BUNGA KENANGA Kami bernama Kenanga Berjasa bertenaga BUNGA MELUR Melur taat dan setia Berusaha setiap masa BUNGA TERATAI Teratai nama kami Bekerja setiap hari BUNGA CEMPAKA Cempaka bersuka ria Menolong orang duka BUNGA KESIDANG Kami kesidang datang Menolong pagi petang BUNGA SIANTAN Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan Lagu Kumpulan Berenam Kumpulan Berenam
Kuning Warna kuning pada lambang anak bulan dan bintang pecah 14 bermaksud kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendukung dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. Biru Latar belakang bulan sabit dan bintang yang berwarna biru melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Merah Merah melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Putih Warna putih pula melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan ketahanan rakyat yang beradab dan berkeperibadian malaysia. BENDERA MALAYSIA DAN MAKSUDNYA Bendera Malaysia terdiri daripada garisan 14 jalur merah dan putih berselang-seli dan lambang bulan sabit dan bintang 14 mata (Bintang Persekutuan). 14 jalur, dengan lebar yang sama, mewakili status yang sama dalam persekutuan 13 negara anggota dan wilayah persekutuan, manakala 14 titik bintang mewakili perpaduan antara entiti ini. Bulan sabit mewakili agama Islam sebagai agama negara.
BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA (PPPM) DAN MAKSUDNYA Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia. Latar keseluruhan bendera ini berwarna biru dan logo rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia berada di tengah-tengahnya. Bendera ini dikibarkan pada setiap perhimpunan Pandu Puteri peringkat kebangsaan, cawangan, daerah ataupun sekolah.
BENDERA DUNIA DAN MAKSUDNYA Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian persetiaan.
Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi BAHAGIAN C
S e j a r a h P e r k emb a n g a n S e j a r a h P e r k emb a n g a n
RIWAYAT HIDUP PENGASAS Lady Baden Powell memainkan peranan penting dalam perkembangan Pergerakan Pandu Puteri. Nama: Olave St. Clair Soames Tarikh lahir: 22 Februari 1889 Latar belakang: Sejak kecil, beliau merasakan kehidupannya agak terkongkong dan tidak dapat terlibat dalam aktiviti lasak kerana berasal daripada keluarga yang berada. Perkahwinan: Pada tahun 1912, semasa dalam pelayaran menaiki kapal laut S.S. Arcadian, beliau bertemu dengan Baden Powell. Perkenalan mereka akhirnya membawa kepada perkahwinan pada tahun yang sama. LADY BADEN POWELL 1916 1970 Lord Baden Powell menubuhkan Pergerakan Pandu Puteri, dan Lady Baden Powell dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri. Lady Baden Powell disahkan menghidap penyakit kencing manis, menyebabkan lawatan dan pengembaraannya semakin berkurang sehingga akhirnya dihentikan sepenuhnya. Walaupun begitu, beliau terus memberi kata-kata semangat kepada ahli Pergerakan Pandu Puteri yang berpeluang bertemu dengannya. Penubuhan Majlis Tanah Jajahan dan Majlis Antarabangsa yang bertanggungjawab terhadap Pergerakan Pandu Puteri di tanah jajahan Britain. Majlis ini kemudian dikenali sebagai Persatuan Komanwel. Majlis Antarabangsa pula berperanan sebagai penghubung antara Persatuan Pandu Puteri di setiap negeri dengan organisasi yang sama di negara lain. Kini, ia dikenali sebagai Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia (WAGGGS). 1918-1919 Lady Baden Powell meninggal dunia pada usia 88 tahun. 1977
World Association Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Pergerakan Girl Guides atau Pandu Puteri secara rasmi ditubuhkan oleh Baden-Powell dan adiknya, Agnes Baden-Powell. Nama ini diambil berdasarkan Guides Corps di India. Olave Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom Agnes Smyth Baden-Powell menulis The Handbook for the Girl Guides, yang diadaptasi daripada Scouting for Boys oleh Robert Baden-Powell. Robert Baden-Powell bertemu dengan Olave Soames semasa lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri. Mereka kemudian berkahwin. Lady Olave Baden-Powell meninggal dunia selepas melawat 111 negara, termasuk Malaysia, dalam usaha memperkembangkan pergerakan Pandu Puteri dan Pengakap ke seluruh dunia. 1909 1910 Sekumpulan remaja wanita menghadiri perhimpunan Pengakap di Crystal Palace dan menyatakan keinginan untuk menyertai pergerakan tersebut. Lord Robert Baden-Powell menubuhkan pergerakan khas untuk mereka di bawah pimpinan Agnes Smyth Baden-Powell. 1912 1918 Olave Baden-Powell dilantik sebagai 1930 World Chief Guide. 1941 1977 Lord Robert Baden-Powell meninggal dunia.
ASIA PASIFIK Wilayah Asia Pasifik WAGGGS telah ditubuhkan pada Persidangan Dunia ke-20 di Finland pada tahun 1969. Puan Sita Rajasuriya dari Sri Lanka telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Serantau Asia Pasifik yang pertama pada tahun yang sama. 12 ahli pengasas Rantau Asia Pasifik ialah Australia; Ceylon (Sri Lanka); Republik China (Taiwan); India; Jepun; Korea; Malaysia; New Zealand; Filipina; Singapura; Thailand dan Vietnam Selatan. Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pernah dianugerahkan pingat perkhidmatan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) pada tahun 2015. Friends of Asia Pacific WAGGGS (FAPW) terus berkembang dan telah mengumpulkan lebih GBP 800,000 sejak penubuhannya. Dana daripada FAPW digunakan untuk menyediakan geran untuk gadis dan wanita muda untuk menghadiri acara pembinaan kapasiti dan untuk projek kemahiran hidup dalam Organisasi Ahli.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Persatuan Pandu Puteri telah berkembang dengan pesat. Persatuan ini telah didaftarkan dengan rasminya di Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India pada 22 November 1917. Persatuan Pandu Puteri telah ditubuhkan pada 22 November 1917, oleh sekumpulan sukarelawan British yang diketuai oleh Cik Gertrude Ballard di Sekolah Perempuan Methodist, Kuala Lumpur. Ia bertujuan mendedahkan kanak-kanak kepada suatu pertubuhan sukarela. Sejak itu Persatuan terus berkembang dengan penubuhan Pasukan Kadet pada 1926 dan Renjer pada 1925 di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Pusat pentadbirannya adalah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, ibu pejabat kebangsaan bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
PPPM adalah ahli penuh WAGGGS. Oleh itu, semua ahli PPPM mempunyai pelbagai peluang untuk mengembangkan minat dan profesionalisme mereka dengan menyertai persidangan, seminar, bengkel, perkhemahan dan sebagainya di persada antarabangsa. PPPM mempunyai komitmen: • melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat. • menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. • menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok. Persatuan Pandu Puteri Malaysia PPPM menyediakan program Pandu Puteri yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia. Semenjak tahun 1928, Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991.
MENGAPA TARIKH INI DIPILIH ? 22 Februari dipilih kerana ia adalah hari lahir keduadua Olave Baden-Powell, yang merupakan World Chief Guide, dan Lord Baden- Powell, pengasas Pergerakan Pengakap. SEJARAH 1926 – Idea untuk Hari Peringatan Sedunia diperkenalkan apabila Pandu Puteri dan Pengakap Puteri bertemu di Amerika Syarikat untuk Persidangan Dunia WAGGGS yang keempat. Tema sambutan Hari Peringatan Pandu Puteri Sedunia ditetapkan oleh WAGGGS (World Association of Girl Guides and Girl Scouts) iaitu Persatuan Pandu Puteri Pengakap Puteri Sedunia. TUJUAN Untuk saling mengingati, menghargai antara satu sama lain, meraikan perpaduan, menyuarakan isu-isu yang membabitkan kanak-kanak perempuan dan wanita muda. TARIKH SAMBUTAN HARI PERINGATAN SEDUNIA 22 Februari pada setiap tahun TEMA PADA TAHUN 2024 Our World, Our Thriving Future : The Environment and Global Hari Peringatan Sedunia
S t r u k t u r Or g a n is a si S t r u k t u r Or g a n is a si
Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah BAHAGIAN D
P r o g r am P a n d u P u t e r i Tu n a s ( P PT) P r o g r am P a n d u P u t e r i Tu n a s ( P PT)
Persetiaan Pandu Puteri Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, menunaikan kewajiban saya kepada tuhan, raja dan negara saya Malaysia, menolog orang setiap masa dan mematuhi undangundang pandu puteri tunas. Undang-undang Pandu Puteri Tunas Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya. Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan pandu puteri yang lain. Seorang Pandu puteri sentiasa bersopan santun. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat-cermat. Cogan Kata Pandu Puteri Tunas “Tolong Orang Selalu” prinsip asas ppt
Prinsip Asas Pandu Puteri Tunas Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah: Mengetahui, menghayat dan mengamalkan Persetiaan Undang-undang, Cogan kata; Isyarat dan Hormat dan Berjabat Tangan, 1. Mengetahui dan memahami, Logo, Lencana dan Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dan Logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS), Lencana Dunia serta Bendera Dunia. 2. Mengenal dan mengetahui makna bendera Malaysia dan menamakan bendera semua negeri di Malaysia. 3. 4. Mengenal strukur organisasi pasukan sendiri Memperoleh Lencana Kecekapan kawad dan istiadat 5. Memperoleh Lencana Kecekapan Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas 6. Memperoleh Lencara kecekapan sahabat Pandu Putari Tunas 7. 8. Memperoleh Lencana Kecekapan Bercerita prinsip asas ppt
anugerah topaz Anugerah Topaz I Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperoleh lencana-lencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat anugerah Topaz I : Lencana Kecekapan Pembuat Simpulan Lencana Kecekapan Pelayan Tetamu Lencana Kecekapan Pencegah Kemalangan 1 Lencana Sustainable Development Goal (SDG) untuk Pandu Puteri Tunas daripada SDG2, 7, 13, 14 atau 15 1 lencana kecekapan yang belum diperoleh daripada elemen Budaya dan Kreativiti.
anugerah topaz Anugerah Topaz II Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperoleh lencana-lencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat anugerah Topaz II : Lencana Kecekapan Pereka Alat Permainan Lencana Kecekapan Ahli Rumah Tangga Lencana Kecekapan Pemerhati Lencana Kecekapan Kesihatan Lencana Kecekapan Gear Up Sekurang-kurangnya 1 lencana WAGGS daripada pilihan berikut : Stop The Violence (STV) Free Being me (FBM) Action Body Confidence (ABC) Surf Smart
anugerah topaz Anugerah Topaz III Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperoleh lencana-lencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat anugerah Topaz III : Lencana Kecekapan Patriotisme Lencana Kecekapan Pendobi Pakaian Lencana Kecekapan Jurumasak 1 lencana kecekapan yang belum diperoleh daripada elemen Cabaran dan Kecergasan 1 lencana kecekapan yang belum diperoleh daripada elemen Sains dan Teknologi
skim lencana kecekapan Lencana-lencana kecekapan yang dikategorikan mengikut lima elemen iaitu : Budaya dan Kreativiti Cabaran dan Kecergasan Sains dan Teknologi Agen Perubahan Hubungan Keluarga dan Masyarakat
Budaya dan Kreativiti skim lencana kecekapan
skim lencana kecekapan
P e r a n c a n g a n Ta h u n a n P r o g r am Un it Un if o rm P a n d u P u t e r i Tu n a s P e r a n c a n g a n Ta h u n a n P r o g r am Un it Un if o rm P a n d u P u t e r i Tu n a s
Amzan Malek, & Hazira Hamsah. (2007). Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PTS Professional Publishing. Jabatan Perdana Menteri Malaysia. (2017). Bendera kita Jalur Gemilang. Bahagian Penerbitan Dasar Negara Jabatan Penerangan Malaysia Kementerian Komunikasi dan Multimedia. https://www.pmo.gov.my/wpcontent/uploads/2019/12/bendera_kita_jalur_gemilang_2017_upscale.pdf Normala Baharudin, Nasiyah Isnin, Zainon Zainuddin, Habibah Abdul Rahman, Kamsiah Abdul Rashid, Noor Hasanah Hashim, Margaret Lim Pei Tee, Noor Hayati Pilus, Koh Kar Ling, Fa'izan Abdul Rahman & Mas Ayu Dahlan. (2018). Buku kawad dan istiadat pandu puteri remaja dan pandu puteri renjer. Persatuan pandu puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Kit pandu puteri kadet. Persatuan pandu puteri Malaysia. (2017). Dasar pertubuhan dan undangundang am. Persatuan pandu puteri Malaysia. (2017). Dasar pertubuhan dan undangundang pemimpin. Persatuan pandu puteri Malaysia. (2020). Dasar pertubuhan dan undangundang bahagian pandu puteri tunas. Persatuan pandu puteri Malaysia. (2020). Dasar pertubuhan dan undangundang bahagian pandu puteri kelip-kelip. RUJUKAN
Persatuan Pandu Puteri Malaysia. (2023). WTD 2023 Activity Pack: Our World, Our Peaceful Future. https://panduputeri.org.my/storage/app/public/main/rsrc/WTD%202023% 20Activity%20Pack%20- Our%20World,%20Our%20Peaceful%20Future%20-%20Terjemahan%20- %20BM.pdf Persatuan Pandu Puteri Malaysia. (n.d.). Majlis Jurulatih Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. https://mjkeppm.blogspot.com/ Persatuan Pandu Puteri Malaysia. (n.d.). Organization. https://www.panduputeri.org.my/about-organization-lek Salviany, A. (2024, October 31). Pandu puteri tunas. [PowerPoint]. SlideShare. https://www.slideshare.net/slideshow/pandu-puteri-tunas-terbaru-pdfdeandra/272917033 World Association of Girl Guides and Girl Scouts. (n.d.). Our History. https://www.wagggs.org/en/about-us/our-history/ Nur Fadzilah Zakaria. (2015, June 29). Negara ahli di Rantau Asia Pasifik. Scribd. https://id.scribd.com/doc/269968320/Negara-Ahli-Di-Rantau-AsiaPasifik rujukan
Sekian, terima kasih