The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DASAR PENGURUSAN SEKOLAH 2020(23.12. 3 ptg

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shamsiahsmkis, 2019-12-23 07:44:57

DASAR PENGURUSAN SEKOLAH 2020(23.12. 3 ptg

DASAR PENGURUSAN SEKOLAH 2020(23.12. 3 ptg

12. KELAB KOMPANG
13. KELAB BIMBINGAN DAN KERJAYA/ KPJ
14. KELAB RUKUN NEGARA
15. KELAB KEBUDAYAAN
16. KELAB HAK ASASI MANUSIA
17. KELAB CATUR

LAMPIRAN II – SENARAI UNIT BERUNIFORM
BIL UNIT BERUNIFORM
1. PENGAKAP
2. KADET BERSATU MALAYSIA
3. PANDU PUTERI
4. BULAN SABIT MERAH
5. PUTERI ISLAM
6. KADET POLIS
7. KADET REMAJA SEKOLAH
8. KADET BOMBA
9. SENI SILAT GAYONG
10. TAEKWANDO
11. KASPA

LAMPIRAN III – SENARAI PASUKAN/ KELAB SUKAN DAN PERMAINAN
51

BIL KELAB SUKAN DAN PERMAINAN
1. HOKI
2. BOLA TAMPAR
3. BOLA SEPAK
4. BOLA BALING
5. BOLA JARING
6. SEPAK TAKRAW
7. BADMINTON
8. PING PONG
9. MEMANAH
10. PETANQUE
11. CATUR

LAMPIRAN IV – JADUAL PERJUMPAAN MINGGUAN

BIL HARI/MASA AKTIVITI

1. ISNIN 3:00 -4:30 PETANG LATIHAN PASUKAN SEKOLAH

2. SELASA 3:00 -4:30 LATIHAN RUMAH SUKAN
PETANG
(PEREMPUAN)

3. RABU 7:30 – 9:30 PAGI KELAB/PERSATUAN (MINGGU
GANJIL)

4. RABU 7:30 – 9:30 PAGI UNIT BERUNIFORM (MINGGU
GENAP)

52

5. KHAMIS 3:00 -4:30 LATIHAN RUMAH SUKAN (LELAKI)
PETANG

LAMPIRAN V – PERSATUAN/BADAN UNIFORM/SUKAN & PERMAINAN - PRA U

BIL PERSATUAN
1. BAHASA/SASTERA
2. EKONOMI/KEUSAHAWANAN
3. SEJARAH
4. PENGAJIAN AM
BIL BADAN BERUNIFORM/JATI DIRI
1. PENGAKAP KELANA
2. KELAB MALAYSIAKU
BIL SUKAN DAN PERMAINAN
1. OLAHRAGA
2. BOLA SEPAK/FUTSAL
3. BOLA JARING
4. BOLA TAMPAR
5. AEROBIK

DASAR PENGURUSAN TINGKATAN 6

53

1.0 MATLAMAT

Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan status sekolah ini. Dasar ini menjadi garis
panduan kepada perjalanan dan pengurusan tingkatan 6 sekolah ini.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2 Memantapkan pengurusan tingkatan 6.
2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan tingkatan 6 Jabatan Pendidikan Melaka.

3.0 DASAR AM

3.1 Dasar Pengurusan Tingkatan 6 sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana
sistem dan dasar pendidikan kebangsaan.

3.2 Kurikulum dan kokurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian
Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

3.3 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai kurikulum dan kokurikulum
tingkatan 6.

3.4 Setiap guru tingkatan 6 mesti terlibat dalam kegiatan kokurikulum pelajar tingkatan 6 sebagai
guru penasihat.

3.5 Setiap pelajar wajib melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum.

3.6 Setiap AJK unit mata pelajaran bertanggungjawab melaksanakan tugas kurikulum,

3.7 Selain untuk merangka program kecemerlangan dan melaksanakan program bagi menyokong
kejayaan dasar kurikulum sekolah serta meningkatkan pencapaian akademik.

4.0 DASAR KHAS

54

4.1 MESYUARAT

4.1.1 Jawatankuasa Pengurusan Tingkatan 6 akan bermesyuarat minimum 4 kali
setahun.

4.1.2 Agenda mesyuarat mengikut garis panduan pengurusan tingkatan 6.
4.1.3 Mesyuarat unit-unit akademik akan diadakan minimum 4 kali setahun. Minit perlu

diemel kepada Pengetua, GPK Tingkatan 6 dan sesalinan dalam fail unit.
4.1.4 Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan 3 hari sebelum tarikh mesyuarat oleh

setiausaha kurikulum tingkatan 6.
4.1.5 Mesyuarat akan dipengerusikan oleh pengetua atau pengetua mewakilkan GPK

Tingkatan 6 jika tidak hadir.
4.1.6 Semua guru tingkatan 6 wajib menghadiri mesyuarat pengurusan.

4.2 SISTEM FAIL
4.2.1 Fail Meja dan Fail Pengurusan Tingkatan 6 diuruskan oleh GPK Tingkatan 6.
4.2.2 Semua fail Unit Akademik Tingkatan 6, semua fail kokurikulum dan ko-akademik
perlu sentiasa kemas kini dan diletakkan di bilik GPK Tingkatan 6.
4.2.3 Semakan fail dibuat empat kali setahun oleh pihak pengurusan.

4.3 FOLIO
4.3.1 Semua guru tingkatan 6 yang dilantik atau belum dilantik perlu mempunyai 4 folio
iaitu:

4.3.1.1 Folio Pengajaran dan Pembelajaran
4.3.1.2 Folio Penilaian dan Pentaksiran

55

4.3.1.3 Folio Penyelidikan
4.3.1.4 Folio Kokurikulum

4.3.2 Kandungan folio harus dikendalikan dan diurus dengan lengkap serta memastikan
komponen setiap folio lengkap dan kemas kini.

4.4 JADUAL WAKTU

4.4.1 Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan dan
Pekeliling.

4.4.2 Jadual waktu tingkatan 6 adalah sebanyak 46 waktu seminggu, 8 waktu setiap
mata pelajaran dan 4 waktu setiap kertas.

4.4.3 4 waktu untuk sukan / permainan atau kokurikulum, 1 waktu untuk R&D dan 1
waktu untuk kolokium.

4.4.4 Bilangan waktu mengajar akademik ialah minimum 16 dan 24 waktu maksimum
bagi staf akademik tingkatan 6 dan 8 waktu bagi GPK Tingkatan 6.

4.4.5 Dasar pengagihan mata pelajaran berdasarkan opsyen, kepakaran guru dan
kepentingan sekolah.

4.4.6 Waktu pdp bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 2.30 petang
pada hari Isnin, Selasa dan Khamis, 12.05 tengah hari pada hari Jumaat dan hari
Rabu tertakluk kepada waktu kokurikulum.

4.4.7 Waktu berubah mengikut akta / pekeliling ikhtisas semasa.
4.4.8 Bilangan waktu mengajar bagi semua mata pelajaran termasuk MUET ialah lapan

waktu (30 minit setiap waktu).
4.4.8 Jumlah waktu keseluruhan pengajaran bagi setiap waktu mata pelajaran tingkatan

6 tidak boleh kurang daripada 320 minit.
4.5 PAKEJ MATA PELAJARAN

56

4.5.1 Setiap pakej yang diambil, pelajar wajib menghadiri kelas mata pelajaran berkenaan.
Pengambilan mata pelajaran di luar pakej, adalah menjadi tanggungjawab pelajar sendiri.

Pakej 1 Pengajian Am + Bahasa Melayu + Sejarah + Ekonomi +
Pakej 2 MUET

Pengajian Am + Bahasa Melayu + Sejarah + Sastera +
MUET

4.5 SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

4.5.1 Sukatan pelajaran yang terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia hendaklah diperolehi dan disimpan oleh Ketua Unit Mata Pelajaran serta
semua guru.

4.5.2 Salinan sukatan dan rancangan perlu disimpan dalam e-fail unit.

4.5.3 Semua guru tingkatan 6 yang telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia, menggunakan buku rekod mengajar secara ‘online’ dan hendaklah
dikongsi dengan Pengetua dan GPK Ting 6 setiap hari Jumaat persekolahan
minggu berkenaan.

4.5.4 Semua guru tingkatan 6 mesti membawa folio persediaan mengajar ( kertas
persediaan mengajar harian ) setiap kali masuk kelas.

4.5.5 Semua guru tingkatan 6 atas perlu menghabiskan sukatan pelajaran pada bulan
Ogos manakala tingkatan 6 bawah pada bulan September.

4.6 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

57

4.6.1 Peperiksaan Dalaman:
4.7.1.1 Peperiksaan Selaras
4.7.1.2 Peperiksaan / ujian bulanan bagi tingkatan 6 atas dan
peperiksaan akhir tahun bagi 6 bawah.

4.7.2 Peperiksaan Awam STPM:
4.7.2.1 Memastikan semua pelajar didaftar untuk menduduki
peperiksaan.
4.7.2.2 Memastikan semua pelajar diberi taklimat peraturan
peperiksaan.

4.7.3 Format Peperiksaan:
4.7.3.1 Peperiksaan Penggal mengikut format peperiksaan awam.
4.7.3.2 Semua pengendalian peperiksaan mengikut Standard
Peperiksaan Sebenar.
4.7.3.3 Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi.
4.7.3.4 Pembina soalan harus berpandu kepada Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU).

4.8 REKOD MARKAH

4.8.1 Markah peperiksaan akan diproses oleh guru mata pelajaran dan diserah
kepada guru kelas.

4.8.2 Slip keputusan akan ditandatangani oleh Pengetua dan GPK Tingkatan 6
sebelum diserah kepada pelajar untuk ditandatangani oleh ibu bapa.
58

4.8.3 Setiausaha peperiksaan / kurikulum perlu menghantar laporan analisis
kepada Unit Menengah JPM, Pengetua dan GPK Tingkatan 6 secara e-mel
dan dipautkan dalam dashboard ting 6.

4.9 PEMANTAUAN
4.9.1 Pengajaran dan pembelajaran guru / murid akan dicerap sekurang-
kurangnya 2 kali dalam setahun secara rasmi.
4.9.2 Guru-guru akan dicerap oleh Pengetua / GPK Tingkatan 6 mengikut jadual
pencerapan.
4.9.3 Ketua Unit digalakkan mencerap guru-guru di bawah unit masing-masing.

5.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
5.0.1 Ketua Unit terlibat sepenuhnya dalam menyediakan kertas kerja program
peningkatan pencapaian akademik.

59

PANDUAN MENGURUSKAN PERUNTUKAN

1. Semua panitia diberi peruntukan. Jumlah peruntukan yang diberi berdasarkan peruntukan
PCG 2019.

2. Peruntukan diberi mengikut kategori tertentu. Panitia dinasihatkan menggunakan
peruntukan mengikut kategori tersebut.

3. Pengerusi Panitia hendaklah memutuskan dalam mesyuarat tentang keperluan tahun 2019.
Senaraikan keperluan mengikut keutamaan dan membelinya juga mengikut keperluan dan
keutamaan, semua ahli panitia wajib tahu. Tidak digalakkan membeli lebih daripada
keperluan (menyimpan stok).

4. Semua pembelian mestilah mengisi BORANG NOTA MINTA untuk kelulusan pengetua.
5. Pesanan hendaklah dibuat melalui Borang Pesanan (LO) terlebih dahulu. LO yang telah

dilengkapkan hendaklah terlebih dahulu diluluskan oleh Pengetua sebelum dihantar kepada
pembekal.
6. Pengerusi Panitia bertanggungjawab memeriksa setiap alat / bahan yang dibeli agar sama
dengan spesifikasi yang dikehendaki. Setelah berpuas hati dengan kualiti dan kuantiti
barangan, copkan invois – masukkan ke dalam stok. Invois / bil yang telah dicop dan
dilengkapkan nombor stoknya hendaklah dihantar ke pejabat dalam masa 3 hari untuk
tujuan pembayaran. Barangan jenis habis guna juga wajib dicopkan - “Kegunaan Serta
Merta” pada invois / bil.
7. Jika sesuatu jenis alatan bernilai lebih RM 1,000.00, sila dapatkan sebut harga. Semua
maklumat sebut harga hendaklah difailkan. Pilih berdasarkan harga yang sesuai dengan
kualiti barangan. Jika barangan / alatan bernilai melebihi RM 2,000.00 seunit, sila dapatkan
kelulusan daripada Unit Kewangan JPM terlebih dahulu.
8. Panitia harus bijak memilih pembekal. Jangan membiarkan pembekal mempengaruhi kita
iaitu membeli tanpa mengambil kira mutu dan harga barangan.
9. Pastikan Pengerusi Panitia mengemaskinikan borang perbelanjaan setiap kali perbelanjaan
dibuat.
10. Sebarang kekeliruan atau kurang jelas, sila rujuk pentadbir.

PERINGATAN:PEMBELIAN YANG TIDAK IKUT PROSEDUR BUKAN TANGGUNGJAWAB PENTADBIR

60

61


Click to View FlipBook Version