NAMA: AIDA RUSYAZANA BINTI AHMAD PERUS KELAS: B8 NO. KAD PENGENALAN: 040419040164 ANGKA GILIRAN: 2022192340150 NAMA PENSYARAH: PUAN PATMAVATHY A/P ALAGAPPAN BBUUKKUU LLOOGG PPAANNDDUU PPUUTTEERRII Pensyarah: Puan NoorSuriya binti Abdul TalibPensyarah: Puan Patmavathy A/P Alagappan
Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kursus Kokurikulum - Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet 1 kod MPU3441a ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pengalaman saya dalam menyempurnakan tugasan ini dalam tempoh masa yang diberikan mengajar saya untuk menguruskan masa dengan lebih berkesan dan efektif. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Patmavathy A/P ALagappan dan Puan Noor Suriya binti Abdul Talib, pensyarah bagi kursus ini yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini. Beliau sentiasa bersedia dalam mencurahkan ilmunya kepada saya. Tanpa bimbingan daripada beliau, tugasan ini tidak dapat dihasilkan dengan jayanya. Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak memberi kata-kata semangat serta dorongan kepada saya untuk terus berusaha bagi menyiapkan tugasan ini. Sokongan dan dorongan ini memberikan saya semangat untuk terus menimba ilmu dan menghasilkan tugasan yang terbaik. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakanrakan seperjuangan saya yang telah banyak membantu dan mencetuskan idea saya sepanjang proses penyiapan tugasan ini. PENGHARGAAN
BIODATA TENTANG DIRI SELAMAT SEJAHTERA SEMUA! NAMA SAYA AIDA RUSYAZANA! NAMA: AIDA RUSYAZANA BINTI AHMAD PERUS KELAS: B8 TAJUK TUGASAN: TUGASAN 1 PENULISAN: BUKU LOG/ FOLIO DIGITAL NAMA PENSYARAH: PATMAVATHY A/P ALAGAPPAN TARIKH HANTAR: 17 MAC 2025 NO. KAD PENGENALAN: 040419-04-0164 ANGKA GILIRAN: 2022192340150 TARIKH LAHIR: 19/04/2004 TEMPAT LAHIR: HOSPITAL BESAR MELAKA SELAMAT DATANG! Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. TUGASAN
Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan Takwim dan Perancangan Aktiviti Pasukan Pengurusan dan struktur organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pengurusan dan struktur organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPGMKPM Pengurusan dan struktur organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia peringkat IPGMKBM A A A
Prinsip Asas Pandu Puteri Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Am Latar Belakang: Tujuan, Visi, Misi Kepimpinan: Pemimpin Tidak Berwaran, Pemimpin Berwaran Penubuhan, Pendaftaran dan Pentadbiran: Penubuhan, Pendaftaran Pasukan Keagamaan Kewangan Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Pemimpin Pemimpin: Pemimpin Tidak Berwaran, Pemimipin Berwaran Waran Pemimpin Waran Perjawatan Pemimpin Pandu Puteri Tunas Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Cogan kata dan Lambang Isyarat dan hormat Pandu Puteri Berjabat tangan dan Khidmat Pandu Puteri Isyarat Wisel serta Isyarat Tangan Lagu Pandu Puteri (lagu dunia, taps siang, taps malam) Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas (lagu-lagu kumpulan berenam) Bendera Malaysia dan maksudnya Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dan maksudnya Bendera dunia dan maksudnya A B A
D A A Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah Program Pandu Puteri Tunas (PPT) Prinsip Asas PPT Anugerah TOPAZ 1, TOPAZ II, TOPAZ III Skim lencana Kecekapan Perancangan tahunan program Unit Uniform Pandu Puteri Tunas di sekolah rendah yang mengandungi skim-skim lencana Pandu Puteri Tunas. C Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi Sejarah Perkembangan Riwayat hidup pengasas. World Association Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri Malaysia Hari Peringatan Sedunia Struktur Organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Persatuan Pandu Puteri Cawangan Persatuan Pandu Puteri Kadet Persatuan Pandu Puteri Tunas Persatuan Pandu Puteri Kelip-kelip
Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan BAHAGIAN A
Takwim dan Peran can gan Ak t i v i t i Pas u kan Takwim dan Peran can gan Ak t i v i t i Pas u kan
YANG DIPERTUA YANG AMAT BERBAHAGIA DR. WAN AZIZAH BINTI DATO’ DR. WAN ISMAIL PESURUHJAYA PANDU PUTERI TUNAS JULIANA ZAINIRA BINTI ZAIMON PESURUHJAYA PANDU PUTERI REMAJA HARYANI BINTI MOHAMED PESURUHJAYA PANDU PUTERI RENJER AZLUL ADILAH BINTI ZAGHLOL PESURUHJAYA KEAHLIAN PUAN SIVAGAMI A/P GOVINDASAMY Pesuruhjaya Program ALIZA BINTI ALEXANDER SELVARATNAM SALIM PESURUHJAYA LATIHAN PARAMESVARY A/P PERUMAL PESURUHJAYA PANDU PUTERI KLOVER DR. NOR ZAFIR BINTI MD SALLEH SETIAUSAHA KEHORMAT PROF MADYA DR. JANICE NGA LAY HUI PESURUHJAYA GUILD JURIAH BINTI MOHAMED PESURUHJAYA STRUKTUR DAN PENGURUSAN CRYSTAL WONG WAI CHIN PESURUHJAYA ANTARABANGSA AZIZAH BINTI ABDUL MAJID PESURUHJAYA PANDU PUTERI KELIP-KELIP JULIANA ZAINIRA BINTI ZAIMON PENAUNG DIRAJA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG RAJA ZARITH SOFIAH KETUA PESURUHJAYA YBHG. DATO’ YEOH SOO KENG TIMBALAN YANG DIPERTUA YM DATO’ TENGKU SHIREEN BINTI ALMARHUM DATO’ PADUKA TENGKU SULEIMAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA SEMUA YANG DIPERTUA CAWANGAN PESURUHJAYA BAHAGIAN KEBANGSAAN PESURUHJAYA PERKEMBANGAN KEBANGSAAN AHLI EX-OFFICIO BENDAHARI KEHORMAT ZAHRIDAH HANUM BINTI MAZLAN PENASIHAT UNDANG UNDANG APNIZAN ABDULLAH PESURUHJAYA PERHUBUNGAN DENGAN MASYARAKAT DR. ZANARIAH BINTI AHMAD
PESURUHJAYA TUNAS (IPGK TAWAU) DR MULIYATI BINTI TIMBANG PESURUHJAYA PANDU PUTERI REMAJA HARYANI BINTI MOHAMED PESURUHJAYA PANDU PUTERI RENJER AZLUL ADILAH BINTI ZAGHLOL PESURUHJAYA KEAHLIAN (IPGK TUN HUSSEIN ONN) CIK LUVRINA BINTI JAMALUDIN PESURUHJAYA PROGRAM (IPGK BAHASA ANTARABANGSA) PN. ADELINA HANNANI BINTI ABDULLAH PESURUHJAYA LATIHAN (IPGK IPOH) CIK NIK NOOR NAJMI BINTI MD IBRAHIM PESURUHJAYA PANDU PUTERI KLOVER DR. NOR ZAFIR BINTI MD SALLEH SETIAUSAHA KEHORMAT (IPGK IPOH) PN. AZIZAH BINTI ALIAS PESURUHJAYA GUILD JURIAH BINTI MOHAMED PESURUHJAYA STRUKTUR DAN PENGURUSAN (IPGK IPOH) PN. SHAHALIZA BINTI HALIM PESURUHJAYA ANTARABANGSA (IPGK PEREMPUAN MELAYU) DR MURNI HAYATI BINTI MOHD DOLLAH PESURUHJAYA PANDU PUTERI KELIP-KELIP JULIANA ZAINIRA BINTI ZAIMON Yang Dipertua Cawangan (IPG KPM) Dr. Zanariah binti Ibrahim TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN (IPGK PEREMPUAN MELAYU) Dr. Sholehah binti Ismail KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN (IPGK PENDIDIKAN ISLAM) Dr. Noor Habibah binti Kaderan PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN IPGMKPM YANG DIPERTUAYANG DIPERTUA CAWANGAN PESURUHJAYA BAHAGIAN CAWANGAN PESURUHJAYA PERKEMBANGAN CAWANGAN AHLI EX-OFFICIO PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT (IPGK BAHASA MELAYU) PN. PATHMAVATHY A/P ALAGAPPAN BENDAHARI KEHORMAT (IPGK ILMU KHAS) PN NIK SUZANA BINTI NIK MAT PESURUHJAYA PERHUBUNGAN DAN MASYARAKAT (IPGK TEMENGGUNG IBRAHIM) PN. NORLIZA BINTI SAMIN PENOLONG BENDAHARI KEHORMAT (IPGK PEREMPUAN MELAYU) PN ROZANA @ UMI KALTHUM BINTI SAHUL HAMID PENOLONG PESURUHJAYA KEAHLIAN (IPGK RAJA MELEWAR) R. NOAZIMA BINTI WAHAB PESURUHJAYA TREFOIL GUILD (IPGK TUANKU BAINUN) DR. ROHAYA BINTI AHMAD
KETUA PASUKAN NORHANIS ADLINA BINTI ZULKEFLY KETUA: NUHA HUWAIDA BINTI MOHAMMAD FARID PENOLONG: AINI IRDINA BINTI ZAIZUL BAHARY NURUL SYUHAIRA BINTI MOHD AZMI NUR KHAYRINA SHAZWANY BINTI OSMAN NUR A'ALIYAH MASITAH BINTI RUDYWAN RABIATUL DAMIA LUTFIAH BINTI JAMALUDDIN NUR FARAHIYA ALIAH BINTI SHUKRY NORHANIS ADLINA BINTI ZULKEFLY KAPTEN PUAN PATMAVATHY A/P ALAGAPPAN SETIAUSAHA NURUL SYUHAIRA BINTI MOHD AZMI PENOLONG KETUA PASUKAN SYIFA’ AL KAUTHAR BINTI ROSDI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERINGKAT IPGKBM TERATAI LEFTENAN PUAN NOOR SURIYA BINTI ABDUL TALIB BENDAHARI RABIATUL ADAWIYAH BINTI ABD RAZAK KETUA: NUR HUSNA SAHIRA BINTI MOHD RULAM PENOLONG: NUR IZZATI BINTI KHAIRULANUAR NUR ALEYA MAISARAH BINTI ALIAS SYIFA AL KAUTHAR BINTI ROSDI AIMIE MAISARAH BINTI MOHD ROZMIZI NUR ATIEYKA AZIEYRA BINTI MOHD NOOR AYU SYAZANA HANIS BINTI RASMADI SIANTAN KETUA: AIDA RUSYAZANA BINTI AHMAD PERUS PENOLONG: SITI NOR HAFIZAH BINTI MD GHAZALI NOR KHAIRUNNISA BINTI SHAARI RABIATUL ADAWIYAH BINTI ABD RAZAK NUR NAJWA AQILAH BINTI MOHD SHARAN SUFIANAH BINTI SAHABUDIN NURUL HUSAINAH BINTI ABAS NUR THIQAH ANNAJIHAH BINTI MOHD ZULKIFLI MELUR KETUA: SYAZANA NAJWA BINTI SURATI PENOLONG: ADLIN NUR AMEERA BINTI MOHD RAFI AFFANDI ALIESHYA EMILYA BINTI ZULKIFLI SITI AISHAH BINTI SUHAIMI KADIJA BINTI BUDIH WAN NUR AZMINA AIMI BINTI MOHD ROSLI NUR DIYANAH BINTI LAJI KENANGA KETUA: NURIZZA BADRINA BINTI MOHD ZABHAR PENOLONG: FATIN NABIHAH BINTI AHMED NUR ALEEYA NATASYA BINTI MOHD RIZAL NUR ALIA SYUHADA BINTI MUSTAFFA FARAH NATASHA BINTI MUHAMMAD FUAD SITI NUR AISYHAH BINTI MAZLAN CHE ATHIRAH BINTI MOHD AMIN CEMPAKA KETUA: NURSYAZWANI BT NORDIN PENOLONG: SHAHIRAH BINTI AWANG NUR SITI AISYAH BINTI SALLEH NOR NAZURAH BINTI ISA KASMAWATI BINTI MOHAMMAD PUTERI NUR YASMIN BINTI MOHD ROHIZI HANIS FATIHAH BINTI MOHD RUSLI KESIDANG
Prinsip Asas Pandu Puteri BAHAGIAN B
Da s a r P e r t u b u h a n d a n Un d a n g - u n d a n g Am Da s a r P e r t u b u h a n d a n Un d a n g - u n d a n g Am
Latar Belakang: Tujuan, Visi, Misi Meneraju perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan. Persatuan Pandu Puteri Malaysia Mempunyai Komitmen Melahirkan Golongan Wanita, Remaja dan Dewasa yang Berkaliber Melalui Penerapan Ilmu, Kemahiran dan Nilai Pandu Puteri demi Kepentingan Nusa, Bangsa dan Antarabangsa Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli Persatuan ini supaya menjadi warganegara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Harapan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain. Untuk mencapai tujuan tersebut, pendidikan dan latihan melalui Program Pandu Puteri mengutamakan Sistem Kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama dalam Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.
Kepimpinan: Pemimpin Tidak Berwaran, Pemimpin Berwaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan barisan pemimpin untuk mendidik dan memimpin ahli wanita dan dewasa. Seorang pemimpin tidak berwaran perlu mengikuti kursus Prawaran dan melafazkan atau membaharui Persetiaan Pandu Puteri Pemimpin boleh memakai lencana pelantikan pelantikan pemimpin. Pemimpin yang telah menguruskan pasukan sekurang-kurangnya tiga bulan dan diselia oleh pemimpin berwaran atau Pesuruhjaya Daerah akan dilantik sebagai pemimpin berwaran. Pemimpin berwaran boleh menguji Pandu Puteri Tunas sehingga Calit Emas serta Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer sehingga Kelas Dua. Pemimpin berwaran digalakkan mengikuti kursus lanjutan supaya boleh menguji Pandu Puteri Tunas sehingga Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya serta Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer Kelas Satu sehingga ke peringkat Pandu Puteri Raja. Pemimpin berwaran seterusnya boleh melayakkan diri dan memperoleh Mutiara I, Mutiara II, Mutiara III dan Mutiara IV.
Penubuhan, Pendaftaran dan Pentadbiran: Penubuhan, Pendaftaran Pasukan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Wisma Pandu Puteri Jalan Pantai Baharu 59700 Kuala Lumpur Persatuan Pandu Puteri Malaysia cawangan masing-masing Muat turun daripada laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia (www.panduputeri.org.my) Pasukan Kelip-Kelip, Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer untuk kanakkanak dan remaja wanita boleh ditubuhkan di mana-mana sahaja, umpamanya di ibu pejabat Pandu Puteri cawangan, kawasan perumahan, tempat kerja, di tadika, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah serta di kolej matrikulasi. atau atau Pihak yang ingin menubuhkan Pasukan Pandu Puteri Kelip-Kelip/ Puteri Tunas/Pandu Puteri Remaja/Pandu Puteri Renjer/Pandu Puteri Kadet/Pandu Puteri Dewasa/Pandu Puteri Siswi atau Guild boleh menghubungi: Pasukan Pandu Puteri Kadet ditubuhkan di Institusi Pendidikan Guru Pasukan Pandu Puteri Dewasa/ Pandu Puteri Siswi boleh ditubuhkan di ibu pejabat Pandu Puteri cawangan dan di Institusi Pendidikan Tinggi Guild Pandu Puteri Raja, Guild Trefoil untuk wanita dewasa dan Guild Mantan Ketua Pesuruhjaya, serta Kumpulan Ahli Sukarela Pandu Puteri boleh ditubuhkan di ibu pejabat Pandu Puteri cawangan, tempat kerja dan di kawasan perumahan.
Catatan: Pesuruhjaya Daerah mesti melaporkan kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan mengenai pasukan yang tidak aktif atau terpaksa ditutup atas sebab-sebab tertentu. Ketua Pesuruhjaya Cawangan memaklumkan kepada Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk tindakan ibu pejabat kebangsaan. Borang pendaftaran boleh didapati daripada ibu pejabat kebangsaan atau ibu pejabat cawangan ataupun dari laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Penubuhan, Pendaftaran dan Pentadbiran: Penubuhan, Pendaftaran Pasukan Borang pendaftaran hendaklah dilengkapkan dan dihantar ke ibu pejabat kebangsaan bersama-sama dengan yuran pendaftarannya melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Borang pendaftaran dari Institut Pendidikan Guru (kampus tertentu) hendaklah dilengkapkan dan dihantar ke ibu pejabat kebangsaan bersama sama dengan yuran pendaftarannya melalui Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Borang pendaftaran Pandu Puteri Dewasa/Pandu Puteri Siswi hendaklah dilengkapkan dan dihantar ke ibu pejabat kebangsaan bersama-sama dengan yuran pendaftarannya melalui Pesuruhjaya Pandu Puteri Dewasa Kebangsaan. Yuran pendaftaran pasukan dibayar hanya sekali. Ibu pejabat kebangsaan merekod pendaftaran dan mengeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan. Pasukan perlu mengemaskinikan dan membaharui pendaftaran tahunan ahli ahlinya dengan ibu pejabat kebangsaan melalui eDaftar. Pembaharuan pendaftaran tahunan berserta bayaran yuran ahli perlu dihantar ke ibu pejabat kebangsaan tidak lewat daripada 30 Mac setiap tahun melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan . Sijil pendaftaran adalah hak milik pasukan. Jika sijil hilang, bayaran dikenakan untuk sijil ganti.
Penubuhan, Pendaftaran dan Pentadbiran: Penubuhan, Pendaftaran Pasukan Program Pandu Puteri Kadet bertujuan menghasilkan pemimpin muda yang memahami dan menguasai kemahiran asas Pandu Puteri serta konsep dan peranan kepemimpinan dalam Pandu Puteri. Bilangan ahli Pasukan Pandu Puteri Kadet adalah antara 12 orang (minima) hingga ke 36 orang (maxima). Sekiranya terdapat kurang daripada 12 orang ahli, kebenaran khas boleh diperolehi daripada Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Pasukan Pandu Puteri Kadet dikendalikan oleh jawatankuasa yang terdiri daripada: Ketua Pasukan Setiausaha Bendahari Pengerusi-pengerusi jawatankuasa kecil Borang pendaftaran Pasukan Pandu Puteri Kadet yang telah dilengkapkan berserta yuran pendaftarannya hendaklah dihantar kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan Institut Pendidikan Guru untuk pengesahan. Ketua Pesuruhjaya Cawangan Institut Pendidikan Guru seterusnya menghantar borang pendaftaran yang telah dilengkapkan serta yuran pendaftaran kepada Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Ahli-ahli Pasukan Pandu Puteri Kadet terdiri daripada pelajar-pelajar guru di Institut Pendidikan Guru. Pasukan Pandu Puteri Kadet boleh dipimpin oleh seorang pemimpin berwaran atau seorang jurulatih. Ibu pejabat kebangsaan akan merekodkan pendaftaran dan mengeluarkan sijil pendaftaran Pasukan Pandu Puteri Kadet.
Penubuhan, Pendaftaran dan Pentadbiran: Penubuhan, Pendaftaran Pasukan
Penubuhan, Pendaftaran dan Pentadbiran: Penubuhan, Pendaftaran Pasukan Objektif bahagian kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti berikut: menyimpan maklumat yang betul dan tepat tentang kedudukan kewangan persatuan. membekalkan maklumat yang tepat dan benar kepada pihak pengurusan mengikut masa-masa yang ditetapkan. memastikan semua data dan statistik yang dikehendaki oleh undang undang (statutory requirements) disimpan dengan baik. memastikan semua garis panduan peraturan yang berkaitan dengan Piawaian Perakaunan Antarabangsa dipatuhi. Mengamalkan nasihat Lord Baden Powell “Do not beg for money”. Perbelanjaan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibiayai oleh sebahagian daripada kutipan yuran ahli-ahli, hasil jualan pusat peralatan persatuan, usaha-usaha mengisi tabung persatuan, sumbangan derma yang diterima serta punca kewangan lain yang telah dipersetujui. Ahli-ahli persatuan dilarang mengutip derma melalui cara-cara yang bertentangan dengan undang-undang negara seperti perjudian. Ahli-ahli persatuan tidak boleh memungut derma dengan cara menjual barangan di tepi-tepi jalan sama ada untuk persatuan atau untuk badan- badan lain. Pungutan derma untuk persatuan perlu melalui cara-cara tertentu yang telah dipersetujui oleh Pesuruhjaya Daerah atau Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Pesuruhjaya Daerah atau Ketua Pesuruhjaya Cawangan mesti mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa termasuk pihak polis tempatan untuk memungut derma. Ketua Pesuruhjaya Cawangan boleh memohon bantuan kewangan seperti subsidi untuk pentadbiran, tanah dan bangunan, pembelian peralatan atau tajaan untuk latihan daripada pihakpihak tertentu. Salinan permohonan berkenaan perlu disampaikan kepada Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Penubuhan, Pendaftaran dan Pentadbiran: Penubuhan, Pendaftaran Pasukan Ahli-ahli persatuan boleh menolong memungut derma untuk persatuan atau badan-badan kebajikan yang memerlukan bantuan, melalui cara-cara yang telah dipersetujui oleh persatuan. Ahli yang berkenaan perlu buat persiapan awal dan maklumkan kepada Pesuruhjaya Daerah terlebih dahulu dan seterusnya kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Pesuruhjaya Daerah mesti mendapatkan kebenaran daripada pihak yang berkuasa termasuk daripada pihak polis tempatan. Ini adalah untuk membolehkan kumpulannya menjalankan kerja amal tersebut dengan baik dan sempurna. Ketua Pesuruhjaya Cawangan boleh memohon bantuan kewangan seperti subsidi untuk pentadbiran, tanah dan bangunan, pembelian peralatan atau tajaan untuk latihan daripada pihakpihak tertentu. Salinan permohonan berkenaan perlu disampaikan kepada Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Setiap pasukan atau guild perlu membuat kutipan yuran daripada ahliahlinya. Setiap pasukan atau guild menguruskan hal kewangan masingmasing. Penyata akaun tahunan daerah yang telah diaudit mesti dihantar ke cawangan masing-masing satu bulan sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan. Pemimpin perlu menyimpan akaun kewangan. Akaun tersebut boleh diperiksa oleh mana-mana pihak yang berkenaan. Penyata akaun tahunan cawangan mesti dihantar ke ibu pejabat kebangsaan selewat-lewatnya pada 30 Mac setiap tahun.
Da s a r P e r t u b u h a n d a n Un d a n g - u n d a n g P emimp i n Da s a r P e r t u b u h a n d a n Un d a n g - u n d a n g P emimp i n
Pemimpin: Pemimpin Tidak Berwaran, Pemimipin Berwaran Pemimpin: Pemimpin Tidak Berwaran, Pemimipin Berwaran Pemimpin adalah ahli dewasa yang layak memimpin Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja, Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pasukan Pandu Puteri Siswi, Pandu Puteri Tingkatan 6 dan Pandu Puteri Politeknik. Pemimpin Tidak Berwaran ialah Pemimpin Baharu yang telah dilantik oleh Pesuruhjaya. Tugasnya adalah untuk mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja, Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pasukan Pandu Puteri Siswi, Pandu Puteri Tingkatan 6 dan Pandu Puteri Politeknik. Pemimpin tidak berwaran perlu mengikuti Kursus Pra Waran dan melafazkan atau membaharui Persetiaan Pandu Puteri. Pemimpin tidak berwaran yang telah diselia oleh Pesuruhjaya Daerah akan dilantik sebagai pemimpin berwaran. PEMIMPIN TIDAK BERWARAN Pemimpin berwaran boleh menguji Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer sehingga Kelas Dua. Pemimpin berwaran digalakkan mengikuti Kursus Lanjutan supaya boleh menguji Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer Kelas Satu sehingga ke peringkat Pandu Puteri Raja dan Prawaran Pandu Puteri Kadet, Pasukan Pandu Puteri Siswi, Pandu Puteri Tingkatan 6 dan Pandu Puteri Politeknik. Pemimpin berwaran seterusnya boleh melayakkan diri dan memperoleh Mutiara I, Mutiara II, Mutiara III dan Mutiara IV. PEMIMPIN BERWARAN
Waran Pemimpin Pemimpin mendapat waran pemimpin sekiranya beliau: telah membaca sekurang-kurangnya dua buah buku Pandu Puteri untuk menghayati pergerakan Pandu Puteri. telah menghadiri Kursus Prawaran dan memahami prinsip Pandu Puteri untuk mengendalikan Pasukan. mengetahui cara mengendalikan Mesyuarat Pow-Wow dan Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan (Court of Honor). mengetahui dan boleh menjalankan permainan Pandu Puteri dalam Program Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi, Pandu Puteri Tingkatan 6 dan Pandu Puteri Politeknik iaitu Permainan Kim dan Permainan Luas. Menyimpan rekod pasukan seperti: Sijil Pendaftaran Pasukan Rekod Kedatangan Ahli Buku Stok Rekod Kewangan Rekod Kemajuan Ahli Program / Perancangan Mengendalikan Perjumpaan Mingguan dan menjalankan Istiadat Pelantikan Pasukan Pandu Puteri Remaja, Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi, Pandu Puteri Tingkatan 6 dan Pandu Puteri Politeknik Telah menghadiri Mesyuarat Pemimpin Peringkat Daerah sekurang kurangnya sekali Telah diselia oleh Pesuruhjaya Daerah setelah beliau menerima permohonan yang berkenaan. Menyimpan Buku Log Peribadi sendiri Log Pasukan / Aktiviti Minit Mesyuarat Pasukan Fail penyertaan latihan/kursus yang dihadiri di peringkat sekolah daerah, cawangan, kebangsaan atau antarabangsa Fail surat menyurat Fail Mesyuarat Daerah
Waran Perjawatan Pemimpin mendapat waran pemimpin sekiranya beliau: Waran ialah tanda pengesahan pelantikan kepada sesuatu jawatan Pandu Puteri. Waran diberikan kepada seseorang Pemimpin setelah ia mengikuti Kursus Pra-Waran menjalankan tugas sebagai Pemimpin Pasukan atau Kelab sekurangkurangnya selama tiga (3) bulan diselia oleh Pesuruhjaya Daerah Waran yang dikeluarkan untuk sesuatu jawatan khusus tidak boleh ditukar kepada jawatan lain. Apabila tamat tempoh pelantikan sesuatu jawatan, waran berkenaan tidak perlu dikembalikan ke Ibu Pejabat Kebangsaan. Pesuruhjaya daerah bertanggungjawab menghubungi pihak sekolah atau institusi dan mendapatkan nama pemimpin yang ditugaskan memimpin pasukan. Seterusnya Pesuruhjaya Daerah mengambil tindakan dengan melantik atau membuat permohonan mengeluarkan waran. Permohonan untuk waran baharu akan dihantarkan kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan bagi pelantikan baharu setelah Pesuruhjaya Daerah berpuas hati bahawa semua syarat pelantikan telah dipenuhi. Waran ialah milik Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Persatuan berhak menarik balik atau membatalkan waran tanpa memberi alasan. Seorang pemimpin berwaran yang telah ditukarkan sekolah atau tempat kerja tidak perlu mengembalikan waran tersebut tetapi perlu memohon waran baharu semula daripada Pesuruhjaya Daerah..
Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas dipimpin oleh wanita dewasa yang dikenali sebagai Kakak Setia dan Penolongnya yang dikenali sebagai Siti Setia. Sebelum mencadangkan seorang pemimpin itu diberi waran, Pesuruhjaya Daerah atau Ketua Pesuruhjaya Cawangan mesti berpuas hati bahawa calon berkenaan: mempunyai sahsiah yang baik dan mempunyai pendirian tetap untuk membolehkan dia memimpin dan memajukan Pasukan Pandu Puteri Tunasnya. benar-benar berminat dan memahami Pandu Puteri Tunas yang dipimpinnya. memahami Misi dan Visi Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). bersetuju dengan matlamat asas program Pandu Puteri, serta sanggup menerima dan taat kepada Persetiaan, dan Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia sedia dilantik sebagai ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia, jika ia belum pernah menjadi Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi, Pandu Puteri Tingkatan 6 dan Pandu Puteri Politeknik. bersedia mengikuti Kursus Prawaran, dan kursus lanjutan. Ini adalah untuk membolehkannya memimpin pasukan. bersedia mendapatkan latihan tambahan seterusnya melalui pelbagai Kursus yang akan diadakan dari semasa ke semasa. berupaya mengendalikan perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Tunasnya. Pelantikan Pemimpin Tidak Berwaran Pesuruhjaya Daerah bertanggungjawab melantik pemimpin Pandu Puteri Tunas. Oleh sebab hampir semua Pasukan Pandu Puteri Tunas bertapak di sekolah rendah, Pesuruhjaya Daerah dikehendaki bekerjasama dengan pihak sekolah, pihak Pegawai Pendidikan Daerah, dan jika perlu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri berkaitan dengan urusan pelantikan ini. Setelah pelantikan dipersetujui oleh pihak sekolah, Pesuruhjaya Daerah atau Ketua Pesuruhjaya Cawangan seterusnya mengambil tindakan mencadangkan pemimpin tidak berwaran diberi waran Kakak Setia atau Siti Setia. Cadangan ini hendaklah disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Pemimpin Pandu Puteri Tunas
Pelantikan pemimpin berwaran mengadakan perbincangan yang mesra dengan pemimpin berkenaan menemu ramah pemimpin berkenaan memerhati pemimpin berkenaan mengendalikan perjumpaan pasukannya. Sebelum mencadangkan seseorang pemimpin diberi warannya, Pesuruhjaya Daerah mestilah terlebih dahulu berpuas hati dengan cara pemimpin itu mengendalikan perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Tunasnya. Ini dilakukan melalui berbagai-bagai cara seperti: Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas dipimpin oleh wanita dewasa yang dikenali sebagai Kakak Setia dan Penolongnya yang dikenali sebagai Siti Setia.
Pesuruhjaya Daerah atau Ketua Pesuruhjaya Cawangan hendaklah menentukan perkara-perkara yang berikut: Pemimpin baharu memahami dan mengamalkan Persetiaan dan UndangUndang Pandu Puteri dalam mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunasnya. Pemimpin baharu yang dilantik, diselia dan dibantu oleh Pesuruhjaya Daerah selama tiga bulan Pemimpin baharu telah menghadiri Kursus Pemimpin Baharu dan Kursus Pra Waran. Pemimpin baharu telah membaca sekurang-kurangnya dua buah buku Pandu Puteri. Bakal pemimpin hendaklah berumur 21 tahun ke atas untuk dilantik sebagai Kakak Setia, atau berumur 18 tahun ke atas untuk dilantik sebagai Siti Setia. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu seorang pemimpin yang berumur 20 tahun boleh dilantik sebagai Kakak Setia, dan seorang pemimpin yang berumur 17 tahun boleh dilantik sebagai Siti Setia. Pemimpin Pandu Puteri Tunas Syarat menjadi Pemimpin Pandu Puteri Tunas Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas dipimpin oleh wanita dewasa yang dikenali sebagai Kakak Setia dan Penolongnya yang dikenali sebagai Siti Setia.
Latihan untuk Pemimpin Pandu Puteri Tunas Kursus Pra Waran Pemerhatian dan penglibatan diri sekurang-kurangnya selama tiga (3) bulan dalam perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Tunas yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang berpengalaman. Pengalaman mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunasnya di bawah asuhan Pesuruhjaya Daerah, jurulatih atau pemimpin yang berpengalaman selama tiga (3) bulan. Usaha membaca, melayari laman web dan pengalamannya sendiri di dalam Pasukan Pandu Puteri Tunasnya. Latihan boleh didapati melalui: Menghadiri Kursus Lanjutan. Pemimpin Pandu Puteri Tunas Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas dipimpin oleh wanita dewasa yang dikenali sebagai Kakak Setia dan Penolongnya yang dikenali sebagai Siti Setia.
Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas dipimpin oleh wanita dewasa yang dikenali sebagai Kakak Setia dan Penolongnya yang dikenali sebagai Siti Setia. Tanggungjawab Pemimpin Pandu Puteri Tunas Pemimpin Pandu Puteri Tunas harus: membantu seseorang Pandu Puteri Tunas memupuk persahabatan, mengamalkan Persetiaan, Undang-undang dan Cogan Kata Pandu Puteri Tunas. boleh bercerita kepada semua Pandu Puteri Tunas dengan gaya yang boleh menarik minat mereka. memahami serta boleh menggunakan dan menjalankan Sistem Berenam, Mesyuarat Pasukan Pandu Puteri Tunas, atau PowWow, dan pelbagai upacara serta Istiadat Pandu Puteri Tunas dengan betul. berusaha melatih dan memberi peluang memimpin kepada Ketua Pasukannya. memahami matlamat dan proses Program Pandu Puteri Tunas serta mendidik, mengajar, melatih dan menguji mengikut syarat Pra Persetiaan, Calit Emas, Tangga Emas dan Tangan Emas dan Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya mengetahui Pergerakan Pandu Puteri di Malaysia, negara serantau, negara Komanwel dan negara lain agar dapat dia menggunakan pengetahuan itu apabila memimpin dan melatih Pandu Puteri Tunasnya. memahami kepentingan dan menjalankan Cuti Pasukan dan kegiatan di luar rumah sebagaimana ditetapkan dalam Program Pandu Puteri Tunas. menyimpan pelbagai rekod Pandu Puteri, seperti hal kewangan, kemajuan, aktiviti dan sebagainya. Pemimpin Pandu Puteri Tunas
Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas dipimpin oleh wanita dewasa yang dikenali sebagai Kakak Setia dan Penolongnya yang dikenali sebagai Siti Setia. Tanggungjawab Pemimpin Pandu Puteri Tunas Pemimpin Pandu Puteri Tunas harus: berkebolehan mengatur pelbagai rancangan perjumpaan mingguan yang sesuai dan bertanggungjawab mengendalikan perjumpaan dengan baik. memahami peranan Pasukan Pandu Puteri Tunas dalam daerah sendiri dan menyedari pentingnya kerjasama antara Pasukan Pandu Puteri Tunasnya dengan Pasukan Pandu Puteri Tunas/Pasukan Pandu Puteri Remaja/Pasukan Pandu Puteri Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi, Pandu Puteri Tingkatan 6 dan Pandu Puteri Politeknik yang berhampiran. berhubung rapat dan bekerjasama dengan Pesuruhjaya Daerah untuk kepentingan kegiatan Pasukan Pandu Puteri Tunasnya. mengekalkan warannya dengan cara melengkapkan diri melalui: Kehadirannya di Mesyuarat Pemimpin peringkat daerah Penyertaannya dalam acara Pandu Puteri Kehadirannya di kursus lanjutan dan kursus tambahan Program membaca penerbitan Pandu Puteri yang sesuai mendapatkan maklumat dan ilmu pengetahuan berkaitan Pandu Puteri dengan melayari laman sesawang. meningkatkan ilmu, kemahiran dan pengalaman melalui bacaan penerbitan Pandu Puteri yang sesuai. menulis makalah Pandu Puteri untuk disiarkan melalui saluran buletin Pandu Puteri dalam dan luar negara. menilai pengalamannya sendiri sebagai Pemimpin Pasukan Pandu Puteri Tunas dan membuat pengubahsuaian, jika didapati perlu. merancang dan melaksanakan kajian tindakan berkaitan dengan Pasukan atau Pandu Puteri Tunasnya, dan menggunakan dapatan kajian tersebut. Ini adalah untuk meningkatkan prestasinya atau prestasi Pandu Puteri Tunas yang dipimpinnya. Pemimpin Pandu Puteri Tunas
Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas dipimpin oleh wanita dewasa yang dikenali sebagai Kakak Setia dan Penolongnya yang dikenali sebagai Siti Setia. Peranan Pemimpin Pandu Puteri Tunas Seorang pemimpin, sama ada Kakak Setia atau Siti Setia, mengambil bahagian penuh dalam pengurusan Pasukan Pandu Puteri Tunas dan latihan ahli-ahlinya, berdasarkan Dasar Pertubuhan dan Undang Undang Pandu Puteri Tunas. Kakak Setia boleh menggantung keahlian seseorang Pandu Puteri Tunas yang menunjukkan kelakuan tidak memuaskan, tetapi ia tidak boleh melucutkan keahlian seseorang ahli Pandu Puteri Tunas sebelum berunding terlebih dahulu dengan Pesuruhjaya Daerah. Kakak Setia, sebagai seorang pemimpin berwaran, boleh menguji Pandu Puteri Tunas dalam bahagian Pra Persetiaan, Calit Emas, Tangga Emas dan Tangan Emas. Kakak Setia memimpin Pandu Puteri Tunasnya memahami dan menghayati semua Lencana Kecekapan Pandu Puteri Tunas. Hanya pemimpin berwaran dari pasukan lain/panel penguji yang mempunyai kemahiran tertentu, boleh menguji ahlinya. Pemimpin Pandu Puteri Tunas Waran ialah tauliah bagi seseorang pemimpin untuk mengendalikan sesuatu Pasukan Pandu Puteri Tunas. Pemimpin berwaran yang bertukar atau ditukarkan ke tempat lain tidak perlu mengembalikan warannya, tetapi perlu memohon waran baharu untuk pasukan baharunya daripada Pesuruhjaya Daerah Pesuruhjaya Daerah yang menerima permohonan waran baharu akan memanjangkan permohonan tersebut kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Pesuruhjaya Daerah akan mendampingi Pemimpin yang baharu bertukar dengan memberi bantuan dan sokongan. Pesuruhjaya Daerah yang menerima permohonan pemimpin itu akan menentukan: • Pengelolaan Pasukan Pandu Puteri Tunas baharu; • Latihan yang diperlukan oleh pemimpin tersebut; • Mesyuarat dan acara Pandu Puteri yang perlu/boleh dihadiri oleh pemimpin itu dari masa ke semasa. Pertukaran Pemimpin Pandu Puteri Tunas
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri Pe r setiaan Pandu Pute r i
1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai Seorang Pandu Puteri sentiasa taat setia 2. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain 3. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain. 4. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun 5. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar 6. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. 7. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan. 8. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat-cermat. 9. Seorang Pandu Puteri suci dalam pemikiran, perkataan dan perbuatan 10. Undang -undang Pandu Pute r i
Reka bentuk Lencana Pandu Puteri Malaysia mula-mula diperkenalkan pada bulan Januari 1962. Logo tersebut dicipta oleh Cik Mary Bowers, seorang Pesuruhjaya Latihan Ibu Pejabat. Lencana Pandu Puteri Malaysia mengandungi cantuman tiga rangkaian daun lebardengan bintang pecah 14 di tengah serta perkataan “Pandu Puteri” di bawahnya. Cantuman tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga bahagian Persetiaan. Bintang pecah 14 bererti perpaduan antara 13 buah negeri serta wilayah persekutuan di negara ini. Lencana ini disemat pada skaf ahli Pandu Puteri Klover semasa istiadat pelantikan setelah lulus Prinsip Asas Pandu Puteri Klover. Lencana ini juga dikenali sebagai lencana pelantikan. Trefoil (cabang tiga) melambangkan Persetiaan Pandu Puteri. Warna emas (matahari bersinar di langit biru), payung kepada semua Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di dunia. Dua biji bintang melambangkan Persetiaan dan Undang Undang Pandu Puteri. Segitiga ke atas jarum kompas tunjuk utara melambangkan matlamat Pandu Puteri. Tangkai melambangkan perasaan kasih sayang sesama manusia yang sentiasa menyala dalam jiwa Pandu Puteri
Isyarat pandu puteri digunakan semasa seseorang itu diterima menjadi ahli pandu puteri dan semasa pandu puteri memperbaharui kesetiaan. Dalam kedua-dua keadaan ini isyarat pandu puteri dilakukan semasa pandu puteri melafazkan persetiaan. Isyarat pandu puteri melambangkan persaudaraan dan rasa kasih sayang seseorang terhadap pandu puteri khususnya dan dunia amnya. Hormat Pandu Puteri adalah perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri kepada pegawai-pegawai Pandu Puteri seperti Pemimpin, Ketua, dan juga sesama ahli kumpulan. Ia adalah sebagai tanda menghormati seseorang di dalam acara atau hal-hal yang membabitkan kepanduan. Cara memberikan hormat adalah seperti berikut: Tiga jari kanan ditegakkan. Ibu jari diletakkan di atas jari kelingking yang dibengkokkan. Tangan diangkat sehingga sama tinggi dengan dahi. Sebaik sahaja hormat balas, tangan dijatuhkan dan pandu puteri boleh beredar. Hormat Pandu Puteri diberikan untuk keadaan berikut: Perjumpaan dengan Pemimpin, Ketua dan orang-orang kenamaan di dalam upacara yang kepanduan. Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan. Upacara mengibarkan bendera. Caranya adalah seperti berikut: 1.Ahli Pandu Puteri berada dalam keadaan setia. Tangan kanan dinaikkan ke aras bahu dan tangan kiri (disisi) dirapatkan lurus ke badan. 2. Kedudukan jari sama seperti dalam hormat Pandu Puteri. 3. Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cm dari telinga kanan. 4. Lafazkan persetiaan Pandu Puteri semasa dalam kedudukan begini. 5.
Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Salam menerusi berjabat tangan adalah tanda hormat bagi Pandu Puteri di samping sebagai tanda untuk bertegur sapa sesama ahli dan antara ahli dengan pemimpin. Di Malaysia, Pandu Puteri menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Sejarah Berjabat Tangan Menggunakan Tangan Kiri Berjabat tangan dengan tangan kiri mempunyai kaitan dengan pengalaman Baden-Powell sebagai askar di Afrika. Ketua-ketua dan pahlawan daripada suku kaum yang selalu bermusuhan sering memegang senjata pada tangan sehingga tidak sanggup meletakkannya walaupun sebentar. Hanya tangan kiri sahaja yang boleh diangkat termasuk untuk berjabat tangan sebagai tanda persahabatan dan kepercayaan apabila mereka bertemu. Baden-Powell menerima idea berjabat tangan ini dan menjadikannya sebagai amalan tradisi Pengakap dan kemudiannya Pandu Puteri.
Salah satu kaedah asas yang ditekankan dalam kepanduan ialah khidmat. Ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa bersedia memberi khidmat kepada yang memerlukan serta mencurahkan tenaga untuk kemajuan bangsa dan negara. Antara beberapa projek khidmat masyarakat Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang utama adalah seperti berikut: Projek Khidmat Hospital dengan tema “Kami membawa Keriangan” dianjurkan oleh Majlis Pandu Puteri Renjer Kebangsaan dan diadakan pada bulan Oktober setiap tahun bersempena dengan Hari Kanak-kanak Sedunia. Ahli Pandu Puteri Renjer di seluruh negara akan mengadakan projek khidmat di wad kanak-kanak di hospital, sama ada di peringkat negeri atau daerah. Projek “Lids for Limbs” – pengumpulan cecincin tin untuk menghasilkan kaki palsu dan diberikan kepada orang yang memerlukan secara percuma. Projek ini ditamatkan secara rasmi pada 7 Oktober 2006. Projek Bungkusan Kasih. Fasa pertama dijalankan pada tahun 90-an. Dalam fasa kedua (2003 – 2004), sebanyak 4,851 bungkusan kasih telah dihantar kepada kanakkanak di Iraq. Di bawah fasa ketiga, bungkusan kasih akan terus dihasilkan untuk mereka yang memerlukan di dalam negara.
1. Isyarat wisel digunakan sebagai satu arahan. Semasa mengadakan perkhemahan, isyarat wisel akan digunakan bagi memberikan arahan-arahan tertentu tanpa perlu menjerit. 2. Isyarat wisel sesuai digunakan bagi pasukan yang memiliki ahli yang ramai. 3.
Jaga sedia Berikut merupakan isyarat wisel yang digunakan bagi Pasukan Pandu Puteri: Berdiam diri Amaran / Bahaya Pendek panjang pendek panjang Satu tiupan panjang Satu tiupan pendek
Ketua datang ke sini Berikut merupakan isyarat wisel yang digunakan bagi Pasukan Pandu Puteri: Semua datang cepat Jarakkan diri dari sini Panjang panjang panjang Banyak tiupan pendek Pendek pendek pendek panjang
Tangan digenggam dan dihayunkan ke atas and ke bawah Jari telunjuk menunjukkan arah Tangan diangkat lurus ke atas sambil dihayun tinggi ke kiri dan ke kanan Tangan diangkat lurus ke atas tinggi dengan jari diluruskan dan dirapatkan
Tapak tangan ke bawah sambil digerakkan ke bawah Tapak tangan terbuka dan tangan dihayunkan ke hadapan muka Kedua-dua tangan diangkat ke paras siku dan genggam tangan menghala ke hadapan Tangan dihayunkan dan dikuak dari belakang ke hadapan
Tangan diangkat ke hadapan pada paras siku dan tapak tangan menghadap satu sama lain Tangan lurus ke hadapan dan tapak tangan menghadap satu sama lain Tangan dan jari lurus ke hadapan, tapak tangan telangkup ke bawah
Tangan lurus di sisi dan dihayunkan untuk membentuk separuh bulatan Tangan lurus di sisi dan dihayunkan untuk membentuk bulatan Tangan mendepa dengan lurus di sisi Kedua-dua tangan terbuka bertemu di dada dan siku mengepak
LAGU DUNIA Arah kita j e las ke depan Bende ra be rkibar T idak be rlipat di dunia Harapan Abadi Be r satu untuk kebenaran Pe r sahabatan kukuh Se lagi dunia mas ih ada Akan nyanyi lagu ini Our way i s c l ear as we mar ch on And s e e our flag on high I s neve r furl ed throughout the world For hope shall neve r di e We mus t unit e for what i s right In fri endship true and s trong Until the earth in it s r ebirth Shall s ing our song Shall s ing our song
LAGU TAPS TAPS SIANGKami puji, nikmat dibe ri Matahari, bintang-bintang, langit biru Mana pe rgi hidup kami Tuhan saks i Thanks and prai s e , for our days ‘Neath the sun, ‘neath the s tar s , ‘neath the sky As we go, thi s we know God i s nigh
Day i s done , gone the sun F rom the s ea, from the hill s , from the sky All i s we ll, saf e ly r e s t God i s nigh Malam datang, s iang hilang Dari laut, dari gunung, dari langit Semua s e lamat, s ihat r ehat Be rkat Tuhan LAGU TAPS TAPS MALAM