Terjemahan Aqidatul Awam
Dengan kurniaan dan keadilan Nya, harus bagi Allah mengerjakan
sesuatu atau meninggalkannya 26
BAIT 11
26 SIFAT HARUS PADA ALLAH
Harus pada Allah SWT melakukan atau tidak melakukan semua perkara
yang mumkin
Perkara Mumkin ialah perkara yang boleh ada dan boleh tiada, termasuk
perkara yang buruk, atau baik, taat atau maksiat, kaya atau miskin,
masuk syurga atau neraka, bahagia atau celaka, hidup atau mati, rezeki
dan sebagainya selain perkara wajib dan mustahil.
Dalil Yang Membuktikan Sifat jaiz pada Allah
Jika Allah wajib mengerjakan sesuatu atau wajib meninggalkan sesuatu,
nescaya jadilah perkara harus itu sebagai wajib atau mustahil.
Sedangkan ia adalah mustahil. (Tijan Ad-Darari m/s: 36).
[41 Sifat]
Semua yang telah disebutkan ini adalah 41 aqidah berkenaan sifat
Ketuhanan Azza Wajalla, 20 sifat yang wajib bagi Allah Taala, 20 sifat
yang mustahil atas Allah Taala, dan 1 sifat yang harus bagi Allah Taala.
Alhamdulillah telah selesai perbahasan tentang sifat Ilahiyyat
(ketuhanan).
Sifat Ilahiyyat (Ketuhanan)
Sifat Wajib bagi Allah 20 Sifat
Sifat Mustahil atas Allah 20 Sifat = 41 Sifat
Sifat Harus pada Allah 1 Sifat
50
Terjemahan Aqidatul Awam
ْر َﺳ َﻞ ﻧِْ َﺎ َذ ِوي ﻓَ َﻄﺎﻧَ ْﻪ ۞ ِ ﻟ ِّﺼ ْﺪ ِق َواﻟﺘ ْﺒ ِﻠ ْﯿﻎِ َوا َﻣﺎﻧَ ْﻪ
Allah telah mengutus para nabi yang memiliki 4 Sifat yang Wajib iaitu
(1) Fathanah: Cerdik (2) Siddiq: Jujur (3) Tabligh: Menyampaikan dan
(4) Amanah: Kepercayaan 27
27 SIFAT WAJIB BAGI RASUL DAN MUSTAHIL ATAS MEREKA
Setelah menyebutkan tentang sifat ilahiyyat (ketuhanan) atau (iaitu
berkenaan sifat wajib bagi Allah, mustahil atas Allah dan harus pada
Allah Taala) maka kita masuk tajuk perbahasan tentang sifat Nubuwwat
(kenabian) atau syarat kenabian (iaitu berkenaan sifat yang wajib bagi
nabi dan rasul, sifat mustahil atas mereka serta sifat yang harus bagi
mereka).
Berikut ini adalah sifat wajib bagi para rasul serta lawannya (iaitu
sifat mustahil) atas diri mereka:
SIFAT WAJIB ERTINYA LAWANNYA
Siddiq Benar Dusta
Amanah Kepercayaan Khianat
Tabligh Menyampaikan Menyembunyikan
Fathanah Cerdik Bodoh
KETERANGAN
SIDDIQ Ertinya BENAR iaitu Benar semua perkara yang dikhabarkan
dan disampaikan olehnya selari dengan kebenaran. Mustahil mereka
DUSTA iaitu khabarnya tidak selari dengan perkara yang datang dari
Allah Taala.
Maksud Benar disini ialah=
1. Benar dalam dakwaan membawa risalah
51
Terjemahan Aqidatul Awam
2. Benar dalam segala hukum yang disampaikan daripada Allah.
(Aqidatun Najin 189)
Orang yang mengatakan Nabi Ibrahim pernah berdusta nescaya ia
menjadi kafir, kerana menafikan sifat SIDDIQ yang wajib bagi Rasul.
(Paku Iman m/s: 26).
AMANAH Ertinya KEPERCAYAAN (yang dipercayai). Iaitu para Rasul
terpelihara (Maksum) pada zahir dan batin dari melakukan perkara
yang ditegah (samaada perkara yang haram maupun perkara yang
makruh) sejak dilahirkan (samaada sebelum baligh atau sesudah baligh)
sehingga mereka wafat. Mustahil mereka bersifat KHIANAT iaitu Tidak
terpelihara dari melakukan perkara yang ditegah.
[Pertanyaan]
Jika ada orang berkata, Nabi Adam as telah melakukan perkara yang
ditegah dalam keadaan lupa?
Maka kita menjawab, Nabi Adam tidak melakukan perkara yang ditegah
Tuhan, apakah makan dalam keadaan lupa atau sengaja sekalipun.
Baginda tidak dikatakan membuat perkara yang ditegah pada
hakikatnya.
Adapun firman Allah Taala (yang bermaksud): “Janganlah kamu berdua
menghampiri pokok ini”, iaitu janganlah kamu berdua makan akan buah
pokok kayu ini. Maka ayat ini wajib ditakwil iaitu rupa tegah tapi bukan
tegah pada hakikat, baginda hanya disuruh memilih “jika kamu hendak
kekal didalam syurga ini maka janganlah kamu memakannya. Jika kamu
hendak keluar ke dunia makanlah, kamu tidak bersalah”. Maka Nabi
Adam pun memakannya, lalu baginda diberi pahala kerana baginda
makan itu kerana mengikut kehendak Tuhan dan mengikut yang Tuhan
suruh baginda pilih. Maka jadilah baginda membuat perkara yang
52
Terjemahan Aqidatul Awam
disuruh, bukan membuat perkara yang ditegah, kerana wajib rasul itu
bersifat AMANAH. (Paku Iman m/s: 27).
TABLIGH Ertinya MENYAMPAI segala perkara yang disuruh oleh Allah
menyampaikannya kepada makhluq. Mustahil mereka
MENYEMBUNYIKAN.
PERKARA YANG DIWAHYU KEPADA RASUL ADA TIGA PERKARA:
1. Perkara yang tidak disuruh menyampaikannya kepada
makhluq, maka tidak harus mereka menyampaikannya kepada
makhluq.
2. Perkara yang Allah beri pilih kepada mereka, harus mereka
menyampainya kepada orang yang dikehendakinya dan harus
juga tidak menyampaikan.
3. Perkara yang Allah suruh mereka menyampaikan. Maka mereka
telahpun menyampaikannya kepada makhluq dan mereka tidak
menyembunyikannya walaupun sedikit. (Rujuk Faridah Faraid
43).
FATHANAH Ertinya CERDIK/BIJAKSANA. Iaitu kesempurnaan cerdik
bagi melawan musuh yang hendak melawannya dengan mengemukakan
hujjah, sehingga mampu membatalkan segala dakwaan yang tidak benar.
Mustahil Rasul BODOH. Iaitu tidak mampu menolak hujjah yang
didatangkan oleh musuh dan tidak mampu membatalkan dakwaan yang tidak
benar.
Dalil Yang Membuktikan Sifat Wajib Bagi Rasul
53
Terjemahan Aqidatul Awam
SIFAT DALIL AQLI DALIL NAQLI
Siddiq
Ialah jika mereka Dusta Firm ِِﺑ ِﮫaﻨ ُﺎلnَﺳ ْﻠﻼ.Aََْرن ْ َﻏlَﻮأlذaَإﻤُِﺒﺎhَِ ِو.َْSبَنWُﺘُ ُﻤﺎﻞ ِﻮTََُاأ ﱠرﻟ ُْﻋِﺳَﺬﻨَْﻠﻳﺎَﻨَِﻗﺎﻦِ ََْﻓﻛﻢ َﱠ َﺬﺴُوﺑْاﻮﻟﻮاَﱠفِﺴﺑ َﺎﻟﻼ ِِْﻌ َﻜﻠﺳ
sudah tentu apa yang
dikhabarkan dari Allah “Iaitu orang-orang yang
itu juga dusta. Natijahnya, mendustakan kitab (al-quran)
jika Dusta Allah itu dan segala yang dibawa oleh
mustahil maka dusta para Rasul yang pernah kami
Rasul juga adalah utuskan maka mereka akan
mustahil. Allah swt juga mengetahui kelak (pada hari
telah mengurniakan kiamat) ketika belenggu dan
mukjizat yang ada pada rantai dipasang dileher
Rasul itu sebagai bukti mereka, sambil mereka diseret
kebenaran mereka. kedalam air yang sangat
panas (neraka Jahannam),
kemudian mereka akan
dibakar kedalam api neraka”.
{Surah al-Mukmin 70-72}.
54
Terjemahan Aqidatul Awam
Amanah Jika mereka tidak Fنiَ rْm َأ ِﻣaٌلnﻮA ُﺳlرlَ aﻢhْ ُﻜS َﻟW ْﻲTِّ ِإ:
amanah sudah tentu
mereka KHIANAT. Jika “Sesungguhnya aku adalah
mereka khianat sudah seorang Rasul (yang menjadi
tentu Allah juga suruh utusan) yang amanah (yang
kita khianat sepertinya
kerana Allah suruh kita diutus oleh Allah) kepada
mengikuti mereka. kamu”. (As-Syura ayat 125).
Sedangkan Allah swt
tidak pernah menyuruh
kita Khianat kerana
khianat adalah perkara
yang buruk bahkan
dilarang olehNya.
(Faridah Faraid)
Sebagaimana firman
Allah swt yang
bermaksud “Katakanlah
(wahai Muhammad)
Sesungguhnya Allah swt
tidak sekali-kali
menyuruh kamu
mengerjakan perbuatan
keji (jahat)”.(Al-a’raf)
55
Terjemahan Aqidatul Awam
BAIT 12
َو ِٓ ٌﺰ ِﰱ َﺣ ِﻘّ ِﮭ ْﻢ ِﻣﻦ َﻋ َﺮ ِض ۞ ِﺑ َﻐ ْ ِﲑ ﻧَ ْﻘ ٍﺺ ﮔ َﺨ ِﻔ ْ ِﻒ اﻟْ َﻤ َﺮ ِض
Tabligh Jika mereka ْاﻴْﻐﻟ ﱠَﻨ َﻚﺎﺖ ِ ِﻣسْﻦFإﻦﺑَﱠﻟﻠiََِrﻣلﺎmَﻧَﻚﻓِﺰَ ِﻤaَْﻞُأnﺼﻌﻣ ُﺂ ْﻤAََ ِْﻔlﺗْﻌﻎlَْ ﻠaََِّﻢﺑhْ ُﱠُﻟلﮫSﻟنّﻮﻠWَْﺮ َوُِإوﺳاTَﻳﺂِر ََأ ﱡﱠﺳ َرِّﺎ َﻟﺎ ََاﺘﻚﻟُﮫﱠ
Fathanah MEYEMBUNYIKAN
perkara yang disuruh apa yang telah diturunkan
menyampaikannya, kepadamu daripada Tuhanmu
sudah tentu kita juga (dengan tidak memilih orang,
disuruh oleh Allah
menyembunyikan ilmu samaada mereka suka atau
kita (kerana Allah benci), Jika engkau tidak
menyuruh kita mengikut melakukannya (dengan
perbuatan mereka) menyampaikan kesemuanya)
padahal perbuatan maka beerti engkau tidask
menyembunyikan ilmu menyampaikan risalahnya
itu adalah haram, dibenci (suatu dari suruhan Nya).
dan dilaknat oleh Allah. Allah jualah akan memelihamu
Oleh kerana Allah tidak daripada (kejahatan) manusia
pernah menyuruh
perbuatan yang haram . (al-
maka tetaplah Rasul Ma’idah 67)
bersifat TABLIGH.
ﺴ ُﻦFَ iﺣrْ m َأaَ nِ Aْ lِ l ﱠﻟaﺑﺎhِ ْﻢSُWﺎ ِد ْﻟTَو َﺟ
Jika mereka tidak cerdik
sudah tentu mereka tidak “Dan berbahaslah dengan
mereka dengan cara yang
kuasa mengalahkan terbaik” . (An-Nahl ayat 125)
lawannya. Sementara
tidak kuasa itu mustahil
kerana al-quran telah
mengkhabarkan bahawa
Rasul telah mengalahkan
semua lawannya.
(Rujuk Risalah Tauhid)
56
Terjemahan Aqidatul Awam
Dan Harus bagi semua Rasul kebiasaan yang berlaku kepada manusia
tanpa mengurangi kedudukan mereka, seperti sakit yang ringan 28
28 SIFAT HARUS BAGI RASUL
Rasul bersifat dengan segala sifat manusiawi yang tidak mengurangkan
martabat dan ketinggian mereka.
Keterangan:
o Harus para Rasul bersifat atau berperangai dengan sifat manusia,
yang tidak mengurangkan martabat mereka yang tinggi seperti
makan, minum, beranak, beristeri, berumah tangga, sakit,
bergurau yang halal, dan semua sifat yang berkait dengan
basyariah (sifat manusiawi) yang tidak mengurangkan martabat
mereka yang tinggi dan mulia. (Rujuk Faridah 44)
o Mustahil para Rasul bersifat dengan sifat Tuhan seperti iktiqad
orang-orang kristian (yang menjadikan nabi Isa sebagai tuhan
mereka), atau bersifat dengan sifat malaikat zahir dan batin
kerana para Rasul adalah manusia, (seperti tidak berjantina,
tidak makan, tidak minum, tidak tidur, tidak berumah tangga dan
sebagainya dari sifat malaikat).
o Perlu diingat juga bahawa mustahil para Rasul bersifat atau
berperangai dengan perangai yang boleh mengurangkan
pangkatnya tinggi dan mulia serta boleh merosakkan maruah
mereka sebagai utusan Allah seperti makan dijalan, melakukan
perbuatan yang hina, kurang akal, kurang cerdik, tidak kuat
ijtihad, ibu bapa yang hina, lahir dari nasab yang tak baik, tabiat
yang kasar, berat lidah, penyakit sopak, penyakit kusta dan
sebagainya.
57
Terjemahan Aqidatul Awam
BAIT 13
ِﻋ ْﺼ َﻤ ُﺘﮭُ ْﻢ ﮔﺴ ِٓ ِﺮ اﻟْ َﻤ َﻼ ِﮕﻪ ۞ َوا ِﺟ َ ٌﺔ َوﻓَﺎ َﺿﻠُﻮا اﳌَ َﻼ ِﮕ ْﻪ
Sifat Maksum (mereka dipelihara oleh Allah dari perbuatan dosa)
seperti seluruh malaikat. Sifat maksum adalah wajib (bagi mereka
bahkan mereka) lebih utama dari para malaikat 29
o Janganlah kita berpegang kepada kata-kata golongan yang jahil
dari kalangan ahli sejarah dan mufassirin yang menyebutkan
tentang sifat kekurangan yang tidak patut dan tidak layak pada
sebahagian Rasul seperti kisah mengenai nabi Ayyub, nabi
Ya’qob, Nabi Syu’aib, kisah yang masyhur dari kalangan golongan
yang jahil itu sebenarnya tidak ada. Ujian yang menimpa nabi
Ayyub hanyalah berupa penyakit cacar bukan kudis yang sampai
berulat. Nabi Ya’qob sebenarnya bukannya buta, tetapi matanya
diselaputi air mata kerana terlalu banyak menangis.
(Rujuk Aqidatun Najin 194)
Dalil Yang Membuktikan Sifat Harus Bagi Rasul
DALIL AQLI DALIL NAQLI
Dalil mereka harus bersifat atau Firman A ﱠlَlِإahَ S ْﻮWﻢ ُﻳTْ ُﻗ ْﻞ ِإ ﱠﻧ َﻤﺎ َأ َﻧ ْﺎ َ َﺸ ٌﺮ ِّﻣ ْﺜ ُﻠ ُﻜ
berperangai manusia ialah = Dapat
dilihat adanya perkara tersebut “Katakanlah (wahai Nabi
pada diri mereka. Ini kerana Muhammad) sesungguhnya aku
orang-orang yang hidup pada hanyalah seorang manusia seperti
zamannya dapat melihat bahawa kamu yang diberikan wahyu
mereka makan, minum berumah kepadaku”. (Al-Kahfi ayat 110).
tangga, beranak, beristeri dan
sebagainya. (Faridah Faraid: 45)
Sifat – sifat Nubuwwat (kenabian berkenaan sifat-sifat nabi dan rasul
atau syarat-syarat kenabian.
58
Terjemahan Aqidatul Awam
BAIT 14
َواﻟْ ُﻤ ْﺴ َﺘ ِﺤ ْﯿ ُﻞ ِﺿﺪ ُ ِّﰻ َوا ِﺟ ٍﺐ ۞ ﻓَﺎ ْﺣ َﻔﻆْ ِﻟ َﺨ ْﻤ ِﺴ ْ َﲔ ِ ُﲝ ْ ٍﲂ َوا ِﺟ ِﺐ
Dan sifat Mustahil adalah lawan dari sifat yang wajib maka wajiblah
kamu menghafalkan lima puluh sifat itu 30
Sifat Wajib bagi Rasul 4 Sifat = 9 Sifat
Sifat Mustahil atas Rasul 4 Sifat
Sifat harus pada Rasul 1 Sifat
29 [Tanbih]
Jaga-jaga ! jangan kau terperdaya dengan cerita-cerita sejarah, tarikh-
tarikh, dan tafsir al-quran yang menyebut tentang kecacatan dan
kekurangan nabi-nabi dan rasul. Seperti disebutkan nabi Musa telor
sebut huruf tidak betul, nabi Ayub cabuk sakit berulat kepala, nabi Ishaq
dan nabi Yaakub buta maka orang yang berkata demikian akan dilaknat
oleh Allah kerana menyakiti nabi-nabi dan rasul. Firman Allah SWT
(yang bermaksud) “Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan
Rasulnya nescaya ia akan dilaknat didunia dan akhirat, dan disediakan
buat mereka azab siksa yang sangat hina”. (Oleh itu) Jika terdapat nash
quran atau hadis yang zahirnya nabi-nabi dan rasul-rasul itu terdapat
kecacatan maka wajib ditakwil. Nabi Ishaq dan Yaakub bukan buta,
tapi hanya kelabu mata, nabi Ayub bukan cabuk, ia hanya kena kudis
(sedikit dibahagian kulit) sahaja. (Rujuk Paku Iman m/s 30)
30 Sifat Mustahil keatas Allah
Wajib keatas setiap mukallaf beriktiqad secara ijmal bahawa segala sifat
kekurangan adalah mustahil keatas Allah Taala. Segala sifat itu adalah
tidak layak bagi Allah. Diantara sifat-sifat tersebut terdapat dua puluh
sifat mustahil yang wajib diiktiqad secara tafsil (terperinci). Sifat
mustahil tersebut adalah lawan bagi sifat wajib.
59
Terjemahan Aqidatul Awam
SIFAT MUSTAHIL ATAS ALLAH LAWAN SIFAT
ﺪم Tiada. Wujud
ُ ُﺪوث Baharu (ada permulaan bagi Qidam
zat dan sifat Allah Taala) Baqa’
ﻓَ َﺎء Binasa (ada akhir bagi zat dan
ُﻣ َﻤﺎﺛَﻠَ ُﺘﻪ sifat Allah) Mukhalafatuhu Lil Hawadis
ِﻠْ َﺤ َﻮا ِدث Menyerupai makhluknya
ِﻗ َﺎ ُﻣ ُﻪ ِﺑ َﻐ ْ ِﲑِﻩ (pada zat, sifat dan Qiyamuhu Binafsihi
perbuatannya).
ﺗَ ّﻌﺪد Berdiri dengan yang lain iaitu Wahdaniyah
َ ْﲺﺰ berhajat kepada zat dan Qudrah
َﻛ َﺮا َﻫﺔ pencipta. Iradah
َﻞ Berbilang-bilang (Tidak esa Ilmun
َﻣﻮت pada zat, sifat dan af’al) Hayat
َ َﲳﻢ Lemah Sama’
ُ ْﲻﻲ Basar
ُ ْﲂ Terpaksa/terlupa/tersilap Kalam
َﻛ ْﻮﻧُ ُﻪ ﺎ ِﺟ ًﺮا Kaunuhu Qadiran
َﻛ ْﻮﻧُ ُﻪ ُﻣ ْﻜ َﺮ ًﻫﺎ Bodoh Kaunuhu Muridan
َﻛﻮﻧُ ُﻪ ﺎ ِﻫ ًﻼ Kaunuhu Aliman
َﻛﻮﻧُ ُﻪ َﻣ ِّ ًﺘﺎ Mati Kaunuhu Hayyan
َﻛﻮﻧُ ُﻪ َﰡ Kaunuhu Sami’an
َﻛ ْﻮﻧُ ُﻪ ْ َﲻﻰ Tuli Kaunuhu Basiran
Buta
Bisu
Keadaanya yang lemah
Keadaanya yang terpaksa
Keadaannya yang bodoh
Keadaannya yang mati
Keadaanya yang tuli
Keadaanya yang buta
60
Terjemahan Aqidatul Awam
BAIT 15 – 20
ﺗَ ْﻔ ِﺼ ْﯿ ُﻞ َ ْﲬ َﺴ ٍﺔ َو ِﻋ ْ ِﴩْ َﻦ ﻟَ ِﺰ ْم ۞ ُﰻ ُﻣ َﳫ ٍﻒ ﻓَ َﺤ ِّﻘ ْﻖ َوا ْﻏ َﺘ ِ ْﲌ
Perincian nama 25 para Rasul yang wajib diketahui oleh setiap
mukallaf, maka yakinilah dan ambillah keuntungannya 31
َﻛﻮﻧُ ُﻪ ْ َﲂKeadaanya yang bisu Kaunuhu Mutakalliman
Mustahil Allah dari bersifat dengan sifat Wajib Allah bersifat dengan
tersebut. Tujuan kita mengetahui sifat sifat tersebut
mustahil atas Allah supaya kita mengetahui
sifat yang ternafi daripada Allah Taala
50 SIMPULAN IMAN ()ﻋﻘﺎﺋﺪ ﻳﻤﺎن
SIFAT ALLAH DAN JUMLAH TERKANDUNG DIDALAM
RASUL KALIMAH
20
Sifat Wajib bagi Allah 20 41 ﻻ ٕا َ ٕاﻻ ﷲ
Sifat Mustahil atas Allah 1
Sifat Harus pada Allah 4 ﶊﺪ رﺳﻮل ﷲ
Sifat Wajib bagi Rasul 49 ﻻ ٕا َ ٕاﻻ ﷲ ﶊﺪ رﺳﻮل ﷲ
Sifat Mustahil atas Rasul 1
Sifat Harus pada Rasul
50
JUMLAH
50 Semua sifat itu terhimpun didalam kalimah ﻻ إ َﻟﮫ إﻻ ﷲ ﻣﺤﻤﺪ رﺳﻮل ﷲ
[Makna Tuhan ] اﻟﮫ
61
Terjemahan Aqidatul Awam
اﺳﺘﻐﻨﺎء ﻋﻦ ﻞ ﻣﺎ ﺳﻮاﻩTerkaya (tak berhajat/tak bersandar/tak
berpaut) kepada yang lain
اﻓﺘﻘﺎر إﻟﻴﮫ ﻞ ﻣﺎ ﻋﺪاﻩSegala sesuatu
berhajat/bergantung/bersandar/berpaut
kepadanya
Tiada zat yang layak menyandang gelaran/panggilan Tuhan melainkan
Allah swt. Orang yang berkata ada Tuhan selain Allah sesungguhnya ia
jelas telah terkeluar dari agama. nauzubillah.
Sifat 20 yang terkandung didalam اﺳﺘﻐﻨﺎءdan اﻓﺘﻘﺎر
اﺳﺘﻐﻨﺎء 1)Wujud, Sifat Wajib1) Adam
2)Qidam, Sifat Mustahil2) Hudus
(11 3)Baqa’, 3) Fana’
Sifat) 4) Mukhalafatuhu Lil 4) Mumatsalatuhu Lil
Hawadis, Hawadis
اﻓﺘﻘﺎر 5) Qiyamuhu Binafsihi 5) Qiyamuhu Bi ghairih
6) Sama’ 6) Somamu
(9 Sifat) 7) Basar 7) Umyu
8) Kalam 8) Bukmu
9) Kaunuhu Sami’an 9) Kaunuhu Asom
10) Kaunuhu Basiran 10) Kaunuhu A’ma
11) Kaunuhu 11) Kaunuhu Abkam
Mutakalliman
1) Mayyit
1) Hayat 2) Ajzu
2) Qudrah 3) Karahah
3) Iradah 4) Jahlu
4) Ilmun 5) Kaunuhu Mayyitan
5) Kaunuhu Hayyan 6) Kaunuhu Aji’zan
6) Kaunuhu Qadiran 7) Kaunuhu Ka’rihan
7) Kaunuhu Muridan 8) Kaunuhu Jahilan
8) Kaunuhu Aliman 9) Taaddud
9) Wahdaniyah
31 PERCAYA KEPADA NABI DAN RASUL
62
Terjemahan Aqidatul Awam
Wajib keatas setiap mukallaf mengetahui dan percaya kepada Rasul
serta sifat-sifat mereka. Begitu juga perkara yang berkaitan dengannya
seperti namanya, nasab keturunannya, bangsanya, tempat kelahirannya
dan sebagainya.
TAKRIF NABI
Seorang lelaki, yang merdeka, dari kalangan manusia, yang diberikan
wahyu oleh Allah dengan syariat (yang diamalkan sendiri) dan tidak
disuruh menyampaikannya kepada orang lain.
(Taudhihat al-Jaliyyah: 96)
TAKRIF RASUL
Seorang lelaki, yang merdeka, dari kalangan manusia, yang diberikan
wahyu oleh Allah dengan syariat (yang diamalkan sendir) dan disuruh
menyampaikannya kepada orang lain. Setiap rasul itu nabi, bukan setiap
nabi itu Rasul.
(Taudhihat al-Jaliyyah: 96)
Kenabian (dan kerasulan) bukanlah pilihan. Ia bukan diperolehi melalui
usaha, atau bersungguh-sungguh dalam ibadah dan ketaatan, bukan juga
dengan cara membersihkan jiwa dan anggota badan dari kekotoran dan
akhlak yang buruk, bukan juga diperolehi melalui warisan. Akan tetapi
kenabian (dan kerasulan) adalah kurniaan daripada Allah kepada
sesiapa sahaja yang dia kehendaki dari kalangan hamba-hambanya.
(Taudhihat al-Jaliyyah: 98)
SIFAT NABI DAN RASUL
Mereka telah disempurnakan oleh Allah dengan fitrah yang suci, hati
dan jiwa yang bersih, cita-cita yang tinggi, akal yang sempurna, anggota
yang bersih, serta rupa paras yang cantik dan indah zahir dan batin.
Mereka juga dipeihara oleh Allah dari setiap perkara yang menafikan
(kenabian mereka) serta (dihiasi dengan) akhlak yang mulia, maruah
63
Terjemahan Aqidatul Awam
dan kemuliaan (yang terjaga) samaada sebelum dan selepas kenabian
(menjadi nabi/rasul).
(Taudhihat al-Jaliyyah: 96)
Sudah diperjelaskan (dalam takrif diatas) bahawa nabi dan rasul adalah
seorang manusia, (bukan tuhan, malaikat atau jin). Maka mereka harus
bersifat atau berperangai sebagaimana perangai manusia seperti makan,
minum, sakit, pening, mempunyai anak, beristeri dan sifat lain yang
tidak menjejaskan martabat dan ketinggian mereka. Adapun perangai
yang keji atau penyakit yang keji seperti sopak, kusta, gila, dan
sebagainya adalah mustahil keatas mereka.
(Aqidatun Najin)
PERBEZAAN DIANTARA RASUL DENGAN ORANG LAIN
Para Rasul dibezakan oleh Allah daripada manusia dengan perbezaan
yang menunjukkkan bahawa mereka adalah utusan Allah iaitu dengan
MUKJIZAT.
TAKRIF MUKJIZAT
MUKJIZAT ialah perkara luar biasa yang terjadi pada diri seorang nabi
(sebagai bukti kenabiannya) tanpa dapat ditentang oleh sesiapa.
(Aqidatun Najin 198).
Diantara mukjizat yang terjadi kepada Para Anbiya adalah = Api tidak
membakar tubuh Baginda Ibrahim as, Nabi Daud as dapat melentur besi
dan membentuknya dengan kedua belah tangannya, nabi Musa as dapat
membelah laut dengan tongkatnya, dan tongkatnya bertukar menjadi
ular yang besar serta menelan ular-ular tukang sihir firaun.
MUKJIZAT RASULULLAH.
Diantara Mukjizat yang terjadi pada diri Rasulullah saw pula ialah:
64
Terjemahan Aqidatul Awam
o Al-quran. Ini adalah mukjizat Baginda yang terbesar yang akan
kekal sehingga kiamat. Seluruh manusia yang fasih berbahasa
arab pun tidak berupaya membuat satu surah yang sama seperti
al-quran.
o Air mengalir dari anak jari Baginda sehingga dapat diminum oleh
para sahabat
o Biawak mengucap dua kalimah syahadah dihadapan para
sahabat.
o Seekor kijang mengucap syahadah dihadapan Baginda. Dan
sebagainya.
ENAM PERKARA LUAR BIASA
1 MUKJIZAT Perkara luar biasa yang terjadi pada diri seorang
2 IRHAS nabi selepas kenabiannya.
3 KAROMAH
Perkara luar biasa yang terjadi pada diri seorang
4 MA’UNAH nabi sebelum kenabiannya seperti terpadam api
majusi yang sudah menyala ribuan tahun
sewaktu kelahiran Rasulullah, dipayungi awan
sewaktu berniaga ke Syam
Perkara luar biasa yang terjadi pada diri seorang
wali Allah. seperti perbuatan yang banyak dalam
waktu yang singkat ( ) ﻃﻲ اﻟﻮﻗﺖ, jarak perjalanan
yang jauh dalam waktu yang singkat ( ) ﻃﻲ رض.
Perkara luar biasa yang terjadi pada orang biasa
(yang soleh tapi ia bukan wali Allah) kerana
terlepas dari kesusahan. Mau’nah bermaksud
pertolongan dari Allah swt kepada seorang agar
ia menjadi seorang yang kuat beribadah dan taat
kepadanya (seperti terselamat dari kemalangan
dan sebagainya) Keempat-empat perkara yang
telah disebutkan ini adalah perkara yang terpuji.
65
Terjemahan Aqidatul Awam
ُﮬ ْﻢ َد ُم ا ْد ِرْ ُﺲ ﻧُ ْﻮ ٌح ُﮬ ْﻮ ُد َﻣ ْﻊ ۞ َﺻﺎِﻟ ْﺢ َوٕا ْﺮا ِﮬ ْ ُﲓ ُﰻ ُﻣ َﺒ ْﻊ
Mereka adalah Nabi Adam, Idris, Nuh, Hud serta Soleh, Ibrahim (yang
setiap mereka itu diikuti)
ﻟُ ْﻮ ٌط َوٕا ْﺳﲈ ِﻋ ْﯿ ُﻞ ٕا ْﲮﺎ ُق ﮔﺬا ۞ ﯾَ ْﻌ ُﻘﻮ ُب ﯾُﻮ ُﺳ ُﻒ َو ﯾﻮ ُب ا ْﺣ َ َﺬا
Luth, Ismail dan Ishaq demikian pula Ya’qub, Yusuf, Ayyub dan
seterusnya
ُﺷ َﻌ ْﯿ ُﺐ ﮬﺎ ُرو ُن َو ُﻣ ْﻮ َﳻ َواﻟْ َ َﺴ ْﻊ ۞ ُذو اﻟْ ِﮑ ْﻔ ِﻞ َدا ُو ُد ُﺳﻠَ ْﯿ َﻤﺎ ُن اﺗ َﺒ ْﻊ
Syuaib, Harun, Musa dan Ilyasa’, Zulkifli, Daud, dan Sulaiman yang
diikuti
اﻟْﯿﺎ ُس ﯾُ ْﻮ ُ ُﺲ َزﮔ ِﺮ َ َ ْﳛ َﲕ۞ ِ ْ َﴗ َو َﻃ َﻪ َﺎ ِ ٌﰎ َد ْع ﻏَﯿﺎ
5 ISTIDRAJ Perkara luar biasa yang terjadi pada orang kafir
6 SIHIR dan orang islam yang fasiq sebagai tipu daya.
Maksud Istidaraj ialah perbuatan yang
disangkanya baik tetapi membawa tuannya
kedalam neraka (seperti tok sami yang boleh
terbang, berjalan atas air dan sebagainya).
Perkara luar biasa yang terdapat pada orang
yang mengamalkan ilmu sihir (ilmu silap mata).
Hukum mengamalnya adalah haram dan
dilarang oleh agama. Kedua-dua perkara ini
adalah termasuk perkara yang dibenci oleh
agama.
(Rujuk Risalah Tauhid & Aqidatun Najin)
66
Terjemahan Aqidatul Awam
Ilyas, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa dan Thaha (Muhammad SAW)32 sebagai
penutup, maka tinggalkanlah jalan yang menyimpang dari kebenaran
َﻠَ ْﯿﮭِ ُﻢ اﻟﺼﻼ ُة َواﻟﺴ َﻼ ُم ۞ َو ِﻟﮭِ ْﻢ ﻣﺎ َدا َﻣ ِﺖ ا ْ ُم
Semoga solawat dan salam tercurah pada mereka dan keluarga mereka
sepanjang masa33
32 GELARAN RASULULLAH
Didalam Bait diatas musonnif menyebutkan nama lain serta gelaran bagi
nabi kita, Baginda Muhammad SAW iaitu Thoha. Berikut ini adalah
sebahagian daripada nama lain serta gelaran yang telah diberikan
kepada baginda Nabi Muhammad SAW.
Muhammad Ahmad Hamid Muddassir Muzzammil
Rauf
Yasin Rasul Rahim Thoha
Imam as-Sayyid Muhammad B Sulaiman al-Jazuli menyebutkan lebih
200 nama lain dan gelaran nabi Muhammad dalam kitabnya yang
berjudul ‘Dalail al-Khairat’ yang memuatkan bermacam selawat kepada
Baginda Nabi. Selain itu Shaikh Maulana Musa Ruhani al-Bazi seorang
ulama dari Hindi telah mengarang sebuah kitab selawat yang berjudul
‘Barakat Makkiyah’ yang memuatkan sebanyak 805 selawat beserta
nama dan gelaran Nabi Muhammad SAW.
33 PERCAYA KEPADA NABI DAN RASUL
JUMLAH NABI DAN RASUL
Wajib keatas setiap mukallaf beriman dengan nabi dan rasul yang diutus
oleh Allah. Menurut pendapat yang muktamad, tidak ada yang
mengetahui jumlah kesemua para nabi dan rasul yang diutus melainkan
Allah SWT. Namun, menurut sebahagian ulama dengan berpandukan
beberapa dalil hadis nabi berpendapat, jumlah rasul adalah 313 atau
67
Terjemahan Aqidatul Awam
315. Jumlah nabi adalah 124 ribu. Jumlah nabi dan rasul yang wajb kitab
ketahui dan iktiqad perutusan mereka ada 25 orang. Mereka adalah:
1 Adam Abul Basyar. Bapa manusia
2 Idris
Baginda ialah moyang nabi Nuh
3 Nuh
Baginda diselamatkan dari taufan yang besar.
4 Hud Dipanggil Abul Basyar tsani (ayah manusia yang
5 Soleh kedua) kerana keturunannyalah yang tersebar
6 Ibrahim sehingga sekarang.
7 Lut
8 Ismail Nabi yang diutus kepada kaum Ad
9 Ishaq
10 Ya’kob Nabi yang diutus kepada kaum Tsamud
11 Yusuf Khalilullah dan Abul Anbiya (Bapa para nabi).
12 Ayyub Saudara nabi Ibrahim. Diutus kepada kaum Sadom
13 Syuaib
14 Musa Anak nabi Ibrahim. Ibunya bernama Hajar. Diutus
15 Harun kepada kabilah dari Yaman
16 Zulkifli
Anak nabi Ibrahim. Ibunya bernama Sarah
17 Daud
Cucu nabi Ibrahim. Ya’kub b Ishaq b Ibrahim.
18 Sulaiman Diutus kepada penduduk Kan’an
Cicit nabi Ibrahim. Sabda Rasulullah: “Orang
mulia, anak orang mulia, anak orang mulia, anak
orang mulia iaitu Yusuf B Yaakub b Ishaq b Ibrahim
as”.
Nabi yang mempunyai kesabaran yang tinggi
Diutus kepada penduduk Madyan dan penduduk
Ai’kah
Musa b Imran. Kalimullah. Diutus kepada Firaun
dan kaum Bani Israil.
Harun b Imran. Saudara kandung nabi Musa as.
Zulkifli b Ayyub. Diutus menjadi nabi selepas
ayahnya nabi Ayyub
Nasabnya bersambung sehingga nabi Yaakub.
Allah menjadikan baginda raja kepada kaum Bani
Israil
Sulaiman B Daud as. Allah menjadikan baginda
raja selepas ayahnya nabi Daud
68
Terjemahan Aqidatul Awam
19 Ilyas Nasabnya bersambung sehingga nabi Harun as.
20 Ilyasa’ Baginda diutus kepada bani Israil
21 Yunus
22 Zakariya Nabi Bani Israil
23 Yahya
Nabi Yunus b Matta. Nabi ynag diselamatkan dari
24 Isa perut ikan.
Nabi dari keturunan nabi Sulaiman. Nabi yang
25 Muhammad wafat sebagai seorang syahid
Nabi Yahya b Zakaria. Nabi yang wafat sebagai
seorang syahid
Isa b Maryam. Ruhullah (roh yang ditiupkan oleh
Allah) kedalam rahim suci ibunya Saidatina
Maryam as.
Nabi kita Muhammad bin Abdullah SAW.
Penghulu para nabi
RASUL ULUL AZMI
Rasul Ulul Azmi ialah = Rasul yang mempunyai cita-cita yang kuat dan
kuat dan tahan menanggung kesabaran.
1 Muhammad RASUL UZUL AZMI
saw
Baginda adalah nabi dan Rasul yang paling afdhal.
2 Ibrahim as Ini adalah kerana syariatnya kekal sampai kiamat,
syariatnya juga memansuhkan (membatalkan)
syariat para Anbiya’ sebelumnya. Baginda juga
memberi syafaat dihari kiamat, ummatnya adalah
Khairu Ummah (ummat yang terbaik), dan banyak
lagi kelebihan yang ada pada diri Baginda yang
tiada pada para Anbiya’ sebelumnya
Kerana Baginda mempunyai kesabaran dalam
melaksanakan perintah Allah swt menyembelih
anaknya Ismail as, dan juga kerana Baginda sabar
ketika dilontarkan kedalam api pada masa
pemerintahan raja Namrud
69
Terjemahan Aqidatul Awam
BAIT 21 - 23
3 Isa as Kerana sangat tinggi kesabarannya ketika disakiti
4 Nuh as oleh Yahudi sehingga Baginda hendak dibunuh,
tetapi diangkat oleh Allah swt kelangit. Yang
dibunuh adalah orang yang serupa dengan nabi Isa
as
Kerana kesabarannya dalam dakwah menyeru
kaumnya yang tidak mahu beriman sehingga
hampir seribu tahun lamanya, dengan berbagai
cacian dan kesakitan yang ditempuhiNya.
Pengikutnya hanya 80 orang lebih sahaja
NABI DAN RASUL YANG MEMPUNYAI SYARIAT
Nabi dan Rasul yang mempunyai syariat sendiri ada enam orang. Iaitu =
1. Nabi Adam as
2. Nabi Ibrahim as
3. Nabi Musa as
4. Nabi Isa as
5. Nabi Nuh as
6. Nabi Muhammad saw.
NABI DAN RASUL YANG MEMPUNYAI KITAB
Nabi dan Rasul yang menerima kitab dari Allah swt ada Empat orang.
Iaitu:
NABI KITAB
1 Daud AS Zabur
2 Musa AS Taurat
3 Isa AS Injil
4 Muhammad SAW Al-quran
(Rujuk Risalah Tauhid)
70
Terjemahan Aqidatul Awam
َواﻟْ َﻤ َ ُ ا ِ ْی ِﺑ َﻼ َا ٍب َو ْم ۞ ﻻ ْ َﰻ ﻻ ُ ْﴍ َب َوﻻ ﻧَ ْﻮ َم ﻟَﮭُ ْﻢ
Para malaikat itu tiada ayah dan ibu, tidak makan dan tidak minum serta
mereka tidak tidur 34
34 PERCAYA KEPADA MALAIKAT
Takrif Malaikat
Wajib keatas setiap mukallaf percaya dan beriktiqad tentang kewujudan
MALAIKAT. Malaikat ialah jisim nurani yang lathif (halus). Mereka tidak
disifatkan dengan lelaki mauhupun perempuan, tidak berketurunan,
tidak sakit, tidak tidur, tidak mempunyai ayah, ibu, maupun zuriat.
(Taudhihat al-Jaliyyah).
Mereka adalah hamba-hamba Allah SWT yang mulia, tidak pernah
menderhaka kepada Allah, bahkan mengerjakan segala suruhanNya.
Sebahagian malaikat ada yang ruku’ sahaja, ada juga yang sujud sahaja,
ada juga yang hanya bertasbih, ada juga yang melakukan pelbagai tugas
yang ditetapkan oleh Tuhan kepadanya sehingga hari kiamat. (Risalah
Tauhid : 99).
Rupa asal para malaikat tidak dapat dilihat oleh manusia
melainkan para Anbiya’ sahaja, lantaran jisim mereka terlalu
halus. Ia samalah seperti angin padahal angin itu ada memenuhi
dunia ini lantaran keadaannya yang sangat halus.
Para Anbiya’ dapat melihat rupa asal malaikat itu adalah satu
kelebihan yang dikurniakan oleh Allah swt supaya dapat
mempelajari agama dan hukum syarak darinya.
Namun jika malaikat sudah berupa dengan rupa jisim yang kasar
seperti rupa manusia barulah manusia dapat melihatnya ketika
itu. Sebagaimana malaikat yang turun kepada Nabi Muhammad
saw dan berbual-bual dengan Baginda. Ia menyerupakan dirinya
seperti seorang sahabat nabi yang bernama Dihyah al-Kalbiyyi
yang kelihatan tampan dengan pakaian putih lagi bersih.
71
Terjemahan Aqidatul Awam
ﺗَ ْﻔ ِﺼ ْﯿ ُﻞ َﻋ ْ ٍﴩ ِّﻣ ْ ُﮭ ُﻢ ِ ْﱪﯾْ ُﻞ ۞ ِﻣ ْﮕﺎ ُل ا ْﴎا ِﻓ ْ ُﻞ ِﻋ ْﺰ َرا ِﺋ ْﯿ ُﻞ
Secara terperinci jumlah Malaikat ada 10, iaitu (1) Jibril, (2) Mikail,
(3) Israfil (4) Izra’il
ُﻣ ْﮕ ْﺮ َ ِﮑ ْ ٌﲑ و َر ِﻗ ْ ٌﺐ َوﮔ َﺬا ۞ َﻋ ِﺘ ْﯿ ُﺪ َﻣﺎِ ٌ َو ِر ْﺿ َﻮا ُن ا ْﺣ َ َﺬا
(5) Munkar, (6) Nakir (7) Raqib begitu juga (8) ‘Atiid, (9) Malik, (10)
Ridwan (dan) seterusnya35
Firman Allah swt:
ﻻ َ ْﻌ ُﺼﻮ َن َﷲ ﻣﺂ َأ َﻣ َﺮ ُ ْﻢ َوَ ْﻔ َﻌ ُﻠﻮ َن ﻣﺎ ﻳ ْﺆ َﻣ ُﺮو َن
“Mereka (Para Malaikat) tidak menderhaka kepada Allah Taala dalam
segala apa yang yang diperintahkan kepada mereka, sedang mereka
melakukan segala yang diperintahkan”. (Surah At-Tahrim ayat 6)
[Tanbih]
Maka nyata bohong dan sesat orang yang berkata Harut dan Marut itu
malaikat yang turun ke Bumi mengajar ilmu sihir dan berzina dengan
seorang perempuan, lalu mereka berdua disiksa hingga hari kiamat.
Maka inilah yang diceritakan oleh Yahudi. Sedangkan kisah yang benar
bukan begitu. Berkata sebahagian ulama: Harut dan Marut adalah
manusia, dia dipanggil/digelar malaikat kerana (terkenal dengan)
kesolehannya.
(Rujuk kitab Paku Iman m/s: 21)
35 JUMLAH MALAIKAT
Wajib kita beriktiqad secara ijmal bahawa Allah swt mempunyai para
malaikat yang begitu banyak, tidak diketahui bilangannya (hanya Allah
72
Terjemahan Aqidatul Awam
BAIT 24 -26
ْرﺑَ َﻌ ٌﺔ ِّﻣ ْﻦ ﮐُ ُﺘ ٍﺐ ﺗَ ْﻔ ِﺼ ْﯿﻠُﮭَﺎ ۞ ﺗَ ْﻮ َرا ُة ُﻣ ْﻮ َﳻ ِ ﻟْﮭُ َﺪا ﺗَ ْ ِﲋﯾْﻠُﮭَﺎ
Empat Kitab Suci Allah secara terperinci adalah (1) Taurat (diberikan)
kepada Nabi Musa as diturunkan dengan membawa petunjuk
َزﺑُ ْﻮ ُر َدا ُو ُد َوٕا ْ ِﳒ ْﯿ ُﻞ َ َﲆ ۞ ِ ْ َﴗ َوﻓُ ْﺮﻗَﺎ ُن َ َﲆ َ ْ ِﲑ اﻟْ َﻤ َﻼ
(2) Zabur kepada Nabi Daud as dan (3) Injil kepada Nabi Isa as dan (4)
Al-Qur’an kepada sebaik-baik manusia (Nabi Muhammad SAW)
sahaja yang mengetahui jumlah mereka). Tetapi wajib keatas setiap
mukallaf beriktiqad dan mengetahui secara tafsil (terperinci) sebanyak
10 malaikat. Iaitu:
MALAIKAT TUGASNYA
Jibril Membawa wahyu kepada Nabi dan Rasul
Mikail Menurunkan rezeki kedunia dengan perintah Allah swt.
Israfil
Izrail Meniup sangkakala dengan dua kali tiupan. (tiupan
pertama mematikan setiap yang bernyawa, tiupan kedua
menghidupkan semua semula).
Mencabut nyawa
Malik Menjaga pintu neraka
Ridwan Menjaga pintu syurga
Raqib Menulis catatan amal manusia
Atid Menulis catatan amal manusia
Munkar Menyoal mereka yang mati didalam kubur
Nakir Menyoal mereka yang mati didalam kubur
73
Terjemahan Aqidatul Awam
َو ُ ُﲱ ُﻒ اﻟْ َ ِﻠ ْﯿ ٍﻞ َواﻟﮕ ِﻠ ْ ِﲓ ۞ ِﻓ ْ َﮭﺎ ﮔﻼ ُم اﻟْ َﺤﮕ ِﻢ اﻟْ َﻌ ِﻠ ْ ِﲓ
Dan Suhuf (lembaran-lembaran suci yang diturunkan kepada) Al-Khalil
(Nabi Ibrahim AS) dan Al-Kalim (Nabi Musa AS) mengandungi perkataan
dari (Allah) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui 36
36 PERCAYA KEPADA KITAB
Maksud kitab disini ialah = Segala hukum, ajaran-ajaran, nasihat, kisah-
kisah dan lain-lain yang mengandungi pelbagai hikmah yang yang
diturunkan oleh Allah swt kepada Rasul Nya. (Risalah Tauhid : 96)
Wajib keatas setiap mukallaf mengetahui secara tafsil (terperinci)
empat kitab Allah yang Allah swt turunkan kepada Nabi dan Rasulnya
KITAB DITURUNKAN KEPADA DENGAN BAHASA
NABI
Taurat Qibti
Zabur Musa As Ibrani
Injil Daud As Siryani
Al-Quran Isa As Arab
Muhammad Saw
Wajib keatas setiap mukallaf mengetahui secara ijmal (ringkas) Kitab
kecil yang disebut sebagai Suhuf. Sebahagian ulama mengatakan jumlah
Suhuf yang diturunkan oleh Allah ada 110 Suhuf.
JUMLAH SUHUF DITURUNKAN KEPADA NABI
10 Suhuf Adam As
50 Suhuf Syits As
10 Suhuf Ibrahim As
30 Suhuf Idris As
10 Suhuf Musa As
74
Terjemahan Aqidatul Awam
KEWAJIPAN MENTAATI RASULULLAH
BAIT 27
َو ُﰻ َﻣﺎ َﰏ ِﺑ ِﻪ اﻟﺮ ُﺳ ْﻮ ُل ۞ ﻓَ َﺤﻘ ُﻪ اﻟ ْﺴ ِﻠ ْ ُﲓ َواﻟْ َﻘ ُ ْﻮ ُل
Dan segala apa-apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW, maka wajib
kita pasrah dan Menerimanya 37
BAIT 28
اﯾْ َﻤﺎﻧُﻨَﺎ ِﺑ َﯿ ْﻮ ِم ِﺧ ٍﺮ َو َﺟ ْﺐ ۞ َو ُﰻ َﻣﺎ ﮔﺎ َن ِﺑ ِﻪ ِﻣ َﻦ اﻟْ َﻌ َﺠ ْﺐ
37 Keterangan:
Umat islam wajib meyakini dan melaksanakan semua perkara yang
dibawa oleh Rasulullah SAW baik berupa perintah, larangan atau hal
yang terkait rapat dengan kabar tentang perkara-perkara yang ghaib.
Kabar itu sudah termaktub didalam al-quran dan hadis-hadis nabi.
Firman Allah SWT didalam al-quran
َو َﻣﺎ آ َﺗﺎ ُﻛ ُﻢ اﻟ ﱠﺮ ُﺳﻮ ُل َﻓ ُﺨ ُﺬو ُﻩ َو َﻣﺎ َ َ ﺎ ُﻛﻢ َﻋ ْﻨ ُﮫ َﻓﺎ ْﻧ َ ُ ﻮا
“Apa yang dibawa oleh Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa
yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah”. {Surah al-Hasyr ayat 7}.
Meyakini apa yang dibawa oleh Nabi itu bermaksud melaksanakan
semua perintah dan menjauhi larangan Allah SWT dan rasulNya.
Mengerjakan solat, puasa, zakat, haji, berbuat baik kepada semua
makhluk, tidak melakukan syirik, tidak derhaka kepada ibu bapa, tidak
mencuri, berbohong, tidak berzina, dan sebagainya.
75
Terjemahan Aqidatul Awam
Keimanan kita kepada Hari Akhirat hukumnya wajib, dan segala
keajaiban yang terjadi padanya 38
38 GHAIBIYYAT/SAM’IYYAT
Terdapat tiga tajuk perbahasan besar didalam kitab Tauhid.
1. Ilahiyyat (Ketuhanan).
Iaitu membincangkan tentang syarat ketuhanan serta sifat-sifat
Tuhan, daripada yang wajib, mustahil dan harus, agar dapat
dibezakan diantara Tuhan dengan makhluk.
2. Nubuwwat (Kenabian).
Iaitu membincangkan tentang para nabi dan rasul serta sifat-sifat
mereka, daripada yang wajib, mustahil dan harus.
3. Sam’iyyat/Ghaibiyyat,
Iaitu membincangkan tentang perkara-perkara ghaib yang tidak
dapat dilihat dengan mata dan tidak diketahui melainkan dengan
perantaraan wahyu seperti hari kiamat, alam barzakh, syurga,
neraka, dan hisab.
BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT
Hari kiamat termasuk perkara Ghaibiyyat yang wajib diyakini. Wajib
bagi orang yang beriman meyakini kewujudannya serta perkara yang
berhubungan dengannya iaitu siksa dan nikmat kubur, hari
dibangkitkan dimahsyar, hisab (perhitungan amal), syurga, neraka dan
lain-lainnya.
BERIMAN KEPADA NIKMAT DAN SIKSA KUBUR
76
Terjemahan Aqidatul Awam
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Apabila kematian
telah datang menjemput seseorang tidak akan lambat maupun cepat
meskipun sesaat. Selepas jasadnya dimasukkan keliang lahad Allah SWT
akan mengembalikan rohnya, kemudian akan datang malaikat Munkar
dan Nakir yang akan menanyakan beberapa perkara kepadanya tentang
Tuhan, Nabi, agama, kiblat dan saudaranya.
Orang yang dapat menjawab pertanyaan Munkar dan Nakir adalah
orang yang selama hidupnya berbuat kebaikan dan etaatan kepada Allah
dan Rasul. Dia bakal mendapat kenikmatan didalam kuburnya.
Sedangkan orang yang selama hidupnya selalu diisi dengan
kederhakaan kepada Allah dan Rasul tidak akan dapat menjawabnya
serta akan mendapat azab sengsara didalam kuburnya.
Terdapat beberapa dalil tentang adanya siksaan kubur. Sebagaimana
doa yang diajar oleh Rasulullah SAW
Dari Abu Hurairah Ra beliau berkata Rasulullah SAW bahawa Nabi SAW
selalu berdoa
اﳌَ ْﺤ ِﻓ ْﺘ َﻨ ِﺔ َو ِﻣ ْﻦ اﻟ ﱠﻨﺎ ِر َﻋ َﺬا ِب َو ِﻣ ْﻦ ِ ِﺑِﻓ َْﺘ َﻚﻨ ِﺔ ِﻣا ْ َﳌﻦ ِﺴ َْﻴﻋ َِﺬﺢاا ِﻟبﱠﺪ اﱠﺟﻟﺎَﻘِ ْل ْﻲ َأ ُﻋﻮ ُذ ِّ َاوﻟاﻠ َﳌُ َﻤﱠﻢﺎ ِ ِإت
َو ِﻣ ْﻦ َﺷ ِّﺮ
“Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur, siksa api neraka,
ujian kehidupan dan kematian dan dari keburukan al-Masih Dajjal”
{Riwayat Bukhari dan Muslim}.
BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT
Wajib bagi orang yang beriman, meyakini wujudnya Hari kiamat. Iaitu
hari akan hancurnya Bumi dan seluruh alam semesta. Semua yang
bernyawa akan menemui kematian. Bumi akan hancur, langit akan
runtuh, air laut akan meluap-luap dan akan tumpah. Tiada sesiapapun
77
Terjemahan Aqidatul Awam
yang mengetahui bilakah ia akan terjadi. Semuanya ada didalam ilmu
Allah Taala.
BERIMAN DENGAN HARI KEBANGKITAN, MAHSYAR, SIRAT, SYURGA
DAN NERAKA
Wajib bagi orang yang beriman meyakini wujudnya perkara tersebut,
hari kebangkitan ialah hari yang mana Allah SWT akan membangkit
semua manusia daripada kubur masing masing kemudian dikumpulkan
di satu tempat untuk melakukan perhitungan amal.
Firman Allah SWT menceritakan perihal hari kebangkitan
ﺛ ﱠﻢ ِإ ﱠﻧ ُﻜ ْﻢ َ ْﻌ َﺪ َذِﻟ َﻚ َ َﳌ ِّﻴ ُﺘﻮ َن ۞ َﺛ ْﻢ ِإ ﱠﻧ ُﻜ ْﻢ َﻳ ْﻮ َم اﻟ ِﻘ َﻴﺎ َﻣ ِﺔ ُﺗ ْﺒ َﻌ ُﺜﻮ َن
“Kemudian selepas itu sesungguhnya kamu semua benar-benar akan mati
kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan (dari kubur) di hari
kiamat”. {Surah Mukminun ayat 15 – 16}.
Firman Allah SWT menceritakan tentang mizan
۞ َواﻟ َﻮْز ُن َﻳ ْﻮ َﻣ ِﺌ ٍﺬ ا َ ﱡﻖ َﻓ َﻤ ْﻦ َﺛ ُﻘ َﻠ ْﺖ َﻣ َﻮ ِز ْ ُﻨ ُﮫ َﻓﺄوَﻟ ِﺌ َﻚ ُ ُﻢ ا ُﳌ ْﻔِ ُ ﻮ َن
“Timbangan amal pada hari itu ada benar. Maka barangsiapa yang berat
timbangan amal kebaikannnya maka mereka adalah orang yang berjaya.
Dan siapa yang ringan timbangan amal kebaikannya maka mereka
adalah orang yang merugikan diri mereka disebabkan mereka selalu
mengingkari ayat-ayat kami”. {Surah al-A’raf : 89}.
Selepas dihisab amal manusia, orang yang menjunjung tinggi perintah
Allah dan Rasul, akan diberikan minum di Telaga Kautsar oleh
Rasulullah SAW. Ciri-ciri Telaga Kautsar, luas setiap penjurunya
perjalanan sebulan, panjang dan lebarnya sama luas. Ditengahnya
terdapat pancuran dari Syurga. Airnya lebih putih dari susu, lebih manis
dari madu dan lebih sejuk dari ais serta lebih harum dari kasturi.
78
Terjemahan Aqidatul Awam
BAIT 29 -30
َﺎ ِﺗ َﻤ ٌﺔ ِﰱ ِذ ْﮐ ِﺮ َ ِﰵ اﻟْ َﻮا ِﺟ ِﺐ ۞ ِﻣﻤﺎ َ َﲆ ُﻣﮕﻠ ٍﻒ ِﻣ ْﻦ َوا ِﺟ ِﺐ
(Baginda SAW adalah) penutup (para nabi yang diutus) untuk
menerangkan kewajiban bagi orang yang mukallaf 39
Cawannya sebanyak jumlah bintang dilangit. Mereka perlu meniti titiap
Sirat.
Firman Allah SWT menceritakan tentang Sirat
َوِإ ْن ِّﻣ ْﻨ ُﻜ ْﻢ ِإﱠﻻ َوا ِر ُد ﺎ
“Setiap orang dari kamu pasti akan melaluinya (titian sirat)”. {Surah
Maryam 71}
Inilah tempat terakhir sebagai penentuan apakah mereka adalah ahli
syurga ataupun neraka. Moga Allah Taala jadikan kita sebagai ahli
syurga. (Rujuk Syarah Aqidatu Awam).
39 TAKRIF MUKALLAF
Orang yang dibebani dengan hukum-hukum syarak samaada perintah
atau larangan.
Empat ciri Mukallaf
1- Akil (berakal)
2- Baligh
3- Sampai seruan dakwah
4- Selamat pancaindra
Jadi, orang yang hilang akal, kanak-kanak, orang yang belum pernah
sampai kepadanya seruan islam (seperti ahlul fatrah yang hidup
diantara dua nabi yang belum sampai risalah nabi pertama dan kedua)
79
Terjemahan Aqidatul Awam
ﻧَِﺒ َﺎ ُﻣ َﺤﻤ ٌﺪ ﻗَ ْﺪ ْر ِﺳ َﻼ ۞ ِﻠْ َﻌﺎﻟَ ِﻤ ْ َﲔ َر ْ َﲪ ًﺔ وﻓَﻀ َﻼ
Nabi kita Muhammad SAW telah diutus untuk seluruh alam sebagai
Rahmat dan keutamaan diberikan kepada baginda melebihi semua
makhluk 40
BAIT 31– 32
dan juga orang yang buta dan pekak sejak lahir, tidak termasuk orang
yang mukallaf. Jadi, tidak diwajibkan keatas mereka hukum-hukum
syarak. Kitab aqidatul awam ini membahas asas ilmu tauhid yang wajib
dipelajari dan diketahui oleh setiap orang yang mukallaf.
40 Rahmatan Lil Alamin
Wajib keatas setiap mukallaf beriktiqad bahawa Sayyiduna Muhammad
SAW diutus oleh Allah sebagai rahmatan Lil Alamin (rahmat sekalian
alam). Baginda diutus keatas semua yang mukallaf dari kalangan
makhluk manusia dan jin. (Nur Az Zalam m/s 25).
Firman Allah SWT: ۞ َو َﻣﺎ َأ ْر َﺳ ْﻠﻨﺎ َك ِإﱠﻻ َر ْﺣ َﻤ ًﺔ ِﻟ ْﻠﻌﺎ ِﳌ ْ َن
“Tidak aku utuskan engkau wahai Nabi ku Muhammad melainkan sebagai
rahmat sekalian alam” (Al-Anbiya’ ayat 107).
Wajib juga beriktiqad bahawa Sayyiduna Muhammad SAW adalah nabi
dan rasul yang paling afdhal serta penghulu mereka. Bersabda SAW
(yang bermaksud): “Aku adalah penghulu seluruh makhluk pada hari
kiamat, aku tidak berbangga. Aku juga adalah pemegang panji (Liwaul
Hamdi) pada hari kiamat, aku tidak berbangga. Baginda Adam dan nabi
setelahnya juga berada dibawah panjiku pada hari kiamat, aku tidak
berbangga”. (Nur Az-Zalam m/s: 25).
80
Terjemahan Aqidatul Awam
ﺑُ ْﻮ ُﻩ َﻋ ْﺒ ُﺪ ِﷲ َﻋ ْﺒ ُﺪ اﻟْ ُﻤﻄ ِﻠ ْﺐ ۞ َو َﮬﺎ ِ ٌﴌ َﻋ ْﺒ ُﺪ َﻣ َﺎ ٍف ﯾَ ْﻨ َ ِﺴ ْﺐ
Ayahnya bernama Abdullah bin Abdul Mutthalib, dan nasabnya
bersambung kepada Hasyim bin Abdul Manaf
َوﻣ ُﻪ ِٓﻣ َ ُﺔ اﻟﺰ ْﮬ ِﺮﯾ ْﻪ ۞ ْر َﺿ َﻌ ْﺘ ُﻪ َ ِﻠ ْﯿ َﻤ ُﺔ اﻟﺴ ْﻌ ِﺪﯾ ْﻪ
Dan ibunya bernama Aminah Az-Zuhriyyah, Baginda disusukan oleh
Halimah As-Sa’diyyah 41
41 AYAH DAN IBU RASULULLAH
Ayahanda Rasulullah
Abdullah ~ Bin Abd Muttalib ~ Bin Hasyim ~ Bin Abd Manaf ~ Bin
Qusay ~ Bin Kilab ~ Bin Murrah ~ Bin Kaab ~ Bin Lu’ay ~ Bin Ghalib ~
Bin Fihr ~ Bin Malik ~ Bin Nadhar ~ Bin Kinanah ~ Bin Khuzaimah ~
Bin Mudrikah ~ Bin Ilyas ~ Bin ~ Mudhar ~ Bin Nizar ~ Bin Ma’ad ~ Bin
Adnan. Nasab baginda bersambung sampai kepada nabi Ismail Bin
Ibrahim AS. (Tarikh Hawadits : 7).
Ayahanda Baginda Rasulullah adalah Abdullah. Beliau wafat di Madinah
ketika pulang dari berdagang di Syam. Ketika itu usia beliau 18 tahun.
Ada yang mengatakan 20 tahun. Ketika itu baginda Rasulullah baru 2
bulan dalam kandungan ibunya Aminah. Ketika Saiduna Abdullah wafat,
malaikat telah mengadu: “Wahai Tuhanku, wahai penghuluku, telah
tinggal Nabimu dalam keadaan yatim”. Lalu Allah telah menjawab:
“Akulah yang akan menjadi penjaga dan penolongnya”. (Nur Az-Zalam
m/s: 26).
Nama Ibunda Rasulullah
Aminah ~ binti Wahab ~ bin Abdul Manaf ~ bin Zuhrah ~ bin Kilab ~
bin Murrah dari kabilah Quraisy.
81
Terjemahan Aqidatul Awam
BAIT 33 – 34
َﻣ ْﻮِ ُ ُﻩ ِﺑ َﻤﮑ َﺔ ا ْ ِﻣ ْﻨَ ْﻪ ۞ َوﻓَﺎﺗُ ُﻪ ِﺑ َﻄ ْﯿ َﺒ َﺔ اﻟْ َﻤ ِﺪﯾْ َﻨ ْﻪ
Baginda lahir di Makkah yang aman, dan wafat di Thayybah (Madinah)
َﰎ ﻗَ ْ َﻞ اﻟْ َﻮ ْ ِ ْرﺑَ ِﻌ ْﯿﻨَﺎ ۞ َو ُ ْﲻ ُﺮُﻩ ﻗَ ْﺪ َﺎ َو َز اﻟ ِّﺴ ّﺘِ ْ َﺎ
Baginda mendapat wahyu ketika genap 40 tahun, dan wafat ketika
berusia 60 tahun lebih 42
42 [KELAHIRAN, KEWAFATAN DAN UMUR RASULULLAH]
Baginda Rasulullah dilahirkan pada (waktu fajar) hari isnin bulan rabi’ul
awal pada tahun gajah. Menurut pendapat masyhur dari jumhur ulama,
baginda dilahirkan pada tarikh 12 rabi’ul awal. Baginda dilahirkan
dalam keadaan telah berkhitan, tergenggam jari jemarinya sambil jari
telunjuk baginda menunjukkan isyarat seperti sedang bertasbih. (Tarikh
al-Hawadis karya Abuya Sayyid B Alawi)
Berkata imam Al-Qurthubi: Baginda dilahirkan 50 hari selepas peristiwa
Ashabil Fil. Kelahiran baginda dalam keadaan pandangannya kearah
langit, dalam keadaan tangannya terletak ketanah, mata bercelak, tubuh
badan bersih, dan telah pun berkhitan. (Nur Az-Zalam m/s: 28).
[Mendapat Wahyu]
Menurut jumhur ulama baginda SAW dibangkitkan menjadi nabi
sewaktu berusia genap 40 tahun. Wahyu yang pertama diturunkan
kepada baginda sewaktu baginda berada di gua Hira’. Wahyu yang
pertama adalah ayat daripada surah al-Alaq. Setelah itu wahyu terhenti
selama tiga bulan, kemudian turun wahyu berikutnya secara bertahap
82
Terjemahan Aqidatul Awam
BAIT 35–41
َو َﺳ ْﺒ َﻌ ٌﺔ َا ْو َﻻ ُد ُﻩ ﻓَﻤ ْﻨﮭُ ُﻢ ۞ ﺛَ َﻼﺛَ ٌﺔ ِّﻣ ْﻦ ا ُ ﮐُ ْﻮ ِر ﺗُ ْﻔ َﮭ ُﻢ
Perlu kita fahami (bahawa Baginda SAW dikurniakan) 7 orang cahaya
mata. 3 orang lelaki (dan 4 orang perempuan).
ﻗَﺎ ِ ْﰟ َو َﻋ ْﺒ ُﺪ ا ِ َو ْﮬ َﻮ اﻟﻄ ِّﯿ ُﺐ ۞ َو َﻃﺎ ِﮬ ٌﺮ ِﺑ َﺬ ْ ِﻦ َذا ﯾُﻠَﻘ ُﺐ
(1) Qasim, gelarannya At-Thayyib (yang baik) (2) Abdullah, gelarannya
At-Thahir (yang suci).
َ ُﻩ اْ َﺮا ِﮬ ْ ُﲓ ِﻣ ْﻦ َ ِﴎﯾ ْﻪ ۞ ﻓَ ﻣ ُﻪ َﻣﺎ ِرﯾَ ُﺔ اﻟْ ِﻘ ْ ِﻄﯿ ْﻪ
(3) Ibrahim. Ibunya bernama Mariyah Al-Qibtiyyah, iaitu hamba
perempuan Rasulullah
َو َ ْ ُﲑ اْ َﺮا ِﮬ ْ َﲓ ِﻣ ْﻦ َ ِﺪ ْ َﳚ ْﻪ ۞ ُﮬ ْﻢ ِﺳﺘ ٌﺔ ﻓَ ُ ْﺬ ِﺑ ِﮭ ْﻢ َوِﻟ ْﯿ َ ْﻪ
dan berperingkat sehinggalah baginda wafat. Baginda tinggal di Mekah
selepas ( ﻌﺜﺔkenabian) selama 13 tahun. Setelah itu baginda telah
berhijrah ke (Thaibah al-Madinah) Madinah dan menetap disana selama
sepuluh tahun sehingga baginda wafat di Madinah al-Munawwarah.
[Kewafatan Rasulullah]
Baginda Rasulullah SAW telah jatuh sakit selama 14 hari, sehinggalah
akhirnya baginda wafat pada waktu dhuha hari isnin, 12 rabiul awal,
sewaktu usia baginda 63 tahun. Kemudian jasad baginda yang mulia
disemadikan pada hari rabu. (Tarikh al-Hawadis)
83
Terjemahan Aqidatul Awam
Keenam-enam anak Baginda SAW selain Ibrahim semuanya adalah dari
Khadijah ra, maka kenalilah mereka dengan penuh cinta
َو ْرﺑَ ٌﻊ ِّﻣ َﻦ ْاِ ٕﻻ َ ِث ﺗُ ْﺬﮔ ُﺮ ۞ ِر ْﺿ َﻮا ُن َر ِ ّ ْﰉ ِﻠْ َﺠ ِﻤ ْﯿﻊِ ﯾُ ْﺬﮔ ُﺮ
Dan 4 orang anak perempuan Baginda SAW akan disebutkan, semoga
redha Allah untuk mereka semua
ﻓَﺎ ِﻃ َﻤ ُﺔ اﻟﺰ ْﮬﺮٓ ِء ﺑَ ْﻌﻠُﮭَﺎ َ ِ ْﲆ ۞ َواﺑْﻨَﺎ ُﮬ َﻤﺎ اﻟ ِّﺴ ْﺒ َﻄﺎ ِن ﻓَ ْﻀﻠُﮭُ ْﻢ َ ِ ْﲆ
(1) Fathimah Az-Zahra’isteri Saidina Ali bin Abi Thalib, dan anak mereka
(Hasan dan Husain) adalah cucu Baginda SAW yang sudah jelas
keutamaannya
ﻓَ َﺰﯾْ َ ٌﺐ َوﺑَ ْﻌ ُﺪ َﮬﺎ ُرﻗَ ْﻪ ۞ َوم ُ ْﳇﺜُ ْﻮ ٍم َزﮔ ْﺖ َر ِﺿﯿ ْﻪ
(2) Zainab (3) Ruqayyah, dan (4) Ummu Kultsum yang suci lagi
diredhai43
43 CAHAYA MATA RASULULLAH
PUTERA PUTERI RASULULLAH IBUNYA
1)Qasim Wafatnya di Mekah ketika usianya
dua tahun. Beliau adalah anak Khadijah ra
baginda yang mula-mula sekali wafat.
84
Terjemahan Aqidatul Awam
2)Abdullah Gelarannya at-Thayyib dan Thahir.
Beliau wafat di Mekah sewaktu kecil.
3)Ibrahim
4)Zainab Ketika beliau wafat, Al-Ash bin Wa’il
5)Ruqayyah telah berkata: “Telah terputus anak
baginda Muhammad, dia adalah Abtar
(Aoَlْﺑrlَ aahnﻮgَ tُ eylﻚaaَ hnﻧ َﺌgِ ﺷﺎmَ teern“Spueurstuuunnsk gagnnuahsaanbyy)aa”t .:orLaanنlﱠug ِإKhadijah ra
yang membencimu wahai semulia-
mulia makhluk sebenarnya dialah
orang yang terputus dari setiap
kebaikan”. (Surah al-Kautsar: 3).
Lahir di Madinah pada bulan zulhijjah
tahun ke 8 hijrah. Baginda telah
membuat aqiqah untuknya dengan
menyembelih dua ekor kibasy,
memberinya nama Ibrahim ketika itu,
mencukur rambutnya, Mariyah
Qibtiyyah
menimbangnya dan menyedekahkan
perak seberatnya, dan menanam
rambutnya ketanah. Ibrahim telah
wafat pada tahun ke sepuluh hijrah
sewaktu usianya 1 tahun 10 bulan.
Dimaqamkan di Baqi’.
Lahirnya di Mekah sewaktu usia Khadijah ra
Baginda 30 tahun. Beliau wafat pada Khadijah ra
tahun ke 8 hijrah
Lahir di Mekah sewaktu usia baginda
33 tahun. Beliau telah berkahwin
dengan Usman Bin Affan. Wafat di
Madinah
85
Terjemahan Aqidatul Awam
Beliau juga telah berkahwin dengan
Saidina Usman selepas kewafatan
Ruqayyah. Oleh kerana itu Saidina
Usman digelar sebagai Zunnurain
(yang bernikah dengan dua cahaya
mata Rasulullah).
Diceritakan suatu hari baginda
Rasulullah telah berjumpa Saidina
Usman di pintu masjid, lalu berkata:
6)Ummu Ya Usman, ini Jibril. Sungguh dia telah
Kultsum memerintahkanku agar
mengahwinkanmu dengan Ummu
7)Fathimah Az-
Zahra Kultsum dengan mahar yang sama
seperti mahar Ruqayyah. Mereka
tidak dikurniakan anak. Ruqayyah
wafat pada tahun ke 9 hijrah. Ketika
Ruqayyah telah wafat Rasulullah SAW
berkata: “Nikahilah Usman, jika aku
mempunyai 3 orang anak nescaya aku
akan nikahkannya dengan Usman. Aku
tidak menikahkan mereka melainkan
dengan wahyu dari Allah”. (Nur Az-
Zalam m/s: 30).
Lahir di Mekah. Berkahwin dengan
Saidina Ali ketika umur Ali 21 tahun 5
bulan, ketika itu umur Saidina
Fathimah adalah 15 tahun 5 bulan
selepas tentera islam pulang dari
Badar. Beliau wafat 6 bulan selepas
kewafatan ayahandanya Rasulullah, Khadijah ra
pada malam selasa, 3 ramadhan,
tahun 21 hijrah. Jenazahnya
disemadikan oleh suaminya Saidina
Ali RA dan dikebumikan diwaktu
malam.
86
Terjemahan Aqidatul Awam
BAIT KE 42- 44
َﻋ ْﻦ ِ ْﺴﻊِ ِ ْﺴ َﻮ ٍة َوﻓَﺎ ُة اﻟْ ُﻤ ْﺼ َﻄ َﻔﯽ ۞ ُ ِّ ْﲑ َن ﻓَﺎ ْ َ ْﱰ َن اﻟﻨ ِﱯ اﻟْ ُﻤ ْﻘ َ َﻔﯽ
Kewafatan Baginda Musthafa SAW meninggalkan 9 orang istri, mereka
semua telah diminta memilih syurga atau dunia, maka mereka telah
memilih Nabi SAW sebagai ikutan
ْ َ َﺎ ِ َﺸ ٌﺔ َو َﺣ ْﻔ َﺼ ٌﺔ َو َﺳ ْﻮ َد ْﻩ ۞ َﺻ ِﻔ ٌﺔ َﻣ ْ ُﻤ ْﻮﻧَ ٌﺔ َو َر ْﻣ
(1) Aisyah, (2) Hafshah, (3) Sau’dah, (4) Sofiyyah, (5) Maimunah, dan (6)
Ramlah
ِﮬ ْﻨ ٌﺪ َو َزﯾْ َ ٌﺐ ﮔ َﺬا ُﺟ َﻮْ ِﺮﯾَ ْﻪ ۞ ِﻠْ ُﻤ ْﺆ ِﻣ ِ ْ َﲔ ﻣ َﮭﺎ ٌت َﻣ ْﺮ ِﺿﯿ ْﻪ
(7) Hindun (8) Zainab, begitu juga (9) Juwairiyyah. Mereka adalah
Ummul Mukminin (ibu orang-orang beriman) yang diredhai 44
44 UMMUL MUKMININ (ISTERI-ISTERI RASULULLAH)
1)Khadijah Beliau adalah Khadijah Binti Khuwailid, seorang
wanita janda, beliau adalah wanita pertama yang
dinikahi Rasulullah. Umur baginda ketika itu 25
tahun, sedangkan umur Khadijah ketika itu 40 tahun.
Beliau seorang yang paling banyak membantu dan
menjadi penyemangat baginda dalam dakwah pada
permulaan islam di Mekah. Semua anak-anak Baginda
adalah hasil perkongsian dengan Khadijah melainkan
Ibrahim. Beliau wafat di Mekah. Sewaktu
memperisterikan Khadijah baginda tidak berkahwin
dengan mana-mana wanita lain.
87
Terjemahan Aqidatul Awam
2)Zainab Beliau adalah Zainab Bt Khuzaimah. Beliau pernah
1)Aisyah bernikah dengan Abdullah B Jahsh. Setelah suaminya
2)Hafshah syahid di Uhud beliau telah dilamar oleh rasulullah
pada bulan ramadhan tahun ke 3 hijrah.
Kesemua isteri-isteri Rasulullah saw semuanya masih
hidup ketika wafatnya rasulullah kecuali dua orang
iaitu Khadijah B Khuwailid dan Zainab Bt Khuzaimah.
Beliau adalah puteri Abu Bakar as-Siddiq. Beliau telah
bernikah dengan Rasulullah di Mekah, iaitu pada
bulan syawal 3 tahun sebelum hijrah ke Madinah.
Beliau adalah satu-satunya isteri baginda yang
dinikahi baginda ketika masih gadis lagi. Saidatina
Aisyah lahir selepas 4 tahun baginda menerima
kenabian. Beliau mula tinggal bersama Rasulullah
selepas hijrah ke Madinah sewaktu usianya 9 tahun.
Baginda wafat ketika usianya 18 tahun. Beliau wafat
pada malam selasa 17 ramadhan tahun 57 hijrah
sewaktu berusia 66 tahun. Beliau dikebumikan di
Baqi’.
Beliau adalah puteri Umar al-Khattab. Beliau lahir 5
tahun sebelum baginda menjadi nabi. Semasa di
Mekah Hafsah telah bernikah dengan Khunais.
Khunais telah memeluk islam dan telah menyertai
peperangan Badar dan Uhud. Di Uhud Khunais telah
mengalami kecederaan sehinggalah beliau meninggal
dunia. Selepas itu Rasulullah telah menikahi Hafsah.
Beliau meninggal dunia di Madinah pada bulan
jamadil awal tahun 45 hijrah.
88
Terjemahan Aqidatul Awam
3)Sau’dah Beliau adalah Sau’dah Binti Zam’ah seorang wanita
4)Sofiyyah janda ketika dinikahi Rasulullah. Sebelum berkahwin
dengan Rasulullah beliau telah berkahwin dengan
sepupunya Sukran B Amr. Mereka berdua telah
memeluk islam dan berhijrah ke Habsyah. Suaminya
meninggal dunia di Habsyah. Rasulullah telah
mengahwininya 3 tahun sebelum hijrah ke Madinah.
Beliau meninggal dunia pada tahun 55 hijrah
sewaktu pemerintahan khalifah Umar ra.
Beliau adalah puteri Huyay bin Akhtab, ayahnya
merupakan seorang pembesar yahudi yang juga
merupakan keturunan Nabi Harun as. Suaminya telah
terbunuh ketika peperangan Khaibar. Beliau pula
telah menjadi hamba tawanan Rasulullah.
Akhirnya beliau telah dimerdekakan oleh Rasulullah
lalu beliau telah diperisterikan Rasulullah. Baginda
telah bersama dengannya ketika perjalanan baginda
pulang dari Khaibar. Pada waktu paginya Baginda
telah berkata kepada para sahabat: “Siapa yang
mempunyai makanan bawalah kesini”. Maka para
sahabat yang mempunyai makanan telah membawa
makanan yang ada yang terdiri daripada keju, kurma,
minyak sapi dan lain-lain. Sehelai safrah daripada
kulit telah dibentangkan dan semua makanan itu
telah diletakkan diatas safrah itu. Semua orang yang
ada disitu telah makan dan itulah kenduri walimah
untuk beliau.
Beliau meninggal dunia pada bulan ramadhan tahun
50 hijrah ketika usianya lebih kurang 60 tahun.
Beliau berkata: Ketika saya dinikahi rasulullah SAW
umur saya belum cukup 17 tahun.
89
Terjemahan Aqidatul Awam
5)Maimunah Beliau adalah anak perempuan Harith bin Hazn.
6)Ramlah Nama beliau adalah Barrah. Baginda Rasulullah
menukarkan namanya kepada Maimunah. Selepas
menjadi janda, pada bulan zulqaidah tahun 7 hijrah,
beliau telah dinikahi oleh Rasulullah saw disebuah
kampung semasa perjalanan ke Mekah. Baginda
berniat untuk bersatu dengannya di Mekah setelah
mengerjakan ibadah umrah, akan tetapi orang Mekah
tidak membenarkan mereka masuk ke Mekah. Beliau
telah wafat pada tahun 61 hijrah ketika berumur 81
tahun.
Beliau adalah puteri Abu Sufyan. Beliau juga dikenali
dengan nama Ummu Habibah. Beliau telah bernikah
Ubaidullah Bin Jahsh semasa di Mekah. Mereka telah
memeluk islam dan berhijrah ke Habsyah. Kemudian
suaminya telah murtad memeluk agama nasrani.
Tinggallah beliau seorang diri tanpa suami disisi
dinegeri orang. Namun, akhirnya Allah swt telah
menggantikan beliau dengan suami yang terbaik.
Suatu hari Rasulullah saw telah menghantar utusan
kepada Najasyi raja Habsyah ingin melamar Ummu
Habibah. Najasyi telah menghantar seorang utusan
kepada Ummu Habibah menyampaikan berita
gembira tersebut. Kerana terlalu gembira dan
terharu beliau telah menghadiahkan kedua-dua
gelang tangan dan kaki dan semua barang kemas
yang beliau pakai ketika itu kepada utusan tersebut.
Najasyi telah menghadiahkan kepada beliau 400
dinar dari pihak Najasyi sebagai maskahwin
pernikahan tersebut dan pelbagai hadiah yang lain.
Ummu Habibah telah bernikah dengan Rasulullah
pada tahun 6 hijrah dan telah bersatu dengan
baginda pada tahun 7 hijrah setelah sampai di
Madinah. Beliau meninggal dunia pada tahun ke 40
hijrah.
90
Terjemahan Aqidatul Awam
7)Hindun Beliau adalah puteri Abu Umayyah. Beliau dikenali
dengan Ummu Salamah. Pada mulanya beliau telah
bernikah dengan sepupunya bernama Abu Salamah.
Abu Salamah adalah orang ke 11 memeluk islam.
Telah menyertai peperangan Badar dan Uhud. Pada
tahun ke 4 hijrah beliau telah menyertai satu Sariyah
(kumpulan jihad), selepas pulang dari sariyah
tersebut beliau mengalami luka parah sehingga
menyebabkan beliau meninggal dunia. Ketika iddah
kematian suaminya telah sempurna, Abu Bakar
menyatakan hasrat beliau ingin mengahwininya
namun ditolak olehnya. Selepas itu Rasulullah pula
menyatakan hasrat baginda. Lalu Ummu Salamah
menjawab bahawa beliau adalah seorang yang
mempunyai ramai anak dan seorang yang sangat
kuat cemburu serta beliau tidak mempunyai
seorangpun wali di Madinah. Lalu baginda telah
menjawab: “Allah alah sebaik-baik penjaga untuk
anak-anakmu, insyaAllah sifat cemburumu akan
hilang sedikit demi sedikit dan tiada seorang walipun
yang tidak menyukai pernikahan ini”. Beliau telah
bernikah dengan Rasulullah pada tahun ke 4 hijrah.
Beliau wafat pada tahun 59 hijrah.
91
Terjemahan Aqidatul Awam
8)Zainab Nama penuh beliau adalah Zainab Bt Jahsh. Beliau
adalah sepupu Rasulullah. Beliau telah dikahwinkan
dengan anak angkat Rasulullah iaitu Zaid B Haritsah.
Setelah beliau dengan Zaid bercerai, Allah swt telah
menikahkan beliau dengan rasulullah dengan
menurunkan ayat dari surah al-Ahzab. Ketika itu
usianya 35 tahun. Beliau sangat berbangga kerana
pernikahannnya kerana dinikahkan oleh Allah
sendiri sedangkan isteri-isteri nabi yang lain
dinikahkan oleh wali-wali mereka.
Setelah iddahnya dengan suaminya Zaid telah
sempurna maka nabi saw telah menghantar utusan
untuk meminang beliau. Beliau berkata: Saya tidak
dapat berkata apa-apa sebelum minta petunjuk dari
Allah. Selepas berkata demikian beliau telah
berwudhu dan mengerjakan solat kemudian berdoa:
“Ya Allah rasulmu ingin menikahiku. Sekiranya aku
layak dengannya maka nikahkanlah aku dengannya”.
Lalu Allah telah menurunkan surah al-Ahzab ayat 37
menikahkannya dengan Rasulullah. Ketika turun ayat
ini beliau telah sujud syukur kerana sangat gembira.
Baginda telah mengadakan walimah dengan
menyembelih seekor kambing dan menjamu roti dan
daging.
Saidatuna Zainab adalah seorang yang sangat
pemurah, sangat rajin berusaha, banyak bersedekah
dan rajin berpuasa. Beliau adalah isteri-isteri baginda
yang mula-mula sekali meningga dunia. Beliau
meninggal dunia pada tahun keliam hijrah ketika
usianya 50 tahun. Solat jenazahnya diimami oleh
Umar bin Khattab ra. Isteri Rasulullah bernama
Zainab ada dua: Iaitu Zainab Bt Khuzaimah dan
Zainab Bt Jahsh.
92
Terjemahan Aqidatul Awam
BAIT 45
َ ْﲪ َﺰٌة َﲻ ُﻪ َو َﻋﺒﺎ ٌس ﮔ َﺬا ۞ َﲻ ُﺘ ُﻪ َﺻ ِﻔ ٌﺔ َذا ُت ا ْﺣ ِ َﺬا
9)Juwairiyyah Nama beliau adalah Juwairiyah bt Haris B Abi
Dhirar. Beliau adalah puteri kepada Haris iaitu ketua
suatu kabilah. Beliau telah dibawa ke Madinah
sebagai tawanan dalam peperangan Muraisi’.
Tuannya bersedia memerdekakannya dengan
bayaran 360 dirham. Beliau telah menemui
Rasulullah dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya ialah
Juwairiyah puteri kepada Haris ketua kaum saya.
Tuan telah mengetahui musibah yang menimpa saya
sekarang. Saya telah diminta menebus diri saya
dengan bayaran 360 dirham. jumlah itu diluar
kemampuan saya. Sekarang saya datang dengan
harapan penuh kepada tuan wahai Rasulullah.
Lalu baginda telah bertanya kepada beliau: “Adakah
kamu ingin satu jalan yang lebih baik dari itu? Iaitu
saya bayarkan jumlah wang untuk memerdekakan
kamu kemudian saya bernikah denganmu”. Lalu
beliau telah menerima tawatan tersebut dengan
penuh gembira. Apabila para sahabat mendengar
berita pernikahan baginda dengan Juwairiyah anak
ketua kabilah Bani Mustaliq maka mereka telah
memerdekakan semua hamba yang mereka miliki
dari kabilah tersebut kerana mempunyai hubungan
dengan isteri rasulullah sehingga jumlahnya
mencecah 700 orang telah dimerdekakan.
Juwairiyah adalah seorang yang sangat cantik,
wajahnya berseri-seri. Beliau meninggal dunia di
Madinah pada bulan rabi’ul awal tahun 50 hijrah
ketika umurnya 65 tahun.
93
Terjemahan Aqidatul Awam
Hamzah dan Abbas adalah ayah saudara Baginda. Safiyyah pula Ibu
saudara Baginda yang menjadi pengikut Baginda
BAIT 46 – 50
َوﻗَ ْ َﻞ ِﮬ ْﺠ َﺮِة اﻟﻨ ِ ِّﱯ اﻻ ْ َﴎا ۞ ِﻣ ْﻦ َﻣﮑ َﺔ ﻟَ ْﯿ ًﻼ ِﻟ ُﻘ ْﺪ ٍس ﯾُ ْﺪ َرا
Sebelum peristiwa Hijrah Nabi (ke Madinah), terjadi peristiwa Israk dari
Makkah menuju Baitul Maqdis diwaktu malam hari yang dapat dilihat
َوﺑَ ْﻌ َﺪ اﻻ ْﴎٓ ِء ُﻋ ُﺮ ْو ٌج ِﻠﺴ َﻤﺎ ۞ َﺣﱴ َری اﻟﻨ ِﱯ َر ُﮔﻠ َﻤﺎ
Setelah Israk, Baginda (dibawa) Mikraj (naik) kelangit sehingga Baginda
Nabi melihat Tuhan yang berkata-kata
ِﻣ ْﻦ َ ْ ِﲑ ﮔ ْﯿ ٍﻒ َوا ْ ِﳓ َﺼﺎ ٍر َوا ْﻓ َ َﱰ ْض ۞ َﻠَ ْﯿ ِﻪ َ ْﲬ ًﺴﺎ ﺑَ ْﻌ َﺪ َ ْﲬ ِﺴ ْ َﲔ ﻓَ َﺮ ْض
(Berkata-kata) tanpa membayangkan caranya. Baginda diberikan
kewajipan solat 5 waktu (selepas dikurangkan dari) 50 waktu
َوﺑَﻠ َﻎ ْا ﻣ َﺔ ِ ْﻻ ْ َﴎا ِء ۞ َوﻓَ ْﺮ ِض َ ْﲬ َﺴ ٍﺔ ِﺑ َﻼ ا ْﻣ ِﱰٓ ِء
Baginda telah menyampaikan kepada umat mengenai peristiwa Israk
dan kewajiban solat 5 waktu tanpa keraguan
ُ َ ﻗَ ْﺪ ﻓَﺎ َز اﻟ ِّﺼ ِّﺪﯾْ ُﻖ ِﺑ َﺘ ْﺼ ِﺪﯾْ ٍﻖ َ ُ ۞ َوِ ﻟْ ُﻌ ُﺮ ْوجِ اﻟ ِّﺼ ْﺪ ُق َوا َﰱ ْﮬ
Beruntunglah Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq yang mempercayai dan
membenarkan baginda dengan peristiwa Mikraj 45
45 ISRAK DAN MIKRAJ
94
Terjemahan Aqidatul Awam
Isra’ ialah perjalanan rasulullah dari Masjidil Haram, Mekah menuju ke
masjidil Aqsa di Palestin.
Mikraj pula ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa menuju ke Sidratul
Muntaha, dengan menaiki Burak daripada syurga dalam satu malam.
Kedua-duanya adalah merupakan mukjizat Rasulullah saw.
Burak ialah seekor binatang yang berpelana daripada syurga, berwarna
putih, lebih besar dari keldai dan lebih lecil dari baghal. Berkaki empat,
perjalanannya sangat pantas, sehingga setiap langkahnya sejauh mata
memandang. Apabila ia naik ke bukit kedua kaki belakangnya akan
menjadi panjang, apabila ia turun dari bukit atau tempat tinggi kedua
kaki depannya pula akan menjadi panjang serta ada dua sayap. Ketika
Rasulullah saw menungganginya ia menjadi liar sehingga sukar untuk
baginda menungganginya. Justeru, Jibril meletakkan tangannya pada
leher burak seraya berkata: “Wahai Burak, tidakkah kau berasa malu?
Demi Allah, tidak ada seorang pun yang pernah menunggangimu yang
lebih mulia disisi Allah daripadanya”. Setelah Burak mendengarnya
tubuhnya serta merta menjadi berpeluh sambil merendahkan diri
sehingga Rasulullah SAW menaikinya.
Perjalanan baginda ketika Isra’ dan Mikraj ditemani oleh Jibril as.
Baginda telah dibawa ke beberapa tempat dan diperlihatkan pelbagai
permandangan dan kejadian. Diantaranya iaitu:
o Sebuah kebun kurma, itulah Thaibah iaitu Madinah, bumi yang
akan dihijrahi baginda.
o Baitul Laham iaitu tempat kelahiran nabi Isa as. Baginda juga
melalui satu tempat yang masih berbau harum, itulah kubur
Masyithah (tukang sikat rambut anak Firaun) yang syahid
bersama suami dan anaknya yang gugur syahid demi memelihara
keimanannya.
95
Terjemahan Aqidatul Awam
o Golongan yang memecahkan kepalanya sendiri itulah siksaan
orang yang malas mengerjakan solat.
o Golongan yang ditutup kedua matanya lalu dihalau seperti
binatang ke padang lalu memakan buah zaqum iaitu bara api
jahannam dan bebatunya. Itulah siksaan orang yang enggan
membayar zakat
o Golongan yang memakan daging yang mentah dan busuk itu.
Inilah siksaan bagi penzina.
o Golongan yang berenang didalam sungai darah sambil
dilontarkan batu kedalam mulut mereka. Inilah siksaan bagi
pemakan riba.
o Golongan yang memikul seberkas kayu yang tidak mampu
dibawanya. Peliknya setiap kali mereka tidak mampu
memikulnya mereka terus menambah lagi dengan kayu yang lain.
Ini adalah orang yang diberi amanah tapi tidak mampu memikul,
namun menambah lagi dengan amanah yang lain.
o Golongan yang menggunting lidah dan bibir mereka dengan
penggunting besi. Setiap kali lidah dan bibirnya putus akan
dikembalikan semula seperti asal. Ini adalah siksaan orang yang
mengajar manusia sedangkan dia sendiri tidak mahu
mengamalkannya.
o Golongan yang berkuku tembaga lalu menggaru-garu muka dan
dada mereka sehingga mengalir darah dan keluar isi-isi dan
daging-daging mereka. Setiap kali mereka berbuat demikian kulit
dan daging mereka akan kembali seperti sediakala. Ini adalah
96
Terjemahan Aqidatul Awam
siksaan bagi orang yang memakan daging manusia dengan
mengumpat dan menjatuhkan maruah mereka.
o Seruan daripada yahudi, Nasrani, dan dunia yang menyeru
memanggil Rasulullah, Wahai Muhammad kemarilah!. Baginda
tidak menghirau dan menyahut seruan mereka.
o Baginda juga telah dibawa oleh Jibril ke Baitul Maqdis. Baginda
telah solat tahiyyatul masjid dua rakaat. Baginda melihat banyak
arwah para nabi dan rasul memenuhi masjid. Kemudian jibril
telah melangkan azan lalu baginda menanti-nanti siapakah yang
akan menjadi imam mereka. Setelah itu Jibril telah memimpin
tangan Rasulullah kearah mihrab lalu mengedepankan baginda
menjadi imam. Baginda telah solat sunnat dua rakaat dengan
mengimami arwah para nabi di Masjidil Aqsa.
o Jibril telah membawa tiga bekas yang berisi. 1) Bekas daripada
susu 2) Bekas daripada arak dan ke 3) Bekas berisi madu. Dalam
riwayat lain berisi air tawar. Lalu baginda telah memilih bekas
yang berisi susu. Lalu Jibril berkata: Tuan telah memilih fitrah
(asal kejadian). Jika tuan memilih arak pasti umatmu ramai yang
akan menjadi sesat.
o Baginda melihat ramai bidadari datang menziarahi baginda.
Mereka ikut turun dari syurga bersama para malaikat dan solat
dibelakang rasulullah.
o Baginda dibawa naik setiap lapisan langit, baginda telah
berjumpa setiap penjaganya, memberi salam kepadanya, dan
meminta izin untuk masuk melaluinya. Lalu mereka disambut
dan dipersilakan mereka untuk masuk dan melaluinya.
97
Terjemahan Aqidatul Awam
LANGIT NABI
Pertama Adam as
Kedua Isa dan Zakariya as
Ketiga Yusuf as
Keempat Idris as
Kelima Harun as
Keenam Musa as
Ketujuh Ibrahim as
o Baginda juga dibawa masuk melihat syurga dan kenikmatannya.
o Baginda juga melihat malaikat Malik penjaga neraka berwajah
masam dan tampak wajahnya seperti sedang marah. Ia memberi
salam kepada Rasulullah lalu baginda menjawab salamnya.
o Baginda telah dinaikkan ke Sidratul Muntaha. Jibril terhenti
disitu, lalu memasukkan baginda Rasulullah kedalam Nur seraya
berkata kepada Rasulullah: “Engkau bersama Tuhanmu, tempatku
hanya sampai disini. Jika aku terus menembusinya tentu aku akan
terbakar”. Rasulullah telah melalui 70 ribu hijab daripada nur
hingga sampai ke Mustawa (tempat mendengar Qalam yang
menyurat di Lauh Mahfuz). Kemudian baginda diangkat ke
Hadratus Qudsi, dibukakan hijab dari baginda sehingga baginda
di Tajalli kan dengan Tuhannya SWT dengan cara yang
layak/patut/sesuai dengan ketinggianNya tanpa kaifiat (tidak
bertempat, berjisim dan sebagainya/tanpa menyerupai makhluk
()ﻟ ﺲ ﻛﻤﺜﻠﮫ ء. Baginda dapat melihatNya dengan mata kepala
baginda saw sendiri. Ketika itulah baginda diberikan perintah
solat lima waktu.
(Diringkas dan dirumus dari Kitab Kifayatul Muhtaj)
98
Terjemahan Aqidatul Awam
BAIT 51 – 57
َو َﮬ ِﺬ ِﻩ َﻋ ِﻘ ْ َﺪ ٌة ُﻣ ْﺨ َﺘ َ َﴫْﻩ ۞ َوِﻠْ َﻌ َﻮا ِم َﺳﮭْ َ ٌ ُﻣ َ َﴪْﻩ
Inilah adalah (kitab) Aqidah yang ringkas bagi orang-orang awam (yang
baru mempelajari ilmu aqidah) yang mudah (untuk dipelajari)
َ ِﻇ ُﻢ ﺗِ ْ َ ْ َﲪ ُﺪ اﻟْ َﻤ ْﺮ ُز ْو ِﰵ ۞ َﻣ ْﻦ ﯾَ ْ َ َﻤﻰ ِﻠﺼﺎ ِد ِق اﻟْ َﻤ ْﺼ ُﺪ ْو ِق
Penyusunnya adalah Ahmad Al-Marzuqi, seorang yang berketurunan
Nabi (As-Sodiqul Masduq) 46
46 BIOGRAFI MUSONNIF (Pengarang Kitab ini)
Beliau adalah As-Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Sayyid Ramadhan
al-Marzuqi al-Maliki al-Makki al-Misri al-Hasani Wal Husaini. Beliau
dilahirkan pada tahun 1205H di Mesir. Beliau tinggal di Mekah al-
Mukarramah, bermazhab Maliki, seorang yang terkenal dengan
kecerdasan dan kepandaiannya, sepanjang waktu dihabiskan untuk
menyampaikan ilmu, Beliau mempunyai halaqah ilmu sendiri di Masjidil
Haram sehingga akhirnya beliau telah dilantik menjadi mufti mazhab
Maliki di Mekah menggantikan tempat Sayyid Muhammad yang wafat
sekitar tahun 1261 H. Beliau juga seorang pujangga yang terkenal
sehingga mendapat gelaran Abu Fauzi. Beliau merupakan seorang
Sayyid yang nasabnya bersambung sampai Rasulullah melalui jalur
Saidina Hasan dan Husain (cucunda Rasulullah). Beliau seorang yang
zuhud dan warak. Diantara gurunya adalah Syaikh Kabir as-Sayyid
Ibrahim al-Ubaidi seorang yang terkenal mahirnya didalam qiraat
Sab’ah. Diantara anak murid yang pernah mengambil ilmu dari beliau
adalah Shaikh Ahmad Damhan (1260- 1345 H), Syaikh as-Sayyid Ahmad
Zaini Dahlan (1232- 1304 H), Shaikh Thahir at-Turkani dan banyak lagi.
99