The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuyu.huda, 2025-03-09 10:27:11

TMK-MATH-TAHAP_2-04032023-compressed

TMK-MATH-TAHAP_2-04032023-compressed

 Klik 8. Set Name dan namakan borang ini Borang Buku. Pilih Work with the Form dan klik Finish.  Apabila borang ini dibuka, setiap rekod dipaparkan mengikut susun atur yang dipilih. Dengan menggunakan bar alat navigasi di bahagian bawah, kita dapat menavigasi ke setiap catatan jadual. Bar alat di bahagian bawah memaparkan juga rekod semasa.  Tutup borang ini. 49


 Form merupakan satu objek pangkalan data yang membantu pengguna menambah, mengubah dan memaparkan maklumat.  Form boleh dibina berdasarkan jadual (Table). Form memudahkan pengguna untuk memasukkan data baharu sekaligus mempercepatkan proses memasukkan data.  Apabila data dimasukkan ke dalam Form, data tersebut akan dimasukkan ke dalam jadual (Table) secara automatik.  Apabila pengguna mengubah data menggunakan Form, data dalam jadual (Table) diubah secara automatik. Langkah 9 – Menambah Data Menggunakan Borang (Form)  Buka fail Buku Pusat Sumber.odb. Dalam tetingkap utama Base, klik Forms dalam tetingkap Database dan klik dua kali pada Borang Buku dalam tetingkap Forms. Tetingkap Borang Buku akan dipaparkan.  Klik butang New Record di bahagian bawah pada bar alat navigasi.  Borang kosong akan dipaparkan dan rekod baharu boleh dimasukkan.  Murid diminta untuk menambah sekurang-kurangnya sepuluh buah buku lagi dalam jadual Senarai Buku dengan mengisi Borang Buku di atas. Pastikan terdapat buku dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.  Klik butang Save Record di bahagian bawah pada bar alat navigasi setiap kali selepas mengisi rekod baharu dalam borang ini untuk memastikan rekod tersebut disimpan dalam jadual Senarai Buku. 50


Klik butang Save Record setiap kali selepas mengisi rekod baharu dalam borang kosong. Aktiviti 3.3 – Membuat Carian dan Menjana Laporan 1. Murid kekal dalam kumpulan masing-masing. 2. Guru memaklumkan bahawa pihak sekolah telah memperuntukkan sejumlah RM400 untuk membeli buku rujukan (bukan fiksyen). Murid diminta untuk memilih sekurang-kurangnya 6 buah buku daripada pangkalan data mereka yang boleh dicadangkan untuk dibeli dengan peruntukan tersebut. Pemilihan perlu menggunakan Query dalam Base dan baki akhir wang yang diperuntukkan setelah dijumlahkan semua harga buku tidak boleh lebih daripada RM50.2 3. Berdasarkan hasil carian, murid diminta untuk menjana laporan menggunakan Report dalam Base.  Query merupakan objek pangkalan data yang mencapai maklumat spesifik daripada pangkalan data.  Query boleh juga digunakan untuk menapis dan/atau mengisih maklumat yang dipaparkan. 2 Matematik: 3.5.1 Menyelesaikan masalah melibatkan wang dalam lingkungan RM1 000 000 dalam situasi harian. 51


Langkah 1 – Membuat Carian (Query)  Guru membimbing murid terlebih dahulu untuk membuat carian menggunakan fitur Query dalam Base. Katalah murid diminta untuk mencari semua buku dari fail Buku Pusat Sumber yang berharga lebih daripada RM50.  Buka fail Buku Pusat Sumber.odb. Dalam tetingkap utama Base, klik Queries dalam tetingkap Database dan klik Use Wizard to Create Query… dalam tetingkap Tasks.  Tetingkap Query Wizard akan dijana:  Pastikan nama jadual yang terdapat dalam ruang Tables or Queries ialah Table: Senarai Buku.  Semua medan dalam Available Fields akan dipilih untuk dimasukkan dalam Query. Jadi, klik butang dua kepala anak panah ke kanan. Klik Next.  Dialog Select the sorting order (iaitu Steps ke-2) dipaparkan. Buat kali ini, proses mengisih tidak diperlukan, jadi klik Next sekali lagi.  Dialog Select the search conditions (Steps ke-3) dipaparkan. 52


 Oleh kerana hanya buku yang berharga lebih daripada RM50 yang hendak dipaparkan, pada kotak Fields pilih Senarai Buku.Harga (RM). Pilih is greater than pada kotak Condition dan taip 50 dalam kotak Value.  Pada bahagian kiri tetingkap, klik 7.Aliases. Dialog Assign aliases if desired dipaparkan. Nama bagi setiap medan boleh diubah untuk memudahkan kefahaman orang yang membaca senarai keputusan carian. Tukar ID-ISBN kepada ISBN dan tukar Tarikh kepada Tarikh Penerbitan.   Klik Next atau 8.Overview untuk melihat secara keseluruhan apa yang akan dipaparkan oleh Query. Klik Finish. 53


 Hasil carian memaparkan rekod buku yang hanya berharga lebih daripada RM50.  Tutup fail ini.  Pada tetingkap utama Base, klik kanan pada Query_Senarai Buku dalam tetingkap Queries. Pilih Rename dan tukar nama fail ini kepada Query_Harga>50 supaya mudah mengenal pasti jenis carian dalam fail tersebut.  Laporan atau Report merumuskan maklumat dalam pangkalan data. Ia merupakan satu objek pangkalan data yang mempersembahkan maklumat yang dipilih daripada pangkalan data bagi tujuan mencetak. Langkah 2 – Menjana Laporan (Report)  Dalam tetingkap utama Base, klik Reports dalam tetingkap Database dan klik Use Wizard to Create Report… dalam tetingkap Tasks. 54


 Tetingkap Report Wizard akan dijana:  Pastikan nama fail Query yang terdapat dalam ruang Tables or Queries ialah Query: Query_Harga>50.  Pilih medan Tajuk, Penerbit dan Harga (RM) dalam Available Fields untuk dimasukkan dalam kotak Fields in report. Klik butang kepala anak panah ke kanan bagi setiap medan yang dipilih. Klik Next.  Dialog How do you want to label the fields? dipaparkan. Tukar label untuk Tajuk kepada Tajuk Buku. Klik Next. 55


 Dialog Do you want to add grouping levels? dipaparkan. Hasil laporan boleh dikumpulkan di bawah satu atau lebih medan. Buat kali ini, kumpulkan laporan di bawah bidang Penerbit. Pilih penerbit dalam kotak Fields dan klik butang kepala anak panah ke kanan. Klik Next. [Guru boleh memilih beberapa kumpulan murid untuk membuat pilihan yang berbeza (atau tidak membuat sebarang pilihan) supaya murid dapat melihat hasil bentuk pelaporan yang berbeza mengikut pilihan masing-masing.]  Seterusnya, dialog untuk langkah 4.Sort options dipaparkan. Proses mengisih tidak diperlukan, jadi klik Next sekali lagi.  Dialog untuk langkah 5.Choose layout dipaparkan. Kumpulan murid yang berbeza boleh memilih layout yang berbeza untuk melihat dan membandingkan laporan yang terhasil. Katalah layout Columnar, two columns dipilih dan bagi Orientation, Portrait dipilih. Klik Next.  Dialog Decide how you want to proceed dipaparkan. Di sini kita nyatakan tajuk dan jenis laporan. Laporan dinamik menjana data dari data jadual semasa. Ini bermaksud bahawa jika kita mengemas kini data pada jadual yang memasukkan data ke dalam laporan, maka laporan akan turut berubah mengikut pengemaskinian tersebut. 56


 Namakan laporan ini ‘Senarai Buku Berharga Lebih Daripada RM50.00’. Klik Finish.  Laporan akan dibuat dan dibuka. Laporan ini adalah dokumen teks dan oleh itu dibuka menggunakan komponen Writer LibreOffice.  Laporan pada dasarnya adalah dokumen Writer yang memperoleh data dari Base. Jadi laporan ini boleh disunting seperti dokumen Writer yang lain.  Klik butang Edit Document di sebelah atas kanan paparan. Sunting laporan supaya lebih jelas maklumat yang dipaparkan. Contohnya dengan melebarkan lagi lajur tajuk buku, menaip tajuk laporan pada ruangan header menggunakan menu Insert Text Box dan sebagainya. 57


 Klik pada ikon Save untuk menyimpan laporan dan sebarang suntingan yang dibuat.  Berikut ialah contoh laporan di atas yang telah dicetak:  Guru mengingatkan kembali kepada murid tentang aktiviti kumpulan yang perlu dilaksanakan menggunakan Query dan Report. Murid digalakkan untuk menggunakan kreativiti kumpulan masing-masing apabila menentukan kaedah carian bagi memastikan syarat yang ditetapkan dapat dipenuhi. Murid juga boleh menjadi kreatif apabila membuat laporan supaya aspek atau maklumat yang penting yang perlu ada terdapat dalam laporan dan laporan kelihatan menarik dan mudah difahami.3 3 TMK: 1.10 Menganalisis data. 3.4 Menentukan aspek penting dalam sesuatu situasi, keadaan dan permasalahan. 58


Bil. MAKLUMAT DIRI MURID 1. Nama 2. Kelas 3. Nama Bapa 4. Nama Ibu 5. Bilangan Adik Beradik 6. Tarikh Lahir 7. Alamat Rumah 8. Jarak Dari Rumah Ke Sekolah Berikan empat jenis data beserta dua contoh bagi setiap jenis tersebut: Bil. Jenis Data Contoh 1. 2. 3. 4. Lampiran 3.1 – Maklumat Diri Murid 59


Nama Nama Bapa Nama Ibu Bilangan Adik Beradik Tarikh Lahir 1. 2. 3. 4. Apakah lima jenis Pangkalan Data yang anda tahu? Senaraikan. Bil. Jenis Pangkalan Data 1. 2. 3. 4. 5. Lampiran 3.2 – Membina Jadual Data Bil. Tajuk 60


Nama Murid Kelas Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan Ya Tidak 1. Murid boleh menyelesaikan masalah melibatkan wang dalam lingkungan RM1 000 000 dalam situasi harian. 2. Murid boleh membangunkan sistem pangkalan data. 3. Murid boleh membuat carian menggunakan Query. 4. Murid boleh menjana laporan menggunakan Report. 5. Murid boleh menganalisis data. 6. Murid boleh menentukan aspek penting dalam sesuatu situasi, keadaan dan permasalahan. LAPORAN PENCAPAIAN MURID – Unit 3 61


Murid boleh: 8.1.1 Mentafsir carta pai Standard Pembelajaran Matematik 3.4 Menentukan aspek penting dalam sesuatu situasi, keadaan dan permasalahan. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Mentafsir carta pai. ii. Meniskalakan maklumat yang penting dalam proses menganalisis data. Objektif Pembelajaran • Lampiran 4.1 untuk aktiviti 4.1 – setiap murid satu • Lampiran 4.2 untuk aktiviti 4.2 – setiap kumpulan satu • Komputer untuk aktiviti 4.2 Sebelum pembelajaran 1. Murid boleh membina piktograf dan carta palang bagi data tak terkumpul. 2. Murid boleh mentafsir piktograf dan carta palang yang dibina. 3. Murid boleh menggunakan broadcast dalam Scratch (modul Tahun 4 Bahasa Melayu). Pengetahuan Sedia Ada Murid Unit 4: Carta Pai Keperluan perisian Cadangan masa peruntukan • Scratch Aktiviti 4.1: 20 minit Aktiviti 4.2: 60 minit Cabaran 4.1: 30 minit 62


Nota Unit ini bertujuan untuk memperkenalkan murid cara mencipta kuiz untuk carta pai dengan menggunakan Scratch. Perbezaan antara carta pai dan carta palang Carta pai biasanya digunakan apabila kita cuba membandingkan sebahagian daripada keseluruhan; manakala carta palang digunakan untuk memaparkan perubahan dalam kuantiti dari masa ke semasa. Misalnya: (a) Jika kita hendak mempersembahkan jumlah wang yang kita simpan setiap bulan, kita gunakan carta palang. Ini adalah kerana kita hendak memaparkan perubahan dalam kuantiti dari masa ke semasa. (b) Jika kita hendak mempersembahkan perkadaran murid yang menyukai matematik berbanding dengan subjek yang lain, kita gunakan carta pai. Ini adalah kerana kita ketahui jumlah keseluruhan subjek (misalnya terdapat 9 subjek) dan kita hendak membandingkan sebahagian (matematik) daripada keseluruhan (9 subjek). Carta alir Carta alir adalah rajah yang mengandungi simbol-simbol geometri yang disambungkan untuk menunjukkan langkah-langkah penyelesaian masalah. Makna dan fungsi untuk setiap simbol dijelaskan seperti di bawah. Simbol Makna Fungsi Bujur Mula/Tamat Permulaan atau akhir proses Segi empat Proses Aktiviti atau proses Segi empat selari Input/Output Berikan data atau memaparkan hasil Rombus Pilihan Keputusan perlu dibuat dengan mengikut sama ada sesuatu keadaan adalah benar atau palsu Anak panah Aliran Aliran aktiviti 63


Program ini akan menanyakan tiga soalan. Algoritma: 1. Program bermula dengan memaparkan soalan pertama. 2. Pengguna akan menjawab soalan. 3. Semak jawapan: (i) Jika pengguna berjaya menjawab soalan dengan betul, paparkan “betul” dan program akan diteruskan ke soalan seterusnya. (ii) Jika tidak, program akan mengulang soalan yang sama. 4. Program akan tamat selepas ketiga-tiga soalan telah dijawab dengan betul. Murid mentafsirkan11 maklumat yang boleh didapati daripada carta pai dengan menggunakan Lampiran 4.1. Aktiviti 4.1 - Konsep Asas Aktiviti 4.2 – Kuiz – melukis carta alir, diikuti dengan penggunaan Scratch untuk mengekod Carta alir 11 Matematik: 8.1.1 Mentafsir carta pai. program seperti yang dirancangkan. 64 Dalam aktiviti ini, murid akan mencipta kuiz berdasarkan carta pai yang diberikan. Murid akan bermula dengan perancangan atas kertas dahulu


Carta alir: Murid membina carta alir Soalan Panduan Mula Soalan 1 Jawapan Tidak betul? Ya Betul Soalan 2 Jawapan Tidak betul? Ya Betul Soalan 3 Jawapan Tidak betul? Ya Betul Tamat Apakah simbol yang diperlukan untuk mewakili permulaan program? Apakah yang kita hendak paparkan apabila program bermula? Apakah yang akan berlaku selepas pengguna menjawab soalan? Jawapan yang mungkin daripada murid: Jawapannya sama ada betul atau salah. Guru membimbing murid berfikir dengan menanyakan mereka: • Apakah yang mereka hendak program buat jika pengguna menjawab dengan betul? Teruskan ke soalan yang seterusnya. • Apakah yang akan berlaku jika pengguna memberi jawapan yang salah? Ulangi soalan yang sama. 65


Persediaan 1. Murid bekerja secara berpasangan. 2. Setiap kumpulan diberi Lampiran 4.2 dan diminta melengkapkan tugas yang disediakan. Scratch 1. Buka Scratch. 2. Berdasarkan carta alir, mari kita mengekod: 66 “broadcast” ialah seperti pengarah filem. Ia akan menyiarkan mesej dan kita boleh menentukan siapa yang menerima mesej tersebut. Carta Alir Kod Kod pertama kita ialah memulakan program, jadi kita akan mengekod seperti di bawah: “broadcast” adalah seperti pengarah filem. Ia akan menyiarkan mesej dan kita boleh menentukan siapa yang menerima mesej tersebut.


Carta Alir Kod Kita hendak memaparkan soalan pertama. Sehingga takat ini, mari kita menguji program kita. 3 1. Klik “green flag” untuk bermula. 2. Soalan pertama akan dipaparkan. 3. Pengguna akan menaipkan jawapan mereka di sini. Soalan untuk murid: Di manakah komputer menyimpan jawapan yang dimasukkan oleh pengguna? 67


4. Apabila pengguna memasukkan jawapan di sini, 5. Jawapan akan disimpan di dalam blok “answer” yang terletak di bawah blok “ask”. Ingat: “answer” di sini bukan jawapan yang betul, ia hanya merupakan jawapan yang diberi oleh pengguna12 . Komputer tidak mengetahui jawapan yang betul, jadi kita perlu memberitahu komputer. Ikut langkah yang berikutnya untuk set jawapan yang betul. 68


Carta Alir Kod Pilihan ini akan diterjemahkan dengan menggunakan “if… else…” dalam bahasa pengaturcaraan. “if” benar (betul) 1. “if” jawapan pengguna sama dengan jawapan yang betul, 2. beritahu pengguna bahawa jawapan mereka betul. 3. Program diteruskan ke soalan yang berikut. “else” (jawapan tidak betul) 4. beritahu pengguna bahawa jawapan mereka adalah tidak betul dan mereka perlu cuba lagi. 5. Program akan mengulangi soalan yang sama. Perhatikan carta alir yang seterusnya, cuba cari persamaan dengan carta alir untuk soalan 1. Pemikiran Komputasional Pengecaman corak dan Peniskalaan Murid dibimbing untuk meneliti carta alir yang seterusnya, Fikirkan persamaan antara carta alir untuk soalan 2 dengan carta alir untuk soalan 1. Apakah persamaan kod untuk soalan 1 yang boleh digunakan untuk soalan 2 dan 3? 69


Contoh penyelesaian: Selepas murid siap mengekod program mereka, mereka akan mengajak kumpulan lain untuk mencuba program mereka. 70


Cabaran 4.1: Ulangi latihan yang sama dengan menggunakan carta pai di bawah. 71


Lampiran 4.1 Nama: 1. Gambarajah 4.1 menunjukkan peruntukan bulanan bapa Aimi. Peruntukan Bulanan Bapa Aimi Simpanan 30% Pengangkutan 15% 25% Makanan 20% Sewa rumah 10% Pendidikan Gambarajah 4.1 (a) Nyatakan item yang paling banyak dibelanjakan oleh bapa Aimi untuk item tersebut dan jelaskan pilihan anda. (b) Jika pendapatan bapa Aimi sebulan ialah RM5000, (i) berapakah perbezaan, dalam RM, antara perbelanjaan untuk makanan dibandingkan dengan untuk pengangkutan? (ii)dengan simpanan wang seperti yang diperuntukkan, bolehkah bapa Aimi membawa keluarganya ke Singapura untuk bercuti dalam masa 2 bulan? (Kos pelancongan ialah RM3500). Jelaskan jawapan anda. 72


Lampiran 4.2 Ahli kumpulan: Gambarajah 4.2 menunjukkan kaedah pengangkutan murid Sekolah Kebangsaan Sepang ke sekolah. Terdapat 1250 orang murid dalam Sekolah Kebangsaan Sepang. Gambarajah 4.2 Berdasarkan Gambarajah 4.2, ciptakan tiga soalan kuiz. Soalan Jawapan 1. 2. 3. 73


100 Lampiran 4.1 - Contoh Jawapan 1. Gambarajah 4.1 menunjukkan peruntukan bulanan bapa Aimi. Peruntukan Bulanan Bapa Aimi Simpanan 30% Pengangkutan 15% 25% Makanan 20% Sewa rumah 10% Pendidikan Gambarajah 4.1 (a) Nyatakan item yang paling banyak dibelanjakan oleh bapa Aimi untuk item tersebut dan jelaskan pilihan anda. Makanan. Ini adalah kerana jumlah peratus peruntukan untuk makanan adalah paling besar (25%) Nota untuk guru: murid mungkin memilih “Simpanan”. Guru boleh menjelaskan kepada murid bahawa “simpanan” bukan satu jenis perbelanjaan. (b) Jika pendapatan bapa Aimi sebulan ialah RM5000, (i) berapakah perbezaan, dalam RM, antara perbelanjaan untuk makanan dibandingkan dengan untuk pengangkutan? Perbezaan = 25% – 15% = 10 % 10 100 ×RM5000=RM500 (ii)dengan simpanan wang seperti yang diperuntukkan, bolehkah bapa Aimi membawa keluarganya ke Singapura untuk bercuti dalam masa 2 bulan? (Kos pelancongan ialah RM3500). Jelaskan jawapan anda. Simpanan = 30 ×RM5000=RM1500 Jumlah simpanan dalam 2 bulan = RM1500 x 2 = RM3000 Bapa Aimi tidak dapat membawa keluarganya ke Singapura dalam masa 2 bulan kerana jumlah simpanan adalah kurang daripada kos pelancongan. 74


Lampiran 4.2 - Contoh untuk membangunkan program Scratch (Murid akan mengikut soalan yang telah dicipta oleh mereka sendiri) Gambarajah 4.2 menunjukkan kaedah pengangkutan murid Sekolah Kebangsaan Sepang ke sekolah. Terdapat 1250 orang murid dalam Sekolah Kebangsaan Sepang. Gambarajah 4.2 Berdasarkan Gambarajah 4.2, ciptakan tiga soalan kuiz. Soalan Jawapan 1. Berapakah ramai murid pergi ke sekolah dengan motosikal? Peratusan bilangan murid = 100% - (28 + 22.4 + 20 + 9.6)% = 20% Oleh itu, bilangan murid pergi ke sekolah dengan motosikal = 20 100  1250 = 250 orang 2. Manakah satu jenis kaedah yang paling banyak dipilih oleh murid? Bas sekolah 3. Apakah perbezaan dalam bilangan murid yang berjalan kaki ke sekolah berbanding dengan yang menaiki kereta? Peratusan bilangan murid = jalan kaki – kereta = 20% – 9.6% = 10.4 % Oleh itu, perbezaan bilangan murid = 10.4 100  1250 = 130 orang 75


LAPORAN PENCAPAIAN MURID – Unit 2 & 4 Nama Murid Kelas Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan Ya Tidak 1. Murid boleh mentafsir carta pai. 2. Murid boleh menggunakan fitur dalam sesuatu perisian untuk tujuan tertentu. 3. Murid boleh mengecam corak dan mengenal pasti ciri penting untuk menyelesaikan masalah. 4. Murid boleh menggunakan teknologi untuk menyelesaikan masalah dengan cekap dan berkesan. 76


TMK Matematik Tahap II 77


Murid boleh: 8.2.1 Mengenal dan menentukan mod, median, min dan julat daripada data tak terkumpul. Standard Pembelajaran Matematik 1.8 Mengguna atau mencipta formula dalam hamparan elektronik. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Objektif Pembelajaran ii. Menggunakan atau mencipta formula dalam hamparan elektronik. • Lampiran 5.2 untuk aktiviti 5.1 – setiap murid satu Sebelum pembelajaran 1. Murid boleh mentafsir piktokraf, carta palang dan carta pai. Pengetahuan Sedia Ada Murid Markah Matematik Bilangan Murid 1 2 Murid melengkapkan Lampiran 5.2 dengan bimbingan guru. Unit 5: Mod, Median, Min dan Julat minimum dan julat daripada data tak terkumpul yang diberi. Keperluan perisian Cadangan masa peruntukan - Aktiviti 5.1: 40 minit Nota Dalam pengiraan mod, median, min, dan julat, terdapat dua elemen asas – “nilai data” dan “kekerapan data”. 4 Kekerapan 6 Penting: Mod, median, min dan julat merujuk kepada nilai data, dan bukan kekerapan. Kad dalam Lampiran 5.1 akan memudahkan ingatan tentang mod, median, min, dan julat. Contoh jawapan dalam Lampiran 5.1 adalah merujuk kepada Jadual 5.1. Aktiviti 5.1 - Konsep Asas Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Mengenal dan menentukan mod, median, min, nilai maksimum, nilai Nilai 78 Jadual 5.1 79 82 81 80 Nilai Nilai


Lampiran 5.112 12Matematik: 8.2.1 Mengenal mod, median, min dan julat daripada data tak terkumpul. 79 Mod (Most) Penerangan: Merujuk kepada NILAI yang paling kerap. Contoh: Mod = 80 Maksud: Markah Matematik kebanyakan murid ialah 80. Median (Middle) Penerangan: Merujuk kepada NILAI yang berada di tengah. Contoh: Median = nilai di tengah-tengah = 79, 79, 79, 79, 80, 80, 80, 80, 80, 80, 81, 82, 82 (kita menyusun semula nilai data dari paling kecil ke paling besar mengikut kekerapan nilai data) Maksud: 80 ialah nilai data yang berada di tengah-tengah bagi kumpulan data yang disusun secara menaik atau menurun. Min Penerangan: Jumlah (Nilai  kekerapan) Jumlah Kekerapan Contoh: min = (79 × 4) + (80 × 6) + (81 × 1) + (82 × 2) 4 + 6 + 1 + 2 = 80.1 Maksud: Purata markah untuk 13 orang murid ialah 80.1 Julat Penerangan: Merujuk kepada perbezaan antara nilai paling besar dengan yang paling kecil. Contoh: Julat = 82 – 79 = 3 Maksud: Julat kecil, prestasi murid adalah lebih kurang sama TMK Matematik Tahap II


Lampiran 5.213 Nama: 1. Kedai kasut Akmal telah menjual 25 pasang kasut bersaiz 10, 5 pasang kasut bersaiz 7, 10 pasang kasut bersaiz 5, dan 20 pasang kasut bersaiz 8. (a) Apakah saiz kasut yang paling laris dijual? (b) Apakah purata saiz kasut pelanggan Akmal? (c) Tentukan median saiz kasut. (d) Apakah julat saiz kasut pelanggan Akmal? 2. Jadual 5.2 menunjukkan suhu bandar B yang dicatat dalam satu minggu. Suhu (˚C) Kekerapan 24 3 26 1 28 2 30 1 Jadual 5.2 13Matematik: 8.2.1 Menentukan mod, median, min dan julat daripada data tak terkumpul. 80


Cari: (a) Mod (b) Median (c) Min (d) Julat 3. Piktograf di bawah menunjukkan bilangan wang kertas yang disimpan oleh Nurul. RM1 RM5 RM10 RM20 Petunjuk: = sekeping wang kertas Cari: (a) Mod (b) Median (c) Min (d) Julat 81


4. (i) Carta palang di bawah menunjukkan berat murid kelas 5H. Cari: (a) Mod (b) Julat (c) Median (d) Min (dengan menggunakan hamparan elektronik atau spreadsheet) 14 Petua: Bina jadual kekerapan dalam hamparan elektronik berdasarkan carta palang di atas dan gunakan rumus yang sesuai untuk mencari nilai min. 0 1 2 3 4 5 6 7 36 37 38 39 40 41 Bilangan Murid Berat (kg) Berat Murid Kelas 5H 82 14TMK: 1.8 Mengguna atau mencipta formula dalam hamparan elektronik.


(ii) Jika berat murid kelas 5H berubah seperti yang ditunjukkan di bawah, cari: (a) Min (Petua: Gunakan hamparan elektronik yang sama yang digunakan dalam soalan 4(i)(d), hanya tukar nilai kekerapan mengikut carta palang yang baharu.) (b) Median (c) Bandingkan nilai min dan median bagi soalan 4(i) dan nilai min dan median bagi soalan 4(ii). Apakah perbezaan yang anda perhatikan? Jelaskan sebab terdapat perbezaan tersebut. 83 0 2 4 6 8 10 12 14 36 37 38 39 40 41 Bilangan Murid Berat (kg) Berat Murid Kelas 5H


5. Carta pai di bawah menunjukkan bilangan ahli keluarga untuk 10 orang murid. Cari: (a) Mod (b) Julat (c) Median (d) Min (dengan menggunakan hamparan elektronik atau spreadsheet dan rumus yang sesuai). 84


Lampiran 5.2 - Contoh Jawapan Nama: 1. Kedai kasut Akmal telah menjual 25 pasang kasut bersaiz 10, 5 pasang kasut bersaiz 7, 10 pasang kasut bersaiz 5, dan 20 pasang kasut bersaiz 8. (a) Apakah saiz kasut yang paling laris dijual? Buat jadual: Saiz kasut 5 7 8 10 Kekerapan 10 5 20 25 Mod = 10 Oleh itu, kasut yang paling laris dijual ialah saiz 10. (b) Apakah purata saiz kasut pelanggan Akmal? Min = (5 ×10)+(7 × 5)+(8 × 20)+(10 × 25) 10+5+20+25 = 495 60 = 8.25 Oleh itu, purata saiz kasut pelanggan Akmal ialah 8.25. (c) Tentukan median saiz kasut. Median = 8 Ini adalah kerana Saiz kasut 5 7 8 10 Kekerapan 10 5 20 25 Jumlah kekerapan = 15 < 25 Maka, nilai median terdapat dalam nilai data = 8 (d) Apakah julat saiz kasut pelanggan Akmal? Nilai maksimum = 10 Nilai minimum = 5 Julat = 10 – 5 = 5 85


2. Jadual 5.2 menunjukkan suhu bandar B yang dicatat dalam satu minggu. Suhu (˚C) Kekerapan 24 3 26 1 28 2 30 1 Jadual 5.2 Cari: (a) Mod = 24˚C (b) Median = 26˚C (c) Min = (24×3)+(26×1)+(28×2)+(30×1) 3+1+2+1 = 26.29˚C (d) Julat Nilai maksimum = 30 Nilai minimum = 24 Julat = 30 – 24 = 6 3. Piktograf di bawah menunjukkan bilangan wang kertas yang disimpan oleh Nurul. RM1 RM5 RM10 RM20 Petunjuk: = = sekeping wang kertas Cari: (a) Mod = RM 1 (b) Median = RM 5 (c) Min = RM( (1×5)+(5×4)+(10×2)+(20×3) 5+4+2+3 ) = RM( 105 14 ) = RM 7.50 (d) Julat Nilai maksimum = RM20 Nilai minimum = RM1 Julat = RM(20 – 1) = RM 19 86


4. (i) Carta palang di bawah menunjukkan berat murid kelas 5H. Cari: (a) Mod = 39 kg (b) Julat Nilai maksimum = 41 kg Nilai minimum = 36 kg Julat = (41 – 36) kg = 5 kg (c) Median = 39 kg (d) Min (dengan menggunakan hamparan elektronik atau spreadsheet) Min = 39.05 kg (rujuk langkah pengiraan di bawah) Langkah 1: Masukkan semua nilai ke dalam spreadsheet (lajur A dan B). 87 0 1 2 3 4 5 6 7 36 37 38 39 40 41 Bilangan Murid Berat (kg) Berat Murid Kelas 5H


Langkah 2: (a) Tambah lajur baru (C), dan masukkan rumus untuk mengira hasil darab berat dan bilangan murid, pada baris ke-2. (b) Dengan mengheret penjuru sel C2 ke bawah sehingga C7 (seperti yang ditunjukkan oleh garis berwarna ungu), rumus yang dicipta dalam (a) akan disalin ke semua sel dari C3 sehingga C7. Langkah 3: (a) Taipkan ‘Jumlah’ dalam sel A8. (b) Klik pada sel B8. Kemudian klik pada ikon  dan klik Sum. (c) Rumus untuk mencari jumlah bilangan murid (kekerapan) akan tertera. Klik pada tanda  (Accept) dan jumlah kekerapan akan tertera. Langkah 4: Seret penjuru sel B8 ke C8 untuk mendapatkan pula jumlah berat keseluruhan. (a) (b) (c) 88 (a) (b)


Langkah 5: (a) Taip ‘Min = ‘ dalam sel D8. (b) Taip rumus untuk mencari min berat murid dalam sel E8. Tekan Enter. Min berat murid akan tertera. (ii) Jika berat murid kelas 5H berubah seperti yang ditunjukkan di bawah, cari: (a) Min (Petua: Gunakan hamparan elektronik yang sama yang digunakan dalam soalan 4(i)(d), hanya tukar nilai kekerapan mengikut carta palang yang baharu.) Min = 37.25 kg (b) Median = 36 kg (a) (b) 0 2 4 6 8 10 12 14 36 37 38 39 40 41 Bilangan Murid Berat (kg) Berat Murid Kelas 5H 89


(c) Bandingkan nilai min dan median bagi soalan 4(i) dan nilai min dan median bagi soalan 4(ii). Apakah perbezaan yang anda perhatikan? Jelaskan sebab terdapat perbezaan tersebut. Nilai min dan median bagi soalan 4(i) adalah sama (jika nilai min dibundarkan kepada nombor bulat yang hampir) iaitu 39 kg. Manakala nilai min dan median bagi soalan 4(ii) adalah tidak sama dan lebih rendah, iaitu masing-masing 37.25 kg dan 36 kg. Perbezaan ini berlaku kerana kekerapan atau bilangan murid yang beratnya 36 kg (data pertama) adalah jauh lebih tinggi daripada berat yang lain. 5. Carta pai di bawah menunjukkan bilangan ahli keluarga untuk 10 orang murid. Bina jadual kekerapan: Bilangan ahli keluarga Kekerapan 3 4 4 2 5 3 6 1 Hitung: (a) Mod = 3 orang (b) Julat Nilai maksimum = 6 Nilai minimum = 3 Julat = 6 – 3 = 3 orang (c) Median = 4 orang (d) Min = 4 orang (kepada nombor bulat yang hampir) 90


Murid boleh: 8.3.1 Menyelesaikan masalah melibatkan pengurusan data dalam situasi harian. Standard Pembelajaran Matematik 3.5 Menggunakan pendekatan langkah demi langkah (algoritma) secara sistematik dalam sesuatu situasi, keadaan dan permasalahan. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi 1. Murid boleh menggunakan “variable” dalam pembangunan program dalam Scratch. Pengetahuan Sedia Ada Murid Unit 6: Array Keperluan perisian Cadangan masa peruntukan • Scratch Aktiviti 6.1: 10 minit Aktiviti 6.2: 20 minit Aktiviti 6.3: 40 minit Cabaran 6.1: 15 minit Projek 2: 1 minggu Nota Array adalah seperti senarai item yang menyimpan kumpulan unsur (nilai atau pemboleh ubah). Dalam Scratch, kita panggil fungsi array sebagai list. Kita akan gunakan perkataan “list” dalam unit ini. Perbezaan antara variable dan list: • Variable hanya boleh menyimpan satu data. • List boleh menyimpan banyak data. 91 • Lampiran 6.1 untuk aktiviti 6.1 dan 6.2 – setiap kumpulan satu • Komputer untuk aktiviti 6.3 • Lampiran 6.2 untuk Projek 2 Sebelum pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Mengenal dan menentukan mod, median, min, nilai maksimum, nilai minimum dan julat daripada data tak terkumpul yang diberi. ii. Menggunakan pendekatan langkah demi langkah (algoritma) secara sistematik dalam sesuatu situasi, keadaan dan permasalahan. Objektif Pembelajaran


Dalam kumpulan yang sama, murid akan membina carta alir berdasarkan algoritma yang diberikan dalam Lampiran 6.1. Aktiviti 6.1 – Aktiviti Unplugged: Array Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan list dalam Scratch kepada murid 1. Murid mengambil giliran untuk memberikan satu nombor antara 51 – 100 kepada guru. 2. Setiap kali apabila seorang murid menyebut satu nombor, guru akan mencatatkan pada papan putih. 3. Guru juga akan mencatatkan jika nombor tersebut adalah nombor terbesar. Nombor terbesar sebelum itu akan dibatalkan. Contoh: Nombor yang diberikan: 1. Murid pertama: 67 2. Murid kedua: 54 3. Murid ketiga: 78 4. Murid keempat: 66 5. Murid kelima: 65 dan sebagainya. Nombor terbesar: 67 78 4. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdapat tiga ahli. 5. Ahli A bertindak sebagai komputer. Ahli B dan C bertindak sebagai pengguna. 6. Ahli B dan C akan mengambil giliran untuk menulis satu nombor antara 0 – 30 dan menyerahkan nombor tersebut kepada ahli A. 7. Ahli A mencatatkan nombor tersebut ke dalam Lampiran 6.1. Jika nombor yang diterima adalah terbesar, Ahli A akan mencatatkannya di bawah tajuk: “Nombor terbesar”14 . 8. Langkah 6 dan 7 diulang sehingga Ahli A telah mendapat 15 nombor. Aktiviti 6.2 – Carta Alir: Array 14Matematik: 8.3.1 Menyelesaikan masalah melibatkan pengurusan data dalam situasi harian. 92


Langkah 1: Cipta satu variable untuk menyimpan nilai terbesar. Kita akan namakan variable ini “max”. Langkah 2: Cipta pula satu list untuk menyimpan senarai nombor. Kita akan namakan list ini “Senarai Nombor”. 1 2 Aktiviti 6.3 – Scratch: Nilai Paling Besar 93


Carta Alir Kod a c b a. Kita akan menggunakan blok “ask” untuk memaparkan mesej “Masukkan nombor anda”. Ini adalah kerana kita hendak mendapatkan input daripada pengguna. b. Kita gunakan operator “or” untuk menyemak julat15 . c. Jika nombor bukan di antara 0 – 30, kita paparkan mesej “Nombor mestilah di antara 0 – 30”, dan program akan mengulang proses a. a b Langkah 3: Langkah 4: 15 TMK: 3.5 Menggunakan pendekatan langkah demi langkah (algoritma) secara 94 sistematik dalam sesuatu situasi, keadaan dan permasalahan. a b c a b c


Langkah 5: d. Jika nombor adalah di antara 0 – 30, komputer akan masukkan nombor tersebut dalam “Senarai Nombor”. e. Komputer semak jika nombor tersebut lebih besar daripada nilai “max”. f. Jika ya, nilai “max” akan digantikan dengan nombor tesebut. d e f 95 d e f d e f


Langkah 6: g g. Komputer akan ulang sehingga 15 kali. h. Kita guna blok “join” untuk mengabungkan paparan ayat kita dengan variable. h g h Cuba uji program anda sekurang-kurangnya dua kali. Cabaran 5.1 Ubah suai program supaya komputer menentukan julat senarai nombor. 96 g h g h


Masa diperuntukkan: 1 minggu Langkah: 1. Cetak dan agihkan Lampiran 6.2 kepada murid. 2. 3. 4. 5. Murid boleh memilih sama ada bekerja secara individu atau berpasangan. Murid diberi masa dua hari untuk mengumpul pendapat dengan menggunakan Scratch. Selepas satu minggu, murid perlu mempersembahkan hasil kaji selidik mereka dalam bentuk: • Jadual • Piktograf • Carta palang • Carta Pai secara digital dan juga perancangan atas kertas. Murid juga akan berkongsi maklumat yang diperolehi daripada graf dengan menjawab soalan-soalan dalam lampiran. Projek 2 97


Lampiran 6.1 Nama Kumpulan: Nombor yang diterima: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Algoritma 1. Senarai nombor bermula dengan sifar. 2. Nombor maksimum bermula dengan sifar. 3. Setkan bilangan kali nombor akan diberikan. 4. Pengguna memasukkan satu nombor. Nombor terbesar: 5. Komputer semak sama ada nombor tersebut berada dalam julat yang ditetapkan. • Jika bukan dalam julat yang ditetapkan, minta pengguna berikan nombor antara 0 – 30. • Jika nombor tersebut berada dalam julat yang ditetapkan o Komputer akan simpan nombor tersebut dalam senarai o Komputer juga akan semak sama ada nombor tersebut adalah nombor terbesar dalam senarai. Jika ia adalah nombor terbesar, komputer akan simpan nombor tersebut dalam variable. 6. Langkah 4 – 5 diulang sehingga 15 kali nombor telah diberikan (termasuk yang bukan dalam julat). 7. Paparkan nilai terbesar. 98


Click to View FlipBook Version