d) Setelah siap mingisi maklumat peserta klik daftar
Rajah 35: Maklumat
e) Setelah siap daftar peserta klik di cari unutk melihat peserta ;adang aktif ataupun tidak untuk
merekodkan data peserta.
Rajah 36: Profil peserta
43
f) Mengisi keluasan bertanam, kepadatan pokok, pengeluran keseluruhan dan tarikh
mula tanam tanam dengan merujuk kepada data peserta seperti di Rajah 33.
Rajah 37: Maklumat ladang
g) Mengira hasil mula tuai dan hasil akhir tuai serta mendapat hasil pengeluaran
peserta ladang.
Rajah 38 Maklumat ladang
44
BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN
5.1 PENGENALAN
Latihan Industri yang diadakan oleh pihak Politeknik merupakan satu langkah
yang bijak bagi memupuk semangat dan melatih para pelajar dalam bidang yang diceburi.
Berpandukan kepada Objektif Program Latihan Industri memang mempuyai kebaikkan
yang lebih daripada keburukkannya.
Dalam pemerhatian pelajar sepanjang menjalani Latihan Industri di syarikat ini, pelajar
telah menyenaraikan beberapa komen dan cadangan mengenai syarikat ini. Pendapat ini
bukanlah bertujuan untuk mengguris hati pihak tertentu atau merendahkan syarikat. Hal
ini adalah ikhlas dari pemerhatian pelajar selama 5 bulan lebih menjalani latihan industri
dan pelajar hanya ingin memberikan komen yang membina supaya pihak syarikat dapat
meningkatkan lagi kualitinya dari semua aspek.
5.2 Dapatan
Latihan industri penting kepada pelajar sebagai pelengkap kepada penganugerahan
sijil atau diploma kepada pelajar selepas menamatkan pengajian mereka. Pelajar
dinasihatkan untuk menjalani sesi latihan industri selama tempoh masa satu semester yang
ditetapkan oleh politeknik.
Sepanjang menjalani tempoh latihan industri di Pusat Operasi FAMA Johor
Bahru Lantas, pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang perlu pelajar belajar dan ikuti.
Walau bagaimanapun, tidak semua sempurna dan terdapat jurang yang boleh diperbaiki
supaya kerja dapat dibuat dan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
45
Terlalu banyak yang masih perlu di pelajari pada setiap hari kerana pasti ada
situasi berbeza yang memerlukan pelajar sendiri tahu bagaimana untuk berurusan dengan
pelbagai situasi. Dengan setiap peluang yang diberikan, pelajar harus merebut peluang
yang wujud untuk pelajar-pelajar bagi melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan
yang berguna dan dapat digunakan pada suatu hari nanti.
Di samping itu, sikap terbuka dan boleh menerima komen atau pendapat orang
lain adalah satu sikap yang menggalakkan dan membolehkan pelajar untuk memperbaiki
kaedah untuk memastikan kualiti kerja dan kualiti disediakan.
Kursus latihan industri semulajadi bagi setiap pelajar di mana ia boleh membantu
dan mendedahkan pelajar kepada banyak perkara dan juga memberi manfaat kepada
pelajar itu sendiri.
Cadangan yang membina atau idea yang bijak mempunyai kesan positif kepada
organisasi mereka sendiri untuk melihat kelemahan mereka sendiri dan mengekalkan atau
meningkatkan kelebihan yang sedia ada dalam menerajui dan meneruskan perjuangan
bagi organisasi itu sendiri untuk menjadi lebih maju dalam masa depan yang kompetitif.
Hasil dapatan pelajar melalui kerja yang dilakukan sepanjang pelajar menjalani
latihan industri ini, pelajar banyak mempelajari tentang;
Persekitaran bekerja di alam pekerjaan yang sebenar.
1. Dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang pelajar
belajar di politeknik.
2. Dapat meningkatkan daya keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang awam
dan tahu cara berinteraksi dengan betul.
3. Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di pejabat bersama dengan staff-staff
dengan baik.
4. Dapat menyelesaikan sesuatu kerja atau tugasan yang diberi oleh pihak atasan
dengan baik dan jayany
46
5.3 Cadangan
Latihan Industri yang telah dijalani di sini amatlah pelajar hargai. Daripada
latihan ini pelajar ingin membuat cadangan serta saranan iaitu:
I. Pihak syarikat di minta mendedahkan lebih banyak perkara berkaitan dengan
sejarah penubuhan syarikat agar pelajar latihan industri dapat mengetahui tentang
syarikat dan juga dapat memudahkan pelajar untuk menulis laporan.
II. Pihak syarikat harus memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari lebih
mendalam lagi tentang sesuatu kerja yang mereka buat ketika latihan industri.
III. Pensyarah pemantau hendaklah memberitahu bila masa beliau hendak datang
memantau setiap pelajarnya dan tidak datang secara mengejut agar pihak syarikat
dapat bersedia dengan kedatangan pensyarah pemantau.
IV. Pelajar harus lebih cekap dan menepati masa dalam melakukan tugas yang
diberikan agar pihak syarikat memberikan kepercayaan untuk melakukan sesuatu
tugas.
5.3.1 Cadangan Kepada Politeknik
1. Pihak politeknik haruslah sentiasa berhubung dengan organisasi atau firma untuk
mengikuti perkembangan semasa para pelajar yang sedang menjalani latihan
industri. Dengan ini, dapat menjalinkan perhubungan yang lebih erat antara pihak
politeknik dan organisasi. Pihak organisasi lebih mudah untuk mengambil para
pelajar dari politeknik untuk menjalani Lathan Industri di tempatnya. Perkara ini
bagi mengelakkan kekeliruan atau salah faham antara organisasi dan politeknik.
2. Kebanyakkan syarikat tidak begitu memahami skop pembelajaran sesetengah
kursus di politeknik. Oleh itu, pelajar ingin mencadangkan agar pihak politeknik
memberikan penerangan dengan lebih jelas. Hal ini akan memudahkan pihak
47
firma untuk memberikan tugas-tugas yang berkaitan dengan kursus yang telah
dipelajari pelajar supaya tidak menyimpang daripada kursus asal.
5.3.2 Cadangan Kepada Syarikat/organisasi
1. Syarikat atau firma juga memainkan peranan penting dalam memberi tunjuk ajar
kepada pelajar tentang perkara yang bersesuaian dengan kursus yang dipelajari
oleh pelajar.
2. Selain itu, pihak syarikat atau firma perlulah menitik berat akan tentang
permasalahan pelajar sepanjang menjalani sesi Latihan Industri. Memandangkan
pelajar masih baru di alam pra pekerjaan, maka bimbingan dan tunjuk ajar serta
pemerhatian daripada pihak firma amat diperlukan.
3. Pihak firma perlu membuat promosi di semua institusi pengajian tinggi untuk
memperkenalkan firma dan membuka peluang kepada lebih ramai pelajar yang
akan menjalani latihan industri untuk menjalani latihan industri di syarikat
tersebut.
5.3.3 Cadangan Kepada Pelajar
1. Memberi pelajar pengalaman semasa menjalani latihan industri sebelum pelajar
memasuki ke alam pekerjaan.
2. Memberi pengetahuan kepada pelajar tantanf latihan industri dan memberi
galakkan kepada pelajar untuk menanamkan sifat sentiasa positif dan yakin
terhadap diri sendiri.
48
BAB 6 KESIMPULAN
Kementerian Pegajian Tinggi Malaysia (KPTM) telah menetapkan semua pelajar
Politeknik untuk menjalani latihan industri sebagai syarat sebelum menerima ijazah untuk
sijil atau diploma. Latihan industri telah membawa banyak manfaat dan ganjaran kepada
setiap pelajar.Latihan industri adalah untuk mendedahkan pelajar kepada suasana
persekitaran kerja yang sebenar. Ia adalah suasana yang berbeza di mana pelajar perlu lebih
berdisiplin, tanggungjawab, amanah dan professional dalam setiap kes.
Di samping itu, sikap pintar juga amat penting untuk menangani masalah inventori
peribadi untuk memperbaiki dunia dalam memahami cabaran perniagaan dan ujian sama
ada jatuh atau meningkatkan prestasi sesebuah organisasi.
Dengan itu, saya juga mampu menyemai kepercayaan dan tanggungjawab untuk
aktiviti-aktiviti atau kerja yang telah dilakukan. Pelbagai perkara baru yang telah saya
pelajari, antaranya seperti berikut:
a) Melakukan kerja – kerja di dalam stor.
b) Membuat stok keluar dan masuk
c) Boleh memahami dan mengkaji system pengurusan organisasi yang memerlukan
kemahiran yang tinggi.
d) Membangunkan tahap keyakinan yang tinggi untuk berurusan dengan tingkah
laku yang berbeza daripada individu yang berbeza.
e) Pelajar boleh menimba ilmu dam pengalaman yang banyak sebagai asset semula
jadi untuk bergerak ke dalam dunia kerja yang sebenar.
g) Dapat menyesuaikan diri dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
h) Dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama rakan sekerja.
49
Latihan industri telah memberi peluang untuk mengalami rasa keadaan mereka
sendiri, bekerja mempunyai banyak perbezaan dengan situasi pembelajaran mereka selama
ini. Di samping itu, Politeknik juga banyak memberi petunjuk dan pengetahuan
mengenai latihan industri untuk dilaksanakan dengan betul. Saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dan Syarikat Monoluxury Sdn
Bhd untuk menerima kehadiran saya dengan senang hati dan tidak pernah gagal untuk
memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam tempoh ini.
Setelah tamat latihan industri ini, saya lebih yakin dalam segala perkara
berbekalkan pengalaman kerja dan saya sangat pasti ia akan berguna dalam dunia sebenar
pekerjaan saya nanti.
Kesimpulannya, latihan industri adalah untuk memberi manfaat kepada pelajar
kerana ia boleh membekalkan setiap pelajar dengan pengalaman dan pengetahuan berguna.
Justeru itu, pelajar boleh memberikan komitmen yang baik kepada setiap tugas yang
diarahkan dan mendisiplinkan diri terutamanya pekerjaan yang melibatkan keselamatan
dan juga berkumpulan.
Pusat Operasi FAMA juga banyak memberi sokongan dan dorongan kepada pelajar
latihan industri dalam usaha untuk mendidik mereka dan mengajar generasi masa depan
pelajar kepada aspek-aspek ekonomi yang cerah masa depan.
50
RUJUKAN
SUMBER BUKU :
1. Buku journal pelajar Politeknik Sultan Haji
Ahmad Shah
SUMBER LAMAN SESAWANG
https://web.facebook.com/pasartaniperlis/posts/sejarah-penubuhan-famapada-hari-ini-
3091965-tun-abdul-razak-timbalan-perdana-men/940744652793741/?_rdc=1&_rdr
http://www.fama.gov.my/visi-misi-dan-objektif
https://en.wikipedia.org/wiki/Federal_Agricultural_Marketing_Authority_(Malaysia)
https://www.sedia.com.my/gerak-iks/papers-
km/Penggredan_pembungkusan_pelabelan_pemasaran-FAMA.pdf
https://elk.fama.gov.my/login
SUMBER KAKITANAGN FAMA
1. Puan Dayang Sariyah ( unit pentadbiran )
2. En Shahrul ismail ( unit kewangan )
51
LAMPIRAN
LAMPIRAN A PEMASARAN SEGAR DAN EDARAN PROSES
i
52
53
54
55
56
57
LAMPIRAN B LADANG KONTRAK
58
59