BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 47 15 RAMD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) SENAWANG. 15 Jul 23. 13 pegawai dan 150 anggota LLP terlibat dalam Perbarisan Pegawai Memerintah Siri 2/23. Pegawai Memerintah, Lt Kol Ismazaini Ismail dan Pengerusi BAKAT pasukan, memakaikan dan menyaksikan pemakaian pangkat kepada 31 anggota pasukan. GEMAS. 15 Jul 23. Platun Mortar 81 mm, 15 RAMD yang terdiri dari dua pegawai dan 39 anggota LLP terlibat dengan LKT di Lapang Sasar Gemas. Latihan ini disaksikan PTD, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab Rahman, pegawai-pegawai kanan serta penuntut KPSM. PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH 15 RAMD 15 RAMD DI LATIHAN KUASA TEMBAKAN (LKT) SENAWANG. 15 Jul 23. Penceramah jemputan, Puan Hasimah binti Ibrahim menyampaikan ceramah kekeluargaan di Masjid Tholhah bin Ubaidillah. Majlis dihadiri Pengerusi BAKAT 15 RAMD.dan ahli BAKAT terdiri dari isteri pegawai dan anggota LLP. CERAMAH KEKELUARGAAN SEMPENA HUT PASUKAN
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 48 15 RAMD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) SENAWANG. 18 Jul 23. YB MENHAN meluangkan masa dalam lawatan ke 15 RAMD dan rumah BAKAT pasukan. Lawatan ini merupakan lawatan kerja yang disertakan dengan penyerahan skop kerja peruntukan tambahan kepada pasukan 15 RAMD. SENAWANG. 28 Jul 23. Sempena Hari Ulang Tahun 15 RAMD yang ke-53, diadakan perbarisan dan khutbah khas solat jumaat bertajuk ‘Penerus Legasi Perjuangan Rasulullah SAW’. Pegawai Memerintah mengetuai perarakan bermula dari padang kawad 15 RAMD ke Masjid Tholhah Ubaidillah. SENAWANG. 29 Jul 23. Lt Kol Ismazaini Ismail merasmikan hari keluarga dengan gimik memotong belon disaksikan warga 15 RAMD. Dengan bertemakan retro, acara berlangsung penuh meriah dengan pelbagai aktiviti yang dipertandingkan untuk anggota dan keluarga. LAWATAN YB MENTERI PERTAHANAN PERBARISAN DAN KHUTBAH KHAS WARGA 15 RAMD SAMBUTAN HARI KELUARGA
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 BULETIN 1 BRIGED (04/2024) 49 15 RAMD / 24 RAMD SENAWANG. 1 Ogos 23. Perbarisan HUT 15 RAMD ke-53 disempurnakan dengan jayanya dengan pengelibatan 18 pegawai dan 346 anggota LLP. Pegawai Memerintah turut menyampaikan Sijil Anugerah Cemerlang dan menyaksikan pemakaian pangkat anggota pasukan. RASAH. 25-28 Jan 23. 24 RAMD dinobatkan Johan Keseluruhan Kejohanan Tinju Peringkat 1 Bgd yang dianjurkan selama empat hari di Hangar 24 RAMD. Pemangku Panglima 1 Bgd, Kol Shahruddin bin Ariffin.menyampaikan piala kejohanan kepada Pegawai memerintah 24 RAMD. RASAH. 4 Feb 23. Wisma Perwira 24 RAMD mengadakan MMR sempena ‘Dining In’ Pegawai Memerintah 24 RAMD Ke-23 di Wisma Perwira 24 RAMD. MMR ini meraikan Pegawai Memerintah 24 RAMD, Lt Kol Hj Azlifaisal bin Anuar yang mengambil alih pemerintahan “Berbakti Berkorban” pada 19 Dis 22. PERBARISAN HARI ULANG TAHUN 15 RAMD KE-53 24 RAMD JOHAN TINJU PERINGKAT 1 BRIGED MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 50 24 RAMD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) RASAH. 20 Feb 23. Pengarah Infantri, Brig Jen Asri bin Shukor, merasmikan Majlis Pembukaan Kejohanan Sepak Takraw Piala Hashim Yahya 2023. Kejohanan selama lima hari menyaksikan, 24 RAMD dinobatkan juara keseluruhan dalam pertandingan yang disertai 26 pasukan Batalion RAMD. RASAH. 24 Jul 23. Panglima 1 Bgd menyempurnakan Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat 1 Bgd di Surau Al-Abidin. Seramai 37 peserta terdiri dari qari dan qariah mengambil bahagian dalam kategori pegawai, anggota, BAKAT dan kanak-kanak, di majlis yang dianjurkan oleh pasukan 1 SSB. SEREMBAN. 4 Mac 23. Forum Perdana sempena Hari Ulang Tahun 24 RAMD Ke44 disempurnakan di Dewan Sek Keb Dato’ Bandar Rasah. Imam Muda Nazrul Izwan bin Zolkiflee dan Mej (Ust) Mohd Na’im bin Hj Ahmad al-Hafiz mengupas tajuk ‘Mentaliti Elit: Tiket Ke Syurga’. KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PIALA HASHIM YAHYA HARI ULANG TAHUN (HUT) 24 RAMD KE-44 FORUM PERDANA SEMPENA HUT 24 RAMD KE-44
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 51 24 RAMD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) RASAH. 18 Mac 23. Pengerusi BAKAT 24 RAMD, Puan Elin Azlin binti Kamarulzaman, mempengerusikan Mesyuarat Agung BAKAT 24 RAMD di Dewan Dato’ Abdullah, Kem Rasah. Mesyuarat membincangkan aktiviti tahunan, perlantikan AJK dan cadangan baru. RASAH. 21 Mac 23. Sempana HUT, 24 RAMD ke-44, pasukan menganjurkan Pertandingan Larian 4.4 km dan Majlis Pemakaian Pangkat Mega kepada 104 anggota. Acara disertai Pegawai Memerintah dan warga pasukan yang dilaksanakan di sekitar Rasah. SEREMBAN. 19 Ogos 23. Warga 24 RAMD bersama-sama dalam Program Gotongroyong Madani bersama agensi awam di Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya. Antara aktiviti yang dijayakan ialah mengecat bangunan dan pembaikan fasilitas sukan. MESYUARAT AGUNG BAKAT 24 RAMD LARIAN 4.4 KM SEMPENA HUT PASUKAN GOTONG-ROYONG MADANI
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 52 24 RAMD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) SEREMBAN. 31 Ogos 23. 24 RAMD menjayakan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sembilan dengan pengelibatan sebagai Kumpulan Kawalan Kehormatan Utama (KKU), kontinjen Perbarisan Tempur dan pertunjukan Tempur Tanpa Senjata (TTS) yang diadakan di Padang Majlis Bandaraya Seremban. RASAH. 30 Sep 23. Panglima 1 Briged, Pegawai Memerintah 24 RAMD dan warga 1 Bgd memeriahkan Program Jualan Agro Madani. Program dengan FAMA diadakan setiap bulan bagi warga tentera mendapatkan barangan pada harga yang berpatutan. RASAH. 6 Okt 23. Ustaz Syamsul Amri Ismail, mengupas tajuk ‘Mentaliti Elit Membina Pasukan Juara!’ menggamit suasana ceria penuh ilmiah di Hangar 24 RAMD. Majlis dihadiri Pegawai Memerintah 24 RAMD dan warga “Berbakti Berkorban” serta disiarkan secara live di facebook. SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-66 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN JUALAN AGRO MADANI UST SYAMSUL DEBAT DI 24 RAMD
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 53 24 RAMD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) PORT DICKSON. 1 Nov 23. KDYMM Al Aminul Karim Sultan Sallahuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah selaku Kolonel Yang Dipertua RAMD mencemar duli ke acara memperingati Pahlawan RAMD di Tugu dan di Pusara RAMD. Persiapan oleh 24 RAMD dan MSS PD dibuat sebaiknya bagi memastikan majlis berjalan lancar. RASAH. 7 Okt 23. Panglima 1 Briged, Brig Jen Mohamad Noorlizam bin Shamsudin. melaksanakan Pemeriksaan Tadbir Tahunan dan Lawatan Ulung ke 24 RAMD. Pada sebelah petang, YBhg Panglima, Pegawai Memerintah 24 RAMD dan warga Berbakti Berkorban menyertai larian 2.4 km. SENDAYAN. 15 Okt 23. 24 RAMD, dinobatkan juara keseluruhan Karnival Sukan 1 Bgd 2023. Karnival selama tiga hari itu mempertandingan futsal, bola tampar, ping-pong dan sepak takraw yang melibatkan pertembungan antara Wisma Perwira, Wisma Bintara, Kelab Petanda dan Kelab Astaka. ACARA MEMPERINGATI PAHLAWAN RAMD PEMERIKSAAN TADBIR DAN LAWATAN ULUNG PANGLIMA 1 BGD 24 RAMD DI KARNIVAL SUKAN 1 BRIGED
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 54 BULETIN 1 BRIGED (04/2024) 24 RAMD / 1 SSB PEDAS. 8 Nov 23. Pegawai Memerintah 24 RAMD, Lt Kol Hj Azlifaisal bin Anuar dan warga Berbakti Berkorban melaksanakan UJL 15 km sekitar Pedas. Latihan bermula di Petron Pedas dan berakhir di Jeram Rekreasi Sungai Talan. RASAH. 31 Jan 23. 1 SSB menganjurkan Hari Pengajian Anggota Bakal Menamatkan Perkhidmatan, di Dewan Titiwangsa. Syarahan disampaikan oleh Persatuan Veteran RSD Cawangan Negeri Sembilan. RASAH. 25 – 28 Jan 23. Seramai lapan orang anggota LLP 1 SSB menyertai Kejohanan Tinju Peringkat 1 Briged di Hangar 24 RAMD. Kejohanan ini bagi mencari wakil yang akan mewakili 1 Bgd ke peringkat 3 Div. UJL 15 KM WARGA BERBAKTI BERKORBAN HARI PENGAJIAN ANGGOTA 1 SSB DALAM KEJOHANAN TINJU
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 55 1 SSB BULETIN 1 BRIGED (04/2024) RASAH. 20 Jan 23. Ketua Skuadron 1 SSB, Lt Kol Wan Mohd Jaie bin Wan Ali, menyaksikan Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Skuadron 1 SSB di antara PW ll Md Asri Abd Wahab dan 1147494 PW II Mohd Shahrul Nizam bin Hj Shapi’in di Dataran 1 SSB. RASAH. 8 Feb 23. Pegawai dan anggota LLP dari 1 SSB, 10 SSB dan pemandu dari 1 Bgd mengikuti Hari Pengajian Trak 1 Tan FFR Cendana Auto. Hari pengajian ini meliputi fungsi kenderaan FFR, pengoperasian Communication Power System (CPS-S20) dan tatacara pemasangan alat komunikasi. SERAH TERIMA TUGAS SARJAN MEJAR SKUADRON HARI PENGAJIAN TRAK 1 TAN FITTED FOR RADIO (FFR) RASAH, 2 Feb 23. Perbarisan Pegawai Tadbir Pasukan, Kapt Nurul Athirah binti Azhar di sempurnakan di Dataran 1 SSB. Anggota diingatkan untuk mengekalkan tahap disiplin yang tinggi serta tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral. PERBARISAN PEGAWAI TADBIR 1 SSB
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 56 1 SSB BULETIN 1 BRIGED (04/2024) RASAH. 24 Feb 23. Anggota 1 SSB melaksanakan UKKI Kawad Pasukan di Kem Rasah. Ujian ini bagi memastikan anggota memahami, mempraktikkan dan dapat melakukan latihan yang ditetapkan. RASAH. 2 Mac 23. Warga 1 SSB melaksanakan UJL 8 km di sekitar dalam dan luar Kem Rasah. Ujian ini menguji kecergasan mental dan fizikal serta daya tahan anggota serta meningkatkan kerjasama antara satu sama lain. RASAH. 3 Mac 23. Kapt Nurul Athirah binti Azhar mengetuai Perbarisan Ketua Skuadron, Lt Kol Wan Mohd Jaie bin Wan Ali dan pemakaian pangkat anggota. Ketua Skuadron mengucapkan tahniah kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat. UKKI - KAWAD 1 SSB LAKSANA UJL 8 KM PERBARISAN KETUA SKUADRON 1 SSB
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 57 1 SSB BULETIN 1 BRIGED (04/2024) RASAH. 14 hingga 15 Mac 23. Kursus Pra Perkahwinan Islam Siri 1/23 anjuran 1 SSB di Dewan Titiwangsa, dihadiri anggota LLP dari pasukan naungan 1 Bgd. Sebanyak lapan sesi ceramah disampaikan oleh penceramah dari Jabatan Arah KAGAT dan JHEAINS. RASAH. 9 Apr 23. Pasukan melaksanakan RANKON yang melibatkan semua pegawai dan anggota LLP. Latihan ini menguji tahap keupayaan dan kesiagaan pasukan dari segi keanggotaan, aset dan logistik. Latihan ini telah diuji oleh Ketua Trup Komunikasi Mej Hjh Noreahan binti Mahdera. RASAH. 13 Apr 23. Warga 1 SSB mengadakan majlis berbuka puasa dan solat tarawih berjemaah bersama Ketua Skuadron, Lt Kol Wan Mohd Jaie bin Wan Ali. Majlis bertujuan menyemarakkan ukhwah serta mengeratkan silaturahim warga 1 SSB. KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM LATIHAN RANKON PASUKAN 1 SSB MAJLIS IFTAR DAN SOLAT TARAWIH
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 58 1 SSB BULETIN 1 BRIGED (04/2024) RASAH. 14 Apr 23. Pemeriksaan ke atas semua kenderaan persendirian milik anggota 1 SSB bertujuan menentukan tahap keselamatan sebelum bercuti Hari Raya Aidilfitri. Selain itu pemeriksaan lesen memandu dan cukai jalan kenderaan turut dilaksanakan. JEMPOL. 27 Mei 23. PJM memindahkan peralatan logistik asrama ke bangunan lain dijayakan dengan kerjasama tiga pegawai dan 56 anggota LLP dari 1 SSB. SIKAMAT. 13 Mei 23. Persatuan Veteran RSD Negeri Sembilan dan 1 SSB menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Perdana KRS, Sikamat. Majlis dihadiri YB Dato’ Haji Zulkefly Mohamad bin Omar, Ketua Pegawai Semboyan, Panglima 1 Bgd dan Pengerusi PVRSDNS. PEMERIKSAAN KENDERAAN DAN CUKAI JALAN PJM DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTERGRASI (SBPI) JEMPOL MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 59 1 SSB BULETIN 1 BRIGED (04/2024) RASAH. 29 Mei 23. Lt Kol Wan Mohd Jaei Wan Ali menyaksikan Serah Terima Tugas Ketua Trup Komunikasi 1 SSB antara Mej Hjh Noreahan binti Mahdera dengan Kapt Nurul Athirah binti Azhar sebagai pemangku Ketua Trup Kom yang baru. Perbarisan melibatkan dua pegawai dan 58 anggota LLP. RASAH. 18 Jun 23. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Ketua Skuadron dan dipengerusikan oleh Pengerusi BAKAT 1 SSB, Puan Azeliana binti Embong. Seramai 53 ahli BAKAT 1 SSB, menghadiri mesyuarat dan diikuti dengan Majlis Hi-Tea BAKAT yang diadakan di Wisma Perwira. RASAH. 27 Jun 23. 1 SSB melaksanakan latihan RANKON peringkat 1 Bgd yang turut menerima kehadiran Panglima 1 Bgd. Latihan ini bagi menguji tatacara memanggil balik anggota untuk berkumpul di pasukan, kesiagaan asset, logistik dan anggota. PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KETUA TRUP KOMUNIKASI MESYUARAT AGUNG DAN MAJLIS HI-TEA BAKAT LATIHAN RANCANGAN KONTIGENSI
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 60 1 SSB BULETIN 1 BRIGED (04/2024) RASAH. 28 Jun 23. Pegawai dan anggota LLP menghadiri mesyuarat kebajikan yang dipengerusikan oleh Ketua Skuadron, Lt Kol Wan Mohd Jaie Wan Ali. Mesyuarat membincangkan kedudukan kewangan, aktiviti dan kebajikan warga 1 SSB. SELANDAR. 4 Jul 23. Seramai 69 calon pegawai dan 10 anggota juruarah berpangkat PW 2 serta SSjn menjayakan kursus anjuran 1 SSB di ILP Selandar. Calon didedahkan dengan kelas teori dan praktikal, serta diuji dengan ujian semboyan. RASAH. 5 Jul 23. Dua pegawai dan 75 anggota LLP 1 SSB terlibat dalam UKA di sekitar Kem Rasah. Ujian dimulakan dengan taklimat laluan yang disampaikan oleh Jurulatih Jasmani dan diuji oleh tim pemeriksa AKPAT. MESYUARAT KEBAJIKAN 1 SSB KURSUS BIMBINGAN KENAIKAN PANGKAT LT KE KAPT (AMALI) UJIAN KECERGASAN ASAS (UKA) AKPAT 1 SSB
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 61 1 SSB BULETIN 1 BRIGED (04/2024) RASAH. 30 Ogos 23. Ketua Skuadron, Lt Kol Wan Mohd Jaie Wan Ali menyempurnakan pemakaian pangkat anggota LLP sempena Perbarisan Ketua Skuadron di Dataran 1 SSB. Beliau memperingatkan warga 1 SSB terus mengekalkan disiplin, komited dalam menjalankan tugas dan mengekalkan keharmonian di pasukan. RASAH. 23 Ogos 23. Seramai 32 anggota LLP terlibat dalam Perbarisan Sarjan Mejar Skuadron (SMS) PW II Mohd Shahrul Nizam bin Hj Shapi’in. SMS mengingatkan semua anggota menjaga disiplin dan tatatertib agar tidak menyalahi undang-undang yang boleh disabitkan kesalahan. RASAH. 24 Ogos 23. Pegawai Tadbir Pasukan, Lt Muhammad Adib bin Abdul Hamid dalam ucapannya mengingatkan anggota perbarisan untuk mengekalkan disiplin yang tinggi dengan tidak terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral yang boleh menjejaskan diri dan nama baik pasukan. PERBARISAN KETUA SKUADRON PERBARISAN SARJAN MEJAR SKUADRON 1 SSB PERBARISAN PEGAWAI TADBIR PASUKAN 1 SSB
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 62 1 SSB BULETIN 1 BRIGED (04/2024) RASAH. 23 Sept 23. Panglima 1 Briged, Brig Jen Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin melaksanakan Lawatan Ulung dan Pemeriksaan Tadbir Tahunan ke 1 SSB. YBhg Panglima turut melakukan UKA bersama warga pasukan dan menekan 4 prinsip iaitu niat, percakapan, perbuatan dan tertib. SEREMBAN. 9 Sept 23. Warga 1 SSB bersama-sama dalam Program Gotong Royong Madani di SMK Dato’ Syeikh Ahmad. Kolaborasi antara tentera, guru dan PIBG dimanfaatkan dengan kerjakerja memotong rumput, mencuci longkang, membersihkan perimeter dan memindahkan peralatan sekolah. SEREMBAN. 8 Sept 23. Tiga pegawai dan 25 anggota LLP dari 1 SSB melaksanakan UJL 12 km di sekitar Rasah dan berjaya menamatkan ujian dalam tempoh masa yang diberikan. LAWATAN ULUNG PANGLIMA 1 BGD KE 1 SSB PROGRAM GOTONG ROYONG MADANI UJIAN JALAN LAJU 12 KM
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 63 1 SSB BULETIN 1 BRIGED (04/2024) SEREMBAN. 12 Okt 23. Ketua jurulatih bomba memberikan taklimat keselamatan dan pemakaian peralatan abseiling kepada dua pegawai dan 37 anggota LLP 1 SSB yang melaksanakan UKT, abseiling di Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2. SEREMBAN. 10 Okt 23. Warga 1 SSB menunjukkan bakat dalam karnival sukan yang mempertandingkan acara futsal, ping pong, bola tampar dan sepak takraw yang diadakan di Kem Rasah dan Gelanggang Futsal Taman Dusun Nyior. SEREMBAN. 21 Okt 23. Pengerusi BAKAT dan ahli BAKAT 1 SSB terlibat dalam Majlis Lawatan Ulung Pengerusi BAKAT 1 Bgd, Puan Amiliana binti Abdullah ke BAKAT Gabungan Kem 1 Bgd dan 1 SSB. 1 SSB LAKSANA UKT KOMPONEN TIGA KARNIVAL SUKAN 1 SSB LAWATAN ULUNG PENGERUSI BAKAT 1 BRIGED
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 64 1 KOMP ANGKUT KPD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) PORT DICKSON. 16 -18 Jan 23. 1 Komp KPD melaksanakan Simulasi Kompeni Angkut di medan. Simulasi berkonsepkan peperangan konvensional didedahkan secara amali dan dibahagikan kepada empat jenis operasi iaitu Troop Lifting, Distribution Point, Drop Zone dan Petrol Point. SIMULASI KOMPENI ANGKUT DI MEDAN TERENDAK. 14-16 Feb 23. Seramai tiga pegawai dan 124 anggota LLP melaksanakan LMIT di LS 400m Kem Terendak. Latihan yang dilaksanakan ialah ujian menembak dalam empat kedudukan di jarak 100m dan tiga praktis iaitu tembak dan gerak, tempur rapat dan menembak malam. PORT DICKSON. 21 Mac 23. Pegawai Pemerintah, Mej Mohd Faiz Md Yassin mempengerusikan Mesyuarat Kebajikan dan merasmikan Program Free Market 1 Komp Angkut KPD. Program ini memberi peluang kepada warga pasukan untuk bertukartukar barangan terpakai secara percuma mengikut keperluan masing-masing. LATIHAN MENEMBAK INDIVIDU DAN TIM (LMIT) MESYUARAT KEBAJIKAN DAN PELANCARAN FREE MARKET
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 65 1 KOMP ANGKUT KPD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) PORT DICKSON. 5 Apr 23. Hari Pengajian pengendalian dapur medan peringkat pasukan disampaikan Sjn Shahrin Kamaruddin dari 24 RAMD. Mobile Food Kiosk digunakan bagi menguji kecekapan dan kemahiran teknikal anggota ketika mengendalikan dapur medan. PORT DICKSON. 29 Jun 23. Pegawai Pemerintah dan warga 1 Komp Angkut KPD bersama-sama melaksanakan ibadah korban sempena Hari Raya Aidil Adha peringkat pasukan. Kerjasama yang dipamerkan mengeratkan silaturahim dan kesyukuran warga pasukan. PORT DICKSON. 16 Mei 23. Perbarisan Pegawai Tadbir 1 Komp Angkut KPD, Kapt Izzati Liyana Mohamed Zainodi, dihadiri 82 anggota LLP. Beliau mengingatkan warga pasukan meningkatkan mutu disiplin dan patuh arahan dari pihak atasan. HARI PENGAJIAN MOBILE FUEL KITCHEN (MFK) MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA PERBARISAN PEGAWAI TADBIR
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 66 1 KOMP ANGKUT KPD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) PORT DICKSON. 12 Ogos 23. Pegawai Pemerintah, Mej Mohd Faiz bin Md Yassin dan warga pasukan menyertai larian yang mempraktikan amalan gaya hidup sihat serta aktif dalam mengekalkan kompetensi sebagai seorang anggota tentera. PORT DICKSON. 4 Sep 23. Sempena Perbarisan Pegawai Pemerintah, Mej Mohd Faiz bin Md Yassin turut memakaikan pemakaian pangkat KSM. Dalam ucapannya, beliau menekankan tahap disiplin yang tinggi dan pasukan dapat mengekalkan sifar kes tatatertib bagi penggal kedua 2023. PORT DICKSON. 21 Jul 23. Sempena karnival sukan pasukan, pertandingan bola tampar antara cawangan diadakan dan pemenang ditentukan mengikut kiraan sistem liga. Aktiviti sebegini dapat meningkatkan kesihatan fizikal, mental dan sosial warga pasukan. FUN RUN 8 KM 1 KOMP ANGKUT KPD PERBARISAN PEGAWAI PEMERINTAH 1 KOMP ANGKUT KPD SEMPENA KARNIVAL SUKAN 1 KOMPENI ANGKUT KPD
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 67 1 KOMP ANGKUT KPD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) PORT DICKSON, 4 Nov 23. Pertandingan ini bagi mengeratkan silaturahim dan mencungkil bakat memasak. Seramai 14 ahli BAKAT dari 7 kumpulan bertanding dalam pertandingan yang bertemakan Kenangan Manis Mengikat Rasa. PORT DICKSON, 6 Dis 23. 1 Komp Angkut KPD melaksanakan program penyembelihan teori, diikuti amali menyembelih 2 ekor kambing dan 50 ekor ayam. Program diteruskan dengan gotong -royong memasak untuk jamuan makan tengah hari. PERTANDINGAN MASTERCHEF BAKAT 1 KOMP ANGKUT KPD PROGRAM PENYEMBELIHAN TEORI DAN AMALI
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 68 1 WKSP BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) PORT DICKSON. 7 Feb 23. Pegawai Pemerintah 1 Wksp Bgd, Mej Adlin binti Adam menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota serta Anugerah Khas Pegawai Pemerintah sempena Perbarisan Pegawai Pemerintah yang dihadiri pegawai, anggota LLP dan kakitangan awam. TERENDAK. 14 Feb 23. Seramai tiga pegawai dan 79 anggota LLP melaksanakan LIMIT di LS Kem Terendak. Latihan selama tiga hari mendedahkan anggota dengan latihan menembak dalam situasi berbeza. PERBARISAN PEGAWAI PEMERINTAH 1 WKSP BGD LAKSANA LIMIT PORT DICKSON. 7 Feb 23. Pegawai Pemerintah, Mej Adlin binti Adam mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri warga 1 Wksp Bgd. Mesyuarat ini merupakan medium dalam menyuarakan pendapat dan mendengar isu kebajikan warga pasukan. MESYUARAT KEBAJIKAN PASUKAN
BULETIN 1 BRIGED EDISI 4/2023 69 1 WKSP BGD BULETIN 1 BRIGED (04/2024) PORT DICKSON. 13 Mei 23. Pengerusi BAKAT 1 Wksp Bgd, Puan Noor Haziqah binti Hamdan, mempengerusikan Mesyuarat Agung BAKAT 1 Wksp Bgd. Mesyuarat dihadiri semua ahli BAKAT pasukan, membincangkan aktiviti 2023 dan perkara kebajikan. PORT DICKSON. 3-7 Apr 23. Lt Kol Mohamad Shariff bin Hj Razuli, mengetuai Tim Pemeriksaan Pakar JLJ, melaksanakan Pemeriksaan Pakar JLJ di 1 Wksp Bgd. PORT DICKSON. 13 -14 Apr 23. Seramai 38 anggota LLP mengikuti Program Semarak Rohani dan Penghayatan Solat Peringkat 1 Bgd di Surau Al-Hidayah Kem Kampung Sawah IJED. Mejar Adlin binti Adam, Pegawai Pemerintah 1 Wksp Bgd menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta program. PORT DICKSON. 28 – 30 Mac 23. Pegawai dan anggota LLP dari 1 Wksp Bgd,1 Komp KPD dan Markas Staf Stesen Port Dickson mengambil ujian Bahasa Inggeris di Bilik Gerakan 1 Wksp Bgd. MESYUARAT AGUNG BAKAT PROGRAM SEMARAK ROHANI DAN PENGHAYATAN SOLAT PEMERIKSAAN PAKAR JLJ DI 1 WKSP BGD UJIAN BAHASA INGGERIS ZON PORT DICKSON