KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN
(PITO)
MODUL PENDIDIKAN KHAS
PKBKP2033
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU, MATEMATIK DAN SAINS
MURID MASALAH PEMBELAJARAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250
JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA
Berkuat Kuasa Mulai Jun 2020
i
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan
negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Hak Cipta
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan
yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan
sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam
apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun,
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG
BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM INTERVENSI
TAMBAH OPSYEN (PITO).
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
Cetakan Jun 2020
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
ii
KANDUNGAN MUKA SURAT
Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak i
Pengarang
ii
Kandungan ii
v
Panduan Pelajar vi
Pengenalan
Agihan Tajuk dan Unit
UNIT 1 Pengenalan kepada Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 1
Bahasa Melayu, Matematik dan Sains.
UNIT 2 Kaedah dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 13
UNIT 3 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran 42
Bibliografi
Panel
Simbol
iii
PANDUAN PELAJAR
PENGENALAN
Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran
agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk
mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.
SASARAN KURSUS
Pelajar Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) yang mendaftar dengan Institut
Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI
Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang
pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar
dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai
autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.
JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)
Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA, pelajar perlu mengumpulkan 30 jam
pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO)
dilaksanakan secara sepenuh masa selama 11 minggu bagi semester panjang dan
semester pendek. Interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung
minggu. Jumlah jam pembelajaran secara interaksi bersemuka diperuntukkan sebanyak
40% manakala 60% lagi adalah pembelajaran kendiri melalui modul kursus termasuk
pembelajaran dalam talian.
iv
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Masa
interaksi secara langsung dalam talian dilaksanakan melalui penyelarasan antara
pensyarah dan pelajar. Tajuk yang akan dipelajari dan jumlah jam interaksi diambil dari
Maklumat Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.
SUSUNAN UNIT MODUL
Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai enam elemen asas yang
konsisten:
1. Hasil Pembelajaran Unit
2. Sinopsis
3. Kandungan Unit
4. Penulisan berkaitan kandungan unit
5. Latihan
6. Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan
Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui e-mel atau alat
media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
IKON
Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar
pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.
PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN
Pentaksiran dilaksanakan berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Soalan peperiksaan
adalah berdasarkan tajuk-tajuk yang telah dijajarkan kepada pentaksiran hasil
v
pembelajaran kursus (HPK) dalam Maklumat Kursus (MK) secara interaksi bersemuka
dan modul.
PENGENALAN
Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai kemahiran kaedah pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Sains Murid Masalah Pembelajaran.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, pelajar dapat :
1. Memperincikan konsep, teori, kepentingan, isu dan cabaran bagi kaedah
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan sains murid masalah
pembelajaran.
2. Menyediakan satu rancangan pengajaran dan pembelajaran murid masalah
pembelajaran berdasarkan pendekatan dan strategi pengajaran terkini
3. Menghasilkan satu produk bagi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kreatif
dan inovatif bagi murid masalah pembelajaran
vi
AGIHAN TAJUK KURSUS
Panduan Kepada Pengguna
Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran
secara bersemuka diperuntukan 60%. Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar
melalui modul pembelajaran iaitu 40% termasuk dalam talian).
JUMLAH JAM (PEMBELAJARAN TERADUN)
TAJUK/ TOPIK TERARAH PEMBELAJARAN
BERSEMUKA TERARAH
1. Pengenalan kepada Kaedah TIDAK
Pengajaran dan Pembelajaran (KULIAH/
Bahasa Melayu, Matematik dan TUTORIAL/ AMALI) BERSEMUKA
Sains. 26 JAM
Definisi dan Konsep 40 JAM
Teori-teori MODUL
- Pembelajaran Pelbagai JUMLAH
Kecerdasan
- Konstruktivisme 9 15 24
- Pemerolehan bahasa
Aplikasi teori terhadap kaedah
pengajaran dan pembelajaran
Kepentingan
Isu-isu dan cabaran terkini
2. Kaedah dan Strategi Pengajaran 9 15 24
dan Pembelajaran vii
Bahasa Melayu
- Kaedah Fonik
- Kaedah Suku kata
- Multisensori / VAKT
- Kaedah Abjad Huruf
- Kaedah Terus / Seluruh
- Kaedah DISTAR Kaedah
REBUS
Matematik
- Direct Learning (pengajaran 12 20 32
terarah)
- Pembelajaran Kooperatif
- Pembelajaran Aktif
- Konstruktivisme
- Kontekstual
- Touch Math
- Penyelesaian masalah dan
analisis kesilapan
- Model ‛Polya’
- Model ‛Newman’
Sains
- Inkuiri Penemuan
- Eksperimen
- Aktiviti ’Hands- on’
- Projek Sains
- Kerja Lapangan
- Kerja Kumpulan
- Simulasi
- Demontrasi
- Modelling
Kaedah, Teknik dan Pendekatan
terkini
3. Perancangan Pengajaran dan
Pembelajaran
Kandungan
Perancangan RPH
Bahan bantu mengajar
- pemilihan bahan
- jenis bahan
- unsur-unsur kreativiti
pembinaan bahan
- TMK
- Kesesuaian bahan
Isu dan cabaran terkini
JUMLAH 30 JAM 50 JAM 80 JAM
viii
Pengenalan kepada Kaedah Pengajaran dan
UNIT 1
Pembelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Sains
SINOPSIS
Dalam unit ini, akan dijelaskan mengenai definisi, konsep, kepentingan, teori pembelajaran
berkaitan dengan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan
Sains murid masalah pembelajaran.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, pelajar dapat :
1. Memperincikan konsep, teori, kepentingan, isu dan cabaran bagi kaedah
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan sains murid
masalah pembelajaran.
2. Mengaplikasikan teori terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran
3. Menangani isu dan cabaran dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
murid masalah pembelajaran
i. Menghuraikan konsep, definisi, falsafah dan matlamat Pendidikan Islam.
KERANGKA TAJUK
ii. Menghuraikan matlamat Pendidikan Islam dari perspektif Sarjana Islam.
1.1 Pendahuluan
1.2 iii.DefinMiseinjdealanskaKnonfaslespafaKhadeadnahasPraetnpgeanjagrgaunbadlan KPureikmubluemlajPareanndidBikaahnasIsalamM.elayu,
Matematik dan Sains
1.3 Teori-teori
- Pembelajaran Pelbagai kecerdasan
- Konstruktivisme
- Pemerolehan bahasa
1.4 Aplikasi teori terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran
1.5 Kepentingan teori
1.6 Isu-isu dan cabaran Terkini
1.7 Refleksi/ Tugasan
1
1.1 Pendahuluan
Adam Salleh (2003) menyatakan, pendidikan adalah hak asasi semua manusia. Semua insan
di dunia ini, mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Individu kurang upaya
juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal. Sebagai
manusia normalBagi kanak-kanak tipikal, mungkin tidak akan berasa rendah diri kerana
mereka dilahirkan dengan sempurna. Pelajar kurang upaya sepatutnya tidak disisihkan
daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka yang mempunyai
kecerdasan setanding dengan pelajar yang normal malah kadang kala melebihi mereka.
Bagi murid berkeperluan khas, guru perlu memahami kaedah yang sesuai untuk berhadapan
dengan mereka. Oleh itu, modul ini akan memberi fokus kepada beberapa topik yang
berkaitan kaedah pengajaran yang boleh diubahsuai bagi tujuan membantu murid
berkeperluan khas menguasai beberapa kemahiran untuk diaplikasi dalam kehidupan
seharian mereka.
1.2 Definisi dan Konsep Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu,
Matematik dan Sains
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan para
pelajar dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Sharifah Alwiah Alsagoff
(1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran
yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa
kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru
lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu
adalah kaedah.
Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang
mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula
mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah
tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif
pengajaran. Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk
semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah
mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar.
2
An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan
yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi
kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi
tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih
lama.
Konsep pengajaran merupakan aktiviti atau proses berkaitan penyebaran ilmu pengetahuan
atau kemahiran tertentu.Ia meliputi perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan,
penyampaian, bimbingan dan penilaian. Tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan
kelakuan pelajar melalui pemerolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru
Kaedah adalah cara mengelola dan menggunakan teknik-teknik pengajaran, isi kandungan
dan bahan bantuan mengajar oleh guru supaya objektif sesuatu pelajaran itu tercapai. Kaedah
merupakan satu siri perlakuan aktiviti yang berturutan dan berkait antara satu sama lain dan
dilaksanakan oleh guru untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Mengikut Edward M. Antthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan
dikehendaki dalam sesuatu prosedur yang tersusun, berlandaskan kepada sesuatu
pendekatan yang dipilih. Huraian ini bermakna kaedah-kaedah yang dipilih untuk proses
pengajaran dan pembelajaran harus berlandaskan kepada suatu pendekatan yang berkaitan
dengan model, prinsip atau teori pembelajaran.
1.3 Teori-teori
Menurut Garrison (2000), tujuan teori ialah untuk membantu aturan konsepsi dan
membekalkan kemudahan dalam menjelaskan fenomena yang kompleks. Aturan tersebut
membayangkan nilai dan andaian yang akhirnya mencorak amalan. Teori membekalkan
kerangka bagi perkembangan bidang kajian melalui penjelasan yang koheran tentang amalan
semasa dan analisa tentang arah aliran masa kini serta ramalan tentang trend masa hadapan.
Perkembangan tersebut didedahkan dan dikekalkan melalui pembinaan yang koheran dan
rapi, yang terbuka kepada kritikan, perbahasan, dan penilaian.
Menurut Krathwohl (1998), teori merujuk satu penjelasan yang munasabah secara logik
tentang tingkahlaku, fenomena, dan ia dicirikan sebagai konsisten dengan hasil penyelidikan
terdahulu. Intipati teori ialah penjelasan bagaimana dan mengapa konsep-konsep tertentu
saling berkait antara satu sama lain. Pandangan sistematik yang dibekalkan oleh teori tentang
3
sesuatu fenomena boleh menggalakkan pengembangan pengetahuan sedia ada dan
pembinaan pengetahuan baru.
1.3.1 Pembelajaran Pelbagai Kecerdasan
Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan
intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Definisi kecerdasan
pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983), adalah kepakaran kecerdasan manusia
seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah
sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif.
“An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued
within one or more cultural setting – Gardner, 1983)”
Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan
seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Teori Kecerdasan Pelbagai oleh
Gardner (2000) yang meliputi dua prinsip asas iaitu manusia mempunyai kecerdasan yang
pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu tahap
yang kompeten. Gardner menjelaskan bahawa kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata
dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan,
suasana pembelajaran dan lain-lain. Justeru itu, guru sangat berperanan dalam memainkan
peranan penting untuk merancang aktiviti dalam PdP supaya dapat memenuhi keperluan
kecerdasan yang terdiri daripada sembilan kecerdasan iaitu:
i. Logikal Matematik
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan logik, abstrak, penaakulan, dan nombor.
Kebolehan dominan di bahagian kiri otak membolehkan individu menaakul secara
deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual.
ii. Spatial/Visual Ruang
Kecerdasan ini mengaitkan mengenai ruang dan keupayaan untuk menggambarkan
dengan mata minda. Keupayaan spatial merupakan salah satu daripada tiga faktor
yang dikaitkan dengan model hierarki kepintaran. Kecerdasan ruang visual
membolehkan individu dapat mempersembahkan idea-idea visual dan ruang serta
berkecenderungan dalam aspek imaginatif dan kreatif.
4
iii. Linguistik
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Orang dengan
kecerdasan verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan
bahasa. Individu ini biasanya yang baik untuk membaca, menulis, bercerita dan
menghafal kata-kata bersama-sama dengan tarikh. Individu ini sensitif terhadap
makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya.
iv. Kinestetik
Unsur-unsur utama badan-kinestetik mengawal gerakan badan seseorang dan
kapasiti untuk mengendalikan objek mahir. Kebolehan mengawal pergerakan tubuh
badan serta mengendalikan objek dengan baik. Individu ini boleh menyatakan atau
menyerlah diri melalui pergerakan. Mereka mempunyai keseimbangan serta
koordinasi mata tangan yang baik serta mampu mengingati dan memproses maklumat
melalui interaksi dan ruang di sekeliling.
v. Muzik
Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi
dan meluahkan perasaan melalui muzik. Individu yang mempunyai kelebihan ini
sangat sensitif kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia ini,
baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul dalam daripada
gejala alamiah seperti suara manusia, binatang, guruh serta suara-suara yang lain.
vi. Interpersonal
Kecerdasan ini merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara
pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan
secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Kecerdasan interpersonal membolehkan
seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain.
vii. Intrapersonal
Kecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran
metakognitif dan berkebolehan untuk menilai diri sendriri. Kebolehan ini memberi
keyakinan diri yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan yang terdapat dalam diri
mereka sendiri.
vii. Naturalis
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran
semulajadi. Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi biasanya
5
merupakan seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan
flora, fauna dan galian dengan mudah.
vix. Spiritual / Eksistensialisme
Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk
bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa
manusia mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam
hidup.
1.3.2 Konstruktivisme
Konstruktivisme memberi idea-idea baru tentang pertumbuhan kognitif dan pembelajaran.
Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda manusia. Tidak semua pengetahuan pelajar diperolehi
melalui pengalaman pancaindera ataupun terdapat pengetahuan sejati dalam mental pelajar.
Penekanan ditumpukan kepada keperluan pelajar untuk membina pemahaman mereka
dalam setiap konsep Peranan utama dalam pengajaran bukanlah penyampaian pelajaran,
penerangan ataupun “perpindahan” pengetahuan kepada pelajar, tetapi
merupakan penciptaan situasi tertentu untuk membolehkan pelajar membina konsep
mental yang diperlukan . Pendekata, ilmu pengetahuan diperolehi dengan cara pembinaan
pelajar sendiri melalui pengalaman, renungan & pengabstrakan.
Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar yang mana
pembelajaran merupakan hasil daripada usaha pelajar itu sendiri untuk pembinaan konsep
atau pengetahuan sendiri. Guru cuma berperanan sebagai fasilitator ataupun pembimbing
Prinsip Pembelajaran Konstruktivime
Pembelajaran adalah satu proses aktif.
Manusia belajar semasa mereka belajar.
Minda yang aktif bukan fizikal
Pembelajaran adalah satu aktiviti sosial.
Pembelajaran adalah kontekstual.
Lebih banyak yang telah dipelajari, lebih banyak yang boleh dipelajari.
Pembelajaran memerlukan masa.
Motivasi dalam pembelajaran adalah penting
6
Konstruktivisme melibatkan lima fasa, iaitu:
Guru meneroka pengetahuan sedia ada murid pada permulaan sesuatu pelajaran
melalui soal jawab atau ujian.
Guru menguji idea atau pendirian murid melalui aktiviti yang mencabar idea atau
pendiriannya.
Guru membimbing murid menstruktur semula idea.
Guru memberi peluang kepada murid mengaplikasikan idea baru yang telah
diperoleh untuk menguji kesahihannya.
Guru membimbing murid membuat refleksi dan perbandingan idea lama dengan idea
yang baru diperoleh.
“Jika kanak-kanak tidak dapat belajar dengan cara kita mengajar, kita harus
mengajar dengan cara mereka belajar”.
1.3.3 Pemerolehan bahasa
Teori Behaviorisme
Teori Behaviorisme dipelori oleh Bloomfield dalam bukunya Language (1933)
bahasa adalah peraturan-peraturan yang mempunyai tatabahasa yang sistematik
dan sentiasa mengalami perubahan
aspek lisan diberi perhatian
memberi penekanan kepada penghurai jenis pola ayat – menganalisis konstituen
terdekat
bahasa lisan diutamakan, berbanding dengan tulisan
pengukuhan penting dalam pengajaran dan pembelajaran
latihan bahasa perlu diperkukuhkan
model-model bahasa yang terbaik perlu diutamakan
wujudkan unsur ransangan dan tindakbalas dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendekatan sintesis
Kaedah : terus/ dengar sebut
Teknik : Lakonan. Nahu diajar secara tidak formal
pembelajaran berlaku dengan adanya ransangan dan tindak balas yang berulang
7
Teori Mentalis
Dipelopori oleh Noam Chomsky, Miller, Katz dan Lakoff
Pemerolehan bahasa merupakan satu proses kognitif
Penutur pendengar mempunyai kemampuan dan prestasi
otak penutur mempunyai tatabahasa sejagat yang diperolehi semula jadi
bahasa merupakan proses mental yang dapat menghasilkan bahasa tanpa
ransangan luar. Skim ini dikenali S-O-R ( stimulus-organisme-response)
Memperkenalkan Transformational Grammar (TG). Kanak-kanak semulajadi
mempunyai LAD ( Language Acuisition Device)
Ciri-ciri Teori Mentalis
Penguasaan bahasa mempunyai hubungan erat dengan kebolehan mental
Manusia secara semuala jadi mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa
Competence dan performance mempunyai daya cipta untuk menghasilkan dan
menggunakan bahasa yang diketahui
8
1.3.4 Teori Sosial
Teori pembelajaran sosial terkenal dengan sebutan teori observational learning, ‘belajar
observasional/dengan pengamatan’ itu (Presly & McCormick, 1995 dalam Syah, 2005) adalah
teori belajar yang relatif masih baru dibandingkan dengan teori-teori belajar lainnya. Tokoh
yang memperkenalkan teori sosial adalah Albert Bandura. Bandura memandang tingkah laku
manusia bukan semata-mata efleks otomatis dan stimulus (S-R bond), tetapi menekankan
kepada akibat reaksi yang timbul sebagai hasil interaksi antara lingkungan dengan skema
kognitif manusia itu sendiri (Syah, 2005). Terdapat empat unsur utama dalam proses
pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu pemerhatian, mengingat, reproduksi
dan peneguhan atau motivasi iaitu;
i. Pemerhatian
Faktor-faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri model termasuk nilai, umur,
jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam perngajaran kita perlu
pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri-ciri penting pelajaran dengan
pengajaran yang jelas dan menekankan isi-isi penting.
9
ii. Mengingat
Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menunjukkan perhatian. Biasanya kita
memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi.
Faktor-faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri model termasuk nilai, umur,
jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu
pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri-ciri penting pelajaran dengan
pengajaran yang jelas dan menekankan isi-isi penting.
iii. Reproduksi
Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya.
Seseorang itu, memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan
bimbingan tentang perkara-perkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku
model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan
mahir.
iv. Peneguhan / Motivasi
Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian.
Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan
mengekalkannya tanpa peneguhan. Terdapat lima jenis peneguhan yang
memotivasikan perlakuan tingkah laku yang ditiru, iaitu ;
pemerhati mungkin menghasilkan semula tingkah laku model dan menerima
peniruan secara langsung
pemerhati mungkin melihat orang lain menerima peniruan secara tidak
langsung dan mengikut tingkah laku orang yang diperhatikan.
peniruan melalui proses elistasi di mana proses ini seseorang akan meniru apa
yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara-cara melakukan
tingkah laku tersebut.
peniruan sekat lakuan iaitu peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan
tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain.
peniruan tak sekat lakuan di mana dalam proses ini seseorang individu akan
terus mengamalk n peniruan dalam apa-apa jua situasi.
10
1.4 Aplikasi teori terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa
ePEMBELAJARAN
Cari satu contoh video dalam internet yang dapat digunakan untuk menerangkan bagaimana
teori dapat diaplikasikan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu,
Matematik atau Sains. Masukkan video tersebut dan penerangannya ke dalam Google
Classroom.
1.5 Kepentingan Teori dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu termasuklah bidang
psikologi pendidikan. Sebenarnya, teori pembelajaran ialah penjelasan tentang cara manusia
dan haiwan belajar (Noriati, Boon & Sharifah Fakhriah, 2009).
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Sila layari laman web untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kepentingan teori-teori
yang telah dibincangkan terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, Matematik
dan Sains. Berdasarkan bahan tersebut hasilkan power point atau peta minda dan masukkan
ke dalam google classroom.
1.6 Isu-isu dan cabaran terkini
1. Cari maklumat melalui internet atau pembacaan berkaitan isu-isu dan
cabaran terkini dalam kaedah pengajaran Bahasa Melayu, Matematik dan
Sains. Berdasarkan salah satu isu tersebut cadangkan bagaimanakah cara
11
untuk mengatasinya. Masukkan penulisan tentang isu tersebut dan cadangan
mengatasinya ke dalam google classroom.
1.7 Refleksi
Topik 1 ini akan dilaksanakan semasa kuliah dan peruntukan jam merujuk
kepada interaksi selama 3 jam bersemuka. Perbincangan topik berasaskan
kepada Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Matematik,
dan Sains murid berkeperluan khas.
Antara kandungan unit semasa pelaksanaan kuliah meliputi :
Definisi Kaedah pengajaran dan Pembelajaran
Konsep Kaedah pengajaran dan Pembelajaran
Tutorial
1.3 Teori-teori Pembelajaran
1.3.1 Pembelajara Pelbagai Kecerdasan
1.3.2 Konstruktivisme
1.3.3 Pemerolehan bahasa
1.3.4 Teori Sosial
e-pembelajaran
1.4 Aplikasi teori terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran
1.5 Kepentingan
1.6 Isu-isu dan cabaran terkini
Itu saja yang perlu anda lakukan....... SELAMAT BERJAYA
12
UNIT 2 Kaedah dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Sinopsis
Bab ini akan membicarakan tentang kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu, Matematik dan Sains serta faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah
tersebut. Disamping itu mengemukakan prinsip-prinsip am setiap pendekatan dan strategi,
ciri-ciri utama dan langkah-langkah perlaksanaan setiap kaedah dan teknik. Penganalisaan
dan rumusan terhadap kekuatan dan kekurangan setiap pendekatan dan strategi pengajaran
juga dibincangkan.
Hasil Pembelajaran
Diakhir pelajaran ini diharapkan pelajar dapat:
1. Membezakan model, pendekatan, strategi kaedah dan teknik pengajaran
2. Menghuraikan prinsip-prinsip am pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
pengajaran.
3. Menghuraikan ciri-ciri utama dan langkah-langkah penagajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu, Matematik dan Sains
Kerangka Tajuk
2.1 Pendahuluan
2.2 Kaedah dan strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
2.3. Kaedah dan strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
2.4 Kaedah dan strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sains
13
2.1 Pendahuluan
Kaedah merupakan cara mengelola sesuatu aktiviti berurutan dan berkaitan antara satu
sama lain dan dilaksanakan oleh guru untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajara
.Manakala strategi pula bermaksud melibatkan penentuan matlamat, menentukan tindak-
tanduk untuk mencapai matlamat, dan mengerah sumber-sumber untuk melaksanakan
tindakan tersebut. Strategi boleh muncul sebagai satu corak aktiviti apabila organisasi
menyesuaikan diri dengan persekitaran yang melibatkan perancangan strategik dan
pemikiran strategik.
2.2 Kaedah dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
2.2.1 Kaedah Fonik
Kaedah fonik digunakan untuk melatih murid membaca dengan mengenal huruf melalui
padanan huruf dengan bunyi. Kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat
hubungan antara simbol (huruf ) dan bunyi (fonem-fonem) supaya mereka dapat membaca
(membunyikan) perkataan-perkataan baharu yang mereka hadapi. Murid diperkenalkan bunyi
huruf bukan nama huruf.
2.2.2 Kaedah suku kata
Kaedah ini, murid diajar bermula dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad)
dan bentuk huruf. Selepas membina suku kata dan seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja
adalah berdasarkan pendekatan pelbagai deria (multisensori). Suku kata merupakan
bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal.
2.2.3 Multisensori / VAKT
Kaedah pelbagai deria juga dikenali sebagai kaedah VAKT yang merupakan akronim bagai:
V: Visual (penglihatan)
A: audia (pendengaran)
K: kinestatik (pergerakan)
T: tactile ( sentuhan)
14
Sesuatu pengajaran yang baik haruslah melibatkan kepelbagaian deria yang ada dalam diri
murid. Deria sentuhan dan pergerakan amat penting dalam sesuatu pengajaran yang
bermakna selaras dengan deria penglihatan dan pendengaran.
Terdapat enam aspek dalam pembelajaran menggunakan kaedah multisensori:
1. kesedaran fonologi
2. gabungan bunyi dan simbol
3. pembinaan suku kata
4. morfologi
5. sintaksis
6. semantik
Kaedah ini menjadi lebih efektif jika input sensori seperti penggunaan cahaya yang terang
atau huruf menggunakan kertas pasir digunakan.
Margaret Combley (2001) menyatakan pembelajaran untuk membaca dan mengeja
bergantung kepada keupayaan kanak-kanak untuk mendengar, melihat, menyebut dan
menulis.
2.2.4 Kaedah Abjad Huruf
Merupakan kaedah klasik yang paling tua untuk mengajar membaca dalam kalangan kanak-
kanak. Memperkenalkan 26 huruf Bahasa Melayu dan diikuti dengan menyebut huruf-huruf
tersebut. Ada memperkenalkan huruf besar terlebih dahulu, sebelum memperkenalkan huruf
kecil, ada yang memperkenalkan huruf besar dan huruf kecil serentak.
Kaedah abjad berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan tediri daripada beberapa
huruf bagi membolehkan murid-murid membaca perkataan, mereka terlebih dahulu
diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur-unsur perkataan. Murid-murid perlu
menghafal nama-nama huruf dahulu sebelum didedahkan kepada peringkat membaca
perkataan mudah.
2.2.5 Kaedah Terus / Seluruh
Kaedah ini memerlukan murid-murid menyebut perkataan yang disebut guru terlebih dahulu
setelah diperlihatkan gambar atau perkataan tersebut. Pelajaran dimulakan dengan
memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf dan suku kata.
Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang
biasa digunakan seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, minum,
kopi, sepak, boleh emak, bapa , adik abang, kawan dan sebaginya.
15
2.2.6 Kaedah DISTAR / Kaedah REBUS
Kaedah DISTAR
DISTAR (Direct Instructional System for Teaching and Remediation)
DISTAR adalah satu program bacaan berasaskan fonik yang telah dibangunkan untuk
membantu murid menguasai bacaan. DISTAR adalah tatanama asal yang digunakan untuk
merujuk kepada program arahan langsung. Program ini menggunakan arahan langsung,
tahap tindak balas pelajar yang tinggi, pembetulan ralat, dan lain-lain bentuk maklum balas
guru untuk meningkatkan kefahaman bacaan pelajar
Interaksi rangsangan tindak balas di antara guru dan pelajar adalah sangat penting dan
memerlukan guru kerap bertanya berdasarkan bahan yang dibaca. Struktur yang ketat
mengurangkan kadar ralat pembacaan / kefahaman, manakala meningkatkan ketepatan
Murid mengamalkan penggunaan tatabahasa dan perbendaharaan kata dalam penyata lisan.
Pelajar menerima pengalaman bahasa lisan
Kaedah REBUS
Kaedah REBUS merupakan kaedah menggunakan gambar atau simbol di tempat perkataan
tertentu yang sukar untuk disebut atau dieja.Kaedah ini membolehkan murid untuk merasakan
dia sedang membaca pada tahap yang baik.
Contoh Kaedah REBUS:
8 untuk makan/ate atau suku kata dengan tersebut.
4 untuk bagi/for, dan
2 untuk untuk/to atau terlalu/too
2.3. Kaedah dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
2.3.1 Direct Learning ( Pengajaran Terarah)
Model pembelajaran langsung adalah model pembelajaran yang menekankan pada
penguasaan konsep dan/atau perubahan perilaku dengan mengutamakan pendekatan
deduktif, dengan ciri-ciri sebagai berikut: (1) transformasi dan ketrampilan secara langsung;
(2) pembelajaran berorientasi pada tujuan tertentu; (3) materi pembelajaran yang telah
terstuktur; (4) lingkungan belajar yang telah terstruktur; dan (5) distruktur oleh guru. Guru
berperanan sebagai penyampai informasi, dan dalam hal ini guru menggunakan berbagai
media yang sesuai, misalnya film, tape recorder, gambar, peragaan, dan sebaganya.
Informasi yang disampaikan dapat berupa pengetahuan (yaitu pengetahuan tentang
bagaimana melaksanakan sesuatu) atau pengetahuan deklaratif, (yaitu pengetahuan tentang
16
sesuatu yang berupa fakta, konsep, prinsip, atau generalisasi). Kritik terhadap penggunaan
model ini antara lain bahwa model ini tidak dapat digunakan setiap waktu dan tidak untuk
semua tujuan pembelajaran dan semua murid.
2.3.2 Pembelajaran kooperatif
17
Gambar: Aktiviti Pembelajaran Kooperatif
2.3.3 Pembelajaran Aktif
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pembelajaran Aktif (Active Learning)?
Satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mendorong pelajar untuk terlibat
secara aktif dalam proses dan aktiviti pembelajaran melalui penulisan, perbincangan,
penyelesaian masalah atau refleksi.
18
2. Kenapa elemen Pembelajaran Aktif perlu dimasukkan dalam PdP
Pelajar mampu mencerap pembelajaran dengan lebih baik apabila mereka terlibat
secara langsung dan aktif dalam proses pembelajaran, berbanding dengan kaedah
konvensional seperti mendengar syarahan dan mengambil nota. Ia juga dapat
mengoptimumkan potensi dan motivasi pelajar dan pembelajaran; di samping
memberikan kebebasan kepada pelajar untuk berfikiran kritikal dan kreatif.
Rajah: Peratus Pengekalan Pembelajaran
Apakah strategi-strategi untuk Pembelajaran Aktif? Antaranya ialah:
1. Think-Pair-Share – Perbincangan dan perkongsian dengan rakan sebelah ataupun
dalam kumpulan kecil dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan kesedaran
bahawa rakan-rakan juga boleh menjadi sumber pembelajaran.
2. Latihan pemikiran kritis secara berkumpulan
3. Kajian Kes
4. Debat
5. Pembelajaran Berasaskan Masalah
6. Peer Instruction
7. Pre reading/Pre quiz
8. Klip Video
9. One minute paper, eg. Apakah konsep penting yang anda pelajari hari ini?
19
10. Soalan-soalan terkumpul daripada pelajar di penghujung kelas
11. Web 2.0
12. Brainstorming
13. One Minute Mystery, teka teki, teka silangkata
2.3.4 Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau
konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini,
murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan yang baru. Melalui kaedah ini, seorang guru harus menyedari lima
elemen penting sebelum mengaplikasikan langkah-langkah pengajaran.
1. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan
oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif.
2. Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah
pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.
3. Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan
peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.
4. Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan
dan menyelesaikan masalah.
5. Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid.
Dengan lima elimen penting pengajaran guru, maka pelajar berpeluang untuk menerima
pembelajaran secara kolektif dan dinamik. Antara hasil kelebihan teori konstrutivisme:
Mampu Berfikir:
Membina pengetahuan baru, berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan
membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Ini
boleh dicapai melalui aktiviti mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpristasi
dan membuat kesimpulan.
Memahami:
Kefahaman mengenai sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara
langsung dalam membina pengetahuan baru. Sekiranya murid sudah dapat memahami sudah
20
tentulah mereka akan dapat mengaplikasikan pengetahuan baru dalam kehidupan dan situasi
baru.
Daya Mengingat:
Setelah mereka memahami sesuatu konsep, mereka akan dapat mengingati lebih lama
kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
Berkeyakinan:
Mereka belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman
mereka tentang sesuatu.Ini akan menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan
berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
Berkemahiran sosial:
Mereka boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan
masalah. Mereka akan berinteraksi bersama rakan-rakan mereka dan guru-guru dalam
membina pengetahuan mereka sendiri.
Rasa kesoronokan:
Mereka membina sendiri pengetahuan, konsep idea secara aktif yang akhirnya menjadikan
mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat
walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.
21
2.3.5 Kontekstual
22
23
2.3.6 Sentuhan Matematik
TouchMath adalah program matematik multisensori yang menjadikan konsep matematik kritis
menarik dan mudah diakses oleh pelajar yang berusaha untuk memahami kandungan tahap
penguasaan sesuatu kemahiran. TouchMath komited untuk memaksimumkan potensi pelajar
melalui penyampaian program matematik langsung di seluruh dunia, memupuk kejayaan
dengan individu dari semua kebolehan dan gaya pembelajaran.
Bagi memastikan pelajar berjaya, pendidik perlu menggunakan alat yang betul. TouchMath
menyokong pendidik dengan membantu mereka merancang dan melaksanakan kurikulum
TouchMath.
2.3.7 Penyelesan masalah dan analisis kesilapan
Secara umumnya dengan konsep yang lebih mudah kita menganggap penyelesaian masalah
adalah merupakan satu proses, kaedah, langkah atau cara yang diambil oleh seseorang untuk
mengatasi masalah yang dihadapi. Menurut Ma’rof Redzuan dan Haslinda Abdullah
(2003), penyelesaian masalah adalah satu cubaan mencari atau satu cara yang sesuai dan
berkesan dalam mencapai sesuatu matlamat. Azlena Zainal dan Munir Shuib (2004), pula
menerangkan bahawa penyelesaian masalah adalah meliputi usaha-usaha mencari jalan
atau strategi yang dapat menghasilkan matlamat yang belum ditemui.
24
25
Penyelesaian Masalah Model Polya
Gambar: George Polya, pakar matematik yang memperkenalkan Model Polya
Prinsip pertama : Memahami Masalah
Pelajar seringkali gagal menyelesaikan masalah kerana semata-mata mereka tidak
memahami masalah tersebut. Polya telah mengajar guru-guru untuk bertanya pelajar soalan-
soalan berikut :
Adakah kamu memahami semua makna istilah/perkataan yang digunakan
dalam masalah tersebut ?
Apa yang perlu kamu cari dan tunjukkan ?
Bolehkah kamu menyusun semula ayat-ayat dengan perkataan sendiri ?
Bolehkah kamu menggunakan gambar atau diagram yang boleh membantu
kamu memahamkan masalah ?
Adakah maklumat cukup untuk menyelesaikan masalah ?
Prinsip kedua : Merangka strategi
Polya menegaskan, ada pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran memilih
strategi yang sesuai bergantung kepada berapa banyaknya pengalaman kita menyelesaikan
masalah sebelum ini. Antara strategi yang boleh membantu ialah:
Cuba jaya
membuat senarai yang tersusun
mengenalpasti kemungkinan-kemungkinan
menggunakan simetri
menimbangkan kes istimewa
menyelesaikan persamaan
melihat pola
melukis gambar
menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu
guna model
26
bekerja dari bawah/ menggunakan maklumat terakhir terlebih dahulu
guna formula
guna analogi/perbandingan
lakonkan/ujikaji
mempermudahkan masalah
Prinsip ketiga : Melaksanakan strategi
langkah ini biasanya lebih mudah dari merancang strategi. Yang pelajar perlukan pada
langkah ini ialah ketekunan dan berhati-hati apabila menggunakan kemahiran yang sedia ada.
Jika tidak berjaya menyelesaikannya, patah semula ke langkah pertama dan merancang
strategi berbeza. Ini adalah langkah biasa dalam matematik yang juga digunakan oleh pakar
matematik sekalipun.
Prinsip keempat : Menyemak jawapan
Polya merasakan adalah wajar mengambil sedikit masa untuk menyemak jawapan dan
membuat refleksi. Ini bertujuan untuk mengukuhkan keyakinan dan memantapkan
pengalaman untuk mencuba masalah baru yang akan datang. Gunakanlah Model Polya untuk
menyelesaikan sebarang masalah hari ini.
Strategi Penyelesaian Masalah
Berikut adalah beberapa strategi-strategi penyelesaian masalah:
1. Permudahkan masalah
Kadang kala masalah yang diberikan terlalu rumit dan kompleks. Permudahkan masalah
tersebut bermakna mewujudkan masalah yang serupa dengan menggunakan angka-angka
yang berbeza dan mudah. Kemudian buat perbandingan dan akhirnya kita memperolehi
jawapan.
2.Melukis Gambar Rajah
Dengan melukis gambar rajah kita dapat melihat pergerakan masalah tersebut secara teratur.
3.Memodelkan /Menjalankan simulasi /Melakonkan
Memodelkan atau menjalankan simulasi adalah strategi yang paling berkesan untuk melihat
pola perubahan dan keseluruhan masalah dapat difahami dengan jelas. Dengan
menggunakan model konkrit, ianya mempermudahkan penyelesaian masalah tersebut.
4.Mengenalpasti pola
Dalam strategi ini pelajar perlu menganalisa pola dan membuat generalisasi berdasarkan
pemerhatian mereka dan mengujinya dengan menggunakan data yang baru. Pola boleh
wujud dalam bentuk gambar atau nombor.
27
5.Menyenaraikan /Menjadualkan secara sistematik
Jadual yang dibina seharusnya teratur dan tersusun agar maklumat dapat dilihat dengan
cepat dan mudah. Graf juga boleh digunakan untuk menunjukkan perhubungan di antara
pembolehubah - pembolehubah.
6. Cuba Jaya
Strategi ini adalah cara termudah tetapi ianya memerlukan tekaan yang bijak dan
penyemakan yang tersusun boleh membawa kepada jawapan atau penyelesaian. Cara ini
memerlukan masa yang panjang untuk penyelesaian.
7. Kerja ke belakang
Bekerja ke belakang antara strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah sequence,
pola, persamaan dan lain-lain.
8.Menakul secara mantik
Pelajar menganalisa semua syarat-syarat dan memecahkan kepada bahagian-bahagian
tertentu. Sebahagian daripada masalah itu boleh diselesaikan dengan penyelesaian
bahagian-bahagian kecil yang akan digabungkan semula untuk membentuk penyelesaian
masalah tersebut.
9.Menggunakan kaedah algebra
Kaedah algebra akan membentuk beberapa persamaan dan ia dapat membantu
menyelesaikan masalah matematik tersebut.
Model Newman
Model berasaskan teori Newman (1977) mendefinisikan lima kemahiran membaca spesifik
bagi penyelesaian masalah matematik: Membaca (decoding), Pemahaman, Transformasi,
Kemahiran Proses dan Encoding. Sepanjang proses penyelesaian masalah, kemungkinan
kesilapan yang tidak disengajakan berlaku.
Menurut Newman kesilapan awal penyelesaian masalah boleh dikesan mengikut hiraki
berikut:
Bacaan – Tidak boleh membaca soalan yang mengandungi masalah yang
diberi dengan jelas dan tepat.
Kefahaman – Tidak menerangkan dengan betul maklumat numerik yang
terkandung dalam soalan dan kehendak soalan
Transformasi – Gagal mentranformasi masalah kepada ayat matematik
28
Kemahiran Proses – Tidak boleh menyelesaikan masaalah menggunakan
algoritma yang betul
Enkod- Menulis jawapan yang salah secara teknikal walaupun algoritma telah
dilaksanakan dengan betul tetapi bukan dari kecuaian (Salah menulis tempat
perpuluhan atau unit yang betul- contoh: RM 1. 50 sen )
Pelaksanaan Temuduga Newman
1. Bercakap kepada murid dengan mesra, ringkas bagi memberi keselesaan kepadanya.
Jelaskan tujuan guru bercakap dengannya adalah untuk membantunya dalam Matematik.
2. Beritahu murid yang guru mahukannya untuk membuat beberapa masalah matematik
terdahulu sekali lagi.
3. Sediakan murid dengan kertas soalan dan kertas jawapan yang baru dan minta dia
menjawab semula soalan terdahulu yang pernah dibuatnya tapi jawapan salah. Galakkan
murid tunjuk cara menyelesaikan masalah. Guru diam sehingga murid selesai membuat
latihan.
4. Tanya murid beberapa atau semua soalan/arahan Newman (rujuk lima soalan/arahan di
bawah) atau soalan yang bersesuaian. jangan bantu murid dalam apa-apa peringkat tetapi
buat catatan ringkas tentang jawapan murid yang sangat revealing.
5. Tentukan mengikut klasifikasi ralat Newman iaitu guru dapat mencari di mana murid tidak
boleh membuat latihan pada peringkat awal ujian (sebelum temuduga).
6. Ulang 3, 4 dan 5 bagi ralat yang seterusnya.
Lima Soalan/Arahan Newman
1. Tolong bacakan soalan kepada cikgu.
2. Beritahu cikgu, apa yang soalan itu mahu awak lakukan.
3. Apa kaedah yang awak gunakan untuk mendapatkan jawapan?
4. Tunjukkan kepada cikgu bagaimana awak mendapat jawapan itu, dan “bercakap kuat”
semasa membuatnya supaya cikgu faham bagaimana awak berfikir.
5. Sekarang tulis jawapan awak yang sebenar.
Semasa Langkah 4, dengar dengan teliti apa yang murid cakap dan pastikan guru berfikir di
peringkat mana murid mengalami kesilapan membuat latihan. Justru, klasifikasikan
kesilapan/ralat yang murid lakukan.
29
2.4 Kaedah dan strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sains
2.4.1 Strategi Pengajaran sains
STRATEGI
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
SAINS
Kaedah Pengubahsuaian Strategi Pengajaran Sains
Pengajaran Sains Untuk Murid-Murid Masalah Pembelajaran
Inkuiri Eksperimen ‘Hands on’ Penerokaan Penerokaan
Aktif
Projek Sains Kajian Kerja Aktiviti Simulasi
Lapangan kumpulan Merentas
Kurikulum
Kandungan Bahan Peringkat Lokas Penilaian Hubungan
i dengan
kehidupan
2.4.2 Kaedah Pengajaran Sains
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran seperti inkuiri, eksperimen, perbincangan, simulasi, projek,
lawatan, kajian lapangan dan eksplorasi. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
pelbagai dapat meningkatkan minat murid terhadap sains, pelajaran sains yang tidak menarik
akan membosankan murid. Pengajaran secara inkuiri-penemuan menjadikan sains sebagai
satu mata pelajaran yang menyeronokkan kerana murid sendiri terlibat secara aktif dalam
proses penyiasatan dan pencarian maklumat.
Guru perlu peka terhadap pelbagai kecerdasan dalam kalangan murid pendidikan khas.
Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid-murid yang berbeza
30
kecerdasan. Kepelbagaian kecerdasan ini boleh dihubungkaitkan dengan kebolehan visual
dan ruang, verbal linguistik, muzik dan irama, logikal matematik, kinestatik, perhubungan
antara individu, perhubungan dengan diri sendiri, perhubungan antara insan dengan
penciptaNya dan pemahaman tentang alam sekitar.
Strategi pengajaran sains yang khusus dan sesuai adalah juga diperlukan untuk murid-murid
berkeperluan khas. Guru-guru yang mengajar sains kepada murid-murid ini perlulah bijak
memilih strategi atau kaedah yang sesuai dengan kekurangan dan kebolehan mereka.
Strategi yang digunakan perlu mengambilkira topik dan bersesuaian dengan aktiviti yang
dirancang.
a. Inkuiri
Pendekatan Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan
atau kesimpulan daripada soalan, atau mendapat jawapan daripada masalah yang
dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti soalan bermasalah,
membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan
seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu
‘inkuiri terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing
murid menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat
sekolah rendah dan menengah, terutama kepada murid-murid berkeperluan khas. Dalam
inkuiri terbuka, murid tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh
murid sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian yang lebih tinggi
seperti di universiti. Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi mendapatkan
maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan.
Sains sebagai inkuiri mementingkan murid mempelajari kemahiran proses sains
seperti pemerhatian, membuat inferens dan mengeksperimen. Guru sains perlu melibatkan
murid dalam inkuiri dengan memberi peluang kepada mereka untuk menanya soalan,
menerang sesuatu kejadian atau fenomena, menguji idea sedia ada dan berkomunikasi apa
yang dipelajari.
Oleh itu, inkuiri merupakan salah satu pendekatan penyelesaian masalah yang
disusun khas supaya sesuatu yang ditujukan kepada murid akan menjadi cabaran kepada
mereka untuk menyelidik dan meneliti secara lebih mendalam. Sebagai guru pendidikan
31
khas bimbingan berterusan sepanjang pelaksanaan inkuiri amat penting bagi mencapai
objektif.
Matlamat pendekatan ini adalah untuk membantu murid mengembangkan kemahiran
dan intelek bagi mencari jawapan akibat daripada rasa ingin tahu. Terdapat lima fasa seperti
rajah berikut:
Rajah: Fasa Model Inkuiri
Fasa satu:
Berhadapan dengan masalah
( Menerangkan atur cara inkuiri, Guru
kemukakan masalah )
Fasa dua:
Mengumpul data
Pemeriksaan benar atau tidak.
Periksa objek, keadaan, situasi
bermasalah.
Fasa Tiga :
Pengumpulan data- ujikaji
Asingkan pembolehubah releven
Bentuk hipotesis dan
Uji perkaitannya.
Fasa Empat:
Menyusun ,merumus, keterangan.
Rumus peraturan dan keterangan
Fasa Lima:
Analisa Proses Inkuiri.
Analisa Strategi inkuiri dan
hasilkan yang lebih berkesan
32
Fasa Satu :
Dalam Fasa Satu, guru perlu mengemukakan situasi masalah yang perlu diselesaikan oleh
murid. Kemudiannya memberikan penerangan susun atur bagaimana untuk menjalankan
inkuiri yang digunakan.
Fasa Dua :
Dalam Fasa Dua pula, ia melibatkan proses mengumpul data. Pegumpulan data dibuat
melalui ujikaji, pemerhatian dan pemeriksaan situasi sebenar. Guru-guru hendaklah cuba
membantu murid dengan mengembangkan jenis maklumat yang didapati.
Fasa Tiga :
Dalam Fasa Tiga, murid-murid perlu mengasingkan pembolehubah yang releven iaitu untuk
membentuk hipotesis dan membuat perkaitan tentang sebab dan akibat masalah berlaku.
Fasa Empat :
Dalam Fasa Empat , guru meminta murid menyusun semua data-data yang telah mereka
perolehi bagi membentuk satu keterangan mengenai kajian mereka.
Fasa Lima
Dalam fasa yang terakhir ini, murid diminta untuk menganalisis corak inkuiri yang telah mereka
hasilkan. Pada fasa ini murid boleh memberikan pelaporan mengenai kajian yang telah
mereka lakukan dalam bentuk penulisan, gambarajah atau sebagainya.
Model ini adalah merupakan satu pengajaran yang menarik serta merangsangkan murid-
murid kerana mereka memerlukan kreativiti, pemikiran, penaakulan serta penilaian bagi
menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat sesuatu keputusan.
Prinsip-Prinsip Model Inkuiri
Terdapat beberapa prinsip yang perlu diketahui oleh guru sebelum melaksanakan model
inkuiri di dalam pengajaran. Ini sangat penting untuk memastikan kaedah yang digunakan. Ini
benar-benar mampu menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Prinsip pertama yang perlu diberi tumpuan oleh guru ialah mereka perlu memilih topik kajian
yang terdapat dalam sukatan dan mengikut objektif pelajaran. Ini penting agar proses
33
pengajaran itu nanti sesuai dengan tahap kemampuan mereka. Objektif pengajaran guru akan
mempunyai matlamat yang perlu dicapai oleh murid.
Prinsip kedua ialah penyediaan alatan. Guru perlu menyediakan alatan yang sesuai dan
mencukupi sebelum memulakan sesuatu kajian. Alatan yang tidak sesuai serta tidak berfungsi
akan menggangu kelancaran proses pembelajaran murid. Oleh yang demikian para guru perlu
memastikan alatan sentiasa dalam keadaan baik, berfungsi, sesuai dan mencukupi.
Prinsip ketiga ialah peranan yang dimainkan oleh guru. Guru perlu berbincang dengan murid
mengenai tujuan kajian dibuat. ini akan dapat memberikan pengetahuan awal kapada murid
apa yang perlu mereka lakukan. Guru perlu juga memastikan murid-murid memahami
langkah-langkah untuk menjalankan kajian.
Prinsip yang keempat ialah guru perlu mengelak daripada memberi jawapan atau
memberitahu murid jawapan dan kesimpulan yang diharapkan. Dalam peringkat ini, guru perlu
memberi kebebasan kepada murid dalam setiap jawapan atau kesimpulan yang mereka
berikan.
Guru juga perlu memastikan agar aktiviti dibuat oleh murid sendiri. Kegagalan guru
memastikan kajian dibuat oleh murid akan memberikan impak yang besar kepada proses
pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru juga perlu mengawal murid agar mereka tidak
menyeleweng dari kaedah kajian. Guru harus sentiasa peka dan mudah mengesan kesilapan
yang dilakukan oleh murid serta membuat peneguran kepada murid. Ini penting supaya murid
tidak terpesong daripada matlamat dan objektif kajian.
Sebaik sahaja kajian selesai dijalankan, guru perlu mengadakan perbincangan dengan murid.
Dalam perbincangan ini, guru boleh mendengar keputusan dan kajian murid di samping
bertukar-tukar pendapat, pandangan dan pengalaman. Setiap pandangan daripada murid
hendaklah diterima dan diberi perhatian . Guru boleh membuat kesimpulan atau keputusan.
Kebaikan
Terdapat beberapa kebaikan bagi model ini yang boleh dimanfaatkan oleh
murid-murid. Di antaranya ialah :-
1. Model ini berasaskan strategi pemusatan murid. Murid melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran sepenuhnya
34
2. Menghasilkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap rumusan atau generalisasi
yang dibuat.
3. Menimbulkan minat murid serta naluri ingin tahu murid terhadap aktiviti pembelajaran
yang dilakukan.
4. Memberi peluang kepada murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran secara
bebas.
5. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh murid-murid akan kekal lama.
6. Menggalakkan murid berfikir secara saintifik dan rasional.
Kelemahan
1. Model ini hanya sesuai kepada murid tahap dua di sekolah rendah.
2. Model ini memerlukan penggunaan masa yang panjang.
3. Murid yang kurang pengalaman terutama murid pendidikan khas akan menghadapi
kesulitan untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat
b. Eksperimen
Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid
menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu.
Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen dijalankan. Semasa menjalankan eksperimen
murid mengaplikasikan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif.
Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti
berikut:
1. Mengenal pasti masalah
2. Membuat hipothesis
3. Merancang eksperimen:
- mengawal pemboleh ubah.
- menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
- menentukan langkah-langkah untuk menjalankan eksperimen
- kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data
35
4. Melakukan eksperimen
5. Mengumpul data
6. Menganalisis data
7. Mentafsirkan data
8. Membuat kesimpulan
9. Membuat laporan
c. Aktiviti ‘Hands on’
Pendekatan ‘hands on’ memerlukan murid-murid terlibat secara aktif bukan secara pasif yang
hanya mendengar kuliah atau menonton filem sahaja. Aktiviti ‘hands-on’ mendedahkan murid-
murid kepada aktiviti sebenar. Dalam aktiviti ini murid boleh menyelesaikan tugasan di dalam
atau luar bilik darjah. Aktiviti ini mendedahkan murid-murid untuk melalui kehidupan sebenar.
Melalui aktiviti ini murid mendapat maklum balas kepada kejayaan mereka, dan dapat
menguji apa yang telah mereka pelajari.
d. Penerokaan
Penerokaan adalah suatu tindakan mencari untuk tujuan penemuan sumber atau maklumat.
Kaedah penerokaan memfokuskan penglibatan murid dalam membentuk konsep dan
kefahaman mengenai sesuatu perkara. Kaedah penerokaan sesuai digunakan dalam
pembelajaran yang melibatkan inkuiri penemuan, pembelajaran yang menjurus kepada
penyelesaian masalah, simulasi dan kaedah pembelajaran kajian masa depan.
Kaedah penerokaan mempunyai kebaikan tersendiri dan dapat memberi kebaikan kepada
murid dan guru. Kebaikannya kepada murid ialah ia dapat memupuk pemikiran kreatif murid
dan penyelesaian masalah sebenar. Ia juga dapat memberi peluang kepada murid melibatkan
diri secara mendalam terhadap kandungan pelajaran disamping memberi peluang kepada
mereka dalam menentukan hala tuju dan kemajuan pelajaran mereka. Kaedah penerokaan
juga memberi kebaikan kepada guru dimana ia memberi peluang kepada guru untuk
menerapkan strategi-strategi pembelajaran berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme.
36
e. Penerokaan Aktif
Seseorang yang menjalankan penerokaan aktif berusaha untuk menemui sesuatu yang baru
untuk dirinya. Ini juga boleh dijadikan sebagai eksperimen. Murid-murid berupaya
menjalankan penerokaan aktif apabila mereka diberi kesempatan dalam pembelajaran secara
‘hands on’. Mereka memerlukan bahan yang sesuai untuk dimanipulasi, masalah yang
mengagumkan, bantuan dan bimbingan, serta mereka perlu diberi kebebasan yang
mencukupi untuk membandingkan idea-idea serta membentuk penemuan pembelajarannya
sendiri. Dalam proses penerokaan aktif aspek-aspek kognitif, afektif dan psikomotor
digunakan oleh murid-murid.
Pendekatan penerokaan aktif mementingkan pengalaman murid secara langsung dan
berpusatkan murid. Pendekatan ini sebagai suatu proses yang dapat meningkatkan
pembelajaran sains, melaksanakan proses sains dan membentuk sikap terhadap sains.
f. Projek Sains
Projek merupakan pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah yang
dikemukakan oleh John Dewey. Projek merupakan satu kaedah di mana aktiviti dijalankan
oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan atau menyelesaikan
sesuatu masalah. Projek biasanya mengambil masa yang panjang dan ianya boleh
dilaksanakan di dalam atau di luar waktu persekolahan. Kaedah projek melibatkan murid
secara aktif dalam merancang dan melaksanakan aktiviti sesuai dengan tajuk yang dikaji.
Kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir banyak diberi penekanan dalam kaedah ini.
Kaedah projek juga memerlukan murid berdisiplin, tabah dan sabar dalam menjalankan aktiviti
yang dirancang.
Projek boleh dijalankan mengikut keperluan tajuk yang diajar. Selain itu projek boleh diadakan
mengikut minat murid, atau untuk mengadakan pameran sains. Tugas guru adalah
menyediakan pilihan projek yang realistik, memberi garis panduan, mencadangkan bentuk
persembahan, dan memantau kemajuan pelaksanaan dari semasa ke semasa. Murid perlu
merekod setiap proses dan perubahan yang berlaku sepanjang pelaksanaan projek. Murid
khas sering didedahkan dengan projek sains seperti berkebun, bertukang memelihara haiwan
dan sebagainya.
37
g. Kajian Lapangan
Kajian lapangan merupakan satu kaedah di mana aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah
seperti di tepi kolam, taman botani, rimba rekreasi, stesen kaji cuaca, zoo dan tempat-tempat
lain yang sesuai. Murid-murid dapat melihat sendiri tempat-tempat dan peristiwa-peristiwa
yang berkaitan sains dalam persekitaran mereka. Kaedah ini biasanya menarik minat murid
dan memberi peluang untuk mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama,
bertanggungjawab dan berdisiplin.
Kaedah ini memberi pengalaman ’hands-on’ dan ’minds-on’ kepada murid dan ianya adalah
sesuai digunakan untuk mengajar topik-topik yang berkaitan dengan alam haiwan, alam
tumbuhan dan persekitaran. Melalui pendedahan kaedah ini, murid mengalami pengalaman
sebenar dan dapat membina konsep dengan lebih jelas
Sebelum kajian lapangan diadakan, persediaan berikut perlu dijalankan:
i. Jelas tentang tujuan lawatan, biasanya untuk menarik minat murid-murid terhadap
pelajaran baru, atau untuk mendapat maklumat tambahan, atau meninjau aplikasi
prinsip sains.
ii. Semak dasar sekolah tentang prosedur seperti kebenaran ibu bapa, penjadualan bas
sekolah, temu janji dengan pihak yang ingin dilawati.
iii. Guru terlebih dahulu perlu melawat sendiri tempat lawatan supaya senang untuk
merancang aktiviti.
iv. Guru perlu merancang senarai soalan atau tujuan, dan maklumat latar belakang untuk
membantu murid-murid membuat permerhatian.
v. Menetapkan peraturan tingkah laku dan keselamatan terutama bagi murid-murid
berkeperluan khas.
vi. Di tapak, pastikan setiap murid sempat melihat dan mendengar, serta bertanya soalan.
Sekiranya kelas terlalu besar, bahagikan kepada beberapa kumpulan. Pastikan setiap
guru ada dalam setiap kumpulan.
vii. Selepas kembali ke kelas, adakan refleksi atau penilaian tentang kajian yang
dilaksanakan.
Kajian lapangan bagi murid-murid berkeperluan khas menghadapi banyak cabaran,
contohnya pengangkutan ke tapak kajian dan murid-murid bermasalah penglihatan perlukan
orientasi kepada persekitaran baru. Kerjasama adalah penting diantara guru, murid-murid dan
pembantu untuk memastikan kajian lapangan ini berjaya.
38
Untuk menghadapi masalah ini, perlulah ada pengubahsuaian bergantung kepada keprluan
mereka, contohnya:
i. Tapak lawatan perlulah sesuai untuk dibuat kajian
ii Pengangkutan yang sesuai diperlukan untuk ke tapak lawatan.
iii. Perlukan lebih masa untuk menyiapkan kajian lapangan
iv. Perlukan ruang ’parking’ yang sesuai bagi mereka.
v. Perlu ada orientasi bagi murid-murid yang bermasalah penglihatan.
vi. Perlulah melibatkan aktiviti berkumpulan.
vii. Bahan-bahan bercetak perlulah bersaiz besar, dalam Kerjasama adalah penting
diantara guru, murid-murid dan pembantu untuk memastikan kajian lapangan ini
berjaya.
h. Kerja Kumpulan
Pembelajaran secara kumpulan merupakan strategi pengajaran berpusatkan murid. Murid
boleh menjalankan aktiviti pembelajaran melalui kumpulan mengikut kebolehan, murid juga
dapat menguasai kemahiran tertentu mengikut kadar pembelajaran yang sepadan dengan
kebolehan mereka. Terdapat dua cara membentuk kumpulan, iaitu berdasarkan
kebolehan/pencapaian yang sama, dan kedua kumpulan pelbagai kebolehan/pencapaian.
Jenis-jenis kumpulan ialah:
a. Mengikut kebolehan
i. Satu kumpulan kecil murid cerdas
ii. Satu kumpulan kecil murid sederhana
iii. Satu kumpulan kecil murid lambat
b. Pelbagai kebolehan
i. Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil,
ii. Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil
iii. Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil
Aktiviti ini menolong murid memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas dan
mengembangkan pemikiran yang kreatif dan kritis. Kerja dalam kumpulan membawa kesan
yang positif terhadap pencapaian akademik, harga diri, saling hormat menghormati dan
tingkah laku bekerjasama jika perlaksanaannya dijalankan dengan betul. Dalam kerja
39
kumpulan, guru perlu merancang aktiviti dan menyediakan bahan yang diperlukan.
Pengawasan guru amat penting agar kerja kumpulan dilaksanakan dengan berkesan.
Topik 2.0 ini akan dilaksanakan semasa kuliah dan peruntukan jam merujuk
kepada interaksi selama 3 jam bersemuka. Perbincangan topik berasaskan
kepada Kaedah Pengajaran dan Pembelajara Bahasa Melayu, Matematik
dan Sains Murid Berkeperluan Khas.
Kuliah.
Antara kandungan unit semasa pelaksanaan kuliah meliputi :
Kaedah dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Kaedah dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Kaedah dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sains
Tutorial
Aplikasi kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu
Aplikasi kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Matematik
Aplikasi kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran Sains
e-pembelajarn
Kaedah-kaedah dan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu, Matematik dan Sains.
ePEMBELAJARAN
1. Cari satu contoh video daripada internet yang dapat menunjukkan bagaimana guru
mengaplikasikan kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu,
Matematik dan Sains yang telah dipelajari. Huraikan kaedah dan strategi yang digunakan oleh
guru berdasarkan video yang dipilih. Masukkan video dan jawapan anda ke dalam Goodle
Classroom.
40
2. Berdasarkan satu contoh video kaedah dan strategi pengajaran pengajaran Bahasa
Melayu, Matematik dan Sains di you tube, kenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru atau
murid dalam video itu. Bincangkan cadangan anda bagaimana masalah tersebut dapat
diatasi. Masukkan video tersebut beserta masalah yang dihadapi dan cadangan
mengatasinya ke dalam Google Classroom.
Itu saja yang perlu anda lakukan....... SELAMAT BERJAYA
41
UNIT 3 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran
Bab ini akan membicarakan tentang Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan
Pengajaran Harian dan perbezaan antara keduanya. Disamping itu menghuraikan
kepentingan Rancangan Pengajaran Harian serta menghuraikan panduan menyediakan
Rancangan Pengajaran Harian dan menghasilkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) subjek
Bahasa Melayu, Matematik dan Sains bagi murid berkeperluan khas.
Hasil Pembelajaran
Diakhir pelajaran ini diharapkan pelajar dapat:
1. Membezakan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian
2. Menghuraikan kepentingan Rancangan Pengajaran Harian
3. Menghuraikan penyediaan Rancangan Pengajaran Harian
4. Menghasilkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Bahasa Melayu, Matematik dan Sains
Kerangka Tajuk
3.1 Pendahuluan
3.2 Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian
3.3 Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian
3.4 Penyediakan Rancangan Pengajaran Harian
3.5 Bahan Bantu Mengajar (BBM)
3.1 Pendahuluan
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan
muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sistematik dan teliti untuk
melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing,
menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi
memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.
42