The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DASAR PENGURUSAN SEKOLAH 2020(23.12. 3 ptg

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shamsiahsmkis, 2019-12-23 07:44:57

DASAR PENGURUSAN SEKOLAH 2020(23.12. 3 ptg

DASAR PENGURUSAN SEKOLAH 2020(23.12. 3 ptg

1.0 DASAR PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH

1.1 LATAR BELAKANG

1.1.1 Sekolah merupakan institusi pendidikan. Oleh itu SMK Iskandar Shah perlu mempunyai
satu dasar pentadbiran dan program yang jelas supaya visi dan misi sekolah dapat
direalisasikan.

1.2 OBJEKTIF

1.2.1 Dasar pentadbiran dan pengurusan diwujudkan :
1.2.1.1 Menjadi garis panduan kepada setiap warga sekolah.
1.2.1.2. Memantapkan pengurusan dan pentadbiran sekolah.

1.3 DASAR AM

1.3.1 KOMITMEN GURU

Antara komitmen guru yang perlu diberikan perhatian ialah :

1.3.1.1 Panduan Perkhidmatan Cemerlang dan Tatasusila Profesion Perguruan hendaklah
sentiasa menjadi panduan dan amalan semua guru.

1.3.1.2 Membaca dan memahami falsafah, visi dan misi sekolah serta sentiasa
berusaha untuk mencapai visi tersebut.

1

1.3.1.3 Guru adalah satu profesion dan mesti berusaha menjaga imejnya serta
melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab dengan penuh
keikhlasan, kejujuran dan amanah.

1.3.1.4 Guru mesti menganggap anak didik sebagai satu amanah yang akan
dipertanggungjawabkan oleh seluruh masyarakat.

1.3.1.5 Guru mesti mengelakkan perilaku yang dianggap bertentangan dengan
tatasusila profesion perguruan seperti ponteng tugas, pecah amanah,
penyelewengan, cuai dan sebagainya.

1.3.1.6 Berusaha meningkatkan prestasi dan nama baik sekolah dengan sedia
bekerjasama dengan semua anggota masyarakat sekolah dan luar
sekolah.

1.3.2 WAKTU HADIR BERTUGAS / KELUAR SEKOLAH DALAM WAKTU BERTUGAS

1.3.2.1 Guru bertanggungjawab hadir di sekolah sebelum jam 7.30 pagi.
1.3.2.2 Guru bertanggungjawab merakam kad kehadiran semasa datang dan semasa

balik. Guru yang gagal berbuat demikian dianggap melanggar peraturan waktu
bertugas.

1.3.2.3 Guru mesti berada dalam kawasan sekolah sepanjang waktu sesi persekolahan.

1.3.2.4 Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam masa bertugas kecuali
atas sebab-sebab perlu seperti arahan daripada PPD / JPN atau hal-hal peribadi
yang tidak dapat dielakkan.

1.3.2.5 Guru yang perlu keluar dalam masa bertugas hendaklah memaklumkan
sendiri kepada pengetua/wakilnya untuk mendapatkan kebenaran.

1.3.2.6 Setelah mendapat kebenaran, guru perlu mengisi maklumat dalam Borang
Pemohonan Keluar Dalam Waktu Bertugas untuk pengesahan dan rekod
Pengetua / wakilnya. Surat sokongan seperti surat panggilan mesyuarat
mestilah disertakan (jika ada).

2

1.3.2.7 Guru hanya dibenarkan keluar untuk urusan yang tidak melibatkan pelajar tidak
lebih 21 hari dalam setahun. Walau bagaimanapun bergantung kepada budi
bicara pengetua.

1.3.2.8 Guru yang terpaksa datang lewat atas urusan tertentu atau kecemasan mesti
memaklumkan kepada Pengetua/wakilnya antara jam 7.00 dan 7.20 pagi dan
hadir ke sekolah sebelum jam 10.30 pagi.

1.3.3 PAKAIAN DAN PERSONALITI

1.3.3.1 Guru hendaklah memakai pakaian yang kemas mengikut peraturan yang
ditetapkan (Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/850) serta melambangkan disiplin dan imej
profesion perguruan.

1.3.3.2 Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas disekolah, majlis rasmi
sekolah dan tugas rasmi di luar sekolah.

1.3.3.3 Memakai pakaian sukan atau baju-T tidak dibenarkan semasa mengajar di kelas ,
mesyuarat sekolah dan majlis rasmi sekolah KECUALI guru-guru yang mengajar
PJK pada hari berkenaan.

1.3.3.4 Guru lelaki mestilah memakai tali leher sepanjang dalam tugas rasmi kecuali
dalam keadaan tertentu seperti pengajaran PJK dan di bengkel.

1.3.3.5 Pakaian dan personaliti guru termasuk rambut hendaklah sentiasa dalam
keadaan kemas supaya menjadi contoh yang baik kepada pelajar.

1.3.3.6 Pada hari Jumaat, guru lelaki Islam digalakkan memakai pakaian
kebangsaan lengkap.

1.3.4 URUSAN PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN

1.3.4.1 Guru bertanggungjawab mengemaskini maklumat-maklumat perkhidmatan
dan perjawatan dengan Pembantu Tadbir (Perkhidmatan Dan Penjawatan )
yang meliputi aspek pelantikan, kursus induksi, pengesahan jawatan
pergerakan gaji, rekod cuti dan sebagainya.

3

1.3.4.2 Guru bertanggungjawab mengemaskini maklumat-maklumat perkhidmatan
perjawatan dalam Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (HRMIS) dan e-operasi.

1.3.5 PEMERIKSA KERTAS DAN PENGAWAS PEPERIKSAAN AWAM

1.3.5.1 Bagi mengelakkan murid diabaikan, seorang guru hanya dibenarkan menanda kertas
peperiksaan bagi satu peperiksaan awam sahaja.

1.3.5.2 Setiap guru tanpa kecuali mesti terlibat dalam tugas-tugas mengawas peperiksaan
awam.

1.3.5.3 Tugas sebagai Ketua Pengawas Peperiksaan Awam juga mesti diberi peluang
kepada semua guru yang layak.

1.3.6 URUSAN CUTI DAN TIDAK HADIR BERTUGAS

1.3.6.1 Guru mesti merujuk, membaca, memahami dan mematuhi arahan-arahan
/pekeliling-pekeliling berkaitan kebenaran pelbagai jenis cuti dan tidak
hadir bertugas.

1.3.6.2 Dalam keadaan biasa, guru layak mengambil cuti rehat (CRK) 10 hari dengan
syarat pemohonan cuti itu mestilah dipohon terlebih awal dengan
mengemukakan pemohonan cuti rehat menggunakan Sistem Maklumat
Pengurusan Pendidikan (HRMIS) dan mendapat kebenaran pengetua /
wakilnya.( PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 8 TAHUN 2017 )

1.3.6.3 Guru yang sakit, perlu mendapat rawatan di hospital / klinik dan
menyerahkan sijil sakit yang sah dari klinik / hospital kerajaan / swasta
kepada pengetua / wakilnya.

1.3.6.4 Guru yang mendapat cuti tanpa rekod, perlu mengemukakan surat
kebenaran cuti tanpa rekod dari pihak yang memberikan cuti itu untuk
pengesahan pengetua / wakilnya dan mengemukakan borang cuti tanpa
rekod yang telah dilengkapkan. Pemohonan ini akan dimajukan kepada

4

Jabatan Pendidikan Melaka untuk kelulusan / pengesahan. [ Cuti Tanpa
Rekod akan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri ].

1.3.6.5 Bagi guru wanita yang akan cuti bersalin, perlu mengemukakan Borang Cuti
Bersalin yang kemaskini bagi tujuan rekod dan rujukan perkhidmatan.

Nota : Guru wanita yang akan cuti bersalin dikehendaki :

1.3.6.5.1 Menyediakan bahan-bahan pembelajaran seperti kertas-kertas nota / latihan
online / latih tubi untuk diberikan kepada pelajar dalam tempoh cuti bersalin.
Bahan yang telah disediakan hendaklah diserahkan kepada GPK untuk
tindakan.

1.3.6.5.2 Memberitahu pengetua / setiausaha peperiksaan dalaman jika cuti bersalin
bertindih dengan waktu peperiksaan supaya urusan peperiksaan seperti
kertas soalan, skema jawapan dan sebagainya dapat diuruskan.

1.3.6.5.3 Memberitahu pengetua / wakilnya tentang guru pengganti jika menjadi guru
kelas. [Maklumat lanjut tentang cuti, sila rujuk Lampiran Pekeliling].

1.3.7 BUKU REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR

1.3.7.1 Buku Rekod Mengajar adalah penting berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab
guru di sekolah. Ia hendaklah disediakan secara atas talian menggunakan aplikasi GCR
. Satu salinan perlu disediakan secara ‘off-line’ untuk diakses pada bila-bila masa dan
keadaan.

1.3.7.2 Maklumat-maklumat dalam Buku Rekod Mengajar Atas Talian hendaklah
dikemaskinikan dari semasa ke semasa yang meliputi :

1.3.7.2.1 Butiran diri

1.3.7.2.2 Jadual waktu persendirian / kelas

1.3.7.2.3 Sukatan pelajaran

1.3.7.2.4 Rancangan pelajaran tahunan, dan harian

1.3.7.2.5 Ujian / peperiksaan

5

1.3.7.2.6 Soalan ujian / peperiksaan
1.3.7.2.7 Maklumat lain yang perlu
1.3.7.3 Buku Rekod Mengajar mesti dikongsi dengan pentadbir yang berkenaan pada

setiap hari Jumaat sebelum atau pada 12.00 tengah hari.
1.3.7.4 Buku Rekod Mengajar Atas Talian hendaklah dikongsi dengan Pengetua pada

setiap hari Jumaat minggu pertama setiap bulan.
1.3.7.5 Buku Rekod Mengajar akan digunakan untuk tujuan rekod dan pencerapan

pengajaran-pembelajaran di bilik darjah.
1.3.7.6 Buku Rekod Mengajar wajib dikongsikan kepada pengetua / wakilnya pada hari

terakhir persekolahan untuk tujuan rekod, simpanan dan pemantauan (jika ada).

1.3.8 PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH

1.3.8.1 Guru bertanggungjawab menjaga alatan atau harta benda sekolah dan
menggunakannya dengan betul mengikut peraturan-peraturan semasa
menggunakannya di sekolah.

1.3.8.2 Penggunaan / pinjaman alatan / harta benda sekolah hendaklah terlebih dahulu
mendapatkan kebenaran guru penjaganya dan pinjaman / penggunaan / pulangan
hendaklah direkodkan.

1.3.8.3 Alatan / harta benda sekolah yang dipinjam / diguna hendaklah dipulangkan
dengan segera.

1.3.8.4 Guru mesti memaklum dan mengganti / membaiki kerosakan alatan / harta benda
sekolah yang dipinjam / digunakan.

1.3.8.5 Guru tidak dibenarkan membawa balik ke rumah alatan / harta benda sekolah
untuk kegunaan peribadi.

6

1.3.9 MENGHADIRI TAKLIMAT DAN MESYUARAT

1.3.9.1 Guru wajib menghadiri taklimat / mesyuarat yang diadakan oleh pengetua /
wakilnya / jawatankuasa-jawatankuasa diperingkat sekolah.

1.3.9.2 Jika tidak dapat menghadiri taklimat / mesyuarat atas sebab tertentu, guru perlu
memberitahu pengetua dengan mengemukakan alasan bertulis.

1.3.9.3 Semua mesyuarat diperingkat sekolah hendaklah dijalankan secara profesional
dan teratur dan tidak kurang daripada 2 jam.

1.3.9.4 Guru tidak dibenarkan keluar lebih awal atau semasa mesyuarat sedang dijalankan
tanpa kebenaran pengerusi mesyuarat.

1.3.10 WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.3.10.1 Guru hendaklah merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan-arahan
Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Daerah berkaitan jadual waktu.

1.3.10.2 Guru yang mengajar mesti berada di kelas atau di tempat mengajar seperti
makmal sains mengikut jadual waktu yang ditetapkan.

1.3.10.3 Guru tidak dibenarkan membuat kerja-kerja lain seperti menaip soalan
peperiksaan, membaca akhbar dan sebagainya dalam masa pengajaran dan
pembelajaran.

1.3.10.4 Guru tidak boleh meninggalkan kelas dan murid kecuali atas sebab-sebab tertentu
seperti dipanggil oleh pengetua.

1.3.10.5 Guru bertanggungjawab memastikan dan mendapatkan maklumat kehadiran
semua pelajar sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran di kelas.

1.3.10.6 Guru bertanggungjawab memastikan pelajar tidak keluar dari kelas semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan kecuali atas sebab-sebab yang penting.

7

1.3.10.7 Keselamatan pelajar dalam waktu pengajaran dan pembelajaran adalah
tanggungjawab guru.

1.3.10.8 Guru mesti sentiasa ingat bahawa waktu luang (free period) adalah masa
bekerja dan perlu digunakan dengan cara yang betul seperti memeriksa buku
latihan pelajar.

1.3.10.9 Loceng akan berbunyi mengikut waktu yang ditetapkan.

1.3.11 JADUAL GURU GANTI ( RELIEF )

1.3.11.1 Guru dikehendaki mematuhi jadual ganti dan berada di kelas sebagaimana
diarahkan pengetua / wakilnya.

1.3.11.2 Jadual ganti dianggap sebagai waktu kerja / mengajar dan menjalankan proses PdP
jika bertugas di kelas yang guru berkenaan mengajar sesuatu mata pelajaran.

1.3.11.3 Jika diarah mengajar di sesuatu kelas bagi menggantikan guru cuti bersalin, guru
berkenaan hendaklah mematuhi arahan tersebut. Proses PdP hendaklah
direkodkan dalam Buku Rekod Mengajar.

1.3.11.4 Jadual guru ganti akan dimaklumkan melalui aplikasi ‘telegram’ atau lain-lain
aplikasi teknologi terkini.

1.3.11.5 Guru-guru bertanggungjawab menyemak jadual guru ganti menggunakan aplikasi
di para 1.3.11.4

1.3.12 SURAT-SURAT PEKELILING / ARAHAN

1.3.12.1 Guru mesti merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan-arahan
Pekeliling Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah.

8

1.3.12.2 Surat arahan / salinannya yang diberikan kepada guru hendaklah dibaca, difahami
dan diambil tindakan sewajarnya. Urusan surat menyurat rasmi sekolah hendaklah
menggunakan sistem fail surat menyurat sekolah.

1.3.12.3 Apabila diarah melaksanakan sesuatu tugas, guru hendaklah melaksanakan sendiri
tugas tersebut. Guru yang terlibat tidak dibenarkan mengarahkan orang lain
melaksanakan tugas tersebut bagi pihak dirinya.

1.3.12.4 Jika sesuatu tugas terpaksa diserahkan kepada orang lain atas sebab-sebab yang
tidak dapat dielakkan dan dipersetujui oleh pihak yang menggantikannya,
pengetua / wakilnya hendaklah diberitahu secara bertulis.

1.3.12.5 Guru bertanggungjawab melaksanakan sendiri tugas-tugas yang
dipertanggungjawabkan kepadanya oleh pengetua seperti memungut wang,
memegang kunci khas dan sebagainya.

1.3.12.6 Guru bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan oleh
pengetua dengan betul, sempurna, mengikut peraturan dan menepati waktu.

1.3.13PENCERAPAN PENGAJARAN DAN PENYELIAAN BUKU PELAJAR

1.3.13.1 Guru hendaklah merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan
Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Daerah berkaitan dengan pencerapan PdP dan penyeliaan buku pelajar.

1.3.13.2 Pencerapan dan penyeliaan dilaksanakan oleh Pengetua, Penolong Kanan
Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, GPK Kokurikulum,Penolong Kanan Ting 6,
GKMP dan Ketua Panitia.

1.3.13.3 Pencerapan PdP akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
1.3.13.4 Penyeliaan buku latihan pelajar dibuat secara berjadual. Guru diminta

menyerahkan buku pelajar pada masa ditetapkan kepada GPK/GKMP dengan
menyerahkan Borang Penyerahan Buku Pelajar.

9

1.3.14 ORANG LUAR BERJUMPA GURU

1.3.14.1 Orang luar termasuk jurujual tidak dibenarkan berjumpa guru dan pelajar tanpa
mendapat kebenaran pengetua.

1.3.14.2 Guru hendaklah mengarahkan orang luar yang hendak berjumpa guru atau
pelajar mendapat kebenaran pengetua terlebih dahulu jika kebenaran belum
diperolehi.

1.3.14.3 Orang luar termasuk ibu bapa atau penjaga dilarang berjumpa guru atau pelajar
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

1.3.15 MENYEMAK DAN MEMERIKSA BUKU PELAJAR

1.3.15.1 Guru wajib menyemak dan memeriksa buku pelajar selepas memberi nota, latihan
online dan tugasan bagi memastikan pelajar membuat tugas yang diberikan. Buku-
buku tersebut hendaklah dikembalikan dengan segera.Latihan online juga
hendaklah disemak.

1.3.15.2 Guru hendaklah mencatatkan tandatangan, tarikh, markah / gred / kata-kata
perangsang / nasihat atau komen.

1.3.15.3 Guru hendaklah mengarahkan pelajar membuat pembetulan kepada kesalahan
yang dilakukan dan hendaklah disemak oleh guru.

1.3.15.4 Guru tidak dibenarkan menyuruh pelajar menghantar buku untuk tujuan semakan
pada waktu PdP. Minta pelajar menghantar pada waktu rehat atau waktu tamat
persekolahan hari berkenaan.

1.3.16 UJIAN DAN PEPERIKSAAN

1.3.16.1 Ujian dan peperiksaan hendaklah diadakan mengikut jadual dan jangka masa yang
ditetapkan.
10

1.3.16.2 Soalan yang telah siap dibahagikan mengikut kelas-kelas hendaklah dihantar
kepada unit peperiksaan untuk disimpan 2 hari sebelum ujian / peperiksaan.

1.3.16.3 Unit peperiksaan bertanggungjawab mengagihkan kertas soalan tersebut kepada
guru pada hari peperiksaan.

1.3.16.4 Bagi peperiksaan setengah tahun dan akhir tahun format soalan dan masa
hendaklah selaras dengan format yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia.

1.3.16.5 Guru subjek hendaklah memeriksa dan markah hendaklah di ‘key in’ dalam SAPS
mengikut tarikh yang ditetapkan.

1.3.16.6 Ketua Panitia dikehendaki membuat analisis keseluruhan subjek masing-masing
secara terperinci dan dipautkan ke dalam e-fail masing-masing.

1.3.16.7 Guru peperiksaan hendak menganalisis keseluruhan keputusan ujian dan
peperiksaan dan dipautkan ke dashboard sekolah.

1.3.17 PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
1.3.17.1 Semua guru diwajibkan hadir perhimpunan rasmi sekolah.
1.3.17.2 Perhimpunan rasmi sekolah diadakan pada setiap hari Isnin 7.30 pagi hingga 8.00 pagi
di Dataran Minda.
1.3.17.3 Guru bertugas pada minggu tersebut bertanggungjawab memastikan perhimpunan
berjalan mengikut prosedur yang ditetapkan.
1.3.17.4 Guru bertugas minggu sebelumnya hendaklah memberikan laporannya semasa
perhimpunan resmi.
1.3.17.5 Semua guru beragama Islam wajib hadir ke program bacaan Yasin pada setiap pagi
jumaat. Guru-guru bukan islam wajib hadir ke program peningkatan sahsiah
mengikut kaum masing-masing.

11

KURIKULUM

2.0 DASAR KURIKULUM SEKOLAH

2.1 LATAR BELAKANG

2.1.1 Kurikulum merupakan bidang utama bagi setiap guru dan murid yang belajar di sekolah
ini selaras dengan visi Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Pendidikan Berkualiti,
Insan Terdidik, Negara Sejahtera .

2.2 OBJEKTIF
Dasar Kurikulum Sekolah diwujudkan bagi tujuan:
2.2.1 Menjelaskan struktur dan fungsi jawatankuasa yang berkaitan dengan kurikulum.
2.2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.2.3 Mengenal pasti faktor-faktor yang menjayakan pelaksanaan kurikulum.

2.3 DASAR

Kurikulum Kebangsaan

‘ Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan
untuk menyampaikan pengetahuan.’

12

Akta Pendidikan 1996
(Peraturan-Peraturan Kurikulum Kebangsaan Pendidikan 1997 )

1) Dasar Kurikulum Sekolah adalah selari dengan dasar pendidikan kebangsaan.
Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) Jadual Subseksyen 18(2)

2) Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dan Pejabat Pelajaran Daerah

Jasin.
3) Jika berlaku pertembungan program, program akademik akan diutamakan.

2.3.1 WAKTU PEMBELAJARAN

2.3.1.1 Masa persekolahan bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 2.30 petang.
2.3.1.2 Jadual waktu (30 Minit) pada hari Isnin hingga Jumaat, .
2.3.1.3 Jika perhimpunan pagi ditangguhkan, guru kelas perlu masuk kelas pada

waktu pertama.untuk pengurusan kelas.

2.3.2 Pengajaran dan Pembelajaran

2.3.2.1 Kaedah pengajaran dan pembelajaran – KSSM berpusat kepada pelajar dan
guru sebagai fasilitator.

2.3.2.2 Pelajar mesti bersama-sama guru pembimbing sepanjang pembelajaran.
2.3.2.3 Mesyuarat Perancangan Kurikulum Sekolah perlu diadakan pada setiap sesi

persekolahan.

13

2.3.2.4 Guru-guru hendaklah menggunakan buku teks yang dibekalkan sahaja
(SPBT) untuk pembelajaran. Buku-buku tambahan lain jika perlu boleh
digunakan dengan syarat mendapat persetujuan ibu bapa/penjaga dan
hanya boleh digunakan untuk tujuan pengembangan pembelajaran sahaja.

2.3.2.5 Latihan wajib diberikan kepada pelajar selepas setiap sesi pembelajaran.

2.3.2.6 Setiap panitia hendaklah menetapkan jumlah latihan minimum yang perlu
disiapkan murid dan jumlah ini perlu disemak semasa membuat
pemantauan.

2.3.2.7 Buku latihan perlu diperiksa dan dipulangkan semula kepada murid dengan
kadar segera.

2.3.2.8 Pengajaran dan pembelajaran perlu mengutamakan penggunaan ICT.

2.3.2.9 Tindakan guru berkursus atau mengikut aktiviti luar sekolah:

2.3.2.9.1 Tinggalkan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar.

2.3.2.9.2 Guru juga dikehendaki membekalkan latihan semasa cuti penggal.

2.3.2.10 Pada waktu pagi, loceng pertama akan dibunyikan pada pukul 7.30 pagi
sebagai peringatan PDPc bermula, bermakna guru telah berada di kelas-
kelas/makmal/bengkel/padang untuk memulakan tugas masing-masing.

2.3.2.11 Guru bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan kelas diambil
tindakan pada setiap tiga minit pertama sebelum memulakan pengajaran
dan pembelajaran dan peperiksaaan. ( Jangan mulakan pengajaran dan
pembelajaran/peperiksaan selagi kelas tidak bersih).

2.3.2.12 Pelajar hendaklah bergerak secara teratur mengikut kelas dan menepati
waktu ke makmal/bengkel/surau/padang.

2.3.2.13 Semasa peperiksaan dijalankan guru-guru hendaklah berada di kelas
mengikut jadual waktu yang diberikan. Hal ini bermakna guru tidak boleh
masuk lewat sebelum peperiksaan atau meninggalkan kelas selepas sahaja
tamat peperiksaan. Kawalan kelas hendaklah berterusan.

2.3.2.14 Masa pengajaran dan pembelajaran selama 30 minit dalam kelas mestilah
digunakan sepenuhnya untuk mengajar dan bukan memeriksa kertas
ujian/peperiksaan umum, membaca buku dan lain-lain aktiviti yang tidak

14

berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak dibenarkan
membawa laptop dan gajet ke dalam kelas kecuali untuk tujuan PDPc.

2.4 MESYUARAT

2.4.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum dan Mesyuarat Panitia diadakan sekurang -
2.4.2 kurangnya empat kali setahun.
2.4.3
2.4.4 Surat Panggilan Mesyuarat hendaklah disiarkan dalam Dashbod Sekolah atau Blog
Panitia masing-masing seminggu sebelum tarikh mesyuarat. Salinan surat panggilan
2.4.5 difailkan: satu salinan pejabat dan satu lagi dalam Fail Kurikulum/Panitia.

Minit mesyuarat yang disediakan oleh Setiausaha hendaklah disemak oleh GPK
Pentadbiran (Minit Mesyuarat Kurikulum) atau Ketua Bidang (Minit Mesyuarat Panitia).

Minit mesyuarat yang telah disemak hendaklah diemel atau di masukan dalam
Telegram oleh Setiausaha kepada Tuan Pengetua dan salinan kepada GPK Pentadbiran,
Ketua Bidang dan ahli-ahli jawatan kuasa dalam tempoh tujuh hari selepas tarikh
mesyuarat untuk makluman dan tindakan.

Setiausaha menyediakan dua salinan minit mesyuarat dalam bentuk ‘hard copy’, satu
salinan diserahkan kepada Puan Faizah binti Mazlan (salinan pejabat) dan satu lagi
disimpan dalam fail Kurikulum / Panitia.

2.5 SISTEM FAIL

2.5.1 Fail Kurikulum / Panitia diurus dan dikemaskinikan oleh Setiausaha Kurikulum /
Pengerusi Panitia dalam e-fail masing-masing.

2.5.2 Semua Fail Kurikulum / Panitia dalam bentuk ‘hard copy’ disimpan di Bilik Fail.

15

2.6 PAKEJ MATA PELAJARAN

Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk Tingkatan 4 dan 5 adalah seperti berikut:

2.6.1 Aliran Sains STEM

2.6.2 Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, / Pendidikan Moral, Sejarah,
2.6.3 Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Sukan dan Sains
2.6.4 Komputer.
2.6.5
2.6.6 Aliran Sastera Ikhtisas dan Kemanusiaan

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, / Pendidikan Moral, Sejarah,
Matematik, Sains, Matematik Tambahan, Prinsip Perakaunan dan Ekonomi .

Aliran Mata Pelajaran Vokasional

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, / Pendidikan Moral, Sejarah,
Matematik, Sains, Perniagaan, ICT , Pendidikan Seni Visual dan Geografi.

Calon-calon boleh mengambil mata pelajaran Bahasa Cina atau Bahasa Tamil sebagai
mata pelajaran tambahan.

Murid-murid tidak dibenarkan menggugurkan sebarang mata pelajaran dalam pakej
yang ditawarkan kecuali dengan kebenaran Tuan Pengetua.

Murid-murid yang ingin mengambil mata pelajaran di luar pakej yang ditawarkan
mendapat kebenaran Tuan Pengetua.

2.7 SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

2.7.1 Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran, Rancangan Pelajaran Tahunan yang terkini hendaklah disimpan oleh
setiap guru.

16

2.7.2 Satu salinan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran dan Rancangan Pelajaran Tahunan untuk setiap tingkatan
hendaklah disimpan dalam Fail Panitia@e-fail.

2.7.3 Semua guru hendaklah menghabiskan sukatan mata pelajaran pada atau sebelum
tarikh berikut:

2.7.3.1 Tingkatan 3 – 30 Julai (PBD perlu diteruskan serta dikemaskini sehingga 20 November
2019)

2.7.3.2 Tingkatan 5 – 31 Julai

2.7.3.3 Tingkatan 1, 2 – 30 September (PBD perlu diteruskan serta dikemaskini sehingga 20
November 2019)

2.7.3.4 Tingkatan 4 – 30 September

2.7.3.5 Semua guru mesti boleh mengakses secara atas talian HSP, DSKP dan RPT setiap
kali masuk ke kelas atau apabila diminta.

2.8 JADUAL WAKTU

2.8.1 Jumlah waktu yang diperuntukkan bagi setiap mata pelajaran adalah mengikut
2.8.2 ketetapan Akta Pendidikan.
2.8.3
2.8.4 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah setelah
2.8.5 diputuskan dalam mesyuarat kurikulum.

Dasar pengagihan mata pelajaran adalah mengikut keutamaan opsyen dan kepakaran
guru.

Seorang guru tidak akan diberi lebih daripada dua tingkatan peperiksaan.

Jumlah waktu pengajaran guru ialah antara 30-40 waktu seminggu dengan jumlah
waktu 30 minit satu waktu.

17

2.9 GURU GANTI

2.9.1 Guru-guru yang dipanggil untuk berkursus hendaklah menyediakan bahan / tugasan /
2.9.2 modul untuk digunakan oleh guru ganti.

Guru yang mendapat ‘relief’ hendaklah menjalankan PdP dan bertanggungjawab
kepada kelas berkenaan.

2.10 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

2.10.1 Ujian / Peperiksaan dijalankan TIGA kali setahun.

2.10.2 Soalan hendaklah mengikut format Lembaga Peperiksaan Malaysia dengan aras
kesukaran dalam nisbah 4: 3: 3(SPM) dan 3:4:3(PT3)

2.10.3 Guru yang bertanggungjawab menyediakan kertas ujian / peperiksaan hendaklah
menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).

2.10.4 Skop ujian / peperiksaan mesti dimaklumkan kepada murid sekurang-kurangnya 3
minggu sebelum ujian.

2.10.5 Semua peraturan peperiksaan awam hendaklah digunapakai semasa ujian /
peperiksaan dijalankan.

2.10.6 Pengawasan semasa ujian / peperiksaan hendaklah dijalankan dengan ketat untuk
mengelak kes-kes penipuan.

2.10.7 Markah hendaklah dimasukkan ke dalam sistem SAPS mengikut tarikh yang telah
ditetapkan.

2.10.8 Murid / Ibu bapa boleh mendapat keputusan ujian / peperiksaan dengan mengakses
sistem SAPS.

2.10.9 Panitia mata pelajaran hendaklah menganalisis keputusan ujian / peperiksaan,
membuat post-mortem dan seterusnya mengambil langkah susulan untuk
mempertingkatkan pencapaian.

18

2.10.10 Semua Ketua Bidang dan Pengerusi Panitia perlu memastikan perlaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah mengikut jadual yang ditetapkan dan fail / rekod / data dikemaskini
sepanjang masa.

2.11 PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK

2.11.1 Dasar Kurikulum Sekolah menyokong penuh semua program peningkatan prestasi
akademik yang bertunjang ke arah kecemerlangan murid.

2.11.2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah nadi bagi membantu semua panitia merancang
dan melaksanakan program peningkatan prestasi akademik.

2.11.3 Panitia diminta mengemukakan kertas kerja yang relevan untuk program peningkatan
akademik.

2.12 DASAR MBMMBI/DLP

2.12.1 Mulai tahun 2012, pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik Tingkatan 1
adalah dalam dwibahasa.

2.12.2 Buku Teks Sains dan Matematik Tingkatan 1 dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
akan dipinjamkan kepada murid-murid.

2.12.2 Mulai tahun 2017, terdapat kelas-kelas ting 1 yang akan mempelajari Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris dibawah ‘Dual Language Programe’.

2.13 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM

2.13.1 Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku perubahan
dalam dasar pendidikan kebangsaan.

19

2.13.2 Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir
melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.

2.14 PAKEJ MATAPELAJARAN 2020
Tingkatan 1

NAMA KELAS MATA PELAJARAN TERAS MATA PELAJARAN WAJIB
BAHASA JEPUN
1 BERLIAN BM , BI , MATH , SAINS RBT/PSV
RK SEJ , GEOG , PI/PM , PJK RBT
1 DELIMA BM , BI , MATH , SAINS MUZIK
RK SEJ , GEOG , PI/PM , PJK ASK
MUZIK
1 GELIGA BM , BI , MATH , SAINS
RK (DLP) SEJ , GEOG , PI/PM , PJK ASK, MUZIK
BC/BT
1 INTAN (DLP ) BM , BI , MATH , SAINS RBT,PSV
1 MUTIARA SEJ , GEOG , PI/PM , PJK BC /BT
1 NILAM BM , BI , MATH , SAINS RBT,PSV
1 ZAMRUD SEJ , GEOG , PI/PM , PJK BC /BT
BM , BI , MATH , SAINS RBT, PSV
SEJ , GEOG , PI/PM , PJK BC /BT
BM , BI , MATH , SAINS
SEJ , GEOG , PI/PM , PJK

20

Tingkatan 2 MATA PELAJARAN TERAS MATA PELAJARAN WAJIB
NAMA KELAS BM , BI , MATH , SAINS BAHASA JEPUN
2 BERLIAN SEJ , GEOG , PI/PM , PJK RBT/PSV
RK BM , BI , MATH , SAINS RBT
2 DELIMA SEJ , GEOG , PI/PM , PJK MUZIK
RK ASK
2 GELIGA BM , BI , MATH , SAINS MUZIK
RK (DLP) SEJ , GEOG , PI/PM , PJK
ASK, MUZIK
2 INTAN BM , BI , MATH , SAINS BC/BT
SEJ , GEOG , PI/PM , PJK RBT,PSV
2 MUTIARA BM , BI , MATH , SAINS BC /BT
SEJ , GEOG , PI/PM , PJK RBT,PSV
2 NILAM BM , BI , MATH , SAINS BC /BT
SEJ , GEOG , PI/PM , PJK RBT, PSV
2 ZAMRUD BM , BI , MATH , SAINS BC /BT
SEJ , GEOG , PI/PM , PJK

21

Tingkatan 3 MATA PELAJARAN TERAS MATA PELAJARAN WAJIB
NAMA KELAS BM , BI , MATH , SAINS BAHASA JEPUN
3 BERLIAN SEJ , GEOG , PI/PM , PJK RBT , PSV
RK BM , BI ,MATH , SAINS
3 GELIGA SEJ , GEOG , PI/PM , PJK ASK,MUZIK
RK BM , BI , MATH , SAINS
3 DELIMA SEJ , GEOG , PI/PM , PJK RBT
RK MUZIK
BM , BI , MATH , SAINS ASK,PSV,
3 NILAM SEJ , GEOG , PI/PM , PJK BC/BT

3 INTAN (DLP) BM , BI , MATH , SAINS ASK
SEJ , GEOG , PI/PM , PJK MUZIK, BC /BT
3 ZAMRUD BM , BI , MATH , SAINS RBT,PSV
SEJ , GEOG , PI/PM , PJK , BC /BT
3 MUTIARA
BM , BI , MATH , SAINS RBT,PSV
SEJ , GEOG , PI/PM , PJK , BC /BT

22

Tingkatan 4 MATA PELAJARAN TERAS MATA PELAJARAN ELEKTIF

NAMA KELAS BM /BI /MATH /SEJ / MATEMATIK TAMBAHAN / BIOLOGI /

4 BERLIAN PI/PM /PJK/ FIZIK / KIMIA/B.CINA/B.TAMIL
STEM
4 DELIMA BM /BI /MATH /SEJ / MATEMATIK TAMBAHAN / BIOLOGI /
STEM
4 GELIGA PI/PM /PJK/ FIZIK / KIMIA/B.CINA/B.TAMIL
STEM
4 INTAN BM /BI /MATH /SEJ / MATEMATIK TAMBAHAN / SAINS
STEM PI/PM /PJK/ KOMPUTER / SAINS SUKAN / FIZIK /
KIMIA/B.CINA/B.TAMIL

BM /BI /MATH /SEJ / MATEMATIK TAMBAHAN / SAINS /
PI/PM /PJK/ SAINS SUKAN / EKONOMI / PRINSIP
AKAUN / B.CINA/B.TAMIL

4 MUTIARA PSV/
BM /BI /MATH /SEJ / PRINSIP AKAUN / EKONOMI /

STEM & SASTERA PI/PM /PJK/ SIVIK / SAINS B.CINA/B.TAMIL
IKHTISAS

4 NILAM BM /BI /MATH /SEJ / GEOGRAFI / SAINS RUMAH TANGGA /
SASTERA PI/PM /PJK/ SIVIK / SAINS PSV/B.CINA/B.TAMIL
STEM &
IKHTISAS

4 ZAMRUD BM /BI /MATH /SEJ / MPV : TANAMAN
MPV
PI/PM /PJK/ SIVIK / SAINS MAKANAN/PENYEDIAAN MAKANAN

23

Tingkatan 5 MATA PELAJARAN TERAS MATA PELAJARAN ELEKTIF

NAMA KELAS BM /BI /MATH /SEJ / MATEMATIK TAMBAHAN / BIOLOGI /

5 BERLIAN PI/PM /PJK/ SIVIK / FIZIK / KIMIA/B.CINA/B.TAMIL
STEM
5 DELIMA BM /BI /MATH /SEJ / MATEMATIK TAMBAHAN / BIOLOGI /
STEM
5 GELIGA PI/PM /PJK/ SIVIK / FIZIK / KIMIA/B.CINA/B.TAMIL
STEM
5 INTAN BM /BI /MATH /SEJ / MATEMATIK TAMBAHAN / SAINS
STEM PI/PM /PJK/ SIVIK / KOMPUTER / FIZIK /
KIMIA/B.CINA/B.TAMIL

BM /BI /MATH /SEJ / MATEMATIK TAMBAHAN / SAINS SUKAN

PI/PM /PJK/ SIVIK / / FIZIK / KIMIA/B.CINA/B.TAMIL

5 MUTIARA
BM /BI /MATH /SEJ / MATEMATIK TAMBAHAN / PRINSIP

STEM & SASTERA PI/PM /PJK/ SIVIK / SAINS AKAUN / EKONOMI /B.CINA/B.TAMIL
IKHTISAS

5 NILAM BM /BI /MATH /SEJ / GEOGRAFI / SAINS RUMAH TANGGA /
SASTERA PI/PM /PJK/ SIVIK / SAINS PSV/B.CINA/B.TAMIL
STEM &
IKHTISAS

5 ZAMRUD BM /BI /MATH /SEJ / MPV : TANAMAN
MPV
PI/PM /PJK/ SIVIK / SAINS MAKANAN/PENYEDIAAN MAKANAN

24

2.15 GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN

2.14.1 Membentuk panel pembuat soalan supaya soalan-soalan yang disediakan bermutu,
mengikut Format terkini piawaian LPM bagi memastikan kesahihan dan keboleh
percayaan yang tinggi.

2.14.1.1 Guru yang bertanggungjawab menyediakan kertas ujian / peperiksaan
hendaklah menyediakan Jadual Spesifikasi Item (JSI).

2.14.1.2 Kesukaran soalan hendaklah dibuat mengikut nisbah 5:3:2 dan 3:4:3(PT3).

2.14.1.3 Ujian diagnostik hendaklah dibuat dari masa ke masa untuk tujuan pengkayaan
dan pemulihan.

2.14.1.4 Soalan-soalan yang menyentuh perkara sensitif atau bercanggah dengan dasar
kerajaan hendaklah dielakkan.

2.14.2 Kertas soalan perlu mengandungi butiran seperti berikut:

2.14.2.1 Nama sekolah

2.14.2.2 Jenis Ujian / Peperiksaan

2.14.2.3 Mata Pelajaran

2.14.2.4 Tingkatan

2.14.2.5 Masa

2.14.2.6 Arahan kepada calon

2.14.3 Soalan-soalan hendaklah ditaip:

2.14.3.1 Pada kertas putih bersaiz A4

2.14.3.2 Dengan Font saiz 11

2.14.3.3 Tidak melebihi 2 lajur (column

2.14.4 Pada muka surat terakhir kertas soalan dicatatkan:

2.14.4.1 Nama penyedia soalan dan tandatangan

25

2.14.4.2 Nama Ketua Panita / GKMP dan tandatangan

2.14.5 Serahkan satu salinan soalan kepada En.Hizam Bin Ramli sekurang-kurangnya 14
hari sebelum tarikh peperiksaan untuk dicetak. Sebarang kelewatan penyerahan
adalah tanggungjawab guru berkenaan.

2.14.6 Kertas soalan yang telah siap dicetak hendaklah:
2.14.6.1 Diklip
2.14.6.2 Diagihkan mengikut bilangan murid dalam kelas
2.14.6.3 Dibungkus
2.14.6.4 Diserahkan ke bilik peperiksaan untuk disimpan selewat-lewatnya 3 hari
sebelum tarikh peperiksaan berkenaan.

26

DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

1.0 LATAR BELAKANG

Murid-murid merupakan aset penting kepada sekolah. Sehubungan itu segala perkara yang berkaitan
dengan murid hendaklah diuruskan dengan sebaik-baiknya berpandukan surat-surat pekeliling ikhtisas
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memantapkan pengurusan sub Unit HEM dengan menepati piawai dan format tindakan yang
dibenarkan mengikut surat pekeliling ikhtisas dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.2 Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid agar menjadi individu yang
seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran serta berfikiran kreatif dan kritis.

2.3 Memupuk potensi dan kebolehan murid ke tahap maksima dan menyuburkan potensi
kepimpinan.

2.4 Ke arah salah laku sifar dalam disiplin sekolah.
2.5 Mewujudkan budaya hadir penuh ke sekolah dan membasmi kes ponteng sekolah.
2.6 Meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah warga asrama.
2.7 Mewujudkan suasana sekolah yang selamat, bersih, ceria dan kondusif untuk pembelajaran.

3.0 MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

Kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada cara pengurusan sekolah mengurus hal-
hal berkaitan disiplin murid, sahsiah dan keakuran dan komitmen murid-murid terhadap peraturan
sekolah. Sehubungan itu, pengurusan hal ehwal murid telah menetapkan beberapa matlamat yang perlu
dan hendak dicapai. Matlamat-matlamat tersebut adalah:

27

3.1 Memastikan data maklumat murid sekolah ini lengkap dan kemaskini.
3.2 Memastikan murid sekolah ini sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
3.3 Memastikan murid sekolah ini mengamalkan “Gaya Hidup Sihat”.
3.4 Memastikan murid sekolah ini mendapat layanan yang adil dan seimbang daripada guru-guru.
3.5 Memastikan murid sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral seperti berikut:
3.5.1 ponteng sekolah
3.5.2 ponteng kelas
3.5.3 merokok
3.5.4 pergaduhan
3.5.5 berkelakuan lucah
3.5.6 membuli
3.5.7 kurang ajar atau biadap
3.5.8 merosakkan harta benda sekolah/awam (vandalisme)

3.6 Memastikan murid yang bermasalah ekonomi mendapat bantuan yang sewajarnya.
3.7 Memastikan murid yang bermasalah pembelajaran dibantu tanpa mengira latar belakangnya.
3.8 Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.
3.9 Memastikan murid sekolah ini sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga, harta benda sekolah
dan imej sekolah.

28

4.0 DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SMK ISKANDAR SHAH

4.1 DASAR 1: GURU

4.1.1. Diharapkan semua guru dapat menerima jawatan yang diamanahkan dengan
komitmen yang tinggi.

4.1.2. Diminta semua guru meneliti bidang tugas masing-masing seperti yang telah
dinyatakan dalam buku Manual Pengurusan dan Takwim SMK Iskandar Shah
tahun 2020 untuk tindakan (M/S: …. )

4.1.3. Laksanakan program yang telah dirancang dan kemukakan kertas cadangan
program untuk kelulusan.

4.1.4. Patuhi Arahan Perbendaharaan Dalam Pengurusan Kewangan.

4.1.5. Semua guru diminta meneliti dan mematuhi dasar pengurusan HEM SMK
Iskandar Shah.

4.1.6. Semua guru mesti mematuhi SPI Bil . 10/2001: Semua Guru Adalah Guru
Disiplin.

4.1.7. Perkara 6 SPI Bil.9 /1975 Peraturan-Peraturan Sekolah Untuk Murid :
melaksanakan peranan dan berfungsi sebagai guru pembimbing .

4.1.8. Semua guru di sekolah ini umpama ibu bapa kedua kepada semua murid.

4.1.9. Semua guru sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan murid dalam
semua bentuk tindakan dan keputusan yang dibuat. Semua guru perlu melayan
semua murid dengan adil, bertimbang rasa dan kasih sayang.

4.1.10 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/ 1975Disiplin di Sekolah: Adalah menjadi
tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan perangai yang
baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka
untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah
laku yang baik dan buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap
murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu
keputusan yang baik.

29

4.1.11 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995 :Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah

 pihak sekolah hendaklah memastikan tindakan mengatasi masalah ponteng
dilakukan secara bersungguh-sungguh dan berterusan. Segala panduan yang
terdapat di dalam Buku Panduan Mengatasi Masalah Ponteng dilaksanakan
sepenuhnya.

 Pihak sekolah hendaklah merealisasikan Sekolah Penyayang, Pelajar-pelajar
berhak disayangi, dikasihi, dikasihani dan dibimbing. Dengan ini pelajar akan
terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah.

 Memastikan Briged Komuniti/PIBK dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai
matlamatnya sama ada di peringkat Negeri, Bahagian/Daerah dan sekolah.

 Memastikan bahawa Jawatankuasa Disiplin Sekolah atau Lembaga Tatatertib
sentiasa proaktif dengan menggariskan program dan aktiviti yang berupaya
mencegah salahlaku ponteng sejak awal-awal lagi terutamanya sebelum sesi
persekolahan bermula.

4.1.12 Semua guru mesti membantu pihak pengurusan sekolah untuk melaksanakan
dan menguatkuasakan dasar-dasar dalam pengurusan HEM / Peraturan Sekolah
bagi memastikan kemenjadian murid, mematuhi SPI Hukuman yang dilarang
serta rekodkan tindakan prevensi dan intervensi yang telah dilaksanakan.

4.2 DASAR 2: KEMASUKAN PELAJAR

4.2.1 Sekolah ini menerima kemasukan murid dari pelbagai kaum mengikut syarat Sekolah Kawalan
dan Kelas Rancangan Khas yang ditetapkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan
4.2.2 Pendidikan Negeri. Ibu bapa yang bercadang untuk menempatkan anak di sekolah ini perlu
4.2.3 mengemukakan laporan disiplin dan prestasi akademik anak mereka dan akan dimaklumkan
dalam tempoh 7 hari oleh pihak sekolah.

Setiap maklumat murid akan didaftarkan dalam Buku Rekod Pendaftaran, sistem maklumat
murid (SMM), Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM), Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) dan
Buku Kedatangan Murid.

Setiap murid yang berpindah masuk ke sekolah ini akan ditempatkan di kelas-kelas berdasarkan
prestasi akademik.

30

4.2.4 Setiap maklumat murid asrama akan dimasukkan dalam Sistem Maklumat Asrama (SMA).

4.3 DASAR 3: DISIPLIN PELAJAR

4.3.1 Setiap murid diwajibkan membaca, memahami dan mengamalkan peraturan berpandukan
4.3.2 “Buku Peraturan Sekolah” yang wajib dibeli di Koperasi SMK Iskandar Shah oleh setiap pelajar.
4.3.3
Murid yang melanggar peraturan sekolah akan diambil tindakan disiplin dan direkodkan
4.3.4 kesalahan tersebut dalam sistem e-Disiplin.
4.3.5
4.3.6 Ibu bapa atau penjaga kepada murid yang melakukan kesalahan disiplin akan dimaklumkan
melalui surat amaran dan dipanggil untuk hadir ke sekolah atau asrama bagi tujuan
perbincangan.

Sekolah akan mengamalkan pendekatan sistem e-Disiplin dalam menangani permasalahan
disiplin murid.

Ibu bapa atau penjaga kepada murid yang tidak hadir ke sekolah perlu memaklumkan secara
lisan dan mengemukakan surat sakit daripada hospital atau klinik kepada pihak sekolah.

Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab akan dikira ponteng sekolah dan surat amaran
akan dihantar mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

4.4. DASAR 4: KESELAMATAN MURID

4.4.1 Memastikan sekolah memiliki dokumen undang-undang, peraturan, Ordinan Pelajaran,Surat
Pekeliling Ikhtisas, Surat Siaran dan arahan-arahan berkaitan.

4.4.2 Memastikan semua staf sekolah membaca dan memahami dokumen undang-undang, peraturan
dan Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan.

4.4.3 Memastikan semua undang-undang, peraturan dan Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan dipatuhi
oleh semua staf sekolah.

4.4.4 Memaklumkan kepada pelajar dan ibubapa penjaga semua undang-undang, peraturan dan Surat
Pekeliling Ikhtisas yang berkaitan.
31

4.4.5. Tindakan J/Kuasa Keselamatan :

 menetapkan “Polisi Sekolah Selamat”.

 mengenalpasti kawasan/lokasi berisiko yang boleh memberi ancaman keselamatan kepada
murid dan warga sekolah seterusnya:
 Meletakkan papan tanda kawasan larangan
 Meletakkan papan tanda/label amaran/bahaya

 Mengenalpasti peralatan/fizikal/tumbuh-tumbuhan yang merbahaya dan boleh memberi
ancaman keselamatan / kecederaan seperti :
 pokok berduri dicantas/dipotong
 tombol pintu rosak ditampal dengan pelekat kuning
 Longkang / lubang merbahaya ditutup/dicat garisan kuning sebagai amaran
bahaya Mengenalpasti kawasan/lokasi berisiko yang boleh memberi ancaman
keselamatan dan jenis-jenis ancaman kepada murid dalam lingkungan radius 5 km
di luar kawasan .

 Menetapkan tatacara keselamatan murid pergi dan balik sekolah

 Mengenalpasti laluan selamat dalam kawasan sekolah

 Melabelkan amaran bagi laluan / kawasan bahaya yang boleh memberi ancaman
keselamatan dan ancaman kecederaan

 Mempamerkan papan tanda / poster tatacara keselamatan

 Mempamerkan tatacara keselamatan dan amaran keselamatan di bilik-bilik khas dan
kawasan padang/gelanggang permainan

 Membuat pemeriksaan peralatan keselamatan dan peralatan cegah kebakaran.

 Memberi taklimat keselamatan dan kawad kebakaran kepada semua murid dan warga
sekolah.

 Merancang dan melaksanakan latihan kawad kebakaran sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
o kali pertama bagi mengenalpasti jangka masa pengosongan bangunan

32

o Kali kedua praktikal mencegah kebakaran bersama pasukan bomba dan penyelamat

 Melaporkan sebarang kerosakkan fizikal yang boleh memberi ancaman keselamatan /
kecederaan kepada KPT untuk tindakan baik pulih dan penggantian yang baru.

 Semua guru-guru tingkatan:

o Semua guru yang bertanggungjawab menguruskan bilik-bilik khas seperti Makmal,
Bilik KHB, Bilik Komputer, Bilik Guru, Bilik MPV dan lain-lain

o Diminta mempamerkan manual / arahan keselamatan di bilik khas masing-masing.
Papan tanda “amaran” dan “ kawasan larangan” perlu dipamerkan .

4.4.6 Keselamatan murid akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan
sekolah pada waktu persekolahan, waktu aktiviti kokurikulum dan ketika berada di asrama.

4.4.7 Ibu bapa atau penjaga yang ingin membawa murid keluar pada waktu persekolahan perlu
mengisi borang kebenaran masuk di balai pengawal dan menyerahkan kepada pentadbir di
pejabat untuk ditandatangani.

4.4.8 Murid yang ingin keluar pada waktu persekolahan untuk mendapatkan rawatan perlu mengisi
borang kebenaran keluar dan menyerahkannya di balai pengawal. Ibu bapa atau penjaga yang
sah sahaja dibenarkan membawa murid keluar dari kawasan sekolah pada waktu
persekolahan.

4.4.9 Murid asrama yang ingin keluar (outing) perlu mendapatkan kebenaran warden asrama.

4.4.10 Semua murid di sekolah ini dilindungi oleh Skim Insuran Takaful Malaysia.

4.4.11 Semua murid diwajibkan mengisi Borang Kebenaran Ibu Bapa atau Penjaga sebelum menyertai
aktiviti di luar sekolah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.5 DASAR 5: KESIHATAN PELAJAR

4.5.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan murid sentiasa baik melalui program-
program yang dirancang seperti :
4.5.1.1 Pemeriksaan gigi
4.5.1.2 Pemeriksaan kesihatan dan suntikan
4.5.1.3 Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

Kesihatan

33

4.5.1.4 Ceramah dan kempen kesihatan

4.5.2 Mendapatkan maklumat tahap kesihatan murid daripada ibu bapa atau penjaga.

4.5.3 Penjaga akan dihubungi sekiranya murid didapati tidak sihat semasa berada di sekolah.
4.5.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital tanpa menghubungi ibu bapa

atau penjaga terlebih dahulu bagi kes-kes kronik.
4.5.5 Murid yang sakit di rumah dinasihatkan tidak hadir ke sekolah tetapi terus ke hospital

atau klinik bagi mendapatkan rawatan.

4.5 DASAR 6: KEBAJIKAN PELAJAR

4.6.1 Murid-murid yang menghadapi masalah khususnya masalah kewangan akan cuba dibantu
melalui jawatankuasa kebajikan yang ada di peringkat sekolah.

4.6.2 Pihak sekolah akan cuba membantu murid yang bermasalah agar dapat meneruskan
persekolahan mereka di sekolah ini.

4.7 DASAR 7: LAWATAN KELUAR SEKOLAH
4.7.1 Guru-guru yang ingin membuat lawatan sambil belajar bersama murid hendaklah
mematuhi Peraturan-peraturan. Lawatan oleh JPNM dan KPM.
4.7.2 Sekolah hanya dibenarkan mengadakan lawatan sambil belajar dua kali(2) sahaja
dalam waktu persekolahan untuk tahun semasa.
4.7.3 Sebarang permohonan lawatan sambil belajar hendaklah mendapat kebenaran
daripada Pengetua.
4.7.4 Murid-murid yang menyertai lawatan hendaklah mendapat kebenaran daripada
ibubapa dengan mengisi ‘borang kebenaran ibubapa’.
4.7.5 Permohonan keluar Melaka hendaklah dibuat 5 minggu lebih awal dan Jika
menggunakan bas sekolah hendaklah membuat tempahan awal dengan Pn. Faizah

34

Mazlan. Nisbah guru- guru pengiring dengan murid hendaklah juga dipatuhi iaitu
10:1.

4.7.6 Keselamatan dan kebajikan murid-murid adalah menjadi tanggungjawab guru
pengiring.

4.8 DASAR 8: PERANAN GURU TINGKATAN

4.8.1 Rekod kehadiran murid dalam APDM adalah dokumen rasmi yang akan diaudit dan dipantau oleh
PPD, JPN dan KPM. Oleh itu guru tingkatan perlu :

 Pastikan maklumat dalam APDM adalah betul / sah dan telah dilengkapkan dan
dikemaskini.

 Kemaskini rekod kehadiran murid pada setiap hari dalam APDM menggunakan id dan kata
laluan guru tingkatan masing-masing.

 Pada setiap hujung bulan guru tingkatan perlu mengesahkan rekod kehadiran murid
dalam APDM dan mencetak untuk rekod dan simpanan pihak sekolah.

 Pastikan setiap murid telah didaftarkan dalam buku daftar sekolah dan nombor daftar
murid dicatatkan.

 Pastikan nama murid yang sudah berhenti sekolah/dibuang sekolah telah dikeluarkan
dari APDM.

 Sila maklumkan kepada PT Rintis/Guru Data Maklumat untuk keluarkan data murid dari
APDM.

4.8.2. Tindakan terhadap murid tidak hadir ke sekolah :

 Dapatkan maklumat dengan cara:
 Guru tingkatan hubungi penjaga murid menerusi telefon (pastikan ada rekod).
 Tindakan lawatan ke rumah murid oleh guru tingkatan/Guru B&K (rekod & pelaporan)
 Failkan surat makluman penjaga dan sijil sakit doktor.
 Tandakan status kehadiran murid dalam APDM. Bagi murid yang ditahan dalam lock
up, status kehadiran adalah “tidak hadir bersebab”.

35

 Dashboard KPM akan memunjukkan peratus kehadiran murid setiap hari dan dipantau
oleh KPM, JPN & PPD. KPI KPM/KPPM ialah % kehadiran minima 95%

 Maklumkan kepada PT Rintis/ Guru Data % kehadiran setiap hari
 Maklumat murid yang berhenti sekolah dan yang dikenakan tindakan gantung dan buang

sekolah wajib dimaklumkan kepada PT Rintis/ Guru Data untuk tindakan
pengemaskinian data APDM.
 Tindakan Murid Ponteng Sekolah :
1. Dapatkan maklumat ketidakhadiran murid
2. Telefon penjaga
3. Surat Amaran 1, 2, dan 3 (Akhir)
4. Surat Buang Sekolah isi dengan lengkap kemudian hantar ke pejabat untuk tujuan rekod amaran.
5. Sila ‘KEY IN’ dalam sistem ‘online’ SSDM,APDM
4.8.3 Kedudukan murid dalam kelas hendaklah mengikut RIMUP / PERPADUAN dan PAK 21
4.8.4 Setiap kelas hendaklah mempamerkan :
 carta organisasi kelas ,
 jadual waktu kelas,
 jadual bertugas .
 pelan kedudukan murid.
4.8.5 Program / aktiviti Keceriaan kelas hendaklah djalankan dengan kadar segera.
4.8.5 Pastikan perabot dalam kelas mencukupi dan sebarang kekurangan dan kerosakan sila lapor
dengan segera.
4.8.6 Pastikan peralatan kebersihan & keceriaan kelas lengkap dan mencukupi. (Penyapu,pengaut
sampah,bakul sampah,pemadam papan hitam)
4.8.7 Pastikan setiap murid memiliki :Buku Maklumat Murid
 Buku /Kad Kesihatan Murid

36

 Buku Rekod Kokurikulum

 Nombor Daftar Murid dalam Buku Daftar Sekolah dan Maklumat Murid Dikemaskini
4.8.8 Pastikan maklumat APDM murid lengkap dan kemaskini.
4.8.9 Kenalpasti murid miskin /kurang bernasib baik dan anak yatim yang memerlukan bantuan dari

segi kebajikan.
4.8.10 Kenal pasti murid yang bermasalah disiplin (untuk tindakan intervensi seterusnya

pengecualian sebarang bentuk bantuan)
4.8.11 Kenalpasti murid bukan warganegara Malaysia

4.8.12 Pastikan semua murid telah menjelaskan semua bayaran yang telah ditetapkan.

4.9 DASAR 9: GURU BERTUGAS

4.9.1. Pastikan data kehadiran murid ke sekolah dikumpulkan dan dianalisa setiap hari.

4.9.2. Analisa kehadiran murid mingguan juga hendaklah dilengkapkan dan dilaporkan dalam laporan
guru bertugas mingguan.

4.9.3. Buku Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas hendaklah dilengkapkan oleh guru bertugas
mingguan setelah pemantauan dan pemeriksaan dijalankan

4.9.4. Buku laporan kantin sekolah dilengkapkan oleh guru bertugas mingguan setelah pemantauan
dan pemeriksaan dijalankan. Jika ada isu atau kes serius berhubung pengurusan dan
perkhidmatan kantin sekolah perlu dimaklumkan segera secara lisan kepada GPK HEM dan J/K
Kantin sekolah.

4.9.5. Guru yang namanya di atas sekali adalah ketua kepada guru bertugas mingguan dan
bertanggungjawab untuk menyelaraskan agihan tugas bagi guru yang bertugas pada minggu
berkenaan.

4.9.6. Setiap hari mesti ada guru bertugas di pintu pagar pada waktu pagi bagi memantau kehadiran
murid dan pada waktu balik bagi memantau pengurusan murid pada waktu balik sekolah.
Seorang guru bertugas perlu berada di tapak perhimpunan pada waktu pagi.

4.9.7. Kenderaan murid tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam kawasan sekolah.
37

4.9.8. Motosikal murid hendaklah diletakkan di kawasan parkir motosikal murid yang telah
ditetapkan dengan teratur. Murid berkenaan perlu mempunyai lesen memandu yang sah dan
motosikal perlu ada cukai jalan serta ditampal pelekat SMK Iskandar Shah.

4.9.9. Murid dilarang menunggang motosikal dalam kawasan sekolah (kod e-SSDM:K01)

4.9.10. Murid sakit semasa sesi persekolahan : -sila hubungi penjaga terlebih dahulu

DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM

38

1.0 LATAR BELAKANG

Kokurikulum merupakan pelengkap kepada kurikulum dan pembangunan diri murid secara menyeluruh.
Aktiviti ini boleh dilaksanakan di dalam atau di luar kelas mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Sebagai
sebahagian dari kurikulum , penglibatan semua murid dan masyarakat adalah perlu, berasaskan
anggapan bahawa,

1.1 Semua murid harus mempunyai keseimbangan perkembangan mental dan sahsiah yang
bersepadu

( Sosial, jasmani dan rohani ).
1.2 Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan.
1.3 Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri dan rakan sebaya.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menyemai kesedaran murid terhadap agama dan kepercayaan kepada tuhan.
2.2 Menyeimbangkan perkembangan mental dengan rohani, jasmani dan emosi murid.
2.3 Mengukuhkan perhubungan antara murid di dalam dan di antara sekolah.
2.4 Membina dan meningkatkan minat murid dalam aktiviti yang diceburi.
2.5 Membina dan meningkatkan disiplin murid.
2.6 Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.
2.7 Membina kerjasama dua hala antara sekolah dan masyarakat.
2.8 Mewujudkan sekolah berwatak.

39

3.0 DASAR AM

3.1 PELAKSANAAN

3.1.1 Definisi

Kegiatan kokurikulum ialah apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pdpc yang
memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, nilai dan
kemahiran yang diperolehi di dalam kelas.

3.1.2 Jenis-jenis Aktiviti

Sekolah boleh menubuhkan persatuan berdasarkan kriteria yang berikut:

3.1.2.1 Mata Pelajaran yang diajar di sekolah
3.1.2.2 Sukan dan permainan
3.1.2.3 Unit Beruniform
3.1.2.4 Lain-lain yang diluluskan oleh pendaftar

3.1.3 Peruntukan Masa

Peruntukan masa seminggu bagi sekolah menengah ialah 180 minit.

3.1.4 Tugas dan Tanggungjawab Guru
40

Pengetua sebagai Penolong Pendaftar mempunyai kuasa melantik guru sebagai penasihat bagi
menjalankan tugas-tugas dalam kegiatan kokurikulum berdasarkan peruntukan yang sedia ada.

3.2 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

Pengetua hendaklah menubuhkan Organisasi Pengurusan kokurikulum Sekolah untuk membantu
pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan meningkatkan kecemerlangannya di sekolah berasaskan kepada :

3.2.1 Fungsi dan tanggungjawab setiap ahli
3.2.2 Kekerapan mengadakan mesyuarat
3.2.3 Pembentukan jawatankuasa kecil
3.2.4 Pelaporan berkala
3.2.5 Dokumentasi

4.0 DASAR KHAS

4.1 BIDANG KOKURIKULUM

Setiap pelajar dimestikan menyertai 3 bidang kegiatan kokurikulum manakala setiap guru mesti menjadi
penasihat kepada ketiga-tiga bidang tersebut iaitu:

4.1.1 Satu Persatuan (Lampiran IA) dan Kelab (Lampiran IB)
4.1.2 Satu Unit Beruniform (Lampiran II )
4.1.3 Satu Kelab Sukan dan Permainan ( Lampiran III )

41

4.1.4 Setiap sekolah mesti menubuhkan Pasukan KRS
4.1.5

4.2 BILANGAN AHLI

4.2.1 Nisbah guru : pelajar = 1 : 15-20
4.2.2 Semua Kelab dan Persatuan : 32-35 ahli
Kecuali Memanah : minimum 15 ahli
4.2.3 Semua Pasukan Beruniform : 32-35 ahli setiap platon
4.2.4 Bagi memberi peluang penglibatan, setiap pelajar hanya dibenarkan menjawat

satu jawatan utama kelab / persatuan sahaja.

4.3 HARI DAN MASA PERJUMPAAN

4.3.1 Jadual perjumpaan mingguan adalah seperti di Lampiran IV.

4.3.2 Perhimpunan Khas Pasukan seragam akan diadakan sekali setiap bulan seperti
dalam takwim sekolah.

4.3.3 Setiap hari perjumpaan kokurikulum (hari Rabu), guru / pelajar digalakkan
memakai seragam pasukan masing-masing. Pelajar yang mendapat bantuan
pakaian diwajibkan memakainya.

4.3.4 Setiap pelajar diwajibkan hadir pada setiap kali kegiatan dijalankan berdasarkan
jadual yang telah diberikan. Tidak hadir aktiviti kokurikulum boleh diambil
tindakan yang sama seperti ponteng kelas atau ponteng sekolah.

4.3.5 Kegiatan kokurikulum akan dibatalkan atas sebab-sebab berikut :

4.3.5.1 Cuaca ( hujan lebat atau ribut petir )
42

4.3.5.2 Masalah Wabak Penyakit & Keselamatan
4.3.5.3 Acara rasmi yang berlangsung di sekolah
4.3.5.4 Atas arahan Pengetua / PPD / JPN / KPM

4.4 TUGAS KHUSUS GURU PENASIHAT

4.4.1 Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti
berikut :

4.4.1.1 Menyediakan perancangan strategik, pelan taktikal dan pelan operasi.

4.4.1.2 Menggubal perlembagaan.

4.4.1.3 Mengadakan Mesyuarat Agung dan melantik jawatankuasa.

4.4.1.4 Merekod kehadiran murid dan laporan aktiviti mingguan secara atas
talian di dalam laman kelab/persatuan masing-masing.

4.4.1.5 Mengambil tindakan terhadap ahli yang ponteng (dalam e- Disiplin)

4.4.1.6 Membuat Rumusan Penilaian Markah Kokurikulum 10%.

4.4.1.7 Mengisi borang maklumbalas selepas sesuatu penyertaan luar sekolah
dan serah sesalinan kepada Penyelaras/ SU kokurikulum dalam
tempoh seminggu.

4.4.1.8 Mengadakan dan mengemaskini fail folio.

4.4.1.9 Menyediakan sijil pelajar untuk AJK dan kejayaan aktiviti dalaman.

4.4.1.10 Sentiasa bersama membimbing pelajar semasa aktiviti dalaman / luar
sekolah.

4.4.1.11 Mengambil tindakan perlu untuk menjamin keselamatan diri dan
pelajar.

43

4.5 LAPORAN AKTIVITI DAN DOKUMENTASI

4.5.1 Laporan Aktiviti

4.5.1.1 Setiap persatuan / pasukan / kelab sukan/ mesti ada laman (site) dan
4.5.1.2 fail folio.
4.5.1.3
Mesti dikemaskini dan kongsikan (share) kepada Penyelaras dan
4.5.1.4 Setiausaha Kokurikulum setiap minggu untuk disemak.

Dokumen asas Muka surat 1 hingga 6 dan senarai ahli hendaklah
dilengkapkan untuk tindakan Pengetua sebagai Penolong Pendaftar
sebelum 31 Januari tahun semasa.

Guru Penasihat boleh melatih Setiausaha Kelab / Persatuan masing-
masing untuk mengemaskini laman dan fail. Walau bagaimanapun
tanggungjawab sepenuhnya masih di bawah Guru Penasihat.

4.5.2 Dokumentasi dan Fail

Selain laman (site) , setiap persatuan / pasukan / kelab sukan perlu menyediakan fail folio yang
dilengkapkan dengan maklumat dan dokumen seperti ditetapkan.

4.6 KAD KOKURIKULUM, BUKU PENILAIAN KOKURIKULUM DAN PENTAKSIRAN AKTIVITI
JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK).

4.6.1 Kad Kokurikulum

44

Kad Kokurikulum mencatatkan rekod kehadiran, kegiatan dan pemarkahan tahunan. Setiap pelajar perlu
ada 3 kad kokurikulum dan disimpan oleh Guru-guru Penasihat masing-masing. Guru Penasihat perlu
pastikan semua ahli mempunyai kad, dikemaskini setiap minggu dan serahkan kepada Guru Tingkatan
ahli kelab/persatuan masing-masing pada atau sebelum 15 Oktober tahun semasa serta dikemaskini
dalam Borang Rumusan Penilaian Kokurikulum secara ‘off-line’

4.6.2 Borang Rumusan Penilaian Kokurikulum

Guru Kelas hendaklah membuat rumusan secara ‘online’ pemarkahan kokurikulum (PAJSK) bagi semua
pelajar dalam kelas masing-masing menggunakan Borang Rumusan Penilaian Kokurikulum yang
disediakan. Borang yang telah dilengkapkan hendaklah di serahkan kepada SU Kokurikulum pada atau
sebelum 31 Oktober tahun semasa

4.6.3 Pengiktirafan Markah Penilaian Kokurikulum (PAJSK)

Semua markah yang boleh dimasukkan dalam pemarkahan PAJSK adalah berdasarkan aktiviti yang
diiktiraf oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia serta
mengikut garis panduan PAJSK yang dikeluarkan oleh KPM.

4.6.4 Markah Penilaian Kokurikulum (PAJSK) Bagi Calon SPM dan Calon PT3.

Setiausaha Kokurikulum menyediakan analisis markah 5 tahun bagi calon-calon SPM pada atau sebelum
tamat hari persekolahan. Markah penilaian Kokurikulum(PAJSK) perlu disediakan oleh SU Kokurikulum
untuk ditandatangani oleh Pengetua dan diserahkan kepada calon-calon bersama-sama dengan Slip
Keputusan SPM. Manakala guru-guru kelas Tingkatan 3 hendaklah mengemaskini pencapaian
kokurikulum(PAJSK) pelajar dalam kelas masing-masing untuk di isi dalam talian selewatnya 15 Oktober
tahun semasa . Sijil penilaian Kokurikulum(PAJSK) perlu disediakan oleh SU Kokurikulum untuk
ditandatangani oleh Pengetua dan diserahkan kepada calon-calon bersama-sama dengan Slip Keputusan
PT3.

45

Mulai tahun 2017, SEGAK dikendalikan sepenuhnya bawah Unit Kurikulum, bawah pentadbiran
GKMP KEMANUSIAAN – bidang mata pelajaran PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN tidak lagi di
bawah bidang kuasa Unit Kokurikulum. Hanya PAJSK sahaja akan dikendalikan oleh Unit Kokurikulum.

4.7 PENYERTAAN KEGIATAN LUAR SEKOLAH

4.7.1 Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan di peringkat Daerah,
Negeri dan Kebangsaan adalah bergantung kepada persiapan dan kesediaan
sesebuah pasukan.

4.7.2 Pihak sekolah melalui Guru Penasihat akan berusaha untuk mencungkil dan
memperkembangkan bakat murid ke tahap yang lebih tinggi melalui :

4.7.2.1 Latihan yang bersistematik
4.7.2.2 Kelengkapan yang sempurna
4.7.2.3 Pertandingan Dalaman
4.7.2.4 Penyertaan yang aktif

4.7.3 Murid akan diberikan elaun makan / wang saku seperti berikut ( tertakluk kepada
kedudukan kewangan semasa).

4.7.3.1 Wang saku (separuh hari@ kurang 6 jam) RM4.00 sehari
4.7.3.2 Makan Minum (sehari) RM6.00 sehari
4.7.3.3 Peringkat kebangsaan RM50.00 sekaligus (PIBG)
4.7.3.4 Peringkat antarabangsa RM100.00 sekaligus (PIBG)

46

Bayaran para 1 dan 2 di atas adalah diuruskan sendiri oleh Guru Pembimbing/Pengiring yang berkenaan
dengan mengemukakan senarai peserta dan sesalinan surat punca kuasa kepada kerani kewangan.
Bayaran akan dibuat sekiranya makan / wang saku tidak disediakan penganjur atau mana mana pihak.
Semua tuntutan harus dibuat selewat-lewatnya satu minggu sebelum aktiviti / pertandingan.

4.7.4 Sekiranya penyertaan berkenaan mendapat kejayaan dan hadiah iringan wang
tunai, maka ketetapan agihan wang berkenaan akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Induk Kokurikulum sekolah yang dipengerusikan oleh tuan
pengetua.

4.7.5 Pihak sekolah tidak akan menguruskan mana-mana kegiatan aktiviti persatuan/kelab/badan
beruniform/sukan dan permainan yang tidak tersenarai dalam Lampiran IA/IB/II/III/V

4.8 PENGHARGAAN

Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada murid yang mengharumkan nama sekolah melalui
pertandingan seperti berikut :

4.8.1 Pencapaian Keseluruhan
Hadiah Bernilai RM/seorang
47

Peringkat

Johan Naib Johan Ketiga

Negeri 30.00

Kebangsaan 50.00 40.00 30.00
70.00 50.00
Antarabangsa 100.00

4.8.2 Anugerah Pencapaian mengikut Kelab / Persatuan / Pasukan

Kategori dan Hadiah bernilai RM

Lelaki Terbaik Perempuan Pasukan Terbaik
Terbaik

Sukan Permainan Piala dan Piala dan Sijil dan RM 100.00
RM50.00 RM50.00
(Tidak termasuk

Sukan PLD)

Kelab Persatuan Piala dan Piala dan Sijil dan RM 100.00

RM50.00 RM50.00

Unit Beruniform Piala dan Piala dan Sijil dan RM 100.00

RM50.00 RM50.00

Sukan Tahunan Piala dan Piala dan Sijil dan RM 100.00
Sekolah
RM50.00 RM50.00

48

4.8.3 Anugerah Pencapaian Antara Kelab / Persatuan / Pasukan

Kategori Johan Naib Johan

Papan Kenyataan Sijil dan RM Sijil dan RM 50
Terbaik 100

Taman Angkat Terbaik Sijil dan RM Sijil dan RM 50
100

Buku Pelaporan Sijil dan RM Sijil dan RM 50
Terbaik 100

4.8.3.1.1 Semua akan disampaikan semasa Majlis Anugerah Kokurikulum Sekolah kecuali Acara Sukan
Sekolah.

4.8.3.2 Kategori anugerah dan nilai hadiah yang dinyatakan tertakluk kepada peruntukan dan
persetujuan Ahli Mesyuarat Kokurikulum yang dipengerusikan Pengetua.

LAMPIRAN IA - SENARAI PERSATUAN
BIL PERSATUAN
1. BAHASA MELAYU
2. BAHASA INGGERIS
3. BAHASA TAMIL
4. BAHASA CINA
5. SEJARAH
6. GEOGRAFI

49

7. PENDIDIKAN ISLAM
8. PENDIDIKAN SENI VISUAL
9. MATEMATIK
10. DOKTOR MUDA
11. ERT/KATERING
12. ROBOTIK
13. BAHASA JEPUN
14. MUZIK

LAMPIRAN IB - SENARAI KELAB
BIL PERSATUAN
1. KELAB KOPERASI
2. PERPUSTAKAAN/NILAM
3. KELAB USAHAWAN MUDA
4. KELAB KOMPUTER/MULTIMEDIA
5. KELAB PRS/SLAD
6. KELAB PENGGUNA
7. KELAB ALAM SEKITAR
8. KELAB SPBT
9. KELAB 3P
10. KELAB STEM/INOVASI
11. KELAB PELABURAN BIJAK
50


Click to View FlipBook Version