lazim ( mengikat) sedangkan jual beli istisna` tidak lazim.
5. Penerimaan harga tempahan dilakukan dalam majlis akad adalah suatu yang disyaratkan

dalam jual beli salam, sementara jual beli istisna` tidak disyaratkan.

28

ANUGERAH ( ‫) هبة‬

Pengertian :

 Dari segi bahasa ialah : Suatu pemberian yang diberikan bukan kerana tanggungjawab
tertentu dan pemberian ini memberi manfaat kepada penerima.

 Menurut istilah syara` pula : Suatu akad yang merujuk kepada pemindahan hak milik tanpa
sebarang gentian, ketika masih hidup dan dilakukan secara sukarela.

 Berdasarkan takrif diatas maka hebah berbeza dengan jual beli yang merupakan suatu proses
pemindahan hak milik untuk sesuatu gantian.

 Dan berbeza juga dengan wasiat yang juga merupakan pemindahan hak milik bukan untuk
suatu gentian tetapi dilaksanakan selepas kematian.

 Anugerah juga berbeza dengan zakat yang merupakan suatu proses pemindahan hak milik
yang diwajibkan ke atas pembayar zakat, sementara anugerah ialah pemindahan hak milik
secara sukarela.

 Manakala hadiah dan sedekah terdapat persamaan, kerana kedua-dua amalan ini bermaksud
memindahkan hak milik sesuatu barangan bukan untuk suatu gentian pada masa hayat dan
secara sukarela.

Cuma terdapat perbezaan antara ketiga-tiga amalan ini dari segi makna dan hukum

PERBEZAAN HIBAH, SEDEKAH DAN HADIAH:

HIBAH (Anugerah) SEDEKAH HADIAH

Pengertian : Pengertian : Pengertian :
 Ia berlaku sama ada
 Pemindahan hak milik  Pemindahan hak milik

antara si kaya kepada si kepada orang yang kepada orang yang

miskin atau sebaliknya memerlukan. mahu didekati dan

29

 Dilakukan untuk  Biasanya sebagai usaha dikasihi.
memperolehi pahala mendekatkan diri  Tidak wujud

atau tidak. kepada Allah dan penawaran dan
 Anugerah perlu wujud beroleh pahala. persetujuan.
 Tidak wujud
penawaran dan

persetujuan. penawaran dan

persetujuan.

Hukum : Harus Hukum: Sunat Hukum : Harus

Pensyariatan Hibah:
Al-Quran:

) ‫ فان طبن لكم عن شىء منه نفسا فكلوه هنيئا مريئا‬، ‫قال تعالى ( وءاتوا النساء صدقاتهن نحلة‬

Maksudnya: Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin mereka sebagai
pemberian yang wajib, kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu
sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunalah) pemberian itu sebagai nikmat yang lazat
lagi baik kesudahannya.
Sunnah:

‫ قال رسول الله)ص) يا نساء المسلمات لا تحقرن جارة لجارتها ولو فرسن‬: ‫رواه البخاري ومسلم‬
‫شاة‬

Maksudnya: “Wahai wanita muslimat, jangan seorang jiran menghina jiranya walaupun firsin (tapak
kaki) kambing.

30

Maksudnya seseorang jangan memperkecilkan pemberian jirannya sehingga sanggup menolak
walaupun pemberian itu hanya berupa firsin.
Ijma` Ulama`:
Para fuqaha` Islam pada sepanjang zaman sependapat bahawa sebarang bentuk anugerah adalah
digalakkan kerana amalan ini sebahagian daripada budaya kerjasama.

Anugerah Kepada Saudara-Mara:
Anugerah yang diberikan kepada saudara-mara lebih digalakkan dan mendapat pahala yang lebih
besar. Ini kerana selain mewujudkan suasana yang harmoni dan saling bekerjasama, anugerah ini
juga mengeratkan silaturahim.

‫ وأن ينسأ له فى أثره فاليصل رحمه‬،‫ من أحب أن يبسط له فى رزقه‬:  ‫قال رسول الله‬

Maksudnya: Sesiapa yang mahu dipermudahkan rezeki (diperbanyakkan dan di berkati) dan di
panjangkan umurnya, hendaklah ia menghubungkan silaturrahim.

Membalas Budi:
Bagi mereka yang menerima anugerah, mereka digalakkan membalas anugerah yang di berikan itu
jika dia berkemampuan, kerana mencontohi amalan Rasulullah s.a.w.
Hikmah Pensyariatan Hibah:

 Untuk mewujudkan masyarakat yang ideal dan harmoni, yang hidup berlandaskan semangat
kasih saying dan kemesraan.

‫ تهادوا تحابوا‬ ‫قال رسول الله‬

Maksudnya : bertukar-tukarlah hadiah nescaya kamu akan saling berkasih sayang.
RUKUN DAN SYARAT ANUGERAH:

31

Terdapat tiga rukun bagi hibah:
1) Pihak yang berakad ( pemberi dan penerima)
2) Sighah akad ( ijab dan qabul)
3) Barang yang dianugerahkan

Pihak Yang Berakad (Pemberi Dan Penerima):

 Pemberi hibah perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
a) Mestilah pemilik kepada barangan yang dianugerah.
b) Mestilah layak untuk memberi sumbangan.
c) Mempunyai kuasa penuh untuk menggunakan hartanya.

 Penerima anugerah pula hanya perlu memenuhi satu syarat sahaja iaitu:
 Berkelayakkan untuk menerima hak milik anugerah tersebut.
Anugerah boleh diterima oleh semua manusia yang dilahirkan termasuk yang bukan
mukallaf spt kanak-kanak atau orang gila, walau bagaimanapun penjaga akan menerima
anugerah tersebut bagi pihak mereka.

Sighah Akad (Penawaran Dan Persetujuan):

 Ucapan ini secara langsung merujuk kepada anugerah kerana ia menggunakan perkataan
tersebut contoh pemberi berkata: “ saya anugerahkan kepada kamu”.

 Ataupun perkataan yang digunakan merujuk kepada pemindahan hak milik tanpa sebarang
gentian yang merujuk kepada makna anugerah, contohnya: “ saya jadikan baju ini hak kamu”.
Kesemua ucapan ini tidak perlu kepada niat. Jika pemberi anugerah mendakwa dia tidak
berniat member anugerah tersebut pengakuannya tidak di terima.

 Terdapat beberapa ucapan yang tidak merujuk secara langsung kepada anugerah, ketika itu
ucapan tersebut bergantung kepada niat. Contohnya “ saya pakaikan baju ini pada kamu ” .

Syarat Sighah Akad:

32

1) Penawaran dan persetujuan mestilah berkesinambungan.
2) Tidak bersyarat
3) Tidak bertempoh

Umra dan Ruqba:
a) Umra (‫) العمرى‬
Perkataan ini diambil daripada al-umur, iaitu pemberi berkata kepada penerima “Rumah ini
untuk kamu selagi saya hidup” ataupun “Rumah ini mikil kamu sepanjang hidup kamu”.

Semua ucapan ini merujuk kepada anugerah tetapi ia dikaitkan dengan tempoh tertentu iaitu
umur pemberi atau umur penerima.

Seperti mana yang diketahui, antara syarat sighah akad anugerah ialah tidak di kaitkan dengan
tempoh tertentu, walau bagaimanapun anugerah seperti ini dianggap sah dan syarat tadi tidak
diterima pakai. Kebenaran ini sebagai satu pengecualian.

‫ العمرى جائزة‬:  ‫ قال رسول الله‬: ‫رواه البخارى ومسلم عن أبى هريرة قال‬

Maksudnya: umra adalah harus dan dibenarkan.
b) Ruqba (‫) الرقبى‬
Ruqba ialah apabila pemberi berkata kepada orang lain : “ rumah saya menjadi milik
kamu secara ruqba. Maksudnya , jika kamu mati sebelum saya ia akan dikembalikan
kepada saya, jika saya mati sebelum kamu ia akan kekal menjadi milik kamu.
Ucapan ini juga diterima sebagai akad anugerah yang diakui oleh syara` walaupun
bersyarat, tetapi anugerah ini sah dan syarat tersebuttidak diterima pakai.

‫ العمرى جائزة لأهلها والرقبى جائزة لأهلها‬:  ‫ قال رسول الله‬: ‫ قال‬ ‫روى عن جابير‬

Maksudnya : umra dibenarkan untuk pemiliknya, begitu juga ruqba dibenarkan untuk pemiliknya.

33

Barangan Anugerah :
Semua barangan yang boleh di jual beli boleh dijadikan anugerah ,manakala Syarat-syarat barangan
yang dianugerahkan ialah :

 Wujud ketika anugerah
Penganugerahan membabitkan barangan yang tidak wujud, maka anugerah tersebut terbatal ,
Kerana implikasi akad anugerah ialah pemindahan hak milik secara serta-merta.
 Barangan tersebut mestilah barangan bernilai.

Tidak sah menganugerahkan bangkai atau darah atau khinzir dan sebagainya.
 Mestilah daripada hak milik pemberi.

Anugerah Barangan Yang Digunakan Pada Barangan Lain Atau Bercantum Dengan
Barangan Lain.

 barangan yang digunakan pada barangan lain; contohnya : rumah yang mempunyai perabut
milik pemberi. Anugerah ini di benarkan dan sah, kerana barangan yang dianugrahkan
dengan barangan yang lain boleh dipisahkan, anpa sebarang kesulitan dan tapa sebarang
risiko.

 Barangan yang bercantum dengan barangan lain , dengan ini beberapa perkara perlu di lihat.
 Jika barangan tersebut bercantum dengan barang lain yang boleh dipisahkan tanpa
menimbulkan sebarag kemudharatan dan tidak berisiko, penganugrahan tersebut sah
kerana ia boleh di jual beli, contohnya : pemberi menganugrahkan sepasang kain yang
tidak mengurangkan nilainya jika dipotong.
 Jika barangan tersebut bercantum dan tidak boleh dipisahkan ataupun ia sukar dipisahkan
atau berisiko contohnya: pemberi menganugrahkan separuh pedangnya. Atau
menganugrahkan bulu yang ada pada badan kambing. Dalam keadan ini anugerah
tersebut tidak sah kerana barangan tersebut tidak sah di jual.

Penerimaan Anugerah:

34

Akad anugerah ini sempurna dan berkuatkuasa hanya apabila anugerah tersebut diterima dengan
syarat-syarat yang ditetapkan, setelah itu hak milik anugerah tersebut menjadi hak penerima.

Dan Akad anugerah atau hibah tidak sempurna dan tidak berkuat kuasa hanya melalui penawaran
dan persetujuan sahaja. Malah akad tersebut dianggap tidak dikuat kuasakan dilihat dari aspek
pemberi anugerah. Oleh itu, dia boleh menarik balik anugerah tersebut dan menggunakannya
berdasarkan kemahuannya, selagi anugerah tersebut masih berada ditangannya.

Dengan ini hak milik penerima masih belum disahkan kecuali setelah dia menerima anugerah
tersebut.

Syarat-Syarat Penerimaan:

Supaya penerimaan itu sah dan anugerah tersebut berkuatkuasa beberapa syarat perlu di penuhi :

a) Keizinan pemberi.
b) Mestilah barangan yang dianugrahkan tidak di gunakan bersama barangan yang tidak

dianugrahkan.
c) Kelayakan untuk menerima.

Hukum anugerah:

Hukum anugerah atau hibah: iaitu sah hak milik penerima keatas barangan yang dianugrahkan tanpa
sebarang gentian.

Sifat Hukum Anugerah Dan Hukum Tuntutan Semula:

Hukum anugerah berkuat kuasa serta-merta, maknanya pemberi tidak berhak menuntut semula
anugerah yang telah diberikan.

Cuma hukum ini dikecualikan bagi anugerah yang diberikan oleh bapa kepada anak.

Dalil bagi masalah ini seperti berikut:

35

‫ العائد فى صدقته كالعائد فى قيئه‬:  ‫قال رسول الله‬

Maksudnya: “Orang yang meminta semula anugerahnya sama seperti orang yang menjilat semula
muntahnya”.

Hadith ini dijadikan dalil pengharaman kerana menelan semula muntah adalah haram.

‫ لا يحل لأحد أن يعطى عطية فيرجع فيها إلا الوالد فيما يعطى ولده‬ ‫قال رسول الله‬

Maksudnya: Tidak halal bagi seorang lelaki memberikan sesuatu pemberian kemudian dia
memintanya semula kecuali bapa meminta semula apa yang diberikan kepada anaknya”. Bapa disini
termasuklah keturunannya keatas dan anak disini juga termasuklah keturunannya ke bawah.

Pemberian Anugerah Atau Hadiah Secara Saksama Kepada Anak-Anak
 Apabila seseorang bapa memberikan sesuatu anugerah atau hadiah kepada anak-anaknya dia
digalakkan supaya memberikannya secara saksama baik kepada anak lelaki mahupun kepada
anak perempuan, yang tua mahupun yang muda.
 Seorang bapa tidak digalakkan atau makruh membeza-bezakan antara mereka atau
melebihkan sebahagian mereka dengan memberikan tambahan atau keistimewaan tertentu.
 Perkara ini di persetujui oleh semua ulama`. Mereka sependapat bahawa pemberian secara
saksama adalah di galakkan, walaubagaimanapun mereka berbeza pendapat mengenai
maksud saksama dan cara pembahagiannya.
 Menurut kebanyakan ulama` Mazhab Syafie dan Hanafi, apa yang di maksudkan ialah
memberikan anak perempuan sama seperti yang diberikan kepada anak lelaki, ini berdasarkan
zahir hadith ini.
 Ada diriwayatkan bahawa Muhammad RA, salah seorang ulama` Mazhab Hanafi
berpendapat, saksama ialah sepertimana pembahagian pusaka.

36

 Walau bagaimanapun, keadaan ini bergantung jika keperluan mereka sama atau mereka tidak
setuju dengan perbezaan tersebut. Namun jika ada di kalangan mereka yang lebih
memerlukan atau anak-anak lain redha dengan pemberian tambahan tersebut, anugerah
tersebut tidak salah dan tidak makruh.

JI`ALAH (SAGU HATI)

Pengertian Al-ji`alah:

37

 Al-ji`alah dari segi bahasa ialah ganjaran atau sesuatu yang diberikan kepada seseorang
kerana sesuatu pekerjaan.

 Menurut syara` ji`alah atau sagu hati ialah mewajibkan gantian yang diketahui untuk kerja
tertentu, sama ada diketahui atau tidak diketahui, oleh orang yang dikenali atau tidak
dikenali.

 Atau suatu ganjaran yang diberikan bagi sesuatu kerja yang maklum atau majhul. Contohnya
“ sesiapa yang memulangkan binatang tunggangan saya yang lari, atau barang saya yang
hilang maka ia akan mendapat sekian dan sekian.

Pensyariatan Al-ji`alah :

 Al-ji`alah di haruskan oleh jumhur ulama kecuali ulama mazhab Hanafi yang tidak
menerimanya kerana kontrak al-ji`alah mempunyai unsur gharar disebabkan tedapat keadaan
tidak diketahui apakah bentuk kerja dan tempoh masa, ulama mengharuskannya berdasarkan
kepada al-Quran, sunnah dan hujah akli.

Al-Quran

Prinsip al-ji`alah tergambar melalui firman Allah dalam surah Yusuf :ayat 72,

‫قالو ا نفقد صواع الملك ولمن جا ء به حمل بعير وأنا به زعيم‬

Maksudnya : Orang-orang menteri menjawab: “ kami kehilangan cupak raja. Dan sesiapa yang
memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekot unta, dan akulah
yang menjamin pemberian itu”.

Al-sunnah
Hadith yang di riwayatkan oleh Abu Sa`id al-Khudri RA katanya:

38

“Beberapa orang sahabat Nabi s.a.w. berangkat dalam suatu perjalanan. Apabila tiba di sebuah
perkampungan Arab, mereka memohon untuk menumpang tetapi penduduk kampung tersebut
enggan menerima mereka. Ketika itu ketua kampung tersebut telah disengat dan mereka telah
menggunakan segala-galanya untuk mengubatinya, tetapi sedikitpun tidak berkesan. Beberapa orang
di kalangan mereka berkata “Mungkin kamu patut berjumpa dengan orang-orang yang singgah itu.
Mereka mungkin ada sesuatu sebagai ubat.” Lantas mereka datang menemui para sahabat dan
berkata : “Wahai kamu sekalian, ketua kami telah disengat. Kami telah gunakan segala-galanya
untuk menyembuhkannya, malangnya tidak berkesan. Adakah ada di kalangan kamu yang boleh
mengubatinya.” Sebahagian sahabat menjawab: “Ya, demi Allah saya boleh menjampi. Cuma demi
Allah, kami telah memohon izin untuk menumpang di tempat kamu tetapi kamu menolak. Saya
hanya akan menjampi untuk kamu jika kamu berikan kami saguhati.” Setelah berbincang, mereka
bersetuju memberikan sekawan kambing. Sahabat ini pun pergi menghembus ketua tadi dan
membaca ayat bermaksud, “Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam” (surah al-Fatihah). Tiba-
tiba ketua kampung bangun seolah-olah baru terlepas daripada ikatan. Lalu bangkit tanpa sebarang
kesan penyakit. Abu Sa’id berkata: “Lalu penduduk kampung itu memberikan saguhati seperti yang
mereka setujui.” Sebahagian para sahabat berkata: “Bahagikan”. Namun sahabat yang menjampi tadi
berkata: “Tunggu sehingga kita bertemu Nabi s.a.w. dan kita ceritakan kepada Baginda.Kita tunggu
perintah Baginda.” Selepas itu, mereka menemui Rasulullah s.a.w. dan menceritakan apa yang
berlaku. Baginda bersabda: “Bagaimana Engkau tahu ia adalah jampi?!” Kemudian Baginda
bersabda: “Kamu benar, bahagi-bahagikan dan letakkan satu bahagian untuk saya bersama kamu,”
Lalu Nabi s.a.w. tertawa.”

Sabda Baginda s.a.w. ini merupakan suatu perakuan kepada perbuatan para sahabat dan menjadi dalil
yang mengesahkan ji`alah.

Dalil akli: secara rasionalnya prinsip al-ji`alah sememangnya diperlukan oleh manusia. Kerana
terdapat keadaan tertentu manusia berhajat kepadanya seperti mencari harta yang hilang, ia

39

memudahkan tuan punya harta memenuhi hajatnya secepat yang mungkin melaluai orang yang
benar-benar layak dan berkemampuan memperolehinya.

Begitu juga bagi pihak yang ingin memperolehi ganjaran, mereka mempunyai keluasan dari segi
cara dan masa kerana tidak terikat dengan perkara tersebut.

Ia juga merangsang pihak yang ingin menerima ganjaran melaksanakan perkara tersebut sebaik dan
secepat yang mungkin bagi memperolehi ganjaran.

Hikmah pensyariaatanya:

 Amalan seumpama ini diperlukan oleh manusia dan dapat memudahkan sesuatu kerja yang
tidak mampu dilaksanakan sesuatu pihak.

 Memenuhi kehendak dengan lebih pantas kerana menggalakkan orang yang ingin menerima
ganjaran berlumba-lumba melaksanakannya.

 Mendapat hasil dan mutu kerja yang lebih baik.

Rukun Al-ji`alah:

 Dua pihak yang berkontrak : pemberi ganjaran( ja`il) dan penerima ganjaran (amil).
 Kerja yang ditawarkan (amal).
 Bayaran atau ganjaran kepada orang yang melaksanakan kerja (ju`lu).
 Sighah : ijab dan qabul

Syarat kepada pemberi ganjaran (ja`il):

 Pemberi ganjaran hendaklah orang yang layak dan berkuasa menguruskan harta. Oleh itu
mereka disyaratkan berakal, baligh dan cerdik serta tidak ditahan dari menguruskan harta.

 Penawar ganjaran tidak semestinya pemilik harta. Bukan pemilik harta juga boleh
menawarkan ganjaran dan dia bertanggungjawab terhadap ganjaran tersebut.

Syarat kepada penerima ganjaran (amil)

40

 Amil disyaratkan berkemampuan melaksanakan kerja sekiranya ia adalah pihak yang
ditentukan oleh pemberi ganjaran, sebaliknya jika ia tidak di tentukan maka memadai dengan
pengetahuan mereka yang memahami tentang iklan ganjaran.

 Tidak semestinya orang tertentu atau maklum orangnya. Boleh juga majhul iaitu sekiranya
ditawarkan kepada umum maka sesiapa sahaja boleh menerimanya. Jika ditawarkan kepada
individu atau pihak yang khusus maka hanya mereka yang berhak mendapat ganjaran.

Syarat kepada kerja (amal):

 Pekerjaan hendaklah yang mempunyai manfaat dan bernilai di sisi syarak. Oleh itu tidak sah
menawarkan ganjaran bagi kerja menyihir atau memukul orang lain kerana perbuatan tersebut
ditegah oleh syarak.

 Pekerjaan yang ditawarkan dalam al-ji`alah boleh sama ada maklum atau majhul. Bagi kerja
maklum seperti seseorang menawarkan kepada umum dengan ganjaran RM 1000 bagi sesiapa
yang dapat membaiki jambatan yang rosak. Bagi kerja majhul pula ialah seperti tawaran
kepada umum dengan tawaran tertentu sekiranya Berjaya mengembalikan hartanya yang
hilang, maka amil boleh menggunakan apa sahaja cara untuk mencari dan mendapatkan harta
tersebut.

 Dari sudut tempoh masa bekerja tidak di syratkan maklum. Bahkan ulamak maliki
mensyaratkan ia tidak dihadkan. Manakala ulama mazhab lain mengharuskan al-ji`alah yang
menetapkan pekerjaan dengan tempoh masa, seperti sesiapa yang dapat membaiki kereta saya
selama satu hari akan diberi ganjaran RM 500.

Syarat Bayaran (ju`lu):

 Bayaran ini mestilah berupa kadar yang dimaklumi, pembayaran yang tidak ditetapkan
kadarnya tidak dibenarkan dalam kontrak ini, kontrak tersebut tidak sah.

 Ganjaran hendaklah sesuatu harta yang bernilai, tidak sah ganjaran dengan harta yang haram
41

 Pada asasnya ganjaran di dalam al-ji`alah hanya berhak di perolehi apabila kerja yang
ditawarkan itu selesai, begitu juga tidak boleh disyaratkan pendahuluan ganjaran semasa
kontrak.

 Harus bagi penawar ganjaran menambah dan mengurangkan ganjaran menurut ulama mazhab
Hambali dan Syafie . Cuma mereka berbeza dari segi masa untuk mengubah perkara tersebut:
Ulama` Hambali mengharuskannya sebelum permulaan kerja.
Manakala ulama` Syafie mengharuskannya sebelum selesai pekerjaan, iaitu sama ada
sebelum mula kerja atau sesudah kerja dimulakan.

 Kontrak al-ji`alah boleh dibatalkan oleh mana-mana pihak tanpa perlu kepada persetujuan
antara mereka, Cuma kalangan ulama` berbeza dari sudut waktu yang harus dibuat
pembatalan:

 Mazhab Syafie dan Hambali : pembatalan harus di buat pada bila-bila masa yang
dikehendaki oleh mana-mana pihak yang berkontrak sebelum selesai pekerjaan.

 Ulama` Maliki pula : hanya mengharuskan pembatalan oleh penawar ganjaran sebelum kerja
dilaksanakan. Berbeza dengan Amil yang boleh membatalkan pada bila-bila masa sama ada
seblum, selepas atau ketika sebahagian kerja dilaksanakan tampa berhak menuntut apa-apa
bentuk ganjaran atau upah.

Syarat sighah:

 Mesti ada penawaran atau ijab dari ja`il. Tetapi tidak disyaratkan wujudnya pelafazan qabut
dari amil .

 Amil pula tidak disyaratkan menerima atau melafazkan qabul sebaik saja keluar penawaran
daripada ja`il biarpun amil tersebut merupakan amil yang maklum atau telah ditentukan.
Terlaksana sebagai penerimaan apabila amil melaksanakan dan menyelesaikan kerja.

PERBEZAAN ANTARA AL-IJARAH DAN AL-JA`ALAH

42

Jenis akad Al-ijarah Al-ja`alah
Pekerja  Ia merupakan akad lazim kerana  Merupakan akad tidak lazim,

persetujuannya adalah persetujuan kerana ia adalah persetujuan
mesti bukan persetujuan bebas. bebas
 Di syaratkan lafaz qabul oleh pekerja.  Tidak Disyaratkan pelalafazan
qabul oleh pekerja.
 Mesti maklum  Tidak di syaratkan maklum,
boleh juga .

Kerja  Mesti maklum kerja dan maklum  Tidak disyaratkan maklum
tempohnya. kerja dan juga tempohnya.

Balasan/ga  Upah mesti boleh diperolehi sekiranya  Ganjaran hanya diperolehi
ntian akad dibatalkan separuh jalan. apabila selesai kerja, iaitu
ganjaran akan gugur apabila
 Upah mesti maklum pekerja mambatalkan akad.
 Boleh disyaratkan pendahuluan upah
 Tidak boleh disyaratkan
semasa kontrak. pendahuluan ganjaran.

Hawalah (Pemindahan Hutang)

Pengertian Hawalah:
 Al-Hawalah dari sudut bahasa ialah pemindahan atau perpindahan.

43

 Menurut istilah fuqaha pula : Hawalah ialah kontrak yang menyebaban pemindahan hutang
daripada satu pihak kepada pihak lain.

Pensyariatan:

Dalil yang membenarkan hawalah ialah hadith riwayat al-Buhkari dan Muslim, Rasulullah SAW
bersabda:

‫ فإذا أتبع أحدكم على ملى‬، ‫مطل الغنى ظلم‬
‫فليتبع‬

Maksudnya: “Melambatkan pembayaran hutang oleh orang kaya adalah zalim. Apabila salah
seorang daripada kamu dibawa kepada orang kaya yang lain maka ikutlah”.

Dalam riwayat Ahmad disebut:

‫ومن أحيل على ملىء فليحتل‬

Maksudnya: “Sesiapa yang dipindahkan kepada orang kaya yang lain maka berpindahlah”.

Jenis al-Hawalah:

Berdasarkan pendangan fuqaha, terdapat dua jenis hawalah iaitu Hawalah Muqayyadah dan Hawalah
Mutlaqah.

Hawalah Mutlaqah: ialah pemindahan hutang kepada pihak lain tanpa mengaitkan dengan sesuatu
hutang lain yang ada pada pihak penerima pindahan hutang ( muhal `alayh). Contohnya : A ( muhil)
telah berhutang dengan B (muhal). Kemudian dia telah menghiwalahkan hutangnya tersebut kepada
C (muhal alaih ) yang tida berhutang pun dengan A, dan C merestuinya. Hiwalah jenis ini hanya
diterima oleh ulama mazhab Hanafi, sebaliknya ulama Syafie, Hambali dan Maliki tidak
menganggapnya sebagai hiwalah tetapi kafalah kerana muhal a`layh tidak berhutang dengan muhil.

Hiwalah Muqayyadah: ialah pemindahan hutang kepada pihak lain dengan mengaitkan kepada
sesuatu hutang lain yang ada pada pihak penerima pindahan hutang (muhal a`layh) contohnya : A (
muhil) telah berhutang dengan B (muhal) kemudian dia telah menghiwalahkan hutangnya tersebut

44

kepada C ( muhal `alayh) yang telah mempunyai hutang terhadap A. maka hutang C terhadap A akan
dibayar kepada B. para ulama bersepakat menerima hiwalah jenis ini.

Rukun Hiwalah:

a) Muhil : penghutang (orang yang berhutang ) dan pemindah hutang.
b) Muhal : pemiutang ( orang yang member hutang)
c) Muhal `alayh : penerima pindahan hutang.
d) Muhal bih : hutang yang dipindahkan
e) Sighah : ijab dan qabul

Syarat Sah Hiwalah:

Setiap rukun hiwalah mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu untuk menjadikannya sah.

 Syarat-syarat bagi muhil , muhal dan muhal `alayh :
 Berkeahlian untuk melaksanakan akad. Maka tidak sah hiwalah yang dilaksanakan oleh

kanak-kanak dan orang gila. Mengikut Hanafi hiwalah kanak-kanak mumayyiz yang berakal
juga terlaksana sekiranya mendapat keizinan wali, tetapi kebenaran ini hanya pada muhil dan
muhal tidak kepada muhal a`layh kerana merea tidak boleh menerima tanggungan membayar
hutang.
 Wujud keredhaan dan tidak dipaksa, ini perlu kerana objektif hiwalah adalah pelepasan hak

o Hanafi menetapkan keredhaan atau persetujuan dari ketiga-tiga pihak.
o Hambali pula mensyaratkan keredhaan hanya muhil sahaja.
o Syafie dan Maliki menetapkan keredhaan kepada muhil dan muhal.
o Oleh itu hiwalah yang berlaku secara paksaan terhadap pihak yang dikehendaki

kerelaanya adalah tidak sah.
 Syarat Hutang atau Muhal bih:

 Hendaklah hutang yang berlaku pada muhal dan muhil
45

 Hendaklah hutang itu hutang yang lazim, iaitu hutang yang telah tetap dalam
tanggungang yang wajib dibayar atau yang tida akan gugur dari penghutan.

 Hutang yang bukan bersifat barang atau ain benda
 Hendaklah hutang tersebut hutang yang maklum dari segi sifat dan kadar.
 Kedua-dua hutang yang terlibat dalam hiwalah muqayyadah hendalah sama dari segi

kadar dan sifat. Tida sah sekiranya salah satu hutang lebih banyak.
 Sighah : ijab dan qabul

Penawaran dari pihak muhil, penerimaan dari muhal dan muhal `alayh .Antara syaratnya :
 Dengan sighah pindah hutang . contohnya : “ aku pindahkan hutang aku pada B kepada C
 Penerimaan tawaran hendaklah berlaku dalam majlis akad.
KESAN KONTRAK HIWALAH:
 Muhil akan bebas dari tanggungan hutang sebaik saja sempurna dan sah akad hiwalah

dengan persetujuan muhal dan muhal `alayh.
 Tuntutan hutang oleh muhal adalah sabit dan kekal kepada muhal `alayh.

HUTANG ( ‫) القرض‬

Hutang merupakan salah satu prinsip muamalat Islam yang berasaskan kepada kontrak kebajikan
semata-mata.

46

Muamalat Islam telah menetapkan beberapa panduan dan cara yang betul dalam kontrak hutang
piutang.

Pengertian Hutang:
 Hutang dalam bahasa arab disebut ‫ القرض‬. Al-qardh dari segi bahasa bermaksud potong.
 Istilah fuqahak : hutang ialah memberi hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan
syarat orang tersebut memulangkan semula gantianya tampa sebarang tambahan.

Dalil Pensyariatan Hutang

Al-Quran:

{ ‫َم ْن ذا الَّ ِذي يُ ْق ِر ُض اللَّ َه قَ ْرضاً َح َسناً َفيُضا ِع َفهُ َلهُ أَ ْضعافاً َك ِثي َرةً َواللَّهُ َي ْق ِب ُض َو َي ْب ُس ُط َو ِإلَ ْي ِه‬
‫}تُ ْر َجعُو َن‬

[242/2 :‫]البقرة‬

Maksudnya: Siapakah orang yang (mahu) memberi pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang
baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyankya?
Dan ingatlah Allah jualah yang menyempit dan yang meluasakan (pemberian rezeki) dan kepada-
Nyalah kamu semua di kembalikan.

Al-Sunnah:

47

‫َع ْن ا ْب ِن َم ْسعُود أَ َّن النَّبِ َّي َصلَّى اللَّهُ َع َل ْي ِه َو َسلَّ َم َقا َل َما ِم ْن ُم ْس ِلم يُ ْق ِر ُض ُم ْس ِل ًما قَ ْر ًضا‬
‫َم َّرتَ ْي ِن ِإلَّا َكا َن َك َص َدقَ ِت َها َم َّرةً َقا َل‬

Maksudnya : “ Sesiapa dikalangan orang islam yang member hutang kepada orang islam yang lain
sebanya dua kali, nescaya hutang itu akan dikira seolah sedekah yang diberikannya sebanyak sekali”.

Ijma` Ulama`:

Seluruh umat Islam telah mengamalkan sistem ini semenjak zaman Rasulullah s.a.w. hingalah ke
zaman kini. Para ulama` pula telah menerima sistem ini dan tiada seorang pun memenentangnya.

Hikmah pensyariatan:

a) Untuk merialisasikan kehendak Allah yang mahukan wujudnya suasana tolong-menolong
untuk tujuan kebaikan dan ketakwaan sesama umat islam .

b) Mengeratkan hubungan persaudaraan sesama islam
c) Menghalang manusia mengambil kesempatan daripada kesusahan dan hajat orang lain, jika

tidak disyariatkan hutang yang baik sudah tentu akan diambil alih oleh riba dan penindasan.

Rukun Dan Syarat

Jumhur menetapkan bahawa rukun al-qard ialah

1) Penghutang dan pemiutang .
2) Subjek hutang
3) Sighah: ijab dan qabul

Syarat Penghutang Dan Pemiutang:

48

 Berkeahlian menguruskan harta, tidak sah memberi hutang atau berhutang daripada kanak-
kanak ataupun orang gila.

 Bebas membuat pilihan.

 Pemiutang mestilah seorang yang mempunyai keahlian membuat kebajikan ( ‫) اهلية التبرع‬

Syarat Subjek Hutang ( ‫) المال ال ُمق َرض‬

 Harta yang harus dijual beli dan dibuat jual salam , sama ada dari jenis harta mithli ( barang
yang sama dengannya dan mudah di cari ganti ) atau qiymi ( barangan yang tidak ada samka
denganya).

 Maklum sifat dan kadarnya ketika berlakunya pinjaman.
 Tidak boleh disyaratkan bayar atau ganti lebih daripada jumlah atau nilai asal hutang.

Syarat Sighah:
 Lafaz ijab boleh dilakukan oleh penghutang dan lafaz qabul dilakukan oleh pemiutang
ataupun sebaliknya.
 Lafaz ijab dan qabul hendaklah dengan maksud hutang sama ada secara jelas atau kinayah.

Implikasi Hutang:
 Apabila sesuatu hutang dibenarkan, implikasinya ialah hak milik barangan tersebut akan
berpindah daripada pemiutang kepada penghutang .
 Persoalanya adakah peralihan hak milik ini bermula dengan penerimaan barangan yang
dihutang atau setelah ia digunakan?
 Pendapat pertama : pandangan yang paling sahih, penghutan memperolehi hak milik
barangan yang dihutang ketika penerimaan.

Dalilnya:

49


Click to View FlipBook Version