KOMUNIKASI TULISAN
AHLI KUMPULAN:
ZULISKANDAR BIN ZULKIFLI
WAN NURUL SYAMILAH BINTI WAN ISMAIL
SHARIFAH NUR ANTASIA BALQIS BINTI SYD
BAKAR
SHADIHAH AISYAH BINTI MD SHAMIR
SITI NUR ATHIRAH BINTI ROSLI
MINGGU 6
Padlet & Classkick
MINGGU 7
Surat rasmi
Kertas cadangan
Minit mesyuarat agung
Teks ucapan
Zuliskandar Bin Zulkifli
Surat Rasmi
Ali Bin Ahmad
101, Lorong 3, Taman Jaya,
05300, Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Pengetua 23 OKTOBER 2021
Sekolah Kebangsaan Ria Perdana,
05300, Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tuan,
PEMAKLUMAN KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH
Dengan segala hormatnya, saya selaku guru pelatih di SK Ria Perdana ingin menjelaskan sebab saya tidak dapat
hadir menjalankan tugas pada 22 Oktober 2021.
2. Hal ini adalah kerana, pada 21 Oktober 2021, saya telah mengalami demam panas sehingga tidak
mampu menjalani rutin seharian dengan baik.
3. Masalah ini telah menyebabkan saya terpaksa pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan setelah
demam saya tidak surut-surut. Turut disertakan sijil cuti sakit yang saya perolehi daripada doktor yang
membolehkan saya bercuti sehari.
Saya berharap pihak tuan dapat memahami masalah yang dihadapi oleh saya dan saya juga berharap tua n dapat
mempertimbangkan surat ini.
Sekian, terima kasih,
Yang benar,
ALI BIN AHMAD
…………………..
ALI BIN AHMAD
MINIT MESYUARAT
SEKOLAH KEBANGSAAN RIA PERDANA
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU- BIL 02(2021)
Tarikh :19 OKTOBER 2021
Masa : 1.00 p.m- 4.00 p.m
Tempat : Bilik mesyuarat
Pengerusi : Ketua Panitia Bahasa Melayu
Kehadiran( Bilangan) : 12/12
Turut hadir( jika ada) : Tiada
1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Puan Alia Binti Ali mengalu-alukan kehadiran para guru dan mengucapkan terima
kasih atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan.
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
1.2 Dicadangkan untuk disahkan oleh Puan Asiah Binti Ahmad
1.3 Disokong untuk pengesahan oleh Encik Amir Bin Rosli
3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Program Bacalah Buku tidak dijalankan pada setiap waktu PdP sebaliknya hanya
seminggu sekali pada hari ahad selepas tamat perhimpunan.
3.2 Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Kelima diedarkan kepada semua pelajar
darjah 6.
Makluman: Semua guru
4 PEMBENTANGAN ISU SEMASA
4.1 Pelaksanaan PdP
4.1.1 Pengerusi mengingatkan para guru untuk agar melaksanakan
aktiviti menarik sepanjang PdP bagi menarik minat pelajar untuk
belajar kerana para pelajar yang baru sahaja masuk ke sekolah
selepas berbulan-bulan belajar secara atas talian pasti merasa
tertekan dan stress.
TEKS UCAPAN
Terima kasih saudari pengerusi majlis
Bismillahhirahmannirrahim,
Assalammualaikum WBT dan salam sejahtera,
Yang Berbahagia Datin Dr Alia Binti Haji Harun , Timbalan Pengarah Universiti Pendidikan Sultan idris, ketua-
ketua jabatan, ketua-ketua unit, para pensyarah dan para siswa dan siswi sekalian. Alhamdulillah, syukur kita ke
hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya, kita masih boleh bersama bagi menyempurnakan Majlis
Perasmian Penutupan Minggu Orientasi Pelajar Baharu untuk pelajar Ambilan sesi 2020/2021 secara atas talian.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar. Umum
mengetahui bahawa untuk diterima sebagai seorang penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris, setiap
individu perlu memperolehi keputusan SPM yang cemerlang.Hal ini demikian kerana para siswa dan siswi ialah
bakal menjadi seorang guru di masa hadapan. Guru merupakan satu profesion mulia yang menjadikan seorang
insan itu manusia. Manusia yang dapat memberikan sumbangan kepada agama, bangsa dan negara. Peranan
yang dimainkan oleh seorang guru sangat penting sehingga tidak ada manusia yang berjaya tanpa kehadirannya.
Oleh itu, sebagai seorang pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris, anda semua haruslah sentiasa bersedia
untuk menimba ilmu dan memperbaiki diri agar mampu menjadi seorang guru yang cemerlang suatu hari kelak.
Para pelajar yang saya kasihi sekalian,
Sebagai seorang pelajar, anda haruslah mempunyai disiplin yang tinggi dan bertanggungjawab. Setiap pelajar
berperanan dalam memartabatkan dan menguasai ilmu pengetahuan. Dunia telah menyaksikan dan sejarah
telah membuktikan bahawa sejak zaman awal generasi manusia, ilmu memainkan peranan penting di dalam
menentukan kegemilangan dan kejatuhan sesuatu tamadun. Sehubungan dengan itu, pelajar harus
menyematkan di sanubari bahawa dengan tindakan yang positif, proaktif dan progresif, pelajar mampu
menangkis tanggapan negatif terhadap seorang pelajar sekaligus memantapkan jati diri sendiri untuk terus
bersemangat menuntut ilmu.
Para pelajar yang saya kasihi sekalian,
Menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru bukanlah satu perkara yang mudah. Bagi seorang pendidik,
tugas mereka bukanlah hanya mengajar mengikut silibus yang telah disediakan. Selain daripada memastikan
sukatan pelajaran berjaya ditamatkan mengikut ketetapan masa yang dijadualkan, tanggungjawab untuk
membimbing para pelajar dengan nilai-nilai murni tidak seharusnya diabaikan. Gurulah yang berperanan
membentuk pelajar menjadi insan yang bermoral tinggi dan mengukuhkan jati diri seseorang pelajar. Lantaran
itu seorang guru haruslah mencurahkan ilmu-ilmu dengan sepenuhnya secara keseluruhan di samping memberi
bimbingan dengan penuh dedikasi dan kasih sayang.
Oleh itu, saya berharap agar semua pelajar sentiasa cekal dan komited untuk mengharungi kehidupan baharu di
alam universiti. Malah, saya yakin bahawa kalian semua mampu menyesuaikan diri dengan corak pendidikan
semasa. Bak kata pepatah, “alah bisa, tegal biasa.” Sebelum mengakhiri bicara, saya ingin mengucapkan syabas
sekali lagi kepada semua pelajar atas kejayaan meneruskan pelajaran di univerisiti ini. Sekadar itu sahaja ucapan
saya pada kali ini.
Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Kertas kerja Projek
KERTAS KERJA
Program 30 minit nasihat santai
HARI & TARIKH
SABTU (Dua Minggu Sekali)
TEMPAT
PLATFORM GOOGLE MEET
TEMA
“REMAJA INSPIRASI SEJAGAT”
ANJURAN
BADAN DAKWAH DAN KEROHANIAN
MAKTAB MAHMUD POKOK SENA(SABK)
1.0 PENGENALAN
Segala puji bagi Allah, Pentadbir alam buana, Penguasa pada percaturan hidup manusia. Segugus cinta
buat junjungan tercinta Rasulullah s.a.w, ikon mukmin sedunia. Di dalam usaha melestari generasi
Rabbani, menunjang agama, menggilap potensi diri agar terus memiliki sahsiah dan akhlak yang murni,
maka sesuatu perlu dilakukan. Program 30 Minit Nasihat Santai ini dicetus dan diilhamkan buat
merealisasikan hasrat dan cita-cita itu. Semoga generasi yang bakal lahir adalah generasi Rabbani yang
sentiasa menunjang agama di setiap pojok kehidupan.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Menyuntik semangat, dorongan serta keazaman baru untuk terus semangat dalam menuntut
ilmu di sekolah.
2.2 Membimbing pimpinan baru ke arah pembinaan individu muslim dan mengenali potensi diri
seterusnya memanfaatkannya secara optimum.
2.3 Melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia, berpengetahuan luas serta berfikiran terbuka
untuk menjadi pelajar yang cemerlang serta pemimpin yang berkotemporari agar menjadi
qudwah kepada yang dipimpin dan masyarakat sekeliling.
3.0 NAMA PROGRAM
Program 30 Minit Nasihat Santai
4.0 TEMA PROGRAM
“Remaja Inspirasi Sejagat”
5.0 TARIKH/HARI
Sabtu (Dua Minggu sekali)
6.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Bermula 9 Oktober 2021
7.0 LOKASI
Platform Google Meet
8.0 ANJURAN
Badan Dakwah dan Kerohanian 2021
Maktab Mahmud Pokok Sena
9.0 SASARAN
Semua Warga Maktab Mahmud Pokok Sena
10.0 TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk lampiran 1
11.0 GURU PENGELOLA
Guru-guru Badan Dakwah dan Kerohanian 2021
12.0 ORGANISASI PELAKSANA
Sila rujuk lampiran 2
13.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Sila rujuk lampiran 3
14.0 PENUTUP
Jawatankuasa pelaksana Badan Dakwah Dan Kerohanian 2021 akan berusaha mempertingkatkan mutu
pengendalian program ini agar apa yang dihasratkan tercapai. Walau bagaimanapun, untuk mengubah
atau membina kefahaman manusia bukanlah suatu usaha yang boleh dilaksanakan dalam jangka masa
yang singkat. Keberkesanan program adalah jangka masa panjang yang perlu dipantau oleh semua pihak.
Jika semua berganding bahu memikul tanggungjawab dakwah ini maka sudah tentu generasi yang terbaik
akan lahir semula membawa kebenaran Islam di dalam masyarakat. Oleh itu kerjasama semua pihak
amatlah diperlukan, sekian, Terima Kasih .
DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH:
………………………………………. ………………………………………………..
(ZULISKANDAR BIN ZULKIFLI) (USTAZ AMINUDDIN BIN AHMAD)
Pengarah, Guru Pengelola,
Program 30 Minit Nasihat Santai, Badan Dakwah &Kerohanian 2021,
Badan Dakwah & Kerohanian, Maktab Mahmud Pokok Sena(SABK)
Maktab Mahmud Pokok Sena (SABK)
DILULUSKAN OLEH:
DISAHKAN OLEH:
…………………………………………….
……………………………………………. (PUAN AISYAH BINTI ABDULLAH, BCK.)
(USTAZ MOHD ALAWI BIN ABDUL QUDDUS) Pengetua,
Penolong Kanan HEM, Maktab Mahmud Pokok Sena(SABK).
Maktab Mahmud Pokok Sena(SABK).
Lampiran 1
Tentatif Program 30 Minit Nasihat Santai
SABTU (Dua Minggu Sekali))
8.30 Malam : Alunan Qasidah
9.00 Malam : Tazkirah Bermula (Tazkirah dari pelajar)
10.30 Malam : Tazkirah Tamat
10.35 Malam : Bersurai
Lampiran 2
ORGANISASI PERLAKSANA
PENAUNG : PUAN AISYAH BINTI ABDULLAH
PENASIHAT (PENGETUA MAKTAB MAHMUD POKOK SENA,SABK)
: USTAZ MOHD ALAWI BIN ABDUL QUDDUS
JAWATANKUASA GURU-GURU PENGELOLA
PENGARAH : USTAZ AMINUDDIN BIN AHMAD
TIM. PENGARAH : USTAZAH AMINAH BINTI ABDUL WAHAB
SETIAUSAHA : USTAZ MANSOR BIN ABDUL LATIF
BENDAHARI : USTAZ ABDUL HALIM BIN MD. NOOR
AJK : USTAZAH NORFAIZAH BINTI AHMAD SHAHABUDDIN
: USTAZAH ILMI MUSFIROH BINTI AHMAD HALAMI
JAWATANKUASA PELAKSANA :
PENGARAH : ZULISKANDAR BIN ZULKIFLI (GURU PELATIH)
TIMB.PENGARAH : NURUL KHAISATUL ANIS BINTI KASSIM
SETIAUSAHA : AHMAD A’SEM BIN AHMAD ZAKI
TIMB. SETIAUSAHA : ‘ALIATUL JANNAH BINTI MOHD YUSRIZAL
BENDAHARI : SHAMSUL QHOMAR BIN CHE AHMAD
TIMB.BENDAHARI : AINUL MASYITOH BINTI MAZLAN
AHLI JAWATANKUASA :
UNIT URUS SETIA : MUHAMMAD NUAIM ‘ULWAN BIN ROSMANIZAM
: HANIS SYAHIRAH THAQIFAH BINTI MT SUKERI
UNIT PENGISIAN : NUR MUHAMMAD BIN ABD KADIRJELANI
: NURUL HUSNA BINTI ABU BAKAR
UNIT MULTIMEDIA/TEKNIKAL : AMIR HAZIQ I’RFAN BIN ISMAIL
: SITI NUR RUMIZA BINTI YUSOFF
Lampiran 3
ANGGARAN BELANJAWAN BAGI PROGRAM BRAINSTORMING BDK
Anggaran Pendapatan Perincian Jumlah (RM)
Bil Perkara RM 350
1 Peruntukan Lembaga Maktab Mahmud (LMM)
2 RM 350
3
Jumlah
Anggaran Perbelanjaan Kuantiti Jumlah (RM)
Bil Perkara RM 350
1 Cenderahati
Urusetia
2
3
Jumlah RM 350
WAN NURUL SYAMILAH BINTI
WAN ISMAIL
SURAT RASMI
Persatuan Bahasa Arab,
Sekolah Kebangsaan Sri Jaya,
31200 Ipoh,
Perak
______________________________________________________________________
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sri Jaya,
31200 Ipoh,
Perak
Tuan,
PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MASJID NEGARA
Saya sebagai guru pelatih dalam Persatuan Bahasa Arab sekolah ini ingin memaklumkan
bahawa persatuan kami bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Masjid
Negara pada 28 November 2021.
2. Rombongan ini terdiri daripada 25 orang pelajar dan 3 orang guru pembimbing. Tujuan
kami mengadakan lawatan ini adalah sebagai satu proses pembelajaran yang diluar kelas
supaya dapat membuka minda murid-murid dalam mengamati keindahan pembinaan Masjid
Negara.
3. Oleh yang demikian, saya berharap agar pihak Tuan dapat mempertimbangkan dan
meluluskan permohonan ini.
4. Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan amat kami hargai. Saya dahulukan
dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian .
Yang menjalankan tugas,
Syamilah
Setiausaha Persatuan Bahasa Arab,
Sekolah Kebangsaan Sri Jaya.
MINIT MESYUARAT
MINIT
MESYUARAT JAWATANKUASA SEKOLAH KALI KE-2
SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING JAYA
Tarikh : 15 Januari 2021
Hari : Selasa
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran :
1. Puan Nora Binti Kamal
2. Puan Nur Syazirah Binti Mohd Amin
3. Encik Jalaluddin Bin Fauzi
4. Encik Zaril Bin Sharul
5. Encik Faizul Bin Rahman
6. Encik Farhan Bin Samat
7. Puan Azura Binti Azman
8. Puan Farah Binti Fakhrul
Tidak Hadir :
1. Encik Razuan Bin Syukur
2. Puan Sarah Binti Ahmad
3. Puan Qaisarah Binti Dahlan
CATATAN MESYUARAT
1. Perutusan pengerusi mesyuarat
1.1. Ucapan salam dan alu-aluan kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat
kali pertama bagi sesi persekolahan 2021
1.2. Mengalukan kehadiran guru baru
1.3. Taklimat ringkas mengenai isi kandungan mesyuarat
1.4. Menyampaikan aktiviti atau program yang akan dilakukan pada tahun ini
2. Perkara Berbangkit
2.1. Semua guru hendaklah menjalankan sesi pembelajaran mengikut waktu .
2.2. Guru mata pelajaran hendaklah menyediakan soalan bagi peperiksaan.
2.3. Unsur KBAT diterapkan semasa sesi pembelajaran di dalam kelas.
2.4 Guru hendaklah menghabiskan silibus selewat-lewatnya bulan Ogos bagi murid tahun
6 dan diiringi dengan ulang kaji.
3. Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21
3.1. Pengerusi menyatakan bahawa semua guru perlu mengubah ‘mind set’ dengan
mengadakan pdp yang berpusatkan pelajar
3.2. Susunan kelas hendaklah berdasarkan susunan kelas abad ke-21
3.3. Semua guru digalakkan menggunakan alat bantu mengajar
3.4. Mempelbagaikan cara pdp agar lebih berkesan
4. Penutup
4.1. Ucapan terima kasih kepada pengerusi majlis
4.2. Tarikh mesyuarat berikutnya akan dimaklumkan
4.3. Mesyuarat akan ditangguhkan pada minggu hadapan
Disediakan oleh: Wan Nurul Syamilah
Minit Mesyuarat disediakan pada : 17 Januari 2021
TEKS UCAPAN
Assalamualaikum w.b.t.
Yang berusaha Tuan guru besar, Encik Mohd Hanif Bin Ahmad, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, Puan Rozaimah Binti Sufyan, Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Azim Bin Manaf,
guru-guru serta murid-murid yang saya kasihi sekalian.
Saya sebagai guru pelatih di sekolah ini, ingin menyampaikan ucapan ribuan terima kasih
kepada pihak sekolah kerana mengizinkan saya menjalankan praktikum di sekolah ini.
Sepanjang saya disini, saya amat bersyukur kerana layanan yang diberikan oleh semua warga
di sekolah ini kepada saya amatlah baik. Memandangkan minggu ini merupakan minggu akhir
saya di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada
guru-guru yang telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang
saya di sini.
Selain itu, kerjasama dari pihak murid-murid amatlah saya hargai kerana menunjukkan sikap
yang baik dan positif. Banyak aktiviti yang saya lakukan disini bersama murid-murid mendapat
sambutan yang meriah dan terima baik . Sikap murid-murid yang sentiasa memberi kerjasama
amat memudahkan tugas saya disini. Saya amat berpuas hati dengan sikap yang ditonjolkan
oleh murid-murid di sekolah ini.
Seterusnya, saya ingin merafakkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan
limpah kurniaNya segala tugas dan gerak kerja yang saya jalankan disini berjalan dengan
lancar. Saya berharap agar segala aktiviti yang saya lakukan sepanjang saya disini menjadi
manfaat kepada semua warga di sekolah ini. Saya berharap semoga sekolah ini terus maju
kehadapan. Itu sahaja ucapan daripada saya. Sekian terima kasih.
KERTAS CADANGAN PROJEK
KERTAS CADANGAN
MELAKSANAKAN KECERIAAN KELAS
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2021
ANJURAN UNIT GURU DAN KAUNSELING
_____________________________________________________________________
1. TUJUAN
Kertas cadangan ini bertujuan memohon kepada Guru Besar, melalui mesyuarat Ahli
Jawatankuasa guru dan unit kaunseling untuk menyetujui:
1.1. Mengadakan Program Keceriaan Kelas peringkat sekolah
1.2. Dengan anggaran kos sebanyak RM 5000
2. LATAR BELAKANG
2.1. Merujuk kepada Rancangan Tahunan Unit guru dan kaunseling, memutuskan untuk
melaksanakan Program Keceriaan Kelas di peringkat sekolah pada tahun ini dan
meminta kerjasama daripad pihak PIBG.
2.2. Sehingga sekarang, pihak penganjur memerlukan wang bagi
membuat penambahbaikan di sekolah melalui projek keceriaan bagi
menggantikan pelbagai kerosakan yang berlaku hampir di setiap kelas. Contohnya
kerosakan pintu, struktur cat yang sudah luntur dan cermin tingkap yang pecah.
3. OBJEKTIF PROGRAM
3.1. Objektif program adalah seperti berikut:
i. Menjadikan suasana sekolah lebih ceria dan mendatangkan aura yang positif
kepada murid-murid
ii. Menceriakan bilik darjah supaya lebih efektif dan kondusif supaya memberi
keberkesanan dalam P&P
iii.Memupuk dan membangkitkan semangat kepada murid ketika belajar
4. IMPLIKASI KEWANGAN
4.1. Peruntukan kewangan bagi Program Keceriaan Kelas di peringkat sekolah adalah
sebanyak RM 5000. Maklumat terperinci dalam LAMPIRAN A.
5. CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM
5.1. Program ini akan disertai oleh semua guru dan pihak unit kaunseling serta dibantu
oleh pekerja sekolah atau orang luar yang sesuai
5.2. Program akan mula dijalankan pawa awal bulan depan iaitu 3 November 2021 dan
akan dipantau oleh Pihak Guru Besar dan Penolong Kanan sekolah.
5.2. Program Keceriaan Kelas meliputi aspek berikut :
i) Menggantikan dan membaik pulih pintu kelas yang rosak
ii) Mengecat sebilangan kelas
iii) Menggantikan cermin tingkap yang pecah
6. PENUTUP
6.1. Kertas Cadangan untuk Program Keceriaan Kelas pringkat sekolah tahun 2021
dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan.
7. SYOR
7.1. mengadakan Program Keceriaan Kelas peringkat sekolah tahun 2021
7.2. dengan anggaran peruntukan yang dikemukakan
PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERSETUJUI
Syamilah
Setiausaha,
Kelab Guru,
Sk. Sungai Kertas.
SHARIFAH NUR ANTASIA BALQIS
BINTI SYD BAKAR
1) SURAT RASMI
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah,
26600 Pekan,
Pahang Darul Makmur
Tuan Pengetua, 28 Oktober 2021
Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah,
26600 Pekan,
Pahang Darul Makmur
Tuan,
Meminta Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Pameran Buku
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Bahasa Melayu bercadang mengadakan lawatan
sambil belajar ke pameran buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
2. Lawatan sambal belajar ini bertujuan memberi peluang kepada ahli persatuan membeli buku -buku
sebagai rujukan dan latihan dengan harga yang berpatutan bagi meningkatkan prestasi dalam
pelajaran.
3. Butiran lawatan adalah seperti berikut :
Tarikh : 20 November 2021
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
4. Saya sangat berharap agar permohonan ini dapat dipertimbangkan dengan baik daripada pihak
tuan.Kerjasama daripada pihak tuan amatlah saya hargai.
Sekian,terima kasih.
Yang benar,
Balqis
(SHARIFAH BALQIS BINTI SYD BAKAR)
Guru panitia
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah.
2) MINIT MESYUARAT
Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah
MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM
BIL 1/2021
Tarikh : 20 Mac 2021
Masa : 8:30 pagi
Hari : Selasa
Tempat : Bilik mesyuarat SMATAF
Kehadiran
1) Cik Norfaezah Binti Abas,GPK KOKO -Pengerusi
2) Puan Fadhilah Binti Mohamed -SU Kokurikulum
3) Puan Saadah Binti Ibrahim -SU Sukan
4) En. Zakuan Bin Mustafa -Penyelaras Bomba
5) En.Abdul Muez Bin Abu -Penyelaras JPAM
6) Puan Ros Azzah Binti Umar -Penyelaras PPIM
7) Puan Aznida Binti Farid Kamal -Penyelaras Pandu
Putri
8) Puan Zurida Binti Jeffri -Penyelaras Bola Jaring
9) Puan Sumayyah Binti Abdul Kadir -Penyelaras Bola
Tampar
10) Puan Sakinah Binti Abdul Halim -Penyelaras Ping Pong
11) Puan Murni Binti Abdullah -Penyelaras Bola
Baling
Tidak hadir dengan kenyataan
1)En Mohd Syaikhan Bin Mohd Mokhtar,Pengetua
2)Puan Lailawati Binti Iskandar,GPK HEP
1.0 Ucapan aluan pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua guru ke
mesyuarat induk kokurikulum kali pertama bagi sesi 2021.
2.0 Pengesahan minit mesyuarat bil 3/2021
2.1 Dicadang untuk disahkan : Puan Saadah Binti Ibrahim
2.2 Dicadang untuk disahkan : Puan Fadhilah Binti Mohamed
3.0 Perkara berbangkit
3.1 Pembelian target – Kelab Ping pong
3.1.1 Proses pembelian target kecil sebanyak 2 unit akan diusahakan oleh GPK Kokurikulum.
Tindakan : GPK Koko
3.2 Pengurusan stor sukan
3.2.1 Stor sukan telah disusun atur mengikut kategori peralatan dan kegunaan tapi masih dalam
proses pelabelan. Tindakan : SU Sukan
4.0 Perkara yang dibincangkan
4.1 Postmortem Aktiviti Tahun 2021
4.1.1 Unit beruniform – Bomba
I. 90% daripada aktiviti yang telah dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya. Makluman
II. Aktiviti perkhemahan tidak dapat dilaksanakan dan terpaksa ditunda ke beberapa bulan
Makluman
III. Perkhemahan anjuran Pihak Bomba dan Penyelamat hanya dapat disertai sekali iaitu di
Dataran Bomba dan Penyelamat Pekan,Pahang. Makluman
IV. Bagi cadangan penambaikan,penyelaras memohon kerjasama semua guru untuk turut serta
dalam aktiviti dan keselamatan para peserta. Tindakan : GPK Koko
4.2 Sukan dan Permainan / 1M1S 4.1.3.1
Kelab Bola Jaring
i) Terbahagi kepada dua kumpulan iaitu 1M1S dan Elit SKUB. (Makluman)
ii) 1M1S terdiri daripada 15 orang ahli dan telah diperkenalkan kepada teknik asas bola
jaring walaupun saiz murid agak kecil dan ketinggian yang tidak mencukupi.
Makluman
4.3 Kelab Bola Baling
I. Guru kelab mempunyai tahap pengetahuan yang amat sedikit mengenai permainan ini
dan tidak dapat melatih murid menggunakan teknik yang sepatutnya.
Makluman
II. Kelab memohon untuk mengambil jurulatih luar untuk melatih para pemain bola baling
ELIT. Makluman
5.0 Organisasi Kokurikulum 2021
5.01 Jawatan SU 1M1S akan dipegang oleh Puan Fadhilah Binti Mohamed.
5.02 Penyelaras Putri Islam akan merancang aktiviti bagi semua tingkatan. Tindakan:
Penyelaras Putri Islam
5.03 Senarai murid tingkatan 1 tidak perlu disertakan sebagai ahli Pandu Putri kerana
peruntukan masa untuk mereka hanya 1 jam seminggu.
5.04 Penyelaras Putri Islam memohon khidmat bantu dari luar untuk mengajar teknik ikatan
dan pembinaan gadget. Makluman
5.05 Nama S/U Sukan akan dikeluarkan daripada rumah sukan kerana beliau akan sibuk
sepanjang kejohanan. Makluman
5.06 Aktiviti kokurikulum akan dilaksanakan pada hari Rabu, jam 2-5 petang. Makluman
5.07 Pembahagian masa adalah seperti berikut:-
a) 2.00-4.00 petang = Unit beruniform/ Kelab & Persatuan
b) 4.00-5.00 petang = 1M1S / Sukan & Permainan Makluman
5.08 Aktiviti sukan ELIT 1M1S
a) Isnin - Bola Jaring (5.00 – 6.00 ptg)
b) Selasa - Bola Baling (5.00-6.00ptg),
c) Khamis – Ping-Pong (7.10 – 7.40 pagi)
d) Jumaat – Bola Tampar(4.30 -6.30 ptg) Makluman
5.0.9 Semua guru hendaklah hadir mengikut jadual yang telah ditetapkan. Guru perlu menanda tangan
borang kehadiran dan memaklumkan GPK jika tidak dapat hadir. Makluman
5.0.10 Bagi murid yang mahu memakai pakaian seragam pengakap, ia perlu lengkap dan kemas.
Makluman
5.0.11 Guru digalakkan membuat mini pertandingan dan menghantar kertas kerja kepada GPK.
Makluman
6.0 Perancangan Kokurikulum 2021 (Sekolah/ Daerah)
6.1 Perancangan strategik untuk kelab dan persatuan perlu dibuat mengikut sasaran guru dan
keupayaan murid. Makluman
6.2 Surat penubuhan yang lengkap perlu diserahkan pada 22 Mei 2021. Guru boleh merujuk fail dalam
bilik fail. Tindakan: Semua penyelaras.Takwim Kokurikulum PPPDKP bagi tahun 2020 amat padat.
Makluman
6.3 Takwim akan diedar kepada setiap guru untuk memilih acara yang ingin disertai dan melatih murid
mengikut kesesuaian masa. Makluman
6.4 Pemilihan murid untuk menjadi wakil perlu diadakan secara mini pertandingan untuk mengelak
daripada berlakunya salah faham. Tindakan:Semua guru
Hal-hal lain
7.0 Papan kenyataan Kokurikulum telah disediakan dan diminta guru menampal bahan yang
berkaitan, jika ada. Makluman
7.1 Penyelaras Kelab PEMASA mencadangkan agar perkhemahan di sekolah dapat diadakan sebagai
persediaan murid untuk menyertai jambori anjuran luar. Tindakan : GPK Koku
7.2 Sumbangan kejohanan sukan 2020 berjumlah RM6000.00. Semoga guru dapat bekerjasama untuk
mencari sumbangan yang lebih banyak bagi program tahun ini. Makluman
Penutup
7.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas semua idea yang telah disumbangkan untuk
menjayakan Unit Kokurikulum SMATAF bagi tahun 2021. Makluman
3) UCAPAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Yang dihormati barisan Penolong Kanan Sk Keratong 2,
Guru Penolong Kanan Kurikulum,Puan Rajihan Binti Mohamed,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar,Puan Saadah Binti Ibrahim,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,Cik Faezah Binti Abas,
Yang saya kasihi serta diraikan, barisan guru-guru Sk Keratong 2
Serta anak –anak didik SKKD yang cemerlang terbilang dan gemilang.
Pertamanya, marilah kita melafazkan rasa kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya, dapat kita berada dalam majlis yang mulia ini dan kita dapat bersama-sama meraikan
Sambutan Hari Guru Peringkat SK Keratong 2 bagi Tahun 2021 dalam suasana yang ceria, harmoni dan
tenang. “Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu” itulah tema perayaan hari guru pada tahun ini.
Menjadi contoh, mencurah ilmu,
Tak kenal lelah, tak tahu jemu;
Itulah cikgu, itulah guru,
Besar jasanya sejak dahulu.
Guru-guru yang dikasihi,
Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya banyak mengimbau kenangan
manis tentang peranan guru yang telah diberi kepercayaan untuk mendidik anak bangsa. Masyarakat
sentiasa memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak terhinggaterhadap tugas dan peranan
guru. Pengiktirafan ini menandakan harapan dan kepercayaan yang sangat tinggi terhadap komitmen
dan kemampuan guru dalam menyumbang ke arah pembangunan potensi dan masa depan murid.
Justeru, amatlah wajar jika Sambutan Hari Guru yang diraikan setahun sekali ini memberi kedudukan
istimewa kepada insan yang bernama guru. Inilah satu-satunya cara terbaik kita memberi ruang untuk
menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap jasa guru yang tidak ternilai.
Usman Awang pernah berkata,
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya ingin mengajak warga pendidik sekolah ini
mengimbau sejenak tentang tugas dan peranan kita dalam mendidik anak bangsa. Sejauh mana dan
setakat manakah usaha yang telah kita lakukan ini benar-benar menjadikan mereka insan yang benar-
benar berbudi luhur, berakhlak mulia, berjaya dan cemerlang dalam kehidupan. Sesungguhnya ia
merupakan suatu tugas yang sangat berat serta amanah yang sangat besar. Di tangan kitalah letaknya
kejayaan mereka. Justeru kita seharusnya meletakkan harapan mereka leb ih utama daripada
kepentingan diri kita. Sesungguhnya inilah ciri-ciri guru sebenar.Kita sanggup berkorban bukan sahaja
dengan masa dan tenaga, malah dengan wang ringgit.
Gurindam Guru Sejati
Guru sejati muhasabah diri,
Bijak bertindak dan berdikari.
Guru sejati senyum mesra,
Sentiasa menggunakan budi bicara.
Senyuman dipapar menawan hati,
Tutur katanya penuh bererti.
Guru sejati guru berkualiti,
Gigih mengajar sepenuh hati.
Rela berkorban apa sahaja,
Kurang cakap banyak bekerja.
Guru sejati umpama lebah,
Menebar ilmu sabar tabah.
Membina, membentuk insan berakhlak
Gigih membimbing tak pernah jelak.
Marahnya sayang bencinya kasih,
Mulutnya manis hatinya bersih.
Guru sejati sentiasa proaktif,
Tenang tenteram berfikiran positif.
Guru sejati guru bestari,
Hidup bermotivasi jati diri.
Guru sejati berbudi bahasa,
Berkhidmat demi nusa dan bangsa.
Guru-guru SK Keratong 2 yang dikasihi,
Hadiah sebesar gunung saya tak punya.Tapi apa yang mampu saya beri hanyalah doa kepada yang
Maha Esa,agar cikgu diberi kesihatan yang baik,kesabaran dalam mendidik anak-anak
murid,keberkatan hidup,rezeki yang melimpah ruah dan keluarga yang sejahtera.
Berilah keihklasan dalam menjalankan tugas.Nak kaya memanglah sukar, tapi nak jadi jutawan akhirat,
insya’Allah, saham besar terbentang luas di sana.
Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan cikgu -cikgu yang
dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan sangat disanjung tinggi.
4) Teks cadangan projek
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KENT,
TUARAN, SABAH
PROGRAM :
JELAJAH LESTARI
TEMPAT :
CAMERON HIGHLANDS
( MARDI, LADANG TEH, LADANG STRAWBERI,
LADANG KAKTUS, TAMAN LAVENDER DAN
TAMAN RAMA-RAMA )
TARIKH :
7 DAN 8 OGOS 2021
( KHAMIS DAN JUMAAT )
ANJURAN :
GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT
DENGAN KERJASAMA:
PENSYARAH PENDIDIKAN ISLAM, GURU PENDIDIKAN ISLAM,
IBU BAPA/PENJAGA
MURID SKTUNAS MADANI
1.0 PENGENALAN
Suasana pembelajaran dan proses untuk mendapatkan ilmu yang
bermanfaat tidak terhad di dalam kelas semata-mata. Sehubungan dengan
itu, untuk proses pembelajaran yang lebih luas dan menyeluruh, Cameron
Highlands telah dipilih sebagai tempat untuk dilawati. Lokasi tersebut yang
terkenal dengan pemandangan tanah tinggi yang cantik, suhu yang dingin
dan struktur geografinya yang jauh berbeza dengan kawasan penempatan
murid-murid. Lawatan ini memberi pendedahan kepada murid memperoleh
pengalaman baru secara hands on dan minds on sesuai dengan Kurikulum
Standard Sekolah Kebangsaan.
2.0 OBJEKTIF LAWATAN
Lawatan ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:
2.1 Memberi pendedahan kepada murid berkenaan suasana
pembelajaran di luar bilik darjah.
2.2 Menggalakkan interaksi sesama murid dan meningkatkan kemahiran
sosial murid-murid.
2.3 Memberi pengalaman yang baru dan menjana minda murid-murid.
2.4 Mempelajari dan menikmati tempat-tempat menarik di kawasan
Cameron Highlands.
2.5 Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru, ibu bapa,
penjaga dan murid.
3.0 TARIKH
7 dan 8 Ogos 2021 ( 2 hari 1 malam )
4.0 TEMPAT
Cameron Highlands ( Mardi, Ladang Teh,Taman Rama-rama, Ladang
Strawberi, Ladang Kaktus dan Taman Lavender )
5.0 KUMPULAN SASARAN
5.1 3 orang Pensyarah Pendidikan Islam
5.2 2 orang Guru sekolah
5.3 2 orang Guru Pelatih
5.4 23 orang murid SK Tunas Madani
5.5 Ibu bapa /Penjaga Murid SK Tunas Madani
6.0 ANGGARAN KEWANGAN
PERKARA
KOS PERBELANJAAN
Tambang Bas ( 1 buah )
Bas IPG disediakan
Sewa Apartment ( 2 buah )
RM 1000
Tiket Melawat MARDI
RM 125.00
Makanan dan minuman
RM 500.00
JUMLAH
RM 1625.00
7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat : Kamarulzaman Bin Ideres
Ketua Jabatan Pendidikan Islam
IPG Kampus Kent
Pengerusi : Pn Rosemini binti Abdul Salam
Guru Pendidikan Islam Sk Tunas Madani
Setiausaha : Cik Sharifah Balqis Binti Syd Bakar
Guru Pelatih
IPG Kampus Kent
Bendahari : Cik Nik Nurrahmatunissa binti Nik Rahim
Guru Pelatih
IPG Kampus Kent
7.1 AHLI JAWATANKUASA KECIL
i Makanan : Pn Khairul Nazilah binti Ibrahim@Razali
ii Disiplin : Cik Sharifah Balqis Binti Syd Bakar
Cik Nik Nurrahmatunissa binti Nik Rahim
iii Pengangkutan : Cik Ummi Kalthom binti Abdullah
iv Pertolongan Cemas : Cik Nik Nurrahmatunissa binti Nik Rahim
v Dokumentasi : Cik Sharifah Balqis Binti Syd Bakar
8.0 ATURCARA LAWATAN
KHAMIS ( 7/8/2021 )
8.00 pagi : Murid dan ibu bapa berkumpul SK Tunas
Madani
- Rekod kedatangan/pendaftaran
- Edaran minuman dan makanan
8.30 pagi : Bacaan doa
Bertolak ke Cameron Highlands
1.00 petang : Tiba di Cameron Highlands
- Makan tengahari dan solat
- Check-in di Apartment
- Pengurusan diri
3.30 petang : Melawat Ladang Strawberi, Ladang Kaktus,
Pekan Tanah Rata, Pasar Malam Brinchang.
- Makan malam
JUMAAT ( 8/8/2021 )
8.00 pagi : Melawat ke MARDI dan Taman Lavender
11.00 pagi : Membeli belah pasar Brinchang
2.00 petang : Melawat Ladang Cameron Bharat Valley
4.00 petang : Melawat Taman Rama-rama
5.30 petang : Bertolak pulang ke IPG Kampus Kent
9.0 PENUTUP
Pihak kami amat berharap program lawatan ini mendapat kerjasama dan
komitmen daripada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung. Hal ini kerana program ini memberi manfaat kepada
murid-murid untuk menimba pengalaman baru serta mengeratkan hubungan
silaturahim antara pensyarah, guru, ibu bapa/penjaga dan murid sekolah SK
Tunas Madani dan IPG Kampus Kent,Tuaran,Sabah.
Disediakan Oleh,
...............................................
SHARIFAH BALQIS BINTI SYD BAKAR,
Setiausaha Program Jelajah Lestari,
IPG Kampus Kent,
Tuaran,Sabah.
Disemak oleh,
..............................................
En Kamarulzaman Bin Ideres,
Ketua Jabatan Pendidikan Islam,
IPG Kampus Kent,
Tuaran,Sabah.
Diluluskan oleh :
...............................................
Pengarah,
IPG Kampus Kent
Tuaran,Sabah
Ulasan :
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
SHADIHAH AISYAH BINTI MD
SHAMIR
(SURAT KIRIMAN RASMI)
Guru Kelas 2 Cempaka,
Sekolah Kebangsaan Bandar
Tun Hussein Onn (2),
43200, Cheras,
Selangor Darul Ehsan.
Kepada 27 OKTOBER 2021
Pengetua,
Sekolah Kebangsaan Bandar
Tun Hussein Onn (2),
43200, Cheras,
Selangor Darul Ehsan.
Tuan,
MEMOHON PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEBAGAI LOKASI PEMBELAJARAN
Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa murid-murid kelas 2 Cempaka akan mengadakan
pembentangan subjek Bahasa Inggeris secaranyanyian iaitu salah satu kaedah pembelajaran dalam
Modul Pendidikan Sekolah.
2. Berikut adalah perincian terhadap pertandingan yang bakal dilaksanakan:
Tarikh : 1 November 2021
Hari : Sabtu
Masa : 8:00-10:00 pagi
Lokasi : Pusat Sumber Sekolah
3. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah bagi mencungkil bakat terpendam dalam kalangan
murid-murid sendiri, selain menjayakan salah satu tugasan praktikum saya sebagai salah seorang
guru pelatih.
4. Sehubungan dengan itu, saya selaku guru pelatih merangkap guru kelas 2 Cempaka ingin
memohon kebenaran tuan untuk melepaskan keizinan kepada mereka untuk menggunakan pusat
sumber dan kelengkapannya bagi tujuan tersebut. Kami berjanji akan menggunakan kelengkapan
dengan sebaiknya tanpa ada kerosakan. Diharap permohonan ini bakal mendapat pertimbangan
yang sewajarnya daripada pihak tuan.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
SHADI
SHADIHAH BINTI SHAMIR
GURU KELAS 2 CEMPAKA
(MINIT MESYUARAT)
MINIT MESYUARAT
BINA INSAN GURU FASA 4
Tarikh : 27 Oktober 2021
Hari : Khamis
Masa : 9 malam
Tempat : Dewan Pulai B
Kehadiran : Guru Pelatih (41 orang)
Agenda :
1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Tuan Pengerusi mengalu-alukan kedatangan para guru pelatih serta mengucapkanribuan
terima kasih.
2. PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI
2.1 Tuan Pengerusi mempengerusikan majlis perlantikan ahli jawatankuasa tertinggi bag
program Bina Insan Guru fasa keempat.
2.2 Lantikan AJK TERTINGGI Bina Insan Guru Fasa 4
Pengerusi : Aisa Farid bin Mat Ghazali
Naib Pengerusi : Nor Diana binti Abd Malik
Setiausaha : Shadihah Aishah binti Md Shamir
Naib Setiausaha : Muhammad Zakwan bin Md Reduan
Bendahari : Ariffa binti Ahmad Termizi
Naib Bendahari : Nazwa Binti Nayan
3. UCAPAN PENGERUSI BINA INSAN GURU FASA 4
3.1 Aisa Farid mengucapkan terima kasih kepada para hadirin kerana memilih beliauuntuk
menerajui program Bina Insan Guru dan berharap dapat menjalankan tanggungjawab
sebaik mungkin.
3.2 Pengerusi Bina Insan Guru memperkenalkan AJK Tertinggi Bina Insan Gurufasa 4.
4. AKTIVITI YANG DIRANCANG
4.1 Pengerusi menerangkan tentang rancangan yang diadakan selam 3 hari 2 malam
4.2 Pengerusi mengarahkan bendahari mengutip wang RM30 daripada para guru pelatih
4.3 Pengerusi menyuruh ahli jawatankuasa yang dilantik untuk bersiap sedia semua hal.
5. HAL-HAL LAIN
Perlantikan AJK Fotografi dan AJK jemputan. Pemilihan dipilih secara sukarelawan
6. UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Pengerusi Bina Insan Guru mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru pelatihdalam
melicinkan perjalanan mesyuarat pelantikan AJK Tertinggi program Bina Bina Insan Guru.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6:30 petang.
Disediakan oleh:
Shadihah Aishah binti Md Shamir
Disahkan Oleh:
Naib Setiausaha Bina Insan Guru Pengerusi Bina Insan Guru
(TEKS UCAPAN)
Bismillahirrahmaniraahim, Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.
Yang Berusaha Puan Rosmah binti Zakaria Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Tun
Hussein Onn 2,
Yang Dihormati Puan Hajah Norhasimah binti Mat Yazid, Guru Penolong Kanan Satu,
Datin Mariani Haji Kassim Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Encik Amidy bin Misran Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
serta semua guru dan murid-murid yang dihormati dan disayangi sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita
berkumpul pada hari ini dalam Majlis Perpisahan saya sebagai seorang guru pelatih
sementara di sekolah ini yang akan mula melanjutkan Ijazah Sarjana Muda di Institusi
Pendidikan Guru pada minggu hadapan.
Para Hadirin Sekalian,
Dalam dunia perguruan, sejak mula mengajar dari tiga bulan yang lepas, saya telah
menempuh pelbagai cerita pahit manis dalam sebuah perpisahan dan kehilangan.
Perpindahan keluar masuk adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Hakikatnya, setiap
yang patah sudah pasti akan tumbuh, yang masak akan gugur. Di mana sahaja kita berada
atau ditempatkan, suatu ketika kita pasti akan meninggalkan baik siapa sahaja yang kita
kasihi ataupun kita kurang disenangi.
Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang hidup pasti mati. Itulah kehidupan.
Mahu atau tidak, perkara tersebut tidak mungkin dapat dielakkan.
Kita tidak mungkin dapat mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegitu terjadi. Kerana itulah
fitrah alam kehidupan. Sebagai seorang manusia yang waras, kita perlu terus melanjutkan
perjuangan agar mendapat lebih kebaikan dalam sebuah kehidupan pada masa-masa
hadapan. Orang-orang yang pergi; yang meninggalkan berjuta memori barangkali hanya
akan menjadi pemangkin yang dapat menyuburkan keazaman untuk lebih berdaya saing
dalam sebuah perjuangan sebagai insan.
Para Hadirin Sekalian,
Sepanjang saya berkhidmat di sekolah ini, saya amat menghargai segala jasa baik,
kerjasama & kasih saying yang telah diberikan oleh semua guru di sekolah walaupun
pertemuan kita hanyalah dalam tempoh yang singkat.
Segala kenangan dan pengalaman kita bersama dalam menjalankan tanggungjawab dan
tugas akan sentiasa sematkan di dalam lubuk hati saya. Segala suka duka bersama akan
sentiasa subur dalam ingatan saya sepanjang menjadi seorang guru.
Sekalung penghargaan juga ingin saya berikan kepada guru-guru dan rakan-rakan
pentadbir yang sama-sama memberi tunjuk ajar dan semangat dalam saya mengurus dan
mentadbir segala urusan di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn ini. Tidak
dilupakan juga kepada Puan Rosmah yang sering membantu dalam melancarkan segala
urusan saya di sekolah.
Mohon agar dihalalkan makan minum dan segala ilmu yang telah dikongsi bersama
sepanjang saya bersama dengan guru-guru disini.
Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
Semoga hubungan silatulrahim ini akan terus kekal selamanya.
Sekian, terima kasih
(KERTAS KERJA)
KERTAS CADANGAN
PROJEK MURAL
1 MURID 1 SUKAN
DISEDIAKAN OLEH : PELAJAR
PRAKTIKUM INTERNSHIP
IPG KAMPUS KENT
1. PENGENALAN
Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke
arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang
kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah
sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau
kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga
dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan
ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah. Oleh itu, guru-guru
pelatih akan mengambil peluang ini bagi menceriakan persekitaran sekolah dan
mewujudkan suasana yang kondusif semasa bekerja dalam kalangan guru.
2. RASIONAL
Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda utama
serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang perlu
diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada guru,
kakitangan sekolah dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan
agama. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran
sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya
diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya.
Keselesaan dan suasana yang kondusif digabung jalinkan dengan suasana persekitaran
yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak
langsung tetamu yang melalui kawasan sekolah akan membaca kata-kata hikmah serta
mengenal motif seni yang dijadikan mural. Mural yang dibina juga dapat dijadikan
wadah yang menonjolkan budaya sekolah.
3. OBJEKTIF
i) Untuk menjadikan laluan tangga sekolah sebagai satu tempat tumpuan yang menarikbagi
guru-guru, murid-murid dan tetamu yang berkunjung ke sekolah.
ii) Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh pihaksekolah.
iii) Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap sekolah.
iv) Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani internshipdi
sekolah ini.
v) Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan keceriaan sekolah dan
pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal berkhidmat sebagguru sebenar pada masa
akan datang.
4. TEMPOH PELAKSANAAN
Tempoh : 4 minggu (Julai 2013)
Tempat : Laluan tangga pertama sekolah
5. AHLI JAWATANKUASA
Penasihat
: Puan Hajah Khadijah binti Udin
Pengerusi
: Encik Md Shamir bin Mohd Redzwan
Naib Pengerusi
: Puan Zaiton binti Berahim
Penyelaras Projek
: Zanariah binti Joli
Setiausaha
: Nur Lailam binti Mustaffa
Bendahari
: Razliana binti Zulkafli
Reka Grafik
: Norain binti Ahmad
6. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Perkara Harga/Kos
1. Berus JUMLAH KESELURUHAN RM 50
2. Cat Mural RM 90
3. Cat Dinding RM 80
RM 220
7. SUMBER KEWANGAN
Kewangan peribadi guru pelatih.
8. PERANCANGAN PROJEK
Bil. Perkara
1. Perbincangan mengenai idea mural bertemakan 1 Murid 1 Sukan
2. Pembinaan kertas kerja
3. Perbincangan dan pemilihan bersama pihak pentadbiran untuk khidmat nasihat bagi
mendapat kelulusan daripada Guru Besar
4. Penyediaan lakaran mural
5. Projek dimulakan
6. Refleksi dan Dokumentasi