BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 1
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 2
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 3
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 i Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan izin-Nya, Buletin 1 Briged tahun Edisi 4/2023 dapat diterbitkan untuk tatapan warga 1 Briged khasnya dan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Tahun 2023, 1 Briged memahat catatan kejayaan dan kecemerlangan yang telah dicapai dalam pelbagai lapangan. Tiada yang mustahil untuk dicapai sekiranya warga 1 Briged terus mempamerkan keikhlasan, kesungguhan, kerjasama, komitmen serta persefahaman di semua peringkat kepimpinan dan pentadbiran. Ini yang telah dibuktikan dan kecemerlangan tersebut mesti diteruskan bagi melakar lebih banyak kecemerlangan bukan sahaja kepada warga tenteranya tetapi juga kepada warga keluarga 1 Briged. Penghasilan Buletin 1 Briged menjadi wadah sejarah yang perlu dihargai, justeru sebagai Ketua Staf Markas 1 Briged, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan Buletin 1 Briged sama ada secara langsung atau tidak. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa hadapan serta dapat memperkukuh keakraban, kekitaan dan kerjasama warga “Bersatu Menggempur”. “BERSATU MENGGEMPUR” Lt Kol Hisham bin Abdul Manaf Ketua Staf MK 1 Briged Meja Ketua Editor Dari MK 1 Bgd 1 MK Garison Gemas 5 15 RAMD 6 24 RAMD 8 1 SSB 20 1 Komp Angkut KPD 50 1 Wksp Bgd 63 Rej 508 (AW) 70 Rej 514 (AW) 85 MSS Seremban 90 MSS Port Dickson 100 KANDUNGAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 ii Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam “Bersatu Menggempur” Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita masih diberi nikmat kesihatan minda, fizikal dan rezeki untuk terus mengalas tanggungjawab sebagai benteng hadapan pertahanan negara. Dengan izin-Nya juga Buletin 1 Briged Edisi 4/2023 dapat diterbitkan seiring dengan Sambutan Hari Ulang Tahun Jubli Intan 1 Briged ke-75 tahun pada 1 Jul 2023. Buletin 1 Briged merupakan wadah perkongsian dalam mendokumentasikan segala aktiviti dan kejayaan yang dicapai warga 1 Briged. Tahun 2023 merupakan tahun yang mencabar namun banyak kejayaan yang telah dicapai. Semua itu menjadi sejarah yang memperkukuhkan warga “Bersatu Menggempur” dan dipaparkan di Buletin 1 Briged ini. Setiap kejayaan dan kecemerlangan yang dilakar membuktikan usaha dan kesatuan warga 1 Briged yang jitu. Kecemerlangan tersebut menjadi penanda aras kepada semua peringkat kepimpinan dan warga 1 Briged untuk melipat gandakan usaha dan ikhlas dalam apa juga penugasan yang diamanahkan. Tiada yang mustahil untuk mencapai kecemerlangan dan jadikan halangan sebagai cabaran mencipta kejayaan. Justeru dikesempatan ini, ingin saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua peringkat kepimpinan dan warga 1 Briged yang bekerja keras ikhlas, dan komited dalam menentukan setiap tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dilaksanakan dengan jayanya. Bagi memastikan 1 Briged kekal reliable sebagai formasi yang mampu mengalas dan melaksana tugas yang diamanahkan, warga 1 Briged perlu meletakan Perintah Ulung Panglima 1 Briged Ke-41 sebagai panduan dalam pengurusan perkara pentadbiran, gerakan, latihan, keselamatan dan logistik dapat urus tadbir dengan dengan cekap dan berkesan. Saya juga berkehendakkan warga 1 Briged, sentiasa mengekalkan nilai keperibadian dan akhlak yang murni, mempamerkan tatatertib dan sahsiah yang tinggi sesuai sebagai warga ”Bersatu Menggempur” yang digeruni lawan dan dihormati kawan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penghasilan Buletin 1 Briged Edisi 4/2023. Semoga Allah S.W.T memberi perlindungan dan kekuatan kepada warga 1 Briged dalam mengalas tanggungjawab menjaga keselamatan dan kedaulatan negara tercinta. “BERSATU MENGGEMPUR” Brig Jen Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin Panglima 1 Briged Tinta Dari Panglima
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 3 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) SENAWANG. 3 Jan 23. Seramai 11 pegawai dan 121 anggota LLP terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 1 Bgd di 15 RAMD. Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Rashidin Hashimi Ab Rashid menyaksikan Brig Jen Datuk Mohd Saifulisham Hj Baharun menyerahkan tugas kepada Kol Shahruddin Ariffin. RASAH. 11 Jan 23. Pemangku Panglima 1 Bgd, Kol Shahruddin bin Ariffin, menyempurnakan Majlis Penutup Pertandingan Seni Mempertahankan Diri (SMD) Peringkat 1 Bgd di Hangar 24 RAMD. Seramai 40 peserta menyertai pertandingan yang dijalankan selama tiga hari. RASAH. 19 Jan 23. Taklimat Program Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) peringkat 1 Bgd dilaksanakan di Dewan Dato’ Abdullah, 24 RAMD. Taklimat disampaikan oleh pegawai Sel Pengiktirafan, Jabatan Arah Pendidikan ATM dan PERHEBAT, turut hadir Pegawai Memerintah 24 RAMD. SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA 1 BGD KEJOHANAN SMD PERINGKAT 1 BGD TAKLIMAT PROGRAM RPEL
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 4 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) SENAWANG. 20 Jan 23. Syarahan bertajuk Zakat Harta dan Pendapatan serta Potongan Gaji ini disampaikan oleh pegawai dakwah MAINS, Ust. Syed Mazlan Syed Azizan. Majlis di Surau Tholhah Ubaidillah 15 RAMD dihadiri pegawai, anggota LLP dan masyarakat sekitar Senawang. SEREMBAN. 25 Jan 23. Seramai 20 anggota LLP dari MK 1 Bgd melaksanakan PJM di Sek Men Keb Dato’ Sheikh Ahmad. Program gotong-royong ini bagi memupuk semangat kerjasama serta mengeratkan hubungan antara tentera dengan pentadbir dan pelajar sekolah. RASAH. 26 Jan 23. Seramai 35 anggota LLP menyertai Bengkel Bahasa Inggeris Peringkat 1 Bgd di Dewan Latih, Rej 508 (AW). Bengkel selama dua hari, dikendalikan oleh Sjn Nor Hazizul Amin Nawi dari MSS Seremban, memberi pendedahan part of speech bagi mengukuhkan pemahaman sedia ada peserta. PROGRAM CERAMAH ZAKAT PERINGKAT 1 BGD PROGRAM JIWA MURNI (PJM) BASIC ENGLISH LANGUAGE WORKSHOP FOR OTHER RANKS
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 5 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) RASAH. 28 Jan 23. Kejohanan tinju selama tiga hari menampilkan empat pegawai dan 80 anggota LLP. Para pemenang akan mewakili 1 Bgd dalam kejohanan tinju di peringkat 3 Div. Majlis penutup disempurnakan oleh Pemangku Panglima 1 Bgd, Kol Shahruddin Ariffin di Hangar 24 RAMD. RASAH. 31 Jan 23. Hari Pengajian kepada anggota yang bakal menamatkan perkhidmatan diadakan Dewan Titiwangsa, Kem Rasah. Ia bagi memberi pendedahan kepada anggota dalam membuat persediaan menghadapi kehidupan baharu. Syarahan disampaikan oleh Pengerusi PVRSDNS, Dato’ Hj Kamarudin Hashim. RASAH. 3 Feb 23. Pemangku Panglima 1 Bgd, Kol Shahruddin Ariffin menyaksikan upacara Serah Terima Tugas Ketua Staf MK 1 Bgd di antara Mej Afiq Shahrir Azemi yang menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada Lt Kol Hisham Abdul Manaf. KEJOHANAN TINJU PERINGKAT 1 BGD HARI PENGAJIAN SERAH TERIMA TUGAS KETUA STAF 1 BGD
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 6 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) RASAH. 3 Feb 23. Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT Gabungan Kem 1 Bgd daripada Puan Noor Azlina Waty Awang Besar kepada Mej Aidilnur Ahmad Wahiduddin. Majlis disaksikan Penasihat BAKAT Gabungan Kem 1 Bgd, Lt Kol Mohd Nazri Abdul Wahid dan Pemangku Pengerusi BAKAT 1 Bgd, Puan Norashikin Abdul Latiff. GEMAS. 24 Feb 23. Pemangku Pengerusi BAKAT 1 Bgd, Puan Norashikin Abdul bersama-sama ahli BAKAT meraikan Majlis Pembukaan Aktiviti BAKAT 1 Bgd di Surau Al-Solihin, Kem Syed Sirajuddin. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah bacaan yasin, ceramah kesihatan dan ceramah keluarga mawaddah. RASAH. 13 Feb 23. Perbarisan Ketua Staf 1 Bgd, Lt Kol Hisham Abdul Manaf dihadiri 11 pegawai dan 64 anggota LLP. Ketua Staf turut menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada enam anggota LLP, beliau mengucapkan tahniah dan laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi. MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI BAKAT MAJLIS PEMBUKAAN AKTIVITI BAKAT 1 BGD PERBARISAN KETUA STAF MK 1 BGD
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 7 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) RASAH. 24 Feb 23. Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas Solat Jumaat sempena sambutan HTD Ke-90 diadakan di Surau Al-Abidin. Mej Rozali Jaafar, memimpin bacaan yasin, tahlil dan menyampaikan khutbah khas bertajuk kesejahteraan keluarga TD diutamakan, kedaulatan negara terjamin. GEMAS. 3 Mac 23. Seramai 38 anggota menghadiri Kursus PMET Tahap 1 di Perpustakaan MK Gar Gemas. Kursus yang bermula dari 27 Feb hingga 3 Mac 23 dikendalikan fasilitator yang terdiri daripada Jurulatih Pendidikan 1 Bgd, MK 3 Div dan MK PMBTD RASAH. 4 Mac 23. Majlis Pembukaan Aktiviti BAKAT Gabungan Kem 1 Bgd disempurnakan oleh Pengerusi BAKAT Gabungan Kem 1 Bgd, Mej Aidilnur Ahmad Wahiduddin di Surau Al-Abidin. Majlis dimulakan dengan bacaan surah yasin diikuti tazkirah yang disampaikan oleh Sjn Zilaikhaf Al Muharam Mohd Rameli. BACAAN YASIN, TAHLIL DAN KHUTBAH KHAS SEMPENA HTD KE-90 KURSUS PMET TAHAP 1 MAJLIS PEMBUKAAN AKTIVITI BAKAT GABUNGAN KEM 1 BGD
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 8 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) GEMAS. 4 Mac 23. Pemangku Panglima 1 Bgd, Kol Shahruddin Ariffin mengiringi YB MENHAN, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hassan yang menyantuni mangsa banjir di PPS Felda Sg Kelamah. YB MENHAN turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang terjejas dengan banjir. PORT DICKSON. 17 Mac 23. Mej Hj Mustazar Hj Malek, menyampaikan ceramah bertajuk Keselamatan Tentera sempena Hari Pengajian 1 Bgd di Auditorium Muzium Tentera Darat. Wakil Pemangku Panglima 1 Bgd, Lt Kol Mohamad Nasaruden Md Hassan menyempurnakan majlis penutup yang dihadiri warga 1 Bgd. KUALA LUMPUR. 31 Mac 23. 1 Bgd merangkul PTJ Terbaik Pengurusan Kewangan KEMENTAH dan mendapat penarafan lima bintang dalam pengurusan kewangan berdasarkan Accountability Index Monitoring System (AIMS) tahun 2022. Penganugerahan disempurnakan KSU KEMENTAH, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, kepada Pemangku Panglima 1 Bgd, Kol Shahruddin Ariffin. YB MENHAN KE PPS FELDA SG KELAMAH HARI PENGAJIAN 1 BGD ANUGERAH PTJ TERBAIK PENGURUSAN KEWANGAN DAN PENARAFAN LIMA BINTANG AIMS
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 9 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) SENAWANG. 6 Apr 23. Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT 1 Bgd antara Puan Norashikin Abdul Latiff yang menyerahkan tugas dan tanggungjawab Pengerusi BAKAT 1 Bgd kepada Puan Nor Amiliana Abdullah. Majlis disaksikan oleh Penasihat BAKAT 1 Bgd, Lt Kol Hisham Abdul Manaf. MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI BAKAT 1 BGD SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA 1 BGD SENAWANG. 6 Apr 23. Panglima 3 Div, Mej Jen Datuk Rashidin Hashimi Ab Rashid menyaksikan Serah Terima Tugas Panglima 1 Bgd di antara Brig Jen Mohamad Noorlizam Shamsuddin dan Kol Shahruddin Ariffin. Acara dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan dan pemakaian pangkat anggota oleh Kol Shahruddin Ariffin, diikuti upacara menandatangani Buku Serah Terima Tugas dan penyerahan Tongkat Kuasa.
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 10 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) RASAH. 10 Apr 23. Pengarah Pendidikan MK TD, Lt Kol Norlin Salleh menyampaikan kepentingan keharmonian dan kebahagiaan keluarga, dalam Program PKK Tahap 2 Peringkat 1 Bgd. Turut hadir, Ketua Staf MK 1 Bgd, Lt Kol Hisham Abdul Manaf dan Timb Komdr Rej 508 (AW), Lt Kol Fadzlin Md Nasir. GEMAS. 22 Apr 23. Panglima 1 Bgd, Brig Jen Mohamad Noorlizam Shamsuddin menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama pegawai dan anggota Bateri Charlie, 2 RAD di kawasan Operasi Markas Taktikal Merpati 1. YBhg Panglima turut menyampaikan sumbangan beg raya serta kuih raya kepada anggota yang bertugas di kawasan operasi dan pasukan naungan di Port Dickson dan Rasah. RASAH. 12 Apr 23. MK 1 Bgd menghadapi Pemeriksaan Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera (AKPAT) dari MK 3 Div yang diketuai oleh Lt Kol Hj Zawawi Hj Ahmad dan tim pemeriksa. Objektif pemeriksaan bagi memastikan sistem pentadbiran yang teratur dan sistematik di peringkat briged dan pasukan naungan. PROGRAM PENDIDIKAN KESEJAHTERAAN KELUARGA (PKK) PANGLIMA 1 BGD BERAYA DI KAWASAN OPERASI AUDIT AKPAT OLEH FORMASI 3 DIV KE 1 BGD
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 11 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) RASAH. 2 Mei 23. Perbarisan Perutusan Perintah Ulung PTD Ke-29 Peringkat 1 Bgd, dibacakan oleh Ketua Staf MK 1 Bgd, Lt Kol Hisham Abd Manaf. Tumpuan utama Perintah Ulung PTD ialah usaha pembentukan serta pembangunan Tentera Darat yang kredibel melalui kesiapsiagaan, kemampanan organisasi dan sahsiah keperwiraan. NEGERI SEMBILAN. 3 Mei 23. Panglima 1 Bgd, Brig Jen Mohamad Noorlizam Shamsuddin membuat kunjungan hormat kepada YTM Undang Luak Rembau, Dato’ Lela Maharaja Dato’ Hj Muhammad Sharip Othman dan YTM Undang Luak Johol, Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato’ Muhammad Hj Abdullah. Kunjungan tersebut membicarakan hala tuju dan peranan 1 Bgd dalam pentadbiran serta keselamatan di Negeri Sembilan. RASAH. 5 Mei 23. Panglima 1 Bgd, Brig Jen Mohamad Noorlizam Shamsuddin menerima kunjungan hormat daripada Komandan ILMI, Lt Kol Ismail Wahab. Kunjungan diakhiri dengan pertukaran cenderahati dan menandatangani buku lawatan. PERBARISAN PERUTUSAN PERINTAH ULUNG PTD KE-29 KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA 1 BGD KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN ILMI
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 12 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) SENAWANG. 6 Mei 23. Panglima 1 Bgd, membuat lawatan kebajikan kepada Brig Jen Ajis Sharif (Bersara) yang menghidap gout dan kerosakan buah pinggang di Taman Tuanku Jaafar. Seterusnya Panglima 1 Bgd, menyantuni Pbt Wahab Yusof (Bersara) yang menghidap radang usus, kencing manis dan kolestrol. LAWATAN KEBAJIKAN PANGLIMA 1 BGD RASAH. 6 Mei 23. Pengerusi BAKAT 1 Bgd, Puan Amiliana Abdullah mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT 1 Bgd di Bilik Gerakan MK 1 Bgd. Agenda utama yang dibincangkan ialah aktiviti BAKAT peringkat 3 Div dan 1 Bgd serta pelantikan AJK BAKAT. TERENDAK. 7 Mei 23. Panglima 1 Bgd, menyaksikan serah terima tugas dan menandatangani Nota Serah Menyerah OP Merpati 1 KTJ 1 Bgd di AARM Village. Serah terima tugas antara Ketua Bti C 2 RAD, Mej Mohamad Yusri Maliki dan Ketua Bti B 3 RAD, Mej Hasahmuddin Hj Hassan. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAKAT 1 BGD SERAH MENYERAH OP MERPATI 1 BGD
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 13 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) NEGERI SEMBILAN. 10 Mei 23. Panglima 1 Bgd, melaksanakan kunjungan hormat kepada YTM Undang Luak Jelebu, Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Hj Maarof Hj Mat Rashad dan YTM Tunku Besar Tampin, Kol Tunku Syed Razman Syed Idrus Al – Qadri. Kunjungan ini mengukuhkan hubungan dan peranan 1 Bgd di Negeri Sembilan. KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA 1 BGD SEREMBAN. 15 Mei 23. Presiden Veteran 22 RAMD, Kol Mohd Yasin Usop (Bersara) membuat kunjungan hormat kepada Panglima 1 Bgd, Brig Jen Mohamad Noorlizam Shamsuddin di MK 1 Bgd. Pertemuan ini bagi meningkatkan persefahaman, kerjasama dan hala tuju veteran 22 RAMD. SEREMBAN. 21 Mei 23. Panglima 1 Bgd, menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya dan Mesyuarat Agong Veteran 22 RAMD di Dewan Orang Ramai Dusun Nyior. Majlis diadakan bagi melantik AJK dan sambutan Hari Raya Aidilfitri ahli veteran 22 RAMD bersama keluarga. KUNJUNGAN HORMAT VETERAN 22 RAMD SAMBUTAN HARI RAYA DAN MESYUARAT AGONG VETERAN 22 RAMD
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 14 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) MELAKA. 23 Mei 23. Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Rashidin Hashimi Ab Rashid mengambil bahagian dalam Kejohanan Golf Lima Penjuru Rhino Master bersama panglimapanglima formasi dan pegawai kanan naungan 3 Div di Kelab Golf Bukit Terendak. TERENDAK. 23 Mei 23. Pertandingan Menembak Pistol Pegawai Kanan di Lapang Sasar 100 Meter, Kem Terendak, disertai Panglima 3 Div, panglima-panglima formasi dan pegawai kanan. Acara ini sempena Mesyuarat Panglima 3 Div Siri 1/2023. NEGERI SEMBILAN. 24 Mei 23. Panglima 1 Bgd, membuat kunjungan hormat kepada YTM Dato’ Undang Luak Sungai Ujong, YTM Dato’ Klana Petra Dato’ Haji Mubarak bin Dohak. Kunjungan ini merupakan tradisi bagi setiap pemerintah TD dalam mengeratkan kerjasama dan persefahaman. KEJOHANAN GOLF 5 PENJURU RHINO MASTER PERTANDINGAN MENEMBAK PISTOL PEGAWAI KANAN KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA 1 BGD
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 15 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) SEREMBAN. 24 Mei 23. Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Datuk Seri Aminuddin Harun menerima kunjungan hormat Panglima 1 Bgd, Brig Jen Mohamad Noorlizam Shamsuddin. Kunjungan ini mengukuhkan kerjasama dan persefahaman antara kerajaan negeri dan MK 1 Bgd. RASAH. 26 Mei 23. Panglima 1 Bgd, menerima kunjungan hormat dari Ketua CSJ Zon Selatan, Mej Hairul Azizi diikuti Pengarah MKN Negeri Sembilan, En Roslin Hisham bin Abd Hamid dan Pengarah MKN Melaka, En Mohd Shaiful Hizam bin Johan. RASAH. 25 Mei 23. Panglima 1 Bgd, menerima kunjungan hormat Pengarah Infantri, Brig Jen Mohd Zaini bin Hashim. Ketibaan Pengarah Infantri, disambut Ketua Staf dan Pegawai Staf di Dataran MK 1 Bgd. Majlis diakhiri dengan acara menandatangani buku lawatan dan pertukaran cenderahati. KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA 1 BGD KUNJUNGAN HORMAT KETUA CSJ ZON SELATAN DAN PENGARAH MKN KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH INFANTRI
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 16 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) SIKAMAT. 26 Mei 23. Panglima 1 Bgd, menyantuni mantan Ketua Kompeni Markas 22 RAMD, Mej Mat Nor bin Abdullah (Bersara) yang menghidap strok. Lawatan ini bagi memberi sokongan moral dan tanda keprihatinan warga tentera kepada veteran TD. PORT DICKSON. 28 Mei 23. Panglima 1 Bgd, menyambut ketibaan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anuar bin Ibrahim, di 2 KAD. Kehadiran Perdana Menteri sempena Sambutan Hari Belia Negara 2023 Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Padang Daerah dan Tanah Port Dickson. RASAH. 2 Jun 23. Seramai 56 anggota LLP menghadiri Kusus PIFA Tahap 1 dan Tahap 2 di Surau AlAbidin, Kem Rasah. Kursus selama lima hari yang perlu dihadiri bagi lantikan Pbt ke LKpl dan merupakan syarat kenaikan pangkat. LAWATAN KEBAJIKAN PANGLIMA 1 BGD PERDANA MENTERI KE PORT DICKSON KURSUS PIFA TAHAP 1 DAN TAHAP 2
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 17 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) MELAKA. 1 Jun 23. Panglima 1 Bgd, Brig Jen Mohamad Noorlizam Shamsuddin melaksanakan kunjungan hormat ke atas TYT YDP Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam dan diikuti Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Zaidi Johari. Pertemuan ini mengeratkan lagi kerjasama antara kerajaan negeri Melaka dan MK 1 Bgd. KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA 1 BGD SEREMBAN. 1 Jun 23. Datuk Bandar Seremban, Dato’ Masri Hj Razali menerima kunjungan hormat dari Panglima 1 Bgd, Brig Jen Mohamad Noorlizam Shamsuddin. Pertemuan ini mengukuhkan kerjasama antara tentera dan pihak berkuasa tempatan. PORT DICKSON. 2 Jun 23. Mesyuarat Panglima 1 Bgd Siri 1/2023, berlangsung di Bilik Mesyuarat Auditorium Muzium TD. Mesyuarat dipengerusikan Panglima 1 Bgd dan dihadiri para pemerintah pasukan, pegawai staf MK 1 Bgd, wakil daripada MK 3 Div, 94 UPKAT, PPT Melaka dan DKM Seremban. KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA 1 BGD MESYUARAT PANGLIMA 1 BGD SIRI 1/2023
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 18 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) PORT DICKSON. 3 Jun 23. Pertandingan Golf Shield Master 1 Bgd di Port Dickson Golf & Country Club penuh meriah dengan kehadiran Panglima 1 Bgd, Komander Rej 514 (AW), para pemerintah dan para pegawai. PORT DICKSON. 4 Jun 23. Warga 1 Bgd bersama-sama Panglima 1 Bgd menyertai Perisai Fun Run 10 Km di 1 Wksp. Turut hadir Pengerusi BAKAT 1 Bgd dan ahli-ahli BAKAT. PORT DICKSON. 3 Jun 23. Bertempat di 1 Komp KPD, Majlis Makan Malam BBQ penuh ceria dengan kehadiran Panglima 1 Bgd dan Ketua Staf. Majlis diserikan dengan nyanyian karaoke dari pemerintah dan penyampaian hadiah Golf Sheild Master. GOLF SHEILD MASTER PERISAI FUN RUN 10 KM MAJLIS MAKAN MALAM BBQ
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 19 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) MELAKA. 16 Jun 23. Ketua Melaka, YAB Datuk Ab Rauf bin Yusof menerima kunjungan hormat daripada Panglima 1 Bgd. Kunjungan ini sebagai tanda penghormatan serta mengukuhkan kerjasama dengan kerajaan negeri. Turut hadir Panglima 3 Div dan Panglima 10 Bgd (Para). SEREMBAN. 20 Jun 23. Panglima 1 Bgd, sembah menghadap ke atas DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Kunjungan ini adalah tanda penghormatan dan sembah menghadap Panglima 1 Bgd bagi menyembah maklum perkembangan dan kesiapsiagaan terkini Tentera Darat. PORT DICKSON. 4 Jun 23. Warga 1 Bgd mendapat manfaat daripada taklimat pengurusan kewangan yang disampaikan oleh Pn Azizah Ahad, Pengurus Cawangan Bank Islam Seremban. Panglima 1 Bgd turut menyampaikan cenderahati dan hadiah cabutan bertuah kepada peserta yang hadir. KUNJUNGAN HORMAT KEPADA KETUA MENTERI MELAKA PANGLIMA 1 BGD MENGHADAP YDP BESAR NEGERI SEMBILAN TAKLIMAT KEWANGAN BANK ISLAM
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 20 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) RASAH. 23 Jun 23. Panglima 1 Bgd serta isteri menghadiri Majlis Hi-Tea Wisma Bintara sempena Majlis Pemakaian Pangkat anggota 1 Bgd. YBhg Panglima yang diiringi Ketua Staf turut beramah mesra bersama ahli wisma dan melihat perkembangan projek senggaraan di wisma. RASAH. 26 Jun 23. YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, meluangkan masa menyantuni warga 1 Bgd di Kem Rasah. Lawatan YB MENHAN membawa mesej dan hala tuju KEMENTAH dari aspek kebajikan warga ATM serta kakitangan awam. YB MENHAN turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada anggota dan kakitangan awam. RASAH. 27 Jun 23. RANCON peringkat 1 Bgd dilaksanakan bagi menguji prosedur dan tatacara dipatuhi sepenuhnya. Latihan ini juga untuk menguji kesiagaan aset dan anggota untuk diatur gerak ketika diarahkan. MAJLIS HI-TEA WISMA BINTARA 1 BGD MAJLIS RAMAH MESRA WARGA KEM RASAH BERSAMA MENHAN LATIHAN KONTIGENSI 1 BGD
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 21 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) RASAH. 29 Jun 23. Panglima 1 Bgd dan warga 1 Bgd menunaikan sembayang sunat Hari Raya Aidil Adha diikuti dengan menyembelih tiga ekor lembu sebagai ibadah korban. Panglima dan Pengerusi BAKAT 1 Bgd turut menyampaikan bungkusan daging korban kepada warga 1 Bgd yang berkeluarga. RASAH. 7 Jul 23. 1 Bgd menerima delegasi BITD diketuai oleh Inspektor Jeneral Tentera Darat, Mej Jen Noorrul Azril Ariffin untuk pemeriksaan AKPAT. Pemeriksaan selama empat hari, merangkumi perkara strategik, gerakan, tadbir dan logistik. Turut dilaksanakan RANKON bagi menguji kesiapsiagaan anggota dan pasukan. RASAH. 4 Jul 23. Pengarah FAMA Negeri Sembilan, En Shahlan bin Kusaseh membuat kunjungan ke atas Panglima 1 Bgd. Pertemuan ini bagi menjayakan hasrat program Jualan Agro Madani di Kem Rasah yang dapat memberi manfaat kepada warga 1 Briged. SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA DAN IBADAH KORBAN PEMERIKSAAN AKPAT KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH FAMA
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 22 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) RASAH. 7 Jul 23. Panglima 1 Bgd menerima kunjungan daripada Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Dr Hj Roslan bin Hussin. Pertemuan yang membincangkan kerjasama strategik, mengalakan penglibatan guru menyertai Askar Wataniah (AW) dan pelajar sekolah dalam Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM). RASAH. 24 Jul 23. Panglima 1 Bgd menyempurnakan Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat 1 Bgd di Surau Al-Abidin. Seramai 37 peserta terdiri dari qari dan qariah mengambil bahagian dalam kategori pegawai, anggota, BAKAT dan kanak-kanak, di majlis yang dianjurkan oleh pasukan 1 SSB. GEMAS. 18 Jul 23. 1 Bgd diberi tanggungjawab sebagai AJK Resepsi, Tadbir dan Logistik sempena LKT 2023. DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah AlMusta’in Billah bersama DYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mencemar duli menyaksikan demonstrasi akhir LKT di Lapang Sasar Asahan. KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PENDIDIKAN TILAWAH AL-QURAN LATIHAN KUASA TEMBAKAN (LKT)
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 23 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) RASAH. 28 Jul 23. YB MENHAN Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan bersama warga 1 Bgd sempena program Jualan Agro Madani di Kem Rasah. YB MENHAN turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada anggota, wisma dan BAKAT serta hadiah cabutan bertuah. Turut hadir Panglima 3 Div, Panglima 1 Bgd dan Pengarah FAMA Negeri Sembilan. RASAH. 2 Ogos 23. Panglima 1 Bgd membuat kunjungan hormat kepada setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUK), Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim. Pertemuan dua hala yang dapat mengeratkan kerjasama dan persefahaman antara dua organisasi di Negeri Sembilan. SEREMBAN. 4 Ogos 23. Sempena HUT 1 Bgd Ke-75, berlangsung Majlis Bacaan Yasin, doa selamat serta khutbah khas di Surau Al-Abidin, Kem Rasah dan di Masjid As-Solehin Kem Syed Sirajuddin. Majlis dihadiri para pemerintah dan warga 1 Bgd. AGRO MADANI SEMPENA SAMBUTAN HUT 1 BGD KE-75 KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA 1 BGD BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA HUT 1 BGD
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 24 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) PORT DICKSON. 4 Ogos 23. Program Gotong Royong Madani sempena HUT 1 Bgd anjuran bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan di Sek Keb Si Rusa. Program dirasmikan Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek. YB Menteri diiringi Panglima 1 Bgd dan Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan melawat pameran dari pelajar sekolah dan tentera. SENAWANG. 5 Ogos 23. Panglima 1 Bgd, ahli BAKAT dan warga 1 Bgd, menyertai Fun Run 10 KM di 15 RAMD yang mempertandingkan beberapa kategori. YBhg Panglima dan isteri menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Rej 508 (AW) dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi Fun Run 10 KM 1 Bgd tahun 2023. SEREMBAN. 5 Ogos 23. Pegawai dan PTTK meraikan MMR HUT 1 Bgd di Hotel Royale Chulan. MMR ini juga bag meraikan dining in Brig Jen Mohamad Noorlizam Shamsudin sebagai Panglima 1 Bgd Ke-41. Majlis diserikan dengan persembahan daripada Wisma Perwira dan Wisma Bintara serta penyampaian cenderahati kepada pemerintah dan wisma naungan 1 Bgd. GOTONG ROYONG MADANI FUN RUN 10 KM SEMPENA HUT 1 BGD MMR HUT 1 BGD DAN DINING IN PANGLIMA 1 BRIGED
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 25 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) PORT DICKSON. 10 Ogos 23. YDP Wisma Bintara 1 Bgd, PW II Muhammad Fazly Yahya dan KSM 1 Wksp Bgd, PW II Mubarak bin Nordin menyantuni balu Allahyarham Sjn Muhammad Helmy Jingow Abdullah di Taman Bagan Kurnia, Chuah. SENAWANG. 6 Ogos 23. Perbarisan HUT 1 Bgd, disempurnakan di Padang Kawad, 15 RAMD. turut dihadiri mantan Panglima 1 Bgd dan persembahan POPO. YBhg Panglima 1 Bgd menyempurnakan pemakaian pangkat, penyampaian sijil APC, sijil Pegawai Muda terbaik, PTTK terbaik, PTTR terbaik, Anugerah Khas Sukan, Anugerah Khas Panglima dan Anugerah Khas Kakitangan Awam. RASAH. 8 Ogos 23. PMB TD, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, diiringi Panglima 1 Bgd menyaksikan proses pengundian awal Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 yang melibatkan anggota dan keluarga warga 1 Bgd di Kem Rasah. LAWATAN KEBAJIKAN WISMA BINTARA 1 BGD PERBARISAN HUT JUBLI INTAN 1 BGD KE – 75 PMB TD TINJAU PROSES UNDI AWAL WARGA 1 BGD
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 26 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) RASAH. 16 Ogos 23. Panglima 1 Bgd telah menerima dua kunjungan hormat secara berasingan daripada Pengerusi Kesatria Negeri Sembilan dan Pengurus Bank Muamalat Malaysia. Pertemuan ini pastinya meningkatkan kerjasama dan persefahaman antara dua organisasi. RASAH. 26 Ogos 23. Seramai sembilan PTTK yang dinaikkan ke pangkat sarjan mengikuti orientasi Bintara Muda di Wisma Bintara 1 Bgd. Orientasi ini menyediakan PTTK dengan pengetahuan etika dan undang-undang Wisma Bintara, serta meningkatkan tahap pengetahuan dan tatasusila sebagai PTTK. MELAKA. 7 Sep 23. Panglima 1 Bgd menyaksikan serah menyerah Op Merpati 1 Bgd antara Ketua Bti B 52 RAD, Mej Marzaki bin Ali dengan Ketua Bti A 7 RAD, Mej Mohd Hairuziad bin Ali di AARM Village, Kem Terendak. KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA ORIENTASI BINTARA MUDA 1 BGD SERAH MENYERAH OP MERPATI 1 BGD
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 27 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) SRI MENANTI. 8 Sep 23. Istiadat Pemakaman Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Almarhumah Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin disempurnakan di Makam Diraja Seri Menanti. Panglima 1 Bgd dilantik sebagai Ketua Ketenteraan Istiadat Pemakaman Diraja. PEMAKAMAN TUNKU AMPUAN NAJIHAH RASAH. 10 Sep 23. Warga Kem Rasah bersama-sama dalam Program Qiamullail di Surau Al-Abidin, Kem Rasah, yang turut dihadiri Panglima 1 Bgd, Ketua Staf dan pemerintah. SEREMBAN. 11 Sep 23. Perbarisan Ketua Staf 1 Bgd, Lt Kol Hisham bin Abdul Manaf dihadiri 8 pegawai dan 64 anggota LLP. Upacara turut disertai dengan pemakaian pangkat anggota. PROGRAM QIAMULLAI PERINGKAT 1 BGD PERBARISAN KETUA STAF DAN PEMAKAIAN
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 28 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) SENAWANG. 16 Sep 23. Panglima 1 Bgd mengiringi Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, menyantuni mantan Komandan ATD Brig Jen Ajis bin Shariff (Bersara) di Taman Tuanku Jaafar. SEREMBAN. 27 Sep 23. Ketua Polis Negeri Sembilan, YDH DCP Dato’ Ahmad Dzaffir bin Mohd Yussof membuat kunjungan hormat kepada Panglima Briged 1 Bgd. Kunjungan ini mengeratkan persefahaman dan kerjasama antara agensi keselamatan. SEREMBAN. 18 Sep 23. Panglima 1 Bgd menerima kunjungan hormat Pemerintah Garison, Kol Raja Azamawi bin Raja Isa, diikuti Ketua Persatuan Veteran ATM Cawangan Paroi, Mej (B) Munawer bin Ibrahim. Kunjungan tersebut mengeratkan kerjasama antara kedua belah pihak. LAWATAN KEBAJIKAN KUNJUNGAN HORMAT KETUA POLIS NEGERI SEMBILAN PANGLIMA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT
29 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 SEREMBAN. 27 Sep 23. Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri (JPGN) Negeri Sembilan diadakan di Bilik Gerakan MK 1 Bgd. Mesyuarat dipengerusikan secara bersama oleh Panglima 1 Bgd dan Ketua Polis Negeri Sembilan, YDH DCP Dato’ Ahmad Dzaffir bin Mohd Yussof. SEREMBAN. 28 Sep 23. 1 Bgd bersamasama menyertai kontinjen perarakan dan sebagai Jawatankuasa Perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS). PORT DICKSON. 27 Sep 23. Panglima 1 Bgd menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Kementerian Pertahanan Peringkat 1 Briged di Majestic Hall, Port Dickson. Majlis disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan Malaysia Encik Yuswan bin Yunus. MESYUARAT JPGN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SEMBILAN MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANGAN
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 30 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) PORT DICKSON. 29 Sep 23. Panglima 1 Bgd mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset dan Stok Kerajaan (JKPAK) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) di Bilik Mesyuarat Auditorium Muzium Tentera Darat, SEREMBAN. 2 Okt 23. Panglima 1 Bgd kunjungan hormat yang berasingan di pejabat beliau. Didahului alumni ATM yang diketuai oleh Lt Jen Dato’ Subari bin Tomo (Bersara), selaku Presiden Kelab I38, dan diikuti Pengarah Perhebat Negeri Sembilan, Lt Kol (B) Zulkernian bin Hj Ayob. NEGERI SEMBILAN. 4 Okt 23. Panglima 1 Bgd Mengadap YTM Tunku Besar Tampin, Kolonel (K) Tunku Syed Razman bin Syed Idrus Al – Qadri. Kunjungan tersebut bertujuan bagi menyerahkan peralatan dan pakaian tentera kepada YTM Tunku Besar Tampin bagi Istiadat Perasmian Persidangan Dun Negeri Sembilan. MESYUARAT JKPAK DAN JPKA PERINGKAT 1 BGD SIRI 2/23 PANGLIMA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA 1 BGD MENGHADAP YTM TUNKU BESAR
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 31 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) PORT DICKSON. 5 Okt 23. Ketua Staf MK 1 Bgd merasmikan penutup Forum Khidmat Nasihat Persaraan Tentera Darat Peringkat 1 Bgd di Auditorium Muzium Tentera Darat. Forum dihadiri 3 pegawai dan 120 anggota LLP dari pasukan naungan 1 Bgd. SEREMBAN. 9 Okt 23. 1 Bgd diberi kepercayaan untuk mengadakan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-15 yang disempurnakan oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. REMBAU. 14 Okt 23. Panglima 1 Bgd mengiringi Menteri Pertahanan (MENHAN) YB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hassan ke Majlis Sambutan Bulan Kaunseling 2023 di SK Undang Rembau Negeri Sembilan. FORUM KHIDMAT NASIHAT PERSARAAN TENTERA KAWALAN KEHORMATAN UTAMA SEMPENA ISTIADAT PEMBUKAAN PERSIDANGAN KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI KE - 15 NEGERI SEMBILAN SAMBUTAN BULAN KAUNSELING
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 32 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) SEREMBAN. 19 Okt 23. Pengarah Keselamatan Kerajaan (CGSO) Negeri Sembilan, En Zainor bin Zailan membuat kunjungan hormat ke atas Panglima 1 Bgd. Kunjungan ini memfokuskan kepada pengukuhan hubungan strategik dua hala. PORT DICKSON. 21 Okt 23. Panglima 1 Bgd merasmikan Anjung Ukwah di SK Chuah, Port Dickson. Aktiviti kolaborasi ini anjuran bersama antara 1 Bgd, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), MPKK Kg Chuah dan SK Chuah. SEREMBAN. 19 Okt 23. Sempena Majlis Apresiasi Hari Kebesaran Islam 1445H/2023H anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Ketua Staf MK 1 Bgd mewakili Panglima 1 Bgd menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Pengarah JHEAINS. PANGLIMA MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGUKUHAN KERJASAMA AWAM DAN TENTERA (CIMIC) MAJLIS APRESIASI HARI KEBESARAN ISLAM
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 33 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) NILAI. 28 Okt 23. Panglima 1 Bgd selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri (JPGN) Negeri Sembilan dijemput menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Op SABONG di Dewan Emerald, Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan. RASAH. 2 Ogos 23. Panglima 1 Bgd membuat kunjungan hormat kepada setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUK), Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim. Pertemuan dua hala yang dapat mengeratkan kerjasama dan persefahaman antara dua organisasi di Negeri Sembilan. SEREMBAN. 3 Nov 23. Warga Kem Rasah bersama-sama mengimarahkan Ceramahl Maulidur Rasul 1445H/2023M peringkat 1 Briged yang dilaksanakan di Surau Al-Abidin Kem Rasah. OP SABONG PERKUKUH HUBUNGAN AGENSI KESELAMATAN DAN KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN VETERAN CERAMAH MAULIDUR RASUL PERINGKAT 1 BRIGED
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 34 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) MANTIN. 4 Nov 23. Bertempat di Lapang Sasar Mantin, Panglima 1 Briged dan isteri menyertai acara menembak novelti bersama DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. TERENDAK. 8 Nov 23. Panglima 1 Bgd menyaksikan serah menyerah Op Merpati 1 Bgd di AARM Village, Kem Terendak, antara Pegawai Memerintah 7 RAD, Lt Kol Hasma Nizam bin Mohammad Hassan dan Pegawai Memerintah 2 KAD, Lt Kol Maslan bin Ukkas SEREMBAN. 10 Nov 23. Sel Agama MK 1 Bgd menganjurkan solat dan kuliah Subuh Perdana Peringkat 1 Bgd bertempat di Surau AlAbidin, Kem Rasah. PANGLIMA BERSAMA DYMM YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN SERAH MENYERAH OP MERPATI 1 BGD SOLAT DAN KULIAH SUBUH PERDANA
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 35 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) PORT DICKSON. 24 Nov 23. Hari Pengajian Peringkat 1 Bgd di Auditorium Muzium Tentera Darat merupakan kolaborasi antara Cyber Security Malaysia dan IPD Port Dickson dalam memberikan kesedaran mengenai bahaya dan ancaman jenayah siber pada masa kini. SEREMBAN. 10 Nov 23. Panglima 1 Bgd, pegawai dan anggota bersama-sama di Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat serta Khutbah Khas Solat Jumaat Sempena Sambutan Hari Ulangtahun Markas 3 Divisyen Ke-47 Peringkat 1 Bgd di Surau Al-Abidin, Kem Rasah. MELAKA. 14 – 17 Nov 23. 1 Bgd dipilih mewakili 3 Div bagi menyertai Eksesais Comprehensive Security 23 (Eks COMSEC 23) di Holiday Inn, Melaka. Panglima 1 Bgd dipilih selaku Timbalan Pasukan Tindak Balas Krisis dalam eksesais tersebut. HARI PENGAJIAN KESELAMATAN 1 BGD TAHUN 2023 MAJLIS BACAAN YASSIN DAN KHUTBAH KHAS SEMPENA HUT 3 DIV KE-47 PERINGKAT 1 BGD EKSESAIS COMSEC 23
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 36 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) SEREMBAN. 24 Nov 23. Panglima 1 Bgd menghadiri Majlis Hi-Tea yang dianjurkan oleh Persatuan Veteran ATM Negeri Sembilan (PVATM NS) di Hotel Sutera, Seremban 2. SENAWANG. 26 Nov 23. Panglima 1 Bgd telah mengiringi Menteri Pertahanan YB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hassan merasmikan Karnival Kesihatan dan Jualan Agro Madani di Parking Lot Coco Drive 2, Taman Bandar Baru Senawang. SENAWANG. 1 Dis 23. Panglima 1 Bgd menyantuni veteran ATM, PW I Rohaizad bin Zainal (Bersara) merupakan bekas anggota KJLJD yang menghidap penyakit Tiroid, di Taman Tasek Jaya. MAJLIS HI-TEA BERSAMA PVATM NS KARNIVAL KESIHATAN DAN JUALAN AGRO MADANI LAWATAN KEBAJIKAN PANGLIMA 1 BGD
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 37 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) SEREMBAN. 5 Dis 23. Panglima 1 Bgd menghadiri majlis ramah mesra dan penyerahan sumbangan daripada para dermawan kepada PPDK Nur Iman. PORT DICKSON. 6 Dis 23. Panglima 1 Bgd mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) di Bilik Mesyuarat Auditorium Muzium Tentera Darat. Mesyuarat turut dihadiri Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan dan para guru PKBM. SEREMBAN. 4 Dis 23. Panglima 1 Bgd menyaksikan Serah Terima Tugas Kem Komandan Kem 1 Briged bertempat di Dataran Markas 1 Briged, Kem Rasah. Turut disempurnakan pemakaian pangkat yang telah disempurnakan oleh Ketua Staf 1 Bgd. MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA PPDK NUR IMAN MESYUARAT HALA TUJU PKBM PERINGKAT NEGERI SEMBILAN PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KEM KOMANDAN
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 38 MK 1 BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) PORT DICKSON. 7 Dis 23. Warga 1 Bgd meraikan Hari Pengajian Agama di Auditorium Muzium Tentera Darat. Diskusi bertajuk “Hijrah Harta” telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid dengan kerjasama MAINS. MELAKA. 18 – 20 Dis 23. Mesyuarat Panglima 1 Bgd Siri 2/2023 berlansung di Rej 514 (AW). Panglima 1 Bgd turut mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK), Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun (JPKA), Mesyuarat ICT dan Mesyuarat Anti Dadah. SENAWANG. 15 Dis 23. Warga 1 Bgd meraikan Perbarisan Penghargaan Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Rashidin Hashimi bin Ab Rashid di Padang Kawad 15 RAMD Kem Senawang. HARI PENGAJIAN PERINGKAT 1 BGD MESYUARAT PANGLIMA 1 BGD SIRI 2/2023 PERBARISAN PENGHARGAAN PANGLIMA 3 DIV
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 39 MK GARISON GEMAS BULETIN 1 BRIGED (04/2024) SEREMBAN. 20 Dis 23. Panglima 1 Bgd mengadakan lawatan kebajikan keatas anak Pembantu Tadbir Awam dari Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) dan anak pegawai dari 24 RAMD di Hospital Mawar. GEMAS. 2 Mei 23. Perbarisan Perutusan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-29 peringkat pasukan Markas Garison Gemas, dibacakan dan disempurnakan oleh Pemerintah Garison Gemas Kol Shahruddin bin Ariffin yang dihadiri semua peringkat anggota Markas Garison Gemas. GEMAS. 4 Apr 23. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan menganjurkan Program Jelajah Harta Siri 4 Semperna Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sembilan di Masjid As-Solihin Kem Syed Sirajuddin Gemas. Majlis dirasmikan oleh Pemangku Panglima 1 Bgd, Kolonel Shahrudin bin Ariffin. LAWATAN KEBAJIKAN PANGLIMA 1 BGD PERBARISAN PEMBACAAN PERUTUSAN PERINTAH ULUNG PANGLIMA TENTERA DARAT PROGRAM JELAJAH HARTA DI KEM SYED SIRAJUDDIN
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 40 MK GARISON GEMAS BULETIN 1 BRIGED (04/2024) GEMAS. 4 Mac 23. YB MENAN, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hassan diiringi Pemangku Panglima 1 Bgd Kolonel Shahruddin bin Ariffin, menyantuni mangsa banjir yang terjejas akibat banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Felda Sungai Kelamah. GEMAS. 20 Mei 23. Timbalan Pengerusi BAKAT Gabungan Garison Gemas, Prof Madya Dr Ruslinda Mustafar mempengerusikan Mesyuarat Agong BAKAT Markas Garison Gemas yang turut dihadiri Pemerintah Garison, Kol Shahruddin Ariffin dan ahli BAKAT gabungan. GEMAS. 20 Mei 23. Warga Markas Garison Gemas meraikan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Dewan Serbaguna yang dihadiri keluarga dan anak-anak. Pemerintah Garison Gemas, Kol Shahruddin bin Ariffin berkesempatan menyampaikan duit raya kepada anakanak yang hadir. YB MENHAN MENYANTUNI MANGSA BANJIR MESYUARAT AGONG BAKAT GABUNGAN SAMBUTAN HARI RAYA MARKAS GARISON GEMAS
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 41 MK GARISON GEMAS BULETIN 1 BRIGED (04/2024) Gemas. 30 Ogos 23. Pengerusi BAKAT 1 Bgd Puan Amiliana binti Abdullah menyaksikan Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT Gabungan Markas Garison Gemas antara Puan Nor Ashikin binti Haji Abdul Latif dan Puan Wan Hasmah binti Wan Awang di Dewan Serbaguna Markas Garison Gemas. GEMAS. 29 Ogos 23. Pemerintah Garison Gemas, Kol Shahruddin Ariffin meyaksikan serah terima tugas Ketua Cawangan Tadbir dan Logistik di antara Lt Kol Johari Zakaria dan Lt Kol Werar Suleiman Hj Ali, di Padang Kawad Markas Garison Gemas. GEMAS. 30 Ogos 2023. Panglima 1 Bgd, Brig Jen Mohamad Noorlizam Shamsuddin menyaksikan serah terima tugas Pemerintah Garison Gemas di antara Kol Shahruddin bin Ariffin dan Kol Raja Azamawi bin Raja Isa. SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI BAKAT GABUNGAN PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS PEMERINTAH GARISON GEMAS
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 42 MK GARISON GEMAS BULETIN 1 BRIGED (04/2024) GEMAS. 9 Nov 23. Seramai 10 pegawai, 95 anggota LLP dan 25 kakitangan awam KEMENTAH terlibat dalam Perbarisan Lawatan Ulung Panglima 1 Bgd Brig Jen Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin. Lawatan Panglima 1 Bgd diiringi Pengerusi BAKAT 1 Bgd, Puan Amiliana binti Abdullah. GEMAS. 23 - 24 Nov 23. Hari Terbuka Kem Syed Sirajuddin menyajikan pelbagai aktiviti seperti Pameran Aset Tentera, Jualan Agro Madani dan Persembahan dari BKTD. Hari terbuka Kem Syed Sirajuddin turut dimeriahkan dengan kehadiran Panglima 3 Div dan Panglima 1 Bgd. LAWATAN ULUNG PANGLIMA 1 BGD KE MK GAR GEMAS HARI TERBUKA KEM SYED SIRAJUDDIN
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 43 15 RAMD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) CHERAS. 4 Feb 23. Pengerusi BAKAT 15 RAMD melawat anak anggota 15 RAMD, Sjn Mohd Shahrudin di Hospital Pakar KanakKanak HUKM. Kunjungan ini sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada keluarga anggota. PORT DICKSON. 11 Mac 23. Pasukan 15 RAMD mempamerkan pelbagai jenis senjata infantri dan senjata bantuan batalion sempena TATU dan Karnival Hari Terbuka Tentera Darat. AYER KEROH. 13 Mac 23. 15 RAMD diberi kepercayaan mengadakan KKU sempena Pembukaan Sidang Pertama Penggal Kedua DUN Melaka Ke15 di Dataran Seri Negeri Melaka. Pembukaan DUN dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam. LAWATAN KEBAJIKAN PENGERUSI BAKAT 15 RAMD TATU DAN KARNIVAL HARI TERBUKA TENTERA DARAT KAWALAN KEHORMATAN UTAMA (KKU) DUN MELAKA KE-15
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 44 15 RAMD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) BATU BERENDAM. 5 Apr 23. Keberangkatan tiba KDYMM Yang Di-Pertuan Agong, di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, disambut oleh Kawalan Kehormatan Setempat (KKS) dari 15 RAMD. Perbarisan diketuai Mej Safuwan dan dibantu oleh Lt M Muhammad Daniel serta Sarjan Mejar Rejimen Zamzulamin. SENAWANG. 14 Apr 23. Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan dan isteri meluangkan masa menyantuni warga 15 RAMD di Majlis Berbuka Puasa Bersama MENHAN di Kem Senawang. Turut hadir Panglima 3 Div, Panglima 1 Bgd dan Pemerintah Garison Gemas. SENAWANG. 10 Apr 23. MAINS menganjurkan Program Jelajah Harta Siri 8 Sempena Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sembilan di Surau Tholhah Bin Ubaidillah. Majlis dihadiri Pegawai Memerintah 15 RAMD, Lt Kol Ismazaini Ismail, warga 15 RAMD, Pangkalan Udara Sendayan, JHEAINS, PDRM dan pelajar sekolah. KEBERANGKATAN TIBA DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG PROGRAM JELAJAH HARTA MAINS DI 15 RAMD YB MENHAN BERBUKA PUASA BERSAMA WARGA 15 RAMD
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 45 15 RAMD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) SENAWANG. 8 Mei 23. Wisma Perwira dan Wisma Bintara 15 RAMD menganjurkan Hari Pengajian Pasukan yang dihadiri 18 pegawai dan 60 PTTK. Hari Pengajian ini bagi memberi pemahaman yang lebih jelas tentang perutusan Perintah Ulung PTD Ke – 29. SEREMBAN. 11 Mei 23. Panglima 1 Bgd melawat dan menyampaikan sumbangan kepada Kpl Mohammad Khairul Nizam bin Sarbi di Hospital Tunku Jaafar, Seremban. Anggota terlibat kemalangan jalan raya dan mengalami kecederaan di bahagian pinggul dan kaki kiri. SENAWANG. 18 Mei 23. Seorang pegawai dan 43 anggota LLP menghadiri kursus yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Kursus ini memberi bimbingan kepada pegawai dan anggota yang bakal mendirikan rumahtangga. HARI PENGAJIAN WISMA PERWIRA DAN WISMA BINTARA PANGLIMA 1 BGD MELAWAT ANGGOTA 15 RAMD KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 46 15 RAMD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) SENAWANG. 19 Mei 23. Seramai 45 anggota LLP naungan 1 Bgd dan pasukan luar mengikuti Kursus Penjaga Stor Senjata dan Peluru Siri PSSP(DEC)/4/2023. Pegawai Memerintah 15 RAMD, Lt Kol Ismazaini Ismail menyempurnakan penyampaian sijil dan penutupan kursus. SEREMBAN. 5 Jun 23. Wisma Perwira dan Wisma Bintara 15 RAMD menganjurkan Majlis MMR Gabungan di Hotel Royale Chulan. Majlis dihadiri Pegawai Memerintah 15 RAMD, para pegawai, PTTK dan pasangan. KURSUS PENJAGA STOR SENJATA DAN PELURU MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL 15 RAMD SENAWANG. 16 Jun 23. Perasmian naik taraf status Surau Tholhah bin Ubaidillah kepada masjid disempurnakan YBSF Ustaz Amran Awaludin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Turut hadir Ustaz Syamsul Ammar Shuib, Pegawai Agama Islam Daerah Seremban dan Pegawai Memerintah 15 RAMD. PERASMIAN STATUS MASJID THOLHAH BIN UBAIDILLAH