Ulama` sependapat penghutan boleh menggunakan barangan tersebut sebaik saja
menerimanya, ini menunjukkan hak miliknya telah di sahkan sebelum penggunaan tersebut.
Pendapat kedua: penghutang tidak mempunyai hak milik ke atas hutang kecuali setelah barangan
tersebut digunakan dengan cara menunjukkan berlaku hak milik, contohnya barangan tersebut
dihadiahkan atau di jual beli.
Dalilnya:
kerana hak milik dapat disahkan melalui tindakan seperti ini.
Kerana pemiutang masih berhak meminta semula barangan tersebut sebelum itu dan
penghutang juga berhak memulangkannya.
Kewajipan Membayar Hutang:
Penghutang bertanggungjawab membayar hutang yang telah sabit kepadanya, pembayaran hutang
perlu menggunakan barangan yang sama dengannya jiak ada , jika tidak ia wajib dibayar dengan
barangan yang sama nilai.
Bila Hutang Dituntut?:
Pemiutang berhak menuntut penghutang membayar semula hutang pada bila-bila masa selepas
penghutang menerima barangan tersebut.
Huukm ini digunapakai sama ada dalam aka dada ditetapkan tempoh tertentu untuk membuat
pembayaran ataupun tidak ditetapkan.
Syarat -Syarat Hutang:
50
1) Syarat-syarat yang boleh membatalkan hutang.
Semua syarat yang tiada kena mengena dengan akad dan memberi keuntungan kepada
pemiutang. Seperti bayaran tambahan atau dengan syarat penghutang pulangkan barang yang
lebih baik .
Berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. : “Semua hutang yang membawa keuntungan adalah
riba ”.
Keuntungan yang tidak disyaratkan:
Apabila penghutang membayar hutang lebih daripada hutang asal, ataupun penghutang
memberi hadiah sebagai tambahan kepada bayaran hutang tampa pemiutang terbabit
meletakkannya sebagai syarat dalam akad dan bukan menjadi amalan yang diguna pakai (
uruf) apakah hukum tindakan ini ?.
Jika manfaat tersebut diberikan sebelum hutang di bayar sepenuhnya , adalah lebih baik jika
ia ditolak , kecuali jika amalan bertukar-tukar manfaat tersebut telah menjadi kebiasaan
kedua-dua pihak sebelum akad hutang dilakukan.
( اذا أقرض احدكم قرضا فأهدى له أو حمله على الدابة فلا يركبها ولا يقبله إلا ان يكون
جرى بينه وبينه فبل ذلك ) رواية ابن ماجة
Jika manfaat tersebut diberikan selepas hutang dibayar , tindakan ini tidak salah dan
penghutang telah selesai membayar. Malah penghutang digalakkan berbuat demikian kerana
umat membayar hutang mereka dengan cara yang terbaik.
2) Syarat –syarat yang tidak diterima pakai dan tidak membatalkan hutang :
Syarat-syarat yang tiada kena mengena dgn akad dan tidak pula membawa sebarang manfaat
kepada mana-mana pihak atau hanya member manfaat kepada penghutang .
Contohnya : syarat akad mewajibkan penghutang meminjamkan pula barangan tersebut
kepada orang lain.
3) Syarat-syarat yang perlu dilaksanakan
51
Syarat yang perlu dilaksanakan ialah sebarang syarat yang ditetapkan bertujuan
mengukuhkan lagi akad tersebutdan mengesahkan hak pihak yang terbabit.
Contohnya : syarat yang menetapkan perlu di sertakan gadaian atau penjamin atau saksi bagi
akad tersebut.
RIBA
Pengertian Riba
52
Riba dari segi bahasa: pertambahan dan perkembangan.
Dari segi istilah pula riba ialah: akad pertukaran barang/harta ribawi yang tidak diketahui
persamaanya pada pandangan syarak atau akad pertukaran yang berlaku penangguhan salah satu
pertukaran.
Maksud “tidak diketahui persamaanya” tidak terdapat persamaan dari segi kuantiti iaitu sama ada
dari segi timbangan atau sukatan.
Hikmah Di Haramkan Riba: Islam mengharamkan riba ini kerana ia mempunyai implikasi yang
besar ke atas kehidupan manusia, keburukanya boleh dilihat dari segi sosial dan ekonomi.
1) Dari segi sosial dan akhlak:
Amalan riba merupakan penindasan terhadap orang-orang miskin di mana pihak pemberi
hutang akan bertambah kaya sementara penerima hutang akan bertambah miskin dan
tertekan.
Selain itu , amalan riba boleh menyebabkan kasih-sayang, sikap tolong-menolong dan
mengasihani antara satu sama lain akan hilang.
Konflik boleh berlaku akibat ketidakpuasan hati dikalangan peminjam spt rompakan,
pembunuhan dan lain-lain, ini boleh mengganggu gugat kestabilan masyarakat secara
keseluruhan.
2) Dari segi ekonomi:
Riba yang tinggi memusnahkan daya penarik pelaburan, menyebabkan kekurangan
pekerjaan dan pendapatan.
Ia juga merosakkan perkembangan ekonomi dan mengakibatkan inflasi.
Jenis-Jenis Riba:
53
Riba terbahagi kepada dua:
1) Riba Duyun: iaitu riba pinjam –meminjam yang timbul dari pinjaman wang. Ia terbahagi
pula kpd dua:
a) Riba Qard ( riba pinjaman) :riba qard timbul apabila faedah bagi pinjaman wang telah
di tetapkan daripada mula lagi oleh pemiutang, atau pun penghutang berjanji untuk
membayar dengan jumlah yang lebihsemasa dia menjelaskan hutangtersebut. Hukumnya
haram dan tidak sah.
b) Riba Jahiliyah: tidak ada janji atau syarat yang di buat oleh pemiutang mahupun
penghutang tetapi apabila penghutang gagal menjelaskan pinjaman pada waktu yang
ditetapkan maka pemiutang akan mensyaratkan supaya menjelaskan satu jumlah
tambahan bagi pinjaman pokok yg telah di beri.
2) Riba Buyu`:riba ini timbul apabila berlakunya pertukaran antara dua bahan ribawi dalam
kategori yang sama jika tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Riba buyu` terbahagi kpd
dua :
a) Riba fadl: iaitu jualbeli yang berlaku tambahan pada salah satu daripada dua barang
tukaran yang sama jenis, contohnya : penjual menjual 1 kg gandum A dengan pembeli
membayar 2 kg gandum B.
b) Riba Nasi`ah : pertukaran benda yang sama jenis atau sama kategori walaupun berlainan
jenis yang dilakukan secara bertangguh. Contohnya: penjual menjual secupak gandum
dan di bayar dengan secupak gandum atau secupak barli atau dua cupak barli dalam
tempoh sebulan barulah pembayaran dibuat.
Jenis –Jenis Harta Ribawi:
54
Maksud harta-harta yang boleh berlaku riba ialah harta-harta yang dijelaskan oleh hadis:
الذهب بالذهب والفضة بالفضة والبر بالبر: قال رسول الله، عن عبادة بن الصمات قال
والشعير بالشعير والتمر بالتمر والملح بالملح مثلا بمثل سواء بسواء يدا بيد فإذا اختلفت هذه
. الأجناس فبيعوا كيف شئتم اذا كان يدا بيد
Hadis ini tidak membataskan harta ribawi kepada enam jenis harta yang di sebut sahaja, ini kerana
sebutan harta tersebut menunjukkan `llat (sebab) tertentu. Justeru setiap harta yang mempunyai `illat
yang serupa dengann dengan harta yang disebut dalam hadis adalah di anggap harta ribawi.
Para fuqaha membahagi `llat riba daripada hadis tersebut ekkpkada dua kategori besar iaitu:
Kategori 1: Jenisnya merangkumi emas dan perak
Illatnya: harta yang bernilai/berharga. Justeru semua barang yang berharga spt barang kemas
dan matawang dikira barang ribawi, yang tidak boleh ditukarkan kecuali memenuhi syarat-
syaratnya.
Kategori 2: Jenisnya merangukmi gandum,barli, tamar dan garam.
Illatnya: barang makanan. Walaubagaimanapun fuqaha berbeza pendapat dalam menentukan
jenis illat bagi makanan tersebut kepada empat pendapat:
1) Zahiriah: membatasan illat kepada empat jenis makanan yang disebut dalam hadis.
2) Ahmad dan Abu Hanifah: makanan yang boleh di sukat dan di timbang.
3) Syafie: semua jenis makanan sama ada yang di timbang atau tidak atau sama ada asasi
atau tidak.
4) Maliki: makanakn asasi atau yang boleh mengenyangkan.
Jual Beli Barangan Berunsur Riba Dan Syarat-Syarat Bagi Membolehkannya.
55
Sesuatu harta ribawi iaitu yang mempunyai illat riba seperti yang diterangakn, mestilah mempunyai
syarat-syarat tertentu semasa melakukan pertukaran antara satu sama lain. Syarat pertukaran harta
ribawi dapat dilihat dalam keadaan berikut:
i. Pertukaran harta yang sama kategorinya dan sama juga jenisnya, seperti emas dengan emas,
gandum dengan gandum; maka disyaratkan tiga perkara:
a) Persamaan pada sukatan atau timbangan.
b) Berlaku secara tunai dengan akta lain tidak boleh ditangguh penyerahan salah satu
barang pertukaran tersebut.
c) Penerimaan barang pertukaran sebelum berpisah daripada majlis akad.
ii. Pertukaran harta yang tidak sama jenisnya tetapi sama kategorinya seperti emas dengan perak
atau gandum dengan padi. Tidak disyaratkan sama banyak tetapi disyaratkan dua perkara:
a) Tunai/tidak boleh berhutang atau bertangguh dengan kata lain mesti terima dalam
majlis.
b) Penerimaan barang pertukaran dalam majlis.
iii. Pertukaran harta yang tak sama kategorinya seperti emas dengan gandum, maka boleh
dilakukan tanpa memerlukan kepada syarat-syarat pertukaran seperti yang telah dijelaskan
diatas.
iv. Bagi pertukaran harta bukan ribawi pula adalah sah secara mutlak iaitu tanpa perlu kepada
tiga syarat yang disebutkan tadi. Contohnya menukarkan tiga helai baju dengan seekor ayam,
maka boleh dilakukan tanpa mengikut syarat-syarat diatas asalkan berdasarkan kepada
kerelaan pihak berakad.
56