The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-04256201, 2021-05-20 08:35:37

FINAL JURNAL KEPIMPINAN FASA 1

FINAL JURNAL KEPIMPINAN FASA 1

Pengenalan

Jurnal kepimpinan ini merupakan ringkasan kepada pendapat dan pandangan guru
pelatih terhadap sekolah. Jurnal ini juga merupakan jurnal yang memfokus kepada
pemerhatian guru pelatih terhadap nilai kepimpinan yang ditunjukkan oleh barisan
pentadbir, guru-guru serta seluruh warga sekolah.
Selain itu, jurnal ini juga mengandungi perkongsian guru pelatih berkenaan dengan
aktiviti-aktiviti serta pengalaman sepanjang menjalankan program perantis.

51

REFLEKSI TERHADAP
SEKOLAH DAN GURU-GURU

SM ST. MICHAEL

SEKOLAH MENENGAH ST. MICHAEL

Sekolah Menengah St. Michael secara umumnya merupakan salah satu 53
sekolah yang sangat dikenali di negeri Sabah khususnya. Sememangnya sekolah ini
terkenal atas faktor pencapaian akademiknya yang cemerlang walaupun bertaraf sekolah
luar bandar. Oleh itu, walaupun tidak pernah mengetahui dengan lebih dekat berkenaan
sekolah ini, namun nama sekolah ini tidak asing bagi saya.

15 Februari 2021 yang lalu merupakan pertama kali saya menjejakkan kaki ke
sekolah ini dan saya sangat kagum dengan tahap kebersihan sekolah ini. Selain itu,
susun atur dan landskap sekolah ini adalah sangat selesa dan kondusif untuk murid dan
seluruh warga sekolah. Bukan itu sahaja, pemandangan dan tumbuhan-tumbuhan yang
menghiasi seluruh kawasan sekolah ini sememangnya menggambarkan status sekolah ini
sebagai sekolah lestari. Kawasan sekolah ini juga mempunyai konsep informatif yang
mana setiap sudut atau ruang di sekolah ini mempunyai paparan informasi sekolah,
pencapaian-pencapaian sekolah dan juga maklumat-maklumat mata pelajaran yang
sangat berguna kepada murid. Selain dari aspek persekitaran, murid di sekolah ini juga
mempunyai tahap disiplin yang sangat baik dimana mereka sangat menghormati seluruh
warga sekolah dan bukan hanya guru-guru mereka namun juga kakitangan sekolah yang
lain.

SM ST. MICHAEL SEBAGAI SEKOLAH LESTARI

Tanaman kaktus di kaki lima pusat sumber Laluan dari Blok St. Michael ke St. Gabriel
berdekatan padang

Hasil arca pelajar di hadapan pusat sumber 54

Laluan berbumbung dari Blok St. Papan informasi nama-nama
Gabriel ke Blok St. Joseph tumbuhan di Blok St. Gabriel

Sudut informasi 55

Landskap berhadapan gym Pemandangan dari laluan
berbumbung ke arah blok St. Michael

Taman herba berdekatan Blok St. Hiasan tanaman bergantung 56
Gabriel bersebelahan dewan

"JANGAN HAIRAN, SEMUA GURU JALAN LAJU DI SEKOLAH INI"

Pertama kali berhubung dengan Puan Pengetua ialah melalui panggilan
telefon, dimana pada ketika itu saya menghubungi pihak sekolah atas tujuan
untuk bertanya berkenaan kesediaan pihak sekolah untuk menerima guru
pelatih.

Saya bersyukur kerana saya mendapat maklum balas yang positif dari Puan
Pengetua ketika itu walaupun saya berharap saya dapat datang sendiri ke
sekolah untuk mendapatkan kebenaran menjalankan program perantis.
Namun, oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya terpaksa
mendapatkan kebenaran hanya melalui panggilan telefon.

PUAN JENNIFER ASING Mengingat kembali pertemuan pertama dengan Puan Pengetua, Puan
PENGETUA CEMERLANG Jennifer Asing ialah pada hari pertama iaitu hari lapor diri pada 12 Mac 2021
yang lalu. Kata-kata beliau yang saya sentiasa akan ingat ialah "Jangan
SM ST. MICHAEL hairan, semua guru jalan laju di sekolah ini". Kata-kata tersebut memberi
gambaran yang jelas kepada saya bahawa saya harus sentiasa peka
dengan segala perkara yang berlaku di sekolah ini. Kata-kata itu juga
membuktikan bahawa segala proses atau gerak kerja di sekolah ini
dilaksanakan secara efektif dan efisien.

57

Sepanjang satu bulan menjalankan program perantis di sekolah ini, banyak nilai serta perkara
yang saya pelajari daripada Puan Jennifer Asing. Antara perkara yang sering beliau lakukan
adalah:
• Menunggu dan penyapa pelajar di hadapan pintu pagar sekolah. Selain itu, Puan Pengetua

juga selalu menyapa murid mahupun guru dimana pun beliau berada.
• Bersikap mesra dengan guru-guru dan menyebabkan guru-guru lain selesa dengan beliau.
• Menerapkan nilai kelestarian alam sekitar dimana beliau pernah mengingatkan pelajar

untuk tidak menggunakan pembungkus makanan polisterin.
• Sentiasa memberi kata-kata dorongan terhadap murid sebelum bermulanya sesi

persekolahan.
• Mengingati hampir setiap nama murid yang mana boleh menyebabkan murid rasa dihargai.
• Sentiasa melibatkan diri dalam semua aktiviti pengurusan termasuklah menunggu pelajar

SPM di kaunter pendaftaran semasa peperiksaan SPM.

58

Puan Pengetua menunggu pelajar di hadapan pintu pagar sekolah 59

"SO THIS IS THE ST. MICHEAL BLOCK, THERE IS THE
ST. JOSEPH BLOCK. THIS IS THE TEACHER'S
TOILET......."

PUAN JUDITH FIDELIS DONSIA Pada 15 Februari 2021, individu yang saya dan rakan guru pelatih lain 60
PEN. KANAN PENTADBIRAN jumpa di pejabat adalah Cikgu Judith. Ketika itu beliau kelihatan sedikit
SM ST. MICHAEL sibuk dan seperti ingin menyelesaikan sesuatu. Setelah beberapa
ketika, Cikgu Judith datang dan menyapa kami dan memperkenalkan
diri beliau. Setelah selesai urusan lapor diri, beliau terus membawa saya
dan rakan guru pelatih meninjau kawasan sekolah. Melalui pemerhatian
saya, saya dapat melihat kesungguhan dan kegigihan beliau untuk
memberi penerangan kepada kami. Walaupun terpaksa bergerak turun
naik tangga, beliau dengan petah menerangkan dan memperkenalkan
guru-guru lain kepada kami. Beliau berkata "So this is the St. Michael
block, there is the St. Joseph block. This is the teacher's toilet......".
Dengan intonasi yang sentiasa bertenaga, saya teruja melihat komitmen
yang Cikgu Judith berikan dalam membantu kami untuk berasa selesa
di sekolah ini. Saya terpegun melihat betapa beliau sangat bersemangat
ketika itu.

Selain itu, banyak perkara lain yang saya dapat pelajari daripada Puan Judith
sepanjang sebulan berada di sekolah ini, Antaranya ialah:

• Beliau sentiasa awal datang ke sekolah dan ini membuktikan beliau sentiasa
bersedia dalam menjalankan tugasannya.

• Sentiasa bersemangat dan sentiasa sibuk melakukan pekerjaannya yang
memperlihatkan bahawa beliau seorang yang bertanggungjawab.

Gambar menunjukkan Cikgu Judith merupakan individu pertama yang hadir ke sekolah dan terus 61
bersedia menyambut murid.

"NO, IT'S OKAY"

Interaksi pertama saya dengan Cikgu Ting adalah pada hari ketiga

saya berada di Sm St. Michael. Sejujurnya saya dan rakan guru pelatih

sedikit segan untuk berjumpa Cikgu Ting pada masa itu kerana kami

risau kehadiran kami ke bilik beliau akan mengganggu beliau.

Walaupun sedikit gementar, namun saya memberanikan diri dan

memberi tiga kali ketukan pada pintu bilik beliau. Dengan keizinan

beliau, kami masuk ke bilik beliau dan memperkenalkan diri kami dan

memberitahu beliau tujuan kami datang untuk berjumpa beliau.

Pertemuan yang berlangsung selama lebih kurang 30 minit itu

merupakan pertemuan yang penuh dengan informasi. Cikgu Ting

memberi penjelasan yang sangat teliti berkenaan dengan proses

pengurusan aktiviti kokurikulum sepanjang PKP. Kami terpegun dengan

penjelasan yang beliau berikan walhal beliau baru sahaja kembali

berkhidmat ke sekolah ini pada November 2020. Pencapaian

kokurikulum sekolah bermula daripada hampir sedekad lalu juga
ENCIK TING PICK KIENG dijelaskan oleh beliau. Selepas pertemuan pertama itu, kami sekali lagi

PEN. KANAN KOKURIKULUM berjumpa Cikgu Ting atas tujuan untuk mempelajari kaedah PdPR dan

SM ST. MICHAEL walaupun pada ketika itu beliau kelihatan sibuk, namun ayat yang
sering beliau ungkapkan apabila kami meminta maaf kerana

mengganggu beliau ialah "No, it's okay" sambil menunjukkan

senyuman beliau. 62

"KAMU OKAY JUGA?"

Cikgu Fong, saya dan dua rakan guru pelatih berjumpa Cikgu

Fong pada hari pertama kami datang ke Sm St. Michael. Pada

masa itu Cikgu Judith memperkenalkan kami kepada Cikgu Fong

kerana Cikgu Fong merupakan ketua bidang bahasa kemanusiaan

dan pengkhususan kami adalah dibawah bidang tersebut.

Interaksi seterusnya bersama Cikgu Fong adalah pada hari kedua

kami berada di sini dimana beliau datang berjumpa saya dan

rakan guru pelatih di bilik guru. Beliau membawa kami untuk

berjumpa dengan Guru Pembimbing kami iaitu Cikgu Josephine.

Kami berasa segan apabila Cikgu Fong sendiri datang berjumpa

kami walaupun pada masa itu beliau agak sibuk melakukan

persediaan untuk peperiksaan SPM 2020. Selepas itu, interaksi

bersama Cikgu Fong hanya apabila kamu terjumpa secara

PUAN FONG LING LING kebetulan. Namun, setiap kali terjumpa beliau, b6e3liau selalu
KETUA BIDANG KEMANUSIAAN bertanya soalan yang sama iaitu "Kamu okay juga?". Saya berasa

SM ST. MICHAEL terharu atas keprihatinan beliau.

GURU PEMBIMBING SAYA

ENCIK JOSEPHINE A JOSEPH Cikgu Josephine merupakan guru pembimbing saya dan seorang
KETUA PANITIA lagi rakan guru pelatih saya, Cikgu Andrea. Sepanjang sebulan
dibimbing oleh Cikgu Josephine, banyak ilmu dan tunjuk ajar yang
PEND. JASMANI DAN KESIHATAN telah beliau berikan sebagai persediaan kepada kami untuk menjadi
seorang guru mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan yang
berkredibiliti satu hari nanti. Beliau juga telah berkongsi kaedah
pengajaran yang beliau aplikasikan sepanjang PdPR ini dan melihat
sendiri cara beliau menjalankan PdP melalui Google Meet.
Perwatakan Cikgu Josephine yang selamba membuatkan saya
selesa untuk berkomunikasi dan meminta tunjuk ajar beliau. Antara
perkara yang kami telah pelajari adalah cara membuat RPH versi
PdPR, pengurusan stor sukan, cara menghasilkan soalan
peperiksaan dan perkara-perkara yang berkaitan. Terima kasih Cikgu
Jo.

64

Kelas PdPR melalui Google Meet bersama
Cikgu Josephine

Bersama Guru Pembimbing,

Cikgu Josephine

65

"SEORANG YANG PEMURAH
DENGAN SENYUMAN"

Cikgu Audrey merupakan Pembantu Penolong Kanan PUAN AUDREY CHERRY INSING
Petang di Sm St. Michael. Pertemuan pertama saya PEM. PK PETANG
dengan beliau adalah pada hari pertama berada di sini SM ST. MICHAEL
iaitu pada 15 Februari 2021 yang lalu. Sejak dari hari 66
pertama berada di sini, beliau sentiasa mesra dan sangat
meramah dengan saya dan rakan guru pelatih yang lain.
Melihat dari interaksi beliau dengan guru-guru dan murid di
sekolah ini, saya percaya beliau merupakan seorang yang
sangat disenangi oleh seluruh warga sekolah ini. Setiap
kali terjumpa beliau, beliau sentiasa tersenyum dan
menyapa saya dengan mesra. Selain itu, saya selalu
melihat beliau sentiasa bersemangat menjalankan PdPR
beliau di bilik guru. Terima kasih Cikgu Audrey.

Cikgu Audrey yang sentiasa fokus melakukan kerja beliau 67

Cikgu Cheong adalah guru mata pelajaran Kimia di Sm PUAN CHEONG SING LERH
St. Michael, beliau juga merupakan Setiausaha SPM GURU SM ST. MICHAEL
bagi tahun 2020. Saya berjumpa dengan Cikgu Cheong
pada hari pertama berada di sekolah ini dan mula 68
berinteraksi berkaitan dengan hal pengurusan
peperiksaan SPM. Sepanjang bekerja bersama beliau,
beliau sememangnya seseorang yang tegas dan sangat
jelas dalam memberi arahan. Saya juga sangat kagum
melihat Cikgu Cheong kerana walaupun beliau tengah
sarat mengandung, beliau sangat komited dalam
melakukan tanggungjawabnya sebagai setiausaha
SPM. Saya belajar banyak perkara berkaitan
pengurusan SPM melalui beliau dan saya juga dapat
memahami selok belok pengurusan sekolah semasa
persediaan peperiksaan SPM.

CIK GOH SIAW PHING Cikgu Goh merupakan individu pertama yang saya jumpa pada hari perta,a
GURU KAUNSELING menjejakkan kaki ke sekolah ini kerana pada hari tersebut, beliau berdiri
bersebelahan pondok keselamatan untuk menunggu ketibaan para pelajar.
SM ST. MICHAEL Perkara yang paling menarik perhatian saya semasa pertama kali berjumpa
beliau ialah pakaian beliau yang mana pada hari tersebut beliau memakai
baju berwarna merah hati. Cikgu Goh terus menyapa saya dan rakan guru
pelatih sebaik sahaja beliau melihat kami. Saya sangat terkejut dengan
kemesraannya. Sepanjang 4 minggu berada di sini, setiap hari saya
sentiasa tertanya-tanya tentang apakah pakaian yang akan Cikgu Goh
pakai kerana beliau sentiasa berpakaian kemas dan menarik. Walaupun
tidak berpeluang melakukan sebarang tugasan dengan beliau namun saya
berpeluang untuk bercerita dengan beliau setiap pagi semasa menunggu
kedatangan pelajar. Beliau juga ada berkongsi pengalaman beliau
sepanjang menjadi pendidik khususnya Guru Kaunseling. Pengalaman yang
beliau kongsikan sangat menarik dan memberi semangat kepada saya
untuk menjadi pendidik.

69

CABARAN

Umum mengetahui bahawa cabaran utama yang dihadapi pada hari ini ialah pandemik
Covid-19, dan isu ini bukan sahaja menjejaskan sektor pendidikan pada dasarnya namun
banyak lagi aspek-aspek lain yang turut terjejas. Justeru itu, sepanjang sebulan berada di
Sm St. Michael, saya tidak menghadapi sebarang masalah dari segi menyesuaikan diri
dan sebagainya. Namun, masalah utama bagi saya ialah tidak lain dan tidak bukan
adalah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah yang terpaksa menggunakan
medium teknologi seperti Google meet dan sebagainya. Masalahnya adalah seperti murid
yang tidak mempunyai capaian internet yang baik tidak dapat menghadirkan diri ke kelas
dan interaksi serta komunikasi bersama murid menjadi terbatas. Walaupun begitu, saya
sangat bersyukur atas bantuan serta tunjuk ajar yang ditunjukkan oleh guru-guru di
sekolah ini. Hal ini kerana, tunjuk ajar mereka membantu saya untuk mengatasi sebarang
permasalahan yang timbul di samping membuatkan saya dapat menghabiskan program
perantis ini pada masa yang ditetapkan.

70

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKUKAN SEPANJANG PPG2

Menunggu pelajar hadir ke sekolah 71

Bersiap sedia menunggu pelajar bersama rakan Memerhatikan pelajar mencatatkan suhu badan
guru pelatih, Cikgu Dani masing-masing

72

Mengingatkan pelajar untuk mengisi borang Pelajar yang tidak mempunyai kertas
deklarasi kesihatan sebelum masuk ke bilik peperiksaan hadir untuk kelas bimbingan bagi

peperiksaan kertas seterusnya

73

Melihat keadaan bilik SPBT yang dikendalikan oleh Cikgu Daina 74

Melihat fasiliti-fasiliti sukan di Sm St. Michael 75

Bertugas menjaga laluan pelajar SPM Bertugas memantau pelajar peperiksaan SPM di blok St.
Joseph semasa rehat bersama Cikgu Andrea

76

Cikgu Goh menerangkan kepada ibu pelajar
berkenaan penyerahan Bantuan Awal
Persekolahan (BAP)

Cikgu Audrey menyerahkan RM100
kepada ibu pelajar

77

Bertugas menunjukkan arah kepada Ibu bapa yang datang untuk mengambil BAP
ibu bapa yang datang untuk
mengambil BAP 78

Set soalan peperiksaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang dihasilkan 79



TERIMA KASIH SM ST. MICHAEL

80

3 AUGUST – 16 OCTOBER 2020

ANDREA JANIS

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

81

ISI KANDUNGAN • BIODATA GURU PELATIH
• PENGHARGAAN
• REFLEKSI
• MINGGU 1
• GURU YANG DIPERHATIKAN SEPANJANG MINGGU 1
• GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG MINGGU 1

5. MINGGU 2
• GURU YANG DIPERHATIKAN SEPANJANG MINGGU 2
• GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG MINGGU 2

6. MINGGU 3
• GURU YANG DIPERHATIKAN SEPANJANG MINGGU 2
• GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG MINGGU 2

7. MINGGU 4
• GURU YANG DIPERHATIKAN SEPANJANG MINGGU 2
• GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG MINGGU 2

82

BIODATA GURU
PELATIH

NAMA : ANDREA JANIS

PROGRAM : ISMP (PENDIDIKAN JASMANI)

TEMPOH PRAKTIKAL : 4 MINGGU (15 FEB - 12 MAC 2021)

NAMA SEKOLAH : SM St. MICHAEL, PENAMPANG

GURU PEMBIMBING : En. JOSEPHINE AGUSTINE JOSEPH

PENSYARAH PENYELIA: PROF. MADYA DR AZALI BIN RAHMAT

83

PENGHARGAAN

Salam sejahtera saya ucapkan kepada seluruh warga Sekolah Menengah St. Micheal,
Penampang. Pertama sekali saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan
Pengetua iaitu Puan Jennifer Asing kerana menerima kami dengan baik untuk kami
menjalankan Program Perantis 2 di sekolah ini. Walaupun sebelum ini kami telah cuba
memohon di tempat lain yang lebih dekat dengan tempat kami namun di sebabkan
pandemik ramai sekolah yang menolak kehadiran kami untuk sebab-sebab tertentu.

Seterusnya, saya juga ingin berterima kasih kepada cikgu Judith Donsia kerana banyak
membantu kami guru-guru praktikal dalam memulakan tanggungjawab kami selama
berada di sekolah ini. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada guru pembimbing
kami iaitu cikgu Josephine Agustine Joseph kerana memberi kerjasama yang baik kepada
kami untuk kami menyiapkan tugasan laporan kami. Meskipun dalam masa yang sama
beliau ditugaskan sebagai pengawas peperiksaan SPM 2020, beliau masih mencari masa
untuk membantu dan menjawab segala persoalan kami. Terima kasih atas masa dan
tenaga yang diberikan.

84

Tidak lupa juga kepada guru-guru lain yang turut membantu kami guru-guru praktikal supaya lebih
menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah. Nasihat dan dorongan yang baik tatkala berjumpa dan
berselisih di kawasan sekolah sangat membantu kami. Walaupun kami tidak berkesempatan berjumpa
dengan semua guru dan juga murid di sekolah ini, namun sedikit sebanyak kami belajar dan memahami
pembelajaran dengan kaedah baharu sepanjang Pembelajaran dan Pengajaran semasa perintah kawalan
pergerakan (PKP) melalui pemerhatian kami dengan guru-guru secara langsung di bilik guru.

Akhir sekali, saya memohon maaf kepada warga SM St. Micheal, Penampang sekiranya terdapat
salahlaku atau terkasar bahasa sepanjang saya berada di sekolah ini. Semoga suatu hari nanti, saya
menjadi guru yang berdedikasi dan berfalsafah tinggi sama seperti guru-guru di sekolah ini untuk membina
insan yang cemerlang dari aspek sukan dan akademik.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

ANDREA JANIS 85
Guru Pelatih

REFLEKSI GURU PELATIH

Sepanjang menjalankan Program Perantis 2 (PPG2) di Sekolah Menengah St. Micheal, Penampang, saya
sangat teruja dan sedikit gemuruh untuk memulakan latihan saya di sekolah ini. Awalnya, tanggapan saya
terhadap sekolah ini adalah hanyalah sekolah harian biasa sama seperti sekolah lama saya. Namun,
apabila saya memasukki sekolah ini, saya baharu tahu bahawa sekolah ini merupakan sekolah kluster
kecemerlangan (SKK). Saya berasa sangat bertuah kerana dapat berada di sekolah ini dan mengenali lebih
dekat lagi dengan sekolah ini. Saya juga bangga dapat menjalankan program perantis guru walaupun
sebentar di sekolah yang mana merupakan antara sekolah tertua di Sabah.

Pada hari pertama saya berada di sekolah ini, saya hadir bersama-sama sahabat saya iaitu
Norsyazana binti Mohd Tamrin untuk melaporkan diri. Di bahagian depan perkarangan sekolah, saya dapati
ada beberapa orang guru sedang menyambut kedatangan para murid dan mengawal prosedur operasi
standard (SOP) setiap pelajar yang datang. Dengan norma yang baharu, setiap guru dan juga murid perlu
melakukan pemeriksaan suhu dan menandakan kedatangan masing-masing setiap hari. Oleh kerana
kedatangan murid ke sekolah hanya bagi tingkatan lima yang bakal mendudukki peperiksaan SPM 2020
maka tidak terlalu banyak pelajar untuk dipantau.

86

Melalui pemerhatian saya terhadap disiplin pelajar, sikap murid bagi tingkatan lima yang hadir
sangatlah memberangsangkan. Dari segi sikap murid, mereka semua menunjukkan sikap menghormati
guru-guru dan juga kakitangan sekolah. Dari segi kehadiran murid, hampir semua murid tingkatan lima hadir
ke sekolah sama ada semasa peperiksaan mahupun kelas tambahan. Oleh sebab saya tidak
berkesempatan bersama-sama dengan murid yang lain, saya tidak dapat melihat secara langsung keadaan
sekolah yang mempunyai murid yang ramai Keadaan kawasan sekolah yang agak sunyi kerana ketiadaan
murid ke sekolah dan juga bilangan guru-guru yang datang juga kurang adalah sedikit sebanyak membuka
fikiran saya bahawa kesan pandemik ini sangatlah besar cabarannya baik guru mahupun murid. Dalam
pemerhatian saya kepada sistem PdPR yang dijalankan oleh beberapa orang guru melalui dua kaedah iaitu
melalui whatsapp group dan juga google meet khususnya bagi Pendidikan Jasmani, kehadiran murid kurang
menggalakkan bagi kelas-kelas tertentu seperti tingkatan 3B dan 3D. Melalui whatsapp group, bagikelas
tingkatan 3D lambat dan kurang memberikan respon kepada guru manakala bagi tingkatan 3B melalui
google meet pula hampir separuh sahaja yang hadir. Situasi pembelajaran seperti ini kemungkinan
memberikan masalah kepada murid yang tidak mempunyai rangkaian di tempat tinggal mereka.

87

Selain itu, guru-guru di sekolah yang saya dapat bersama-sama sepanjang melaksanakan PPG 2 juga
memberi banyak kenangan untuk saya dan rakan-rakan yang menjalankan praktikal. Guru-guru yang
sangat peramah, selalu mengambil berat dan sentiasa ada masa menjawab segala persoalan yang kami
ajukan. Ciri-ciri guru yang saya suka lihat dan akan saya jadikan role model suatu hari nanti antaranya
adalah cikgu Judith, cikgu Cheong, cikgu Audrey, cikgu Hildah, cikgu Asnizah, cikgu Fong, cikgu Hanis,
cikgu Goh, Dr Ma dan cikgu Josephine. Mereka antara guru-guru yang saya sering dapat lihat secara
langsung di kawasan sekolah dan menunjukkan ciri-ciri falsafah keguruan yang tinggi.

Semoga suatu hari nanti, saya menjadi salah seorang guru yang mempunyai ciri-ciri falsafah keguruan
yang tinggi seperti guru-guru yang saya lihat di SM St. Micheal, Penampang. Semoga pengalaman ini
adalah pengalaman manis walaupun hanya sebentar berada di sekolah ini. Semoga suatu hari nanti juga,
saya diberi peluang lagi untuk datang di sekolah ini untuk mengajar ataupun mengadakan aktiviti di sekolah
ini. Saya berdoa agar sekolah ini terus cemerlang, kukuh dan mempunyai kesatuan antara semua warga
sekolah SMSM.

88

MINGGU 1

Minggu pertama kami berada di sekolah ini, saya bersama-sama dua rakan praktikal iaitu Norsyazana
dan Daniella tiba di sekolah untuk melapor diri dengan pengetua. Namun sebelum itu, disebabkan Puan
Pengetua sedikit terlambat pada hari itu, cikgu Judith selaku Penolong Kanan Pentadbiran memperkenalkan
kami kepada guru-guru di ruangan pejabat pentadbiran, setelah itu, kami di bawah lagi ke blok seterusnya
dan memperkenalkan kami bangunan dan juga ruangan yang ada di sekolah itu. Cikgu Judith mempunyai
semangat tinggi dan kekuatan yang sangat luar biasa yang saya dapat lihat iaitu melalui cara cikgu Judith
bercakap dan berjalan ke satu tempat ke tempat lain dengan sangat laju.

Tidak lama kemudian, kami berjumpa dengan Puan Pengetua di ruang biliknya. Beliau berperwatakan
sangat peramah kepada kami dan memberitahu kami sedikit sebanyak tentang Sekolah Menengah St.
Micheal, Penampang. Saya sangat kagum dengan personaliti beliau, tanggungjawab yang beliau berikan
terhadap murid dan sekolah iaitu dengan menggalas jawatan sebagai pengetua cemerlang. Beliau sangat
memberikan kami dorongan dan semangat untuk belajar dan mendapatkan ilmu di sekolah ini.

Hari kedua kami melihat kawasan-kawasan sekolah bermula daripada kantin, sekitar tanaman-
tanaman, blok st. Joseph, St. Gabriel dan St. Rafael. Apa yang saya kagum dan memukau mata adalah
keindahan tanaman-tanaman yang berada di kawasan sekolah ini kerana sangat banyak dan terjaga dengan
baik. Seterusnya, saya dan Norsyazana dibawa oleh cikgu Fong untuk berjumpa dengan cikgu Jo iaitu guru
pembimbing kami. Cikgu Jo memberi kami maklumat bagaimana kelas PdPR yang dibawanya sebelum ini
dan bagaimanakah respon yang diberikan oleh pelajar.

89

Hari seterusnya, kami berjumpa dengan Penolong Kanan Kokurikulum iaitu cikgu Ting Pick Kieng di biliknya
untuk bertanya beberapa soalan berkenaan dengan perjalanan kokurikulum di sekolah ini.

Pada sabtu minggu pertama sebelum bermulanya peperiksaan SPM 2020 pada 25 Februari 2021,
kami diajak untuk turut terlibat dengan perjumpaan bersama-sama dengan guru-guru yang bertugas
sepanjang SPM berlangsung untuk taklimat berkenaan dengan perjalanan SPM dan bagi mengawal
bergerakan pelajar supaya sentiasa mematuhi SOP. Cikgu Judith memaklumkan kami dan membawa kami
masuk melalui link google meet yang disediakan.

90

GURU YANG DIPERHATIKAN
MINGGU 1

91

PENGETUA SEKOLAH

Pada minggu pertama ini, saya ada perhatikan beberapa orang guru yang sering
saya lihat di awal pagi persekolahan. Guru-guru ini merupakan guru yang terawal
datang ke sekolah dan semasa saya sampai sekolah sekitar jam 6.18 pagi, beliau
sudah berada di perkarangan sekolah. Beliau merupakan pengetua sekolah sendiri
sedang berdiri memandang para murid yang masuk di perkarangan sekolah. Beliau
menyapa setiap murid yang datang seolah-olah seperti anak dan ibu. Hubungan
yang mesra antara murid dan pengetua yang saya lihat di sekolah ini sangat
menggambarkan sememangnya perlu dicontohi oleh setiap sekolah. Pengetua
sendiri telah memberikan gambaran dan role model yang baik kepada murid-
muridnya. Dengan begitu, murid-murid juga akan mengikuti teladan yang sama
dengan apa profesion seorang pengetua yang berwibawa kelak.

Selama seminggu saya berada di sekolah ini, beliau sentiasa hadir
sebelum jam 6.20 pagi lagi. Berdiri di hadapan perkarangan sekolah, sambil
menunggu murid-murid yang dikasihinya sudah menjadi kebiasaan bagi beliau.
Selain itu, setiap hari kata-kata beliau sering berkumandang di corong pembesar
suara dimana beliau bertanggungjawab menyampaikan makluman yang terakhir
kepada anak-anak murid berkenaan dengan prosedur operasi standard (SOP)
kepada murid-murid supaya dipatuhi, nasihat dari segi disiplin dan berkenaan
persediaan SPM 2020 yang tidak lama lagi akan berlangsung.

Semasa berjumpa dengan beliau semasa melapor diri di hari pertama, saya
sangat tertarik dengan kata-kata Puan Pengetua yang mana beliau mengatakan
guru-guru di sekolah ini berjalan cepat dan saya dapat lihat sendiri rata-rata guru-
guru di sekolah ini bergerak ke satu tempat ke tempat lain dengan sangat pantas.

92

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Cikgu Judith merupakan guru kedua yang saya perhatikan selepas Puan

Pengetua. Beliau memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di

sekolah ini. Sebelum saya dan rakan-rakan saya berjumpa dengan pengetua

sekolah, beliaulah yang kami berjumpa terlebih dahulu. Cikgu Judith seorang

yang peramah, beliau memberitahu kami apa yang perlu kami buat dan

menyerahkan kami kepada guru pembimbing kami masing-masing. Beliau

sangat aktif dan sentiasa bertenaga sepanjang saya berada di sekolah ini.

Setiap pagi beliau sentiasa tiba awal di sekolah. Sesekali saya pernah tiba

seawal 6.15 pagi di sekolah, beliau terlebih dahulu sudah sampai di kawasan

sekolah dan menyiapkan segala peralatan SOP dan kehadiran murid. Saya

sangat tabik dengan cikgu Judith kerana menjalankan tanggungjawabnya

dengan begitu baik dan penuh tanggungjawab.

Selain itu, saya dapat tahu melalui perkongsian guru di bilik guru yang

PN. JUDITH FIDELIS DONSIA mana cikgu Judith cekap dalam melakukan tugasnya seperti menyiapkan
PK PENTADBIRAN
soalan peperiksaan lebih awal. Cikgu Judith selain rajin, beliau sangat
peramah dengan guru-guru lain dan kaki tangan sekolah. Bagi kami guru-guru

pelatih, beliau juga antara yang sangat prihatin dan memberikan galakkan

yang mendorong kepada kami dalam menyiapkan laporan kami dan

membimbing kami dalam membuat jurnal ini.

93

GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG
MINGGU - 1

94

Menyambut kedatangan murid

Guru-guru praktikal bagi PPG 1 dan
PPG 2 di minggu pertama
persekolahan

Membantu membina set soalan

tingkatan 2

95

Memantau SOP di laluan blok Bertugas menyambut kedatangan dan memastikan murid
St.Micheal hadir

96

MINGGU 2

Minggu ini merupakan minggu bermulanya peperiksaan SPM 2020 bagi murid tingkatan lima pro max. Tidak 97
seperti kebiasaan seperti minggu lepas, hari ini kelihatan lebih ramai guru-guru yang hadir ke sekolah
dengan berpakaian formal. Jika sebelum ini, guru-guru berpakaian semi formal kerana kehadiran ke
sekolah tidak diwajibkan. Di perkarangan sekolah di sepanjang minggu peperiksaan ini, guru-guru yang
bertugas siap menjalankan tugas yang diberikan seperti yang telah dimaklumkan di dalam mesyuarat
sebelum ini. Manakala, kami barisan guru-guru praktikal juga turut diberikan tugasan mengikut jadual yang
disediakan dan akan membantu guru-guru pada bila-bila masa sahaja apabila diperlukan. Setelah semua
murid hadir, kami akan mengemas kembali peralatan SOP dan simpan di pejabat pentadbiran.

Sepanjang minggu ini, apa yang telah saya lakukan adalah setiap pagi saya menyambut kedatangan
murid dan memastikan mereka menandatangani kehadiran di buku kehadiran yang di sediakan dan juga
memastikan mereka mengambil borang pengesahan kesihatan. Setiap murid yang datang, saya akan
memastikan sama ada mereka membawa segala peralatan yang diperlukan dan memberikan kata-kata
semangat “all the best” sebelum mereka masuk di bilik peperiksaan. Semasa waktu rehat pula, saya dan
rakan guru praktikal ditugaskan untuk memastikan SOP di beberapa laluan pergerakan murid ke tandas,
kantin dan kelas berada dalam berjalan dengan baik.

Minggu ini, saya dapat lihat proses perjalanan dan pengurusan murid yang menjalankan peperiksaan
SPM 2020 dengan suasana yang baru dan penuh SOP. Saya dapat lihat juga bagaimana guru-guru yang
bertugas menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Di sekolah ini juga,
saya dapat rasakan dorongan penuh daripada guru-guru dan pengetua untuk memastikan murid-murid
dapat hadir sekaligus memberikan kata-kata semangat yang terakhir buat murid yang mereka kasihi.

GURU YANG DIPERHATIKAN
MINGGU KE-2

98

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Cikgu Ting merupakan Penolong Kanan Kokum di sekolah ini,
Walaupun cikgu Ting masih baru di sekolah ini, melalui penjelasannya
mengenai perjalanan Kokurikulum di sekolah ini, beliau sangat
berpandangan jauh dan mempunyai gaya kepimpinan yang tinggi
untuk menjalankan tugasnya sebagai PK Kokum. Saya kagum dengan
perjalanan pencapaian sekolah ini dari segi kokurikulum sehingga ke
tahap antarabangsa. Saya teruja mendengar penjelasan daripada
cikgu Ting tentang matlamat dan usaha yang bakal dijalankan dengan
lebih sistematik untuk perjalanan kokurikulum di sekolah ini. Dari
pemerhatian saya juga, cikgu Ting sentiasa berpakaian smart casual di
kawasan sekolah dan mencerminkan diri sebagai profesion keguruan
yang berketerampilan.

99

PEMBANTU PENOLONG
KANAN PETANG

Pn. Audrey Cherry Insing Cikgu Audrey merupakan Pembantu Penolong Kanan Petang di sekolah
Pem. PK Petang ini. Selama saya menjalankan PPG 2 di sekolah ini, cikgu Audrey tidak
pernah tidak hadir ke sekolah. Beliau sangat rajin, bertanggungjawab,
peramah dan sentiasa menyapa kami guru-guru praktikal yang masih
kekok berada di sekolah ini.

Di bilik guru, cikgu Audrey yang menunjukkan tempat untuk kami
guru-guru pratikal. Setiap persoalan yang kami ajukan kepada cikgu, pasti
akan dijawabnya walaupun dia sentiasa sibuk. Selain itu, saya sering
melihat cikgu Audrey menjalankan PdPR nya di dalam bilik guru dengan
sangat tekun. Saya sangat tabik dengan cikgu Audrey kerana dia sangat
bertanggungjawab dengan tugasnya dan tidak pernah mensia-siakan
masa yang ada.

100


Click to View FlipBook Version