SULIT 3766/1
5 Rajah menunjukkan satu perkaitan perniagaan.
x
Klasifikasi Perniagaan Bentuk
Pemilikan
Skala
Apakah X?
A Penawaran barang dan perkhidmatan
B Permintaan barang dan perkhidmatan
C Memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan
D Memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan
6 Gambar berikut berkaitan perlindungan pengguna.
Berapa harga dan tarikh
luput barang ini?
Antara yang berikut, akta manakah yang berkaitan perlindungan pengguna?
I Akta Kontrak 1950
II Akta Kawalan Harga 1946
III Akta Perihal Dagangan 1972
IV Perhubungan Industri 1967
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
3766/1 3 SULIT
SULIT 3766/1
7 Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pasaran .
Jual beli syer dan sekuriti, pertukaran wang asing, pinjaman dan pelaburan.
Apakah jenis pasaran tersebut?
A Pasaran saham
B Pasaran produk
C Pasaran komoditi
D Pasaran kewangan
8 Antara berikut yang manakah faktor berlakunya deflasi?
I Penduduk tidak mampu membeli barang dipasaran
II Peningkatan pengeluaran secara besar-besaran
III Peningkatan karga barang dan perkhidmatan
IV Penduduk menangguh pembelian barang
A I dan II B I dan IV
C II dan III D III dan IV
9 Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat AZZ Sendirian Berhad.
Syarikat AZZ Sendirian Berhad membentuk polisi berkaitan
dengan pembangunan kerjaya pekerja
.
Apakah peranan dalam sumber manusia tersebut?
A Latihan dan Pembangunan
B Perancangan Sumber Manusia
C Perkhidmatan pekerja dan Kebajikan
D Perhubungan Industri
10 Maklumat berikut berkaitan kesan perubahan persekitaran terhadap organisasi
perniagaan?
• Jualan Merosot
•X
• Gagal dalam persaingan
• Imej perniagaan terjejas
• Tidak mampu kembangkan perniagaan.
Terangkan X?
A Menjejaskan keuntungan yang maksimum
B Berkaitan dengan kos tetap dan kos berubah
C Syarat lebih ketat dikenakan oleh institusi kewangan
D Membuka cawangan dalam dan luar negara
3766/1 4 SULIT
SULIT 3766/1
11 Apakah maksud Visi?
A Perancangan jangka masa panjang
B Penetapan matlamat yang ingin di capai
C Pembentukan maklumat yang lebih khusus
D Pernyataan yang menjelaskan tujuan perniagaan
12 Gambar menunjukkan sebuah organisasi bermotifkan untung
Felda Global Ventures (FGV)
Apakah Visi, Misi dan objektif bagi organisasi tersebut?
A Untuk memaksimumkan keuntungan
B Untuk memberikan kebajikan kepada orang ramai
C Untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap secara percuma
D Untuk menarik ramai ahli bagi menjalankan aktiviti yang dirancang
13 Antara berikut yang manakah menerangkan ciri objektif bagi jangka masa “Time
Frame” ?
I Menyasarkan jualan sebanyak RM20,000 pada akhir tahun
II Meningkatkan 10 peratus bilangan pelanggannya
III Menjual pelbagai saiz anak patung kepada pelanggannya
IV Memastikan kualiti pengeluaran sentiasa disemak
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
14 Rajah di bawah menunjukkan carta organisasi sebuah perniagaan
KETUA PEGAWAI
EKSEKUTIF
PENGURUS PENGURUS
PEMASARAN PENGELUARAN
PEKERJA A PEKERJA B
Pilih pernyataan yang paling tepat
3766/1 5 SULIT
SULIT 3766/1
A Pengurus pemasaran menyampaikan visi organisasi kepada pekerja A
B Pengurus pengeluaran menyampaikan visi organisasi kepada pekerja A dan
pekerja B
C Ketua pegawai eksekutif menjelaskan objektif yang sama kepada pengurus
Pengeluaran dan Pekerja B.
D Ketua pegawai eksekutif menjelaskan objektif yang sama kepada pekerja A dan
pekerja B
15 Apakah faktor dalaman yang mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif
perniagaan?
A Sumber manusia
B Sosio budaya
C Ekonomi
D Ekologi
16 Rajah di bawah merujuk kepada kitaran ekonomi
X
Apakah X ?
A Kemerosotan
B Pertumbuhan
C Kemelesetan
D Melambung
17 Maklumat berikut berkaitan bahagian fungsian sebuah perniagaan.
Puan Rina bertanggungjawab mengurus, menyimpan, dan menerima rekod.
Apakah jenis fungsian yang dijalankan oleh Puan Rina ?
A Kewangan
B Pengagihan
C Pentadbiran
D Khidmat pelanggan
3766/1 6 SULIT
SULIT 3766/1
18 Antara yang berikut, manakah peranan bahagian fungsian pengurusan sumber
manusia?
A Latihan dan pembagunan
B Menukarkan input kepada output
C Menghasilkan barang dan perkhidmatan
D Perkhidmatan pekerja dan kebajikan
19 Gambar di bawah berkaitan dengan aplikasi teknologi maklumat dalam perniagaan.
Apakah aplikasi teknologi maklumat yang digunakan di atas ?
A e-dagang
B e-banking
C e-pemasaran
D e-government
20 Maklumat berkaitan dengan aliran maklumat.
x • Melibatkan Pengolahan terhadap sesuatu idea
• Menggunakan tulisan/ gambar/ pertuturan/ tayangan
video sebagai alat menyampaikan maklumat.
Apakah X ?
A Enkod
B Dekod
C Saluran
D Maklum balas
21 Apakah tujuan pengurusan sumber manusia?
A Melancarkan aktiviti perniagaan dengan mempunyai staf berpengalaman
B merancang sumber manusia
C melaksana program induksi dan program Latihan kemahiran pekerja.
D membantu menyelesaikan sebarang pertikaian semasa proses perundingan
dijalankan.
3766/1 7 SULIT
SULIT 3766/1
22 Apakah fungsi ganjaran kepada pekerja??
A Memantapkan budaya profesional
B Memastikan pekerja bekerja dengan cekap
C Membolehkan pekerja menjana idea baharu
D Meningkatkan motivasi dan kesetiaan pekerja
23 Dialog berikut berkaitan keperluan kemahiran kebolehkerjaan.
Encik Kamal: Syarikat memerlukan pekerja yang sedia terlatih dan
berkebolehan dalam menguruskan kewangan syarikat
Encik Rafi: Selain itu, kita perlu pastikan pekerja tersebut mempunyai kelayakan
akademik dalam bidang perakaunan
Apakah kemahiran kebolehkerjaan yang diperlukan syarikat tersebut??
A Berpengalaman
B Keberkesanan mencapai sasaran individu dan pasukan/ Jabatan
C Semangat yang tinggi
D Komunikasi yang baik
24 Apakah tujuan mengurus sumber fizikal?
A Memastikan bahan mentah dalam keadaan selamat
B Melindungi keselamatan pekerja
C Menyelenggara peralatan mesin
D Menjaga nama baik perniagaan
25 Graf di bawah merujuk kepada analisis titik pulang modal.
500,000 A
SULIT
Apakah A ? 8
A Kos Tetap
B Kos Berubah
C Titik Pulang Modal
D Jumlah Kos
3766/1
SULIT 3766/1
26 Berikut merupakan maklumat kos bagi sebuah Perniagaan A
• Kos Tetap = RM 500,000
• Harga Jualan = RM 100/Unit
• Kos Berubah = RM 75/Unit
Kirakan titik pulang ,modal perniagaan tersebut?
A 20,000 Unit
B 25,000 Unit
C 23,000 Unit
D 28,000 Unit
27 Maklumat berikut diambil daripada penyata aliran tunai Encik Rahman yang
bercadang memulakan ternakan burung puyuh pada Jan 2020.
Modal RM
Bank 15,000
Tunai 50,000
Peralatan 35,000
Penerimaan 100,000
Pembayaran 65,000
Berapakah baki akhir aliran tunai bulan Januari 2020
A RM 120,000
B RM 100,000
C RM 135,000
D RM 265,000
28 Pernyataan berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.
Cik Aminah bercadang hendak mendapatkan pembiayaan
melalui penjualan invois dengan harga diskaun tertentu dari
sebuah syarikat.
Apakah jenis sumber pembiayaan tersebut?
A Pemfaktoran
B Sewa beli
C Overdraf
D Modal permulaan
3766/1 9 SULIT
SULIT 3766/1
Soalan 29 dan 30 berdasarkan kepada Maklumat berikut:
Berikut merupakan Kunci Kira-Kira bagi perniagaan Lima Enterprise
Lima Enterprise RM
Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2019 200 000
RM 35 000
235 000
Aset Bukan Semasa
Bangunan
X 12 000
Stok 8 000
Akaun Belum Terima 25 000
Bank 45 000
Liabiliti Semasa 10 000
Akaun Belum Bayar
Modal Kerja
29 Kirakan X?
A RM 45,000
B RM 25,000
C RM 12,000
D RM 8,000
30 Terangkan X ?
A Tahap kecairan rendah
B Bersifat tahan lama
C Tempoh hayat penggunaan kurang setahun
D Tempoh hayat penggunaan lebih setahun
31 Maklumat yang berikut berkaitan dengan nisbah kewangan bagi Syarikat GJEEN Sdn.
Bhd.
Nisbah semasa Syarikat GJeen Sdn. Bhd ialah 3:1
Apakah tafsiran yang tepat bagi nisbah tersebut?
A Setiap RM1 liabiliti bukan semasa, perniagaan mempunyai RM3 aset bukan
semasa
B Setiap RM3 aset bukan semasa, perniagaan mempunyai RM1 liabiliti bukan
semasa
C Setiap RM3 liabitili semasa, perniagaan mempunyai RM1 aset semasa
D Setiap RM1 liabiliti semasa, perniagaan mempunyai RM3 aset semasa
3766/1 10 SULIT
SULIT 3766/1
32 Apakah kelebihan menjadi seorang usahawan kepada masyarakat?
A Memenuhi keperluan dan kehendak
B Mewujudkan sikap berdikari
C Memupuk minat keusahawanan
D Membentuk diri sentiasa berfikiran positif
33 Antara berikut, manakah kepentingan latihan kepada usahawan?
A Memberi motivasi untuk mencapai matlamat
B Membantu penjenamaan semula produk
C Membuat perancangan jangka masa pendek
D Mengembangkan nama baik perniagaan di pasaran.
34 Apakah kelebihan keuntungan kepada usahawan?
A Mendapatkan sumber manusia yang mempunyai kepakaran
B membentuk personaliti usahawan
C mempelbagaikan keperluan manusia
D memenuhi cita rasa pengguna
35 Apakah akta yang berkaitan penubuhan entity perniagaan?
A Akta Perkongsian
B Akta Pertubuhan
C Akta Sewa Beli
D Akta Kontrak
36 Rajah di bawah berkaitan dengan prosedur memperbadankan syarikat persendirian
Bhd.
Carian Nama Borang X Pelantikan
Permohonan setiausaha
Pendaftaran syarikat
Apakah yang berkaitan dengan X ?
A Maklumat jenis perniagaan dan alamat
B melengkapkan maklumat syarikat
C Merekod pemegang saham
D makluman pemerbadanan oleh suruhanjaya syarikat Malaysia
3766/1 11 SULIT
SULIT 3766/1
37 Maklumat berikut berkaitan dengan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh
usahawan setelah mendaftarkan perniagaan.
•X
• Mempamerkan papan tanda perniagaan
• Dokumen perniagaaan mesti mengandungi nama dan
nombor pendaftaran perniagaan
Apakah X?
A mempamerkan sijil perakuan pendaftaran perniagaan
B mempamerkancarta organisasi perniagaan
C mempamerkan gambar pemilik perniagaan
D mempamerkan dokumen perniagaan
38 Apakah tujuan aktiviti pemasaran dalam perniagaan?
A pengagihan produk atau perkhidmatan kepada pengguna
B pertukaran hak milik sesuatu produk
C Melancarkan proses pengeluaran
D Menjaga kebajikan masyarakat
39 Rajah berikut berkaitan dengan campuran pemasaran.
PRODUK
TEMPAT CAMPURAN HARGA
PEMASARAN
Apakah X ? X SULIT
12
A Pengagihan
B Promosi
C Produk siap
D Penetapan harga
3766/1
SULIT 3766/1
40 Apakah kepentingan menyediakan rancangan perniagaan?
A Membantu perniagaan beroperasi dengan lebih sistematik dan lebih jelas.
B Menjadi panduan dalam hala tuju pengurusan perniagaan
C Mengukur kemampuan perniagaan membayar hutang
D Meyakinkan pihak pelabur
KERTAS SOALAN TAMAT
3766/1 13 SULIT
SULIT 3766/1
@JURULATIH UTAMA PERNIAGAAN JPNJ
3766/1 14 SULIT
SULIT 3766/2
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
GERAK GEMPUR SPM TAHUN 2020 3766/2
PERNIAGAAN
Kertas 2 – SET 1
NOVEMBER 2020
2 ¼ jam
Dua jam lima belas minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, B dan C
2. Jawab lima soalan daripada Bahagian A, dua soalan daripada Bahagian B dan
satu soalan wajib di Bahagian C.
3. Jawapan hendaklah ditulis dalam di dalam kertas yang disediakan. Sekiranya tidak
mencukupi sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperikasan.
4. Anda dinasihatkan supaya mengambil masa 80 minit untuk menjawab soalan dalam
Bahagian A dan B serta 40 minit untuk menjawab soalan dalam Bahagian C.
5. Markah yang diperuntukan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam
kurungan.
6. Jika anda hendak menukar jawapan, batalkan dengan kemas jawapan yang telah
dibuat. Kemudian tulis jawapan yang baru.
7. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik.
8. Semua kertas jawapan anda hendaklah diserahkan pada akhir peperiksaan.
Disediakan oleh; Disemak oleh
………………………………. ……………........................
Kertas ini mengandungi 10 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak
3766/2 0 SULIT
SULIT 3766/2
BAHAGIAN A
[ 50 markah ]
Jawab mana-mana lima soalan sahaja dalam bahagian ini.
1 (a) Terangkan tiga ciri perkongsian liabiliti terhad (PLT). [ 6 markah ]
(b) Maklumat berikut berkaitan dengan Perusahaan kilang seorang usahawan.
Puan Zainab ialah seorang pengusaha kilang kerepek berasaskan ubi kayu di
Kluang, Johor. Beliau menghasilkan pelbagai jenis kerepek yang diedarkan di
setiap daerah di negeri Johor. Beliau mempunyai pekerja tetap seramai 50
orang. Perniagaan beliau menunjukkan pulangan yang lumayan iaitu jualan
tahunannya adalah sebanyak RM 450,000. Beliau berhasrat untuk meluaskan
lagi perniagaannya pada masa akan datang.
Terangkan klasifikasi perniagaan Puan Zainab [ 4 Markah ]
2 (a) Terangkan aspek penting yang terdapat dalam carta organisasi.
[ 6 markah ]
(b) Maklumat berikut berkaitan dengan pernyataan objektif Kedai Pastri Enak
KEDAI PASTRI ENAK
Pelanggan Adalah Keutamaan Kami
Menjual 5000 biji produk pastri dalam tempoh sebulan bagi pasaran
tempatan. Peningkatan 10% sebulan dan dianggarkan meningkat
sehingga 25% pada musim perayaan.
Terangkan ciri-ciri objektif Kedai Pastri Enak. [ 4 markah ]
3 (a) Jelaskan tujuan penetapan misi bagi sesebuah perniagaan. [ 6 markah ]
(b) Berikut merupakan perbualan antara dua orang surirumah tangga di sebuah
pasaraya.
Pn Azidah : Keseluruhan harga barang di pasaraya ini telah menurun.
Pn Siti : Bukan pasaraya ini sahaja, malahan dikebanyakan kedai dan
pasaraya diseluruh negara berlaku keadaan yang sama. Ini
boleh menjadi masalah ekonomi kepada negara kita.
Jelaskan peranan kerajaan dalam membendung masalah ekonomi tersebut.
[ 4 markah ]
3766/2 1 SULIT
SULIT 3766/2
4 (a) Nyatakan kepentingan pengurusan sumber manusia dalam
sesebuah perniagaan. [ 4 markah ]
(b) Gambar menunjukkan menu bagi sebuah perniagaan.
Huraikan dua campuran pemasaran yang terdapat pada menu tersebut.
[ 6 markah ]
5 (a) Huraikan prosedur menguruskan sumber fizikal yang diperlukan dalam
operasi sesebuah perniagaan [ 6 markah ]
(b) Maklumat berikut berkaitan sumber pembiayaan.
• Puan Ayu ingin menjual pakaian secara online. Beliau telah
menggunakan wang simpanan RM 20,000 untuk memulakan
perniagaan tersebut.
• Encik Asri ingin membuka sebuah ladang baru dan memerlukan
sebuah jentera membajak di peringkat awal penanaman. Ini
menyebabkan beliau tidak mahu membeli jentera tersebut tetapi
mahu menyewa sahaja.
Apakah jenis sumber pembiayaan yang sesuai dipilih oleh Puan Ayu dan
Encik Asri.
Berikan alasan anda. [ 6 markah ]
3766/2 2 SULIT
SULIT 3766/2
6 (a) Jelaskan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh usahawan setelah
memperoleh Sijil Pendaftaran Perniagaan.
[ 4 markah ]
(b) Berikut merupakan penyata kewangan bagi sebuah perniagaan.
PERNIAGAAN KAK ESAH SDN BHD
PENYATA PENDAPATAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 JULAI 2020
BUTIRAN RM RM
JUALAN 415,710
TOLAK : Pulangan Jualan -
Jualan Bersih 415,710
P
Inventori Awal Barang Siap -
Kos Pengeluaran 207,503
Kos Barang Siap Untuk Dijual 207,503
Tolak: Inventori Akhir Barang Siap
Kos Jualan Barang Siap 6,225
Untung Kasar
HASIL 201,278
Hasil Faedah 214,432
R 240
Faedah atas Sewa Beli Trak 214,672
Faedah Atas Pinjaman
Gaji Pengurus 1,380
KWSP Pengurus -Majikan 2,100
Perkeso Pengurus- Majikan 4,140
Minyak Diesel & Tol
Pendaftaran dengan SSM 538
Susutnilai Kenderaan 71
Susutnilai Alatan Pejabat
Susut nilai Mesin 4,080
60
S
4,100
112
95
16,675
197,997
Terangkan P, R, dan S. [ 6 markah ]
3766/2 3 SULIT
SULIT 3766/2
BAHAGIAN B
[ 30 markah ]
Jawab mana-mana dua soalan dalam bahagian ini.
7 Pernyataan berikut berkaitan dengan perniagaan Encik Abd Rahman.
Encik Abd Rahman telah menjalankan perniagaan kerepek pisang selama 10 tahun
di Simpang Renggam, Johor. Perniagaannya mendapat sambutan yang baik
daripada penduduk tempatan. Ini telah menyebabkan Pak Ali mengembangkan
perniagaannya dengan mengedarkan produknya ke seluruh Malaysia dan memberi
kebebasan dalam urusan pekerjaan mahupun pentadbiran sehingga pekerja berasa
sangat selesa.
Keuntungan Perniagaan
100 2018 2019 2020
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0
2017
Beliau juga berpendapat gaya pengurusannya perlu diubah kerana cara yang lama
menyebabkan beliau sukar mengawal pekerja. Beliau akan menggunakan gaya
yang lebih tegas tetapi masih mewujudkan hubungan yang baik dengan pekerja
(a) Jelaskan faktor dalaman yang menyebabkan trend persekitaran perniagaan
tersebut. [ 7 markah ]
(b) Jelaskan kesan trend tersebut . [ 4 markah ]
(c) Terangkan gaya pengurusan yang boleh dilaksanakan oleh Encik Abd
Rahman. [ 4 markah ]
3766/2 4 SULIT
SULIT 3766/2
8 Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Puan Zainab.
Puan Zainab telah menjalankan perniagaan Zainab Gift di Batu Pahat. Perniagaan
tersebut menawarkan hamper makanan yang mengandungi biskut dan kek. Sambutan
yang semakin menggalakkan pada setiap tahun telah menyebabkan beliau
mempertimbangkan untuk membuka kedai cawangan di Plaza Angsana Johor Bahru.
Anggaran kos untuk pembukaan kedai baru tersebut dianggar RM 150 000 dan beliau
bercadang mendapatkan pembiayaan daripada MARA.
(a) Terangkan dua faktor utama yang telah dipertimbangkan oleh Puan Zainab
semasa mempertimbangkan untuk membuka kedai cawangan. [ 4 markah ]
(b) Jelaskan prosedur yang perlu Puan Zainab patuhi untuk mendapatkan
pembiayaan daripada agensi tersebut. [ 6 markah ]
(c) Mengapa beliau memilih jenis sumber pembiayaan di(b)? [ 5 markah ]
9. Pernyataan berikut berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia di sebuah
syarikat.
Syarikat ABC’S merupakan anak syarikat kepada Syarikat DEF’s yang
beroperasi di Rusia Syarikat ABC’s baru sahaja menerima tiga buah mesin baru
daripada Syarikat DEF’s. Mesin-mesin tersebut akan digunakan dalam proses
pengeluaran apabila siap dipasang. Pengurus Sumber manusia mengarahkan tiga
orang jurutera untuk mengikuti latiahan mempelajari cara mengendalikan mesin
tersebut daripada jurutera yang berada di Rusia secara atas talian. Sehubungan
itu pengurus sumber manusia telah menggunakan aplikasi teknologi maklumat
yang sesuai. Oleh itu syarikat telah membeli beberapa perisian yang boleh
digunakan untuk memastikan proses pembelajaran atas talian dapat berjalan
dengan lancar.
(a) Huraikan peranan pengurusan sumber manusia terhadap tiga orang jurutera
syarikat. [ 4 markah ]
(b) Apakah aplikasi untuk pembelajaran atas talian yang boleh digunakan oleh
syarikat?
Kemukakan alasan anda. [ 5 markah ]
(c) Jelaskan prosedur mengurus sumber yang digunakan agar proses pembelajaran
berjalan lancar. [ 6 markah ]
3766/2 5 SULIT
SULIT 3766/2
BAHAGIAN C
[20 markah]
Soalan ini wajib dijawab.
10 Encik Daud merupakan pemilik perniagaan Makanan Segera Restu Mammy.
Perniagaan yang ditubuhkan pada tahun 2012 itu menawarkan pelbagai makanan segera
dan antara menu popular ialah Burger Leleh Meletup, Jemput-Jemput Ayam Keju dan
Bebola Daging Mantap. Pada tahun 2019, Encik Daud telah berjaya membuka 10 buah
kedai cawangan di seluruh negeri Johor. Kesibukan beliau mengurus perniagaan telah
menyebabkan kadang-kala terdapat kedainya yang tidak dapat dipantau dengan baik.
Keadaan ini menyebabkan beliau telah telah berjumpa dengan seorang Pegawai
Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu Encik Khairul untuk mendapatkan khidmat
nasihat tentang pengurusan semua kedai cawangannya. Encik Khairul mencadangkan
agar beliau menjalankan bentuk perniagaan lain yang membenarkan peniaga yang
berminat membuka kedai menggunakan jenama, resepi dan logo perniagaan Encik
Daud. Encik Daud bersetuju dengan pendapat Encik Khairul kerana ini akan
memudahkan pengurusan dan perkembangan perniagaannya ke seluruh negara.
Setelah bentuk perniagaan tersebut diperkenalkan, terdapat banyak pemohonan
peniaga dari seluruh negara tetapi Encik Daud hanya meluluskan permohonan daripada
Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun
Encik Daud masih menghadapi masalah kawalan pengurusan dan mendapati jenis
struktur organisasi yang digunakan pada masa kini menyukarkan kawalan ke atas kedai
di negeri-negeri tersebut. Pada ketika ini Encik Daud menggunakan jenis struktur
organisasi seperti berikut.
PENGURUS BESAR
PENGURUS PENGURUS PENGURUS PENGURUS PENGURUS
BELIAN PENTADBIRAN JUALAN PENGELUARAN PEMASARAN
Hasil perbincangan dalam mesyuarat pengurusan, semua pengurus telah bersetuju
bahawa penggunaan jenis struktur organisasi tersebut kurang sesuai digunakan dalam
pengurusan pejabat-pejabat cawangan. Encik Daud selaku pengurus besar telah
meminta pengurus pentadbiran mengenalpasti jenis struktur organisasi yang lain untuk
membolehkan wakil setiap kawasan mengawasi dan menyampaikan laporan tentang
kedai cawangan di kawasan masing-masing.
Baru-baru ini Encik Daud mendapat laporan tentang penggunaan sumber
perniagaannya iaitu logo dan menu oleh pesaing yang menyamai produk Makanan
Segera Restu Mammy. Keadaan ini telah menjejaskan nama baik dan jualan
perniagaannya. Rakannya telah menasihati beliau agar mendaftarkan sumber
perniagaan tersebut demi melindungi perniagaannya dan kebajikan peniaga-peniaga
yang menggunakan jenamanya.
Setelah berjaya menguasai pasaran domestik, Encik Daud bercadang untuk
membuka tawaran perniagaan Makanan Segera Restu Mammy kepada peniaga-peniaga
dari luar negara seperti Indonesia, Thailand dan negara-negara Arab. Beliau sedang
3766/2 6 SULIT
SULIT 3766/2
mempertimbang samada menghantar wakil perniagaan ke negara-negara tersebut
ataupun menggunakan agensi kerajaan iaitu MATRADE.
Jawab soalan-soalan di bawah;
(a) Jelaskan kelebihan bentuk perniagaan lain yang dicadangkan oleh Encik Khairul
kepada Encik Daud. [ 6 markah ]
(b) Anda merupakan pengurus pentadbiran di Makanan Segera Restu Mammy.
Lakarkan jenis strukutur organisasi yang akan anda kemukakan kepada Encik Daud.
Berikan alasan anda. [ 4 markah ]
(c) Bagaimanakah Encik Daud perlu mengurus sumber perniagaan tersebut dengan betul?
[ 5 markah ]
(d) Apakah cara yang sesuai dipilih Encik Daud untuk mengembang perniagaannya ke
peringkat antarabangsa?
Kemukakan alasan anda. [ 5 markah ]
KERTAS SOALAN TAMAT
3766/2 @JURULATIH UTAMA PERNIAGAAN JPNJ SULIT
7
SULIT
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
GERAK GEMPUR 1 SPM TAHUN 2020 3766/1
PERNIAGAAN Satu
Kertas 1- SET 2
NOVEMBER 2020
1 ¼ jam
jam lima belas minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.
4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baharu.
5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik.
6. Semua kertas jawapan anda hendaklah diserahkan pada akhir peperiksaan.
Disediakan oleh; Disahkan oleh;
……………………………………….. ………………………………..
Kertas ini mengandungi 11 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak
1
SULIT
1 Apakah tujuan penubuhan organisasi bermotifkan untung ditubuhkan?
A Membantu golongan berkemampuan mendapatkan perkhidmatan percuma
B Mementingkan kebajikan ahli dan masyarakat setempat
C Menyediakan premis perniagaan kepada usahawan
D Menawarkan barang dan perkhidmatan
2 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri bentuk pemilikan perniagaan.
• Hal ehwal syarikat dirahsiakan
• Tidak bebas pindah milik syer
• Liabiliti terhad
Apakah bentuk pemilikan tersebut?
A Syarikat sendirian berhad
B Syarikat awam berhad
C Milikan tunggal
D Koperasi
3 Rajah 1 berkaitan dengan sektor perniagaan
Sektor Primer
Sektor Sektor X
Sektor Tertier
Rajah 1
Apakah bidang pekerjaan yang boleh dikategorikan dalam sektor X?
A Guru
B Buruh binaan
C Penternak ayam
D Pemilik Salon Rambut
2
SULIT
4 Rajah 2 berikut menunjukkan sesuatu skala perniagaan
Domestik
P Negeri Kebangsaan
Rajah 2
Pilih pernyataan yang benar tentang P
A Melibatkan penjualan suatu produk hanya dalam negara
B Membekalkan barang dan perkhidmatan di kawasan tertentu sahaja
C Menjual suatu produk pada peringkat daerah dalam sesebuah negeri
D Melibatkan penjualan produk di pasaran dalam negeri dan di luar negara
5 Gambar 1 berikut berkaitan dengan Logo sejenis perniagaan
Gambar 1
Pernyataan manakah yang menerangkan perniagaan tersebut?
I. Berskala global
II. Perniagaaan bersaiz besar
III. Penghasilan Input
IV. Melibatkan aktiviti pembekalan tenaga
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
6 Penyataan berikut berkaitan dengan Puan Murni
Puan Murni merupakan pemilik Kedai Kek Murni di Kluang . Beliau
dibantu oleh 15 orang pekerja
Apakah saiz perniagaan Kedai Kek Murni?
A Kecil C Global
B Besar D Sederhana
3
SULIT
7 Apakah sektor perniagaan yang banyak diceburi oleh penduduk Malaysia selepas
merdeka ?
A Sektor perindustrian
B Sektor pembinaan
C Sektor pertanian
D Sektor perkhidmatan
8 Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang meningkat?
A Guna tenaga semakin menurun
B Peniaga mengurangkan operasi pengeluaran
C Cukai yang dikutip oleh kerajaan semakin meningkat
D Jualan dan keuntungan perniagaan adalah malar
9 Maklumat yang berikut berkaitan ekonomi negara
Keadaan kemelesetan ekonomi menyebabkan pendapatan pengguna semakin
menurun dan hal ini menyebabkan permintaan untuk barang dan perkhidmatan
Anbtaerrakbuerarinkguat,ny. ang manakah peranan kerajaan menangani perkara tersebut?
I. Mengurangkan bekalan dalam ekonomi
II. Meningkatkan kadar faedah
III. Menurunkan kadar cukai
IV. Mengurangkan kadar faedah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
10 Maklumat berikut berkaitan dengan suatu jenis gaya pengurusan.
Ahmad merupakan seorang majikan di Syarikat BKK Sdn Bhd . Beliau memberi
kebebasan kepada pekerja untuk membuat keputusan dalam tugas
Apakah jenis gaya pengurusan yang dilaksanakan oleh Ahmad?
A Gaya pengurusan sokongan
B Gaya pengurusan autokratik
C Gaya Pengurusan demokratik
D Gaya pengurusan laissez-faire
4
SULIT
11 Antara yang berikut, manakah kesan perubahan persekitaran terhadap organisasi
perniagaan dari aspek undang-undang?
I. Pembangunan dalam teknologi digital
II. Sistem perniagaan yang adil dapat diwujudkan
III. Perlindungan daripada gejala penipuan dalam perniagaan
IV. Pelaksanaan dasar fiskal dan dasar kewangan oleh kerajaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
12 Penyataan manakah menerangkan objektif?
A Menjadi satu ketetapan dalam melakukan aktiviti perniagaan
B Merupakan pembentukan maklumat yang lebih khusus
C Menjadi garis panduan dalam pengurusan organisasi
D Mengariskan sebab kewujudan sesebuah organisasi
13 Faktor dalaman yang manakah mempengaruhi perubahan matlamat sesebuah
perniagaan?
A Perpaduan kaum
B Teknologi yang canggih
C Ekonomi yang melambung
D Sumber kewangan yang banyak
14 Maklumat berikut berkaitan objektif Syarikat Honda.
Syarikat Honda akan mengeluarkan sebanyak 100 000 unit kereta penumpang dan
sebanyak 50 000 unit motosikal kuasa tinggi.
Apakah ciri objektif tersebut?
A. Boleh diukur
B. Munasabah
C. Boleh dicapai
D. Jangka Masa
15 Apakah peranan bahagian fungsian pentadbiran?
A Menguruskan mesyuarat
B Menyediakan bajet kewangan
C Melaksanakan program induksi
D Menyediakan kemudahan pengangkutan
5
SULIT
16 Pernyataan manakah merupakan tujuan bahagian fungsian pentadbiran?
A Merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal demi mencapai matlamat
organisasi.
B Menyelaras aktiviti organisasi bagi mencapai matlamat organisasi
C Menjalankan aktiviti sokongan untuk seluruh organisasi
D Merancang kewangan organisasi perniagaan
17 Antara yang berikut, manakah yang mewakili visi, misi dan objektif (VMO) organisasi
sektor organisasi berasaskan untung (OBU)?
I.Memaksimumkan keuntungan
II.Menyediakan perkhidmatan sukarela
III.Mementingkan kecekapan dalam proses pengeluaran
IV.Menyediakan produk secara percuma
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. I dan IV
18 Makumat di bawah menunjukkan suatu bahagian fungsian antara Syarikat Gemilang
Sdn. Bhd. dan Syarikat Mohan Sdn. Bhd.
Syarikat Gemilang Sdn. Bhd. Syarikat Mohan Sdn. Bhd.
• Staf dalam fungsian bahagian ini akan • Merancang program latihan untuk
menandatangani kontrak dengan para pekerja
pembekal agar membekalkan bahan • Menyediakan keperluan asas dan
mentah yang berkualiti menjaga kebajikan pekerja.
Apakah bahagian fungsian kedua-dua syarikat tersebut?
Syarikat Gemilang Sdn. Bhd. Syarikat Mohan Sdn. Bhd.
A Pentadbiran Pengurusan
B Kewangan Pentadbiran
C Pemasaran Perancangan sumber manusia
D Pembelian Pengurusan sumber manusia
19 Pernyataan manakah menerangkan maksud pengurusan sumber manusia?
A Usaha untuk membina imej baik organisasi.
B Usaha untuk membangunkan tenaga kerja dalam organisasi.
C Usaha untuk mengurangkan risiko kerugian akibat kemerosotan perniagaan.
D Usaha untuk meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dalam organisasi.
6
SULIT
20 Pernyataan berkaitan jenis sumber fizikal dalam sesebuah perniagaan.
Barang dagangan yang sedia untuk dijual
Apakah x?
A. Kemudahan
B. Bahan mentah
C. Produk siap
D. Stok
21 Apakah ciri struktur organisasi berdasarkan geografi?
A Sistem berbilang arahan
B Organisasi bersaiz kecil
C Memenuhi keperluan pelanggan
D Penyelarasan jabatan di pelbagai wilayah
22 Mengapakah pengurusan stok yang baik penting bagi sesebuah organisasi perniagaan?
A Mengelak dari berlaku kerosakan barang sebelum diproses
B Membolehkan proses pengeluaran berjalan dengan lancar
C Mengawal kualiti produk berada dalam keadaan yang baik
D Memastikan produk sentiasa ada apabila dikehendaki
23 Apakah tujuan mengurus sumber teknologi?
A Dapat menjimatkan kos penyelenggaraan harta intelek
B Mengelakkan syarikat daripada ancaman cetak rompak
C Dapat mencapai keuntungan dalam jangka masa pendek
D Dapat memudahkan sumber fizikal dan sumber teknologi
24 Pernyataan manakah yang tepat berkaitan prosedur mengurus sumber teknologi bagi
sebuah syarikat produksi animasi tempatan?
A Mendaftar hak cipta karya filem animasi dengan MyIPO
B Menyediakan pelbagai kamera berteknologi tinggi
C Menginsuranskan semua jenis kamera dan peralatan
D Menghasilkan pelbagai jenis filem animasi dan dokumensasi
25 Syarikat Penerbitan Berjaya memohon hak cipta terpelihara bagi beberapa karya yang
diterbitkan. Apakah tujuan syarikat tersebut berbuat demikian?
A Mendapatkan hak perundangan ke atas ciptaan mereka
B Mendapatkan kebenaran untuk mencetak karya syarikat
C Mendapatkan kelulusan untuk menjual harga diskaun
D Mendapatkan kebenaran memasarkan karya syarikat ke luar negara
7
SULIT
26 Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan.
• Overdraf
• Pajakan
• Sewa beli
Apakah sumber pembiayaan tersebut?
A Sumber pembiayaan dalaman
B Sumber pembiayaan luaran
C Sumber pembiayaan bank
D Sumber pembiyaan agensi kerajaan
27 Antara yang berikut, manakah merupakan kelebihan memperoleh jentera melalui skim
pajakan?
I. Dapat menjana pendapatan
II. Dimiliki selepas tamat tempoh pajakan
III. Jentera yang rosak akan dibaiki oleh penyewa
IV. menggunakan mesin tanpa mengeluarkan modal yang tinggi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
28 Gambar 2 merupakan agensi kerajaan yang menyediakan pembiayaan kewangan
Antara agensi X tersebut? Gambar 2
A Agro Bank C Maybank Berhad
B Tabung Haji D Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
8
SULIT
29 Maklumat yang berikut berkaitan dengan Puan Aisyah.
Puan Aisyah merupakan seorang pengusaha Kedai Roti dan Kek. Memandangkan
perniagaannya mendapat sambutan yang baik, beliau mengambil keputusan untuk
membuka satu lagi kedai dengan menggunakan wang simpanan sendiri
Mengapakah beliau memilih menggunakan sumber pembiayaan tersebut?
I. Mendapat jaminan
II. Bayaran balik faedah lebih rendah
III. Memperoleh modal dengan lebih cepat
IV. mengelakkan pembayaran faedah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
30 Apakah yang dimaksudkan dengan Penyata Kewangan?
A Rekod yang menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan bagi tempoh tertentu
B Rekod tidak formal menunjukkan kegiatan kewangan perniagaan
C Rekod urus niaga ke dalam buku catatan pertama
D Rekod aliran tunai sesebuah perniagaan
31 Berikut merupakan petikan kunci kira-kira bagi perniagaan Mesra Sdn Bhd
Mesra Sdn Bhd 40 000
Kunci Kira-kira pada 30 Jun 2019 10 600
EKUITI PEMILIK 50 600
Modal (800)
Tambah : Untung Bersih 49800
Tolak : X
Modal akhir
Apakah butiran dalam kunci kira-kira yang bertanda X?
A Overdraf bank
B Penghutang
C Kenderaan
D Ambilan
9
SULIT
32 Siapakah yang menggunakan maklumat dalam penyata kewangan sebagai rujukan
semasa mengawal dan merancang aktiviti perniagaan?
A Pemiutang
B Para pelabur
C Pihak pengurusan
D Institusi kewangan
33 Berikut merupakan Rajah 2 menunjukkan maklumat nisbah semasa bagi sesebuah
perniagaan untuk tahun 2017 dan 2018.
Tahun Nisbah semasa
2017 1.5%
2018 2.1%
Rajah 2
Tafsirkan prestasi perniagaan bagi tahun 2018 berbanding tahun 2017
A Prestasi perniagaan merosot dan tidak mampu membayar hutang.
B kemampuan perniagaan membayar hutang dalam tempoh singkat telahmeningkat.
C Prestasi perniagaan telah merosot dan hanya mampu membayar hutang untuk
tempoh masa panjang.
D Risiko perniagaan telah meningkat dan pelaburan kurang memberi pulangan.
34 Bagaimanakah kerjaya dalam bidang perniagaan memberi faedah kepada matlamat
peribadi seseorang usahawan?
A Dapat melaksanakan tanggungjawab sosial perniagaan
B Menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada masyarakat
C Memberi kebebasan mengurus kehidupan harian diri dan keluarga
D Dapat menghasilkan pelbagai produk yang memenuhi keperluan pengguna
35 Rajah 3 di bawah ini berkaitan dengan kelebihan menjadi usahawan.
Kelebihan menjadi Diri
usahawan X
Masyarakat
Rajah 3 Negara
Manakah yang benar tentang X?
A Mendapat Sumber pendapatan diri dan keluarga
B Memberikan pelbagai produk dan perkhidmatan
C Dapat memperkenalkan produk tempatan ke pasaran antarabangsa
D Mempunyai kelebihan yang dapat diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.
10
SULIT
36 Antara perniagaan berikut, milikan perniagaan yang manakah tertakluk di bawah Akta
Pendaftaran Perniagaan 1956?
A Koperasi Nelayan
B Restoren Mohd Rafi
C Sime Darby Berhad
D Wira Digital Sdn Bhd
37 Antara yang berikut, yang manakah merupakan maklumat yang perlu dilengkapkan oleh
usahawan untuk memperbadankan syarikat persendirian di bawah Akta Syarikat 2016?
I. Status kewangan
II. Alamat cawangan
II. Nama syarikat
V. Maklumat saham syarikat
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
38 Apakah dokumen rujukan bagi merekod aktiviti jualan secara kredit yang dilakukan
dalam urusniaga perniagaan?
A Memo
B Resit Rasmi
C Invois
D Bil tunai
39 Butiran yang manakah dalam Penyata Aliran Tunai dikategorikan sebagai penerimaan
perniagaan?
A Gaji
B Jualan
C Belanja utiliti
D Belian bahan mentah
40 Apakah kepentingan Rancangan Perniagaan kepada peniaga?
A Mencari pekerjaan yang baharu
B Memberi panduan untuk pinjaman
C Merancang keperluan sumber perniagaan
D Membuat pelaburan untuk sesebuah perniagaan
----------------KERTAS SOALAN TAMAT----------------
11
SULIT
@JURULATIH UTAMA PERNIAGAAN JPNJ
12
SULIT 3766/2
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
GERAK GEMPUR SPM TAHUN 2020 3766/2
PERNIAGAAN
Kertas 2 – SET 2
NOVEMBER 2020
2 ¼ jam
Dua jam lima belas minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, B dan C
2. Jawab lima soalan daripada Bahagian A, dua soalan daripada Bahagian B dan
satu soalan wajib di Bahagian C.
3. Jawapan hendaklah ditulis dalam di dalam kertas yang disediakan. Sekiranya tidak
mencukupi sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperikasan.
4. Anda dinasihatkan supaya mengambil masa 80 minit untuk menjawab soalan dalam
Bahagian A dan B serta 40 minit untuk menjawab soalan dalam Bahagian C.
5. Markah yang diperuntukan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam
kurungan.
6. Jika anda hendak menukar jawapan, batalkan dengan kemas jawapan yang telah
dibuat. Kemudian tulis jawapan yang baru.
7. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik.
8. Semua kertas jawapan anda hendaklah diserahkan pada akhir peperiksaan.
Disediakan oleh; Disemak oleh
………………………………. ……………........................
Kertas ini mengandungi 6 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak
3766/2 0 SULIT
SULIT 3766/2
BAHAGIAN A
[ 50 markah ]
Jawab mana-mana lima soalan sahaja dalam bahagian ini.
1 (a) Jelaskan kelebihan bentuk perniagaan usahasama. [ 6 markah ]
(b) Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah organisasi.
Bilangan pekerja tetap: 1 200 orang
Jumlah jualan tahunan: RM105 juta
Terangkan saiz dan skala perniagaan tersebut. [ 4 markah ]
2 Graf menunjukkan maklumat situasi trend perniagaan meningkat.
Tahun
(a) Terangkan dua faktor utama yang mempengaruhi trend perniagaan tersebut.
[ 6 markah ]
(b) Maklumat berikut tentang sebuah perniagaan
Butik Kasut Nirmala ingin mengembangkan perniagaannya ke
pasaran luar negara.
Jelaskan agensi kerajaan yang boleh membantu pemilik Butik Kasut
Nirmala. [ 4 markah ]
3766/2 1 SULIT
SULIT 3766/2
3 (a) Terangkan dua kawalan yang wujud dalam bahagian fungsian pengeluaran
semasa menjalankan aktiviti pengeluaran. [ 6 markah ]
(b) Situasi berikut berlaku di sebuah syarikat perabot.
Jualan jatuh lagi???
Jelaskan tindakan yang perlu dilakukan oleh pihak pengurusan syarikat
perabot apabila menghadapi situasi tersebut. [ 4 markah ]
4 (a) (i) Nyatakan definisi pengurusan sumber manusia. [ 2 markah ]
(ii) Berikan empat kepentingan pengurusan sumber manusia kepada
organisasi perniagaan. [ 4 markah ]
(b) Syarikat Mewangi merancang untuk mengeluarkan minyak wangi secara besar-
besaran. Puan Husna, selaku pengurus pemasaran telah diarahkan untuk
merancang campuran pemasaran.
Terangkan campuran pemasaran bagi produk tersebut.
[ 4 markah ]
5 (a) Berikut merupakan contoh rekod urus niaga yang perlu difailkan.
Jelaskan tentang rekod urus niaga tersebut. [ 4 markah ]
SULIT
3766/2 2
SULIT 3766/2
(b) Maklumat berikut berkaitan spesifikasi tugas beberapa bahagian
fungsian
• Menyediakan dokumen syarikat
• Mengambil pekerja
• Menyediakan laporan prestasi kewangan
Terangkan bahagian fungsian yang bersesuaian dengan setiap spesifikasi tugas
tersebut. [6 markah]
6 (a) Jelaskan ; [ 2 markah ]
(i) Akta Kontrak 1950 [ 2 markah ]
(ii) Akta Pesaingan 2010 [ 2 markah ]
(iii) Akta Hak Cipta 1987
(b) Situasi berikut berkaitan dengan faktor memulakan perniagaan.
Zulkarnain berhasrat menjual nasi lemak ‘Hot & Spicy’ secara cash on
delivery (COD) di sekitar Segamat. Namun begitu, masalah utamanya adalah
beliau tiada latihan khusus dari aspek pengurusan kewangan, stok dan
pemasaran agar perniagaannya nanti tidak menghadapi masalah
Jelaskan kepentingan faktor penyumbang tersebut kepada Zulkarnain.
[4 markah]
3766/2 3 SULIT
SULIT 3766/2
BAHAGIAN B
[ 30 markah ]
Jawab mana-mana dua soalan dalam bahagian ini.
7 Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah syarikat kosmetik
Syarikat Era Beauty merupakan pengeluar barangan kosmetik seperti pencuci muka
dan losyen kulit. Baru-baru ini syarikat merancang untuk menambah satu lagi produk
baharu iaitu Krim Perlindungan Sinaran Matahari bagi memenuhi permintaan
pelanggan yang semakin banyk. Sehubungan itu pihak pentadbiran meminta pengurus
penyelidikan dan pembangunan melaksanakan langkah-langkah pembangunan produk
baharu supaya produk yang dihasilakan kelak dapat menepati citarasa pengguna.
Projek produk baharu ini memerlukan modal tambahan dan syarikat bercadang untuk
mendapatkannya melalui pembiayaan bank. Encik Amri selaku pengurus pengurus
besar juga berharap pembiayaan ini akan mengukuhkan faktor dalaman sebagai
h d i b h d l bj k if i
(a) Jelaskan prosedur am yang perlu dilakukan oleh Syarikat Era Beauty bagi
mengemukakan permohonan tersebut kepada pihak bank? [ 4 markah ]
(b) Anda bersetuju bahawa pengurus penyelidikan dan pembangunan
bertanggungjawab melaksanakan langkah-langkah tersebut.
Kemukakan alasan anda. [ 7 markah ]
(c) Mengapakah faktor dalaman syarikat perlu diperkukuhkan? [ 4 markah ]
8 Maklumat berikut menunjukkan maklumat bagi dua buah syarikat pengeluar alat ganti
komputer.
Nama syarikat
Analisis nisbah dalam tempoh Multicorp Sdn. Extravaganza Sdn.
setahun
Peratusan Margin Untung Bersih Bhd Bhd
Peratusan Pulangan Atas Modal
Pusing Ganti Stok 35.5 % 29.9 %
Pusing Ganti Aset
Nisbah Semasa 20.3 % 16.5 %
1.2 kali 2.5 kali
0.89 kali 0.68 kali
9.3 : 1 11.8 : 1
(a) Jelaskan nisbah kecekapan untuk kedua-dua buah syarikat tersebut.
[6 markah]
(b) Sekiranya anda adalah pembekal alat ganti computer, syarikat yang manakah
anda pilih untuk urusniaga secara kredit?
Berikan alasan anda. [4 markah]
(c) Syarikat yang manakah sesuai dipilih untuk tujuan pelaburan? [5 markah]
Kemukakan alasan anda.
3766/2 4 SULIT
SULIT 3766/2
9 Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan Spa Kecantikan.
Puan Suraya merupakan pemilik Beauty Su Spa yang baru beroperasi di Taman
Universiti, Skudai Johor. Apabila Sijil Pendaftaran perniagaan diperolehi , Puan
Suraya diperingatkan agar melaksanakan tanggungjawab yang perlu dipatuhi agar
tidak dikenakan tindakan undang-undang. Bagi memudahkan beliau melakukan
pengelolaan terhadap pekerjanya, Puan Suraya telah menyediakan struktur
organisasi perniagaannya sendiri dengan harapan setiap pekerja akan jelas dengan
tanggungjawab masing-masing. Di peringkat permulaan beliau juga berpendapat
untuk menggunakan gaya pengurusan yang boleh mewujudkan hubungan yang baik
antara majikan dengan pekerja agar perniagaannya dapat berkembang maju.
(a) Jelaskan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh Puan Suraya agar tidak
dikenakan tindakan undang-undang. [ 5 markah ]
(b) Anda bersetuju dengan tindakan Puan Suraya dalam aspek pengelolaan
terhadap pekerja-pekerjanya.
Kemukakan alasan anda. [ 6 markah ]
(c) Terangkan gaya pengurusan yang wajar diamalkan oleh Puan Suraya dalam
perniagaannya. [ 4 markah ]
3766/2 5 SULIT
SULIT 3766/2
BAHAGIAN C
[20 markah]
Soalan ini wajib dijawab.
Sos D’Leka merupakan sos perapan yang diusahakan oleh Encik Jalil. Beliau dibantu
oleh isteri dan 2 orang pekerja yang menguruskan kedai. Perusahaan yang dimulakan pada
tahun 2018 itu menggunakan modal berupa wang simpanan beliau sebanyak RM50000.
Walaupun terdapat rakan nya yang berminat untuk sama-sama menjalankan perusahaan
tersebut.
Encik Jalil mula memasarkan produknya ke seluruh Malaysia setelah Sos D”Leka
mendapat sambutan yang menggalakkan. Pada peringkat permulaan, Encik Jalil menguruskan
bahagian pengeluaran dan jualan seorang diri, tetapi permintaan yang semakin meningkat
membuatkan beliau tidak dapat mengawal selia bahagian – bahagian yang lain. Ini
menyebabkan beliau perlu menyusun strategi yang lebih baik untuk menampung permintaan
yang semakin meningkat dan bercadang mewujudkan bahagian pemasaran dan pembelian.
Sehubungan itu, beliau menstrukturkan semula perusahaannya agar visi dan misi perniagaan
dapat dicapai.
Bagi melancarkan operasi Sos D’leka, Encik Jalil telah membuat tambahan pembelian
10 unit computer dengan kemudahan internet daripada Kedai Komputer Unique setelah
computer yang lama kerap kali rosak dan perlu dibaik pulih. Ini telah meningkatkan kos yang
perlu ditanggung oleh Encik Jalil. Beliau telah disarankan oleh pihak kedai Komputer Unique
agar mengamalkan prosedur menguruskan sumber fizikal yang betul agar tidak menanggung
kos yang lebih tinggi.
Menjelang tahun 2020 perusahaan Sos D’Leka telah berkembang maju.sehingga
dikenali di seluruh Malaysia. Perusahaan tersebut memperolehi keuntungan yang sangat baik
dan amat berharap agar mendapat sokongan serta galakan daripada kerajaan. Beliau mendapati
terdapat pelepasan cukai yang disediakan oleh kerajaan untuk pengusaha-pengusaha kecil-
kecilan seperti beliau. Encik Jalil berhasrat untuk merbut peluang yang telah disediakan oleh
kerajaan kerana dengan pelepasan cukai akan memberi peluang perusahaannya untuk dapat
untung yang lebih banyak.
Jawab soalan – soalan di bawah:
(a) (i) Huraikan bentuk pemilikan perniagaan Sos D’Leka. [ 1 markah ]
(ii) Mengapakah Encik Jalil lebih berminat dengan bentuk pemilikan perniagaan di
(a)(i). [ 4 markah ]
(b) Jelaskan jenis struktur organisasi yang sepatutnya sesuai untuk Sos D’Leka.
[ 5 markah ]
(c) Bagaimanakah Encik Jalil sepatutnya mengurus computer yang digunakan dalam
perusahaannya? [ 5 markah ]
(d) Jelaskan bentuk pelepasan cukai yang boleh diperolehi oleh Encik Jalil.
[ 5 markah ]
KERTAS SOALAN TAMAT
3766/2 6 SULIT
SULIT 3766/2
@JURULATIH UTAMA PERNIAGAAN JPNJ
3766/2 7 SULIT
CATATAN PEMBELAJARAN
JURULATIH UTAMA PERNIAGAAN JPNJ