The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yanaayuni379, 2021-06-09 09:45:25

ETIKA DAN PERADABAN-converted

ETIKA DAN PERADABAN-converted

ETIKA DAN PERADABAN

LIYANA AYUNI BINTI DALIAL (04DKA20F2051)

Etika dan Peradaban Mempengaruhi Kesedaran Tanggungjawab
Sosial Dalam Diri Individu dan Masyarakat
Liyana Ayuni

Maksud etika berasal daripada Bahasa Yunani ‘Ethos’ yang
membawa maksud kebiasaan adat, akhlak, keperibadian dan watak.
Berdasarkan istilah Melayu pula ianya bermaksud kepercayaan atau
tanggapan terhadap sesuatu perkara sama ada ianya benar, salah, baik
atau buruk. Peradaban pula bermaksud sistem dan tahap
perkembangan sosial sesuatu bangsa, kemajuan sosial dan
kebudayaan sesuatu bangsa. Manakala takrifan harian yang diterima
bersama tidak terikat oleh undang-undang formal tetapi lebih
memaparkan dalam perbezaan itu mereka didorong dan memiliki
norma yang dikongsi bersama.

Takrifan autoriti realiti sosial merujuk kepada fenomena dan
tingkah laku yang dikaitkan dengan perundangan, protokol,
perlembagaan yang telah diinstitusi dan diperakuui bersama. Takrifan
autoriti lahir berdasarkan dokumen dan pihak berkuasa dalam
masyarakat.

Etika memberi tumpuan terhadap tingkahlaku individu, iaitu
bagaimana manusia bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Namun
begitu, Ismail Ibrahim (Nazimuddin:2005) menyatakan etika
merupakan suatu proses pemikiran tentang baik dan buruk berkaitan
perilaku seseorang. Justeru dalam erti kata yang mudah etika ialah
sistem yang berdasarkan akhlak atau tingkahlaku manusia
Tingkahlaku atau tindakan manusia boleh dilihat secara yang sengaja
atau tidak sengaja. Tindakan sengaja iaitu tindakan yang dilakukan
dengan niat atau tujuan yang tersirat.

Konsep tanggungjawab sosial dari segi luaran adalah kesedaran dan tindakan salah dan
betul, tindakan pelanggaran serta mengurus pelanggaran. Dari segi dalaman pula, hati dan
etika professional. Tanggungjawab sosial adalah bermaksud mengakui bahawa pilihan atau
pembuatan keputusan dan tingkahlaku seseorang memberi kesan kepada alam persekitaran
di mana ia tinggal. Keputusan yang diambil sebagai individu, pekerja, majikan, rakyat,
professional bahkan ahli politik memberi impak kepada persekitaran di sekeliling mereka,
sama ada persekitaran social atau persekitaran fizikal. Tanggungjawab sosial adalah
kerangka etika dan ketamadunan yang meletakkan semua pihak, baik organisasi atau
individu, mempunyai kewajiban untuk bertindak bagi kepentingan masyarakat secara
keseluruhan. Sehubungan itu, tanggungjawab sosial adalah kewajiban setiap individu untuk
memelihara keseimbangan antara pekerjaan, ekonomi dan ekosistem.

Tanggungjawab sosial adalah sebahagian daripada etika kerana individu perlu
bertanggungjawab untuk memenuhi tugas kewarganegaraan mereka. Individu sebagai warga
yang bertanggungjawab sentiasa mengutamakan kepentingan masyarakatnya atau
negaranya. Secara global, manusia juga mempunyai tanggungjawab ke atas kesejahteraan
sosial bagi seluruh penduduk dunia. Keseimbangan antara peranan warga negara dan warga
global menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pemeliharaan kebajikan masyarakat
yang adil dan pemeliharaan alam sekitar yang mampan.

Dalam menghayati pelbagai etnik dan agama di Malaysia, maka
istilah-istilah etika, moral, akhlak dan sebagainya digunapakai untuk
memaparkan tanggungjawab seseorang anggota masyarakat lahir dari
teras nilai dalam peradaban mereka. Sering kali tanggungjawab sosial
berteraskan nilai adalah bersumberkan agama, budaya dan falsafah
kehidupan.

Tanggungjawab sosial juga adalah satu kemampuan refleksi
seseorang individu terhadap pandangan hidup dipegang tentang
keadilan dan kebaikan demi kesejahteraan hidup Bersama. Individu
yang menghayati dan mandarah daging kebertanggungjawaban sosial
dalam dirinya akan sentiasa memerhati, memikir, mengkaji,
menganalisis, mencari penyelesaian dan bertindak untuk memastikan
keadilan dan kebaikan sentiasa ditegakkan di dalam masyarakat.

Dimensi tanggungjawab sosial iaitu kesedaran dalam diri seseorang
terhadap ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku dalam masyarakat
akan mendapat perhatiannya sehingga mahu membawa transformasi
sosial dalam masyarakat. Tindakan yang diambil, akan membawa
perubahan sosial dalam masyarakat, negara atau pada peringkat
dunia.

Sejarah kemunculan prinsip tanggungjawab sosial bermula dari
Revolusi Industri di Barat. Ketamakan para kapitalis mengejar
keuntungan menyebabkan timbulnya isu penindasan ke atas golongan
pekerja. Pada abad ke-20, syarikat besar mula memberikan tumpuan
kepada isu kecekapan dan keperluan pekerja. Pada tahun 1950-an,
beberapa organisasi telah menjalankan kerja amal dan sumbangan,
tetapi idea tanggungjawab sosial belum benar-benar terbentuk. Pada
hari ini, tanggungjawab sosial tidak lagi terhad kepada isu-isu
ekonomi dan perniagaan sebaliknya meresapi pelbagai bidang seperti
pembangunan sumber manusia, kenegaraan dan teknologi serta alam
sekitar.

Pembahagian tanggungjawab sosial terbahagi kepada 4. Pertama,
tanggungjawab sosial sebagai rakyat atau ahli masyarakat.
Tanggungjawab terhadap diri sendiri atau agen moral. Agen moral
memastikan setiap tindakan yang dilakukan adalah pengikut etika
yang baik tanpa perlu pengawasan oleh agensi penguatkuasaan luaran
dan ancaman seperti hukuman atas tekanan masyarakat di sekeliling.
Sebagai khalifah, bertanggungjawab dan amanah (individu yang
mampu mengawal tindakannya dan tidak melanggar undang-undang
negara, etika kerja dan manusia yang memiliki watak yang baik).
bmeerMlmaaiannkkusasunida:ubn“etDuraakknmhlieannkgyaemtmluablhiaahAdkdauanntibbdeearrkiimbmaanedn-actFikpiretmapkaaadnnaAKjiulnl”ahd(aaSln-WDmhTaanryiuyasnaitga,
51:56).

Terbentuklah komuniti yang kemudiannya dipanggil tamadun
apabila wjudnya sistem bermasyarakat atau komuniti yang sistematik
dan kompleks iaitu memiliki watak yang baik.

Tanggungjawab terhadap manusia lain pula, interaksi dan
kerjasama sebagai asas hidup bermasyarakat. Manusia saling
memerlukan orang lain untuk memenuhi pelbagai keperluan
hidupnya. Peranan menjunjung amar makruf nahi munkar menjadi
Peniup Wisel iaitu pendedahan salahlaku dan perbuatan tidak beretika
dalam masyarakat atau organisasi. Sifat kesukarelawanan dan
kedermawanan dalam usaha menegakkan hak asasi manusia bantuan
bencana, air bersih, program pendidikan.

Kedua, tanggungjawab sosial pekerja. 6 sifat amanah kepada
profesion iaitu jujur, berterus terang, cekap, tekun, teliti, setia dan
menyimpan rahsia. Nilai-nilai etika kerja Islam iaitu nilai
kesungguhan, ketekunan, ketelitian, kekeluargaan, kasih sayang,
muafakat dan kebajikan yang diamalkan dalam kerangka ketakwaan
kepada Allah.

Memberikan perkhidmatan yang sama kepada semua tanpa
mengira agama, warna kulit, jantina, fahaman politik dan status sosio-
ekonomi. Prinsip menjaga tanggungjawab kepada pelanggan atau
pemegang taruh- prinsip fidusiari. Tanggungjawab social kepada
masyarakat umum (pihak ketiga)- prinsip tidak mencederakan orang
lain.

Seterusnya yang ketiga pula, tanggungjawab sosial organisasi atau
korporat. Ia dikenali sebagai Corporate Sosial Responsibility (CSR).
Ia bermaksud kewajipan pengurusan sesebuah organisasi untuk
membuat keputusan dan mengambil tindakan yang akan membantu
dalam kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat dan juga
organisasi. Ia sevara umumnya bermaksud komitmen syarikat dan
organisasi korporat terhadap keperluan sosial yang meliputi hak-hak
masyarakat, penjagaan alam sekitar, kebajikan para pekerja, hak-hak
pengguna dan sebagainya. Perlu menitikberatkan permasalahan
tempat kerja, pekerja, pasaran, alam sekitar dan komuniti seperti
dengan mengembalikan keuntungan syarikat dalam bentuk dana,
bantuan dan hadiah. Prinsip 3P (People, Planet, Profit).

Selain itu, terdapat 7 subjek utama tanggungjawab sosial organisasi
korporat iaitu tadbir urus organisasi, hak asasi manusia, amalan
buruh, alam sekitar, amalan operasi yang adil, isu-isu pengguna dan
penglibatan pembangunan masyarakat. Prinsip tanggungjawab sosial
para peniaga yang digariskan oleh Islam iaitu niat yang betul tidak
memudaratkan, adil, ihsan, amanah dan amar makruf nahi munkar.

Yang keempat pula, tanggungjawab terhadap a“lTaemlashektiimtabr.uAl bllearhbateglaaih-
menjelaskan di dalam surah al-Rum ayat 41:
bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab
apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia, timbulnya
yang demikian Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari
perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka
kembali bertaubat.

Isu pencemaran masih sukar diatasi kerana kegagalan pelbagai
pihak sama ada pengguna, peniaga, masyarakat awam menghayati
tanggungjawab sosial dalam menjaga dan memelihara alam sekitar.

Manusia perlu memahami kepentingan memelihara ekosistem
supaya dalam keadaan seimbang kerana mereka adalah sebahagian
daripada ekosistem yang tertakluk kepada hokum ekologi semulajadi.
Pelanggaran ke atas hukum-hukum ekosistem semulajadi
mengganggu keseimbangan ekosistem keseluruhannya yang
mengakibatkan kemerosotan kesihatan masyarakat atau penduduk.
Contohnya, pencemaran air dan udara.

Terdapat 7 nilai yang digariskan dalam Islam dalam memelihara
alam sekitar iaitu nasim yang bermaksud kesegaran, kesuburan, alam
yang sihat dan tidak tercemar atau musnah. Selain itu, jamal yang
bermaksud keindahan atau kecantikan, alam yang sentiasa dipelihara,
dijaga dengan baik. Seterusnya, qana’ah yang bermaksud berpada-
pada atau tidak berlebihan seperti tidak mengeksplotasi alam secara
berlebihan.

Di samping itu, mahabbah yang bermaksud sentiasa mengasihi
manusia dan makhluk lain. Ihsan yang bermaksud sentiasa berhati-
hati dan berwaspada kerana Allah melihat tindakan kita dan taawun
yang membawa maksud tolong-menolong, iaitu masyarakat yang
bersama-sama berusaha menjaga alam sekitar dengan pelbagai
aktiviti yang dijalankan bersama.

Terdapat juga peranan etika dan peradaban dalam mendokong
tanggungjawab sosial. Iaitu harian dan autoriti. Takrifan bagi harian
adalah reality sosial yang dialami oleh orang ramai dalam kehidupan
harian mereka. Takrifan harian yang diterima tidak terikat oleh
undang-undang formal tetapi lebih memaparkan dalam perbezaan itu
mereka didorong dan memiliki norma yang dikongsi sama. Autoriti
pula realiti sosial yang ditakrifkan oleh pihak yang menjadi struktur
kuasa dominan dalam negara. Konsep takrifan autoriti realiti sosial
merujuk kepada fenomena dan tingkahlaku yang dikaitkan dengan
perundangan, protocol, perlembagaan yang telah diinstitusi dan
diperakui bersama.

Seterusnya, peranan etika dan peradaban dalam mempengaruhi
kesedaran tanggungjawab sosial. Dari segi individu, dapat membina
sahsiah diri ataupun keperibadian yang baik kerana memelihara
dirinya dengan sifat-sifat terpuji. Dari segi keluarga pula dapat
melahirkan keluarga yang harmoni melalui etika kekeluargaan. Dari
segi masyarakat pula dapat memelihara keamanan, keadilan dan
kesejahteraan yang berterusan dan dapat membentuk persekitaran
yang sihat dan menghindari masalah-masalah sosial seperti
pembuangan bayi, rompakan dan seumpamanya.

Organisasi pula, dapat memelihara nilai-nilai organisasi dengan
sikap bertanggungjawab dan prihatin pada kebajikan serta dapat
memantapkan kestabilan, mempertingkatkan produktiviti, kredibiliti
dan reputasi.

Di samping itu, kesedaran nasional dalam tanggungjawab sosial.
Hidup bermasyarakat telah menjadi salah satu daripada tuntutan
naluri dan keperluan manusia. Kehidupan bermasyarakat bererti
hidup berjiran tetangga, berorganisasi, bersaudara, berkasih sayang.
Kerja kemasyarakatan merupakan satu kewajipan yang dituntut oleh
Islam untuk merapatkan hubungan antara sesama manusia,
membangunkan masyarakat seterusnya negara.

Kesimpulannya, dalam peradaban Islam, tanggungjawab sosial

telah menjadi asas pembinaan tamadun yang kuat yang dibina oleh
ahli masyarakat yang memiliki etika yang mantap. Perwatakan baik
ini diasaskan oleh pemilikan keimanan yang kuat terhadap Tuhannya.
Tanggungjawab setiap insan terbahagi kepada tiga perkara penting
yang perlu benar-benar difahami, dihayati dan diamalkan iaitu
pertama tanggungjawab kepada Tuhannya, tanggungjawab kepada
dirinya sendiri dan tanggungjawab kepada orang lain serta
persekitarannya. Tanggungjawab sosial ini hanya akan berjaya
merealisasikan jika setiap orang melaksanakan tanggungjawab
masing-masing secara bersungguh-sungguh dan ikhlas.

SUMBER RUJUKAN

• PERANAN ETIKA& PERADABAN DALAM MENDOKONG
TANGGUNGJAWAB SOSIAL- DR. FAIZAH MOHD
FAKHRUDDIN

• https://www.youtube.com/watch?v=y0hXxSUWBqo
• https://www.youtube.com/watch?v=daAGxHvdXk8
• https://www.youtube.com/watch?v=_Qe8CPyrg70
• https://www.youtube.com/watch?v=Un1ZGwTr3E4

LAMPIRAN

MPU21032
ETIKA DAN PERADABAN

KESAN TMK TERHADAP ETIKA DAN PERADABAN
MASYARAKAT DULU DAN SEKARANG

NOR ATIKAH BINTI RAMAINA
04DKA20F2018

KESAN TMK TERHADAP ETIKA DAN PERADABAN MASYARAKAT
DULU DAN SEKARANG

Nor Atikah binti Ramaina

Teknologi maklumat dan komunikasi pada zaman dulu dengan sekarang
memang terlalu banyak perubahan. Sebelum adanya teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT), masyarakat pada zaman dulu hidup dengan tiadanya
kemudahan seperti internet, wifi, dan satelit yang mudah untuk
mendapatkan maklumat. Dengan itu, masyarakat pada zaman dulu hanya
bergantung kepada sumber telekomunikasi seperti radio, surat khabar dan
televisyen untuk mendapatkan maklumat. Walaubagaimanapun, dulu tiada
kemudahan internet tetapi mereka tetap mengikuti perkembangan semasa
melalui sumber-sumber tersebut. Pada zaman sekarang jauh berbeza dari
segi kemudahan contohnya, zaman dulu orang membalas mesej
menggunakan surat yang diletakkan dengan bedak manakala zaman
sekarang pula orang membalas mesej dengan menggunakan telefon bimbit
melalui whatsapp dan social media yang lain.

Pada zaman dulu, tiada kemudahan teknologi maklumat (ICT)
disebabkan itu mereka mendapatkan maklumat dari sumber-sumber
tententu. Walau kehidupan zaman dulu tiada kemudahan teknologi
seperti internet atau sebagainya mereka tetap terus hidup dengan
gaya mereka tersendiri. Contohnya, jika mereka hendak membeli
barang keperluan, mereka pergi ke kedai sendiri. Jika dulu untuk
mendapatkan kemudahan pengangkutan mereka perlu berjalan
untuk pergi ke stesen bas atau ke stesen menunggu teksi. Kehidupan
pada zaman dulu cukup selamat dari zaman sekarang kerana zaman
dulu tiadanya buli siber, jenayah penipuan dalam talian dan
sebagainya. Kalau dulu untuk berhubung dengan keluarga yang jauh
susah, perlu menulis surat kemudian pergi ke pejabat pos untuk
poskan surat. Walaubagaimanapun mereka tetap berhubung
Bersama keluarga jauh tapi berbeza dengan zaman sekarang.

Teknologi zaman dulu ada seperti telefon,televisyen dan sebaginya.
Cuma televisyen dulu hanya ada 2 siaran saja dan jarang orang ada
televisyen pada zaman dulu. Jadi mereka menonton televisyen dengan
menumpang rumah jiran yang ada televisyen. Tetapi seronok dulu kerana
kita dapat menonton bersama kawan-kawan. Telefon bimbit pada zaman
dulu pula digelarkan dengan nama telefot bimbit kerana ia perlu di bimbit
dan saiznya yang agak besar jika dibandingkan dengan sekarang. Begitu
juga dengan kanak-kanak, dulu mereka bermain permainan tradisional
tetapi sekarang sudah tiada seperti dulu kerana kanak-kanak sekarang
sedang menghadap game dalam telefon.

Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam
menghayati kehidupan selepas arus paskal permodenan.
Perubahan terhadap gaya hidup berorientasi teknologi dan
kemajuan maklumat memberikan kesan terhadap nilai, budaya,
pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatatusila
ketimuran dan penghayatan agama.

Malaysia sebagai sebuah negara membangun dan dalam
perjalanan menuju negara maju menjelang tahun 2020, pasti tidak
ketinggalan dalam arus pembangunan teknologi maklumat.

Perkembangan teknologi maklumat mempengaruhi perkembangan
sistem teknologi komunikasi. Peralatan seperti komputer, internet dan
satelit telah membantu dan mempermudahkan manusia berkomunikasi
dan berinteraksi tanpa batas sempadan dan ruang.

Kemajuan dalam bidang industri mendorong ke arah penggunaan
teknologi dalam semua bidang. Pendidikan merupakan asset utama
bagi mencapai dan merealisasikan negara maju seiring dengan
kepesatan pembangunan teknologi maklumat.

Teknologi telah memberi impak yang besar kepada pendidikan di
Malaysia. Misalnya, teknologi telah mengubah cara kita membina
pengetahuan, cara kita mengajar dan belajar, cara kita berkomunikasi,
mendapatkan maklumat dan memudahkan pembelajaran.

Perkembangan ICT telah banyak memberi sumbangan kepada
pembangunan negara dalam pendidikan, teknologi, komunikasi dan
ekonomi. Namun tanpa menafikan sumbangan dan kebaikan dari
pembangunan ICT terhadap manusia sejagat, kita dapati kesan dan
pengaruh negative juga menjadi cabaran besar dan menggugat
sosiobudaya insan.

Berpandukan kepada dalil Naqli iaitu ayat al-Quran Allah berfirman
yang bermaksud : “ Sekiranya datang kepadamu orang yang fasik(
jahat) membawa berita maka hendaklah kamu berwaspada(
berhati-hati ) akan kebenarannya”.

Maklumat tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi
menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta.
Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan
kebenarannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa
mencari jalan bagi menyeleweng dan melakukan dusta bagi tujuan
menyesatkan orang lain.

Kesan yang nyata dari amalan ini ialah ramai pencari maklumat
mudah mempercayai bahan yang diperolehi dari internet.

Pengaruh ICT yang menular dalam kehidupan moden hari ini jelas telah
berjaya merubah paradigma sosiobudaya dan bahasa komunikasi.
Penjajahan budaya hidup Barat dalam aspek pakaian, makanan,
tingkahlaku, hiburan telah menukar jati diri manusia. Pakaian tradisional
setiap kaum dan bangsa hanya menjadi pakaian rasmi acara atau
perayaan. Ia tidak lagi menjadi pakaian harian yang membanggakan.
Makanan seperti kueh tradisional bertukar dengan makanan import dengan
pelbagai jenama terkenal di dunia. Seperkara yang menarik dalam isu ICT
ialah berlakunya disedari atau kerosakan bahasa. Bahasa sms dan chatting
memerlukan tulisan yang ringkas dan mudah. Kesannya terbawa sehingga
banyak pihak menerima pakai dalam komunikasi harian mereka terutama di
kalangan anak remaja. Misalnya, perkataan Assalamualaikum sudah di
ringkaskan dengan berbagai cara seperti Asm.,Akum, Aslam dan Salam
mulai tersebar penggunaanya. Perkataan ini jelas tidak tepat dari susunan
ejaan, kata-kata dan maknanya sendiri. Ianya jelas merosakkan
penggunaan istilah, perkataan dan bahasa itu sendiri.

Pada era globalisasi kini, kemajuan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) menjadi semakin penting untuk setiap manusia.
Manusia dan ICT seakan tidak boleh dipisahkan dan menjadi satu
keperluan dalam menjalani kehidupan. Walaubagaimanapun,
terdapat beberapa kesan positif dan kesan negatif terhadap
penggunaan ICT.

Antara kesan positif ICT ialah mudah mendapatkan maklumat.
Pelbagai maklumat boleh diakses melalui medium ICT seperti
internet. Hal ini memudahkan para pelajar mendapatkan maklumat
tentang hal-hal berkaitan pendidikan di internet. Para pelajar boleh
melayari blog-blog pendidikan yang semakin banyak di internet.

Selain itu, ICT juga memudahkan komunikasi. Melalui laman sosial
seperti Fecebook, Twitter, Skype dan sebagainya manusia boleh
berkomunikasi secara atas talian dengan mudah dan cepat. Ibu
bapa juga boleh mengubat rindu dengan cara berada jauh di
perantauan melalui laman sosial Skype.

Di samping itu, ICT turut membawa kesan positif dalam
mempercepatkan urusan. Kini, pelbagai urusan kerajaan atau swasta
dengan mudah boleh dilakukan secara dalam talian. Contohnya, urusan
perbankan, pembayaran bil utility, permohonan kerja, membeli belah dan
sebagainya. Orang awam tidak perlu lagi beratur panjang unntuk
membayar bil di kaunter sebaliknya boleh terus membayar bi utility mereka
di internet dengan mudah dan cepat.

Tambahan itu, ICT juga memudahkan orang awam untuk mengetahui
perkembangan semasa yang berlaku. Kemajuan ICT yang bersifat global
memudahkan seseorang mengetahui berita atau kejadian yang berlaku di
luar negara dengna mudah dan cepat. Laman sesawang berita setiap
negara boleh diakses melalui jaringan internet untuk mendapatkan berita-
berita tekini dari negara luar.

Seterusnya melalui ICT individu/syarikat dapat meluaskan pasaran
perniagaan mereka. Perdagangan antara atas talian kini semakin
popular dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, perkembangan pesat
teknologi maklumat mampu membawa jaringan perniagaan yang
luas dan lebih berdaya saing melalui atas talian. Pembelian secara
talian juga membawa banyak kelebihan kepada pembeli khususnya.
Hal ini kerana mereka mempunyai banyak variasi barangan yang
boleh dibandingkan harga serta fungsinya. Pembeli juga mampu
menjimatkan masa mereka melalui belian atas talian daripada
pembeli barangan di pasar raya.

Terdapat beberapa kesan negatif perkembangan teknologi
maklumat(ICT). Antaranya, banyak membuang masa. Keseronokan melayari
laman-laman sosiol seperti Fecebook, Twitter, dan bermain permainan maya
secara atas talian menyebabkan seseorang menghabiskan banyak waktu.
Kesan yang paling ketara adalah terhadap pelajar yang menghabiskan
waktu mereka melayari internet sehingga mengabaikan kerja sekolah dan
waktu belajar. Produktiviti seseorang pekerja juga akan merosok jika terlalu
leka melayari internet.

Di samping itu, ICT juga mendatangkan kesan negatif dalam berlakunya
jenayah siber. Semakin maju teknologi maklumat (ICT) semakin meningkat
jenayah siber yang berlaku. Jenayah siber yang dimaksudkan adalah seperti
penipuan secara atas talian, berlaku traksaksi palsu, buli siber, dan
sebagainya. Kelicikan jenayah siber ini adakalanya mampu mengodam
sistem pertahanan negara dan rahsia-rahsia kerajaan yang boleh
mendedahkan sesebuah negara kepada ancaman anasir luar.

Seterusnya, kesan negatif kemajuan ICT ialah melayari laman
sesawang yang tidak bermoral atau pronografi. Generasi muda
khususnya lebih terdedah untuk melayari laman sesawang yang tidak
bermoral pronografi di sebabkan benteng agama yang tidak kukuh.
Melalui laman sesawang tidak bermoral ini, generasi muda akan
mudah terpengaruh dan mengikut perlakuan yang tidak baik
menerusi laman sesawang tersebut.

Kesan negatif ICT yang lain pada zaman sekarang, ialah pengaruh
media massa. Di era globalisasi ini, banyak sekali orang yang ‘menghalalkan’
segala cara. Jadi media massa yang menjadi wadah untuk
menyampaikanberita pun merebak keseluruhannya.

▪ Mengubah gaya hidup seseorang

▪ Teknologi digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

▪ Kekuatan media massa mempengaruhi gaya hidup seseorang.

Tidak dapat dinafikan lagi, sebagai contohnya, media massa
merupakan penyumbang utama kepada keruntuhan moral di kalangan
belia. Program-program televisyen khasnya, lebih mementingkan hiburan
daripada maklumat. Tayangan-tayangan filem barat dan Hindustan
contohnya, telah menolak unsur-unsur ketimuran yang sebati dengan jiwa
masyarakat.

Kesimpulannya, teknologi boleh membawa kesan positif dan
negatif terhadap masyarakat. Kewujudan kedua-dua kesan
tersebut adalah bergantung kepada tujuan dan cara
bagaimana pengguna mengaplikasikan teknologi sama ada
dengan cara yang betul atau salah. Terutama sekali apabila
kita berada di era globalisasi zaman sekarang yang banyak
perkara-perkara yang negatif. Dengan itu, masyarakat perlu
mempunyai akal dan berfikiran waras untuk menilai apa yang
boleh di lakukan dan apa yang tidak boleh lakukan melalui
teknologi.

Sumber rujukan

https://www.slideshare.net/shahfinal/cabaran-dan-impak-ict-terhadap-bangsa
https://stpm-study.blogspot.com/2017/07/kesan-positif-dan-negatif-teknologi.html?m=1

https://omghackers.com/teknologi-zaman-dulu-dan-zaman-sekarang/?amp
https://youtu.be/Pb9_EXGqFT4

https://researchgate.net/publication/315456812_kebaikan_dan_keburukan_teknologi_makl
umat

Lampiran

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SERTA HUBUNGANNYA DENGAN

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
MANUSIA

KEWARTAWANAN
AWAM

NURUL AYUNI BINTI ANUAR
(04DKA20F2014)

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SERTA HUBUNGANNYA DENGAN PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN MANUSIA

NURUL AYUNI BINTI ANUAR

PENGENALAN
Perkembangan arus globalisasi, Internet, laman sesawang serta teknologi maklumat dan
komunikasi saban hari telah menjadi sebuah medium alternatif yang menggantikan radio, televisyen,
akhbar, buku atau majalah dalam mencapai masyarakat di seluruh negara. Kemudahan-kemudahan
ini telah memberikan impak yang sangat tinggi dalam diri setiap masyarakat tanpa mengira usia di
setiap pelosok negara sehinggakan peratusan mereka yang buta IT dalam sesetengah komuniti
amatlah rendah. Salah satu revolusi dari kejadian ini adalah kewujudan citizen journalism atau
dipanggil kewartawanan awam. Kewartawanan awam adalah fenomena baru dari bidang
kewartawanan yang bermula dari penulisan kepada penghasilan video di laman sesawang dalam
kalangan masyarakat. Citizen journalism atau kewartawanan awam merupakan istilah yang
digunakan kepada pengamal kewartawanan oleh masyarakat kepada masyarakat. Secara dasarnya,
istilah ini merujuk kepada mereka yang aktif melakukan aktiviti kritikan di laman media sosial tanpa
menjalani latihan kewartawanan yang formal. Meraka ini adalah masyarakat biasa yang bukan
professional atau bekerja sepenuh masa sebagai wartawan yang ingin menyampaikan sesuatu berita
atau laporan dalam kalangan masyarakat lain. Kewartawanan awam yang pada mulanya bermula dari
negara-negara barat telah menular secara perlahan ke negara Asia seperti Indonesia, Singapura dan
Korea seterusnya membawa kepada negara Malaysia.

Sejarah ini bertitik tolak pada medium blogging dikatakan sebagai asas penyebaran di laman
sesawang yang melibatkan kewartawanan awam. Masyarakat menggunakan blog untuk
menyebarkan maklumat, idea, pendapat, kisah, perbincangan, video dan lain-lain tanpa sekatan.
Seterusnya Twitter dan Facebook turut menjadi ruang perkongsian masyarakat dan dunia luar
berikutan perkembangan media sosial yang semakin berleluasa sehingga ke hari ini. . Menurut
sebuah artikel oleh Bruns, A pada tahun 2009, kepentingan kewartawanan awam dilihat dalam suatu
kejadian pengeboman di beberapa tempatan pengangkutan awam pada 7 Julai 2005 di London. Imej
pertama dari kejadian tersebut bukanlah berasal dari rangkaian TV, malah Bruns memaklumkan
bahawa kebanyakan kejadian pada hari tragedi tersebut telah dilaporkan terus oleh orang awam
yang kebetulan berada di sana melalui sistem pesanan ringkas, rakaman telefon, video dan audio. Di
Malaysia, kewartawanan awam ini bermula daripada kerjasama oleh portal berita Malaysiakini
dengan International Center for Journalist di US untuk mengadakan program khusus untuk melatih
masyarakat dalam bidang ini sehinggalah menjadi sebuah badan bebas CJ.MY yang tidak lagi
bernaung di bawah Malaysiakini pada tahun 2012. Ini membolehkan masyarakat yang dikatakan
sebagai warganet yang terlibat dalam kewartawanan awam untuk berkembang dan bergerak sendiri
di Malaysia.

Berdasarkan artikel yang dikeluarkan semasa persidangan Third Global Knowledege (2007), wartawan
masyarakat dilihat sebagai salah satu inisiatif melakukan demokrasi yang betul, dan memberikan berita
masyarakat daripada seluruh negara. Terdapat tiga model yang terlibat dalam melaksanakan
kewartawanan awam ini. Pertamanya adalah peluang, di mana mereka berada di tempat dan masa yang
betul ketika sesuatu kejadian yang menarik minat mereka ini berlaku. Kedua adalah penglibatan dalam
projek bertema dan yang ketiga adalah kepakaran dan kebolehan mereka dalam perbincangan serta idea
pakar.

Contohnya, sebarang maklumat dan laporan yang diberikan oleh mereka, warganet terutamanya golongan
remaja tidak terhad temanya dan bercorak bebas menyebabkan mereka berikap cuai dan mula meluahkan apa
sahaja yang bermain di benak pemikiran mereka termasuklah isu yang menyentuh kaum etnik dalam kalangan
mereka. Maka, tidak hairanlah sekiranya kewartawanan awam ini telah menyumbang kepada penularan berita
palsu yang menyentuh sensitiviti antara etnik khususnya di Malaysia.

Jika kita renungkan situasi pada hari ini, setiap kali terjadinya sesuatu peristiwa seperti bencana alam,
skandal politik, tragedi kerana keganasan, konflik dan peperangan, maka di sana kepentingan kewartawanan
awam dapat dikesan (Allan & Thorsen 2009). Tetapi berlainan pula konsepnya dengan kelahiran
kewartawanan awam di Malaysia, ia bukanlah semata-mata kerana berlakunya bencana alam atau tragedi,
tetapi lebih kepada senario politik negara dan juga kegagalan peranan yang dimainkan oleh media tradisional
dan undang-undang penerbitan ketat yang diaplikasikan oleh kerajaan Malaysia.

Situasi tersebut menjadi punca rakyat beralih kepada medium komunikasi baharu iaitu Internet dan media
sosial. Internet dan media sosial merupakan sejenis media yang digunakan terus secara bertalian dengan
membolehkan para pengguna penyelesaian kepada kebuntuan bagi mendapatkan maklumat oleh rakyat
sekiranya sesebuah negara itu mengenakan sebarang bentuk sekatan terhadap kebebasan medianya menerusi
aspek pemilikan mahupun undang-undang (Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli, 2011) dan “sesebuah
kumpulan aplikasi berasaskan internet yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi yang membolehkan
penciptaan dan pertukaran.

Menurut dua orang sarjana (Ali Salman & Mohd Safar Hashim 2011), surat khabar dalam talian dan blog
dikatakan menjadi alternatif kepada media tradisional. Menurut mereka juga kegagalan media tradisonal seperti
media cetak dan siaran untuk memaparkan berita yang adil dalam beberapa bidang menyebabkan media baharu
memikul tugas untuk menutup ruang itu. Selain itu, media tradisional juga kadang-kadang gagal untuk
memberikan perhatian terhadap isu-isu tertentu yang menyebabkan media baharu terpaksa mengambil alih tugas
berkenaan. Walaupun sarjana berkenaan tidak menyatakan secara terus, situasi ini menjadi punca kepada
kewujudan kewartawanan awam, tetapi perbincangan kedua-dua sarjana ini jelas menunjukkan kewujudan satu
dimensi baharu dalam dunia kewartawanan Malaysia.

Di samping itu, dalam melaksanakan tugas ini beliau berhujah bahawa masyarakat Malaysia cuba mengubah
diri mereka menjadi wartawan untuk menutup ruang yang ditinggalkan oleh media tradisional yang sering
mengejar berita-berita sensasi, bernilai komersial, politik berat sebelah dan mempunyai kepentingan individu
tertentu.Sebalikknya, teknologi ini banyak memberikan impak yang positif jika digunakan dengan cara yang
betul .

Media baharu bukan sahaja telah mengambil alih dan menukar nilai kepercayaan terhadap media tradisi,
seperti akhbar dan televisyen, malah turut menyusun semula kepercayaan dan melangsungkan transformasi
struktural terhadap sistem hidup manusia. Media baharu telah membina posisi yang sangat kuat dan telah
mewujudkan kemediaan yang lebih terbuka (openness) dan berkesan (effective).

Penggunaan teknologi secara bijak serta pengawasan boleh mengelakkan kanak-kanak daripada terpengaruh
maklumat yang salah dan tidak sahih. Kalangan wartawan bukan profesional atau wartawan awam berhujah
bahawa kelahiran mereka bukan sekadar sebagai pembekal mencipta permintaan sendiri dalam pasaran
maklumat dan idea malah, kehadiran mereka adalah untuk memberi kepuasan yang sebenar. Era komunikasi
manusia menjangkau lebih maju hasil perkembangan teknologi atau revolusi komunikasi yang berbentuk
struktural dan teknikal manakala komunikasi dan kandungan media digital memperlihatkan manusia kini
menggunakan secara maksimum bagi menyampaikan sesuatu hasrat mereka.

Dari segi agama mengajar kita beradab dan beretika untuk membina sebuah tamadun dan negara bangsa. Etika
dan peradaban yang wujud dalam masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia untuk memperteguhkan
pemikiran kritikal dan analitikal mereka bagi menangani kehidupan yang lebih mencabar. Pembinaan
kesepaduan nasional amat dipengaruhi oleh globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
yang kompleks. Oleh kerana itu, penghayatan etika dan peradaban menzahirkan perilaku tanggungjawab sosial
dan digerakkan pada peringkat individu, keluarga, komuniti, masyarakat, dan negara. Justeru, perubahan yang
berlaku dalam masyarakat dan pembangunan langsung ekonomi telah membawa cabaran baru dalam
mengukuhkan kelestarian etika dan peradaban di Malaysia.

Ledakan maklumat menerusi perantaraan media komunikasi seperti internet, satelit, media elektronik, dan
teknologi siber, khususnya teknologi komputer telah menjadikan ruang udara dan langit sesebuah negara
terbuka luas. Dalam konteks kehidupan manusia, meliputi bidang politik, sosial, dan ekonomi. Perkembangan
penggunaan teknologi diseluruh dunia telah mewujudkan satu bentuk revolusi maklumat di mana Alvin Toffler
(1990) dalam bukunya, Power Shift menyatakan

bahawa zaman pertanian dan zaman perindustrian
yang berlanjutan selama tempoh beberapa kurun yang lalu akan berakhir dan digantikan dengan era alaf baru
iaitu zaman ledakan maklumat yang berkembang daripada pembangunan teknologi komunikasi. ICT yang
menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih maju kehadapan di dalam era ini telah menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang semakin pantas mencapai kemodenan. Walau bagaimanapun, kemajuan ICT dilihat banyak
menimbulkan isu dan memberi cabaran kepada masyarakat Malaysia.

Penggunaan terma ini adalah ‘interchangeable’ atau turut merujuk kepada teknologi digital dan teknologi
maklumat (IT) kerana konsep-konsepini merujuk kepada satu asas yang sama iaitu teknologi yang
diaplikasikan
kepada perkembangan maklumat dan komunikasi. Perkembangan teknologi maklumat di dalam mencapai suatu
tahap di mana ia mula menampakkan pengaruh tertentu didalam kehidupan manusia.


Click to View FlipBook Version