The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM PERTANDINGAN VIDEO DRAMA KOMSAS KEBANGSAAN 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-19185891, 2021-11-02 22:50:48

BUKU PROGRAM PERTANDINGAN VIDEO DRAMA KOMSAS KEBANGSAAN 2021

BUKU PROGRAM PERTANDINGAN VIDEO DRAMA KOMSAS KEBANGSAAN 2021

BAHAGIAN SUKAN,
KOKURIKULUM DAN KESENIAN (BSKK)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menggembleng tenaga, idea
dan pandangan untuk merealisasikan Pertandingan Video Drama Komsas Peringkat
Kebangsaan 2021.

Walaupun kita masih lagi berhadapan dengan penularan wabak COVID-19,
namun kita tetap dapat melaksanakan pertandingan ini dalam suasana yang
berbeza. Semua ini tidak akan berjaya direalisasikan tanpa sumbangan, jasa, bakti
dan pengorbanan para guru yang tidak pernah mengenal erti penat, sebaliknya
terus bersemangat mencurahkan ilmu dan menggilap bakat anak didik yang
dikasihi. Pendidikan hari ini semakin mencabar dalam landskap baharu era digital.
Cabaran utama proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran tidak terhad
kepada pencapaian hasil pembelajaran sebaliknya menjangkau kepada persoalan
menjadi atau tidaknya murid itu secara menyeluruh/holistik.

Murid yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris masa hadapan
negara. Oleh hal demikian, adalah penting untuk guru menanamkan dalam jiwa
muridnya akan kecintaan dan dahaga akan ilmu. Kecintaan mereka kepada ilmu
akan melahirkan generasi baharu yang lebih gemilang dalam pelbagai aspek
kehidupan. Oleh itu, seni warisan dan budaya adalah antara gabungan elemen
penting yang wajar diterapkan dalam jiwa murid kita sebagai platform dan
melahirkan generasi pemikir serta berdaya saing pada masa depan.

1

Benih yang baik jika dicampak ke laut akan menjadi mutiara, jika terhumban
ke darat menjadi permata, jika terawangan di angkasa menjadi kejora. Ungkapan
keramat tersebut dapat direalisasikan sekiranya para guru khususnya guru bahasa
memainkan peranannya dalam menerapkan unsur KOMSAS kepada pelajar. Mereka
perlu menguasai komsas kerana unsur-unsur kesusasteraan dan budaya itu
merupakan pelengkap citra kehidupan yang lebih sempurna.

Secara holistiknya, KOMSAS menekankan penghayatan nilai-nilai murni dan
juga nilai-nilai moral rakyat Malaysia yang terdapat dalam agama dan adat resam
pelbagai kaum di Malaysia. Saya berpendapat, unsur sastera mampu melahirkan
murid yang memiliki keterampilan dalam berbahasa, menghargai serta menghayati
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Sesungguhnya, pendidikan sastera
mampu melahirkan modal insan yang cemerlang. Ingatlah, hanya jauhari yang
mengenal manikam.

Oleh itu, guru-guru kita perlu melipatgandakan lagi usaha untuk melonjakkan
kualiti pendidikan negara kita agar setanding dengan kualiti pendidikan di peringkat
antarabangsa. Saya tahu usaha ini akan memakan masa. Oleh sebab itu, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia dirangka untuk dilaksanakan dalam tempoh 12
tahun, iaitu bermula dari tahun 2013 hingga 2025. Kita ada empat tahun lagi untuk
melonjakkan kualiti pendidikan di negara kita. Saya percaya dengan semangat,
komitmen dan dedikasi para guru semua, kita akan berjaya mencapai matlamat ini.

Akhir kata, dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan
masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita
perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan
wawasan negara demi melahirkan insan yang berilmu pengetahuan,
bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Golongan bukan pendidik, janganlah meletakkan
seluruh tanggungjawab ini hanya kepada golongan pendidik sahaja, tetapi haruslah
memberikan komitmen yang menyeluruh dan bersepadu.

Sekian.
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

ENCIK SHAMSUDDIN BIN MUSTAPHA
TIMBALAN PENGARAH SEKTOR DASAR, PERANCANGAN DAN PENYELARASAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

2

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Serangkap pantun yang indah dan mendalam maksudnya ini menjelaskan
kepada kita bahawa hasil pembelajaran tepat dan berkesan disulami dengan minat
dan kesungguhan, akhirnya mampu membawa diaspora kejayaan ke seluruh
pelosok organisasi. Nah!, itulah yang ingin saya analogikan atas kejayaan setiap
pasukan drama yang telah berjaya sampai ke tahap kebangsaan ini. Tahniah atas
kejayaan anda semua meungguli kejayaan di peringkat negeri masing-masing dan
kini anda beradu kehebatan di peringkat kebangsaan pula.

Sesungguhnya, suasana negara kita yang dilanda pandemik Covid-19, bukan
menjadi penghalang buat kita meneruskan wacana keilmuan yang telah dirancang.
Dengan kolaboratif jitu semua pihak, maka Pertandingan Video Drama Komsas
Peringkat Kebangsaan 2021 tetap dilangsungkan dengan jayanya meskipun dalam
suasana norma barhau. Hal ini membuktikan dan merealisasikan bahawa seluruh
warga pendidikan sentiasa bersedia menghadapi apa jua cabaran demi
memastikan segala agenda yang dirancang dapat dilaksanakan dan tercapai
segala objektif yang dihasratkan.

3

Walaupun dalam situasi kita semua berjauhan, namun pertandingan sebegini
masih mampu dilaksanakan kerana unsur keilmuan dan teknologi yang telah kita
gunakan. Kini, program sebegini tidak semestinya berlangsung sebagai proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, malah keberadaan di lokasi berbeza
tetap mampu menyemarakkan nilai-nilai murni ke arah menjana kecemerlangan
modal insan.

Tahniah kepada kontinjen-kontinjen yang hebat dan berjaya mewakili negeri
masing-masing dalam pertandingan ini. Saya yakin pelbagai usaha telah dilakukan
oleh pelbagai pihak dalam hasrat untuk mendidik ‘manusia’ kerana ianya adalah
usaha yang tidak pernah terhenti dan tiada penghujungnya.

Proses didikan yang paling utama adalah mendidik rohani manusia agar
mengenal Robbul ‘Alamin, Tuhan yang memiliki dan menguasai alam semesta.
Proses sebeginilah, menerusi pertandingan ini diharapkan akan melahirkan insan
yang mempunyai nilai dalam kehidupan sekaligus mengimarahkan bumi ini dengan
penuh keadilan dan kesempurnaan.

Sudah pastinya pertandingan Drama Komsas Peringkat Kebangsaan 2021 ini akan
memberi ruang yang seluas-luasnya kepada para peserta dalam penguasaan
Bahasa Melayu di samping meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi realiti
kehidupan mendatang yang penuh dugaan dan cabaran.

Akhir kata diucapkan syabas kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus
merencanakan program ini demi anak-anak Malaysia tercinta.

Sekian,
Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
terima kasih.

DR. MOHD SUHAIMI BIN MOHAMED ALI, PCM.
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

4

TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak, dunia pendidikan semakin
mencabar, kompleks dan bersifat global. Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, seni drama mampu membentuk insan yang seimbang. Ini adalah
kerana seni drama merupakan medium penyebaran ilmu pengetahuan dan menjadi
sumber rujukan budaya masyarakat yang digambarkan. Seni drama tidak boleh
dipinggirkan memandangkan ia turut memainkan peranan penting dalam
kehidupan seorang murid. Murid-murid belajar mengenal diri dan masyarakat
menerusi drama. Hal ini demikian kerana, elemen asas yang terdapat dalam drama
mencerminkan kehidupan individu serta masyarakat. Murid-murid dapat memahami
perihal manusia dan ragamnya serta memahami perilaku manusia dan sosiobudaya
masyarakat melalui watak-watak yang terdapat dalam drama tersebut.

Sejak Mac tahun lalu, negara terus dibelenggu oleh pandemik COVID-19 dan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus dilaksanakan bagi memutuskan rantaian
wabak dalam komuniti. Walaupun kita berdepan dengan pandemik COVID-19
dengan pengamalan norma baharu dalam kehidupan, namun inisiatif untuk
mengadakan Pertandingan Video Drama KOMSAS Peringkat Kebangsaan Tahun 2021
secara dalam talian telah diambil. Tahniah dan Syabas diucapkan. Hasilnya,
Pertandingan Video Drama KOMSAS Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 dalam talian
berjaya dilaksanakan. Ini memberi peluang kepada semua pihak khususnya murid-
murid untuk mempamerkan bakat tanpa menunggu program dilaksanakan secara
bersemuka.

5

Saya percaya program ini sudah tentunya memberi pengalaman seni lakonan
dan kesedaran estetik kepada murid. Ia juga tidak lari daripada mengembangkan
kemahiran komunikasi dan interaksi dalam diri murid. Pertandingan yang dianjurkan
ini sebenarnya merupakan wadah untuk memperkembang bakat dan potensi murid.

Tidak dapat dinafikan generasi muda negara kita pada hari ini amat perlu
berilmu, berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di
persada antarabangsa yang penuh dengan cabaran.

Akhir kalam, harapan saya, seni drama ini dapat dikekalkan untuk masa-
masa akan datang serta sokongan semua pihak agar tidak hilang ditelan zaman.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam menjayakan pertandingan pada tahun ini.
Sekian, terima kasih.

ENCIK AZNAN BIN HAJI ALIAS, AMP.
TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

6

Drama bermaksud karya kreatif yang unik kerana mengandungi dua aspek sastera
dan aspek teater. Aspek sastera mengandungi cerita dan unsur karya kreatif seperti
pemikiran, plot, watak, bahasa dan latar. Manakala aspek teater pula drama dilihat
sebagai hasil pementasan. Dengan kata lain, skrip drama yang ditulis akan
dipersembahkan di atas pentas. Komponen Sastera Melayu atau KOMSAS merujuk
kepada pengajaran dan pembelajaran teks komponen sastera dan aktiviti
kokurikulum akademik. Pandemik Covid-19 telah mencetuskan idea untuk Drama
KOMSAS ini divideokan bagi memberi peluang kepada murid-murid sekolah
menengah di seluruh tanah air menghasilkan video drama karya terpilih masing-
masing berdasarkan teks KOMSAS semasa.

♦ Mencungkil bakat dan potensi murid-murid dalam bidang lakonan di

peringkat sekolah.

♦ Mengasah bakat murid-murid untuk menyampaikan skrip dalam bentuk

dialog dan penghayatan mengikut watak.

♦ Mengasah kemahiran dan ilmu murid-murid dalam bidang rakaman dan

suntingan video.

7

YB Senator Dr. Radzi bin Md Jidin
Menteri Kanan Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia

YB Dato’ Dr. Mah Hang Soon
Timbalan Menteri Pendidikan 1
Kementerian Pendidikan Malaysia

YB Datuk Mohamad bin Alamin
Timbalan Menteri Pendidikan 2
Kementerian Pendidikan Malaysia

YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengarah
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian

Kementerian Pendidikan Malaysia

Timbalan Pengarah
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian

Kementerian Pendidikan Malaysia

8

YBrs. Dr. Faizulizami binti Osmin
Ketua Penolong Pengarah

Sektor Pembangunan dan Kecemerlangan Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia

Puan Rizawani binti Mustafa
Penolong Pengarah

Sektor Pembangunan dan Kecemerlangan Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengarah Pendidikan Negeri Melaka
Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan
Pengarah Pendidikan Negeri Selangor

Pengarah Pendidikan Negeri Perak
Pengarah Pendidikan Negeri Johor
Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang
Pengarah Pendidikan Negeri Perlis
Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah
Pengarah Pendidikan Negeri Pahang
Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
Pengarah Pendidikan WP Kuala Lumpur
Pengarah Pendidikan WP Putrajaya
Pengarah Pendidikan WP Labuan

9

Pengarah
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian

Kementerian Pendidikan Malaysia

Dr. Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali, PCM.
Pengarah Pendidikan Negeri

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Encik Aznan bin Haji Alias, AMP.
Timbalan Pengarah Pendidikan

Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Haji Fakhrul Nizam bin Pakhruddin
Ketua Penolong Pengarah

Unit Pembangunan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Dr. Adlan bin Mohamed Yusof, PPT.
Ketua Unit, Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)

Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

10

Cik Norhidatul Erma binti Kamarudin
Penolong Pengarah

Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Ketua Unit, Unit Kewangan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara
Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang Selama

Pegawai Pendidikan Daerah Manjung
Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang

Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan
Pegawai Pendidikan Daerah Kerian

Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar
Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak

Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk
Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Perak

Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah

11

Dr. Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali, PCM.
Pengarah Pendidikan Negeri

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Encik Aznan bin Haji Alias, AMP.
Timbalan Pengarah Pendidikan

Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Haji Fakhrul Nizam bin Pakhruddin
Ketua Penolong Pengarah

Unit Pembangunan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Dr. Adlan bin Mohamed Yusof, PPT.
Ketua Unit, Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)

Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Cik Norhidatul Erma binti Kamarudin
Penolong Pengarah

Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

12

Encik Wan Muhamad Huzairi bin Shukri
Penolong Pengarah

Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Encik Muhammad Shahidan bin Abdul Rahman Nazri
Penolong Pengarah

Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Encik Mohd Kamal bin Abdul Latiff
Penolong Pengarah

Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Encik Mohd E’fa bin Khadri
Penolong Pengarah

Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Encik Roslan bin Mohd Nor
Penolong Pegawai

Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara

Encik Rosli bin Samot
(Pegawai Teknikal Koakademik Negeri Perak)

Pengetua SMK Lahat
Pengetua SMK Kampong Pasir Putih
Pengetua SMK Ave Maria Convent

Pengetua SMK Raja Chulan
Guru Besar SK Kelebang Jaya

Guru Besar SK Seri Ampang

13

HARI/ 9.00 10.00 11.00 12.00 1.00 2.00 3.00 4.00 5.00
TARIKH AM AM AM PM PM PM PM PM PM

1 TAKLIMAT URUSETIA/HAKIM SESI PENJURIAN (1)
NOVEMBER
RUMUSAN HAKIM
2021 RAPTAI MAJLIS PENUTUPAN
(ISNIN)
(1)
2 NOVEMBER SESI PENJURIAN (2) REHAT
2021

(SELASA)

3 NOVEMBER RAPTAI MAJLIS PENUTUPAN RASMI
2021 MAJLIS PENUTUPAN (2)

(RABU)

14

3.00 PETANG : LAGU NEGARAKU
: PERSEMBAHAN 1
: BACAAN DOA
: TAYANGAN MULTIMEDIA
: UCAPAN ALU-ALUAN
Encik Aznan bin Haji Alias
: Timbalan Pengarah Pendidikan
: Sektor Pembangunan Murid, JPN Perak

PERSEMBAHAN 2
UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN
Pengarah
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia

: PERSEMBAHAN 3
: PENGUMUMAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN
: TAMAT

15

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan
Majlis Penutupan Pertandingan Video Drama Komsas
Peringkat Kebangsaan 2021
sama ada secara langsung
atau tidak langsung.

Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.

16


Click to View FlipBook Version