MODUL MENJELANG 100 HARI SPM PERNIAGAAN JPNJ
BAB 5 : PERSEDIAN MENJADI USAHAWAN
1 Pernyataan berikut tentang ciri keperibadian usahawan.
Penyataan Keterangan
En Michael membelanjakan semua wang simpanan untuk melabur
I dalam bidang hartanah semasa ekonomi negara kian berkebang kerana
percaya dapat mengaut keuntungan pada masa hadapan
Puan Lisa merupakan seorang usahawan yang menjual pakaian wanita
II di Johor Bahru. Beliau telah berjaya dalam perniagaannya kerana
sentiasa menganggap kegagalan merupakan cabaran untuk terus maju
.
Huraikan ciri keperibadian usahawan untuk setiap pernyataan tersebut. [6 markah]
2 Maklumat berikut berkaitan dengan seorang usahawan muda.
Encik Haiqal telah menceburi dalam bidang penyediaan makanan dengan
membuka sebuah restoran selama lima tahun. Restorannya beroperasi setiap hari
dan terletak bersebelahan dengan Pasar Raya Mulia di Bandar Baru UDA, Tampoi
dan mempunyai pekerja seramai 10 orang.
(i) Mengapakah beliau memilih lokasi tersebut. [ 3 markah ]
(ii) Jelaskan kelebihan menjadi usahawan kepada penduduk Bandar Baru UDA,
Tampoi. [ 3 markah ]
3 Antara faktor yang menjadi penyumbang kepada usahawan untuk memulakan
perniagaan adalah latihan.
Jelaskan kepentingan latihan kepada usahawan. [ 4 markah ]
4 Bagaimanakah keberuntungan perniagaan mendatangkan kebaikan kepada peniaga.
[ 4 markah ]
5 Bagaimakah kerjaya dalam bidang perniagaan memberi faedah terhadap objektif
perniagaan. [ 5 markah ]
49
MODUL MENJELANG 100 HARI SPM PERNIAGAAN JPNJ
BAB 6 : PERSEDIAAN MEMULAKAN PERNIAGAAN
1. Maklumat berkaitan dengan seorang usahawan.
Encik Sahli ialah seorang usahawan yang menjalankan perniagaan pakaian
sukan. Perniagaannya baru mendapat sijil Pendaftaran Perniagaan daripada
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Jelaskan tanggungjawab Encik Sahli setelah memperoleh sijil pendaftaran tersebut.
[ 4 markah ]
2. Jelaskan prosedur pemerbadanan syarikat persendirian. [ 4 markah ]
3. Terangkan dua jenis pelepasan cukai yang terlibat dalam bidang perniagaan.
[ 4 markah ]
4. Senaraikan prosedur mendaftar perniagaan milikan tunggal. [ 4 markah ]
5. (a) Jelaskan maksud pemasaran. [ 2 markah ]
(b) Terangkan dua aspek dalam campuran pemasaran. [ 4 markah ]
6 Maklumat berikut berkaitan dengan seorang peniaga yang baru berkecimpung dalam duania
perniagaan.
Encik Amirul baru sahaja menceburi bidang perniagaan. Beliau berhasrat ingin
memohon pembiayaan dari sumber luaran bagi menampung perbelanjaan
ubahsuai kedai.
Jelaskan prosedur am yang perlu dibuat oleh beliau. [ 5 markah ]
50
MODUL MENJELANG 100 HARI SPM PERNIAGAAN JPNJ
BAB 7 : MERANCANG PENGENDALIAN PERNIAGAAN
1. Jelaskan maksud rancangan perniagaan. [ 3 markah ]
2. Terangkan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan dalam sesebuah
perniagaan.
[ 6 markah ]
3. Nyatakan perkara yang terdapat dalam rancangan perniagaan berikut:
(i) Rancangan Pentadbiran [ 2 markah ]
(ii) Rancangan Operasi [ 2 markah ]
(iii) Rancangan Pemasaran [ 2 markah ]
4. Apakah maklumat yang perlu anda masukkan dalam sesebuah rancangan perniagaan?
[ 3 markah ]
5. Jelaskan tiga pihak yang berkepentingan yang memerlukan rancangan perniagaan
tersebut. [ 6 markah ]
51
MODUL MENJELANG 100 HARI SPM PERNIAGAAN JPNJ
CATATAN PEMBELAJARAN
52
SULIT
KERTAS 1 PERNIAGAAN SPM 2018
1. Apakah tujuan penubuhan organisasi bukan bermotifkan untung?
A. Membantu golongan berkemampuan mendapatkan perkhidmatan percuma
B. Meningkatkan penglibatan semua pihak dalam aktiviti kemasyarakatan
C. Menyediakan premis perniagaan kepada usahawan
D. Menawarkan produk berkualiti tinggi
2. Apakah kelebihan perniagaan milikan tunggal?
A. Perniagaan kekal berterusan
B. Keputusan adalah hak pemilik
C. Cukai keuntungan dikecualikan
D. Pemilik menanggung liabiliti terhad
3. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri suatu bentuk pemilikan perniagaan.
• Tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 (pindaan 1978)
• Kerjasama antara dua atau lebih individu
• Setiap ahli menggabungkan modal, kepakaran, pengalaman dan pengetahuan
Apakah bentuk pemilikan tersebut?
A. Koperasi
B. Perkongsian
C. Milikan tunggal
D. Syarikat sendirian berhad
4. Rajah 1 berkaitan dengan prinsip suatu bentuk pemilikan perniagaan.
Pemilikan Q
Prihatin terhadap Keanggotaan Kebebasan
komuniti sukarela autonomi
Rajah 1
Apakah Pemilikan Q?
53
A. Usaha sama
B. Perkongsian
C. Francais
D. Koperasi
SULIT
5. Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan.
• Mudah ditubuhkan dan mudah diurus
• Dikenakan cukai individu
• Keputusan dibuat sepenuhnya oleh pemilik
Apakah contoh pemilikan perniagaan tersebut?
A. Prima Global Sdn. Bhd.
B. Tiga Dimensi Enterprise
C. Koperasi Belia Johor Bahru Berhad
D. Perniagaan Rahmat dan Rakan – rakan
6. Perbezaan manakah yang betul tentang Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam
Berhad?
Syarikat Sendirian Berhad Syarikat Awam Berhad
A. Bilangan ahli sekurang – kurangnya dua Bilangan ahli antara 2 orang hingga 50
orang
dan tiada had maksimum Saham boleh diurus niaga di Bursa
B. Saham tidak boleh diurus niaga di Bursa Malaysia
Pemegang saham menanggung liabiliti
Malaysia terhad
C. Pemegang saham menanggung liabiliti Laporan kewangan tidak perlu
diumumkan kepada orang ramai
tidak terhad
D. Laporan kewangan akan diumumkan
kepada orang ramai
7. Pilih pernyataan yang benar berkaitan francais.
Francaisor Francaisi
A. Memiliki hak asal jenama produk Risiko kegagalan perniagaan rendah
B. Pengalaman berniaga tidak diperlukan Melibatkan jenama terkenal dan jaringan
luas
C. Menyediakan khidmat latihan kepada Dapat mengembangkan perniagaan
pelanggan secara global
Tiada beban cukai
D. Tiada kawalan berterusan kepada
peniaga
8. Apakah tanggungjawab francaisi dalam perniagaan francais?
A. Membayar fi tertentu kepada francaisor
B. Melaksanakan penyelidikan produk
C. Menyediakan skim latihan pekerja
D. Melakukan promosi
54
SULIT
9. Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis bentuk pemilikan perniagaan.
• Perkongsian strategik antara dua syarikat
• Perniagaan diuruskan sehingga tercapainya objektif
Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?
A. Francais
B. Koperasi
C. Usaha sama
D. Perkogsian
10. Gambar 1 menunjukkan logo suatu bentuk pemilikan perniagaan.
GARDENIA SENDIRIAN BERHAD
Gambar 1
Antara yang berikut, yang manakah ciri pemilikan perniagaan tersebut?
I Saham syarikat diniagakan di Bursa Malaysia
II Tertakluk kepada Akta Syarikat 1965
III Ahli menanggung liabiliti terhad
IV Bilangan ahli 2 hingga 20 orang
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
55
SULIT
11. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan ciri – ciri koperasi?
I Ahli mempunyai kepentingan yang sama
II Modal perniagaan disumbangkan oleh syarikat korporat
III Anggota koperasi menanggung liabiliti tidak terhad
IV Setiap anggota berhak membuat keputusan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
12. Pernyataan berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan.
Terowong SMART di Kuala Lumpur dibina hasil gabungan syarikat
dari Malaysia dengan syarikat asing.
Apakah bentuk perniagaan tersebut?
A. Francais
B. Usaha sama
C. Perkongsian
D. Syarikat senidirian berhad
13. Aktiviti manakah yang terlibat dalam sektor primer?
A. Sharmimi menjual ketam
B. Haikal menternak udang dalam kolam
C. Athirah memproses ikan dijadikan keropok
D. Luqman menghantar sayur – sayuran ke pasar
56
SULIT
14. Rajah 2 berkaitan dengan sektor perniagaan
Sektor Primer
Sektor Perniagaan Sektor X
Sektor Tertier
Rajah 2
Apakah bidang pekerjaan yang boleh dikategorikan dalam sektor X?
A. Pelancongan
B. Pemasangan kereta
C. Pengangkutan awam
D. Perlombongan emas
15. Maklumat berikut berkaitan dengan klasifikasi perniagaan perkilangan berdasarkan saiz.
I II
Jualan tahunan RM300 000 hingga Bilangan pekerja tetap 75 orang hingga
kurang daripada RM15 juta. kurang daripada 200 orang
Klasifikasi saiz manakah yang tepat?
I II
A. Sederhana Besar
B. Kecil Besar
C. Kecil Sederhana
D. Besar Kecil
16. Apakah faktor dalaman dan faktor luaran yang mempengaruhi persekitaran perniagaan?
Faktor Dalaman Faktor Luaran
A. Ekonomi Undang – undang
B. Ekologi Pemasaran
C. Kewangan Gaya Pengurusan
D. Sumber manusia Politik
57
SULIT
17. Antara yang berikut, yang manakah punca berlakunya inflasi?
I Peningkatan tinggi permintaan berbanding penawaran barang
II Peningkatan tinggi penawaran berbanding permintaan barang
III Penduduk meramalkan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan
IV Kenaikan kos pengeluaran barang dan perkhidmatan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
18. Carta 1 berkaitan dengan pengeluaran perabot oleh Syarikat Mohis Berhad pada tahun
2018.
Carta 1
Apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi menangani jualan sedemikian?
I Mengeluarkan produk baharu
II Meneroka pasaran di tempat lain
III Memulakan perniagaan yang baharu
IV Meningkatkan pengeluaran secara besar – besaran
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
58
SULIT
19. Puan Maria merupakan seorang pekerja di bahagian pentadbiran sebuah syarikat.
Apakah tugas beliau?
A. Mengedarkan produk bagi memenuhi keperluan pengguna
B. Meningkatkan tahap pengeluaran produk
C. Membuat penyata kewangan syarikat
D. Menyelia fail dan dokumen syarikat
20. Maklumat berikut berkaitan dengan bahagian fungsian dalam organisasi perniagaan.
• Menyediakan sebut harga
• Memberi khidmat teknikal kepada pengguna
Apakah bahagian fungsian tersebut?
A. Jualan
B. Kewangan
C. Pemasaran
D. Pengagihan
21. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan bagi suatu bahagian fungsian.
Bahagian Fungsian Peranan
P Memastikan keselamatan sistem
Apakah P?
A. Pengagihan
B. Khidmat pelanggan
C. Pengurusan sumber manusia
D. Teknologi maklumat dan komunikasi
22. Apakah kelebihan e-dagang kepada peniaga?
A. Mengurangkan persaingan
B. Meluaskan liputan persaingan
C. Memudahkan jualan kredit
D. Mengurangkan risiko penyelewengan
59
SULIT
23. Maklumat berikut berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat.
Apakah risiko yang dihadapi oleh peniaga sekiranya menggunakan saluran tersebut?
I Pasaran yang terlalu luas
II Komen negatif terhadap produk
III Terdedah kepada penipuan bayaran
IV Meningkatkan kos promosi perniagaan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
24. Maklumat berikut berkaitan dengan satu bahagian fungsian.
• Menyediakan faedah perubatan untuk staf dan ahli keluarga
• Mewujudkan sistem kenaikan pangkat berasaskan kecemerlangan
• Mengadakan program latihan pembangunan kerjaya
Apakah bahagian fungsian yang bertanggungjawab terhadap perkara – perkara tersebut?
A. Kewangan
B. Pemasaran
C. Sumber manusia
D. Khidmat pelanggan
60
SULIT
25. Gambar 2 berkaitan dengan aliran kerja satu bahagian fungsian dalam aktiviti perniagaan.
Gambar 2
Apakah bahagian fungsian tersebut?
A. Jualan
B. Pemasaran
C. Pengurusan sumber manusia
D. Penyelidikan dan pembangunan
26. Encik Daniel menghadapi masalah kemerosotan jualan akibat lambakan produk baharu yang
lebih berkualiti dan menarik di pasaran.
Bahagian fungsian manakah yang bertanggungjawab menangani masalah tersebut?
A. Pemasaran
B. Pengeluaran
C. Khidmat pelanggan
D. Penyelidikan dan pembangunan
27. Jawatan manakah yang terlibat dalam bahagian fungsian kewangan?
A. Pengurus belian
B. Penyelia jualan
C. Penyelaras ICT
D. Pegawai kredit
61
SULIT
28. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan bahagian fungsian dalam aktiviti perniagaan.
• Menentukan pemilihan pembekal
• Menentukan kuantiti dan spesifikasi barang
Apakah bahagian fungsian yang terlibat?
A. Pengeluaran
B. Pemasaran
C. Pembelian
D. Pengagihan
29. Apakah aplikasi teknologi maklumat yang digunakan untuk membuat tempahan dan
pengesahan pembelian barangan?
A. e-dagang
B. e-banking
C. e-pemasaran
D. e-government
30. Bahagian fungsian manakah yang dapat membantu peniaga menjual produknya secara atas
talian?
A. Teknologi maklumat dan komunikasi
B. Pengurusan pelanggan
C. Pengagihan
D. Pemasaran
31. Encik Rahim seorang pemilik restoran menerima bahan mentah perniagaannya daripada
pemborong Hidayah setiap 3 hari. Beliau membuat bayaran dengan menggunakan cek.
Encik Rahim terlibat dalam interaksi dengan
A. Bank
B. Pembekal
C. Pelanggan
D. Agensi kerajaan
62
SULIT
32. Apakah kepentingan yang diperoleh oleh peniaga yang berinteraksi dengan organisasi luar?
I Menambah sumber perniagaan
II Mewujudkan jaringan perniagaan
III Mematuhi jadual pengeluaran yang ditetapkan
IV Menggunakan dokumen perniagaan dengan cekap
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
33. Rajah 3 berkaitan dengan bahagian fungsian pengurusan sumber manusia.
Pengurusan sumber
manusia
Perancangan X Perkhidmatan pekerja Perhubungan
sumber manusia dan kebajikan industri
Rajah 3
Apakah X?
A. Kemudahan pekerja semasa bertugas
B. Perkhidmatan kesatuan pekerja
C. Proses pengambilan pekerja
D. Latihan dan pembangunan
34. Antara yang berikut, aspek manakah mampu meningkatkan kecekapan pekerja?
I Mengagihkan tugas mengikut kebolehan
II Menyediakan penginapan untuk pekerja
III Menjalankan program motivasi
IV Mewujudkan hubungan yang harmonis
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
63
SULIT
35. Apakah fungsi unit latihan dan pembangunan dalam pengurusan sumber manusia?
A. Kenaikan pangkat
B. Kemudahan rekreasi
C. Proses pengambilan pekerja
D. Program induksi untuk pekerja
36. Apakah faktor yang akan dipertimbangkan oleh pihak bank untuk meluluskan sesuatu
pinjaman?
I Nama perniagaan
II Lokasi kilang
III Nilai aset yang dicagar
IV Tempoh bayaran balik pinjaman
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
37. Antara yang berikut, yang manakah kepentingan penyata kewangan kepada pihak – pihak
tertentu dalam perniagaan?
Pihak Kepentingan
Berkepentingan
I Pengurusan Menentukan jumlah dividen yang perlu dibayar kepada
pemegang saham
II Pelabur Membuat keputusan untuk melabur atau melepaskan pegangan
ke atas saham syarikat
III Pembiaya Panduan bagi menyusun strategi perniagaan seterusnya
IV Pekerja Asas kepada tuntutan untuk mendapatkan royalty
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
38. Mengapakah sesetengah iklan yang disiarkan di televisyen tidak mempamerkan harga
produk?
A. Menjimatkan kos penyiaran iklan
B. Meningkatkan jualan dan keuntungan
C. Mengelakkan pesaing mengeluarkan produk yang sama
D. Mendorong pengguna mencari produk tersebut di pasaran
64
SULIT
39. Rajah 4 menunjukkan prestasi jualan kasut sukan perniagaan Encik Rashid.
Rajah 4
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Encik Rashid untuk memulihkan perniagaannya?
A. Mengubah cita rasa dan permintaan pengguna
B. Mewujdukan hubungan baik dengan pekerja
C. Mengubah strategi pemasaran produk
D. Menambah jumlah stok semasa
40. Maklumat berikut berkaitan dengan media pengiklanan.
Sebuah pasar mini yang baru dibuka di sebuah taman perumahan ingin
mengadakan promosi kepada penduduk sekitar.
Antara yang berikut, media pengiklanan manakah yang sesuai digunakan?
I Surat khabar
II Halaman kuning
III Risalah
IV Poster
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT
65
SULIT
CATATAN PEMBELAJARAN
66
SULIT 3766/1
KERTAS 1 PERNIAGAAN SPM 2019
1. Apakah kelebihan bentuk pemilikan Synergy Power Berhad berbanding Kuasa Teguh
Sendirian Berhad?
A. Saham boleh diurus niaga di Bursa Malaysia
B. Pemegang syer menanggung liabiliti terhad
C. Bilangan ahli maksimum adalah 50 orang
D. Dikenakan cukai yang rendah
2. Pernyataan manakah yang menerangkan persamaan antara perniagaan bersaiz kecil dengan
perniagaan bersaiz sederhana?
A. Pengkhususan kerja mudah dilakukan
B. Pekerja berpengalaman mudah diperoleh
C. Perniagaan menikmati ekonomi bidangan
D. Perubahan dalam strategi perniagaan mudah dilaksanakan
3. Rajah 1 adalah merupakan kategori dalam sektor sekunder.
Sektor
Sekunder
Kejuruteraan X Pembekalan Pembinaan
Tenaga
Rajah 1
Apakah aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan X
A. Pemprosesan isi ikan
B. Penternakan lembu tenusu
C. Perkhidmatan bas sekolah
D. Pembekalan barang runcit
67
SULIT 3766/1
4. Rajah 2 berkaitan dengan perkembangan sektor perniagaan di Malaysia.
1960-an 1990-an 2000-an
Sektor Utama P Q
Rajah 2
Apakah aktiviti berkaitan P dan Q?
P Q
A Pembinaan Pengilangan
B Pelancongan Pembinaan
C Pelancongan Pendidikan
D Pengilangan Pelancongan
5. Apakah peranan Bank Negara Malaysia?
A. Menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan
B. Menawarkan pembiayaan kepada orang ramai
C. Memantau dan mengawal keadaan ekonomi
D. Menerbitkan syer syarikat awam berhad
6. Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah pengangguran bermusim?
A. Mengehadkan penggunaan mesin moden untuk proses tertentu
B. Melaksanakan dasar fiskal untuk mengekang kemelesatan ekonomi
C. Memberi insentif kepada peniaga yang membenarkan pekerja terus bekerja
D. Membuat perancangan ekonomi sesuai dengan trend perubahan ekonomi semasa
7. Pernyataan manakah merupakan persekitaran luaran yang boleh menjayakan sesebuah
perniagaan?
A. Struktur organisasi yang mantap dapat menyelaraskan aktiviti antara jabatan
B. Pembekal bahan mentah memberikan kemudahan kredit jangka pendek
C. Peluang kenaikan pangkat disediakan sebagai strategi untuk meningkatkan motivasi
pekerja
D. Sumber kewangan syarikat mencukupi untuk membiayai kos pembangunan
68
SULIT 3766/1
8. Gambar 1 adalah dialog antara seorang pengurus (Encik Abas) dengan staf bawahannya (Puan
Natijah).
Gambar 1
Apakah gaya pengurusan yang ditunjukkan oleh Encik Abas?
A. Laissez-faire
B. Demokratik
C. Sederhana
D. Autokratik
9. Apakah halangan dalaman yang boleh membantutkan pencapaian wawasan?
A. Ekonomi semasa
B. Kemahiran teknikal
C. Kemudahan infrastuktur
D. Penguatkuasaan undang – undang
69
SULIT 3766/1
10. Pernyataan manakah yang betul tentang fungsian pengurusan pelanggan?
A. Menambah baik produk sedia ada
B. Menghasilkan barang melalui proses menukarkan input
C. Melaksanakan sesuatu tugas untuk mencapai visi dan misi
D. Menyampaikan produk untuk memenuhi keperluan pengguna
11. Pernyataan manakah yang menerangkan fungsian penyelidikan dan pembangunan?
A. Menambah baik produk sedia ada
B. Menukarkan input menjadi barang
C. Menggalakkan berlaku pertukaran barang
D. Menggunakan alat transaksi untuk pertukaran barang
12. Mengapakah bahagian fungsian pembelian penting dalam organisasi perniagaan?
A. Menghasilkan barang dan perkhidmatan
B. Mencetak dan mengedarkan bahan risalah
C. Menentukan pemilihan pembekal yang bersesuaian dan cekap
D. Memastikan tidak berlaku kekurangan bekalan produk di pasaran
13. Mengapakah penggunaan teknologi maklumat penting dalam urusan perniagaan?
A. Meningkatkan persaingan perniagaan
B. Memudahkan pelanggan mencuba barang
C. Memaksimumkan keuntungan perniagaan
D. Mewujudkan hubungan dan jaringan yang luas
14. Bagaimanakah pengurus sumber manusia dapat menjaga kebajikan pekerja?
A. Melaksanakan program motivasi
B. Menyediakan skim latihan kemahiran
C. Menyediakan kemudahan klinik panel
D. Mengamalkan prinsip pengkhususan tugas
70
SULIT 3766/1
15. Situasi berikut berkaitan dengan faedah system penggajian sebuah perniagaan.
R Pekerja menerima ganjaran pada setiap akhir tahun
berdasarkan prestasi perniagaan.
S Pekerja menerima ganjaran berdasarkan jumlah jualan
yang diperolehi.
Apakah R dan S?
R S
A Bonus Komisen
B Bonus
C Elaun Upah
D Elaun Upah
Komisen
16. Pernyataan berikut merupakan prosedur pengurusan sumber perniagaan.
• Perlindungan insurans dan keselamatan
• Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang
Prosedur pengurusan tersebut melibatkan sumber
A. fizikal
B. manusia
C. teknologi
D. pembiayaan
17. Antara yang berikut, yang manakah sumber fizikal dalam operasi sesebuah perniagaan?
I Tepung gandum
II Mesin pengisar
III Perisian komputer
IV Karya seni
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
71
SULIT 3766/1
18. Apakah faktor yang akan dipertimbangkan oleh pihak bank untuk meluluskan sesuatu
pinjaman?
I Nama perniagaan
II Bilangan rakan kongsi
III Nilai aset yang dicagar
IV Tempoh bayaran balik pinjaman
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
19. Maklumat berikut berkaitan dengan sumber pembiayaan luaran.
• Ditawarkan kepada pemegang akaun semasa.
Z • Faedah pinjaman yang dikenakan mengikut kadar
harian.
Apakah Z?
A. Syer
B. Pajakan
C. Overdraf
D. Pemfaktoran
20. Apakah kelemahan sumber pembiayaan dalaman?
A. Penjamin diperlukan
B. Cagaran perlu disediakan
C. Kadar faedah yang tinggi perlu dibayar
D. Modal sukar ditambah dalam tempoh masa yang singkat
21. Pernyataan yang manakah merupakan kelebihan pembiayaan sewa beli kepada usahawan?
A. Jentera berkos tinggi mampu digunakan
B. Kadar faedah tidak dicaj ke atas ansuran
C. Wang pendahuluan tidak diperlukan ketika membeli
D. Hak milik jentera diperoleh sebaik sahaja deposit dibayar
72
SULIT 3766/1
22. Gambar 2 adalah perbualan antara Pak Hamid dengan anaknya, Mueez.
Gambar 2
Apakah agensi yang dimaksudkan oleh Mueez?
A. Agrobank
B. Pihak Berkuasa Tempatan
C. Syarikat Jaminan Kredit Malaysia (CGC)
D. Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)
23. Apakah kelebihan pinjaman melalui agensi kerajaan berbanding pinjaman bank?
A. Cagaran dalam apa jua bentuk
B. Jumlah pinjaman yang kecil
C. Kadar faedah yang rendah
D. Tiada syarat pinjaman
24. Apakah contoh kos berubah?
A. Harga jentera
B. Sewa kilang
C. Premium insurans
D. Bayaran bahan mentah
73
SULIT 3766/1
25. Pernyataan manakah yang menerangkan kos tetap?
A. Kos bahan mentah adalah kos tetap
B. Kos yang berkadaran dengan tingkat keluaran
C. Kos yang tidak berubah dalam jangka panjang
D. Kos yang malar walaupun tingkat pengeluaran sifar
26. Maklumat berikut berkaitan dengan Kunci Kira-Kira Syarikat Cahaya Alam Sendirian Berhad.
Modal awal RM
Untung bersih 150 000
Ambilan 72 000
Pinjaman bank
Pemiutang 570
50 000
17 800
Berapakah ekuiti pemilik?
A. RM 217 800
B. RM 221 430
C. RM 222 000
D. RM 289 230
27. Maklumat berikut diambil daripada buku perniagaan Chok Chek.
Untung kasar RM
Kadar bayaran 46 200
Faedah atas simpanan 4 800
Insurans 2 525
Gaji 3 600
Komisen diterima 12 000
1 500
Berapakah untung bersih perniagaan tersebut?
A. RM 21 775
B. RM 24 775
C. RM 26 825
D. RM 29 825
74
SULIT 3766/1
28. Rajah 3 berkaitan dengan graf kos dan hasil yang terlibat dalam suatu pengeluaran.
Rajah 3
Titik pulang modal berlaku pada titik
A. w
B. x
C. y
D. z
29. Syarikat Smartees Sdn. Bhd. mengeluarkan beg sekolah. Kos tetap yang ditanggung oleh
syarikat ialah RM350 000. Beg dijual dengan harga RM60 seunit. Kos berubah seunit RM25.
Modal syarikat berjumlah RM400 000.
Berapakah titik pulang modal?
A. 10 000 unit
B. 14 000 unit
C. 16 000 unit
D. 20 000 unit
30. Apakah kesan yang ditunjukkan oleh nisbah kecairan yang tinggi?
A. Membolehkan hutang dibayar dalam tempoh yang singkat
B. Mengukur kadar untung yang boleh diperoleh
C. Menggambarkan kecekapan pusingan stok
D. Menunjukkan kecekapan penggunaan aset
75
SULIT 3766/1
31. Apakah peranan usahawan kepada masyarakat?
A. Meningkatkan nilai sumber
B. Mewujudkan kerjasama serantau
C. Menyediakan pelbagai jenis barang
D. Mempercepatkan proses pembangunan ekonomi
32. Gambar 3 berkaitan dengan sejenis stok.
Gambar 3
Mengapakah stok ini dikatakan stok yang berisiko tinggi?
A. Mudah rosak
B. Boleh dijual dengan cepat
C. Perlukan khdimat selepas jualan
D. Ketinggalan zaman jika disimpan lama
33. Apakah tindakan yang perlu Encik Husni lakukan selepas perniagaannya disiytiharkan
bankrap?
A. Melaporkan kewangan perniagaan kepada pendaftar perniagaan
B. Memperbaharui sijil perakuan pendaftaran perniagaan
C. Amenukarkan jenis pemilikan perniagaan
D. Menamatkan pendaftaran perniagaan
76
SULIT 3766/1
34. Pilih pasangan yang betul.
Dokumen Keterangan
A Penyata bank Dokumen yang mengandungi catatan aktiviti perbelanjaan
perniagaan.
B Rekod jualan Catatan ambilan oleh pemilik untuk kegunaan sendiri.
C Rekod kos operasi Catatan aktiviti pembelian barang niaga.
D Rekod pembelian Dokumen yang mencatat semua rekod belian oleh
perniagaan.
35. Apakah tujuan nota kredit dikeluarkan?
I Pembeli memulangkan bekas kosong yang telah dicaj dalam invois
II Caj pengangkutan yang dikenakan ke atas pembeli
III Jumlah dalam invois terkurang caj
IV Komisen diberi kepada pembeli
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
36. Situasi manakah merupakan contoh ambilan oleh pemilik perniagaan?
A. Menerima barang daripada pengeluar
B. Memperoleh bekalan daripada pembekal
C. Menerima stok untuk memenuhi pesanan
D. Memperoleh stok untuk kegunaan keluarga
77
SULIT 3766/1
37. Maklumat berikut diambil daripada penyata aliran tunai Encik Ismail yang bercadang
memulakan ternakan udang pada Januari 2019.
Modal: RM
Tunai di tangan
Peralatan 50 000
20 000
Penerimaan 175 000
83 000
Pembayaran
Berapakah baki akhir bulan Januari 2019?
A. RM 92 000
B. RM 122 000
C. RM 142 000
D. RM 162 000
38. Dokumen berikut merupakan format penyata aliran tunai.
Kedai Elektrik Rahman
Penyata Aliran Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Mac 2019
Butiran Jan Feb Mac
Baki b/b
Terimaan
F
Bayaran
G
Apakah contoh item bagi F dan G?
F G
A Modal Iklan
B Gaji Komisen diterima
C Jualan tunai Modal
D Belian tunai Belanja utility
78
SULIT 3766/1
39. Rajah 4 berkaitan dengan aspek dalam pemasaran dan jualan produk.
Produk
Campuran K
Pemasaran Agihan
Promosi
Rajah 4
Apakah aktiviti K?
A. Memastikan perniagaan memperoleh keuntungan
B. Menyedarkan pengguna akan kewujudan barang
C. Membolehkan barang mampu berdaya saing
D. Membolehkan output diperoleh pengguna
40. Pernyataan berikut berkaitan dengan bahagian fungsian pengagihan.
Encik Abu mendapatkan stok baju daripada A & Z Enterprise dan
menjualnya di pasar malam.
Apakah saluran agihan yang digunakan?
A. Pengeluar Pengguna
B. Pengeluar Peruncit Pengguna
Peruncit
C. Pengeluar Ejen Peruncit Pengguna
Pengguna
D. Pengeluar Pemborong
KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT
79
SULIT 3766/1
CATATAN PEMBELAJARAN
80
KERTAS 2 PERNIAGAAN SPM 2018
Bahagian A
[50 markah]
Jawab mana-mana lima soalan daripada bahagian ini.
1 (a) Huraikan tujuan perniagaan. [3 markah]
(b) Jelaskan maksud ‘Berhad’ dalam pemilikan perkongsian berhad. [3 markah]
(c) Maklumat berikut berkaitan dengan suatu bentuk pemilikan perniagaan.
Nama Perniagaan : Perusahaan Mercu Sendirian Berhad
Alamat : No 86, Lot Perindustrian Telok Panglima
Garang, Klang, Selangor
Jualan Tahun 2017
Bilangan Pekerja Tetap : RM40 juta
: 75 orang
Bilangan Pekerja Sambilan : 100 orang
Aktiviti Pasaran : Pembuatan perabot daripada kayu getah untuk
pasaran tempatan
(i) Apakah kelebihan bentuk pemilikan perniagaan tersebut? [2 markah]
(ii) Jelaskan tindakan yang perlu dilakukan oleh Perusahaan Mercu Sendirian Berhad
untuk menembusi pasaran antarabangsa. [2 markah]
2 (a) Jelaskan jenis-jenis pengangguran berikut;
(i) Pengangguran bermusim [2 markah]
(ii) Pengangguran kitaran [2 markah]
(b) Bagaimanakah kerajaan mengatasi pengangguran di 2(a)(i)? [2 markah]
(c) Rajah 1 menunjukkan carta organisasi satu bahagian fungsian syarikat OSR Berhad
yang menghasilkan pasu hiasan.
Mohktar bin Daidy
Ketua Pegawai Eksekutif
Sumber Manusia
Aliya Liyana bt Ali Chao Kah Eng Muhuntan Raman
Pengurus Pengurus Pengurus
Perancangan Latihan dan Perhubungan
Sumber Manusia Pembangunan Industri
Rajah 1
Mengapakah bahagian fungsian tersebut penting kepada syarikat OSR Berhad?
[4 markah]
81
3 (a) Jelaskan tujuan sesebuah perniagaan menetapkan perkara berikut: [2 markah]
(i) Visi [2 markah]
(ii) Misi [2 markah]
(iii) Objektif
(b) Rajah 2 menunjukkan peranan bahagian fungsian pengeluaran burger.
Rajah 2 [1 markah]
(i) Apakah input X? [l markah]
(ii) Bagaimanakah pengurus bahagian dapat mengawal input di 3(b)(i) untuk
menghasilkan output yang menepati cita rasa pelanggan? [3 markah]
4 (a) Mengapakah pengurusan sumber teknologi amat diperlukan dalam [3 markah]
menjalankan operasi sesebuah perniagaan? [3 markah]
(b) Jelaskan kepentingan penyata kewangan syarikat kepada kerajaan.
(c) Maklumat berikut berkaitan dengan jenis pembiayaan.
Syarikat Percetakan Global menghadapi masalah kekurangan tiga buah mesin yang
bernilai RM75 000 untuk menyiapkan cetakan majalah dengan segera.
Pihak syarikat mempertimbangkan untuk membeli mesin tersebut secara tunai atau
memajak daripada syarikat pajakan.
Apakah jenis pembiayaan yang sesuai dipilih syarikat tersebut? [4 markah]
Beri alasan berdasarkan kelebihan jenis pembiayaan yang dipilih.
82
5 (a) Huraikan kelebihan bemiaga sebagai satu peluang kerjaya. [3 markah]
(b) Mengapakah penyata bank penting kepada peniaga? [3 markah]
(c) Rajah 3 menunjukkan titik pulang modal Warisan Dodol Melayu yang
beroperasi di Kuala Ibai, Terengganu.
Rajah 3 [1 markah]
(i) Apakah Y? [3 markah]
(ii) Jelaskan kesan kepada Warisan Dodol Melayu sekiranya
pengeluaran dodol berada di kawasan berlorek.
6 (a) Jelaskan kekuatan diri yang perlu dimiliki oleh seorang usahawan. [3 markah]
(b) Jelaskan ciri-ciri fizikal sesuatu produk yang menarik perhatian [3 markah]
pembeli.
(c) Gambar l menunjukkan sejenis barang yang diiklankan di media elektronik.
Gambar 1
Terangkan dua elemen campuran pemasaran yang terlibat bagi pemasaran barang
tersebut. [4 markah]
83
Bahagian B
[30 markah]
Jawab mana-mana dua soalan daripada bahagian ini.
7 Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Puan Fatyha.
Puan Fatyha menguruskan perniagaan Happy Home yang menawarkan perkhidmatan
dekorasi dalaman untuk premis kediaman dan premis perniagaan. Maklumat
perniagaannya adalah seperti berikut:
• Menyediakan perkhidmatan terus kepada pelanggan
• Dijalankan sepenuhnya secara atas talian tanpa premis perniagaan
• Dibantu oleh lima orang pekerja
Seorang rakannya, Puan Murni menawarkan diri untuk menjadi rakan kongsi tetapi
Puan Fatyha menolak. Dia lebih selesa dengan bentuk pemilikan perniagaan sedia
ada.
(a) Anda berpendapat cara Puan Fatyha mengendalikan perniagaanya adalah bijak.
Kemukakan alasan anda. [8 markah]
(b) Mengapakah Puan Fatyha menolak tawaran Puan Murni? [7 markah]
8 Jadual 1 menunjukkan maklumat yang dipetik daripada penyata kewangan dua buah
perniagaan kedai buku bagi tempoh enam bulam pertama.
Butiran Dynamic Book Store D’Buku Enterprise
(RM) (RM)
Kos jualan 40000 60000
Untung bersih 25 000 45 000
Modal awal 100000 150000
Aset semasa 25000 50000
Liabiliti semasa 20000 25000
Stok purata 12000 15 000
Jadual 1
(a) Perniagaan manakah yang menunjukkan prestasi yang lebih baik dengan
menggunakan analisis nisbah asas?
Kemukakan bukti anda. [6 markah]
(b) Bagaimanakah penambahbaikan dapat dilakukan terhadap operasi perniagaan yang
berprestasi rendah? [9 markah]
9 Situasi di bawah berkaitan dengan faktor memulakan perniagaan.
Setelah menamatkan persekolahan Suzie ingin memulakan perniagaan nasi lemak
secara atas talian. Namun begitu dia belum berani untuk memulakan perniagaan
tersebut.
(a) Huraikan faktor penyumbang yang dapat membantu Suzie memulakan pemiagaan
tersebut. [6 markah]
(b) Untuk menubuhkan perniagaan, Suzie perlu mematuhi akta dan peraturan yang
ditetapkan oleh kerajaan.
Jelaskan akta dan peraturan tersebut serta implikasinya terhadap perniagaan Suzie.
[9 markah]
84
Bahagian C
[20 markah]
Soalan ini wajib dijawab.
10 Lia Layer Enterprise (LLE) telah ditubuhkan pada l Januari 2015 oleh Encik Buhari
dan beroperasi di sebuah bangunan yang dibeli secara sewa beli di Johor Bahru. Beliau
dibantu oleh 10 orang pekerja tetap yang tinggal di kawasan berhampiran premis
perniagaannya.
Perniagaan LLE menjual kek sejuk beku dengan menggunakan jenama Kek Twister
Lia (KTL). KTL terdiri daripada kek pelbagai perisa seperti pandan, strawberi, durian,
harumanis dan coklat. Selain membuat jualan di premis, Encik Buhari menggunakan
facebook dan instagram untuk mempromosikan produknya. Beliau juga bersedia
menerima tempahan secara atas talian untuk majlis perkahwinan, cenderamata, hari
jadi dan hantaran perkahwinan. Produk tersebut didatangkan dalam satu bentuk
pembungkusan sahaja seperti berikut:
Selepas tiga tahun beroperasi adiknya, Encik Azam menyertai perniagaan tersebut
sebagai rakan kongsi. Namun begitu dia membuat keputusan untuk menyumbangkan
modal sahaja. Mereka bersetuju menukar nama perniagaan kepada Lia Layer
Bersaudara (LLB). Berikut menunjukkan graf target jualan dan jualan sebenar bagi
perniagaan LLE.
85
Encik Buhari mengambil perhatian serius terhadap masalah yang dihadapinya.
Dengan tambahan modal yang diperoleh, beliau membuat kajian untuk menambah
baik perniagaan LLB. Beliau mendapati bukan sahaja strategi pemasaran dan jualan
perlu ditingkatkan bahkan terdapat tindakan lain yang perlu dilakukan bagi
memastikan target jualan pada tahun 2018 mencapai sasarannya.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut:
(a) Terangkan klasifikasi perniagaan Lia Layer Enterprise (LLE). [4 markah]
(b) Bersetujukah anda dengan cara pembungkusan yang digunakan oleh LLE?
Beri alasan anda. [4 markah]
(c) Mengapakah Encik Azam membuat keputusan sedemikian? [5 markah]
(d) Apakah trend perniagaan LLE bagi tempoh tiga tahun tersebut? [2 markah]
Beri alasan anda.
(e) Jelaskan tindakan lain yang dimaksudkan oleh Encik Buhari bagi mencapai target
jualan pada tahun 2018. [5 markah]
KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT
86
SULIT 3766/2
KERTAS 2 PERNIAGAAN SPM 2019
Bahagian A
[50 markah]
Jawab mana – mana lima soalan daripada bahagian ini.
1 (a) Menagapakah keuntungan penting kepada sesebuah perniagaan? [5 markah]
(b) Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan.
Alia merupakan seorang penjual nasi lemak di Kawasan perumahan Permata. Beliau
menguruskan perniagaan secara bersendirian. Masa operasi bermula dari 7 pagi sehingga
jualannya habis. Kebanyakan pelanggannya terdiri daripada penduduk Kawasan tersebut.
(i) Apakah jenis pemilikan perniagaan tersebut? [1 markah]
(ii) Jelaskan kelebihan milikan perniagaan di 1 (b) (i). [4 markah]
2 (a) Jelaskan peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam perniagaan. [6 markah]
Maklumat berikut berkaitan dengan objektif perniagaan Syarikat Alam Sdn. Bhd.
• Menetapkan sasaran pengeluaran computer sebanyak 100 000 unit pada tahun 2019 bagi
memenuhi permintaan seluruh Malaysia.
• Peningkatan keuntungan setiap tahun sebanyak 15%.
Terangkan ciri objektif perniagaan tersebut. [4 markah]
3 (a) Jelaskan faktor luaran sesebuah perniagaan yang boleh menyebabkan misi dan objektif
perniagaan perlu dinilai semula. [4 markah]
(b) Maklumat berikut berkaitan dengan peranan pengurusan kewangan.
• Menyediakan perancangan kewangan [3 markah]
• Mengagihkan sumber kewangan
•X
Jelaskan X.
(c) Situasi berikut berkaitan dengan proses komunikasi.
Encik Hafies yang sedang bertugas di luar Kawasan telah menghubungi setiausahanya, Cik
Nina melalui telefon memintanya untuk menghantarkan sebut harga bekalan melalui e-mel
dengan kadar segera.
Jelaskan proses tersebut. [3 markah]
87
SULIT 3766/2
4 (a) Pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan mempunyai peranan yang tertentu.
Jelaskan peranan yang berikut: [3 markah]
(i) Membentuk persekitaran kerja
(ii) Menggalakkan kreativiti dan inovasi [3 markah]
(b) Gambar 1 dan Gambar 2 menunjukkan sumber yang digunakan oleh sebuah syarikat
percetakan.
Gambar 1 Gambar 2
Bezakan kedua – dua sumber tersebut.
[4 markah]
5 (a) Situasi berikut berkaitan dengan sumber pembiayaan.
Puan Nora merupakan pemilik Cahaya Pharmacy Sdn. Bhd. di Jeram, Selangor. Dia ingin
mengembangkan perniagaannya dengan membuka satu lagi cawangan baharu di Banting,
Selangor tetapi kekurangan sumber pembiayaan. Dia bercadang untuk mendapatkan
pembiayaan daripada pihak MARA.
Jelaskan prosedur yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan sumber pembiayaan tersebut.
[4 markah]
(b) Mengapakah penyata pendapatan penting kepada usahawan? [4 markah]
(c) Jelaskan semangat berpasukan sebagai satu ciri yang perlu ada pada seorang usahawan
[2 markah]
88
SULIT 3766/2
6 (a) Jelaskan kesalahan yang sering dilakukan peniaga di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan
1956. [3 markah]
(b) Situasi bberikut berkaitan dengan promosi.
Syarikat Iss Sdn. Bhd. bercadang untuk mengkomersialkan minuman botol buah avocado.
Pengurus pemasaran telah ditugaskan untuk mempromosikan minuman tersebut.
Terangkan kaedah promosi yang sesuai bagi produk tersebut. [4 markah]
(c) Jelaskan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan. [3 markah]
89
SULIT 3766/2
Bahagian B
[30 markah]
Jawab mana – mana dua soalan daripada bahagian ini.
7 Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah syarikat pembinaan.
Syarikat Pembinaan Orchid Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 20 Juali 2007, merupakan syarikat
kontraktor binaan bangunan yang berdaftar dengan Pendaftaran Syarikat bernombor 786241-4.
Syarikat ini merupakan kontraktor binaan kelas G7 yang beroperasi di Sabah. Pada tahun 2018,
bilangan pekerja tetap seramai 200 orang dan pekerja sambilan pula seramai 100 orang. Syarikat
menikmati jualan tahunan melebihi RM50 juta. Oleh itu, syarikat ingin berkecimpung dalam
teknologi Sistem Binaan Berindustrian (IBS) iaitu pembinaan pasang siap dalam semua projek
perumahan yang diperolehnya. Dalam satu mesyuarat Lembaga pengarah, pengurus syarikat
memberitahu para pemegang saham seperti berikut:
“Syarikat ingin menetapkan matlamat baharu untuk menjadi syarikat pembinaan yang unggul di
Malaysia dalam penghasilan teknologi IBS menjelang tahun 2021. Oleh itu, pihak syarikat
bercadang menjalinkan usahasama dengan syarikat pengeluar IBS di negara Eropah dalam tempoh
terdekat”.
(a) Jelaskan skala perniagaan Syarikat Pembinaan Orchid Sdn. Bhd. [3 markah]
[6 markah]
(b) Jelaskan perkaitan antara saiz syarikat dengan bentuk pemilikan perniagaan.
[6 markah]
(c) Bersetujukah anda dengan matlamat baharu syarikat tersebut?
Kemukakan alasan anda.
8 Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Imran, seorang usahawan.
Encik Imran merupakan seorang pengusaha ikan iblis di Pantai Remis, Perak. Ikan bilis keluarannya
pelbagai dan bermutu tinggi. Dia menjual ikan bilis tersebut di kedainya. Segala urusan perniagaan
diurus Bersama seorang pekerja. Strategi produk dalam pengeluarannya kurang berkesan
menyebabkan permintaan ikan bilis kurang mendapat sambutan. Oleh itu, dia menjualnya pada
harga yang murah dan memperoleh pulangan yang rendah sehingga tidak dapat menampung kos
operasi perniagaan.
(a) Jelaskan kelebihan Encik Imran sebagai usahawan kepada masyarakat. [3 markah]
(b) Cadangkan kepada Encik Imran saluran agihan yang berkesan untuk meningkatkan jualannya.
Kemukakan alasan anda. [6 markah]
(c) Terangkan strategi produk dan strategi harga yang perlu dilakukan oleh Encik Imran untuk
meningkatkan jualannya. [6 markah]
90
SULIT 3766/2
9 Maklumat berikut merupakan penyata kewangan sesebuah perniagaan
Syarikat Berjaya Fesyen Sdn. Bhd.
Kunci Kira-kira Pada 31 Disember 2018
Aset Bukan Semasa RM RM
Mesin Jahit 70 000
Perabot 50 000
20 000
Aset Semasa 40 000 _75 000
Stok Akhir 25 000 145 000
Penghutang 10 000
Tunai
Ekuiti Pemilik 60 000
Modal Awal _45 000
Tambah : Untung bersih 105 000
__2 000
Tolak : Ambilan 103 000
Modal akhir
Liabiliti Bukan Semasa 25 000
Pinjaman
Liabiliti Semasa _17 000
Pemiutang 145 000
(a) (i) Hitung nisbah semasa bagi Syarikat Berjaya Fesyen Sdn. Bhd. [2 markah]
(ii) Analisis nisbah semasa di (a) (i) dapat menyokong syarikat memohon pinjaman untuk
mengembangkan perniagaan.
Kemukakan alasan anda. [5 markah]
(b) Terangkan jenis pembiayaan bank untuk syarikat menambah bilangan aset sedia ada.
[8 markah]
91
SULIT 3766/2
Bahagian C
[20 markah]
Soalan ini wajib dijawab.
10 Syarikat Kasut Selesa Sdn. Bhd. (SKSSB) merupakan syarikat yang menghasilkan kasut berasaskan
kulit. Syarikat ini beroperasi di Kawasan Perindustrian Senai, Johor. Mulai tahun 2017 pihak
syarikat telah memperkenalkan produk baharu iaitu kasut kesihatan yang berkonsepkan ‘gaya,
anggun dan sihat’. Kasut tersebut dijual dengan harga RM250 sepasang. Pihak syarikat memerlukan
modal tambahan sebanyak RM100 000 untuk pembelian mesin baharu dan pengubahsuaian kilang.
Pihak syarikat telah menerima tawaran pinjaman daripada dua buah bank. Maklumat tawaran
pinjaman daripada kedua – dua buah bank tersebut adalah seperti berikut:
Butiran Bank XX Bank MM
Jumlah pinjaman RM100 000 RM100 000
Faedah pinjaman (setahun)
5.5% 4.9%
Tempoh pinjaman (tahun) (Kadar tetap) (Kadar berubah)
Cagaran
5 7
Tiada Ada
Kasut kesihatan keluarannya dipasarkan di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Johor
Bahru dan Pulau Pinang. Selain itu, syarikat juga menerima tempahan kasut kesihatan sebanyak
6 000 pasang daripada Kilang Harapan. Kilang tersebut memberi tempoh sebulan untuk syarikat
menyiapkan tempahan kasut kesihatan itu. Justeru semua pekerja di bahagian pengeluaran
diarahkan untuk bekerja lebih masa dan permohonan cuti dibekukan. Pengurus pengeluaran
dikehendaki mengeluarkan notis berkenaan dan tiada seorang pun pekerja di bahagian pengeluaran
dibenarkan bercuti dalam tempoh tersebut.
Pihak pengurusan syarikat meminta pengurus kewangan membuat analisis Titik Pulang Modal
(TPM) bagi membantu pihak pengurusan syarikat membuat perancangan untuk mengembangkan
perniagaan mereka. Maklumat berikut menunjukkan kos pengeluaran kasut tersebut.
Kos Berubah sepasang kasut : RM170
Kos Tetap : RM100 000
Pengurus pemasaran mendapati harga kasut kesihatan tersebut lebih tinggi berbanding dengan harga
kasut kesihatan yang dikeluarkan oleh oleh syarikat pesaing di pasaran. Beliau mencadangkan agar
harga kasut tersebut diurangkan tetapi tidak dipersetujui oleh pengurus kewangan.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
(a) Cadangkan bank yang patut dipilih oleh Syarikat Kasut Selesa Sdn. Bhd.. [5 markah]
Kemukakan alasan anda.
(b) Jelaskan gaya pengurusan pihak pengurusan Syarikat Kasut Selesa Sdn. Bhd.. [4 markah]
92
SULIT 3766/2
(c) (i) Hitung kuantiti minimum kasut yang perlu dihasilkan oleh syarikat tersebut dalam
situasi Titik Pulang Modal. [2 markah]
(ii) Lakarkan graf Tititk Pulang Modal berkenaan. [3 markah]
(iii) Dengan menggunakan graf yang sama, lorekkan kawasan keuntungan sekiranya
syarikat ingin mengeluarkan kasut kesihatan sebanyak 110 unit melebihi Titik Pulang
Modal. [2 markah]
(d) Pada pendapat anda, mengapakah pengurus kewangan tidak bersetuju dengan cadangan
pengurus pemasaran? [4 markah]
KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT
93
SULIT 3766/2
CATATAN PEMBELAJARAN
94
MODUL MENJELANG 100 HARI SPM PERNIAGAAN JPNJ
7.0 GLOSARI PERNIAGAAN
Aktiviti Perniagaan - Sesuatu yang dijalankan oleh sesebuah perniagaan untuk mencapai
matlamat keuntungan.
Aset - Wang tunai dan harta benda ( seperti tanah , bangunan ) yang dimiliki seseorang .
Ambilan - Pemilik mengambil asset perniagaan ( barang atau tunai ) untuk kegunaan
peribadi.
Contoh Ambilan barang, asset dan tunai syarikat.
Analisis Nisbah Untung - Mengukur kadar untung atau pulangan yang diperoleh perniagaan
Peratusan margin untung kasar = Untung kasasr/ jualan bersih X 100 %
Peratusan margin untung bersih = Untung bersih / Jualan bersih X 100%
Peratusan untung tokokan = Untung Kasar/ Kos Jualan X 100%
Peratus pulangan atas modal = Untung Bersih/ Modal Awal X 100%
Nisbah semasa = Aset semasa /Liabiliti Semasa
Bajet Tunai - Satu alat perancangan kewangan jangka pendek yang disediakan dengan
mengambil kira kemampuan dan keperluan syarikat.
Belian Bersih - Merupakan jumlah perbezaan antara jumlah belian dengan pulangan belian
Belian bersih = Belian - Pulangan belian
Campuran pemasaran - Gabungan strategi pemasaran iaitu harga pengedaran, produk dan
promosi yang boleh dikawal dan dapat membantu organisasi untuk
mendapatkan maklumbalas daripada sasaran pasaran.
Cukai eksais - Cukai yang dikenakan ke atas barang-barang tertentu yang diimpot ke
Malaysia atau dikilangkan dalam Malaysia.
Dividen - Kadar keuntungan perniagaan syarikat diagihkan kepada pemegang saham.
Ekuiti pemilik - Hutang perniagaan terhadap pemilik atau tuntutan pemilik terhadap aset
perniagaan
Entiti perniagaan - Jenis milikan perniagaan menurut undang-undang sesebuah perniagaan.
Faktor pengeluaran - Input yang digunakan dalam proses perniagaan .
Ganjaran - Pemberian majikan kepada pekerja dalam bentuk kewangan dan bukan
kewangan berdasarkan kontrak perkhidmatan yang dipersetujui antara pekerja
dan majikan.
Guna tenaga penuh - Tiada wujud sebarang pengganguran terhadap sumber tenaga.
Gadaian/Ar Rahnu - Satu barang yang berharga dijadikan sebagai cagaran atau sandaran yang
terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya
sekiranya hutang tersebut tidak dapat dilunaskan/dijelaskan.
Gaji - Bayaran upah untuk pekerjaan.
Hak cipta terpelihara - Hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa
tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya
mereka.
Harta intelek - Hasil kreativiti atau ciptaan yang datang daripada intelektual atau minda
seseorang.
Inflasi - Fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan.
Inovasi - Suatu penemuan baru yang berbeza dari yang sudah ada.
Intranet - Jaringan hubungan dalaman dimana maklumat hanya boleh diakses oleh pengguna
yang dibenarkan sahaja.
Jualan - Urusniaga yang berlaku antara penjual dengan pembeli barang dan perkhidmatan
dilokasi tertentu.
95
MODUL MENJELANG 100 HARI SPM PERNIAGAAN JPNJ
Kebolehkerjaan - Kemahiran atau kebolehan yang dimiliki oleh pekerja yang membuatkan
bakal majikan berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada mereka.
Keuntungan Perniagaan - Keuntungan = Jumlah Jualan – Jumlah Kos
Kos Tetap - Kos yang tidak berubah mengikut perubahan tingkat pengeluaran.
Contoh: sewa, insurans dan bayar balik pinjaman.
Kos Berubah - Kos yang berubah mengikut tingkat pengeluaran. Contoh: kos bahan mentah,
kos buruh langsung seperti upah, gaji dan duti atas bahan mentah.
Kos Jualan - Kos dan belanja untuk membeli barang niaga.
Kos Belian - Kos belian = Belian - Pulangan Belian + Belanja atas belian
Liabiliti - Nilai tanggungan atau hutang sesebuah syarikat kepada orang ( syarikat ) lain.
Contoh liabiliti Semasa- Akaun Belum Bayar
Contoh Liabiliti Bukan Semasa- Pinjaman Bank, gadai janji dan pinjaman
kerajaan.
Nisbah kecairan - Mengukur keupayaan asset dengan mudah dalam bentuk tunai tanpa
menjejaskan nilai aset sesebuah perniagaan.
Nisbah semasa - Mengukur keupayaan sesebuah syarikat untuk menjelaskan semua liabiliti
( hutang jangka pendek ) mengikut masa yang ditetapkan.
Nisbah Untung - Mengukur kadar untung atau pulangan yang diperoleh sesebuah
perniagaan.
Paten - Hak eksklusif yang dianugerahkan untuk suatu reka cipta.
Penyata aliran tunai - Satu penyata yang menunjukkan aliran sebenar wang tunai
penerimaan dan pembayaran perniagaan dalam tempoh kewangan.
Pusing ganti stok - Mengukur secara purata beberapa kali inventori dijual dalam satu
tempoh tertentu.
Pusing ganti stok= Kos Jualan barangan / Stok Purata
Pusing ganti asset = Jualan Bersih / Jumlah Aset
Rancangan perniagaan - Dokumen bertulis yang menerangkan maklumat perniagaan atau
projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci.
Syer Pasaran - Jumlah pengguna yang membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan
oleh perniagaan dalam satu pasaran.
Titik Pulang Modal - Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil jualan sama
dengan jumlah kos.
Untung tokokan - Mengukur kecekapan syarikat dalam mengurangkan kos dan
meningkatkan pulangan
Peratusan untung tokokan = Untung Kasar/ Kos Jualan X 100%
Visi - Tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam berkaitan dengan perkembangan
masa depan.
Zon - Kawasan yang terlibat dengan aktiviti perdagangan
96
SULIT 3766/1
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
GERAK GEMPUR 1 SPM TAHUN 2020 3766/1
PERNIAGAAN
Kertas 1- SET 1
NOVEMBER 2020
1 ¼ jam
Satu jam lima belas minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.
4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baharu.
5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik.
6. Semua kertas jawapan anda hendaklah diserahkan pada akhir peperiksaan.
Disediakan oleh; Disahkan oleh;
……………………………………….. ………………………………..
Kertas ini mengandungi 11 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak
3766/1 1 SULIT
SULIT 3766/1
1 Antara yang berikut,yang manakah merupakan tujuan utama perniagaan ditubuhkan?
A Mengembangkan ekonomi negara
B Menjalankan aktiviti import dan eksport
C Membekalkan barang dan perkhidmatan
D Memenuhi keperluan dan kehendak pemilik
2 Apakah kelebihan perniagaan milikan tunggal?
A Mudah mengembangkan perniagaan
B Berkongsi kepakaran
C Pemilik mengawal sepenuhnya operasi perniagaan
D Hayat perniagaan berterusan
3 Maklumat berikut berkaitan sektor perniagaan.
• Mengekstrak Sumber semula jadi
• Memberikan nilai tambah kepada hasil yang diperolehi
Antara berikut, manakah menerangkan sektor tersebut?
I. Pertanian
II. Pembalakan
III. Pembinaan
IV. Pembekalan tenaga
A I dan II C II dan III
III dan IV
B I dan IV D
4 Rajah menunjukkan skala perniagaan.
Domestik
Tempatan Negeri X
Antara berikut, yang manakah ciri-ciri skala yang bertanda X?
I. Menembusi pasaran tempatan
II. Menikmati ekonomi bidangan
III. Mampu membeli stok dalam kuantiti yang lebih besar
IV. Menikmati keuntungan yang tinggi.
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
3766/1 2 SULIT