The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG
BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM INTERVENSI
TAMBAH OPSYEN (PITO).
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Asiah Radzi, 2020-12-28 18:54:30

MODUL PITO PKBK2053P

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG
BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM INTERVENSI
TAMBAH OPSYEN (PITO).
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

3.2 Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester adalah berdasarkan takwim minggu
persekolahan. Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester ini perlu disediakan pada awal
tahun atau awal semester sebelum sesi persekolahan bermula yang mana ianya berfungsi
sebagai panduan bagi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan ini perlu
dibuat untuk tempoh satu tahun bagi satu-satu mata pelajaran.
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pula merupakan satu panduan berstruktur bagi guru
untuk memastikan pembelajaran berlaku. Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) 3/99, RPH
ialah “satu terjemahan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang mengandungi sekurang-
kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan
kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.”

i) Rancangan Pengajaran Tahunan

Rancangan Pengajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

ii) Rancangan Pengajaran Harian
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ialah rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran
untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah
ditetapkan.

3.3 Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

 Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar.
 Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang

hendak diajar.
 Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran.
 Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu m
 urid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang

dikehendaki.

43

 Menggunakan masa pengajaran secara optimum.
 Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.
 Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.
 Mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan

sesuatu isi pelajaran.
 Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan

rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

1. Melalui internet dan rujukan lain, apakah yang anda faham tentang Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) dan Rancangan Pendidikan Individu (RPI). Masukkan jawapan anda ke dalam
Google Classroom.

3.4 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian

1. Menyediakan Rancangan Mengajar Harian / Persediaan Mengajar

Guru juga perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar sebelum memulakan
sesuatu pengajaran. Sebaik-baiknya persediaan ini dibuat sehari sebelum pengajaran
bermula bagi membolehkan guru betul-betul bersedia dengan kaedah, aktiviti dan contoh
serta bahan atau sumber yang sesuai bagi memenuhi objektif ditetapkan

2. Peringkat-Peringkat Persediaan Mengajar / Rancangan Mengajar
 Persediaan mengajar melibatkan tiga peringkat iaitu perancangan mengajar,
perancangan penyampaian pengajaran dan perancangan penilaian.

3. Perancangan Pengajaran

 Perancangan adalah proses pertama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia
meliputi aktiviti-aktiviti penentuan topik dan isi yang hendak disampaikan, kebolehan
sedia ada murid-murid serta objektif pengajaran yang hendak dicapai selepas sesuatu
aktiviti pengajaran. Perancangan merupakan bahagian yang penting dalam proses
pengajarannya, kerana sesuatu perancangan yang baik dan rapi jika dilaksanakan
dengan betul akan menghasilkan pencapaian objektif pengajaran yang optimum

44

a. Maklumat Umum

 Maklumat umum yang perlu diketahui ialah kelas (tahun/tingkatan), tahap, masa,
bilangan dan purata umur murid.

 Guru perlu tahu kelas yang akan diajar kerana kelas yang berbeza biasanya
menunjukkan tahap kebolehan yang berbeza.

 Masa atau waktu pengajaran pula akan membezakan kesediaan pelajar dan guru
perlu merancang aktiviti yang sesuai.

 Misalnya waktu pertama dan kedua (pagi) dan waktu terakhir (tengah hari). Murid
biasanya lebih cergas dan lebih bersedia menerima pelajaran daripada waktu tengah
hari.

b. Topik Dan Isi

 Topik dan isi yang hendak disampaikan dalam proses pengajaran dan kemahirannya
haruslah mengikut kurikulum

 Guru juga perlu tahu topik serta subtopik yang akan diajar serta aktiviti yang berkaitan
dengan topik.

 Aktiviti yang berkaitan dengan topik perlu diketahui, supaya guru dapat merancang
kesesuaian tempoh masa, strategi pengajaran, sumber atau alat bantuan mengajar
yang berkaitan.

 Ia juga dapat membantu guru dalam menentukan objektif pengajaran dan
pembelajaran

c. Pengetahuan Sedia Ada
 Menentukan kebolehan sedia ada murid dalam pengajaran adalah sangat penting
khasnya digunakan untuk merancang strategi pengajaran yang berkesan.
 Murid-murid tidak akan boleh belajar dengan berkesan sekiranya mereka tidak diajar
menulis perkataan sebelum mereka menguasai kemahiran menulis huruf abjad.
 Isi pengajaran baru yang hendak disampaikan hendaklah disediakan berdasarkan
kebolehan murid yang sedia ada
 Pengetahuan sedia ada merujuk kepada pengalaman, pengetahuan dan kebolehan
yang sudah ada pada murid sebelum pelajaran baru yang dirancang oleh guru
d. Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran
 Sebelum seseorang guru itu menyampaikan sesuatu pengajaran, dia mestilah
mengetahui apa yang ingin dicapainya dalam pelajaran itu.

45

 Taraf pencapaian ini dapat ditunjukkan dengan jelas sekiranya keputusan dan kesan
pengajaran itu dinyatakan mengikut perlakuan dan prestasi murid selepas pengajaran
itu

 Sesuatu penyataan objektif itu bukan sahaja membayangkan kehendak pengajaran
guru dan pencapaian murid, bahkan menuju ke arah tujuan yang dikehendaki

4. Penentuan Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

 Penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada pemilihan strategi
yang sesuai dengan tujuan untuk memperolehi hasil pencapaian objektif pengajaran
dalam peringkat optimum

 Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh ditentukan berdasarkan kaedah dan
teknik pengajaran seperti kaedah demonstrasi, penyoalan, perbincangan dan lain-
lain.

 Kaedah keseluruhan kelas, kaedah kumpulan dan kaedah individu juga harus diambil
kira semasa menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran.

5. Penentuan Masa

 Penentuan masa dalam sesuatu waktu pelajaran biasanya diagihkan kepada aktiviti
pengajaran dan pembelajaran seperti set induksi, penyampaian guru, aktiviti guru dan
murid, aktiviti pembelajaran murid serta penutup.

 Masa yang diperuntukan bagi guru mengajar hendaklah dikurangkan seboleh-
bolehnya tidak melebihi satu pertiga daripada waktu pelajaran.

 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran masa kini berorientasikan murid

6. Pemeringkatan Isi

 Dalam proses penyampaian, isi pelajaran yang telah dipilih hendaklah disampaikan
mengikut urutan yang sesuai. Ini boleh dilaksanakan mengikut prinsip-prinsip
pengajaran berikut iaitu:

 1. Daripada mudah kepada kompleks.
 2. Daripada dekat kepada jauh.
 3. Daripada konkrit kepada abstrak.
 4. Daripada pengetahuan sedia ada kepada
 pengetahuan baru yang hendak dipelajari.

46

 5. Daripada kemahiran sedia ada kepada kemahiran
 baru yang hendak dipelajari.

7. Pemilihan Sumber

 Pemilihan sumber dalam proses penyampaian merujuk kepada penggunaan bahan
bantu mengajar yang sesuai

 Penggunaan bahan bantu mengajar memainkan peranan yang penting dalam usaha
membentuk konsep yang tepat

 Sumber juga boleh termasuklah carta, gambarajah, bahan-bahan konkrit, tv, model,
spesimen dan sebagainya

8. Objektif Pengajaran Dan Domain Pembelajaran

 Penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat berdasarkan kepada
tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor

a. Domain Kognitif

 Objektif pengajaran dan pembelajaran domain kognitif menegaskan hasil intelek
seperti pengetahuan dan pemahaman sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum,
kaedah, cara dan prosedur serta kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

 Hasil pembelajaran dikategorikan kepada lima kategori taksonomi bloom iaitu
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis dan penilaian.

b. Domain Afektif

 Objektif pengajaran dan pembelajaran domain afektif merupakan objektif yang
menegaskan aspek rohani dan emosi seperti sikap, nilai, dan perasaan.

c. Domain Psikomotor

 Objektif pengajaran dan pembelajaran domain psikomotor pula menegaskan tingkah
laku atau kemahiran pergerakan seperti menulis, melukis, memasak, menjahit,
memasang, bermain, berenang dan mengoperasi mesin dan alat.

47

9. Penerapan Nilai

 Nyatakan nilai-nilai murni yang berkaitan (yang hendak diterapkan) dengan isi
kandungan yang hendak disampaikan

10. Konsep Utama

 Konsep-konsep utama yang hendak disampaikan yang berkaitan dengan tajuk
pelajaran

11. Perancangan Penyampaian Pengajaran

Terdapat tiga komponen utama dalam perancangan penyampaian pengajaran iaitu induksi
set, langkah perkembangan dan penutup

ePEMBELAJARAN

1. Cari dalam internet satu contoh penulisan RPH bagi murid Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran sekolah rendah. Beri komen anda tentang kesesuaian cara penulisan RPH
tersebut. Masukkan contoh RPH dan komen anda ke dalam Google Classroom.

3.5. Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Secara dasarnya, Bahan Bantu Belajar (BBM) adalah alat yang dapat membantu seseorang
guru dalam proses pengajaran. Bahan mengajar ini tidak terhad kepada buku teks, papan tulis
dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam
pelajaran yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu,
digunakan dan sebagainya.

3.5.1 Jenis-Jenis Bahan Bantu Mengajar

1) Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik

Bahan pengajaran bukan elektronik adalah bahan pengajaran terawal yang digunakan oleh
guru-guru sebelum wujudnya bahan pengajaran elektronik. Walaupun begitu, fungsinya

48

masih berkesan untuk memudahkan guru menyampaikan pengajarannya. Antara bahan
pengajaran bukan elektronik ialah:

1. Papan hitam atau papan tulis
2. Buku teks
3. Papan pemer atau papan buletin

- Sumber pengajaran yang produktif
- Untuk memperkenalkan idea baru, memberi maklumat memberi kefahaman,

memperkayakan perbendaharaan kata, merangsang perbincangan, menimbulkan
daya kreativiti, membentuk sikap dan nilai serta menambah pengekalan pembelajaran
seseorang pelajar.

4. Fail tegak dan bahan bacaan
- Terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu bahan-bahan bacaan bukan buku seperti
majalah, kalender, poskad, surat khabar, risalah atau buletin, poster, sampul hari
pertama, buku panduan, carta, peta dan gambar skrip, kertas kerja dan nota.

5. Gambar
6. Kad imbasan dan kad cantuman

- Kad imbasan terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata yang diberi makna di
belakangnya.

- Untuk memperkenalkan perkataan-perkataan baru kepada pelajar
- Kad cantuman dibentuk dengan menulis perkataan dan rangkai kata di atas kad dan

kemudian kad itu dipotong
- Pelajar diminta mencantumkan semula keratan-keratan kad supaya

membentuk perkataan dan rangkai kata yang dikehendaki.

7. Carta
8. Grafik
9. Papan pengajaran

- Berguna untuk menunjukkan gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyai daya
komunikatif dan dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk terus belajar

- Contoh: papan flanel
- sekeping papan plywood yang dialaskan dengan kain flanel bagi meletakkan gambar-

gambar dan kad-kad maklumat
- mudah alih dan mudah dibawa
- di belakang papan flanel dipasangkan sebatang kayu bersama engsel serta
- cangkuk penyelak supaya papan ini boleh berdiri

10. Model tiga dimensi
11. Boneka atau patong

49

- Biasanya berbentuk orang, binatang ataupun tumbuh-tumbuhan
- Dibuat daripada kain, kapas, tanah liat dan kertas rendaman

12. Diorama
- Satu rekabentuk gabungan bahan-bahan real, patung dan model diletakkan dalam
satu susunan kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan
dalam persembahan tiga dimensi

2) Bahan Bantu Mengajar Berbentuk Elektronik

Bahan pengajaran elektronik merujuk kepada media yang menggunakan sumber elektrik.
Bahan pengajaran eletronik ini semakin popular digunakan oleh guru kerana ianya mudah
dan menarik minat murid. Antara contoh bahan pengajaran elektronik ialah:

1. Overhead Projektor (OHP)
- Menggunakn sistem pembalikan cahaya daripada satu sumber cahaya (halogen)
ke permukaan cermin dan seterusnya membalikkan cahaya tersebut ke skrin
- Cahaya yang terlindung akan membentuk imej di atas skrin

2. Transparensi OHP
3. Pita slaid (filem slaid)
4. Radio
5. Televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder)
6. Alat rakaman
7. Filem tayang atau filem jalur
8. Komputer

3) Bahan-Bahan Bercorak Pengalaman Dan Bahan Sebenar Dari Alam Sekitar

1. Bahan-bahan yang bercorak pengalaman adalah seperti lakonan, pantomin, lawatan
dan projek pameran

2. Bahan sebenar daripada alam sekitar atau disebut sebagai ‘realia’ iaitu merupakan
benda semulajadi. Ia dikelaskan dalam bahan jenis tiga dimensi dan dibahagi
kepada beberapa kumpulan iaitu:
- Benda bukan hidup
- Benda buatan
- Tumbuh-tumbuhan
- Benda hidup

50

3.5.2 Kepentingan Serta Tujuan Bahan Bantu Mengajar (BBM).

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bahan bantu mengajar (BBM)
amat penting bagi guru untuk memastikan proses pengajarannya dapat berjalan dengan
lancar kerana isi pengajaran yang disampaikan dapat diikuti dengan baik oleh murid. Oleh itu,
antara kepentingan bahan bantu mengajar (BBM) dapat disenaraikan seperti berikut:

 Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dapat mengawal serta mengatasi
masalah kekurangan tenaga pengajar.

 Dapat mempertingkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
 Dapat mempertingkatkan keghairahan untuk belajar.
 Dapat memahami secara lebih mendalam dan realistik tentang tajuk yang diajar.
 Dapat mengekalkan ingatan yang lebih lama terhadap isi-isi pengajaran.
 Dapat berasakan keseronokan belajar dan mengelakkan rasa jemu terhadap

pengajaran guru
 Bahan bantu mengajar (BBM) menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan

kefahaman dan corak pemikiran, oleh itu ia mengurangkan berbagai-bagai gerak
balas lisan daripada murid
 BBM membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran murid dan
menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.
 BBM menolong menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam tentang
kefahaman isi pengajaran.
 BBM menawarkan pengalaman yang sebenar dan menjadikan pengajaran lebih
menarik
 Pembelajaran yang diperoleh akan lebih bermakna.
 Bahan itu dapat melahirkan dorongan daya kreativiti, baik kepada guru mahupun
pelajar.
 Melahirkan satu interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan pelajar
dengan pelajar.
 Dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih banyak dalam masa yang
singkat.

3.5.3 Kemahiran Pemilihan BBM
Kriteria-kriteria dalam memilih bahan bantu mengajar (BBM) ialah:

1. BBM haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Isi
kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan.

2. BBM harus mengandungi idea-idea dan reka bentuk yang asli dan tersendiri.

51

3. BBM boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran atau boleh juga digunakan oleh
murid-murid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dengan perkataan lain guru boleh
menyampaikan konsep dengan lebih mudah, tepat dan cepat lagi dengan adanya
alat BBM. Murid-murid pula dapat mempelajari konsep itu dengan tepat, penuh minat
dan lebih kekal dalam ingatan.

4. Reka bentuk BBM hendaklah menarik dan berkesan untuk menarik perhatian dan
menimbulkan minat murid-murid, alat ini harus disediakan dengan menggunakan
gambar yang berwarna.

5. BBM harus disediakan dengan perbelanjaan yang rendah dan dalam masa yang
berpatutan. Tiada gunanya membuat BBM dengan perbelanjaan yang terlalu tinggi
dan menggunakan masa yang lama untuk menyediakannya.

6. BBM harus disediakan dalam saiz dan berat yang sesuai supaya ia mudah dibawa,
diguna dan disimpan. BBM yang terlalu berat dan besar akan mengganggu
kelancaran penyampaian guru atau penggunaan murid.

7. Sumber pengajaran-pembelajaran haruslah mengandungi nilai-nilai murni yang
tinggi. Guru tidak harus menggunakan bahan-bahan seperti gambar yang tidak
sopan, misalnya memakai baju yang menjolok mata atau menggunakan bahan-
bahan yang mengandungi unsur negatif.

Perkara yang harus diambil perhatian adalah BBM adalah alat sokongan bukan sebagai
pengganti guru sepenuhnya. Yang mengendalikannya adalah guru. Jika guru dapat
merancang segala-galanya dengan baik, maka segala kelemahan akan dapat diatasi.

1. Rancangkan satu Bahan Bantu Mengajar yang boleh anda hasilkan bagi
salah satu mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik atau Sains secara
terperinci bagi murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Masukkan
perancangan anda ke dalam Google Classroom.

52

Topik 3.0 ini akan dilaksanakan semasa kuliah dan peruntukan jam merujuk
kepada interaksi selama 3 jam bersemuka.
Perbincangan topik berasaskan kepada Kaedah PengajaranMurid
Berkeperluan Khas. dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan
Sains
Antara kandungan unit semasa pelaksanaan kuliah meliputi :

Kuliah
 Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian
 Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian
 Penyediakan Rancangan Pengajaran Harian
Tutorial
 Perancangan RPH Bahasa Melayu
 Perancangan RPH Matematik
 Perancangan RPH Sains
e-pembelajaran

 Bahan Bantu Mengajar
 Isu dan cabaran terkini

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

1. Berdasarkan bacaan di laman web dan bahan lain, kenal pasti apakah isu dan cabaran
terkini dalam penyediaan RPH bagi murid Pendidikan Masalah Pembelajaran. Beri cadangan
anda untk mengatasi masalah ini. Masukkan isu dan cadangan ini ke dalam Google
Classroom.

Itu saja yang perlu anda lakukan....... SELAMAT BERJAYA

53

Rujukan Asas:

Faridah Nazif, Faizah Shamsudin, Ambaran Bakar (2018). Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu. Sasbadi Sdn. Bhd.

Norida Berhan.(2018). Pedagogi Bahasa Melayu. IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.

Charlesworth, R. & Lind, K. K. (2013) Math and Science for young children. Cengage
Learning.

Rujukan Tambahan:

Tuan Jah.(2011). Kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Selangor: Penerbitan Multimedia.

Abruscato, J. (2009). Teaching children Science: A discovery approach. (7th ed.). Boston :
Allyn & Bacon.

PENYELARAS MODUL PITO (PENDIDIKAN KHAS)

Bil. Nama Pegawai Akademik
1 Siti Nabilah binti Kasdi Bidang Pendidikan Khas

PANEL PENGGUBAL PITO PENDIDIKAN KHAS

PKBP2082
PENGURUSAN KEHIDUPAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

Bil. Nama Kelayakan Akademik
1 Hadri bin Khairuddin
SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN
(PENDIDIKAN KHAS)- 2003 UKM

SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) 2010 UPSI

54

SIMBOL PEMBELAJARAN
Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan/maksud seperti yang dinyatakan

Gunakan pita rakaman audio atau radio.
Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada
pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.
Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai semak.
Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam
penyediaan modul.
Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting
dengan membuat ulasan.
Buatkan catatan atau nota-nota penting.
Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam
modul.
Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.

Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

55

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Rujukan surat khabar.
Panduan kepada pengguna.
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat
sumber yang berdekatan.
Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang
lebih jelas.
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk
membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah
dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual,
lukisan).
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

Bahan Pembelajaran

Pembelajaran dalam talian

Media Sosial

56


Click to View FlipBook Version