The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazwanidhamirah, 2022-06-11 12:15:33

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 dan 5

4 Zon di Malaysia

usap atas blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan.
Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur
mendengar luahan rasa anaknya.

Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang
berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah hari,
Waheeda ke farmasi di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat
yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu
bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin stres, tumpuan
kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.

Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap
Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan
suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkit insiden di
Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC dahulu pun masih dalam
ingatan Waheeda.

Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama
suaminya. Waheeda sudah pun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal
malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan kenangan dalam kenangan
yang melingkari hidupnya. Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati
Waheeda supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah
faham bahawa keresahan dan sensitiviti hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.

Bab 18 : Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan

sejarah hidup kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda

bergurau tentang pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di

bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah

datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau

semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid

meminta diri untuk menyambung joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi

memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu
seperti Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.

Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya.

Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi.

Malam itu Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton

bola. Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan

Zahid terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa
itu, hati Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan
suaminya. Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu. Riadah, ibu
Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah
menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan
tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah
dengan laluan yang dihadapinya.

Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil,
Waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating
iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan
BRP bagi menyiasat kes seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda
berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid.
Nasuha terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut
Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani
Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.

Bab 19 : Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di

wad eksklusif Hospital Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu,

Waheeda menyatakan bahawa Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah,

ibu mentuanya dating menziarahinya dengan membawa jambangan bunga pemberian

Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung

konvensyen antarabangsa.

Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat

akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan

banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling

menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya.

Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan

tersebut.

Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang

bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego

Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian

DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut

Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA

setelah disampaikan oleh Nurjihan.

Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian
DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca
berulang kali demi untuk memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik tidurnya,
Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda.
Manakala rambut lebat seperti dengan. Hidungnya peset tidak sama dengan hidung
Waheeda dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap
Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda
berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik
tidurnya.

Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah
terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya
telah menenangkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk
menambahkan luka di hati Waheeda.

Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan
yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan
jiwa Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh
Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan
kaunseling.

Bab 20 : Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak

dengan Waheeda di PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais

menjelaskan kepada Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya

Pak Cik Aziz ke pusat rawatan tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz

telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan

rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo Resort dia telah

membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron Highlands.

Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan perusahaannya.

Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda,

Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di

Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula

dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda

telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap

suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan

cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat

daripada Dr. Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda
bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah
berubah dan tidak murung lagi. Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang
sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik
Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan
menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka
pada keesokan harinya.

Bab 21 : Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat

rindu akan cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang

pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz

menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana penyelewengan yang dilakukan

oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk membantu Pak

Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands setelah

pergi melihat sendiri esok. Urusan mengambil alih berlaku dan urusan dengan Bank

Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk

tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit

antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas

dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan

Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang

ahli perniagaan yang berjaya.

Bab 22 : Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang

disimpannya berpuluh tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah

anaknya dan Zahid. Dia membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan

gambar-gambar yang diambilnya semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus

berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan melihatkan wajahnya

tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya mancung. Namun

Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa paras

tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda

terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang

pintar. Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet

Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembang maju dan

dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima

oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung.
Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi
Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula
mendaftar di chalet itu.

Bab 23 : Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe

Iwani. Sambil menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid

menceritakan kisah hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas

isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung

serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya menceraikan isterinya.

Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula sekarang.

Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui

bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-bila masa

manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat

kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan

antara Zahid dan Aiman.

Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat

para pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka

menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati

berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua orang tetamu mereka yang

mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita tentang

Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani Lais

selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke kafe.

Zahid sempat bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan

senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada

Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar

tentang kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh

isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka berdua. Zahid

juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca

laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah ditimpa

kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor

mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar

terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan

Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort

ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter,
Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan
menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya.
Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan
terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan
Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.

Bab 24 : Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan

mata. Ingatannya terpaku kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat

fikirannya. Senyuman, wajah, bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada

wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya

kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang

enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu

anaknya atau bukan. Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada

pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana. Harapannya akan dapat melihat

wajah Izzati dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati

mengungkapkan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga

hari itu ialah anaknya yang selama ini dirindunya. Zahid juga ingin menemui

Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya

mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemuan

Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu

seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat

bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya

dan meminta ibunya memaafkan ayahnya.

Kebaikan

Pada pendapat saya, jalan cerita yang menarik untuk dibaca. Selain itu, novel
ini mengajarkan kita makna kesyukuran kerana sikap watak utama yang merupakan
seorang yang bersyukur. Seterusnya, saya berpendapat bahawa novel ini mempunyai
klimaks yang sangat menerujakan. Di samping itu, novel ini mempunyai pengakhiran
yang jelas dan menarik. Akhir sekali, novel ini banyak nilai murni yang boleh kita
ikuti.

Keburukan

Pada pendapat saya, ilustrasi pada muka hadapan kulit buku ini sangat
membosankan. Selain itu, pengarang telah mengetengahkan beberapa situasi yang
tidak mempunyai apa-apa isi. Di samping itu, jalan cerita kerap kali menyimpang dari
plot yang sepatutnya. Seterusnya, jalan cerita ini agak lambat. Akhir sekali, pengarang
menggunakan bahasa indonesia menyebabkan ada sesetengah pembaca tidak faham.

Cadangan Penambahhbaikan

Pada pendapat saya, ilustrasi pada muka hadapan kulit novel itu perlulah
ditukar. Selain itu, pengarang perlu lebih memfokuskan cerita dan menyesuaikannya
dengan konfliks utama cerita. Seterusnya, pengarang sepatutnya mengurangkan
situasi yang tidak memberi apa-apa makna. Di samping itu, pengarang perlulah
memperbaiki gaya penulisan supaya cerita berjalan tidak terlalu lambat atau terlalu
cepat. Akhir sekali, pengarang perlulah meletakkan terjemahan bahasa asing untuk
memudahkan pembaca.

(vi) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Pengenalan

Ia bukannya tentang mahu menggerakkan bintang-bintang di langit. Bintang-
bintang memang sedia ada di sana. Hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat
melihat. Pelik bukan?
Sedikit cahaya pula menutup deria mata. Begitu Tuhan mencipta deria manusia
dengan penuh keterbatasan agar manusia tidak leka dengan apa yang dapat dilihat
oleh deria.

Dapatkah Nurul Hafsa membawa bintang-bintang itu kembali ke Kuala
Selangor?

Biografi

Nama pengarang wanita ini wajar dimasukkan dalam Malaysia Book of
Records kerana dalam tempoh 12 tahun berkarya, beliau telah menghasilkan sembilan
buah novel dan kesemua novel tersebut memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan
Kategori Novel Remaja. Dua daripadanya, iaitu Bukan Legasi Lalang dan Bimasakti
Menari memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia Kategori Kesusasteraan Remaja
(Novel) bagi tahun 2000/2001 dan 2012.

Latar belakang pendidikannya bukan kesusasteraan Melayu sebaliknya
memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL daripada University of Otago, New
Zealand & Dunedin College of Education, New Zealand.

Sri Rahayu Mohd Yusop merupakan suatu nama yang sedang mekar dalam
jagat kesusasteraan Melayu. Minatnya kepada dunia penulisan berkait dengan
minatnya yang suka bercerita.

Sipnopsis Keseluruhan

Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini
mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan
Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj
Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap
namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing
dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan
masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan
pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku
pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang
berlaku di Kuala Selangor.

Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di
Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi
anak sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman
mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya
Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik
berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa
membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar,
ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.
Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan
untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.
Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor
Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu,
Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera
dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut
arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.

Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa
cuba menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala
Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat
bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan

Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa
orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua
Inspektor Lim.

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim
Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali
kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan
ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan
kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’
Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut,
Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik
menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang
tua Nurul Hafsa.

Sipnopsis Setiap Bab

Bab 1 :

Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui
hari pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin,
Kuala Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan
guru pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai
cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa
sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah
di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-
benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi
tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah
tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan
pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku
pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang
berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam
dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan
keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham
mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke

kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan
bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja
yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala
banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan
menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan
sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

Bab 2:

Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir
sebagai pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada
salah seorang Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik.
Muhammad Taufik berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap
pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham
yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut janji
yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya,
Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui
rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua
muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut
Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar
TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham
memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial
yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik
bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang,
ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.

Bab 3:

Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang
kebenaran kata-kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak
dapat melihat kelip-kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut
kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-
kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di
sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk

melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di
Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah.
Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan
dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya,
pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu
kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang
sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah
yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu
jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati
kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang
dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian yang
dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-
lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian
tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa
melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam
satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar
pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.

Bab 4:

Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti
yang diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama
ayah mereka, Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan
khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah
mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan
seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga
tahun yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang
ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu
peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu
tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala
Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di
kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu.
Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum

menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang
dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut
namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya
untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan
yang tidak terancang.

Bab 5:

Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu
kepulangan beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan
kampung tempat projek rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya
Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan
perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana
Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran bekas
isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat membuktikan kepada
bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak mereka.
Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila
dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan
khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya
Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu
pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan
pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah
bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.

Bab 6:

Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai
Atasan Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap
kecerahan langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul
Hafsa hanya dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana
Puan Foziah memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di
Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya terhadap
kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala
Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala

Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan
peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul
Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan
bimbang tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar
bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak
akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada terus berlaku.
Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman
bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki
tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat
kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta
hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun
Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang
lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang
dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.

Bab 7:

Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan
berhati-hati. Dia beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki
berpangkat bapa dan berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman.
Setelah mereka berdua sampai di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa
ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-kerja pertukangan yang
melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa
melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah yang
pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki
tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan
bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya
Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung
Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago.
Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang
memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan
bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak
sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar.
Semua ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung

Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi
enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan
paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya roda ferris yang
semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai
tersebut dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan
meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa
yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah
tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.

Bab 8:

Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang
sedang dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu
mengajak Budiman dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai
ciri-ciri berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan
Muhammad Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat
kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar
grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas
tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan
kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah
untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia
kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari
betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang
pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad
Taufik menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta
alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya
Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang tidak boleh dilalaikan dengan
emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan asal
mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa kembali kegelapan ke
Kuala Selangor.

Bab 9:

Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan
Sri Muhaimin untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor
satu kawasan simpan langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan
profisional dan untuk menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri
Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah membuka ruang kepada
mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri
Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama ini
merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan
Maryam.

Bab 10:

Muhammad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan
kemewahan ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu
didampingi oleh perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas
kemewahannya. Namun begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali
Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang
terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya.
Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan
Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang tentang pembentangan
tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi
memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan
mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik
kagun akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga
tatatertib perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa
mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan
populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan
mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang
terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik
mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan
Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh
hari.

Bab 11:

Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan
pendayung, bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa
Nurul Hafsa dan Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh
minit mendayung. Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah
pada skala dua. Sambil menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik
menerangkan kepada dua beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa
saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak
lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan
lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan
Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa bersetuju
dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan pencerapan data
populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.

BAB 12:

Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya
menggunakan pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan
pegawai daerah dan panel penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul
Hafsa memulakan pembentangan dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah
dia dan Muhammad Taufik selesai membuat pembentangan dan menjelaskan segala
kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala Selangor, mereka meminta
Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan Kuala Selangor sebagai kawasan
simpan langit gelap yang pertama di negara ini.

Bab 13:

Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama
Johann Arlington- Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar
terhadap idea projek Kawasan Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita
tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak dapat meneruskan penguasaan tender

membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya. Johann merupakan ahli
perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh lama Tan
Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri
Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik
akan membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri
besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.
Beliau meminta Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu
untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann
tetap berkeras dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.

Bab 14:

Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek
yang diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan
untuk memberi sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari
itu. Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin disisinya telah
membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada
Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan dan
hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis
penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap
buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar
mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa
terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam
mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat
melaksanakan projek tersebut.

Bab 15:

Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju
ke rumahnya sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah
berasa terancam. Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga
hari kebelakangan terdapat tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan.
Namun demikian, dia hairan walaupun tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi

lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya di sisi motosikal
Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi
mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya
dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik
dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu
walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka
meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada
mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam
keadaan stabil.

Bab 16:

Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk
melawat Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan
bapa Muhammad Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang
menimpa anak mereka. Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka
berdua dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat
subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar tentang
keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa
melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman.
Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia
bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, temannya
itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam
pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang
sebab dia tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.

Bab 17:

Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas
isterinya berada di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim
menasihati beliau agar memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa
anaknya merupakan kejadian jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis
menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad Taufik tidak bersetuju dan meminta
ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat

kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk membuktikan kegelapan
sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek kawasan Simpanan Langit
Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri Muhaimin
melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita
bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

Bab 18:

Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu
kerja mencerap populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka
terhadap Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut
dengan menggunakan peralatan pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri
Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak samun untuk balik ke
kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar
suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia
dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum
mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain
gelap.

Bab 19:

Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya
pulang ke Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang
hitam bermanik kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang
memintanya berada di stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya
bertambah bibang apabila melihat kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa.
Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin menghentikan kereta di stesen
petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan ingin ke tandas.
Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih seperti yang
tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam van
tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but
kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad
Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari

situasi tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-
apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.

Bab 20:

Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan
Muhammad Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa
berasa bertuah kerana tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini
sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika rancangan
tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan
mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan bantuan pemandu van
sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah membuat laporan
polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir
menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan
menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam
berita setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.

Bab 21:

Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik.
Dengan bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh
penculik tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan
kerana kabur. Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim
tentang pesanan ringkas yang dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya
menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita
tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan sensasi tersebut secara besar-
besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan telah membuat aduan
tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak jauh di
pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk
mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik
berjaya diselamatkan.

Bab 22:

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua
Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan
ringkas menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan
isteri ke pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan.
Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul
Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya
semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik
menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang
tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu
mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada
Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.

Kebaikan

Pada pendapat saya, watak utama menunjukkan sikap yang positif yang boleh
dihayati oleh pembaca. Selain itu, tema novel dan sipnopsis pada kulit buku yang
ringkas namun mampu menarik minat pembaca. Seterusnya, plot novel ini tersusun
dan mudah difahami pembaca. Di samping itu, jalan cerita boleh dikatakan menarik
dan sesuai untuk dibaca oleh semua kalangan umur. Akhir sekali, gaya penulisan yang
santai mampu membuat hati pembaca terpikat.

Keburukan

Pada pendapat saya, ilustrasi pada muka hadapan kulit novel agak
membosankan. Selain itu, terdapat beberapa situasi yang ditulis oleh pengarang dalam
keadaan tergantung. Di samping itu, watak utama yang bersifat berbuat seseuatu
perkara tanpa memikirkan akibatnya sangatlah tidak wajar untuk dicontohi.
Seterusnya, pengarang sepatutnya mengetengahkan lagi tentang cara pihak polis
mengatasi kes tersebut. Akhir sekali, terdapat beberapa nilai yang negatif telah
diketengahkan oleh pengaran seperti dendam yang tidak berkesudahan.

Cadangan Penambahbaikan

Pada pendapat saya, ilustrasi pada kulit buku perlulah ditukar kepada yang
lebih menonjol dan menarik perhatian. Selain itu, pengarang perlulah menulis dengan
lebiih mendalam untuk memberi imaginasi yang menarik kepada pembaca.
Seterusnya, pengarang perlulah mengkaji dengan lebih mendalam bagaimana pihak
polis menyelesaikan sesuatu kes supaya dapat dicerita dengan sampai kepada
pembaca. Di samping itu, pengarang perlulah membaiki bahagian dialog dengan lebih
menarik untuk dibaca. Akhir sekali, pengarang boleh memperbanyakkan lagi
pengajaran yang boleh dipelajari.

(vii) Silir Daksina karya Nizar Parman

Pengenalan

Lelaki bernama Abdullah Bin Kayan begitu misteri dalam hidupnya.
Sesungguhnya Haiqal tidak pernah bertemu, apatah lagi mengenali lelaki itu. Konflik
keluarga telah membawa kepada perceraian, lalu memisahkan Haiqal dengan ayah
kandungnya itu.

Sebuah manuskrip lama yang terbengkalai menyingkap rahsia yang sekian
lama terpendam. Haiqal membulatkan tekad walau sedar uminya pasti membantah.
Dia perlu ke kampung arwah ayahnya. Misteri Abdullah Bin Kayan perlu dirungkai.

Biografi

NIZAR Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada
31 Ogos 1973 di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah
Kebangsaan Seri Paya, Parit Raja, Batu Pahat, sementara peringkat menengahnya di
Sekolah Menengah Datuk Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1992.
Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau meneruskan pengajian di Maktab Perguruan
Kinta (MPKI), Jalan Dairy, Ipoh, Perak. Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah daripada Open
University of Malaysia.

Nizar Parman mula menulis pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI.
Beliau terdorong untuk menulis setelah membaca dan mengkaji karya yang ditulis
oleh Sasterawan Negara dan penulis tersohor tanah air semasa menuntut di sana.
Setiap minggu, beliau akan meminjam buku di perpustakaan.

Bermula dengan membaca karya hebat seperti Konserto Terakhir, Rimba
Harapan, Seorang Tua di Kaki Gunung, Daerah Zeni, dan Senjakala, beliau mula
terfikir, sampai bilakah harus membaca karya orang lain? Lantaran pertanyaan itu,
beliau mula memberanikan diri menulis puisi dan kemudiannya cerpen. Karyanya
berupa cerpen, puisi, dan rencana tersiar dalam pelbagai media, seperti Berita Harian,
Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Pelita Bahasa,
Mingguan Wanita dan URTV. Beliau juga menulis novel.

Isu dan tema yang ingin disampaikan dan menjadi keutamaan dalam karya
beliau ialah kisah kehidupan masyarakat di luar bandar dan marhaen. Baginya,
kelompok ini cukup penting untuk mengimbangi sosiobudaya masyarakat di negara
kita.

Seperti kebanyakan penulis, ketika berkarya, Nizar Parman memilih untuk
menulis dalam suasana yang cukup aman dan tenang. Lantaran itulah beliau memilih
waktu menulis pada larut malam, iaitu dari jam 12.00 tengah malam hingga dinihari.

Sipnopsis Keseluruhan
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia

hidup bersama ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip
lama yang didalamnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya. Dia teruja dengan
kandungan nmanuskrip itu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah
ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk
ke kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang
Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu. Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal
sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal
bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal kesepian
di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap anaknya.
Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya
melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup
seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan
untuk kesana. Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh
penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang
yang sangat disegani di sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai
arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-penduduk kampung di situ. Terdapat
sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang amat
mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya.
Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang
penting untuk memperkenalkan tarian zapin ini. Sebelum pulang, Haiqal ingin
kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin. Haiqal dan See Hwa
menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik tirinya turut
memberkikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur
apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.

Sipnopsis Setiap Bab
BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA

Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58
muka surat. Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah
Kayan, nama yang pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada
dalam alam Abdullah Kayan l Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6
tahun,,masih di sekolah tadika. Uminya membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa

ayahnya bukan walid Haiqal bertanya tentang ayahnya. Uminya memberitahu
ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiqal menyimpan tekad untuk
menncari ayahnya Abdullah Kayan.

BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN
Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu

Buruk. Kawan sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas
tamat SPM sebaliknya membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara
itu Haikal meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM.
Mereka berkawan baik. Haikal memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti
manuskrip ayahnya. lSambil mereka bersiar-siar di pantai, Haikal cuba menghayati
pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba ingin tahu punca perpisahan ayah
dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan
khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum
tahu tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee
Hwa beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.

BAB 3: SENASKAH MANUSKRIP LAMA
Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba

mengikut rentak tari penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling
belajar tarian zapin dan menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung
mereka. Aku menawarkan perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek
Bahasa Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah
apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling. Aku
menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa
lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual dengan
Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah
menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke
Lim datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar
setelah berhijrah dari kampung halamannya kerana semua harta peninggalan
mendiang bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim
seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang
digunakan untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar.
Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan membina

sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai
menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku.
Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya dalam
bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil
peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai
Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan
Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak
ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching
dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan
bateri… Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah ke
Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri
Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak
penting. Yang penting anak-nanaknya belajar dengan rajin. Aku mencadangkan agar
Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah dan ibunya
sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang- bayang Aiman di dalam
pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di
dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun
Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang
diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari subjek
Pendidikan Islam. Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai
Ling. Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai
Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling
kini , khuatir Ai Ling tidak selesa.

BAB 4: DESAKAN HATI
Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah

Kayan. Haikal bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan.
Hati Haikal melonjak-lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal
bimbang kerana tidak kenal akan sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal
berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu uminya sendiri., Rafiqah. Haikal
terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan suara
kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu. Dalam
kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal
memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa

cerita yang dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna
kebingungan apabila Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul.
Mereka tidak tahu makna Aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak
tahu sakit yang menimpa ayahnya. Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit
seorang diri. Haikal memberitahu Ratna, berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang
penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan antara Haikal dan
ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri.
Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya.
Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan pencapaiannya. Haikal mula
menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayannya.
Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah bagi
meluahkan perasaannya tentang ayahnya.

BAB 5: RINDU
Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang

dia ada bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya.
Haikal mula terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama.
Haikal mulai berkhayal tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan
membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup
bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi dan
walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak.
Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip
ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu
melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali
tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi
tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang
menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid
ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal
terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak
mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu kepada umi.

BAB 6: SATU KETETAPAN
Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna

menyokong keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul

antara Haiqal dan ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung
halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh
Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya pergi. Namun begitu,
Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak
dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan menyokong
keputusannya secara diam-diam.

BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH
Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia

dihantar dan ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal
menolak tawaran bapa tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia
menjadi mangsa kemarahan ibunya.

BAB 8: TIBA DI KAMPUNG
Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke

Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal
di sebuah warung kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu
Wak Min, Haiqal diminta menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan
menunjukkan rumah arwah ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan
kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke
rumah arwah ayahnya.

BAB 9: PERTEMUAN
Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah

menunggunya di halaman rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke
Ong dengan perasaannya yang gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam
kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke
pekan untuk makan tengah hari.

BAB 10: PUSARA
Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal

untuk memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut
untuk ke kubur ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi
rasa sebak mengenangkan arwah ayahnya.

BAB 11: SUASANA BAHARU
Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama

seminggu. Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang
ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal
tetap menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada
Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan ladang
kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong tetap mahukan Haiqal mempelajari
cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak mempelajari mengenai
kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil upah memotong buah
kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh seminggu di
Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya Nurul
Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut.
Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal
selalu diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing
ikan puyu bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat
melihat suasana kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-
kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada
malam minggu.

BAB 12: RAHSIA BALAI RAYA
Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat

melihat keadaan balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam
balai raya itu yang kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai
raya itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan
bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang
terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah ayahnya. Malah,
sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah
album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar
tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari
zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan
kumpulan zapin Seri Purnama.

BAB 13: SINAR HARAPAN

Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai
raya kampung Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama
oleh Pak Cik Bakar. Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan
Tauke Ong.

BAB 14: MENCARI KESERASIAN
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk

bersama-sama dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.

BAB 15: TETAMU ISTIMEWA
Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung

Seri Purnama masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.

BAB 16: BERMULALAH EPISOD
Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak

di Bumi Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah
apabila umi bersama dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri
Purnama untuk menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan
Haiqal mengenai Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna
telah bertunang dengan seorang usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dalam
perniagaannya.

Kebaikan
Pada pendapat saya, plot cerita ini tersusun dengan sangat kemas dan teratur.

Selain itu, pengarang menyampaikan penceritaan setiap watak dengan mendalam
membuatkan pembaca tidak mudah terkeliru. Seterusnya, pelbagai ilmu yang
diketengahkan oleh pengarang dalam novel ini. Di samping itu, saya berpendapat
bahawa novel ini disampaikan dalam unsur yang sangat positif. Akhir sekali, saya
berfikir bahawa ilustrasi pada kulit novel sangat menarik dan mampu menarik minat
awal pembaca.

Keburukan
Pada pendapat saya, sikap Rafiqah yang mementingkan diri sendiri amat

menyakitkan hati pembaca kerana sikapnya yang melarang Haiqal untuk mengenali

wajah ayahnya. Selain itu, kelemahan pengarang untuk memberikan pembaca sebuah
gambaran imaginasi yang jelas kepada pembaca perlu dibaik pulih. Seterusnya, saya
berfikir bahawa jalan cerita novel ini mempunyai kurang konflik yang boleh menarik
minat pembaca. Di samping itu, terdapat adegan yang tidak mempunyai apa-apa isi
atau lebih tepat sekadar bual-bual kosong. Akhir sekali, novel ini terlalu santai dan
membosankan sedikit kepada pembaca yang inginkan kelainan.

Cadangan Penambahbaikan
Pada pendapat saya, pengarang boleh menghuraikan lebih lanjut dalam sesuatu

situasi untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada pembaca. Selain itu, saya
berfikir bahawa novel ini perlulah dicetak menggunakan saiz yang lebih sederhana
besar dan menggunakan kulit buku keras untuk keselesaan pembaca. Seterusnya,
pengarang perlulah menambahkan kejutan dalam novel ini untuk mendebarkan
pembaca. Di samping itu, pengarang perlulah mengurangkan adegan yang kosong.
Akhir sekali, pengarang boleh menambah perasa pada bahagian pengakhiran cerita
untuk tidak mengecawakan pembaca.

Rujukan

1. Abdul Latip Talib . (2008) . Leftenan Adnan Wira Bangsa . PTS Publications &
Distributors Sdn Bhd .
2. Dayang Noor . (2012) . Di Sebalik Dinara . UTM & Utusan Publications .
3. Ruhaini Mat Darin . (2009) . Jendela Menghadap Jalan . Utusan Publications &
Distributions Sdn Bhd .
4. Azmah Nordin . (2014) . Pantai Kasih . Edisi Murid : Pekan Ilmu Publications Sdn.
Bhd. .
5. Khairuddin Ayip . (1993) . Songket Berbenang Emas . Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia .
6. Beb Sabariah . (2008) . Tirani . Dewan Bahasa dan Pustaka .
7. Sri Rahayu Mohd Yusop . (2011) . Bimasakti Menari . Utusan Publications &
Distributions Sdn Bhd .
8. Nizar Parman . (2010). Silir Daksina . Utusan Publications & Distributions Sdn
Bhd .
9. http://komsas4.blogspot.com/2018/01/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa.html
10. https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-di-sebalik-dinara-komsas.html
11. https://www.ipendidikan.my/novel-pantai-kasih.html
12. https://www.bumigemilang.com/novel-songket-berbenang-emas-k6-komsas-
tingkatan-5/
13. http://cikgusyahiza.blogspot.com/2019/01/sinopsis-keseluruhan-novel-tirani.html
14. https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-bima-sakti-menari-komsas.html
15. https://guruselamanya.wordpress.com/2020/02/23/novel-silir-daksina-sinopsis-
mengikut-bab/


Click to View FlipBook Version