The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-04256201, 2021-05-20 08:35:37

FINAL JURNAL KEPIMPINAN FASA 1

FINAL JURNAL KEPIMPINAN FASA 1

GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG
MINGGU KE-2

101

Bertugas sebagai memantau kedatangan pelajar
dan memantau SOP

pergerakan murid di laluan

102

Melawat sekitar stor PJ dan stor
sukan sekolah bersama guru
pembimbing

103

Membantu membina set soalan
peperiksaan bagi tingkatan 4

104

MINGGU 3

Dalam minggu ketiga ini, saya seperti biasa juga menjalankan tugas rutin di bahagian kedatangan pelajar

ke sekolah dan memastikan murid yang datang ke bilik peperiksaan dalam keadaan yang sihat dan tidak

terlupa membawa peralatan untuk peperiksaan. Sekitar jam 7.30 pagi, saya dan rakan guru praktikal

mengemas peralatan SOP dan kehadiran murid ke pejabat pentadbiran.

Sekiranya kami tidak bertugas sementara murid menduduki peperiksaan, saya mengambil

kesempatan menyiapkan laporan yang diminta oleh pensyarah kami yang perlu di hantar selepas sahaja

tamat program ini. Pada 2 mac 2021, saya bertugas di bahagian blok St. Micheal memantau

pergerakan dan SOP murid. Sepanjang saya bertugas, terdapat beberapa orang murid yang tidak

memakai pelitup muka dan berkumpul di satu meja dan saya menegur dan menyuruh mereka supaya jaga

jarak dan kembali memakai pelitup muka. Namun, murid tersebut degil dan dengan nada yang kasar
mengatakan “nanti saya pakai bah”. Kemungkinan saya menganggu emosi mereka saat itu. Namun

begitu, saya sangat kagum dengan murid-murid di sekolah ini kerana mempunyai rasa hormat yang tinggi

terutamanya kepada guru-guru dengan cara memberi salam dan menunduk setiap kali berjumpa di

kawasan sekolah.

Pada jumaat minggu ini pula, saya dan Norsyazana mengikuti kelas online cikgu Josephine dimana

beliau mengajar PJPK bagi tingkatan 3 Bestari. Walaupun kehadiran hanyalah 14 orang murid daripada

29 orang murid, mereka telah menunjukkan rasa tanggungjawab dan usaha mereka untuk memasukki

kelas pada masa itu. Ini merupakan pengalaman kali pertama dapat bersama-sama melihat sendiri

bagaimana PdP dijalankan secara dalam talian. Walaupun tidak mempunyai kesempatan mengajar murid-

murid kali ini, saya berharap saya dapat membina dan meningkatkan potensi diri saya dengan lebih kreatif

supaya dapat mengajar dengan lebih baik walaupun secara online. 105

GURU YANG DIPERHATIKAN
MINGGU KE-3

106

Ketua Panitia Pendidikan
Jasmani

En. Josephine Agustine Cikgu Josephine merupakan Ketua Panitia bagi matapelajaran Pendidikan
Joseph Jasmani di sekolah ini. Perwatakan beliau sangat peramah baik dengan murid-
murid mahupun dengan guru-guru. Sikap beliau sangat disukai oleh murid-murid
dan keadaan ini yang membuat para murid lebih selesa untuk memberi kerjasama
kepada cikgu. Semasa PdPR di google meet tempohari, saya dapat lihat interaksi
dua hala yang positif. Matapelajaran PJPK dan pembawaan cikgu itu sendiri dapat
mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh pelajar yang menjalankan PdPR
dengan subjek yang lain.

Beliau selaku guru pembimbing kami sangat bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas meskipun sibuk dengan tanggungjawab pengawas
peperiksaan di sekolah lain. Beliau sentiasa menyempatkan masa untuk
menjawab dan memberikan maklumat yang kami perlukan seperti membenarkan
kami menyertai kelas online, berkongsi maklumat mengenai e-forum Pendidikan
Jasmani dan mendedahkan kepada kami bagaimana membina rancangan
pengajaran harian (RPH) dan membina soalan untuk peperiksaan bagi
matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

107

Cik Goh Siaw Ping Guru Kaunseling sekolah

Cikgu Goh Siaw Ping merupakan guru kaunseling di sekolah ini. Dari awal
berjumpa dengan cikgu Goh, beliau sangat peramah dan senang untuk bergaul
dengannya. Walaupun memakai pelitup muka, boleh dilihat di raut wajah yang
mana beliau sentiasa memberikan senyuman kepada semua orang. Beliau juga
antara guru yang datang awal ke sekolah dan beberapa kali saya melihat cikgu
menyambut murid-murid seorang diri di gate masuk sekolah. Selain itu, saya
sangat tertarik dengan penampilan cikgu yang kemas dan ceria dan sesuai
dengan profesionnya sebagai guru kaunseling. Melalui pengalaman yang
diceritakan oleh cikgu Goh sehinggalah beliau menjadi guru tetap di sekolah ini
sangat membuat kami teruja dan mendorong kami supaya lebih semangat dan
tidak putus asa untuk mencapai impian.

108

GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG
MINGGU KE-3

109

Barisan guru-guru yang menyambut kedatangan murid ke sekolah dan
memastikan mereka merekod kedatangan mereka di buku kedatangan

110

Jadual bertugas 2/3/2021 Bertugas menjaga laluan di blok St.
yang diketuai oleh cikgu Hildah Micheal

111

Menyambut kedatangan murid ke
sekolah dan memastikan mereka
merekod kedatangan mereka di buku

kedatangan

112

MINGGU 4

Bagi minggu yang terakhir ini, seperti biasa juga saya dan rakan-rakan praktikal menjalankan rutin
menyambut kedatangan murid-murid bersama dengan barisan guru-guru yang lain. Minggu ini merupakan
minggu yang agak sibuk bagi saya kerana perlu menyiapkan segala tugasan di sekolah ini dan tugasan
PPG2 sekaligus kelas secara online bersama pensyarah dan mengemaskini jadual juga bermula pada
minggu ini. Pada hari kedua, saya dan rakan praktikal membantu guru-guru dalam mengagihkan Bantuan
Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM100.00 kepada ibu bapa murid yang datang. Kami bertugas
sebagai usher kepada pelawat yang datang supaya pergerakan lebih teratur.
Memandangkan hari rabu sehingga hari jumaat peperiksaan tiada, saya mengambil peluang menyiapkan
laporan bagi PPG 2 serta jurnal sepanjang minggu saya berada di sekolah ini.

Selain itu juga, saya dan rakan saya Norsyazana pada minggu ini juga mengurus segala dokumen
yang perlu ditandatangani oleh guru pembimbing kami dan pengetua sendiri sebelum berakhirnya Program
Perantis Guru 2 (PPG2) di sekolah ini. Kami juga mengambil peluang melihat-melihat sekeliling sekolah ini.
Kami sangatlah teruja melihat sekolah ini yang penuh dengan kehijauan bunga-bunga dan pokok-pokok
yang begitu terjaga. Dari awal saya menjejakkan kaki di sekolah ini, saya sudah terpegun dengan
kelestarian sekolah ini. Di setiap penjuru sekolah ini baik di taman atau koridor kelas pasti terdapat
tanaman pelbagai spesies tumbuhan. Tambahan lagi, selama saya berada di sekolah ini, saya tidak
menjumpai sampah yang terbiar di laluan, longkang ataupun kelas. Ini merupakan contoh yang terbaik
untuk sekolah lain jadikan sekolah contoh.

113

GURU YANG DIPERHATIKAN
MINGGU KE-4

114

Ketua Panitia Prinsip Akaun & Perniagaan

Cikgu Aniza merupakan seorang guru matapelajaran perakaunan di sekolah ini.
Beliau berasal daripada Semenanjung dan ditempatkan di Sabah sudah sekian
lama. Beliau sangat ceria dan peramah dengan guru-guru dan murid-muridnya
baik secara dalam talian mahupun bersemuka. Tanggapan pertama saya
terhadap cikgu Anizah adalah beliau seorang yang sukar untuk didekati dan
diajak bergaul. Namun, setelah beberapa lama berada di sekolah ini, cikgu
Anizah seorang yang sangat baik, bertanggungjawab dan senang membina
hubungan dengan murid. Walaupun cikgu sebenarnya mempunyai masalah
kesihatan, beliau masih kelihatan sihat dan bertenaga. Terima kasih cikgu atas
perkongsian pengalaman dan menyambut kami dengan baik di sekolah ini.

Pn. Aniza binti Mat Isa

115

Dr. Ma Chi Nan Ketua Panitia Matematik

Dr. Ma Chi Nan merupakan guru bagi matapelajaran matematik tambahan di
sekolah ini. Tanggapan pertama saya terhadap cikgu Ma adalah beliau seorang
staf biasa di sekolah. Hal ini kerana, sering kali saya melihat cikgu Ma datang ke
sekolah namun saya tidak pernah melihat cikgu Ma duduk di tempatnya di bilik
guru. Setelah dua minggu di sekolah ini, hanya sekali sahaja cikgu Ma duduk di
tempatnya untuk menjalankan PdPR. Kami berasa kurang selesa dan takut
untuk membuka bicara dengan cikgu Ma kerana merasa cikgu Ma sibuk.
Namun, apa yang saya dapat perhatikan adalah beliau sangat
bertanggungjawab dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru dan
memberikan ilmu dengan pelbagai kaedah yang lebih mudah semasa PdPR.
Walaupun beliau kurang bercakap dengan kami, saya yakin dan percaya beliau
mempunyai hubungan yang baik dengan murid melalui caranya melayan murid
dan caranya bercakap dengan murid semasa mengajar PdPR.

116

GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG
MINGGU KE-4

117

08 Mac 2021

Menyambut kedatangan murid dan memastikan murid merekod kedatangan
mereka di buku kehadiran

118

Latihan sukan bagi sukan Track & Field
dilakukan dan dipantau oleh cikgu Richel

Menyambut kedatangan murid dan memastikan
buku kehadiran di rekod dengan betul.

Gambar selfie dengan rakan PPG2 119
sebelum balik

Membantu guru-guru mengagihkan Bantuan Awal
Persekolahan (BAP) kepada ibubapa murid

120

Melawat sekitar sekolah SM St. Michael 121

Bergambar bersama guru pembimbing
Cikgu Josephine Agustine Joseph

122

TERIMA KASIH
SM ST. MICHAEL,

PENAMPANG

123


Click to View FlipBook Version