SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
MULAI TAHUN 2021
BIOLOGI
(KOD: 4551)
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
Diterbitkan oleh:
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
© Lembaga Peperiksaan 2020
Cetakan Pertama 2020
Hak Cipta Terpelihara.
Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana bahagian dalam buku
Sijil Pelajaran Malaysia: Format Pentaksiran Mulai Tahun 2021
ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula, disimpan dalam cara
yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dan
dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal,
rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada:
Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
KATA PENGANTAR
Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah dipertanggungjawabkan
untuk menggubal dasar-dasar pentaksiran, peperiksaan dan pengujian pendidikan
berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum. Sehubungan dengan itu,
perekaan bentuk format pentaksiran baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan oleh
LP sebaik sahaja Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima mulai tahun 2020. Perekaan bentuk
tersebut dilaksanakan dalam lima fasa utama iaitu pengkonsepsian, penentuan instrumen,
pembinaan instrumen, kajian kesesuaian instrumen dan pemurnian serta penyediaan dokumen
pentaksiran. Hal yang demikian bertujuan untuk memastikan agar kualiti pentaksiran dan
peperiksaan kebangsaan mempunyai suatu standard atau piawai. Perekaan bentuk ini
melibatkan semua mata pelajaran, termasuklah mata pelajaran Biologi yang merupakan
mata pelajaran elektif pada peringkat SPM.
Dalam perekaan bentuk format pentaksiran, aspek penjajaran dengan kurikulum
kebangsaan sangat diberikan keutamaan. Oleh sebab itu, format pentaksiran direka bentuk
berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan kurikulum standard seperti terkandung
dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Prinsip-prinsip asas
pentaksiran terutama aspek kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan dan penjaminan
kualiti juga amat dititikberatkan. Pentaksiran turut memberikan fokus khusus kepada pencapaian
objektif mata pelajaran dan aspek-aspek yang ditaksir, iaitu bidang pengetahuan, kemahiran
dan nilai di samping memastikan keseluruhan pentaksiran mempunyai kerelevanan
dan kecukupcakupan dari aspek standard kandungan dan standard pembelajaran. Melalui
perekaan bentuk, LP berjaya menghasilkan format pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut.
Format pentaksiran ini telah diluluskan pada 4 November 2020 oleh
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan (MJKK) Bil.2/2020 dan digunakan sepenuhnya
dalam SPM mulai tahun 2021.
Buku format pentaksiran ini diterbitkan dengan hasrat untuk mendekatkan
pentaksiran dengan masyarakat, terutama semua guru, ibu bapa, murid dan calon peperiksaan.
Harapan LP agar semua maklumat yang terkandung dalam buku ini dapat memberikan huraian
yang jelas tentang perkara, cara dan bentuk pentaksiran dapat dilaksanakan. Usaha murni ini
sangat penting untuk memberikan keadilan kepada semua calon yang menduduki peperiksaan dan
menjaga kewibawaan institusi LP. LP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam perekaan bentuk dan penghasilan
format pentaksiran ini. Semoga pelaksanaan format pentaksiran ini akan dapat mencapai hasrat
dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan serta mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
DATO’ HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI
Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
ISI KANDUNGAN 4
4
1.0 Pengenalan 6
2.0 Asas Pertimbangan Dalam Pentaksiran 6
3.0 Punca Kuasa 7
4.0 Matlamat Mata Pelajaran 7
5.0 Objektif Mata Pelajaran (OM) 8
6.0 Objektif Pentaksiran (OP) 10
7.0 Elemen dan Aspek Yang Ditaksir 10
8.0 Aras Kesukaran Item 12
9.0 Format Pentaksiran 13
10.0 Contoh Item 17
11.0 Lampiran 1 30
12.0 Lampiran 2 73
1 .0 Lampiran
1 .0 Senarai Kod Elemen, Elemen, Penerangan Elemen, Kod
Aspek, Aspek, Penerangan Aspek Dan Kriteria Aspek
Bagi Mata Pelajaran Biologi
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 3
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
1.0 PENGENALAN
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat
mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang
telah dilaksanakan sejak tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk
format pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Seterusnya, perekaan
bentuk format pentaksiran menjadi asas kepada pembinaan instrumen pentaksiran.
2.0 ASAS PERTIMBANGAN DALAM PENTAKSIRAN
Beberapa prinsip yang menjadi asas pertimbangan dalam proses perekaan bentuk format
pentaksiran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah:
2.1 KESAHAN
Kesahan merujuk ciri ujian dan melibatkan dua perkara, iaitu kerelevanan dan
kecukupcakupan. Perekaan bentuk instrumen pentaksiran ini telah
memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan
objektif mata pelajaran. Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan
kurikulum standard dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi
kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Kandungan instrumen
pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
diperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan
oleh kurikulum standard.
2.2 KEBOLEHPERCAYAAN
Kebolehpercayaan merujuk ciri skor ujian dan melibatkan dua perkara iaitu
ketekalan dan ketepatan. Di peringkat pembinaan, satu spesifikasi ujian direka
bentuk bagi setiap instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaian. Hal ini adalah
untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan ketekalan instrumen pentaksiran
yang dihasilkan setiap tahun. Analisis data peperiksaan juga dapat menunjukkan
tahap kebolehpercayaan sesuatu instrumen pengukuran.
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 4
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
2.3 KEOBJEKTIFAN
Keobjektifan merujuk kejelasan fungsi setiap instrumen yang dibina. Setiap
instrumen pentaksiran dibina dengan tujuan khusus mengikut spesifikasi ujian
tertentu. Jadual Spesifikasi Ujian berfungsi mengawal kefungsian instrumen yang
dibina. Setiap pembina harus jelas dengan kehendak setiap instrumen pentaksiran
yang dibina. Antaranya, konstruk yang ditaksir dan inferens boleh dibuat daripada
skor yang akan diperoleh.
Dalam item berbentuk subjektif, keobjektifan juga merujuk ketepatan seseorang
pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau ketepatan seseorang pentaksir
memberikan skor calon. Dalam konteks ini, ciri keobjektifan pemberian markah
atau skor boleh dipertingkatkan dengan menyediakan skema penskoran yang
objektif serta markah atau skor yang diselaraskan melalui mesyuarat
penyelarasan. Hal ini dapat mengurangkan perselisihan dalam pemberian markah
atau skor dalam kalangan pemeriksa atau pentaksir bagi menjamin
kebolehpercayaan skor.
2.4 KEBOLEHTADBIRAN
Kebolehtadbiran merujuk kebolehlaksanaan sesuatu program pentaksiran dari segi
kos, masa dan personel sama ada program berpusat atau pentaksiran berasaskan
sekolah.
2.5 KEMUDAHTAFSIRAN
Kemudahtafsiran merujuk keupayaan skor daripada proses pentaksiran dalam
memberikan maklumat tentang seseorang murid dalam perkara yang ditaksir.
Skor yang baik berupaya untuk mendiskriminasikan murid yang mempunyai
kepelbagaian keupayaan. Di samping itu, kemudahtafsiran dapat memberi sebab
serta tujuan sesuatu ujian dan pentaksiran itu diadakan.
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 5
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
2.6 KEKOMPREHENSIFAN
Kekomprehensifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk sejauh mana sesuatu
ujian itu mengandungi item yang mewakili semua objektif yang penting dalam
kurikulum. Jelasnya, prinsip-prinsip pentaksiran yang dinyatakan itu merupakan
landasan penting dalam menjalankan pentaksiran. Justeru, mereka yang terlibat
dengan proses pentaksiran dalam pendidikan sewajarnya akur prinsip-prinsip
pentaksiran yang telah ditetapkan itu agar matlamat dan objektif pentaksiran dapat
dicapai dengan jayanya.
3.0 PUNCA KUASA
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan format
pentaksiran bagi mata pelajaran Biologi mulai tahun 2021. Format tersebut telah
dibentangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat JawatankuasaKurikulum Kebangsaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Bil. 2/2020 pada 4 November 2020.
4.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN
KSSM Biologi bermatlamat untuk menghasilkan murid berliterasi sains dengan
memberi pengalaman pembelajaran dalam proses memahami konsep biologi,
membangunkan kemahiran, menggunakan pelbagai strategi dan mengaplikasikan
pengetahuan biologi berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni serta memahami
kesan perkembangan sains dan teknologi dalam masyarakat. Di samping itu, murid
boleh berkomunikasi dan membuat keputusan berdasarkan bukti saintifik, serta
menyediakan mereka untuk meneruskan pendidikan lanjutan dan kerjaya dalam bidang
STEM.
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 6
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
5.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM) Dokumen Standard
Berdasarkan Objektif Mata Pelajaran Biologi,
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) membolehkan murid:
OM1 : Mengukuhkan minat dan kecenderungan dalam biologi;
OM2 : Membangunkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap saintifik dalam
biologi melalui penyiasatan saintifik;
OM3 : Meningkatkan keupayaan untuk berfikir secara logik, rasional, kritis dan
kreatif melalui proses pemahaman dan pengaplikasian biologi dalam
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah;
OM4 : Mengenali bahasa biologi dan melengkapkan murid dengan kemahiran
dalam menyampaikan idea-idea biologi dalam konteks yang berkaitan;
OM5 : Menerima dan mengakui sifat evolusi dan / atau sifat sementara pengetahuan
biologi;
OM6 : Membangunkan minda berfikiran terbuka, objektif dan proaktif;
OM7 : Menyedari implikasi sosial, ekonomi, alam sekitar dan teknologi biologi, dan
prihatin terhadap alam sekitar dan masyarakat; dan
OM8 : Menghargai dan mengaplikasi pengetahuan biologi dalam membantu
menjelaskan fenomena alam dan menyelesaikan masalah sebenar dalam
dunia yang sentiasa berubah.
6.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN (OP)
Berdasarkan Objektif mata pelajaran Biologi, kurikulum Biologi membolehkan
pelajar melakukan perkara OM1 hingga OM8. Objektif Pentaksiran dikenal pasti
berdasarkan objektif mata pelajaran. Konstruk (perkara yang hendak ditaksir)
dalam mata pelajaran SBiologiialah
OP1 : Kebolehan mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni serta
mempamerkan pengetahuan dan kemahiran melalui penyiasatan saintifik;
OP2 : Kebolehan mengingat kembali pengetahuan biologi;
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 7
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
OP3 : Kebolehan menjelaskan pengetahuan biologi untuk menyampaikan idea-idea
dalam konteks yang berkaitan;
OP4 : Kebolehan mengaplikasi pengetahuan biologi untuk menjelaskan kejadian
atau fenomena alam secara kritis dan kreatif;
OP5 : Kebolehan menganalisis pengetahuan biologi mengenai kejadian atau
fenomena alam secara objektif;
OP6 : Kebolehan menilai maklumat dengan menggunakan pengetahuan biologi dan
membuat keputusan secara objektif serta berfikiran terbuka; dan
OP7 : Kebolehan mencipta dengan menggabungkan komponen-komponen untuk
menghasilkan keseluruhan idea atau sesuatu yang baharu dan kreatif
menggunakan pengetahuan biologi
7.0 ELEMEN DAN ASPEK YANG DITAKSIR
7.1 Elemen yang ditaksir dalam mata pelajaran ini ialah:
Elemen 1 : Kemahiran Proses Sains [SB01]
Elemen 2 : Kemahiran Manipulatif [SB02]
Elemen 3 : Sikap Saintifik dan Nilai Murni [SB03]
Elemen 4 : Mengingat [PB01]
Elemen 5 : Memahami [KB01]
Elemen 6 : Mengaplikasi [KB02]
Elemen 7 : Menganalisis [KB03]
Elemen 8 : Menilai [KB04]
Elemen 9 : Mencipta [KB05]
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 8
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
7.2 Senarai Elemen / Konstruk dan Aspek yang Ditaksir
KOD ELEMEN KOD ASPEK
ELEMEN ASPEK Memerhati
SB 0101 Mengelas
SB01 Kemahiran SB 0102 Mengukur dan Menggunakan Nombor
Proses Sains SB 0103 Membuat Inferens
SB 0104 Meramal
SB02 Kemahiran SB 0105 Berkomunikasi
Manipulatif SB 0106 Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa
SB 0107 Mentafsir Data
SB 0108 Mendefinisi Secara Operasi
SB 0109 Mengawal Pemboleh Ubah
SB 0110 Membuat Hipotesis
SB 0111 Mengeksperimen
SB 0112 Menggunakan dan Mengendalikan Peralatan Sains
dan Bahan
SB 0201 Mengendalikan Spesimen
Melakar Spesimen, Bahan dan Peralatan Sains
SB0202 Membersihkan Peralatan Sains
SB 0203 Menyimpan Peralatan Sains dan Bahan
SB 0204
SB 0205
SB03 Sikap Saintifik SB 0101 Mengamalkan Sikap Saintifik dan Nilai Murni
dan Nilai Murni
PB01 Mengingat PB 0101 Perkara khusus atau spesifik
Pengetahuan tentang cara mengendalikan perkara
KB01 Memahami PB0102 khusus atau spesifik
Pengetahuan tentang perkara universal dan abstrak
KB02 Mengaplikasi PB 0103 Penterjemahan
KB 0101
KB03 Menganalisis KB 0102 Pentafsiran
KB 0103
KB04 Menilai KB 0104 Ekstrapolasi
KB05 Mencipta KB 0201
KB 0202 Pemahaman tentang perkara universal dan abstrak
KB 0301
KB0302 Aplikasi pengetahuan Sains Tambahan
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif
Analisis unsur-unsur
Analisis Perkaitan
KB 401 Menilai berdasarkan evidens dalaman
KB 0501 Menyelesaikan masalah dengan idea baharu
KB 0502 Mencipta produk atau idea baharu
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 9
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
8.0 ARAS KESUKARAN ITEM
Item yang dibina mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan, iaitu sama ada aras
kesukaran rendah (R), sederhana (S) atau tinggi (T).
8.1 Aras R
Item yang mempunyai aras kesukaran rendah, boleh dijawab betul oleh
lebih 60% calon (sebahagian besar calon).
8.2 Aras S
Item yang mempunyai aras kesukaran sederhana, boleh dijawab betul oleh 40%
hingga 60% calon.
8.3 Aras T
Item yang mempunyai aras kesukaran tinggi, boleh dijawab betul oleh kurang
40% calon (sebahagian kecil calon).
9.0 FORMAT PENTAKSIRAN
Pentaksiran mata pelajaran Biologi menggunakan tiga instrumen iaitu;
9.1 4551/1 – Biologi Kertas 1 (Objektif)
9.2 4551/2 – Biologi Kertas 2 (Subjektif)
9.3 4551/3 – Biologi Kertas 3 (Ujian Amali)
Format pentaksiran ini ditunjukkan pada halaman 11.
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 10
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM MULAI
TAHUN 2021 MATA PELAJARAN %,2/2*, (45 1)
Bil. Perkara Kertas 1 Kertas 2 Kertas 3
1 Jenis instrumen (45 1/1) (45 /2) (45 1/3)
Ujian Bertulis Ujian Amali
,WHP 2EMHNWLI • Subjektif Berstruktur ,WHP VXEMHNWLI
$QHND SLOLKDQ
2 Jenis item $QHND JDEXQJDQ • Subjektif Respon Terhad ,WHP EHUVWUXNWXU
• Subjektif Respon Terbuka
Bahagian A: (60 markah)
• 8 item
(Jawab semua soalan)
3 Bilangan soalan 40 soalan (40 markah) Bahagian B: (20 markah) • LWHP
(Jawab semua soalan) • 2 item -DZDE PHQJLNXW VXEMHN
\DQJ GLGDIWDU
(Jawab satu soalan)
Bahagian C: (20 markah)
• 1 item
4 Jumlah Markah 40 markah 100 markah PDUNDK VHWLDS LWHP
5 Konstruk • Mengingat • Mengingat • Kemahiran Proses
• Memahami • Memahami Sains
• Mengaplikasi • Mengaplikasi
• Menganalisis • Menganalisis
• Menilai
• Mencipta
6 Tempoh Ujian 1 jam 15 minit 2 jam 30 minit • Sesi merancang :
5 minit setiap item
• Masa menjawab :
40 minit setiap item
7 Cakupan Standard kandungan dan standard pembelajaran dalam
Konstruk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM
(Tingkatan 4 dan Tingkatan 5)
8 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi
5:3:2
9 Kaedah Dikotomus Analitik
Penskoran
10 Alatan Kalkulator saintifik
Tambahan
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 11
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
10.0 CONTOH ITEM
10.1 Contoh item ialah contoh-contoh item yang telah disediakan untuk memberikan
idea kepada pengguna tentang kepelbagaian konstruk, konteks dan aras yang
ditaburkan pada keseluruhan kertas peperiksaan berdasarkan piawaian
spesifikasi ujian. Rujuk Lampiran 1, 2 dan 3.
10.2 Pembinaan instrumen bagi setiap tahun berdasarkan satu spesifikasi ujian
yang piawai. Wajaran konstruk dan aras kesukaran mengikut spesifikasi
ujian tersebut tetapi boleh diukur pada konteks yang berbeza.
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 12
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
LAMPIRAN 1
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
MULAI TAHUN 2021
BIOLOGI
(4551)
CONTOH ITEM
4551/1 - BIOLOGI KERTAS 1
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 13
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
1 Rajah 2 menunjukkan keadaan sel darah merah selepas mengalami proses X.
Diagram 2 shows the condition of red blood cells after undergoing process X.
Rajah 2
Diagram 2
Apakah fenomena yang menyebabkan proses X ?
What is the phenomenon that causes process X ?
A Krenasi
Crenation
B Plasmolisis
Plasmolysis
C Hemolisis
Haemolysis
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 14
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
2 Rajah 8 menunjukkan dua kelas makanan.
Diagram 8 shows two classes of food.
Rajah 8
Diagram 8
Antara bahagian berlabel A, B, C dan D, yang manakah mencernakan kedua-dua
kelas makanan tersebut?
Which of the following part labelled A, B, C or D digests both classes of the food?
A
A
B
C
DB
C
D
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 15
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
3 Rajah 12 menunjukkan satu proses yang berlaku di nefron yan menghasilkan cecair X.
Diagram 12 shows a process which occurs in a nephron that produces fluid X.
Fluid X
Cecair X
Rajah 12
Diagram 12
Antara berikut, yang manakah bahan-bahan yang terdapat dalam X?
Which of the following substances are found in X?
I Glukosa
Glucose
II Asid amino
Amino acid
III Eritrosit
Erythrocytes
IV Protein plasma
Plasma proteins
A I dan II
I and II
B II dan III
II and III
C III dan IV
III and IV
D I dan IV
I and IV
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 16
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
LAMPIRAN 2
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
MULAI TAHUN 2021
BIOLOGI
(4551)
CONTOH ITEM
4551/2 - BIOLOGI KERTAS 2
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 17
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
Bahagian A
Section A
For
Examiner’s
Use
1 Rajah 7 menunjukkan fetus manusia dalam uterus ibunya.
Diagram 7 shows a human foetus in his mother’s uterus.
R
S
Fetus
Foetus
Dinding uterus
Uterine wall
1(a) Rajah 7
Diagram 7
2
(a) Namakan struktur berlabel R dan S.
Name the structures labelled R and S.
R : ...................................................................................................................
S : .....................................................................................................................
[2 markah]
[2 marks]
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 18
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
(b) Nyatakan fungsi arteri di S. 1(b)
State the function of the artery in S
..................................................................................................................................
.................................................................................................................................. 2
[1 markah]
[1 mark]
(c)
Fetus tidak berupaya melindungi dirinya dari jangkitan penyakit
A foetus is unable to defend himself from infection
Bagaimanakah struktur R terlibat dalam mekanisme pertahanan badan fetus?
Berikan sebab.
How structure R is involved in the body defence mechanism of the foetus?
Give reasons.
................................................................................................................................ 1(c)
................................................................................................................................ 2
……………………………………………………………………………………………..
[3 markah]
[3 marks]
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 19
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
For (d) Wajarkan mengapa fetus mempun(yba)i sistem peredaran darah yang berasingan
Examiner’s daripada ibunya.
Justify why the foetus has a separate blood circulatory system from his mother.
Use
1(d) .............................................................................................................................
3 .............................................................................................................................
.............................................................................................................................
………………………………………………………………………………….............
[3 markah]
[3 marks]
Jumlah 20
A1
9
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
2 Rajah 8.1 menunjukkan kacukan antara satu pokok kacang pea berbiji bulat dan kuning For
dengan satu pokok kacang pea berbiji kedut dan hijau. Semua anak generasi F1 yang Examiner’s
terhasil adalah berbiji bulat dan kuning.
Use
Diagram 8.1 shows the cross of a round and yellow seeded pea plant with a wrinkled
and green seeded pea plant. All of the offsprings in the F1 generation produce round
and yellow seeds.
Induk : X
Parents
Biji berkedut dan hijau
Fenotip : Biji bulat dan kuning Wrinkled and green seed
Round and yellow seed
Phenotype
Genotip : RRYY rryy
Genotype
Generasi F1 :
F1 generations
Fenotip F1: Biji bulat dan kuning
F1 phenotype Round and yellow seed
Kekunci:
Key
R : Mewakili alel bagi biji bulat
Represents allele for round seed
r : Mewakili alel bagi biji berkedut
Represents allele for wrinkled seed
Y : Mewakili alel bagi kuning
Represents allele for yellow seed
y : Mewakili alel bagi biji hijau
Represents allele for green seed
Rajah 8.1
Diagaram 8.1
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 21
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
For (a) Satu daripada anak generasi F1 dalam Rajah 8.1 dilabelkan sebagai J.
Examiner’s dikacukkan dengan pokok kacang pea K bergenotip RRyy.
Use One of the offsprings in F1 generation in Diagram 8.1 is labelled as J.
J is crossed with pea plant K that has the genotype of RRyy.
Induk : Jx K
Parents
........................ RRyy
Genotip :
Genotype RY Ry rY ry .........
Gamet :
Gametes
Anak : RRYy RRyy ........................ ........................
Offsprings L
2(a)(i) Rajah 8.2
Diagram 8.2
3
(i) Lengkapkan rajah skema pewarisan dalam Rajah 8.2
2(a)(ii) Complete the schematic genetic diagram in Diagram 8.2.
2 [3 markah]
[3 marks]
(ii) Terangkan bagaimana anak L mewarisi trait berbiji bulat dan
kuning .
Explain how offspring L inherits the round and yellow seed traits
.........................................................................................................................
.........................................................................................................................
.........................................................................................................................
[2 markah]
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 22
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
(b) Rajah 8.3 menunjukkan satu contoh lain bagi kacukan pewarisan. For
Diagram 8.3 shows another example of a genetic cross Examiner’s
Use
Induk : Pokok tinggi X Pokok rendah
Parents : Tall tree Short tree
Anak : Pokok tinggi
Offsprings: Tall tree
Rajah 8.3
Diagram 8.3
State the differences between this genetic cross in Diagram 8.3 with the cross
shown in Diagram 8.1.
Nyatakan perbezaan antara kacukan pewarisan dalam Rajah 8.3 dengan kacukan
yang ditunjukkan dalam Rajah 8.1.
Rajah 8.1 Rajah 8.3
Diagram 8.1 Diagram 8.3
[2 markah] 2(b)
[2 marks] 2
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 23
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
For (c) Berikut adalah fenotip dan genotip pokok kacang pea X.
Examiner’s The following are the phenotype and the genotype of pea plant X.
Use
Fenotip : Tinggi dan bunga putih
Phenotype : Tall and white flower
Genotip : Ttbb
Genotype : Ttbb
2(c) Pokok kacang pea X dikacukkan dengan pokok kacang pea Y. Kenal pasti genotip
2 pokok kacang pea Y supaya kacukan akan menghasilkan semua anak yang
mempunyai fenotip tinggi dan bunga putih.
Terangkan jawapan anda
Pea plant X is crossed with pea plant Y. Identify the genotype of pea plant Y so
that the cross will produce all offsprings with the phenotype of tall and white
flower.
Explain your suggestion.
.
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
[2 markah]
[2 marks]
Jumlah 24
A2
9
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
Bahagian B
Section B
3 (a) Rajah 9.1 menunjukkan kitar sel suatu organisma.
Diagram 9 . 1 shows a cell cycle of an organism.
Interfasa
Interphase 1
G1
Y S
G2
Fasa mitosis
Mitotic phase Rajah 9.1
Diagram 9.1
Terangkan proses Y dalam sel tumbuhan.
Explain the process Y in plant cell.
[2 markah]
[2 marks]
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 25
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
(b) (i) Seorang peladang mahu menghasilkan pokok pisang dalam
jumlah yang banyak dalam masa yang singkat untuk tujuan
komersial.
Huraikan teknik tersebut.
A farmer wants to produce a large number of banana plants in a
short time for a commercial purposes.
Describe the technique.
[4 markah]
[4 marks]
(ii) Terangkan kelebihan teknik tersebut.
Explain the advantage of the technique.
[4 markah]
[4 marks]
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 26
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
(c) Rajah 9.2 menunjukkan dua jenis pembahagian sel, P dan Q.
Diagram 9.2 shows two types of cell division, P and Q
PQ
Rajah 9.2
Diagram 9.2
Terangkan perbezaan antara pembahagian sel P dan pembahagian sel Q.
Explain the differences between cell division P and Q.
[10 markah]
[10 marks]
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 27
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
Bahagian C
Section C
4 (a) Rajah 11.1 menunjukkan tumbuhan kekacang yang ditanam di antara anak-anak
pokok getah untuk membantu pertumbuhan pokok-pokok getah itu.
Diagram 11.1 shows leguminous plants which are planted in between young
rubber trees to assist the growth of rubber trees.
Pokok getah
Rubber tree
Tumbuhan
kekacang
Leguminious
plant
Tanah
Soil
Nodul akar
Root nodul
Rajah 11.1
Diagram 11.1
(i) Bincangkan bagaimana tumbuhan kekacang membantu pertumbuhan anak-anak
pokok getah itu.
Discuss how the leguminous plants assist the growth of the young rubber trees
[5 markah]
[5 marks]
(ii) Peladang tersebut mendapati bilangan tikus semakin bertambah di ladang
kepunyaannya.
Cadangkan satu kaedah bagaimana peladang itu dapat mengawal populasi tikus
tanpa menggunakan racun perosak. Terangkan bagaimana kaedah itu berfungsi.
The farmer found that the number of mice increases in his estate.
Suggest a method how he can control the population of mice without the use of
pesticides. Explain how the method works.
[7 markah]
[7 marks]
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 28
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
(b) Di kebanyakan negara membangun, aktiviti pertanian telah berubah kepada aktiviti
perindustrian bagi membantu pertumbuhan ekonomi negara tersebut. Perubahan
aktiviti ini menyumbang kepada peningkatan pembebasan karbon dioksida.
In most developing countries, agricultural activities have been changed to
industrial activities to assist their economic growth. This change leads to the
increase in the carbon dioxide released.
Rajah 11.2 menunjukkan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera yang
meningkat sejak tahun 1750. Situasi ini adalah penyebab utama pemanasan global.
Diagram 11.2 shows the concentration of carbon dioxide in the atmosphere which
is increasing since 1750. This situation is the main cause of global warming.
Kepekatan
karbon dioksida (ppm)
Concentration of
carbon dioxide (ppm)
Masa (tahun)
Time (year)
Rajah 11.2
Diagram 11.2
(i) Terangkan bagaimana aktiviti perindustrian menyebabkan pemanasan global.
Explain how industrial activities lead to global warming.
[3 markah]
[3 marks]
(ii) Cadangkan cara-cara yang perlu diambil untuk mengimbangi kepekatan karbon
dioksida dalam atmosfera.
Suggest ways should be taken to balance the concentration of carbon dioxide in
the atmosphere.
[5 markah]
[5 marks]
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 29
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
LAMPIRAN 3
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
MULAI TAHUN 2021
CONTOH SENARAI AWAL,
SENARAI AKHIR, ARAHAN
PERSEDIAAN & INSTRUMEN
KERTAS 3
4531/3 - FIZIK
4541/3 - KIMIA
4551/3 - BIOLOGI
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 30
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
SENARAI AWAL UJIAN AMALI
(Untuk kegunaan Penyelia Mata Pelajaran sahaja)
Senarai Awal Ujian Amali ini mengandungi senarai bahan dan radas yang diperlukan bagi
Ujian Amali mata pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi. Perhatian sepenuhya hendaklah
diambil supaya maklumat dalam Senarai Awal Ujian Amali ini tidak sampai kepada calon
sama ada secara langsung atau sebaliknya. Sebarang maklumat dalam Senarai Awal Ujian
Amali ini tidak boleh disalin dalam apa jua bentuk penulisan atau percetakan.
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 31
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
SENARAI AWAL
FIRST LIST
SENARAI RADAS DAN BAHAN
APPARATUS AND MATERIALS
JUMLAH KESELURUHAN RADAS DAN BAHAN YANG
DIPERLUKAN BAGI 20 CALON PER SIDANG
TOTAL APPARATUS AND MATERIALS
NEEDED FOR 20 CANDIDATES PER SESSION
JUMLAH MAKSIMUM SIDANG IALAH 3
THE MAXIMUM NUMBER OF SESSION IS 3
Bil. Radas dan bahan Kuantiti
No. Apparatus and material Quantity
1 unit per calon per sidang
1 Buret 1 unit per candidate per session
Burette
3 unit per calon per sidang
2 Bikar 100 cm3 3 units per candidate per session
100 cm3 beaker
1 unit per calon per sidang
3 Bikar 150 cm3 1 unit per candidate per session
150 cm3 beaker
1 unit per calon per sidang
4 Bikar 250 cm3 1 unit per candidate per session
250 cm3 beaker
3 unit per calon per sidang
5 Pita magnesium 3 cm 3 units per candidate per session
Magnesium ribbon 3 cm
1 botol per calon per sidang
6 Botol berisi air suling 1 bottle per candidate per session
Wash bottle filled with distilled water
4.0 cm3 per calon per sidang
7 Asid sulfurik, H2SO4 pekat 4.0 cm3 per candidate per session
Concentrated sulphuric acid, H2SO4 120 cm3 per calon per sidang
120 cm3 per candidate per session
8 Asid hidroklorik 2.0 mol dm-3 120 cm3 per calon per sidang
2.0 mol dm-3hydrochloric acid 120 cm3 per candidate per session
1 unit per calon per sidang
9 Asid sulfurik 2.0 mol dm-3 1 unit per candidate per session
2.0 mol dm-3 Sulphuric acid
1 unit per calon per sidang
10 Pembaris setengah meter 1 unit per candidate per session
Half metre rule
1 unit per calon per sidang
11 Kaki retort 1 unit per candidate per session
Retort stand
1 unit per calon per sidang
12 Botol air mineral 500 ml 1 unit per candidate per session
500 ml mineral water bottle
13 Silinder penyukat 25 cm3
25 cm3 measuring cylinder
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 32
14 Silinder penyukat 100 cm3 FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
100 cm3measuring cylinder
1 unit per calon per sidang
15 Larutan natrium hidroksida 1 unit per candidate per session
Sodium hydroxide solution
100 cm3 per calon per sidang
16 150 cm3 kelalang kon 100 cm3 per candidate per session
Conical flask 150 cm3 5 units per calon per sidang
5 unit per candidate per session
17 Jarum (5-6 cm)
Needle (5-6 cm) 1 unit per calon per sidang
1 unit per candidate per session
18 Benang 50 cm
Thread 50 cm 1 unit per calon per sidang
1 unit per candidate per session
19 Gelang getah putih 20.32 cm
White rubber band 20.32 cm 1 unit per calon per sidang
1 unit per candidate per session
20 Skru bercangkuk 3 cm
Hook screw 3 cm 1 unit per calon per sidang
1 unit per candidate per session
21 Cawan kertas (9oz)
Paper cup (9oz) 5 unit per calon per sidang
5 unit per candidate per session
22 Jam randik
Stopwatch 1 unit per calon per sidang
1 unit per candidate per session
23 Rod kaca
Glass rod 1 unit per calon per sidang
1 unit per candidate per session
24 Piring petri dan penutup
Petri dish with lid 3 unit per calon per siding
3 units per candidate per session
25 Jam randik
Stopwatch 1 unit per calon per sidang
1 unit per candidate per session
26 Pisau lipat
Pen Knife 1 unit per calon per sidang
1 unit per candidate per session
27 Forsep
Forceps 1 unit per calon per sidang
1 unit per candidate per session
28 Jubin putih
White Tile 1 unit per calon per sidang
1 unit per candidate per session
29 Plastik aiskrim Malaysia
Icecream Malaysia plastic 1 unit per calon per sidang
1 unit per candidate per session
30 Limau Kasturi
Calamansi 2 biji per calon per sidang
2 per candidate per session
31 Penitis
Dropper 1 unit per calon per sidang
1 unit per candidate per session
32 Plastik berzip bersaiz 6 x 8 cm
Zip lock plastic size 6 x 8 cm 1 unit per calon per sidang
1 unit per candidate per session
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 33
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
SENARAI AKHIR DAN ARAHAN PERSEDIAAN UJIAN AMALI
(Untuk kegunaan Penyelia Mata Pelajaran sahaja)
Senarai Akhir dan Arahan Persediaan Ujian Amali ini mengandungi dua bahagian iaitu Senarai
Akhir dan Arahan Persediaan. Perhatian sepenuhya hendaklah diambil supaya maklumat dalam ini
tidak sampai kepada calon sama ada secara langsung atau sebaliknya. Sebarang maklumat dalam
Senarai Akhir dan Arahan Persediaan Ujian Amali ini tidak boleh disalin dalam apa jua bentuk
penulisan atau percetakan.
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 34
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
SENARAI AKHIR
FINAL LIST
SOALAN 1 (F)
QUESTION 1(F)
RADAS DAN BAHAN
APPARATUS AND MATERIALS
JUMLAH KESELURUHAN RADAS DAN BAHAN YANG
DIPERLUKAN BAGI 20 CALON PER SIDANG
TOTAL APPARATUS AND MATERIALS NEEDED
FOR 20 CANDIDATES PER SESSION
JUMLAH MAKSIMUM SIDANG IALAH 3
THE MAXIMUM NUMBER OF SESSION IS 3
Bil. Radas dan bahan Kuantiti
No. Apparatus and material Quantity
1. Getah gelang putih 20.32 cm 1 unit per calon per sidang
1 unit per candidate per session
White rubber band 20.32 cm 1 unit per calon per sidang
2. Kaki retort 1 unit per candidate per session
1 unit per calon per sidang
Retort stand 1 unit per candidate per session
3. Pembaris setengah meter 1 unit per calon per sidang
1 unit per candidate per session
Half metre rule 1 unit per calon per sidang
4. Jarum (5 – 6 cm) 1 unit per candidate per session
1 unit per calon per sidang
Needle (5 – 6 cm) 1 unit per candidate per session
5. Botol air mineral 500 ml 1 unit per calon per sidang
1 unit per candidate per session
500 ml mineral water bottle
6. Skru bercangkuk 3 cm
3 cm Hook screw
7. Silinder penyukat 100 cm3
100 cm3 measuring cylinder
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 35
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
ARAHAN PERSEDIAAN
A. ARAHAN PERSEDIAAN
INSTRUCTION OF PREPARATION
Calon hendaklah dibekalkan dengan bahan/radas berikut.
Candidate is required to be supplied with the following material/apparatus.
Bil. Radas dan bahan Kuantiti
No. Apparatus and material Quantity
1. Getah gelang putih 20.32 cm/ White rubber band 20.32 cm 1 per calon per sidang
2. Kaki retort / Retort stand 1 per calon per sidang
3. Pembaris setengah meter / Half meter rule 1 per calon per sidang
4. Jarum (5–6 cm) / Needle (5–6 cm) 1 per calon per sidang
5. Botol air mineral 500 ml/ Mineral water bottle 500 ml 1 per calon per sidang
6. Skru bercangkuk 3 cm/ Hook screw 3 cm 1 per calon per sidang
7. Silinder penyukat 100 cm3 / Measuring cylinder 100 cm3 1 per calon per sidang
B. CARA PERSEDIAAN
1. Buka pelekat jenama botol air 500 ml.
2. Skru bercangkuk diskrukan ke penutup botol air di bahagian tengah penutup dan
dilekatkan dengan kuat menggunakan gam yang sesuai seperti ‘glue gun’.
3. Jarum dilekatkan di atas penutup botol menggunakan gam seperti rajah.
Penutup botol Skru bercangkuk
Jarum
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 36
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
SENARAI AKHIR RADAS DAN BAHAN
FINAL LIST APPARATUS AND MATERIALS
SOALAN 2 (K)
QUESTION 2 (K)
JUMLAH KESELURUHAN RADAS DAN BAHAN YANG
DIPERLUKAN BAGI 20 CALON PER SIDANG
TOTAL APPARATUS AND MATERIALS NEEDED
FOR 20 CANDIDATES PER SESSION
JUMLAH MAKSIMUM SIDANG IALAH 3
THE MAXIMUM NUMBER OF SESSION IS 3
Bil. Radas dan bahan Kuantiti
No. Apparatus and material Quantity
1 Bikar 150 cm3 1 unit per calon per sidang
1 unit per candidate per session
150 cm3 beaker
3 unit per calon per sidang
2 Pita magnesium 3 cm 3 units per candidate per session
3 cm Magnesium ribbon
50 cm3 per calon per sidang
3 Botol berisi air suling 50 cm3 per candidate per session
Bottle filled with distilled water 3 unit per calon per sidang
3 units per candidate per session
4 Bikar 100 cm3
100 cm3 beaker 120 cm3 per calon per sidang
120 cm3 per candidate per session
5 Asid hidroklorik 2.0 mol dm-3
2.0 mol dm-3 hydrochloric acid 1 unit per calon per sidang
1 unit per candidate per session
6 Silinder penyukat 100 cm3
100 cm3 measuring cylinder 1 unit per calon per sidang
1 unit per candidate per session
7 Silinder penyukat 25 cm3
25 cm3 measuring cylinder 1 unit per calon per sidang
1 unit per candidate per session
8 Jam randik
Stopwatch 1 unit per calon per sidang
1 unit per candidate per session
9 Rod kaca
Glass rod 3 unit per calon per sidang
3 units per candidate per session
10 Kertas label bersaiz 2.5 cm x 2.5 cm
Label with size 2.5 cm x 2.5 cm 1 unit per calon per sidang
1 unit per candidate per session
11 Penitis
Dropper
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 37
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
ARAHAN PERSEDIAAN
A. ARAHAN PERSEDIAAN
INSTRUCTION OF PREPARATION
Calon hendaklah dibekalkan dengan bahan / radas berikut.
Candidate is required to be supplied with the following material / apparatus.
Bil. Radas dan bahan Kuantiti
No. Quantity
1 Apparatus and material 20 unit per sidang
Bikar 150 cm3 berisi asid hidroklorik 2.0 mol dm-3 20 unit per session
150 cm3 beaker containing 2.0 mol dm-3 hydrochloric acid
60 unit per sidang
2 Pita magnesium 3 cm 60 unit per session
Magnesium ribbon 3 cm
20 unit per sidang
3 Botol berisi air suling 20 unit per session
Wash bottle filled with distilled water
20 unit per sidang
4 Bikar 100 cm3 berlabel Set I, Set II dan Set III 20 unit per session
100 cm3 beaker labelled Set I, Set II and Set III
20 unit per sidang
5 Silinder penyukat 100 cm3 20 unit per session
100 cm3measuring cylinder
20 unit per sidang
6 Silinder penyukat 25 cm3 20 unit per session
25 cm3 measuring cylinder
20 unit per sidang
7 Jam randik 20 unit per session
Stopwatch
20 unit per sidang
8 Rod kaca 20 unit per session
Glass rod
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 38
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
B. CARA PERSEDIAAN
1. Bahan dalam bikar no. *1 (Asid hidroklorik, HCl)
3 -1
[ketumpatan = 1.18 g/cm peratus 37% / Jisim Molar = 36.47 g mol ]
Gunakan asid hidroklorik pekat gred analar.
Perhatikan label pada botol asid hidroklorik pekat gred analar. Andaikan,
Ketumpatan asid = -3
Peratus =
Jisim molekul relatif = x g cm
y%
z
Cairkan [100 z] ÷ xy cm3 asid hidroklorik pekat dalam air suling. Jadikan
1000 cm3 dengan air suling.
Gunakan kelalang volumetrik untuk menyediakan asid ini. Kepekatan
larutan ini mestilah homogen bagi semua sidang. Larutan ini dilabel
sebagai “Asid hidroklorik 2.0 mol dm-3 ”
2. Bahan no. *2 (pita magnesium)
Potong pita magnesium sepanjang 5 cm setiap satu sebanyak 3 unit bagi setiap calon.
3
3. Bahan no. *4 (bikar 100 cm )
Label tiga bikar 100 3 dengan “ SET I, SET II, SET III”
cm
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 39
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
SENARAI AKHIR RADAS DAN BAHAN
FINAL LIST APPARATUS AND MATERIALS
SOALAN 3 (B)
QUESTION 3 (B)
JUMLAH KESELURUHAN RADAS DAN BAHAN YANG
DIPERLUKAN BAGI 20 CALON PER SIDANG
TOTAL APPARATUS AND MATERIALS
NEEDED FOR 20 CANDIDATES PER SESSION
JUMLAH MAKSIMUM SIDANG IALAH 3
THE MAXIMUM NUMBER OF SESSION IS 3
Bil. Radas dan bahan Kuantiti
No. Apparatus and material Quantity
1. Piring petri dan penutup 3 unit per calon per sidang
3 units per candidate per session
Petri dish with lid 1 unit per calon per sidang
2. Jam randik 1 unit per candidate per session
1 unit per calon per sidang
Stopwatch 1 unit per candidate per session
3. Pisau lipat 1 unit per calon per sidang
1 unit per candidate per session
Pen knife 1 unit per calon per sidang
4. Forsep 1 unit per candidate per session
1 unit per calon per sidang
Forceps 1 unit per candidate per session
5. Pembaris setengah meter 40 ml per calon
40 ml per candidate
Half metre rule 40 ml per calon
6. Jubin putih 40 ml per candidate
40 ml per calon
White Tile 40 ml per candidate
7. Larutan X (Rujuk arahan cara penyediaan) 1 unit per calon per sidang
1 unit per candidate per session
Solution X(Refer to preparation method) 1 unit per calon per sidang
8. Larutan Y(Rujuk arahan cara penyediaan) 1 unit per candidate per session
1 unit per calon per sidang
Solution Y(Refer to preparation method) 1 unit per candidate per session
9. Larutan Z (Rujuk arahan cara penyediaan)
Solution Z (Refer to preparation method)
10. Keratan batang bayam (Amaranthus sp.)
Spinach stem cutting
11. Plastik berzip bersaiz 6 x 8 cm
Zip lock plastic size 6 x 8 cm
12. Silinder penyukat 100 cm3
100 cm3measuring cylinder
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 40
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
ARAHAN PERSEDIAAN
A. ARAHAN PERSEDIAAN
INSTRUCTION OF PREPARATION
Calon hendaklah dibekalkan dengan bahan / radas berikut.
Candidate is required to be supplied with the following material / apparatus.
Bil. Radas dan bahan Kuantiti
No. Apparatus and material Quantity
1 Piring petri mengandungi 40 ml larutan X 20 unit per sidang
20 unit per session
Petri dish with 40 ml solution X
2 Piring petri mengandungi 40 ml larutan Y 20 unit per sidang
Petri dish with 40 ml solution Y 20 unit per session
3 Piring petri mengandungi 40 ml larutan Z 20 unit per sidang
Petri dish with 40 ml solution Z 20 unit per session
Jam randik 20 unit per sidang
4 Stopwatch 20 unit per session
5 Pisau lipat 20 unit per sidang
Pen knife 20 unit per session
Forsep 20 unit per sidang
6 Forceps 20 unit per session
7 Air suling 20 botol per sidang
Distilled water 20 bottle per session
8 Pembaris setengah meter 20 unit per sidang
Half metre rule 20 unit per session
9 Jubin putih 20 unit per sidang
White Tile 20 unit per session
10 Plastik berzip mengandungi 3 keratan bayam yang 20 unit per sidang
bertanda 20 unit per session
Zip lock plastic containing 3 spinach stem cutting
with mark
11 Silinder penyukat 100 cm3 20 unit per sidang
100 cm3measuring cylinder 20 unit per session
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 41
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
B. CARA PENYEDIAAN
1. KERATAN BATANG BAYAM
i. Batang bayam segar dipotong sepanjang 4 cm yang diameternya hampir sama saiz
bagi satu calon (Rajah 1(a)).
ii.
Rajah 1(a)
iii.Masukkan tiga jalur bayam ke dalam plastik berzip dan ditutup.
iv.Keratan batang bayam disediakan awal pagi sebelum sidang peperiksaan dimulakan.
v.Plastik berzip yang mengandungi keratan bayam diletakkan di atas meja calon 10 minit
sebelum sidang dimulakan.
2. PIRING PETRI
a) Labelkan 3 piring petri berpenutup dengan X, Y dan Z.
b) Pastikan label berada di bahagian sisi tepi piring petri yang akan diisi larutan.
(rujuk rajah di bawah)
c) Letakkan ketiga-tiga piring petri yang berlabel di atas meja calon.
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 42
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
3. LARUTAN
a. Larutan X
• Tuangkan 40 ml air suling ke dalam piring petri yang berlabel X dengan
menggunakan silinder penyukat.
b. Larutan Y
• 10 g natrium klorida dilarutkan dalam 1000 ml air suling dalam kelalang
volumetrik.
• Masukkan larutan ke dalam bikar 500 ml.
• Untuk diletakkan di meja calon, tuangkan 40 ml larutan ke dalam piring petri
yang berlabel Y dengan menggunakan silinder penyukat.
c. Larutan Z
• 300 g natrium klorida dilarutkan dalam 1000 ml air suling dalam kelalang
volumetrik.
• Masukkan larutan ke dalam bikar 500 ml.
• Untuk diletakkan di meja calon, tuangkan 40 ml larutan ke dalam piring petri
yang berlabel Z dengan menggunakan silinder penyukat.
Nota :
1. Larutan X, Y dan Z boleh disediakan sehari sebelum peperiksaan dijalankan.
2. Larutan X, Y dan Z perlu dituang ke dalam piring petri pada waktu pagi sebelum
peperiksaan dimulakan.
3. Sediakan 1 set radas dan bahan bagi setiap sidang untuk Penyelia Mata Pelajaran.
4. Sediakan 3 set radas dan bahan bagi setiap sidang sebagai set tambahan.
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 43
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
C. ARAHAN KHAS
1. Bagi Sidang Kedua dan seterusnya, Penyelia Mata Pelajaran hendaklah memastikan
supaya semua radas bersih dan disusun semula seperti pada permulaan Sidang
Pertama.
2. Tujuan Amali ini untuk mengetahui sama ada calon boleh menjalankan sendiri kerja
amali yang senang. Pemeriksa sedar adakalanya seseorang calon mungkin tidak
dapat menunjukkan kebolehan amalinya kerana dia tidak dapat memahami
sebahagian daripada butir- butir dalam teori bagi eksperimen itu. Untuk mengatasi
kesukaran ini, Penyelia Mata Pelajaran diminta memberi bayangan kepada calon
yang tidak boleh meneruskan kerjanya dan kemudian membuat laporan tentang
segala bantuan yang telah diberi. Satu catatan hendaklah dibuat pada Borang
Laporan tentang sebarang bantuan yang diberi kepada calon dengan menyatakan
nombor kad pengenalan dan angka giliran calon berkenaan.
Penyelia Mata Pelajaran hendaklah memberitahu Ketua Pengawas Berkecuali supaya
membuat pengumuman berikut sebelum sidang bermula.
“Calon boleh memulakan eksperimen daripada mana-mana soalan. sekiranya
calon tidak dapat meneruskan eskperimen selepas 15 minit, calon boleh
meneruskan eksperimen di soalan yang lain. Jika calon masih tidak dapat
meneruskan eksperimen di setiap bahagian, calon bolehlah berjumpa Ketua
Pengawas Berkecuali dan meminta pertolongan. Saya akan melaporkan
kepada Pemeriksa tentang sebarang bantuan yang diberi dan sedikit markah
mungkin dipotong.”
3. Penyelia Mata Pelajaran dikehendaki menjalankan eksperimen dalam bahagian
masing-masing bagi tiap-tiap sidang dan merekodkan semua bacaan dalam ruang
yang disediakan di halaman “Halaman bagi merekodkan keputusan eksperimen
bagi tiap-tiap sidang oleh penyelia mata pelajaran”.
4. Kepekatan larutan yang dinyatakan dalam Arahan Persediaan Ujian Amali tidak
semestinya sama dengan kertas soalan.
5. Penyelia Mata Pelajaran dinasihatkan menggunakan kaedah yang betul dan
mengutamakan langkah keselamatan semasa menjalankan persediaan.
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 44
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
LAPORAN PENYELIA MATA PELAJARAN
(Untuk kegunaan Penyelia Mata Pelajaran sahaja)
Laporan ini adalah untuk Penyelia Mata Pelajaran merekod keputusan eksperimen yang
dilakukan. Perhatian sepenuhya hendaklah diambil supaya maklumat dalam laporan ini tidak
sampai kepada calon sama ada secara langsung atau sebaliknya. Sebarang maklumat dalam
Laporan Penyelia Mata Pelajaran ini tidak boleh disalin dalam apa jua bentuk penulisan atau
percetakan.
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 45
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
Halaman bagi merekodkan keputusan eksperimen dalam Soalan 1 bagi tiap-tiap sidang
oleh guru mata pelajaran
Borang ini mesti dilengkapkan dan diberi kepada Pcgawai Lembaga Peperiksaan
bersama kertas jawapan.
Nama penyelia mata pelajaran : ……………………………………………………
Pusat Peperiksaan : ………………
Tarikh: …………………. Sidang: ……………
LAPORAN SOALAN 1
Halaman ini bagi merekodkan keputusan eksperimen
bagi tiap-tiap sidang oleh guru mata pelajaran
m (g) l (cm) x (cm)
50
100 Jadual 1
150 Table 1
200
250
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 46
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
Graf x melawan m
Graph x against m
Pemanjangan, x (cm)
Extension, x (cm)
Jisim, m (g)
Mass, m (g)
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 47
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
Borang ini mesti dilengkapkan dan diberi kepada Pcgawai Lembaga Peperiksaan
bersama kertas jawapan.
LAPORAN PEPERIKSAAN AMALI SAINS BERSEPADU
4531/3
Guru mata pelajaran diminta memberi butir-butir berikut :
1. Kesukaran am yang dihadapi semasa membuat persediaan.
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
2. Kesukaran yang dialami oleh pelajar seperti :
(a) Kesukaran yang disebabkan oleh radas dan bahan.
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
(b) Kesukaran lain misalnya sakit atau kecacatan anggota.
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 48
FORMAT PENTAKSIRAN BIOLOGI
3. Bantuan yang diberikan kepada calon tertentu.
Bil. No. Kad Pengenalan Angka Giliran Bantuan yang diberi
1
2
3
4
5
6
7
@ 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 49