9. PENUTUP
Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan
yang akan dikendalikan oleh guru pelatih dari IPG Kampus Kent. Kami
berharap projek melukis mural 1 Murid 1 Sukan dapat dilaksanakan seperti
yang dirancang. Projek seperti ini akan menjadi satu pengalaman secara tidak
langsung kepada guru-guru pelatih mengenai pengurusan keceriaan di luar
bilik darjah serta mengeratkan hubungan antara guru-guru pelatih dengan
warga Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn.Semoga projek yang
bakal dilaksanakan ini dapat menceriakan lagi persekitaran Sekolah
Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2.
Disediakan oleh:
.......................................
(NUR LAILAM BINTI MUSTAFFA)
Setiausaha,
Projek Mural1
Murid 1 Sukan
Disemak oleh:
.......................
.................
(ZANARIAH
BINTI JOLI)
Penyelaras,
Projek Mural1
Murid 1 Sukan
Diluluskan oleh:
.........................................
(PUAN HJH KHADIJAH BINTI UDIN)
Guru Besar,
Sekolah
Kebangsaan
Bandar Tun
Hussein Onn 2
SITI NUR ATHIRAH BINTI
ROSLI
Surat rasmi
Siti Nur Athirah binti Rosli,
Setiausaha Program 1 Murid 1 Buku,
SK Tumpat,
16200 Tumpat,
Kelantan.
Tuan Ahmad Majid bin Abu, 10 APRIL
Pegawai Pembelajaran Daerah Tumpat,
16200 Tumpat,
Kelantan.
2021
Tuan,
Jemputan Merasmikan Majlis Pelancaran Program 1 Murid 1 Buku
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Seperti nama di atas,saya ingin menjemput tuan untuk merasmikan majlis pelancaran
Program 1 Murid 1 Buku yang dianjurkan Persatuan Bahasa Melayu bagi semua pelajar SK
Tumpat seperti mana yang berikut:
2.1 Nama Program : Majlis Pelancaran Program 1 Murid 1 Buku
2.2 Tarikh Pelaksanaan : 20 APRIL 2021 (Selasa)
2.3 Masa : 9.00 Pagi – 1.00 Petang
2.4 Tempat : Dewan Bunga Raya SK Tumpat
3. Bersama-sama ini disertakan juga kertas cadangan yang telah kami sediakan sebagai
rujukan pihak tuan.Kesudian tuan untuk hadir meluangkan sedikit masa ke program kami
amatlah kami hargai.
Sekian,terima kasih.
Yang Benar,
Athirah
(SITI NUR ATHIRAH BINTI ROSLI)
Setiausaha Program 1 Murid 1 Buku
SK TUMPAT
KERTAS KERJA
PROGRAM 1 MURID 1 BUKU
20 APRIL 2021
ANJURAN
PERSATUAN BAHASA MELAYU
1.0 Tujuan
Kertas cadangan projek ini disediakan untuk memohon dan mengundang pegawai
pembelajaran Daerah Tumpat bagi merasmikan “Program 1 Murid 1 Buku” anjuran
Persatuan Bahasa Melayu.
2.0 Objektif Program
Program ini mempunyai objektif seperti yang berikut:
2.1 Menanam sikap suka membaca dalam kalangan pelajar SK Tumpat.
2.2 Menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca dikalangan
pelajar.
2.3 Melahirkan tokoh murid yang berketerampilan dalam bidang pembacaan.
3.0 Rasional
Program ini diadakan atas pertimbangan yang berikut:
3.1 Terdapat segelintir pelajar yang tidak menunjukkan kesungguhan dalam aktiviti
pembacaan.
3.2 Langkah mengadakan program ini adalah dengan menjemput tetamu dari luar
sekolah untuk menjadi perasmi program sambal memberi sedikit motivasi untuk
para pelajar berkenaan pembacaan.
4.0 Tarikh,Hari,Masa,dan Tempat
4.1 Tarikh : 20 APRIL 2021
4.2 Hari : Selasa
4.3 Masa : 9.00 Pagi – 1.00 Petang
4.4 Tempat : Dewan Bunga Raya SK Tumpat
5.0 Kumpulan Sasaran
Semua pelajar Sekolah Kebangsaan Tumpat.
6.0 Tetamu Jemputan
• Tuan Ahmad Majid bin Abu,Pegawai Pembelajaran Daerah Tumpat
• Tuan Che Hamid bin Ahmad,guru besar SK Tumpat
• Penolong-penolong Kanan HEM.
7.0 Program Tentatif
Masa Aktiviti
8.30 - 9.00 Ketibaan tetamu jemputan
9.00 - 9.15
9.15 - 10.00 Bacaan doa
10.00 - 10.30 Ucapan daripada penganjur program
10.30 - 11.30
11.30 – 12.30 Rehat
12.30 – 1.00 Ucapan daripada perasmi program
Aktiviti 1 Murid 1 Buku
Penutup
8.0 Sumber Kewangan
Sumbangan daripada pihak sekolah kepada Persatuan Bahasa Melayu.
9.0 Jawatankuasa
Penaung : Haji Che Hamid bin Ahmad
Penasihat : Puan Hajar binti Mat
Penyelaras : Tuan Malik bin Jusof
Setiausaha : Puan Athirah binti Rosli
Urusetia : Cik Diana binti Abu
10.0 Penutup
Dengan ini adalah dimohon Pegawai Pembelajaran Daerah Tumpat untuk
mempertimbangkan kehadiran anda sebagai perasmi Program 1 Murid 1 Buku.
Disediakan oleh,
Athirah
(SITI NUR ATHIRAH BT ROSLI)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu
SK Tumpat
20 Februari 2021
Disemak dan disokong oleh,
Hajar
(HAJAR BT MAT)
Guru Penasihat Persatuan Bahasa Melayu
SK Tumpat
26 Februari 2021
Diluluskan oleh,
Che Hamid
(CHE HAMID B. AHMAD)
Guru Besar
SK Tumpat
1 Mac 2021
MINIT MESYUARAT PROGRAM 1 MURID 1 BUKU
PERSATUAN BAHASA MELAYU SK TUMPAT
BIL.2/2021
Yang Hadir Tarikh: 20 Februari 2021
1. Encik Abdul bin Rejab Hari: Selasa
2. Puan Hajar binti Mat Masa: 9.00 pagi
3. Tuan Malik bin Jusof Tempat: Bilik gerakan SK Tumpat
4. Puan Athirah binti Rosli
5. Cik Diana binti Abu - Pengerusi
6. Cik Aqilah binti Noh - Penasihat
- Penyelaras
- Setiausaha
- Urusetia
- Bendahari
Yang Turut Hadir - AJK
- AJK
1. Encik Mat bin Sabu
2. Cik Nur Sabrina binti Saleh
Yang Tidak Hadir (dengan kenyataan)
1. Puan Hasnah binti Saleh - AJK
2. Encik Hafiz bin Kamarul - AJK
Yang Tidak Hadir (tanpa kenyataan)
1. Encik Ali bin Zain - AJK
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran para tetamu dan para pelajar dan
mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir kerana dapat meluangkan masa
untuk menghadiri mesyuarat ini tepat pada masanya.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa tujuan utama adalah untuk membincangkan
perancangan dan pelaksanaan Program 1 Murid 1 Buku.
1.3 Pengerusi berharap agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan seperti
yang dijadualkan.
Tindakan :
Makluman
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.2/2021
Minit mesyuarat Bil.2/2021 diterima sebulat suara.
3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Berhubung dengan perkara 4.1 dalam mesyuarat Bil.1/2021,mesyuarat dimaklumkan
bahawa Program 1 Murid 1 Buku yang dijadualkan pada awal April 2021 terpaksa
ditangguhkan kerana pada ketika itu terdapat ujian penilaian.
Tindakan :
Makluman
3.2 Berhubung dengan perkara 4.2 dalam mesyuarat Bil.1/2021,mesyuarat bersetuju
untuk mengundang Yang Berbahagia Tuan Ahmad Majid bin Abu,Pegawai Pembelajaran
Daerah Tumpat untuk merasmikan program 1 Murid 1 Buku.
Tindakan :
Setiausaha
4.0 Perbincangan Aktiviti
4.1 Aktiviti yang dirancang
4.1.1 Mesyuarat memutuskan bahawa beberapa program yang dirancangkan dan
dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa yang lalu dipinda tarikhnya kerana tarikh
pelaksanaan program jatuh pada tarikh yang sama ujian penilaian berlaku.
Tindakan : AJK
berkenaan
4.1.2 Semua AJK yang terlibat dikehendaki menyediakan draf kertas cadangan tentang
pelaksanaan program di atas.AJK juga hendaklah berbincang dengan pihak pengurusan
sekolah terlebih dahulu untuk mendapatkan pandangan berkaitan program tersebut.
Tindakan : AJK
berkenaan
4.1.3 Berkenaan dengan kewangan untuk mengendalikan program tersebut,bendahari
diminta untuk berbincang dengan pihak sekolah untuk mendapatkan sedikit sumbangan
dan memohon dengan berbagai agensi.
Tindakan : AJK berkenaan dan
bendahari
4.2 Laporan kewangan
4.2.1 Bendahari telah melaporkan perbelanjaan kewangan persatuan.Mesyuarat
dimaklumkan bahawa baki wang persatuan dalam akaun adalah sebanyak RM600.75.
4.2.2 Mesyuarat menerima penyata kewangan yang dibentangkan.
Tindakan :
Makluman
5.0 Hal-hal Lain
5.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa pihak pentadbir mencadangkan agar ahli persatuan
Bahasa Melayu menjadi urusetia Program 1 Murid 1 Buku bagi para pelajar.
Tindakan :
Makluman
6.0 Penangguhan Mesyuarat
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang dan mesyuarat seterusnya diadakan
pada bulan Mac 2021.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
Athirah Abdul
(SITI NUR ATHIRAH BT ROSLI) (ABDUL B.REJAB)
Setiausaha Pengerusi
Persatuaan Bahasa Melayu
Melayu Persatuan Bahasa
SK Tumpat
SK Tumpat
Teks Atucara
Mohon perhatian
Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar,hadirin diingatkan untuk supaya berada
dalam keadaan selesa dan senyap.
Apabila ddiumumkan ketibaan para tetamu jemputan masuk ke perkarangan majlis,para
hadirin diminta untuk berdiri.
Ketibaan tetamu
Majlis mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Tuan Ahmad Majid bin Abu,
Pegawai Pembelajaran Daerah Tumpat,diiringi dengan tuan Guru Besar dan Penolong Kanan
HEM.
Nyanyian lagu Negaraku
Para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi nyanyian lagu Negaraku,lagu Selamat Sultan
dan lagu sekolah.
-nyanyi-
Hadirin dipersilakan duduk
Salutasi
Mekar mewangi bunga Cempaka,
Sayang harumnya memukau sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Bismillahiraahmanirrahim
Selaut kasih seuntai rasa,
Yang Berbahagia,Tuan Ahmad Majid bin Abu,
Pegawai Pembelajaran Daerah Tumpat,
Yang Dihormati, Che Hamid bin Ahmad,
Guru Besar SK Tumpat,
Yang Dihormati,Penolong Kanan HEM,Para Pendidik SK Tumpat,
Yang Disayangi anak-anak didik sekalian.
Bacaan doa
Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa memohon keberkatan. Oleh itu, majlis
dengan ini mempersilakan Saudara Mohammad Hazid bin Ali untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
-Bacaan doa-
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudara
Mohammad Hazid bin Ali atas bacaan doa itu tadi.
Semoga majlis kita pada hari ini, berjalan dengan lancar dan dilimpahi berkat.
Ucapan penganjur program
Sidang hadirin sekalian,
Adat berbahasa menyampaikan pesan,
Adat upacara menyampaikan ucapan,
Tanpa membuang masa, majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Tuan
Che Hamid bin Ahmad, Guru besar SK Tumpat merangkap penganjur program kita pada hari
ini.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
-ucapan-
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Che Hamid bin Ahmad, atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.
Ucapan perasmi program
Sidang hadirin sekalian,
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, Tuan Ahmad Majid bin
Abu,
Pegawai Pembelajaran Daerah Tumpat untuk menyampaikan ucapan dan sekaligus,
merasmikan Program 1 Murid 1 Buku kita pada hari ini.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
-ucapan-
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Tuan Ahmad Majid bin Abu,
Pegawai Pembelajaran Daerah Tumpat atas ucapan dan kesudian merasmikan Program 1
Murid 1 Buku sebentar tadi.
Penyerahan pengendalian majlis kepada moderator sesi pembacaan buku untuk pelajar
Saeterusnya, tanpa melengahkan masa saya menyerahkan majlis ini kepada Cik Diana untuk
meneruskan aktiviti pembacaan buku.
Dengan segala hormatnya mempersilakan.
-aktiviti selesai-
Penutup
Dengan berakhirnya aktiviti tadi maka berakhirlah program kita pada hari.Jutaan terima kasih
diucapkan kepada para tetamu kita yang sudi hadir pada hari ini dan tidak lupa juga terima
kasih kepada para pelajar telah memberi kerjasama yang amat menggalakkan dan
memberansangkan.
Sekian, berjumpa lagi kita pada masa akan datang.
wassalammualaikum waarahmatullahi wabarakatuh.
MINGGU 9
Teks pengacaraan majlis
Laporan
Teks pengacaraan
Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.... Selamat sejahteradan salam 1 Malaysia...
Sayang selasih berisi minyak,
Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Yang Dialu-alukan,Tuan Ali bin Ahmad– Yang Di Pertua PIBG Sekolah Kebangsaan Mergong
Yang Berusaha, EN. abdul rahman bin mansor,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mergong
Yang Dihormati, barisan Guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Mergong:
Puan Rafeah binti Basri –Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Tee Lin Choo – Penolong kanan Ko-Kurikulum
Puan Raja Ainon binti Raja Abdul Rahman – Penolong Kanan HEM
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SKM sesi 2020/2021 guru-guru penjana modal insan gemilang, para
ibu bapa pendukung generasi berwawasan , dan seterusnya muridku anakku sayang.
Selamat datang ke Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Mergong kali ke-45
Puji dan syukur ke hadhirat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat sama-sama kita berkumpul
sekali lagi di dewan ini bagi meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pendidikan.
Tetak buluh panjang suluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat doa jari sepuluh,
Doa minta biar selamat.
Hadirin dihormati.
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama mengaminkan bacaan doa yang
akan diketuai oleh Ustaz Yusuf bin Jaafar , dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Yusuf bin Jaafar kerana mengetuai bacaan
doa itu tadi. Mudah-mudahan kita diberi hidayah dan kekuatan untuk melaksanakan majlis hari
anugerah cemerlang pada tahun ini dengan jayanya.
Hadirin yang dihormati,
Majlis Hari Anugerah Cemerlang ini diadakan bertujuan untuk memberi motivasi kepada anak-anak
kita agar menempa kejayaan yang lebih memberangsangkan pada masa akan datang.
Sekolah Kebangsaan Mergong telah melahirkan begitu ramai pelajar yang cemerlang sama ada
dalam bidang kurikulum ataupun ko-kurikulum. Justeru, kita mengharapkan anak-anak cemerlang
yang ada dihadapan kita hari ini akan meneruskan kesinambungan tersebut.
Hadirin yang dihormati,
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan ucapan guru besar SKM,
Untuk itu dijemputEncik Ahmad bin Mansor, untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
Terima kasin tuan guru besar atas ucapan itu tadi.
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Sidang dewan yang dihormati,
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Marilah sama-sama kita mendengar ucapan dan amanat yang
akan disampaikan oleh Tuan Ali bin Ahmad, dan seterusnya merasmikan Majlis hari anugerah
cemerlang kali ke-45. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua PIBG, atas ucapan dan sudi
merasmikan majlis kami sebentar tadi. Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi
semangat dan dorongan kepada kita untuk berdiri teguh bersama-sama PIBG, dengan penuh minat
dan iltizam demi melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Bak kata
pepatah ‘Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat’.
Hadirin yang dihormati,
Sebagai tanda ucapan terima kasih pihak sekolah....dengan ini dijemput tuan guru besar Encik Abd.
Rahman bin Mansor diiringi Puan Rafeah binti Basri Guru Penolong Kanan Kurikulum untuk
menyampaikan cenderamata kepada Encik YDP PIBG SKM. Sekali lagi dijemput Tuan Ali bin Ahmad
untuk naik ke pentas bagi menerima cenderamata dari pihak sekolah.
Terima kasih tuan guru besar kerana sudi menyampaikan cenderamata.
Hadirin yang dihormati,
Kurikulum kebangsaan perlu telah dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan
sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan
masa depan
Momentom transformasi dalam bidang pendidikan akan sentiasa berlaku sejajar dengan
perkembangan globalisasi semasa.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Majlis pagi ini berehat seketika. Marilah sama-sama kita nikmati persembahan daripada murid-
murid prasekolah.
Dipersilakan.
Terima kasih dan tepukan gemuruh untuk anak-anak kita yang cukup berbakat ini.
Hadirin yang dihormati....
majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pelajar. Dimulakan dengan murid
tahun dua penyampaian hadiah buat murid-murid yang diibaratkan buah akhir KBSR sebelum
penilaian yg akan dibuat sejajar objektif KSSR. Majlis mempersilakan Puan Raja Ainon bt Raja Abd.
Rahman untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
Terima ksih Puan Raja Ainon bt Raja Abd. Rahman Penolong Kanan Kokurikulum kerana sudi
menyampaikan hadiah.
Majlis seterusnya menjemput Puan Tee Lin Choo Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan hadiah
kepada murid tahun 3
Terima kasih Puan Tee Lin Choo Penolong Kanan HEM atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar
tadi.
Berkat rimbunnya si pokok jati,
Tempat burung selalu bertemu;
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil gaduasi dan hadiah bagi murid-murid prasekolah.
Untuk itu majlis menjemput Puan Rafeah binti Basri bagi mengiringi Yang-Dipertua PIBG dan Tuan
Guru Besar untuk menyampaikan hadiah dan sijil graduasi.
Dipersilakan.
Terima kasih Tuan Yang-Dipertua PIBG dan Tuan Guru Besar kerana telah menyempurnakan
penyampaian hadiah dan sijil graduasi buat murid-murid prasekolah.
Majlis penyampaian hadiah dihentikan lagi buat seketika bagi menikmati satu lagi persembahan iaitu
tazkirah dari murid-murid tahun 5 dibawah bimbingan Encik Abd.Hamid dan Puan Norazila.
Dipersilakan.
Tepukan yang gemuruh untuk anak-anak kita yang telah membuat persembahan sebentar tadi.
Majlis Anugerah Cemerlang SKM 2021 diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah untuk murid-
murid Tahap 2.
Dijemput Puan Rafeah binti Basri untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih Puan Rafeah binti Basri Penolong Kanan Pentadbiran
Majlis diterukan dengan menpersilakan puan rafeah binti basri bagi mengiringi Tuan Guru Besar
Encik Abd. Rahman bin Mansor untuk menyampaikan hadiah buat murid-murid tahun 5.
Terima kasih Tuan Guru Besar kerana sudi menyampaikan hadiah.
Hadiri dihormati....
Seterusnya adalah penyampaian hadiah buat murid-murid tahun 6. Untuk itu dijemput Tuan Guru
Besar bagi mengiringi YDP PIBG untuk menyampaikan hadiah
Tokoh kokurikulum: Muhd. Amir bin Ali
Tokoh murid: Muhd. Wahab bin Abu
Terima kasih diucapkan kepada Encik Abd. Rahman bin Mansor di atas kesudian menyampaikan
hadiah kepada murid-murid cemerlang itu tadi.
Hadirin yang dihormati....
Selesai sudah majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Mergong pada kali ini. Ucapan
tahniah buat adik-adik yang telah berjaya. Diharapkan kecemerlangan ini akan diteruskan lagi di
tahun yang akan datang.
Buat anak-anak yang berjaya terimalah serangkap pantun dari cikgu,
Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendak dicari,
Mana yang dapat janganlah lupa.
Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada terkasar bahasa,
terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu
datangnya daripada Allah s.w.t.
Sekian, tarima kasih.
assalammualaikum
LAPORAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN
MERGONG
1. Nama program : Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Mergong Kali ke -
45
2. Tarikh : 8 Mei 2021
3. Hari / Masa : Khamis / 7.30 pagi -2 petang
4. Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Mergong.
5. Objektif :
i. Mengumpulkan warga sekolah dan ibu bapa untuk meraikan murid yang mencapai
kecemerlangan.
ii. Memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah mencapai keputusan yang
cemerlang dalam bidang akademik.
iii. Mengeratkan silaturrahim dan hubungan baik antara ibu bapa,guru,dan warga
sekolah.
6. Sasaran : Semua murid-murid Sekolah Kebangsaan Mergong.
7. Butiran aktiviti :
1) Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
2) Bacaan doa
3) Ucapan Guru Besar
4) Ucapan Perasmi
5) Penyampaian cenderamata (1 Mei 2021)
6) Persembahan
7) Penyampaian hadiah
8) Bersurai
Disediakan oleh :
….balqis……
( Puteri Balqis )
Setiausaha,
Hari Anugerah Kecemerlangan
SK Mergong
Teks pengacaraan
Bismillahirrahmanirrahim
Yang Berusaha tuan pengetua, Tuan Ali bin Abu
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar
Yang Berbahagia, Tuan Kamal bin Ishak
Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar,
Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan
Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar.
Guru-guru dan para pekerja yang diraikan serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Assalammualaikum, dan salam sejahtera.
Selamat datang ke Majlis Berbuka Puasa Perdana Peringkat Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk
Kumbar.
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya dapat sama-
sama kita berkumpul di dataran yang mulia ini pada hari ini.
Awal Bismillah pembuka bicara
Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua,
Doa tulus pinta dilafazkan.
Sidang hadirin sekalian, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan dilafazkan oleh
Ustaz Amin bin Ali. Dijemput dengan segala hormatnya.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu sebentar tadi. Semoga Allah
merahmati majlis kita pada hari ini.
______________________________________________________________
Hadirin yang dihormati sekalian,
Ramadhan merupakan salah satu bulan yang paling mulia dalam agama Islam. Padanya difardukan
ibadah puasa yang mana puasa ialah rukun ketiga dalam rukun Islam. Justeru majlis pada hari ini
diadakan bertujuan memupuk semangat cinta akan ibadah terutamanya ibadah puas a dalam
kalangan para pelajar supaya generasi Rabbani dapat dilahirkan dan tidak lenyap ditelan arus
kemodenan.
Hadirian yang dihormati sekalian,
Sebagai acara penerus bicara, majlis mempersilakan Tuan Pengetua , Tuan Ali bin Abu untuk
menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan Tuan Pengetua itu tadi.
Seterusnya majlis mempersilakan Tuan Kamal Bin Ishak, Yang Di-Pertua PIBG Sekolah Kebangsaan
Jalan Datuk Kumbar untuk menyampaikan ucapan beliau sekaligus merasmikan Majlis Berbuka
Puasa Perdana bagi peringkat Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kesudian Tuan YDP PIBG memberi ucapan sekaligus
merasmikan majlis kita pada hari ini.
Sidang hadirin sekalian,
Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian cenderahati bagi pemenang
pertandingan Sambutan Bulan Ramadhan yang telah diadakan baru-baru ini.
Untuk itu, bagi menyempurnakannya, majlis mempersilakan Tuan Pengetua, Tuan Ali bin Abu
menjemput dan mengiringi Tuan Kamal bin Ishak, Yang Di Pertua PIBG untuk menyampaikan
hadiahkepada semua pemenang. Dipersilakan.
Sidang dataran sekalian ;
Maju Bangsa Kerana Bahasa,
Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;
Ingatan Diberi Tidak Seberapa,
Penghargaan Tanda Pernah Bersua.
Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Pengetua, Tuan Ali
bin Abu untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG,
Tuan Kamal bin Ishak atas kesudian menghadiri majlis kita pada hari ini ,dipersilakan.
Sidang dewan yang dimuliakan,
Andai berkayuh dah sampai ke seberang
Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini
sebagai penutup bicara,
Sisir pelepah meraut lidi,
Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.
Dagang singgah membeli kajang,
Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.
Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya daripada Allah SWT jua dan sama -
samalah kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan kepincangan majlis ini adalah kelemahan
daripada pihak kami dan kemaafan jua yang kami pinta.
Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh dan terima kasih.
“SALAM RAMADHAN”
LAPORAN MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA PERINGKAT SEKOLAH
KEBANGSAAN JALAN DATUK KUMBAR
8. Nama program : Majlis Berbuka Puasa Perdana Peringkat Sekolah Kebangsaan Jalan
Datuk Kumbar
9. Tarikh : 7 Mei 2021
10. Hari / Masa : Jumaat / 6.00 petang - 10 malam
11. Tempat : Surau As-Syakirin Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar
12. Objektif :
iv. Mengeratkan hubungan silaturrahim diantara warga sekolah
v. Meningkatkan kesedaran murid-murid terhadap budaya beramal ibadat di bulan
Ramadhan
vi. Meraikan dan memberi semangat kepada murid-murid yang berpuasa sebagai
galakan untuk terus berpuasa
13. Sasaran : Semua murid-murid Islam Sekolah Kebangsaan Datuk Kumbar
14. Butiran aktiviti :
9) Ucapan alu-aluan
10) Jamuan berbuka puasa
11) Solat terawih Berjemaah
15. Penilaian program :
15.1 Kekuatan program : Sambutan yang menggalakkan
15.2 Kelemahan program : Makanan tidak mencukupi
15.3 Cadangan penambahbaikan : Mengambil data bilangan murid yang dapat
menghadiri Majlis sebelum majlis dijalankan
Disediakan : Disahkan :
….syamilah…… ……Ali…………………
( Wan Nurul Syamilah ) ( Ali Bin Abu )