The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MUHAMMAD AMIRUL HILMI BIN MOHD ZOIKEFLI
02DLS17F2054

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shah nial, 2020-12-17 09:23:18

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI FAMA

MUHAMMAD AMIRUL HILMI BIN MOHD ZOIKEFLI
02DLS17F2054

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

JABATAN PERDAGANGAN
DIS 2020

MUHAMMAD AMIRUL HILMI BIN MOHD
ZOIKEFLI (02DLS17F1040)

PROTON PARTS CENTRE SDN BHD

UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
KUANTAN

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK KEMENTERIAN
PENDIDIKAN TINGGI

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
DISEDIAKAN OLEH

MUHAMMAD AMIRUL HILMI BIN MOHD ZOIKEFLI
(02DLS17F2054)
DI

PUSAT OPERASI FAMA JOHOR BAHRU
Lot 2154, Jalan Riang 21, Off, Jalan Tampoi,

81200 Johor Bahru, Johor
Laporan Akhir Latihan Industri Ini Dikemukakan Kepada Pensyarah Penilai Di
Jabatan Perdagangan Bagi Memenuhi Sebahagian Dari Syarat Penilaian Latihan
Industri Dan Penganugerahan Diploma Pengurusan Logistik Dan Rangkaian Bekalan.

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
JUNE 2020



PENGESAHAN PELAJAR

“Saya akui laporan latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Pelajar : MUAHMMAD AMIRUL HILMI
BIN MOHD ZOIKEFLI

No. Pendaftaran : 02DLS17F2054

Tarikh : 1/08/2020



PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran ingin saya panjatkan ke hadrat
Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, memberikan saya kesihatan yang
cukup, masa dan kematangan fikiran untuk menyiapkan Laporan Latihan
Industri ini dengan jayanya.

Setinggi penghargaan diberikan kepada Setiausaha Pengarah Pusat Operasi
FAMA Johor Bahru En Sharizan Bin Mansor kerana telah memberi peluang
untuk saya menjalankan latihan industri di Pusat Operasi FAMA Johor Bahru .

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Pn Dyg Sariyah bt
Abg Zulkifli selaku penyelia di Pusat Operasi FAMA Johor Bahru, staf-staf serta
seluruh kakitangan kerana sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada
saya sepanjang tempoh menjalani latihan industri. Alhamdulillah, dengan
sokongan, galakan dan didikan yang diberi akhirnya saya dapat menyiapkan
tugasan semasa menjalani latihan industri di sana selama 20 minggu.

Akhirulkalam, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat kedua ibu
bapa yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan tanpa rasa jemu ketika
serta rakan-rakan seperjuangan yang sudi berkongsi ilmu dan idea kepada
saya insan yang kerdil ini. Terima kasih juga kepada pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung sepanjang proses saya menyiapkan laporan
latihan industri.



ISI KANDUNGAN Ⅰ

HALAMAN JUDUL Ⅲ
PENGESAHAN PELAJAR Ⅳ
PENGHARGAAN
ISI KANDUNGAN 1
2
BAB 1: PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI 3
1.1 Pendahuluan 4
1.2 Objektif latihan industri 5
1.3 Objektif laporan industri
1.4 Kepentingan latihan industri 6
1.5 Peraturan semasa menjalani latihan industri 7
8
BAB 2 : LATAR BELAKANG ORGANISASI 9
2.1 Pengenalan 10
2.2 Latar belakang organisasi 11
2.2.1 Produk keluaran FAMA ( Agromas ) 12
2.3 Alamat organisasi
2.4 Carta organisasi 13
2.5 Sejarah penubuhan Fama 14
2.6 Hala tuju organisasi

BAB 3 : Ringkasan aktiviti industry
3.1 Pendahuluan
3.2 Ringkasan aktiviti industry



BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL 24
4.1 Pengenalan 24
4.2 Spesifikasi/ jenis peralatan yang digunakan di pejabat 24
4.3 Tatacara penggunaan peralatan 25
4.3.1 Penggunaan computer 26
4.3.2 Mesin fotostat dan mesin scan 27
4.3.3 Gudang edaran proses 28
4.3.4 Alatan yang diguna pakai semasa proses kerja di dalam gudang 30
4.4 Kerja yang dilakukan semasa latihan industri 30
4.4.1 Proses penyediaan stok penghantaran 35
4.4.2 Khidmat pemasaran 39
4.4.3 Memasukkan resit pergerakan pengangkutan kedalam buku log 41
4.4.4 Proses mendaftar peserta ladang Nenas

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN 45
5.1 Pengenalan 45
5.2 Dapatan 47
5.3 Cadangan 47
5.3.1 Cadanagn kepada politeknik 48
5.3.2 Cadangan kepada syarikat/organisasi 48
5..3.3 Cadangan kepada pelajar

BAB 6 KESIMPULAN 51
RUJUKAN 52
LAMPIRAN A 58
LAMPIRAN B

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
6
1 Logo syarikat 8
10
2 Produk Agromas 25
25
3 Pusat operasi 26
27
4 Carta organisasi 28
28
5 komputer Pejabat 29
29
6 Mesin Fotostat 30
31
7 Gambaran di dalam gudang 31
32
8 Forklift 32
33
9 Plastic wrap 33
34
10 Pita pelekat 34
35
11 Pallet 36
36
12 Hand pallet truck 36

13 Invois

14 Menyemak senarai

15 Mengambil barang

16 Memeriksa barang

17 Loading deck

18 Memasukkan barang ke dalam lori

19 Kedai agro bazaar di bandar Baru Uda

20 Kedai agro bazaar di Gelang Patah

21 Lori Refrigerator Container

22 Pas pelawat dan lokasi kargo

23 Lokasi kargo KLIA

24 Menyemak kuantiti

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
37
25 Memasukkan kotak di dalam lori 37
38
26 Menyusun kotak 38
39
27 Bilik sejuk 1 40
40
28 Bilik sejuk 2 41
42
29 Jadual pengangkutan pemandu 42
43
30 Buku log pergerakan pengangkutan 43
44
31 Fail pengangkutan 44

32 Laman web

33 Data peserta

34 Mengisi Maklumat

35 Maklumat

36 Profil peserta

37 Maklumat ladang

38 Maklumat ladang

BAB 1
PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pendahuluan
Latihan industri merupakan sebahagian daripada kursus wajib yang perlu diambil

oleh semua pelajar Politeknik kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia (KPTM), setiap
pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama satu semester sebelum sijil atau
diploma. Latihan industri ini dilakukan selama 4 bulan 15 hari difirma atau organisasi yang
telah dipilih sendiri oleh pelajar atau yang telah ditetapkan.

Tujuan sebenar latihan industri ini adalah bagi menyediakan para graduan yang
bersedia dan berkemampuan untuk menghadapi kerjaya sama ada dalam bidang akademik
mahupun bukan akademik dengan semangat penampilan profesionalisme yang tinggi.

Selain itu, memberi pendedahan kepada pelajar situasi sebenar dunia pekerjaan
di samping membantu meningkatkan kemahiran sosial pelajar. Pelajar telah menjalani
latihan industri di . Sepanjang tempoh latihan, pelajar didedahkan pelbagai aktiviti dalam
bidang tugas, walaupun bidang tugas tidak dilakukan sepenuhnya oleh pelajar atas sebab
tujuan keselamatan, pelajar tetap diberi penerangan dan tunjuk ajar yang jelas dan cukup
berguna sebagai pengetahuan am.

Di akhir latihan industri, pelajar mestilah dapat mencapai objektif dan memanfaatkan
segala ilmu yang dipelajari dalam menghadapi cabaran era globalisasi dunia hari ini yang
semakin mencabar.

1

1.1 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Setiap pelajar politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, akan menjalani
latihan indsutri di firma-firma kerajaan atau swasta selama tempoh satu semester bagi
melayakkan pelajar memperoleh sijil atau diploma yang telah diambil oleh pelajar di
Politeknik. Di antara objektif latihan industri seperti berikut:

a) Membina personaliti individu yang boleh bekerja secara berpasukan,
amanah, berkelayakan dan tanggungjawab.

b) Memberi peluang kepada pelajar mendapatkan kerja dalam bidang yang
berkaitan dengan pengajian yang diambil.

c) Boleh berkomunikasi dengan berkesan serta mematangkan pemikiran
pelajar.

d) Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.
e) Memahami budaya kerja sebagai persediaan menhadapi alam pekerjaan.

2

1.3 Objektif Laporan

Setiap pelajar yang sedang menjalai laihan indsutri dibekalkan dengan buku jurnal
harian yang berkaitan dengan latihan industri. Bagi pelajar yang telah selesai menjalani
latihan indsutri, pelajar diwajibkan untuk menyediakan satu laporan khas latihan industri.
Laporan ini adalah berdasarkan kerja yang dilakukan semasa latihan industri selama satu
semester. Antara objektif latihan industri adalah seperti berikut:

i. Untuk menerangkan secara bertulis tentang kerja-kerja yang dilakukan dan
dipelajari semasa menjalani latihan ini yang mana ianya dapat menerangkan.
pengalaman pelajar semasa menjalani latihan ini.

ii. Membuat kajian tentang sesuatu kerja dan membuat satu rumusan tentang.
keberkesanannya dari segi kualiti untuk meningkatkan mutu kerja.

iii. Menyusun segala aktiviti yang dilakukan dengan teratur dan mudah difahami.

iv. Menyertakan gambarajah dan carta yang menunjukkan dengan jelas jenis
peralatan dan cara kerja yang dilakukan.

v. Menghasilkan idea-idea yang dapat dijadikan rujukan pada masa hadapan.

3

1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Setiap pelajar yang mengikuti Pengajian di Politeknik Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia, telah diwajibkan untuk menjalani latihan industri selama satu semester.
Bagi pelajar yang mengambil diploma, mereka akan menjalani latihan industri pada
semester yang keenam. Latihan industri diwajibkan kepada setiap pelajar
sebelum melayakkan mereka untuk dinaugerahkan diploma tersebut.

Kepentingan latihan industri kepada pelajar ialah untuk mendedahkan kepada
pelajar suasana kerja yang sebenar, sebelum mereka melangkah kealam pekerjaan yang
sebenar. Pendedahan awal seperti menjalani latihan industri dapat memantapkan jati diri
pelajar, selain dapat memberi semangat kepada pelajar untuk meneruskan pengajian
mereka sehingga tamat dan memperoleh sijil atau diploma.

Selain itu dapat memupukkan semangat kerjasama antara pelajar dan semua pihak
sebagai sebuah pasukan dan institusi yang lengkap. Sifat amanah dan bertanggungjawab
adalah salah satu sifat yang paling dituntut dalam menjalankan latihan industri dan dalam
alam pekerjaan yang sebenar kerana dengan adanya sifat ini ia dapat melambangkan imej
politeknik serta dapat meyakinkan institusi tersebut untuk memberi lebih banyak peluang
kepada pelajar akan datang untuk menjalankan latihan industri di institusi tersebut serta
memberi tawaran pekerjaan kepada pelajar setelah tamat pengajian.

4

1.5 Peraturan Semasa Menjalani Latihan Industri
Antara peraturan yang telah ditetapkan adalah sperti berikut :

1. Pelajar mestilah mendisiplinkan diri bekerja di waktu bekerja yang telah ditetapkan
seperti waktu mula masuk kerja, waktu rehat dan waktu petang.

2. Membawa buku laporan harian setiap minggu untuk disemak oleh penyelia tempat
latihan undustri.

3. Pelajar mestilah mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.
4. Pelajar mestilah berpakaian kemas, sopan dan bersih.
5. Tidak terlibat diri dengan sebarang jenayah ataupun yang melibatkan pihak polis dan

pihak syarikat.
6. Pelajar tidak dibenarkan untuk menyebabkan sebarang maklumat organisasi kepada pihak lain.

5

BAB 2
LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Pengenalan Organisasi

Rajah 1: Logo Syarikat
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Federal Agricultural Marketing Authority
atau FAMA) ditubuhkan di bawah Akta 141 merupakan sebuah agensi pemasaran di bawah
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. FAMA bertanggungjawab dalam pemasaran
produk agromakanan seperti sayur–sayuran, buah–buahan dan bunga-bungaan serta produk–
produk industri asas tani.Bagi memacu sektor pemasaran domestik dan antarabangsa, FAMA
berperanan dalam memperluaskan saiz pasaran produk agromakanan dan meningkatkan
pendapatan pengeluar. FAMA juga berperanan dalam memastikan produk pertanian dan
industri makanan tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar oleh
pengguna. Bagi melaksanakan peranan ini, FAMA telah menggiatkan usaha–usaha
meningkatkan kecekapan di sepanjang rantaian pemasaran melalui strategi-strategi berikut:
1. Pembangunan infrastruktur pemasaran
2. Pembangunan keusahawanan
3. Pembangunan pemasaran produk

6

2.2 Latar belakang Organisasi
Pusat Operasi FAMA Johor Bahru ini merupakan sebuah pejabat yang menjalankan

operasi belian dan jualan buah buahan serta sayuran. Selain itu Pusat Operasi FAMA ini
juga membekalkan pelbagai viariti buah buahan tempatan bermusim dan tidak bermusim
serta barangan Agromas. Caj penghantaran akan dikenakan mengikut kawasan bermula
dari RM 5 sahaja. Belian minimum adalah RM 30 dan ke atas.

Projek penjenamaan AgroMas merupakan program FAMA dalam membangunkan
produk-produk usahawan di mana FAMA bertanggungjawab ke atas pembangunan dan
pemasaran produk tersebut.

Agromas adalah jenama Produk Makanan yang terdiri daripada Kopi Pracampur,
Sardin Dalam Sos Tomato, Bihun Tomyam, Mi Bandung Segera. Agromas adalah Jenama
Islam yang diusahakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang
berpengkalan di Kuala Lumpur. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
adalah sebuah agensi kerajaan persekutuan.

7

2.2.1 PRODUK KELUARAN FAMA ( AGROMAS )
Agromas adalah jenama Produk Makanan yang terdiri daripada Kopi Pracampur, Sardin
Dalam Sos Tomato, Bihun Tomyam, Mi Bandung Segera. Agromas adalah Jenama Bumiputra
yang diusahakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang
berpengkalan di Kuala Lumpur. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

Rajah 2: Produk Agromas

8

2.3 Alamat Organisasi

Rajah 3 pusat operasi

Nama : Pusat Operasi Fama J

Alamat : Lot 6313, Taruka, Kawasan Perindustrian Tampoi, 80700 Johor

Bahru,Johor

No Telefon : 07-3329412

Fax : 07-3356361

Email : www.fama.gov.my

Status syarikat : Kerajaan

9

2.5 Carta Organisasi

SHARIZAN BIN MANSOR
PENGARAH

Mohd Aznor Na’im bin Aznan Pn Dyg Sariyah bt Abg Zulkifli
Unit Pentadbiran
Ketua Unit (Edaran Proses dan
Khidmat Pemasaran Segar)

Mohd Farid bin Abu Mohamad Osman bin Bunawan
Kontrak Pemasaran kawalan Kredit

Saiful Azam bin Mohd Nasir Pn Ibrazarina bt ibrahim
Kejuteraan Kewangan

(Pengangkutan/Bilik Sejuk)

Rajah 4 : Carta Organisasi

10

2.5 SEJARAH PENUBUHAN FAMA
Pada tarikh 30.9.1965, Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri

Pembangunan Luar Bandar, telah melancarkan penubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan (FAMA) di Bilik Gerakan Pembangunan Negara, Kuala Lumpur. Lembaga itu
ditubuhkan dibawah kuatkuasa undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
1965 dengan tujuan dan matlamat :-

•Untuk menentukan dan menjamin pasaran bagi hasil pertanian negara ini.
•Untuk menentukan harga yang berpatutan kepada para petani dan pengguna.
•Untuk mendorong dan melindungi para petani dan pengguna berhubung dengan turun naik
harga yang melampau.
•Untuk memberi dorongan supaya petani menambahkan pengeluaran mereka.

Encik Hanafiah Hussein telah dilantik sebagai Pengerusi pertama lembaga itu dan anggota-
anggota yang lain terdiri dari seorang Timbalan Pengerusi dan 11 orang ahli. Penubuhan
FAMA ini bukanlah bertujuan untuk menghapuskan ekonomi pasaran bebas di negara ini
kerana undang-undang penubuhan FAMA memberikan perlindungan atas kehendak orang
perseorangan, firma-firma dan pertubuhan-pertubuhan. Namun begitu tanggungjawab utama
bagi FAMA ialah menentukan dan menjamin agar pertani-petani kecil yang terdiri dari
penanam-penanam padi, kelapa, kelapa sawit, buah-buahan dan sayur-sayuran mendapat
pendapatan yang lebih dan lumayan.

11

2.6 HALA TUJU ORGANISASI

Visi
- Peneraju utama pemasaran makanan dan hasil pertanian negara.

Misi
- Membangunkan rantaian pemasaran makanan dan hasil pertanian yang cekap dan
berkesan bagi meningkatkan nilai kepada pelanggan.

Objektif :
1. Merealisasikan Wawasan Negara dan Dasar Pertanian Negara untuk menjadikan
Malaysia sebagai pengeluar utama makanan dunia melalui kecekapan dan
keberkesanan produk pertanian dan makanan.
2. Membangunkan infrastruktur pemasaran dan sistem rantaian bekalan yang cekap dan
berkesan.
3. Membangunkan pemasaran dan peningkatan permintaan hasil pertanian dan makanan
dalam dan luar negara.
4. Memacukan keupayaan sumber manusia dalam pemasaran pertanian berasaskan
pengetahuan dan teknologi terkini.

12

BAB 3
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

(AKTIVITI MINGGUAN)
3.1 Pendahuluan

Dalam tempoh jangka masa selama 20 minggu ini, pelajar telah menjalani
Latihan Industri di Pusat Operasi FAMA, Johor Bahru. Daripada tempoh 8 Ogos
2020 sehingga 17 Disember 2020, pelajar telah ditempatkan di Jabatan
Logistik. Selama 5 bulan lebih di sini pelajar telah banyak mempelajari dan
memperolehi kemahiran serta pengalaman semasa menjalankan Latihan Industri
ini. Dengan ini sedikit sebanyak telah mendedahkan pelajar kepada alam
pekerjaan yang sebenar. Secara ringkasnya, pelajar dapat menerangkan
tugasnya sepanjang tempoh Latihan Industri ini secara mingguan.

13

3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri AKTIVITI
MINGGU

MINGGU 1 Ⅰ. Melapor diri di pejabat negeri Fama
( 3 OGOS - 6 OGOS ) Johor bahru untuk berjumpa dengan
Pengarah.

Ⅱ. Pengenalan dan pendedahan ringkas
Terhadap skop skop kerja.

Ⅲ. Dihantar ke kompleks Bilik Sejuk Fama
( Pusat Operasi ).

Ⅳ. Diberikan kad untuk di Punch Card
serta dibahagikan unit untuk
bertugas.

Ⅴ. En Azrul ( Pegawai unit edaran
Proses Menerangkan sedikit
sebanyak berkaitan tugas yang
diberikan.

.

MINGGU 2 Ⅰ. Diterangkan sedikit ringkasan
( 10 OGOS - 14 OGOS ) mengenai operasi di dalam gudang.

Ⅱ. Mengetahui alatan yang digunakan di
dalam gudang forklift,pallaet dan
hydraulic forklift.

Ⅲ. Membantu pekerja unit proses
edaran.

Ⅳ. Membersihkan kawasan di dalam
gudang.

14

MINGGU AKTIVITI
MINGGU 3
( 17 OGOS - 21 OGOS ) Ⅰ. Menyusun stok barang kawalan di
atas pallet untuk dikeluarkan.
MINGGU 4
( 24 OGOS – 28 OGOS ) Ⅱ. Memasukkan barang barang yang
dipesan oleh pembeli ke dalam lori.

Ⅲ. Ditugaskan untuk menghantar
barang dengan menaiki lori.

Ⅳ. Memastikan barang yang dipesan
cukup untuk dihnatar kepada
pembeli.

Ⅴ. Menurunkan barang barang ke
lokasi yang ditetapkan.

Ⅰ. Diberikan invois pembeli untuk
mengeluarkan senarai barang yang
telah dipesan.

Ⅱ. Membantu menyusun barang yang
dipesan di atas pallet.

Ⅲ. Memasukkan barang ke dalam lori.

Ⅳ. Mengikuti movan untuk
menghantar barang ke kedai runcit.

Ⅴ. Menyerahkan invois kepada
pembeli untuk ditandatangani.

15

MINGGU AKTIVITI

MINGGU 5 Ⅰ. Diajar cara mengendali forklift di
( 31 OGOS – 4 SEPTEMBER ) dalam Gudang.

Ⅱ. Membantu mengira stok untuk
menutup buku tahunan untuk membuka
buku baru.

Ⅲ. Mengikuti movan menghantar tepung
sebanyak 240 kota kepada pembeli.

Ⅳ. Pergi ke pasar tani FAMA untuk
menghantar barang.

Ⅴ. Menghantar barang ke kedai Agromas
di Tanjung Pelepas.

Menurunkan barang barang din dalam
Lori.

MINGGU 6 Ⅰ. Bertugas di unit baharu iaitu Khidmat
( 7 SEPTEMEBR - 11 SEPTEMBER ) Pemasaran Segar.

Ⅱ. Menurunkan buah – buahan di dalam
lori untuk dimasukkan ke dalam bilik
sejuk.

Ⅲ. Mengenakan pakaian PPE untuk masuk
ke dalam bilik sejuk untuk memotong
buah.

Ⅳ. Memotong pekerja FAMA memotong
buah utnuk dihantar ke sekolah.

Ⅴ. Ditugaskan untuk mengikut lori
untuk

menghantar buah yang telah dipesan
oleh pihak sekolah.

16

MINGGU AKTIVITI

MINGGU 7 Ⅰ. Membantu untuk menjalankan
( 14 SEPTEMBER – 18 SEPTEMBER ) program jualan di pasar tani.

Ⅱ. Ditugaskan untuk mengikuti menaiki
lori untuk mengambil buah Nenas dan
Jambu Batu di Simpang renggam.

Ⅲ. Memasukkan buah ke dalam lori
Loading Bay.

Ⅳ. Mengetahui cara – cara untuk
mengenakan pakaian PPE.

Ⅴ. Menyusun buah buahan di dalam bilik
sejuk.

Ⅰ. Ditugaskan untuk mengikuti jualan

produk FAMA dan buah buahan di
tapak pasar tani Wisma Persekutuan.

MINNGU 8 Ⅱ. Menurunkan barang dari lori,

( 21 SEPTEMEBR – 25 SEPTEMEBR ) Memasang kanopi untuk penjualan.

Ⅲ. Menyusun barang barang jualan.

Ⅳ. Ditugaskan untuk menyipakan kerja
unit Khidmat Pemasaran Segar.

17

MINGGU AKTIVITI

MINGGU 9 Ⅰ. Berniaga di pasar tani Permas Jaya
( 28 SEPTEMBER – 2 OKTOBER )
Ⅱ. Membantu untuk memeotong buah
di

dalam bilik segar serta diajar cara
potong buah dengan betul.

Ⅲ. Menghantar bauah ke pejabat FAMA
Negeri.

Ⅳ. Diajar cara cara untuk berniaga di
Pasar Tani.

Ⅴ. Ditugaskan untuk jualan produk
FAMA di Pasar Tani.

MINGGU 10 Ⅰ. Berniaga di Pasar Tani Taman Perling.
( 5 OKTOBER – 9 OKTOBER )
Ⅱ. Memasukkan barang barang jualan ke
dalam lori.

Ⅲ. Bergerak ke tapak Pasar Tani pada jam
3:00 petang.

Ⅳ. Berniaga sehingga jam 8:00 malam.

Ⅴ. Memunggah barang braang di dalam
bilik sejuk.

Ⅵ. Mengetahui tempat penyimpanan
barang barang segar di dalam bilik
sejuk.

18

MINGGU AKTIVITI

MINGGU 11 Ⅰ. Ditugaskan untuk menaiki lori untuk
( 12 OKTOBER– 16 OKTOBER ) mengambil buah di Kargo KLIA.

Ⅱ. Bergerak jam 8:00 pagi dari Johor
Bahru Dengan menaiki lori
( Refrigerator Container ).

Ⅲ. Pergi ke pergudangan Pejabat Pos
Malaysia dengan mendapatkan Pas
masuk.

Ⅳ. Memasukkan buah ke dalam lori dan
terus bergerak ke HQ.

Ⅴ. Menurunkan buah di dlam lori untuk
diletakkan di dalam bilik sejuk.

MINGGU 12 Ⅰ. Ditugaskan din unit baru iaitu unit
( 19 OKTOBER – 23 OKTOBER ) kontrak Pemasaran.

Ⅱ. En . Mohd Farid memberi tahu sedikit
Sebanyak mengenai lontrak
pemasaran.

Ⅲ. Diberikan Panplet mengenai kontrak
Pemasaran.

Ⅳ. Mengetahui mengenai Objektif,
faedah dan komoditi sayuran, Buah
Buahan dan tanaman pelbagai.

19

MINGGU AKTIVITI

MINGGU 13 Ⅰ. Diberikan tugas pertama iaitu
( 26 OKTOBER – 30 OKTOBER ) memasukkan Laporan peserta lading
di dalam laman web FAMA.

Ⅱ. Memasukkan laporan data peserta
Nanas.

Ⅲ. Mengira jumlah Anggaran hasil tuain
peserta dan memasukkan ke dalam
data.

Ⅳ. Mengisi maklumat pengeluaran.
Mengisi tarikh tuain Nanas.

MINGGU 14 Ⅰ. Mengikuti program Pasar Tani di
( 1 NOVEMBER – 5 NOVEMBER ) Permas Jaya dan ditugaskan untuk
memantau peniaga.

Ⅱ. Mengangkat barang barang yang
disenaraikan.

Ⅲ. Menyusun sayur sayuran dan buah
Buahan.

Ⅳ. Meletakkan tanda harga di jenis
sayur sayuran.

20

MINGGU AKTIVITI

MINGGU 15 Ⅰ. Ditugaskan untuk mengikuti kursus
( 8 NOVEMBER – 12 NOVEMBER ) penanaman Rosella bersama lading di
Batu Pahat.

Ⅱ. Menjadi pengaacra majlis dan
perasmian

Ⅲ. Menyiapakan sijil peserta yang
menyertai kursus.

Ⅳ. Menolonmg pekerja FAMA
untukmenyempurnakan majlis.

Ⅴ. Melawat lading Roselle di Batu
Pahat.

MINGGU 16 Ⅰ. Ditugaskan untuk pergi ke ladang
( 15 NOVEMEBER – 19 NOVEMBER Pisang iaitu di felda Taip Andak.

Ⅱ. Menjadi juru foto untuk menangkap
gambar aktiviti.

Ⅲ. Melancarkan perasmian di Felda
Taip Andak.

Ⅳ. Melawati ladang yang dibawa oleh
pengusaha.

21

MINGGU AKTIVITI

MINGGU 17 Ⅰ. Bertugas di unit kejuteraan
( 21 NOVEMBER -25 NOVEMEBR ) ( pengangkutan/ bilik sejuk ).

Ⅱ. Ditugaskan untuk membuat buku log
pergerakan pengangkutan.

Ⅲ. Meletakkan semua resit perjalanan
pemandu di dalam fail

Ⅳ. Mengira jarak pemanduan pengangkutan
Dan mengira bahan bakar yang
digunakan.

Ⅴ. Rekodkan kedalalm buku log.

MINGGU 18 Ⅰ. Bertugas di unit kewangan.
( 28 NOVEMBER – 2 DISEMBER )
Ⅱ. Merekodkan fail pembelian barang-
barang.

Ⅲ. Membantu unit kewangan untuk cop di
setiap helaian kertas

Ⅳ. Memasukkan rekod ke dalam fail.

22

MINGGU AKTIVITI

MINGGU 19 Ⅰ. Menanda memo pekerja di unit
( 5 DISEMBER – 9 DISEMBER ) kewangan.

Ⅱ. Menyiapakn kerja kewangan
Ⅲ. Membantu pekerja di dalam gudang
Ⅳ. Menyusun stok di dalam gudang

MINGGU 20 Ⅰ. Mengira stok di dalam gudang proses
( 12 DISEMBER – 16 DISEMBER )
Ⅱ. Menyusun fail di dalam bilik
penyimpanan dokumen.

Ⅲ. Melengkapkan nma di fail setiap pekerja

23

BAB 4
LAPORAN TEKNIKAL

4.1 PENGENALAN
Laporan teknikal menjurus kepada tugas-tugas atau kerja yang telah

dilaksanakan semasa latihan industri. Setiap tugas yang diberikan perlu mengikut
proses dan prosedur yang telah ditetapkan ianya dijalankan secara berperingkat-
peringkat. Ia memastikan segala pengurusan organisasi dapat berjalan lancar tanpa
menimbulkan masalah. Di dalam bab ini, pelajar diminta untuk melaporkan segala
aktiviti dilakukan yang melibatkan proses kerja yang telah dilakukan selama 15
minggu di syarikat tersebut. Segala kerja yang melibatkan aktiviti dan proses ini
hendaklah dilakukan supaya pelajar dapat mengetahui dan mempelajari cara untuk
mengendalikan kerja tersebut dengan baik.

4.2 SPESIFIKASI/ JENIS PERALATAN YANG DIGUNAKAN DI PEJABAT

Ⅰ. Penggunaan computer
Ⅱ. Penggunaan mesin fotostat

4.3 TATACARA PENGGUNAAN PERALATAN

24

4.3.1 Penggunaan computer

Rajah 5: Komputer pejabat
Ⅰ. Fungsi computer yang pertama adalah input, Fungsi ini menerima data atau

maklumat dari sumber lain,
Ⅱ. Fungsi computer yang paling utama adalah melakukan pengolahan. Data

dan
maklumat adalah data yang diproses melalui computer. Data yang diproses
akan menghasilkan output iaitu maklumat, Contohnya sperti teks, gambar,
audio, video, grafik, dan lainnya.
Ⅲ. Ia juga sebagai alat unutk mempercepatakan kerja-kerja memasukkan data,
membuat laporan, menyinpam data dan menganalisis data. Alatan ini juga
berfungsi untuk berkomunikasi dan melayari internet.

25

Langkah-langkah menggunakan computer:
Ⅰ. Hidupakan suis Komputer
Ⅱ. Tekan pada butang power untuk menghidupkan computer,

Ⅲ. Memulakan kerja yang hendak dilakukan.
Ⅳ. Setiap dokumen atau kertas yang ditaip/direkod, hendaklah disimpan dengan

klik pada butang save dokumen untuk mengelakkan kehilangan dokumen
dan data yang penting di dalam computer.

4.3.2 Mesin Fotostat dan mesin scan

Rajah 6 Mesin fotostat
Fungsi mesin Fotostat ialah:

Ⅰ. Membuat Salinan dalam bentuk tulisan dan visual mengikut pelbagai saiz.
Ⅱ. Membuat Salinan yang boleh diisihkan ( sorting ).
Ⅲ. Mesin fotostat mampu membuat Salinan dengan jumlah yang lebih banyak

Dengan.
Ⅳ. kadar masa yang lebih sama seperti salinan asal.

26

Langkah-langkah menggunakan mesin fotostat ialah:
Ⅰ. Letakkan dokumen yang perlu dibuat Salinan di atas ruang yang di sediakan

di
bahagian atas mesin.

Ⅱ. Tetapkan bilangan kertas yang perlu dibuat Salinan.
Ⅲ. Tetapkan segala butiran dokumen di bahagian skrin mesin.
Ⅳ. Cetakkan selesai.
4.3.3 GUDANG EDARAN PROSES

Rajah 7 : Gambaran di dalam gudang

27

4.3.4 ALATAN YANG DIGUNA PAKAI SEMASA PROSES KERJA DI DALAM
GUDANG

A)

Rajah 8 : FORKLIFT
B)

28

Rajah 9: PLASTIC WR
C)

Rajah 10 : PITA PELEKAT
D)

Rajah 11 : PALLET

29

E)

Rajah 12: Hand Pallet Truck
4.4 KERJA YANG DILAKUKAN SEMASA LATIHAN INDUSTRI
4.4.1 Proses penyediaan stok untuk penghantaran
Proses mencetak invois jualan
1. Proses ini dilakukan apabila unit edaran proses dapat menerima pesanan daripada pembeli.
2. Pembeli akan membeli barang secara karton mengikut kehendak pembeli
3. Dan ianya akan terus dihantar kedai kedai pembeli.
4. invois pembeli yang dikeluarkan oleh unit edaran prose.

30

Rajah 13: INVOIS
Proses menyemak senarai dan kuantiti barang
1. Menerima pesanan yang telah dipesan.
2. Memastikan kuantiti barang yang dipesan ada di dalam senarai serta akan ditanda tik (/)
di atas kertas senarai.

Rajah 14 : Menyemak senarai

31

Proses mengambil barang
1.Mengambil barang yang berada di dalam senarai pemebeli di atas rak.
2. Melihat kuantiti barang di dalam kotak cukup.
3. Memastikan brang tidak ada yang rosak.

Rajah 15: mengambil barang
Proses menyemak kali kedua
1. Memeriksa barang yang telah diambil berada di dalam keadaan selamat dan cukup
2. Membuat semakan kali kedua dan membalut barang dengan menggunakan plastic wrap
sebelum dimasukkan ke dalam lori.

Rajah 16: Memeriksa barang

32

Proses Loading deck
1. Sebelum memmasukkan barang ke dalam lori, kita perlu memastikan loading dock
dalam kedaan yang selamat

Rajah 17: Loading deck
Proses memasukkan barang
1. Memasukkan barang ke dalam lori untuk dihnatar terus kepada pembeli.

Rajah 18: Memasukkan barang ke dalam lori

33

Proses penghantaran barang ke kedai
1. Antara kedai Agromas yang membeli atau memesan barang daripada fama untuk dijuala

kepada pelanggan.

Rajah 19: kedai Agro Bazaar di Bandar Baru Uda

Rajah 20 : Kedai Agro Bazaar di Gelang Patah

34

4.4.2 Khidmat Pemasaran Segar
Proses mengambil buah
1. Menaiaki lori Refrigerator Container untuk pergi ke kargo KLIA untuk mengambil
buah.
2. Mengambil buah-buahan di gudang pejabat pos international di kargo KLIA untuk
dijual kepada pembeli serta untuk membuat jualan di pasar tani.
3. Membawa Borang yang diluluskan oleh HQ untuk masuk ke kargo KLIA.

Rajah 21 : Lori Refrigerator Container
Proses pengambilan buah di kargo KLIA

1. Sebelum masuk di kargo perlu membuat pemeriksaan keselematan oleh pegawai
yang bertugas di pondok kawalan kargo dan perlu meninggalkan kad pengenalan.

2. Pas pelawat akan diberikan setelah kita menyerahkan kad pengenalan kepada
pagawai ynag bertuGAS.

35

Rajah 22: Pas Pelawat dan lokasi kargo Rajah 23: Lokasi kargo KLIA

Proses menyemak kuantiti barang

1. memunggah buah yang berada di dalam kotak yang telah diturunkan daripada
kapal
terbang.

2 .memastikan kuantiti kotak di dalam senarai cukup dan selamat.

Rajah 24 : Menyemak kuantiti

36

Proses memasukkan barang ke dalam lori

1. Memastikan keadaan di dalam container berada dalam keaadaan selamat.
2. Memasukkan kotak ke dalam lori mengikut senarai.
3. Menyusun kotak daalm keadaan berlawan arah apabila ditindih supaya ia tidak jatuh

semasa lori sedang berjalan.

Rajah 25: Memasukkan kotak di dalam lori Rajah 26: Menyusun kotak

Proses menyegarkan buah

1. Meletak buah –bauahn di dalam bilik sejuk supaya ia kekal segar.
2. Memebersihkan bilik sejuk daripada kotoran.
3. Perlu menurunkan suhu bilik sejuk 0 darjah atau lebih tinggi 0 darjah
4. Tidak boleh basuh buah-buahan sebelum memasukkan ke dalam bilik sejuk

37

Rajah 27: Bilik Sejuk 1

Rajah 28: Bilik Sejuk 2

38

4.4.3 Memasukkan resit pergerakan pengangkutan ke dalam buku log
Langkah-langkah memasukkan resit pergerakan pemandu di dalam buku log:
a) Melihat nama pemandu dan nombor pendaftran pemandu di papan putih.
b) Mencatat nombor pendaftaran di dalam buku log.
c) Mengira jarak pengerakan pengangkutan serta mengira berapa litre petrol yang diisi
Semasa pergerakan perjalan yang ada ditampal didalam buku log.
d) Mengoyakan resit, untuk dimasukkan ke dalam fail mengikut tarikh bermula dari bulan
hingga bulan 12 dan susun resit mengikut bulan.
1.

Rajah 29 : Jadual pengangkutan pemandu

39

2.

Rajah 30: Buku log pergerakan pengangkutan
3.

Rajah 31: Fail pengangkutan

40

4.4.4 Proses mendaftar peserta ladang nenas
1. Proses ini bertujuan untuk mendaftar peserta ladang nenas bagi menyinpam data
peserta ia juga bertujuan untuk memantau peserta yang aktif ataupun tidak aktif.
2. Sistem ini juga memudahkan pihak FAMA untuk merekodkan hasil tuaian tanaman
setiap tahun.
3. Sistem ini juga memudahkan urusan jual beli kepada peladang dan pihak FAMA.
a) Membuka laman web elk.fama.gov.my dan mingisi maklumat id penggunna.

Rajah 32: Laman web

41

b) Mencari maklumat peserta di data yang telah disedikan.

Rajah 33: Data peserta
c) Mengisi maklumat peserta di dalam ruang yang telah disediakan.

Rajah 34: Mengisi maklumat

42


Click to View FlipBook Version