ini sesuai untuk dijadikan bahan bacaan tidak kira muda atau tua. Jalan cerita yang
tersusun juga sangat membantu pembaca untuk mudah faham dengan penceritaan
pengarang.
Keburukan
Pada pendapat saya, reaksi masyarakat yang mempercayai tahlul amatlah tidak
bagus.mereka mempercayai khabar angin yang tersebardan mengamalkan amalan
yang tidak sepatutnya boleh membuat seseorang itu jatuh murtad.
Selain itu,saya berpendapat bahawa ilustrasi pada kulit novel itu tidak
beberapa menarik. Ilustrasi tersebut agak membosankan dan tidak menarik mata
memandang.
Di samping itu, sikap masyarakat yang berpuak-puak hanya kerana tidak
bersependapat amatlah tidak patut dicontohi.
Akhir sekali, saya dengan jujurnya ingin mengatakan bahawa jalan cerita ini
agak membosankan. Satu situasi berpindah ke situasi yang lain juga agak lambat.
Cadangan Penambahbaikan
Pada pandangan saya, pengarang perlulah membaiki novel ini dalam bentuk
klimaksnya. Idea klimaks cerita ini menarik namun lebih menarik jika pengarang
mampu menulis dengan cara menghuraikannya sehinggan pembaca mampu
berimaginasi dengan hanya tulisan yang berada di atas novel.
Selain itu, saya berpendapat pengarang boleh mempertimbangkan kulit buku
yang lebih menarik untuk dijadikan bahan tarikan pembaca.
Seterusnya, saya berfikir bahawa novel ini boleh dijadikan sebuah novel yang
dicetak dalam saiz lebih besar untuk memberi keselesaan kepada pembaca.
Di samping itu, saya berpendapat bahawa pengarang boleh memperbaiki novel
ini dengan memperbanyakkan situasi yang mendebarkan untuk memberi keseronokan
kepada pembaca.
Akhir sekali, saya berfikir bahawa pengarang boleh mempertimbangkan untuk
menyambung perjalanan hidup watak utama. Hal ini kerana novel ini sangat
mempunyai banyak pengajaran dan iktibar.
(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
Pengenalan
Sesebuah novel dihasilkan bertujuan untuk merakamkan kisah kehidupan
manusia berdasarkan imaginasi seseorang penulis. Setiap penulis mempunyai cara
yang berbeza untuk mempamerkan corak perjalanan kehidupan manusia.
Cerita ini mengisahkan pergolakan hidup petugas-petugas di Pusat Rawatan
Pantai Kasih yang diburu keresahan dan ketakutan sebagai akibat terjadinya kes
penyamaran seorang lelaki yang kurang siuman sebagai doktor di pusat rawatan itu.
Dua orang doktor, iaitu Raiha dan Uwang juga mempunyai masalah peribadi yang
tersendiri. Raiha diburu kegelisahan setelah kematian anak dan suaminya. Doktor
Uwang pula tersepit antara desakan kata hatinya untuk memburu keuntungan dengan
keinginan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pesakitnya.
Namun begitu, kegagalan menyelamatkan seorang pesakit remaja setelah menjalani
lima kali pembedahan di pusat rawatan tersebut juga telah menyebabkan berlakunya
konflik antara mereka.
Biografi
BIODATA PENGARANG
Azmah Nordin dilahirkan di Kulim, Kedah pada 10 Januari 1958. Beliau menerima
pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Beliau ke Sabah
pada tahun 1973 dan seterusnya menetap di sana sehingga kini.Kini sudah bekahwin
dan mempunyai dua orang anak.Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada
awal 1980-an, iaitu dalam penulisan rencana. Kecenderungannya menulis dalam
bidang sastera bermula pada awal tahun 1986. Beliau meminati penulisan sajak,
cerpen dan novel.Azmah sangat aktif menghasilkan karya. Setakat ini,beliau telah
berjaya dihasilkan 53 buah buku.Berikut adalah senarai buku yang telah berjaya
dihasilkan.
Sipnopsis Keseluruhan
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui
pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas
menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan
mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali
sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering
terganggu tentang komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus
lumus menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar
perubatan di pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang
menghadapi komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray
milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh
berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu.
Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang
perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan
menyayat hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga
perjuangan dalam bidang perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor
Uwang, ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor
Uwang adalah guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang
unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama
dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa
tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan,
pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap
mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya
perrnah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari
pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor,
Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor. Uwang dan
ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang
menghadapi komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula
berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku,
sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran
dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha
tentang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan
yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-
pesakit yang berpendapatan sederhana.
Sipnopsis Setiap Bab
Novel Pantai Kasih - BAB 1
Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai
Kasih (PRPK) menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam
yang mengiringi perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang
diberikan oleh Doktor Uwang untuk membuat pembedahan kali keenam ke atas
pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha berasa curiga mengapa pembedahan yang
sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit pada tempat pembedahan yang
sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya, namun Raiha
berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama kepada
pesakit daripada kalangan golongan menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha
iaitu memuaskan semua pihak, sebaik mungkin dan seboleh mungkin telah
mencurigakan kredibiliti Doktor Idolanya itu. Raiha juga dibayangi dengan kenangan
silam iaitu rasa pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam
selepas dia memilih Doktor Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar
dilupakan terutama sewaktu dia memberikan bantuan kepada Doktor Uwang dalam
pembentangan seminar. Raiha juga teringat akan ayahnya yang membentak apabila
Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang
Berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya menjadi golongan professional
berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya adalah kurang tepat
dan akan menyebakan kesengsaraan pada masa depan. Ingatan terhadap larangan
ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan kerana berpendapat
bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa
panjang.
Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak
menyenangi Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang
menyenangkan di PRPK. Sister Felicia ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya
bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia
berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap aku janjinya sebelum
ini menyesakkan dadanya dan tidak adil terhadap dirinya seterusnya membakar
semangatnya hingga rentung. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada
malam yang menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau
bergaduh dengan Doktor Razak. Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu
sewaktu anak Raiha disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan
dan menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir tingkah
lakunya diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang
sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayangi dengan prasangka. Sehingga
jururawat Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut
diteguri kerana asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaanya sendiri dia tidak
bertugas pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian
tidak perlu dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri
daripada bertembung dengan Rahia.
Novel Pantai Kasih - BAB 2
Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju
sekiranya ada orang gaji di rumahnya. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya
dahulupun dihantar belajar di sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi
sehingga anaknya itu kekok untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang
bercuti semesternya. Doktor Uwang berpendapat anaknya itu tidak harus
pulang langsung kerana memalukannya sahaja. Ketegasan Doktor Uwang terhadap
bisnes kesihatan menjadikannya sebagai salah seorang doktor berwibawa yang
banyak membawa keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang menyerahkan
PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan
asalnya berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang,
namun akur dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK.
Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang
adakalanya seperti memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat
bahawa untuk mendapat kesihatan yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat
perubatan. Doktor Uwang juga sering mengeluh kesakitan pada pergelangan
tangannya dan kepala lututnya namun belum sempat membuat diagnosis tepat
terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab dia kurang sihat untuk melakukan pembedahan
terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada Raiha.
Namun sikap Raiha yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian
infeksi yang berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu
menjadi siswi dengan yang ada sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati
terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah angkuh dan
beranggapan Raiha tidak bersyukur dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya.
Doktor Uwang juga teringat kembali terhadap kanak-kanak perempuan yang sudah
meninggal dunia dan sentiasa membayang hidupnya. Lamunannya tersentak apabila
ingatanya juga turut dibayangi oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu yang
menyamar di PRPK miliknya.
Novel Pantai Kasih - BAB 3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat
mamai ketika itu. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti
hotel bertaraf lima bintang. Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang
bergelar Datin itu dengan berhati-hati serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit
berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran dan layanan yang tinggi. Pesakit itu
perasan akan perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi
dia mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim
kemarau panjang ini menyebabkan keadaanya begitu. Dia terbayang kembali
peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran
kematian anak perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang marak
membakar kereta mewah doktor itu.
Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke
dapur dan menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi
pelajar bidang kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan
tetapi dia masih tidak berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia
mengambil ubat batuk sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia juga sering
mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh tentang pembedahan anaknya
yang keenam sama ada berjaya ataupun tidak kerana kemampuannya hanya setakat itu
sahaja disebabkan semua wang insurans anaknya sudah dihabiskan untuk belanja
perubatan tersebut.
Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa
benaknya tentang punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha
vs Sadiz yang akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan
Doktor Sadiz yang menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan mereka.
Raiha pula memberitahu bahawa semuanya berpuca daripada Doktor Sadiz
menyebabkan sanak saudara yang selama ini menyokongnya semakin berundur dari
hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya
Unong Siron, masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia
menyebabkan Felicia kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun
sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa bersalah
akan tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan
Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas
kematian ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian lama
menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha sudah menjadi
doktor.
Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz
menyatakan bahawa Raiha sengaja melarikan diri kereta mewahnya. Bukan itu sahaja
Doktor Sadiz juga meyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut
dibawa lari oleh Raiha. Namun Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa
barang kemas yang dibawa adalah barang kemas miliknya hasil titik peuhnya sendiri.
Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati sekalipun dia tidak akan melepaskan
Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana, gantung tidak bertali sebagai balasan
tergamak memalukannya di mata golongan masyarakat elit.
Novel Pantai Kasih - BAB 4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam milinya yang
terletak tidak jauh dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat
akan peristiwa hitam misteri kematian anaknya, dan kekalahan kes tersebut di tangan
bekas suaminya. Setibanya dia di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan
teringat pula kisah neneknya yang membesarkannya selama ini. Arwah neneknya
yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa nenek moyangnya dahulu berasal dari
Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu kawasan di hulu lubuk dalam
daerah Ranau.
Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum
peristiwa hitam muncul. Raiha ingat ketika dia mengandungkan bayi hasil
persenyawaan sperma suaminya itu. Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz
supaya menggugurkan bayi yang sedang dikandungnnya itu kerana kehadirannya bayi
tersebut tidak direstui apatah lagi sudah diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan
kromosom akan menyebabkan dia malu dengan masyarakat. Anak-anak dengan bekas
isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak hendak membunuh bayi tersebut
apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya bayi
tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’.
Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di
Pusat Rawatan Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor
Uwang amat jelas. Dia berharap selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu
tidak berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak
diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran isterinya itu. Doktor
Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak
harus ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya,
mereka tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini.
Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong
Siron yang mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian
tulang pinggul hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan
pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil baik
berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali ganda masuk ke ke poketnya
sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang
membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang mengelamun sambil menonton
rancangan ‘Money Matters’ di televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak
ciknya rentung dan disaksikan di hadapan matanya sendiri.
Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki
yag pernah mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan
garangnya pesakit itu membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia
bingkas ingin memanggil Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut.
Lalu Felicia mencadangkan Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh
pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa
Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya menganggap
Felicia berbohong dan sengapa mahu menipu. Felicia juga dituduh sengaja
menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko yang terpaksa dihadapi oleh
pesakit.
Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu
digambarkan melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia
terjelopok, namun itu hanyalah hayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia
mengangkat muka suasana menjadi berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat
Rawatan Pantai Kasih.
Novel Pantai Kasih - BAB 5
Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan
pak ciknya yang mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif.
Walaupun dia mencari ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu,
kerana asyik diperhatikan oleh seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah
Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang
baharu selesai menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia
tidak mahu bayangan mereka menggangu hasratnya untuk mengaut keuntungan di
Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.
Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam
sememangnya seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri
tidak rasminya haruslah dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih
dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba
wanita-wanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi gadis mirim
Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak perempuan pak ciknya.
Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan
kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat.
Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba menganggu
kredibilitinya selama ini. Hal ini seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik
farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor
Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu. Sister Felicia
mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah
sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik
rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa
khayal dan didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia
didapati terjelepok di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan
bahawa dia tergelincir di situ.
Novel Pantai Kasih - BAB 6
Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar.
Kisahnya bermula apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor
Uwang menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan
tahun baru di rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan
Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka
dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang
diletakkan di garaj juga tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari
kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya. TIdak sampai lima minit kemudian,
Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan merungut-rungut.
Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak
menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri.
Doktor Uwang menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz
meminta Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia
yang ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi
dihalang oleh Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas selesai
membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan
pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited dengan tugasnya selama ini.
Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen minyak yang kosong.
Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin
membincangkan hal pesakit Uning Siro dan panggilan tersebut amat penting.
Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan
tidak tenteram. Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor
Uwang sehingga terpaksa menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit
yang sama di tempat yang sama membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung.
Raiha juga berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa
hitam yang sering datang dalam ingatannya. Raiha juga terbayang saat dia memarahi
Sister Felicia yang melayan kasar emak Unong Siron. Felicia yang memanggil emak
Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku antaranya dengan
emak Unong ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan
menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai
Kasih.
Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia
tidak sepatutnya melayan emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting
adalah kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam preawatan
itu. Mengasari orang yang memang sedia menderita sakit pada badan dan mental,
adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak mengulanginya lagi.
Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu
memintanya datang segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke
sana sebaliknya wajah arwah ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya
memang tidak merestui hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah
bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai
digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas
bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat
Rawatan Pantai Kasih.
Novel Pantai Kasih - BAB 7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan
Pantai Kasih begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman
sudah mulai mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah
melakukan kesalahan besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang
pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga
tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang musibah anaknnya
berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya diperendahkan
hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak
hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya
menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah
silamnya.
Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan
rakan karib sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia
juga begitu tertekan dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia
sering teringat akan masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan
golongan masyarakat kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang
tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana
ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan
sekolah.
Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat
batuknya itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian
seperti seorang doktor. Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat
dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia
dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu.
Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat
panggilan kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan
kewibawaan Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor
Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh
Unong SIron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia
kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan
bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng
menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha
teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan
menurut Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan
palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima
panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih,
Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam
benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan Berjaya pada kali ini.
Novel Pantai Kasih - BAB 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama
Doktor Sadiz dan kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering
menghantuinya tanpa henti. Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong
Siron yang inginkan kepastian keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali
ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang lagi
pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama apabila
semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada
Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan
bahawa semuanya berada dalam keadaan normal, dia amat bersimpati dengan anak
gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang
kembali. Apatahlagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya
menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain.
Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister
Felicia Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di
bilik bedah. Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong
Siron menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh
yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta
penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya
yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal
keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang
menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain untuk
mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut Peristiwa itu
pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu
adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam
peperiksaan akhir semester.
Novel Pantai Kasih - BAB 9
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai
Kasih, dia ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia
akibat rentung di dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor
Mohammad dan Doktor Alex Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia
ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan
tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga terimbas kembali tentang infeksi
yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke atas Unong
Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekaipun bukanlah salahnya. Dia juga
terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu
berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak
perempuan yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu
hidupnya belakangan ini.
Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia
Landosi pulang selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru.
Doktor Sadiz yang marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche
bersama-sama aak perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz
untuk membeli minyak petrol selepas itu dan berhenti di sebuah rumah tumpagan
pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama
kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan
berada di situ.
Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati
sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain.
Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku
walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih
mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu
menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan.
Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk
dan menyamar sebagai Doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai
menangani kes anak peremuan tua itu.
Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun
sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantung-
gantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari
mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak
dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang memngekori lori
minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan
lampu trafik. Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai
Kasih akibat seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya
berasa kebas dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang
dipandunya dengan bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang
mengambil alih menyelematkan nyawanya dan melakukan pembedahan apabila
didapati kecederaan teruk di bahagian pergelengan tangan dan lutut kaki yang hancur
dan memerlukan penggantian sendi pada anggota tersebut.
Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan
dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang
akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas
geram dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-
tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan
bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha
akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.
Kebaikan
Pada pendapat saya, novel ini mempunyai jalan cerita yang menarik. Novel
mengandungi banyak situasi yang mendebarkan dan situasi yang tidak dijangka-
jangkakan. Saya berfikir novel ini amat sesuai untuk dibaca oleh pembaca yang
meminati cerita tentang kehiidupan.
Selain itu, saya berfikir bahawa watak utama yang ditulis oleh pengarang
mempunyai sifat yang positif. Saya melihat watak utama sebagai seorang yang cekal
dan tabah menghadapi ujian hidupnya tanpa sesekali memikirkan untuk putus asa.
Seterusnya, saya berpendapat novel ini mempunyai plot cerita yang tersusun
dan kemas. Setiap situasi ditulis oleh pengarang dengan teliti dan menggunakan gaya
penulisan yang sesuai untuk dibacakan oleh pembaca.
Di samping itu, saya berfikir bahawa ilustrasi yang bersifat realistik pada
muka hadapan kulit novel boleh menjadi salah satu faktor untuk menarik minat
pembaca terhadap novel ini. Bukan itu sahaja, aspek ergonomik juga memainkan
peranan penting untuk pembaca.
Akhir sekali, saya menyuarakan pendapat saya terhadap isi kandungan novel
yang bersifat realistik. Tidak mudah untuk seorang pengarang meluahkan buah
fikirannya dengan sebuah karya yang membawa pandangan mereka dalam masyarakat.
Melalui novel ini, kita dapat melihat bagaimana masyarakat sekrang bertingkah sama
ada malalui pikiran yang rasional atau hanya dengan kerakusan dan ketamakan
mereka.
Keburukan
Pada pendapat saya, pengarang terlalu memfokuskan nilai yang berunsurkan
negatif berbanding positif. Hal ini kerana kita dapat melihat bahawa pengarang
menulis beberapa watak sampingan yang hidup dalam gaya hidup yang tidak sihat.
Sebagai contoh, terdapat watak sampingan yang pergi ke kelab malam untuk kononya
melepaskan tekanan kerana faktor masalah hidup.
Selain itu, terdapat juga watak sampingan yang mendatangkan amarah kepada
pembaca. Hal ini kerana watak sampingan itu mengabaikan anaknya yang tidak dah
taraf disebabkan oleh perbuatannya atas sebab anak itu sangat mengaibkannya. Sifat
tidak bertanggungjawab itu patut tidak diletakkan dalam novel kerana takut menjadi
ikutan pembaca.
Seterusnya, saya berpendapat bahawa plot cerita tersebut tidak terlalu tersusun.
Hal ini kerana setiap situasi penuh dengan konfliks membuatkan pembaca mudah
serabut dan bosan untuk meneruskan pembacaan.
Di samping itu, saya berfikir bahawa jalan cerita ini terlalu padat dengan
konflik. Selepas satu masalah muncul masalah lain yang membuatkan pembaca tidak
selesa.
Akhir sekali, jalan cerita yang terlalu panjang dan penuh dengan masalah
menyebabkan terdapat beberapa persoalan yang tidak dirungkai oleh pengarang
dengan rapi.
Cadangan Penambahbaikan
Pada pandangan saya, pengarang perlu memperbanyakkan nilai-nilai yang
berunsurkan positif. Selain itu, pengarang perlulah mengurangkan konflik dalam
novel ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada pembaca. Seterusnya, pengarang juga
perlu menyusun plot cerita ini dengan lebih teratur untuk memudahkan pembaca
faham jalan cerita ini.di samping itu, pengarang perlu mengurangkan unsur-unsur
negatif atau perbuatan yang tidak sepatutnya untuk menyesuaikan tahap bacaan
kepada pelajar. Akhir sekali, gaya penulisan yang standard patut digunapakai untuk
memudahkan pembaca faham.
(v) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
Pengenalan
Songket Berbenang Emas mengisahkan tentang kehidupan seorang pelajar,
Dahlia yang cerdik dan disenangi oleh teman-temannya. Tetapi dia menghadapi
pelbagai masalah keluarga hingga terganggu perhatiannya kepada peperiksaan yang
akan dihadapi. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada
keluarganya. Apabila ibunya dirawat di Hospital Bahagia, dia terpaksa keluar dari
asrama untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan bertambah kerana hubungannya dengan
Azhari dipandang seorang oleh jirannya. Malah niat sucinya untuk menyelamatkan
seorang budak lelaki telah tidak dihargai apabila budak lelaki itu tidak dapat
diselamatkan nyawanya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi
dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah
kerjayaannya dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan
Azhari.
Biografi
Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit
Raja, Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik
beradik. Ayahnya pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun
1969, beliau mendapat pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975,
beliau meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun
1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar.
Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984 beliau mengikuti kursus dalam
bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu di
Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun 1985, Khairuddin
bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh tahun di
sekolah tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia
Petang. Bermula Disember 1995, bertugas sebagai Guru Penolong Kanan I di SK
Seksyen 20, Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996, beliau melanjutkan pelajaran dalam
bidang Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm
Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau
bertugas di SM Teknik, Shah Alam, Selangor. Kini beliau bertugas sebagai
Pegawai School Improvement Specialist Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan
Daerah Petaling Perdana, Selangor.
Sipnopsis Keseluruhan
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam
Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan
disenangi oleh teman-temannya seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia
menghadapi masalah keluarga hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan
STPM yang bakal didudukinya. Ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai,
Johor Bahru kerana kemurungan dan hilang ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong
dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat kerana pahanya dipatuk ular tedung.
Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata / bersikap degil setelah tersilap
memilih rakan. Dia tergamak menjual kambing peliharaan ayahnya demi
mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam SPM.
Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan masalah yang melanda keluarganya
walaupun dia anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula
beranggapan bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang kerana beranggapan
rumah yang didiami oleh mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering mencemuh
mereka berbanding anak cucunya yang lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa
saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil keputusan untuk menjual tanahnya yang
diduduki / ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun begitu, Tauke Lim menawarkan
pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.
Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada
keluarganya. Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama
penuh), Kiambang (pelajar tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati (11 tahun) dan
Anggerik (1 1/2 tahun) masih belum mampu berdikari. Apabila ibunya dirawat di
Hospital Permai, dia terpaksa memilih untuk keluar dari asrama untuk menjaga adik-
adiknya. Apabila masalah kelurganya makin meruncing, Dahlia bertekad untuk
berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi menyara adik-adiknya yang masih
bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya walaupun dinasihati oleh cikgu
Hisyam. Setelah ibunya dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka dilanda banjir
besar. Rumah mereka dihanyutkan manakala mereka sekeluarga pula dipindahkan ke
pusat pemindahan banjir (balai raya bersaiz 50m X 20m) yang terputus bekalan air
dan elektrik. Namun begitu, Dahlia tetap tabah mengulang kaji pelajarannya sehingga
mendapat pujian daripada Encik Daim (wakil perbadi Ahli Parlimen Sri Gading).
Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang
serong oleh jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk
menyelamatkan Said tidak dihargai malah dicemuh pula kerana gagal
menyelamatkannya. Walau bagaimanapun Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan
demi dugaan yang menimpanya. Setelah keadaan dan masalah keluarganya reda,
Dahlia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya semula.
Memandangkan peperiksaan STPM cuma tinggal seminggu lagi (Hari Isnin- 29
November), Dahlia menemui cikgu Salwani bagi meminta kebenaran untuk tinggal di
asrama. Majlis pertunangannya dengan Azhari pula akan diadakan pada 30 Disember
setelah tamat peperiksaan STPM.
Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk
melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah
pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di
Universiti Malaya selama 6 bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia dipilih berdasarkan
keputusan SPM dan peperiksaan semesternya yang cemerlang. Dia perlu
mendaftarkan dirinya pada 31 Disember, dan pada hari tersebut juga akan
berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu, Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur
pada 30 Disember iaitu pada hari pertunangannya.
Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari
terlambat sampai ke rumah keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang menjadi
jurucakap majlis pertunangan lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua kampung telah
menghantar Dahlia ke stesen bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji
Sulaiman juga menyerahkan sumbangan penduduk kampung sebanyak RM500.00
kepada Dahlia. Daripada jumlah tersebut Tauke Lim telah menyumbang sebanyak
RM300.00. walau bagaimanapun Azhari sempat bertemu dengan Dahlia sebelum bas
bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam pertemua tersebut, beliau telah menghadiahi Dahlia
sehelai kain songket merah berbenang emas bagi mengingatkan Dahlia agar dia
sentiasa menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur walau di mana-mana dia
berada.
Sipnopsis Setiap Bab
Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan
enam rendah, Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas
kerja yang disuruh oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari
tetapi fakta-fakta masih tidak lengkap.
Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang
lelaki mahu bertemunya di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang
bernama Azhari. Lelaki itu memberitahu Dahlia, dia telah habis belajar dan akan
mendapat segulung ijazah pada bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan
keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan merisik. Dahlia meminta
Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu keluarganya kerana
dia merupakan anak sulung.
Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi
sehingga ke jambatan sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa
dia turun dari kereta Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan
mengatakan bahawa dia tidak suka tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton
dengan mengatakan bahawa orang tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton
kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”.
Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis
kelaparan. Melati memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang
lagi. Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu
yang terlalu cair. Sebenarnya, susu telah habis. Dahlia telah menyiapkan makan
malam manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan
gula pasir sekilo secara hutang.
Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar
emaknya bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia
benar-benar tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak
mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis. Tiba-tiba, ayahnya Embong muncul
dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia
menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah tetapi
Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu.
Dahlia mencadangkan ayahnya supaya mendapatkan bantuan orang kampung sebelum
emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.
Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia
tertanya-tanya sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak
tahu orang yang berhasad dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan
mengakui bahawa semua yang berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar
Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari
yang mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis
berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah,ibu kepada emaknya.
Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Ayah Dahlia
memberitahu, beliau terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah
memang tidak suka akan keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan.
Nek Kiah membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang
semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais
datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka adalah
untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah
melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah menghadapi
situasi itu.
Bab 4: Dibuai Kenangan Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati
menyiapkan latihan Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik.
Dahlia mengimbas kembali pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu
menghantarnya pulang pada hari Khamis yang lalu. Dahlia tidak sanggup untuk
melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti keadaan keluarganya yang
belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki diri sendiri dan
keluarganya.
Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi
Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan
salah faham orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh ayahnya
yang menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau
akan menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri
tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa
bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak
mahu menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut,
beliau menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.
Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu
mentuanya, Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka
keluarga mereka disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang
lain. Anak-anak Saleha dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah.
Embong juga teringat semula peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak
belakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering
terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah.
Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong
memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya runsing, Embong tidak
menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di
hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa
sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik
Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan
setelah mendapat gred tiga dalam SPM.
Bab 5: Kata Setajam Pedang
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang
sepatutnya pulang pada hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya,
Anggerik asyik menangis. Dahlia tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh
sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat
ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan
pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu Salwani, warden asramanya
sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya
dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu.
Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik
teringat emak, Anggerik dan ayahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada
janji temu pada pukul 2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan
dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada
petang itu dia hendak melawat emaknya di hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak
bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya macam-macam. Dahlia
telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus pergi ke hospital untuk
berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji
Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru.
Bab 6: Ditelan Arus Deras
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah
memberitahu abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah
seolah-olah menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah
datang ke rumahnya bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah
orang gila. Dahlia amat terpukul dengan perkataan “ orang gila” yang dilafazkan oleh
Nek Kiah, nenek yang melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram
apabila semua orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai raya. Dia memberitahu
punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan
selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain pula akan terkena. Nek Kiah telah
mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda
pangkah supaya hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah
beberapa kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang
berlaku adalah ketentuan Tuhan.
Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan
Said telah hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk
mencari Said. Akhirnya, Dahlia telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang
pemuda yang bukan daripada penduduk kampung itu. Malangnya, denyutan jantung
Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh pemuda itu membawa Said keliling
rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said
telah tiada.
Bab 7: Berbudi Berbalas Nista
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong
kehairanan kerana selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu
menghadapi setiap dugaan. Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi
mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton. Aton mencari Embong dan
memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang menyebabkan Said mati
dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar kata-kata Aton.
Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di halaman di
bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya
dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-
suara yang mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin
menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari
musuh.
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim.
Tauke Lim memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong
sudah tahu punca Dahlia menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan
masa baru pukul 10.25 pagi, Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji
Kadir. Embong mengimbas kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia
sedang memasak di dapur dalam keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said.
Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya masa remaja Dahlia dihabiskan dengan
buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad untuk bekerja
kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong
terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa
sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga,
ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong panik.
Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia
tersedar apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia
bercadang untuk membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua
orang lelaki bersongkok ke rumah Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang
menuduhnya lambat menyelamatkan Said.
Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati
meluahkan kata-kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan
persekolahannya. Melati bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang
mengatakan emak mereka gila. Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar
kata-kata orang kerana orang itu tidak akan menyenangkan kehidupan mereka.
Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan.
Embong kehairanan apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya
membuang ular itu. Embong membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah
berjuang dengan maut untuk menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan
Dahlia untuk mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya
itu. Embong keluar dari rumah dan pergi memerhatikan aliran sungai yang deras
berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang
menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri.
Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-
sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.
Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia.
Najib melihat kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca
Dahlia menolak hasratnya untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa
Dahlia untuk membawa adiknya ke klinik.
Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek
Kiah. Seman memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang
adiknya Saleha yang telah dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh
Embong mempelajari ilmu sehingga Leha sanggup berkahwin dengannya yang tidak
diketahui asal usulnya. Seman mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh keluarga
Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk mencari pembeli. Nek Kiah
bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual
dengan harga RM15,000 .
Bab 10: Selamat Tinggal, Asrama Puteri !
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk
keluar dari asrama. Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi
Dahlia hanya memberitahu bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu
menceritakan perkara sebenar. Cikgu Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari
asrama kerana STPM tinggal hanya empat bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya
di perpustakaan.
Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam,
guru kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah
mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia.
Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang
dalam STPM.
Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap
dan suka berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan
Embong semakin membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus
menunggang motosikal. Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan
kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong berasa kesal dan takut. Lamunan Embong
terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor
di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia balik kerana rindu akan
emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong mengatakan nanti Mawar
akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai.
Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk
meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua
sangat baik dan suka membantunya.
Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15
petang. Dia membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik.
Lamunan Dahlia dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang
tujuan kedatangannya. Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor
yang merawat emaknya. Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah
sampai ke tahap berbahaya dan ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan
emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga menjelaskan kemungkinan penyakit emak
Dahlia berpunca daripada tekanan.
Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat
emaknya di bilik 16. Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari
memberitahu bahawa dia bekerja sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin
mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya,
tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan Dahlia sebagai pengutip
hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya juga menyuruh
Dahlia pergi dari situ.
Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu
oleh seorang lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada
malam itu, Dahlia memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha
yang sedang dirawat. Apabila Dahlia melihat ayahnya keseorangan di pintu barulah
Dahlia menceritakan perkara sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan
keadaan emak mereka. Tambahan pula, Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP
tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya bahawa dia telah keluar dari
asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang kambingnya. Embong
terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.
Bab 14: Hilang dari Kandang
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa
apabila mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal
kerana kambing itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah
dicuri orang. Embong meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang
yang ingin menjual kambing kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama
ada kambing itu miliknya atau milik orang lain.
Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah
mengetahui keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya
dengan Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian,
Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah
rombongan keluarga Azhari yang ingin merisiknya.
Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk
menerima lamaran tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi
harapan keluarga. Embong sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti
dan dapat membantu keluarga. Walau bagaimanapun, ibu Azhari yang mengetuai
rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur. Beliau mengatakan bahawa
perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan Dahlia. Mereka sanggup
menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong menyerahkan
keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja. Selepas itu,
Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah
dipatuk oleh seekor ular di pahanya.
Bab 16: Bisa Ular Tedung
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa
ketiadaan ayahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan
keadaan itu, Mawar menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat
menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji
kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP.
Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak
dengan Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang
pengsan semasa menjalani latihan bola jaring. Kemudian, Cikgu Hisyam dan Kavita
menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-
nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam
pelajaran.
Pada petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah
memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana
seorang demi seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga
memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di
hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan neneknya.
Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah
pelajarannya yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah,
emaknya yang masih dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di
Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya
dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah
untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik adiknya, dia terkejut
apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja.
Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia.
Azhari terkejut apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital
Batu Pahat kerana dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk
bertanya tentang rancangannya untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia.
Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu membayar sebanyak
RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang keputusan.
Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital.
Dia menunggu bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang
akan dijual. Menurut Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut,
tetapi Dahlia menafikannya. Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang
tamak akan wang sedangkan Nek Kiah tidak mengalami masalah kewangan. Tauke
Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia. Tauke Lim
juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan karangan
Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP
akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim
itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu
Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.
Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah
sebaliknya terus bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum
menghadapi peperiksaan. Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah
semula kerana memikirkan adik-adiknya yang memerlukan penjagaannya.
Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang
mengukur tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib
bersedia untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib.
Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam
hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia.
Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah
memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut
telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.
Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang
akan dijual. Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek
Kiah bertanya kepada Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal
tanah, Embong menggunakan kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan
menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam
dan senang hendak potong leher. Selepas itu, Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia
memberitahu ayahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan beban ayahnya.
Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke
universiti.
Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk
membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan
keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu
demi kebaikan bersama-sama.
Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang
datang ke balai raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul
yang akan diadakan malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ.
Tauke Lim turut menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut. Haji
Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan.
Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar
mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja
tersebut.
Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji,
isteri Haji Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya.
Kata-kata Aton telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan
kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi
dihalang oleh Haji Sulaiman.
Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk
Dahlia. Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga
telah memeluk ayahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik
abahnya.
Bab 22: Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-
kawannya yang datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam
melakukan kerja-kerja rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada
keluarganya.
Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa
kain merah yang hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum
peniti, cincin akik, butiran pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini
menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad dengki terhadap keluarga mereka.
Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu kepada Embong tetapi dilarang oleh
Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai. Dahlia melarang
adiknya menyimpan perasaan dendam.
Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya
atau di mana-mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah
pergi ke rumah Nek Kiah dan didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek
Kiah telah menghalaunya.
Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan
gembira oleh kawan-kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu
berharap agar Dahlia dapat menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya
menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak lebih daripada itu.
Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya
telah pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya. Azhari juga ada
bersama-sama ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek
Kiah terbaring dalam keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak
disahutnya.
Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua
hari. Nek Kiah berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek
Kiah dengan baik. Anak-anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak
menziarahinya ketika beliau sakit.
Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu
Bakar memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas
barang-barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dah ahli keluarganya turut
berkemas untuk berpindah ke balai raya.
Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya.
Terdengar rungutan penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman,
banjir yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.
Bab 25: Inilah Kampungku!
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak
Embong sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek
Kiah. Nek Kiah juga tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.
Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji
Sulaiman telah menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais.
Beliau menyeru agar penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan
prihatin akan masalah jiran tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung
bersatu dan bersama-sama menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka
hidup bermasyarakat.
Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf
dan mereka telah bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang
sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya.
Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak
disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik
pelamin.
Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM
menjelang. Dalam kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi
membincangkan tarikh pertunangan mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember,
iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya. Dahlia hanya menurut sahaja kehendak
keluarga Azhari dan keluarganya.
Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah
dengan kawan-kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang
pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari
pengalaman.
Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa
Dahlia telah terpilih untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun
selama empat tahun. Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan
Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke
Jepun Dahlia akan belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.
Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin
pertunangan mereka. Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di
Jepun. Dahlia akan mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang
dengan Azhari.
Bab 28 : Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin
rapat. Akan tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur
selepas pertunangannya. Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.
Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan
Azhari. Kawan –kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis
pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi
rombongan keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin risau. Abahnya
menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman
menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk
yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.
Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira
17 kilometer dari kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan
memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak
ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai
songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga .menyebut
“Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati
diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.
Kebaikan
Pada pendapat saya, terdapat pelbagai pengajaran dan nilai-nilai murni yang
diketengahkan oleh pelajar. Antaranya ialah ketabahan seorang watak utama dalam
menghadapi ujian hidup. Selain itu, novel ini mempunyai plot cerita yang tersusun
dan kemas. Seterusnya, novel ini juga mempunyai jalan cerita yang menarik dan
sesuai untuk dibaca dalam kalangan tua atau muda. Di samping itu, konflik yang tidak
terlalu berat dan sesuai untuk dijadikan bahan komsas. Akhir sekali, realiti yang
ditunjukkan oleh pengarang amat sesuai dengan peredaran zaman.
Keburukan
Pada pendapat saya, ilustrasi pada muka hadapan kulit novel tidak berapa
menarik perhatian. Selain itu, walaupun novel ini mempunyai jalan cerita yang
menarik namun gaya cerita yang agak lambat membuatkan pembaca mudah hilang
fokus dengan klimaks cerita ini. Seterusnya, saya berpendapat bahawa pengakhiran
cerita ini agak membosankan dan tidak memuaskan hati pembaca. Di samping itu,
saya berfikir bahawa novel ini mempunyai jalan cerita yang hampir sama dengan
kebanyakan novel. Akhir sekali, sikap yang ditunjukkan oleh nenek watak utama
dalam novel ini amat memberi impak negatif kepada pembaca.
Cadangan Penambahbaikan
Pada pendapat saya, pengarang boleh mempertimbangkan ilustrasi yang
menarik untuk diletakkan pada muka hadapan novel. Selain itu, pengarang boleh
memperbaiki gaya penulisan dengan menulis setiap situasi dalam novel mempunyai
imaginasi yang menarik perhatian pembaca. Seterusnya, pengarang boleh membuat
kelainan dalam jalan cerita novel ini bagi memberi kepuasan kepada pembaca. Di
samping itu, pengarang juga boleh menambah penyedap rasa pada pengakhiran novel
supaya tidak terlalu cliche. Akhir sekali, pengarang boleh memfokuskan satu konflik
yang patut diketengahkan untuk lebih menarik.
(vi) Tirani karya Ben Sabariah
Pengenalan
Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi cantik
dan berhidung mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga
ingin mengecapi kemajuan atas anma dirinya dalam bidang pelancongan sehingga
suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas
pergaulan sebagai isteri. Waheeda telah membuat kebetulan hidungnya yang
kebetulan digigit monyet dengan melakukan pembedahan rekonstruksi wajah untuk
menjadi lebih cantik. Dengan kecantikan yang dibentuk, maka datanglah kejayaan
dalam kerjayanya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukan
suaminya dengan anak rakan niaganya di Sarawak Datuk Yasser. Kecantikan dan
kejayaan yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga
malah merosakkan kehidupannya. Kecantikannya menyebabkan tugasnya bertambah
berat dan harapan prang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat
memikulnya. Cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh
sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian berpunca daripada wajah
anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikannya dan ditambah rasa cemburu oleh
Zahid. Akhirnya, Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang
pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. kemajuan
chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran
ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhirnya mereka dipertemukan di chalet
tersebut. Namun, disudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup
bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.
Biografi
Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di
Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari
SMK Green Road Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas @ diploma dari
Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong
Ibrahim, Johor Baharu.
Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre
cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar raya Kuching,
Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA
(Persatuan Karyawan Sastera Sarawak).
Karya-karya beliau dimuatkan dalam beberapa buah antologi cerpen iaitu
KEPEZI SATU, KEPEZI DUA (terbitan Haqaf Enterprise- selenggaraan Zaharah
Nawawi) dan Memori Sebuah Rindu (terbitan DBPCS), Antologi Pengucapan Puisi
Hari Wilayah-Bandar Raya 2003, 2004, 2005, Antologi Puisi Pertemuan Budayawan
BIMP-EAGA 2000, Pelagus-Antologi Sastera Sarawak Jilid 1 2003.
Beliau juga penerima Anugerah Penghargaan Penulis Sarawak oleh DBP
Cawangan Sarawak pada tahun 2001 dalam genre puisi dan Naib Johan Sayembara
Menulis Cerpen sempena sambutan 50 tahun DBP-2006 dari bahagian Penerbitan dan
Penulisan Sastera Kreatif DBP Cawangan Sarawak.
Mendapat tempat ketiga rencana kritikan sastera Hari Guru dalam Antologi
Guru ke-XX tahun 2007. Kini bergiat dalam penulisan novel dan novel pertama
berjudul Tirani kini di pasaran. Dalam proses penerbitan adalah sebuah kumpulan
cerpen berjudul Mawar Magenta.
Sipnopsis Keseluruhan
TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu
menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga
ingin mencapai kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga
suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas
pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya
digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula
wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan
cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang
kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan
suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan
kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan
rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu
yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya
bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda
tidak larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya
begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya.
Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan
dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad
untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah
chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan
anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhir
mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah
satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.
Sipnopsis Setiap Bab
Bab 1 : Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman
sesawang tentang kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan
sifatnya yang terlalu obses dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan
hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti Si
Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas
nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci
dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan.
Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan
lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan yang
sedang dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani
untuk menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan
homestay ini adalah menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti
pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu
masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay
Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di Matang dan
juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi
penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya
untuk memajukan lagi homestay itu.
Bab 2 : Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang
tentang 2 lawatan institusi pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah
Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan
barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi menggambarkan identiti budaya
masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir.
Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira.
Namun di sebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas
penampilan dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat
pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa
Waheeda tidak menggalakkan kerana bercanggah dengan hukum agama. Emak
Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak melakukan apa yang dihajatinya.
Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi
kelam kabut. Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib
malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda.
Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan
oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda
telah bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran
di Singapura.
Bab 3 : Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu
ditemani oleh Ibu Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan
empat roda (Prado). Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai
jurutera di petronas telah pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan
keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila
menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat
jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi. Dalam
perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata
ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah
banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui
oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak.
Raidah juga sangat kagum tentang bandar raya Kuching yang dinobatkan sebagi
Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan
Bandar Sihat Sedunia.
Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas.
Raidah melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah
Waheeda mempunyai perasaan katarsis.
Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke
rumah Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan tinggal
bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura
yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.
Bab 4 : Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum
dengan kebersihan bandar raya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang
banyak berderet tetapi niatnya bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka
kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang berbunga. Rentetan daripada itu,
telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah yang telah
dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah
dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Waheeda akan tinggal di salah sebuah bilik
di rumah kepunyaan pakcik Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang kembali
peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh
Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor
pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah
restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastik yang akan
dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia
berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya.
Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Di sini,
Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen
perubatan dari hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang
yang diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.
Bab 5 : Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan
rawatan yang akan dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut
mengambil masa kira-kira 10 jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak
dengan menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaan
ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala.
Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan
memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk menolak bala.
Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia
sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya
menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada di depan pintu rumahnya. Ibunya
membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi
menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira
dengan kehadiran ibunya.
Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC.
Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen
mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan
mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda
berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah demi kecantikan wajahnya.
Bab 6 :
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar.
Operasi ini diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan
Dr Averroes (Dr.Rushdi). Di dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat
tenang dan rela menjalani pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan
tersebut mengambil masa selama 12 jam.
Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya
yang menunggu di luar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC
bersama-sama ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh
ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti
yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah
membaca satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical
dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini
dikhaskan kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda
menerima tawaran tersebut.
Bab 7 : Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr
Zahari. Waheeda bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut.
Kebanyakan masa dihabiskan dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut.
Mereka juga menghargai anugerah alam di situ. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di
situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang mengingatkan Waheeda
kepada kampung halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada
Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya.
Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr
Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak
dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman
dan pandangan.
Bab 8 : Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan
bahawa kecantikan ialah tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani
menurut Dr Rashdi berasal dari Greek. Persoalan ini menjadi topik perbualan yang
panjang antara mereka berdua.
Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita
yang disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang
Sepanyol. Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada kehebatan
bangsanya dan kampung halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah
menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan
Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung
Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut.
Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek perhotelan yang
dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda teringat
semula akan chalet ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan berbanding dengan hotel
Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas.
Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri
satu temu duga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah
membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan
Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda berfikir
mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort
terletak jauh di sebelah selatan Singapura.
Bab 9 : Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru
di Flamingo Resort telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan
keramahan Waheeda amat menyenangkan hati beberapa orang staf di situ seperti Lais,
Anati dan Kong. Dalam pada itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ.
Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda makan bersama Kong di
Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di kafe, Waheeda sempat
melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya.
Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul.
Waheeda sedar sejak belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah mereka.
Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah
menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan
pandangan mata yang cukup berlainan yang mungkin menyebabkan Bazilah cemburu.
Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang benar. Dengan
alasan ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort.
Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang
agak berat yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya
masyarakat Singapura dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu,
Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long
Bawang dan Penan.
Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway
datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah
menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu
antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut
mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji
kecantikan Waheeda. Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid.
Melalui perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus
berbunga.
Bab 10 : Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo
Resort dengan tujuan untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari
Amerika. Datuk Yasser banyak membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar
hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan
asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid
menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka tinggal di sana kerana beberapa
isu negatif terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas
keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada
pengembangan perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo.
Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat
dalam lamunan Zahid.
Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda
didatangi oleh Zahid. Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya
Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana
Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan
dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka makan
bersama-sama pada malam itu.
Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang
pertemuannya dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang
bermakna.
Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk memberi
idea tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik
Miss Tourism Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu
memakai fesyen yang berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan
pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak.
Bab 11 : Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid.
Fatimah menceritakan bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada
Datuk Yasser, tuan punya Sri Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar
berita tersebut.
Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International
disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada
semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya
Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga
menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira
dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti. Manakala di Tajau
Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan dating
merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini
diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah
mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.
Bab 12 : Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti
melibatkan dirinya setelah digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus
sahaja menyarankan beberapa tugas yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk
acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan tugas yang diberi kepadanya. Sesekali
Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibuk mengurus hal
pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.
Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid
berasa bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan
Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan
mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke
Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih
belum berakhir. Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah
melalui telefon. Tetapi perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan
Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selesema.
Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik
panel Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih
berlarutan. Selepas bersin berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan hidungnya
runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk
mendapatkan rawatan.
Bab 13 : Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah
statistik pelancongan yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak
dan Asean. Dia gembira kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan
Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta. Datuk Yasser menyedari bahawa
keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak mengiklankan Sri
Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin Hazirah, isterinya
menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya
gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin
Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3
hari sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia
ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu
mengimbas kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan
Waheeda berubah hati.
Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi
majlis kenduri doa selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan
Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini
disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di SMC
untuk menerima rawatan.
Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan
untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah
kepada isterinya Raidah dan telah menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka
tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang
mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC kerana
proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu
komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.
Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa
Waheeda berada di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi
sudah selesai. Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda
dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila
Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin
menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami selesema
yang agak teruk. Zahid kembali tenang.
Bab 14 : Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju
emas. Rombongan daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak.
Suasana di tajau Emas sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang.
Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu
undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris, Jepun dan lain-lain lagi.
Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini
juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama muzik
tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi
50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab
kabur telah berjalan dengan jayanya. Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali
lafaz sahaja. Selepas acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-
dua pengantin diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis
perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum
di daerah Matang. Datuk Yasser akan mengadakan majlis sambutan yang serupa di
Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu
sungguh gembira
Bab 15 : Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah.
Banjaran Matang yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan
sentiasa kelihatan mengapung awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga
ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa
dia berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji pemandangan di
kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan
yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua
bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga
terkenang kehidupannya semasa berada di luar negara bersama beberapa wanita.
Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita.
Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta
dan kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi
tidak sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat. Dalam dua minggu
bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan Waheeda.
Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa
meniti di bibirnya.
Bab 16 : Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh
The Expert banyak member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu
Waheeda muncul secara tiba-tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur
tengah akan melawat Negara ini pada tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal
menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang datang ke Sarawak nanti.
Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan
Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya
sektor pelancongan. Kemudian dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam
sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada Nasuha Abdul rahim. NAR
merupakan rakan yang sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda
terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu. Sepanjang pagi
zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid menanti
isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama.
Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan
mereka banyak membuat aluan masing-masing.
Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah
dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu
berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari
Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan
suaminya, Zahid.
Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap
isterinya. Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik
masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap
malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk Yasser akur dengan
kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading
dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari.
Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Di
mana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa
dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.
Bab 17 : Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan
membayangkan dirinya seolah-olah manusia individualistik apabila enggan menerima
cadangan penggabungan Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin
membina empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke
Seri Gading untuk membantu.
Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya
biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-