Teknologi juga merupakan medium yang digunakan dengan bantuan sainsuntuk mencapai taraf hidup yang
lebih tinggi. Justeru itu, kemajuan yang dicapai oleh sesebuahnegara adalah hasil gabungan ilmu sains dan
media teknologi yang jitu kerana ia memilikihubungkait yang amat besar dalam kehidupan msyarakat hari ini.
Jelas beliau tanpa corak pendidikan yang diamalkan di negara ini sejak zaman sebelum merdeka, tidak
mungkin kita akan dapat industri media yang begitu majmuk sifatnya serta mencerminkan kepelbagaian
kaum, bahasa, idea dan pandangan (dalam Chamil Wariya 2012: 219). Pendapat Timbalan Perdana Menteri
ini disokong oleh Cheng Sung Chew (2012) yang menyatakan sebab utama bagi kewujudan fenomena
kewartawanan awam di negara ini adalah disebabkan latar belakang pendidikan yang berbeza bagi individu
yang menjadi wartawan bukan profesional.
Kewartawanan awam berkembang seiring dengan kecanggihan perkembangan teknologi maklumat di
Malaysia. Internet merupakan ‘alat’ penting untuk wartawan awam (Avilés 2010). Sebagai golongan yang
berpengaruh wajarlah mereka mempunyai etika profesionnya untuk dijadikan peraturan dan panduan dalam
menjalankan tugas harian dengan rasa disiplin dan penuh tanggungjawab. Tanpa Internet dan tanpa orang
ramai yang berminat dalam berkongsi pengalaman, kewartawanan awam dalam talian tidak mungkin akan
wujud (Watson 2011).
Kewujudan masyarakat yang liberal, toleran dan demokratik perlu dipupuk dalam negara yang berbilang
kaum, agama dan budaya. Begitu juga dengan peranan dan tradisi kewartawanan bebas dan
bertanggungjawab untuk melaporkan kebenaran tanpa rasa takut atau berat sebelah. Sesungguhnya,
wartawan yang cekap, jujur dan amanah menjadi aset kepada negara dan masyarakat. Kewartawanan awam
bertindak terutamanya sebagai pemantau dan membetulkan media arus perdana (Kalinga Seneviratne 2012).
Selain itu, dari segi kebebasan memungut dan menyiarkan berita sering dikaitkan dengan kebebasan akhbar.
Definisi kebebasan adalah berbeza dari suatu Negara dengan negara yang lain mengikut keadaan setempat.
Sebenarnya tidak ada kebebasan akhbar secara mutlak. Kebebasan akhbar di Malaysia ialah kebebasan yang
disertai dengan tanggungjawab terhadap negara dan masyarakat, sesuai dengan prinsip dan semangat Rukun
Negara.
Kebebasan akhbar secara mutlak tanpa rasa tanggungjawab boleh mengancam kestabilan negara terutama
apabila media menyalahgunakan kebebasannya dan setelah pemikiran dan pandangan masyarakat menjadi
tidak menentu akibat daripada kebebasan akhbar yang ekstrim dan melampau
Wartawan awam atas talian terutamanya golongan remaja yang gemar menyebarkan maklumat
dan laporan yang tiada had batasan berfikiran bahawa mereka bebas meluahkan apa sahaja yang
terlintas di fikiran termasuklah isu yang menyentuh kaum etnik dalam kalangan mereka. Perkara ini
bukan sahaja menjadi penyebab kepada penularan berita palsu yang menyentuh sensitiviti antara etnik
di Malaysia, malahan boleh membawa kepada sikap racism yang mana jurang besar tersebut tidak
sepatutnya wujud dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Disebabkan sikap ini juga,
semangat cinta akan tanah air sukar untuk dipupuk dalam kalangan masyarakat kerana dengan setiap
berita yang disebarkan tanpa usul periksa akan memecahbelahkan masyarakat dan menjadikan
permuafakatan sesama sendiri diabaikan.
Kesimpulannya, kewujudan kewartawanan awam atas talian di Malaysia disebabkan oleh pihak
kerajaan Malaysia sendiri. Kerajaan Malaysia menjadi pengawal kepada media tradisional dan
menetapkan pelbagai akta dan polisi yang terlalu mengongkong pengamal media tradisional
daripada melaporkan perkara sebenar yang betul-betul berlaku. Manakala kelonggaran dari segi
undang-undang yang dinikmati oleh pengamal media di alam siber menjadi punca kedua kepada
kewujudan dan perkembangan selesa kewartawan awam atas talian di negara ini. kewartawanan
dapat membantu wartawan mengenal pasti banyak masalah dan menyedarkan wartawan bahawa
tugas mereka ialah bertanggungjawab mencari dan melaporkan berita dengan lengkap dan tepat,
dan juga mengingatkan wartawan supaya sentiasa berwaspada terhadap tekanan-tekanan yang
akan akhirnya melenyapkan kebebasan akhbar.
Walau bagaimanapun, corak ini mampu menarik perhatian pembaca kerana ‘budaya’ yang
sedang berkembang di Malaysia sekarang ialah, jika masyarakat gagal mendapat maklumat dalam
media tradisonal, maka mereka boleh memperolehnya dari media sosial dan turut sama
menyumbang apa yang mereka lihat dan dengar. Media sosial dan wartawan awam sedang
memikul tanggungjawab yang berat untuk menyampaikan masej dan berita kepada pembaca yang
memberikan kepercayaan kepada mereka.
Walaupun wartawan awam bebas menyuarakan pendapat atas talian, tetapi sebagai golongan
yang menyampaikan berita dan berkongsi maklumat dengan individu lain, wartawan awam
seharusnya peka dengan kod etika kewartawanan di negara ini, agar penulisan mereka tidak
menimbulkan kesusahan dan kerosakan kepada rakyat Malaysia.
Antara etika yang perlu mereka fahami ialah hanya menyiarkan berita yang benar dan sahih
sumbernya serta melaporkan berita yang adil untuk semua pihak dan bukannya menulis untuk
kepentingan satu-satu pihak (NUJM). Mereka yang dapat memenuhi kriteria dan keperluan tersebut
layak memasuki profesion kewartawanan. Dalam menjalankan tugasnya wartawan perlu menghormati
panduan dan peraturannya.
Kedua-dua etika ini adalah penting untuk membolehkan wartawan awam mendapat tempat dalam
kalangan pembaca Malaysia. Dalam menghayati kebebasan akhbar wartawan hendaklah membuat
ulasan dan kritikan membina dan saksama supaya kritikan itu tidak melulu dan dianggap bermuslihat.
Dalam keghairahan wartawan melaporkan berita perlu diingat adanya beberapa akta seperti Akta
Rahsia Rasmi, Akta Hasutan, Akta Fitnah dan lain-lain yang ada kaitan secara langsung dengan
profesion kewartawanan agar tidak dianggap menipu.
Sebagai cadangan bagi mengelakkan terjejasnya keharmonian antara kaum di Malaysia sekaligus
mengelakkan penularan berita palsu dalam kalangan warganet, beberapa agensi atau organisasi
memainkan peranan penting dalam usaha tersebut. Antaranya ialah mengadakan bengkel atau
program dalam bidang kewartawanan awam dan memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa
bahayanya menyebarkan berita palsu dan boleh dikenakan denda serta kompaun jika bersalah.
Pada masa yang sama, warga tetangga juga berperanan dalam usaha mengekalkan keharmonian
kaum dengan cara mengadakan aktiviti bersama antara etnik contohnya bergotong-royong di
kawasan perumahan atau mengadakan larian amal. Aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi
hubungan persaudaraan dan dapat saling tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengambil
kira perbezaan agama dan bangsa. Jadi, berita palsu yang tersebar dapat dirungkaikan dan juga
dapat dileraikan apabila saling mengenali antara satu sama lain dan dapat mengelakkan perselisihan
faham antara kaum.
RUJUKAN
- Rani Ann Balaraman & Faridah Ibrahim. (2013) Kewartawanan Dari Warga Kepada Warga: Punca
Kewujudan Dan Perkembangannya Di Malaysia. Diakses pada 15 Jun 2020 daripada :
file:///C:/Users/User/Downloads/Jurnal%20Komunikasi%20UKM.pdf
- Ali Salman & Mohd Safar Hasim. 2011. New media and democracy: the changing Political
landscape in Malaysia. AKADEMIKA, 81 (1): 15- 21.
- Allan, S. & Thorsen, E. 2009. Citizen journalism: Global perspectives.(Vol.1). Peter Lang. New
York.
- Avilés, J.A.G. 2010. Citizen Journalism in European television websites: lights and shadows of
user generated content. Observatorio (OBS*) Journal 4(4): 251-263.
- Norila Mohd Daud. 2008. Trends and Future of the Malaysian Mass Media – Citizen Journalism
versus Mainstream Media in Development. South-South Information Gateway Dewan Tunku
Canselor, University of Malaya Kuala Lumpur. 1-6.
LAMPIRAN
MPU21032
ETIKA DAN PERADABAN
(Rasuah Pemusnah Penghayatan Etika dan Peradaban Manusia)
SITI NUR ATHIRAH BINTI MAHUSIN
04DKA20F2111
Rasuah Pemusnah Penghayatan Etika dan Peradaban Manusia
Siti Nur Athirah binti Mahusin
Rasuah secara literalnya bermaksud sogokan atau secara konseptualnya
bermaksud wang yang diberikan kepada pihak lain untuk menyembunyikan sesuatu
perkara atau untuk mendapat sesuatu dengan mudah dan cepat tetapi salah di sisi
undang-undang negara. Rasuah merupakan gejala yang sinonium dengan masyarakat
kita pada hari ini dan menjadi buah mulut media massa. Media massa selalu
menyiarkan pelbagai kes rasuah yang melibatkan pegawai berprofil tinggi sebagai
bukti isu ini semakin berleluasa bak cendawan tumbuh selepas hujan. Menurut
Transparency International, Indeks Persepsi Rasuah (CPI), Malaysia berada pada
tangga ke 50 daripada 175 buah negara pada tahun 2014. Senario ini amat
menggemparkan kerana gejala rasuah akan mencemarkan nama baik negara kita.
Persoalannya, apakah punca yang menyebabkan gejala rasuah berlaku dan bagaimana
kita patut menangani isu ini? Saya akan rangkaikan satu demi satu.
Antara punca berlakunya gejala rasuah termasuklah kurangnya didikan agama
dan moral. Semua agama di dunia menyeru perkara yang sama, iaitu mementingkan
kebaikan dan melarang kemudaratan. Didikan agama dan moral merupakan pedoman
dan panduan kita semasa menempuh belantara kehidupan.
Namun demikian, seseorang yang tidak mempunyai iman yang kuat mudah
terpengaruh dengan dunia hedonistik yang mementingkan aspek kebendaan semata-
mata. Mereka akan leka mengejar kekayaan dan mudah terjerumus ke dalam lembah
kejahatan dengan mengambil rasuah untuk memenuhi fatamorgana diri sendiri.
Individu sebegini sudah kehilangan prinsip asas dan ibarat kapal tanpa nakhoda.
Jelaslah bahawa anutan agama dan moral yang kurang mantap akan menyebabkan
seseorang melibatkan diri dalam gejala rasuah.
Punca lain yang ketara ialah masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan
kita. Masyarakat menganggap masalah rasuah ini bermaharajalela kerana kerajaan
tidak memiliki satu sistem yang telus terutamanya aspek pemberian tender, kontrak
dan projek lain yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan
daripada kelemahan ini untuk mengaut keuntungan dengan memberikan rasuah.
Lagipun, ketiadaan sistem permantauan berkesan yang bak melepaskan batuk
di tangga menyebabkan ramai pekerja awam yang terangsang untuk melakukan
jenayah ini. Maka, wabak sosial ini telah menular dalam masyarakat kita sehingga
dianggap sebagai asam garam kehidupan dan merupakan kebiasaan di negara kita.
Persepsi demikian menyebabkan jumlah kes rasuah melambung tinggi dan menjadi
duri dalam daging dalam kalangan masyarakat kita.
Seperkara lagi, penguatkuasaan undang-undang yang lemah dalam sistem
perundangan negara kita turut menyumbang kepada penularan gejala rasuah dalam
negara kita. Tindakan mahkamah yang menjatuhkan hukuman ringan kepada pesalah-
pesalah rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah
menimbulkan pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman negara kita
untuk menangani isu ini. Hukuman ringan ini dikatakan menjadi motivasi kepada
pihak tertentu untuk mengambil risiko melakukan rasuah kerana sedar bahawa mereka
masih mampu menikmati hasil rasuah yang diambil setelah keluar dari penjara.
Terdapat juga anggapan rakyat bahawa masih ada pihak tertentu yang
mengambil rasuah tetapi tidak dibawa ke muka pengadilan. Hal ini telah mengikis
kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap keikhlasan kerajaan untuk menangani isu
ini. Sesungguhnya, kekurangan ketegasan sistem kehakiman kita dalam menjatuhkan
hukuman yang setimpal dengan kesalahan rasuah merupakan antara penyumbang
utama kepada kejadian jenayah rasuah di negara kita.
Untuk menangani isu rasuah dari akar umbi, ibu bapa dan barisan pendidik
memainkan peranan yang signifikan dalam menyemai nilai murni pada sanubari anak.
Sejak usia muda, anak-anak perlu dididik tentang keburukan mengambil rasuah kerana
bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Ibu bapa perlulah
menjadi entiti mithali dan teladan baik dengan bersikap jujur dan menjauhi amalan
rasuah. Hal ini disebabkan ibu bapa yang melakukan jenayah rasuah dan cuba
menasihati anak-anak mereka untuk menjauhi gejala tersebut ibarat ketam yang
mengajar anaknya berjalan dan nasihat mereka akan bagai mencurah air ke daun
keladi.
Di sekolah, pengajaran pendidikan agama dan moral perlu diberikan tekanan.
Barisan pendidik boleh berkongsi maklumat terkini tentang gejala rasuah dengan anak
murid sebagai iktibar supaya tidak melakukan jenayah rasuah dalam kehidupan
mereka. Sesungguhnya, kerjasama daripada ibu bapa dan barisan pendidik mampu
melahirkan anak bangsa yang berpegang kuat pada prinsip mereka dan menjauhi
amalan rasuah.
Pihak kerajaan boleh membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani
kemelut sosial ini dengan menguatkuasakan undang-undang negara kita. Sistem
kehakiman negara kita perlulah diperketat dan pesalah-pesalah rasuah mestilah
ditahan, didakwa dan dihukum tanpa mengira kedudukan mereka.
Hukuman tegas perlu dijatuhkan pada pesalah rasuah sebagai amaran kepada
orang lain agar tidak melakukan jenayah tersebut kerana bak kata pepatah, harimau
ditakuti disebabkan giginya. Kesungguhan kerajaan dalam membawa pesalah rasuah
ke muka pengadilan juga memberikan satu peringatan yang kekal terpahat pada
sanubari mereka selagi hayat dikandung badan. Jelaslah bahawa tindakan tegas
terhadap semua pengamal rasuah tanpa memilih bulu akan mendorong masyarakat kita
supaya menjauhi jenayah tersebut.
Pihak kerajaan boleh membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani
kemelut sosial ini dengan menguatkuasakan undang-undang negara kita. Sistem
kehakiman negara kita perlulah diperketat dan pesalah-pesalah rasuah mestilah
ditahan, didakwa dan dihukum tanpa mengira kedudukan mereka.
Hukuman tegas perlu dijatuhkan pada pesalah rasuah sebagai amaran kepada
orang lain agar tidak melakukan jenayah tersebut kerana bak kata pepatah, harimau
ditakuti disebabkan giginya. Kesungguhan kerajaan dalam membawa pesalah rasuah
ke muka pengadilan juga memberikan satu peringatan yang kekal terpahat pada
sanubari mereka selagi hayat dikandung badan. Jelaslah bahawa tindakan tegas
terhadap semua pengamal rasuah tanpa memilih bulu akan mendorong masyarakat kita
supaya menjauhi jenayah tersebut.
Di samping itu, media massa turut memainkan peranan vital dalam
menimbulkan kesedaran dalam lapisan masyarakat tentang keburukan dan implikasi
mengambil rasuah. Pihak kerajaan seharusnya melancarkan kempen iklan yang efektif
dengan menggunakan media massa secara holistik, iaitu akhbar hingga ke internet
untuk memastikan setiap lapisan masyarakat didedahkan kepada kempen tersebut.
Kempen ini bertujuan untuk memberikan amaran dan peringatan kepada setiap
individu tentang hukuman yang akan dihadapi jika mengambil rasuah.Justeru,
masyarakat akan berfikir dua kali sebelum menerima rasuah dan senario ini akan
mengurangkan kes rasuah dengan signfikan. Sudah terang lagi bersuluh, dalam
menempuh arus globalisasi ini media massa merupakan senjata yang efektif dalam
membanteras jenayah rasuah di negara kita.
Di samping itu, media massa turut memainkan peranan vital dalam
menimbulkan kesedaran dalam lapisan masyarakat tentang keburukan dan implikasi
mengambil rasuah. Pihak kerajaan seharusnya melancarkan kempen iklan yang efektif
dengan menggunakan media massa secara holistik, iaitu akhbar hingga ke internet
untuk memastikan setiap lapisan masyarakat didedahkan kepada kempen tersebut.
Kempen ini bertujuan untuk memberikan amaran dan peringatan kepada setiap
individu tentang hukuman yang akan dihadapi jika mengambil rasuah.Justeru,
masyarakat akan berfikir dua kali sebelum menerima rasuah dan senario ini akan
mengurangkan kes rasuah dengan signfikan. Sudah terang lagi bersuluh, dalam
menempuh arus globalisasi ini media massa merupakan senjata yang efektif dalam
membanteras jenayah rasuah di negara kita.
Tinjauan terhadap rasuah atau suapan mendapati, seseorang mudah
terjebak dengan salah laku itu apabila terperangkap dengan desakan hidup,
boros, gemar kemewahan dan menunjuk-nunjuk dan terjebak dengan beban
hutang bukan keperluan.
Selain itu, terdapat keperluan ahli keluarga memerlukan rawatan
bagi penyakit kritikal, membayar kos pengajian anak dan terikut-ikut gaya
hidup orang lain. Malah, tidak mustahil ada yang terpaksa menerima
rasuah kerana ugutan pelanggan berpengaruh yang boleh memberi kesan
terhadap kerjaya dan kedudukan mereka.
Dari sudut kerohanian, secara umum individu terbabit dengan perilaku tidak
bermoral seperti rasuah disebabkan tiada penghayatan agama mendalam. Penghayatan
sebenar akan mendorong manusia menginsafi kewujudan dan kekuasaan Tuhan yang
sentiasa memerhatikan setiap tindak-tanduk serta perbuatan. Ia juga suatu penghayatan
sehingga individu menginsafi kewujudan hari pembalasan yang akan mengadili setiap
manusia tanpa sebarang pengecualian dan keciciran.
Manusia yang tidak memiliki penghayatan sebegini, menyebabkan tidak akan
mempunyai perasaan bersalah jika melakukan sebarang salah laku seperti pecah
amanah dan menerima atau memberi suapan. Malah, ada yang menggadai agama,
maruah dan organisasi sehingga sanggup menjadi orang suruhan kepada pemberi
rasuah secara berterusan.
Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa sahaja yang kami lantik untuk memegang
sesuatu jawatan atau kerja dan kami tetapkan pendapatannya atau gaji, maka apabila ia
mengambil lebih daripada apa ditetapkan, ia dikira sebagai penipuan atau rasuah."
Baginda turut memberi amaran: "Sesungguhnya daging yang tumbuh
(dibesarkan) dengan perkara haram, maka neraka lebih utama kepadanya." (Hadis
riwayat Tabrani)
Ini menunjukkan terdapat kesan rohaniah akibat amalan rasuah. Selagi si
pelaku tidak membetulkan keadaan itu dan bertaubat bersungguh-sungguh, hasil
pemakanan haram akan menyebabkan jiwa tercemar dan kotor.
Dalam hal ini, punca pemakanan akan membentuk keperibadian seseorang.
Hasil usaha baik dan halal bakal membentuk keperibadian soleh. Sebaliknya, usaha
dengan jalan tidak baik menghasilkan jiwa kotor dan seterusnya menerbitkan
keperibadian buruk, hilang ihsan serta mudah melakukan mungkar dan maksiat.
Peradaban bangsa sebenarnya hanya dapat dibina bangsa merdeka. Ia bukan
sekadar merujuk pembangunan atau kemajuan secara fizikal, sebaliknya dibina dan
dipertahankan dengan nilai baik seperti adil, benar, bijaksana, berilmu, bertakwa dan
berintegriti.
Kemajuan bangsa akan menjadi rapuh jika dalam jiwa anak bangsa sudah tidak
mementingkan nilai berkenaan apatah lagi terjajah oleh perilaku buruk. Dalam hal ini,
rasuah ialah cerminan akhlak amat buruk.
Akhlak dan perilaku buruk ini yang membunuh sifat patriotik dalam diri
individu akan memamah peradaban yang dibina. Jika perkara ini tidak dibendung dan
menjadi semakin berleluasa, ia dimamah jiwanya dari semasa ke semasa.
Bayangkan jika ia merebak dalam masyarakat. Sudah pasti kemerdekaan yang
kita capai semakin hilang ertinya, semakin mati jiwanya. Akhirnya kita menjadi
bangsa 'merdeka' tetapi tanpa jiwa. Antara langkahnya ialah peranan ibu bapa
mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai murni sejak kecil lagi, bak melentur
buluh biarlah dari rebungnya. lbu bapa perlu memberi penekanan didikan agama
kepada anak-anak mereka. Tanpa ajaran agama, sudah tentu ramai remaja apabila
dewasa kelak akan mudah terjebak dalam kegiatan negatif ini. Malah ada yang tidak
teragak-agak untuk melakukan sesuatu di luar batasan agama.
Pegangan agama dan nilai-niai murni dalam jiwa anak-anak, dapat membantu
mengurangkan amalan negatif, sekali gus akan terhakis sehingga ke akar umbi. Tanpa
rasuah kehidupan kita akan lebih tenang kerana kegiatan rasuah boleh mencetuskan
ketidakpuasan hati masyarakat.
Bagi guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan
Islam dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, penerapan nilai-nilai murni dalam
jiwa pelajar yang bakal menjadi anggota masyarakat dan pemimpin negara pada masa
hadapan harus diberi keutamaan, kerana ilmu yang diajarkan oleh guru kepada para
pelajar di sekolah tentunya akan dikongsi bersama ibu bapa dan saudara mara pelajar
itu. Cara ini berkemungkinan akan turut membantu meningkatkan kesedaran bukan
saja dalam diri pelajar itu tetapi kepada seluruh ahli keluarga dan masyarakat
sekelilingnya.
Dalam konteks yang lebih luas pula, pihak berwajib mesti mengadakan kempen
secara besar-besaran untuk menyedarkan anggota masyarakat yang masih tidak sedar
dan memandang remeh keburukan gejala rasuah . Kempen-kempen sebegini boleh
diadakan di sekolah atau di tempat-tempat awam yang menjadi tumpuan orang ramai.
Gunakan media cetak dan media elektronik termasuk internet yang kini lebih
digemari orang ramai terutamanya golongan remaja Kempen -kempen yang
dilancarkan mestilah holistik agar semua masyarakat dapat menyertainya. Kesannya
mungkin jauh lebih baik.
Mereka yang sering menjadi penerima dan pemberi rasuah juga mungkin akan
berubah sikap dan sedar akan kesan dari perbuatannya.
Konklusinya, rasuah merupakan wabak sosial yang mestilah dibanteras
hingga ke akar umbi. Semua pihak tidak kira pangkat atau harta seharusnya
menggembleng tenaga dan berganding usaha untuk mengatasi gejala rasuah di
negara kita. Jika setiap individu memainkan peranan dengan mengelakkan diri
daripada mengambil rasuah, pastilah masalah ini dapat ditangani kerana bak kata
pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Maka, tindakan saksama yang
dikenakan terhadap pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan juga dapat
meningkatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat. Lantas, negara kita dapat terus
maju dan muncul sebagai negara kelas pertama di pentas dunia.
SUMBER RUJUKAN
FiHAKHZBFBHUQ_AUIDigB&biw=1366&bih=632#imgrc=H23WcROrxNIfZM:
https://www.youtube.com/watch?v=ot4oDX8Vk-w
http://khirkassim.blogspot.com/2008/06/teknik-mengolah-karangan
https://www.scribd.com/doc/17982412/Esei-Penuh-Tajuk-Rasuah
https://spm88.weebly.com/langkah-langkah-untuk-membendung-gejala-rasuah---karangan-spm--
pt3.html
http://karanganspmska.blogspot.com/2016/03/punca-punca-berlakunya-gejala-rasuah.html
LAMPIRAN
ETIKA DAN PERADABAN
NOR SOFEA NAZIRA BINTI NAZRI
04DKA20F2039
Cabaran penghayatan etika dan peradaban
dalam arus globalisasi TMK
Sofea Nazira
Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan
dalam menghayati kehidupan selepas arus paskal
permodenan. Perubahan terhadap gaya hidup
berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat
memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai,
budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan
adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan agama.
Perubahan dunia masa kini amat pantas hasil
ledakan teknologi maklumat. Setiap hari pelbagai
hasil ciptaan baru dari inovasi teknologi. Teknologi
dan maklumat telah berjaya menghapuskan batasan
sempadan sesebuah negara. Malahan ia berjaya
merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan
berbagai elemen luar memasuki ruang negara lain
tanpa sekatan dan kawalan. John Naisbitt (1990)
meramalkan bahawa salah satu daripada sepuluh
kecenderungan manusia di awal abad kedua puluh
satu ialah maklumat.
Maklumat sangat berharga dalam dunia globalisasi hingga ia
menjadi penentu dan penggerak kepada masa depan.
Kertas kerja ini mengupas isu di mana ledakan teknologi membawa
cabaran dan impak yang kuat terhadap pegangan dan penghayatan
nilai-nilai murni agama serta akhlak masyarakat dan pengaruh negatif
yang merubah minda serta gaya hidup insan. Ia menghakis dan
mengubah paradigma tauhid, syariah dan akhlak mulia sehingga
mengikis nilai-nilai keinsanan. Justeru itu, suatu pendekatan dan
tindakan yang menggunakan metodologi Islam perlu dilaksanakan
bagi tujuan mengawal, mendidik dan menjamin agar pengaruh buruk
ICT tidak menjadi barah kepada penyakit sosial yang sedia ada.
Pendekatan Islam dikemukakan bagi tujuan mendidik dan mengawal
individu daripada hanyut dan lemas dalam dunia tanpa sempadan.
Cabaran penghayatan etika dan peradaban dalam arus globalisasi
TMK dari segi isu gejala sosial dan pengaruh laman sosial ialah
pengaruh remaja masa kini melayari sumber atau gambar yang tidak
bermoral. Perkara ini dilihat seolah-olah satu perkara kecil, tetapi
mempunyai kesan yang besar kepada psikolgi dan tindak-tanduk
remaja. Akibat daripada sistem pemakanan dan taraf hidup di
Malaysia, umumnya seseorang yang berumur 13 tahun ke atas telah
mempunyai tahap kematangan biologi yang mencukupi untuk
menjadi seorang ibu atau bapa. Bermakna seseorang perempuan itu
telah mampu mengandung dan melahirkan bayi, atau telah timbul
keinginan seks tetapi dari segi sosial dan keperluan sosial serta
ekonominya seseorang itu dalam konteks masyarakat Malaysia kini
dia masih belum mampu.
Dia masih memerlukan masa di antara 8-10 tahun lagi bagi menamatkan
pengajian, mendapatkan pekerjaan yang sesuai untuk mengukuhkan status
kewanganya dan kemudiannya mendirikan keluarga. Dengan melayari
gambar-gambar dan cerita-cerita seks atau berunsur seks ini boleh
meningkatkan ransangan dan keinginan melakukan hubungan seks.
Pengaruh laman media sosial. Pada masa ini, penggunaan laman sosial
melalui internet amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti
“Facebook”, “My Space”, “Frienster”, “Twitter” dan sebagainya mendapat
perhatian masyarakat di negara ini terutamanya golongan remaja. Laman
sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi satu trend dalam
kehidupan masyarakat masa kini. Remaja kini telah menjadikan
penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi
kekosongan waktu mereka.
Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang
canggih dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Secara tidak
langsung, penggunaan laman sosial ini telah memberikan kesan positif
dan negatif terhadap gaya hidup para remaja. Kemudahan ICT juga telah
membuka ruang yang sangat luas bagi seseorang mengenali dan
berhubung dengan seseorang secara lebih bebas dan terbuka. Seorang
remaja yang mudah percaya kepada seseorang yang tidak dikenali iaitu
hanya kenal dan berhubung melalui ruang siber akan membuka ruang
seseorang yang berniat jahat mengambil peluang ke atasnya. Tahap
kematangan yang rendah serta pengaruh emosi serta tekanan keinginan
biologi tanpa kawalan sosial dan undang-undang yang benar-benar ketat
mendorong berlakunya hubungan rapat yang tidak sepatutnya berlaku.
Langkah mengatasinya ialah kesedaran perlu diberikan lebih awal tentang
bahaya dan kesan buruknya perbuatan itu. Misalnya seseorang ibu bapa dapat
menyatakan dalam bentuk nasihat yang penuh berhemah bahawa perbuatan itu
akan membawa kesan yang buruk. Ini perlu dilakukan sebelum daripada
seseorang itu melakukannya. Ini harus dilakukan sejak dari awal lagi, jangan
anak-anak itu sudah terbiasa kerana nasihat dan larangan itu akan menjadi lebih
sukar untuk dipatuhi sepenuhnya. Perkara ini juga mesti dikaitkan dengan
kesedaran agama bahawa apa yang kita lakukan di dunia ini akan direkod
semuanya sebagaimana keupayaan komputer boleh merekodkan segala
maklumat, bahkan kerja-kerja Allah adalah jauh lebih canggih. Nanti di akhirat
semua ini akan di cetak oleh printer Allah dan kita tak dapat bayangkan
bagaimana canggihnya printer ini termasuklah melihat gambar yang tidak sopan
atau lucah akan dihadapkan di mahkamah Allah di akhirat nanti.
Seterusnya , cabaran penghayatan etika dan peradaban dalam arus
globalisasi TMK ialah penyebaran fitnah dan gossip kemudahan melalui
ICT sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala utama yang
selalu dikaitkan dengan teknologi ICT ialah penyebaran fitnah dan gossip
oleh satu pihak bagi tujuan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan
pihak lain. Fitnah disebar menggunakan laman web internet, sms, mms
dan media lain terutama di musim pilihanraya. Hal ini mencabar etika dan
tatasusila hidup bermasyarakat dan bernegara. Menurut ajaran Islam,
penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang sangat besar. Fitnah memberi
kesan terhadap maruah dan kedudukan seseorang individu serta
keluarganya. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh”[12]
Selain itu , cabaran penghayatan etika dan peradaban dalam arus
globalisasi TMK ialah isu permainan dan perjudian secara online .
Perjudian Online merupakan permainan judi yang dilakukan secara
online melalui komputer atau android dan di akses dengan internet.
Perjudian online ini adalah permainan yang dimana pemain akan
memilih meja taruhannya terelebih dahulu dan masuk ke dalam meja
taruhan dan memilih satu pilihan di antara banyak pilihan lain dan harus
memilih yang benar. Jadi bagi pemain yang memilih dengan benar maka
akan keluar sebagai pemenang. Pemain yang kalah akan membayar
taruhannya yang sesuai dengan jumlah nilai yang telah di persetujui.
Besarnya taruhan dan banyaknya peraturan akan ditentukan sebelum
anda memasuki meja perjudian.
Empat cara mengatasi kecanduan perjudian online telah
dikenalpasti iaitu cari tahu dulu masalahnya. Jika penjudi bermain
judi online sebagai pelarian dari masalah depresi, gelisah atau
masalah hubungan, bukan perjudian online tempat pelariannya.
Memanfaatkan permainan judi online sebagai tempat pelarian hanya
akan membuat penjudi semakin candu dengan gambling. Psikoterapi
bisa menjadi alternatif solusinya. Disana penjudi boleh belajar
keahlian bagaimana memanajemen stress dengan baik. Kedua,
kenali pemicunya Menjadi seorang pecandu gambling tentu kerana
dipicu suatu hal. Cari tahu dan kenali pemicunya. Apakah penjudi
bosan, stress atau kesepian? Jika hal tadi yang menjadi
penyebabnya, coba buat daftar cara alternatif untuk mengatasi
perasaan itu misalnya dengan jalan-jalan bersama teman.
Kesimpulannya, undang-undang siber tidak seharusnya kita harapkan
untuk melindungi kita dari ancaman jenayah computer. Dalam dunia tanpa
sempadan, serangan berkemungkinan boleh dilakukan oleh beribu-ribu batu
jauhnya mahupun dari kalangan orang yang berhampiran dengan kita. Maka
demikanlah, setiap individu perlu memainkan peranan untuk membanteras
kes-kes jenayah siber yang semakin berleluasa pada zaman era kini. Oleh
itu, hak kebebasan bersuara yang sedia ada seharusnya tidak
disalahgunakan, malahan ada juga yang menjadi penyebar maklumat palsu
ataupun pihak lain menggunakan internet untuk menyebarkan maklumat
yang tidak benar. Selain itu, pihak kerajaan hendaklah meningkat ilmu
pengetahuan pengetahuan rakyat dan menyebarkan berita di media cetak
dan mediamassa. Penggunaan internet tidak hanya mempunyai perkara
positif, tetapi juga banyak terdapat perkara negatif.
Hal ini kerana, internet memberikan manfaat yang begitu besar tetapi di lain
pihak internet menjadi suatu media informasi yang tidak mudah untuk di
batasi pelbagai macam informasi dalam berbagai bentuk dan tujuan
bercampur menjadi satu di mana untuk mengaksesnya hanya perlu satu
sentuhan jari saja.
Malaysia merupakan sebagai negara yang membangun. Hal ini demikaian
kerana, untuk melengkapkan masyarakatnya dengan standard etika yang
cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh dengan keselesaan. Islam
sebagai agama yang membawa rahmat hendaklah dijadikan sebagai panduan
utama dalam penggubalan standard etika penggunaan internet, sesuai dengan
ciri Islam itu sendiri yang membawa perubahan menyeluruh samada dari
sudut sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Teknologi maklumat yang
menjadi tujang utama kepada kemajuan dan pembangunan negara tidak
perlulah disalahgunakan.
Pengaruh ICT dalam tahap kemodenan dan kehidupan masa kini
tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam
kehidupan seharian. Semua pihak harus bersinergi bagai aur dengan
tebing dan mengambil langkah sederap untuk memastikan tiada unsur
negatif yang berlaku seiring dengan ledakan teknologi berinformasi
ini. Semoga impian negara untuk melahirkan masyarakat yang maju
dan berinformasi tercapai bagi memudahkan negara merealisasikan
visi baru Wawasan 2050. Akhir kata, sesungguhnya Saidina Ali Abi
Talib pernah berkata bahawa manusia yang berdagang dengan ilmu
maka ilmunya akan bertambah tetapi apabila manusia berdagang
dengan harta maka hartanya semakin berkurang.
SUMBER RUJUKAN
• CABARAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI ICT -
BUDAK BLOG
• KESAN DAN CABARAN DUNIA SIBER DALAM
PEMBENTUKAN AKHLAK MASYARAKAT
LAMPIRAN